buku msk dis 2018 program msk dis2018.pdf · visi misi dan moto pbs ... penglibatan pelajar dalam...

51

Upload: vonhan

Post on 30-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains
Page 2: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

PENDAHULUAN

Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia ini disediakan kepada semua pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pengajian di Politeknik.

Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku panduan ini termasuklah apa-apa panduan dan peraturan yang buat dari semasa ke semasa serta apa-apa kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh Politeknik atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pengajian di Politeknik Banting Selangor.

Page 3: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN A: PENGENALAN .................................................................................................................. 1

SELAYANG PANDANG .......................................................................................................................... 2

ALUAN PENGARAH .............................................................................................................................. 3

CARTA ORGANISASI PBS ..................................................................................................................... 4

VISI MISI DAN MOTO PBS ................................................................................................................... 4

i–GSA ................................................................................................................................................... 4

JABATAN AKADEMIK DAN SOKONGAN DI PBS ................................................................................... 5

BAHAGIAN B : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP) .......................................................................... 6

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (INDUK) .......................................................................................... 7

UNIT SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN (USKK) ................................................................ 10

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR (UPPEL) .......................................................................................... 11

UNIT KEUSAHAWANAN .................................................................................................................... 12

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) ............................................................................................... 13

BAHAGIAN C: PANDUAN DAN PERATURAN AM ................................................................................. 15

1. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR LAMA (SENIOR) .................................................................... 16

2. BANTUAN KEWANGAN ................................................................................................................. 17

3. KAD PELAJAR ................................................................................................................................. 17

4. RUPA DIRI ...................................................................................................................................... 18

5. MENGHADIRI KULIAH/BENGKEL ................................................................................................... 19

6. KEBERSIHAN DAN KEMUDAHAN ................................................................................................... 20

7. HARTA BENDA ............................................................................................................................... 21

8. PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21

9. BAHAN-BAHAN LUCAH, DADAH, RACUN, MABUK DAN BERJUDI ................................................. 21

10. GANGGUAN KETENTERAMAN ..................................................................................................... 22

11. PENCERAMAH LUAR .................................................................................................................... 22

12. KESALAHAN – KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN ATAU

PEMBUANGAN PELAJAR DARI POLITEKNIK ....................................................................................... 22

13. LARANGAN MEROKOK ................................................................................................................ 24

14. HAL-HAL LAIN .............................................................................................................................. 24

15. PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN ................................................................................................... 24

16. PERATURAN PELAJAR LUAR KOLEJ KEDIAMAN .......................................................................... 32

17. PERATURAN PERPUSTAKAAN ..................................................................................................... 33

18. PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN LALULINTAS .................................... 35

19. PELANGGARAN PERATURAN ....................................................................................................... 36

Page 4: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

1

BAHAGIAN D: MINGGU SUAI KENAL (MSK) ........................................................................................ 37

PENGENALAN MINGGU SUAI KENAL ................................................................................................ 38

JADUAL PROGRAM MSK DISEMBER 2018 ......................................................................................... 39

JAWATANKUASA MSK SESI DISEMBER 2018 ..................................................................................... 40

BARISAN AHLI JAWATANKUASA MSK SESI DISEMBER 2018(PELAJAR) ............................................. 42

BAHAGIAN E: LAIN-LAIN .................................................................................................................. 43

DIREKTORI PEGAWAI HEP ................................................................................................................. 44

LAGU POLITEKNIK ............................................................................................................................. 45

LAGU NEGARAKU .............................................................................................................................. 45

Page 5: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

BAHAGIAN A:

PENGENALAN

Page 6: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

2

SELAYANG PANDANG

POLITEKNIK BANTING SELANGOR

Politeknik Banting Selangor (PBS) mula beroperasi pada Februari 2007 dengan kekuatan anggota seramai lima orang kakitangan di premis Kolej Komuniti Kuala Langat dengan penawaran program Diploma Kejuruteraan Elektrik. Pada tahun 2008, PBS dipindahkan ke kampus sementara yang terletak di Bandar Sungai Emas dan pengambilan pelajar kohort pertama pada sesi Januari 2008. Pembinaan kampus tetap PBS bermula pada 18 Januari 2010.

Pelajar PBS telah menjalani majlis konvokesyen yang pertama pada 30 September 2011 iaitu seramai 58 Graduat Diploma Kejuruteraan Elektrik (DKE) manakala konvokesyen yang kedua pada 20 September 2012 seramai 60 graduat DKE.

PBS telah menerima kunci kampus tetapnya di atas tanah berkeluasan 100 ekar di Persiaran Ilmu, Jalan Sultan Abdul Samad, Banting Selangor pada 6 September 2012 dan kemasukan kohort pertama program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) seramai 31 orang dan pelaksanaan program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (DAM) seramai 19 orang pada 10 Disember 2012. Perpindahan program DAM dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ke PBS adalah pada Januari 2013 seramai 113 orang.

Pada 28 April 2014, PBS telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia bersempena sekali majlis penyerahan pesawat MAS dan Pemeteraian Memorandum Persefahaman dan seminar ‘On Aviation Science and Technology’.

PBS mempunyai moto ‘Employability, Our Priority’ yang merujuk kepada kebolehdapatan kerja seseorang graduat. Keunikan program-program yang ditawarkan di Politeknik Banting Selangor ialah proses pengajaran dan pembelajaran mementingkan unsur teknikal dalam pembelajaran. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kejuruteraan, memberi peluang latihan secara praktikal melalui latihan industri dengan syarikat-syarikat terkemuka yang berpengalaman, di samping pelajar yang menamatkan program ini mampu untuk menjadi seorang graduan yang berkemahiran dan memenuhi kehendak pasaran.

Page 7: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

3

KATA-KATA ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat untuk menyambung pengajian di Politeknik Banting Selangor (PBS). Kami berharap agar semua pelajar akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi kecemerlangan dalam kursus masing-masing bertetapan dengan misi politeknik menghasilkan tenaga kerja separa professional berkualiti bagi menampung keperluan negara di sektor awam mahupun swasta di Malaysia.

Tahniah sekali lagi kerana terpilih daripada puluhan ribu pemohon yang lain untuk memasuki politeknik. Kesyukuran dan keazaman perlulah berterusan jika semua pelajar inginkan kejayaan yang pasti menjaminkan kesejahteraan masa depan. Harapan ayah bonda, keluarga dan juga harapan kami di PBS adalah untuk melihat setiap pelajar memperolehi pengetahuan serta kemahiran dan keputusan cemerlang di akhir pengajian sebagai tanda kejayaan.

Saya amat berharap agar para pelajar baharu dapat menggunakan Buku Panduan Pelajar Baharu ini sebagai panduan semasa menjalani kehidupan sebagai pelajar di PBS. Ini bagi memastikan setiap pelajar perlu mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Politenik.

Untuk pengetahuan bakal pelajar sekalian, selain daripada telah mendapat pengiktirafan dari

pihak MQA, PBS juga telah pun dianugerahkan oleh SIRIM dengan Sijil Sistem Pengurusan

Kualiti MS ISO 9001: 2015 yang merupakan sistem ISO terkini dan ini adalah seiring dengan

penjenamaan semula POLITEKNIK menjadikan pendidikan yang ditawarkan di politeknik

sebagai pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, berusahalah menggapai kecemerlangan bersama

Politeknik.

Akhir kata, saya dan seluruh warga PBS mengalu-alukan kehadiran para pelajar baharu dan

mengharapkan agar setiap pelajar menggunakan peluang yang ada bagi mengukir kejayaan

sebagai seorang insan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DR. HJH. NORHAYATI BINTI ZAKARIA Pengarah Politeknik Banting Selangor

Page 8: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

4

CARTA ORGANISASI PBS

Page 9: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

4

VISI

Menjadi institusi latihan teknikal bereputasi tinggi menjelang 2020

MISI

Untuk melahirkan modal insan yang holistik bagi memastikan kebolehpasaran graduat yang tinggi

MOTO

EMPLOYABILITY OUR PRIORITY

i–GSA

Generic Student Attributes atau GSA haruslah dimiliki oleh setiap pelajar yang menuntut

ilmu di politeknik. Terdapat tujuh item yang harus dimiliki oleh pelajar sebelum

melangkah ke arah pekerjaan. Antaranya ialah :

GSA 1 Kemahiran Komunikasi

GSA 2 Kemahiran Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

GSA 3 Pembelajaran Berterusan & Pengurusan Maklumat

GSA 4 Kemahiran Keusahawanan

GSA 5 Moral Dan Etika Profesional

GSA 6 Kemahiran Kepimpinan

GSA 7 Kemahiran Kerja Berpasukan

Di PBS satu sistem telah dibangunkan untuk memberi penilaian pencapaian GSA setiap

pelajar iaitu sistem i-GSA yang mana setiap pelajar dikehendaki mencapai skor min 3

untuk setiap item di atas. Setiap pelajar PBS yang menamatkan pengajian akan

mendapat Diploma dan juga Sijil GSA untuk membantu dari segi kebolehpasaran pelajar.

VISI MISI DAN MOTO PBS

Page 10: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

5

JABATAN AKADEMIK DAN SOKONGAN DI PBS

PBS menawarkan pelbagai program pengajian sepenuh masa mengikut jabatan

akademik masing-masing. Berikut adalah jabatan akademik yang terdapat di PBS

berserta program pengajian yang ditawarkan. PBS mempunyai dua jabatan akademik

iaitu (i) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), (ii) Jabatan Kejuruteraan

Penyenggaraan Pesawat(JPP) dan dua jabatan sokongan iaitu Jabatan Pengajian AM

(JPA) dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK).

NAMA JABATAN HURAIAN

JABATAN KEJURUTERAAN

MEKANIKAL (JKM)

Jabatan ini menawarkan pengajian dalam program

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) dan Diploma

Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (DTP) yang direka

bentuk untuk menghasilkan graduan yang

berketrampilan dan berpengetahuan tinggi untuk bekerja

sebagai Penolong Jurutera (Kejuruteraan Mekanikal) di

semua sektor ekonomi (NKEA).

JABATAN KEJURUTERAAN

PENYENGGARAAN PESAWAT (JPP)

Hanya satu program diploma sahaja yang ditawarkan di

jabatan ini iaitu Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan

Pesawat (DAM). Diploma dalam bidang Kejuruteraan

Penyenggaraan Pesawat yang ditawarkan di PBS

menyediakan pembelajaran yang mendalam mengenai

enjin pesawat moden, kerangka pesawat, peralatan

mekanikal, komponen dan sistem avionik.

JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN

KOMPUTER (JMSK)

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer merupakan

jabatan sokongan akademik yang menawarkan kursus

Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan dan Aplikasi

Komputer kepada pelajar-pelajar di Jabatan

Penyenggaraan Pesawat dan Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal di Politeknik Banting Selangor. Terdapat 3 unit

di dalam jabatan ini iaitu Unit Matematik, Unit Sains dan

Unit Komputer.

JABATAN PENGAJIAN AM

(JPA)

Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah salah sebuah jabatan

sokongan yang terdiri daripada dua unit iaitu Unit Bahasa

Inggeris dan Unit Pendidikan Islam & Moral. JPA

bertanggungjwab mengendalikan kursus-kursus wajib

seperti Bahasa Inggeris Komunikasi, Pengajian Malaysia,

Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam, Nilai

Masyarakat Malaysia serta Komunikasi dan Penyiaran

dalam Islam. JPA juga berperanan untuk membantu

jabatan induk dalam perlaksanaan kurikulum dan

pentadbiran secara keseluruhannya.

Page 11: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

6

BAHAGIAN B : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP)

Page 12: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

7

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (INDUK)

BAHAGIAN PENGAMBILAN & DATA

Antara perkhidmatan yang diberi adalah seperti berikut:

Pendaftaran pelajar baharu dan pelajar senior . Permohonan Pertukaran Program di PBS dan Politeknik Malaysia. Permohonan Pertukaran Politeknik Malaysia. Permohonan Berhenti Pengajian. Mengeluarkan statistik pelajar. Mengadakan promosi Politeknik Malaysia. Kami menjaminkan layanan yang mesra dan bersedia membantu semasa anda

berurusan dengan kami.

BAHAGIAN KEBAJIKAN DAN DISIPLIN

Antara perkhidmatan yang diberi adalah seperti berikut :

Membantu pelajar yang berdaftar mendapatkan penaja mengikut peringkat program yang ditawarkan.

Memastikan semua pelajar dilindungi insurans mulai hari pertama pendaftaran dan di sepanjang tempoh pengajian.

Membantu pelajar atau waris pelajar menyediakan dokumen tuntutan insurans untuk diserahkan kepada pihak insurans.

Memaklumkan kematian dan kemalangan pelajar kepada waris dan pihak tertentu dalam tempoh 24 jam dari masa kejadian atau terima laporan.

Menentukan kes disiplin pelajar dikendalikan secara pentadbiran atau perundangan atau pihak berkuasa (polis, jabatan agama islam dan mahkamah) dalam tempoh 2 hari setelah menerima pengaduan salah laku pelajar tersebut.

1. Pengurusan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran

Unit ini bertanggungjawab:

Membantu pelajar yang berdaftar mendapatkan penaja sama ada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman dengan memaklumkan segala maklumat terkini mengenai bantuan pelajaran kepada pelajar.

Memastikan pelajar menerima bantuan kewangan dengan teratur sepanjang pengajian dengan menghantar pengesahan status pelajar kepada penaja terbabit selepas keputusan peperiksaan diumumkan pada setiap semester.

Memastikan pelajar hanya memilih satu penaja sahaja. Menyediakan dan menguruskan temuduga/taklimat pinjaman bagi mana-mana

penaja.

Page 13: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

8

Penaja utama untuk pinjaman pendidikan adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Biasiswa utama yang ditawarkan pula ialah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Selain itu, penajaan pinjaman turut ditawarkan di peringkat negeri iaitu Yayasan Pelajaran Negeri seperti Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Pelajaran Selangor, Yayasan Pelajaran Pahang dan Yayasan Sabah dan Sarawak yang mana setiap negeri di Malaysia mempunyai dana kewangan tersendiri yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk diberikan sebagai pinjaman kepada setiap anak negeri yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Setiap anak negeri berhak untuk melakukan permohonan mendapatkan pinjaman pelajaran di negeri kelahiran masing-masing. Pinjaman yang diberikan juga boleh ditukarkan ke bentuk biasiswa sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Badan berkanun dan agensi swasta lain yang turut menawarkan bantuan kewangan pendidikan ialah seperti Lembaga Zakat Negeri, Felda, PERKESO, KWSP, MARA, Bank Koperasi, Koperasi, TNB, Yayasan KUOK dan lain-lain.

2. Pengurusan Insurans

Semua pelajar Politeknik Banting Selangor dilindungi oleh Insuran Kemalangan Diri Berkelompok oleh Etiqa Takaful Berhad.

Sekiranya pelajar mengalami kemalangan, sila berhubung dengan Pegawai Kebajikan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau Penyelaras HEP Jabatan secepat mungkin untuk tujuan tuntutan insurans. Pihak Etiqa Takaful perlu dimaklumkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh berlakunya kemalangan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengurusan insurans, pelajar boleh terus ke pejabat Hal Ehwal Pelajar Politeknik Banting Selangor.

3. Pengurusan Disiplin Pelajar

Semua pelajar PBS adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh pihak PBS dari semasa ke semasa. Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerangkan secara terperinci peraturan-peraturan dalaman yang diguna pakai di PBS diedarkan kepada semua pelajar-pelajar baharu. Pelajar yang melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan selaras dengan Jadual V, Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).

3.1 Notis Kesalahan Disiplin Pelajar

Mulai sesi Dis 2016, penggunaan Notis Kesalahan Disiplin Pelajar dikuatkuasakan di PBS. Berikut adalah carta proses sekiranya pelajar mendapat Notis Kesalahan Disiplin Pelajar.

Page 14: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

9

Page 15: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

10

3.2 Pendaftaran Kenderaan Pelajar

Pelajar yang ingin menggunakan kenderaan di dalam kampus perlu mendaftarkan kenderaan tersebut melalui laman sesawang http://www.spmp.polibanting.edu.my. Pelajar perlu mencetak borang dan membawa dokumen-dokumen berikut ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar:

Satu salinan Kad Pengenalan pelajar Satu salinan Lesen Memandu yang sah Satu salinan Cukai Jalan (untuk motosikal) dan keratan cukai jalan yang dikeluarkan

oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (untuk kereta) Pelekat khas mengikut tahun pengajian akan dikeluarkan kepada kenderaan yang

berdaftar. Pelekat yang dikeluarkan mestilah ditampal di bahagian atas sebelah kanan motosikal atau di sebelah kiri bawah cermin hadapan kereta untuk menyenangkan tugas-tugas pengawasan oleh pihak keselamatan.

UNIT SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN (USKK)

PENGENALAN

Fungsi utama Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan adalah menyelaras dan mengendalikan semua aktiviti bukan akademik. Penglibatan para pelajar dalam aktiviti sukan, kokurikukulum dapat mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam kegiatan yang diceburi untuk mendukung Dasar Sukan Negara (1988). Untuk mencapai matlamat ini, ia memerlukan inovatif dan kreativiti serta rasa komited tenaga pengajar dan pelajar. Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (USKK) diwujudkan sebagai platform kepada segala aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan di Politeknik Banting Selangor (PBS).

Aktiviti yang dianjurkan oleh USKK meliputi segala kegiatan di luar bilik kuliah seperti sukan, badan beruniform, kelab dan persatuan. Segala aktiviti yang dirancang bertujuan untuk para pelajar mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping membentuk pelajar yang berketerampilan dan mempunyai semangat, jatidiri, dan berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran dan menjadikan satu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang sepanjang pengajian di Politeknik.

PERALATAN & KEMUDAHAN

Bagi merealisasikan aspirasi serta objektifnya, USKK menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan bagi pelajar dan juga kakitangan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Antara peralatan dan kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

BAHAGIAN KEMUDAHAN

SUKAN Gelanggang Futsal

Padang Bola

Gelanggang Sepak Takraw

Meja Ping pong

Gymnasium

KOKURIKULUM Bilik Operasi RELASIS, PISPA, ASKAR WATANIAH Peralatan perkhemahan (kompas, khemah, set BBQ )

KEBUDAYAAN Set Jamming

Studio

Page 16: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

11

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR (UPPEL)

UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI

Unit Pengurusan Psikologi adalah di antara unit sokongan yang terdapat di Politeknik Banting Selangor (PBS).

Ia terletak di bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan bersebelahan dengan Unit Sukan, Ko-kurikulum dan Kebudayaan.

Unit ini dikendalikan oleh seorang Pegawai Psikologi yang bertugas sepenuh masa untuk memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Di antara perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah:

Perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok Perkhidmatan pengembangan

Perkhidmatan pencegahan Perkhidmatan pemulihan i-GSA

Generic Student Attributes atau GSA haruslah dimiliki oleh setiap pelajar yang menuntut

ilmu di politeknik. Terdapat tujuh item yang harus dimiliki oleh pelajar sebelum melangkah

ke alam pekerjaan iaitu :

GSA 1 Kemahiran Komunikasi

GSA 2 Kemahiran Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

GSA 3 Pembelajaran Berterusan & Pengurusan Maklumat

GSA 4 Kemahiran Keusahawanan

GSA 5 Moral Dan Etika Profesional

GSA 6 Kemahiran Kepimpinan

GSA 7 Kemahiran Kerja Berpasukan

Satu sistem telah dibangunkan di PBS untuk memberi penilaian pencapaian GSA setiap

pelajar yang dikenali sebagai “i-GSA”. Setiap pelajar dikehendaki mencapai sekurang-

kurangnya skor min 3 untuk setiap item di atas untuk diangurahkan dengan sijil GSA untuk

membantu dari segi kebolehpasaran pelajar.

SUKARELAWAN CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)

Unit ini ditubuhkan untuk memastikan 20% pelajar PBS menjadi sukarelawan aktif dibawah tujuh kluster YES Politeknik seperti berikut: Kluster 1 Pembangunan pendidikan Kluster 2 Pembangunan keusahawanan Kluster 3 Pemindahan teknologi & perkongsian ilmu Kluster 4 Pembangunan kesihatan Kluster 5 Operasi khidmat masyarakat (OPKIM) Kluster 6 Pembangunan kelestarian alam Kluster 7 Pembangunan kerohanian

Page 17: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

12

SEKRETARIAT RUKUN NEGARA

Sekretariat Rukun Negara menjadi satu platform dalam menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Sekretariat ini juga berusaha meningkatkan kesedaran pelajar untuk mempraktikkan prinsip-prinsip rukun Negara, melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri, setia, bersatupadu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.

UNIT KEUSAHAWANAN

Unit Keusahawanan adalah di antara unit sokongan yang terdapat di Politeknik Banting Selangor (PBS). Ia terletak di bangunan antara dewan kuliah utama dan pejabat bangunan akademik. Unit ini dikendalikan oleh seorang Pegawai Keusahawanan yang bertugas separuh masa disamping bertugas selaku pensyarah untuk memberikan latihan dan mengawal selia Kelab Usahawan. Bagi merealisasikan program pembangunan keusahawanan di peringkat politeknik, Unit Keusahawanan Politeknik Banting Selangor (UKPBS) telah ditubuhkan secara berasingan pada tahun 2013 seiring dalam usaha untuk mendokong Dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan menggalak dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di peringkat politeknik ke arah pencapaian status negara maju menjelang 2020.

OBJEKTIF

Menjadi unit yang merancang, mengurus dan melaksanakan program keusahawanan politeknik bagi melahirkan usahawan yang holistik.

Membudaya dan memperkasakan bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui program keusahawanan dan perniagaaan.

Mewujud dan memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan industri, institusi pengajian tinggi, alumni, agensi kerajaan dan swasta melalui pendekatan perkongsian bestari (smart partnership).

MISI

Unit Keusahawanan beriltizam melahirkan graduat politeknik yang mempunyai kompetensi dalam keusahawanan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara.

VISI

Sebagai pusat kecemerlangan bagi melahirkan usahawan yang kreatif dan inovatif.

DASAR KUALITI

Unit Keusahawanan PBS membangunkan sahsiah dan potensi pelajar dalam bidang keusahawanan melalui komponen kesedaran, pembudayaan dan pengukuhan bagi memenuhi kehendak industri dan negara.

Page 18: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

13

FUNGSI UTAMA

Unit Keusahawanan PBS diwujudkan untuk menjadi: Pusat pengoperasian untuk menerajui pelaksanaan program keusahawanan peringkat politeknik. Pusat rujukan untuk membantu jabatan akademik di PBS dalam melaksanakan peranan selaras dengan strategi dan pelan tindakan.

AKTIVITI

Merancang, mengurus dan melaksanakan program pembudayaan keusahawanan dalaman.

Mengurus dan menyelaraskan penyertaan program keusahawanan jemputan pihak luar.

Mewujud dan memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan industri, institusi pengajian tinggi, alumni, agensi kerajaan dan swasta melalui pendekatan perkongsian bestari (smart partnership).

Merancang, mengurus dan melaksanakan program pengukuhan aktiviti keusahawanan pelajar melalui kiosk dan inkubator.

Mengumpul, merekod dan mengemaskini data graduan/alumni yang menjadi usahawan/menjalankan perniagaaan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

Objektif penubuhan MPP adalah :

Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.

Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar. Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang

dirancang. Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada

pihak pengurusan.

Ahli MPP :

Terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di PBS KECUALI:

1. Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di PBS. 2. Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 3.00. 3. Pelajar yang pernah mengulang semester. 4. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib. 5. Pengecualian di atas adalah terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif / Pengarah PBS

kecuali perkara 1 dan 2.

Page 19: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

14

Page 20: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

15

BAHAGIAN C: PANDUAN DAN PERATURAN AM

Page 21: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

16

PANDUAN DAN PERATURAN AM

1. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR LAMA (SENIOR)

“Pendaftaran” di sini membawa maksud melapor diri untuk mengikuti pengajian seterusnya di politeknik. Pelajar dikehendaki melapor diri seperti mana yang diarahkan. Kegagalan pelajar mengikuti arahan tersebut adalah merupakan satu kesalahan tatatertib.

1.1 Maklumat Am

1.1.1 Syarat pendaftaran pelajar lama memenuhi satu daripada syarat-syarat berikut :

a. Mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB), Kedudukan Bersyarat.(KS).atau Mengulang Semester (MS).

b. Tamat menjalani Latihan Industri. c. Mendapat kelulusan penangguhan pengajian bagi semester

sebelumnya atau pertukaran kursus.

1.1.2 Makluman Tarikh Pendaftaran

Makluman akan dibuat sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula dan surat panggilan pendaftaran akan dihantar kepada pelajar selepas

keputusan peperiksaan diumumkan.

1.2 Keperluan Pendaftaran

Semua pelajar baharu dan pelajar lama diwajibkan mendaftar secara atas talian (on line)

Pelajar baharu dikehendaki mendaftar mengikut buku panduan pendaftaran yang boleh didapati atau dimuat turun melalui lama sesawang http://www.polibanting.edu.my/

Pelajar lama dikehendaki membawa perkara-perkara berikut semasa mendaftar:

1.2.1 Satu daripada dokumen asal berikut: a. Slip keputusan peperiksaan;

b. Surat/Slip pengesahan tamat menjalani Latihan lndustri;

c. Surat kelulusan penangguhan pengajian; atau surat kelulusan pertukaran kursus

1.2.2 Kad Pelajar.

1.2.3 Slip bank untuk Yuran Pengajian.

1.2.4 Slip bank untuk Kolej kediaman (jika ditawarkan).

1.2.5 Slip bank untuk Yuran Pelbagai (seperti yang dinyatakan dalam surat

panggilan pendaftaran).

1.3 Pakaian Dan Rupadiri Semasa Mendaftar

Pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam diwajibkan

menutup aurat mengikut syarak. Pelajar Islam hendaklah tidak menjolok mata seperti

Page 22: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

17

pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan.

1.3.1 Berkasut serta berstokin.

1.3.2 Rambut mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras

atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.

1.3.3 Pelajar TIDAK dibenarkan memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans,

seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

PERINGATAN:

Pelajar yang tidak mematuhi peraturan pakaian rupadiri seperti yang dinyatakan tidak akan

didaftarkan.

2. BANTUAN KEWANGAN

2.1 Politeknik TIDAK menyediakan biasiswa atau sebarang bantuan kewangan. Walaubagaimanapun pelajar boleh memohon biasiswa/bantuan kewangan melalui politeknik atau memohon sendiri daripada mana-mana institusi penaja.

2.2 Pelajar bertanggungjawab menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

2.3 Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (jika layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum

mendaftar diri di politeknik.

2.4 Pelajar yang layak juga boleh memohon dari Tabung Kebajikan BekasPerajurit dan

Tabung Kebajikan Bekas Polis.

2.5 Pelajar digalakkan membawa beberapa salinan fotostat dokumen peribadi yang telah disahkan untuk urusan permohonan biasiswa/pinjaman termasuklah salinan fotostat kad

pengenalan dan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga.

3. KAD PELAJAR

3.1 Pelajar yang tidak memiliki/memakai kad pelajar pada setiap masa dalam kampus boleh dikenakan tindakan denda terus RM 30 mengikut kaedah Akta lnstitusi-lnstitusi Pelajaran

(Tatatertib) 1976.

3.2 Kad Pelajar mestilah sentiasa dipakai semasa berada di dalam kampus.

3.3 Kad Pelajar mestilah dipakai pada baju/jaket/blazer pada paras dada supaya sentiasa

boleh dilihat dengan jelas.

3.4 Kad Pelajar mestilah dipakai dengan mempamerkan bahagian gambarnya di hadapan.

3.5 Kad Pelajar TIDAK boleh diconteng, ditukar butiran/gambar atau diubahsuai.

3.6 Pelajar TIDAK dibenarkan memakai Kad Pelajar pelajar lain.

Page 23: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

18

3.7 Pelajar yang Kad Pelajarnya hilang/rosak/tamat tempoh perlu memohon yang baru kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar dengan bayaran kos gantian yang ditetapkan oleh

politeknik.

4. RUPA DIRI

Pelajar Islam diwajibkan berpakaian menutup aurat mengikut syarak. Semua pelajar DILARANG memakai seluar “Jeans” atau Slack yang menyerupai “jeans”. Pelajar yang tidak mengikut peraturan ini boleh dikenakan denda terus tidak lebih RM30.00 mengikut Kaedah baru

26A.

4.1 Rupa Diri Pelajar Lelaki

4.1.1 Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. b. Baju 'T' berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang

membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan

mana-mana parti politik. Baju 'T' tidak berkolar TIDAK dibenarkan. c. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).

d. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna. e. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap

bersampin, berkasut dan bersongkok hitam. f. Berseluar 'slack'.

g. Berkasut dan berstokin.

h. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan. i. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.

4.1.2 Rambut

a. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Rambut dibahagian belakang tidak melebihi paras kolar baju, rambut dibahagian tepi

tidak melebihi paras atas telinga dan rambut dibahagian hadapan

tidak melebihi paras dahi.

b. Rambut berfesyen seperti "afro", "punk", berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan.

4.2 Rupadiri Pelajar Perempuan

4.2.1 Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Semua Pelajar wanita Islam DIWAJIBKAN menutup aurat mengikut

syarak. b. Jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana

bahagian badan TIDAK dibenarkan. c. Pelajar bukan Muslim TIDAK dibenarkan memakai 'skirt' yang lebih

pendek dari paras lutut.

d. Baju 'T' berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-

mana parti politik. Baju 'T' tidak berkolar TIDAK dibenarkan. e. Berseluar potongan longgar.

f. Semua pelajar DIWAJIBKAN memakai kasut bertutup penuh

(bahagian jari hingga pergelangan kaki) Semasa ke kuliah dan majlis rasmi.

Page 24: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

19

4.2.2 Rambut

Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan.

4.2.3 Perhiasan

Memakai barang kemas yang berlebihan TIDAK digalakkan.

4.3 Pakaian Untuk Riadah

4.3.1 Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti dan

persekitaran.

5. MENGHADIRI KULIAH/BENGKEL

Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah/bengkel atau lain-lain pengajaran berhubung dengan kursus pengajiannya dan Pelajar juga MESTILAH memastikan:

5.1 Kehadiran tidak kurang 80%;

5.2 Berada dalam bilik kuliah/bengkel mengikut jadual yang ditetapkan;

5.3 Mendapat kebenaran bertulis Ketua Jabatan untuk tidak hadir

5.4 Memberi alasan bertulis yang munasabah untuk mendapat pelepasan atau

pengecualian ketidakhadirannya daripada pihak politeknik sekiranya perkara (5.3) di atas tidak diperolehi terlebih dahulu.

5.5 Pelajar tidak dibenarkan berada dikawasan kampus selepas jam 7.00 malam tanpa kebenaran

Page 25: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

20

POTONGAN RAMBUT YANG DIBENARKAN

6. KEBERSIHAN DAN KEMUDAHAN

6.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan kampus Politeknik. Pelajar boleh dikenakan denda terus RM30.00 jika melanggar peraturan ini mengikut

Akta lnstitusi-lnstitusi Pelajaran (Tatatertib)1976.

6.2 Segala kemudahan yang disediakan oleh politeknik hendaklah digunakan dengan penuh

tanggungjawab, cermat, selamat tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air dan bahan-bahan yang digunakan.

6.3 Pelajar hendaklah menjaga atau memelihara semua kemudahan yang terdapat di

politeknik supaya kepentingan pelajar lain juga terpelihara.

6.4 Pelajar dipertanggungjawab untuk menentukan/memastikan semua suis lampu kipas,

alat hawa dingin, computer, mesin di 'offkan' sebelum meninggalkan kelas/bengkel/makmal/dewan kuliah.

Page 26: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

21

7. HARTA BENDA

7.1 Perbuatan merosakkan harta benda politeknik seperti perabot, peralatan dalam bilik/makmal/bengkel, kenderaan rasmi politeknik atau menconteng dinding/notis

rasmi/pekeliling rasmi atau merosakkan tanaman di dalam kampus adalah menjadi suatu

kesalahan tatatertib.

8. PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN

DAN PARTI POLITIK

8.1 Pelajar TIDAK dibenarkan menjadi ahli mana-mana parti politik, kesatuan sekerja atau

mana-mana pertubuhan kecuali terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Menteri atau wakil kuasanya.

8.2 Pelajar TIDAK dibenar menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai

menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana pertubuhan,

badan atau kumpulan yang diharamkan.

8.3 Semua aktiviti pelajar yang hendak dijalankan di dalam dan di luar kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah.

8.4 Penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen atau risalah di dalam ataupun di luar kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah.

9. BAHAN-BAHAN LUCAH, DADAH, RACUN, MABUK DAN BERJUDI

9.1 Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah, dadah, racun atau minuman keras.

9.2 Pelajar TIDAK dibenarkan melihat atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam atau diluar kampus.

9.3 Pelajar TIDAK dibenarkan mengedar, membahagi-bahagi atau mempamerkan apa-apa

bahan lucah untuk tujuan mendapat/tanpa bayaran atau apa-apa balasan lain.

9.4 Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa

perkakas, alat, radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah rekabentuk atau dimaksudkan untuk digunakan bagi memakan atau meminum atau

menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya dengan jalan cucuk

atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.

9.5 Pelajar TIDAK dibenarkan meminum minuman yang memabukkan atau didapati dalam keadaan mabuk di dalam atau luar kampus.

9.6 Pelajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur, atau menjalankan, atau menyertai apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di luar kampus.

Page 27: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

22

10. GANGGUAN KETENTERAMAN

10.1 Pelajar TIDAK dibenarkan membuat bising, ketawa dengan kuat, bertempik, melaung-laung atau bercakap secara kurang sopan sama ada di bilik kuliah, dewan kuliah,

bengkel, makmal, perpustakaan, pejabat pentadbiran atau berhampiran dengannya.

10.2 Pelajar TIDAK dibenar menimbulkan suasana kacau-bilau, huru-hara atau menghasut

pelajar-pelajar menentang pihak berkuasa politeknik.

10.3 Pelajar boleh menyuarakan segala rasa tidak puas hati melalui saluran tertentu seperti

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau peti cadangan.

11. PENCERAMAH LUAR

11.1 Pelajar mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah sebelum menjemput pihak luar untuk memberi ceramah/perbincangan kepada pelajar di dalam atau di luar politeknik. Kebenaran ini tertakluk kepada had dan syarat yang ditetapkan.

12. KESALAHAN – KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN

PENGGANTUNGAN ATAU PEMBUANGAN PELAJAR DARI POLITEKNIK

Di antaranya;

12.1 Mencemar nama baik politeknik, kakitangan atau pelajarnya sama ada di dalam atau di

luar kampus politeknik dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik.

12.2 Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di politeknik.

12.3 Merosak, mencacat (vandalisme) harta benda milik politeknik, orang awam atau orang perseorangan.

12.4 Mengganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar politekmik daripada menjalankan tugasnya yang sah.

12.5 Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panj-pg poster, lambang dan

lain-lain untuk tujuan menghasut ain melanggar tatatertib di dalam atau di luar kampus.

12.6 Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar kampus dengan tujuan

untuk menghasut atau memburuk-burukkan politeknik atau pihak lain.

12.7 Menjalankan perniagaan/perkhidmatan kedai atau gerai di dalam kampus tanpa

kebenaran bertulis dari pihak politeknik.

12.8 Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar mengenai politeknik, kakitangan atau pelajarnya.

12.9 Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputusan pihak politeknik tanpa melalui saluran yang ditetapkan.

12.10 Terlibat dengan perjudian, pertaruhan atau loteri.

Page 28: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

23

12.11 Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok atau membuat minuman keras/bahan kimia yang memabukkan/mengkhayalkan.

12.12 Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil untuk

memabukkan atau mengkhayalkan.

12.13 Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat dengan

pertunjukan bahan-bahan lucah.

12.14 Memberi atau menyebar maklumat palsu.

12.15 Mengengkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan

politeknik yang diberi kuasa.

12.16 Memalsukan tandatangan atau cop rasmi pihak berkuasa politeknik atau pihak lain yang

terlibat dengan politeknik.

12.17 Melakukan ugutan atau 'ragging' pada bila-bila masa sama ada di dalam atau di luar

kampus.

12.18 Berkelakuan biadab dan angkuh terhadap mana-mana kakitangan atau pelajar politeknik atau pihak lain dengan kelakuan, lisan atau tulisan.

12.19 Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan sama ada di dalam atau di luar kampus.

12.20 Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-cumbuan atau berkhalwat dan

membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah sama ada di dalam atau di luar kampus.

12.21 Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang dilarang.

12.22 Melakukan penyambungan elektrik atau talian telefon secara haram di mana-mana kawasan kampus.

12.23 Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut dan

menculik.

12.24 Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar, menjual dan mempamer senjata berbahaya

seperti senjata api, senjata tajam, buku lima, kerambit dan lain-lain.

12.25 Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan kesalahan jenayah sivil atau

jenayah syariah.

12.26 Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan atau menjual.

12.27 Terlibat dengan pemboikotan/pemulauan aktiviti sah politeknik.

12.28 Terlibat dengan demostrasi yang TIDAK dibenarkan di dalam atau di luar kampus

politeknik.

12.29 Menimbul/menghasut isu perkauman, integrasi nasional untuk tujuan mewujudkan suasana tegang, perpecahan atau permusuhan.

Page 29: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

24

12.30 Memungut atau cuba memungut wang dengan cara persendirian, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar.

12.31 Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau pertubuhan yang

diharamkan oleh politeknik atau kerajaan.

13. LARANGAN MEROKOK

13.1 Pelajar DILARANG merokok di mana-mana kawasan kampus politeknik. Pelajar boleh dikenakan denda terus RM30.00 jika melanggar peraturan ini mengikut Akta lnstitusi-

lnstitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

14. HAL-HAL LAIN

14.1 Pelajar TIDAK boleh terlibat dalam apa-apa pekerjaan, perniagaan, perdagangan atau aktiviti lain, sama ada sepenuh atau separuh masa, yang pada pendapat Pengarah adalah tidak diingini.

14.2 Pelajar politeknik dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej politeknik sama ada di dalam atau di luar kampus.

14.3 Pelajar digalak menggunakan peti cadangan yang disediakan untuk memberi cadangan.

14.4 Pelajar yang bukan penghuni kolej kediaman TIDAK dibenarkan berada di kolej kediaman lelaki atau perempuan atau menggunakan segala kemudahan yang terdapat

di kolej kediaman kecuali kafetaria atau surau.

14.5 Pelajar juga tertakluk kepada Peraturan dan Undang-Undang Khas Peperiksaan, bengkel,

workshop, makmal, perpustakaan, kolej kediaman dan lain-lain yang telah dan akan dikeluarkan oleh politeknik dari semasa ke semasa.

14.6 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

15. PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN

15.1 Penempatan pelajar di kolej kediaman politeknik;

15.1.1 Politeknik menyediakan kemudahan kolej kediaman yang terhad kepada

pelajarnya. Pelajar yang ditawarkan tempat di kolej kediaman akan ditempatkan seperti mana yang ditentukan oleh Pengarah atau wakil

kuasanya.

15.1.2 Keputusan pemilihan bagi mendiami kolej kediaman adalah muktamad dan

pelajar MESTI patuh pada keputusan itu.

15.1.3 Pengarah mempunyai hak mutlak untuk memilih mana-mana pelajar atau

orang perseorangan atau perkumpulan bagi mendiami kolej kediaman politeknik.

15.1.4 Proses penempatan pelajar ke kolej kediaman dibuat setiap semester.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borong permohonan yang

diperolehi secara online, di pejabat felo atau penyelia kolej kediaman.

Page 30: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

25

15.1.5 Pengarah atau wakil kuasanya boleh menarik balik tawaran tempat tinggal di kolej kediaman atas sebab-sebab kepentingan politeknik pada bila-bila

masa.

15.2 Bayaran

15.2.1 Yuran kolej kediaman hendaklah dibayar sepenuhnya untuk satu semester

bagi tiap-tiap semester pengajian politeknik sepanjang penginapan di kolej kediaman. Penghuni yang hendak meninggalkan kolej kediaman pada

pertengahan semester TIDAK AKAN dikembalikan wang yuran yang telah

dibayar.

15.2.2 Yuran kolej kediaman hendaklah dibayar di bank yang ditentukan oleh pihak Politeknik dan DIWAJIBKAN membawa slip bank pada hari pendaftaran

atau pada hari mula tinggal di kolej kediaman.

15.2.3 Bayaran untuk kad kolej kediaman dibuat semasa pendaftaran kolej

kediaman. Bayaran lain/tambahan akan dikenakan untuk membuat kad kolej kediaman kali kedua dan seterusnya.

15.2.4 Harta benda kolej kediaman yang dirosakkan atau dihilangkan oleh penghuni/sekumpulan penghuni hendaklah diganti oleh

penghuni/sekumpulan penghuni berkenaan dengan segera apabila diarahkan oleh Pengarah atau wakil kuasanya.

15.2.5 Kadar bayaran gantirugi dan sebagainya adalah tertakluk kepada penetapan Pengarah.

15.3 Tatatertib Am Kolej kediaman

15.3.1 Penghuni hendaklah memastikan semua peralatan dan perabot di dalam biliknya lengkap dan sempurna semasa mula menduduki bilik. Sebarang

kekurangan atau kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan kolej kediaman dengan segera.

15.3.2 Penghuni hendaklah berkelakuan baik serta berhemah tinggi dan hendaklah sentiasa memelihara suasana harmoni di kolej kediaman.

15.3.3 Hanya penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik kolej kediaman. Penghuni kolej kediaman tidak dibenarkan memberi tumpangan

penginapan kepada mana-mana pelajar lain, tetamu atau pelawat di mana-mana bilik kolej kediaman.

15.3.4 Semua peralatan yang terdapat di bilik kolej kediaman TIDAK boleh diubah kedudukannya atau diubahsuai tanpa kebenaran daripada Pengarah atau

wakil kuasanya.

15.3.5 Kebersihan bilik adalah tanggungjawab penghuninya. Penggunaan cadar

dan sarung bantal DIMESTIKAN.

15.3.6 Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab sendiri. Bilik hendaklah sentiasa dikunci bagi tujuan keselamatan.

15.3.7 Bertukar bilik tanpa kebenaran daripada Pengarah atau wakil kuasanya adalah TIDAK dibenarkan.

Page 31: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

26

15.3.8 Semua penghuni bertanggungjawab ke atas bilik, aras dan blok mereka secara berkumpulan. Penghuni TIDAK dibenarkan membawa sebarang

jenis senjata ke dalam kolej kediaman. Sebarang bentuk 'ragging' TIDAK dibenarkan.

15.3.9 Pelajar lelaki DILARANG memasuki kawasan kolej kediaman perempuan atau sebaliknya.

15.3.10 Seorang penghuni TIDAK boleh melakukan sesuatu untuk menghalang

atau menahan seseorang pegawai, pekerja atau wakil politeknik dari

memasuki bilik penghuni menetap itu untuk menjalankan tugas-tugas dan kewajipannya.

15.3.11 Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengarah penghuni mengosongkan

tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila

masa.

15.3.12 Selepas jam 10.00 malam, hanya penghuni kolej kediaman sahaja yang boleh berada di dalam kawasan kolej kediaman.

15.3.13 Penghuni TIDAK dibenarkan menghadiri atau mengelola apa-apa jenis perjumpaan atau perhimpunan di kawasan kolej kediaman kecuali dengan

kebenaran bertulis daripada Pengarah atau wakil kuasanya.

15.3.14 Penghuni hendaklah sentiasa membawa/ada di bawah kawalannya kad

kolej kediaman semasa berada di kawasan kolej kediaman.

15.3.15 Penggunaan peralatan elektrik di dalam bilik kolej kediaman hendaklah dengan mendapat kebenaran pihak berkuasa kolej kediaman terlebih

dahulu.

15.3.16 Pengarah atau wakil kuasanya boleh, dari semasa ke semasa, memberi

secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah atau arahan yang difikirkan perlu dan sesuai untuk memelihara ketenteraman atau tatatertib di dalam

kolej kediaman.

15.3.17 Sebarang bentuk penyambungan/pendawaian elektrik (wiring) di dalam

kolej kediaman adalah DILARANG sama sekali. Mana-mana penghuni yang melakukan penyambungan/pendawaian elektrik adalah dianggap

merosakkan harta benda atau bangunan politeknik dan pihak politeknik

berhak menuntut gantirugi dan mengenakan tindakan tatatertib.

15.3.18 Penghuni DILARANG memasuki kawasan kediaman kakitangan kecuali

dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya.

15.3.19 Penghuni DILARANG membawa peralatan elektrik kecuali dengan kebenaran felo, barang memasak, alat muzik, pembesar suara, rokok, rokok

elektronik dan alat mainan seks. Barangan yang dilarang dibawa akan

dirampas dan barangan yang dirampas, TIDAK dikembalikan kepada tuannya. Kerugian adalah dibawah tanggungjawab pelajar dan Politeknik

TIDAK menanggung sebarang ganti rugi.

Page 32: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

27

15.4 Peraturan Mengosongkan Bilik Kolej Kediaman

15.4.1 Penghuni hendaklah mengosongkan biliknya apabila diarah, pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.

15.4.2 Sebelum keluar, bilik hendaklah dibersihkan terlebih dahulu oleh penghuninya. Sekiranya berlaku kerosakan, kekotoran, pencemaran atau

kehilangan peralatan serta kemudahannya, penghuni akan diminta membayar gantirugi.

15.4.3 Penghuni hendaklah memindahkan kesemua barang miliknya Sebarang peralatan yang tinggal disifatkan sebagai tidak diperlukan dan pihak kolej

kediaman berhak membuangnya.

15.4.4 Penghuni hendaklah menutup suis lampu, mengunci pintu sebelum

meninggalkan bilik.

15.4.5 Kunci hendaklah diserahkan sendiri ke Pejabat Penyelia Kolej kediaman selewat-lewatnya pada hari akhir mengosongkan atau notis pengosongan

bilik pada waktu pejabat. Kegagalan menyerahkan kunci akan dikenakan

denda RM 30.00.

15.5 Peraturan Keluar Masuk Harian, Hujung Minggu Dan Cuti Pendek

15.5.1 Semua penghuni kolej kediaman yang keluar dari kawasan kampus

politeknik atas urusan harian dikehendaki masuk semula pada hari isnin, selasa dan rabu ke kolej kediaman tidak lewat dari jam 9.00 malam pada

hari yang sama dan pada hari khamis tidak lewat dari jam 7.00malam kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh felo. Setiap penghuni kolej

kediaman hendaklah melapor diri di Pondok Pengawal ketika keluar dan

masuk ke kolej kediaman.

15.5.2 Penghuni kolej kediaman TIDAK dibenarkan bermalam di luar kolej kediaman kecuali mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada

Pengarah atau wakil kuasanya. Penghuni DIMESTIKAN merekod

maklumat yang dikehendaki di Pondok Pengawal dan melapor semula apabila kembali ke kolej kediaman.

15.5.3 Semua penghuni kolej kediaman yang bermalam di luar kampus pada

hujung minggu, cuti umum atau cuti pendek dikehendaki masuk semula ke

kampus tidak lewat dari jam 10.00 malam hari terakhir cuti.

15.6 Peraturan Menerima Tetamu

15.6.1 Tetamu penghuni kolej kediaman hendaklah dilayan di kafetaria atau di

tempat yang disediakan.

15.6.2 Pelawat yang bukan pelajar politeknik dikehendaki mengambil pas pelawat

yang boleh diperolehi di Pondok Pengawal Keselamatan semasa memasuki kawasan politeknik.

Page 33: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

28

15.6.3 Masa melawat adalah seperti berikut:

Hari Kuliah 4.00 ptg. hingga jam 7.00mlm.

Cuti Hujung Minggu/Umum 8.00 pg. hingga jam 7.00mlm.

15.6.4 Selepas pukul 7.00 malam, kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan

Politeknik. Ibu/Bapa/Penjaga hanya dibenarkan menghantar pelajar sehingga pondok pengawal utama sahaja.

15.7 Memasak Dan Makanan

15.7.1 Pelajar kolej kediaman DILARANG memasak.

15.7.2 Hanya makanan yang halal disisi Agama Islam sahaja yang dibenarkan

dibawa masuk ke kolej kediaman.

15.7.3 Pelajar DILARANG menggunakan bilik kolej kediaman sebagai tempat

makan yang mengotorkan bilik atau yang menyebabkan kerosakan salur air dan elektrik, dan juga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan

penghuni yang lain.

15.8 Peraturan Berpakaian

15.8.1 Setiap pelajar yang masuk ke kafetaria hendaklah berpakaian kemas dan

sesuai. Pakaian sukan (seluar pendek) yang lusuh dan berpeluh, pakaian tidur atau baju singlet TIDAK dibenarkan di dalam kafetaria.

15.8.2 Pelajar lelaki DILARANG berkain pelekat/sarong dalam kafetaria.

15.8.3 Pakaian TIDAK boleh disangkut pada tingkap atau tempat-tempat lain

melainkan pada ampaian yang disediakan.

15.8.4 Pakaian hendaklah disimpan dalam almari yang telah disediakan. Penghuni yang hendak menggosok pakaian mereka hendaklah berbuat demikian di

bilik yang telah dikhaskan.

15.8.5 Pelajar adalah dinasihatkan supaya berpakaian kemas dan TIDAK

mencolok mata pada setiap masa di kawasan kolej kediaman.

15.8.6 Memakai pakaian yang dianggap kurang sopan seperti seluar pendek, baju

yang TIDAK berlengan atau pakaian yang bertulis kata-kata yang hina, logo parti politik atau mempunyai gambar atau lukisan yang TIDAK

bersesuaian dengan budaya ketimuran TIDAK dibenarkan.

15.8.7 Rambut hendaklah sentiasa kemas. Rambut yang mengerbang atau rambut

yang beraneka fesyen adalah TIDAK dibenarkan.

15.8.8 Pelajar perempuan TIDAK digalakkan memakai barangan kemas yang

berlebihan.

15.8.10 Pelajar lelaki DILARANG memakai sebarang perhiasan diri.

15.9 Larangan Memelihara Binatang

Page 34: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

29

15.9.1 Pelajar DILARANG memelihara atau menternak apa-apa jenis binatang di dalam bilik atau kawasan kolej kediaman.

15.9.2 Sebarang jenis binatang yang terlepas masuk ke kawasan kolej kediaman

hendaklah diserahkan atau dilaporkan kepada felo.

15.10 Iklan, Notis, Makluman, Risalah Dan Lain-Lain

15.10.1 Iklan dan notis hanya boleh ditampal dengan kebenaran Pengarah atau

wakil kuasanya di papan notis yang disediakan sahaja.

15.10.2 Semua iklan dan notis yang ditampal hendaklah ditanggalkan semula

setelah tamat tempoh pemberitahuan.

15.10.3 Semua poster atau hiasan dinding bilik TIDAK boleh menggunakan paku

kecuali alat penyangkut gambar atau "poster hanger" yang sesuai yang mana gamnya tidak merosakkan dinding.

15.11 Keselamatan Harta Benda

15.11.1 Untuk mengelakkan kecurian, pelajar hendaklah memastikan biliknya sentiasa dikunci.

15.11.2 Pelajar TIDAK digalakkan menyimpan wang yang berlebihan dan peralatan berharga di dalam bilik.

15.11.3 Keselamatan harta benda pelajar adalah tanggungjawab sendiri.

15.11.4 Kes kecurian hendaklah dilaporkan dengan segera kepada felo.

15.12 Larangan Berniaga Di Kolej Kediaman

15.12.1 Pelajar TIDAK dibenarkan berniaga di mana-mana kawasan kolej kediaman

kecuali dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya.

15.12.2 Semua pelajar yang membeli makanan atau barangan di kafetaria atau di

Kedai Koperasi adalah bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri.

15.13 Keselamatan, Kebakaran Dan Bantuan Kecemasan

15.13.1 Pelajar yang nampak punca api hendaklah bertindak dengan bijaksana

untuk memadamkannya atau berhubung terus dengan felo atau Jabatan Bomba dan Penyelamat. Pelajar hendaklah keluar dari bilik dengan pantas

dan berkumpul di satu tempat yang selamat.

15.13.2 Perkara-perkara yang menjadi punca kebakaran seperti penggunaan ubat

nyamuk, pelita, lilin atau sebarang perbuatan yang boleh mengakibatkan kebakaran berlaku TIDAK dibenarkan.

15.13.3 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera, sila beritahu felo dengan segera. Jika felo tiada, hendaklah menghubungi mana-mana wakil

aras, pensyarah atau pengawal keselamatan.

15.13.4 Jika penghuni sakit, rakan sebilik atau searasnya bertanggungjawab

melaporkannya kepada felo dengan segera.

Page 35: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

30

15.13.5 Pelajar yang menerima, mengetahui atau mengesyaki apa-apa jenis ancaman atau ugutan hendaklah melaporkan dengan segera kepada

pengarah atau wakil kuasanya.

15.14 Lalulintas Di Kawasan Kolej Kediaman.

15.14.1 Pelajar TIDAK dibenarkan membawa kenderaan bermotor ke kolej

kediaman.

15.14.2 Semua kenderaan hendaklah diletak di tempat yang dikhaskan sahaja.

15.15 Tempat Kemudahan

15.15.1 Pelajar hendaklah menggunakan semua tempat kemudahan dengan cermat dan bertanggungjawab.

15.15.2 Pelajar bagi sesuatu aras bagi sesuatu blok itu adalah bertanggungjawab

ke atas kebersihan bilik air, tempat lalu-lalang, bilik membasuh, tangga atau

apa sahaja kemudahan bagi aras tersebut.

15.15.3 Pelajar yang menggunakan tempat kemudahan atau peralatan hendaklah sentiasa bersikap timbang rasa kepada mereka yang ingin menggunakan

kemudahan tersebut atau kepada orang lain.

15.16 Surat/Surat Berdaftar/Bungkusan

15.16.1 Surat akan diedarkan melalui peti edaran surat kecuali surat berdaftar.

15.16.2 Surat berdaftar dan bungkusan adalah di bawah urusan Koperasi Politeknik.

15.16.3 Semua pertanyaan berkenaan dengan surat hendaklah dibuat di Koperasi

Politeknik.

15.17 Berkempen

15.17.1 Sebarang kempen bagi tujuan apa jua sekali pun hendaklah mendapatkan

kebenaran dari Pengarah atau wakil kuasanya.

15.17.2 Jika dibenarkan oleh Pengarah atau wakil kuasanya untuk berkempen, Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengenakan had dan syarat.

15.18 Bilik Mandi Dan Bilik Basuh Pelajar

15.18.1 Pelajar kolej kediaman adalah bertanggungjawab secara kumpulan ke atas

kebersihan bilik mandi dan bilik basuh pelajar serta laluan aras masing-masing dan memastikan kebersihannya dijaga.

15.18.2 Pembaziran adalah ditegah dan penghuni hendaklah mempunyai rasa

bertanggungjawab ke atas penggunaan air dan elektrik. Segala kerosakan

atau kebocoran hendaklah dilaporkan segera kepada pihak pengurusan kolej kediaman.

15.18.3 Pelajar kolej kediaman TIDAK dibenarkan membuang sampah atau

sebarang jenis bahan asing ke dalam tandas. Penghuni aras akan

Page 36: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

31

dipertanggungjawabkan ke atas kes-kes tersumbat yang disebabkan oleh kecuaian atau salahguna oleh penghuni aras berkenaan.

15.19 Aktiviti Sosial, Perhimpunan, Ceramah

15.19.1 Pelajar kolej kediaman yang berkenaan adalah menghadiri, mengikuti dan mengambil bahagian di dalam perjumpaan, perhimpunan, ceramah,

taklimat dan lain yang dianjurkan oleh pihak berkuasa kolej kediaman politeknik.

15.19.2 Sebarang bentuk aktiviti sosial di kolej kediaman dan persekitarannya adalah TIDAK dibenarkan kecuali mendapat kebenaran bertulis Pengarah

atau wakil kuasanya terlebih dahulu.

15.19.3 Sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima (5) orang di kolej

kediaman atau persekitarannya tanpa kebenaran pihak berkuasa kolej kediaman TIDAK dibenarkan.

15.19.4 Sebarang bentuk ceramah atau apa jua kegiatan yang melibatkan

kakitangan politeknik atau orang luar dari kolej kediaman mestilah

mendapat kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya.

15.19.5 Sebarang perlakuan pelajar politeknik yang boleh mencemarkan nama baik politeknik adalah DILARANG.

15.19.6 Penghuni kolej kediaman TIDAK dibenarkan bergiat, berkecimpung, melibatkan diri atau memberi sokongan kepada mana-mana parti politik

atau kumpulan haram.

15.19.7 Pelajar yang berdua-duaan dalam keadaan yang kurang sopan dan

mencurigakan dengan pelajar atau orang luar di mana-mana kawasan kampus politeknik adalah DILARANG.

15.20 Kawasan Larangan

15.20.1 Kawasan blok kediaman pelajar perempuan adalah kawasan larangan kepada pelajar atau pelawat lelaki dan sebaliknya.

15.20.2 Sebarang bentuk perbincangan yang berhubung dengan hal-hal akademik atau aktiviti ko-kurikulum di antara pelajar lelaki dan perempuan secara

berkumpulan perlu dibuat dalam keadaan yang sopan di kafetaria / mana-mana tempat yang disediakan sahaja sehingga jam 10.45 malam.

15.20.3 Pelajar-pelajar dibenarkan masuk ke bilik felo dan Penyelia kolej kediaman atas urusan rasmi sahaja.

15.20.4 Pelajar TIDAK dibenarkan naik ke mana-mana kawasan bumbung kolej kediaman atau masuk ke dalam mana-mana bilik pengagihan elektrik atau

mana-mana bilik di kawasan kolej kediaman yang diisytihar atau ditanda sebagai kawasan larangan tanpa kebenaran pihak berkuasa kolej kediaman.

15.20.5 Kawasan pentadbiran dan akademik adalah kawasan larangan mulai jam 7.00 malam kecuali dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya.

Page 37: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

32

15.20.6 Kawasan kafetaria yang meliputi kaunter pengurusan, dapur, bilik-bilik penginapan kakitangan kafetaria adalah kawasan larangan bagi semua

pelajar.

15.20.7 TIDAK dibenarkan bedua-duaan atau berpasangan di kafeteria dan di kolej

kediaman

15.21 Solat

15.21.1 Pelajar muslim digalakkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah di

surau politeknik setiap hari.

15.21.2 Khusus di bulan Ramadhan, semua pelajar muslim digalakkan menunaikan solat Terawih secara berjemaah di surau politeknik.

15.22 Riadah

15.22.1 Semua kegiatan sukan hendaklah bermula selepas waktu solat Asar dan

hendaklah berakhir 15 minit sebelum waktu solat Maghrib.

15.22.2 Pakaian pada waktu riadah hendaklah bersesuaian dan TIDAK mencolok

mata.

15.22.3 Aktiviti sukan hanya boleh dijalankan di dalam kawasan yang ditetapkan.

15.22.4 Pelajar Islam WAJIB MENUTUP AURAT ketika bersukan.

16. PERATURAN PELAJAR LUAR KOLEJ KEDIAMAN

16.1 Pelajar mestilah mematuhi semua Peraturan Am Politeknik yang berkuatkuasa sepanjang tempoh pengajian/kursus/latihan di politeknik.

16.2 Pelajar yang menetap/menyewa di luar kawasan kampus mestilah berkelakuan baik,

berhemah tinggi dan sentiasa memelihara suasana harmoni di kawasan sekeliling

rumahnya.

16.3 Sebarang bunyi-bunyian seperti radio/televisyen/gitar yang dipasang/dimainkan hanya sekadar boleh didengar dalam rumah sahaja dan TIDAK mengganggu jiran-jiran sebelahan

sekeliling.

16.4 Kebersihan dan keselamatan harta benda adalah tanggungjawab bersama penghuni rumah

tersebut.

16.5 Pelajar lelaki dan pelajar perempuan TIDAK dibenarkan tinggal serumah.

16.6 Pelajar lelaki DILARANG memasuki rumah pelajar perempuan dan begitu juga sebaliknya.

Page 38: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

33

16.7 Pelajar TIDAK digalakkan berkumpul di luar kawasan rumah.

16.8 Pelajar TIDAK dibenarkan mempamerkan simbol atau bendera mana-mana parti politik di kawasan rumahnya.

16.9 Pelajar juga tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Politeknik dan Peraturan-peraturan Jawatankuasa Penduduk Setempat.

17. PERATURAN PERPUSTAKAAN

17.1 Arahan Am Perpustakaan

17.1.1 DILARANG bercakap kuat serta membuat bising sehingga boleh mengganggu

pengguna-pengguna lain.

17.1.2 DILARANG makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan.

17.1.3 DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana buku, majalah atau apa-apa bahan cetak kepunyaan Perpustakaan atau

berkelakuan yang membawa kerosakan pada bahan tersebut.

17.1.4 Pelajar mestilah mematuhi peraturan mengenai bilangan buku-buku yang

boleh dipinjam dan bertanggungjawab ke atas pemulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Denda akan dikenakan terhadap buku yang lewat

dipulangkan.

17.1.5 Peminjam bertanggungjawab ke atas bahan-bahan yang dipinjam. Bagi bahan-

bahan yang dihilangkan, peminjam akan dikenakan bayaran harga semasa sebagai kos gantian bahan tersebut. Dalam kes-kes di mana gantian tidak

mungkin, Jawatankuasa Perpustakaan akan menentukan harga gantian kes demi kes.

17.1.6 DILARANG membawa masuk beg ke dalam perpustakaan.

17.1.7 Pengguna perpustakaan hendaklah menunjukkan semua barang termasuk beg

tangan, folder dan sebagainya kepada petugas perpustakaan untuk diperiksa sebelum keluar dari perpustakaan.

17.1.8 Semua pertukaran alamat pengguna hendaklah dimaklumkan kepada pihak

perpustakaan

17.1.9 Pengguna hendaklah berpakaian yang sesuai mengikut Peraturan Am

Politeknik.

17.2 Pinjaman Buku Perpustakaan

17.2.1 Pengguna layak menggunakan bahan/ buku daripada koleksi

pinjaman dan koleksi terhad/ rujukan. Cara meminjam adalah

seperti berikut:

Page 39: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

34

a. Koleksi Pinjaman

Untuk meminjam buku-buku koleksi ini, pengguna hendaklah menyerahkan buku dan kad pengenalan kepada kakitangan di kaunter

untuk urusan pinjaman tersebut.

b. Koleksi Terhad/Rujukan

Untuk koleksi ini, pengguna tidak dibenarkan untuk meminjam atau

membawa keluar dari perpustakaan. Koleksi ini hanya boleh dirujuk

didalam perpustakaan sahaja.

c. Tempahan

Pengguna boleh menempah buku-buku yang dipinjam oleh pengguna

lain dengan mengisi borang tempahan. Pengguna akan diberitahu melalui papan kenyataan di perpustakaan.

17.3 Bilangan Buku dan Tempoh Pinjaman

KATEGORI BILANGAN BUKU TEMPOH PINJAMAN

Koleksi Pinjaman 5 Buah 2 Minggu

Koleksi Terhad/Rujukan Koleksi ini tidak boleh dipinjam hanya boleh dirujuk

didalam perpustakaan sahaja

17.4 Hal-Hal Lain

17.4.1 Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau

kerosakan barang-barang persendirian yang diletak atau tertinggal di dalam/luar perpustakaan.

17.4.2 Petugas perpustakaan berhak mengarah sesiapa sahaja yang melanggar sebarang peraturan perpustakaan atau peraturan Politeknik untuk keluar dari

perpustakaan.

17.4.3 Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna memulangkan bahan-bahan

pinjaman walaupun belum tamat tempoh pinjamannya.

17.4.4 Penggunaan ruang perpustakaan untuk tujuan lain perlu mendapat kelulusan Politeknik.

17.4.5 Pertanyaan berkaitan dengan perpustakaan boleh dikemukakan kepada Pegawai Perpustakaan.

17.4.6 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

Page 40: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

35

18. PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN LALULINTAS

18.1 Kenderaan Rasmi Politeknik

18.1.1 Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan

memohon dan mendapat kelulusan daripada Pengarah.

18.1.2 Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan,

kemudahan yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.

18.2 Kenderaan Persendirian

18.2.1 Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus setelah didaftar dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik.

18.2.2 Semua kenderaan bermotor yang digunakan untuk keluar masuk kampus

mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah yang dikeluarkan oleh

politeknik.

18.2.3 Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar TIDAK dibenarkan meletak

kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/kakitangan

politeknik.

18.2.4 Pihak politeknik tidak bertanggungjawab atas kenderaan (termasuk topi keledar) yang rosak atau hilang di dalam kampus

18.2.5 Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

18.2.6 Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut:

a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.

b) Mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh politeknik.

c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi

bising yang kuat atau yang diubahsuai.

d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal.

e) Dilarang membonceng pelajar yang berlainan jantina.

f) Memakai baju pantul cahaya semasa menunggang/ membonceng motosikal adalah digalakkan.

g) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki.

h) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan

jalanraya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan.

Page 41: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

36

18.2.7 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

18.3 Hukuman Kesalahan Lalu Lintas

18.3.1 Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalulintas boleh dikenakan denda terus tidak lebih RM50.00 sebagai ganti tindakan tatatertib.

19. PELANGGARAN PERATURAN

19.1 Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan ini boleh dikenakan tindakan berikut:

19.1.1 Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh politeknik.

19.1.2 Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan Akta

lnstitusi-lnstitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)].

19.2 Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana

dua atau lebih hukuman-hukaman itu disatukan sekali:

19.2.1 Denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00);

19.2.2 Penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-

kemudahan lnstitusi selama tempoh yang ditentukan;

19.2.3 penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di lnstitusi selama

tempoh yang ditentukan;

19.2.4 penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan

peperiksaan di lnstitusi;

19.2.5 penyingkiran daripada mana-mana bahagian lnstitusi selama tempoh yang ditentukan;

19.2.6 Pembuangan daripada lnstitusi, oleh pihak berkuasa tatatertib.

Page 42: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

37

BAHAGIAN D: MINGGU SUAI KENAL (MSK)

Page 43: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

38

PENGENALAN MINGGU SUAI KENAL Program Minggu Suai Kenal (MSK) merupakan program suai kenal yang wajib dihadiri oleh pelajar

baru. Program MSK bagi Sesi DIS 2018 Politeknik Banting Selangor (PBS) ini akan berlangsung pada 3

hingga 6 Disember 2018. Program ini dirancang bertujuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat

penting kepada pelajar baru berkaitan akademik dan bukan akademik sepanjang tiga tahun pengajian

mereka di PBS.

Melalui program ini para pelajar akan dilibatkan dalam program berbentuk taklimat akademik seperti

Disiplin Pelajar, Latihan Industri, Kelab dan Ko-Kokurikulum, E-learning dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti

riadah dan latihan dalam kumpulan akan dikendalikan oleh kumpulan Sukarelawan dan Majlis

Pewakilan Pelajar.

Majlis Perasmian akan diadakan pada 3 Disember 2018 manakala Majlis Penutup MSK Sesi DIS 2018

akan berlangsng pada 6 Dis 2018 dan akan dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Banting Selangor.

Majlis diserikan dengan persembahan dari pelajar baharu dan majlis berakhir dengan penyampaian sijil

kepada semua ahli jawatankuasa MSK.

Semua pelajar baharu diwajibkan mengikuti Program Minggu Suai Kenal (MSK) yang bermula

selepas sesi pendaftaran. Sila rujuk Jadual MSK.

RUPA DIRI DAN ETIKA PAKAIAN

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di Politeknik KPM. Secara

umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian menutup aurat (bagi pelajar Islam),

kemas, bersih, dan sopan ketika menghadiri kuliah dan aktiviti-aktiviti di politeknik.

Page 44: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

39

JADUAL PROGRAM MSK PBS DIS 2018

JADUAL ATURCARA MINGGU SUAIKENAL (MSK) SESI DIS 2018

Tarikh/ Masa

5.30-6.30 pg

6.30-7.15 pg

7.15-8.30 pg

8.30-9.30 pg

9.30-10.30 pg

10.30-11.30 pg

11.30PG -

12.30 tghari

12.30tgh -

2.30 ptg

2.30-3.30 ptg

3.30-4.30 ptg

4.30-5.30 ptg

5.30-6.15 ptg

6.30-7.00 mlm

7.00-8.45 mlm

8.45-9.45 mlm

9.45-10.45 mlm

ISNIN (03/12/201

8) Pendaftaran Palajar

Taklimat Pengarah Bersama Ibubapa

Taklimat KJPP Bersam

a Ibubap

a Program DAM

Urusan Kolej Kediaman

Taklimat Keselamata

n/ Taklimat

MSK

Ice- Breaking

Solat Asar dan

Riadah

Makan

Malam

Solat Maghrib dan Isyak

Taklimat Kolej Kediaman

SELASA (04/12/201

8)

Solat Subuh

Berjemaah (PAVI)

Riadah

sarapan Pagi

Taklimat MPP

Ceramah PIN Taklimat AADK &

PDRM REHAT

Taklimat

Aplikasi SPMP

Taklimat Sukan, Koko & Badan Beruniform

Solat Asar dan

Riadah

Makan

Malam

Solat Maghrib dan Isyak

Taklimat

Psikologi

LDK

RABU (05/12/201

8)

Riadah

sarapan Pagi

Taklimat IGSA

Taklimat Perpustakaa

n& e_Learning

Taklimat Keusahawan

an

Taklimat

Disiplin REHAT LDK

Taklimat Kebajikan

Taklimat Peperiksa

an

Solat Asar dan

Riadah

Makan

Malam

Solat Maghrib dan Isyak

LDK

Raptai Majlis Penutu

p

KHAMIS (06/12/201

8)

Riadah

sarapan Pagi

Raptai Majlis

Penutup

Majlis Perasmian Penutup MSK Sesi Dis 2018

REHAT Program JPA

Program JMSK

JUMAAT (07/12/201

8) Pelajar bersama Jabatan Masing-masing (Aktiviti Jabatan) Sesi Pengambaran untuk kad pelajar

Page 45: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

40

JAWATANKUASA UTAMA MSK SESI DIS 2018

JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG DR HJH NORHAYATI BINTI ZAKARIA

PENASIHAT DR SITI JUNAIDAH BINTI M.MUJIR

PENGERUSI EN. MUHAMMAD ISWAN BIN MOHAMAD AYOB

TIMBALAN PENGERUSI EN. SAHARUDDIN BIN TALIB

SETIAUSAHA PN SUHANA BINTI AB MAJID

JAWATANKUASA PELAKSANA (MSK)

3 – 6 DISEMBER 2018

PENGARAH PROGRAM Pn. Che Faridah Binti Che Mohamad

TIMB. PENGARAH PROG. I En. Mohammad Azmin Bin Zainal

TIMB. PENGARAH PROG. II En. Mohamad Sahrul Fadzlin Bin Mohd Izaharuddin

PERSIAPAN TEMPAT 1. En. Mohd Khairun Nizam Bin Saadan (K)

2. En. Mohd Zahid Bin Bel Mastal

BUKU PROGRAM 1. En. Muhammad Faez Bin Nordin

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

1. En. Muhammad Firdaus Bin Saharudin (K)

2. Pn Dina Izzati Binti Hashim

AKTIVITI

1. En. Muhammad Nizar Bin Mahzir

2. Cik Nik Nor Raihan Binti Md Daud

3. En. Mohd Zahid Bin Bel Mastal

4. En. Siva Prabhu A/L Sunthra Sakaran

SIARAYA & MULTIMEDIA

1. Khairul Fahzan Bin Salleh (K)

2. Amaluddin Salihin Bin Muhamad

3. Ahmad Salleh Bin Buang

4. Rosmanizam Bin A Rahman

KEBAJIKAN & DIDIPLIN

1. Pn. Santhy A/P Subbarau

2. En. Muhammad Abil Bin Mohd Ali

3. En. Mohd Khazaren Bin Kusaini

4. S.Thivviyah A/P Sanmugam

PENYEDIAAN SIJIL Pn. Ananthi A/P Jeyaraju

PENGANGKUTAN Pn. Hemala A/P Manohar

Page 46: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

41

JAWATANKUASA PELAKSANA (PENDAFTARAN)

3 DISEMBER 2018

PENGARAH PROGRAM Pn. Aiza Shairyna Binti Mohd Amin

TIMB. PENGARAH PROG. I Pn. Ananthi A/P Jeyaraju

PERSIAPAN TEMPAT 1. En. Mohd Khairun Nizam Bin Saadan (K)

2. En. Mohd Zahid Bin Bel Mastal

PENGURUSAN KAUNTER

1. Cik Nik Nor Raihan Binti Md Daud

2. Pn. Sariah Binti Ahmad

3. Pn Dina Izzati Binti Hashim

PA DAM 1A-

PA DKM 1A- Cik Hanis

PA DTP 1A – En Ruhaimi

Bahagian Kewangan(3 orang)

1. Pn. Aiza Binti Sadli

2. Pn. Rosedhila Binti Ramli

3. Pn. Huwaina Jasmin Binti Hussin

4. En. Mohd Azam Bin Mohd Daud

1. Cik Norisza Dalila Binti Ismail

2. Pn. Suzana Binti Hussin

3. Pn. Norzila Binti Mohd Ali

4. En. Mohamad Khairani Bin Mohamed Amin

5. Cik Laura Binti Uji

1. Pn. Aiza Shairyna Binti Mohd Amin

2. Pn. Ananthi A/P Jeyaraju

PENYAMBUT TETAMU

1. Pn.Santhy A/P Subbarau

2. Pn Che Faridah Binti Che Mohamad

3. Pn. S Thivviyah A/P Sanmugam

SIARAYA & MULTIMEDIA

1. En.Khairul Fahzan Bin Salleh (K)

2. En.Amaluddin Salihin Bin Muhamad

3. En.Ahmad Salleh Bin Buang

4. En.Rosmanizam Bin A Rahman

ICT

1. Pn. Siti Sarah Binti Mohd Ismail

2. En. Norazlan Bin Kasirin

3. En. Muhammad Dzulfadli Bin Muhammad Ishak

MAJLIS IBU BAPA BERSAMA

PENGARAH / KJPP

1. Pn. Fahzaliza Binti Ahmad Affandi

2. Pn Suhana Binti Ab. Majid

KAWALAN LALU LINTAS

1. En. Mohd Khazaren Bin Kusaini

2. En. Mohamad Sahrul Fadzlin Bin Mohd Izaharuddin

3. En. Muhammad Syafiq Bin Zainun

PENYEDIAAN SIJIL En. Muhammad Faez Bin Nordin

PENGANGKUTAN Pn. Hemala A/P Manohar

TUGAS-TUGAS KHAS En. Muhammad Abil Bin Mohd Ali

Page 47: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

42

BARISAN AHLI JAWATANKUASA MSK SESI DIS 2018

(PELAJAR)

BIL NAMA PELAJAR NO. MATRIK NO. KP TUGAS

1 ABDULLAH AHMAD AFHAMMUDDIN BIN

HISUMMUDDIN 24DAM17F1066 990830146785 PENGGERAK

2 ZARUL QAYYUM BIN ZAINI 24DKM17F1058 990404035089 KETUA FASILITATOR

3 SITI NURAISYAH ZAFIRAH BINTI

SHARUDDIN 24DKM17F1014 990920105952 TIMBALAN KETUA

FASILITATOR

4 NURJASMEEN 24DKM17F1062 991211085308 KETUA J/K PERASMIAN DAN PENUTUP

5 ZAKIRA NUR IMAN BT MOHD ZAKI 24DKM16F2028 980122106900 KETUA J/K AKTIVITI

6 NORSYARMIN BINTI ZAMRI LIANG 24DAM17F2011 991120135920 KETUA J/K KOLEJ KEDIAMAN DAN KEBAJIKAN

7 ARISHA SOFIEA BINTI ZAINUDDIN 24DKM17F1012 990717105762 KETUA J/K MAKANAN

8 MUHAMMAD AIMAN HAQIMI BIN ZULKIFLI 24DAM17F1023 990423066147

KETUA J/K KEROHANIAN

9 MOHD HAKIMI BIN ASMAN 24DKM17F1037 990221025259 KETUA J/K DISIPLIN DAN KESELAMATAN

10 NESANT A/L MANIMARAN 24DKM17F1161

980830106581

KETUA J/K TEKNIKAL DAN MULTIMEDIA

11 MUHAMMAD AFIQ B MOHD OTHMAN 24DAM17F1046 990219035909 KETUA J/K LOGISTIK DAN

PENGANGKUTAN

12 LUQMAN HAKIM BIN MOHD YUSOFF 24DKM17F1079 991219145467 AJK/FASI

13 ZULUQMAN HAKEEM BIN ZULKAFLI 24DAM18F1102 000609020141 AJK/FASI

14 THARSHINI A/P RAJAN 24DAM18F1075 990307105970 AJK/FASI

15 AMIRUL AZRIQ BIN BIRAN 24DKM17F2017 970615106205 AJK/FASI

16 NUR AFIQAH BINTI MD YUSOFF 24DTP18F1012 001218100050 AJK/FASI

17 ADI AZRI BIN HARIS 24DAM17F1040 990919035977 AJK/FASI

18 SYAHRUL AIMAN BIN AMMEREE 24DKM18F1209 000804030687 AJK/FASI

19 TUAN IRFAN FADHLI BIN TUAN ROSMAN 24DAM18F1026 000708031399 AJK/FASI

20 FATIHAH HAZIQAH BINTI SULAIMAN 24DKM17F2003 990727106400 AJK/FASI

21 SHAMIL BIN HARUN 24DKM17F2025 981023565073 AJK/FASI

22 NUR’AIN NABILA BINTI MOHAMED ZAHARI 24DKM17F1174 990428066058 AJK/FASI

23 NURIN FIRZANAH BINTI AZMAN 24DKM17F1128 990706145072 AJK/FASI

Page 48: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

43

BAHAGIAN E:

LAIN-LAIN

Page 49: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

44

DIREKTORI PEGAWAI HEP

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

BIL NAMA / JAWATAN NO.TEL

1 SAHARUDDIN BIN TALIB Ketua Jabatan

+6 03 – 3120 1625 samb. 298

2 AIZA SHAIRYNA BT MOHD AMIN Pegawai Hal Ehwal Pelajar

+6 03 – 3120 1625 samb. 298

3 ANANTHI A/P JEYARAJU Pegawai Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa

+6 03 – 3120 1625 samb. 298

4 KHAIRUN NIZAM BIN SA'ADAN Ketua Unit Sukan,Kokurikulum dan Kebudayaan (KUSKK)

+6 03 – 3120 1625 samb. 298

5 MOHD ZAHID BIN BEL MASTAL Pegawai Sukan

+6 03 – 3120 1625 samb. 298

6 SUZANA BINTI HUSSIN Ketua Unit Pembangunan Pelajar (KUPPEL)

+6 03 – 3120 1625 samb. 298

7 SUHANA BINTI AB MAJID Pegawai Kebajikan

+6 03 – 3120 1625 samb. 298

8 SANTHY A/P SUBBARAU Ketua Unit Kebajikan & Disiplin

+6 03 – 3120 1625 samb. 274 / 265

9 MOHD KHAZAREN BIN KUSAINI Pegawai Disiplin

+6 03 – 3120 1625 samb. 261 / 383

10 MUHAMMAD ABIL B MOHD ALI Pegawai Disiplin

+6 03 – 3120 1625 samb. 298

11 NORKAMAL BIN JAAFAR Ketua Unit Keusahawanan

+6 03 – 3120 1625 samb. 297

12 MOHAMMAD AZMIN BIN ZAINAL Penasihat MPP

+6 03 – 3120 1625 samb. 257

13 CHE FARIDAH BT CHE MOHAMAD Penasihat MPP

+6 03 – 3120 1625 samb. 261 / 383

14 FAHZALIZA BT AHMAD AFFANDI PPPT / Penyelaras Kokurikulum

+6 03 – 3120 1625 samb. 261 / 383

15 MOHAMAD FIRDAUS BIN SAHARUDIN PPPT/ Pegawai Kebudayaan 1

+6 03 – 3120 1625 samb. 257

16 DINA IZZATI BINTI HASHIM PPPT/ Pegawai Kebudayaan 1

+6 03 – 3120 1625 samb. 261 / 383

Page 50: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

45

17 MUHAMMAD FAEZ BIN NORDIN PPPT / Penyelaras Kelab

+6 03 – 3120 1625 samb. 257

18 MOHAMAD SAHRUL FADZLIN BIN MOHD IZAHARUDDIN PPPT / Adjutan Wataniah

+6 03 – 3120 1625 samb. 257

19 MOHAMMAD NIZAR BIN MAHAZIR PPPT / Adjutan PISPA

+6 03 – 3120 1625 samb. 274

20 NIK NOR RAIHAN BT ND DAUD Pegawai Pisikologi

+6 03 – 3120 1625 samb. 298

21 SARIAH BINTI AHMAD Penyelaras iGSA

+6 03 – 3120 1625 samb. 261

22 NORISZA DALILA BINTI ISMAIL Penyelaras Sukarelawan

+6 03 – 3120 1625 samb. 257

23 S. THIVVIYAH A/P SANMUGAM Penyelaras Kecemerlangan BI

+6 03 – 3120 1625 samb. 274

24 ZAINAB BINTI MAHAD MUSA Pembantu Operasi

+6 03 – 3120 1625 samb. 298

Page 51: Buku MSK DIS 2018 PROGRAM MSK DIS2018.pdf · VISI MISI DAN MOTO PBS ... PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/ PERTUBUHAN/ KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 21 9. ... Jabatan Matematik, Sains

46

LAGU NEGARAKU

NEGARAKU

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

RAKYAT HIDUP

BERSATU DAN MAJU

RAHMAT BAHAGIA

TUHAN KURNIAKAN

RAJA KITA

SELAMAT BERTAKHTA

RAHMAT BAHAGIA

TUHAN KURNIAKAN

RAJA KITA

SELAMAT BERTAKHTA

LAGU POLITEKNIK

POLITEKNIK ADALAH WARISAN KITA

MEMBEKAL TENAGA BIDANG TEKNIKAL

BERSAMA MEMBINA KEMAJUAN NEGARA

MALAYSIAKU TERCINTA

AKHLAK MULIA ASAS JAYA

ITULAH AMALAN HIDUP KITA

DI MANA SAHAJA POLITEKNIK BERADA

HARAPAN TETAP SAMA

POLITEKNIK KU SANJUNG JASA-JASAMU

MENCIPTA LEMBARAN SEJARAH

HARAPAN IMPIAN KAN MENJADI NYATA

TEKAD TAQWA USAHA

PENENTU ARAH

MAJU POLITEKNIK AYUH MAJU

SEMANGATMU MERESTUI PERJUANGANKU

TEKNOLOGI TERAS PEMBANGUNAN NEGARA

POLITEKNIK MALAYSIA