buletin - hum.usm.my · pdf filejasamu dikenang! majlis minum petang bersama puan rohaya...
TRANSCRIPT
BULETIN
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Tahun 2012 membuka lembaran baru dengan pelbagai rancangan program dan aktiviti, baik di
peringkat bahagian mahupun pusat pengajian. Buletin ANTARA yang telah memasuki keluaran
edisi ketiga ini bakal mengisi liputan bulan Januari hingga Mac 2012.
Buletin kali ini memaparkan dua program Kelab Kebajikan dan Sosial [KEK&SOS] PPIK iaitu Bazar
Amal Ilmu Kemanusiaan atau akronimnya Program BAIK 2012 yang berlangsung pada 28 Februari -
1 Mac ini dan Persidangan Kebangsaan Libatsama Universiti, Komuniti dan Alam Sekitar [LUKAS]
yang dianjurkan oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat PPIK dengan kerjasama Kelab
KEK&SOS yang bakal berlangsung pada 14 - 15 November 2012 nanti.
Beberapa ruangan yang bertujuan untuk mengenali lebih dekat lagi staf PPIK disajikan seperti Jiran
Seblok PPIK dan Jiran Setaman di samping mengenali hobi staf serta personaliti sukan PPIK. Lipu-
tan ringkas program minum petang bersama staf bersara turut dipaparkan. Selain itu, beberapa
ruangan tetap seperti info sihat, info penjimatan, celik bahasa, karya warga PPIK serta resipi pilihan
PPIK mengisi paparan edisi ketiga Buletin ANTARA kali ini.
Saya dan rakan editor Buletin ANTARA berharap dan berdoa semoga tahun 2012 yang bakal
melabuhkan suku tahunnya pada penghujung bulan Mac ini akan membawa pelbagai kejayaan
kepada warga PPIK sekaligus „menzahirkan pencapaian‟ yang disasarkan sepertimana yang diaspira-
sikan oleh Naib Canselor USM dalam ucapan tahun baharu 2012 lalu.
Tok ANTARA.
KANDUNGAN
Pengenalan ANTARA Edisi 3
Program BAIK 2012
Program LUKAS 2012
Jiran Seblok PPIK
Jiran Setaman
Berkongsi Hobi
Minum Petang Staf Bersara
Personaliti Sukan PPIK
Info Sihat
Info Penjimatan
Celik Bahasa
Karya Warga PPIK
Hari Jadi Warga PPIK
Anak & Keputusan Peperiksaan
Jasamu Dikenang
Resipi Pilihan PPIK
Pemakluman - Edisi 4
Untuk edaran dalaman sahaja
Bil 003: Januari/Mac 2012
EDISI 3 [JANUARI - MAC 2012]
KEK&SOS
PENGENALAN ANTARA EDISI 3
MUTIARA KATA
“Dalam kerendahan hati ada
ketinggian budi. Dalam
kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam
kesempitan hidup ada
kekuasaan ilmu.”
“Jangan sekali-kali kita
meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.”
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN
UCAPAN
2
PROGRAM BAZAR AMAL ILMU KEMANUSIAAN [BAIK 2012]
Penaung
Prof. Dato‟ Abu Talib
Ahmad
Penasihat
Dr. Jabil Mapjabil
Editor
Dr. Goh Sang Seong
Dr. Jabil Mapjabil
Dr. Shohana Hussin
Dr. Halimah Mohamed Ali
Dr. Roshimah Shamsudin
Dr. Idris Mansor
Penyumbang Bahan / Karya
Profesor Chan Ngai Weng
Profesor Madya Ratna
Roshida Abd Razak
En. Marzuki Ali
Juru Foto
En. Mohamed Khalid Awang
Susun Atur
Cik Julia Jaafar
En. Meor Ahmad Shukri
3
PERSIDANGAN KEBANGSAAN LIBATSAMA UNIVERSITI, KOMUNITI DAN ALAM SEKITAR [LUKAS 2012]
PENGENALAN
Libatsama universiti memainkan peranan yang signifikan sebagai pemangkin pembangunan komuniti tempatan dan
seterusnya merealisasikan agenda pembangunan alam sekitar yang lestari. Selain itu, libatsama universiti dengan
komuniti setempat berupaya untuk merangsang peningkatan minat, komitmen dan penglibatan pelbagai pihak
berkepentingan, mengukuhkan peranan dan sumbangan universiti secara langsung untuk manfaat komuniti setempat
serta memperkasakan jaringan hubungan dan komunikasi pelbagai hala. Libatsama universiti, komuniti dan alam
sekitar turut mendorong pihak universiti untuk memiliki kuasa yang liberal memandangkan kebanyakan institut
pengajian tinggi awam negara menghadapi halangan untuk libatsama dengan komuniti yang seterusnya merencatkan
misi universiti untuk memberikan sumbangan dan perkhidmatan terus kepada komuniti setempat. Hala tuju dan misi
libatsama diharapkan akan merangkumi hubungan dan program yang lebih konsisten dan berterusan serta mampu
mengetengahkan keperluan dan masalah kritikal yang dihadapi oleh komuniti khususnya isu sosioekonomi, sumber
manusia, sumber alam, teknologi, bahasa serta budaya. Apatah lagi, kebanyakan institusi akademik kini sudah mula
mengambil kira elemen libatsama sebagai indeks prestasi utama (KPI) institusi masing-masing.
TUJUAN PERSIDANGAN
Persidangan LUKAS 2012 menjadi platform terbaik untuk sesi perbincangan, perkongsian dan pertukaran idea
berkaitan dengan isu-isu libatsama universiti dalam pelbagai aspek seperti penyelidikan, penerbitan dan penghasilan
output, sistem atau produk untuk manfaat komuniti tempatan dan alam sekitar yang lestari. Persidangan ini turut
menjadi medan untuk membahaskan dan seterusnya mengetengahkan mekanisme yang paling praktikal serta realistik
dalam usaha memperkasakan libatsama universiti, komuniti dan alam sekitar secara langsung dan berterusan dalam
perancangan serta perlaksanaan agenda negara. Ini sejajar dengan aspirasi Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat
USM yang mempunyai visi untuk menerajui kelestarian pembangunan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan,
kesihatan dan persekitaran ke arah kemajuan serta transformasi negara serta misi untuk menjalin hunbungan erat
dengan pihak industri dan masyarakat dalam pelbagai bidang. Justeru, persidangan ini diharapkan dapat meningkat-
kan rangkaian kerjasama antara pelbagai disiplin khususnya dalam meneliti kedudukan sebenar libatsama universiti,
komuniti dan alam sekitar dalam konteks pembangunan lestari.
ANJURAN
Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat [BJIM] dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial [KEK&SOS],
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
TARIKH DAN TEMPAT
14 - 15 November 2012 [Rabu & Khamis] & Hotel Vistana, Pulau Pinang
TEMA PERSIDANGAN
“Libatsama Universiti sebagai Pemangkin Pembangunan Komuniti dan Alam Sekitar Lestari”
LAMAN SESAWANG PERSIDANGAN
Informasi lanjut tentang Persidangan LUKAS 2012 boleh diperolehi melalui
laman sesawang berikut;
http://lukas.usm.my
Penaung Yang Berbahagia
Profesor Dato‟ Omar Osman
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia
Penasihat
Profesor Dato' Abu Talib Ahmad
Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM
Penasihat kerja Profesor Madya Munir Shuib
Timbalan Dekan
Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat PPIK
Pengerusi Dr. Jabil Mapjabil
Timbalan Pengerusi Dr. Shohana Hussin
Setiausaha Dr. Nurul Farhana Low Abdullah
Bendahari Dr. Goh Sang Seong
Penolong Bendahari
Pn. Siti Solehah Abd. Kadir
Laman Web En. Meor Ahmad Shukri Zainal Abiddin
Buku Prosiding Dr. Jabil Mapjabil
Dr. Goh Sang Seong
Buku Program Dr. Roshimah Shamsuddin
Penginapan & Makanan Cik Paridah Mydin
Urusetia & Pendaftaran Dr. Zikri Mohamad
Pn. Defniza Abdul Malik
Persiapan Logistik Dr. Idris Mansor
Pn. Azmah Mansor
Sambutan & Protokol Dr. Shohana Hussin
Dr. Nurul Farhana Low Abdullah
Teknikal Cik Sarina Mohamad Idris
En. Hassan Mohamad
Ahli Jawatankuasa Kecil
En. Mohamad Pirdaus Yusoh
En. Khairul Hairuzi Osman
En. Mohd Faizal Razali
En. Oliver Valentine Eboy
En. Md. Saffie Abdul Rahim
Cik Ruzanna Syamimi Ramli
Cik New Gaik Ling
Cik Norain Mat Lazim
Cik Sa‟adiatul Mahfuzah Abu Hassan
4
TETAMU ANTARA EDISI 3 [PM AZIZAN SABJAN]
PERSIDANGAN KEBANGSAAN LIBATSAMA UNIVERSITI, KOMUNITI DAN ALAM SEKITAR [LUKAS 2012]
JAWATANKUASA PERSIDANGAN LUKAS 2012
JIRAN SEBLOK PPIK
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM terdiri daripada empat
blok bangunan, iaitu C20, C24, C10 dan C11. Untuk Buletin
ANTARA edisi ketiga kali ini, pihak editor ingin berkongsi
informasi dengan memperkenalkan kakitangan akademik yang
berada di blok C11.
STAF PPIK BLOK C11
6
Bilik Nama Staf Bidang / Tugas
003 Prof. Dato‟ Md Salleh
Yaapar Kesusasteraan
004 Prof. Madya Sarjit Kaur
Gurdial Singh BI/ELLS
005 Dr. Rozaida Abdul Rauf BM/BATI
006 Pn. Jumiya Ahmad BM/BATI
007 Dr. Halimah Mohamed Ali Kesuasteraan
009 Dr. Nurul Farhana Low
Abdullah BI/ELLS
011 Prof. Madya Abdul Rahman
Ismail Sejarah
014 Dr. Jasni Sulong Pengajian Islam
101 Dr. Radiah Yusoff BM/BATI
103 Prof. Muhamad Hj. Salleh Kesusasteraan
104 Prof. Madya Dato‟ Mohd.
Radzi Othman Pengajian Islam
105 Prof. Madya Lok Chong Hoe Pemikiran Kritis
107 Prof. Madya Hasuria Che
Omar BM/BATI
108 Prof. Zailan Moris Falsafah & Tamadun
109 Dato‟ Dr. Anbalakan
Kailasam Sejarah
110 Prof. Madya Noriah
Mohamed BM/BATI
113 Dr. Mohamad Luthfi Abdul
Rahman Kesusasteraan
114 Prof. Chan Ngai Weng Geografi
Prof. Zailan
Moris
Prof. Madya
Dato‟ Mohd
Radzi Othman
Dr. Jasni Sulong Prof. Madya
Lok Chong Hoe
Pn. Jumiya
Ahmad
Prof. Madya
Sarjit Kaur
Dr. Nurul
Farhana Low
Abdullah
Dr. Radiah
Yusoff
Prof. Madya
Hasuria Che
Omar
Prof. Madya
Noriah
Mohamed
Dr. Rozaida
Abdul Rauf
Prof. Dato‟ Md
Salleh Yaapar
Prof. Emeritus
Muhamad Hj.
Salleh
Dr. Mohamad
Luthfi Abdul
Rahman
Dr. Halimah
Mohamed Ali
Dato‟ Dr.
Anbalakan
Kailasam
Prof. Madya
Abdul Rahman
Ismail
Prof. Chan Ngai
Weng
JIRAN SETAMAN
BERKONGSI HOBI
7
Buletin ANTARA Edisi 3 ingin memperkenalkan beberapa orang staf Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan yang menetap di
luar Pulau Pinang iaitu Kulim, Sungai Petani dan Parit Buntar. Warga PPIK yang menetap di kawasan tersebut adalah
seperti berikut.
Sungai Petani Kulim Parit Buntar
Dr. Alias
Abdul Ghani
Dr. Idris
Mansor
Dr. Haslina
Haroon
Prof. Madya
Usman Yaakob
Dr. Wan Mohd
Muhiyuddin
Wan Ibrahim
Tok ANTARA: Dr. Azmi dan Dr. Tajul dengan hasil tangkapan masing-masing. Nantikan kursus memancing
peringkat USM anjuran Kelab KEK & SOS. Info lanjut, sila e-mel kek&[email protected]
8
Tok ANTARA: Syabas dan terima kasih buat Puan Rohaya kerana telah berkhidmat di PPIK selama 34 tahun.
Jasamu dikenang!
MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA PUAN ROHAYA ISMAIL
9
PENJAGAAN PEMAKANAN UNTUK PESAKIT JANTUNG DAN HIPERLIPIDEMIA
INFO SIHAT
[A] KATEGORI LEMAK DAN MINYAK
TRIGLISERIDA – Molekul lipid yang dihasilkan dari lemak yang tersimpan dalam badan dan lemak dari pemakanan atau boleh juga
terbentuk dari pertukaran kalori yang berlebihan terutama gula ringkas. Berlebihan berat badan, pengambilan makanan tinggi lemak,
pengambilan alkohol dan gula berlebihan boleh meningkatkan aras trigliserida.
KOLESTEROL – Sejenis lemak putih yang dikeluarkan oleh tubuh dan boleh diperolehi hanya daripada sumber makanan yang
berasaskan haiwan sahaja. Ia tidak didapati di dalam tumbuh-tumbuhan. Kolesterol penting di dalam sistem tubuh kita, namun tubuh
(hati) mengeluarkan kolesterol untuk keperluan badan kita. Jumlah pengambilan kolesterol daripada makanan yang disyorkan ialah
kurang dari 300 mg sehari. Sumber makanan yang tinggi kolesterol adalah organ dalam, kuning telur dan makanan laut.
LEMAK TEPU – Lemak ini didapati daripada sumber makanan berasaskan haiwan dan tumbuhan. Ia akan meningkatkan aras kolesterol
darah. Contohnya minyak sapi, mentega, lemak babi, lembu dan kambing, lemak ayam serta hasil daripada kelapa seperti santan dan
minyak kelapa.
LEMAK POLI TAK TEPU – Lemak ini boleh menurunkan aras kolesterol di dalam darah. Contohnya minyak jagung, minyak bunga
matahari, minyak soya, minyak bijan.
LEMAK MONO TAK TEPU – Lemak ini juga boleh membantu menurunkan aras kolesterol darah jika pengambilan lemak keseluruhan
adalah rendah (kurang 30%). Contohnya ialah minyak zaitun, minyak kacang tanah dan minyak kelapa sawit.
[B] KANDUNGAN KOLESTEROL DALAM MAKANAN
AMAT RENDAH
10 mg
RENDAH
11-99 mg
SEDERHANA
199 mg
TINGGI
200 mg
Susu skim/ rendah lemak (tepung/cecair) - 250 ml
Susu skim/rendah lemak (susu sejat) - 125 ml
yogurt rendah lemak/ yogurt buah-buahan, 200mg
keju „cottage‟ rendah lemak - 1 sudu makan, 20g
Susu penuh krim, 250ml
susu sejat, 125ml
yogurt(natural) 200g
Lain-lain keju, 1 keping. 20g
RENDAH
<100 mg
SEDERHANA
100- 199 mg kolesterol
TINGGI
>200mg kolesterol
Telur dan gantian telur
(1 telur / 55g)
Putih telur
Gantian telur Telur rendah koleterol
1 biji telur (putih & kuning)
Kuning telur
Daging dan produk daging
(90g daging mentah)
Daging lembu/ayam tanpa lemak
Daging bebiri, kambing tanpa lemak
Daging babi tanpa lemak
Perut/usus lembu
Lidah *
Jantung*
Hempedal ayam
Perut dan usus babi
*(semua jenis)
Otak *
Buah pinggang *
Hati *
*(semua jenis)
Ikan dan makanan laut
(90g bahagian boleh dimakan)
Semua jenis ikan
Ikan dalam tin
Ikan kembong
Sardin dlm sos tomato
Tiram
Timun laut
Ketam
Ikan bilis, 2 sudu makan
Kerang/siput
Sotong
Udang karang
Udang
Sardin dalam minyak
„Top shell”
Telur ikan
Daging dan pilihan lain
Sumber : Guidelines For Dictary Management of Hiperlipidemia, 1999
[C] APA YANG PERLU DILAKUKAN?
1. Kurangkan pengambilan lemak tepu, kolesterol dan makan tinggi lemak.
2. Capai dan kekalkan berat badan yang ideal.
3. Tingkatkan pengambilan fiber (serat).
4. Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang manis.
5. Kurangkan pengambilan garam dan makanan yang tinggi sodium.
6. Minuman beralkohol perlu dihadkan tidak lebih daripada 2 hidangan standard sehari.
7. Lakukan senaman dengan tetap sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali.
8. Cuba tetapkan waktu makan dan ambil makanan di dalam keadaan tenang dan selesa.
INFO PENJIMATAN
1. Air-conditioner: (i) Set the temperature at 25
Degrees Celcius (or “Low Cool”); (ii) Switch off the
air-conditioner (single unit air-conditioner) if you
have to leave the room for 2 Hours of more; (iii)
Use a fan as an alternative when the outside
temperature is cool, e.g. on a rainy day.
2. Lighting: (i) Open all the blinds or draw the curtains
in your room to let in natural light. Natural light is
“Free” and much better for your eyes; (ii) If there
are more than one light tube in your room, switch
off a few to reduce wastage (e.g. In a Lecture hall
which sits 500 people, but your Class is only 100
students, shift all students to the front rows and
switch off the lights at the back rows; (iv) Replace
all light bulbs/tubes with LED lights – these save a
lot of energy and does not heat up the room. You
can also switch to compact fluorescent lamps as
these can lower energy consumption. Always
switch off the lights when you leave the room.
3. Install these energy-efficient measures: (i) E.g. Trade
in your old refrigerator for an energy-saving
model. If your fridge is More than 10 years old, it
will use twice as much electricity as a new energy-
saving model. (iii) Insulate your room ceiling and
walls so that heat coming from outside is kept to a
minimum; (iv) Ensure all doors and windows do
not have huge slits or openings as these let out
cool air but let in hot air; (v) Ensure you replace all
your electrical appliances to energy-saving ones
(e.g. Iron, Microwave oven, kettle, air-conditioner,
fridge, water heater, etc.
4. TV - Trade in your old TVs for an LED TV as these
save up to 50% more energy.
5. Ensure air - conditioners are serviced regularly and
filters replaced/cleaned regularly. A clogged filter
will increase energy consumption.
6. Water heater : ...for showers must be set at 140
degrees or "normal."
7. Dishwasher : (If you have one) must be set at 120
degrees or "low." Please check to ascertain whether
your dishwasher can be set to that level. Always
follow the manufacturer's instructions/specs. Make
sure the dishwasher is well maintained.
8. Plumbing : Repair leaks immediately as even a
single dripping hot water faucet can waste
thousands of litres of precious water a month. This
will not only increase your water bill but also your
electricity bill (for heating the water).
9. Washing Machine : Never turn the washing
machine on when you do not have a full load.
Wash only when you have a full load and use the
shortest washing cycle that will get your clothes
clean.
10. Drying Clothes : Never use a dryer. In Malaysia,
the sun is up almost everyday. Dry your clothes in
the sun. It is FREE!
11. Frozen food : Always defrost your frozen food
naturally by leaving it in the sink rather than use
the microwave to defrost it. Just because you have
a microwave with a Defrost function, it does not
warrant you using it all the time. Use it only when
you absolutely need to.
12. Shading : Plants trees and plants to clock off
excessive sunlight and heat that may penetrate into
your room/house. You can install shades, awnings
or sunscreens in places that faces the morning or
afternoon sun.
13. Ventilation : Open all windows and doors when
you are not using an air-conditioner. This will
allow free flow of air that will cool your room/
house.
14. Paint your house externer walls and roofs with light
colours. White is the best as it reflects sunlight
rather than absorbs it.
Disumbangkan oleh: Profesor Chan Ngai Weng [Presiden Water Watch Penang]
ENERGY SAVING TIPS
10
PERSONALITI SUKAN PPIK
11
Personaliti sukan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) pada
keluaran kali ini ialah Encik Fadli bin Abdullah. Beliau berusia
31 tahun dan telah berkahwin. Encik Fadli telah berkhidmat dengan
Universiti Sains Malaysia (USM) selama 10 tahun, iaitu bermula ketika
usia beliau 21 tahun. Sejak mula dilantik sebagai kakitangan USM
sehingga kini, beliau bertugas sebagai Pembantu Am di pejabat PPIK.
Encik Fadli bin Abdullah menceburi sukan bola sepak dan merupakan
Presiden bagi pasukan bola sepak negeri Pulau Pinang. Segalanya
bermula sejak di bangku sekolah rendah. Berbekalkan minat yang
mendalam di dalam bidang bola sepak, beliau menceburi bidang
tersebut sehingga kini dengan bermain di posisi pertahanan. Pencapaian tertinggi beliau ialah berjaya menempah
tiket ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja ketika bertemu Kelantan. Manakala, bagi kejuaraan yang lain,
pasukan yang diterajuinya berjaya memperoleh tempat ketiga mewakili FAM.
Menyedari peningkatan usia dari sehari ke sehari, Encik Fadli Abdullah menanam azam untuk terus bermain bola
sepak, walaupun bukan bagi tujuan pertandingan namun sebagai hobi.
Temu bual dengan Encik Fadli Abdullah diakhiri dengan sedikit kata-kata
perangsang untuk dikongsi dengan rakan-rakan pembaca Buletin ANTARA.
Menurut beliau, menceburi bidang sukan adalah baik untuk kesihatan tubuh
badan. Untuk itu ceburilah dalam apa-apa jua bidang sukan, tidak semestinya bola
sepak sahaja. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
CELIK BAHASA
12
Bil. Lema Makna
Kata
Pinjaman
Bahasa Inggeris
Makna
1. Giat
Sentiasa atau sering kali membuat sesuatu,
aktif, cergas, cekatan, tangkas.
Aktif Giat (bekerja, berusaha), cergas.
2. Ketaksaan Perihal (keadaan dsb) taksa, kekaburan,
kesangsian, keraguan, ketidakpastian (bkn
sesuatu makna).
Ambiguiti Kesamaran yg memungkinkan dua atau
beberapa tafsiran, ketaksaan.
3. Muflis Tidak sanggup (berupaya) untuk membayar
hutang, bankrap.
Bankrap (berada dalam keadaan) Tidak berupaya
hendak menyelesaikan hutang, muflis.
4. Dalal Bayaran (biasanya peratusan) yang dibayar
kepada ejen, jurujual yang menjalankan
perniagaan atau yang memberikan
perkhidmatan.
Komisen Sejumlah (peratusan) bayaran yang
dibayar kepada seseorang, ejen, jurujual,
dan sebagainya kerana perkhidmatannya.
5. Kepelbagaian Perihal berbagai-bagai jenis. Diversiti Keadaan (sifat, btk dsb) yg berbagai-
bagai, kepelbagaian.
6. Duta Pegawai diplomatik yg tertinggi pangkat-
nya yg dihantar oleh kerajaan atau
negaranya ke negara asing utk tinggal
menetap di sana (selama beberapa tahun)
sbg wakil kerajaan.
Diplomat Pegawai kanan (duta dll) yg dilantik utk
mewakili negaranya dlm hubungan
antarabangsa.
7. Lali Tidak berasa apa-apa (pada kulit dll),
hilang perasaan.
Imun Terlindung drpd atau tidak dapat
diserang oleh sesuatu penyakit tertentu
kerana adanya antibodi, inokulasi dsb.
8. Unggul Melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak,
cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa,
terutama.
Ideal (dianggap) Sempurna atau paling sesuai,
sesuai dengan yang dicita-citakan
(diangan-angankan, dikehendaki,dsb).
9. Ilham Sesuatu yg menggerakkan hati atau
menimbulkan daya cipta dsb utk menghasil-
kan atau mencapai sesuatu.
Inspirasi Ilham, bisikan hati.
10. Tersirat Terkandung atau tersembunyi (di dalam
sesuatu).
Implisit (dinyatakan secara) Tidak langsung atau
tidak terang-terangan.
Yang mana satukah lebih sesuai?
(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat)
Penyusun: Dr. Goh Sang Seong
KARYA WARGA PPIK
13
Jangan Ada Benci
Jangan ada benci
Di laut kalbu diri
Jangan ada rahsia pekerti
Yang berkerak dan hitam berdaki
Tersembunyi di balik wajah pekerti.
Bersemi benih hasad
Bermula dalaman dalam
Menjalar ke perut kelam
Merobek nesta
Menyusur ke permukaan terang
Berprasangka
Menampak di dataran terkaca
Pura-pura
Tak bisa terpungkiri dan disembunyikan
Segala erti
Nyata takkan mampu terselindung
Segala khianat
Segala nista
Di muka berpeta raga.
Kalau ada rasa walang, hubaya!
Carikan penawar penghadang
Cepat dan kerap bersihkan jiwa seni
Hapuskan noda keji
Hapuskan cela yang menghasut
Kita kan senyum tulus ke dalam
Jiwa nan bersih hati yang kudus
Lalu kita sejiwa kekasih
Dalam limpahan restu Tuhan!
Marzuki Ali
JUST BEAUTIFUL
What makes me weak? MY FEARS
What makes me whole? MY GOD
What makes me standing? MY FAITH
What makes me compassionate? MY SELFLESSNESS
What makes me honest? MY INTEGRITY
What sustains my mind? MY QUEST FOR KNOWLEDGE
What teaches me all lesson? MY MISTAKE
What if I can‟t go on? NOT AN OPTION
What makes me victorious? MY COURAGE TO CLIMB
What makes me competent? MY CONFIDENCE
What makes me sensual? MY INSATIABLE ESSENCE
What makes me beautiful? MY EVERYTHING
What makes me a woman? MY HEART
Who says I need love? I DO
What empowers me? MY GOD AND ME
Who am I? I AM A PROUD STRONG WOMAN
Umm Aiman
ULANG TAHUN KELAHIRAN WARGA PPIK
14
15
ANAK WARGA PPIK DAN KEPUTUSAN UPSR DAN PMR 2011
NAMA STAF PPIK NAMA ANAK PENCAPAIAN UPSR
Dr. Agnes Liau Wei Lin Stella Anne Teoh Ming Hui 5A
Dr. Mohamad Rashidi Pakri Fitria Mohamad Rashidi 5A
Dr. Ratna Roshida Abd. Razak Zafran Al-Aiman B. Zainal Abidin 5A
Dr. Roshimah Shamsudin Sarah Rifhani Surahman 5A
Profesor Ruslan Rainis Nazifah Syazlina Ruslan 5A
NAMA STAF PPIK NAMA ANAK PENCAPAIAN PMR
Dr. Leelany Ayob Syed Kamil Nawfal Syed Yusof 8A
Profesor Ruslan Rainis Nadia Syakirah Ruslan 7A 1B
SEKALUNG PENGHARGAAN
Nama : Puan Rohaya Ismail
Asal : Pulau Pinang
Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Tarikh mula bertugas di PPIK : Mac 1978 - Januari 2012
Status persaraan : Berpencen Pilihan
16
RESEPI PILIHAN
Kerutuk Daging
Bahan-bahan (5 orang)
* 500g daging
* 4 sudu besar rempah kerutuk
* 2 sudu cili giling
* 1/2 biji bawang besar
* 3 cawan santan pekat
* 2 sudu besar kicap pekat
* 1/2 keping gula melaka/manisan
* 2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
* 1/2 bawang besar
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga
* 3 sudu besar minyak
Cara-cara:
1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak
4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6. Masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
9. Siap untuk dihidang.
Sumber : http://www.resepimasakan.net
PEMAKLUMAN
Warga PPIK dialu-alukan untuk memberikan komen, pandangan dan cadangan untuk memantapkan lagi Buletin
ANTARA bagi edisi yang akan datang.
Buletin ANTARA Edisi 4 [April - Jun 2012] akan diterbitkan pada pertengahan bulan Mei 2012. Pihak editor
mengalu-alukan sumbangan bahan dan karya daripada warga PPIK.
Pandangan dan sumbangan bahan boleh die-melkan ke alamat : [email protected]
Sekian, terima kasih.