buletin - hum.usm.my · falsafah seperti socrates, plato, lao tze, ibn sina, al-ghazali yang telah...

21
BULETIN KANDUNGAN Pengenalan ANTARA Edisi 4 Laporan Program BAIK 2012 Program Semasa Kelab Tetamu ANTARA Edisi 4 Berkongsi Hobi Jiran Seblok PPIK Jiran Setaman SUKJAP 2012 & Warga PPIK Info Sihat Info Penjimatan Celik Bahasa Petua Karya Warga PPIK Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Hari Jadi Warga PPIK Iklan Resipi Pilihan PPIK Pemakluman - Edisi 5 Untuk edaran dalaman sahaja Bil 004: April/Jun 2012 EDISI 4 [APRIL - JUN 2012] KEK&SOS PENGENALAN ANTARA EDISI 4 MUTIARA KATA Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya. Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Buletin ANTARA edisi ke-4 kali ini memaparkan beberapa program yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial PPIK. Program Bazar Amal Ilmu Kemanusiaan (BAIK 2012) yang julung kali dianjurkan telah dilaksanakan dengan jayanya. Sasaran dan matlamat program amal ini telah tercapai sepertimana yang diharapkan. Tahniah kepada Dr. Goh Sang Seong selaku pengarah projek dan sekretariat BAIK 2012 yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan projek ini berjaya. Dalam usaha untuk memupuk kesedaran warga PPIK terhadap kepentingan kesihatan, kelab KEK&SOS telah menganjurkan program Kempen Pemeriksaan Kesihatan. Alhamdulillah, sambutannya adalah menggalakkan. Dalam ruangan ‘Tetamu ANTARA’ kali ini, kita berpeluang untuk berkongsi cerita dan pengalaman dengan profesor wanita pertama dalam bidang falsafah di PPIK. Semoga kita mendapat inspirasi daripada kejayaan beliau. Sehubungan itu, tahniah diucapkan kepada rakan staf yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2011. Beberapa ruangan tetap seperti jiran seblok, jiran setaman dan berkongsi hobi membolehkan kita mengenali rakan sekerja dengan lebih rapat dan sekali gus diharapkan dapat mengeratkan silaturahim antara warga PPIK. Edisi ANTARA kali ini turut melaporkan perkembangan semasa Sukan Antara Jabatan/Pusat Pengajian [SUKJAP 2012]. Dalam kejohanan ini, beberapa orang staf PPIK telah terpilih untuk mewakili Zon 6. Syabas dan tahniah! Tok ANTARA.

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

BULETIN

KANDUNGAN

Pengenalan ANTARA Edisi 4

Laporan Program BAIK 2012

Program Semasa Kelab

Tetamu ANTARA Edisi 4

Berkongsi Hobi

Jiran Seblok PPIK

Jiran Setaman

SUKJAP 2012 & Warga PPIK

Info Sihat

Info Penjimatan

Celik Bahasa

Petua

Karya Warga PPIK

Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang (APC)

Hari Jadi Warga PPIK

Iklan

Resipi Pilihan PPIK

Pemakluman - Edisi 5

Untuk edaran dalaman sahaja

Bil 004: April/Jun 2012

EDISI 4 [APRIL - JUN 2012]

KEK&SOS

PENGENALAN ANTARA EDISI 4

MUTIARA KATA

Belajar tanpa berfikir tidak ada

gunanya, berfikir tanpa belajar

adalah berbahaya.

Berkenalanlah dengan Allah

pada waktu senang, nescaya

Allah akan kenal kepada

engkau pada waktu susah.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Buletin ANTARA edisi ke-4 kali ini memaparkan beberapa program yang telah

dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial PPIK. Program Bazar Amal Ilmu

Kemanusiaan (BAIK 2012) yang julung kali dianjurkan telah dilaksanakan dengan

jayanya. Sasaran dan matlamat program amal ini telah tercapai sepertimana yang

diharapkan. Tahniah kepada Dr. Goh Sang Seong selaku pengarah projek dan

sekretariat BAIK 2012 yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan projek ini

berjaya.

Dalam usaha untuk memupuk kesedaran warga PPIK terhadap kepentingan kesihatan,

kelab KEK&SOS telah menganjurkan program Kempen Pemeriksaan Kesihatan.

Alhamdulillah, sambutannya adalah menggalakkan.

Dalam ruangan ‘Tetamu ANTARA’ kali ini, kita berpeluang untuk berkongsi cerita dan

pengalaman dengan profesor wanita pertama dalam bidang falsafah di PPIK. Semoga

kita mendapat inspirasi daripada kejayaan beliau. Sehubungan itu, tahniah diucapkan

kepada rakan staf yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun

2011.

Beberapa ruangan tetap seperti jiran seblok, jiran setaman dan berkongsi hobi

membolehkan kita mengenali rakan sekerja dengan lebih rapat dan sekali gus

diharapkan dapat mengeratkan silaturahim antara warga PPIK. Edisi ANTARA kali ini

turut melaporkan perkembangan semasa Sukan Antara Jabatan/Pusat Pengajian

[SUKJAP 2012]. Dalam kejohanan ini, beberapa orang staf PPIK telah terpilih untuk

mewakili Zon 6. Syabas dan tahniah!

Tok ANTARA.

Page 2: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

2

LAPORAN BAZAR AMAL ILMU KEMANUSIAAN (BAIK) 2012

Penaung

Prof. Dato’ Abu Talib

Ahmad

Penasihat

Dr. Jabil Mapjabil

Editor

Dr. Halimah Mohamed Ali

Dr. Goh Sang Seong

Dr. Jabil Mapjabil

Dr. Shohana Hussin

Dr. Roshimah Shamsudin

Dr. Idris Mansor

Dr. Zikri Mohamad

Penyumbang Bahan / Karya

Pn. Jumiya Ahmad

Dr. Nurul Farhana Low

Juru Foto

En. Mohamed Khalid Awang

Susun Atur

Cik Julia Jaafar

En. Meor Ahmad Shukri

Tarikh : 28 Februari 2012 hingga 1 Mac 2012

Tapak : Dataran Merah Konvo dan Foyer DTSP

Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang

Objektif : [1] Mengumpul dana untuk disalurkan kepada badan kebajikan.

[2] Mendekatkan masyarakat kampus USM dengan PPIK.

[3] Membangkitkan kesedaran warga USM tentang tanggung

jawab sosial yang harus dipikul.

Penerima

Sumbangan : [1] Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Pulau Pinang

[Wang tunai berjumlah RM3,000.00]

[2] Pelajar Miskin Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu, Kuala Nerang

[Penajaan yuran peperiksaan dan fail berjumlah RM1,643.00]

[3] Maahad Tahfiz, Masjid Tinggi, Bagan Serai

[Kerusi dan meja berjumlah RM2,450.00]

[4] Pondok Madrasah Islamiyah, Baling

[Kos pembinaan stor berjumlah RM4,082.00]

Penghargaan : Microlead Precision Technology Sdn. Bhd.

Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM

FK Maju Enterprise

RedHouse Printing Kampus USM

Sinaran Bros Sdn. Bhd.

Mutiara Alam Enterprise

Dr. One Industries

Penerbit USM

Gen F Technologies Pusat Sejahtera USM

Jabatan Pembangunan USM

Tabung Darah Hospital Besar Pulau Pinang

Staf dan pelajar PPIK

Semua penderma wang

Page 3: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

3

PROGRAM SEMASA KELAB KEK&SOS

(A) BAZAR AMAL ILMU KEMANUSIAAN (BAIK 2012) [28 Februari 2012 - 1 Mac 2012]

(1) Majlis Perasmian & Penutupan

(2) Penyampaian Hadiah

Page 4: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

4

PROGRAM SEMASA KELAB KEK&SOS

(3) Gerai Persatuan/Kelab PPIK

(4) Gerai dari Luar

(5) Gerai Jemputan

Page 5: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

5

TETAMU ANTARA EDISI 3 [PM AZIZAN SABJAN]

PROGRAM SEMASA KELAB KEK&SOS

(6) Kegiatan

(7) Penerima Sumbangan

Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Pulau Pinang

Pelajar Miskin Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu, Kuala Nerang, Kedah

Page 6: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

6

TETAMU ANTARA EDISI 3 [PM AZIZAN SABJAN]

PROGRAM SEMASA KELAB KEK&SOS

Stor lama yang telah diruntuhkan Stor baru yang sedang dibina daripada beberapa sisi

(B) KEMPEN PEMERIKSAAN KESIHATAN STAF PPIK [13 April 2012]

Pondok Madrasah Islamiyah, Baling, Kedah

Maahad Tahfiz, Masjid Tinggi, Bagan Serai

Page 7: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

7

TETAMU ANTARA EDISI 3 [PM AZIZAN SABJAN]

TETAMU ANTARA EDISI 4

TEMU BUAL DENGAN

PROFESOR ZAILAN MORIS

Bidang Falsafah & Tamadun

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Terima kasih kerana sudi menerima undangan temu bual ini.

Sebenarnya kami teruja untuk berkongsi pengalaman Prof.

sepanjang bertugas di PPIK. Sebelum itu boleh Prof. ceritakan

sedikit latar belakang pendidikan Prof. sebelum ini?

Terima kasih kerana sudi menemu

bual saya untuk Buletin ANTARA.

Saya mulakan dengan pendidikan

sekolah di peringkat menengah. Di

Tingkatan 1 dan 2, saya belajar di

Bukit Bintang Girls’ School di Kuala

lumpur dan tingkatan 3 hingga 5 di

Assunta Girls’ School di Petaling Jaya.

Saya berpindah sekolah sebab bapa

saya seorang pegawai kerajaan yang

ada kalanya berpindah tempat kerja.

Untuk tingkatan 6 pula, saya belajar di

Bukit Bintang Boys’ School di Petaling

Jaya. Semasa di sekolah, saya seorang

pengawas dan aktif dalam persatuan

serta aktiviti antara sekolah di daerah

Petaling Jaya.

Walaupun Universiti Malaya adalah universiti yang terdekat

dengan rumah saya, saya tidak memohon untuk belajar di UM

atau pun di UKM, tetapi memilih USM sebab saya ingin hidup

berdikari dan melalui pengalaman sebagai pelajar universiti yang

berlainan daripada kakak saya yang belajar di UM. Saya lihat

pengalaman harian kakak saya yang tinggal di rumah sama

seperti pengalaman persekolahan. Jadi, saya inginkan perbezaan.

Saya memohon menjadi pelajar di Pusat Pengajian Sains

Kemasyarakatan kerana saya bercadang untuk major dalam

bidang psikologi. Dalam semester kedua, tahun pertama, saya

mengambil kursus Introduction to Philosophy yang diajar oleh

Puan Loke Liok Ee sebagai kursus elektif di luar pusat pengajian.

Saya amat tertarik dan teruja dengan kursus falsafah dan

bertanyakan Puan Loke sama ada saya boleh major dalam

falsafah. Beliau sangat mengalakkan saya dan menasihati agar

saya memohon kepada Dekan Pusat Pengajian Ilmu

Kemanusiaan. Semasa itu Dekan ialah Profesor Shahrom Ahmat.

Apabila saya kembali ke USM selepas cuti panjang untuk

memulakan pengajian tahun kedua, saya mendapat berita

permohonan saya telah diluluskan dan saya dibenarkan untuk

menjadi pelajar tahun 2 di PPIK. Saya merasa sangat gembira

dan saya masih ingat lagi saya pergi berjumpa Profesor Shahrom

Ahmat di pejabatnya. Beliau agak hairan mengapa saya ingin

berjumpanya dan apabila saya kata saya ingin mengucapkan

terima kasih kerana meluluskan permohonan saya, beliau

senyum dan berkata, jarang pelajar datang untuk berjumpa dia

untuk mengucapkan terima kasih.

Semasa pengajian saya dari tahun 1975 hingga 1978, saya aktif

dengan pementasan teater. Setiap tahun, saya berlakon dalam

pementasan di bawah arahan pelajar Kesusasteraan Inggeris, Kee

Thuan Chye bersama dengan beberapa orang pelajar Performing

Arts seperti Marion d’ Cruz, Elizabeth Cardosa, Janet Pillai dan

Anne James yang hari ini adalah antara penggiat teater tanah air

yang terkenal.

Apabila saya berijazah pada tahun 1978, saya telah ditawarkan

program zamalah ASTS (Academic Staff Training Scheme) untuk

melanjutkan pengajian saya di peringkat Masters. Saya memilih

untuk menyambung pengajian saya dalam Asian Philosophy

kerana untuk ijazah sarjana muda, saya telah mempelajari

Falsafah Barat. Pensyarah yang mengajar

saya selain dari Puan Loke, terdiri dari

pensyarah expatriate dari Eropah dan

Amerika Syarikat seperti Dr. Alan

Shraeder, Dr. Jay Allen Smith dan Encik

Cornelius Simoons yang pakar dalam

Falsafah Barat.

Saya telah mendaftar di Department of

Religion di Carleton University, Ottawa,

Kanada kerana jabatan falsafah di

universiti di negara Barat tidak

menawarkan program Falsafah Asia.

Saya amat bernasib baik sebab di

Carleton University ada beberapa orang

pensyarah yang pakar dalam tradisi

Falsafah Asia. Saya belajar Falsafah India

dari seorang profesor wanita dari India

dan Falsafah Buddhisme dan Zen dari

seorang profesor dari Korea. Jadi, saya belajar Falsafah Asia dari

dalam or from within.

Semasa pengajian Masters, saya mula mengenali penulisan

beberapa orang sarjana yang meninggalkan impak yang besar

pada diri saya. Saya amat mengkagumi penulisan sarjana

pengajian Islam dari Jepun, Toshihiko Izutsu yang mahir dalam

banyak bahasa dan menulis dengan stail yang begitu jelas dan

elegant tentang idea-idea yang amat kompleks dan mendalam.

Pada masa itu, saya berfikir dalam diri saya, bila agaknya saya

boleh menulis seperti itu? Autobiografi tokoh pemikir Islam, Abu

Hamid al-Ghazali (m. 1111) yang menceritakan tentang

pengalaman dan liku-liku perjalanan beliau dalam mencari

kebenaran dan ilmu yakin dan pengakhiran kepada pencarian

tersebut meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri

saya.

Selepas menamatkan pengajian Sarjana saya dalam Comparative

Religion pada tahun 1982, saya telah dilantik sebagai pensyarah

di PPIK dan mengajar kursus falsafah seperti Falsafah Moral,

Falsafah Asia, Perbandingan Agama dan Sejarah Idea (History of

Ideas) yang menjadi kursus wajib pusat pengajian untuk pelajar

tahun akhir. Saya juga telah menyelia seorang pelajar Sarjana

yang menulis tesis, The Epistemology of Religion.

Pada tahun 1987, saya telah berlepas ke Amerika Syarikat untuk

melanjutkan pengajian saya pada peringkat PhD di Department

of Philosophy and Religion di The American University of

Washington D.C. Semasa rancangan PhD., saya berpeluang

untuk mengikuti kursus dari beberapa buah universiti di

Washington D.C. di bawah program Konsortium Universiti,

seperti Georgetown University, George Washington University,

Catholic University of America dan John Hopkins University.

Saya amat menghargai peluang tersebut dan pada masa ini saya

belajar banyak perkara yang saya tidak tahu sebelum ini.

Page 8: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

8

TETAMU ANTARA EDISI 3 [PM AZIZAN SABJAN]

TETAMU ANTARA EDISI 4

Sebagai seorang alumni USM dan bekas pelajar di PPIK, mungkin

Prof. boleh berkongsi apakah yang menarik minat Prof. untuk

terus berkhidmat di Bahagian Falsafah dan Tamadun dan

memajukan bidang falsafah?

Lazimnya, pelajar tidak memilih untuk berkhusus dalam bidang

falsafah kerana khuatir tidak mendapat pekerjaan nanti. Terbalik

pula untuk diri saya. Apabila saya menyatakan hasrat saya untuk

major dalam falsafah kepada Puan Loke, pensyarah dan juga

pengerusi rancangan falsafah, beliau menyatakan kepada saya,

kalau saya menjadi seorang pelajar yang baik, saya akan

berpeluang untuk melanjutkan pengajian saya dan diambil

sebagai pensyarah falsafah di Bahagian Falsafah nanti. Jadi, saya

mendapat tawaran kerja apabila saya memilih untuk berkhusus

dalam bidang falsafah!

Pada tahun 1982 hingga 1986, Bahagian Falsafah menawarkan

rancangan minor tetapi di antara tahun 1987 hingga 1994, kursus

falsafah tidak ditawarkan kerana tiga pensyarahnya Lok Chong

Hoe, Syed Dawilah dan saya berada di luar negara untuk

mengikuti rancangan PhD kami. Kursus falsafah mula ditawarkan

semula pada tahun 1995 dan saya telah ditugaskan untuk

mengajar kursus Pengantar Falsafah dan pada tahun 2006, kami

mula menawarkan minor dalam Falsafah dan Tamadun. Saya

banyak menggunakan the Socratic method of questioning untuk

mengendalikan kursus Pengantar Falsafah. Saya sedar bahawa

bagi pelajar yang mengambil kursus Pengantar Falsafah, inilah

satu-satunya kursus falsafah yang mereka ambil sepanjang

pengajian mereka. Jadi dalam kursus ini saya perkenalkan kepada

pelajar beberapa bidang utama dalam falsafah seperti metafizik,

epistemologi, falsafah moral dan lain-lain dan juga beberapa

tradisi falsafah seperti Yunani, Islam, India dan Barat Moden

serta pemikiran tokoh falsafah terkemuka seperti Plato, Ibn Sina

dan Sankara. Untuk pengajian ijazah tinggi pula, saya menjadi

penyelia utama kepada 12 orang pelajar M.A. dan PhD dalam

bidang falsafah dan juga tamadun yang telah berjaya berijazah.

Boleh Prof. ceritakan sedikit apa yang menarik tentang pengajian

falsafah kerana lazimnya ia bidang yang dianggap sukar dan

kurang diminati oleh pelajar?

Saya sering juga ditanya mengapa saya menceburi bidang falsafah

yang lazimnya dianggap sebagai satu bidang yang sukar dan juga

tidak mudah untuk mendapat pekerjaan melainkan untuk

menjadi seorang ahli akademik.

Sebagai seorang pelajar, saya telah memilih untuk berkhusus

dalam bidang falsafah sebab saya ingin tahu tentang kebenaran

dan wisdom atau hikmah. Saya ingin tahu dengan lebih

mendalam lagi apa yang telah difikirkan dan ditulis oleh ahli

falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang

telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada

kebenaran dan nilai yang tinggi pada pemikiran dan penulisan

mereka.

Apakah di antara kebaikan atau manfaat yang boleh diperolehi

dari pengajian falsafah?

Dengan mengikuti bidang atau kursus falsafah, seorang pelajar

bukan sahaja akan mengetahui tentang pemikiran tokoh falsafah

yang dikaji tetapi juga kemahiran untuk berfikir dengan baik

secara logikal dan kritikal. Contohnya, bagaimana untuk

mengenal pasti isu pokok atau persoalan utama dalam

satu perkara dari isu sampingan yang berkaitan? Bagaimana

untuk berhujah dengan betul dan bernas supaya apa yang

diutarakan disokong oleh alasan atau sebab yang membawa

kepada kesimpulan yang logikal? Bagaimana untuk

mengenalpasti cara berhujah atau berfikir yang tidak betul atau

tidak logik, atau mengenalpasti andaian yang dibuat dalam

satu perkara yang memberi kesan kepada pekara tersebut

tanpa disedari? Semua ini adalah kemahiran berfikir yang

penting bukan sahaja di tempat kerja tetapi juga dalam

kehidupan seharian kita. Lebih jelas dan lebih tajam pemikiran

kita tentang sesuatu perkara itu, lebihlah kita dapat memahami

dan menelitinya. Pemikiran manusia mempengaruhi

tindakannya. Jadi, kalau sesuatu pekara itu telah difikirkan

dengan baik dan bijaksana, maka tindakan yang dilakukan

berasaskan fikiran tersebut, juga akan baik dan bijaksana, Insya

Allah.

Apakah nasihat Prof. atau tips kepada pensyarah di PPIK,

khususnya golongan pensyarah wanita bagi meningkatkan

profesion mereka ke tahap yang Prof. capai sekarang?

Sebenarnya, saya lebih melakukan apa yang saya minati dari

memikirkan tentang kenaikan pangkat. Saya mengambil masa

yang agak lama juga untuk dinaikkan pangkat. Walau

bagaimanapun, untuk tujuan kenaikan pangkat, mungkin apa

yang saya boleh cadangkan ialah untuk mengisi borang

kenaikan pangkat lebih awal supaya kita boleh lihat sendiri di

mana kekuatan dan kelemahan kita dan tahu secara konkrit

sama ada kita dapat memenuhi syarat yang diperlukan atau

kriteria yang diguna pakai. Borang berpandu yang digunakan

menyatakan dengan terperinci pengiraan markah dan

pemberatan bagi kategori tugas tertentu. Jadi dengan mengisi

borang tersebut, kita menjadi penilai pertama kepada

pencapaian kita. Kalau kita rasa kita telah pun memenuhi apa

yang diperlukan, maka bolehlah kita majukan permohonan.

Kalau kita rasa, ada bahagian yang masih kurang, maka kita

boleh berusaha untuk menambahkannya dan mohon pada

masa akan datang.

Disediakan oleh:

Dr. Shohana Hussin

Page 9: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

9

BERKONGSI HOBI

En. Azhari Abdul Aziz merupakan salah seorang kakitangan yang telah

berkhidmat lebih sedekad di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM. Tarikh

3 September 2001 merupakan titik permulaan kerjaya beliau sebagai

kakitangan sepenuh masa di PPIK. Sepanjang tempoh tersebut tenaga dan

khidmat bakti beliau telah banyak dicurahkan untuk pembangunan PPIK.

Beliau bertugas sebagai Juruteknik (Komputer dan Elektronik) yang

bertanggungjawab ke atas perihal berkaitan dengan komputer dan elektronik

di PPIK. Boleh dikatakan beliau merupakan seorang yang ringan tulang dan

terkenal dalam kalangan pensyarah dan kakitangan sokongan lain.

Ruangan ‘berkongsi hobi’ pada keluaran kali ini telah memilih beliau untuk

berkongsi minat dengan rakan-rakan lain. Memandangkan tugas beliau

sebagai juruteknik komputer, beliau banyak terlibat dalam program seminar, persidangan,

bengkel dan lain-lain yang dianjurkan oleh pihak PPIK, USM mahupun pihak lain. Hal ini

telah mendedahkan beliau kepada pelbagai pengalaman dan perjalinan hubungan yang

baik dengan rakan-rakan di PPIK dan pihak luar. Dalam kesibukan membantu melicinkan

pelaksanaan sebarang program, tercetus dalam minda beliau untuk mencari idea bagi

mengabadikan kenangan di setiap program yang dihadiri

oleh beliau. Beliau telah memilih untuk mengumpul

tanda nama dalam setiap program yang dihadiri.

Sehingga kini beliau telah mengumpul sebanyak 38

koleksi tanda nama daripada pelbagai program. Hal ini

menunjukkan bahawa beliau terlibat lebih daripada tiga

program setahun sepanjang tempoh perkhidmatan di

PPIK.

Tanda nama yang dikumpul ini meliputi pelbagai

program sama ada beliau merupakan peserta ataupun

sebagai ahli jawatankuasa program. Beliau memiliki enam tanda nama daripada

persidangan antarabangsa, empat belas daripada persidangan kebangsaan, lapan daripada

bengkel, tiga daripada kolokium dan selebihnya daripada prgram lain.

Antara tanda nama daripada pelbagai persidangan adalah seperti International Conference

on Humanities, International Conference on Linguistic, Literature and Culture, ESQ Basic

Training, Seminar Penyelidikan Akademik, Seminar Antarabangsa Warisan Hadis,

International Literacy Conference dan Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Melayu

Untuk Penutur Asing.

Hobi yang diceburi oleh beliau merupakan contoh yang baik untuk dikongsi bersama

dengan rakan-rakan di PPIK. Diharapkan usaha beliau dapat diteruskan pada masa akan

datang.

Disediakan oleh:

Dr. Zikri Mohamad

Page 10: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM terdiri daripada empat

blok bangunan, iaitu C20, C24, C10 dan C11. Untuk Buletin

ANTARA edisi keempat kali ini, pihak editor ingin berkongsi

informasi dengan memperkenalkan kakitangan akademik yang

berada di blok C12.

10

JIRAN SEBLOK PPIK

STAF PPIK BLOK C12

Bilik Nama Staf Bidang / Tugas

003 Prof. Madya Rahimah

A. Hamid Kesusasteraan

005 Prof. Madya Datin Mahani

Musa Sejarah

006 Dr. Raja Rozina Raja

Suleiman Bahasa Inggeris

007 Prof. Madya Salasiah Che

Lah Bahasa Inggeris

008 Tn. Haji Ellias Zakaria Falsafah & Tamadun

009 Dr. Mohamad Rashidi Mohd

Pakri Bahasa Inggeris

012 Dr. Alias Abdul Ghani Bahasa Inggeris

101 Pn. Jamilah Ikhsan Bahasa Malaysia

103 Dr. Noraini Ibrahim Bahasa Malaysia

104 Prof. Madya Jelani Harun Kesusasteraan

105 Prof. Madya Shakila Abdul

Manan Bahasa Inggeris

106 Dr. Azimah Sazalie Bahasa Inggeris

107 Prof. Madya Usman Hj.

Yaacob Geografi

108 Profesor Ooi Keat Gin Sejarah

109 Dr. Aniswal Abd. Ghani Bahasa Malaysia

110 Dr. Rita Abdul Rahman

Ramakrishna Bahasa Inggeris

112 Dr. Agnes Liau Bahasa Inggeris

118 Dr. Shohana Hussin Falsafah & Tamadun

Pn.Jamilah Ikhsan Dr. Noraini

Ibrahim

Dr. Aniswal

Abdul Ghani

Prof. Madya

Datin Mahani

Musa

Prof. Ooi Keat

Gin

Prof. Madya

Usman Yaacob

Prof. Madya

Shakila Abdul

Rahman

Dr. Azimah

Sazalie

Dr. Rita Abdul

Rahman

Ramakrishna

Dr. Agnes Liau

Tuan Hj. Ellias

Zakaria

Dr. Shohana

Hussin

Prof. Madya

Jelani Harun

Prof. Madya

Rahimah

A. Hamid

Dr. Raja Roziana

Raja Suleiman

Prof. Madya

Salasiah Che Lah

Dr. Mohamad

Rashidi Mohd

Pakri

Dr. Alias Abdul

Ghani

Page 11: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

11

Dr. Muham-

mad Hasrul

Zakariah

Dr. Mohd

Farid Mohd

Sharif

Pn. Siti Salmah

Harun

Dr. Halimah

Mohamed Ali

Relau

JIRAN SETAMAN

Buletin ANTARA Edisi 4 ingin memperkenalkan beberapa orang staf Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan yang menetap di

Pulau Pinang iaitu di Relau, Sungai Ara dan Sungai Nibong. Warga PPIK yang menetap di kawasan tersebut adalah seperti

berikut:

Sungai Ara

Dr. Leelany

Ayob

Dr. Nooriah

Yusof

Pn. Roslina

Hanoum

PM Siti Hajar

Che Man

Prof. Dato’

Abu Talib

Ahmad

PM Shakila

Abdul Manan

Pn. Azmah

Mansor

Pn. Mazlina

Mohamad

Prof. Chan

Ngai Weng

En. Hassan

Mohamad

Cik Paridah

Mydin

Pn. Siti Solehah

Abd Kadir

Batu Uban / Sungai Nibong

Page 12: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

12

SUKJAP 2012 DAN WARGA PPIK

Senarai staf PPIK yang mewakili Zon 6 untuk SUKJAP 2012:

Kejohanan bola tampar SUKJAP telah berlangsung pada 4 April 2012 (Rabu) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban.

Sebanyak 8 pasukan bertanding.

Berikut adalah keputusan:

Pusingan awal Separuh akhir Akhir

Zon 6 vs. Zon 8 [2 : 0] - Menang Zon 6 vs. Zon 7 [2 : 0] - Menang Zon 4 vs. Zon 6 [0 : 2] - Menang

Zon 6 vs. Zon 4 [1 : 2] - Kalah

Zon 6 vs. Zon 3 [2 : 0] - Menang

Zon 6 telah berjaya muncul sebagai johan bola tampar lelaki dalam kejohanan SUKJAP 2012.

Manakala untuk kejohanan Tenis Perseorangan Wanita pula, Dr. Nurul Farhana telah menyandang Naib Johan.

Senarai pemain : Nor Adzam Baba (K), Dr. Jabil Mapjabil, Zaidi Ahmad, Chan Tze Haw, Shahnizam Ab. Rahim, Noor Azman V. J

Abdullah, Norazram Nordin, Mohd Jasnizam Mohd Salleh, Mohd Yusoff Ismail dan Mohd Taufik Ibrahim.

Seterusnya, kejohanan ping pong SUKJAP telah berlangsung pada 25 dan 26 April 2012 (Rabu & Khamis) bertempat di Dewan Utama

RST. Acara yang dipertandingkan adalah Acara Berpasukan dan Terbuka - Perseorangan Lelaki, Beregu Lelaki, Perseorangan Wanita dan

Beregu Wanita. Seramai empat orang pemain dari PPIK yang mewakili Zon 6 iaitu Dr. Zullyadini A. Rahaman, Dr. Wan Mohd

Muhiyuddin Wan Ibrahim, En. Hassan Mohamad dan Cik Sa’adiatul Mahfuzah Abu Hassan.

Secara keseluruhan, berikut adalah pencapaian pasukan ping pong Zon 6 yang melibatkan pemain dari PPIK.

[1] Acara berpasukan - Suku akhir [Dr. Zullyadini A. Rahaman, Dr. Wan Mohd Muhiyuddin Wan Ibrahim, En. Hassan Mohamad dan

Cik Sa’adiatul Mahfuzah Abu Hassan]

[2] Perseorangan lelaki - Suku akhir [En. Hassan Mohamad]

[3] Perseorangan wanita - Suku akhir [Cik Sa’adiatul Mahfuzah Abu Hassan]

[4] Beregu lelaki - Suku akhir [En. Hassan bergandingan dengan En. Nor Adzam Baba]

[5] Beregu wanita - Johan [Cik Sa’adiatul Mahfuzah Abu Hassan bergandingan dengan Dr. Yen Siew Hwa]

Manakala kejohanan bola sepak diadakan secara liga yang bermula pada 27 Mac 2012 dan dijangka selesai pada pertengahan bulan Jun

2012. En Mohd Fadli Abdullah dari PPIK telah terpilih untuk mewakili Zon 6. Setakat ini, Zon 6 berada di tangga tiga teratas dalam

liga.

Bil. Nama Staf PPIK Bahagian Acara

1. Dr. Jabil Mapjabil Geografi Bola Tampar

2. Dr. Zullyadini A. Rahaman Geografi Ping Pong

3. Dr. Mohd Muhiyuddin Wan Ibrahim Geografi Ping Pong

4. Cik Sa’adiatul Mahfuzah Abu Hassan Pembantu Penyelidik Ping Pong

5. En. Hassan Muhammad Pentadbiran Ping Pong

6. En Mohd Fadli Abdullah Pentadbiran Bola Sepak

7. Dr. Nurul Farhana Low Abdullah Bahasa Inggeris Tenis

JADUAL KEJOHANAN SUKJAP 2012

Bil Acara Tarikh Tempat

1. Sukan Tradisional & Indoor Games 14 Mac 2012 (Rabu) Dewan RST

2. Sepaktakraw Antara Regu 21 Mac 2012 (Rabu) KBS, Batu Uban

3. Liga Bolasepak 27 Mac 2012 - 31 Mei 2012 (Setiap Selasa) Stadium, A & A1

4. Bola Tampar Lelaki & Wanita 4 April 2012 (Rabu) KBS, Batu Uban

5. Boling Padang Lelaki & Wanita 28 & 29 Mac 2012(Rabu & Khamis) KBS, Batu Uban

6. Badminton Senior & Veteran 11 April 2012 (Rabu) Kompleks Badminton

7. Tenpin Boling 18 April 2012 (Rabu) BJ Bowl

8. Ping Pong Berpasukan & Individu 25 & 26 April 2012 (Rabu & Khamis) Dewan RST

9. Bola Jaring 2 Mei 2012 (Rabu) KBS, Batu Uban

10. Futsal 9 Mei 2012 (Rabu) Kompleks Tenis USM

11. Tenis 16 Mei 2012 (Rabu) Kompleks Tenis USM

12. Squash 23 Mei 2012 (Rabu) Pusat Sukan USM

13. Hoki 30 Mei 2012 (Rabu) Stadium Hoki

Page 13: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

13

SUKJAP 2012 DAN WARGA PPIK

BOLA TAMPAR

BOLA SEPAK

PING PONG

Dr. Zullyadini

A. Rahman

Dr. Wan Muhiyuddin

Wan Ibrahim

En. Hassan

Mohamad

Cik Sa’adiatul Mahfuzah

Abu Hassan

TENIS

Dr. Nurul Farhana Low

Abdullah

Page 14: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

14

INFO SIHAT

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak.

Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda.

Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum

8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang

kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih

merupakan sebagai lagenda yang telah diterima

sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan

bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat

menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham

pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak

memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil

8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di

sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan

mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang

cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas,

pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu

bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya

bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda

jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih

banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8

gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak.

Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh

menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan

membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak

seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda

boleh memperolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda.

Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit

yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.

Sumber: http://www.kesihatan.biz/Air_Minum.php

Page 15: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

15

INFO PENJIMATAN

TIPS PENJIMATAN MINYAK

Langkah penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol.

Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol kereta

anda bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi

penggunaan petrol yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda

mengalami kerosakan.

Penjimatan Petrol

Memandu dengan tenang. Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi

penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut.

Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, janganlah

tiba-tiba saja menukar gear daripada gear tinggi (misalnya gear 5) kepada gear

rendah dan membrek sesuka hati.

Kurangkan berat/bebanan kereta. Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga

menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor).

Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari.

Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus).

Lakukan penyelenggaraan dan servis berkala. Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus.

Jangan malas pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.

Kurangkan kelajuan tinggi. Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90

kilometer sejam (km/j) meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan

minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

Matikan saja enjin kereta jika menunggu sesuatu. Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang.

Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli hatta satu barang kadang-kadang boleh jadi lama. Ini

kerana mungkin ada ramai orang di kedai atau tuan kedai mencari-cari duit tukar untuk memulangkan duit pelanggannya. Jadi, buka

tingkap kereta dan tutup saja enjin untuk menjimatkan minyak petrol kereta anda.

Bijak dalam penggunaan gear. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan

pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

Membrek secara beransur-ansur. Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya,

perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Jangan brek mengejut.

Rancang perjalanan. Jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk kita ikut menuju ke

destinasi. Ini termasuklah rancangan perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan pilihan jalan yang tidak banyak lampu

traffic, banyak bonggol (menyebabkan anda perlu kerap menukar gear yang akhirnya tidak membantu usaha penjimatan petrol kereta

anda)

Elakkan kesesakan lalulintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Jalan yang sesak juga menyebabkan anda

mendapat kurang kilometer. Untuk penjimatan minyak, cari jalan yang kurang sesak. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu

destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih lancar.

Panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan. Enjin dalam keadaan panas (panas yang normal) juga boleh membantu

meningkatkan perbatuan (lebih kilometer) dan prestasi kereta anda. Terutamanya pada waktu pagi, jika boleh, biarkan enjin panas

sebelum memulakan perjalanan.

Minimumkan perjalanan jarak dekat. Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak

40 peratus. Sebagai langkah penjimatan petrol, eloklah naik motosikal atau mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau

kedai berhampiran.

Gunakan saiz tayar dan sport rim yang sesuai. Saiz port rim perlu disesuaikan dengan keupayaan kereta. Kalau wira 1.3, dan kita

hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 Inci, kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta

akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka

hayatnya dan yang paling penting, minyak petrol akan lebih sedikit. Jika saiz rim dan keupayaan tidak seimbang, ini tidak membantu

langkah penjimatan petrol anda.

Barang Yang Perlu Dibawa

Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier

(alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar 5 peratus.

Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung

kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Kesimpulannya

Jika anda mendapati penggunaan petrol kereta anda sebulan sangat tinggi, periksalah puncanya terlebih dahulu. Ia mungkin berpunca

daripada keadaan teknikal kereta atau mungkin sikap pemanduan anda. Maka, sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan

penggunaan petrol di pasaran seperti eco-power compressor. eloklah anda mengamalkan tips-tips yang dinyatakan di atas.

[Sumber: http://izzeyda-info.blogspot.com/2012/01/tips-penjimatan-minyak.html]

Page 16: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

16

CELIK BAHASA

KATA-KATA YANG DIEJA BERCANTUM

[Sumber: Tatababahasa Dewan (2004) & Kamus Dewan (2005)]

Penyusun: Dr. Goh Sang Seong

Bil. Kata

1. antidadah

2. apakala

3. barangkali

4. darihal

5. dinihari

6. haribulan

7. jawatankuasa

8. kadangkala

9. kakitangan

10. kerjasama

11. matahari

12. olahraga

Bil. Kata

13. pascasiswazah

14. perikemanusiaan

15. pesuruhjaya

16. prasejarah

17. prokerajaan

18. setiausaha

19. sukarela

20. suruhanjaya

21. tandatangan

22. tanggungjawab

23. walhal

24. warganegara

PETUA

Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan

atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan

setiap hari.

[Sumber: http://101petua.blogspot.com]

Page 17: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

KARYA WARGA PPIK

17

Sebuah Penantian

Teraba-raba dalam kegelapan

mencari arah menuju kebenaran

ke satu titik destinasi yang pasti

namun dalam kegelapan

tidak pasti apa yang benar

destinasi dituju tiada ketentuan

yang benar semakin jauh

yang pasti beransur pudar

Adakah itu aku

seorang perindu ternanti-nanti

masih sedang tercari-cari

haluan sendiri yang tak pasti

di saat senja menyusur langkah

belum bernokhtah penantian ini

tidak berundur, terus mencari

ingin benar memiliki

hajat terpendam di sanubari

Akupun tidak tahu

dalam diri masih masih bertanda soal

mungkinkah aku lemah?

atau tidak bersungguh berdoa?

barangkali belum cukup usaha?

semoga lorong peluang ada

dan, aku yakin suatu masa

akan kugapai ia jua

dengan izinNya yang maha esa

mengisi kekosongan sebuah penantian.

Nukilan: Emi Mesra

(Jumiya Ahmad)

Page 18: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

18

PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PPIK [APC]

IKLAN

Prof. Chan Ngai Weng Geografi

Prof. Madya Hajar Abdul Rahim

Bahasa Inggeris

Prof. Madya Noriah Mohamed

Bahasa Malaysia

Dr. Mohd Farid Mohd Sharif

Pengajian Islam

Dr. Anisah Lee Abdullah Geografi

Dr. Noraini Ibrahim Bahasa Malaysia

Pn. Jenny Lee Kim Eng Pentadbiran

Cik Sarina Mohamad Idris

Teknikal

Pn. Rohaya Ismail Pentadbiran

Page 19: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

19

ULANG TAHUN KELAHIRAN WARGA PPIK

Page 20: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

20

IKLAN

Page 21: BULETIN - hum.usm.my · falsafah seperti Socrates, Plato, Lao Tze, Ibn Sina, al-Ghazali yang telah menjadikan mereka pemikir agung dan mahsyur, mesti ada kebenaran dan nilai yang

21

RESEPI PILIHAN

PEMAKLUMAN

Warga PPIK dialu-alukan untuk memberikan komen, pandangan dan cadangan untuk memantapkan lagi Buletin

ANTARA bagi edisi yang akan datang.

Buletin ANTARA Edisi 5 [Julai - September 2012] akan diterbitkan pada pertengahan bulan Ogos 2012. Pihak

editor mengalu-alukan sumbangan bahan dan karya daripada warga PPIK.

Pandangan dan sumbangan bahan boleh die-melkan ke alamat : [email protected]

Sekian, terima kasih.

SAMBAL GORENG JAWA

Bahan-bahan

Tempe - hiris nipis dan goreng lada merah n lada hijau - hiris

Kentang - hiris dan goreng bawang besar/bwg merah - mayang

Su’un - rendam dan toskan ikan bilis secukupnya

Tauhu Kering - rendam dan toskan air asam jawa

Udang basah buang kulit tauhu - goreng dan potong dadu

Kicap garam & gula/perasa

Kacang panjang - potong serong

Cili padi/ bawang putih/ sedikit ikan bilis - kisar

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang, cili padi dan ikan bilis yang telah dikisar.

2. Masukkan udang. biarkan sebentar. masukkan kicap secukupnya.

3. Masukkan pulak tauhu,tempe,kentang, gaul rata.

4. Masukkan bahan2 yg lain dan juga air asam jawa.

5. Perasakan dengan garam jika kurang masin dan juga perasa@gula jika suka.

Disesuaikan dari: http://hanamemories.blogspot.com/2009/01/sambal-goreng-jawa.html