kesan persekitaran institut pendidikan guru … · kajian ini dibuat ke atas siswa guru peribumi...

23
KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TERHADAP PEMBANGUNAN EMOSI SISWA GURU PERIBUMI Mohd Sahardi b Ismail (IPGKTAA) Profesor Madya Dr Siti Eishah bt Moksin (UPSI) [email protected] Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini berbentuk deskriptif untuk melihat kesan persekitaran di IPGKTAA dalam membangunkan emosi mereka. Dua faktor persekitaran telah dikaji iaitu pengaruh rakan sebaya dan budaya di institut. Seramai 79 orang siswa guru peribumi dari kursus pemulihan dan prasekolah telah diambil sebagai responden . Set soal selidik mengandungi 20 item digunakan untuk mendapat data kajian . Kajian rintis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan soal selidikk adalah .87. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 21 bagi mendapatkan nilai diskriptif dan inferensi. Min keseluruhan yang diperolehi menunjukkan kesan persekitaran IPGKTAA dapat membangunkan emosi pelajar berada pada tahap tinggi (1.67). Faktor persekitaran yang paling domino adalah faktor budaya institusi dengan min keseluruhan 1.72 diikuti oleh faktor rakan sebaya 1.57. Hasil daripada ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara faktor persekitaran IPGKTAA berdasarkan perbezaan jantina.Melalui korelasi peason r menunjukkan nilai signifikan lebih kecil daripada 0.01. Maka ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor persekitaran dalam membangunkan emosi pelatih.Hasil dapatan dirumuskan bagi menghasilkan satu gambaran yang jelas bagi mengenai kesan faktor persekitaran di IPGKTAA terhadap pembangunan emosi pelajar Kata kunci : emosi pelajar, rakan sebaya, budaya kampus, persekitaran MENGGUNAKAN TEKNIK NYAYIAN UNTUK MEMBANTU MURID MENGEJA PERKATAAN VOKAL BERGANDING DENGAN BETUL Jaimah binti Abdul Manaf (IPGKTHO) Jamilah binti Abdul Rahman Masalah menguasai penulisan perkataan yang tepat oleh murid orang asli sering kali terjadi dalam kalangan murid orang asli di sekolah ini. Keadaan ini membantut usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu di sekolah ini. Justuru itu kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menguji pembelajaran menggunakan teknik nyayian dapat membantu murid mengeja perkataan dengan betul. Objektif kajian pula bertumpu kepada kebolehan murid mengeja perkataan yang mengadungi vokal berganding [ua] dan [ui] dengan betul. Kajian ini hanyalah melibatkan lima orang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Segamat Kecil, Segamat. Selain daripada itu kajian ini juga penting untuk memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya mengeja perkataan dengan betul. Analisis data menunjukkan kaedah Pembelajaran menggunakan teknik nyanyian berjaya mencapai objektif kajian yang telah

Upload: trinhkien

Post on 19-Mar-2019

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU

AMPUAN AFZAN TERHADAP PEMBANGUNAN EMOSI

SISWA GURU PERIBUMI

Mohd Sahardi b Ismail (IPGKTAA)

Profesor Madya Dr Siti Eishah bt Moksin (UPSI)

[email protected]

Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini

berbentuk deskriptif untuk melihat kesan persekitaran di IPGKTAA dalam membangunkan

emosi mereka. Dua faktor persekitaran telah dikaji iaitu pengaruh rakan sebaya dan budaya di

institut. Seramai 79 orang siswa guru peribumi dari kursus pemulihan dan prasekolah telah

diambil sebagai responden . Set soal selidik mengandungi 20 item digunakan untuk mendapat

data kajian . Kajian rintis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan soal selidikk adalah

.87. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Science Social

(SPSS) versi 21 bagi mendapatkan nilai diskriptif dan inferensi. Min keseluruhan yang

diperolehi menunjukkan kesan persekitaran IPGKTAA dapat membangunkan emosi pelajar

berada pada tahap tinggi (1.67). Faktor persekitaran yang paling domino adalah faktor budaya

institusi dengan min keseluruhan 1.72 diikuti oleh faktor rakan sebaya 1.57. Hasil daripada

ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara faktor persekitaran IPGKTAA

berdasarkan perbezaan jantina.Melalui korelasi peason r menunjukkan nilai signifikan lebih

kecil daripada 0.01. Maka ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

faktor-faktor persekitaran dalam membangunkan emosi pelatih.Hasil dapatan dirumuskan

bagi menghasilkan satu gambaran yang jelas bagi mengenai kesan faktor persekitaran di

IPGKTAA terhadap pembangunan emosi pelajar

Kata kunci : emosi pelajar, rakan sebaya, budaya kampus, persekitaran

MENGGUNAKAN TEKNIK NYAYIAN UNTUK MEMBANTU MURID MENGEJA

PERKATAAN VOKAL BERGANDING DENGAN BETUL

Jaimah binti Abdul Manaf (IPGKTHO)

Jamilah binti Abdul Rahman

Masalah menguasai penulisan perkataan yang tepat oleh murid orang asli sering kali terjadi

dalam kalangan murid orang asli di sekolah ini. Keadaan ini membantut usaha untuk

memartabatkan Bahasa Melayu di sekolah ini. Justuru itu kajian ini dilaksanakan bertujuan

untuk menguji pembelajaran menggunakan teknik nyayian dapat membantu murid mengeja

perkataan dengan betul. Objektif kajian pula bertumpu kepada kebolehan murid mengeja

perkataan yang mengadungi vokal berganding [ua] dan [ui] dengan betul. Kajian ini hanyalah

melibatkan lima orang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Segamat Kecil, Segamat.

Selain daripada itu kajian ini juga penting untuk memberi kesedaran kepada murid tentang

pentingnya mengeja perkataan dengan betul. Analisis data menunjukkan kaedah

Pembelajaran menggunakan teknik nyanyian berjaya mencapai objektif kajian yang telah

Page 2: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

ditetapkan. Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik yang sama untuk isu-isu lain

seperti masalah penguasaan pembinaan ayat mudah, ayat majmuk dan seterusnya menulis

karangan.

Kata kunci: Nyanyian, orang asli, vokal

PENGENALAN KEPADA KAJIAN KECEKAPAN NUMERASI PELAJAR ORANG

ASLI

Nur Atikah binti Hussein (UTM)

Zaleha binti Ismail

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecekapan numerasi murid Tahun

5 serta strategi pedagogi yang diamalkan oleh guru matematik Tahun 5 di negeri Pahang.

Sampel kajian ini terdiri daripada 100 orang murid Tahun 5 di sekolah-sekolah rendah

terpilih di seluruh negeri Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitif. Instumen yang

digunakan adalah ujian numerasi yang dibina sendiri. Ujian numerasi ini terbahagi kepada

dua bahagian iaitu ujian lisan dan bertulis. Dapatan kajian dianalisis menggunakan Statistical

Packages for the Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan nilai min, frekuensi dan

peratusan.

Kata kunci: Pedagogi, numerasi, Pahang

TAHAP PENYERTAAN ORANG ASLI DALAM LATIHAN KEMAHIRAN

VOKASIONAL DI PUSAT LATIHAN ORANG ASLI NEGERI PAHANG

Zamani Ibrahim (IPGKTAA)

Rozman Rosely

[email protected]

Pendidikan dan latihan kemahiran vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup

penting dalam menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang

berkemahiran tinggi seterusnya menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara.

Pusat-pusat latihan kemahiran vokasional antara institusi yang memainkan peranan penting

dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam memenuhi pasaran kerja

bidang industri. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penyertaan Orang Asli dalam

latihan kemahiran vokasional di Negeri Pahang. Sampel kajian terdiri daripada Orang Asli

yang sedang menjalani kursus di Pusat Latihan Kemahiran Orang Asli di Pahang. Alat kajian

yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik. Bentuk kajian yang dijalankan

berbentuk kajian tinjauan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif

iaitu frekuensi dan peratusan serta statistik inferensi iaitu ujian-t. Dapatan kajian

menunjukkan tahap penyertaan Orang Asli dalam latihan vokasional secara keseluruhannya

adalah pada tahap sederhana iaitu dalam julat markah penyertaan latihan kemahiran 40%-

59%. Analisis ujian-t pada aras .05 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

bagi setiap penyertaan latihan kemahiran kecuali aktiviti belajar berbentuk praktikal

mengikut etnik orang Asli. Bagi faktor menambah kemahiran pula, terdapat hubungan yang

signifikan bagi setiap komponen dalam tahap penyertaan Orang Asli dalam latihan kemahiran

Page 3: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

vokasional kecuali bagi menggemari bidang kemahiran yang ditawarkan dan mudah dapatkan

pekerjaan. Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa tahap penyertaan Orang Asli

perlu dilihat semula terutama sekali dari aspek bidang dan kemahiran yang ditawarkan bagi

melahirkan pelatih Orang Asli yang mahir dalam setiap bidang kemahiran vokasional. Dalam

mencapai matlamat ini, pendidikan vokasional sewajarnya diberikan kepada pelajar Orang

Asli bagi menerima latihan kemahiran yang bersesuaian dengan kehidupan mereka. Dalam

sistem pendidikan masa kini, peranan pendidikan vokasional amat besar bagi melahirkan

tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam pembangunan sesebuah negara industri.

Kata kunci: Orang Asli, tahap penyertaan, pendidikan dan latihan vokasional

PEDAGOGICAL STRATEGIES AND NUMERACY COMPETENCY OF

ABORIGINAL STUDENTS IN JOHOR

Zaleha Ismail (UTM)

Zuriati Sabidin

Tan Yee Ching

Nur Atikah Hussein

This study aims to investigate the numeracy competency among Year 5 aboriginal students

and pedagogical strategies used by mathematics teachers. The sample of this study consists of

100 aboriginal students and 10 teachers from different schools in Johor. For quantitative data

collection, written and oral test will be given to the students. To collect qualitative data,

observation will be done to find out teachers’ teaching pedagogy. Result of the numeracy test

will be analyzed using SPSS to find out descriptive data while result of observation will be

written in report.

Key words: Aboriginal, pedagogical, Johor

SEKILAS PANDANG: PERANAN SIPartner+ (SIP+) MEMBANGUNGAN SEKOLAH

ORANG ASLI DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH

Mohamad Azhar Bin Mat Ali, Ph.D (PPD Jerantut)

[email protected]

Objektif kertas konsep ini ialah untuk memberi pendedahan kepada warga pendidikan

mengenai peranan SIP+ yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di

bawah Program Transformasi Daerah. Terdapat 3 peranan utama SIP+ iaitu membuat lawatan

bersemuka dengan Guru Besar, membimbing Guru Besar tentang program yang diluluskan

oleh pihak KPM dan membantu menyelesaikan masalah dan isu-isu di sekolah berkenaan dan

melaporkan kepada Ketua Pejabat Pendidikan Daerah untuk diambil tindakan lanjut. Dalam

menjalankan tiga peranan ini, dengan tidak secara langsung sekolah akan kerap dilawati oleh

SIP+ dan hubungan profesiolisme terjalin mesra. Bagi sekolah Orang Asli, hubungan

sebegini amat penting bagi membantu menyelesaikan segala isu yang sememangnya

terbelenggu lama seperti masalah kehadiran, keciciran dan motivasi rendah. Setelah lebih dari

setahun SIP+ membimbing Guru Besar serta guru-guru di sekolah Orang Asli ini, didapati

mereka sudah mula menerima kewujudan SIP+ dan seolah-olahnya telah menjadi tempat

mengadu hal dan tempat untuk mencurahkan segala permasalahan mereka tanpa prejudis.

Page 4: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

Persepsi guru-guru terhadap pencapaian murid turut berubah daripada `tiada harapan’ kepada

`kami boleh’. Rumusannya untuk membantu sekolah Orang Asli bimbingan yang kerap perlu

dilakukan selain pemantauan dan penaziran. Metodologi hubungan juga perlu diubah

daripada `memberi tekanan’ kepada `memberi harapan’.

Kata kunci: SIP+, Orang Asli, PPD

UKURAN DAN SUKATAN DALAM PERIBAHASA SUKU KAUM SEMAI

Mohd. Rasdi bin Saamah (IPGKTAA)

[email protected]

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat jenis-jenis ukuran dan sukatan yang terdapat dalam

peribahasa suku kaum Semai. Kajian ini juga dilaksanakan untuk melihat pemikiran

masyarakat Orang Asli suku kaum Semai terhadap alam persekitaran dan pengalaman hidup

mereka sebagai sumber ukuran dan sukatan dalam kehidupan seharian. Teori yang digunakan

dalam kajian ini ialah Teori Relativiti Linguistik yang menjadi dasar kepada Hipotesis Sapir-

Whorf (1921) yang menyatakan bahawa terdapat hubungan antara bahasa, budaya dan

pemikiran manusia. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan 43 daripada 150 peribahasa yang

dirakamkan hasil temu bual dengan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai mempunyai

unsur ukuran dan sukatan yang digunakan dalam aktiviti seharian mereka. Berdasarkan

perlambangan yang terdapat dalam peribahasa yang telah dianalisis, kajian ini mendapati

bahawa beberapa kategori ukuran dan sukatan telah digunakan dalam peribahasa suku kaum

Semai iaitu ukuran keluasan, ukuran ketinggian, ukuran masa dan ukuran jarak. Pada

dasarnya masyarakat Orang Asli suku kaum Semai didapati menggunakan alam persekitaran

dan pengalaman hidup mereka dalam membina dan memilih perlambangan yang sesuai dalam

sesuatu peribahasa yang dikaitkan dengan persekitaran kognitif mereka. Kajian ini dapat

membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai juga mempunyai pemikiran

tentang kepentingan piawaian dalam aktiviti kehidupan mereka seharian sebagaimana

masyarakat lain di negara ini.

Kata kunci: Ukuran, suku kaum Semai, teori relativiti linguistik, sistem ukuran dan sukatan.

PEMBANGUNAN POTENSI KERJAYA MURID ORANG ASLI:

SATU KAJIAN KES

Abdul Razaq Ahmad (UKM)

Mohd Mahzan Awang

[email protected] ; [email protected]

Kajian ini adalah berujuan untuk meneroka minat dan potensi murid Orang Asli dalam

pemilihan kerjaya berdasarkan enam ciri personaliti iaitu Realistik, Investigatif, Artistik,

Sosial, Enterprising dan Konvensional. My Future Card telah digunakan bagi mengenalpasti

potensi dan minat kerjaya di kalangan murid Orang Asli. Kajian ini menggunakan rekabentuk

Page 5: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

kajian eksploratori yang melibatkan 28 Orang tahap dua di sebuah sekolah Kebangsaan

Orang Asli di negeri Pahang. My Future Card mengandungi 60 keping kad di mana murid

Orang Asli dikehendaki memeilih 15 kad bagi menentukan potensi kerjaya mereka. Kad ini

dibina berdasarkan ciri-ciri pesonaliti ke arah pemilihan kerjaya. Hasil kajian menunjukkan

bahawa majoriti murid Orang Asli cenderung kepada kerjaya dalam kategori sosial, artistik

dan Intestigatif. Manakala potensi terhadap kategori Rialistik, Enterprising dan Konvesnional

adalah kurang menggalakkan. Kajian ini memberi implikasi bahawa murid Orang Asli

mempunyai potensi dalam pemilihan kerjaya mereka dan sekolah perlu membuat

perancangan dalam persediaan kerjaya masa depan bersesuaian dengan minat dan

kcenedrungan mereka. Kajian ini mencadangkan satu model pedagogi bagi pembangunan

kerjaya Murid Asli yang lebih komprehensif dan bersepadu.

Kata kunci: Murid Orang Asli, kerjaya, potensi, personaliti, minat kerjaya

JAM AIR: SATU INOVASI PEDAGOGI SAINS DAN MATEMATIK

Mohd. Naim bin Hj. Abd. Rahim (IPGK Keningau)

Zakaria Barabag

[email protected]

[email protected]

Kajian Jam Air sebagai satu inovasi pedagogi sains dan matematik telah dijalankan dari April

hingga Ogos 2015. Bentuk fizikal Jam Air menggunakan tangki di bahagian atas sebagai

sumber air untuk menitiskan air pada takungan di bahagian bawah menerusi satu lubang pada

penutup botol yang dikawal saiznya. Kajian dijalankan secara kualitatif menerusi persampelan

rawak terhadap para pensyarah dan pelatih IPGK Keningau, guru-guru Zon Nabawan, Sabah

dan Zon Klang, Selangor. Fokus kajian ini ialah untuk mendapatkan maklum balas responden

terhadap fungsi Jam Air sebagai bahan bantu mengajar dalam subjek sains dan matematik.

Objektif kajian ini adalah untuk melihat fungsi Jam Air dalam pengajaran yang berkaitan

dengan konsep gelombang dan tenaga (Fizik), kemahiran saintifik dan kemahiran proses sains

(Sains) dan operasi tambah, tolak, bahagi dan isipadu (Matematik). Hasil ini menunjukkan

fungsi Jam Air amat signifikan dengan pelbagai tajuk dalam subjek sains dan matematik. Jam

Air dapat merangsang keupayaan murid untuk menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) bagi mencapai Tahap Penguasaan (TP) tertinggi dalam Standard Prestasi Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Kajian lanjutan terhadap prinsip Jam Air masih terbuka luas dalam bidang yang berkaitan

dengan akuastik, gelombang, perbandingan pergerakan kelikatan cecair dan pergerakan

elektron dalam akueus.

Kata kunci: KBAT, Jam Air, akues

Page 6: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

“MOTIVASI PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA”

Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop (UPM)

Sejarah menunjukkan bahawa manusia sentiasa membina peradaban dan ketamadunan dari

zaman ke zaman. Kehidupan dibangunkan supaya menjadi lebih baik kerana setiap era

memberikan dampak ke atas kesejahteraan manusia. Proses pewarisan berlaku sama ada

secara sedar; dipelajari dan dianuti mahupun secara tanpa sedar; tabii dan semula jadi.

Prasyarat perubahan secara sedar adalah kemampuan berbahasa; keupayaan manusia

‘membaca’ pengalaman lalu untuk meletakkan garis panduan bagi pembangunan kehidupan

yang seterusnya. Tanpa akses kepada pengetahuan tersebut, manusia akan berhadapan dengan

dua situasi; menanggung risiko mengulangi kesilapan masa lalu, atau sebaliknya menjadikan

pengalaman itu sebagai iktibar bagi membina sesuatu yang lebih baik. Kertas kerja ini

bertitik-tolak daripada kesedaran betapa manusia perlu dimotivasikan untuk belajar daripada

pengalaman lalu. Hal ini membolehkan manusia membangunkan peradaban yang relatif dan

mengikut arus, malahan menerajui ketamadunan itu sendiri melalui kemahiran berbahasa.

Untuk maju di dunia dan untuk sejahtera di akhirat, manusia perlu menguasai bahasa.

Kata kunci: Motivasi, pewarisan, bahasa

MENINGKATKAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR

PERIBUMI MELALUI PROGRAM NILAM

Norafizah Abdul Razak (SBT SK Seri Biram Pekan Pahang)

Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu pengabungan atau

adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah-sekolah termasuk

sekolah masyarakat peribumi dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada pelajar

yang berjaya mengikuti program ini sepanjang ia dilaksanakan. Program ini adalah suatu

pendekatan untuk mengalakkan penyuburan tabiat membaca yang berterusan sehingga

mencapai objektif untuk melahirkan ‘avid reader’ ( atau pembaca bersemangat).Penyuburan

budaya ilmu dengan memberi penekanan kepada pendidikan seumur hidup dapat dicapai

melalui pemupukan budaya membaca, belajar berfikir dan berkongsi ilmu pengetahuan

dengan orang lain. Melalui Program NILAM aktiviti membaca telah diperkenalkan dan

dilaksanakan secara efektif. Melalui aktiviti ini pelbagai strategi telah digunakan untuk

memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar peribumi. Budaya dan sikap masyarakat

pribumi banyak mempengaruhi pandangan mereka terhadap pendidikan dan amalan budaya

membaca. Bagi mendepani cabaran ini pihak sekolah melalui Program NILAM telah

menjalankan pelbagai pendekatan dalam bagi menarik minat pelajar-pelajar peribumi

meningkatkan kemahiran membaca dan menanam sikap suka membaca dalam kalangan

Page 7: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

mereka. Peningkatan amalan suka membaca mampu membawa pelajar peribumi ke satu tahap

yang lebih baik dan sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan mereka. Pembangunan

tamadun ilmu merupakan salah satu agenda penting ke arah meningkatkan kualiti pendidikan

sesebuah negara . Ia merupakan satu usaha membangunkan tamadun ilmu dalam mendepani

cabaran Pendidikan Abad ke 21 termasuk sekolah-sekolah masyarakat peribumi di Malaysia.

Kata Kunci : NILAM – Nadi Ilmu Amalan Membaca

INDIGENOUS PEDAGOGY: A MATTER OF HEARTS AND MINDS

Chin Mei Chin, Ph.D (IPGK Bahasa Antarabangsa)

This presentation concerns a discourse on matters related to teaching and learning in Orang

Asli schools. The first consideration refers to the state of mind and heart of teachers posted

to Orang Asli schools. It is common knowledge that the interior location and isolated

environment of Orang Asli schools pose a challenge to teachers’ readiness and acceptance to

serve under such conditions. Some case examples of the implications of this challenge would

be shared together with a proposed solution that refers to the role of district and state

education department officers as well as officers from the Ministry of Education. A more

constructive approach to monitoring is suggested for these administrative officers. The

second consideration concerns empowering students in their own learning, with a focus on

students who come from families working on hunting and gathering forest produce. An

instructional strategy to cater for this scenario will be discussed. Getting into the hearts and

minds of these various stakeholders is just a first step towards rejuvenating teaching and

learning in the Orang Asli schools. It is hoped that propositions highlighted in this

presentation would be considered and utilized to enhance indigenous pedagogy for the Orang

Asli schools in particular and other indigenous schools in Sabah and Sarawak in general.

Kata kunci: Orang Asli, hearts, minds

PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN GURU PELATIH PERIBUMI PRASEKOLAH

Rusini binti Kamaluddin (UPSI)

[email protected]

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai murni yang diterapkan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran guru pelatih peribumi di prasekolah semasa menjalani

praktikum Fasa Tiga. Seramai tiga orang guru pelatih peribumi Program Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan (PISMP) Semester Lapan yang terlibat dalam kajian ini. Tumpuan diberikan

kepada aspek penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kelas

prasekolah bagi semua peserta kajian. Data dikumpul melalui analisis Buku Persediaan

Mengajar, temubual dan soalan terbuka. Semua data dianalisis menggunakan Kaedah

Hermeneutik yang bersifat interpretif dan kualitatif berdasarkan persoalan kajian. Dapatan

menunjukkan semua peserta kajian menerapkan nilai murni semasa pelaksanaan PdP namun

Page 8: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

didapati penerapan tersebut masih belum menyeluruh meliputi 16 nilai murni seperti yang

disarankan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Kata kunci : nilai-nilai murni, penerapan nilai-nilai murni, guru pelatih peribumi prasekolah

APAKAH PEDAGOGI YANG SESUAI UNTUK PELAJAR ORANG ASLI?:

SATU KAJIAN META-ANALYSIS

Zuriati binti Sabidin (UTM)

Zaleha binti Ismail

Dalam proses membangunkan pedagogi transformatif pada abad ke-21, soalan utama yang

timbul kepada kita sebagai guru, pelajar dan penyelidik adalah bagaimana untuk membawa

pendidikan ke arah yang lebih baik bersandarkan kepada realiti yang pelbagai dalam

kehidupan pelajar dan persekitaran tempat tinggal yang mereka diami. Selain itu, kita juga

mungkin tertanya-tanya bagaimana kita boleh menghargai dan memanfaatkan kepelbagaian

dalam latar belakang pelajar ini sebagai alat pedagogi untuk memudahkan pengalaman

pengajaran dan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar. Oleh itu, adalah penting untuk

mengetahui pedagogi pembelajaran yang sesuai terutamanya dalam persekitaran

pembelajaran pelajar minoriti ini iaitu pelajar di kalangan Orang Asli. Dalam usaha untuk

menangani soalan-soalan ini, adalah perlu untuk kita menilai semula pedagogi sedia ada

dalam pengajaran dan pembelajaran, dan mengilhamkan pedagogi alternatif bersandarkan

kepada epistemologi asas mereka. Tujuan meta-analisis ini adalah untuk menganalisa

pedagogi yang boleh dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran bersama-sama dengan

potensinya dalam mengesahkan kejayaan pelajar dalam suasana pembelajaran yang ada.

Seterusnya, meneroka prinsip-prinsip yang menyokong pedagogi Orang Asli dan alam sekitar

pendidikan serta potensi mereka untuk melengkapi satu sama lain dengan usaha yang lebih

transformatif.

Kata kunci: Pedagogi, persekitaran pembelajaran, Orang Asli, Meta Analisis

APLIKASI DIDIK HIBUR DALAM KALANGAN GURU-GURU BAHASA MELAYU

KELAS DEWASA ORANG ASLI DAN PERIBUMI (KEDAP)

Abdul Rahim Othman (IPGKSAH)

rahim_othman@ipsah. edu.my

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan pendekatan didik hibur terhadap program

Kelas Dewasa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) Zon Perak. Kajian ini juga bertujuan untuk

melihat tahap pemahaman guru-guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah Orang Asli di negeri Perak. Kajian ini

melibatkan seramai empat puluh orang guru bahasa Melayu di negeri Perak. Kajian ini juga

bagi meninjau hubungan antara pendekatan didik hibur dengan penglibatan guru di dalam

bilik darjah. Instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif dan

analisis korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara pembolehubah pengajaran guru

Page 9: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

terhadap pendekatan didik hibur dan meninjau penglibatan guru dalam pendekatan didik

hibur. Dapatan kajian menunjukkan min didik hibur menduduki tempat tertinggi antara

keempat-empat pembolehubah yang dinilai. Sementara analisis korelasi pula menunjukkan

bahawa terdapat hubungan yang signifikan positif antara pengajaran guru dengan pendekatan

didik hibur. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan didik hibur telah diaplikasi

oleh guru-guru bahasa Melayu KEDAP dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Pendekatan didik hibur dijangka mampu merangsang murid-murid Orang Asli untuk belajar

dan meningkatkan penguasaan mereka terhadap isi pelajaran yang diajar oleh guru.

Kata Kunci : Didik hibur, pengajaran guru, penglibatan guru dan persekitaran guru

ONLINE SURVEY : KAEDAH PENGUMPULAN DATA MUTAKHIR DALAM

KAJIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN PJ SEKOLAH PERIBUMI PENAN DI

MALAYSIA

Abang Ismail bin Abang Haji Julhi, PhD (IPGK Batu Lintang)

Salmi binti Haji Lilek

[email protected]

[email protected]

Kajian ini cuba meyakinkan penyelidik tentang kelebihan menggunakan online survey dalam

usaha untuk mendapatkan data-data yang sahih daripada responden yang terlibat sesuatu

kajian. Meskipun kaedah ini baru diperkenalkan dalam kajian yang menggunakan pendekatan

kuantitatif dan kualitatif, namun kaedah ini dapat dilaksanakan dengan berkesan seandainya

jaringan internet di sesuatu kawasan mempunyai kapasiti talian yang amat baik dan

memuaskan. Kewujudan kaedah online survey atau SurveyMonkey yang berleluasa

memenuhi lam web sejak mutakhir ini menuntut pengkaji untuk menggunakan kaedah ini

agar transformasi dalam pengumpulan data dapat diperoleh dengan cepat dan dianalisis

dengan mudah serta meyakinkan. Dalam kajian pelaksanaan pengajaran PJ sekolah-sekolah

peribumi Penan, penyelidik menggunakan sepenuhnya online survey ke atas item-item yang

dibangunkan sendiri oleh penyelidik untuk dijawab oleh responden. Kesukaran penyelidik

untuk bergerak kesemua lokasi kajian yang agak jauh di kawasan pedalaman memaksa

penyelidik menggunakan kaedah ini agar responden yang terlibat dalam dijelmakan dalam

kajian ini. Daripada 10 buah sekolah rendah di Sarawak yang menempatkan murid-murid

Penan, hanya 5 buah sekolah sahaja yang berjaya dijejaki oleh penyelidik untuk mentadbir

sendiri online survey sementara 5 buah lagi penyelidik hanya menghantar item-item kajian

melalui email sekolah yang berkenaan. Hasil kaedah ini, penyelidik dapat mengumpul

seramai 180 daripada 242 responden guru di kawasan pedalaman menjawab online survey

dan menghantar balik ke email penyelidik dengan jayanya. Namun begitu, setiap yang baru

agar sukar diterima oleh penyelidik apatah lagi memikirkan sesuatu tempat tidak mempunyai

jaringan internet yang baik. Tambahan pula penyelidik menghadapi masalah untuk

membangunkan kaedah ini disebabkan pengetahuan untuk memperolehnya terhad. Fenomena

ini merupakan antara kekangan dan halangan penyelidik jarang mempraktikkan transformasi

dalam kaedah pengumpulan data terkini. Dapatan kajian ini, membantu guru-guru

menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif dan beberapa implikasi serta

cadangan kajian telah dikemukakan untuk kesesuaian model pengajaran Pendidikan Jasmani

ini dipraktikkan di sekolah-sekolah Penan di Malaysia.

Page 10: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

Kata kunci : Online survey, kaedah mutakhir dan pengajaran PJ sekolah peribumi Penan.

KAEDAH CERAKIN: BAGI MENANGANI MASALAH MEMBACAN AL-QURAN

MURID PERIBUMI SARAWAK

Subandi bin Kasidan (IPGK Rajang)

Kajian ini dijalankan memandangkan masih ramai murid peribumi dalam kawasan kajian

yang mengikuti program j-QAF (Bacaan al-Quran) gagal menguasai kemahiran membaca al-

Quran. Melalui tinjauan yang dibuat dibeberapa buah sekolah, keadaan ini berlaku kerana

kaedah, pendekatan dan teknik yang digunakan oleh guru program j-QAF gagal menanam

kebolehan membaca semasa muris mengikuti program Bacaan al-Quran dalam kalangan

murid peribumi. Berdasarkan tinjauan yang telah dibuat dibeberapa buah sekolah maka

pengkaji memperkenalkan kaedah “Cerakin” di beberapa buah sekolah sebagai kajian rintis

bagi tahun 2013 dan pelaksanaan kajian sepenuhnya pada tahun 2014. Kajian yang telah

dijalankan selama bererapa bulan di lima buah sekolah yang ada program praktikum j-QAF

akhirnya pelajar peribumi dapat menguasai kemahiran membaca al-Quran perkataan dan

ayat mudah dari surah lazim. Sebelum inovasi dijalankan mereka gagal memberi tumpuan

kepada pembelajaran, namun selepas mengikuti program ini mereka dapat memberi

tumpuan sepenuh masa melalui program belajar.

Kata kunci: j-QAF, al-Quran, cerakin

BAHASA CHE WONG DI MATA UNESCO

Jamal Rizal bin Razali, PhD (UMP)

[email protected], [email protected]

Kertas kerja ini membincangkan perihal keberadaan bahasa Che Wong. Bahasa ini dituturkan

oleh kaum Che Wong yang merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli dan

tergolong dalam Senoi subgroup. Kaum ini sedang mengalami penyusutan jumlah anggota

komunitinya. Sehingga tahun 2014, jumlah anggota masyarakat Che Wong dianggarkan

hanya tinggal sekitar 650 orang (JAKOA). Daripada sudut pandang linguistik, jumlah

penutur sesebuah bahasa sangat berkaitan dengan kelangsungan hidup (survival) sesebuah

bahasa. Hal ini akan mempengaruhi proses pewarisan budaya dan bahasa ibunda mereka ke

generasi berikutnya yang mendorong kepada keusangan, kenazakan dan seterusnya

kepupusan bahasa tersebut. Kepupusan sesebuah bahasa adalah bencana kepada

kelangsungan hidup sesebuah bangsa dan kemanusiaan kerana melalui bahasa, manusia

menyimpan pelbagai maklumat seperti falsafah pemikiran, pandangan dunia, maklumat

perubatan, garis keturunan atau ““weltanschauung”. Melalui Keriteria Kelangsungan Bahasa

yang diperkenalkan oleh UNESCO (Language Vitality Criteria, 2003), keberadaan bahasa

Che Wong akan disoroti bagi mendapatkan gambaran umum tentang nasib bahasa tersebut.

Kata kunci : Che Wong, bahasa terancam, sikap penutur, pilihan bahasa

MENGENAL NOMBOR TUNGGAL MELALUI PERMAINAN TING TING

Mohammad Daud b. Abu Yamin (IPGKTHO)

Page 11: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

Halimatun Sa’adiah bt. Harith

Khalidah bt. Khalid

Penyelidikan tindakan ini dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan

permainan ting-ting sebagai bahan bantu mengajar dalam meningkatkan penguasaan murid

bagi mengenal nombor tunggal. Responden kajian terdiri daripada 10 orang murid

Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Segamat Kecil. Hasil tinjauan awal menunjukkan

responden mempunyai masalah asas dalam mata pelajaran Matematik iaitu tidak mengenal

nombor tunggal. Responden juga tidak memberikan perhatian semasa pengajaran dan

pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Responden menunjukkan ciri-ciri tidak berminat

dengan pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sedia

ada. Kesan daripada tidak mengenal nombor tunggal ini akan menyebabkan murid gagal

dalam membuat operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi. Instrumen kajian yang digunakan

untuk mengumpul data kajian ialah melalui pemerhatian dan ujian kad imbasan. Pemerhatian

dijalankan adalah untuk melihat tingkah laku responden semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan. Manakala ujian kad imbasan adalah untuk menguji tahap penguasaan

responden dalam mengenal nombor tunggal. Data-data yang dikumpulkan ini digunakan

sebagai data sokongan untuk melihat keberkesanan penggunaan permainan ting ting sebagai

bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Berdasarkan

analisis data yang diperolehi, didapati responden menunjukkan respon yang positif dan

terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Responden dapat

mengikuti aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dengan

suasana yang menyeronokkan tanpa rasa bosan. Responden juga dapat menjawab dengan

betul semasa ujian kad imbasan diberikan. Justeru, dapatan yang diperoleh telah

membuktikan bahawa permainan ting ting dapat membantu responden yang mempunyai

masalah mengenal nombor tunggal dan secara tidak langsung dapat menarik minat responden

untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci : Permainan ting-ting, nombor tunggal

KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Khairuddin bin Said (IPGKTAA)

Kamarrul Arifin bin Abd Rahman

[email protected]

[email protected]

Kajian ini membincangkan tentang kemahiran insaniah yang mempengaruhi amalan

keguruan para pelajar peribumi kursus Ijazah Sarjana Muda Keguruan Di Institut Pendidikan

Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Dalam kajian ini akan menggunakan

kemahiran insaniah yang difokuskan kepada kemahiran komunikasi dan kepimpinan

berdasarkan model yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Populasi

kajian terdiri daripada para pelajar peribumi Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku

Ampuan Afzan daripada pelbagai bidang pengajian. Seramai 50 orang guru pelatih dipilih

sebagai responden dalam kajian ini. Semua data dikumpulkan dengan menggunakan borang

Page 12: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

soalselidik berdasarkan elemen yang telah ditetapkan oleh KPM dan seterusnya dianalisis

menggunakan perisian SPSS Versi 21. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar peribumi

mempunyai kemahiran insaniah yang sangat tinggi dalam elemen komunikasi dan

kepimpinan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa para pelajar mampu

menyampaikan maklumat dengan nilai-nilai yang tinggi serta boleh berorganisassi secara

berkesan. Sewajarnya hasil kajian ini mampu memberi satu infomasi yang releven dalam

pengurusan pendidikan peribumi dewasa ini dalam menghadapi situasi pendidikan abad ke

21.

Kata kunci: Insaniah, peribumi, komunikasi

PENILAIAN PELAKSANAAN KELAS DEWASA ASLI PENAN (KEDAP)

Ahamad Rahim, Ph.D (IPGKSM)

Nik Rosli Ibrahim

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan Kelas Dewasa Bagi Ibu Bapa Murid

Orang Asli dan Peribumi (KEDAP). Pelaksanan Program KEDAP ini bertujuan untuk

membantu mereka menguasai kemahiarn membaca, menulis dan mengira dan menimbulkan

kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepada anak mereka. Kajian yang dilaksanakan ini

dengan menggunakan kaedah kualitatif berfokuskan kepada guru-guru yang terlibat secara

langsung dengan pelaksanaan KEDAP. Kajian ini melibatkan 5 orang sampel, terdiri

daripada empat orang guru dan seorang pentadbir. Kajian ini dilaksanakan di Sk. Sg. Berua,

Hulu Terengganu, Terengganu. Sekolah yang dipilih ini merupakan sekolah yang mempunyai

100% pelajarnya dalam kalangan murid orang Asli. Kajian ini dilaksanakan menerusi kaedah

temu bual bersama guru-guru yang terlibat dengan KEDAP. Dapatan kajian ini menunjukkan

peserta KEDAP mempunyai persepsi yang positif terhadap pelaksanaan KEDAP dalam bilik

darjah. Ini berdasarkan kepada empat tema yang dikategorikan iaitu kurikulum/input, tenaga

pengajar, bahan bantu mengajar dan kepentingan pendidikan. Analisis temu bual juga

menunjukkan terdapat beberapa masalah dalam pelaksanaan KEDAP, antaranya ialah peserta

KEDAP tidak mempunyai matlamat yang jelas, dorongan dan motivasi yang rendah, masalah

kekeluargaan, perasaan rendah diri dan pengaruh persekitaran yang tidak mesra pendidikan.

Untuk mengatasinya beberapa cadangan dikemukakan seperti perubahan pedagogi guru,

konsep ‘re-training’ guru, peningkatan komitmen dan pemantauan berkala dan konsisten oleh

pihak berwajib.

Kata kunci : KEDAP, Orang Asli, pendidikan peribumi dan kurikulum

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PEMBELAJARAN NON FORMAL

ORANG ASLI DEWASA: SATU KAJIAN KES

Halif Md Saleh (UPSI)

Ramlee Mustapha

[email protected]

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program-program

pendidikan non formal Orang Asli dewasa di Malaysia iaitu bagi program Kelas Dewasa Asli

Penan (KEDAP) di bawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, Kelas Dewasa Asli

Page 13: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

Peribumi (KEDAP) dan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) di bawah anjuran

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian penilaian

program dengan data yang akan diperolehi adalah melalui instrumen soal selidik. Responden

kajian adalah terdiri daripada 30 orang pihak pengurusan program, 30 orang guru dan tenaga

pengajar program, 30 orang pelajar dan pelatih Orang Asli dewasa di seluruh Malaysia yang

mengikuti Program KEDAP KPM, KEDAP JAKOA dan PLKK. Data soal selidik akan

dianalisis melalui perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) 19.0.

Berdasarkan dapatan kajian didapati perancangan dan pelaksanaan ketiga-tiga program telah

dilaksanakan dengan berkesan dengan sebahagian besar nilai skor min menunjukkan ia

berada pada tahap yang tinggi iaitu di antara julat 3.68 hingga 5.00.

Kata kunci: KEDAP, Orang Asli, JAKOA

PEDAGOGI GURU-GURU SEKOLAH ORANG ASLI DI PAHANG:

SATU PENGAMATAN

Sharifah Zarina binti Syed Zakaria (PhD) (LESTARI, UKM)

Aminuddin bin Mohamed

Muhamad Nazif bin Remli

[email protected]

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menyelidik tentang kefahaman pedagogi dalam kalangan

guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah murid Orang Asli di Pahang.

Metadologi yang digunakan adalah penyelidikan kualitatif secara kajian kes.Pengutipan data

dilakukan terhadap 15 orang guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah murid

Orang Asli di beberapa daerah di Pahang. Pengutipan data ini dilakukan secara temubual dan

soal selidik, yang berkaitan dengan kursus peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang

diikuti oleh guru-guru itu di bawah kelolaan institut. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru

yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah Murid Orang Asli sentiasa berusaha untuk

meningkatkan pengetahuan baru dalam pedagogi sebagai amalan terbaik di sekolah-sekolah.

Kajian ini juga menunjukkan guru-guru yang berkhidmat sentiasa bersedia untuk

meningkatkan pengetahuan dalam memahami pedagogi yang bersesuaian dalam

meningkatkan kefahaman murid-murid Orang Asli terutamanya dalam pengajaran seterusnya

berupaya menarik dan meningkatkan kehadiran murid-murid ke sekolah. Implikasi kajian ini

menujukkan kesediaan guru yang sentiasa berusaha mendapatkan pengetahuan baru melalui

kursus-kursus peningkatan pedagogi untuk diaplikasi di sekolah-sekolah perlu dilaksanakan

secara berterusan. Guru-guru bereksperimentasi dengan pelbagai cara pengajaran untuk

disesuaikan dengan kebolehan dan kecerdasan murid berlatarkan kehidupan mesra rimba yang

perlu difahami sebagai prasyarat berkhidmat di sekolah-sekolah Murid Orang Asli.

Kata kunci: Inovasi, pedagogi, amalan terbaik, mesra rimba.

PELAKSANAAN PENDIDIKAN STEM MELALUI INOVASI PUJUKAN

TERARAH DALAM KALANGAN MURID ORANG ASLI SEKOLAH RENDAH

Abdul Hadi Mat Dawi, PhD (IPGK Ipoh)

Yahya Osman, PhD

Zain Hazmi Zain Baharin

Abdul Rashid Abdul Rahman

Page 14: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

Ridza Ahmad Nizam Abdul Raof

[email protected]

Memperkukuhkan Pendidikan STEM dalam kalangan murid melalui pendekatan yang

sistematik dan inovatif adalah amat diperlukan bagi menjayakan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (2013-2025). Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meneroka

penerimaan dan penglibatan dalam pelaksanaan pendidikan STEM melalui Inovasi Pujukan

Terarah (IPT) dalam kalangan murid orang asli sekolah rendah. Dalam kajian ini, IPT telah

direka bentuk dan dibangunkan berasaskan Model Pengintegrasian Teknologi (Roblyer &

Doering, 2013), Model Kelakuan Fogg (Fogg, 2003), dan Model Proses Kreatif Terarah

(Plsek, 1996). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Data-data kajian

dikumpul melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Peserta kajian terdiri daripada murid-

murid orang asli tahun empat di Sekolah Kebangsaan Pos Raya, Perak. Data-data kajian telah

dianalisis menggunakan Perisian Nvivo versi 8.0. Kajian mendapati bahawa murid menerima

pendidikan STEM melalui aplikasi IPT dengan baik. IPT telah dapat memudahkan

pembelajaran, memberikan faedah dan mengandungi bimbingan terarah bagi mempelajari

pendidikan STEM. IPT dapat menggalakkan penglibatan pelajar dalam pendidikan STEM

melalui perbincangan kolaboratif dan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dalam

menyelesaikan masalah. IPT dapat mencetuskan minat murid dan menyediakan bimbingan

terarah melalui elemen pencetus dalam menyelesaikan masalah dalam pendidikan STEM.

Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan inovasi pujukan terarah perlu diberikan lebih

penekanan dalam reka bentuk pengajaran kerana berpotensi mempercepatkan pembelajaran

dalam kalangan murid.

Kata Kunci: Orang Asli, pendidikan STEM, penerimaan, penglibatan, proses kreatif,

pujukan

PERKAHWINAN CAMPUR DALAM KALANGAN ORANG ASLI MENJADI

PEMANGKIN KEPADA PENINGKATAN AKADEMIK ORANG ASLI

Zolpatai b. Elias (IPGKTAA)

Shaiful Bahari b. Bachik

Penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan peranan perkahwinan campur antara

orang cina dan orang asli menjadi pemangkin kepada kemajuan akademik orang asli. Kajian

ini telah meneliti lima perkara asas yang menjadi teras kepada kemajuan akademik anak-

anak orang asli. Pertamanya ialah penelitian terhadap elemen-elemen berkaitan diri

responden .keduanya ialah penelitian terhadap perkaitan elemen-elemen keluarga yang

membantu kemajuan dalam masyarakat orang asli. ketiganya ialah berkaitan elemen-elemen

pendidikan anak-anak dalam membantu kemajuan dalam kalangan orang asli.Keempat ialah

elemen-elemen berkaitan dengan kemudahan lain yang boleh membantu kemajuan akademik

dalam kalangan masyarakat orang asli dan yang seterusnya elemen-elemen pengalaman kerja

guru dalam membantu mengembangkan potensi individu orang asli kearah yang lebih baik.

Kajian ini menumpukan kepada sebuah keluarga orang asli yang terlibat dengan perkahwinan

campur dan peranan guru di Sekolah Maran Dua dalam meningkat pencapaian anak orang

Page 15: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

asli sehingga berjaya membentuk anak mereka mencapai kejayaan dan berjaya memasuki

Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Kaedah penyelidikan di dalam kajian ini

menggunakan kaedah temubual dan borang soal selidik di antara penyelidik dan responden.

Analisis dan tafsiran data dalam kajian ini banyak berpandu berkaitan diri, berkaitan

keluarga berkaitan pendidikan anak-anak, berkaitan kemudahan lain dan bagi soalan bagi

guru ditambah dengan pengalaman pekerjaan. Hasil kajian mendapati kemajuan pelajaran

dalam keluarga orang asli bermula 20 tahun lalu . Proses ini bermula dengan perkahwinan

campur kedua pasangan dikembangkan dengan peranan keluarga yang menitik berat

pendidikan kepada anak dan guru juga memain peranan yang penting dalam mengangkat

kecemerlangan warga orang asli. Di dalam kajian ini juga telah menggunakan tiga dokumen

untuk melihat kemajuan akademik responden yang dipilih. Dalam dapatan tersebut di dapati

peranan keluarga yang memain peranan penting dalam memajukan perkembangan

pendidikan akademik dalam kalangan orang asli. kajian juga mendapati peranan guru juga

memain peranan penting dalam menyumbang kepada kemajuan murid-murid orang asli.

kajian ini juga mendapati taraf pendidikan ibu bapa yang rendah bukan penghalang kepada

kemajuan orang-orang asli. Di samping itu juga kekurangan bantuan dari JAKOA bukan

penghalang kepada orang untuk meningkat dalam akademik. akhirnya kerjasama yang erat

antara guru dan ibu bapa menyebabkan pencapaian akademik menjadi bertambah baik dan

cemerlang.

Kata kunci: JAKOA, orang asli, akademik

PENDIDIKAN MURID ORANG ASLI: SATU ANALISIS MATLAMAT,

PELAKSANAAN DAN HASIL PENDIDIKAN

Norwaliza Abdul Wahab (UPSI)

Ramlee Mustapha

[email protected]

Kajian ini bertujuan untuk meninjau perspektif individu yang berkepentingan dalam

pendidikan murid Orang Asli di sekolah rendah. Oleh itu kajian kes dijalankan untuk

memahami proses pendidikan murid Orang Asli berdasarkan aspek matlamat, pedagogi,

institusi, kepimpinan, penyebaran, bukti dan pemilikan yang diadaptasi dari model

GPILSEO. Sumber data diperolehi daripada empat orang murid Orang Asli, dua orang ibu

murid Orang Asli, dua orang bapa murid Orang Asli, empat orang guru, dua pentadbir

sekolah, dan dua orang pemimpin masyarakat Orang Asli sebagai peserta kajian dari dua

buah sekolah rendah Orang Asli di sekitar negeri Pahang. Hasil kajian mendapati dalam

menentukan pendidikan dan persekolahan murid Orang Asli yang berkesan ialah: (i)

kepentingan mewujudkan matlamat yang jelas dan seimbang dalam bidang akademik dan

kokurikulum, (ii) mengintegrasikan pedagogi pribumi dan kurikulum khas untuk murid

Orang Asli, (iii) meningkatkan kualiti kemudahan dan infrastruktur sekolah Orang Asli, (iv)

mewujudkan kepimpinan sekolah Orang Asli yang proaktif dan responsif, (v) meningkatkan

sokongan dan penglibatan setiap pihak, (vi) menjalankan penilaian khas untuk guru dan

murid Orang Asli, dan (vii) meningkatkan rasa pemilikan terhadap sekolah Orang Asli.

Dapatan kajian menunjukkan kesemua aspek pendidikan tersebut perlu dijadikan panduan

Page 16: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

dalam merangka satu pendidikan khas untuk murid Orang Asli. Antaranya menyediakan

latihan yang responsif terhadap budaya dan bahasa masyarakat Orang Asli di setiap institut

perguruan supaya pelaksanaan pedagogi dapat ditingkatkan, mengadakan alat bantu mengajar

serta prasarana yang kondusif bagi menggalakkan pembelajaran murid, menggerakkan

kepimpinan sekolah dengan meletakkan guru besar yang cemerlang dan lebih

berpengalaman, menggalakkan penglibatan NGO dalam menjadikan sekolah Orang Asli

sebagai sekolah angkat, menjalankan penilaian akademik yang lebih sesuai dengan tahap

kebolehan dan minat murid Orang Asli serta mempertingkatkan rasa pemilikan yang tinggi

terhadap pendidikan murid Orang Asli supaya mereka menjadi sebuah masyarakat yang lebih

berdaya saing tanpa menghilangkan identiti mereka sebagai sebuah masyarakat pribumi di

negara ini.

Kata kunci: pendidikan murid Orang Asli, pedagogi pribumi, sekolah Orang Asli

INOVASI DALAM PEDAGOGI PERIBUMI

Isa Ab.Hamid (JAKOA, Pahang)

Inovasi dalam Pedagogi Peribumi merujuk kepada kaedah-kaedah baru yang pratikal dan

relevan dengan murid Orang Asli untuk peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Pedagogi Pedribumi akan menjelaskan keadah menginovasikann pengajaran dan

pembelajaran, Kurikulum dan Ko-Kurikulum, Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan, Kelas

dan Alat Bantu Mengajar (ABM), Pentaksiran dan Penilaian, dan Kajian Penyelidikan.

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Peribumi bukan dilihat dalam aspek ‘software’ nya

sahaja, tetapi ‘hadrware’ juga perlu diberi perhatian supaya keseimbangan aspek ‘software’

dan ‘hardware’ dapat memberikan impak Pedagogi yang menyeronokan (‘enjoy learning’).

Aspek paling penting dalam memperkasakan Pendidikan Peribumi ialah bahasa penghantar di

Sekolah Peribumi. Bahasa penghantar selain bahasa Orang Asli agak menyulitkan kefahaman

dan pemahaman dalam sesuatu Pedagogi Peribumi. Dalam kokurikulum, pelbagai aktiviti

sukan, permainan, kebudayaan boleh diketengahkan bagi meningkatkan inovasi dalam

Pedagogi Peribumi. Menyumpit dan bersewang merupakan aktiviti luar bilik darjah digemari

oleh murid Orang Asli. Sumpit dan sewang perlu diolah supaya lebih kontemperari dan

berdimensi baru. Inovasi dalam pentaksiran dan penilaian bahasa Orang Asli perlu diberi

ruang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepertimana bahasa masyarakat lain

seperti bahasa cina, tamil, Iban, Punjabi, kadazan dan sebagainya. Pentaksiran dan Penilaian

pendidikan peribumi hendaklah diperluaskan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Penilaian terhadap kongnitif, psikomotor dan apektif murid peribumi hendaklah selari dengan

nilai budaya atau aktiviti pendidikan yang bersifat ilmiah dan intelektual dalam Masyarakat

Orang Asli. Prasarana juga yang perlu diinovasikan. Kekurangan prasarana bagi sekolah di

luar bandar adalah lumrah kerana kekangan kos yang tinggi, kesukaran operasi dan mobiliti.

Sememang perkara ini tidak dielakkan, maka pendidik mesti kreatif dan inovatif bagi

Page 17: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

menginovasi ruang prasarana supaya sesuai dan ‘mencukupi’ bagi keperluan Pedagogi

peribumi. Pendidik hendaklah berani keluar dari sistem yang ada untuk menyesuaikan

kekurangan prasarana di luar bandar dengan ruang Pedagogi Peribumi. Kajian penyelidikan

amat dalam meletakkan konsep intelektual dalam kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam

Pedagogi Peribumi. Kepakaran dan kemahiran Orang Asli dalam herba perubatan, ikhtiar

hidup dan ilmu hutan tidak boleh dinafikan dan sepatut ianya dijadikan kajian ilmiah para

pendidik. Kesimpulannya, inovasi dalam Pedagogi Peribumi adalah untuk proses

transformasi pendidikan Orang Asli. Ruang dan peluang perlu diberi kepada pihak

berkepentingan dengan pendidikan Masyarakat Orang Asli sebagai proses keadilan sosial

Pendidikan Peribumi.

Kata kunci: Peribumi, Orang Asli, pedagogi

“Nong Pai” MEMANTAPAN SEBUTAN KONSONAN SENGAUAN ‘ny’ dan ‘ng’ .

SATU INOVASI

Mohammad Shamsudin bin Jamiran(IPGK Kota Bharu)

Abdul Halim bin Konting

Rosley bin Mustapha

Wan Zaini bin Wan Ismail

[email protected]

[email protected]

[email protected]

Dalam era pendidikan abad ke 21, pelbagai medium digunakan untuk menyampaikan ilmu

pengetahuan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ict) merupakan salah satu

medium yang menjadi pilihan bagi setiap pendidik sama ada di peringkat universiti, institut,

dan sekolah. Murid suku kaum Asli tahap satu didapati menghadapi kesukaran menguasai

konsonan sengauan ‘ny’ dan ‘ng’. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan

dalam memantapkan sebutan konsonan sengauan ‘ny’ dan ‘ng’menggunakan inovasi ‘Nong

Pai”. Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah Penempatan Semula Orang Asli di negeri

Kelantan yang terdiri daripada suku kaum Temiar. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada

murid tahun satu, seramai 10 orang. Murid didapati berminat dengan penggunaan “nong Pai”

dalam proses P&P di dalam dan diluar bilik darjah. Hasil dapatan dan pemerhatian yang

dijalankan menunjukkan 8 orang atau 80 % sampel menunjukan keberkesanan dalam

menjawab soalan-soalan lisan yang diutarakan oleh penyelidik. Jelasnya, penggunaan

peralatan dan perisian mampu meningkatkan penguasaan dan minat murid orang Asli di

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: Teknologi Maklumat dan Komunikasi, perisian, pengajaran dan pembelajaran

TAHAP KESEDARAN METAKOGNISI PELATIH PERIBUMI INSTITUT

PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS

Tan Sheau Yann

Lim Ming Hui

[email protected]

Page 18: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

Kajian ini meninjau tahap kesedaran metakognisi guru-guru pelatih peribumi di Institut

Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). Kajian ini juga meninjau

perbezaan tahap kesedaran metakognisi antara pelatih peribumi PPISMP dan PISMP. Selain

itu, kolerasi antara tahap kesedaran metakognisi dengan pencapaian akademik mereka juga

dikaji. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan alat kajian Mecognitive Awareness

Inventory (MAI) dalam bentuk soal selidik yang dibina oleh Schraw dan Dennison (1994).

Kajian ini melibatkan responden seramai 95 orang. Statistik deskriptif min, peratusan min,

sisihan piawai, Cohen’s d dan Pearson r telah digunapakai. Dapatan kajian ini menunjukkan

bahawa tahap kesedaran metakognisi kedua-dua kumpulan pada lingkungan sederhana tinggi

ke tahap tinggi. Rata-ratanya kesedaran metakognisi pelatih PISMP lebih tinggi daripada

tahap metakognisi pelatih PPISMP. Tiada hubungan antara tahap metakognisi dan

pencapaian akademik mereka.

Kata kunci: Metakognisi, guru pelatih peribumi, pencapaian akademik

GAYA BELAJAR MURID PERIBUMI DAN PERSEPSI GURU :

SATU PERBANDINGAN

En.Mohd Din Bin Haron (IPGKKB)

En. Shukri Bin Ismail

En. Mohd Zamri Bin Abdullah

Penyelidikan ini dibuat bertujuan untuk melihat hubungan antara gaya belajar murid pribumi

dengan persepsi guru terhadap gaya belajar ini berdasarkan kepada teori yang dipeloporkan

oleh DePorter, B.1992 . Beliau membahagikan gaya belajar kepada tiga iaitu gaya belajar

visual,auditori dan kinestatik. Kajian ini mengunakan kaedah kuantitatif dimana soal selidik

dan data primer daripada sekolah diambil kira. Dua set soal selidik gaya belajar oleh

DePorter, B.1992 diubahsuai untuk guru dan murid.Analisis data mengunakan perisian

SPSS.Pekali kebolepercayaan alpha crombach digunakan dan untuk murid bernilai 0.94

manakala untuk guru 0.92. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya belajar visual (59 %)

mendominasi gaya auditori (29%) dan gaya kinestatik (22%) bagi murid. Ujian t-test antara

jantina menunjukkan signifikan bagi gaya belajar visual(P=0.047) pada aras kertian 0.05.

Sebaliknya dari segi persepsi guru pula gaya belajar kenestatik(55 %), auditori (35%) dan

visual( 10%). Gaya belajar kinestatik dikalangan murid menunjukkan sumbangan yang tinggi

terhadap pencapaian akademik. Ini disebabkan gaya ini merupakan gaya yang paling popular

digunakan oleh guru semasa P&P. Dapatan juga menunjukan bahawa pengalaman mengajar

guru memberi kesan kepada persepsi guru terhadap gaya belajar murid. Guru yang lebih lama

mengajar menunjukkan kecenderungan untuk lebih mengenali gaya belajar murid yang betul

iaitu visual berbanding guru baru yang dominan kepada gaya belajar kinestatik.

Kata kunci: DePorter, kinestatik, gaya belajar

Page 19: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK KSSR DI

SEKOLAH RENDAH ORANG ASLI

Dr Fan Siong Peng (IPGK Sultan Mizan, Besut, Terengganu)

[email protected]

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran terpenting dalam sistem pendidikan di

Malaysia. Di peringkat sekolah rendah, empat aspek iaitu Standard Proses, Kemahiran

Matematik, sikap dan nilai, dan bidang pembelajaran diintegrasikan bersama dalam

melahirkan murid yang boleh berfikrah matematik. Memandangkan KSSR digunakan secara

universal merentas semua jenis sekolah, maka kajian ini dilaksanakan bagi membina model

pengajaran dan pembelajaran Matematik KSSR di Sekolah Rendah Orang Asli. Model ini

penting bagi menjelaskan pelaksanaan sebenar pengajaran dan pembelajaran berbanding

standard KSSR yang ditetapkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum khususnya di

sekolah orang Asli. Reka bentuk kajian ialah kajian kes yang mana data dikumpul secara

temu bual yang melibatkan lima orang guru yang mengajar Matematik KSSR Tahun Satu

hingga Lima di salah sebuah sekolah orang asli di negeri Terengganu. Selain itu, data juga

dikumpulkan secara pemerhatian pengajaran yang dijalankan oleh guru-guru berkenaan.

Dapatan kajian akan diperjelaskan dalam seminar kemudian nanti.

Kata kunci: Model Matematik KSSR, sekolah orang Asli, pengajaran dan pembelajaran

PROGRAM “YEA CA’EN” DI SEKOLAH MURID ORANG ASLI

Mohd Shah bin Mohd Ali (SK Bukit Gemuruh)

Ramnah bt Adam

Ku Yusri b Ku Kudin

Program menangani masalah kehadiran murid ke sekolah ( YEA CE’EN) adalah bertujuan

menggalakkan murid- murid Orang Asli untuk hadir ke sekolah dan mengikuti kurikulum

yang disediakan sama seperti murid- murid lain. Ia juga akan mencungkil keberkesanan

penggunaan modul Yea Ce'en dalam usaha menarik minat murid- murid Orang Asli ini untuk

terus mengekalkan prestasi kehadiran mereka ke sekolah. Melalui kajian ini juga diharapkan

akan dapat membantu meningkatkan penguasaan mereka dalam semua kurikulum yang

ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini adalah melibatkan murid-

murid Orang Asli di daerah Bera, khasnya SK Bukit Gemuruh yang terdiri daripada 127

orang murid di mana mereka adalah daripada anak- anak Orang Asli penduduk Kampung

Bukit Gemuruh, Kampung Bongkok dan Kampung Chuat. Seterusnya program ini telah

dilaksanakan bermula dari Januari 2015 hingga Ogos 2015. Dengan yang demikian data

penilaian dipungut dan direkodkan bagi menentukan kejayaan Modul Yea Ce’en berdasarkan

kepada rekod kehadiran murid yang dicatat setiap hari. Bagi memastikan keberkesanan

program beberapa aktiviti di dalam modul yang telah dirangka terbukti berupaya menambah

peratus kehadiran murid. Ini berdasarkan kepada peningkatan peratus kehadiran murid yang

memberangsangkan dalam tempoh program dilaksanakan berbanding sepanjang tahun 2014.

Diharapkan penggunaan modul ini akan memberi impak yang sangat baik kepada murid

dalam memperkukuhkan penguasaan ilmu pengetahuan sebagaimana yang dikehendaki

dalam kurikulum kebangsaan.

Page 20: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

Kata kunci: Orang Asli, Bukit Gemuruh, Yea Ce’en

PENGARUH KEBUDAYAAN DALAM PEDAGOGI PENGAJARAN PSV MURID

PENAN DI SARAWAK

Egmal Bin Hj Adin (IPGK Batu Lintang)

Dr. Mohd. Zahidiee Bin Arshad

Dr. Abdul Halim b Husain

[email protected]

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat pengaruh kebudayaan dalam hasil karya murid Penan

di Baram, Sarawak dalam aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni Visua l(PSV) di sekolah-

sekolah etnik Penan di Sarawak. Karya-karya murid dipilih sebagai subjek perbincangan

dengan mendiskripsikan keseluruhan karya itu. Hasil karya murid Penan ini akan dianalisis

dalam konteks formalistik dan diinterpretasikan bersama. 15 buah hasil karya murid di

sekolah Penan dalam daerah Baram telah dipilih melalui persampelan bertujuan.

Pengumpulan data kajian melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Penggunaan

kaedah temubual separa berstruktur bersifat fleksibel dan keadaan ini membolehkan informan

menghuraikan apa yang difikirkannya kepada pengkaji. Analisis data kajian untuk analisis

karya menggunakan model analisis oleh Feldman(1967). Dalam model ini, pengumpulan data

bergerak dengan analisis data selagi mana pengkaji masih mahu meneruskan

penyelidikannya. Hasil kajian mendapati terdapat unsur-unsur asas yang penting. Antaranya

ialah pengaruh persekitaran, pengetahuan, perilaku, nilai dan keperluan dalam budaya

masyarakat yang mempengaruhi murid Penan ini. Hasil kajian ini memberikan sumbangan

dalam pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Seni Visual dan kemajuan akademik

masyarakat Penan terutama mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan seni dan ciri-

ciri tradisional serta budaya tidak boleh dinafikan sumbangannya dalam pembentukan

kurikulum pelbagai masyarakat dan etnik di Malaysia.

Kata Kunci : Pengaruh budaya, pengajaran dan pembelajaran, murid dan karya

TAHAP KRITERIA KRITIKAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAGI GURU PRASEKOLAH ORANG ASLI

Fazli bin Mohd Bazin (IPGK Tengku Ampuan Afzan)

[email protected]

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) merupakan penambahbaikan

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Bagi melihat sejauhmana pelaksanaan kurikulum ini,

pemerhatian terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah penting. Kajian

ini bertujuan untuk mengkaji tahap kriteria kritikal dalam pengajaran dan pembelajaran

guru-guru prasekolah Orang Asli di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini

berbentuk kualitatif menggunakan kaedah pemerhatian mengunakan borang Standard Kualiti

Page 21: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

Pendidikan Malaysia Versi 2010 (Pencerapan P&P Guru (SKPM 2010). Terdapat 12 aspek

yang dinilai semasa pencerapan. Seramai 16 guru prasekolah yang mengajar di sekolah

murid Orang Asli terlibat di dalam kajian ini. Data dianalisis secara manual. Dapatan kajian

menunjukkan 2 kes pada tahap Lemah, 8 pada tahap Harapan, 3 pada tahap Baik dan 3 pada

tahap Cemerlang. Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru prasekolah dan pihak-

pihak yang berkaitan menambahbaik dan meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran

guru-guru prasekolah khususnya di sekolah-sekolah murid Orang Asli.

Kata kunci: Prasekolah, pengajaran dan pembelajaran, sekolah murid Orang Asli

MATLAMAT KERJAYA DALAM KALANGAN MURID PERIBUMI JAKUN DI

TERENGGANU

Fouziah Mohd, Ph.D (IPG Kampus Dato’ Razali Ismail)

Rohani Abdul Hamid, Ph.D

[email protected]

Pemilihan kerjaya yang tepat serta memberi hasil pulangan yang setimpal menjadi fokus

utama murid dan keluarga dalam merancang kerjaya. Matlamat yang jelas dalam pemilihan

kerjaya mendorong murid untuk berusaha dan mengatur strategi bagi mencapainya. Kajian

berbentuk kualitatif ini mencungkil dan meneroka matlamat pemilihan kerjaya dalam diri

murid peribumi di Kemaman, Terengganu. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan temu

bual dengan murid, guru dan ibu. Dapatan kajian menunjukkan faktor luaran dan dalaman

diri murid menentukan pemilihan kerjaya. Semua peserta kajian mempunyai konsepsi yang

sama terhadap pemilihan kerjaya dengan tidak yakin untuk meneruskan pengajian ke

peringkat yang lebih tinggi. Persekitaran keluarga dan masyarakat yang tidak menggalakkan

serta tidak mempunyai maklumat yang jelas dalam kerjaya. Implikasi dapatan kajian

mencadangkan agar pihak sekolah, masyarakat dan agensi yang terlibat secara langsung

dalam pembangunan masyarakat peribumi meningkatkan usaha dalam menyampaikan

maklumat kerjaya agar mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam kerjaya.

Kata kunci: peribumi, matlamat kerjaya, faktor dalaman, faktor luaran,

SEKOLAH BERKESAN DAN AMALAN TERBAIK PEDAGOGI:

SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH RENDAH

DI ROTORUA DAN HAMILTON, NEW ZEALAND

Mustaffa Kamal Osman (Institut Aminuddin Baki)

Mohd Zaidi Basir

Rosnani Kaman, Ph.D

[email protected]; [email protected]; [email protected]

Kajian ini bertujuan meneroka ciri kepimpinan sekolah berkesan dan amalan terbaik

pedagogi di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berbangsa Maori di New

Zealand. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpul menggunakan

kaedah temubual dan pemerhatian di lima buah sekolah rendah di Rotorua dan Hamilton.

Page 22: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

Kajian ini telah dilaksanakan berdasarkan kerangka sekolah berkesan oleh Mortimore (1995).

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemimpin sekolah yang dikaji mengamalkan lapan ciri

sekolah berkesan, iaitu: 1). kepimpinan profesional; 2) perkongsian wawasan dan matlamat;

3) suasana pembelajaran yang unggul; 4) pengajaran yang mempunyai hala tuju yang jelas; 5)

pengharapan yang tinggi; 6) pengukuhan positif; 7) pemantauan kemajuan; 8) permuafakatan

sekolah-komuniti. Dapatan kajian ini juga menunjukkan guru menggunakan kaedah

pengajaran dan pembelajaran kolaboratif, inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir.

Kesimpulannya, dapatan kajian ini menyumbang kepada perkembangan model kepimpinan

sekolah berkesan serta inovasi dalam pedagogi. Kajian ini mencadangkan bahawa untuk

meningkatkan inovasi dalam amalan pedagogi, pemimpin sekolah hendaklah mengamalkan

ciri kepimpinan sekolah berkesan. Di samping itu, kajian ini turut mencadangkan pemimpin

pendidikan melakukan inovasi dengan mengambilkira latarbelakang etnik murid-murid serta

tidak mengetepikan bahasa peribumi sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pengkaji seterusnya disarankan menjalankan kajian dengan melihat semula

aspek metodologi kajian, kerangka kepimpinan, amalan pedagogi serta penguasaan bahasa

peribumi sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan minat belajar dalam kalangan

peribumi di Malaysia.

Kata kunci: Kepimpinan sekolah berkesan, pembelajaran kolaboratif, inkuiri penemuan,

kemahiran berfikir

Page 23: KESAN PERSEKITARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU … · Kajian ini dibuat ke atas siswa guru Peribumi yang belajar di IPGKTAA. Kajian ini ... Kajian lanjut perlu dibuat menggunakan teknik

MENINGKATKAN MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN PELAJAR PERIBUMI

MELALUI PROGRAM NILAM

OLEH

NORAFIZAH ABDUL RAZAK

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI SK SERI BIRAM PEKAN PAHANG

ABSTRAK

Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu pengabungan

atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah-sekolah

termasuk sekolah masyarakat peribumi dengan memberi pengiktirafan yang sesuai

kepada pelajar yang berjaya mengikuti program ini sepanjang ia dilaksanakan.

Program ini adalah suatu pendekatan untuk mengalakkan penyuburan tabiat

membaca yang berterusan sehingga mencapai objektif untuk melahirkan ‘avid

reader’ ( atau pembaca bersemangat).Penyuburan budaya ilmu dengan memberi

penekanan kepada pendidikan seumur hidup dapat dicapai melalui pemupukan

budaya membaca, belajar berfikir dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang

lain. Melalui Program NILAM aktiviti membaca telah diperkenalkan dan dilaksanakan

secara efektif. Melalui aktiviti ini pelbagai strategi telah digunakan untuk memupuk

minat membaca dalam kalangan pelajar peribumi. Budaya dan sikap masyarakat

pribumi banyak mempengaruhi pandangan mereka terhadap pendidikan dan amalan

budaya membaca. Bagi mendepani cabaran ini pihak sekolah melalui Program

NILAM telah menjalankan pelbagai pendekatan dalam bagi menarik minat pelajar-

pelajar peribumi meningkatkan kemahiran membaca dan menanam sikap suka

membaca dalam kalangan mereka. Peningkatan amalan suka membaca mampu

membawa pelajar peribumi ke satu tahap yang lebih baik dan sekaligus

meningkatkan kualiti pendidikan mereka. Pembangunan tamadun ilmu merupakan

salah satu agenda penting ke arah meningkatkan kualiti pendidikan sesebuah

negara . Ia merupakan satu usaha membangunkan tamadun ilmu dalam mendepani

cabaran Pendidikan Abad ke 21 termasuk sekolah-sekolah masyarakat peribumi di

Malaysia.

Kata Kunci : NILAM – Nadi Ilmu Amalan Membaca