buletin jakim ogos 2010

16
www.islam.gov.my PERCUMA • TAHUN 21 • BILANGAN 134 • OGOS 2010 • SYAABAN – RAMADAN 1431 H Qari Mesir dan Qariah Pakistan Johan Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa

Upload: yusof-s

Post on 29-Mar-2016

264 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Buletin Jakim Ogos 2010

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin Jakim Ogos 2010

www.islam.gov.my

PERCUMA

• TAHUN 21 • BILANGAN 134 • OGOS 2010 • SYAABAN – RAMADAN 1431 H

Qari Mesir dan Qariah PakistanJohan Majlis Tilawah Al-Quran

Antarabangsa

Page 2: Buletin Jakim Ogos 2010

Meja Pengarang

Qari Mesir dan Qariah Pakistan Johan 3Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa

MTQK 53 Berlangsung Lancar 4

Inovasi Sistem Pengadilan Tilawah al-Quran 5 di Malaysia

PM Bertemu Jawatankuasa Fatwa 6 Kebangsaan

Konvokesyen Ikmas Ke-8 6

Dato’ Dr. Mashitah Rasmikan Majlis 7 Konvokesyen Darul Quran Kali Ke-19

Berita Bergambar 8–9

PKJ Kali Ke-83 10

Meeting Of The Recognised Halal 10Certification Bodies Buka Era Baru Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia

| Ogos 2010 2

KandunganMenjana Para Huffaz yang Berketrampilan 11dalam Semua Bidang

SKU Jakim, Pertengahan Tahun 2010 12

Mahrajan Huffaz Belia MABIMS dan 13 Pelancaran Buku Jakim

Jakim Serah Risalah Bahasa Khmer 13kepada Kemboja

Bengkel Fiqh Penyiaran Temukan Penggiat 14Seni dengan Golongan Professional dan Ilmuwan

Keputusan Muzakarah Khas Majlis Fatwa 14Kebangsaan mengenai ESQ

Senarai Pertukaran dan Penempatan 15Pegawai Jakim Bulan Julai 2010

Raya: Sambut denganKeSedeRhanaan

Sidang REdaKSiPENAUNG

Dato’ Haji Wan MohamadDato’ Sheikh Abdul Aziz

Ketua PengarahJabatan Kemajuan Islam Malaysia

PENASIHATMohd Noor Abd. Hamid

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim

KETUA PENGARANGMohamad Saari

Pengarah Bahagian Penerbitan

PENGARANGMohd Yusof Sham

PENOLONG PENGARANGMohd Firdaus Mohd Suhani

JURUFOTOJamal Ibrahim

PENGEDARUnit Edaran

Bahagian PenerbitanJabatan Kemajuan Islam MalaysiaAras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62519 Putrajaya

ATUR HURUF / REKA BENTUKVisual Print Sdn. Bhd.

PERcETAKANVisual Print Sdn. Bhd.

Hari raya merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah berjaya mengharungi segala dugaan nafsu sepanjang Ramadan. Namun ia tidak bererti kita boleh

melakukan perkara sia-sia seperti yang dilakukan sebelum datangnya Ramadan. Amalan dan ibadah seperti membaca al-Quran, berqiyamulail, bersedekah serta amalan sunat lain perlu diteruskan malahan ditingkatkan pada masa-masa akan datang.

Sebagai umat Islam yang bersyukur, hari raya perlu disambut dengan penuh kesederhanaan dan mengikut batasannya. Perbanyakkan zikir dan laungan takbir kepada-Nya pada malam dan hari raya. Amalan-amalan seperti mandi sunat hari raya, memakai wangian, memakai pakaian cantik dan paling baik, menunaikan zakat fitrah sebelum sembahyang sunat hari raya dan sebagainya seharusnya menjadi perkara lazim dilaksanakan yang sudah tersemat dalam hati kita.Hari raya sering kali dikaitkan dengan pembaziran. Memang terdapat daripada kalangan kita yang suka berbelanja dengan boros menjelang raya. Kalau boleh semua perabot, peralatan rumah, pakaian dan sebagainya perlu diganti dengan yang baharu. Islam menganjurkan umatnya bersifat wasatiyyah dalam segala aspek. Tidak perlu menukar baru jika ia masih elok dan boleh dipakai. Pemborosan seperti ini hanya layak menjadi kawan syaitan. Lebih baik wang tersebut disalurkan kepada golongan yang lebih memerlukan.Pembaziran juga dikaitkan dengan aspek pemakanan. Jangan setelah sebulan kita berpuasa, melantak juadah raya seperti mengqadha’ kembali kelaparan sepanjang Ramadan. Dek kerana terlalu kenyang ibadah kita terganggu, dan lebih teruk daripada itu, meninggalkan amalan wajib. Kadangkala terlalu banyak juadah raya dihidangkan sehingga tidak mampu dihabiskan dan akhirnya menjadi milik tong sampah. Biarlah sedikit asalkan makanan tersebut diberkati Allah.Sempena hari yang mulia, marilah kita mengambil kesempatan yang penuh bermakna ini memadamkan segala api permusuhan sesama kita. Rendahkan diri memohon ampun maaf andai terlanjur silap dan salah, meskipun ia bukan berpunca daripada kita. Apa yang penting ialah keberkatan dan keredaan-Nya, bukan sekadar keriangan Aidilfitri semata-mata. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Page 3: Buletin Jakim Ogos 2010

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-52 berlangsung mulai 27 Julai

hingga 3 Ogos 2010. Daripada 76 buah negara yang dijemput, sebanyak 41 buah negara yang telah mengambil bahagian iaitu seramai 41 orang qari dan 20 orang qariah memperdengarkan bacaan al-Quran masing-masing.

Majlis perasmian majlis tersebut diadakan pada 27 Julai 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan untuk berangkat dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Dalam titah ucapannya, baginda melahirkan rasa dukacita dengan isu umat Islam yang diancam dengan pelbagai serangan fizikal dan spiritual serta isu Islamofobia yang cuba meracuni fikiran dan menakutkan masyarakat dunia dengan Islam. Baginda berharap seluruh dunia Islam dapat bersatu dan memainkan peranan dengan menyusun serta melaksanakan agenda memajukan umat Islam dengan lebih berkesan.

Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa pada kali ini menyaksikan qari dari Mesir

Meja Pengarang

iaitu Encik Hani Abdel Aziz Ahmed merangkul tempat pertama dengan markah sebanyak 91.46% diikuti oleh Encik Wan Ainuddin Hilmi Abdullah (90.75%) dari Malaysia dan tempat ketiga dimenangi oleh Encik Abdul Wadoud K. Esmail (89.63%) dari Filipina.

Johan Qariah pula dirangkul oleh Puan Samia Khanan dari Pakistan dengan markah 91.08% diikuti oleh Puan Dayang Nurfaezah Hj. Emran (90.17%) dari Brunei Darussalam dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Monaifah A. Bogabong Alawi (88.75%) dari Filipina.

Johan qari dan qariah masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak AS$ 10,000, piala iringan dan sijil penyertaan. Tempat kedua menerima wang tunai sebanyak AS$ 7,000, cenderamata dan sijil penyertaan, manakala pemenang tempat ketiga menerima wang tunai AS$ 4,000, cenderamata dan sijil penyertaan. Setiap peserta lain menerima hadiah sagu hati berjumlah AS$ 1,500, cenderamata dan sijil penyertaan.

Qari Mesir Dan Qariah Pakistan Rangkul Johan Tilawah al-QuRan anTaRabangsa

Raya: Sambut denganKeSedeRhanaan

3Ogos 2010 |

Page 4: Buletin Jakim Ogos 2010

| Ogos 2010 4

MTQK 53 Berlangsung Lancar

Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran mampu membentuk jati diri modal insan yang bertaqwa dan seimbang sesuai dengan ajaran Islam. Menurut YB Menteri di

Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (B), beliau berkata, “Dengan wujudnya sifat ummah yang seimbang, ia akan melahirkan negara yang harmoni, aman dan bersatu padu di bawah bumbung perpaduan nasional yang kukuh serta maju, bukan sahaja dari sudut material tetapi juga semangat.” Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQK) Kali Ke-53 berlangsung selama lima hari mulai 29 Jun sehingga 3 Julai 2010 bertempat di Dewan Saadah Wisma Muis, Kota Kinabalu, Sabah. Dengan bertemakan “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah”, majlis ini berlangsung dengan meriah setiap malam dengan sambutan yang luar biasa daripada penonton. Majlis perasmian disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 29 Jun 2010. Sementara Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah, Yang di-Pertua Negeri Sabah iaitu pada 3 Julai 2010.Keputusan majlis tilawah Al-Quran diumumkan oleh oleh Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, selaku Pengerusi Jemaah Hakim. Keputusan adalah seperti berikut:

Johan Qari dan Qariah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000.00, piala pusingan, piala iringan, cenderamata, pakej menunaikan haji dan sijil penyertaan setiap seorang. Naib johan pula menerima wang tunai sebanyak RM 7,000.00, pakej menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan, sementara hadiah ketiga mendapat wang tunai sebanyak RM 5,000.00, pakej menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan. Hadiah sagu hati sebanyak RM 2,000.00 dan sijil penyertaan.

BAHAGIAN QARI

TEMPAT PERTAMA : Wan Ainuddin bin AbdullahNEGERI : Wilayah PersekutuanMARKAH : 82.01%

TEMPAT KEDUA : Muhammad Anuar bin GhazaliNEGERI : KelantanMARKAH : 79.66%

TEMPAT KETIGA : Haji Othman Azumi bin AhmadNEGERI : Kedah MARKAH : 79.33%

BAHAGIAN QARIAH

TEMPAT PERTAMA : Hajah Nor Azrah binti AyubNEGERI : JohorMARKAH : 79.34%

TEMPAT KEDUA : Nor Ruzana Natiah binti JaafarNEGERI : SelangorMARKAH : 79.33%

TEMPAT KETIGA : Normalina binti AliasNEGERI : Wilayah PersekutuanMARKAH : 77.66%

JOHAN KESELURUHAN : Wilayah PersekutuanMARKAH : 79.84%

Page 5: Buletin Jakim Ogos 2010

Inovasi Sistem Pengadilan Tilawah Al-Quran di Malaysia

Pengadilan Tilawah al-Quran di Malaysia memiliki kecanggihan sistem dan daya inovasi yang tersendiri. Hal ini dibuktikan oleh rekaan alat Sistem Pengisyaratan (Signaling System) yang direka

khas oleh Telekom Malaysia untuk tilawah al-Quran bagi memastikan ketelusan dan ketepatan pengadilan tilawah.

Menurut Sulaiman Yatimin, Pembantu Pegawai Teknik yang berpengalaman selama 27 tahun dalam pengendalian dan penyelarasan sistem ini, ia merupakan satu-satunya alat yang digunakan untuk menyalurkan suara peserta ke bilik hakim untuk diadili. Sejajar dengan inovasi yang sentiasa berkembang, sistem ini juga turut mengalami perubahan besar berbanding tahun-tahun terdahulu. Alat Sistem Pengisyaratan yang mula digunakan pada tahun 2000 ini diselaraskan dengan penjaga masa dan sistem siaraya seterusnya dipancarkan kepada hakim-hakim bagi mendengar suara dan cara bacaan para peserta dengan jelas.

Di bilik Jemaah Hakim, seorang juruteknik lagi ditempatkan bagi membantu menyelaraskan sistem perhubungan ini. Encik Fakhri nizar Mohamad yang telah berkhidmat selama 15 tahun dalam pengendalian Majlis Tilawah Al-Quran ini membantu menyediakan sistem audio dan signaling di bilik Jemaah Hakim. Bilik Jemah Hakim berada di satu tempat yang terpisah daripada penglihatan perjalanan di pentas utama dalam dewan majlis tilawah.

Sulaiman berkata, “Kecekapan dalam mengendalikan alat ini amat penting bagi memastikan para hakim dapat membuat pengadilan dengan seadilnya tanpa mengetahui siapa peserta yang mereka adili,” tambah beliau lagi.

Sulaiman berpandangan penganjuran Tilawah al-Quran merupakan program yang sangat bagus dalam mengembangkan syiar Islam ke seluruh dunia. Beliau juga merasakan Majlis Tilawah Al-Quran adalah program bersama dan tanggungjawab dalam menjayakan majlis ini perlu dipikul oleh semua pihak.

Ditanya mengenai perasaan ketika bertugas dengan para hakim yang merupakan ulama dan ahli al-Quran, Fakhri pula berkata, “Saya amat gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT mendapat peluang yang tidak terhitung nilainya, yang peluang ini tidak dapat dinikmati oleh kakitangan lain.

5Ogos 2010 |

Page 6: Buletin Jakim Ogos 2010

6 | Ogos 2010

Pada 20 Julai 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Khas 1, Pejabat Perdana Menteri, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengadakan pertemuan dengan

Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak. Pertemuan yang lebih menjurus perbincangan isu-isu semasa berkaitan agama dan umat Islam, seterusnya dapat disampaikan secara langsung pandangan Perdana Menteri khususnya mengenai umat Islam.

Dalam perutusannya, Dato’ Sri Mohd. Najib yakin semua ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dapat memberikan nasihat, pandangan dan sokongan kepada beliau dalam membangunkan negara serta memartabatkan kedudukan agama dan umat Islam di negara ini. Beliau juga amat yakin peranan dan sumbang saran jawatankuasa mampu membantu kerajaan dalam membentuk dasar-dasar baru atau penambahbaikan dasar-dasar sedia ada dalam pengurusan hal ehwal Islam.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B), Penasihat Agama Kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Dr. Abdullah Md Zin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji

Husin dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz yang juga merangkap Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Abd. Shukor Husin menyatakan pertemuan ini amat besar ertinya ke arah mengeratkan lagi hubungan antara ulama’ dan umara’ dan sekali gus dapat membina sebuah negara yang seimbang dari segi fizikal dan spiritual.

PM BerteMu Jawatankuasa Fatwa keBangsaan

Konvokesyen IKmas Ke-8

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, TYT Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin telah berkenan untuk menyempurnakan Majlis Konvokesyen Institut

Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) Ke-8 pada 12 Julai 2010 yang lalu di Dewan Kenyalang, Ikmas, Telaga Air, Kuching.

Majlis konvokesyen ini turut dihadiri YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Ketua

Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, ahli-ahli Ikmas, pengarah-pengarah bahagian jakim, dan ketua-ketua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri sekitar Kuching.

Pada majlis konvokesyen tahun ini, seramai 41 orang graduan menerima Diploma Pengajian Islam dan Dakwah, manakala 15 orang graduan menerima Sijil Asas Pengajian Islam Saudara Kita. Majlis kali ini menyaksikan Saudari Nur Rafeezza Fetheri telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Saudari Afiqah binti Mustafa menerima Anugerah Ketua Pengarah Jakim, Saudari Norsafarina Sajom menerima Anugerah Majlis Islam Sarawak dan Saudari Zainab binti Rasli menerima Anugerah Ikmas.

Page 7: Buletin Jakim Ogos 2010

Dato’ Dr. mashitah Rasmikan Konvokesyen Darul Quran Kali Ke-19

7Ogos 2010 |

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim telah

merasmikan Majlis Konvokesyen Darul Quran yang ke-19 pada 31 Julai lalu. Majlis yang berlangsung penuh gilang-gemilang itu telah diadakan di Dewan Muktamar, Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Majlis konvokesyen itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ahli Lembaga Darul Quran dan pengarah-pengarah bahagian Jakim. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran para hakim dan peserta Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa. Pada majlis konvokesyen kali ini, seramai 325 graduan menerima diploma Tahfiz al-Quran manakala seramai 117 graduan pula menerima Sijil Tahfiz al-Quran. Bagi kursus Sijil Tinggi Tarannum al-Quran, seramai 31 graduan telah menerima sijil.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Dr. Mashitah mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian

mereka di Darul Quran. Beliau juga mengharapkan agar semua graduan sentiasa mengekalkan hafalan mereka walaupun sudah tamat pengajian di Darul Quran. Pada majlis konvokesyen pada kali ini, Mohammad Abdillah

Samsuiman dan Siti Izzah Qudsiah Mohamad Ghazali telah menerima Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas kecemerlangan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Page 8: Buletin Jakim Ogos 2010

| Ogos 2010 8

Lawatan Dakwah Bil Hal Ketua Pengarah Jakim Ke Pulau Larapan dan Bum-Bum, Semporna, Sabah.

Ketua Pengarah Jakim kunjungi YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah.

Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam di Muslim College, London.

Tinjauan Mesra Dato’ Ketua Pengarah Jakim ke KAFA Kg. Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

Bengkel Gubahan Bunga Kristal yang dianjurkan oleh Puspanita Jakim Cawangan Sabah.

Bengkel Pengesahan dan Semakan Tafsir Pedoman Muttaqin Juzuk 5 dan 6.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jakim ke HDC.

KP Jakim Bertemu Guru KAFA dan Takmir Daerah Semporna.

Program Pemantapan Ilmu dan Sahsiah Pelajar anjuran bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan pihak sekolah.

Seminar Belia anjuran kerjasama Jakim Cawangan Sabah dan USIA.

Persidangan Hala Tuju Balai Cerap Se-Malaysia.

Retreat Kepimpinan Imam dan Penolong Imam Jawi di Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu.

Page 9: Buletin Jakim Ogos 2010

9

B e r i t a B e r g a m b a r

9Ogos 2010 |

Kursus Asas Perkhidmatan Hal Ehwal Islam.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Kuala Langat.

Kursus Kefahaman Akidah Anggota PDRM di PPA Jelebu.

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Hari Memperingati Aids Sedunia di Terengganu.

Lawatan Belia Masyarakat Orang Asli ke Jakim.

Peserta Kursus Pengendalian Fatwa kunjungi SU Agung Majma’ Buhuth Al-Islamiyyah Al-Azhar Al-Syarif, Mesir.

Kursus Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Organisasi Pegawai Pentadbiran 4 Masjid Utama.

Pemantauan Bahan-bahan penerbitan dan perhiasan ayat-ayat suci al-Quran.

Malaysia Sandang Tempat Keempat dalam 27th International Competitions of The Holy Quran, Iran.

Cerapan gerhana bulan separa di Balai Cerap Al-Biruni, Sabah.

Page 10: Buletin Jakim Ogos 2010

Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali (PKJ) Ke-83 telah diadakan pada 16

hingga 18 Julai 2010 di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan. Persidangan yang dihadiri oleh semua ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri ini bertujuan mengumpulkan maklumat berkaitan pengurusan hal ehwal Islam negeri-negeri bagi pelarasan di peringkat persekutuan.

Dalam ucapan perasmian, Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Nik Aziz Nik Mat menekankan aspek ketelusan dalam menguruskan pentadbiran hal ehwal Islam dengan menghayati peristiwa Isra’ dan Mikraj supaya mengambil pengajaran daripada Rasulullah SAW yang telah dibedah dadanya oleh Jibril AS. Perbandingan antara doktor bedah yang membelah dada manusia bagi membuang lendir, darah tersumbat atau apa-apa yang dapat dilihat dengan mata kasar manakala Nabi Muhammad SAW

| Ogos 2010 10

dibedah dadanya bagi membuang umpan-umpan syaitan iaitu syirik, ujub, takbur dan sebagainya.

Beliau menambah, ketua jabatan atau pegawai kerajaan perlu bekerja keras untuk membersihkan jiwa. Selagi takungan air tidak ditimbus akan menyebabkan banyak nyamuk yang membawa mudarat. Begitu juga jika jiwa tidak dibersihkan, gangguan syaitan semakin banyak. Menjadi kewajipan kita juga bekerja dengan ikhlas. Perkara-perkara ini

perlu didedahkan kepada semua umat Islam supaya umat Islam khususnya di Malaysia melaksanakan perkara-perkara mahmudah dalam urusan kehidupan mereka.

Dato’ Ketua Pengarah dalam ucapan aluannya pula menyentuh kerjasama antara JAIN/ MAIN dan agensi-agensi yang terlibat dengan pengurusan Islam adalah amat penting dan perlu menunjukkan kesepakatan agar terzahir kekuatan pengurusan Islam dan Islam semakin dihormati dan digeruni musuh.

Bahagian Hab Halal Jakim telah menganjurkan Meeting Of The Recognised Halal Certification

Bodies 2010 pada 24 Jun 2010 di Dewan Syura Jakim. Jakim mengambil peluang mengadakan mesyuarat ini bersempena 7th Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2010 yang berlangsung pada 23 hingga 27 Jun 2010 di MaTRadE.

Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincang dan menyelaraskan beberapa isu berbangkit termasuk perbezaan pandangan, fatwa dan pengurusan pensijilan halal; memperjelaskan kepada badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf berhubung pemakaian standard Malaysia versi baru iaitu MS1500:2009 Halal Food Production, Preparation, Handling and Storage - General Guidelines (Second Revision); dan memperkukuhkan hubungan silaturrahim yang telah sedia terjalin

Meeting of The Recognised Halal Certification Bodies Buka Era Baru Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia

antara Jakim dan badan pensijilan halal luar negara.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz dan telah dihadiri oleh 40 orang wakil daripada 48 badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim selain daripada agensi dalaman yang berkaitan iaitu ahli Lembaga Penasihat Halal Jakim, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Halal Development Corporation (HDC), International Halal Integrity

(IHI) serta kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Operasi) Jakim. Sehingga kini, Jakim telah melantik sebanyak 48 badan pensijilan halal luar negara daripada 23 negara.

Sebanyak tiga kertas cadangan telah dibentangkan iaitu “Appointment Halal Certification Bodies as Monitoring Agent For Jakim,” dan “MS 1500: The Differences Between 2009 and 2004 Version” oleh Puan Hakimah Mohd. Yusoff, serta “Portable, Easy- To-do Pig DNA Analysis” oleh Prof. Dr Yaakub bin Che Man.

PKJ Kali Ke-83

Page 11: Buletin Jakim Ogos 2010

11Ogos 2010 |

Pada 18 Julai 2010, ahli Persidangan Ketua-ketua Jabatan/

Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Ke-83 telah mengadakan lawatan kerja ke Maahad Tahfiz Sains (MTS), Tanah Merah, Kelantan.

Antara objektif penubuhan MTS ialah menyediakan peluang pengajian dalam aliran tahfiz al-Quran dan sains, menggabung jalin keupayaan pembelajaran dalam mata pelajaran

agama, akademik (sains) dan tahfiz, melahirkan saintis dan professional yang menghafaz al-Quran dan menghayati kandungannya, serta menjana pelapis kepimpinan ummah yang mempunyai pelbagai keterampilan dan pengetahuan dalam saingan globalisasi.

Pengetua MTS, Ustaz Shamsuri Dollah telah menerangkan secara ringkas infrastruktur yang terdapat di MTS serta kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar. Pelajar-pelajar tersebut bukan sahaja telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran malah ada yang mendapat 8A atau 9A dalam SPM.

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz mengalu-alukan kerjasama dua hala antara MTS dengan Jakim, JAIN dan agensi-

agensi yang berkaitan. Antara lain kerjasama yang boleh dilaksanakan ialah latihan guru-guru di ILIM dan dengan kerjasama KPM, penerbitan bahan cetakan dan kerjasama guru Arab di Darul Quran bagi program bersama guru atau pelajar.

Dato’ Haji Wan Mohamad menegaskan pihak pentadbir

MTS tidak mengabaikan bahasa arab selain tahfiz al-Quran kerana tidak dapat dipertikaikan lagi ia amat penting. Kedua-dua perkara ini (tahfiz dan penguasaan Bahasa Arab) perlu di-utamakan di mana-mana maahad tahfiz.

Menjana Para Huffaz Berketerampilan dalam Semua Bidang

Antara objektif penubuhan MTS ialah menyediakan peluang pengajian dalam aliran tahfiz al-Quran dan sains, menggabung jalin keupayaan pembelajaran dalam mata pelajaran agama, akademik (sains) dan tahfiz…

Page 12: Buletin Jakim Ogos 2010

12 | Ogos 2010

Pada 19 hingga 21 Julai 2010, Jakim telah mengadakan Mesyuarat Sasaran Kerja Utama (SKU) Jakim,

Pertengahan Tahun 2010.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan membuat penilaian ke atas pencapaian program-program yang telah dirancang bagi setengah tahun pertama 2010, mengenal pasti penambahbaikan bagi program-program Jakim yang akan dilaksanakan bagi tempoh setengah tahun kedua 2010 dan mengenal pasti program-program baru bagi memantapkan lagi fungsi dan peranan Jakim.

Mesyuarat selama tiga hari dua malam ini telah dihadiri oleh 106 orang pegawai kanan Jakim dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan

Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Dalam perutusan pengerusi, Dato’ Haji Wan Mohamad menegaskan SKU merupakan forum penting kepada Jakim dalam menilai pencapaian aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi tahun 2010. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar perancangan aktiviti Jakim pada masa hadapan mestilah mengambil kira dan berpandukan Pelan Strategik Jakim 2009-2014.

Dato’ Haji Wan Mohamad juga menegaskan sebagai pegawai kanan Jakim, mereka mestilah menguasai semua keputusan mesyuarat utama Jakim seperti Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Ugama islam (MKi), Persidangan Exco agama Seluruh Malaysia dan Persidangan Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia (PKJ) menerusi sistem pengurusan dan perkongsian maklumat yang efisien.

Sebagai pegawai kanan, mereka juga perlu mengambil berat terhadap perkara-perkara penting yang berlaku di peringkat jabatan dan tidak hanya menumpukan kepada isu-isu penting di peringkat bahagian semata-mata. Sepanjang mesyuarat berlangsung, sebanyak 12 SKU telah selesai dibincangkan melibatkan hampir keseluruhan bahagian-bahagian di Jakim.

SKU JaKim, Pertengahan ta h U n 2010

Page 13: Buletin Jakim Ogos 2010

MAHRAJAN HUFFAZ BELIA MABIMS DAN PELANCARAN BUKU JAKIM

Majlis Mahrajan Huffaz Belia MABIMS diadakan buat julung kalinya pada 30 Julai

2010 bersempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada tahun ini. MABIMS merupakan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi

Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia,

Malaysia dan Republik Singapura.

Idea untuk mengadakan majlis ini dicetuskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) dalam ucapannya semasa

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 21 hingga 25

April 2010 lalu.

Majlis ini disertai oleh enam orang huffaz al-Quran iaitu tiga

orang lelaki dan tiga orang wanita. Setiap negara MABIMS, kecuali Republik Indonesia menghantar dua orang peserta, lelaki dan wanita yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun. Peserta negara, Muhammad Izzul Zahidi dan Mazian Abu Bakar diumumkan sebagai pembaca terbaik dalam majlis itu.

Turut diadakan sejurus majlis berkenaan ialah Pelancaran Buku Terbitan Jakim yang disempurnakan Dato’ Seri Jamil Khir. Sebanyak 14 buku buku Jakim telah diterbitkan termasuk tiga buku utama iaitu Tafsir ar-Rahman (Versi Mandarin-Juz 30), Ziarah Masjid di Malaysia dan Irsyad al-Qari (dua jilid). Sementara buku lain yang turut dilancarkan ialah Istilah-istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab dan isu-isu dalam ibadat Puasa.

Dato’ Seri Jamil Khir mengulas dalam ucapannya, Jakim akan menerbitkan lebih banyak buku dalam pelbagai bahasa bagi memastikan orang Islam yang tidak mahir dalam bahasa Malaysia ataupun Arab dapat memahami tafsir al-Quran dan perkara-perkara berkaitan dengan Islam.

13Ogos 2010 |

Majlis Penyerahan Risalah Bahasa Khmer Kepada Wakil Masyarakat Islam Kemboja diadakan

bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Jakim bagi Bulan Julai 2010 pada 23 Julai 2010 di Auditorium D8, Putrajaya. Penyerahan membabitkan tiga tajuk buku iaitu Panduan Berpuasa bagi Pesakit, Panduan Tayammum, Wudu’ dan Solat bagi Pesakit dan Panduan Puasa Ramadan.

Turut diadakan ialah Majlis Penyerahan Modul Diploma Pengurusan Islam (DPI). DPI yang bakal dilaksanakan sepenuh masa di Institut Latihan Islam Malaysia mengambil masa enam bulan pengajian.

Dalam ucapan amanat Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz menyatakan penyerahan risalah bahasa Khmer tersebut merupakan rentetan daripada perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) dengan Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) sebelum ini. Beliau menyarankan wakil Kemboja supaya meneliti bahan terbitan Jakim lain yang sesuai dengan masyarakat di sana untuk diterjemah dalam bahasa tempatan. Ia merupakan tanda kasih dan persahabatan antara Jakim dan CMIA.

Jakim Serah riSalah BahaSa khmer kepada kemBoJa

Page 14: Buletin Jakim Ogos 2010

Bengkel Fiqh Penyiaran Temukan PenggiaT Seni dengan golongan ProFeSSional dan ilmuwan

Pada 19 dan 20 Jun 2010 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi telah diadakan satu program yang menghimpunkan para penggiat seni tanah air dengan golongan professional dan ilmuwan dalam Bengkel Fiqh Penyiaran di

bawah anjuran Jakim, TV Al-Hijrah dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Majlis Makan Malam bersama Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz turut diadakan pada petang 19 Jun 2010 yang dihadiri oleh Dato’ Haji Ahmad Maher Abd Manan, Ahli Lembaga Penapisan Filem KDN, Ketua Pegawai Eksekutif TV al-Hijrah, Tuan Haji Bukhari Che Muda, dan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FdaM), Encik ahmad ibrahim.

Tiga sesi pembentangan telah berlangsung membabitkan individu yang terlibat secara langsung dalam dunia penyiaran. Sesi pertama dipengerusikan oleh Ustaz Ridzuan Awang dari Bahagian Media Jakim dan pembentang kertas kerja terdiri daripada Prof Dr Naim Ahmad, pensyarah dari USIM, Mufti Negeri Pahang, SS Dato’ Hj. abdul Rahman Haji Osman, dan Tuan Syed Zulkifli Syed Masir dari Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Sesi kedua pula menyusul dengan menampilkan Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah (UM) sebagai pengerusi dan panelnya terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif TV al-Hijrah, Tuan Haji Bukhari Che Muda, En Ahmad Mirza Abd Malik wakil dari agensi pengiklanan dan panel ketiga iaitu Penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim UKM, Prof. Dato’ Dr Ismail Ibrahim; dengan tajuk “Dakwah Secara Bijaksana dalam Penyiaran.”

Sesi pembentangan ketiga diteruskan oleh ahli panel yang terdiri daripada Pengarah Lembaga Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Haji Mohd Hussain Shafie, Pemangku Pengarah Kanan Bahagian Pemantauan & Penguatkuasaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pn. Eneng Faridah iskandar dan Pengarah Radio iKiM FM, En. nik Roskiman abd Samat serta dipengerusikan oleh Prof. Dr. Zulkiple Abd. Ghani (USIM). Majlis berakhir dengan sesi pembentangan resolusi dan tayangan khas “One World” oleh FDAM.

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan

yang dikemukakan oleh ahli-ahli serta rumusan awal yang

telah dibuat pada Muzakarah Khas pada 14 April 2010,

Muzakarah berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur

keraguan yang terkandung dalam kursus ESQ Leadership

Training boleh diperbetul dan diperjelaskan.

Muzakarah bersetuju memutuskan supaya pihak ESQ

membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera

fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/perlakuan yang

menimbulkan keraguan kepada masyarakat.

Muzakarah juga bersetuju membuat ketetapan bahawa

Panel Syariah ESQ perlu bertanggungjawab dan memantau

sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan

pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara

berterusan kepada Muzakarah. Sehubungan itu, Muzakarah

bersetuju memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership

Training boleh dilaksanakan di Malaysia dengan pengawasan

sepenuhnya oleh Panel Syariah yang dilantik oleh ESQ.

KEPuTuSan MuzaKaRaH KHaS

JawaTanKuaSa FaTwa MaJliS

KEBangSaan Bagi Hal EHwal ugaMa

iSlaM MalaySia MEngEnai KEduduKan

KuRSuS ESQ lEadERSHiP TRaining

Tarikh: 16 Jun 2010

Tempat: Hotel Legend Kuala Lumpur

14 | Ogos 2010

Page 15: Buletin Jakim Ogos 2010

15Ogos 2010 |

PenemPatan Dan PertUKaran PegaWai JaKim BULan JULai 2010

Pertukaran

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARIKE TARIKH KUAT

KUASA

1. YUSUF BIN MAMAT S48 JAWI ILIM 1.7.2010

2. ABD. MALEK BIN RAMLI S44 KBS JAIS 12.7.2010

3. BAHARUDIN BIN OTHMAN S44 JAKIM CAW. SABAH

HAB HALAL 5.7.2010

4. HADRI BIN IDRIS S44 JAIS DAKWAH 16.7.2010

5. MEEFTAH BIN ANUAR S41 MASJID TUANKU MIZAN

KDN 19.7.2010

6. MUHAMMAD AZLAN BIN MARUKUM S41 JAIM HAB HALAL 16.7.2010

7. AIZAT BUKHARI BIN SALLEH S27 DAKWAH PERHUBUNGAN 12.7.2010

8. ZAINAB BINTI JUNOOH S27 HADHARI DAN PEMB. INSAN

HAB HALAL 16.7.2010

9. SUMAIYAH BINTI YUSOFF S27 AADK KUALA LUMPUR

HAB HALAL 7.7.2010

10. MOHD ZUAIRI BIN HAMZAH S27 PERHUBUNGAN PDRM 7.7.2010

11. HARUN BIN ABDUL HALIM S27 PUSPEN SG. RUAN

JAWI 7.7.2010

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KE TARIKH KUAT KUASA

26. MOHD RIDZWAN BIN MOHD YASIN

S27 LANTIKAN BARU PDRM 7.7.2010

27. MOHD ZULKIFLI BIN MAKHTAR S27 LANTIKAN BARU PDRM 7.7.2010

28. MOHD IRMAN BIN SAMSUDIN S27 LANTIKAN BARU PDRM 7.7.2010

29. MOHD KAH’HAR BIN CHEK KASSIM

S27 LANTIKAN BARU PDRM 7.7.2010

30. ZAHARI BIN HASSAN S27 LANTIKAN BARU PDRM 7.7.2010

31. ROMZI BIN BUJANG S27 LANTIKAN BARU PDRM 7.7.2010

32. MOHD NASHRIQ FIZAL BIN SAUPI

S27 LANTIKAN BARU PDRM 12.7.2010

33. MOHD SHAFIE HIDAYAT BIN MOHAMAD FUAD

S27 LANTIKAN BARU PDRM 7.7.2010

34. AMIRUDDIN BIN MOHD ARIF S27 LANTIKAN BARU AADK 7.7.2010

35. FAHMI REZA BIN BASRI S27 LANTIKAN BARU AADK 7.7.2010

36. OMAR BIN MD ROSLAN S27 LANTIKAN BARU AADK 7.7.2010

37. AHMAD ZAKI BIN ALWI S27 LANTIKAN BARU AADK 7.7.2010

38. SYAKIR AIMEN BIN AHMAD S27 LANTIKAN BARU AADK 7.7.2010

39. IZZUDDIN BIN BARAHIM S27 LANTIKAN BARU AADK 7.7.2010

40. MUHAMAD ZARIF BIN ADNAN S27 LANTIKAN BARU AADK 7.7.2010

41. DAZILAWATI BINTI DAUD S27 LANTIKAN BARU JAB. PENJARA 7.7.2010

42. MOHD FIRDAUS BIN ROSLI S27 LANTIKAN BARU DARUL QURAN 7.7.2010

43. SABARONI BIN MAAMT S27 LANTIKAN BARU KEMENT. KESIHATAN M’SIA

7.7.2010

44. ALIAS BIN AHMAD S27 LANTIKAN BARU DARUL QURAN 7.7.2010

45. MOHD FAUZI BIN GHAZALI @ MOHAMED

S27 LANTIKAN BARU HAB HALAL 7.7.2010

46. HAIRUL HAKIMY BIN FADZIL S27 LANTIKAN BARU KEMENT. KESIHATAN M’SIA

7.7.2010

47. AFENDI BIN ISHAK S27 LANTIKAN BARU JAB. PENJARA M’SIA

7.7.2010

48. AMY BIN ABU TALIP S27 LANTIKAN BARU HAB HALAL 7.7.2010

49. MOHAMAD SUBKI BIN SHAFII S17 CBTG PDRM 21.7.2010

50. AISAH BINTI ABU SAMAH N17 LANTIKAN BARU MASJID PUTRA 1.7.2010

51. YONG ROSILA BINTI MANSAR N17 JAB. INSOLVENSI M’SIA

ILIM 22.7.2010

Penempatan

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARI KE TARIKH KUAT KUASA

1. ZAIZURINA BINTI MANSOR S44 CBBP ILIM 9.7.2010

2. MUHYIDIN BIN HAJI AZIZ S44 CBBP KBS 12.7.2010

3. MOHAMAD ZAMRI BIN MOHAMED SHAPIK

S44 CBBP KEMENT. PERDAGANGAN A/BANGSA DAN

INDUSTRI

15.7.2010

4. MOHAMAD SHUKRY BIN SULAIMAN

S44 (M) CBBP KEMENT. PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN

5. NAJMUDDIN BIN ABDUL KARIM S44 (M) CBBP ILIM 7.7.2010

6. ABDUL WAFI BIN ABDUL RAJAK S27 LANTIKAN BARU DAKWAH 12.7.2010

7. FIRDAUS BIN MOKHTAR S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

8. MOHD LUTHFEE BIN ALIAS S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

9. MOHD NAZRI BIN TALIB S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

10. MOHD FIRDAUS BIN MUHAMAD S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

11. MOHD NASRUL BIN SAAD S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

12. MOHD ZAKI BIN HUSIN S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

13. MOHD AZIZON BIN NOORDIN S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

14. HASRI BIN MUH NASIR S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

15. MOHD IZAHARUDDIN BIN UZIR @ UZAIR

S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

16. YAHYA BIN BUJANG S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

17. MOHD IZZUDDIN BIN WAHAB S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

18. ADNAN BIN YUSOFF S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

19. AHMAD FAIROS BIN AWANG S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

20. MOHAMAD NASER BIN MAAMOR S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

21. KHAIRUL AFHAN BIN MOHAMAD NOR

S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

22. SALLEH UD-DIN BIN MOHD ISA S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

23. MOHD REZUAN BIN MD NAWAWI S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

24. MUHD BURHANUDDIN BIN OTHMAN

S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

25. MOHAMMAD TAUPITQULLAH BIN ABI BAKAR

S27 LANTIKAN BARU JAWI 7.7.2010

BIL NAMA PEGAWAI GRED DARIKE TARIKH KUAT

KUASA

12. ABU BAR BIN OSMAN S27 PUSPEN BUKIT CHABANG

JAWI 7.7.2010

13. HASMAMI @ HASMIMI BINTI ABDULLAH

S27 AADK PULAU PINANG

PDRM 7.7.2010

14. SHAHRIZA BINTI SIDEK S17 JAWI JAKIM CAW. SABAH

1.7.2010

15. MOHD HUSNI BIN HASIBY S17 IBU PEJABAT PENJARA SARAWAK

PDRM 1.7.2010

16. AHMAD FADZILAH BIN MOHD AZAMAN

S17 INST. KEMAHIRAN

DAN LATIHAN AADK SEPANG

(IKHLAS)

PDRM 16.7.2010

17. AHMAD TARZIDI BIN AHMAD TAMEZI

S17 JAWI JAKIM CAW. SARAWAK

1.7.2010

18. ASROM AFFENDI BIN MOHD YUSOFF

N17 BKP HAB HALAL 26.7.2010

Page 16: Buletin Jakim Ogos 2010

16 | Ogos 2010

BU

KU

TER

BITAN JAKIM

MONOGRAF

AL-IFTA’ (S

IRI 1)

Cetakan : 2010

Halaman : 86

Selamat Hari Raya

Aidilfitri 1431H

Warga Jakim

mengucapkan

Selamat Menyambut

Hari Raya Aidilfitri

1431H kepada

semua umat Islam.

Buku Monograf al-Ifta’ menampilkan artikel-artikel yang khusus membincangkan isu-isu berkaitan institusi kefatwaan. Perbincangan dan dialog mengenai isu-isu

fatwa sentiasa diadakan bagi memperkemaskan lagi kaedah-kaedah yang digunakan dalam penentuan hukum-hakam dan juga aspek pengurusan institusi fatwa. Tujuh buah artikel dimuatkan dalam buku ini hasil tulisah tokoh-tokoh terkemuka tanah air termasuk sebuah karya daripada Ketua Pengarah Jakim sendiri, Impak Internet dalam Penyebaran Maklumat Kefatwaan. Artikel lain yang dimuatkan dalam monograf ini ialah Fatwa Syazah oleh Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri, Ke Arah Menjadikan Malaysia Sebagai Pusat Fatwa Sedunia oleh Prof. Dr. Haji Abdul Samat Musa, Ijtihad Sebagai Manhaj Istinbat Hukum dalam Pengeluaran Fatwa oleh Prof. Madya Datin Dr. Paizah Haji Ismail, Mufti: Fatwa Perseorangan dan Majlis oleh Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri, Pendermaan Organ dari Perspektif Islam oleh Prof. Madya Datin Dr. Paizah Haji Ismail, Penyelarasan Fatwa di Malaysia: Kekangan dari Aspek Perundangan oleh Arik Sanusi Yeop Johari.

Buku ini boleh dimuat turun melalui laman web e-Fatwa di http://www.e-fatwa.gov.my/ atau untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Bahagian Pengurusan FatwaAras 5, Blok D7,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62519 Putrajaya.

Telefon : 03-8886 4240