teknologi hijau (2015):

59
Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 1 Teknologi Hijau (2015): Berita Harian: PM Teks Ucapan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (Klik pautan di bawah untuk berita penuh) JUMAAT, 23 OKTOBER 2015 @ 6:57 Tuan Yang Dipertua, KEUTAMAAN KEDUA: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU. Lonjakan inovasi dan kreativiti adalah kritikal untuk meningkatkan produktiviti kita. Penggunaan teknologi hijau akan turut membantu melestarikan sumber-sumber asli negara. Oleh yang demikian, Kerajaan mensasarkan pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 3.7 peratus setahun melalui: Langkah Satu: Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini, 1.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Lantaran, 2016 akan diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersilan Malaysia, dalam melonjakkan hasil produk R&D oleh institusi penyelidikan tempatan. Maka, inisiatif- inisiatif berikut akan dilaksanakan: Pertama: PKS yang membuat perbelanjaan untuk projek R&D sehingga 50 ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran, layak menuntut potongan cukai dua kali secara automatik. Kemudahan ini diberikan bagi tahun taksiran 2016 sehingga 2018; Kedua: 100 juta ringgit kepada Agensi Inovasi Malaysia; Ketiga: 200 juta ringgit di bawah Skim Dana Lonjakan Teknologi dan Inovasi oleh Malaysia Debt Ventures Bhd; Keempat: 35 juta ringgit kepada MaGIC, sebagai Peneraju Hab Keusahawanan dan Inovasi Serantau, termasuk 10 juta ringgit sebagai dana permulaan untuk Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund; Kelima: 30 juta ringgit untuk pelbagai program keusahawanan generasi muda seperti Global Entrepreneurship Community, BAHTERA, GREAT, 1MET, National Innovation Competition serta Projek Perintis Coding di sekolah; dan Keenam: Bagi menggiatkan aktiviti demand driven innovation, pada tahun 2016, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit untuk Public- Private Research Network. Tuan Yang Dipertua, Langkah Dua: Bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan, Kerajaan akan menggalakkan lagi penggunaan teknologi Industrialised Building System atau IBS. Sehubungan itu, Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat menggunapakai teknologi IBS. Bagi tujuan ini, dana khas IBS Promotion Fund sebanyak 500 juta ringgit disediakan melalui SME Bank, sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah. Langkah Tiga: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan melaksanakan pelbagai usaha teknologi hijau termasuk penyediaan bekalan air bersih, melalui pembinaan loji rawatan air, dengan peruntukan 877 juta ringgit. 515 juta ringgit pula, diperuntukkan bagi meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah. Kerajaan turut mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus KDNK pada tahun 2020, melalui:

Upload: vothu

Post on 08-Dec-2016

287 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 1

Teknologi Hijau (2015):

Berita Harian:

PM Teks Ucapan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (Klik pautan di bawah untuk berita penuh)

JUMAAT, 23 OKTOBER 2015 @ 6:57

Tuan Yang Dipertua,

KEUTAMAAN KEDUA: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU.

Lonjakan inovasi dan kreativiti adalah kritikal untuk meningkatkan produktiviti kita. Penggunaan teknologi hijau akan turut membantu melestarikan sumber-sumber asli negara. Oleh yang demikian, Kerajaan mensasarkan pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 3.7 peratus setahun melalui: Langkah Satu: Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini, 1.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Lantaran, 2016 akan diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersilan Malaysia, dalam melonjakkan hasil produk R&D oleh institusi penyelidikan tempatan. Maka, inisiatif- inisiatif berikut akan dilaksanakan:

Pertama: PKS yang membuat perbelanjaan untuk projek R&D sehingga 50 ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran, layak menuntut potongan cukai dua kali secara automatik. Kemudahan ini diberikan bagi tahun taksiran 2016 sehingga 2018; Kedua: 100 juta ringgit kepada Agensi Inovasi Malaysia; Ketiga: 200 juta ringgit di bawah Skim Dana Lonjakan Teknologi dan Inovasi oleh Malaysia Debt Ventures Bhd; Keempat: 35 juta ringgit kepada MaGIC, sebagai Peneraju Hab Keusahawanan dan Inovasi Serantau, termasuk 10 juta ringgit sebagai dana permulaan untuk Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund; Kelima: 30 juta ringgit untuk pelbagai program keusahawanan generasi muda seperti Global Entrepreneurship Community, BAHTERA, GREAT, 1MET, National Innovation Competition serta Projek Perintis Coding di sekolah; dan Keenam: Bagi menggiatkan aktiviti demand driven innovation, pada tahun 2016, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit untuk Public-Private Research Network.

Tuan Yang Dipertua,

Langkah Dua: Bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan, Kerajaan akan menggalakkan lagi penggunaan teknologi Industrialised Building System atau IBS. Sehubungan itu, Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat menggunapakai teknologi IBS. Bagi tujuan ini, dana khas IBS Promotion Fund sebanyak 500 juta ringgit disediakan melalui SME Bank, sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah. Langkah Tiga: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan melaksanakan pelbagai usaha teknologi hijau termasuk penyediaan bekalan air bersih, melalui pembinaan loji rawatan air, dengan peruntukan 877 juta ringgit. 515 juta ringgit pula, diperuntukkan bagi meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah. Kerajaan turut mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus KDNK pada tahun 2020, melalui:

Page 2: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 2

Pertama: Pelaksanaan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik termasuk proses audit tenaga dengan peruntukan 45 juta ringgit; Kedua: Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau SEDA melaksanakan Skim Pemeteran Tenaga Bersih, dengan kuota 100 MW setahun, dalam menggalakkan penggunaan solar photovoltaic; dan Ketiga: Melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sehingga 31 Disember 2017, dengan dana sebanyak 1.2 bilion ringgit.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91259

Bajet 2016 akan beri keutamaan untuk lindungi rakyat – PM (Klik pautan di bawah untuk berita penuh)

KHAMIS, 22 OKTOBER 2015 @ 8:54 PM

Sehubungan itu, tegas Perdana Menteri, kerajaan berada pada kedudukan yang tepat untuk terus mengutamakan rakyat. Ini termasuk memberi bantuan, terutamanya kepada kumpulan yang memerlukan bagi menangani peningkatan kos sara hidup; menyokong sektor swasta dengan dasar properniagaan serta memastikan pertumbuhan inklusif, meningkatkan pembangunan modal insan serta melonjakkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau.

"Saya ada rancangan dan ia (ternyata) membuahkan hasil. Saya tidak akan terganggu kerana kesannya amat serius jika rancangan ini tidak dijayakan. "Bajet 2016 akan membuktikan bagaimana rancangan ini akan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia dan meneruskan langkah seterusnya untuk mencapai Wawasan 2020 dan status sebagai sebuah negara maju. "Masa depan dan kebajikan semua rakyat Malaysia adalah keutamaan saya," tegas Perdana Menteri. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90927

Menteri APEC terima pakai deklarasi keutamaan pengangkutan

JUMAAT, 9 OKTOBER 2015 @ 10:18 PM

SINGAPURA: Menteri-menteri yang bertanggungjawab bagi pengangkutan dalam Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) telah menerima pakai deklarasi bersama yang merangkumi tujuh keutamaan pada akhir pertemuan mereka hari ini. Keutamaan berkenaan ialah memajukan mobiliti inklusif, membangunkan sistem pengangkutan mampan, menggalakkan inovasi dalam sistem pengangkutan, menggalakkan sambungan, pembinaan keupayaan, wanita dalam pengangkutan, dan kerjasama rentas forum.

Menteri-menteri itu bertemu pada Mesyuarat Peringkat Menteri Pengangkutan APEC ke-9 di Cebu, Filipina, hari ini, untuk membincangkan rancangan domestik dan serantau dan inisiatif, serta cabaran semasa dan keperluan, yang bertemakan Memacu Pertumbuhan Ekonomi melalui Mobiliti Inklusif dan Sistem Pengangkutan Mampan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, mereka juga meluluskan rangka kerja untuk penyertaan wanita dalam sektor pengangkutan, khususnya di bawah tunggak pendidikan,

Page 3: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 3

pengambilan, kepimpinan, dan penggunaan yang selamat dan akses kepada sistem pengangkutan. Sebelum mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Pengangkutan dan Komunikasi Setiausaha Filipina Joseph Emilio Aguinaldo Abaya itu, menteri-menteri mengadakan dialog dengan para pemimpin sektor swasta dan membincangkan bagaimana mereka boleh bekerjasama untuk menangani keperluan pengangkutan mampan yang luas.

Malaysia diwakili Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, yang mengesahkan komitmen Malaysia untuk menggalakkan teknologi hijau, mengatakan bahawa negara ini akan mencari cara dan kaedah untuk mencapainya. – BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/87753

Perniagaan teknologi hijau mampu sumbang RM22b menjelang 2020 – PM

JUMAAT, 11 SEPTEMBER 2015 @ 10:43 AM

NAJIB diiringi Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (kiri) tiba pada Majlis Pelancaran IGEM 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. - Foto Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Malaysia mengunjurkan perniagaan teknologi hijau mampu menyumbang lebih RM22 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020 dan RM60 bilion pada 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perniagaan berkaitan juga dijangka menyumbang pelaburan dalam teknologi hijau berjumlah RM28 bilion menjelang 2020 dan RM86 bilion pada 2030. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Produk Teknologi Hijau & Eko (IGEM 2015), di sini, sebentar tadi.

Page 4: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 4

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/81029

GTFS lulus 188 projek mesra alam bernilai RM2.2b

RABU, 9 SEPTEMBER 2015 @ 2:55 PM

KUALA LUMPUR: Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) meluluskan pembiayaan untuk 188 projek bernilai RM2.2 bilion pada 30 Jun 2015, menerusi 26 institusi kewangan yang mengambil bahagian. Apabila operasi bermula, pembiayaan yang diluluskan itu mampu mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dan mengurangkan hampir 2.67 juta tan bersamaan pelepasan karbon, kata Pengerusi Malaysia GreenTech, Tan Sri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, projek itu juga dijangka menjana RM4.43 bilion pelaburan hijau di negara ini. "GTFS membuktikan bagaimana insentif kerajaan dan pembabitan bersama sektor swasta secara berkesan, mampu memainkan peranan penting dalam mencetuskan pertumbuhan bidang baharu seperti teknologi hijau. "Pembabitan dalam pembiayaan awam dan swasta penting untuk memanfaatkan momentum ini dan memberi daya tarikan kepada pertumbuhan sektor hijau," katanya pada majlis perasmian Pembiayaan Forum Hijau di sini, hari ini. Bekas menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu berkata kira-kira 55 peratus daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah dalam bentuk pembiayaan Islam. Ini adalah peningkatan ketara berbanding hanya kira-kira 10 peratus pada 2010, tahun pertama program GTFS dilaksanakan, katanya.

Untuk masa hadapan, Chin berkata, kewangan Islam akan terus menjadi penentu kuasa dalam mempercepatkan pertumbuhan sektor hijau. Beliau berkata, ini disokong oleh reputasi baik Malaysia serta pengalaman negara dalam sektor kewangan Islam, selain kedua-dua pembiayaan Islam dan hijau berkongsi nilai etika yang sama. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech, Ir Ahmad Hadri Haris, berkata organisasi itu dijangka meluluskan sejumlah RM2.7 bilion menjelang akhir tahun, yang akan bersamaan dengan penambahan 20 hingga 30 projek.

GTFS dimulakan pada 2010 bagi mempromosi teknologi hijau dengan menyediakan pinjaman/pembiayaan kepada syarikat yang membekalkan dan menggunakan teknologi hijau, menerusi peruntukan sebanyak RM3.5 bilion. Institusi kewangan menawarkan rebat dua peratus setahun ke atas faedah selain jaminan kerajaan sebanyak 60 peratus ke atas jumlah kos yang dibiayai. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/80633

Page 5: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 5

6 inisiatif strategik mantapkan ekonomi

SABTU, 24 OKTOBER 2015 @ 7:28 AM

BAJET 2016 menggariskan enam inisiatif strategik yang memberi tumpuan kepada pengukuhan daya tahan ekonomi, memastikan keterangkuman, memperkasa modal insan, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau serta menjamin kesejahteraan rakyat. Program dan peruntukan pada tahun 2016 akan berpandukan kepada ekonomi keperluan rakyat, manakala konsep dan pelaksanaan program akan memberi tumpuan kepada nilai inovasi, iaitu pelaksanaan program secara pantas, berkos rendah dan berimpak tinggi.

Mengambil kira persekitaran luaran yang lemah, kerajaan akan melaksanakan dasar bagi mengukuhkan lagi daya tahan ekonomi domestik. Dari aspek pelaburan, inisiatif akan diambil untuk meningkatkan keyakinan pelabur melalui penyediaan persekitaran yang kondusif agar pelaburan terus berkembang. Usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) akan terus dipergiat dengan menyasarkan industri bernilai tambah tinggi dan berintensif pengetahuan. Bagi mengekalkan peranan sektor perkhidmatan sebagai pemacu utama pertumbuhan, kerajaan akan mempercepat pelaksanaan Pelan Induk Sektor Perkhidmatan serta Pelan Induk Logistik dan Fasiliti Perdagangan. Transformasi koridor Pembangunan lima wilayah koridor ekonomi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) untuk mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah akan terus dipergiat bagi mentransformasikan koridor berkenaan menjadi kawasan pelaburan strategik.

Dalam usaha menggalakkan keterangkuman dan pembangunan seimbang, kerajaan akan meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat, termasuk di Sabah dan Sarawak. Bagi meningkatkan pergerakan rakyat dan barangan, kerajaan akan membina Lebuhraya Pan-Borneo meliputi 1,090 kilometer di Sarawak dan 706 kilometer di Sabah. Kerajaan akan berusaha meningkatkan pendapatan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan M40 dengan

Page 6: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 6

mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan keusahawanan. Kerajaan akan terus memberi penekanan pembangunan modal insan bagi memastikan tenaga kerja dilengkapi pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian.

Bagi tujuan ini, sistem pendidikan akan terus ditambah baik dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Kerajaan komited untuk meningkatkan produktiviti melalui penambahan pengetahuan serta penggunaan inovasi dan teknologi. Dalam hal ini, kerajaan akan terus menggalakkan program latihan semula dan peningkatan kemahiran untuk menambah produktiviti buruh. Untuk membantu perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kerajaan akan terus membiayai Skim Jaminan Modal Kerja, Dana Strategik Pelaburan Domestik dan Dana Projek Berimpak Tinggi.

Kerajaan terus melaksanakan pendekatan holistik untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Bagi memenuhi keperluan rumah kepada rakyat, kerajaan menyediakan fasiliti pembiayaan secukupnya kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana serta meluaskan program perumahan sewa beli kepada kumpulan berpendapatan rendah.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91471

Teknologi hijau mampu pacu sektor pembinaan negara

JUMAAT, 12 JUN 2015 @ 10:18 PM

Oleh Ahmad Fiesal Othman [email protected]

PEMBANGUNAN dan penggunaan teknologi hijau yang lebih meluas mampu memacu sektor pembinaan negara ke tahap lebih maju dan mesra alam. Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar, berkata usaha itu antara penekanan utama yang disarankan dalam kalangan ahlinya dalam memacu industri hartanah dan perumahan negara ke tahap yang lebih baik. Beliau berkata, sebagai persatuan yang mewakili pemaju hartanah dan perumahan negara, REHDA telah memperkenal inisiatif GreenRE yang bertujuan memacu industri pembinaan negara ke arah teknologi hijau yang mesra alam.

"Ia bertjuan mempromosikan persekitaran industri pembinaan dan perumahan yang mapan dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pemaju, pereka dan pembina serta menggalakkan mereka menggunakan infrastruktur lebih ekonomi dan tenaga yang efisyen," katanya berucap pada majlis makan malam REHDA di Kelana Jaya, malam tadi. GreenRE yang dilancarkan sejak dua tahun lalu adalah mekanisme perkiraan taraf hijau bagi industri hartanah yang akan menggalakkan pemaju menerapkan teknologi mesra alam dan pembangunan hijau untuk projek yang akan dibangunkan. Pada majlis malam tadi sebanyak 19 pemaju menerima pengiktirafan GreenRE dengan pengiktirafan platinum, emas, perak dan gangsa atas inisiatif mereka menerapkan teknologi hijau projek pembangunan mereka.

FD Iskandar berkata, selepas dua tahun dilancarkan GreenRE telah mencatatkan kejayaan ketara dengan penambahan Sistem Penarafan Bandar dalam penilaian penarafannya. Beliau berkata, Sistem Penarafan Bandar itu adalah aspek terbaharu yang diambil kira dalam memberikan penarafan untuk GreenRE. "Sistem Penarafan Bandar itu akan membolehkan projek pembangunan melebarkan

Page 7: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 7

penilaian untuk bangunan hijau mencakupi ke tahap kejiranan dan komuniti, sekali gus membenarkan skop penilaian yang lebih meluas serta diharap pada masa akan datang membantu mencapai sasaran negara untuk pengurangan 40 peratus karbon menjelang 2020," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/60882

Muhyiddin lancar Blueprint Polygreen Politeknik Malaysia

RABU, 1 APRIL 2015 @ 11:21 AM

JASIN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Blueprint PolyGreen Politeknik Malaysia di Politeknik Merlimau, di sini. Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menganggap program itu mampu menyepadukan pembangunan hijau dalam sistem pengajaran dan pembelajaran membabitkan lima aspek iaitu pengurusan kampus hijau, pembangunan kurikulum hijau, pemupukan komuniti hijau, penyelidikan hijau dan pembudayaan hijau.

Katanya, amalan berteraskan konsep 6R iaitu Reuse, Reduce, Renew, Recycle, Repair dan Rethink akan menjadi budaya seluruh warga politenik. "Pendek kata, slogan tiada yang terbuang di politeknik akan menjadi laungan 'perang' warga pusat pengajian tinggi ini. Seterusnya kita menaruh harapan supaya semua lulusan politeknik akan menjadi ejen perubahan meneraju teknologi hijau dalam kerjaya mereka selanjutnya.

"Saya juga percaya, di samping boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk jangka masa panjang, inisiatif ini juga menyambut saranan kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida negara kepada 40 peratus menjelang tahun 2020 seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Persidangan Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September tahun lalu," katanya di sini pagi ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/44651

Muhyiddin lancar Blueprint Polygreen Politeknik Malaysia

RABU, 1 APRIL 2015 @ 11:21 AM

JASIN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Blueprint PolyGreen Politeknik Malaysia di Politeknik Merlimau, di sini. Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menganggap program itu mampu menyepadukan pembangunan hijau dalam sistem pengajaran dan pembelajaran membabitkan lima aspek iaitu pengurusan kampus hijau, pembangunan kurikulum hijau, pemupukan komuniti hijau, penyelidikan hijau dan pembudayaan hijau.

Page 8: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 8

Katanya, amalan berteraskan konsep 6R iaitu Reuse, Reduce, Renew, Recycle, Repair dan Rethink akan menjadi budaya seluruh warga politenik. "Pendek kata, slogan tiada yang terbuang di politeknik akan menjadi laungan 'perang' warga pusat pengajian tinggi ini. Seterusnya kita menaruh harapan supaya semua lulusan politeknik akan menjadi ejen perubahan meneraju teknologi hijau dalam kerjaya mereka selanjutnya. "Saya juga percaya, di samping boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk jangka masa panjang, inisiatif ini juga menyambut saranan kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida negara kepada 40 peratus menjelang tahun 2020 seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Persidangan Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September tahun lalu," katanya di sini pagi ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/44651

Perdagangan Malaysia-Jepun cecah RM137.45 bilion

AHAD, 15 MAC 2015 @ 11:32 AM

TOKYO: Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Jepun mencecah RM137.45 bilion (AS$42 bilion) pada 2014, peningkatan sebanyak 1.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, eksport adalah sebanyak RM82.71 bilion (AS$25.6 bilion), naik 4.4 peratus manakala import berkurangan kepada RM54.75 bilion (AS$16.74 bilion) iaitu penurunan sebanyak 2.9 peratus. Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris, berkata eksport utama Malaysia ke Jepun adalah gas asli cecair (LNG), produk elektrik dan elektronik serta produk berasaskan kimia. Beliau berkata, barangan import utama Malaysia dari Jepun pula adalah elektrik dan elektronik, peralatan mesin, alat-alat ganti dan aksesori kenderaan serta kereta. "Jepun adalah rakan perdagangan ketiga terbesar negara selepas Cina dan Singapura," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Ahmad Izlan berkata, dalam aspek pelaburan pula, Jepun adalah antara pelabur asing terbesar di Malaysia di mana sehingga 31 Disember 2013, sebanyak 2,510 projek pelaburan oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan dengan jumlah pelaburan sebanyak AS$22.7 bilion. "Pelaburan ini juga telah mewujudkan sebanyak 332,352 peluang pekerjaan di Malaysia," katanya. Sementara itu, bagi tempoh Januari hingga September 2014 sebanyak 47 projek yang melibatkan syarikat Jepun telah diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM10.65 bilion (AS$3.26 bilion). "Projek ini dijangka mewujudkan sebanyak 6,874 peluang pekerjaan," katanya.

Ahmad Izlan berkata, sehingga kini terdapat 1,400 syarikat Jepun yang sedang beroperasi di Malaysia. "Sektor yang berpotensi bagi pelabur Jepun di Malaysia adalah teknologi hijau, industri berteknologi tinggi, bioteknologi, elektronik canggih dan industri automotif," katanya. Menurutnya, bagi sektor pelancongan, Jepun adalah satu daripada pasaran kemasukan pelancong ke Malaysia dengan bilangan pelancong dari negara itu yang melawat Malaysia pada 2014 berjumlah 553,106. "Tourism Malaysia menyasar 600,000 orang dari Jepun melawat Malaysia tahun ini. Bagi pelancong Malaysia ke Jepun pula, kira-kira 251,000 tahun lepas," katanya. Beliau berkata, Malaysia dan Jepun mempunyai hubungan yang sangat erat terutama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan. "Hubungan antara Malaysia dan Jepun adalah rapat, dan telah terjalin sejak tahun 1957," katanya. - BERNAMA

Page 9: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 9

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/41097

Teknologi hijau tingkat kualiti hidup, pacu ekonomi negara

JUMAAT, 13 MAC 2015 @ 8:24 AM Oleh Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah

BANGUNAN Teknologi Hijau Universiti Malaysia Pahang, Gambang yang menggunakan kontena terpakai menempatkan bilik pensyarah. - Foto Halim Mat Ali

Apabila sesebuah negara semakin pesat membangun, populasinya semakin meningkat. Ini menyebabkan kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan adalah tinggi. Gaya hidup manusia yang mahukan kehidupan lebih baik seperti rumah, bekalan elektrik dan air, kereta dan lain-lain menyebabkan permintaan terhadap sumber semula jadi semakin meningkat. Pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang seperti pembalakan tidak terkawal, penerokaan tanah secara berleluasa, pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera, pembuangan sisa pepejal dan sebagainya menyebabkan pencemaran. Jika pengurusan sumber semula jadi ini tidak diuruskan dengan baik, ia turut menjejaskan kualiti hidup manusia dan alam sekitar.

Justeru, masyarakat dunia kini menghadapi dua cabaran utama, iaitu isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga. Kedua-dua isu ini harus ditangani secara kolektif dan efektif. Satu pendekatan yang kritis amatlah penting. Berdasarkan keperluan ini, teknologi hijau menjadi portfolio Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, (KeTHHA) yang ditubuhkan pada 9 April 2009. Teknologi hijau mempunyai peranan strategik yang lebih jauh daripada setakat mencapai autonomi tenaga dan menangani perubahan cuaca.

Teknologi hijau turut membantu pembangunan masyarakat berilmu yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Kita boleh hidup lebih lestari jika kita

Page 10: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 10

menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semula jadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar. Teknologi hijau adalah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Teknologi hijau merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Ia adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk.

Dasar Teknologi Hijau

Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai 2009 dan menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mapan. Pembangunan mapan hendaklah memenuhi keperluan masyarakat masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang. Ia adalah berasaskan empat tunggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dari aspek tenaga, teknologi hijau mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa sama mempromosikan kecekapan guna tenaga.

Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi. Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan. Seperti kita semua sedia maklum, pemanasan global dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia. Dunia dikatakan semakin hari semakin panas. Kenaikan elemen suhu di seluruh dunia ini berkait rapat dengan aktiviti manusia yang mengganggu keseimbangan sistem bumi khususnya sistem atmosfera.

Fenomena pemanasan global

Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global memberi makna wujudnya ketidakseimbangan dalam bajet haba. Input haba diterima oleh sistem bumi berlebihan berbanding outputnya. Justeru, kenaikan suhu pada semua skala sama ada mikro atau makro. Mengikut Profesor James G Titus dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat: 'Terdapat peningkatan suhu dunia antara 0.4 hingga 0.5 darjah Celsius pada setiap lima tahun bermula pada tahun 1952. Dianggarkan antara tahun 1990 hingga 2025 suhu dunia akan meningkat antara 0.8 hingga 3.6 darjah Celsius.' Pemanasan global terjadi melalui dua mekanisme penting iaitu melalui kesan rumah hijau dan juga penipisan lapisan ozon.

Walaupun terdapat punca semulajadi, tetapi aktiviti manusia lebih banyak menyumbang terhadap kedua-dua mekanisme di atas. Kesan rumah hijau banyak disumbangkan oleh gas karbon dioksida. Lantaran itu penekanan terhadap 'teknologi hijau' adalah alternatif tepat dalam menangani masalah kesan rumah hijau ini selaras dengan agenda utama kerajaan seluruh dunia pada masa kini yang memberi keutamaan kepada isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.

Page 11: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 11

Seperti yang kita tahu, teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia seperti pengeluaran asap hitam yang membahayakan oleh kilang, penggunaan bahan bakar kenderaan bermotor, pemusnahan alam semula jadi, pencemaran sungai, pelepasan karbon ke udara dan sebagainya.

Teknologi hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding teknologi sedia ada. Untuk menggalakkan pembangunan aktiviti teknologi hijau, kerajaan telah menyediakan insentif berikut: 1) Dalam Bajet 2010 memperuntukkan RM1.5 billion sebagai pinjaman mudah kepada pengeluar serta pengguna Teknologi Hijau di seluruh Negara melalui Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS); 2) Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan; 3) Pembeli rumah yang memperoleh sijil GBI daripada pemaju hartanah diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik; dan 4) Jumlah pengecualian adalah bersamaan dengan kos tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan. Pengecualian ini adalah layak bagi pembeli yang menyempurnakan perjanjian jual beli mulai 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014.

Polis wanita bergambar bersama motosikal menggunakan teknologi hijau. - Foto hiasan

Manfaat teknologi hijau

Umumnya, teknologi hijau memfokuskan kepada empat kebaikan. Dari aspek tenaga, teknologi hijau diharapkan dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga negara. Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hibrid dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi. Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana ia boleh menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra pengguna. Ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amalan di negara maju yang telah membangunkan industri ini sejak sekian lama.

Page 12: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 12

Teknologi hijau dapat membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat jika dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minimum. Ia dapat meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup, meningkatkan kualiti udara dan air, mengurangkan pembuangan bahan tercemar dan melindungi sumber semula jadi. Dari aspek ekonomi, teknologi ini mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya.

Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Ia dapat membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Teknologi ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Prestasi kitar hidup ekonomi juga dapat dioptimumkan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau' yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk Malaysia. Dari segi komuniti, teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran. Contoh, penggunaan kereta enjin hibrid. Hal ini dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar, mengurangkan masalah infrastruktur tempatan dan meningkatkan kualiti hidup. Antara bangunan hijau di Malaysia ialah Pusat Tenaga Malaysia (PTM), iaitu bangunan hijau berkonsepkan bangunan tenaga rendah dan mesra alam, selain dilengkapi sistem building integrated photovoltaic (BIPV) yang mesra alam kerana tidak mencemar selain mengurangkan penggunaan tenaga daripada sumber bahan api fosil.

Tonggak utama DTHN meliputi tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, kesungguhan kerajaan menggerakkan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau tidak akan menghasilkan impak yang diharapkan tanpa bantuan dan kesedaran rakyat. Berikutan itu, dana sebanyak RM20 juta diperuntukkan kerajaan untuk memperhebat aktiviti kesedaran rakyat mengenai perlunya menghijaukan persekitaran dan mengamalkan budaya hidup yang mesra alam. Ini selaras dengan strategi pelaksanaan DTHN iaitu mempertingkat promosi dan kesedaran awam mengenai teknologi hijau dan kepenggunaannya.

Page 13: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 13

SWM perkenal kaedah sistem kutipan baharu menggunakan jentera kompaktor yang mesra alam. - Foto hiasan

Langkah kerajaan memajukan teknologi hijau

Usaha ini juga sejajar dengan keputusan mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Melalui dana ini, syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau dapat membuat pinjaman untuk membiayai aktiviti yang menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau. Pinjaman maksimum untuk syarikat pengeluar sehingga RM50 juta dan syarikat pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawa kerajaan benar-benar komited memajukan industri ini. Kerajaan turut menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah pinjaman tersebut dengan nisbah jaminan 60 peratus dan institusi perbankan 40 peratus. Permohonan pinjaman pula boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 memberikan faedah kepada lebih daripada 140 syarikat. Beberapa langkah diambil memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan teknologi hijau serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya.

Misalnya, dalam Bajet 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau. Strategi mewujudkan persekitaran kondusif bagi pembangunan teknologi hijau juga penting. Strategi ini pastinya tidak berjaya dilaksanakan tanpa instrumen ekonomi yang inovatif. Strategi ini juga sukar dilaksanakan tanpa sebarang dana untuk menggalakkan usaha merancakkan promosi terutama untuk menarik pelaburan langsung asing dalam industri teknologi hijau dan merangsang pelaburan langsung domestik industri tempatan. Strategi mewujudkan persekitaran kondusif ini penting dalam usaha menjadikan Malaysia pangkalan

Page 14: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 14

teknologi hijau serantau khususnya bagi tenaga yang boleh diperbaharui seperti teknologi solar fotovoltanik.

Begitu juga galakan fiskal dan peruntukan bajet diperlukan untuk melaksanakan program latihan dan pendidikan bagi merangsang pembangunan modal insan dalam industri teknologi hijau. Selain itu, dana juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk menggalakkan pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan teknologi hijau. Kejayaan DTHN turut dipengaruhi ketelusan dan kecekapan pentadbiran dan pengurusan pelaksanaan. Sehubungan itu, strategi membabitkan langkah memperkukuh rangka kerja pada peringkat institusi seperti kementerian, agensi, sektor swasta, dan pihak yang berkepentingan. Untuk menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang bertujuan memastikan penyelarasan pada peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap. Majlis ini dipengerusikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara bergilir-gilir. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama menyelaras dan mempermudah peranan semua pihak berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau.

Aplikasi Teknologi Hijau adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan yang mana pembangunan dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita peroleh sekarang atau kualiti lebih baik dari sekarang. Penulis ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Kelantan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/40615

Page 15: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 15

Malaysia kaji kaedah kurangkan risiko fiskal

SELASA, 3 MAC 2015 @ 5:52 PM

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa memberi ucapan sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif Razak School of Government (RSOG), Dr. Hamidin Abdul Hamid (kiri) dan Pengerusi Akademi Pengarah-Pengarah Malaysia (MINDA), Datuk Ahmad Pardas Senin pada majlis penutup Persidangan Pengarah Antarabangsa (IDS) 2015 di Kuala Lumpur. - Foto Surianie Mohd Hanif

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengkaji kaedah untuk mengurangkan risiko fiskal tanpa menjejaskan insentif kepada sektor swasta di bawah perkongsian awam-swasta (PPP). Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata langkah itu mungkin melalui kaedah membangunkan petunjuk sektor awam dalam penilaian projek PPP dan melaksanakan PPP yang inovatif menggunakan keupayaan sektor swasta dengan cekap.

"Projek-projek prasarana akan terus relevan dalam PPP, walaupun dengan memberi tumpuan kepada bidang baharu, misalnya teknologi hijau dan reka bentuk cekap tenaga serta pemilihan projek seperti membuka perbandaran baharu dan strategik, kawasan seperti pembangunan koridor dan bandar," katanya dalam ucapan khas pada Sidang Kemuncak Pengarah Antarabangsa (IDS) 2015 di sini hari ini. Beliau berkata kerajaan berjaya menjimatkan RM211.3 bilion dengan pelaksanaan 698 projek PPP dari 1983 hingga Disember 2014. Katanya ia termasuk jumlah perbelanjaan modal sebanyak RM195.6 bilion, perbelanjaan operasi (RM9.3 bilion) dan hasil daripada jualan aset dan ekuiti kerajaan (RM6.5 bilion).

"Malaysia memperoleh banyak pencapaian melalui aturan PPP, termasuk 31 lebuh raya bertol dan jambatan, serta 12 kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara," katanya. Ali berkata pelaburan swasta dijangka memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan ekonomi, menyumbang 17.5 peratus kepada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun lalu. IDS 2015 selama dua hari yang bermula semalam adalah anjuran bersama Razak School of

Page 16: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 16

Government (RSOG) dan Akademi Pengarah Malaysia (MINDA). Ia menampilkan lebih 30 penceramah terkemuka tempatan dan antarabangsa yang membincangkan isu, cabaran dan potensi peningkatan kepada PPP. – BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/38208

Jangan pandang remeh perubahan iklim, pemanasan global - Najib

RABU, 25 FEBRUARI 2015 @ 8:59 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata fenomena perubahan iklim dan pemanasan global tidak lagi boleh dipandang remeh. Katanya, taburan hujan telah berubah dan Malaysia menempuh musim kemarau terlampau hingga mengalami krisis air di beberapa negeri pada awal dan pertengahan 2014 dan pada penghujung tahun pula, hujan lebat berterusan telah membawa kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa akibat banjir. "Sebagai contoh, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan merekodkan taburan hujan tinggi iaitu 1,295 milimeter bagi tempoh 21 hingga 23 Disember 2014 yang bersamaan dengan taburan hujan bagi 64 hari," katanya ketika berucap mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) di sini hari ini.

Najib juga berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan bencana banjir terburuk dan tanah runtuh yang berlaku itu ada kaitannya dengan kegiatan pembukaan tanah untuk pertanian dan pembangunan serta penerokaan tanah haram. "Laporan Penilaian Kelima Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang diterbitkan tahun lepas oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia

Page 17: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 17

(WMO) dan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) telah memberi amaran bahawa langkah-langkah mitigasi yang diambil masih belum mencukupi untuk mengehadkan tahap peningkatan suhu pada dua darjah Celsius. "Ini akan mengakibatkan bencana alam yang sangat serius pada masa depan," katanya. Najib berkata, memandangkan MTHPI yang diwujudkan pada 2010 berperanan merangka agenda pembangunan teknologi hijau dan menangani perubahan iklim maka adalah wajar mesyuarat MTHPI diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Menyentuh mengenai teknologi hijau, Perdana Menteri berkata jumlah pekerjaan hijau yang wujud di Malaysia telah meningkat sebanyak 38 peratus iaitu daripada 61,280 pada 2013 kepada 84,565 pada tahun lepas. Beliau berkata, teknologi hijau di Malaysia dapat menjadi pemangkin ke arah pembangunan ekonomi hijau yang mampan bukan sahaja dari aspek keseimbangan alam sekitar tetapi juga aspek sosial. Beliau berkata Kajian Pelan Induk Teknologi Hijau menggariskan lima sektor utama ekonomi iaitu tenaga, pengangkutan, bangunan, sisa dan air. Najib berkata, dijangka perniagaan hijau berdasarkan landasan "berurus niaga seperti biasa' bagi lima sektor utama ekonomi tersebut akan menyumbang sebanyak RM12.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020 dan RM27.9 bilion pada tahun 2030.

"Sekiranya komitmen jitu diberikan melangkaui "business as usual' (urus niaga seperti biasa) dalam meningkatkan perniagaan hijau adalah dijangka perniagaan hijau akan menyumbang sebanyak RM22.4 bilion kepada KDNK pada tahun 2020 dan RM60 bilion pada tahun 2030," katanya. "Perniagaan hijau berdasarkan landasan itu juga dijangka dapat meningkatkan peluang pekerjaan hijau kepada 144,590 pada tahun 2020 dan 211,500 pada tahun 2030," katanya. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam sidang media selepas mesyuarat itu berkata sebanyak lima kertas pertimbangan dibentangkan dalam mesyuarat hari ini iaitu Pelan Induk Teknologi Hijau Negara daripada kementeriannya dan 'A Roadmap of Carbon Intensity Reduction in Malaysia' (Pelan Pengurangan Tahap Karbon di Malaysia) daripada Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli. Tiga lagi kertas pertimbangan yang dibentangkan ialah 'National Waste Grid' (Grid Sisa Nasional) daripada Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Cadangan Mewujudkan Industri Green-Blue Packaging daripada SIRIM Bhd dan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik Negara daripada Malaysia Green Technology Corporation. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/36940

Sektor teknologi hijau pemangkin pembangunan ekonomi - PM

RABU, 25 FEBRUARI 2015 @ 6:55 PM

PUTRAJAYA: Sektor teknologi hijau di Malaysia dapat menjadi pemangkin ke arah pembangunan ekonomi hijau yang mampan, bukan saja dari aspek keseimbangan alam sekitar tetapi juga aspek sosial. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi memastikan pertumbuhan yang menggalakkan dalam sektor itu, kerajaan harus menyediakan dasar yang kondusif terhadap pembangunan teknologi hijau. Katanya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sudah pun merangka Pelan Induk Teknologi Hijau dan dibentangkan pada Majlis Mesyuarat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim sebentar tadi. "Saya berharap pelan induk ini dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama dan komitmen semua pihak yang berkepentingan," katanya ketika berucap

Page 18: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 18

mempengerusikan Majlis Mesyuarat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Bil 1/2015 di Perdana Putra di sini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Turut hadir Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/36912

Sistem tenaga solar mungkin alternatif elektrik ketika bencana

ISNIN, 12 JANUARI 2015 @ 2:58 PM

JOHOR BAHRU: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sedang mengkaji kemungkinan memasang sistem tenaga solar di pusat pemindahan banjir sebagai satu daripada alternatif bekalan elektrik pada musim bencana. Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementeriannya sedang meneliti cadangan itu, memandangkan banyak pencawang elektrik ditenggelami air sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kawasan terlibat banjir. "Kami mahu mengkaji dan melihat berapa banyak pusat pemindahan boleh digunakan untuk fasa pertama. Ini boleh menjadi alternatif kepada bekalan elektrik ketika banjir atau pada musim bencana kelak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program tenaga boleh baharu solar di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Beliau berkata, selain tenaga solar, pihaknya juga bercadang untuk memasang sistem penuaian air hujan yang boleh digunakan bagi memerangkap air hujan dan kemudiannya ditapis bagi kegunaan semula, di pusat-pusat pemindahan yang sama. "Pada hari biasa, tenaga elektrik yang dijana melalui tenaga solar boleh dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pendapatan sampingan,"

Page 19: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 19

kata beliau. Mahdzir berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai kos bagi membina sistem-sistem berkenaan untuk memulakan kajian dalam masa terdekat. "Bila semua maklumat dah lengkap, kami akan membuat cadangan kepada kerajaan," kata beliau. Sehingga 25 Disember tahun lepas, TNB menghentikan sementara bekalan ke 1,266 buah pencawang elektrik di beberapa daerah atau kawasan di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditenggelami air.

Bagi membekalkan elektrik sementara di kawasan tersebut, TNB menggunakan lebih 70 set janakuasa berkapasiti antara 500 kW hingga 1,000 kW untuk tujuan tersebut. Sementara itu, Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mencadangkan agar konsep sistem wakaf solar diperkenalkan di surau dan masjid di negeri ini sebagai satu daripada cara menampung kos untuk menjalankan aktiviti dan program kemasyarakatan. Selain mendapat pendapatan sampingan, masyarakat juga boleh sama-sama menyumbang kepada pembangunan masjid selain memperkenalkan konsep tenaga baharu kepada masyarakat setempat, katanya. Setakat ini, dua masjid dan enam surau di kawasan parlimen Johor Baharu dilengkapi sistem tenaga solar. - BERNAMA

TIMBALAN Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Sumber Air, Datuk Seri DiRaja Mahdzir Khalid diiringi Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad (tengah) melihat meter letrik solar selepas melancarkan Tenaga Boleh Baru Solar Masjid dan Surau dalam kawasan Parlimen Johor Bahru di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/28717

Page 20: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 20

Mercu Mustapha Kamal sasar syarikat multinasional

SELASA, 15 SEPTEMBER 2015 @ 2:50 PM Oleh Nurhayati Abllah [email protected]

KUALA LUMPUR: Projek pembangunan Kumpulan Emkay (EMKAY), Mercu Mustapha Kamal dijangka menerima permintaan tinggi dalam kalangan komuniti setempat dan juga syarikat multinasional kerana mempunyai elemen tambah nilai terutama dalam penjimatan penggunaan tenaga. Bangunan berteknologi pintar pertama dibangunkan EMKAY itu membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM385 juta.

Perunding Projek, K Mohanachandran, berkata pembinaan Mercu Mustapa Kamal yang dijangka siap sepenuhnya pada Oktober tahun depan adalah bangunan berstatus MSC yang memberi kemampuan untuk berhubung dengan komuniti global, sesuai untuk dijadikan pejabat bagi syarikat multinasional. Katanya, ia juga bakal mentransformasi dan mengubah lanskap Petaling Jaya dengan menyediakan sebuah bangunan yang menghubungkan kehijauan mapan serta paparan digital yang mudah dilihat serta diakses yang memberi peluang terbaik kepada komuniti.

"Bangunan berkenaan mematuhi piawaian 'emas' Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan mencapai 50 peratus pengurangan penggunaan tenaga berbanding bangunan lain. "Selain itu, ciri mapan lain yang boleh didapati termasuk kawalan cahaya semula jadi dengan pengezonan secara automatik, lampu jimat tenaga, pengurusan sisa pepejal, 'sky garden' dan penutupan peralatan elektronik secara automatik," katanya pada sesi taklimat media mengenai projek pembangunan itu di sini, hari ini. Pembinaan Mercu Mustapha Kamal yang bermula Oktober 2013 adalah kompleks pejabat yang terdiri daripada Menara 1 setinggi 27 tingkat dan Menara 2 dengan 14 tingkat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82063

Teknologi hijau tingkat kualiti hidup, pacu ekonomi negara

JUMAAT, 13 MAC 2015 @ 8:24 AM Oleh Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah

Apabila sesebuah negara semakin pesat membangun, populasinya semakin meningkat. Ini menyebabkan kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan adalah tinggi. Gaya hidup manusia yang mahukan kehidupan lebih baik seperti rumah, bekalan elektrik dan air, kereta dan lain-lain menyebabkan permintaan terhadap sumber semula jadi semakin meningkat. Pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang seperti pembalakan tidak terkawal, penerokaan tanah secara berleluasa, pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera, pembuangan sisa pepejal dan sebagainya menyebabkan pencemaran.

Jika pengurusan sumber semula jadi ini tidak diuruskan dengan baik, ia turut menjejaskan kualiti hidup manusia dan alam sekitar. Justeru, masyarakat dunia kini menghadapi dua cabaran utama, iaitu isu perubahan iklim dan keselamatan tenaga. Kedua-dua isu ini harus ditangani secara kolektif dan efektif. Satu pendekatan yang kritis amatlah penting. Berdasarkan keperluan ini, teknologi hijau menjadi portfolio Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, (KeTHHA) yang ditubuhkan pada 9 April 2009. Teknologi hijau mempunyai peranan strategik yang lebih jauh daripada setakat mencapai autonomi tenaga dan menangani perubahan cuaca. Teknologi hijau turut membantu pembangunan

Page 21: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 21

masyarakat berilmu yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semula jadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar.

Teknologi hijau adalah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Ia adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada.

Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Dasar Teknologi Hijau Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai 2009 dan menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mapan. Pembangunan mapan hendaklah memenuhi keperluan masyarakat masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang. Ia adalah berasaskan empat tunggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Dari aspek tenaga, teknologi hijau mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, teknologi hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi. Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan. Seperti kita semua sedia maklum, pemanasan global dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia. Dunia dikatakan semakin hari semakin panas. Kenaikan elemen suhu di seluruh dunia ini berkait rapat dengan aktiviti manusia yang mengganggu keseimbangan sistem bumi khususnya sistem atmosfera.

Fenomena pemanasan global Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global memberi makna wujudnya ketidakseimbangan dalam bajet haba. Input haba diterima oleh sistem bumi berlebihan berbanding outputnya. Justeru, kenaikan suhu pada semua skala sama ada mikro atau makro. Mengikut Profesor James G Titus dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat: 'Terdapat peningkatan suhu dunia antara 0.4 hingga 0.5 darjah Celsius pada setiap lima tahun bermula pada tahun 1952. Dianggarkan antara tahun 1990 hingga 2025 suhu dunia akan meningkat antara 0.8 hingga 3.6 darjah Celsius.'

Pemanasan global terjadi melalui dua mekanisme penting iaitu melalui kesan rumah hijau dan juga penipisan lapisan ozon. Walaupun terdapat punca semulajadi, tetapi aktiviti manusia lebih banyak menyumbang terhadap kedua-dua mekanisme di atas. Kesan rumah hijau banyak disumbangkan oleh gas karbon dioksida. Lantaran itu penekanan terhadap 'teknologi hijau' adalah alternatif tepat dalam menangani masalah kesan rumah hijau ini selaras dengan agenda utama kerajaan seluruh dunia pada masa kini yang memberi keutamaan kepada isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama

Page 22: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 22

memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Seperti yang kita tahu, teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia seperti pengeluaran asap hitam yang membahayakan oleh kilang, penggunaan bahan bakar kenderaan bermotor, pemusnahan alam semula jadi, pencemaran sungai, pelepasan karbon ke udara dan sebagainya. Teknologi hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding teknologi sedia ada.

Untuk menggalakkan pembangunan aktiviti teknologi hijau, kerajaan telah menyediakan insentif berikut: 1) Dalam Bajet 2010 memperuntukkan RM1.5 billion sebagai pinjaman mudah kepada pengeluar serta pengguna Teknologi Hijau di seluruh Negara melalui Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS); 2) Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan; 3) Pembeli rumah yang memperoleh sijil GBI daripada pemaju hartanah diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik; dan 4) Jumlah pengecualian adalah bersamaan dengan kos tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan. Pengecualian ini adalah layak bagi pembeli yang menyempurnakan perjanjian jual beli mulai 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014.

Manfaat teknologi hijau Umumnya, teknologi hijau memfokuskan kepada empat kebaikan. Dari aspek tenaga, teknologi hijau diharapkan dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga negara. Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hibrid dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi. Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana ia boleh menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra pengguna. Ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amalan di negara maju yang telah membangunkan industri ini sejak sekian lama.

Teknologi hijau dapat membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat jika dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minimum. Ia dapat meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup, meningkatkan kualiti udara dan air, mengurangkan pembuangan bahan tercemar dan melindungi sumber semula jadi. Dari aspek ekonomi, teknologi ini mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya.

Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Ia dapat membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Teknologi ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Prestasi kitar hidup ekonomi juga dapat dioptimumkan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau' yang telah kita hasilkan.

Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk Malaysia. Dari segi komuniti, teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran. Contoh, penggunaan kereta enjin hibrid. Hal ini dapat

Page 23: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 23

meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar, mengurangkan masalah infrastruktur tempatan dan meningkatkan kualiti hidup.

Antara bangunan hijau di Malaysia ialah Pusat Tenaga Malaysia (PTM), iaitu bangunan hijau berkonsepkan bangunan tenaga rendah dan mesra alam, selain dilengkapi sistem building integrated photovoltaic (BIPV) yang mesra alam kerana tidak mencemar selain mengurangkan penggunaan tenaga daripada sumber bahan api fosil. Tonggak utama DTHN meliputi tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, kesungguhan kerajaan menggerakkan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau tidak akan menghasilkan impak yang diharapkan tanpa bantuan dan kesedaran rakyat. Berikutan itu, dana sebanyak RM20 juta diperuntukkan kerajaan untuk memperhebat aktiviti kesedaran rakyat mengenai perlunya menghijaukan persekitaran dan mengamalkan budaya hidup yang mesra alam. Ini selaras dengan strategi pelaksanaan DTHN iaitu mempertingkat promosi dan kesedaran awam mengenai teknologi hijau dan kepenggunaannya.

Langkah kerajaan memajukan teknologi hijau Usaha ini juga sejajar dengan keputusan mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Melalui dana ini, syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau dapat membuat pinjaman untuk membiayai aktiviti yang menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau. Pinjaman maksimum untuk syarikat pengeluar sehingga RM50 juta dan syarikat pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawa kerajaan benar-benar komited memajukan industri ini. Kerajaan turut menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah pinjaman tersebut dengan nisbah jaminan 60 peratus dan institusi perbankan 40 peratus. Permohonan pinjaman pula boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 memberikan faedah kepada lebih daripada 140 syarikat.

Beberapa langkah diambil memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan teknologi hijau serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya. Misalnya, dalam Bajet 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau. Strategi mewujudkan persekitaran kondusif bagi pembangunan teknologi hijau juga penting. Strategi ini pastinya tidak berjaya dilaksanakan tanpa instrumen ekonomi yang inovatif. Strategi ini juga sukar dilaksanakan tanpa sebarang dana untuk menggalakkan usaha merancakkan promosi terutama untuk menarik pelaburan langsung asing dalam industri teknologi hijau dan merangsang pelaburan langsung domestik industri tempatan.

Strategi mewujudkan persekitaran kondusif ini penting dalam usaha menjadikan Malaysia pangkalan teknologi hijau serantau khususnya bagi tenaga yang boleh diperbaharui seperti teknologi solar fotovoltanik. Begitu juga galakan fiskal dan peruntukan bajet diperlukan untuk melaksanakan program latihan dan pendidikan bagi merangsang pembangunan modal insan dalam industri teknologi hijau. Selain itu, dana juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk menggalakkan pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan teknologi hijau. Kejayaan DTHN turut dipengaruhi ketelusan dan kecekapan pentadbiran dan pengurusan pelaksanaan.

Page 24: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 24

Sehubungan itu, strategi membabitkan langkah memperkukuh rangka kerja pada peringkat institusi seperti kementerian, agensi, sektor swasta, dan pihak yang berkepentingan. Untuk menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang bertujuan memastikan penyelarasan pada peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap. Majlis ini dipengerusikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara bergilir-gilir. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama menyelaras dan mempermudah peranan semua pihak berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau.

Aplikasi Teknologi Hijau adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan yang mana pembangunan dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita peroleh sekarang atau kualiti lebih baik dari sekarang.

Penulis ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Kelantan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/40615

Sultan Selangor rasmi menara Top Glove, Setia Alam

KHAMIS, 1 OKTOBER 2015 @ 12:12 PM Oleh Suffian A Bakar

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Top Glove Tower di Setia Alam, Shah Alam. Terletak di tapak seluas dua ekar (0.8 hektar), Top Glove Tower setinggi 23 tingkat adalah bangunan pejabat serta komersial Gred A yang menepati Indeks Bangunan Hijau (IBH) bertaraf Emas. Direka untuk mengoptimumkan kecekapan tenaga, ia turut memiliki ciri rekaan hijau lain seperti tingkap kaca yang mengoptimumkan penembusan cahaya dan penebatan haba, serta panel fotovolta bagi memanfaatkan kuasa solar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/85617

Page 25: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 25

Utusan Malaysia:

Langkah bantu syarikat minyak dan gas diteliti

23 Disember 2015 1:23 AM

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Kementerian Kewangan sedang meneliti beberapa langkah untuk membantu syarikat-syarikat minyak dan gas berdepan cabaran getir berikutan kejatuhan harga minyak dunia masa ini. Timbalan Setiausaha Bahagian (Penyelidikan Ekonomi) Kementerian Kewangan, Mohamed Azman Mohamed Taufik berkata, kementerian itu sedang melakukan beberapa simulasi sebelum dikemukakan kepada Majlis Ekonomi dan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE). “Bagaimanapun, dua kekangan ketara yang dapat kita lihat adalah tahap produktiviti yang rendah selain penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga rendah. “Kita berharap syarikat-syarikat tempatan terutamanya syarikat-syarikat bumiputera dapat terus bertahan, bila berlakunya krisis, akan datang semangat baharu, bertahan untuk keluar sebagai juara,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam Kongres Muda 2015 di sini hari ini.

Dalam perkara berasingan, Mohammed Azman berkata, syarikat-syarikat bumiputera perlu mengambil peluang yang diberikan oleh kerajaan agar dapat berkembang dan berdaya saing. “Sebagai contoh, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau yang melibatkan peruntukkan RM3 bilion untuk membantu pertumbuhan industri hijau negara. “Kuota pinjaman kepada bukan bumiputera sudah pun habis diberikan tetapi kuota bumiputera masih banyak lagi, sebab itu, peluang-peluang seperti perlu diambil,” katanya. Katanya, syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera juga perlu mening-katkan produktiviti agar dapat lebih berdaya saing dan mengurangkan kebergantungan ekonomi bumiputera terhadap syarikat milik kerajaan (GLC).

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/langkah-bantu-syarikat-minyak-dan-gas-diteliti-1.171996

Page 26: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 26

Panel solar RM2.04j bantu jana pendapatan

25 November 2015 12:45 AM

Rohani Abdul Karim menerima sumbangan Projek Komuniti Lestari daripada Roslan Ab. Rahman selepas melancarkan Projek Komuniti Lestari di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut hadir, Sabariah Hassan (kanan). UTUSAN/FAIRUZ IZYANA AYUB

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini melancarkan Projek Komuniti Lestari fasa pertama melalui pemasangan sistem panel solar di 19 institusi kebajikan terpilih. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, program tersebut diharap dapat membantu institusi di bawah kementeriannya melaksanakan program kebajikan untuk manfaat penghuninya yang selama ini menghadapi kekangan dari segi sumber dan kewangan. “Kumpulan penerima skim Galakan Tarif (FiT) ini mestilah terdiri daripada sekolah, rumah ibadat, rumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan rumah kebajikan. “Di bawah skim ini, setiap institusi akan menerima pendapatan berjumlah RM1,100 dalam tempoh sebulan; RM13,700 setahun dan RM288,000 dalam tempoh 21 tahun menerusi tenaga solar yang dijana dan dijual semula kepada TNB,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Projek Komuniti Lestari, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman; Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr. Nadzri Yahaya dan Ke-tua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sabariah

Page 27: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 27

Hassan. Menurut Roslan, sehingga 17 November, secara keseluruhan, projek tersebut menelan belanja berjumlah RM2.04 juta untuk 19 institusi yang dinyatakan. “Projek ini merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat TNB yang baharu bagi menzahirkan keprihatinan TNB terhadap pemuliharaan alam sekitar. “Ini juga menunjukkan TNB turut memainkan peranan membantu kerajaan untuk memupuk keseda-ran dan meningkatkan pengetahuan masyarakat berkaitan tenaga elektrik yang dijana menerusi tenaga solar serta tenaga boleh baharu,” katanya.

Tambah Roslan, fasa kedua projek tersebut sedang dalam perbincangan yang mana sebanyak 40 lagi institusi kebajikan akan terlibat menerima skim FiT tersebut. “Projek Komuniti Lestari ini tidak terhenti setakat 19 institusi ini sahaja. TNB telah mengenal pasti 40 institusi lain di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bersesuaian menerima skim tersebut. “Selaras dengan itu, TNB dengan kerjasama Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air serta Pusat pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) berhasrat melaksanakan projek komuniti lestari ini bermula tahun ini sehingga 2017, tertakluk kepada skim FiT,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/panel-solar-rm2-04j-bantu-jana-pendapatan-1.162086

CIDB gesa industri pembinaan amal pengurusan sisa buangan

19 November 2015 12:32 AM

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menyeru industri pembinaan tempatan supaya menggunakan amalan mampan dan cekap dalam pengurusan sisa buangan semasa melakukan projek pembinaan dan kerja-kerja perobohan.

Elias Ismail

Page 28: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 28

Pengurus Besar Kanan, Sektor Pembangunan Tek-nologi CIDB, Datuk Ir. Elias Ismail berkata, industri pembinaan merupakan pen-jana sisa yang besar dengan tahap kitar semula yang sangat rendah. Ujarnya, CIDB menganggarkan kerja-kerja pembinaan dan perobohan mewakili lebih daripada 30 peratus jumlah keseluruhan sisa buangan di Malaysia. “Situasi ini memerlukan kita untuk segera menangani bilangan sisa buangan besar yang dikeluarkan,’’ katanya dalam kenyataan di sini semalam. Tambahnya, sebagaimana digariskan di dalam Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP), yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada September 2015, pengurusan sisa secara cekap telah dikenal pasti sebagai satu daripada inisiatif utama untuk industri pembinaan domestik.

Katanya, pelan lima tahun CITP menyasarkan untuk melakukan transformasi kepada industri pembinaan untuk meningkatkan produktiviti dan menjadi sektor yang cekap menjelang 2020. “CIDB telah mencadangkan beberapa langkah di bawah CITP untuk menggalakkan budaya penjanaan sisa rendah dan mengurangkan penghasilan sisa yang tidak bertanggungjawab semasa pembinaan. Misalnya, kami mencadangkan mekanisme cukai tapak perlu diperkenalkan untuk mendenda penjanaan sisa yang berlebihan dan memastikan peserta industri supaya mengamalkan amalan lestari, sebagaimana di United Kingdom,” katanya. Katanya, CIDB bekerjasama erat dengan pemegang saham berkaitan, termasuk SWCorp, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan GreenTech Malaysia bagi menggalakkan pengamalan Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan rawatan air sisa, sisa pepejal dan kawasan sampah sanitari seiring dengan Dasar Teknologi Hijau Nasional. “Ia adalah keutamaan bagi kami untuk bekerjasama dengan industri bagi meningkatkan penggunaan amalan cekap. Kami menyasarkan untuk memiliki semua projek prasarana dan bangunan besar diberi penarafan dan melepasi ke-perluan kelestarian menjelang 2020. “Ini adalah sebahagian daripada matlamat CITP untuk mengurangkan jejak karbon industri sebagai sokongan kepada sasaran Kerajaan untuk mengurangkan tahap pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus,” katanya.

http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/cidb-gesa-industri-pembinaan-amal-pengurusan-sisa-buangan-1.159959

Page 29: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 29

Unimap, KACST hasilkan paip geopolimer tahan suhu tinggi

05 November 2015 12:16 AM

MOHD. MUSTAFA AL-BAKRI ABDULLAH (lima dari kanan) bersama Mohamed Hussin (enam dari kanan) dan penyelidik CEGeoGTech Unimap menunjukkan paip geopolimer di Surabaya, Indonesia, baru-baru ini.

KANGAR 4 Nov. – Penyelidik Pusat Kecemerlangan Teknologi Hijau dan Geopolimer (Cegeogtech) Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang be-ker-jasama dengan King Abdul Aziz City For Science And Technology (KACST) telah berjaya menghasilkan paip daripada bahan geopoli-mer untuk kegunaan sektor minyak dan carigali yang tahan tekanan dan suhu tinggi. Pengurus Cegeogtech Unimap, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah berkata, paip tersebut yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan bahan teknologi hijau dan mesra alam itu turut mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi. “Paip geopolimer ini mempunyai daya lenturan yang tinggi, struktur keliangan dan kebolehtelapan yang rendah serta tahan haba sekali gus menjadikannya alternatif terbaik untuk digunakan dalam sektor minyak dan carigali bagi menggantikan paip biasa,” katanya dalam kenyataan di sini.Sebelum itu Mohd. Mustafa mengadakan perbincangan dengan KACST yang dihadiri oleh Pengarah Pusat Nasional Sistem Bangunan KACST, Arab Saudi, Prof. Mohamed Hussin sempena Simposium Geopolimer Malaysia-Indonesia (MIGS) 2015 di Swiss Belinn Hotel, Surabaya baru-baru ini.

MIGS 2015 dianjurkan oleh Konsortium Riset Geopolimer Indonesia (KORIGI) Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Surabaya, Universiti Negeri Makassar, Universiti Kristian Petra dengan kerjasama Persatuan Geopolimer Malaysia (MyGeopoli-mer) dan Unimap. Penyelidikan Cegeogtech Unimap yang diterajui oleh Naib Canselor Unimap, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin sebelum ini menerima dana penyelidikan berjumlah lebih RM2.2 juta daripada pihak KACST khusus untuk menjalankan penyelidikan teknologi hijau dan geopolimer terutama untuk kegunaan industri minyak dan carigali serta pembinaan. Mohd. Mustafa berkata, CEGeoGTech Unimap kini melangkah

Page 30: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 30

ke fasa baharu penyelidikan iaitu dalam bidang pengkomersialan yang memerlukan sokongan dan kerjasama daripada pihak industri. Katanya, pelbagai penyelidikan yang memberi manfaat kepada sektor pembinaan telah dihasilkan oleh para penyelidik Cegeogtech contoh-nya, konkrit geopolimer sedia bancuh (E-Crete) yang telah berjaya dikomersialkan di Australia melalui kerjasama dengan The University of Melbourne. Tambahnya, produk tersebut telah dikomersialkan oleh Zeoband Ptty. Ltd. yang secara tidak langsung membuktikan produk berkenaan memenuhi kehendak pasaran. “Saya menyeru sektor industri di Malaysia memberi sokongan kepada hasil penyelidikan Cegeogtech yang pastinya boleh memberikan manfaat besar untuk sektor pembinaan,” katanya.

Pada majlis itu, Mohd. Mustafa juga menyampaikan ucaptama kepada peserta MIGS 2015 menerusi pembentangan penyelidikan terkini Cegeogtech dalam bidang geopolimer dan teknologi hijau. Menerusi penganjuran MIGS 2015 itu juga, para penyelidik dari kedua-dua negara telah mencapai persetujuan untuk membangunkan standard yang boleh diguna pakai dalam sistem geopolimer. Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu berjaya menghimpunkan 100 penyelidik dalam bidang geopolimer dan teknologi hijau yang terdiri daripada pensyarah, pelajar pascasiswazah dan industri sekitar Indonesia.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/unimap-kacst-hasilkan-paip-geopolimer-tahan-suhu-tinggi-1.154537

Page 31: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 31

MPAG rangkul Green World Awards 2015 di New Zealand

22 Oktober 2015 12:36 AM

Roger Wolens (kiri) bersama Ismail Othman (kanan) dan Yang Dipertua MPAG, Datuk Murad Husin selepas Majlis Penyerahan Green World Awards 2015 For Environmental Best Practice di Christchurch, New Zealand, baru-baru ini.

MELAKA 21 Okt. – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila dipilih menerima anugerah Green World Awards 2015 For Environmental Best Practice di Christchurch, New Zealand, kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ismail Othman berkata, anugerah Green World Awards 2015 ini merupakan anugerah tertinggi dalam penilaian Green Apple Awards.

Menurutnya, penganugerahan itu seterusnya membolehkan sesebuah organisasi atau syarikat menerima pengiktirafan terhadap penjagaan alam sekitar. “Ini merupakan penyertaan sulung MPAG dalam kategori Warisan Seni Bina dan Persekitaran Binaan serta Amalan Persekitaran Terbaik. “Pemilihan berkenaan dibuat berdasarkan pencalonan dan penilaian semula kertas Green Apple Awards 2014 dengan tajuk Alor Gajah Municipal Council Green Technology Initiative serta susulan penerimaan anugerah Green World Ambassador pada Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jelas Ismail, Alor Gajah Municipal Council Green Technology Initiative merupakan projek yang telah dinilai oleh panel profesional yang dilantik The Green Organisation Limited. “Segala dokumentasi penilaian ini melibatkan komponen-komponen teknologi hijau yang dirancang, sedang dalam pelaksanaan dan yang telah dilaksanakan oleh sesebuah organisasi,” ujarnya. Beliau berkata, penganugerahan ini seterusnya akan menjadi perangsang dan motivasi kepada MPAG untuk

Page 32: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 32

meningkatkan usaha mengekalkan pembangunan teknologi hijau dalam aspek penjagaan alam sekitar. “Ia juga dilihat selaras dengan harapan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron ke arah tekad Melaka untuk menyaksikan program teknologi hijau berjaya menjelang 2020,” tambahnya. Majlis penyerahan anugerah tersebut diadakan di Novotel, Christchurch, New Zealand oleh Pengerusi Panel Penilaian petandingan Green World Awards 2015, Roger Wolens.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/mpag-rangkul-green-world-8232-awards-2015-di-new-zealand-1.149064

Page 33: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 33

MJE Biomass terajui teknologi tenaga hijau

SAYED HESHAM IDRIS | 08 Oktober 2015 12:17 AM

KENNY K. LOW (kanan) menunjukkan tandan kelapa sawit untuk menghasilkan tenaga elektrik sambil diperhatikan Pengarah Maju Intan Biomass Energy Sdn. Bhd., Tan Guat Hua (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, George Tan di Teluk Intan, Perak, semalam.

TELUK INTAN 7 Okt. - Syarikat Maju Intan Biomass Energy Sdn. Bhd. di Kampung Selabak dekat sini muncul antara peneraju teknologi tenaga hijau di negara ini apabila menggunakan sumber semula jadi iaitu tandan kelapa sawit sebagai bahan bakar dalam menghasilkan tenaga elektrik. Loji janakuasa syarikat yang dibina dengan kos RM150 juta itu mampu menghasilkan 12.5 megawatt tenaga elektrik yang dibekalkan kepada satu pertiga daripada keperluan di daerah ini.

Naib Presiden yang juga Pengurus Besar syarikat itu, Kenny K. Low berkata, janakuasa tersebut mula beroperasi sejak setahun lalu dan mempunyai kontrak membekalkan tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk tempoh 16 tahun. Menurut beliau, kilang itu menghasilkan 12.5 megawatt tenaga elektrik dengan 10 megawatt daripadanya dijual kepada TNB manakala selebihnya untuk kegunaan loji tersebut.

Kata beliau, penggunaan bahan semula jadi bagi menghasilkan tenaga elektrik bukanlah teknologi baharu di negara ini, namun tidak banyak syarikat yang mampu bertahan atau mengekalkan operasi mereka disebabkan beberapa faktor. "Rahsia kami konsisten menghasilkan menjana elektrik bukanlah terletak pada penggunaan teknologi moden tetapi kami tahu apa kombinasi yang diperlukan dalam penggunaan peralatan dan jentera yang terdapat di kilang janakuasa ini. "Ini dibantu dengan bekalan tandan kelapa sawit yang konsisten kerana daerah Hilir Perak merupakan

Page 34: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 34

kawasan tanaman kelapa sawit terbesar di Pantai Barat Semenanjung. Di daerah ini terdapat antara 20 hingga 25 buah kilang memproses kelapa sawit," katanya.

Kilang janakuasa itu akan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan esok. Janakuasa tersebut adalah kerjasama antara Maju Intan Biomass Energy Sdn. Bhd. dan syarikat antarabangsa dalam menghasilkan tenaga elektrik dari Singapura, Colben Energy Pte. Ltd.

Menurut Kenny, kilang janakuasa seluas 68,000 meter persegi di kawasan 20 hektar tersebut membakar kira-kira 500 tan tandan kelapa sawit sehari untuk memastikan bekalan elektrik yang berterusan. Katanya, tandan kelapa sawit yang sudah kering dipotong dan dijemur sebelum dimasukkan ke dalam dandang atau alat pendidih dan dibakar seterusnya menjana kuasa elektrik. "Tenaga yang dihasilkan daripada kilang janakuasa ini disalurkan ke substesen TNB, yang kemudiannya diagih-agihkan oleh TNB mengikut penggunaan sesuatu kawasan di daerah ini. "Selain itu, sisa yang sudah dibakar tidak dibazirkan kerana abunya boleh dijadikan baja," katanya.

Menurut beliau, loji janakuasa syarikat itu mendapat pelbagai insentif daripada kerajaan yang membantu dari segi kewangan di bawah Skim Pembiayaan Tenaga Hijau dan insentif cukai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Kata beliau, penggunaan bahan semula jadi tandan kelapa sawit memberikan pelbagai manfaat selain menjadi penyelamat alam sekitar daripada sisa bahan buangan industri pertanian itu. Beliau berkata, masalah tandan kelapa sawit yang mencemarkan alam semula jadi kini berjaya diatasi apabila dijadikan bahan utama untuk menghasilkan tenaga elektrik. "Selain itu, penggunaan tandan kelapa sawit dapat mengehadkan tenaga yang diimport seperti arang batu, gas dan minyak yang urus niaganya dibuat dalam mata wang asing. Sekali gus ini baik untuk ekonomi negara kerana mata wang ringgit tidak mengalir keluar," katanya.

Untuk masa depan, Kenny berkata, syarikat itu mahu menjadi contoh dalam penghasilan tenaga elektrik menggunakan bahan semula jadi ketika banyak syarikat lain gagal bertahan. "Kami mahu berkongsi kejayaan dan pengalaman kami dengan semua pihak malah sedia menjadikan kilang ini sebagai pusat penyelidikan. Mungkin selepas ini kami boleh menjalinkan kerjasama penyelidikan dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)," katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mje-biomass-terajui-teknologi-tenaga-hijau-1.144041

Page 35: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 35

Pendaftaran GBI meningkat 14%

05 Ogos 2015 12:41 AM

FADILLAH YUSOF (tengah) beramah mesra dengan sebahagian daripada peserta selepas merasmikan Persidangan Bangunan Hijau dan Taman 2015 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Sebanyak 636 bangunan telah didaftarkan dengan indeks bangunan hijau (GBI) setakat 15 Julai lalu dengan 45 daripadanya telah memenuhi kriteria. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, baki 591 bangunan pula berada pada tahap pemantauan sebelum diiktiraf.Katanya, jumlah tersebut me-nunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 14 peratus berbanding 548 bangunan didaftarkan dengan indeks itu pada tahun lalu. “Berhubung penerapan hijau (PH) oleh Jabatan Kerja Raya, sehingga 15 Julai lalu sebanyak 16 projek telah berdaftar dengan inisiatif berkenaan. “Ini menunjukkan kenaikan daripada segi pendaftaran seba-nyak 38 peratus. Bagaimanapun, hanya satu projek setakat ini yang diiktiraf sepenuhnya dan selebihnya masih berada pada peringkat pemantauan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Bangunan Hijau dan Taman 2015 di sini hari ini. Yang turut hadir Pengerusi Kumpulan Confexhub, Datuk Dr. Abdul Aziz S.A Kadir. Dalam pada itu, Fadillah memberitahu, kerajaan sentiasa komited dalam menjayakan inisiatif hijau berkenaan dan telah membuat pelbagai rujukan terhadap amalan negara lain termasuk Singapura.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Fadillah yang ditanya me-ngenai kadar tol baharu berkata, perbincangan masih dijalankan dengan syarikat-syarikat konsesi. Kata beliau, kementerian masih menunggu hasil daripada perbinca-ngan tersebut sebelum memukta-madkan sebarang kadar baharu tol. “Perkara ini tidak mudah de-ngan keadaan semasa ini, kita perlu tunggu kalau ada (keputusan), adalah pengumuman akan dibuat,” kata beliau.

Page 36: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 36

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pendaftaran-gbi-meningkat-14-1.120662

QSR Brands perkenal KFC mesra alam

15 Jun 2015 12:12 AM

HALIMAH MOHD. SADIQUE (dua dari kiri) menandatangani plak sambil diperhatikan oleh Kamaruzzaman Abu Kassim (kiri) pada Pelancaran Restoran Mesra Alam Pertama KFC di Malaysia di Nilai Square, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini. UTUSAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 14 Jun – Pengendali rangkaian restoran makanan se-gera KFC Malaysia, QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., melancarkan restoran mesra alam pertamanya di negara ini di KFC Nilai Square dekat sini, Jumaat lalu. Pengerusi QSR Brands, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, restoran 24 jam itu mendapat tiga pensijilan hijau utama iaitu Emas bagi Green BuildingIndex Sdn. Bhd. (Malaysia), Emas bagi LEED (US) dan Platinum untuk BCA Green Mark (Singapura). “Sebanyak RM6.6 juta kos dibelanjakan bagi membina restoran KFC Nilai Square dengan keluasan bangunan 4,600 kaki persegi di tanah seluas 30,000 kaki persegi. “Restoran KFC ini merupakan antara bangunan di dunia yang telah dianugerahkan dengan ketiga-tiga pensijilan hijau. “Justeru, kami amat berbangga kerana menjadi perintis bagi sektor restoran dalam mengguna pakai teknologi hijau sebagai sebahagian daripada perniagaan restoran kami sekali gus menunjukkan sokongan dan komitmen terhadap usaha memelihara alam semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Restoran Mesra Alam Pertama KFC di Malaysia yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd. Sadique. Antara ciri-ciri hijau yang terdapat di

Page 37: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 37

cawangan KFC Nilai Square adalah meminimumkan penggunaan tenaga melalui penggunaan lampu LED, sensor cahaya, pengudaraan semulajadi dan secara mekanikal serta penyimpanan air hujan. Ciri-ciri lain yang terdapat adalah sistem penyaman udara berbeza mengikut zon bergantung pada kegunaan dan keperluan.

Jelas Kamaruzzaman, selepas Negeri Sembilan, pihaknya merancang membina restoran KFC berkonsepkan hijau di Kuala Lumpur dan Johor manakala negeri lain bergantung kepada kesesuaian tapak pembinaan. Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, QSR Brands memperuntukkan RM30 juta bagi membina 27 cawangan KFC baharu di seluruh negara tahun ini. “Daripada jumlah itu, 10 restoran telah dibuka manakala 17 buah lagi dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/qsr-brands-perkenal-kfc-mesra-alam-1.103032

HPTP sasar perkongsian fasiliti

ZULHISHAM ISAHAK | 17 Jun 2015 12:34 AM

MUHYIDDIN YASSIN (dua dari kanan) melihat plan reka bentuk pembangunan HPTP sambil diberi taklimat oleh Zaini Ujang (kiri) dalam Majlis Menandatangani MoU Projek Kediaman Pelajar di HPTP dekat Pagoh, Muar, Johor, baru-baru ini. UTUSAN/ISHAK RAHMAD

PAGOH 16 Jun - Konsep pembangunan yang disasarkan untuk Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) adalah pemuliharaan kawasan melalui perkongsian fasiliti dan teknologi hijau

Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Dr. Ir. Zaini Ujang berkata, pembangunan fasi-liti adalah berkonsepkan guna sama dan perkongsian kemudahan di hab itu yang menempatkan tiga universiti awam dan satu politeknik. “Pembangunan HPTP akan menggunakan teknologi hijau

Page 38: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 38

dengan menyasarkan pensijilan Indeks Bangunan Hijau. Fasiliti yang akan dibangunkan adalah untuk menampung keperluan 13,800 pelajar dan 6,200 kakitangan akademik dan bukan akademik. “Fasa pertama akan melibatkan pembangunan kemudahan di empat institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dan Politeknik Pagoh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sebelum Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Kolej Kediaman Pelajar HPTP antara Tunas Selatan Construction dengan empat institusi pengajian awam itu di hab pendidikan tersebut baru-baru ini. MoU itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Eksekutif Sime Darby Property Selatan Sdn. Bhd, Datuk Seri Abd. Wahab Maskan dan Pengerusi Eksekutif Tunas Selatan Sdn. Bhd., Tan Sri Esa Mohamad.

Memorandum tersebut melibatkan pembinaan kolej kediaman pelajar itu bakal menyediakan tempat tinggal kepada 7,000 penuntut dengan kos RM300 juta mengguna pakai model Usahasama Swasta dan Awam (PPP) yang diubah suai pihak pemaju. Zaini berkata, pihaknya juga akan menarik penyertaan daripada institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan seperti kolej matrikulasi dan universiti swasta dalam dan luar negara seperti Institut Teknologi Bandung untuk melengkapkan HPTP. Katanya, penyediaan penginapan untuk penuntut turut memainkan peranan yang penting ke arah menandakan kesediaan HPTP menerima kemasukan mahasiswa serta memulakan operasinya. “Satu model perolehan yang inovatif diguna pakai menerusi anak syarikat atau yayasan masing-ma-sing membuat pembelian bangunan penginapan dan kemudahan menyewakan kepada pelajar menerusi pihak universiti,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/hptp-sasar-perkongsian-fasiliti-1.103770

Sunway Construction raih kontrak RM1.6 bilion bina bangunan kerajaan di Putrajaya

14 September 2015 2:14 AM

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Sunway Construction Group Bhd. yang baharu sahaja disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia memenangi kontrak membina bangunan kerajaan di Putrajaya bernilai RM1.6 bilion.

Menurut makluman syarikat itu ke Bursa Malaysia, kontrak tersebut telah diterima oleh subsidiarinya, Sunway Construction Sdn. Bhd. (SCSB) yang mengesahkan surat penganugerahan daripada Putrajaya Bina Sdn. Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. Kandungan kontrak tersebut membabitkan kerja-kerja mereka, membina dan menyiapkan pembinaan bangunan-bangunan kerajaan meliputi menara pejabat, tempat meletak kereta dan kerja-kerja lain di Parcel, Precinct 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, menurut syarikat itu lagi. Tambah Sunway Construction lagi, projek itu melibatkan 10 blok bangunan kerajaan dan satu blok kemudahan berkongsi. Syarikat pembinaan itu menyasarkan prasarana yang dibina itu akan memperoleh Persijilan Emas mengikut Indeks Bangunan Hijau.

Jelas syarikat itu lagi, projek itu akan dilaksanakan menggunakan sistem rekaan dan pembinaan (VDC) milik Sunway Construction bermula dari peringkat awal hingga penyiapannya. Menurut

Page 39: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 39

syarikat itu lagi, VDC akan mengukuhkan lagi koordinasi projek dengan visualnya mengikut rekaan sebenar yang dimahukan sekali gus mengurangkan kesilapan pembinaan. “Projek ini akan bermula pada 18 September 2015 dengan tempoh kontrak selama 34 bulan. Projek ini juga dijangka memberi sumbangan yang positif terhadap perolehan Sunway Construction bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 dan seterusnya. “Dengan penerimaan projek ini, kedudukan buku tempahan syarikat sehingga kini berjumlah RM4.3 bilion,” menurut syarikat itu lagi.

Pada masa sama, syarikat itu menjangka kerja-kerja di bawah kontrak itu tetap tertakluk kepada perubahan harga bahan-bahan binaan. Namun jelas syarikat itu, berdasarkan pengalaman lalu dan kecekapan yang ada Sunway Construction, mereka mampu berhadapan risiko perubahan harga bahan-bahan binaan itu. Sunway Construction merupakan subsidiari pembinaan milik Kumpulan Sunway yang dimiliki oleh ahli perniagaan Tan Sri Jeffrey Cheah. Syarikat itu sebelum ini juga telah berjaya memenangi beberapa kontrak utama seperti pembinaan bangunan kerajaan Lot 4G10 dan 4G11 di Putrajaya, Legoland, beberapa projek milik Kumpulan Sunway serta kontrak antarabangsa di Abu Dhabi.

http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/sunway-construction-raih-kontrak-rm1-6-bilion-bina-bangunan-kerajaan-di-putrajaya-1.135654

Pelan teknologi hijau politeknik

02 April 2015 2:18 AM

JASIN 1 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Pelan Pembangunan Polygreen Politeknik Malaysia iaitu sebuah pelan pelaksanaan dan hala tuju strategik bagi amalan teknologi hijau di 33 buah politeknik di seluruh negara.Menerusi pelan pelaksanaan tersebut, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, ia akan menyatukan pembangunan hijau dalam pengajaran dan pem-belajaran (P&P) di semua politeknik merangkumi lima aspek iaitu pe-ngurusan kampus hijau, pemba-ngunan kurikulum hijau, pemupukan komuniti hijau, penyelidikan hijau dan pembudayaan hijau.

Menurut beliau, langkah itu merupakan satu usaha meningkatkan keupayaan institusi dalam membentuk generasi pekerja yang sensitif terhadap isu-isu alam sekitar dengan program berkesan berasaskan ilmu sains dan pe-ngetahuan tempatan dan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dan berpengalaman. “Bagi memastikan aspek pembangunan dan pengurusan amalan teknologi hijau sejajar dengan pe-ngurusan strategi politeknik, saya berharap semua warga politeknik dapat menggembleng tenaga demi memantapkan dan menambah baik hala tuju dan pengurusan ke arah mencapai pengiktirafan ‘Politeknik Mapan’. “Selain itu, saya juga berharap agar semua warga politeknik menjadikan langkah ini sebagai satu usaha penting demi memartabatkan politeknik sebaris dengan institusi pengajian tinggi yang lain di negara ini,” katanya ketika berucap melancarkan pelan pelaksanaan itu di Politeknik Merlimau Melaka di sini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar; Pengarah Politeknik Merlimau Melaka, Mejar (K) Zolkarnain Jobshi serta lebih 1,000 kakitangan dan warga politeknik dari

Page 40: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 40

seluruh negara. Pelan pelaksanaan amalan teknologi hijau itu akan menjadi rujukan serta panduan kepada semua politeknik dalam menentukan hala tuju strategik berkaitan pengurusan amalan teknologi hijau. Konsep ‘penghijauan dalam pendidikan teknikal dan vokasional (TVET)’ mula diterapkan di politeknik di negara ini mulai tahun lalu dan usaha itu selaras dengan perkembangan yang berlaku di beberapa institusi berasaskan TVET di luar negara seperti di Korea, China dan Singapura.

Menurut Muhyiddin, langkah politeknik mewujudkan pelan pe-laksanaan itu juga seiring dengan misi menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi dan dalam masa yang sama mencapai tahap rendah karbon menjelang tahun 2020. Katanya, pelan itu mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam jangka masa panjang selain menyambut saranan kerajaan me-ngurangkan pelepasan gas karbon dioksida negara kepada 40 peratus. Untuk itu beliau meminta pihak politeknik agar memanfaatkan ilmu dan kemahiran dimiliki bagi membangunkan suatu sistem yang lestari dalam jangka masa panjang sete-rusnya menangani fenomena perubahan iklim yang semakin meruncing.

“Langkah mitigasi dan adaptasi kepada perubahan iklim ini perlulah dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu di semua pe-ringkat dan sektor,” katanya. Menurut Muhyiddin, pendapat penyelidik daripada universiti tempatan menyatakan kejadian banjir besar melanda negara tahun lepas disebabkan perubahan iklim dan pemanasan global. “Perubahan iklim dan pemanasan global ini juga mengakibatkan kejadian lain seperti ribut taufan, tanah runtuh, kemarau, kebakaran hutan, kekurangan air tadahan dan lain-lain fenomena yang semakin ketara pada masa ini,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelan-teknologi-hijau-politeknik-1.76225

Teknologi hijau dijangka pacu pertumbuhan sektor pembinaan

15 Jun 2015 12:14 AM

PETALING JAYA 14 Jun – Pembangunan dan penggunaan teknologi hijau dijangka mampu memacu pertumbuhan sektor pembinaan negara secara lebih mesra alam sekali gus mempertingkat kualiti hartanah yang dihasilkan.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah, dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor berkata, perkara tersebut merupakan inisiatif yang sangat digalakkan dalam mempromosikan persekitaran pembinaan yang mampan dan memperkasakan lagi kesedaran alam sekitar serta teknologi hijau dalam kalangan pemaju hartanah, pereka dan jurutera. Menurut beliau, dengan mengaplikasikan teknologi hijau itu, semua tenaga mahir dan profesional dapat menghasilkan bangunan dan infrastruktur yang lebih ekonomikal dan jimat tenaga. “Menerusi medium GreenRe, ia akan menjadikan bangunan itu kelainan dan unik dalam pasaran hartanah negara.

“Malah, GreenRE juga merupakan penanda aras yang menggabungkan amalan terbaik sektor hartanah secara tempatan dan global sekali gus menjadikannya sebagai landskap baharu dalam segmen ini,” katanya ketika berucap dalam majlis makan malam REHDA 2015 di sini Jumaat lalu. GreenRE merupakan standard penilaian teknologi hijau yang dilaksanakan oleh REHDA yang

Page 41: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 41

bertujuan untuk menjadikannya sebagai platform hartanah dengan teknologi hijau yang dikenali di peringkat antarabangsa.

http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/teknologi-hijau-dijangka-pacu-pertumbuhan-sektor-pembinaan-1.103051

Kerjasama erat kerajaan, swasta perkasakan teknologi hijau

25 Mei 2015 12:11 AM

KULIM 24 Mei – Kerjasama erat antara kerajaan dengan pengeluar produk serta pemain industri teknologi hijau merupakan antara elemen utama yang mampu merealisasikan pembangunan gaya hidup hijau secara mampan, seper-ti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerjasama dimaksudkan itu dijalankan dalam pelbagai aspek termasuk pengeluaran, kemahiran teknologi serta perkongsian kepakaran yang mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak. “Sudah tentu kepakaran yang ada di sektor swasta penting buat kita. Kerjasama yang dijalin ini tidak hanya melibatkan kementerian kami malah beberapa lagi kementerian yang mampu mempromosi teknologi ini kepada rakyat kita. “Apabila kita bercakap tentang perkembangan teknologi hijau dalam RMK-11, saya fikir itu memang tepat pada masanya apatah lagi kita mempunyai sasaran tertentu untuk dicapai pada 2020. Jadi, amat penting untuk kerjasama yang terjalin selama ini, dikekalkan dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke Kilang First Solar Malaysia di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Datuk Dr. Nadzri Yahaya serta Pengarah Urusan First Solar Malaysia, Datuk P’ng Soo Hong.

Mengulas lanjut, Mahdzir ber-kata, beliau amat berharap supaya program-program kesedaran mengenai kepentingan teknologi hijau dapat diperluaskan di negara ini bagi menambah kefahaman rakyat mengenainya. “Masyarakat perlu difahamkan di mana program kesedaran perlu bermula sejak di peringkat awal. “Hari ini, kita sudah mempunyai teknologi setanding negara luar. Tetapi jika masyarakat tidak difahamkan, itu bermakna kita hanya ‘syok sendiri’ dan segalanya hanya sia-sia,” katanya.

Dalam pada itu, Soo Hong menjelaskan pihaknya sentiasa menjalin kerjasama rapat bersama kerajaan negeri dan pusat termasuk dalam sektor pendidikan bagi membentuk kefahaman rakyat mengenai teknologi hijau. “Beberapa panel solar sudah pun dipasang di masjid-masjid sekitar Kulim sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami. Kakitangan kami juga sentiasa bergerak ke sekolah-sekolah bagi membantu menanam kefahaman kepada para pelajar. “Selain itu kami turut bekerjasama rapat dengan Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) bagi membolehkan keseluruhan spektrum solar di Malaysia,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kerjasama-erat-kerajaan-swasta-perkasakan-teknologi-hijau-1.95310

Page 42: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 42

Peruntukan RM15 bilion untuk teknologi hijau

22 April 2015 1:23 AM

KUALA LUMPUR 21 April - Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak kira-kira RM15 bilion bagi memperkenalkan konsep ekonomi dan teknologi hijau dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr. Rahamat Bivi Yusoff berkata, kerajaan komited memperkenalkan konsep baharu itu sebagai sebahagian daripada titik perubahan ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Beliau berkata, menerusi penggunaan teknologi hijau, ia dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan Persekutuan bagi jangka masa yang panjang. “Bila saya katakan yang RMK-11 akan menjadi titik perubahan kepada teknologi hijau, ini membuktikan kerajaan benar-benar serius mengenainya. “Ini bermakna bila kita bangunkan sesuatu projek, kita mahukan keseluruhan proses perancangan meliputi bukan sahaja persekitaran yang hijau malah aspek sosial juga diambil kira,” katanya pada sidang akhbar dalam majlis persidangan Ke Arah Pembangunan Hijau di Malaysia anjuran Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Wakil Tetap UNDP bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Michelle Gyles-McDonnough dan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell. Rahamat Bivi berkata, RMK-11 merupakan suatu perkara penting kerana penghujungnya iaitu pada tahun 2020, Malaysia bakal mencapai taraf negara maju. RMK-11 merupakan fasa terakhir perancangan lima tahun negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pembentangan RMK-11 di Dewan Rakyat dijadualkan pada 21 Mei ini selaras dengan konsep ekonomi berteraskan rakyat yang meletakkan rakyat di tengah-tengah proses pembangunan negara.

http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/peruntukan-rm15-bilion-untuk-teknologi-hijau-1.83437

Melaka maju selangkah dalam teknologi hijau

SUFFIAN ABU BAKAR | 02 April 2015 12:38 AM

JASIN 1 April - Kerajaan negeri telah mengorak selangkah ke hadapan dalam usaha memperkasa pembangunan amalan hijau di negeri ini menerusi kerjasama antara anak syarikatnya, International Green Training Centre (IGTC) dengan Politeknik Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kerjasama pintar di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) peringkat negeri itu yang pertama kali diadakan dikenali sebagai inisiatif Edu-Green. Menurut beliau, menerusi pelaksanaan ini, kerajaan negeri Melaka bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM50,000 bagi menyokong inisiatif yang diambil oleh Politeknik Merlimau Melaka (PMM) sebagai perintis kepada pelan pelaksanaan dan hala tuju strategik bagi amalan teknologi hijau di 33 buah politeknik di seluruh negara. "Usaha Politeknik Malaysia mengeluarkan pelan pelaksanaan amalan teknologi hijau atau Polygreen ini sangat baik memandangkan majoriti komuniti dalam pusat pengajian itu adalah modal insan negara yang sangat penting. "Pendedahan kesedaran dan ilmu berkaitan teknologi hijau sangat perlu bagi mengatasi masalah kemusnahan

Page 43: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 43

alam dan sumber asli selain berperanan sebagai alternatif dalam meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pelan Pembangunan Polygreen Politeknik Malaysia iaitu sebuah pelan pelaksanaan dan hala tuju strategik bagi amalan teknologi hijau oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Platinum PMM di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, barisan Exco kerajaan negeri, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar, Pengarah Politeknik Merlimau Melaka, Mejar (K) Zolkarnain Jobshi serta lebih 1,000 kakitangan dan warga politeknik dari seluruh negara. Melaka merupakan negeri pertama yang mengambil kira teknologi hijau dalam aspek pembangunannya apabila melancarkan pelan pelaksanaan Negeri Bandar Teknologi Hijau 2011-2020 pada tahun 2011 lalu. Pelan itu kini menjadi panduan asas oleh semua pihak dalam melaksanakan pembangunan berteraskan teknologi hijau di negeri itu.

Pelan pelaksanaan Polygreen akan menyatukan pembangunan hijau dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua 33 politeknik di Malaysia merangkumi lima aspek iaitu pengurusan kampus hijau, pembangunan kurikulum hijau, pemupukan komuniti hijau, penyelidikan hijau dan pembudayaan hijau. Amalan teknologi hijau itu akan menjadi rujukan serta panduan kepada semua politeknik dalam menentukan hala tuju strategik berkaitan pengurusan amalan teknologi hijau. Idris berkata, kerajaan negeri berharap sumbangan ini akan dapat menggerakkan usaha perkongsian ilmu berkaitan teknologi hijau sehingga ke peringkat akar umbi dan masyarakat keseluruhannya. "Saya mengucapkan tahniah kepada Politeknik Malaysia kerana memilih PMM sebagai lokasi pelancaran pelan pelaksanaan amalan teknologi hijau dan berharap apa yang akan dilaksanakan oleh pusat pengajian itu mampu memberi impak besar kepada masyarakat," katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/melaka-maju-selangkah-dalam-teknologi-hijau-1.76040

Teknologi hijau perlu perhatian khusus - Raja Muda Perlis

14 Jun 2015 1:57 AM

KUALA LUMPUR 13 Jun – Kerajaan digesa memberi perhatian khusus bagi memperkasakan bidang teknologi hijau di seluruh negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pengurusan sumber yang sistematik melalui teknologi hijau akan mengukuhkan ekonomi, mengubah tahap pemikiran rak-yat, malah mempengaruhi pelbagai pihak seperti kerajaan, industri dan individu ke arah lebih baik. Titah baginda, pembangunan sosioekonomi penting dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat tetapi jika sumber tidak diuruskan dengan efisien, akan menyebabkan kerosakan yang meletakkan pembangunan negara dalam risiko. “Sehubungan itu, kerajaan perlu memperkukuhkan tadbir urus untuk memacu transformasi dengan meningkatkan rangka kerja serta kawal selia dan mekanisme pembiayaan kewangan bagi menggalakkan lebih banyak syarikat melabur dalam industri hijau ini,” titah ba-ginda yang berkenan merasmikan Loji Biojisim Comitel Green Technologies (CMT) dekat sini

Page 44: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 44

hari ini. Yang turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda juga menggalakkan lebih banyak syarikat menyahut seruan kerajaan untuk memperba-nyakkan teknologi seumpamanya di seluruh negara. “Rancangan Malaysia Ke-11 memperlihatkan kerajaan menggariskan kepentingan peningkatan sumbangan tenaga boleh diperbaharui se-perti solar photovoltaic (PV), hidro mini serta biojisim yang boleh dijana melalui teknologi hijau. “Teknologi itu bukan sahaja membawa negara ke satu tahap yang lain, malah akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, memperkasa bidang teknologi inovasi dan mewujudkan pekerjaan yang lebih berkualiti untuk rakyat,” titah baginda.

Titah baginda, teknologi hijau juga salah satu langkah kerajaan memastikan kemapanan negara untuk jangka masa panjang. “Jika pengurusan sumber ini dilaksanakan secara komprehensif dan sistematik dari semasa ke semasa, beta percaya akan dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat. “Pelancaran Loji Biojisim CMT hari ini akan menjadi titik tolak dalam perjalanan Malaysia menjadi negara maju yang cekap, bersih dan berdaya tahan,” titah baginda.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/teknologi-hijau-perlu-perhatian-khusus-raja-muda-perlis-1.102795

Kerajaan sasar teknologi hijau sumbang RM60 bilion pada 2030

MOHD. ASRON MUSTAPHA | 11 September 2015 11:11 AM

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Kerajaan mengunjurkan industri berasaskan teknologi hijau menyumbang sehingga RM22 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) menjelang 2020 dan RM60 bilion pada 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga menyasarkan industri berkenaan menyumbang pelaburan dalam teknologi hijau sebanyak RM28 bilion pada 2020 dan RM86 bilion pada 2030. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-sasar-teknologi-hijau-sumbang-rm60-bilion-pada-2030-1.134584

Manfaat teknologi tenaga solar

Kepakaran tempatan perkasa penyelidikan RE hasilkan inovasi

18 Mei 2015 3:07 PM

Usaha tidak kenal jemu mencatat pelbagai kejayaan dalam bidang tenaga keterbaharuan (RE) khususnya tenaga suria. Namun bagi Prof. Datuk Dr. Kamaruzzaman Sopian, hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) sepatutnya dimanfaatkan masyarakat. Ikuti wawancara bersama beliau.

Page 45: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 45

Apakah bidang penyelidikan dan kepakaran Prof. Jelaskan secara ringkas

Bidang penyelidikan dan kepakaran saya adalah teknologi tenaga solar. Saya telah berkecimpung dalam bidang ini hampir 25 tahun. Malah, disertasi sarjana dan kedoktoran saya adalah berkaitan dengan tenaga suria. Saya juga telah mengambil semua kerja kursus berkaitan dengan tenaga solar semasa program sarjana dan kedoktoran saya di Amerika Syarikat.

Apakah Prof. berpuas hati dengan pencapaian daripada segi penyelidikan tersebut setakat ini?

Penyelidikan saya dalam bidang RE pada tahun 2001 dan seterusnya menjadi Pengarah di Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) UKM pada tahun 2005. Sumbangan utama saya dalam bidang teknologi tenaga suria pemodelan sinaran suria dan penilaian sumber sinaran solar. Selain itu, sumbangan saya adalah sistem fotovolta termaju termasuklah sistem fotovolta bersambung grid, sel fuel regeneratif berkuasa suria, sistem pengeluaran hidrogen menggunakan tenaga suria, sel suria filem nipis dan pemprosessan sel suria silikon tanpa bahan toksik. Saya juga menyumbang dalam bidang sistem teknologi terma suria.

Antaranya, termasuklah sistem penyejukan berkuasa suria, sistem pam haba suria, sistem pengeringan terbantu suria dan sistem suria yang menggunakan pengumpul fotovolta terma. Sistem ini menggabungkan fotovolta dan sistem terma dalam satu unit yang boleh menghasilkan secara serentak tenaga elektrik serta tenaga haba.

Apakah perkara paling membanggakan Prof. sejak penglibatan dalam penyelidikan ?

Saya berpendapat bahawa teknologi yang dihasilkan melalui R&D mestilah dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Ini merupakan kayu ukur bagaimana teknologi ini mempunyai kesan positif dalam meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat. Inovasi teknologi tenaga suria ini telah berjaya dimanfaatkan oleh persatuan nelayan dan petani untuk mengering bahan perikanan dan pertanian.

Proses pengeringan ketika ini dilakukan secara terbuka dan ini akan mengurangkan kualiti bahan tersebut. Beberapa sistem pengeringan terbantu suria telah berjaya dibangunkan di Karkor, Kemboja (ikan); Pontian, Johor (ikan); Semporna, Sabah (rumpai laut); Arau, Perlis (ikan keli) dan Kuala Terengganu (ikan).

Pemasangan panel suria selalu dianggap sebagai industri yang memerlukan teknologi tinggi dan sistem automatik. Satu kaedah memasang panel suria secara industri desa telah dibangunkan di Kuala Terengganu dan dapat membantu mengurangkan kos tanpa berkompromi dengan kualiti produk yang dihasilkan. Selain masyarakat, inovasi ini juga perlu dimanfaatkan oleh industri. Ini boleh membuka bidang baharu untuk industri teknologi hijau negara. Penyelidikan yang dijalankan berjaya menghasilkan sebuah sistem pengeluaran air panas untuk hospital yang terbesar di rantau ini. Sistem ini juga boleh dimanfaatkan di hampir 200 hotel dan hospital di negara ini dan boleh menggantikan penggunaan bahan api fosil. Inovasi dalam bidang ini juga telah berjaya digunakan untuk memberi kuasa elektrik kepada menara telekomunikasi dan akan menggantikan penggunaan set generator diesel.

Page 46: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 46

Apakah penyelidikan penting yang Prof. pernah lakukan dalam bidang ini

Salah satu penyelidikan yang penting pernah saya lakukan adalah untuk menghasilkan sel suria tanpa menggunakan bahan mudah bakar dan tanpa bahan toksik. Menghasilkan sel suria berasas silikon tanpa menggunakan bahan tersebut dapat mengurangkan kos serta menjadikannya sebagai peranti yang hijau dan mesra alam. Proses baharu ini mempunyai prestasi yang sama dengan proses lama yang tidak mesra alam.

Mampu kita melahirkan ramai pakar seperti Prof.?

Malaysia mampu menghasilkan pakar dalam bidang tenaga suria ini. Kita mempunyai suasana dan prasarana asas untuk melahirkan lebih banyak pakar dalam bidang ini. Kita juga memerlukan halu tuju R&D. Bidang tenaga suria ini mempunyai cabangnya tersendiri. Dalam bidang fotovolta misalnya kita memerlukan pakar dalam bidang sel suria generasi keempat.

Prof. mengetuai sebuah pusat kecemerlangan di UKM , Nyatakan kepentingannya

SERI ditubuhkan pada tahun 2005. Namun R&D berkenaan teknologi tenaga suria telah dilakukan di UKM sejak tahun 1980-an lagi. Institut ini mempunyai 20 tenaga akademik dan 10 kakitangan sokongan. Institut ini mula menawarkan program sarjana dan doktor falsafah sejak Oktober 2010. Bidang kajian adalah sel suria termaju dan sistem fotovolta, Sistem terma suria, bahan lestari untuk hijau, seni bina rendah tenaga, ekonomi dan pengurusan tenaga, pemodelan dan analisis tenaga, impak sosial dan pendidikan RE. Institut ini mempunyai makmal untuk pencirian sel suria, makmal pengurusan tenaga, terowong angin subsonik, pencirian bahan, pencirian pengumpul suria terma, simulator matahari dan langit. Institut ini juga dilengkapi dengan sebuah Taman Inovasi Teknologi Tenaga Hijau. Taman ini menempatkan 30 prototaip sistem suria skala industri termasuklah sistem penyejukan tenaga suria, sistem pam haba, sistem penyulingan air suria, sistem pemanas air suria dan lain-lain lagi.

Berapa jumlah penyelidikan yang dijalankan setakat ini

Jumlah dana yang dikumpul untuk aktiviti R&D institut ini berjumlah RM 22 juta dari dana Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Insititut ini juga berjaya mendapat dana daripada industri seperti dari Yayasan Felda dan lain lain.

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/manfaat-teknologi-tenaga-solar-1.93225

Maybank biayai projek hijau RM612 juta

10 September 2015 12:36 AM

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Malayan Banking Bhd. (Maybank) telah membiayai 32 projek dalam sektor hijau dengan peruntukkan yang diluluskan sebanyak RM612.48 juta sehingga Julai lalu, sekali gus menjadi perbankan korporat utama yang menyokong perkembangan industri hijau negara. Daripada jumlah itu, RM271.78 juta merupakan pembiayaan menerusi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) sekali gus menguasai lebih 15 peratus pembiayaan di bawah skim tersebut.

Page 47: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 47

Pengarah Urusan, Perniagaan Perbankan, Perkhidmatan Kewa-ngan Komuniti Maybank, Henry Goh Jiok Vui berkata, antara bentuk-bentuk perniagaan yang mendapat pembiayaan Maybank ialah teknologi minyak bio, pusat janakuasa biomas, pusat janakuasa hidro mini dan kecil, hartanah dan ladang solar yang meliputi beberapa negeri di Malaysia. “Pembiayaan yang telah disalurkan ini merupakan sebahagian daripada ketetapan yang dibuat di bawah Yayasan Maybank bagi memberi sumbangkan kepada masyarakat termasuk di dalam segmen penjagaan alam sekitar.

“Kami gembira dengan sumbangan ini. Malah, bagi tahun 2014 kami diberi anugerah sebagai antara Pencetus Hijau oleh Malaysian Green Technology Corporation (Greentech Malaysia) dari segi sumbangan kewangan,” katanya semasa menyampaikan pembentangannya pada Forum Pembiayaan Hijau sempena Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Eko Antarabangsa Malaysia Ke-6, di sini hari ini.

Bagaimanapun kata beliau, pi-haknya tetap menghadapi cabaran tertentu untuk membia-yai projek-projek hijau memandangkan tiadanya kemahiran teknikal un-tuk menilai sesebuah projek. selain kurangnya contoh-contoh projek terdahulu yang boleh dijadikan panduan. “Syarikat-syarikat yang terlibat di dalam industri ini kebanyakannya syarikat yang baharu ditubuhkan atau syarikat khas (SPV) yang diperkenalkan, dan mempunyai modal yang kecil. Tambahan pula, syarikat-syarikat ini kebiasaannya mengharapkan pembiayaan sehingga 90 peratus dan nilai itu agak tinggi bagi sektor ini yang masih baharu,” katanya lagi.

Namun katanya, masalah pembiayaan ini boleh diatasi dengan menjalankan kerjasama Greentech Malaysia yang akan menilai potensi dan risiko sesebuah projek hijau sebelum dibenarkan mendapatkan pembiayaan. Kata Jiok Vui lagi, Maybank sendiri mempunyai kemahiran menerusi subsidiarinya, Maybank Kim Eng yang merupakan bank pelaburan berpusat di Singapura yang mempunyai pengalaman dalam menilai risiko dan potensi di dalam teknologi hijau seperti projek biomas dan pengeluar tenaga bebas.

http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/maybank-biayai-projek-hijau-rm612-juta-1.133951

Pembiayaan Islam nadi majukan industri hijau

FADZIL ZAINOL | 14 September 2015 2:15 AM

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Sistem pembiayaan Islam menjadi penyumbang utama terhadap perkembangan industri hijau di negara ini apabila menguasai 55 peratus pembiayaan yang dilakukan di bawah skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) yang dilancarkan kerajaan. Sehingga 30 Jun lalu, GTFS yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membiayai pertumbuhan industri hijau tempatan telah meraih pinjaman diluluskan sebanyak RM2.2 bilion melibatkan 26 institusi kewangan. Pecahan 55 peratus daripada jumlah itu membuatkan pembiayaan Islam menyumbang kira-kira RM1.21 bilion kepada GTFS.

Pengerusi Malaysian Green Technology Corporation (Greentech Malaysia), Tan Sri Peter Chin Fah Kui berkata, peratusan 55 peratus itu menunjukkan pembiayaan Islam semakin mendapat perhatian berban-ding sewaktu tahun pertama GTFS dilancarkan dengan pembiayaan Islam hanya menyumbang 10 peratus. “Dengan reputasi dan pengalaman negara di dalam perbankan Islam,

Page 48: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 48

pembiayaan Islam dijangka akan terus menjadi pilihan. Ini le-bih-lebih lagi apabila konsep pembiayaan Islam adalah selari dengan industri hijau dari segi etika,” katanya sewaktu semasa menyampaikan ucaptama Forum Pembiayaan Hijau sempena Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Eko Antarabangsa Malaysia Ke-6, baru-baru ini.

GTFS merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan pada 2010 dengan peruntukkan RM3.5 bilion untuk membantu pertumbuhan industri hijau negara. Peruntukan dana itu akan digunakan bersama-sama dana yang disumbangkan oleh institusi-institusi kewangan untuk membiayai projek atau perniagaan berkaitan industri hijau. Sehingga 30 Jun itu juga, pinjaman yang diluluskan RM2.2 bilion yang disertai 26 institusi kewangan itu melibatkan 188 projek yang mampu mewujudkan 3,000 peluang pekerjaan selain mengurangkan 2.67 juta tan pembebasan karbon. Ke-semua projek itu juga dijangka mencipta nilai pelaburan hijau sebanyak RM4.43 bilion di negara ini.

Bank utama yang menyertai GTFS, Malayan Banking Bhd. (Maybank) juga mengamalkan Dasar Pembiayaan Islam Diutamakan dalam menawarkan pinjaman terhadap syarikat-syarikat yang terlibat di bawah GTFS. Pengarah Urusan, Perniagaan Perbankan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Henry Goh Jiok Vui malah berkata, dasar itu juga diutamakan dalam pelbagai sektor yang dilihat mempunyai potensi sebagai produk berasaskan syariah termasuk industri hijau. “Walaupun industri hijau ini tidaklah sematang industri pembinaan, namun kami tetap meng-utamakan pembiayaan Islam terhadap industri hijau ini. Kami melihat pembiayaan Islam merupakan satu daripada pilihan yang boleh diketengahkan di dalam perkembangan industri hijau ,” katanya. Maybank telah membiayai 32 projek dalam industri hijau dengan peruntukan yang diluluskan sebanyak RM612.48 juta sehingga Julai lalu, sekali gus menjadi perbankan korporat utama yang menyokong perkembangan industri hijau negara.

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/pembiayaan-islam-nadi-majukan-industri-hijau-1.135662

PDRM jimat RM30 juta melalui inisiatif hijau

13 Mac 2015 1:26 AM

PERMATANG PAUH 12 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menjimatkan sehingga RM30 juta pada tahun lalu melalui inisiatif hijau yang dilaksanakan di Bukit Aman dalam pelbagai aspek termasuk penjimatan tenaga, sumber dan perolehan.

Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (Start), Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pada tahun ini inisiatif itu akan digerakkan di negeri-negeri bagi memberi galakan kepada semua anggora PDRM untuk melaksanakannya.Menurutnya, pada masa sama, bangunan baharu milik PDRM akan dipastikan mengamalkan inisiatif hijau seperti yang dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kedah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.“Beberapa langkah yang diambil sebelum ini seperti penggunaan kain untuk pakaian seragam baharu serta bahan pencuci yang digunakan harus melepasi penarafan hijau yang ditetapkan.“Selain itu kita juga telah memi-lih Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) sebagai perintis balai polis bangunan teknologi hijau

Page 49: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 49

PDRM dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan tenaga di setiap balai polis di seluruh negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Zulkifli menyerahkan sembilan buah kenderaan terpakai milik PDRM kepada GiatMara Pulau Pinang yang akan digunakan dalam pembelajaran automotif yang diterima Pengerusi GiatMara Datuk Dr. Jaujan Sambakong.Zulkifli menambah, lima buah kereta dan empat motosikal yang diserahkan itu juga adalah salah satu inisiatif hijau PDRM untuk memperluaskan agenda 3R PDRM.Jelasnya, sebelum ini banyak kenderaan serta aset PDRM dilelong bagi memberikan hasil kepada kerajaan namun kini pendekatan itu diubah dengan menyerahkan-nya kepada pihak yang memerlukan sebagai bahan pembelajaran.“Ini bukan program pertama yang dijalankan PDRM kerana sebelum ini sebanyak sembilan kenderaan telah diserahkan kepada GiatMara Kepala Batas, Pulau Pinang dengan nilai RM52,800 manakala lapan buah kereta telah diserahkan kepada GiatMara Kapar, Selangor,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pdrm-jimat-rm30-juta-melalui-inisiatif-hijau-1.68845

Kerajaan sasar transaksi RM1.2 bilion

Menerusi penganjuran IGEM 2015 September depan

AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF | 12 Mac 2015 1:25 AM

KUALA LUMPUR 11 Mac - Kerajaan menyasarkan transaksi dan peluang perniagaan berjumlah RM1.2 bilion menerusi penganjuran Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Eko Antarabangsa Malaysia 2015 (IGEM 2015) pada 9 hingga 12 September depan. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pameran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu dijangka menarik penyertaan lebih 400 pempamer tempatan dan antarabangsa yang menampilkan inovasi produk terbaharu, perkhidmatan dan bidang tenaga, pengangkutan, pembangunan hartanah, pengurusan air dan sisa buangan.

Katanya, IGEM2015 mensasarkan kehadiran lebih 60,000 pe-ngunjung sepanjang tempoh empat hari penganjurannya. “IGEM2015 merupakan platform khusus bagi penggiat industri teknologi hijau untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan, medium pertemuan dan perbincangan bagi meneroka potensi serta peluang perniagaan dalam industri ini. “Penganjuran pameran ini selaras dengan usaha kerajaan dalam meletakkan negara sebagai hab teknologi hijau di rantau ASEAN. Pada tahun ini, kerajaan mempergiatkan usaha mempromosi dan memperkasakan ekonomi berasaskan teknologi hijau ke seluruh negara dan rantau ini,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran IGEM2015 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Malaysian Exhibition Services Sdn. Bhd., Datuk Azzat Kamaludin dan Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology Corporation, Ir. Ahmad Hadri Haris. Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, IGEM2015 menampilkan tema Memperkasakan Ekonomi Hijau bagi menggambarkan usaha ber-terusan kerajaan dalam mempromosikan ekonomi industri tersebut di negara ini dan seluruh rantau ASEAN. Menurut beliau, IGEM2015 turut dijadikan platform perniagaan ke perniagaan bagi lima sektor seperti tenaga hijau, pengangkutan hijau, bangunan hijau, pengurusan dan teknologi sisa pepejal dan pengurusan teknologi rawatan air. “Pameran ini

Page 50: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 50

merupakan langkah kerajaan dalam memacu perniagaan berasaskan teknologi hijau serta meningkatkan nilai teknologi tersebut di negara ini,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-sasar-transaksi-rm1-2-bilion-1.68487

GTFS kumpul pembiayaan sehingga RM2.2 bilion

FADZIL ZAINOL | 10 September 2015 12:36 AM

KUALA LUMPUR 9 Sept. - skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggalakkan pertumbuhan industri hijau tempatan telah meraih pinjaman diluluskan sebanyak RM2.2 bilion sehingga 30 Jun lalu melibatkan 26 institusi kewangan.

Pengerusi Malaysian Green Technology Corporation (Greentech Malaysia), Tan Sri Peter Chin Fah Kui berkata, jumlah yang diluluskan itu melibatkan 188 projek yang mampu mewujudkan 3,000 peluang pekerjaan selain mengurangkan 2.67 juta tan pembebasan karbon. Katanya, kesemua projek itu juga dijangka mencipta nilai pelaburan hijau sebanyak RM4.43 bilion di negara ini.

“GTFS ini mempamerkan bagai-mana insentif yang disediakan oleh kerajaan mencapai matlamatnya dalam menarik penglibatan sektor swasta. Kerjasama awam-swasta ini penting bagi mencipta momentum perkembangan industri hijau di negara ini,” katanya semasa menyampaikan ucaptama Forum Pembiayaan Hijau sempena Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Eko Antarabangsa Malaysia Ke-6, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Greentech Malaysia, Ahmad Hadri Haris dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM), Datuk Dr. Adnan Alias.

GTFS merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan pada 2010 dengan peruntukkan RM3.5 bilion untuk membantu pertumbuhan industri hijau negara. Peruntukkan dana itu akan digunakan bersama-sama dana yang disumbangkan oleh institusi-institusi kewangan untuk membiayai projek atau perniagaan berkaitan industri hijau. Skim itu juga menawarkan rebat dua peratus setahun daripada kadar faedah yang dikenakan oleh institusi-institusi kewangan selain mendapat 60 peratus jaminan kerajaan. Jelas Fah Kui lagi, permintaan dana untuk pelaburan dalam industri hijau di Malaysia dijangka meningkat mencecah RM76.2 bilion menjelang tahun 2030.

Dalam pada itu, Ahmad Hadri berkata, pembiayaan di bawah GTFS dijangka mampu mencecah RM2.7 bilion pada akhir tahun, dengan RM500 juta hingga RM600 juta lagi pinjaman dijangka diluluskan melibatkan sehingga 30 projek perniagaan yang berpotensi. Katanya, antara perniagaan yang terbabit adalah solar, automotif dan produk-produk eko. Antara beberapa institusi kewangan yang menjadi penyumbang dana utama termasuklah Maybank, SME Bank dan Malaysia Debt Ventures (MDV), tambahnya.

http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/gtfs-kumpul-pembiayaan-sehingga-rm2-2-bilion-1.133950

Page 51: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 51

Cadangan bina loji tenaga gas ke Kabinet

30 Oktober 2015 12:41 AM

KOTA KINABALU 29 Okt. – Kertas cadangan pembinaan loji tenaga gas 380 megawatt di Sandakan yang diyakini memenuhi permintaan tenaga di pantai timur negeri ini akan dibawa ke Kabinet menjelang Disember ini bagi kelulusan. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, cadangan pembinaan loji tenaga iaitu dari Gayang di Tuaran ke Sandakan menggunakan sistem paip itu te-lah diluluskan oleh Majlis Ekonomi. "Kita akan bawa ke Kabinet (cadangan pembinaan loji tenaga). Selepas diluluskan, kerajaan akan membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu. "Kerajaan Persekutuan dan negeri sentiasa komited dalam memastikan bekalan elektrik serta tenaga di negeri ini mencukupi dan mapan, sekali gus berupaya dinikmati oleh rakyat termasuk di kawasan luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Panel Perunding Tenaga Sabah, di sini hari ini. Yang turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Abdul Razak Abdul Majid; Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga dan Teknologi Hijau), Datuk Dr. Nadzri Yahaya serta Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Datuk Ir. Ahmad Fauzi Hasan. Mesyuarat Panel Perunding Tenaga Sabah ditubuhkan bagi membolehkan penggubal dasar dan pelaksana mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan serta pemegang taruh tentang sesuatu dasar, strategi dan hal-hal berkaitan tenaga, khususnya di negeri ini.

Mengulas tentang panel perundingan itu, Maximus percaya isu-isu pembekalan tenaga elektrik di negeri ini akan mendapat penekanan lebih berkesan dan berjaya mengurangkan situasi gangguan serta insiden putus bekalan sehingga menyebabkan kerugian besar kepada pelbagai sektor. Ujar beliau, ketika ini sasaran Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem (Saidi) di negeri ini telah ditetapkan pada tahap 280 minit/pengguna/tahun. "Namun, selepas beberapa penambahbaikan yang telah diambil pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), kadar Saidi te-lah mencecah 297.79 minit/pengguna/tahun setakat 30 September lalu," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya berharap agar panel perundingan tenaga akan memberi nilai tambah dalam usaha kerajaan meningkatkan perkembangan industri tenaga, selain mengambil langkah pemulihan strategik menyeluruh bagi mengatasi masalah pembekalan elektrik negeri ini. Sementara itu, beliau berkata, peruntukan RM515 juta dalam Bajet 2016 baru-baru ini adalah untuk meningkatkan mutu bekalan elektrik di negeri ini iaitu meliputi projek baharu dan sambungan termasuk penjanaan, penghantaran, pembahagian, pasca bekalan serta untuk kajian potensi hidro di negeri ini.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cadangan-bina-loji-tenaga-gas-ke-kabinet-1.152126

UniKL akan hasilkan prototaip bangunan jimat tenaga

07 Mei 2015 12:39 AM

KUALA LUMPUR 6 Mei – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta lima syarikat bagi menghasilkan empat prototaip

Page 52: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 52

bangunan jimat tenaga yang akan digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan berkenaan teknologi hijau dalam industri pembinaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof. Dr. Mazliham Mohd. Su’ud berkata, pembinaan prototaip itu adalah selaras dengan objektif mereka untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan pembinaan bangunan jimat tenaga yang masih kurang diberi perhatian di negara ini. “Dalam projek ini, kami ingin membantu negara mencipta bangunan atau rumah yang dapat mengurangkan pemanasan global. “Bukan itu sahaja, penyelidikan dan pembangunan terhadap bangunan rendah tenaga yang selesa dan mampu milik juga sedang kami jalankan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pihak UniKL di sini hari ini.

Dalam MoU itu, CIDB diwakili oleh Pengurus Besar Kanan, Ir. Elias Ismail manakala Solar GE Sdn. Bhd oleh Ketua Eksekutif, Noor Shahiwan Ismail; Monier Sdn. Bhd. oleh Pengurus, Azrul Esfandy Razali; Aluplast GmbH oleh Pengarah Fascina Marketing Sdn. Bhd, Hooi Hou Yuen; Teh Chin Hock & Brothers Sdn. Bhd. oleh Pengurus Besar, Teh Kok San dan Roof & Facade Pte. Ltd. oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Gopi Panickar. Sementara itu, Noor Shahiwan berkata, salah satu kepentingan teknologi hijau adalah untuk pembinaan semula bangunan dan rumah selepas bencana alam berlaku.

Menurutnya, objektif pembinaan prototaip itu adalah menghasilkan bangu-nan yang menjana sendiri tenaga melalui teknologi solar dengan kos efektif. “Ini boleh diaplikasikan untuk pembinaan rumah dan bangunan selepas bencana alam contohnya seperti banjir yang melanda Pantai Timur yang menyebabkan bekalan elektrik menjadi antara masalah terbesar mangsa,” katanya.

Sementara itu, Hou Yuen berkata, cabaran yang dihadapi mereka sekarang adalah bagaimana prototaip tersebut dapat direalisasikan dalam pembinaan komersial. “Kita harus mendidik masyarakat mengenai kepentingan teknologi hijau dalam pembinaan. Ubah mentaliti mereka untuk mempunyai rumah yang bukan sahaja cantik pada luaran, tetapi elok untuk persekitaran,” katanya.

http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/unikl-akan-hasilkan-prototaip-bangunan-jimat-tenaga-1.88668

Tiga daripada 16 projek bernilai RM217 juta siap

30 Januari 2015 12:54 AM

KUCHING 29 Jan. – Tiga daripada 16 projek Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) telah siap dibina di negeri ini melibatkan kos RM217 juta.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, baki 13 projek lagi masih dalam pembinaan dan ada yang di peringkat reka bentuk. “Saya juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Num-pang bagi mendapatkan maklumat mengenai projek di bawah kementerian ini yang boleh dimasukkan ke dalam RMK-11 nanti,” katanya.

Page 53: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 53

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Loji Rawatan Air Batu Kitang, di sini semalam. Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Teknologi Hijau dan Air), Datuk Harjeet Singh Hardev Singh, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, Ir. Noor Azahari Zainal Abidin, Pengurus Besar Lembaga Air Kuching (KWB), Mohammad Sabari Shakeran dan Pemangku Residen Kuching, Zamahari Saidi. Sempena lawatan itu, Mahdzir turut menyampaikan sumbangan kepada enam kampung di sekitar Batu Kitang yang terlibat banjir.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pembinaan Empangan Bengoh bernilai RM310 juta yang dijangka siap pada tahun depan dapat mengatasi masalah kekurangan air mentah sewaktu cuaca panas dan kering. “Selain itu, projek menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bernilai RM190 juta bakal meningkatkan kapasiti pengeluaran daripada 200 juta liter sehari kepada 400 juta liter sehari. “Setakat akhir tahun lalu, projek terbabit mencapai pembangunan fizikal 20.7 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 2017,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/tiga-daripada-16-projek-bernilai-rm217-juta-siap-1.53991

Borneo Post:

Bantuan kewangan kepada ‘sunset industry’ harus dikaji: Wan Junaidi

October 18, 2015, Sunday

KUALA LUMPUR: Sektor perbankan serta golongan pelabur diminta mengurangkan bantuan kewangan kepada pihak yang ingin membawa masuk perusahaan bercirikan ‘sunset industry’, yang mengguna pakai teknologi bukan mesra alam ke dalam negara ini. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata walaupun perusahaan itu boleh memberi kesan positif kepada situasi ekonomi, ia dikhuatiri memberi kesan buruk seperti pencemaran yang tidak terkawal kepada alam sekitar. “Kita tertarik untuk membawa pelaburan, tetapi kita sendiri yang akan dibebani dengan udara yang kotor, alam sekitar yang kotor, kerana ‘sunset industry’ yang sudah tidak dipakai di negara asal mereka,” katanya semasa merasmikan Minggu Alam Sekitar Malaysia peringkat Kebangsaan 2015 di sini semalam. Tambah beliau, sekiranya pelabur asing ingin juga membawa masuk perusahaan sedemikian, Wan Junaidi menyarankan agar syarikat itu mengamalkan pemantauan kendiri seperti menggunakan teknologi hijau, memastikan kebersihan di tahap terkawal dan sebagainya supaya alam sekitar kekal terjaga.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan serius dengan sektor perbankan serta wakil dari syarikat korporat mengenai kemungkinan mewujudkan satu garis panduan untuk meminimumkan kemasukan perusahaan ‘sunset industry’ dari luar negara. Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, beliau berkata pihaknya optimis perjanjian antara Malaysia dan Indonesia mengenai langkah menangani masalah jerebu rentas sempadan yang tertangguh sebelum ini, dapat dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini. Beliau berkata ini adalah hasil dari pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Jokowi Widodo di Jakarta pada 11 Okt lepas, di mana masalah jerebu adalah antara topik yang dibincangkan secara serius.

Page 54: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 54

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Memorandum Persefahaman (MoU) bilateral mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, sebaik saja berkuat kuasa, akan membuka jalan bagi kerjasama lebih luas antara kedua-dua negara dalam menangani asap yang berlaku saban tahun. Namun mesyuarat antara Junaidi dan rakan sejawatnya bagi memuktamadkan MoU itu tertangguh sebanyak dua kali, iaitu pada 18 dan 25 Sept lepas, akibat keadaan berjerebu yang bertambah buruk di Indonesia. Mengulas mengenai Minggu Alam Sekitar Malaysia, Wan Junaidi berkata, rakyat Malaysia harus sedar bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar bukanlah semata-mata atas bahu kerajaan. Beliau berkata rakyat, harus dididik seawal peringkat kanak-kanak, sehinggalah ke alam dewasa, mengenai kepentingan menjaga alam sekitar bagi memastikan ia dapat diwarisi generasi akan datang. — Bernama

Read more: http://www.theborneopost.com/2015/10/18/bantuan-kewangan-kepada-sunset-industry-harus-dikaji-wan-junaidi/#ixzz3wzbjwh00

MoU selari usaha promosi teknologi hijau

December 11, 2015, Friday

Senari, Stone Petroleum akan bekerjasama bina kilang penapisan minyak terpakai

// Oleh Rusnan Mustafa //

KERJASAMA: Awang Tengah menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman antara Senari Synergy Sdn Bhd diwakili Misnu (empat kiri) dengan Stone Petroleum (Malaysia) Sdn Bhd diwakili Wilson (tiga kanan) sambil disaksikan oleh tetamu kehormat lain.

KUCHING: Senari Synergy Sdn Bhd menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Stone Petroleum (Malaysia) Sdn Bhd membina sebuah kilang pemprosesan penapisan semula minyak terpakai di Kompleks Perindustrian Senari, Jalan Bako di sini. Majlis menandatangani MoU itu semalam antara Senari Synergy Sdn Bhd diwakili pengerusinya Datu Misnu Taha dan Stone Petroleum Sdn Bhd diwakili pengarahnya Dato Wilson Lee Yun Kong yang disaksikan oleh Menteri

Page 55: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 55

Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Hotel Hilton di sini semalam.

Awang Tengah dalam ucapannya berkata, penapisan semula minyak terpakai selari dengan usaha kerajaan dalam memperkenalkan teknologi hijau di negeri ini. “Dianggarkan jumlah pelaburan untuk mewujudkan kilang pemprosesan penapisan semula minyak terpakai ini sekitar RM300 juta. “Ia melibatkan tiga fasa yang dibangunkan di tanah seluas 30 ekar di Kompleks Perindustrian Senari Synergy, Jalan Bako pastinya akan membuka peluang pekerjaan kepada 350 orang,” katanya. Awang Tengah menjelaskan, beliau difaham projek itu mendapat kerjasama dengan juruteknik dan pakar dari China. Justeru, beliau berharap pembinaan kilang pemprosesan penapisan semula minyak terpakai itu mampu mengelak pembuangan sisa minyak terpakai di sungai. “Amat sukar kita pulihkan sungai yang telah tercemar oleh minyak terpakai dan sebab itu kita menyambut baik usaha ini,” ujarnya.

Menyentuh mengenai perkembangan pelaburan di negeri ini, Awang Tengah juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, dari tempoh Januari hingga September 2015 Sarawak mencatatkan jumlah pelaburan kedua tertinggi di Malaysia selepas Johor melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM11.8 bilion membabitkan 18 projek. “Justeru, saya berharap lebih banyak lagi kerjasama dapat dijalinkan oleh Senari bagi meningkatkan lagi kemudahan dan pembangunan perindustrian di negeri ini,” tambahnya. Hadir sama Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pembangunan Estet Perindustrian Datuk Peter Nansian Ngusie dan tetamu kehormat lain.

Read more: http://www.theborneopost.com/2015/12/11/mou-selari-usaha-promosi-teknologi-hijau/#ixzz3wzaoqvvz

Page 56: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 56

Promosi pembinaan bangunan hijau: Talib

March 28, 2015, Saturday

RASMI: Talib (kanan) merasmikan Pameran Perdagangan Bangunan (BTS) 2015 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching semalam.

KUCHING: Pemain industri pembinaan di negeri ini disaran untuk mempromosi pembinaan bangunan hijau yang mampu menjamin kelestarian alam sekitar demi kebaikan bersama. Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Datuk Talib Zulpilip berkata pembinaan bangunan hijau bukan sekadar memberi manfaat kepada sesuatu projek, malah masyarakat setempat. Katanya, ia juga mampu memberi jaminan kepada peningkatan aspek lain ke arah pembangunan hijau seperti sektor perniagaan hijau, pekerjaan hijau serta ekonomi hijau.

“Apa sahaja aktiviti berhubung pembangunan hijau haruslah bersifat penggunaan teknologi dan peralatan yang berupaya mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. “Pada masa sama, ia boleh mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai bangunan, meningkatkan akses kepada modal dari tabung pelaburan hartanah bertanggungjawab serta meningkatkan sewa dan kadar penghunian,” ujarnya pada Pameran Perdagangan Bangunan (BTS) 2015 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) anjuran Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) Cawangan Sarawak bertemakan ‘Go Green’ di sini semalam.

Katanya, dari aspek manfaat kepada masyarakat ia berupaya mewujudkan situasi ‘menang-menang’ apabila penyewa atau penghuninya berasa gembira menikmati kediaman yang sihat diiktiraf sebagai kediaman tanggungjawab sosial dengan penggunaan tenaga elektrik dan air yang rendah setiap bulan. Menteri Muda Pelancongan itu berkata, aktiviti ekonomi dijana menerusi pembinaan bangunan hijau harus memastikan peningkatan terhadap tahap ekosistem serantau. “Dengan

Page 57: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 57

gabungan prinsip dan matlamat pembangunan mampan serta perniagaan hijau yang ditekankan, masyarakat semakin mendekati pemahaman terhadap konsep kelestarian. “Justeru, syarikat pembinaan juga mula mengiktiraf peluang sedia ada menjual produk hijau serta mencerminkan budaya tanggungjawab ekologikal bermutu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi PAM Cawangan Sarawak Stephen Liew berkata sejak BTS diperkenalkan pada 2003 ia menjadi landasan pempamer terlibat untuk mempamerkan perkhidmatan dan produk terkini mereka. Sebelum ini, katanya, ia berjaya menarik ramai pengeluar dan pembekal yang berhasrat mempamerkan produk dan perkhidmatan terkini selain menjadi peluang orang ramai dan profesional mempelajari dan mengetahui maklumat dan teknologi terkini dalam industri pembinaan bangunan. “Ia juga sebagai usaha mempromosi budaya kehidupan hijau serta pendedahan terhadap kaedah mengekalkan kemapanan persekitaran,” katanya. BTS yang bermula semalam hingga Ahad, 29 Mac ini boleh dikunjungi dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Lebih 100 pempamer dari kalangan pemain industri pembinaan seluruh negeri ini menyertai pameran itu.

Read more: http://www.theborneopost.com/2015/03/28/promosi-pembinaan-bangunan-hijau-talib/#ixzz3wza4TqH6

Amalkan konsep mesra alam dengan sistem pengurusan hijau: Ahmad

February 12, 2015, Thursday

MIRI: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mahu syarikat-syarikat khususnya yang terbabit dalam industri berat mahupun sederhana di negara ini mengamalkan konsep mesra alam dengan sistem pengurusan hijau. Beliau berkata penerokaan konsep yang mesra alam adalah perkara baharu di negara ini dan perlu dibangunkan kerana mempunyai potensi yang besar untuk berkembang dan mampu memberi saingan kepada syarikat-syarikat lain yang sedia ada namun tanpa sistem pengurusan hijau. Beliau memberitahu demikian semasa merasmikan syarikat Freelander Tech International Sdn Bhd (FTISB) dan bangunan ibu pejabatnya yang terletak di Piasau Utara, di sini, semalam.

Menurut Ahmad, syarikat FTISB merupakan satu-satunya syarikat seumpamanya di Malaysia mengamalkan konsep pengurusan hijau dan perniagaan mesra alam serta selamat kepada pengguna dan menjadi model kepada syarikat-syarikat lain untuk menerokai bidang sama yang masih baharu dan berpotensi besar di negara ini. “Saya berharap FTISB yang menerokai industri minyak dan gas di negara ini akan terus melangkah maju dengan produk dan pengurusan sistem hijau yang diserapkan dalam industri minyak dan gas di negara ini. “Ia sekali gus memberikannya peluang yang lebih besar berbanding saingan mereka, kerana mereka memiliki dan menghasilkan satu-satunya produk cat mesra alam yang diiktiraf oleh kerajaan dan telah diberi Sijil GreenTAG oleh Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia pada April 2014,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Pengarah Urusan FTISB Masation Maran, dalam ucapannya terdahulu sebelum itu memberitahu penerokaan oleh syarikat itu adalah konsep yang terkini yang belum lagi diadaptasikan oleh mana-mana syarikat di negara dalam industri minyak dan gas. “Semua proses yang djalankan oleh syarikat ini, terutama dalam penyemburan dan

Page 58: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 58

mengecat (dalam industri minyak dan gas) adalah dalam proses hijau iaitu mesra alam. “Dengan konsep baharu ini kelak dan pelancaran Kempen Hijau oleh syarikat ini, kami akan menjalin kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan, seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), selain syarikat-syarikat minyak seperti PETRONAS, Shell dan sebagainya,” jelas beliau sambil menambah pihaknya juga merancang untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). “Menerusi MoU terbabit, kami akan melibatkan IKBN dalam industri minyak dan gas dengan menyediakan tempat untuk mereka berlatih dan memahirkan diri menggunakan sistem dan teknologi hijau yang akan diguna pakai dalam industri minyak dan gas,” jelas beliau.

Syarikat tersebut yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera Sarawak ditubuhkan pada 17 September 2013 dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan, PETRONAS dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Ia menyediakan perkhidmatan menyembur dan mengecat dengan kaedah mesra alam menerusi Kempen Hijau dalam Industri-industri Minyak dan Gas serta Petro Kimia di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

Read more: http://www.theborneopost.com/2015/02/12/amalkan-konsep-mesra-alam-dengan-sistem-pengurusan-hijau-ahmad/#ixzz3oMGlw1dB

2,160 outlet francais Malaysia di 55 negara

June 14, 2015, Sunday

Usahawan digalak terokai sektor baharu terutamanya ICT, pelancongan, teknologi hijau

KUALA LUMPUR: Sebanyak 60 jenama francais Malaysia telah menembusi pasaran di lebih 55 negara dengan jumlah outlet mencecah 2,160, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek. Di Malaysia, beliau berkata 773 francais telah didaftarkan di bawah kementerian setakat ini. “Sektor makanan dan minuman mendahului dengan 36 peratus, diikuti sektor perkhidmatan dan penyelenggaraan dengan 12 peratus daripada keseluruhan francais berdaftar. “Sehubungan itu, kerajaan ingin menggalakkan usahawan francais untuk menerokai sektor baharu, terutamanya dalam ICT, pelancongan dan teknologi hijau,” katanya dalam ucapan pada Francais Antarabangsa Malaysia 2015 (FIM 2015) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam. Pameran dan Persidangan FIM 2015 dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) Datuk Mohd Latip Sarrugi.

Hasan berkata sejak beberapa tahun lepas, kerajaan telah mempromosikan francais sebagai perniagaan pilihan dalam kalangan pemilik perniagaan dan kerjaya pilihan sebagai usahawan di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Beliau berkata pameran seperti FIM dan pelbagai program jerayawara francais akan diteruskan, dan kalangan francisor tempatan digalakkan untuk merebut peluang itu untuk mempromosikan perniagaan mereka. “Tema ‘Leap Beyond the Limits’ merupakan cerminan sebenar hala tuju yang perlu diambil oleh francais tempatan pada ketika ini. “Saya percaya menjelang tahun 2020, industri francais akan diiktiraf sebagai satu daripada

Page 59: Teknologi Hijau (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 59

pemangkin pertumbuhan ekonomi negara serupa dengan negara maju seperti Australia, Perancis dan Amerika Syarikat,” katanya.

Hasan berkata kementerian akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk merumuskan strategi efektif bagi memperluaskan pasaran untuk francais tempatan. Katanya kerajaan juga memberikan bantuan berterusan dalam bentuk geran dan kemudahan untuk membolehkan pertumbuhan perniagaan menerusi francais. Sementara itu, dalam sidang media kemudiannya Hasan berkata, kementerian tidak ‘memilih bulu’ dalam setiap operasi yang dijalankan di premis-premis perniagaan. “Semua pihak perlu perbetulkan persepsi bahawa kementerian memilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap peniaga yang menyeleweng. Semua yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan,” katanya. Beliau mengulas keluhan peniaga di Uptown, Shah Alam yang menyelar tindakan pihak berkuasa menyerbu premis perniagaan mereka dan mendakwa ia tidak adil kerana serbuan hanya dilakukan di premis perniagaan Melayu. — Bernama

Read more: http://www.theborneopost.com/2015/06/14/2160-outlet-francais-malaysia-di-55-negara/#ixzz3wzZVW8yl