bukti gst

29
BUKTI PELAKSANAAN GST GST : PENIAGA PERLU SEGERA GUNA INVOIS BERCETAK Written by Admin 3 Thursday, 16 April 2015 11:00 KUALA LUMPUR: Golongan peniaga dinasihatkan supaya segera mengkonfigurasikan sistem perisian perakaunan atau sistem Point of Sales (POS) yang mengeluarkan invois cetak bersiri bagi mengelakkan kekeliruan berlaku dalam kalangan pengguna mengenai GST. Setiausaha Agung FOMCA, Datuk Paul Selvaraj berkata walaupun kerajaan telah memberi tempoh pemasangan POS sehingga 30 September depan, namun sebenarnya tempoh dua minggu sudah memadai untuk melaraskan sistem POS itu. “Sepatutnya tiada masalah berlaku jika mereka melakukan persiapan sebelum perlaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) ini kerana sebelum ini pihak Kastam telah pun mengadakan seminar, bengkel, aplikasi untuk sistem POS ini. “Jika terlalu lama, ia mungkin menyebabkan pelbagai isu. Pengguna perlu melihat resit jika ada peniaga yang tersilap mengenakan caj kepada barang yang sebenarnya tidak perlu dikenakan caj atau cukai. Terutama apabila mereka ke farmasi atau kedai runcit. “Jika POS ini tidak digunapakai, ia akan menyebabkan kekeliruan kepada pengguna,” jelas beliau. Selvaraj berkata demikian ketika mengulas mengenai pelanjutan tarikh pemasangan sistem POS sehingga 30 September kepada usahawan perniagaan kecil dan sederhana mengikut piawaian GST. Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam, Datuk Subramaniam Tholasy dalam laporan Mstar berkata, premis hiburan seperti pub dan pusat karaoke, farmasi, kedai buku, kedai runcit, kedai peralatan dan pasar mini tidak dibenarkan mengeluarkan invoice tulisan tangan selepas tempoh itu. Subromaniam dalam laporan itu berkata, peniaga yang mempunyai kekerapan jualan tetapi nilai yang kecil perlu mematuhi peraturan untuk invois bercetak. GST yang dilaksanakan sejak 1 April untuk menggantikan Cukai

Upload: amy-carter

Post on 20-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

EKONOMI MAPAN AUSTRALIA

TRANSCRIPT

Page 1: BUKTI GST

BUKTI PELAKSANAAN GST

GST : PENIAGA PERLU SEGERA GUNA INVOIS BERCETAK

Written by Admin 3

Thursday, 16 April 2015 11:00

KUALA LUMPUR: Golongan peniaga dinasihatkan supaya segera mengkonfigurasikan sistem perisian perakaunan atau sistem Point of Sales (POS) yang mengeluarkan invois cetak bersiri bagi mengelakkan kekeliruan berlaku dalam kalangan pengguna mengenai GST.

Setiausaha Agung FOMCA, Datuk Paul Selvaraj berkata walaupun kerajaan telah memberi tempoh pemasangan POS sehingga 30 September depan, namun sebenarnya tempoh dua minggu sudah memadai untuk melaraskan sistem POS itu.

“Sepatutnya tiada masalah berlaku jika mereka melakukan persiapan sebelum perlaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) ini kerana sebelum ini pihak Kastam telah pun mengadakan seminar, bengkel, aplikasi untuk sistem POS ini.

“Jika terlalu lama, ia mungkin menyebabkan pelbagai isu. Pengguna perlu melihat resit jika ada peniaga yang tersilap mengenakan caj kepada barang yang sebenarnya tidak perlu dikenakan caj atau cukai. Terutama apabila mereka ke farmasi atau kedai runcit.

“Jika POS ini tidak digunapakai, ia akan menyebabkan kekeliruan kepada pengguna,” jelas beliau.

Selvaraj berkata demikian ketika mengulas mengenai pelanjutan tarikh pemasangan sistem POS sehingga 30 September kepada usahawan perniagaan kecil dan sederhana mengikut piawaian GST.

Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam, Datuk Subramaniam Tholasy dalam laporan Mstar berkata, premis hiburan seperti pub dan pusat karaoke, farmasi, kedai buku, kedai runcit, kedai peralatan dan pasar mini tidak dibenarkan mengeluarkan invoice tulisan tangan selepas tempoh itu.

Subromaniam dalam laporan itu berkata, peniaga yang mempunyai kekerapan jualan tetapi nilai yang kecil perlu mematuhi peraturan untuk invois bercetak.

GST yang dilaksanakan sejak 1 April untuk menggantikan Cukai Jualan (SST) (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%) di Malaysia.

Dengan pelaksanaan GST, kerajaan menyasarkan untuk memperoleh kira-kira RM23.1 bilion.

Pendapatan ini akan dijana untuk menampung kos pembangunan negara sebanyak RM49.5 bilion yang akan disalurkan kepada pelaburan infrastruktur.

Lebih daripada 900 barang-barang di dalam senarai GST dikategorikan dalam tiga kadar iaitu dalam kadar standard, kadar sifar, dan dikecualikan.

Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gst-peniaga-perlu-segera-guna-invois-bercetak-57908?cp

 

Page 2: BUKTI GST

Apa KesAPA KESAan GST Enam Peratus Kepada PenggunaOleh Alan Ting

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Rakyat Malaysia akan mula membayar Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) berkuatkuasa 1 April 2015, seperti juga penduduk di negara-negara maju. Cukai sebanyak 6 peratus ini dikenakan apabila mereka membeli barangan atau melanggan perkhidmatan kecuali bagi barangan dan perkhidmatan tertentu.Namun, ramai yang masih keliru akan kesan GST terhadap kehidupan harian mereka. Ada yang menyangka mereka perlu membayar sekurang-kurangnya 6 peratus daripada kadar yang ditetapkan

Page 3: BUKTI GST

kerajaan bagi setiap barangan dan perkhidmatan.Ramai yang masih keliru apa lagi dengan mereka yang menentang GST pula menyebarkan laporan yang kurang tepat.

FUNGSI GSTGST adalah sejenis cukai penggunaan bertujuan memperkemas percukaian di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pengeluar atau pembekal perkhidmatan kepada pengguna akhir (end user). Diakui pengenalannya bukanlah satu langkah yang disukai rakyat, namun pelaksanaan GST bakal menambah kecekapan sistem percukaian negara di samping menghalang pengelakan cukai. GST juga membolehkan sistem kutipan cukai menjadi lebih telus. Pada kadar 6 peratus, kerajaan dijangka mengutip sekurang-kurangnya RM30 bilion lagi dalam bentuk cukai setiap tahun.GST merupakan satu ciri yang sinonim dengan negara maju seperti Singapura. Malaysia dan Brunei adalah dua negara terakhir di rantau ASEAN dalam pelaksanaan GST.

PENGALAMAN SINGAPURA

Ketika Singapura memperkenalkan GST pada kadar 3 peratus, ianya dikenakan terhadap semua barangan dan perkhidmatan, termasuklah barangan keperluan, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) Abd Aziz Abu Bakar dilaporkan berkata baru-baru ini. Namun kerajaan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dalam pelaksanaan GST agar rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos. Rakyat tidak perlu membayar GST bagi barangan keperluan seperti daging yang tidak diproses, minyak masak dan gula. Juga tiada GST dikenakan ke atas perkhidmatan seperti bekalan elektrik, pendidikan, kesihatan, tol, transaksi kewangan dan insurans nyawa. Singapura pula telah mengambil jalan lain untuk menampan impak GST melalui satu pakej 'ofset', iaitu dengan mengurangkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan perseorangan sebanyak 3 peratus, menjadikannya masing-masing 27 peratus dan 30 peratus. Kadar permulaan GST 3 peratus ketika diperkenalkan di Singapura pada 1994 adalah antara yang terendah di dunia. Tujuan pengenalannya bukannya untuk menjana pendapatan cukai yang tinggi tetapi membiasakan rakyat dengan sistem percukaian baru itu. Kadar itu kemudian dinaikkan kepada 4 peratus pada 1 Jan, 2003, 5 peratus (1 Jan, 2004) dan 7 peratus (1 Julai, 2007). Kerajaan Singapura memilih untuk tidak memberi apa-apa pengecualian kerana ia beranggapan langkah itu lebih memanfaatkan golongan berpendapatan tinggi.Ini kerana keluarga berpunya kebiasaannya berbelanja lebih untuk keperluan (sama ada makanan, perkhidmatan kesihatan atau keperluan lain) berbanding golongan berpendapatan rendah.

APA YANG BAKAL DIBAYAR RAKYAT MALAYSIA

Jadi, berapa yang harus rakyat Malaysia bayar? Adakah mereka harus membayar tambahan 6 peratus kepada jumlah harga barangan dan perkhidmatan? Dalam satu laporan berita tempatan bertarikh 21 Okt, Pengarah Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Raja Kumaran dan perunding syarikat itu Tim Simpson memberi penjelasan tentang mekanisma GST dalam cara yang lebih mudah difahami. Jika sistem percukaian negara ini dilihat dengan lebih dekat, akan didapati rakyat Malaysia telah pun membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST)yang menjadi sebahagian daripada kos barangan dan perkhidmatan tanpa disedari. Rakyat Malaysia sudah pun maklum dengan cukai 6 peratus bagi perkhidmatan tertentu seperti di hotel dan restoran mewah. Satu lagi cukai penggunaan yang selama ini dibayar rakyat tanpa disedari adalah cukai jualan."Sebagai contoh, minuman berkarbonat dikenakan cukai jualan 10 peratus, tetapi lazimnya pengeluar tidak menyatakan cukai itu dalam bil kepada pengguna akhir. Jika minuman itu dikatakan berharga RM11, harga sebenarnya adalah RM10 ditambah dengan cukai sebanyak RM1."Bagaimanapun, pengguna menyangka mereka membeli minuman berharga RM11 dan bukannya RM10 ditambah dengan cukai RM1," kata mereka dalam laporan itu.

GST ELAK CUKAI BERGANDA

Mereka berkata SST juga menyebabkan berganda yang merugikan pengguna. "Di bawah sistem sedia ada mengambil contih di atas, jika kita membeli minuman berkarbonat di hotel, pengguna bukan sahaja membayar cukai RM1.08 tetapi juga tambahan cukai SST 6 peratus yang dikenakan pihak hotel pula," kata mereka lagi dalam laporan yang sama. Bagaimana pun mereka berkata masalah cukai berganda ini ditangani dalam GST kerana cukai yang dibayar pemilik hotel diperolehi semula dalam bentuk kredit cukai input dan tidak mewakili kos kepada hotel. Oleh itu di bawah sistem sedia ada, harga minuman berkarbonat itu adalah RM14.58. Di bawah GST pula, harga minuman yang sama adalah RM13.25, pengurangan sebanyak 9 peratus (atau RM1.33). Jadi adakah minuman itu menjadi 6 peratus lebih mahal? Tentunya tidak. Maka pengguna harus maklum pelaksanaan GST ini juga mempunyai banyak kebaikan yang memanfaati mereka.

PENDIRIAN FOMCA TENTANG CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST)WRITTEN BY ADMINISTRATOR   FRIDAY, 26 MARCH 2010 16:44

PengenalanPada masa sekarang cukai penggunaan yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Cukai jualan dikenakan pada kadar 5% dan 10%

Page 4: BUKTI GST

manakala cukai perkhidmatan dikenakan pada kadar 5%. Kedua-dua cukai tersebut dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan tertentu.Cukai Jualan dikenakan di peringkat pengimportan dan pengilangan,  manakala cukai perkhidmatan dikenakan di peringkat penggunaan.

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan bagi menggantikan kedua-dua cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Lebih daripada 140 buah negara  telah melaksanakan GST. 

Apa itu GST?

GST adalah cukai penggunaan secara menyeluruh yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah bagi setiap peringkat rangkaian pengedaran. 

GST dikenakan ke atas semua barang dan pekhidmatan termasuk yang diimport melainkan barang dan perkhidmatan yang dikecualikan oleh kerajaan. 

GST mempunyai satu mekanisme yang membenarkan peniaga menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan secara automatik. Tuntutan dalam bentuk kredit cukai yang dibuat dengan menolak cukai input yang ditanggung dengan cukai output yang dikutip. 

Kadar GST

Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah daripada kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang. 

Mengapa GST perlu Dilaksanakan?

Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. 

Malaysia telah mengalami bajet defisit selama 46 tahun, semenjak 52 tahun yang lalu. Pada tahun 2009, bajet defisit dianggarkan sebanyak 7.6%, yang merupakan tertinggi semenjak tahun 1987. 

Pada masa ini, 40% daripada sumber pendapatan negara diperolehi daripada sector minyak dan gas. Keadaan ini menunjukkan sumber pendapatan negara yang agak sempit, dan tidak boleh bertahan dalam tempoh yang panjang. 

Keadaan di peringkat sejagat pada ini telah bergerak ke arah sistem percukaian tidak langsung. 

GST juga bagi mengatasi kelemahan yang berlaku dalam cukai jualan dan perkhidmatan. 

Bagaimana GST Dilaksanakan? 

GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran. 

Apakah barang atau perkhidmatan yang dikenakan GST?

Semua barang dan perkhidmatan dikenakan pada kadar standard iaitu 4% melainkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan. 

Apakah barang-barang yang tidak dikenakan GST?

Hampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar).

Selain daripada itu, barang yang dieksport juga tidak dikenakan GST bagi menjadikan

Page 5: BUKTI GST

eksport negara lebih kompetetif di peringkat antarabangsa. Ia juga selari dengan amalan di negara-negara lain. 

Apakah Perkhidmatan yang tidak dikenakan GST? 

Perkhimatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, tol lebuhraya juga tidak dikenakan GST (pembekalan yang dikecualikan). Layanan yang sama juga diberi kepada perkhidmatan kewangan. 

Selain daripada itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang dieksport tidak dikenakan cukai (pembekalan berkadar sifar).

Jualan Tahunan (Threshold)

Bagi mengurangkan beban cukai yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah, hanya perniagaan yang mempunyai jualan tahunan melebihi RM 500,000 setahun sahaja yang dibenarkan untuk mengenakan GST ke atas jualan mereka. 

Perniagaan kecil seperti kedai runcit di kawasan luar bandar akan terkeluar daripada sistem GST dan boleh menjual barang keperluan tanpa mengenakan GST. Ini akan membantu rakyat secara keseluruhannya.

Kesan Perlaksanaan GST -   Adakah GST akan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan naik?

Impak GST ke atas Indeks Harga Pengguna

Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (IHP) akan mengalami penurunan sebanyak 0.10%. 

Namun begitu tidak dinafikan bahawa harga barang-barang dan perkhidmatan tertentu akan naik, manakala terdapat pula harga barang dan perkhidmatan yang lain akan menurun.  

Sebagai contoh, perubahan harga beberapa barang dan perkhidmatan adalah seperti berikut:

Penurunan harga ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:Penurunan kadar cukai kerana GST dikenakan pada kadar 4%. Kebanyakan barang dan perkhidmatan pada masa sekarang dikenakan cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhimatan (5%) danTerdapat barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan  GST.

Impak ke atas perbelanjaan isi rumah

Purata perbelanjaan isi rumah  mengikut strata menunjukkan penurunan dalam perbelanjaan isi rumah sekiranya GST pada kadar 4%. Secara keseluruhannya, purata penjimatan bagi setiap isi rumah di Malaysia adalah dijangkakan sekitar RM 5.97 sebulan atau RM 71.64 setahun. 

Penjimatan pebelanjaan mengikut strata pada kadar GST 4% (RM/bulan)

Malaysia

Semenanjung

Sabah

Sarawak

Page 6: BUKTI GST

Keseluruhan

5.97 6.35 2.59 6.38

Bandar 7.17 7.41 3.53 8.46Luar Bandar 3.62 3.89 1.61 4.36

Langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan. 

Kerajaan sedar bahawa terdapat peniaga-peniaga yang tidak beretika akan menaikkan harga apabila GST dilaksanakan. Alasan yang akan diberikan oleh mereka ialah kerajaan telah mengenakan cukai baru sebanyak 4%. 

Dalam memastikan kepentingan pengguna terjamin, kerajaan akan mengambil langkah-langkah berikut untuk menangani aktiviti yang tidak beretika tersebut:

1. • Menggubal peraturan untuk mengawal aktiviti pengambilan untung berlebihan (profiteering) dalam Akta Kawalan Harga 1946.

2. • Menubuhkan Majlis Kawalan Harga3. • Langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan tegas serta hukuman yang berat, 

dan4. • Panduan Harga Pengguna akan dikeluarkan secara berjadual.

Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dalam membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan?

Pengguna juga boleh memainkan peranan dalam membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan ini. Pengguna sepatutnya:-

1. membuat perbandingan harga sebelum berbelanja2. sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna3. melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak berkuasa

atau persatuan pengguna, dan4. berbelanja secara berhemat.

Panduan Harga Pengguna

Panduan harga pengguna akan dikeluarkan oleh kerajaan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh pelaksanaan GST. Ian merupakan panduan kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga. Panduan ini mengandungi sebanyak 350 harga barang dan perkhidmatan sebelum dan selepas pelaksanaan GST. 

Pendirian FOMCA tentang GST1. FOMCA menyokong perlaksanaan GST berdasarkan kepada beberapa perkara:2. 1. Untuk memastikan peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk pengambilan

keuntungan berlebihan (profiteering), Kerajaan akan menguatkuasakan dengan tegas peraturan Anti-Profiteering, yang sedang dirangka.

3. 2. Majlis Kawalan Harga mesti berfungsi dengan berkesan untuk memastikan harga barang dan perkhidmatan adalah berpatutan

4. 3. Panduan Harga Pengguna yang terkini dan komprehensif disediakan bukan sahaja untuk pengguna bandar tetapi juga untuk pengguna di kawasan luar bandar.

5. 4. FOMCA juga mengesyorkan agar Akta Persaingan diluluskan dengan segera untuk memastikan persaingan sihat dalam pasaran yang akan menguntungkan pengguna.

6. 5. Satu Jaringan Sosial yang telus dan komprehensif disediakan untuk memastikan masyarakat miskin dan terpinggir menikmati keperluan-keperluan asas seperti makanan, pendidikan, kesihatan, air dan tenaga.

7. 6. Perbelanjaan Kerajaan akan lebih telus untuk meyakinkan rakyat bahawa wang yang dikutip daripada Cukai GST akan benar-benar memanfaatkan rakyat.  Tidak akan ketirisan dalam sistem perbelanjaan hasil Kerajaan.

Dalam semua aspek perlaksanaan GST, Kerajaan mesti menyedarkan dan mendidik pengguna di semua peringkat melalui komunikasi yang jujur dan telus. 

Di sebalik polemik GST

Ku Hariz Farhan Ku Azman

Diterbitkan Dec 06, 2013 12:13pm Dikemaskini Dec 06, 2013 1:30pm

Page 7: BUKTI GST

2

-+MALAYSIAKINI…..

Pada pembentangan Bajet 2014 yang lepas, antara perkara yang telah diusulkan oleh perdana menteri selaku

menteri kewangan adalah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan atau singkatannya GST mulai 1 April

2015, kira-kira dua tahun dari sekarang. Pelbagai pihak mula tertanya-tanya sama ada dari pihak kerajaan,

opposisi, badan bukan kerajaan hatta rakyat marhaen sendiri - adakah GST merupakan cukai ‘tambahan’

setelah cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada?

Adakah akan berlaku kenaikan mendadak semua barang di pasaran pasca GST? Mengapakah kerajaan beria-ia

hendak melaksanakannya? Sehingga kini tiada suatu pun agenda pencerahan yang dilakukan oleh mana-mana

pihak untuk menjelaskan di sebalik pelaksanaan cukai ini. GST ialah suatu bentuk cukai yang dikenakan ke atas

barang akhir yang dibeli oleh pengguna. Bezanya dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ialah GST

ditanggung sepenuhnya oleh pengguna akhir manakala SST pula membahagikan cukai kepada dua peringkat,

iaitu pada peringkat pengeluar apabila beban cukai sebanyak 10 peratus dikenakan terhadap mereka manakala

pengguna akhir menanggung sebanyak 6 peratus beban cukai.

Secara matematiknya, GST berkadaran 6 peratus manakal SST berkadaran 16 peratus. Melalui pelaksanaan

GST, dua jenis cukai tersebut akan digantikan dengan satu sistem cukai yang bersepadu.

Pelaksanaannya di luar negara

Negara yang pertama memperkenalkan pelaksanaan cukai ini ialah Perancis pada tahun 1954 dan sehingga kini

lebih dari 160 negara seantero dunia telah mengaplikasikannya.

Negara yang mengenakan kadar GST yang tertinggi ialah Hungary dengan berkadaran sebanyak 27 peratus

manakala negara Jepun dan Taiwan mengenakan kadar GST yang terendah sebanyak lima peratus.

Kebanyakan negara Eropah mengenakan GST/VAT pada kadar dua angka. Amerika Syarikat tidak mengenakan

GST terhadap rakyatnya, malah usul berkaitan pelaksanaannya ditolak oleh Kongres disebabkan sistem cukai

sedia ada di sana sudah membebankan rakyat mereka.

Kepentingan pelaksanaan GST

1.    Dapat meningkatkan hasil pendapatan kerajaan sekaligus memperbaiki kedudukan fiskal.

Melalui  pelaksanaan GST, hasil kutipan cukai sedia ada dijangka meningkat sebanyak dua kali ganda.

Misalnya,pada tahun 2014 hasil kutipan cukai berjumlah RM30 bilion. Apabila GST dilaksanakan pada tahun

2015, jumlah kutipan dijangka bertambah menjadi RM60 bilion setahun.

Melalui jumlah pendapatan sebanyak ini,kerajaan dapat menampung sektor perkhidmatan, kesihatan dan

pendidikan secara percuma serta menambah baik infrastruktur sedia ada seperti yang dilakukan oleh Turki,

United Kingdom dan Finland. Melihat kepada keadaan hutang negara sekarang, pelaksanaan GST dapat

mengurangkan sedikit sebanyak jumlah defisit yang ditanggung oleh kerajaan pada masa sekarang.

Page 8: BUKTI GST

2.    Cukai yang lebih telus dan efisien.

Seperti yang diterangkan di atas, pelaksanaan SST menyebabkan pengguna membayar dua jenis cukai tanpa

mereka sedari. Melalui pelaksanaan GST,sistem dua cukai tersebut akan dimansuhkan dan digantikan dengan

satu sistem cukai yang lebih efisien. Walaupun kerajaan mengalami kerugian sebanyak 10 peratus, namun

pengguna mendapat manfaat yang besar  apabila hanya membayar satu jenis cukai sahaja bagi setiap

pembelian barang akhir.

3.    Kerajaan tidak boleh selamanya bergantung kepada hasil bukan cukai dan tarif import.

Sebagaimana yang diketahui, negara kita dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan sumber alam seperti

petroleum dan bahan galian. Namun,sumber ini tidak boleh diperbaharui dan dijangka mengalami kepupusan

dalam tempoh 20 atau 30 tahun lagi. Bagi mengatasi masalah ini,kerajaan tiada pilihan lain selain mengenakan

cukai ini bagi menampung hasil pendapatan negara.

Untuk mengharapkan hasil dari duti import mungkin kurang realistik disebabkan peraturan perdagangan

antabangsa yang melarang sebarang sekatan perdagangan di antara negara, hatta kadar duti import terpaksa

diturunkan bagi menggalakkan lagi perdagangan, sekaligus mengurangkan pendapatan kepada negara.

Sebagai contoh, disebabkan ketiadaan sumber asli di kebanyakan negara Eropah, maka mereka mengenakan

cukai pada kadar yang sangat tinggi sebanyak dua angka sekaligus menjadi sumber pendapatan utama negara

mereka seperti di Perancis yang mencatatkan 50 peratus dari pendapatan negara disumbangkan oleh kutipan

GST.

Kesan pelaksanaan GST

1.    Kenaikan dalam harga barang tetapi ianya bukan inflasi.

Sesetengah pihak memomokkan bahawa harga barang dijangka mengalami kenaikan yang luar biasa pasca

pelaksanaan GST. Tidak dapat dinafikan apabila GST dilaksanakan, harga barang dijangka mengalami sedikit

kenaikan tetapi ia tidak sama dengan inflasi, iaitu kenaikan barang secara berterusan. Harga barang dijangka

menokok sebanyak 1 hingga 3 peratus dan kembali menyusut seperti sedia kala. Kenaikan hanya berlaku dalam

tempoh jangka pendek tetapi tidak untuk jangka panjang.

2.    Cukai yang bersifat regresif.

Kebanyakan rakyat Malaysia berpendapatan RM3,000 ke bawah dan golongan ini dikategorikan sebagai

berpendapatan sederhana dan rendah. Dijangka sebahagian dari kutipan cukai ini disumbangkan oleh kelompok

ini dan secara tidak langsung cukai ini dikategorikan sebagai cukai regresif iaitu mengambil peratusan yang

besar dari golongan yang sederhana dan miskin berbanding mereka yang kaya kerana mereka inilah yang lebih

banyak membuat perbelanjaan untuk barangan atau perkhidmatan. Kerajaan boleh melaksanakan mekanisme

seperti menaikkan had jumlah pendapatan yang boleh dikenakan cukai dari RM2,500 pada masa sekarang pada

kadar yang lebih munasabah serta mengurangkan cukai korporat bagi menggalakkan aktiviti pelaburan di negara

ini.

Page 9: BUKTI GST

3.    ‘Compliance cost’ yang ditanggung oleh firma.

Kos yang disebutkan di atas merujuk kepada kos yang dibelanjakan oleh firma untuk menghantar kakitangan ke

kursus mengenai pelaksanaan GST, penukaran perisian dan kelengkapan ICT serta yuran yang berkaitan bagi

persediaan melaksanakan sistem percukaian yang baharu. Dijangka sebahagian besar perbelanjaan firma akan

disalurkan untuk membiayai ‘compliance cost’ sebagai persediaan menghadapi GST. Jika kerajaan

mengumumkan pelaksanaan GST pada tahun ini,maka firma di Malaysia akan mengalami ‘kejutan’ disebabkan

tiada persediaan yang secukupnya dalam mengadaptasi sistem ini, maka kerajaan mengumumkan

pelakasanaannya pada tahun 2015 supaya semua firma dapat melakukan persiapan sebelum pelaksanaannya.

Persoalan mengenai pelaksanaan GST

Setelah mendengar dan meneliti pandangan pelbagai pihak, pelbagai persoalan boleh dilontarkan berkaitan

dengan pelaksanaan GST, antaranya:

•    Adakah rakyat secara keseluruhan memahami kepentingan GST dan manfaatnya kepada negara?

•    Bagaimanakah kerajaan hendak menepis dakwaan bahawa GST merupakan cukai ‘regresif’?

•    Adakah kerajaan dapat berjanji untuk tidak membazir dalam berbelanja serta memastikan jurang defisit

negara dikecilkan supaya negara tidak tergelincir ke dalam kemuflisan seperti yang berlaku di Greece dan

Portugal yang turut mengamalkan GST?

•    Dapatkah kerajaan memberikan penyelesaian ‘win-win situation’ kepada pihak rakyat dan pemain industri

apabila GST dilaksanakan?

•    Apakah jaminan dari pihak kerajaan untuk memastikan harga barang tidak naik secara melampau pada awal

pelaksanaan GST?

Kesimpulan

Konklusinya, cukai jualan dan perkhidmatan merupakan suatu alat fiskal yang berkesan dalam meningkatkan

pendapatan sesebuah negara. Namun apa yang lebih penting adalah bagaimana hasil yang diperoleh nanti

dimanfaatkan semaksimum mungkin kepada rakyat. Selain itu, kefahaman rakyat mengenai GST dan

tanggungjawab membayar cukai perlu ditingkatkan agar mereka dapat merasakan kebertanggungjawaban

mereka terhadap negara yang tercinta ini. Dasar ekonomi yang lebih menguntungkan rakyat perlu digubal agar

setiap hasil mahsul negara dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat seperti yang berlaku pada zaman

Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Kerajaan juga perlu membanteras amalan rasuah, ketirisan perbelanjaan dan

kronisme yang berlaku dalam sektor awam supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan bertambah baik dan

hasrat negara untuk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dapat direalisasikan.

GST membawa banyak faedah kepada rakyat, peniaga dan negara. Sekiranya begitu, mengapakah ianya tidak dilaksanakan dari dulu lagi? Mengapa sekarang?

Di awal tahun 1990an, terdapat sumbangan hasil di antara cukai langsung dan cukai tidak langsung yang seimbang. Sebagai contoh, pada tahun

1990, sumbangan daripada cukai langsung adalah 35.2% dan dari cukai tidak langsung 36.7%. Walau bagaimanapun, dengan adanya Dasar

Liberalisasi Perdagangan pada tahun 1990an, nisbah ini telah berubah dengan mendadak dan pada tahun 2012, sumbangan daripada cukai

langsung adalah 56.4% manakala dari cukai tidak langsung adalah 17.2%. Kajian oleh pakar-pakar ekonomi menunjukkan bahawa terlampau

bergantung ke atas sesuatu cukai tertentu akan membawa kepada kesan yang buruk ke atas kedudukan kewangan negara. Pada masa ini,

Page 10: BUKTI GST

Malaysia lebih bergantung ke atas cukai langsung dan hasil petroleum dan sekarang adalah masa yang bersesuaian untuk Kerajaan mengambil

langkah bagi menstruktur semula sistem percukaian bagi memperbetulkan ketidakseimbangan. Salah satu langkah ialah dengan

memperkenalkan GST yang merupakan satu sistem yang lebih efisyen berbanding dengan sistem percukaian semasa.

Dalam bajet 2005, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan GST. Walau bagaimanpun, ia telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan

ditetapkan kemudian. Di dalam bulan Disember 2009, Rang Undang-Undang GST telah dibentangkan di Dewan Rakyat untuk Bacaan Pertama

dan dalam tahun 2010, pelaksanaan GST telah ditunda untuk:

(i) membolehkan Kerajaan untuk melibatkan secara inklusif dengan semua segmen rakyat; dan

(ii) mengambilkira kepentingan dan kebajikan masyarakat bagi memastikan pelaksanaan GST dapat diterima baik.

 

Walaupun terdapat penangguhan, Kerajaan mengakui kepentingan GST bagi memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan berdaya tahan untuk

menyokong pertumbuhan ekonomi dalam tempoh jangka panjang.

Kini terdapat pelbagai pengalaman untuk dipergunakan. Dalam erti kata lain, peluang untuk melaksanakan GST dengan jayanya adalah tinggi

kerana Malaysia boleh mengambil pengalaman negara-negara lain untuk membangunkan model GST Malaysia. Selama bertahun-tahun,

GST/VAT telah diterima pakai sebagai satu bentuk percukaian yang utama. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 160 negara telah

melaksanakan GST/VAT

FAHAMI KEBAIKAN GST SECARA TUNTAS

Kebanyakan kritikan pembangkang terhadap Bajet 2014 lebih bersifat politik semata-mata. Antara yang menjadi sasaran ialah pelaksanaan cukai barangan

dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1April 2015. Pembangkang mahu mengelirukan rakyat kononnya GST menzalimi dan

membebankan kehidupan rakyat. Ia sebenarnya adalah usaha pembangkang untuk mewujudkan momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Pembangkang tidak menghiraukan fakta sebenar GST yang akan dilaksanakan kerajaan mulai April 2015. Ia satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan

satu usaha mensabotaj pelaksanaannya. 

Sepatutnya pembangkang melihat pelaksanaan GST secara holistik dan realistik. Pembangkang juga sepatutnya sedar bahawa ianya akan mula

dilaksanakan kira-kira 17 bulan dari sekarang.

Tempoh ini memberi peluang kepada peniaga dan syarikat untuk membuat persediaan, memberi rang kepada rakyat memahaminya di samping kerajaan

masih bersedia menerima pandangan mengenainya.

Namun, menyatakan pelaksanaan GST akan menindas rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (miskin) dan sederhana adalah satu tuduhan yang

sangat tidak bertanggungjawab sedangkan kebaikannya belum dirasai lagi. Nyata sekali bahawa pembangkang cuba memberikan persepsi buruk mengenai

pelaksanaan GST.

GST sebenarnya dapat mendidik pengguna menjadi lebih berhemat. Sekiranya pengguna tidak mahu membayar lebih GST maka hadkan perbelanjaan

kepada yang perlu sahaja. Ini berdasarkan kepada GST adalah cukai penggunaan di mana lebih banyak anda pakai atau beli lebih banyak anda bayar.

Orang berada mungkin akan mengguna lebih. Ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pendapatan negara yang akhirnya dapat digunakan

untuk kepentingan rakyat juga.

Antara kebaikan lain GST ialah kadar GST adalah lebih rendah (enam peratus) berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus dan

enam peratus. SST adalah cukai berganda, sebaliknya GST adalah sistem satu cukai terhadap barangan dan perkhidmatan. Di bawah SST pengguna

terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan

dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

Pada masa sekarang, pengguna tanpa mengira kelas pendapatan telah membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian

mereka. Namun cukai yang dibayar itu terutamanya cukai jualan tidak tercatat di dalam resit kerana ia terselindung di dalam harga bayaran. Apabila GST

dilaksanakan beban cukai yang ditanggung akan turun. Ini bermakna dengan pelaksanaan GST kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mengalami

penurunan harga. Yang penting ialah apabila GST dilaksanakan pihak peniaga seharusnya menyalurkan penjimatan tersebut melalui penurunan harga.

Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (HIP) akan mengalami penurunan sebanyak 8-10 peratus. Kita yakin dengan penubuhan

jawatankuasa pemantau GST yang ditubuhkan kerajaan nanti dapat memastikan GST dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerajaan juga dari masa

ke semasa akan menilai impak sosial terhadap rakyat kesan daripada pelaksanaan GST.

Pengguna juga harus faham bahawa GST tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas, pengangkutan awam, tol, pembelian dan penyewaan rumah

kediaman, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, pengeluaran pasport dan lesen, penggunaan elektrik bagi 200 unit pertama bagi pengguna domestik

dan pelbagai barangan asas dan perkhidmatan lain.

Page 11: BUKTI GST

GST dapat meningkatkan aliran pendapatan negara. Kerajaan pusat dijangka akan menjana lebih banyak pendapatan dengan pelaksanaan GST.

Pendapatan kerajaan yang bertambah ini dapat digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Lebih ramai orang miskin akan

dapat dibantu. GST juga membolehkan kerajaan mengurangkan cukai korporat dan pendapatan.

Ini dapat menggalakkan pelaburan, mendorong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran global yang berdaya saing. Pertumbuhan ekonomi negara pula

akan mencipta pekerjaan dan meningkat pendapatan. Pelaksanaan GST di 160 negara di dunia membuktikan GST adalah sistem percukaian yang baik,

cekap dan adil kerana semua orang membayar cukai berdasarkan penggunaan.

Kesimpulan, GST membantu memperluaskan asas percukaian negara, memastikan negara mempunyai sistem cukai yang lebih berdaya tahan serta

memperbaiki pematuhan dalam urusan kutipan cukai kerajaan. Agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF)

sudah lama mengingatkan kerajaan bahawa negara ini mempunyai sumber percukaian yang kecil dan tidak dapat bertahan lama untuk jangka masa

panjang. Hanya 1.5 juta sahaja pembayar cukai di negara ini, manakala sumber minyak pula tidak akan dapat bertahan lama.

MOHD AYOP ABD RAZID

BPDN, Jabatan Penerangan,

Putrajaya

Kesan GST kepada kos sara hidup rakyat Malaysia

Diterbitkan pada Selasa, 22 April 2014 03:45Hits: 29166

Semasa pembentangan Belanjawan Kerajaan 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan

rancangan kerajaan untuk melaksanakan Goods and Services Tax (GST) dengan menggantikan Sales and Services Tax (SST)

yang akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2015.

Susulan daripada itu, timbulnya perdebatan sama ada langkah itu adalah adil kepada rakyat atau tidak serta sama ada ia

akan membebankan rakyat pada masa akan datang atau tidak.

Bagi mendapatkan gambaran jelas berhubung dengan GST, Berita Kampus berpeluang menemu bual Professor Dr. Suresh

Narayanan, Pensyarah Ekonomi dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).

BOLEH JELASKAN TENTANG GST?

GST ialah cukai yang dikenakan pada setiap peringkat sama ada pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna. GST juga

merupakan satu sistem cukai tambah nilai (value added tax VAT). Ini bermakna nilai cukai akan bertambah pada setiap

peringkat urus niaga.

GST dikenakan pada setiap urus niaga kecuali jika urus niaga itu diberi pengecualian. Walaupun GST akan dikenakan pada

setiap urus niaga, namun pada akhirnya, pengguna akan membayar sekali sahaja kerana GST mempunyai mekanisme kredit

cukai input atau input tax credit di mana cukai yang dibayar oleh sebuah firma dalam proses pembuatan dan pengagihan

boleh dituntut balik. Cuma pengguna akhir sahaja yang tidak dapat meminta balik cukai yang dibayar oleh mereka.

KENAPA KERAJAAN MELAKSANAKAN GST?

GST dilaksanakan kerana kerajaan sudah mengalami defisit fiskal kadar dalam keluaran domestik kasar negara meningkat.

Peningkatan ini telah berlaku hampir 42 tahun dan hanya 5 tahun sahaja negara mempunyai lebihan hasil dalam peruntukan.

Defisit bermakna perbelanjaan negara melebihi hasil pendapatan. Apabila defisit bertambah, ia akan meningkatkan hutang

negara. Keadaan ini tidak begitu baik sebenarnya.

Sekarang World Bank telah memberi amaran akibat peningkatan ini dan menyebabkan kedudukan negara akan turun. Apa

yang menjadi masalahnya dengan kedudukan ini ialah, negara akan mengalami kesusahan untuk mendapatkan pinjaman dari

luar. Terdapat beberapa agensi yang menilai kedudukan atau rating seperti Standart Impure, Rating Agency Malaysia (RAM)

dan banyak lagi. Sekiranya rating ini tinggi, ia akan memudahkan negara untuk mendapatkan pinjaman kewangan dari luar.

Jika kedudukan negara turun bermakna kedudukan ekonomi berada dalam keadaan yang tidak baik. Oleh sebab ini, kerajaan

telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan GST.

MENGAPA GST DILAKSANAKAN PADA 1 APRIL 2015?

Pengalaman dari negara luar telah membuktikan bahwa GST bukanlah cukai yang boleh dikenakan pada hari esok. Ianya

memerlukan banyak persedian dari segi penjual, pemborong dan pengguna. Mekanismenya sangat rumit dan memerlukan

masa bagi membuat persedian bukan sahaja kepada mereka yang dikenakan cukai malah kepada pihak yang mengutip cukai.

Pengalaman dari negara luar menunjukkan, sesebuah negara yang ingin melaksanakan GST memerlukan dua tahun bagi

membuat persediaan sepenuhnya.

Dalam masa tersebut, apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengadakan kempen bagi menerangkan struktur dan

mekanisme GST. Masalahnya di Malaysia pada waktu ini, masih tidak banyak kempen kesedaran yang dijalankan bagi

Page 12: BUKTI GST

menerangkan cara pelaksanaan GST kepada pengguna.

Walau bagaimanapun, sekiranya kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan gagal, maka ini akan menyebabkan berlakunya

pembaziran wang negara. Sehingga sekarang saya mendapati masih ramai pengguna yang tidak memahami perlaksanaan

GST yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

BAGAIMANAKAH MAHU MEMASTIKAN KETELUSAN GST KEPADA MASYARAKAT?

Semua jenis cukai susah untuk memastikannya telus kepada semua pihak. Perlaksanaan GST lebih ketat kerana setiap orang

yang membayar GST perlu mengekalkan rekod yang jelas. Sekiranya rekod tidak jelas, mereka tidak boleh mendapat bayaran

balik atas cukai yang sudah dibayar.

Secara umumnya, boleh kita katakan GST ini mempunyai sistem check and balance kerana untuk mendapatkan bayaran balik

kita mesti menulis rekod dengan telus.

ADAKAH GST MENYEBABKAN KENAIKAN KADAR INFALASI DAN HARGA BARANG?

Tanggapan bahawa negara akan mengalami inflasi adalah betul. Setiap negara yang melaksanakan GST akan menyebabkan

peningkatan harga barangan untuk sekali ganda.

Kadar inflasi bukanlah kenaikan harga barangan untuk sekali sahaja. Inflasi ialah apabila harga barangan meningkat tahun

demi tahun. Ia adalah satu proses dan lebih dikenali sebagai one time increase.

Bagi keadaan di Malaysia, kemungkinan besar akan berlakunya inflasi kerana apabila GST dilaksanakan, subsidi akan ditarik

balik dan menyebabkan kenaikan harga barangan. Impak yang membimbangkan ialah kesan GST dan kesan kenaikan harga

barangan akibat penarikan balik subsidi berlaku pada masa yang sama sehingga menyebabkan berlakunya inflasi.

Sekarang, rakyat sudah mula mempersoalkan kenaikan harga barangan akibat pengurangan subsidi oleh kerajaan dan

ditambah pula dengan beban GST akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.

APAKAH KEBAIKAN GST KEPADA NEGARA DAN RAKYAT?

GST akan mendatangkan hasil yang lebih tinggi kepada negara. Manakala rakyat hanya bergantung kepada apa yang akan

dilakukan oleh kerajaan dengan hasil pungutan cukai yang lebih tinggi. Rakyat akan beruntung sekiranya kerajaan

menggunakan cukai yang dipungut untuk kebaikan mereka.

Sekiranya berlakunya pembaziran kewangan negara, ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada rakyat dan perlu

menanggung beban yang lebih berat dalam menghadapi inflasi.

BERAPA KADAR YANG SESUAI DIKENAKAN JIKA GST MAHU DILAKSANAKAN? 

Pada mulanya, kerajaan mencadangkan sebanyak 4%,  tetapi kadar ini adalah terlalu rendah. Ini disebabkan oleh kos

mentadbir cukai ini yang tinggi dan saya merasakan 6% adalah kadar yang sesuai.

Saya rasa kadar itu tidak menjadi masalah. Apa yang perlu diberi perhatian ialah kerajaan perlu memberi jaminan kepada

rakyat bahawa kadar yang dikenakan sebanyak 6% akan dikekalkan sekurang-kurangnya selama lima sehingga tujuh tahun

untuk mendapatkan keyakinan daripada rakyat.

Sebagai contoh di Singapura, kadar GST mula diperkenalkan sebanyak 3% dan kerajaan telah memberi jaminan pengekalan

kadar ini selama lima tahun. Walau bagaimanapun, kerajaan telah mengekalkannya selama tujuh tahun.

Membayar cukai tidak menjadi masalah untuk menambah pendapatan negara. Sekiranya kerajaan menggunakan pendapatan

cukai GST secara bijaksana dengan menjalankan projek-projek yang mampu memberi keuntungan semula kepada rakyat.

Contohnya di Sweden dan Denmark, rakyat terpaksa membayar cukai yang tinggi tetapi apa yang diperolehi oleh mereka

ialah pendidikan percuma sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah. Hal ini kerana kerajaan mengenakan cukai yang

tinggi untuk memberi kemudahan semula kepada rakyat.

Di Malaysia, hal yang membimbangkan kita adalah kerana kerajaan telah banyak melakukan pembaziran kewangan negara.

Sekiranya, kita memberi lebih ruang dengan meningkatkan hasil pendapatan negara, pembaziran yang lebih banyak akan

berlaku pada masa akan datang.

Laporan audit negara tahun demi tahun mendedahkan kebocoran dan pembaziran. Kerajaan perlu menunjukkan tindakan

yang serius tentang pembaziran yang terlaku berlaku untuk meyakinkan rakyat.

IMPLIKASI PERLAKSANAAN GST TERHADAP GOLONGAN PERTENGAHAN KE BAWAH DAN TIDAKKAH GST AKAN

MENAMBAH BEBAN RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH?

Penang Instistut baru-baru ini telah menjalankan satu kajian mengenai kesan perlaksanaan GST di Malaysia. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa ia akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Beban yang paling tinggi bukannya

ditanggung oleh masyarakat yang berpendapatan sangat rendah atau berpendapatan sangat tinggi. Ianya ditanggung oleh

golongan yang berpendapatan pertengahan bawah.

Page 13: BUKTI GST

Rakyat miskin mereka tidak akan mengalami kesulitan kerana barangan yang digunakan oleh mereka tidak dikenakan cukai

oleh kerajaan. Manakala bagi golongan yang berpendapatan tinggi, mereka tidak mempunyai masalah kerana mempunyai

sumber kewangan yang mencukupi untuk membeli barangan yang dikenakan cukai.

Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa golongan berpendapatan pertengahan bawah adalah terdiri daripada kaum

Melayu yang berpendapatan rendah berbanding kaum bukan Melayu.

Kajian tersebut menunjukkan bahawa kemungkinan besar akan berlakunya inflasi di Malaysia.

NEGARA ASEAN YANG MELAKSANAKAN GST DAN BAGAIMANA KESANNYA KEPADA NEGARA DAN RAKYAT ITU

SENDIRI?

Tiada negara yang suka  perlaksanaan cukai. Walau bagaimanapun, Malaysia merupakan antara negara terakhir yang

melaksanakan GST.

Cadangan untuk melaksanakan GST bermula ketika Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan Malaysia tetapi tidak

dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir pada ketika itu sebagai Perdana Menteri. Cadangan perlaksanaan GST ini terus disuarakan

oleh Dato Seri Anuar Ibrahim kerana pada masa tersebut, ekonomi negara sedang meningkat dan bukan seperti sekarang.

Keadaan ekonomi negara pada waktu sekarang tidak bersesuaian untuk melaksanakan GST. Sekiranya ekonomi negara

melambung tinggi barulah ia merupakan waktu yang paling sesuai untuk mengenakan cukai tersebut.

NASIHAT DAN CADANGAN PROF UNTUK RAKYAT BAGI BERDEPAN GST

GST ialah cukai penggunaan. Sekiranya rakyat boleh mengurangkan penggunaan barangan yang tidak penting, beban cukai

yang ditanggung akan menjadi kurang. Kedua, rakyat mesti membuktikan kepada kerajaan bahawa mereka serius tentang

tanggungjawab kerajaan apabila kerajaan diberi hasil yang begitu besar. Rakyat tidak boleh terus senyap dengan

membiarkan kerajaan melakukan apa-apa dengan sesuka hati. Rakyat perlu bangkit dan menunjukkan bahawa kerajaan

sedang diperhatikan.

Tunjukkan bahawa rakyat tahu apa yang berlaku. Ini akan menyebabkan kerajaan akan lebih berhati-hati. Hal ini kerana,

kerajaan akan berbalik kepada rakyat untuk meraih undi ketika pilihanraya. Sekiranya rakyat main-main, kita akan mendapat

kerajaan yang main-main. Sekiranya kita serius, kita akan mendapat kerajaan yang serius.

GST: Antara Kelebihan dan Kekurangan

Umum mengetahui bahawa GST kini sedang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak sama ada dari ahli-ahli politik, akademik, NGO dan sebagainya. Maka, saya terpanggil untuk berkongsikan mengenai serba sedikit mengenai GST untuk tatapan umum.

Goods & Services Tax (GST) merupakan satu nilai tambahan cukai atau Value Added Tax (VAT) yang dikenakan ke atas setiap transaksi jualan barangan dan perkhidmatan yang meliputi pelbagai peringkat bermula daripada peringkat pengeluar hinggalah ke pengguna terakhir sesuatu barangan dan perkhidmatan. GST juga berperanan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada melihatkan kepada kelemahan kepada kedua-dua jenis cukai tersebut.

Berikut merupakan perjalanan pelaksanaan GST sehingga sekarang

Tahun 1988: Cadangan pelaksanaan Value Added Tax (VAT) oleh Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu) dalam Bajet 1989.Tahun 1992: Cadangan pelaksanaan Cukai Jualan & Perkhidmatan (CJP) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan zaman tersebut) dalam Bajet 1993.

Tahun 2004: Cadangan pelaksanaan GST oleh Datuk Seri Abdullah Badawi (Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu) dalam Bajet 2005.

Page 14: BUKTI GST

Tahun 2009: Rang Undang-Undang GST dibentangkan di dewan rakyat pada bacaan pertama pada 16 Disember 2009.

Tahun 2010: GST ditangguhkan pelaksanaannya pada 13 Oktober 2010.

Tahun 2013: Tarikh pelaksanaan GST diumumkan dalam Bajet 2014.

Tahun 2015: GST dilaksanakan pada 1 April 2015.

GST dilaksanakan kerana sebab-sebab berikut:

Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan: Dengan pelaksanaan GST ini, kelemahan-kelemahan yang terdapat pada kedua-dua cukai ini dapat diatasi seperti masalah cukai ke atas cukai (Cukai Jualan dikenakan kemudian dikenakan pula Cukai Perkhidmatan) dan masalah tiada pelepasan cukai atas eksport.

Efektif & Efisien: GST dilaksanakan secara self-policing dimana setiap syarikat akan mengaplikasikan GST secara sendiri dan ianya mampu mengurangkan karenah birokrasi serta meningkatkan pematuhan cukai dikalangan pengeluar, pemborong dan pengedar barangan dan perkhidmatan.

Hasil Negara: GST dikatakan mampu mengurangkan sebahagian bebanan kebergantungan kepada hasil cukai pendapatan (56.4% dari keseluruhan KDNK) dan juga hasil petroleum (32.6% dari keseluruhan KDNK). Ianya juga akan menambahkan pendapatan negara apabila berlakunya penambahan bilangan syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan juga Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akibat dari permintaan pengeluaran bil GST dari setiap syarikat yang melaksanakan transaksi dengan syarikat yang lain sebagai ‘rebate claim’ untuk GST.

GST dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai jualan dan perkhidmatan seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. Daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 12 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%.

Page 15: BUKTI GST

Pelaksanaan GST:

Terdapat 3 kadar dalam pelaksanaan GST iaitu:

1-Kadar Standard iaitu 6%.

2-Kadar Sifar iaitu 0%.

3-Dikecualikan iaitu tiada GST.

Kaedah Pengiraan GST:

Struktur Pelaksanaan GST pula ialah:

-Kadar 6%.

-Perniagaan mestilah mencapai jualan minima @ threshold RM500,000.

-Perkhidmatan Kerajaan, PBT, Badan Berkanun dikecualikan GST.

-Bekalan berkadar sifar: Barang makanan, produk pertanian, binatang ternakan & daging, makanan laut, bekalan air dan elektrik (200 unit pertama), barangan eksport.

-Dikecualikan GST: pengangkutan awam, kewangan, rumah kediaman, pendidikan, kesihatan, tol.

Langkah-langkah menangani kos kenaikan GST:

-Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM300 kepada isi rumah yang menerima BR1M. 

-Penurunan kadar cukai pendapatan 1% hingga 3% untuk menambahkan pendapatan boleh guna (disposable income) dan dijangka hampir 300,000 mereka yang membayar cukai sebelum ini tidak lagi perlu atau layak membayar cukai pendapatan atau secara ringkas mereka yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM4,000 tidak akan dikenakan cukai pendapatan.

-Penyusunan semula struktur cukai di mana kadar maksimum dinaikkan melebihi RM100,000 kepada RM400,000 dan kadar maksimum cukai pendapatan pada 26% diturunkan kepada 24%, 24.5% dan 25%.

Salah Faham mengenai GST ialah:

-GST dikenakan bersama-sama cukai yang sedia ada (cukai jualan dan -perkhidmatan).

-GST tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Page 16: BUKTI GST

-GST akan dibayar oleh setiap peringkat iaitu pengeluar, pemborong, peruncit dan juga pengguna.

-GST tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Kita perlu fahami bahawa GST diadakan bagi menggantikan cukai jualan (10%) dan juga cukai perkhidmatan (6%). Maka, tidak ada isu bahawa GST akan menambahkan lagi jumlah cukai yang dikenakan kepada pengguna.

Mengikut teori asal apabila GST 6% dikenakan, maka SEPATUTNYA harga barangan dan perkhidmatan akan BERKURANGAN atau KEKAL akibat ketiadaan cukai jualan (10%) dan juga cukai perkhidmatan (6%). Begitu juga bagi barangan berkadar 0% dan juga barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan GST, SEPATUTNYA tiada kenaikan harga. Namun kita perlu sedar bahawa apabila membicarakan mengenai ekonomi, kesan sesuatu perubahan akan tetap memberikan kesan kepada yang lain (domino effect). Ini bermaksud sekiranya tiada GST dikenakan sekali pun terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan tersebut, maka ia tidak akan menghalang barangan atau perkhidmatan tersebut daripada kenaikan harga akibat dikelilingi oleh barangan dan perkhidmatan lain yang dikenakan GST.

Selain itu, banyak barangan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini bakal dikenakan GST dan ini sudah semestinya akan meningkatkan lagi harga barangan tersebut. Untuk melihat senarai barangan yang tidak dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini boleh rujuk di sini:   Jadual 1 bermula dari mukasurat 4 sehingga mukasurat 253 di dalam Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No 2) 2012.

Kita juga perlu fahami apabila GST dikenakan memang akan melibatkan semua peringkat iaitu pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna. Namun, apa yang menyedihkan apabila SEBENARNYA kesemua jumlah GST yang dikenakan akan ditanggung oleh pengguna akhir. Memang semua peringkat akan membayar GST, namun yang menanggung bebanan GST itu sebenarnya adalah pengguna terakhir apabila GST itu dibawa nilainya secara terkumpul kepada pengguna terakhir.

Secara kasarnya memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakkan barangan dan perkhidmatan asasi dikenakan GST berkadar 0% atau dikecualikan GST. Maka atas sebab itu, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah tidak akan terjejas akibat pelaksanaa GST. Namun kita perlu sedar, GST merupakan sejenis cukai regresif (regressive tax). Cukai jenis ini akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah akan membayar GST dengan kadar yang lebih berbanding dengan golongan berpendapatan tinggi. Contoh situasi:

Situasi A

Keluarga berpendapatan rendah sebanyak RM1,000 sebulan. Setelah dikira (secara kasar) melalui perbelanjaan mereka cukai yang akan dibayar sebanyak RM60, ini bermakna sebanyak 6% pendapatan mereka digunakan untuk membayar cukai.

Page 17: BUKTI GST

Situasi B 

Keluarga berpendapatan tinggi sebanyak RM10,000 sebulan dan menganggap barangan yang dibeli adalah sama dengan keluarga berpendapatan rendah, cukai yang dibayar sebanyak RM60. Ini bermakna 0.6% pendapatan mereka digunakan untuk membayar cukai.

Dengan itu cukai diatas dinamakan cukai regresif kerana golongan berpendapatan rendah akan lebih terkesan berbanding golongan berpendapatan tinggi kerana jumlah pendapatan mereka rendah. Walaupun golongan berpendapatan tinggi kebiasaannya akan berbelanja lebih dan mereka akan membayar lebih cukai, kita tidak boleh nafikan bebanan GST kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana atas sebab pendapatan mereka yang terhad. 

Cadangan penambahbaikan:

- Kerajaan PERLU menjelaskan kepada umum berapa sebenarnya lebihan hasil akan dikutip daripada GST dan bagaimana ianya dibelanjakan.

- Kerajaan PERLU menjelaskan mengenai harga barangan dan perkhidmatan yang telah dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan dan juga perubahan harga apabila menggantikan cukai-cukai tersebut dengan GST.

- Kerajaan PERLU memastikan kawalan harga barangan dan perkhidmatan bagi memastikan tiada kesempatan diambil oleh pengeluar, pemborong dan peruncit apabila GST dilaksanakan.

- Kerajaan PERLU mencipta suatu kaedah atau mekanisma pengutipan cukai dimana ianya akan dikenakan terhadap pengeluar, pemborong dan peruncit tanpa menjejaskan pengguna kerana semua cukai yang diaplikasikan ketika ini majoritinya ditanggung oleh pengguna akhir secara langsung atau tidak langsung.

- Kerajaan PERLU mengkaji semula mengenai kewajaran kadar 6% sebagai kadar permulaan GST.

- Kerajaan PERLU mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, pembaziran, ketirisan yang menyebabkan peningkatan kepada kos mengurus kerajaan kerana dengan pengurangan kos perbelanjaan kerajaan akan menyebabkan kerajaan memerlukan hasil yang tidak terlalu banyak bagi menampung kos yang sedia ada dalam mentadbir. Secara tidak langsung ianya akan mengurangkan bebanan cukai yang terpaksa dikutip daripada pengguna.

Semua ini boleh dimulakan dengan menstruktur semula perbelanjaan mengurus kerajaan. Langkah penjimatan perlu dilaksanakan dengan mengurangkan bebanan kerajaan. Hasil Laporan Ketua Audit Negara mestilah diperinci bagi mengurangkan ketirisan dan perbelanjaan yang tidak masuk akal, tidak perlu dan sebagainya. Pemimpin perlu sedar bahawa mereka sebenarnya berkhidmat untuk rakyat, bukannya tuan kepada rakyat. Tanpa rakyat maka tiadalah kerajaan. Pemimpin juga mestilah bijak membuat keputusan.

Page 18: BUKTI GST

Pemimpin tidak boleh melepaskan segala bebanan kepada rakyat dan pada masa yang sama mereka hidup bersenang-lenang tanpa merasakan kesan keperitan dan kesusahan rakyat.

Walaubagaimanapun pembaharuan sistem cukai (tax reform) adalah sangat perlu. Pemahaman saya adalah Pakatan Rakyat tidak membantah GST tetapi membantah waktu pelaksanaannya di mana masih ramai rakyat yang tidak membayar cukai pendapatan yang bermakna pendapatan rakyat Malaysia masih rendah atau berkembang secara perlahan dan juga bebanan cukai di Malaysia masih tidak meluas lantas menyebabkan jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya semakin melebar.

ULASAN GSTULASAN RASMI :

1. Petikan Ucapan Bajet 2010

Pengukuhan Pengurusan Kewangan Kerajaan

Kerajaan kini berada di peringkat akhir kajian mengenai pelaksanaan cukai perkhidmatan (GST) dan barang-barang, terutamanya untuk mengenal pasti kesan sosial GST kepada rakyat. Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan bahawa jika GST perlu dilaksanakan untuk menstabilkan kewangan kerajaan, ia tidak akan membebankan rakyat. Jika Kerajaan melaksanakan GST, ia akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan serta pengecualian akan diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah. Kadar GST yang akan dikenakan adalah lebih rendah daripada kadar cukai jualan dan kadar cukai perkhidmatan.

YAB Dato ‘Sri Mohd Najib Tun Abdul RazakPerdana Menteri MalaysiaMerangkap Menteri Kewangan Malaysia23 Oktober 2009

2. Petikan Ucapan Bajet 2005

Kajian Sistem Percukaian

Kerajaan akan terus memastikan sistem cukai yang lebih efisien, saksama dan mesra, serta mampu menjana sumber hasil yang stabil perniagaan. Ke arah ini, Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Sistem Percukaian Panel Kajian yang terdiri daripada wakil-wakil dari sektor awam dan swasta. Panel ini akan mengkaji sistem cukai, termasuk peruntukan-peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Fokus kajian ini adalah untuk memastikan bahawa peruntukan-peruntukan cukai kekal relevan. Peruntukan yang sedia ada akan dipinda untuk meningkatkan kejelasan dan ketelusan pentadbiran cukai.

Satu lagi aspek percukaian yang akan dikaji ialah cukai penggunaan. Cukai penggunaan, dalam bentuk sekarang, terdiri daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat pengeluar. Cukai perkhidmatan, di sisi lain, yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk yang disediakan oleh golongan profesional, serta pengusaha hotel dan restoran. Kerajaan bercadang untuk menggantikan kedua-dua cukai ini dengan cukai penggunaan, yang dikenali sebagai Cukai Barangan dan

Page 19: BUKTI GST

Perkhidmatan (GST), akan menjadi lebih komprehensif, cekap, telus dan berkesan, dengan itu meningkatkan pematuhan cukai. Memandangkan bahawa, di bawah sistem baru ini, syarikat-syarikat perlu menyimpan akaun yang teratur, kutipan hasil Kerajaan juga dijangka meningkat.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan cukai baru ini pada 1 Januari 2007. Pengenalan cukai baru akan memberi Kerajaan dengan peluang untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan korporat dan individu. Kerajaan juga akan memastikan golongan berpendapatan rendah tidak akan terbeban dengan pelaksanaan GST. Dalam hal ini, barang-barang dan perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak akan dikenakan GST atau diberi pengecualian. Di samping itu, perniagaan kecil juga akan dikecualikan daripada Kerajaan ini tax.The akan memberi peluang kepada organisasi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam perbincangan ke arah pelaksanaan GST.

YAB Dato ‘Seri Abdullah bin Ahmad BadawiPerdana Menteri MalaysiaMerangkap Menteri Kewangan Malaysia10 September 2004

3. Petikan ucapan Belanjawan 1993

Integrasi Cukai yang sedia ada pada penggunaan

Struktur cukai penggunaan ini mengandungi beberapa kelemahan yang menjadikan ia tidak cekap. Tambahan pula, hasil pendapatan yang tidak setimpal dengan pertumbuhan ekonomi. Oleh itu saya niat untuk menyatukan dan menyusun semula jualan sedia ada dan cukai perkhidmatan ke cukai disatukan yang dinamakan Jualan dan Cukai Perkhidmatan atau SST. Integrasi ini akan membantu mengatasi beberapa kelemahan seperti cukai pyramiding, pindahan harga, berat sebelah ke arah import dan penyalahgunaan lain. Sebagai cukai ini dikenakan ke atas penggunaan, dan bukan atas modal, ia akan merangsang lebih besar simpanan dan pelaburan.

Cukai ini tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah. Beberapa barangan dan perkhidmatan serta perniagaan kecil penting akan dikecualikan daripada cukai. Kadar yang dicadangkan SST akan berada di bawah 10% yang lebih rendah daripada kadar sedia ada Cukai Jualan. Walau bagaimanapun, sebelum cadangan ini dilaksanakan, Kementerian Kewangan akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan. Ini adalah perlu untuk mengelakkan sebarang salah faham mungkin bahawa cadangan ini adalah semata-mata berdasarkan kepada pembaharuan negara-negara lain. Kita mesti yakin bahawa sistem cukai kita adalah cekap dan sesuai untuk kita. Walau bagaimanapun, kami akan terus memperkenalkan perubahan untuk menjadikannya lebih relevan dengan keperluan kita. Sementara itu, jentera pentadbiran Jabatan Kastam dan Eksais Diraja akan diperkukuh dan diubahsuai untuk meningkatkan akauntabiliti kecekapan dan keupayaan untuk menangani tanggungjawab tambahan.

YB Dato ‘Seri Anwar IbrahimMenteri Kewangan Malaysia30 Oktober 1992

4. Petikan ucapan Belanjawan 1989

Cukai Nilai Ditambah (VAT)

Page 20: BUKTI GST

Pengurangan dalam cukai langsung Saya mencadangkan akan membawa kepada kerugian yang besar dalam pendapatan, dan dengan peningkatan dalam perbelanjaan, tidak ada alternatif lain tetapi untuk mengukuhkan sumber-sumber kita pendapatan. Dalam konteks ini, cukai jualan dalam bentuk yang sedia ada adalah terhad dalam skop dan mempunyai beberapa kelemahan yang wujud yang telah mengakibatkan Kerajaan kehilangan hasil. Untuk mengatasi kelemahan itu, terdapat merit dalam mempertimbangkan Nilai Ditambah Cukai (PPN), yang merupakan cukai yang menyeluruh dan saksama dan yang, pada hakikatnya, telah diguna pakai oleh beberapa 39 buah negara. Kadar dan skop cukai boleh distruktur dalam apa-apa cara yang ia tidak mempunyai kesan yang besar kepada harga barangan pengguna. Peruntukan khusus juga boleh dibuat untuk memastikan bahawa golongan berpendapatan rendah dan perusahaan kecil tidak terjejas oleh cukai. Walau bagaimanapun, terdapat implikasi yang berkaitan dengan VAT yang perlu dikaji lagi sebelum ia boleh menggantikan cukai jualan sedia ada.

YB Tun Daim ZainuddinMenteri Kewangan Malaysia21 Oktober 1988

ULASAN UMUM :

1. Prof Datuk Dr Mohamed AriffKetua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

Kerajaan harus melaksanakan GST pada 2012.

Tahun 2012 adalah masa yang paling sesuai untuk melaksanakan GST kerana pada masa itu ekonomi dijangka berada di landasan yang betul.

Pengenalan GST adalah penting untuk restabilize hasil Kerajaan terutama selepas krisis ekonomi global.

Utusan Malaysia(Diterjemahkan)Ogos 21, 2009

2. Dato ‘M. MarimuttuPengerusi FOMCA

Kita harus telah melaksanakan GST lama dahulu.

Ia adalah baik untuk negara dan pengguna kerana ketelusan.

Perbincangan mengenai Bajet 2010Oktober 25, 2009

3. Datuk Paul SelvarajKetua Pegawai Eksekutif Penyelidikan Pengguna dan Pusat Sumber

Saya percaya apa yang kerajaan cuba lakukan sekarang boleh memberi manfaat kepada pengguna dalam jangka masa panjang, tetapi hanya jika mereka jujur dan telus mengenainya.

Ia adalah semula jadi bagi orang ramai untuk menjadi keberatan pada mulanya apabila anda bercakap tentang mengenakan cukai yang baru.

Page 21: BUKTI GST

Mengapa saya berkata ini boleh bekerja kerana ia adalah mudah, jika anda mahu lebih, anda membayar lebih.

Kita tidak boleh hidup dan bergantung kepada subsidi, ia akan membebankan kerajaan yang lebih dan kita tidak boleh sentiasa murah.

Malay Mail27 November 2009

4. Tan Sri Ramon NavaratnamPenganalisis ekonomi

GST perlu telah dilaksanakan lama dahulu untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

GST perlu diperkenalkan sebagai sumber alternatif bagi hasil Kerajaan.

Ia adalah langkah yang baik dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

GST boleh menjana pendapatan dan untuk mengelakkan daripada pinjaman dari sumber asing.

Utusan Malaysia(Diterjemahkan)19 Disember, 2009

5. Datuk Mohd. Salleh Abdul MajidBekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur

Pelaksanaan GST adalah adil dan tidak membebankan rakyat.

GST telah dilaksanakan di 140 buah negara. Rakyat perlu memahami objektif pelaksanaannya.

Keputusan Kerajaan memberi pengecualian GST pada keperluan asas seperti produk pertanian dan barangan makanan asas adalah dihormati.

Kerajaan perlu mencari sumber-sumber hasil yang baru untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mereka dalam jangka masa panjang.

Kerajaan tidak boleh terlalu bergantung kepada cukai pendapatan dan cukai yang dipungut dari Petronas.

Utusan Malaysia(Diterjemahkan)19 Disember, 2009

6. Encik Wan Heng ChoonEksekutif Kanan PricewaterhouseCoopers (PWC)

Golongan berpendapatan rendah akan mendapat manfaat daripada GST.

GST, yang wang cukai dibelanjakan, akan mempunyai kesan neutral terhadap perniagaan.

Page 22: BUKTI GST

GST akan menjejaskan syarikat-syarikat yang tidak dimasukkan ke dalam proses tempat yang akan membolehkan mereka untuk menuntut cukai input pada masa dan aliran tunai monitor.

Perniagaan boleh mendapat manfaat daripada GST dengan syarat mereka mempunyai kawalan yang baik ke atas cukai mereka.

GST adalah cukai yang boleh dipercayai. Rakyat harus memberi cukai peluang dan tidak menolak atas sebab-sebab yang salah.

Utusan Malaysia(Diterjemahkan)19 Disember 2009

7. Prof Dr Jariah MasudPresiden Malaysia Pengguna, Keluarga dan Persatuan Ekonomi (MACFEA)

Kerajaan perlu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat mengenai GST sebelum ia dilaksanakan.

Kebimbangan pengguna boleh diatasi dengan menyediakan tepat, taklimat jelas dan terperinci.

Dengan maklumat yang mencukupi, saya percaya rakyat akan bersetuju bahawa ia adalah tepat pada masanya untuk negara untuk melaksanakan GST.

(Diterjemahkan)Feb 13, 2010

8. Dr Yeah Kim LengKetua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd

GST perlu diterima oleh semua kerana ia memberi manfaat kepada kedua-dua negara dan rakyat dalam jangka masa panjang.

GST akan membolehkan Kerajaan untuk terus mengurangkan kadar cukai korporat dan pendapatan yang kini memberi tumpuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu tertentu.

GST akan memberi kesan yang positif ke atas perbelanjaan kumpulan berpendapatan rendah disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan boleh guna berbanding dengan apa yang mereka ada pada masa ini.

GST dilihat sebagai cukai lebih adil untuk rakyat kerana kadar cukai yang dicadangkan adalah hanya 4% berbanding dengan SST pada 5% -10%.

(Diterjemahkan)17 Mac 2010

9. Encik Andrew ColquhounPengarah Fitch Asia Sovereign Penilaian

Malaysia perlu melaksanakan reformasi fiskal seperti struktur cukai untuk meningkatkan penarafan kredit barangan dan perkhidmatan.

Page 23: BUKTI GST

Mengecewakan, reformasi asas kepada pendapatan bajet dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan telah ditangguhkan.

Itu jenis pembaharuan dan penambahbaikan struktur dalam hasil bajet adalah apa yang kita mencari untuk memulihkan tekanan positif dalam penilaian kredit.

Business Times23 Mac 2010

10. Komen oleh orang awam

Tidak semua azab dan kesuraman lebih GST.

Penyingkiran Cukai Jualan semasa atau Cukai Perkhidmatan, yang terdiri daripada 5% kepada 10% dan penggantian dengan 4% GST, sudah tentu tidak semua harga akan naik.

Kami akan membayar kurang dengan GST.

Ramai di antara kita tidak sedar bahawa kita secara tidak langsung membayar 5% -10% cukai jualan ke atas banyak barangan yang kita beli.

GST perlu manfaat rakyat keseluruhannya.

Golongan miskin tidak akan terlalu terjejas kerana barangan keperluan dan perkhidmatan tidak akan dikenakan cukai di bawah rejim GST.

The Star(Ruangan pendapat umum)Dis 13, 2009