budak dulu budak la

5
BUDAK DULU BUDAK LA Budak dulu kalau jumpa cikgu Tunduk malu, tersipu-sipu, Sampai belaga dada dengan dagu, Saha lengkong kot jauh tak mau bagi bertemu Mulut terkunci, kelu membisu. Budak la kalau jumpa cikgu Tak dak segan silu Saha-saha angkat bahu Saja-saja bukak kancing atas baju Kot-kot ada la tersesat sehelai dua, bulu Sa kata nak bagi lalu Jawabnya cikgu la nak kena elak tak mau belaga bahu Budak dulu kalau nampak guru besar, Jauh lagi dah terketar-ketar Kepala lutut habis longgar Tak ketahuan hala tak ketahuan habark Habis peluh sejuk peluh panas semua keluar Habis sentot hat luar dan hat dalam seluar Budak la kalau jumpa guru besar ka pengetua Dia main acan lut saja Pengetua musing kot ni, dia musing kot sana Tak dak rasa takut, tak dak rasa curiga Tak dak rasa gerun tak dak rasa apa Bukan dia kira cikgu tu DG54 ka DG52.

Upload: fadzli-najmi

Post on 05-Nov-2015

239 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

BUDAK DULU BUDAK LA Budak dulu kalau jumpa cikguTunduk malu, tersipu-sipu,Sampai belaga dada dengan dagu,Saha lengkong kot jauh tak mau bagi bertemuMulut terkunci, kelu membisu.

Budak la kalau jumpa cikguTak dak segan siluSaha-saha angkat bahuSaja-saja bukak kancing atas bajuKot-kot ada la tersesat sehelai dua, buluSa kata nak bagi laluJawabnya cikgu la nak kena elak tak mau belaga bahu

Budak dulu kalau nampak guru besar,Jauh lagi dah terketar-ketarKepala lutut habis longgarTak ketahuan hala tak ketahuan habarkHabis peluh sejuk peluh panas semua keluarHabis sentot hat luar dan hat dalam seluar

Budak la kalau jumpa guru besar ka pengetuaDia main acan lut sajaPengetua musing kot ni, dia musing kot sanaTak dak rasa takut, tak dak rasa curigaTak dak rasa gerun tak dak rasa apaBukan dia kira cikgu tu DG54 ka DG52.

Budak dulu teretib lenditBerjalan pun ayu kaki dikapitRambut sikat rapi cucuk pulak sepitDok jauh-jauh jantan betina tak buleh duduk kepit-kepitDok meloko dalam kelas sampailah cikgu terebit.

Budak la pantang cikgu lambat masukJadi gila babi macam kena sampukDia jerit sana dia jerit sini macam orang lalokTak dok dengan sopan tak dok dengan elokAda-ada saja benda dia buat, dia ketukAda juga pi tandas pakat kongsi hisap rokokAtau pi cari junior pakat tumbuk.Pot belakang stor pakat berimpun dah jadi macam lubuk.

Budak dulu kalau bersembangCerita pasai posa pasai semayangBudak la kalau bersembangCeita pasai gossip atau tajuk wayangAtau telefon awek panggil nama sayang

Budak dulu lepas sekolah pakat kena pi mengaji MukadamKalau tak buleh ubah rasa malu muka naik merah padamHat yang benak payah nak buleh, sah-sah la kena godam.Ustaz marah saja dunia naik kelamSiang cerah benderang rasa gelap gelemat serupa malam

Budak la lepas sekolah tak terus balik Pakat pi ronda-ronda pekan dan shopping kompleks Semua benda dia pegang dia kelebekBeli dak jugak terus saja go back

Budak dulu kalau cikgu bagi denda Balik rumah tak berani nak cerita kat sapa-sapaSilap-silap bebirat pungkur atau kena getu paha Silap-silap singgah penumbuk atau singgah kayu tiga tengah duaAtau penampar jepun singgah di muka.Pak jegei saja dah berambu ayark mata.

Budak la kalau cikgu denda Dia balik cerita hat seinci jadi sedepaSemua salah cikgu sajaYang pak pun satuSa kata dengar anak balik mengaduLa la tu juga jadi marah naik hantuTak dak soai selidik terus melulu Jom pi sekolah hang tunjuk hat mana satuNak pukui nak jengkai dahi cikgu

Atau telefon wartawan surat khabarBenda hat kecik dah jadi besarBenda hat secoet dah jadi panjang lebarBiar semua orang tau biar cerita tersebarBuat repot polis biar cikgu kita ajar.

Siasat punyat siasat baru timbui ceritaBudak tu memang la bergaris sikit di kepalaCikgu tak buat apa pun cuma tunjai kepalaDia balik cerita cikgu tampar sampai terpusing sekali dua

Budak dulu pi sekolah jalan kakiHabis kematu tumit kanan tumit kiriRembiang beg besar sorang-sorang diriPenuh buku yang cikgu bagiSarat buku latihan yang pak beli di koperasiBeg pulak besar sampai kena buku laliBab beg berat, bab buku banyak, depa dah mangli.

Budak la macam-macam fesyen beg pakat kilikBeg besar mahai cantikAda pulak yang isi dengan alat-alat solekBuku latihan buku teks, ilek.

Pasai melawan cikgu budak dulu tak beraniCikgu jerekah saja satu sekolah sunyi sepi Kalau ayark menitik pun buleh dengar sebiji-bijiMuka sorang-sorang takut pucat kesi

Budak la bab melawan cikgu nombor satuCikgu kata lagu ni dia kata lagu tuCikgu dok ajar di depan depa pakat menyerangguh daguPakat dok bersoksek-soksek hang akuKalau kena Tanya, kelippok kelippok tak tau apa satu. Tu la sikit cerita budak la budak duluSama-sama la kita renung kita tengok depa punya kelakuNak buat macam mana dah rezeki kita jadi cikguAjar la sungguh-sungguh dengan niat yang satuNak jadikan ummah yang kamil ummah yang bersatuBukan kerana SSM atau 13% gaji baru.

sekuat mana pun rindu saya pada awak..sayang saya pada awak...cinta saya pada awak...Andainya ALLAH tidak mengizinkan awak untuk saya..maka itulah takdir yang harus saya terima...*kita hanya merancang...ALLAH yang menetukan...