bukupanduanlsi_webviewcombine

48

Upload: azahar

Post on 19-Jan-2016

42 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BukuPanduanLSI_webviewcombine
Page 2: BukuPanduanLSI_webviewcombine

EDISI 2013

PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)

BAGI PENGAJAR KEMAHIRAN DI INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN

AWAM (ILKA)

©UNIT SANGKUTAN INDUSTRI, PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL KEMAHIRAN (SPD)

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

EDISI 2013

Hakcipta Terpelihara. Tidak Dibenarkan Mengeluarkan dan Menyalin Semula Buku Ini Dengan Apa Cara Sekalipun

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

PETI SURAT 7012, SEKSYEN 19, JALAN PETANI 19/1, 40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Page 3: BukuPanduanLSI_webviewcombine

PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI) BAGI PENGAJAR KEMAHIRAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)

EDISI 2013

AHLI PANEL

Dalila binti Sharingat

Nor A’yana binti Mokhtar

Nor Azua binti Aripin

Hamidatul Zakiah binti Ismail

Page 4: BukuPanduanLSI_webviewcombine

ISI KANDUNGAN

Sepatah Kata i Senarai Kependekkan ii Tafsiran iii

Muka Surat

Peraturan Latihan Sangkutan Industri 1 - 8

Borang

Contoh Borang Permohonan Latihan Sangkutan Industri (CIAST-SPD-LSI-001)

9 - 12

Laporan Lawatan Latihan Sangkutan Industri (CIAST-SPD-LSI-002)

13

Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri (CIAST KP5.2)

14 – 22

Borang Permohonan Untuk Menggunakan Kenderaan Sendiri Dan Menuntut Elaun Kilometer Bagi Jarak Melebihi 240KM Sehala

23

Lampiran

Lampiran 1 Syarat-syarat Latihan Sangkutan Industri 24

Lampiran 2 Contoh Senarai Tugas Hakiki 25

Lampiran 3 Format Senarai Pengetahuan, Kemahiran Dan 26 Pengalaman Yang Ingin Diperolehi Di Industri

Lampiran 4 Laporan Tugasan Latihan Sangkutan Industri 27 – 28

Lampiran 5 Laporan Akhir Latihan Sangkutan Industri 29 – 30

Lampiran 6 Kadar Bayaran Elaun Latihan Industri 31 - 33

Lampiran 7 Format Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran 34 Elaun LSI

Lampiran 8 Format Rėsumė 35

Rujukan

Senarai Rujukan 36

Carta Alir Pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri 37

Page 5: BukuPanduanLSI_webviewcombine

i

SEPATAH KATA

Garis panduan ini disediakan khusus untuk pengajar kemahiran di ILKA yang terlibat dengan latihan kemahiran bagi mengikuti Latihan Sangkutan Industri yang diselaraskan oleh Unit Latihan Sangkutan Industri, Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD).

Program Latihan Sangkutan Industri adalah penting dalam usaha memastikan semua pengajar kemahiran yang terlibat dengan latihan kemahiran mengetahui perkembangan dan kehendak industri semasa. Penempatan Latihan Sangkutan Industri adalah perlu dilakukan kepada mereka bagi memberi pengalaman dan pengetahuan supaya dapat diadaptasikan dalam pengajaran di tempat latihan masing-masing. Selain daripada itu, budaya kerja di organisasi swasta yang bersesuaian dan memberi impak positif juga dapat diterapkan di institusi latihan kemahiran awam dengan mengaplikasikan pengalaman yang berharga tersebut di tempat kerja dalam usaha meningkatkan kualiti tenaga mahir yang dilahirkan.

Dengan adanya panduan ini, diharapkan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri akan jelas tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Ketua Program Pembangunan Profesional Kemahiran

CIAST

Page 6: BukuPanduanLSI_webviewcombine

ii

SENARAI KEPENDEKKAN LSI Latihan Sangkutan Industri PDL Pengajar Kemahiran Dalam Latihan SPD Skill Professional Development CIAST Centre For Instructor And Advanced Skill Training (Pusat Latihan Pengajar Dan

Kemahiran Lanjutan) PF Pegawai Firma PLI Pegawai Lawatan Industri PPLI Pegawai Penyelaras Latihan Industri ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam

Page 7: BukuPanduanLSI_webviewcombine

iii

TAFSIRAN `Latihan Sangkutan Industri´ ertinya satu tempoh khusus di mana pengajar kemahiran ditempatkan di firma/syarikat perniagaan atau industri untuk mendapatkan pendedahan tentang teknologi terkini serta persekitaran kerja yang sebenar secara terancang dan diselia oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan di industri tersebut. `Pengajar Kemahiran´ ertinya Pengajar Kemahiran Dalam Latihan. `Pengajar Kemahiran Dalam Latihan´ ertinya pengajar kemahiran yang sedang menjalani Latihan Sangkutan Industri mengikut bidang kemahiran masing-masing. `Unit Sangkutan Industri´ ertinya unit yang bertanggungjawab menyelaras program Latihan Sangkutan Industri. `Firma´ ertinya syarikat perniagaan atau industri yang terlibat menerima pengajar kemahiran menjalani Latihan Sangkutan Industri. `Pegawai Firma´ ertinya pegawai yang dipertanggungjawabkan oleh syarikat atau industri yang terlibat dalam program Latihan Sangkutan Industri untuk membimbing dan menyelia Pegawai Dalam Latihan. `Pegawai Lawatan Industri´ ertinya personel yang dilantik oleh CIAST untuk melakukan lawatan pemantauan Pengajar Kemahiran Dalam Latihan. `Pegawai Penyelaras Latihan Industri´ ertinya pegawai-pegawai yang terlibat menyelaras program Latihan Sangkutan Industri di bawah tanggungjawab Ketua Program SPD, CIAST. `Ibu Pejabat´ ertinya Ibu Pejabat bagi institusi di mana pengajarnya terlibat dengan Program Latihan Sangkutan Industri.

Page 8: BukuPanduanLSI_webviewcombine
Page 9: BukuPanduanLSI_webviewcombine

1

PERATURAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (INDUSTRIAL ATTACHMENT) DI

BAWAH KELOLAAN PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN

(CIAST), JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

1.0 PENGENALAN

1.1 OBJEKTIF LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

a) Mendedahkan pengajar kemahiran kepada persekitaran kerja sebenar di

industri.

b) Memupuk semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara

pengajar kemahiran / ILKA dengan pihak industri.

c) Menghubungkaitkan dan mengamalkan pengalaman di industri dengan

pengajaran teori dan praktikal di institut.

d) Mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri sebenar.

e) Membina keyakinan diri untuk diadaptasikan dalam bidang pengajaran

terutamanya apabila berdepan dengan peserta kursus dari industri.

f) Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan para pelajar & pengajar

lain setelah tamat latihan.

1.2 SYARAT LATIHAN

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi pengajar kemahiran yang berminat untuk

mengikuti Latihan Sangkutan Industri (LSI) adalah seperti di Lampiran 1.

1.3 TEMPOH LATIHAN

Tempoh Latihan Sangkutan Industri adalah ditetapkan selama tiga (3) bulan.

2.0 TATACARA PERMOHONAN/PENCALONAN

2.1 TANGGUNGJAWAB PENGAJAR KEMAHIRAN

2.1.1 Pengajar kemahiran yang berminat hendaklah mengisi borang

permohonan (CIAST-SPD-LSI-001) secara atas talian

(http://espd.ciast.gov.my) terlebih dahulu dan dicetak sebelum

dihantar.

Page 10: BukuPanduanLSI_webviewcombine

2

2.1.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dicetak hendaklah

dihantar melalui Ibu Pejabat masing-masing dengan disertakan

bersama-sama:

a) Salinan kelayakan akademik atau kelayakan yang setaraf dengannya

(jika ada);

b) Salinan kelayakan kemahiran (jika ada);

c) Senarai tugas hakiki di institut/jabatan (lihat contoh Lampiran 2);

d) Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin

diperolehi di firma yang dicadangkan (lihat contoh Lampiran 3); dan

e) Rėsumė terkini (lihat format Lampiran 8)

2.1.3 Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh

Pegawai Kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan

dan Profesional atau setaraf atau lebih tinggi.

2.1.4 Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak melalui

Ibu Pejabat serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan

tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

2.1.5 Pegawai hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan awal dari

firma untuk menjalani LSI (keutamaan akan diberi kepada firma yang

berada pada jarak kurang 25 kilometer dari pejabat).

2.2 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/KETUA PERKHIDMATAN

2.2.1 Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya

membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada

syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi

tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk

memperakukan pengajar kemahiran yang sesuai serta memenuhi

syarat-syarat yang ditetapkan.

2.2.2 Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua

Jabatan/Ketua Perkhidmatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada

Ibu Pejabat masing-masing. Perakuan pencalonan mestilah

dikemukakan bersama-sama dokumen di Para 2.1.2

Page 11: BukuPanduanLSI_webviewcombine

3

2.3 TANGGUNGJAWAB IBU PEJABAT

2.3.1 Pegawai bertanggungjawab di Ibu Pejabat perlu meneliti dan membuat

tapisan terhadap setiap calon yang mengemukakan permohonan.

Senarai pendek pencalonan berserta borang permohonan hendaklah

dikemukakan kepada Urusetia LSI mengikut tempoh yang ditetapkan.

3.0 ETIKA PENGAJAR KEMAHIRAN YANG MENJALANI LSI

Pengajar Kemahiran Dalam Latihan (PDL) perlu mematuhi peraturan yang tetapkan oleh

firma berkenaan. Walaubagaimanapun, PDL masih tertakluk kepada Peraturan Pegawai

Awam.

3.1 DISIPLIN

PDL hendaklah menunjukkan disiplin yang tinggi dan berkelakuan baik semasa

dalam LSI. PDL mestilah berusaha untuk menjayakan latihan mereka serta

menunjukkan sikap bekerjasama, bersopan santun dan saling memahami dan

mengamalkan sikap kerja berpasukan yang baik dengan pekerja lain di tempat

latihan. Nilai dan etika perkhidmatan awam hendaklah sentiasa diamalkan

walaupun berada di dalam sesi latihan di firma.

3.2 WAKTU BEKERJA

PDL hendaklah mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan oleh pihak firma.

Kerja lebih masa adalah digalakkan jika diminta oleh pihak firma berkenaan.

3.3 CUTI

Cuti dalam tempoh latihan adalah tidak dibenarkan kecuali atas sebab

kecemasan. Kelulusan cuti kecemasan hendaklah mendapat kebenaran daripada

firma dan dipanjangkan ke Unit LSI, Program Pembangunan Profesional

Kemahiran (SPD), CIAST untuk tujuan rekod.

3.4 PAKAIAN

PDL hendaklah mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh firma

berkenaan yang bersesuaian dengan etika berpakaian sebagai penjawat awam.

Peserta hendaklah bersedia dengan pakaian keselamatan sendiri sekiranya tidak

disediakan oleh firma.

Page 12: BukuPanduanLSI_webviewcombine

4

3.5 PENEMPATAN LATIHAN

PDL hendaklah menjalani latihan di tempat yang telah dipersetujui semasa

tawaran LSI sehingga tamat latihan.

PDL tidak dibenarkan menukar tempat latihan yang ditetapkan kecuali dengan

kebenaran daripada Ketua Program SPD CIAST.

3.6 KERAHSIAAN

Pengajar kemahiran yang terlibat hendaklah menggunakan pengetahuan dan

pengalaman yang diperolehi dari latihan ini hanya untuk tujuan pembelajaran

dan pengajaran yang dikendalikan di masa akan datang tanpa mendedahkan

maklumat sulit yang boleh menjejaskan firma tempat latihan berkenaan. Semua

bahan yang dibukukan sebagai laporan hendaklah mendapat kebenaran

daripada Pegawai Firma (PF).

3.7 LAPORAN TUGASAN LSI

PDL hendaklah menyediakan Laporan Tugasan Latihan Sangkutan Industri

mengikut format yang telah di sediakan oleh Unit LSI, SPD sepertimana di

Lampiran 4. Laporan ini hendaklah disahkan oleh PF dan perlu diserahkan pada

bila-bila masa diminta atau semasa lawatan Pegawai Lawatan Industri (PLI) ke

tempat latihan.

Tujuan Laporan Tugasan LSI:

a) Menunjukkan kerja / aktiviti dengan ringkas untuk memudahkan pegawai

terlibat menyediakan laporan akhir LSI yang lengkap;

b) Membantu PLI memantau aktiviti PDL sepanjang tempoh latihan;

c) Sebagai rekod dan rujukan pengajar kemahiran setelah tamat latihan.

3.8 LAPORAN AKHIR LSI

Pengajar kemahiran yang selesai menjalani latihan hendaklah menyediakan

Laporan Akhir LSI untuk melaporkan deskripsi kerja yang telah dilakukan

sepanjang tempoh latihan secara keseluruhan. Format laporan adalah seperti di

Lampiran 5.

Laporan Akhir LSI sebanyak dua (2) salinan hendaklah diserahkan kepada

Pegawai Penyelaras Latihan Industri (PPLI) dalam tempoh empat (4) minggu

dari tarikh akhir pengajar kemahiran menjalani LSI.

Page 13: BukuPanduanLSI_webviewcombine

5

3.9 TUNTUTAN ELAUN

3.9.1 Pengajar kemahiran yang menjalani latihan layak untuk menuntut elaun

yang berkaitan. Kadar tuntutan elaun boleh dirujuk pada Lampiran 6.

Borang Tuntutan elaun bulanan yang layak dituntut hendaklah

dikemukakan dan diterima oleh pihak CIAST tidak melebihi tarikh 5hb

setiap bulan berikutnya.

3.9.2 Tuntutan elaun yang lewat perlu dikemukakan bersama Surat

Permohonan Kelulusan Tuntutan Lewat untuk dipertimbangkan oleh

Pengarah CIAST.

3.9.3 Tuntutan elaun LSI bulan pertama hendaklah dikemukakan bersama-

sama Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran Elaun Bulanan LSI (lihat

contoh seperti di Lampiran 7).

3.9.4 Pembayaran tuntutan elaun adalah berdasarkan prinsip kelayakan dan

bukan hak pegawai. Elaun-elaun yang berkelayakan boleh ditarik pada

bila-bila masa sekiranya dikehendaki.

3.10 KEHADIRAN MENJALANI LSI

PDL yang sedang menjalani LSI adalah dianggap sedang berkursus dan tidak

dibenarkan sama sekali meninggalkan latihan atas sebab menghadiri sebarang

kursus, bengkel, seminar, pertandingan atau apa-apa jua pun aktiviti jabatan

ataupun peribadi sepanjang LSI.

3.11 PENANGGUHAN / PEMBATALAN

PDL yang sedang menjalani LSI adalah tidak dibenarkan menangguhkan atau

membatalkan latihan kecuali dengan kebenaran Ketua Program SPD, CIAST.

3.12 RAWATAN PERUBATAN

Prosedur rawatan sebagai kakitangan kerajaan adalah terpakai untuk tujuan ini.

PDL tidak dibenarkan menggunakan peruntukan firma untuk mendapatkan

rawatan di mana-mana pusat perubatan swasta kecuali jika dibenarkan oleh

firma berkenaan.

Page 14: BukuPanduanLSI_webviewcombine

6

4.0 TANGGUNGJAWAB FIRMA

4.1 Firma bertanggungjawab menempatkan PDL di bahagian/unit yang bersesuaian

dengan bidang kemahiran PDL;

4.2 PF bertanggungjawab merencanakan latihan yang mencukupi dan bersesuaian

sepanjang tempoh latihan serta digalakkan berbincang dengan PDL bagi

memastikan objektif latihan tercapai;

4.3 PF hendaklah memastikan bahawa program LSI memenuhi kriteria yang

ditetapkan oleh CIAST;

4.4 Firma hendaklah menguruskan hal ehwal pentadbiran PDL seperti kad perakam

waktu, peralatan, pakaian keselamatan dan sebagainya;

4.5 PF hendaklah membantu serta membimbing PDL dari masa ke semasa sewaktu

PDL melaksanakan latihan;

4.6 PF bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan Laporan Tugasan LSI yang

disediakan oleh PDL.

4.7 Firma bertanggungjawab menjaga kebajikan PDL sepanjang tempoh LSI

termasuk semasa melaksanakan tugasan luar.

5.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LAWATAN INDUSTRI (PLI)

Pihak SPD, CIAST bertanggungjawab melantik PLI secara bertulis untuk menjalankan

lawatan kepada PDL di penempatan LSI. Lawatan ini bertujuan untuk memantau

pelaksanaan aktiviti LSI oleh PDL.

5.1 LAWATAN

Sepanjang tempoh latihan, lawatan perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali ke

firma penempatan LSI.

5.1.1 Prosedur Sebelum Lawatan

a) Terima memo arahan lawatan berserta jadual lawatan;

b) Mengesahkan kehadiran lawatan dengan PF dan PDL; dan

Page 15: BukuPanduanLSI_webviewcombine

7

c) Semak dokumen LSI yang disediakan oleh PDL yang berkaitan.

5.1.2 Prosedur Semasa Lawatan

a) Berjumpa pihak firma (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) dan

menyatakan tujuan lawatan;

b) Mengadakan sesi perbincangan bersama PDL dan PF; dan

c) Membuat semakan dan mengesahkan Laporan Tugasan LSI PDL.

5.1.3 Prosedur Selepas Lawatan

a) Menyediakan Laporan Lawatan LSI (CIAST-SPD-LSI-002) dan

mengemukakan kepada PPLI dalam tempoh satu (1) minggu selepas

lawatan; dan

b) Mengemukakan tuntutan perjalanan ke Unit LSI, SPD tidak melebihi

tarikh 5hb bagi bulan berikutnya.

6.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI (PPLI)

6.1 Menyelaras penempatan pegawai yang menjalani LSI;

6.2 Bekerjasama dengan PF dalam perkembangan dan hal ehwal kebajikan PDL

sepanjang tempoh menjalani LSI;

6.3 Mengurus dan menyelaras lawatan pemantauan PDL yang terlibat dengan

program LSI;

6.4 Menyemak dan mengesahkan Laporan Tugasan LSI yang disediakan oleh PDL;

dan

6.5 Mengurus tuntutan-tuntutan berkaitan yang dikemukakan oleh PDL dan PLI.

7.0 PERLINDUNGAN

Perlindungan yang disediakan oleh CIAST adalah insuran takaful berkelompok yang

bertujuan melindungi PDL sepanjang tempoh LSI.

Page 16: BukuPanduanLSI_webviewcombine

8

8.0 PERSIJILAN

PDL yang berjaya menamatkan LSI akan dianugerahkan Sijil Penyertaan oleh CIAST selain

daripada sijil yang dikeluarkan oleh firma (sekiranya ada) hanya setelah memenuhi

syarat-syarat yang ditetapkan termasuk melengkapkan sepenuhnya Buku Laporan

Tugasan LSI serta Laporan Akhir LSI. PDL juga boleh dipertimbangkan untuk memohon

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

tertakluk kepada syarat-syarat Permohonan SKM melalui PPT yang ditetapkan.

9.0 TARIKH KUATKUASA

9.1 Pemakaian panduan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai panduan ini, sila hubungi

Pegawai Penyelaras Latihan Industri :

a) Puan Nor A’yana bt Mokhtar

Tel. : +603-55438348

E-mel : [email protected]

b) Puan Nor Azua bt Aripin

Tel. : +603-55438349

E-mel : [email protected]

c) Puan Hamidatul Zakiah bt Ismail

Tel. : +603-55438395

E-mel : [email protected]

9.2 Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui Ibu Pejabat

masing-masing ke alamat berikut :

Pengarah

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

Jalan Petani 19/1, Seksyen 19

40900 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-55438200

Faks : 03-55438223

(u.p : Unit Latihan Sangkutan Industri-SPD)

Page 17: BukuPanduanLSI_webviewcombine
Page 18: BukuPanduanLSI_webviewcombine

CIAST-SPD-LSI-001

(Pin. 2/2012)

UNIT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

PERMOHONAN MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

ARAHAN:1. Lengkapkan borang dengan jelas, sila rujuk panduan

kod di mana berkaitan.

2. Perlu diisi dalam satu (1) salinan.

A. BUTIR-BUTIR DIRI

*1. Nama

Penuh

*2. No KP (Baru) - -

*3. No K/P (Lama) *4. Tarikh Lahir

(Hari) (Bulan) (Tahun)

*5. Umur (pada 1 Januari 2011)

*6. Negeri Lahir (rujuk panduan kod) *7. Taraf Perkahwinan K - Kahwin B - Bujang

C - Cerai

*8. Jantina L - Lelaki P - Perempuan *9. Keturunan (rujuk panduan kod)

*10. Agama I - Islam L - Lain-lain *11. Kecacatan (rujuk panduan kod)

B. BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN SEKARANG

*12. Jabatan: *13. Kementerian:

*14. Alamat Tempat Bertugas:

*15. Telefon (a) Pej :

(b) Rumah :

(c) Bimbit :

*16. No. Faks :

*17. Emel :

*18. Gred Jawatan: *19. Bidang Kemahiran:

*20. Tarikh Lantikan:

(Hari) (Bulan) (Tahun)

*21. Tarikh Disahkan

(Hari) (Bulan) (Tahun)

Gambar

PUSAT LATIHAN PENGAJAR

DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

9

Page 19: BukuPanduanLSI_webviewcombine

C. KELAYAKAN AKADEMIK

*22. Kelayakan: Program Universiti/Kolej Tahun

(a) Sijil

(b) Diploma

(c) Ijazah Pertama

(d) Ph.D/Sarjana/

Dip.Lepasan Ijazah

D. KELAYAKAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM/DKM/DLKM)

*23. Kelayakan: Kod NOSS Program NOSS Institut Latihan Tahun

(a) Sijil

(b) Diploma

(c) Diploma Lanjutan

E. PENGALAMAN KERJA

*24. Pengalaman :

Bil. Syarikat / Institusi Jawatan Mula Tamat Catatan

10

Page 20: BukuPanduanLSI_webviewcombine

F. SYARIKAT YANG DIPOHON UNTUK LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

Cadangan 1

*25. Nama Firma:

*26. Alamat Penuh Firma:

*27. Jenis Produk/Perkhidmatan :

*28. No. Tel (Pej) :

*29. No. Faks :

*30. Emel :

31. Laman Sesawang Firma :

32. Berdaftar/Tidak berdaftar dengan mana-mana Persatuan Industri(Nyatakan) :

(Cth: FMM, CIDB, PKK, dsb)

Cadangan 2

*33. Nama Firma:

*34. Alamat Penuh Firma:

*35. Jenis Produk/Perkhidmatan :

*36. No. Tel (Pej) :

*37. No. Faks :

*38. Emel :

39. Laman Sesawang Firma :

40. Berdaftar/Tidak berdaftar dengan mana-mana Persatuan Industri(Nyatakan) :

(Cth: FMM, CIDB, PKK, dsb)

11

Page 21: BukuPanduanLSI_webviewcombine

G. PENGAKUAN PEMOHON ( Tandakan (/) pada kotak yang disediakan )

*41. (a) Saya mengaku bahawa saya :

(i) telah mengisytiharkan harta;

(ii) tidak hamil, sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit kritikal.

(b) Saya mengaku bahawa semua keterangan di atas adalah benar pada tarikh pendaftaran ini dan saya

bertanggungjawab terhadap maklumat berkenaan. Saya faham bahawa pihak CIAST berhak menarik balik

permohonan ini sekiranya maklumat yang diberikan adalah tidak benar. Saya juga bersetuju bahawa pihak CIAST

berhak menggantikan penempatan firma yang berlainan dari apa yang dipohon.

Tarikh:

( Tandatangan Pemohon )

H. PERAKUAN KETUA JABATAN ( *Potong yang tidak berkaitan )

*42. (a) Tindakan Tatatertib: *ADA / TIADA

(b) Pegawai *DISOKONG / TIDAK DISOKONG untuk dilepaskan menjalani Latihan Sangkutan Industri yang dipohon.

Saya mengesahkan bahawa semua kenyataan yang diberikan oleh

adalah benar dan permohonan beliau

adalah lengkap.

Tarikh:

Nama:

Jawatan:

Cop Rasmi Jabatan:

Notis : Sila sertakan dokumen yang disahkan seperti berikut :

1) Salinan kelayakan akademik atau kelayakan yang setaraf dengannya (jika ada).

2) Salinan kelayakan kemahiran (jika ada).

3) Senarai tugas hakiki di institut / jabatan.

4) Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di firma yang dicadangkan.

(Tandatangan Ketua Jabatan)

12

Page 22: BukuPanduanLSI_webviewcombine

13

CIAST-SPD-LSI-002 LAPORAN LAWATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

Tarikh Lawatan : Pegawai Lawatan Industri (PLI) :

Tandakan ( √ ) bagi 'Kriteria' yang telah lengkap dan ( X ) bagi 'Kriteria' yang belum lengkap.

Bil Nama *P.D.L Firma Tempoh **L.S.I Pegawai Firma Kriteria

1 2 3 4

1.

2.

3.

1. Kriteria

1 P.D.L telah melapor diri di Firma 3 Jadual Tugasan P.D.L

2 Penempatan P.D.L di bahagian/unit yang bersesuaian 4 Laporan Tugasan (Buku Log)

2. Catatan / Ulasan ***P.L.I

Tandatangan P.L.I :

Tarikh :

Cop Jabatan :

*Pengajar Kemahiran Dalam Latihan **Latihan Sangkutan Industri ***Pegawai Lawatan Industri

Page 23: BukuPanduanLSI_webviewcombine

CIAST KP5.2

NAMA(HURUF BESAR)

No. Kad Pengenalan

No. Gaji

No Telefon

Alamat emel

Gred/Kategori/Kumpulan

Pendapatan (RM) Gaji RM 0.00

Elaun-elaun RM 0.00

Elaun Memangku RM 0.00

Jumlah Pendapatan RM 0.00

Nama Bank

Cawangan Bank

No. Akaun Bank

Kenderaan Jenis/Model :

No. Pendaftaran :

Kuasa (C.C) :

Kelas Tuntutan : A / B / C / D / E (**)

Alamat Pejabat

Alamat Rumah

(**) potong yang tidak berkenaan

TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI

BAGI BULAN

A. MAKLUMAT PEGAWAI

14

Page 24: BukuPanduanLSI_webviewcombine

B. KENYATAAN TUNTUTAN

Bertolak Sampai

0 0.00JUMLAH

Tarikh Tujuan / TempatJarak

(km)

Jumlah

(RM)

Waktu

15

Page 25: BukuPanduanLSI_webviewcombine

Jumlah (RM)

500km pertama : 0 km X sen/km 0.00

501km - 1000km : 0 km X sen/km 0.00

1001km - 1700km : 0 km X sen/km 0.00

17001km dan seterusnya : 0 km X sen/km 0.00

JUMLAH(KM) JUMLAH(RM) 0.00

0 x Elaun Makan sebanyak sehari 0.00

(Semenanjung)

0 x Elaun Makan sebanyak sehari 0.00

(Sabah / Sarawak)

0 x Elaun Harian sebanyak sehari 0.00

JUMLAH 0.00

0 hari x Bayaran Sewa Hotel sebanyak RM sehari 0.00

Bayaran Perkhidmatan dan Cukai Perkhidmatan(OL21199) 0.00

0 hari x Elaun Lojing sebanyak hari RM sehari 0.00

JUMLAH(RM) 0.00

C. TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KENDERAAN(OL 21104)

D. TUNTUTAN ELAUN MAKAN DAN HARIAN(OL21101)

E. TUNTUTAN BAYARAN SEWA HOTEL (BSH) / ELAUN LOJING(OL21102)

Jumlah Kilometer X Sen / Kilometer

16

Page 26: BukuPanduanLSI_webviewcombine

Teksi(OL21104) [ Resit : ]

Bas(OL21104) [ Resit : ]

Kereta Api(OL21103) [ Resit : ]

Teksi(OL21104) [ Resit : ]

Terbang(OL21106) [ Resit : ]

Feri(OL21105) [ Resit : ]

Lain-lain [ Resit : ]

JUMLAH(RM) 0.00

Tol [ Resit : Seperti di Lampiran B ]

Tempat Letak Kereta [ Resit : ]

Dobi [ Resit : ]

Pos [ Resit : ]

Telefon, Teleks, Faks [ Resit : ]

Kerugian pertukaran wang asing [ Resit : ]

(@3%)[Bagi Singapura, Selatan Thailand, Kalimantan dan Brunei Darussalam

sahaja]

Jumlah(RM) 0.00

JUMLAH TUNTUTAN 0.00

F. TUNTUTAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM (*)

G. TUNTUTAN PELBAGAI (*) (OL21199)

17

Page 27: BukuPanduanLSI_webviewcombine

Saya mengaku bahawa

(a) Perjalanan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuat atas urusan rasmi;

(b) Tuntutan ini dibuat mengikut kadar dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah peraturan-

peraturan bagi pegawai bertugas rasmi dan/atau pegawai berkursus yang berkuatkuasa

semasa;

(c) Perbelanjaan yang bertanda (*) berjumlah sebanyak RM 0.00 sebenarnya

dilakukan dan dibayar oleh saya;

(d) Panggilan telefon sebanyak RM.............................dibuat atas urusan rasmi; dan0.00

(e) butir-butir seperti yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya bertanggungjawab terhadapnya.

Tarikh :

(Tandatangan Pegawai)

Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah atas urusan rasmi.

Tarikh:

(Tandatangan Ketua Program)

b.p Ketua Setiausaha/

Pegawai Pengawal

Pendahuluan Diri diberi RM:

Tolak: Tuntutan sekarang RM:

Baki dituntut/Baki dibayar balik RM:

CATATAN:

(*) - Jika pegawai memilih untuk tidak menerima SSB

(**) - potong mana yang tidak berkenaan.

I. PENGESAHAN

PENDAHULUAN DIRI (Jika ada)

H. PENGAKUAN

18

Page 28: BukuPanduanLSI_webviewcombine

SURAT MAKLUMAN PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

CIAST KP 5.2 - Lampiran A

19

Page 29: BukuPanduanLSI_webviewcombine

Saya mengesahkan bahawa perbelanjaan ini telah sebenarnya dilakukan oleh saya.

Nama :

RESIT-RESIT (TOL/KAD TOUCH N GO, HOTEL, DOBI,TEKSI, PARKIR)

Tandatangan

CIAST KP 5.2 - Lampiran B

20

Page 30: BukuPanduanLSI_webviewcombine

CIAST KP 5.2 - Lampiran C

NAMA :

JAWATAN/GRED :

PROGRAM/UNIT :

TARIKH DARI KE AMAUN (RM)

0.00

Saya mengaku bahawa tuntutan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuat

atas perbelanjaan sendiri.

Tarikh :

Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah urusan rasmi.

Tarikh :

PENGESAHAN TUNTUTAN BAYARAN TOL YANG MENGGUNAKAN KAD 'TOUCH N GO'

JUMLAH

Tandatangan Pemohon

PENGESAHAN

Tandatangan Ketua Program/Unit

21

Page 31: BukuPanduanLSI_webviewcombine

BIL PERKARA SEMAKAN

1 Maklumat Pegawai Bahagian A lengkap

2 Kelas Tuntutan betul (A / B / C / D / E)

3 Kadar tuntutan mengikut kelayakan pegawai

4 Dokumen sokongan telah disahkan oleh urusetia di CIAST

5Surat Kebenaran menggunakan Kenderaan Sendiri Melebihi 240 km (sekiranya

ada & disahkan oleh CIAST)

6

Akuan resit asal hendaklah disahkan oleh pegawai penuntut (lekatkan pada

format RESIT) seperti resit TOL/KAD TOUCH N GO, HOTEL, DOBI,TEKSI,

PARKIR.

7 Borang Pengesahan Tol sekiranya menggunakan kad Touch & Go

8 Tandatangan Pegawai dan Ketua Program (Urusetia CIAST)

9 Surat Tawaran Penempatan

10Salinan Buku Bank / Penyata Bank (nama, no. kad pengenalan & no. akaun

jelas)

11 Salinan Kad Pengenalan

12 Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran Elaun Bagi Mengikuti LSI

SENARAI SEMAK TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN CIAST

Tandatangan Pegawai : …………………………………. Tarikh : …………………………………...

Cop akuan terima Unit Kewangan :

KUIRI UNIT KEWANGAN

Saya mengesahkan dokumen tuntutan elaun perjalanan ini telah disemak dan didapati teratur.

22

Page 32: BukuPanduanLSI_webviewcombine

23

PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

BORANG PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI DAN MENUNTUT ELAUN KILOMETER BAGI JARAK MELEBIHI 240 KM SEHALA.

( PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 /1992 – PARA 4.7.3 )

Saya memohon untuk menggunakan kenderaan sendiri bagi tugas-tugas rasmi berikut:

i. Sebab-sebab saya menggunakan kenderaan sendiri adalah seperti berikut :

i) Menjalankan tugas-tugas rasmi yang lain sepanjang perjalanan. ( Catitkan juga tempat tempat tersebut di penyata tuntutan. )

a)_________________________________

b)_________________________________ ii) Membawa pegawai-pegawai lain sebagai penumpang yang juga menjalankan tugas-

tugas rasmi yang sama ( Catitkan nama-nama penumpang )

a)

iii) Mustahak dan terpaksa berkenderaan sendiri atas alasan berikut: a) b) c) Tandatangan Pemohon:______________________________ Nama : Jawatan : Tarikh :

KELULUSAN KETUA JABATAN

Ulasan Ketua Jabatan : Permohonan tuan/puan untuk menggunakan kenderaan sendiri dan menuntut elaun kilometer diluluskan / tidak diluluskan ________________________________________________________________________________ Tandatangan K/Jabatan : _______________________ Tarikh : _______________________ Cop Nama dan Jawatan :_______________________

Page 33: BukuPanduanLSI_webviewcombine
Page 34: BukuPanduanLSI_webviewcombine

24

Lampiran 1 SYARAT – SYARAT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI : 1. Pengajar kemahiran telah bekerja selama tiga (3) tahun ataupun lebih dalam perkhidmatan

kerajaan dan telah disahkan jawatan dalam perkhidmatan.

2. Mematuhi syarat genap tempoh tamat lima (5) tahun mengikuti Latihan Sangkutan Industri

atau program-program yang seumpamanya anjuran mana-mana agensi kerajaan.

3. Bebas daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib.

4. Telah mengisytiharkan harta.

5. Latihan Sangkutan Industri yang diminta hendaklah berkaitan dengan tugasan harian.

6. Tidak hamil, sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit kritikal yang boleh

menjejaskan keupayaan pengajar kemahiran yang akan menjalani Latihan Sangkutan

Industri.

7. Telah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan dan Ibu Pejabat masing-masing.

Page 35: BukuPanduanLSI_webviewcombine

25

Lampiran 2

SENARAI TUGAS HAKIKI

Jawatan : Ketua Bahagian Elektrik Penyandang : Ali bin Ahmad Tanggungjawab : Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan, Timbalan

Pengarah dan Pengarah ILP Jitra

1. Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional

sejajar dengan keperluan industri.

2. Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan

kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.

3. Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian ‘work

load’ semua Pembantu/Penolong Latihan Vokasional.

4. Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan ‘software’ latihan.

5. Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta

makmal latihan.

6. Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian

latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang

dikendalikan.

7. Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan institut.

8. Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah

dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

Pengesahan Ketua Jabatan ………………………………………… Nama : Cop Jawatan :

Page 36: BukuPanduanLSI_webviewcombine

26

Lampiran 3

SENARAI PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN YANG INGIN DIPEROLEHI DI INDUSTRI

Nama : Ali bin Ahmad Jawatan : Pegawai Latihan Vokasional Bidang : Elektrik Berikut adalah pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di industri bagi membantu tugas di institut;

1. Pemasangan kabel bawah tanah.

2. Pemasangan Talian Atas Voltan Rendah.

3. Pemasangan Talian Atas Voltan Tinggi.

4. Penyelanggaraan Transformer.

5. Switching.

6. Penyelanggaraan Generator.

7. Penyelanggaraan Enjin Power Station.

Pengesahan Ketua Jabatan ………………………………………… Nama : Cop Jawatan :

Page 37: BukuPanduanLSI_webviewcombine

27

Lampiran 4

LAPORAN TUGASAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

Maklumat Pengajar Kemahiran

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Alamat Tempat Bekerja :

No. Telefon ( Bimbit) :

No. Telefon ( Pejabat) :

Tempoh Latihan Industri :

Mula Latihan :

Tamat Latihan :

Maklumat Firma LSI

Nama Firma :

Alamat Firma :

No. Telefon :

No. Faks :

Pegawai Firma :

No. Telefon Pegawai Firma :

Sila Lekatkan Gambar

Page 38: BukuPanduanLSI_webviewcombine

28

LAPORAN TUGASAN

Tarikh : __________________

Tajuk Kerja / Tugas : __________________

MAKLUMAT / RAJAH

PERKAKAS , BAHAN , OPERASI DAN LAIN - LAIN KESELAMATAN

Tandatangan P.D.L Tandatangan Pegawai Firma

Page 39: BukuPanduanLSI_webviewcombine

29

Lampiran 5

LAPORAN AKHIR LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI MUKA HADAPAN

Nama PDL (beserta gambar ukuran passport)

Nama dan alamat institut

Nama dan alamat firma LSI

Gred jawatan

Kemahiran (bidang) 1.0 PENGENALAN

Terangkan latarbelakang, operasi, carta organisasi dan lain-lain yang berkaitan dengan firma.

2.0 LAPORAN

2.1 Deskripsi Tugas Rekod segala tugas yang dipertanggungjawabkan dan dibuat sepanjang tempoh latihan.

2.2 Rajah / Lukisan / Gambar

Masukkan mana-mana yang berkaitan. 2.3 Analisa Kos

Analisa kos berkaitan tugas-tugas yang dilaksanakan (jika berkaitan).

3.0 AKTIVITI TAMBAHAN

Nyatakan aktiviti, sumbangan dan lain-lain kegiatan anjuran firma yang disertai dalam tempoh latihan (jika berkaitan).

Page 40: BukuPanduanLSI_webviewcombine

30

4.0 KESIMPULAN

4.1 Nyatakan pengalaman yang boleh digunakan bagi membantu bidang tugas pengajar kemahiran di jabatan masing-masing.

4.2 Cadangan

Nyatakan cadangan-cadangan bagi tujuan penambahbaikan.

5.0 LAMPIRAN Sertakan lampiran sekiranya berkaitan.

Page 41: BukuPanduanLSI_webviewcombine

31

Lampiran 6 KADAR BAYARAN ELAUN LATIHAN INDUSTRI

1. Latihan Industri jangkamasa pendek (≤ 3 bulan) dalam negeri :

1.1 Luar Kawasan Ibu Pejabat (> 25 km) :

1.1.1 Elaun makan sepanjang tempoh Latihan Industri jika tidak disediakan. (Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005)

1.1.2 Elaun Lojing & Hotel sepanjang tempoh Latihan Industri jika tidak

disediakan. (Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005) 1.1.3 Elaun perjalanan kenderaan dari hotel/loging ke tempat Latihan Industri

selama tempoh 6 (enam) hari Latihan Industri. (Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005 & Pekeliling Perrkhidmatan Bil 1 tahun 2012)

1.1.4 Bayaran sewa hotel yang disokong dengan resit mengikut had

maksimun kelayakannya atau Elaun loging dan Elaun makan bagi tempoh 2 hari iaitu sehari sebelum dan sehari selepas Latihan Industri. (Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003)

1.15 Sekiranya salah satu kemudahan disediakan, maka unsur yang tidak

disediakan itu layak dituntut. Sebagai contoh, sekiranya kemudahan penginapan sahaja disediakan, maka pegawai hanya layak menuntut Elaun makan. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut :

a) Sarapan pagi : 20% daripada elaun makan b) Makan tengah hari : 40% daripada elaun makan c) Makan malam : 40% daripada elaun makan

1.2 Dalam Kawasan Ibu Pejabat (≤ 25 km) :

1.2.1 Bayaran elaun sara hidup RM 15 sehari untuk hari-hari berkursus sahaja.(Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005)

1.2.2 Elaun perjalanan kenderaan dari tempat penginapan ke tempat Latihan Industri selama tempoh 6 (enam) hari Latihan. (Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005 & Pekeliling Perrkhidmatan Bil 1 tahun 2012)

Page 42: BukuPanduanLSI_webviewcombine

32

KADAR BAYARAN ELAUN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM UNTUK TUGAS RASMI/KURSUS MENGIKUT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL 3/2003 & 3/2005 & SPP 8/2010

SEMENANJUNG MALAYSIA SABAH, SARAWAK & LABUAN

MAKAN HOTEL LOGING MAKAN HOTEL LOGING

GRED GAJI Rasmi Kursus Rasmi Kursus Rasmi Kursus Rasmi Kursus Rasmi Kursus Rasmi Kursus

Utama/Khas A dan ke atas

115 90 Sebenar (std.

Suite)

Bilik Biasa

80 80 165 120 Sebenar (std.

Suite)

Bilik Biasa

85 85

Utama/Khas B dan C

100 90 Sebenar (Superior)

Bilik Biasa

75 75 130 120 Sebenar (Superior)

Bilik Biasa

80 80

53 dan 54 85 70 Sebenar (Biasa)

Bilik Biasa

70 70 115 90 Sebenar (Biasa)

Bilik Biasa

75 75

45 hingga 52 60 60 180 145 60 60 80 80 200 160 70 70 41 hingga 44 45 45 160 130 55 55 65 65 170 140 60 60 27 hingga 40 17 hingga 26

40 40 140 130

80 45 40

35 55 55 160 150

100 50 45

40

1 hingga 16 35 35 120 65 35 30 50 50 140 80 40 35

KADAR ELAUN PERBATUAN KENDERAAN

MENGIKUT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL 3/2003 & 7/2007 & PEKELILING PERKHIDMATAN 1/2012

JARAK PERJALANAN

TUGAS RASMI SEBULAN A B C D E KELAS KADAR GAJI

SEBULAN SUKATAN SILINDER

KENDERAAN (CC/SS) Sen tiap-tiap kilometer

500km pertama 70 60 50 45 40 A RM2625.45 ke atas

1,400 s.s & ke atas

501 – 1000km 65 55 45 40 35 B RM2333.00 ke atas

1,000 s.s & ke atas

1001km – 1700km 55 50 40 35 30 C** RM1820.75 ke atas

Di bawah 1,000 s.s

1701km & seterusnya 50 45 35 30 25 D ) Kurang 175 s.s – 999 s.s

** Di bawah PA 7(a) Bab ‘B’ yg. Ditetapkan SPPerkhidmatan Bil. 3/84

E )RM1820.75 Kurang 175 s.s

IBU PEJABAT : Jarak 25km mengikut jalan raya; 16km jalan tanah untuk kenderaan bermotor dan 8km jalan basikal atau sungai.

ELAUN MAKAN : Tugas rasmi di luar pejabat melebihi 24 jam bermula waktu bertolak. Jika makan disediakan; layak tuntut bahagian yang tidak disediakan sahaja;

a. Sarapan Pagi 20% daripada elaun makan b. Makan Tengahari 40% daripada elaun makan c. Makan Malam 40% daripada elaun makan

ELAUN HARIAN : Separuh daripada Elaun Makan kerana Bertugas di luar Ibu Pejabat melebihi 8 jam daripada 24 jam Bermula dari waktu bertolak dan jarak km hendaklah 25km

Page 43: BukuPanduanLSI_webviewcombine

33

ELAUN LOJING : Perlukan alamat. Lojing hendaklah dalam lingkungan 25km dari tempat kursus/bertugas KERETAPI : Kelas Satu – Gred 27 & ke atas Kelas Dua – Gred 1 hingga 26 KAPAL TERBANG : Menggunakan penerbangan MAS atau Syarikat yang diluluskan seperti PP 11/1998 Dalam Negeri Gred 53 & ke atas Kelas Business Gred 1 hingga 52 Kelas Ekonomi Luar Negeri Gred Utama/Khas ‘A’ dan ke atas Kelas Satu Gred Utama/Khas ‘B’ da ‘C’ Kelas Business Gred 1 hingga 54 Kelas Ekonomi

Page 44: BukuPanduanLSI_webviewcombine

34

Lampiran 7 (Menggunakan kepala surat Jabatan)

Pengarah, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40900 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. (u.p: Unit Sangkutan Industri-SPD) Tuan, PENGESAHAN TUNTUTAN BAYARAN ELAUN BULANAN BAGI MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI ANJURAN CIAST ______________________________________________________________________________ Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan surat tuan, No. Rujukan : ………………………………. bertarikh : ……………… adalah dirujuk. 2. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak kami dengan ini mengesahkan bahawa kakitangan kami yang terlibat akan membuat tuntutan perjalanan di CIAST dan tidak akan membuat sebarang tuntutan di jabatan kami. Berikut adalah maklumat pegawai yang berkaitan: Nama :…………………………………………………………………..

Tarikh latihan :…………………………………………………………………..

Tempat latihan :…………………………………………………………………..

Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ………………………………............................... Nama :………………………............. Jawatan :……………………............... ……………………..... Cop Jabatan Tarikh :……………………….............

Page 45: BukuPanduanLSI_webviewcombine

35

Lampiran 8

RĒSUMĒ

NAMA : NO. KAD PENGENALAN : JANTINA : TARIKH LAHIR : TEMPAT LAHIR : WARGANEGARA : AGAMA : BANGSA : TARAF PERKAHWINAN : NAMA SUAMI/ISTERI : ALAMAT RUMAH : NO. TELEFON : ALAMAT TEMPAT KERJA : JAWATAN (GRED) : BAHAGIAN/BIDANG : TARIKH LANTIKAN : TARIKH SAH JAWATAN : KELULUSAN AKADEMIK :

No. Nama Institusi Negeri Mula Tamat Kelulusan

KELULUSAN TEKNIKAL/PENGALAMAN KERJA :

No. Tempat Jawatan Mula Tamat Catatan

*Nyatakan sekiranya ada kenaikan pangkat

LATIHAN DALAM NEGERI YANG TELAH DIHADIRI :

No. Latihan/Kursus Tempat Mula Tamat Catatan

LATIHAN LUAR NEGERI YANG TELAH DIHADIRI :

No. Latihan/Kursus Tempat Mula Tamat Catatan

KECEKAPAN BERBAHASA

1. BAHASA MALAYSIA 1. LEMAH 2. SEDERHANA 3. BAIK 2. BAHASA INGGERIS 1. LEMAH 2. SEDERHANA 3. BAIK 3. LAIN-LAIN :___________________ 1. LEMAH 2. SEDERHANA 3. BAIK

------------------------------------- --------------------------------------- Tandatangan Tarikh

Page 46: BukuPanduanLSI_webviewcombine
Page 47: BukuPanduanLSI_webviewcombine

36

SENARAI RUJUKAN : Kadar tuntutan elaun Latihan Sangkutan Industri adalah merujuk kepada pekeliling- pekeliling berikut:

1. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 - KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI (TIDAK TERMASUK ANGGOTA TENTERA DAN ANGGOTA POLIS)

2. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005 - KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,

KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM SEMASA BERKURSUS KECUALI KURSUS PRA-PERKHIDMATAN

3. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2010 – PINDAAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003 DAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 18 TAHUN 1982

4. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012 - KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Page 48: BukuPanduanLSI_webviewcombine

Carta Alir Pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri

Mohon Pencalonan dari Ibu Pejabat Agensi

Terima Permohonan

Mesyuarat Pra-Latihan Sangkutan Industri

Senarai Pendek Calon

Surat Cadangan Penempatan Kepada

Firma

Permohonan Dibatalkan

Cadangan Firma Baru

Surat Makluman Penempatan

Penyediaan Takaful Berkelompok

Persetuju-an Calon

Pengesah-an Firma

Yang Dicadang-kan oleh

calon

PDL Mengikuti Latihan Sangkutan Industri.

Dokumen-dokumen yang wajib dipenuhi :

•Laporan Harian LSI•Laporan Akhir LSI

Lawatan Pemantauan Terhadap PDL.

Dokumen terlibat :Borang CIAST-SPD-LSI-002

Tuntutan PDL dan PLI

Testimoni Industri / Sijil Penghargaan

Mula

Tamat

A

A

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

37