bukuaturcarapelanindukprogramluarbandar

76
Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah PELANCARAN STADIUM PUTRA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR 12 OKTOBER 2010 (SELASA) Oleh : YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA Pelan Induk PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS “Komuniti Berdaya Desa Berjaya” ANUGERAH Desa Cemerlang PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 PENYAMPAIAN JKKK/ Johor sabah wp Labuan Johor Perak Terengganu sarawak Negeri Sembilan Perlis melaka JKKKP Kedah Kedah Kelantan Kelantan Kelantan Selangor Selangor Pulau Pinang PERHIMPUNAN PERDANA MENTERI YAB Bersama

Upload: mohamad-farid-embok-mosik

Post on 07-Dec-2014

92 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

menerangkan tentang strategi pembangunan luar bandar oleh kerajaan

TRANSCRIPT

Page 1: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

K e m e n t e r i a n K e m a j u a n L u a r B a n d a r D a n W i l a y a h

P E L A N C A R A N

STADIUM PUTRA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR12 OKTOBER 2010 (SELASA)

Oleh : YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PelanIndukPEMBANGUNANLUAR BANDAR

M A J L I S

“Komuniti Berdaya Desa Berjaya”

ANUGERAHDesaCemerlangPERINGKAT KEBANGSAAN

2010

P E N Y A M P A I A N

JKKK/PJKKK/Jo

hor

saba

h

wp

Labu

an JohorPerak

Tere

ngga

nu sara

wak

Neg

eri S

embi

lan N

egeri SembilanPerlis

melaka JKKKP

Kedah

Kedah

Kela

ntan

Kelantan

Kelantan

Selangor Selangor

Pulau Pinang

P E R H I M P U N A N

PERDANAMENTERIY A B

Bersama

Page 2: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar
Page 3: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

01

Page 4: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

P E R U T U S A N PERDANA MENTERI MALAYSIA

Malaysia telah meletakkan sasaran untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Visi ini akan dijayakan dengan beberapa langkah berani yang telah dirangka berpaksikan konsep 1Malaysia, Model Baru Ekonomi dan pembaharuan-pembaharuan yang dirancang di bawah Program Transformasi Kerajaan. Namun begitu, kejayaannya memerlukan anjakan paradigma setiap warga Malaysia merentasi perbezaan etnik, budaya dan kawasan.

Dalam kita mencapai hasrat menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi, nasib rakyat di luar bandar akan terus mendapat perhatian Kerajaan. Kita telah menggariskan beberapa strategi dan kerangka pelan tindakan untuk membela nasib masyarakat di luar bandar. Penghasilan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar ini adalah di antara beberapa contoh tindakan penting tersebut. Untuk mencapai status negara maju, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan menjadi peneraju dalam pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar ini.

Pelan yang komprehensif dan holistik ini menggabungkan pelbagai pelan tindakan yang digariskan di bawah beberapa teras mencakupi pembangunan modal insan, pembangunan ekonomi, pembangunan infrastruktur, peningkatan kualiti hidup, pengurusan sumber alam dan pembangunan luar bandar lestari. Perlu diingat bahawa pelaksanaan pelan tindakan di bawah Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar ini adalah tanggungjawab nasional merentasi Kementerian, Jabatan dan Agensi, pihak swasta atau NGOs yang berurusan dengan luar bandar.

Selain itu Kerajaan turut memperkasa institusi JKKK supaya berketerampilan dan kompeten dalam memimpin masyarakat desa serta menjadi pengantara yang berkesan di antara rakyat di luar bandar dan Kerajaan. Buku Garis Panduan Tatacara Kerja JKKK yang dihasilkan oleh Kerajaan diharapkan dapat diguna pakai sebagai panduan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah men-gusahakan pelan induk ini yang telah sekian lama dinantikan selepas rancangan Buku Merah (RED Book) yang dihasilkan pada tahun 1960an. Kita mesti bersama-sama menjayakan matlamat yang digariskan iaitu untuk menjadikan kawasan luar bandar sebuah kawasan yang berdaya maju dari segi ekonomi, melahirkan masyarakat yang sejahtera dan persekitaran yang lestari bersesuaian dengan wawasan negara untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

DATO’ SRI MOHD. NAJIB

Page 5: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

K A T A - K A T A A L U A N MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Agenda pembangunan luar bandar di Malaysia pada masa ini memberi tumpuan kepada transformasi kawasan luar bandar ke arah lebih baik untuk pelaburan dan tempat kediaman yang menarik serta menikmati semua kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan sosial yang berkualiti. Penyediaan kemudahan prasarana dan sosial diperluaskan ke kawasan pedalaman dan kawasan tertinggal manakala penduduk luar bandar ditempatkan semula untuk mewujudkan perbandaran kecil bagi memudahkan penyediaan kemudahan tersebut.

Bagi memastikan program tersebut dilaksanakan dengan berkesan, dasar dan strategi pembangunan oleh agensi-agensi terlibat disepadukan dan diselaraskan. Beberapa strategi telah dikenal pasti untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar seperti penyediaan perumahan yang lebih baik, menggalakkan aktiviti pelancongan luar bandar dan meningkatkan program latihan serta peluang-peluang untuk meningkatkan pendapatan kepada golongan belia luar bandar termasuk peserta di rancangan pembangunan tanah.

Penghasilan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah adalah kemuncak kepada pengintegrasian usaha-usaha oleh semua pihak yang terbabit dalam pembangunan luar bandar. Pelan ini adalah garis panduan yang menetapkan dengan jelas segala dasar dan program pembangunan luar bandar yang disertakan dengan pelan tindakan untuk mencapainya. Untuk memastikan kejayaannya, pelan ini turut mengambil kira rancangan pembangunan fizikal semasa yang dibuat oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa iaitu Rancangan Fizikal Negara dan Dasar Perancangan Desa Negara.

Beberapa perkara yang diberi fokus dalam pelan induk ini ialah mewujudkan ekonomi masyarakat luar bandar yang berdaya maju, masyarakat sejahtera dan persekitaran lestari dengan berpaksikan Gagasan 1Malaysia, Program-program di bawah Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Matlamat akhirnya ialah untuk membangunkan ekonomi negara yang mana kekayaan yang dicapai dapat diagihkan semula kepada masyarakat secara adil dan seimbang.

Saya berharap semua pihak akan memberikan sokongan dan berganding bahu untuk mencapai matlamat Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar kerana faktor kejayaan sesuatu dasar akan bergantung kepada kesediaan dan komitmen semua pihak. Saya juga mengharapkan para pemimpin akar umbi khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) memperluaskan hasrat Kerajaan melalui Pelan Induk ini kepada masyarakat di luar bandar untuk mereka sama-sama menjayakannya.

‘Komuniti Berdaya Desa Berjaya’

DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL

Page 6: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

K A T A - K A T A A L U A N KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Alhamdulillah, dipanjatkan seribu kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat-Nya juga Majlis Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar ini dapat diadakan pada petang ini bersekali dengan perhimpunan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bersama YAB Perdana Menteri serta Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2010.

Ketiga-tiga program yang diintegrasikan pada hari ini dan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri begitu bermakna kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) khususnya dan kepada rakyat luar bandar amnya. Semoga program yang disusun ini mencapai matlamat bagi membulatkan tekad dan semangat untuk kita semua menggembleng tenaga dan keringat bagi memajukan luar bandar selaras dengan ungkapan ‘Komuniti Berdaya Desa Berjaya’.

Sekian, terima kasih.

DATUK ABD JABAR CHE NAI

Page 7: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

05

Page 8: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

MAJLIS PELANCARAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, PENYAMPAIAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

DAN PERHIMPUNAN JKKK/JKKKP BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

12 OKTOBER 2010 (SELASA)

STADIUM PUTRA, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

2.00 petang - Ketibaan Pengerusi JKKK/JKKKP

2.30 petang - Ketibaan Dif-dif Jemputan

2.45 petang - Ketibaan YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

3.00 petang - Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

- Negaraku Malaysia Satu

- Bacaan Doa - Ucapan Aluan YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

- Amanat YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

- Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar

- Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010

- Penyampaian Cenderamata

- Jamuan Ringan

5.00 petang - Majlis BersuraiFELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISATURCARA

Page 9: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

07

PELAN INDUK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

VISIMenjadikan luar bandar sebagai kawasan yang ekonominya berdaya maju, masyarakatnya sejahtera dan persekitarannya lestari seiring dengan wawasan negara ke arah mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi.

MISI• Memperkasakanmodalinsan

• Meningkatkanpeluangekonomi

• Memperbaikikualitihiduppendudukdi luar bandar

• Mengurustadbirluarbandarsecaracekap dan mapan

OBJEKTIF• PelanIndukPembangunanLuarBandar (PIPLB) perlu digunakan sebagai panduan dalam perancangan dan pelaksanaan oleh semua agensi yang terlibat dengan luar bandar sama ada di peringkat nasional, negeri dan tempatan.

• Meningkatkanpendapatanpendudukluar bandar kepada 80 peratus daripada pendapatan penduduk bandar.

• Menyediakanpeluangpekerjaansupaya mencapai gunatenaga penuh.

• Menyediakankemudahaninfrastrukturdan kemudahan awam yang holistik.

• Mengukuhkansistempengurusandan penyampaian pembangunan luar bandar supaya lebih efisen dan efektif.

• Menggalakkanamalanpembangunan mapan.

• Mengukuhkansemulanilai-nilaipositifdan jatidiri masyarakat luar bandar.

Page 10: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

08

Page 11: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

09

TERAS 1 Pembangunan Modal Insan Dan Pengupayaan Masyarakat Yang Efektif

Strategi 1 - Memperkasakan keupayaan dan harga diri.Strategi 2 - Mempertingkatkan masyarakat luar bandar di dalam sektor pendidikan dengan tahap minima memiliki sijil peringkat menengah atas.Strategi 3 - Memperluaskan latihan dan kemahiran pelbagai peringkat, bidang dan peluang.Strategi 4 - Menyediakan jurulatih yang kompeten dan latihan yang berkualiti.

TERAS 2 Pembangunan Ekonomi Yang Berdaya Maju, Berdaya Saing Dan Berdaya Tahan

Strategi 1 - Menggalakkan pengurusan dan pengendalian aktiviti ekonomi desa secara kreatif dan inovatif.Strategi 2 - Mempertingkatkan rantaian industri desa dan bandar.Strategi 3 - Mempelbagaikan aktiviti ekonomi, khususnya pelancongan desa dan industri berasaskan sumber.Strategi 4 - Memperluas dan mempelbagaikan pasaran dan aktiviti pemasaran.Strategi 5 - Membangunkan tanah secara optimum dan bersepadu.Strategi 6 - Menggalakkan aktiviti pemprosesan dan rantaian nilai.Strategi 7 - Menggalakkan penggunaan pekerja tempatan dan teknologi jimat buruh.Strategi 8 - Menggalakkan penggunaan teknologi baru.Strategi 9 - Menambahbaik capaian kemudahan kewangan dan kredit.Strategi 10 - Meningkatkan kemahiran pengurusan, teknikal dan operasi.

Page 12: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

10

TERAS 3 Pengintegrasian Perancangan Fizikal Dengan Program Pembangunan Luar Bandar

Strategi 1 - Memastikan program luar bandar mengikut sistem rancangan pemajuan yang telah disediakan.Strategi 2 - Mengklasterkan kawasan luar bandar mengikut klasifikasi perancangan fizikal.Strategi 3 - Menggalakkan program pembangunan luar bandar mengikut pengkhususan zon ekonomi.Strategi 4 - Membangunkan projek pembangunan di lokasi yang sesuai dan menepati keperluan kumpulan sasaran.Strategi 5 - Memulihara karakter luar bandar dari pencerobohan aktiviti pembangunan yang tidak serasi dengan persekitaran.

TERAS 4Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Yang Menyeluruh Dan Efisen

Strategi 1 - Menambah dan membaik pulih infrastruktur, sistem pengangkutan dan kemudahan asas.Strategi 2 - Menilai keperluan infrastruktur dan kemudahan awam sebelum sesuatu projek dilaksanakan.Strategi 3 - Meningkatkan kerjasama di antara agensi pelaksana.Strategi 4 - Meningkatkan integriti kaedah perolehan.Strategi 5 - Mempertingkatkan projek perkembangan jalur lebar dan ICT.

TERAS 5Peningkatan Kualiti Hidup Dan Pendapatan Golongan Isi Rumah Di Dalam Kumpulan 40 Peratus Terendah

Strategi 1 - Memperkasakan keupayaan dan harga diri.Strategi 2 - Memperluaskan latihan dan kemahiran pelbagai peringkat, bidang dan peluang.Strategi 3 - Mempelbagaikan aktiviti ekonomi, khususnya pelancongan desa dan industri berasaskan sumber.

Page 13: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

11

Strategi 4 - Membangunkan tanah secara optimum dan bersepadu.Strategi 5 - Membantu menaiktaraf perumahan yang selesa dan selamat bagi kumpulan rapuh dan miskin tegar.Strategi 6 - Meningkatkan kesedaran kesihatan dan pemakanan seimbang.Strategi 7 - Memantapkan jaringan keselamatan sosial.

TERAS 6Pengurusan Pembangunan Secara Bersepadu

Strategi 1 - Mengkaji semula institusi pembangunan luar bandar.Strategi 2 - Memperkukuhkan sistem pemantauan dan penilaian.Strategi 3 - Memperluaskan serta memperkukuhkan sistem penyampaian.Strategi 4 - Mempertingkatkan kerjasama antara agensi-agensi awam, swasta dan badan-badan bukan kerajaan.Strategi 5 - Meningkatkan tahap kapasiti agensi dan pegawai pelaksana.

TERAS 7Pengurusan Sumber Alam Secara Mapan

Strategi 1 - Mengawal dan memantau aktiviti penerokaan hutan dan pembangunan tanah.Strategi 2 - Mengawal dan memantau aktiviti industri.Strategi 3 - Menggalakkan amalan pengurusan dan pengendalian ladang secara terbaik dan mesra alam.

Page 14: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

ANUGERAH DESA CEMERLANG

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 14 Ogos 1986 telah memutuskan supaya pertandingan rumah-rumah kampung dan pertandingan kampung-kampung diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Tujuan program ini ialah untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap amalan menjaga kesihatan dan kebersihan persekitarandi samping membentuk kampung-kampung yang indah dan tersusun serta masyarakatnya hidup bersatu-padu.

Berdasarkan keputusan mesyuarat tersebut, Program Keindahan Kampung (PKK) telah diwujudkan dan aktiviti Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung (PKKK) dilaksanakan mulai tahun 1987 secara dwitahunan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri dan jabatan/agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.Mulai tahun 2000 (RMKe-8), aktiviti dan skop pertandingan ini telah disemak semula untuk disesuaikan dengan keperluan semasa dan perluasan skop pertandingan. Perubahan juga dilakukan ke atas nama aktiviti kepada Pertandingan Desa Cemerlang (PDC) supaya dapat menonjolkan aspek-aspek yang berkaitan dengan pembangunan manusia.

Bermula pada tahun 2005, PDC diletakkan sebagai satu daripada aktiviti utama Gerakan Daya Wawasan (GDW) di samping beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi memastikan kema-juan yang dicapai oleh setiap kampung adalah selaras dengan pembentukan desa berkualiti yang bercirikan Wawasan 2020. Sekali lagi program ini diberi nama baru iaitu Anugerah Desa Cemerlang (ADC).

Berikut adalah senarai kampung yang telah berjaya memenangi ADC di peringkat kebangsaan :

• 1987–1988KampungSungaiApong,SabakBernam,Selangor• 1989–1990KampungSeronok,BayanLepas,PulauPinang• 1991–1992KampungSungaiHajiMuhammad,BaganDatoh,Perak• 1993–1994KampungEndah,Morib,Selangor• 1996–1997KampungParitTengah, SeriMerlong,BatuPahat,Johor• 1998–1999KampungRenokBaru,GuaMusang,Kelantan• 2001–2002KampungBatuLaut,KualaLangat,Selangor• 2003–2004KampungBayangan,Keningau,Sabah• 2005–2006KampungKundang,KualaSelangor,Selangor• 2007–2008KampungPayaRumput,SungaiUdang,Melaka

Pada tahun ini, sebanyak 14 buah kampung yang dipilih selepas menjuarai ADC di peringkat negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan. Objektif penilaian pertandingan ADC adalah seperti berikut :• Menilaiprestasidanpencapaiankampungkearahmewujudkanmasyarakatyang

cemerlang bersesuaian dengan matlamat negara maju.• Memberikhidmatnasihatdantunjukajarkepadakepimpinankampungbagimelahirkan

kampung yang mapan dan dinamik.• Memberipengiktirafandangalakankepadakepimpinankampungataskejayaanyang

dicapai dan seterusnya melonjakkan lagi kecemerlangan pada masa akan datang.• Menjadirole model atau mentor kepada kampung-kampung lain dalam usaha

pengupayaan kepimpinan sosial dan ekonomi kampung.

Terdapat tujuh aspek penilaian yang menentukan pemilihan sesebuah kampung dalam ADC kali ini. Aspek tersebut ialah kepimpinan, pendidikan, ekonomi, kebersihan dan kesihatan, keceriaan dan keindahan, kerohanian dan sivik serta penggunaan teknologi maklumat.

Page 15: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

TUGAS UTAMA JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) / JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG PERSEKUTUAN (JKKKP)

Pentadbiran• Mengumpuldanmenyimpanprofilkampungdanmaklumatasassepertimasjid,surau, balai raya, dewan JKKK, gelanggang permainan, padang bola, jalan kampung, sekolah, klinik, balai polis, tadika, pejabat pos dan lain-lain kemudahan asas.• MenjadibadanperantaraankerajaaniaituantarapendudukkampungdanPejabatDaerah/ Pejabat Pembangunan Negeri.• MerancangdanmembuatjadualaktivitiJKKKsepanjangtahun.• Mengambiltahudasar-dasarkerajaandanmenyampaikanmaklumatkepadapenduduk kampung.• Mengenalpastistrukturdanmenyimpanrekodpenduduk,senaraipendudukmiskin/PPRT dan keperluan seperti rumah, bekalan air dan elektrik.• Mengadakanmesyuaratsekurang-kurangnyasebulansekalidanmenyimpanrekod mesyuarat (minit).• Melaporkankepadapihakberkenaantentangperkarayangmemerlukanperhatiandan penyelesaian mengikut saluran tertentu.• Mengemukakanjadualdanminitmesyuarat.• MengemaskiniBilikGerakanKampung.• MenyediakanlaporantahunanJKKKsetiapawaltahunsepertipermohonanyangbelum diluluskan, aktiviti tahunan yang telah dijalankan dan maklumat kehadiran ahli JKKK dalam mesyuarat.• Menjemputindividuyangsesuaikeranapengalaman,pekerjaandankebolehanuntukhadir dalam mesyuarat.• MengadakankerjasamadenganjawatankuasalainsepertiKariahMasjiddanPemaju Masyarakat.• Mendapatkanmaklumatawalkeluargayangterlibatdenganbencanaalam.

Kesihatan dan Keindahan• Menggalakkanprogam-programmengindahkankampung.• Membantuusahakearahpembasmiandanpencegahanpenyakitberjangkit.• Mengawalkebersihankampungdantempatawam.• Menggalakkanpendudukmengamalkanmakanandanpemakananseimbangsertariadah untuk kesihatan.

Keagamaan dan Kerohanian• MeningkatkandakwahIslamiahdanpenghayatannilai-nilaimurni.• Menganjurkanprogramkeagamaan.• Memeliharakebersihanmasjiddansurau.• Menyemainilaiberkeluargadanmenghormatiorangtuasertapenyayang.

Pembangunan Ekonomi• Mengenalpasti,merancangdanmengesyorkanprojekyangsesuaiuntukdilaksanakan.• Mengesandanmengawalpelaksanaanprojekpembangunan.• Menggalakkankegiatanekonomikhususnyaindustrikecildansederhana.• Memupukbudayakerjaniagadikalanganpenduduk.

13

Page 16: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Pendidikan• Membantumeningkatkanpencapaianpelajaransekolahsepertimenganjurkankelas-kelas

tambahan dan ceramah motivasi.• Membantumeningkatkanakhlakmurnipelajar.• Memupukbudayailmudangalakanmembaca.• Memupuksikappositif,progresifdanmenghindarisikapnegatifdikalanganmasyarakat.

Keselamatan• Menjagakeselamatandaripadaanasir-anasirjahatdengancaramelaporkanaktivitikepadapihakberkuasadan

menyusun rondaan dan pemerhatian.

14

Kedah 1,899Kelantan 765Pulau Pinang 142Selangor 381Bilangan JKKKP 3,187Johor 648Melaka 232Negeri Sembilan 386Pahang 542Perak 818Perlis 377Terengganu 990Bilangan JKKK Semenanjung Malaysia 3,993Sabah 2,698Sarawak 5,448Bilangan JKKK Sabah & Sarawak 8,146Jumlah Besar 15,326

Bilangan JKKK/JKKKP Mengikut Negeri Tahun 2010

Sumber : Pejabat SUK/PPN Negeri

Bilangan JKKK/JKKKP Tahun 2010

(orang)

NEGERI

Page 17: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

15

AHLI JAWATANKUASA INDUK MAJLIS PELANCARAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR,

PENYAMPAIAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 DAN PERHIMPUNAN JKKK/JKKKP

BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

PenaungYB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji ApdalMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

PenasihatYBhg. Datuk Abd Jabar bin Che Nai

Ketua SetiausahaKementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

PengerusiPuan Nursiah binti Arshad

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)

Timbalan PengerusiEncik Mohd Rasdi bin Ag. Lah

SekretariatBahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa

Ahli Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Jabatan/Agensi/Bahagian

Majlis Perasmian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Persiapan Tempat Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA Berhad)

Jemputan, Sambutan dan Protokol Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Aset

Promosi, Publisiti dan Kaunter Unit Komunikasi Korporat Khidmat Pelanggan

Peralatan Teknikal dan Gimik Bahagian Pengurusan Maklumat Pelancaran

Pendaftaran dan Penginapan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Buku Program, Teks Ucapan dan Buku Garis Panduan Tatacara Kerja JKKK Institut Kemajuan Desa (INFRA)

Jamuan Bahagian Pelaburan dan Anak Syarikat

Pengangkutan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Persembahan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

Keselamatan dan Kecemasan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli, Malaysia (JHEOA)

Kewangan Bahagian Kewangan, Belanjawan dan Akaun

Cenderamata Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek

Page 18: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

PENGHARGAANPengerusi dan Ahli Jawatankuasa

Majlis Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar, Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang

Peringkat Kebangsaan 2010 dan Perhimpunan JKKK/JKKKP Bersama YAB Perdana Menteri,

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merakamkan ribuan terima kasih kepada

YAB DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAKPerdana Menteri Malaysia

kerana sudi merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar ,

Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010 dan Perhimpunan JKKK/JKKKP Bersama YAB Perdana Menteri,

serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Terima kasih

16

Page 19: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

17

Page 20: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

PROFIL KAMPUNG

18

Page 21: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

19

Page 22: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

20

Page 23: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Kampung Felda Mata Air terletak di utara Perlis dan bersempadan dengan negara Thailand. Jarak perjalanan daripada Felda Mata Air ke Kangar ialah 38 km manakala ke Padang Besar ialah 7 km. Ianya mempunyai keluasan 109.42 hektar dengan kepadatan penduduk seramai 1,592 orang.

Nama Felda Mata Air di ambil daripada sebuah lubang besar yang wujud di kaki sebuah bukit bernama Bukit Mata Air. Mata air tersebut mengalir daripada sebuah gua dan dijadikan bekalan air bersih oleh Jabatan Bekalan Air Negeri. Walau bagaimanapun, pengambilan air dari kawasan ini telah diberhentikan pada tahun 1992 kerana kawasan tersebut telah menjadi kawasan larangan yang dikawal sepenuhnya oleh Pasukan Gerakan Am (PGA). Orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan ini kerana ia terletak dalam kawasan keselamatan yang bersempadan dengan negara Thailand.

Pusat Mengumpul Getah (PMG) adalah pusat ekonomi utama Felda Mata Air. PMG menjadi penyumbang utama sumber kewangan bagi program keceriaan kampung, kelab komputer dan membantu pendidikan anak-anak peneroka. Terdapat kawasan tanah terbiar seluas 20 hektar telah diusahakan dengan tanaman pisang, mempelam harum manis, buluh rebung, kelapa pandan, ternakan ayam secara contract farming, ternakan lembu fidlot dan ternakan ikan keli.FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISKAMPUNG FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLIS

“ Bakti Disemai Budi Dituai “

70

26

2 2

Tanaman Perumahan Tanah terbiar Ternakan

Kegunaan Tanah Kampung Usaha Jaya

Keluasan kampung= 1,971.12 ekar

60

18 11 11

Sendiri Kerajaan Swasta Tiada pekerjaan

Pekerjaan Penduduk Felda Mata Air

Jumlah gunatenaga= 578 orang

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

Page 24: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

22

Pelbagai program pendidikan juga diadakan bagi memastikan anak-anak peneroka Felda Mata Air berjaya dalam kehidupan mereka. Antaranya ialah program motivasi, sumbangan hadiah kepada pelajar cemerlang dan mengadakan kelas tuisyen.Bagi memastikan kebersihan kampung sentiasa terpelihara, tong-tong sampah disediakan di setiap rumah, kawasan perniagaan dan bangunan awam. Sebuah kenderaan (pick-up) digunakan untuk kerja-kerja kutipan sampah setiap selang sehari oleh tiga orang pekerja tetap yang diuruskan oleh Majlis Tempatan.

Sebanyak 23 buah rumah peneroka di kampung ini yang menyertai program homestay untuk kemudahan penginapan para pelancong dan telah diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Setiap rumah peneroka digalakkan mempunyai edible garden yang mula dilaksanakan sejak tahun 2008 bagi memanfaatkan tanah kosong di persekitaran rumah di samping menjimatkan perbelanjaan.

Keceriaan persekitaran dan keramahan penduduk kampung Felda Mata Air menyebabkan kampung ini telah memenangi pelbagai anugerah sama ada di peringkat negeri dan kebangsaan. Antaranya ialah Johan Pertandingan Keindahan Kawasan Kampung pada tahun 1991, Naib Johan Pertandingan Lorong Indah pada tahun 2008 dan Anugerah Khas AKKF 2009 “Edible Garden Felda Cemerlang” pada tahun 2009.

Maklumat JKKK Felda Mata AirPengerusi JKKK : Encik Omar bin BakarAlamat surat menyurat : Felda Mata Air 02100 Padang Besar (U) PerlisLaman web/blog : homestayfeldamataairperlis.blogspot.com www.homestayfeldamataayer.comE-mail : [email protected]. telefon : 04 - 9490 909No. faks : 04 - 9490 909

Page 25: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

23

Page 26: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

24

Page 27: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Kampung ini terletak kira-kira enam km dari Pekan Lalang dan 22.5 km dari Pekan Baling. Ianya berada di bawah ADUN Bayu dan Parlimen Baling. Jumlah penduduk di kampung ini ialah seramai 406 orang.

Sejarah awal kampung ini bermula apabila beberapa pasang suami isteri dari selatan negara Thailand telah meneroka kawasan di tebing-tebing sungai untuk mencari keperluan harian mereka. Pada suatu malam, mereka mendengar deruan paluan gong ketika mereka sedang berehat. Keesokan harinya mereka pergi mencari arah deruan bunyi tersebut dan mendapati satu air terjun dari Lata Gading dan Sungai Tualang bertembung di cabang Lata Sama Gagah yang menghasilkan bunyi “gong”. Hasil rundingan bersama, penempatan mereka kini dikenali sebagai Ulu Legong.

Sekitar tahun 1980 an, Kampung Ulu Legong digemparkan dengan serangan Komunis. Keselamatan penduduk pada masa itu terancam dalam keadaan darurat yang menyekat aktiviti seharian mereka. Seorang wanita yang masih dalam pantang terkena peluru sesat pengganas

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISKAMPUNG ULU LEGONG, BALING, KEDAH

“Masa Dan Pemikiran Tunggak Kejayaan”

50 tahunke atas

100

80

60

40

20

0

Penduduk Kampung Ulu Legong Mengikut Umur

Jumlah penduduk= 406 orang

56

Penduduk Kampung GDW Sungai Chenaam Mengikut Jantina

Jumlah penduduk= 2,601 orang

18 9

34

10 19

10

40-49tahun

18-39tahun

13-17tahun

6-12tahun

Bawah 5tahun

44

Wanita Lelaki

Peratus (%)

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

Page 28: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

26

Komunis dan meninggal dunia. Kejadian askar Melayu yang mengawal keselamatan Kampung Ulu Legong terkena serangan hendap dan menyebabkan tujuh orang meninggal dunia. Kedua-dua peristiwa ini tidak dapat dilupakan oleh seluruh penduduk Kampung Ulu Legong hingga ke hari ini.

JKKKP kampung ini mempunyai visi untuk menjadikan Ulu Legong sebuah desa yang maju, menarik dan menguntungkan khususnya dalam bidang ekonomi, sosial dan kebajikan penduduk.

Penduduk di kampung ini memperoleh pelbagai manfaat bantuan daripada beberapa agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup. Antaranya ialah KEDA yang membantu mengurus perjalanan aktiviti dan membuat pengawasan berjadual sekitar kampung, RISDA memberi bantuan tanaman semula getah dan FELCRA memberi bantuan input pertanian seperti baja, racun dan ubat lateks.

Kampung Ulu Legong memiliki aset alam semulajadi yang mempesonakan dan menarik perhatian pelancong. Terdapat sungai, air terjun, dusun buah-buahan, penempatan Orang Asli dan kolam air panas yang menjadi produk pelancongan homestay KEDA Ulu Legong.

Terdapat 16 organisasi yang bergiat aktif menggerakkan usaha-usaha untuk memajukan dan membangunkan kampung ini. Antara program-program yang telah dianjurkan oleh JKKKP Kampung Ulu Legong pula ialah kursus keibubapaan, jungle tracking untuk golongan remaja, bengkel membuat gelang kristal untuk kaum wanita dan kesenian dikir barat.

Hasil kesedaran terhadap kepentingan dalam bidang pendidikan, ramai anak-anak jati kampung ini yang telah berjaya dalam kehidupan dan menyumbang kepada kemajuan kampung ini. Mereka bekerja dalam pelbagai bidang seperti peguam, pensyarah, guru dan sebagainya.

Maklumat JKKKP Kampung Ulu LegongPengerusi JKKKP : Encik Hasan bin Che SaAlamat surat menyurat : No - 18, Kampung KEDA Ulu Legong, Mukim Siong, 09100 Baling KedahLaman web/blog : kampungululegong.blogspot.com E-mail : -No. telefon : 019 - 5088 258No. faks : 04 - 4707 335

Page 29: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

27

Page 30: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

KAMPUNG GDW SUNGAI CHENAAM, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

Asal-usul Kampung Sungai Chenaam diambil daripada suara anak kecil yang mengadu kelaparan dengan berkata “chek nak am” yang bermaksud “saya hendak makan” semasa ayahnya keluar mencari lokan. Sebahagian besar kampung ini ditumbuhi hutan api-api. Pada tahun 1975, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) telah menebus guna hutan api-api di kawasan ini bagi membuat penempatan dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pertanian.

Pada peringkat awal, hanya terdapat 200 buah rumah yang didirikan di sekitar kampung ini. Pada tahun 1996, penduduk Kampung Chenaam semakin bertambah dengan penempatan 100 buah keluarga di bawah program PPRT. Terdapat tiga buah kampung rangkaian iaitu Jalan Baru, Kampung Anugerah Wawasan (PPRT Sungai Chenaam) dan Batas Ban.

Kampung ini mempunyai keluasan 1,505 hektar yang sebahagian besarnya diusahakan tanaman padi dan tebu. Kebanyakan penduduk juga bekerja sebagai nelayan dan menternak udang yang hasilnya turut dipasarkan di seluruh negara. Kekayaan sumber lautnya turut menjana perusahaan ikan kering dan belacan, restoran makanan laut dan homestay. Keistimewaan alam

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLIS

KAMPUNG GDW SUNGAI CHENAAM, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

“Menarik Membawa Keuntungan”

50 tahunke atas

100

80

60

40

20

0

Penduduk Kampung Ulu Legong Mengikut Umur

Jumlah penduduk= 406 orang

56

Penduduk Kampung GDW Sungai Chenaam Mengikut Jantina

Jumlah penduduk= 2,601 orang

18 9

34

10 19

10

40-49tahun

18-39tahun

13-17tahun

6-12tahun

Bawah 5tahun

44

Wanita Lelaki

Peratus (%)

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

Page 31: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

29

semulajadinya yang mempesonakan menyebabkan kampung ini berpotensi menjadi destinasi pelancongan.

Biro Kerohanian dan Sivik bersama Jawatankuasa Qariah Masjid Sungai Chenaam juga aktif mengadakan aktiviti pendidikan rohani seperti kuliah agama dan bacaan Yassin pada setiap minggu. Kumpulan marhaban dan nasyid juga ditubuhkan oleh kaum wanita di kampung ini. Penduduk kampung juga sentiasa mengadakan aktiviti gotong-royong secara berkala bagi menjaga keceriaan dan kebersihan kawasan kampung. Semangat kerjasama antara penduduk dapat memupuk nilai-nilai persefahaman, muafakat dan hormat-menghormati yang menjadi inspirasi kedamaian kampung ini.

Bagi meningkatkan tahap pendidikan pelajar-pelajar Kampung Chenaam, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh GDW/JKKKP. Antaranya ialah mengadakan program motivasi, menghantar pelajar menyertai Klinik UPSR Didik Jelajah seluruh Malaysia anjuran Berita Harian, mengadakan majlis bacaan Yassin untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, memberi hadiah galakan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan mereka yang mendapat tawaran ke IPTA dan IPTS.

Dalam usaha merapatkan jurang digital masyarakat luar bandar dan bandar, GDW/JKKKP Kampung Sungai Chenaam berusaha bersungguh-sungguh untuk membolehkan tertubuhnya sebuah Medan Infodesa (MID). Penubuhan MID ini memberi peluang kepada masyarakat kampung untuk mempromosi produk pelancongan dan hasil keluaran kampung kepada masyarakat luar. Pelbagai program latihan ICT turut ditawarkan dengan menerima peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). MID Kampung Chenaam juga telah menerima Anugerah Medan Infodesa Harapan pada tahun 2008 dan Johan Bahagian IT dalam pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2002.

Maklumat JKKKP Kampung GDW Sungai ChenaamPengerusi JKKKP : Encik Ahmad bin HaronAlamat surat menyurat : Lot 203 Sungai Chenaam 14320 Nibong Tebal Seberang Perai Selatan Pulau PinangLaman web/blog : sungaichenaam.comE-mail : [email protected]. telefon : 04 - 5932 503No. faks : 04 - 5932 503

Page 32: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

30

Page 33: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Nama Kampung Jelai di ambil bersempena nama sejenis pokok jelai batu yang banyak terdapat di kawasan kampung ini. Penempatan penduduk dibuka pada awal tahun 1887 oleh Mat Saman bin Toh Omar yang berasal dari kerajaan Melayu Pattani setelah melarikan diri bersama pengikutnya akibat diusir oleh kerajaan Siam. Penempatan awal di kampung ini hanya terdapat 10 buah rumah dengan penduduk seramai 50 orang sahaja. Kini, penduduk Kampung Jelai telah meningkat kepada 1,267 orang dengan 305 buah keluarga.

Wawasan JKKK Kampung Jelai adalah untuk memajukan ekonomi, mewujudkan masyarakat berhemah dan peramah, bermuafakat dan hidup harmoni, berlandskap indah dan selamat serta memastikan penduduk celik ICT.

Kampung Jelai yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau dan Parlimen Larut turut memiliki lapan buah kampung rangkaian iaitu Kampung Jelai Kenangan, Kampung Cheruk Kecil,

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISKAMPUNG JELAI, BATU KURAU, PERAK

“Penduduk Bersatu Kampung Maju”

Pekerjaan Penduduk Kampung Jelai

Kerajaan Swasta Lain-lain

2515 13

48

62

Jumlah gunatenaga lelaki = 268 orangJumlah gunatenaga wanita = 160 orang

Lelaki Wanita

Pekerjaan Penduduk Kampung Gagu Mengikut Jantina

Kerajaan Swasta Sendiri Pencen

Lelaki = 124 orangWanita = 47 orang

Lelaki Wanita

2336 28

4338

1911 2

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

37

Page 34: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Kampung Baru Jelai, Kampung Jelai Hilir Kanan, Kampung Melayu Kiri, Kampung Masjid, Kampung Jelai Hilir dan Kampung Ulu Jelai. Kampung ini turut dilengkapi jalan bertar sejauh 25 km, bekalan elektrik dan air bersih di semua rumah penduduk. Kemudahan lain pula ialah seperti klinik desa, dewan serbaguna, sekolah kebangsaan dan menengah, masjid, tabika/taska KEMAS dan jambatan. Kegiatan ekonomi penduduk meliputi bidang keusahawanan, pertanian, ternakan dan perikanan.

Bagi memastikan penduduk kampung celik IT, JKKK Kampung Jelai sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dalam penganjuran kelas-kelas komputer. Penduduk kampung juga sentiasa diberi galakan agar menggunakan internet dalam urusan seharian mereka. Pelbagai organisasi juga ditubuhkan seperti Pasukan RELA, PELADANG, Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Kumpulan Hadrah, Kumpulan Marhaban dan Kumpulan Amanah Ikhtiar yang banyak memberi manfaat kepada keharmonian penduduk.

Bagi memastikan tahap pendidikan sentiasa menjadi keutamaan, pelbagai aktiviti dianjurkan oleh JKKK Kampung Jelai seperti mewujudkan kelas-kelas tuisyen, kelas komputer, mengaji al-Quran dan sebagainya. JKKK turut menerbitkan Buletin Mayang Sari secara bulanan untuk edaran kepada masyarakat kampung supaya mereka tidak ketinggalan mendapatkan maklumat semasa dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di kampung ini.

Bagi menjaga kebersihan dan keindahan Kampung Jelai, JKKK dan penduduk kampung turut mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran kampung dan sentiasa berusaha meningkatkan gaya hidup sihat.

Kampung Jelai juga pernah memenangi pelbagai anugerah seperti mendapat tempat ketiga bagi Pertandingan Keindahan Kampung pada tahun 2005, Johan Pertandingan Perbarisan Hari Kemerdekaan pada tahun 2007 dan Johan Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah dan Negeri Perak pada tahun 2009.

Maklumat JKKK Kampung JelaiPengerusi JKKK : Encik Mohamad Ali bin Awang BesarAlamat surat menyurat : Bilik Gerakan JKKK Kampung Jelai 34520 Batu Kurau PerakLaman web/blog : kampungjelai.blogspot.comE-mail : [email protected]. telefon : 019 - 4312 203 / 016 - 5181 834 / 013 - 3288 328No. faks : 05 - 8880 891

32

Page 35: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

33

Page 36: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

34

Page 37: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Kampung Sungai Lada telah diteroka oleh kaum Kadayan dari Sipitang dan Brunei untuk tujuan pertanian dan nelayan pada awal tahun 1910. Semasa membersihkan hutan belukar, mereka menemui sepohon lada padi sebesar gantang di tepi Sungai Kudong. Hasil muafakat, mereka telah menamakan kampung tersebut sebagai Kampung Sungai Lada.

Kampung ini berkeluasan 316.5 hektar dengan kepadatan penduduk seramai 887 orang. Kawasan rumah penduduk telah dikelompokkan kepada tujuh taman iaitu Taman Anggun, Taman Bestari, Taman Ceria, Taman Dinamik, Taman Elit, Taman Fantasia dan Taman Gemilang bagi memberi tanggungjawab kepada penduduk membangunkan kampung melalui taman masing-masing.

Dari segi kepimpinan, JKKK telah membuat pelbagai perancangan setiap tahun seperti sambutan hari keluarga, Hari Kebangsaan dan mengadakan pertandingan sukan dengan melibatkan semua penduduk kampung, agensi kerajaan, swasta dan NGO. JKKK juga telah menyediakan Pelan Tindakan Desa (PTD) untuk jangkamasa tahun 2007-2012.

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISKAMPUNG SUNGAI LADA, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

“Bersatu Bermuafakat Maju”

8

69

212

Tahap Pendidikan Penduduk Kampung Sungai Lada

Jumlah pelajar= 579 orang100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

Tadika/Pra-sekolah

SekolahRendah

SekolahMenengah

Universiti

Page 38: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Menerusi Biro Pendidikan, JKKK Kampung Sungai Lada berhasrat untuk mewujudkan “satu rumah satu graduan” menjelang tahun 2020 kelak. Bagi memastikan matlamat ini dapat menjadi kenyataan, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM28 juta untuk pembinaan sebuah sekolah menengah di kampung ini. Penduduk kampung mengharapkan agar pembinaan sekolah ini dapat meningkatkan lagi taraf pendidikan anak-anak kampung. Sehingga kini, seramai 34 orang warga kampung ini mempunyai kelulusan Ijazah dan Diploma manakala lima orang mendapat pendidikan hingga ke peringkat Sarjana.

Kegiatan ekonomi penduduk kampung yang pelbagai dapat meningkatkan tahap pendapatan mereka. Ada penduduk yang mengusahakan perniagaan runcit, ternakan ikan keli dan pembuatan perahu.

Bagi menjaga kebersihan, penduduk kampung mengamalkan pembuangan sampah di tong-tong sampah di setiap persimpangan jalan bagi memudahkan pihak perbandaran mengambil dan melupuskannya di tapak pelupusan sampah. Sisa pepejal seperti botol plastik, tin dan kaca akan dikumpul dan dijual kepada pembeli untuk dikitar semula. JKKK turut bekerjasama dengan NGO mengadakan gotong-royong dua bulan sekali membersihkan kawasan awam manakala kebersihan persekitaran kampung menjadi tanggungjawab penduduk setempat. Dengan kreativiti penduduk kampung, tayar-tayar lama dijadikan pasu bunga bagi menceriakan persekitaran kampung di samping mencegah pembiakan nyamuk.

Kampung ini juga mempunyai dua kumpulan kesenian dan telah beberapa kali menyertai pertandingan di sekitar Labuan. Terdapat tiga orang belia dan beliawanis bertindak sebagai tenaga pengajar dan salah seorang daripadanya adalah artis budaya Perbadanan Labuan.

Bagi meningkatkan aktiviti kerohanian dan sivik, GDW kampung ini mengadakan kelas KAFA kepada golongan wanita pada setiap hari khamis. Ahli Jawatankuasa Masjid pula bekerjasama dengan GDW mengadakan kelas kompang yang dikhususkan kepada kanak-kanak di bawah umur 17 tahun.Sebanyak 92 buah keluarga di kampung ini memiliki komputer manakala 12 rumah lagi memiliki capaian internet. Remaja dan belia adalah golongan yang paling ramai dapat menguasai ICT sebagai sumber maklumat mereka.

Maklumat JKKK Kampung Sungai LadaPengerusi JKKK : Tuan Haji Alias bin Haji MohammadAlamat surat menyurat : d/a Balai Raya Kampung Sungai Lada 87008 Wilayah Persekutuan LabuanLaman web/blog : www.facebook.com/sungailadaE-mail : -No. telefon : -No. faks : -

36

Page 39: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

37

Page 40: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

38

Page 41: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Kampung Sungai Lang Tengah dibuka sekitar tahun 1910 dengan keluasan 859.51 hektar. Nama Sungai Lang diambil sempena sebatang sungai yang mengalir melintasi tengah kampung yang telah hilang secara beransur-ansur disebabkan perubahan ekologi. Kampung ini terletak di Daerah Kuala Langat, kira-kira enam km dari bandar Banting. Penduduk kampung ini berjumlah 3,051 orang dan 100 peratus berketurunan Melayu. Kampung ini terbahagi kepada lapan zon di mana setiap satunya diketuai oleh seorang Ketua Zon.

Antara kegiatan ekonomi penduduk kampung ini ialah pertanian, penternakan, industri kecil dan sederhana (IKS) dan pelancongan. Penduduk kampung juga bermuafakat menjalankan projek ekonomi secara berkumpulan seperti ternakan lembu, membuat satay, tanaman pisang dan kraf desa. Terdapat 30 buah rumah di kampung ini yang terlibat dengan industri homestay. Ianya dapat memberi kemudahan penginapan kepada pelancong dengan kadar harga yang berpatutan.

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISKAMPUNG SUNGAI LANG TENGAH, KUALA LANGAT, SELANGOR

“Menuju Ke Arah Kecemerlangan”

5 173

29 31

312

Taska

Pra-sekolah/Tadika

Sekolah Pondok/

AgamaSekolah Rendah

Sekolah Menengah

Institusi Kemahiran

Universiti/Kolej

Tahap Pendidikan Penduduk Kampung Sungai Lang Tengah

Pekerjaan Penduduk Kampung Chicha Tinggi

Jumlah gunatenaga= 1,177 orang

28

23 11

82

Kerajaan Swasta Petani Peniaga Kontraktor Surirumah

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

Jumlah pelajar= 1,839 orang

28

Page 42: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Potensi lain kampung ini ialah Pusat Kraftangan Desa yang menjadi tempat bagi penduduk kampung menghasilkan barangan kraf untuk jualan. Dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), sebuah Medan Infodesa (MID) telah ditubuhkan pada tahun 2006 di kampung ini. Ianya menjadi tempat untuk melatih penduduk tentang ilmu ICT serta memberi pelbagai perkhidmatan lain.

Bagi memastikan objektif pembangunan kampung tercapai, JKKKP sentiasa merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong setiap bulan, memberi hadiah kecemerlangan kepada anak-anak yang berjaya dalam peperiksaan, mengadakan ceramah agama setiap minggu dan sebagainya. Golongan remaja yang mempunyai jumlah terbesar di kampung ini juga sentiasa diberi perhatian agar mereka tidak terjerumus dengan gejala-gejala yang tidak berfaedah. Pelbagai program melibatkan golongan remaja turut dirancang seperti program bermotosikal, bersukan, senamrobik dan aktiviti yang lain.

Kampung ini juga berjaya mengekalkan gred A dalam penilaian kampung GDW sejak tahun 2001 sehingga sekarang. Pelbagai pencapaian yang membanggakan penduduk kampung seperti Johan Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Ilham Desa pada tahun 2004 anjuran KKLW, Johan Peringkat Negeri Selangor dalam Pertandingan KPW pada tahun 2008 anjuran Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan Johan Peringkat Negeri Selangor dalam Anugerah Desa Cemerlang (ADC) 2009 sekaligus melayakkannya menyertai ADC Peringkat Kebangsaan anjuran KKLW pada tahun ini.

Maklumat JKKKP Kampung Sungai Lang TengahPengerusi JKKKP : Tuan Haji Silim bin Haji DasmanAlamat surat menyurat : Lot 1594, Kampung Sungai Lang Tengah 42700 Banting SelangorLaman web/blog : www.infodesa.gov.myE-mail : [email protected]. telefon : 03 - 31871 690 / 013 - 2607 097No. faks : 03 - 3187 1676

40

Page 43: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

41

Page 44: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

42

Page 45: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Kampung Gagu mempunyai keluasan 650 ekar yang terletak lapan km dari Pekan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Kampung ini mempunyai sebuah kampung rangkaian iaitu Kampung Sungai Legum. 100 peratus penduduknya adalah kaum Melayu, majoritinya berketurunan Minangkabau.

Kampung ini dibuka sekitar 150 tahun yang lalu oleh peneroka yang berasal dari Minangkabau. Ramai yang berpendapat bahawa nama Kampung Gagu berasal daripada perkataan “ragu” kerana kononnya peneroka awal berasa ragu-ragu apabila sampai di Kaki Bukit Baling-Baling yang menjadi bukit tertinggi memisahkan Kampung Renal dan Geliu Hulu Kelang.

JKKK dan GDW Kampung Gagu mempunyai perancangan sendiri khususnya dalam meningkatkan pendidikan anak-anak penduduk dengan mengadakan kelas tuisyen, kelas ICT dan kempen budaya membaca.

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISKAMPUNG GAGU, JELEBU, NEGERI SEMBILAN

‘‘Budaya Disanjung, Adat Dijunjung”

Pekerjaan Penduduk Kampung Jelai

Kerajaan Swasta Lain-lain

2515 13

48

62

Jumlah gunatenaga lelaki = 268 orangJumlah gunatenaga wanita = 160 orang

Lelaki Wanita

Pekerjaan Penduduk Kampung Gagu Mengikut Jantina

Kerajaan Swasta Sendiri Pencen

Lelaki = 124 orangWanita = 47 orang

Lelaki Wanita

2336 28

4338

1911 2

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

37

Page 46: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Sektor pertanian merupakan sumber ekonomi utama penduduk kampung dengan menanam pokok getah, padi, koko dan pelbagai tanaman kontan yang lain. Antara kegiatan ekonomi yang lain ialah ternakan ikan keli, lembu, kambing, kontraktor, usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan program homestay. JKKK juga telah mewujudkan sebuah koperasi yang dikenali sebagai Koperasi Penduduk Kampung Gagu Sdn. Bhd.

JKKK Kampung Gagu telah membentuk pelan strategik kampung yang perlu dicapai dalam jangkamasa kurang daripada lima tahun. Perancangan tersebut ialah meningkatkan tahap pencapaian pendidikan dan kemahiran kepimpinan, meningkatkan kemudahan awam, mempelbagaikan sumber pendapatan dan meningkatkan kesedaran sivik melalui program-program ceramah, seminar dan penyebaran maklumat.

Melalui Biro Kebersihan dan Kesihatan, penduduk kampung sentiasa diberi galakan agar mengamalkan pemakanan seimbang terutama di kalangan kanak-kanak dan wanita mengandung. Mereka juga kerap mengadakan program-program kesihatan dan memupuk budaya kebersihan menerusi aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran kampung, pembuangan sampah yang lebih sistematik, memastikan sistem air limpah, kumbahan dan perparitan sentiasa sempurna dan penjagaan kawasan halaman rumah.

Dari segi kerohanian, pelbagai aktiviti dilaksanakan secara mingguan di Masjid Kariah Gagu seperti kelas takmir, bacaan Yassin serta kelas Al-Quran dan tajwid. Surau di Kampung Sungai Legom pula turut mengadakan kelas Al-Quran dan taranum sehingga melahirkan ramai qari dan qariah menyertai Tilawah Al-Quran di peringkat mukim, daerah, negeri dan kebangsaan.

Kampung Gagu juga turut dilengkapi dengan Medan Infodesa (MID) yang merupakan projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar. Agensi pelaksana dan penyelaras adalah RISDA dan diuruskan oleh seorang Pengurus MID. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah latihan asas ICT, kemudahan internet, cetakan, pembinaan laman blog, CD burning dan scanning.

Maklumat JKKK Kampung GaguPengerusi JKKK : Encik Mohd. Saad bin HarunAlamat surat menyurat : d/a Pengerusi JKKK Kampung Gagu Mukim Ulu Teriang 71600 Kuala Klawang, Jelebu Negeri SembilanLaman web/blog : www.kggagu.comE-mail : [email protected]. telefon : 017 - 3678 620No. faks : 06 - 6137 975

44

Page 47: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

45

Page 48: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

46

Page 49: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Kampung Gadek terletak di kawasan Parlimen Alor Gajah, mempunyai keluasan 450 hektar dengan jumlah penduduk seramai 3,770 orang daripada 1,256 buah keluarga. Kampung ini mempunyai sembilan buah kampung kecil iaitu Kampung Binjai Gadek, Kampung Buluh Cina Gadek, Kampung Gadek Dalam Hilir, Kampung Gadek Dalam Hulu, Kampung Bukit Nangka Gadek, Kampung Seri Tanjung Gadek, Kampung Baru Gadek, Kampung Baru Gadek 2, Kampung Ampang Batu Gadek dan lima buah taman perumahan iaitu Rumah Awam Gadek, Taman Pisang Mas Jaya, Taman Gadek, Taman Markisah Gadek dan Taman Pulasan. Penduduk Kampung Gadek terdiri daripada tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang hidup bersama dalam suasana harmoni.

Menurut sejarah, Kampung Gadek telah diteroka oleh sekumpulan petani yang menebas hutan untuk dijadikan kawasan perkampungan dan bercucuk tanam pada tahun 1930 an. Setelah semua kayu kayan dibersihkan, terdapat sebatang tunggul kayu yang amat sukar dicabut walaupun pelbagai ikhtiar telah dilakukan. Setelah berhari-hari mereka cuba mencabut tunggul kayu tersebut, terbentuklah lopakan air yang mengeluarkan bunyi “gudak gadek gudak gadek” semasa menggoyangkan tunggul kayu tersebut. Dari situlah tanah yang baru diteroka itu diberi nama “gadek” oleh ketua kumpulan peneroka tanah pada masa itu.

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISKAMPUNG GADEK, ALOR GAJAH, MELAKA

“Kampungku Damai, Desaku Cemerlang, Negeriku Gemilang, Negaraku Terbilang”

Penduduk Kampung Gadek Mengikut Kaum

Jumlah penduduk= 3,770 orang

Melayu Cina India

Pendapatan Isi Rumah Penduduk Kampung Permatang Duku

Jumlah isi rumah= 518 orang

RM2,001ke atas

RM1,501 -RM2,000

RM1,001-RM1,500

RM750 -RM1,000

56

17 14 13

70

21

9

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

Page 50: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Pembangunan dan kemajuan Kampung Gadek digerakkan oleh kepimpinan JKKK yang berperanan mengatur, mengurus dan mengendalikan institusi kampung bagi memastikan segala perancangan pembangunan berjalan dengan sempurna.

Sektor pertanian pula adalah sumber pendapatan utama penduduk dengan tanaman getah, kelapa sawit, padi dan tanaman jangka pendek seperti pisang dan sayur-sayuran. Terdapat juga penduduk yang mengusahakan aktiviti penternakan lembu, kambing, itik, burung walit dan ikan air tawar. Kaum wanita pula lebih cenderung dalam perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) seperti membuat kuih bahulu, rempeyek, serunding dan makanan sejuk beku.

Kawasan rekreasi Sungai Gadek yang terletak berdekatan dengan Loji Perbadanan Air Melaka menjadi kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk untuk berehat dan beriadah. Kompleks Pelancongan Air Panas Gadek pula menyediakan beberapa unit chalet bagi memudahkan pelancong luar menginap sekaligus dapat menjana ekonomi penduduk dari segi peluang pekerjaan dan perniagaan. Sumber utama pendapatan JKKK adalah sewaan tapak pasar malam, peralatan gymnasium, gelanggang futsal dan kedai satu pintu yang terdapat di Pekan Gadek.

Bagi mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar sekolah, JKKK dengan kerjasama Biro Pendidikan mempergiatkan program-program seperti kem motivasi dan kecemerlangan UPSR, kelas tuisyen Bahasa Inggeris dan matematik dan mengadakan kelas-kelas tambahan. Ramai anak-anak Kampung Gadek telah berjaya dalam kehidupan mereka, antaranya ialah Prof. Datuk Dr. Haji Zainal Keling, pensyarah di Universiti Malaya dan Dr. Abu Hassan Haji Ahmad, pensyarah di Universiti Sains Malaysia.

Kampung ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti klinik desa, perpustakaan desa, medan infodesa, padang bola, balai raya dan sebagainya. Amalan menjaga kebersihan amat dititikberatkan dengan mengadakan aktiviti gotong-royong, menyediakan tong-tong sampah di kawasan tertentu, semburan fogging untuk kawalan penyakit demam denggi dan malaria dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah. Penduduk kampung juga aktif melaksanakan program-program kerohanian seperti qiamulail, ceramah agama dan majlis-majlis sambutan bulan kebesaran Islam.

Kampung Gadek juga telah memenangi pelbagai anugerah seperti Johan Pertandingan Pelita Rakyat Peringkat DUN Gadek dan Naib Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Melaka pada tahun 2007. Pada tahun 2009, Kampung Gadek mendapat Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Melaka sekaligus melayakkannya bertanding di Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Maklumat JKKK Kampung GadekPengerusi JKKK : Encik Ismail bin Abdul LatifAlamat surat menyurat : No. 7372, Rumah Awam Gadek 78000 Alor Gajah MelakaLaman web/blog : www.gadek.netE-mail : [email protected]. telefon : 013 - 6259 580No. faks : 06 - 5549 810

48

Page 51: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

49

Page 52: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

50

Page 53: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Nama Kampung Permatang Duku diilhamkan oleh Haji Abdul Karim yang merantau dari Pulau Karimon, Indonesia bersama 300 pengikutnya pada tahun 1902. Mereka telah meneroka kawasan hutan dan menemui sebatang pokok duku lalu menamakan kawasan tersebut sebagai Kampung Permatang Duku. Kampung ini mempunyai keluasan 647.5 ekar dengan bilangan penduduk seramai 802 orang. JKKK Kampung Permatang Duku telah memilih perkataan dalam bahasa Jawa iaitu “SERGEP” sebagai motto yang membawa maksud rajin, pantas, bersatu padu, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

Bagi memastikan kelancaran dan ketelusan dalam kepimpinan, JKKK amat menitikberatkan aspek disiplin dan jati diri. JKKK sentiasa mendapat kerjasama yang erat dari seluruh penduduk kampung dalam menjayakan setiap program sama ada yang dianjurkan di peringkat kampung, daerah, negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

Bagi memastikan kampung ini dapat mencapai kemajuan yang boleh dibanggakan, JKKK telah menentukan program-program pembangunan yang hendak dilaksanakan dinilai dan disusun mengikut keutamaan. Projek-projek pula dilaksanakan secara bergotong-royong dan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, NGO dan pihak swasta.

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISKAMPUNG PERMATANG DUKU, PONTIAN, JOHOR

“SERGEP – Semangat, Etika, Rajin, Gagah, Eratkan, Perpaduan”

Penduduk Kampung Gadek Mengikut Kaum

Jumlah penduduk= 3,770 orang

Melayu Cina India

Pendapatan Isi Rumah Penduduk Kampung Permatang Duku

Jumlah isi rumah= 518 orang

RM2,001ke atas

RM1,501 -RM2,000

RM1,001-RM1,500

RM750 -RM1,000

56

17 14 13

70

21

9

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

Page 54: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Pada asasnya, penduduk Kampung Permatang Duku telah menerima pendidikan formal sekitar 1940 an. Di peringkat awal, ketua kampung ketika itu telah menjadikan rumah beliau sebagai sekolah untuk seluruh anak-anak kampung yang ingin belajar. Usaha beliau telah mendapat perhatian dan kerajaan telah menyediakan sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Seri Setia. Penduduk Permatang Duku sentiasa mempergiatkan usaha dalam bidang pendidikan supaya anak-anak mereka berjaya hingga ke menara gading. Pendidikan tidak formal juga telah diterapkan dalam kehidupan masyarakat kampung seperti kelas mengaji Al - Quran dan kelas-kelas bimbingan agama.

JKKK Kampung Permatang Duku mempunyai aset pendapatan yang terdiri daripada kedai runcit, bengkel kimpalan, kedai perniagaan sayur dan kolam memancing dengan pendapatan tahunan sebanyak RM6,240.00. Majoriti penduduk kampung adalah bekerja sendiri dalam bidang pertanian, penternakan, industri kecil dan sederhana (IKS) dan homestay.

Penduduk kampung juga sentiasa memastikan tahap kebersihan bagi menjamin kesihatan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti pemeriksaan kesihatan, J-Robik Perdana, Program 10,000 Langkah dan pameran kesihatan.

Bagi memastikan keceriaan kampung, arca SERGEP, pintu gerbang dan papan tanda blok dibuat secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Penduduk kampung juga aktif dalam bidang kesenian dengan menubuhkan Persatuan Zapin Seri Bestari, kumpulan kompang, gamelan dan wayang kulit.

Pusat Cyber Arrow Dynamic menjadi tempat penduduk kampung untuk mendapatkan perkhidmatan internet, jual beli komputer, cetakan dan kursus komputer. Sebanyak 164 buah rumah penduduk kampung ini memiliki komputer di rumah masing-masing.

Maklumat JKKK Kampung Permatang DukuPengerusi JKKK : Tuan Haji Abd. Samad bin SikonAlamat surat menyurat : Kampung Permatang Duku 82200 Benut, Pontian JohorLaman web/blog : www.permatangduku.comE-mail : [email protected]. telefon : 07 - 4257 020No. faks : -

52

Page 55: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

53

Page 56: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

54

Page 57: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Menurut cerita orang-orang lama, asal-usul Kampung Kuala Medang berasal dari sebuah pokok medang yang tumbuh di tepi sungai. Kampung Kuala Medang ini pada mulanya dibuka oleh suku kaum Asli Semai sejak tahun 1990. Orang Asli Semai telah menebang pokok medang ini selama 40 hari dengan menggunakan kapak dan beliung. Pokok itu tumbang merentasi sungai dan terus dinamakan Sungai Medang. Akhirnya kampung ini dinamakan dengan nama Kampung Kuala Medang.

Kampung ini terletak dalam mukim Hulu Jelai dalam Daerah Lipis. Jarak dari bandar Kuala Lipis ialah 50 km manakala dari bandar Raub ialah 62 km. Bahagian timur kampung ini bersempadan dengan hutan simpan Hulu Jelai, di sebelah selatannya bersempadan dengan Felda Sungai Koyan manakala di sebelah utaranya bersempadan dengan Kampung Kuala Serau. Keluasan kampung di bawah pentadbiran JKKK Kampung Kuala Medang ialah seluas 3,280.4 hektar dengan jumlah penduduk seramai 1,106 orang.

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISKAMPUNG KUALA MEDANG, KUALA LIPIS, PAHANG

“Bersatu Ke Arah Kecemerlangan”

Pendapatan Isi Rumah Penduduk Kampung Alor Limbat

Jumlah isi rumah= 373 orang

LebihRM2,001

RM601-RM1,000

RM1,501-RM,2000

RM1,001-RM1,500

25 2922 24

Penduduk Kampung Kuala Medang Mengikut Umur

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

614 1826

1411 11

Bawah 4tahun

5-6tahun

7-12tahun

13-17tahun

18-39tahun

40-59tahun

60 tahunke atas

Jumlah penduduk= 1,106 orang

Page 58: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

56

Sebilangan besar penduduk Kampung Kuala Medang bekerja sebagai penoreh getah atau bekerja kampung. Sebahagian kecil penduduk pula bekerja sebagai usahawan dan kakitangan agensi kerajaan. Penduduk kampung ini telah menghasilkan produk jus salak sebagai produk hiliran yang menjadi sumber kekayaan baru dan berpotensi untuk diketengahkan.

Bagi menjaga kebersihan persekitaran kampung dan tempat-tempat awam, pihak JKKK telah menetapkan beberapa aktiviti seperti gotong-royong perdana setiap tiga bulan, meletakkan tong-tong sampah di kawasan awam dan mengadakan kawasan angkat untuk setiap pertubuhan yang terdapat di kampung ini. Bagi memastikan kesihatan penduduk sentiasa berkeadaan baik, JKKK turut bekerjasama melaksanakan aktiviti berbentuk kesihatan bersama Jabatan Kesihatan. Bagi mengindahkan persekitaran kampung dan rumah-rumah penduduk, pelbagai daya kreativiti diketengahkan seperti mengguna semula bahan-bahan terbuang dan menggunakan bahan-bahan sumber asli seperti buluh dan kayu hutan yang banyak tumbuh di kawasan kampung ini.

Beberapa aktiviti keagamaan dan kerohanian telah diadakan di Kampung Kuala Medang secara berjadual dan tahunan yang melibatkan semua peringkat umur. Ini bertujuan bagi menjadikan kampung ini bebas daripada gejala penagihan dadah, black metal, ajaran sesat, mat rempit, penyakit berjangkit dan lain-lain unsur yang kurang sihat.

Kampung Kuala Medang memiliki Medan Infodesa (MID) bertaraf daerah di bawah projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sejak tahun 2007. Kini, MID kampung ini telah melatih 500 orang penduduk di bawah Kursus Literasi Komputer Desa (LKD) dan 60 orang penduduk di bawah Kursus Latihan Kemahiran Komputer (LKK). Di zaman serba canggih, penggunaan teknologi maklumat amat penting bukan sahaja untuk pendidikan tetapi juga untuk kegunaan aktiviti perniagaan dan keusahawanan. Kampung Kuala Medang juga tidak terlepas dari arus teknologi maklumat ini sebagai agen pemasaran, contohnya dalam aktiviti pelancongan dan promosi produk-produk IKS.

Maklumat JKKK Kampung Kuala MedangPengerusi JKKK : Tuan Haji Hassan @ Ismail bin Mat SamAlamat surat menyurat : JKKK Kampung Kuala Medang 27650 Sungai Koyan, Lipis PahangLaman web/blog : www.homestaykualamedang.comE-mail : [email protected]. telefon : 09 - 3313 333No. faks : 09 - 3313 333

Page 59: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

57

Page 60: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

58

Page 61: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Kampung Alor Limbat merupakan kampung tertua dalam sejarah negeri Terengganu yang terletak 25 km dari Kuala Terengganu dan 18 km dari Daerah Marang. Kampung ini diberi nama Kampung Alor Limbat sempena peristiwa serangan sekawan ikan limbat putih yang gemar memakan bangkai binatang. Sekawan ikan limbat ini akan bermaharajalela apabila hujan turun renyai-renyai dan mengeluarkan bunyi menguak seperti kerbau. Tragedi ini berlaku di sebuah alur yang bernama Alor Kerkut yang akhirnya ditukar nama kepada Kampung Alor Limbat.

Dengan jumlah penduduk seramai 1,191 orang, cara hidup masyarakat di kampung ini masih berteraskan suasana masyarakat desa yang kaya dengan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, sopan-santun dan sentiasa bertoleransi dalam semua aspek kehidupan mereka. Kampung ini berkeluasan lapan km persegi dengan penggunaan tanah seluas 800 hektar, mempunyai bentuk muka bumi dengan tanah pamah yang subur, berpaya dan berbukit. Ianya sesuai dengan pelbagai jenis tanaman seperti getah, padi, kelapa sawit dan buah-buahan.

Kampung Alor Limbat merupakan kampung tertua dalam sejarah negeri Terengganu yang

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISKAMPUNG ALOR LIMBAT, MARANG, TERENGGANU

“JKKK Penjana Wawasan Negara”

Pendapatan Isi Rumah Penduduk Kampung Alor Limbat

Jumlah isi rumah= 373 orang

LebihRM2,001

RM601-RM1,000

RM1,501-RM,2000

RM1,001-RM1,500

25 2922 24

Penduduk Kampung Kuala Medang Mengikut Umur

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

614 1826

1411 11

Bawah 4tahun

5-6tahun

7-12tahun

13-17tahun

18-39tahun

40-59tahun

60 tahunke atas

Jumlah penduduk= 1,106 orang

Page 62: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

60

Sebagai jentera pentadbiran kerajaan di peringkat akar umbi, JKKK sentiasa berusaha untuk memajukan kampung. Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang tahun seperti gotong-royong, sukan dan rekreasi, kebudayaan dan kesenian. JKKK juga aktif melaksanakan program-program kemasyarakatan iaitu bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan NGO. Kampung Alor Limbat juga pernah menjadi kampung dan keluarga angkat kepada pegawai-pegawai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada tahun 2008.

JKKK Kampung Alor Limbat amat menitikberatkan program pendidikan yang menjadi agenda utama pembangunan modal insan. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah mengadakan kelas bimbingan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan, menganjurkan ceramah dan dialog kaedah menjawab soalan peperiksaan dan aktiviti untuk kanak-kanak tadika. Seramai 20 orang pelajar tahun 5 dan 6 turut menerima kemudahan e-Book bagi menggantikan buku sekolah daripada YAB Dato’ Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu pada bulan Jun lalu.

Gerakan intensif yang menekankan aspek kebersihan dan penjagaan kesihatan bagi memberi kesedaran kepada penduduk telah dilaksanakan sejak tahun 2002 sehingga sekarang. Hasilnya, kampung ini telah beberapa kali memenangi Johan Kebersihan Kampung di peringkat daerah dan negeri Terengganu.

Kegigihan masyarakat Kampung Alor Limbat bekerjasama mengumpul dana dan menanam pokok-pokok hiasan di sepanjang jalan kampung menjadikannya “kampung dalam taman”. Terdapat daya tarikan baru iaitu arboratum (hutan warisan) seluas 3.5 ekar yang mengandungi ciri-ciri sejarah, balak yang bernilai tinggi, flora dan fauna serta puluhan spesis tumbuhan herba yang boleh dieksploitasi sebagai bahan ubatan.

Di bawah Jawatankuasa Biro Agama dan Kebajikan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan yang membawa kepada perubahan cara hidup masyarakat yang lebih bertatasusila, bertanggungjawab dan yakin diri.

Medan Infodesa (MID) Kampung Alor Limbat telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan menjadi mercu tanda serta kebanggaan penduduk. JKKK dan masyarakat kampung tanpa mengira peringkat umur menjadi sasaran utama kursus-kursus dan latihan yang dilaksanakan oleh MID ini.

Maklumat JKKK Kampung Alor LimbatPengerusi JKKK : Tuan Haji Mat Saman bin AliAlamat surat menyurat : D-583, Kampung Alor Limbat 21400 Marang TerengganuLaman web/blog : kg-alorlimbat.blogspot.comE-mail : [email protected]. telefon : 09 - 6193 348No. faks : 09 - 6193 348

Page 63: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

61

Page 64: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLIS

62

Page 65: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Menurut cerita orang-orang tua, nama Kampung Chicha Tinggi di ambil daripada sebatang pokok chicha yang dijadikan tempat berteduh oleh para pesawah. Kampung ini mula diteroka sekitar tahun 1980 an. Pokok chicha mengeluarkan bunga yang dijadikan ramuan untuk membuat kuih dan dinamakan kuih bunga chicha. Kampung ini mempunyai keluasan 870 ekar dengan jumlah penduduk seramai 1,897 orang.

Kampung Chicha Tinggi mempunyai 12 pertubuhan yang menjadi penggerak setiap aktiviti yang dilaksanakan. Antaranya ialah Jawatankuasa Unit Peladang Kawasan Chicha Tinggi, Jawatankuasa Pekebun Kecil Wanita dan Jawatankuasa RELA serta RELAWATI. Penduduk kampung juga aktif dalam bidang kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan pasukan silat, tomoi, dikir barat dan pembuatan kraftangan.

Para pelajar di kampung ini berpeluang mengikuti kelas pengajian agama, kelas muqaddam, kelas tuisyen dan motivasi serta kelas komputer. Kanak-kanak seawal umur empat hingga enam tahun berpeluang mendapat pendidikan awal di kelas tabika KEMAS Chicha Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Chicha Tinggi. Kebanyakan pelajar mendapat pendidikan menengah di sekolah

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISKAMPUNG CHICHA TINGGI, PASIR MAS, KELANTAN

“Perpaduan Asas Kejayaan”

5 173

29 31

312

Taska

Pra-sekolah/Tadika

Sekolah Pondok/

AgamaSekolah Rendah

Sekolah Menengah

Institusi Kemahiran

Universiti/Kolej

Tahap Pendidikan Penduduk Kampung Sungai Lang Tengah

Pekerjaan Penduduk Kampung Chicha Tinggi

Jumlah gunatenaga= 1,177 orang

28

23 11

82

Kerajaan Swasta Petani Peniaga Kontraktor Surirumah

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

Jumlah pelajar= 1,839 orang

28

Page 66: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

64

sekitar Pasir Mas. Terdapat sebuah perpustakaan mini yang ditubuhkan pada tahun 1988 yang menjadi tempat belajar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat. Kaum wanita juga tidak ketinggalan mendapat peluang pendidikan tidak formal seperti kelas-kelas memasak dan jahitan anjuran KEMAS dan bengkel pembuatan rempah ratus anjuran RISDA. Ramai anak jati Kampung Chicha Tinggi telah berjaya dalam kerjaya masing-masing dengan menjawat jawatan tinggi di jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan menjadi usahawan berjaya. Hasil usaha 64 orang penduduk kampung dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Kangkong, Jabatan Pertanian dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah berjaya memulihkan tanah terbiar dengan penanaman padi secara berkelompok dengan pendapatan RM800,000.00 semusim. Selain itu, penduduk kampung juga mengusahakan tanaman getah, ternakan ikan keli secara berkelompok dan haiwan ternakan lain serta industri kecil dan sederhana (IKS).

Bagi memastikan persekitaran kampung sentiasa bersih, pelbagai aktiviti dilakukan secara gotong-royong membersihkan kawasan jalan utama, masjid, sekolah dan tadika secara berkala pada setiap hari Jumaat. Agensi-agensi kerajaan juga sentiasa memberi kerjasama dalam aktiviti gotong-royong ini seperti RELA, Majlis Daerah, KADA, JPS dan Jabatan Penerangan Malaysia. Persekitaran kampung yang sentiasa bersih menyebabkan tiada penularan penyakit berjangkit yang berlaku. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia Daerah Pasir Mas kerap melakukan pemeriksaan kesihatan penduduk di kampung ini bagi memastikan penduduk sentiasa sihat. Bagi memastikan keceriaan persekitaran kampung, penduduk menggunakan bahan berasaskan buluh sebagai bahan utama untuk membuat pagar, pintu gerbang dan mercu tanda kampung.

Aktiviti kerohanian dan sivik diadakan setiap masa di GDW Chicha Tinggi. Ianya bukan sahaja tertumpu di masjid, malah aktiviti ini juga dilaksanakan di rumah-rumah penduduk kampung seperti pembelajaran agama, Al-Quran, tahlil, bacaan Yassin dan sebagainya. Penduduk kampung juga telah sepakat menubuhkan Pakatan Amal Jariah Chicha Tinggi pada tahun 2001 dengan jumlah ahli seramai 3,500 orang. Program ini dapat meringankan beban keluarga yang ditimpa bencana alam dan kematian.

Sebuah pusat cyber telah dibuka di GDW Chicha Tinggi atas usaha persendirian Pengerusi Biro Teknologi Maklumat kampung ini. Pada satu-satu masa, pusat cyber ini dapat memuatkan pelajar seramai 17 orang dan berfungsi sebagai pusat kursus kemahiran penggunaan komputer.

Dari segi pencapaian, Kampung Chicha Tinggi berjaya menang sebagai Johan dalam Sukan Komuniti dan Anugerah Peladang Jaya Wanita pada tahun 2008. Tiga anugerah telah berjaya diperolehi pada tahun 2009 iaitu Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Jajahan Pasir Mas dan negeri Kelantan serta Johan Peladang Muda Jaya (Wanita) kepada Puan Siti Norzamiwa binti Abdullah.

Maklumat JKKK Kampung Chica TinggiPengerusi JKKKP : Encik Rosdi bin RamliAlamat surat menyurat : d/a Kedai Kopi Rosdi Ramli Kampung Chicha Tinggi 17000 Pasir Mas KelantanLaman web/blog : kgchichatinggi.blogspot.comE-mail : [email protected]. telefon : 019 - 9453 894No. faks : -

Page 67: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

65

Page 68: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

66

Page 69: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Kampung Usaha Jaya adalah kampung Gerakan Daya Wawasan (GDW) yang terletak di pertengahan perjalanan ke Pekan Bukit Garam dan Pekan Kota Kinabatangan, kira-kira 82 km dari bandar Sandakan. Kampung ini berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N47 Kuamut dan Parlimen 187 Kinabatangan. Pada awal 1950 an, kampung ini adalah kawasan pembalakan di hilir Kinabatangan. Jalan-jalan pembalakan pada masa itu telah menjadi asas kepada jalan raya yang ada pada hari ini.

Pada tahun 1976, Pejabat Daerah Kinabatangan telah menyusun semula penempatan yang melibatkan pembangunan lot-lot tanah kerajaan kepada penduduk di sepanjang jalan sejauh 12.88 km. Setahun kemudian, pihak Jawatankuasa Penempatan telah menetapkan cadangan untuk membahagikan kawasan tersebut kepada beberapa buah kampung. Dengan itu wujudlah Kampung Usaha Jaya yang merangkumi 90 lot tanah.

Kampung ini mempunyai keluasan 1,971.12 ekar dengan jumlah penduduk seramai 976 orang. Ianya terbahagi kepada lima blok iaitu Seri Meranti, Seri Pandan, Seri Kemuning, Seri Mengaris dan Seri Jelutung. Tiga buah kampung rangkaiannya pula ialah Kampung Kasih Sayang, Kampung Sri Manis dan Kampung Berjaya.

FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISKAMPUNG USAHA JAYA, KINABATANGAN, SABAH

“Sehaluan, Produktif, Mapan”

70

26

2 2

Tanaman Perumahan Tanah terbiar Ternakan

Kegunaan Tanah Kampung Usaha Jaya

Keluasan kampung= 1,971.12 ekar

60

18 11 11

Sendiri Kerajaan Swasta Tiada pekerjaan

Pekerjaan Penduduk Felda Mata Air

Jumlah gunatenaga= 578 orang

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

100

80

60

40

20

0

Peratus (%)

Page 70: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Sektor pertanian dengan tanaman kelapa sawit adalah kegiatan ekonomi utama penduduk. Sepanjang tahun 2008, hasil jualan buah kelapa sawit ialah sebanyak RM10.38 juta manakala sehingga Jun 2009, sebanyak 11,178.50 tan metrik bernilai RM5.03 juta berjaya diperolehi.

Pertubuhan-pertubuhan di kampung ini juga bergiat aktif dalam usaha mereka sama-sama berganding bahu meningkatkan pembangunan kampung. Antaranya ialah Jawatankuasa Kebajikan dan Hal-Ehwal Wanita, Kelab Sukan dan Rekreasi, Kumpulan Anak Bisay dan Organisasi Kompang Belia Usaha Jaya.

Kampung ini juga berpotensi dalam bidang pelancongan desa yang mendapat pembiayaan awal oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada tahun 2004. Beberapa buah rumah menyediakan bilik penginapan berhawa dingin dan selesa di samping menawarkan berbagai pakej seperti persem-bahan muzik dan tarian kebudayaan suku kaum Sungai, kemudahan sukan dan rekreasi serta budaya kaum Sungai.

Penduduk kampung ini sentiasa mengamalkan gotong-royong bagi memastikan hubungan silaturrahim dan perpaduan semua kaum sentiasa terjalin tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Satu keistimewaan budaya majlis korban GDW Kampung Usaha Jaya ialah bergotong-royong menyembelih lembu, kambing dan kerbau kemudian di masak dan di makan bersama seluruh penduduk Kampung Usaha jaya.

Maklumat JKKK Kampung Usaha JayaPengerusi JKKK : Encik Alisa bin IsmailAlamat surat menyurat : Kampung Usaha Jaya W.D.T. No. 163 90200 Kota Kinabatangan SabahLaman web/blog : kampungusahajaya.blogspot.comE-mail : [email protected] / [email protected]. telefon : 019 - 5359 862No. faks : -

68

Page 71: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

69

Page 72: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

70

Page 73: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

Penduduk Uma Belor, Leo Dian berasal daripada Apo Kayan, Kalimantan, Lung Belun, kemudian berpindah pula ke Long Selui Hulu Balui, Belaga dengan mendirikan sebuah rumah panjang sebanyak 13 pintu. Mereka kemudiannya berpindah dan mendirikan rumah panjang sebanyak 31 buah pintu di Long Purah Sah A Belaga. Penempatan semula dibuka atas nama Uma Belor, Sungai Asap, Belaga dengan jumlah bilik sebanyak 101 pintu.

Uma Belor, Leo Dian berkeluasan 120 hektar dengan populasi penduduk seramai 781 orang. JKKK Uma Belor mempunyai kaedah tersendiri dalam sistem kepimpinan mereka. Setiap individu hendaklah saling hormat menghormati berlandaskan budaya kaum Kayan di mana pemimpin induk bersama penduduk sebagai lambang kerjasama dan bersatu-padu. JKKK adalah perancang utama setiap aktiviti, program pembangunan dan memantau pelaksanaan sesuatu perancangan pembangunan. Namun, kepimpinan JKKK sentiasa bersikap terbuka di mana pendapat semua pihak di ambil kira dalam setiap keputusan penting.

Penduduk Uma Belur, Leo Dian kini mengusahakan pelbagai projek untuk menambah pendapatan penduduk kampung. Antara projek yang sedang dijalankan ialah seperti tanaman lada hitam dan projek kolam ikan. Potensi ekonomi terbaru kampung ini ialah bidang pelancongan. Tempat tinggal homestay memberi kemudahan kepada para pelancong yang berkunjung untuk menginap di Uma Belur, Leo Dian.

Lagu “Leken Leo Dian” adalah lagu patriotik penduduk Uma Belor yang dinyanyikan setiap kali terdapatnya upacara rasmi di rumah panjang.

JKKK Uma Belur mempunyai visi untuk melahirkan pemimpin yang berintegriti, berpendidikan, mempunyai infrastruktur yang lengkap, menjadi pusat pelancongan, menjadi petani moden dan kampung contoh kepada kampung-kampung lain. Pada tahun 2011, mereka merancang untuk melaksanakan projek menternak ikan dalam kolam secara komersil, projek menanam sayur secara bersepadu dan menyelenggara tasik rekreasi untuk dijadikan tarikan pelancong.

Kampung ini mempunyai potensi khususnya dalam bidang pertanian, penternakan, kraftangan, kebudayaan dan sukan. Terdapat beberapa anak muda di kampung ini yang bergiat cergas dalam sukan ragbi, taekwando, tennis dan berbasikal sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Maklumat JKKK Uma Belor, Leo DianPengerusi JKKK : Maren Uma Ding AjangAlamat surat menyurat : Uma Belor, Leo Dian, Sungai Asap 96900 Belaga SarawakLaman web/blog : umabelunleodian.shutterfly.comE-mail : [email protected]. telefon : 08 - 2311 157 / 019 - 8583 351 / 019 - 8583 351 ( Mr. Thomas )No. faks : 08 - 2342 731FELDA MATA AIR, PADANG BESAR, PERLISUMA BELOR, LEO DIAN, SUNGAI ASAP, BELAGA, SARAWAK

“Peji, Pejoh, Maju”

Page 74: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

72

Page 75: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar
Page 76: BukuAturcaraPelanIndukProgramLuarBandar

G R A F I K D A N R E K A B E N T U KI N S T I T U T K E M A J U A N D E S A ( I N F R A )