borang & syarat penyertaan bola jaring hrp

7
HARI REMAJA PUTRAJAYA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING HARI REMAJA PUTRAJAYA 1.0 UNDANG-UNDANG Pertandingan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) yang sedang berkuatkuasa masa kini. 2.0 PERATURAN KEJOHANAN 2.1 PENGENALAN 2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN BOLA JARING HARI REMAJA PUTRAJAYA dianjurkan oleh Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya. 2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) yang diketuai oleh seorang ketua pengadil. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT 2.2.1 Pertandingan ini akan diadakan pada 30HB NOVEMBER 2013, SABTU bertempat di GELANGGANG BOLA JARING, DEWAN SUKAN TERTUTUP, INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN) KAMPUS 2. 2.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang tertutup. 2.2.3 Taklimat Pengurus Pasukan dan sesi undian kumpulan akan dijalankan pada jam 8.00 pagi hari pertandingan pada 30HB NOVEMBER 2013, SABTU bertempat di GELANGGANG BOLA JARING, DEWAN SUKAN TERTUTUP, INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN) KAMPUS 2. 2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil. KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Upload: nurul-wawa

Post on 08-Apr-2016

29 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bola jaring

TRANSCRIPT

Page 1: Borang & Syarat Penyertaan BOLA JARING HRP

HARI REMAJA PUTRAJAYA

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN BOLA JARING HARI REMAJA PUTRAJAYA

1.0 UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang

Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan

Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) yang sedang berkuatkuasa

masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 PENGENALAN

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai PERTANDINGAN BOLA

JARING HARI REMAJA PUTRAJAYA dianjurkan oleh

Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen

Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan

dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO

Bahagian Putrajaya.

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil

bertauliah dari Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM)

yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.

2.2 TARIKH DAN TEMPAT

2.2.1 Pertandingan ini akan diadakan pada 30HB

NOVEMBER 2013, SABTU bertempat di GELANGGANG

BOLA JARING, DEWAN SUKAN TERTUTUP, INSTITUT

PENILAIAN NEGARA (INSPEN) KAMPUS 2.

2.2.2 Pertandingan akan dijalankan di gelanggang

tertutup.

2.2.3 Taklimat Pengurus Pasukan dan sesi undian kumpulan

akan dijalankan pada jam 8.00 pagi hari

pertandingan pada 30HB NOVEMBER 2013, SABTU

bertempat di GELANGGANG BOLA JARING, DEWAN

SUKAN TERTUTUP, INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)

KAMPUS 2.

2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi

pihak sekiranya tiada wakil.

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Page 2: Borang & Syarat Penyertaan BOLA JARING HRP

2.3 FORMAT KEJOHANAN

2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga satu

pusingan.

2.3.2 Pusingan kedua dan seterusnya akan dijalankan

secara KALAH SINGKIR (Kalah mati).

2.4 KATEGORI PERTANDINGAN

2.4.1 Pertandingan adalah untuk kategori:

- TERBUKA PEREMPUAN: 16 tahun hingga 22 tahun

2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.5.1 Penyertaan hanya dibenarkan kepada REMAJA yang

menetap di Putrajaya sahaja dan perlu

mengemukakan bukti pengesahan KAD

PENGENALAN. Kegagalan untuk melakukan perkara

tersebut, bermakna peserta terlibat akan digugurkan

daripada pasukan yang didaftarkan.

2.5.2 Tahun kelahiran peserta dikira antara tahun 1991

sehingga tahun 1997 sahaja.

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu

pasukan sepanjang pertandingan ini.

2.5.4 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 7 orang

pemain serta 3 pemain simpanan.

2.5.5 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana

pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak

penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan

berkenaan untuk menyertai pertandingan ini.

2.5.6 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu

satu perkara adalah muktamad.

Page 3: Borang & Syarat Penyertaan BOLA JARING HRP

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan

tempat perlawanan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa

Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk

bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum

perlawanan dimulakan.

3.3 Masa perlawanan adalah selama empat belas (14) minit

iaitu tujuh (7) minit pada setiap separuh masa dan tiga (3)

minit masa rehat.

3.4 Semua pasukan dikehendaki berada dan bersedia di

gelanggang yang telah ditetapkan oleh penganjur sepuluh

(10) minit sebelum perlawanan dimulakan.

3.5 Tempoh menunggu selama 10 minit kepada mana-mana

pasukan yang lewat memasuki gelanggang dan jika

selepas 10 minit, sesuatu pasukan itu tidak dapat hadir

dengan sekurang- kurangnya 5 orang pemain, maka

pasukan itu dikira menarik diri dari pertandingan. Semua

keputusan dan mata yang diperolehi oleh pasukan ini tidak

dikira.

3.6 Semua pemain diwajibkan memakai ‘BIB’. Setiap pasukan

hendaklah menyediakan dua (2) set bibs.

3.7 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang

Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang

pertandingan ini.

3.8 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis

dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak

RM 300.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang

dibantah itu tamat.

3.9 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di

bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan.

Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

3.10 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima

oleh Jawatankuasa , maka wang cagaran itu akan

dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak

penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan

tersebut.

3.11 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur

sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh

Jawatankuasa Rayuan.

Page 4: Borang & Syarat Penyertaan BOLA JARING HRP

3.12 Sekiranya terdapat percanggahan di antara Persekutuan

Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA), Persatuan Bola

Jaring Malaysia (PBJM) dan Undang-undang Pertandingan,

maka adalah ditetapkan bahawa Undang-undang

Pertandingan akan mengatasi Undang-undang

Antarabangsa.

3.13 Sekiranya timbul perkara-perkara yang tidak dikuasai oleh

kedua-dua Undang-undang (Antarabangsa/Pertandingan)

maka keputusan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa

Pertandingan.

3.14 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah

muktamad.

4.0 HADIAH PERTANDINGAN

4.1 Hadiah pertandingan akan disediakan seperti berikut:

HADIAH PERTANDINGAN BOLA JARING HARI REMAJA PUTRAJAYA

KEDUDUKAN HADIAH KEMENANGAN

JOHAN TUNAI RM 1,500.00 & TROPHY

NAIB JOHAN TUNAI RM 1,000.00 & TROPHY

KETIGA TUNAI RM 500.00 & TROPHY

Page 5: Borang & Syarat Penyertaan BOLA JARING HRP

HARI REMAJA PUTRAJAYA

PERTANDINGAN BOLA JARING

BORANG PENDAFTARAN

NAMA KUMPULAN :

NAMA PENGURUS PASUKAN : -------------------------------------------------

NO. TELEFON : -----------------------(R) --------------------(P) --------------------------(H/P)

KATEGORI : PEREMPUAN (16 hingga 22 tahun)

BIL NAMA PENUH NO. KAD

PENGENALAN

ALAMAT KEDIAMAN NO. TELEFON SIZE BAJU

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

*sila isikan maklumat dengan lengkap

**sila sertakan sesalinan kad pengenalan untuk pengesahan dan semakan

umur kelayakan

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

25HB NOVEMBER 2013 (ISNIN)

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Page 6: Borang & Syarat Penyertaan BOLA JARING HRP

PENGAKUAN DIRI

Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju dan

memahami segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual

yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak

akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan

ejennya di atas sebarang musibah ke atas diri/ pasukan saya sebelum, semasa

dan selepas menyertai pertandingan ini.

Tandatangan :___________________________ Tarikh :_________________________

(Pengurus Pasukan)

PENGESAHAN KETUA PUTERI CAWANGAN/

PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK/ KETUA BLOK

Tandatangan :

Nama :

Cop Cawangan/Persatuan Jawatan :

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

URUSETIA

PERTANDINGAN BOLA JARING HARI REMAJA PUTRAJAYA

Layari www.facebook.com/hariremajaputrajaya

i. Sdri. Nik Zawahir - 017-2126369

ii. Sdri. Maitul - 012-7392427

Page 7: Borang & Syarat Penyertaan BOLA JARING HRP

KEBENARAN IBU/ BAPA/ PENJAGA (untuk peserta di bawah umur 18 tahun shj)

Saya ………………………………………………………..(nama ibu/ bapa/ penjaga)

No. K/P…………..…………………………………………….dengan ini membenarkan

……………………………………………………………………………….(nama peserta)

No. K/P…………..…………………………………..menyertai Hari Remaja Putrajaya.

Saya sedar bahawa pihak penganjur akan mengambil segala langkah

keselamatan, dengan itu berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan

mahkamah bagi sebarang kejadian musibah yang di luar kawalan pihak

penganjur dan ejennya ke atas anak jagaan saya sebelum, semasa dan

selepas menyertai pertandingan ini.

Saya juga membenarkan anak jagaan saya mendapatkan rawatan

perubatan yang sewajarnya sekiranya berlaku kecemasan.

Tandatangan :___________________________ Tarikh :_________________________

(Ibu/ Bapa/ Penjaga)

Saya ………………………………………………………..(nama ibu/ bapa/ penjaga)

No. K/P…………..…………………………………………….dengan ini membenarkan

……………………………………………………………………………….(nama peserta)

No. K/P…………..…………………………………..menyertai Hari Remaja Putrajaya.

Saya sedar bahawa pihak penganjur akan mengambil segala langkah

keselamatan, dengan itu berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan

mahkamah bagi sebarang kejadian musibah yang di luar kawalan pihak

penganjur dan ejennya ke atas anak jagaan saya sebelum, semasa dan

selepas menyertai pertandingan ini.

Saya juga membenarkan anak jagaan saya mendapatkan rawatan

perubatan yang sewajarnya sekiranya berlaku kecemasan.

Tandatangan :___________________________ Tarikh :_________________________

(Ibu/ Bapa/ Penjaga)

Saya ………………………………………………………..(nama ibu/ bapa/ penjaga)

No. K/P…………..…………………………………………….dengan ini membenarkan

……………………………………………………………………………….(nama peserta)

No. K/P…………..…………………………………..menyertai Hari Remaja Putrajaya.

Saya sedar bahawa pihak penganjur akan mengambil segala langkah

keselamatan, dengan itu berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan

mahkamah bagi sebarang kejadian musibah yang di luar kawalan pihak

penganjur dan ejennya ke atas anak jagaan saya sebelum, semasa dan

selepas menyertai pertandingan ini.

Saya juga membenarkan anak jagaan saya mendapatkan rawatan

perubatan yang sewajarnya sekiranya berlaku kecemasan.

Tandatangan :___________________________ Tarikh :_________________________

(Ibu/ Bapa/ Penjaga)