penyata rasmi parlimen filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga...

189
PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session Jilid II Bil. 60 Hari Selasa 15hb Disember 1992 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Ruangan 39) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 1993 Jawatankuasa - Jadual: Maksud B.50 (Ruangan 40) Maksud B.51 (Ruangan 63) Maksud B.52 (Ruangan 119) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan 1993 Jawatankuasa — Maksud P.50 (Ruangan 40) Maksud P.51 (Ruangan 63) Maksud P.52 (Ruangan 119) Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat (Ruangan 88)

Upload: vanngoc

Post on 08-Aug-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYATHouse of Representatives

PARLIMEN KELAPANEighth Parliament

PENGGAL KEDUASecond Session

Jilid II Bil. 60 Hari Selasa 15hb Disember 1992

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Ruangan 39)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 1993Jawatankuasa -Jadual:Maksud B.50 (Ruangan 40)Maksud B.51 (Ruangan 63)Maksud B.52 (Ruangan 119)

USUL-USUL:

Anggaran Pembangunan 1993Jawatankuasa —Maksud P.50 (Ruangan 40)Maksud P.51 (Ruangan 63)Maksud P.52 (Ruangan 119)

Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskandaripada Peraturan Mesyuarat (Ruangan 88)

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92.

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Selasa, I5hb Disember, 1992

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

BOLASEPAK LIGA SEMI-PRO - PEMAIN IMPOPT

1. Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad minta Belia dan Sukan menyatakanmengenai bolassepak Liga Semi-Pro:-

(a) sejak Liga ini dilancarkan pada tahun 1989,berapa ramaikah pemain-pemain import yangdiambil bermain untuk negeri-negeri sehinggaOgos 1992. Dari negara manakah pemain-pemaintersebut diimport;

(b) berapakah jumlah belanja yang telah dikeluarkanoleh persatuan-persatuan bolasepak negeri untukmembeli dan membayar gaji pemain-pemain importtersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992;

(c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatanhasil dari kedatangan pemain-pemain importtersebut; dan

(d) adakah Kerajaan akan mengharamkan pengambilanpemain-pemain import dari Yugoslavia untuk LigaBolasepak Semi-Pro di masa akan datang.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Cik Teng Gaik Kwan]: Tuan

Yang di-Pertua,

(a) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghadkan

pengambilan pemain-pemain asing tidak melebihi

tiga brang pada satu pasukan. Bilangan pemain

asing dari tahun 1989 hingga 1992 adalah seperti

berikut:

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92.

1989 - 34 orang.

1990 - 45 orang.

1991 - 48 orang.

1992 - 48 orang.

Negara pemain-pemain asing ini adalah dari

Austria, Czechoslovakia, Indonesia, Singapura,

Yugoslavia, Germany, Nigeria dan Poland.

(b) Pemain-pemain asing ini dibayar dan diberi kemudahan-

kemudahan seperti berikut:-

(i) Kebanyakan pemain asing dibayar gaji di antara

US$l,000 - US$2,000 sebulan. Ada sebilangan

kecil dibayar sehingga US$3,000.

(ii) Pemain-pemain ini hanya dibayar gaji sekurang-

kurangnya untuk empat bulan dan tidak melebihi

lapan bulan setahun.

(iii) Pemain-pemain asing juga diberi keraudahan

penginapan dan kenderaan tempatan.

(c) Belum ada kajian dijalankan mengenai peningkatan

mutu bolasepak dengan terlibatnya pemain asing.

Sungguhpun tegitu, peningkatan hasil kutipan pintu

iaitu RM5.3 juta pada tahun 1988 sebelum terlibatnya

pemain asing dan pada tahun 1991 sebanyak RN10.5 juta

memberi gambaran memang berdapat minat orang ramai

terhadap bolasepak.

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DP.15.12.92. - 3 -

(d) Kerajaan belum bercadang mengharamkan pengambilan

pemain-pemain import dari Yugoslavia untuk Liga

Bolasepak Semi-Pro di masa akan datang.

Tuan Haji Ishak bin Arshad: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Salah satu perkara yang kelihatan jelas akibat daripada

semi-pro ini ialah apabila pemain-pemain bolasepak yang terlibat

didapati lebih berminat untuk bermain di peringkat negeri dan contoh

yang terbaru sekali ialah apabila kita lihat dalam kejohanan di

Singapura baru-baru ini didapati ramai pemain yang tidak berminat

untuk mewakili negara dan prestasi pasukan bolasepak negara juga

dalam kejohanan tersebut didapati amat mengecewakan. Soalannya

ialah sejauh manakah Kementerian berpendapat bahawa kejohanan

semi-pro ini telah membantu atau usaha-usaha dibuat ke arah membantu

meningkatkantaraf bolasepak pasukan negara?

Yang kedua, kita dapati bahawa semi-pro juga telah menyebabkan

persatuan-persatuan yang kaya masih mengekalkan kedudukan prestasi

permainan mereka, berbanding dengan pasukan-pasukan daripada negeri-

negeri yang miskin. Apakah Kementerian bercadang untuk melihat

perkara ini dan sejauh manakah langkah-langkah dibuat untuk membantu

pasukan-pasukan miskin dalam semi-pro?

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92. - 4 -

Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang

Berhormac, mengenai prestasi pasukan semi-pro yang terlibat dengan

kejohanan di Melian di Singapura, sebenarnya pihak Kerajaan pun

tidak berpuas hati dengan prestasi mereka itu. Tetapi memandangkan

bahawa persatuan berkenaan mempunyai pemain-pemain yang baru yang

telah diturunkan berraain di kejohanan itu, sebab itu bolehlah

dikatakan prestasinya tidak berapa tinggi.

Dan soalan yang kedua, pihak Kerajaan.....saya tidak begitu

jelas maksudnya, membantu pemain-pemain miskin, bukan?

Tuan Haji Ishak bin Arshad: Mutu permainan pasukan-pasukan

dari negeri yang miskin.

Cik Teng Gaik Kwan; Pasukan-pasukan misktin atau pemain miskin,

ini adalah salah satu dari tujuan juga bagi FAM mengadakan semi-pro

ini kerana boleh dikatakan hasil pendapatan meningkat iaitu

semenjak tahun 1988 yang kita mengadakan semi-pro, income atau hasil

boleh dikatakan meningkat. Inipun adalah satu cara bagi membantu

pemain-pemain yang miskin.

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR. 15.12.92 - 5 -

PEKERJA-PEKERJA LADANG - GAJI DAN KEMUDAHAN

2. Puan Hajah Ilani binti Dato' Haji Isahak minta Menteri SumberManusia menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaanbagi mempastikan pekerjaan di ladang menjadi Lebih menarikkepada rakyat tempatan;

(b) apakah benar pada keseluruhannya upah pekerja ladang jikadibanding dengan gaji kilang adalah rendah;

(c) adakah pekerja ladang diberi gaji tambahan (increment)tahutian, bonus tahunan dan bayaran gaji bulanan;

(d) adakah benar maslh baayak ladang ttdak merabekal air bersihsecukupnya kepada pekerja-pekerja ladang. Bagaimanadengan keadaan perumahan bagi pekerja-pekerja ladang.Apakah Kerajaan sudah puashati dengan kesesuaiannya bagipekerja-pekerja tempatan; dan

(e) apakah jenis bantuan, dorongan dan galakan yang diberioleh Kerajaan bagi memastikan keadaan hidup bagi pekerjaladang menjadi Lebih baik.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' M. Mahalingam]: Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon supaya soalan ini dijawab secara bertulis

kerana pertanyaan ini sungguhpun satu tetapi mengandungi lima

bahagian yang perlu dijawab satu persatu dan melibatkan jawapan yang

panjang yang mengandungi lapan muka. Kalau diberikan keizinan, saya

mohon menjawabnya secara bertulis, kalau tidak, saya mohon membaca-

nya.

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15 .12 .92 - 6 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Kalau jawapannya panjang dan mengambil masa yang

panjang, kita boleh benarkan supaya jawapan itu dibuat secara

bertulis.

Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Timbalan Yaag di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Soalan tambahan? Tiada jawapan tadi. Jawapannya

secara bertulis. [Ketawa] Baiklah,

Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. [Ketawa] Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan

Menteri, mengapakah ada perbezaan dari segi upah antara pekerja

tempatan dengan pekerja asing di ladang kelapa sawit, misalnya di

PuLau Carey terdapat pekerja-pekerja asing yang menerima upah yaag

lebih tinggi daripada pekerja tempatan.

Soalan kedua, setakat ini berapakah kes penyakit berbahaya yang

dikesan yang telah dibawa oleh pekerja-pekerja asing seperci HIV dan

apakah langkah-langkah yang telah diambiL oleh Kempeterian?

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menjawab,

jadi bagalamana saya hendak berikan jawapan kepada soalan tambahan

itu. Soalan jawapan berbangkit daripada jawapan yang saya berikan ,

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 7 -

elucidation dengan apa yang saya berikan di Dewan yang mulia ini

Bila Speaker kata jawapan secara bertulis, macam mana saya hendak

jawab?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ya, ya. Timbalan Menteri kata tiada soalan tembahan.

fasal jawapannva secara bertulis.

Tuan Shahidan bin Kassim: Saya minta jawapan secara bertulis-

lah.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Cubalah. Terpulanglah kalau beliau mahu jawab atau

tidak.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tetapi kalau boleh jawab, jawab

cepatlah. Soalan saya ialah, kita bersyukur oleh kerana ada usaha

dari pihak Ahli Parlimen S46 untuk membela nasib pekerja, oleh

kerana kita lihat banyak masalah Trade Union ini yang melibatkan

pekerja, yang memberi sumbangan kecil kepada Trade Union masing-

masing. Tetapi kita dsrati kepimpiman Trade Union selalu menyalah-

gunakan wang ini untuk kepentingan diri mereka dan jarang sangat

memperjuangkan perkara ini secara langsung khusus terutamanya

melalui Ahli-ahli Parlimen yang lebih berkaliber seperti Ahli-ahli

Parlimen Barisan Nasional . Soalan saya, adakah Yanp Berhormat ingin

menyiasat kepada kedudukan kewangan N U P W , if I not mistaken dan

juga TWU berhubung dengan tindakan mereka mengenai pekerja-pekerja

Dato' K. Mahalingam: Tuar Yans di-Pertua, soalan Yang

Berhormat dari Arau itu tidak berkaitan dengan soalan asal .

[Ketawa]

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

D R . 1 5 . 1 2 . 9 2 - 8 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji

Ismai1.

[Soalan No . 3 — Y.B. Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail

tidak hadir].

UNDANG-UNDANG SYARAK DALAM PENTADBIRAN NEGERI

4. Dr. Sanusi bin Daeng Mariok minta Perdana Menteri menyatakansejauhmanakah kesediaan Kerajaan Pusat memberi laluan kepadaKerajaan Negeri bagi melaksanakan undang-undang "Syarak" dalampentadbiran negeri berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato Dr. Haji

Abdul Hamid bin Haji Othman]: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pusat

sedia memberi perhatian dalarn hal memberi laluan kepada Kerajaan

Negeri bagi melaksanakan undang-undang "Syarak" dalam pentadbiran

negeri berkenaan dengan mengikut .amaian undang-undang di negara

ini. Walaupun demikian, kajian dan penelitian yang terperinci dari

sudut peraakalan dan implikasi sesuatu undang-undang yang hendak

dijalankan perlulah dibuat terlebih dahulu. Seboleh-bolehnya,

pelaksanaan itu perlulah menggambarkan penerimaan masyarakat dan

daya penyelarasan undang-undang di antara negeri-negeri di dalam

Malaysia.

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-pertua, tadi

Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa Kerajaan Pusat

sanggup memberikan kerjasama kepada mana-mana Kerajaan Negeri yang

berniat untuk melakukan hukum 'Syarak'. Katakanlah ada mana-mana

Kerajaan Negeri dalam Malaysia ini yang meminta kerjasama daripada

Kerjaan Pusat untuk meluluskan sesuatu undang-undang di parlimen ini

bagi membenarkan mana-mana negeri melaksanakan hukum 'Syarak',

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 9 -

adakah Kerajaan Pusat sanggup memberikan kerjasamanya?

Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yans

di-pertua, pertama, dalam. soalan tambahan itu di gunakan perkataan

"kacakanlah". Jadi perkara itu tidak boleh dibincangkan di sini

kerana ianya khayalan sahaja. Dan isi kandungan soalan itupun sudah

dijawab - Kerajaan sedia memberi perhatian dalam hal memberi•

laluan. Itulah ertinya.

Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Setakat ini adakah mana-mana Kerajaan Negeri yang telah

meminta Laluan daripada Kerajaan Pusat untuk melaksanakan hukum

Syarak di negeri-negeri?

Yang kedua, adakah perkara seperti mengharamkan arak itu di

bawah bidangkuasa negeri ataupun Pusat?

Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang

di-pertua, telah banyak negeri dalam Malaysia ini yang meminta

kebenaran untuk menjalankan undang-undang hukum Syarak ini - dari

dahulu lagi. Undang-undang mengenai keluarga Islam sudah Lama

berjalan dan Kerajaan membenarkan. Mengenai undang-undang yang

bersangkut dengan pajak-gadai Islam - itu ada hubungannya dengan

Akta yang berkenaan - ada negeri yang minta dan telah dibenarkan.

Banyak lagi undang-undang yang ura-ura pihak negeri bercadang hendak

mengemukakan kepada Kerajaan Pusat tetapi secara substantivenya

belum ada yang sampai ke Kerajaan Pusat. Hanya dengar khabar di

luar melalui akhbar-akhbar dan cakap-cakap di kempen-kempen

berkenaan sahaja.

Mengenai soalan arak ini, sepertimana yang kita sedia maklum,

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 10 -

penjualan yang serupa itu adalah dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri,

maka ada Kerajaan Negeri yang menjalankannya tanpa merujuk kepada

kebenaran Kerajaan Pusat,

Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada dalam masa memberikan

perhatian dalam melaksanakan undang-undang Syarak ini, adakah pihak

Kerajaan sedar tentang perasaan bimbang oleh kaum bukan Islam,

khususnya apabila undang-undang tersebut boleh sedikit-sebanyak

mencabuli hak-hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan. Adakah pihak Kerajaan bersedia menubuhkan satu Majlis

Perundingan Negara yang mengandungi semua agama termasuk yang bukan

Islam dan yang beragama Islam supaya perasaan khuatir dan risau

mereka, khususnya kaum-kaum bukan Islam, boleh diatasi, bahawa dalam

pelaksanaan hukum Syarak, sifat sekularisma Perlembagaan Persekutuan

tidak akan dicabuli. Sekian.

Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang

di-Pertua, bahagian akhir jawapan tadi telah merangkumi soalan Yang

Berhormat, iaitu seboleh-bolehnya pelaksanaan itu perlulah

menggambarkan penerimaan masyarakat dan daya penyelarasan undang-

undang di antara negeri-negeri dalam Malaysia. Jadi merangkumi

semua hasrat dan cita-cita rakyat Malaysia dan perkara menubuhkan

Jawatankuasa atau Lembaga dan sebagainya, itu akan diteliti apabila

sampai masanya.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Nor.

Tuan Ahmad bin Nor: Sebelum saya mengajukan soalan ini kepada

Timbalan Menteri, saya berharap akan mendapat jawapan yang memuas-

kan. Soalan No.5.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

SISTEM DOKTOR-DOKTOR PANEL - AMALAN SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA

5. Tuan Ahmad bin Nor minta Meneri Sumber Manusia menyatakan:

(a) adakah Kerajaan sedar bahawa amalan sistem doktor-doktorpanel oleh syarikat-syarikat swasta kebanyakan tidakberlaku adil kepada pekerja-pekerja yang sakit sedangkanpara doktor panel lebih mementingkan pendapacan danhubungan mereka dengan syarikat sehingga ada ketikapekerja yang sakit teruk setelah mendapat rawatan dipaksauntuk balik bekerja semula; dan

(b) bolehkah Kerajaan membuat kajian dan pertimbangan supayapekerja bebas menerima rawatan dari mana-raana doktor yangbertauliah dan tidak terikat dengan doktor-doktor panelyang ditentukan oleh syarikat.

Dato' M. Mahalingam: Saya bukan dacang ke sini untuk mendapat-

kan publisiti. Kita memberikan jawapan yang sepatutnya tiap-tiap

kali yang diberikan di sini.

Tuan Yang di-Pertua,

(a) amalan sistem doktor-doktor panel oleh syarikat-syarikat

pada umumnya berjalan dengan 1ancar. Amalan sistem

melantik doktor-doktor panel oleh syarikat-syarikat adalah

lebih berfaedah kepada pekerja-pekerja kerana majikan akan

menanggung segala perbelanjaan rawatan pekerjanya. Dalam

kebanyakan kes, faedah ini juga dipanjangkan kepada

keluarga pekerja-pekerja berkenaan. Pekerja-pekerja juga

bebas berjumpa dengan mana-mana doktor yang ada dalam

panel syarikat di mana mereka bekerja dan suka.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -12-

Mengenai aduan Ahli Yang Berhormat bahawa

para doktor tidak berlaku adil kepada pekerja-

pekerja, sekiranya Ahli Yang Berhormat mempunyai

kes yang spesifik, silalah rujukkan perkara

tersebut kepada Kementerian Sumber Manusia untuk

disiasat.

(b) Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat dari Bayan Baru bukan merupakan satu

masalah yang serius. Kementerian Sumber Manusia

jarang menerima aduan dari pekerja-pekerja

mengenai hal ini. Oleh itu, adalah tidak wajar

perkara ini dibangkitkan sebagai satu perkara

untuk dipertimbangkan. Pada hal sistem doktor-

doktor panel oleh syarikat-syarikat pada umunmya

berjalan dengan lancar.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri mengenai

doktor panel. Pada satu ketika dahulu saya bercakap berhubung

dengan medical chit syndrom. Adakah medical chit syndrom ini

berlaku kepada yang terlibat sebagai panel kepada syarikat-syarikat

yang besar, dan adakah Kementerian mengambil tindakan supaya perkara

ini tidak menggugatkan dayausaha untuk meninggikan tahap human

resources, sumber manusia di negara ini? Soalan pertama.

Soalan kedua, adakah pihak pertubuhan pekerja memberi tumpuan

agar medical chit syndrom ini tidak berlaku kepada para pekerja?

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -13-

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua soalan Yang

Berhormat tadi bangkitkan ialah mengenai doctors activicies. Oleh

itu, soalan itu wajar dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan.

Tuan Ahmad bin Nor: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, ada-

kah Timbalan Menteri sedar bahawa jika sekiranya, walaupun bebaskan

dikatakan tadi para pekerja berjumpa dengan mana-mana doktor, tetapi

biasanya jika sekiranya pengakuan doktor yang selain daripada panel-

panel doktor itu tidak akan diterima oleh syartkat, kecuali akan di-

rujuk semula kes-kes berhubung dengan kesihatan dan lain-lain

berhubung dengan. perubatan diserahkan kepada panel doktor semula.

Sekarang saya hendak tanya, jika sekiranya perkara masalah ini

berterusan, bolehkah para pekerja mendapat pemeriksaan perubatan

kesihatan di klinik ataupun di hospital Kerajaan, dan bolehkah

Kementerian mengarah supaya syarikat-syarikat mengakui dan menerima

pemeriksaan rawatan, dan termasuk cuti sakit yang diberikan oleh

klinik dan hospital Kerajaan?

Dato' M. Mahalimgan: Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan Yang

Berhormat dari Bayan Baru, sekiranya pihak majikan dan kesatuan

sekerja dapat berunding dan bersetuju supaya pihak pekerja bebas

menerima rawatan dari mana-mana doktor yang bertauliah dan tidak

terikat dengan doktor-doktor panel yang diperuntukkan. oleh syarikat,

pihak Kementerian tidak ada apa-apa halangan dan mengalu-alukan

tindakan yang sedemikian.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -14-

KTM - JUMLAH PENUMPANG DAN KARGO

6. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman minta MenteriPengangkutan menyatakan:-

(a) jumlah penumpang dan perkhidmatan kargo melaluiperkhidmatan Keretapi Tanah Melayu pada tahun1991 hingga Jun 1992;

(a) apakah perkhidmatan-perkhidmatan. baru yangdiperkenalkan oleh KTM untuk menggalakkan tabiatmenggunakan Keretapi di kalangan rakyat Malaysiadan pelancong asing; dan

(c) apakah program yang akan dirancang dan disusunsetelah KTM diperbadankan untuk menjadikan KTMBerhad mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajah Zaleha binti

Ismail]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan

Keretapi bagi tahun 1991 ialah seramai 8,718,432

orang. Dan bagi Januari hingga Oktober 1992

ialah seramai 6,215,584 orang.

Jumlah kargo yang diangkut oleh keretapi

bagi tahun 1991 ialah sebanyak 4,349,995 tan.

Bagi Januari hingga Oktober 1992 ialah sebanyak

3,094,683 tan.

(b) Kerajaan sentiasa menggalakkan tabiat menggunakan

Keretapi di kalangan rakyat Malaysia dan.

pelancong asing. Ke arah ini, KTM Berhad telah

memperkenalkan satu perkhidmatan baru, iaitu

Ekspres Timuran di antara Singapura-Tumpat mulai

15hb Oktober 1992. Perkhidmatan ini diadakan

sebagai usaha galakan kepada rakyat Malaysia dan

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -15-

juga pelancong-pelancong asing, khususnya dari

Singapura yang ingin, membuat lawatan ke Pantai

Timur. Dalam pada itu, perkhidmatan-perkhidmatan

yang sedia ada sedang dipertingkatkan kemudahan

dan mutunya.

(c) Setelah diperbadankan pada Ihb Ogos 1992 KTM

Berhad telah menyusun beberapa strategi yang

berorientasikan komersil untuk menyediakan

perkhidmatan yang cekap bagi semua peringkat

rakyat Malaysia.

Dr Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat

menerangkan sesuatu yang saya nampak aneh juga, pada tempoh hari

saya nampak ada list dalam koc-kocnya, 'Indian Railway Service' .

Adakah ini bermakna Indian Railway Service telah masuk ke Malaysia

untuk mengambilalih KTM dengan adanya penswastaan atau

diperbadankan? Saya tengok ada tulisan di situ 'Indian Railway

Service'. Saya pun hairan juga. Adakah ini bermakna diperbadankan

dengan diambilalih oleh Indian Railway Service?

Beberapa Ahli: [Menyampukl

Dr Tan Seng Giaw: Saya nampak ada rakan-rakan. di situ tidak

berminat dengan perkara seperti ini. [Ketawa] Bolehkah Yang

Berhormat menerangkan setakat manakah landasan, kembar, perkhidmatan

special rail ini, berjaya dilaksanakan?

Datin Paduka Hajah Zeleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,

rasanya kami bukan tak berrainat, kami rasa geli hati sebab saya

sendiri pun tak sedar ada pula Indian Railway Service tercatat.

Di manakah Yang Berhormat? Di dalam kockah, di manakah?

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -16-

Dr Tan Seng Giaw: Saya nampak di Segambut. Saya tengok di koc

itu 'Indian Railway Service', sama ada ini satu pengkhianatan

ataupun. sengaja diadakan di situ? Saya pun tak tahu, cuma hendak

tanya bilakah meresap masuknya Indian Railway Service?

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Kalau itu yang•

dimaksudkan ialah kerana kerja-kerja membina landasan baru ataupun

menukar landasan, dilaksanakan oleh IRCON, iaitu (Indian Railway

Construction). Itulah sebabnya ada mereka di situ. Jadi, bukanlah

tuduhan Yang Berhormat tadi itu mengatakan bahawa KTM Berhad ini

sudah tukar pula jadi Indian Railway Service. Saya pun hairan juga

tadi. Saya geli hati sebab saya rasa tak pernahlah dalam

Kementerian kami membuat keputusan sedemikian.

Mengenai projek landasan berkembar, ianya sedang dilaksanakan.

dan dijangka siap keseluruhannya pada April 1995. Penyiapan

kerja-kerja itu iaitu dari Sentul sampai ke Shah Alam - May 1994.

Dari Sentul ke Pelabuhan Kelang - September 1994. Dari Rawang ke

Kuala Lumpur - Oktober 1994. Kuala Lumpur ke Bangi - November 1994,

dan Kuala Lumpur ke Seremban - April 1995. Kerja-kerja ini sedang

dilaksanakan sekarang.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

tahu, ada dua soalan. Pertama, sejauhmanakah pihak KTM sudah

membuat kajian ataupun mengambil langkah yang positif ke arah

cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya stesen-stesen

keretapi dijadikan pusat-pusat membeli-belah sebagai salah satu

daripada usaha untuk menarik minat ataupun kecenderungan rakyat

mengguna keretapi.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -17-

Perkara yang kedua, saya mendapat tahu bahawa KTM banyak

memberi tanah ataupun lease tanah kepada setinggan-setinggan

terutamanya yaag menduduki tanah-tanah kepunyaan Keretapi Tanah

Melayu.

Jadi, apabila timbul pelaksanaan penswastaan dan sebagainya,

bagaimanakah kedudukan setinggan-setinggan ini, dan adakah mereka

terpaksa membayar balik ataupun apakah cara yang akan digunakan oleh

KTM bagi mengatasi masalah setinggan-setinggan yang menduduki

tanah-tanah kepunyaan keretapi?

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,

tadi saya telah jawab, saya kata, mengenai soalan pertama dari Ahli

Yang Berhormat itu iaitu langkah-langkah positif mengenai

menggunakan stesen-stesen atau mengubahsuai stesen-stesen itu

untuk menjadi pusat membeli-belah dan sebagainya, saya telah

mengatakan tadi iaitu KTM Berhad menyusun beberapa strategi yang

berorientasikan komersial dan stesen-stesen itu ialah salah satu

daripadanya.

Mengenai tanah yang dikatakan dileasekan kepada setinggan,

kepada setinggan KTM tidak pernah leasekan tanah. Mereka hanya

duduk di tanah-tanah KTM itu tanpa kebenaran. Tetapi, telah

dibenarkan beberapa lama, berpuluh-puluh tahun. Kalau setinggan

memang tidak pernah, tetapi apabila KTM terpaksa menggunakan

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -18-

tanah-tanah rizab itu tadi, mereka ini ditempatkan senulla dengan

membina rumah-rumah panjang supaya mereka itu terbela. Dan

Wakil-wakil Rakyat pun senang hatilah, saya salah seorang

daripadanya jugalah. Kalau tidak, menjadi masalah kepada Ahli-ahli

Parlimen dan Wakil-wakil Rakyat Negeri mengenai setinggan ini.

Mengenai tanah-tanah TOL, sebahagian besar daripadanya masa ini

masih lagi dibenarkan, dan apabila KTM nanti sudah membuat satu

strategi hendak menggunakan atau hendak membangunkan tanah-tanah

itu, sudah tentulah ianya akan diambil balik.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin.

[Soalan No. 7 - Y.B. Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin

tidak hadir]

" WU SUU" DALAM SUKAN KOMANWEL - PEMILIHAN

8. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Belia dan Sukan menyatakansama ada Kerajaan akan menerima "Wu Shu" (Silat Cina) sebagai satuacara dalam Sukan Komanwel yang akan berlangsung di Malaysia pada1998. Sekiranya tidak, mengapa.

Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, penentuan jenis sukan

yang akan dipertandingkan dalam Sukan Komanwel ditetapkan oleh

Persekutuan Sukan Komanwel. Persekutuan ini, sebagai badan pengawal

Sukan Komanwel, telah pun menetapkan sebanyak 11 jenis sukan yang

akan dipertandingkan di Sukan Komanwel pada tahun 1998 iaitu Sukan

Olahraga, Akuatik, Badminton, Lawn Bowling, Tinju, Lumba Basikal,

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -19-

Gimnastik, Bola Jaring, Menembak, Skuasy dan Angkat Berat.

Malaysia sebagai sebuah negara yang menawarkan untuk menjadi

tuan rumah Sukan Komanwel pada tahun 1998 telah mengemukakan tiga

lagi sukan tambahan iaitu Hoki, Kriket dan Ragbi untuk dipertanding-

kan di Sukan Komanwel kelak.

Walau bagaimanapun, Persekutuan Sukan Komanwel belum memberi

keputusan persetujuan untuk menerima sukan-sukan tambahan tersebut

setakat ini. Wu Shu tidak termasuk dalam senarai pilihan yang

dikemukakan oleh Persekutuan Sukan Komanwel.

Tuan Lau Dak Kee: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Bolehkah Timbalan Menteri memberitahu, sama ada Persatuan Olimpik

Malaysia ataupun badan-badan sukan Malaysia telah mencadangkan

bahawa Sukan Komanwel akan mempertimbangkan sama ada silat dan juga

Wu Shu, bukan hanya dapat dipertandingkan secara rasmi, dan juga

kalaii tidak bolehkah ini menjadi satu pertunjukan rasmi di Sukan

Komanwel yang akan dacang.

Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya

sebutkan tadi, Kementerian Belia dan Sukan cuba mencadangkan untuk

menambah lagi tiga jenis sukan sahaja. Dan barangkali ada

kemungkinan besar kita akan membuat cadangan untuk silat atau Wu Shu

untuk pertunjukan sahaja.

Puan Lim Lay Hoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya

ingin hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah

rancangan Kementerian untuk mengembangkan Wu Shu di kalangaa

masyarakat Malaysia terutama di kalangan murid-murid di

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -20-

sekolah-sekolah.

Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, jawapan untuk Ahli

Yang Berhormat dari Padang Serai, Kementerian Belia dan Sukan memang

menggalakkan .Wu Shu menjadi sejenis sukan yang popular di kalangan

sekolah. Tetapi, ini terpulanglah kepada Persatuan Wu Shu, kita

tidak boleh berbuat apa-apa.

SAHAM TELEKOM DI SARAWAK - PENGAGIHAN

9. Tuan Wahab bin Suhaili minta Menteri Kewangan menyatakanpihak-pihak yang telah diagihkan dengan saham Telekom di Sarawak.Sila nyatakan dengan terperinci saraa ada orang perseorangan,syarikat-syarikat atau badan-badan berkamm.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Loke Yuen Yow]: Tuan Yang

di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam kes Terbitan

Awam Saham Telekom, hanya dua pihak sahaja di Sarawak yang dtagihkan

dengan saham tersebut. Pihak yang berkenaan adalah Kerajaan Negeri

dan Syarikat Cita Positif Sdn. Bhd. di mana masing-masing

diperuntukkan saham sebanyak 2.4 juta sahara dan 1 juta saham.

Dr. Nawawi bin Mat Awin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Untuk mengelakkan soalan yang berpanjangan mengenai Terbitan Saham

STM ini, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan memberi

senarai penuh untuk seluruh negara.

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab

soalan tambahan ini, boleh saya menyebut dengan secara terperinci

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -21-

semua pihak yang diberikan ataupun yang telah dapat saham Syarikat

Telekom Malaysia Berhad (STMB).

Tuan Yang di-Pertua, senarai ini agak panjang.

Pengagihan Saham Terbitan Awam Syarikat Telekom Malaysia Berhad

(STMB) adalah sebanyak 500 juta unit saham biasa. Adalah diberikan

seperti berikut:-PNB - 100 juta unit saham;Kakitangan ataupun Pengarah STMB

- bagi Kakitangan - 70.5 juta unit saham;

ESOS - 29.5 juta unit saham;

Tawaran kepada orang awam di mana 51.9 juta dikhaskan untuk

pelabur-pelabur dan Institusi-institusi bumiputera - 147.9 juta unit

saham;

Dan Cawaran kepada pelabur-pelabur yang diluluskan adalah

seperti berikut:-MOF Incorporated - 88.249 juta unit;

KWSP - 10 juta unit;DPPM - 5 juta unit;

LUTH - 1 juta unit;

Syarikat Cita Positif Sdn. Bhd. - 1 juta unit saham;MAIKA Holdings - 1 juta unit;

Advanced Personal Computer Sdn. Bhd. - 3 juta unit;

SP Management Services Sdn. Bhd. - 3 juta unit;Clearway Sdn. Bhd. - 3 juta unit;

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -22-

Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua , banyak bunyi

monyet. [Ketawa]

Peruntukan kepada Kerajaan Negeri - 24 juta unit saham;

Peruntukan kepada Sultan dan Yang di-Pertua Negeri - 1.1 juta

unit saham;

Dan Kakitangan Kumpulan K,L&M dalam Syarikat STMB - 11.751 juta

unit saham.

Jumlahnya - 500 juta unit saham.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.14.12.92 - 23 -

Tuan Sim Kwang Yang: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawa

saham STM menjadi begitu "Super Blue Chip", ia merupakan satu

peluang uatuk cepat kaya, maka apakah mekanisme yang ada sekarang di

bawah Kementerian berkenaan ataupun di bawah dasar Kerajaan Barisan

Nasional untuk memastikan bahawa wujudnya keadilan. Contohnya,

kenapa 10 juta saham diberi kepada MIC atau MAIKA - saya tidak

tahulah, dengan hujah bahawa ini adalah untuk memajukan bangsa India

sebab mereka masih mundur. Kami, untuk menolong mana-mana bangsa

yang miskin, DAP tidak menentang. Tetapi kenapa saham ini tidak

diberi kepada bangsa-bangsa asli di negeri Sarawak dan Sabah yang

lebih mundur dan lebih miskin daripada bangsa India seperti bangsa

Iban, Dayak, Kadazan, Dusun dan orang Ulu. Mereka pun ada persatuan

seperti DBMA, STU dan sebagainya.

Apakah mekanisme yang ada untuk memastikan bahawa pengagihan

saham pada masa lepas dan pada masa akan datang akan dijalankan

secara adil, supaya mereka yang betul-betul memerlukan bantuan dapat

diterima?

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang jelas

kita lihat, bahawa Kerajaan kita selalu memastikan keadilan apabila

mengagih-agihkan saham-saham, seperti saham STMB. Berkenaan dengan

MAIKA, saya tidak ingin menyebut banyak mengenai perkara ini, kerana

ia masih di dalam siasatan pihak yang berkenaan. Dan sama ada

pengagihan ini adil atau tidak, itu terpulanglah kepada siasatan

yang sedang dibuat. Berkenaan dengan kaum-kaum lain yang miskin,

yang perlu diberikan saham 'blue chip" seperti saham syarikat

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.14.12.92 - 24 -

Telekom ini, Kerajaan bersetuju, tetapi pihak-pihak yang berkenaan

mestilah memohon melalui chanel-chanel yang betul dan seperti yang

saya sebutkan tadi bahawa PNB diberikan 100 juta unit dan inipun

adalah untuk orang-orang awam ataupun kaum-kaum yang miskin dan juga

kakitangan kumpulan K, L dan M. Itu yang diminta oleh pihak yang

berkenaan dan sebanyak 11.751 juta unit saham yang diberikan kepada

kakitangan kumpulan K, L dan M itu adalah untuk kumpulan yang rendah

dan pihak-pihak seperti KWSP pun diberikan saham, juga kepada

Kerajaan-kerajaan Negeri dan orang-orang awam. Ini adalah adil

sekali dan keputusan tni telah dibuat oleh Kabinet.

KEGELINCIRAN KERETAPI DI RAWANG - HASIL SIASATAN

10. Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Pengangkutan menyatakanhasil siasatan terperinci terhadap kegelinciran keretapi di Rawang,tiga hari selepas pelancarannya baru-baru ini.

Datin Paduka Hajah Zaleha bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua,

penyiasatan mengenai kejadian kegelinciran keretapi di Rawang pada

20hb Jun, 1992 adalah di peringkat akhir dan dijangka laporan

mengenainya akan disiapkan tidak lama lagi.

LESEN PERJUDIAN - LANGKAH YANG DIAMBIL

11. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang minta Menteri Kewanganmenyatakan:

(a) jenis-jenis perjudian yang diberi lesen oleh KerajaanPusat untuk menjalankan operaslnya mengikut pecahan negeridari tahun 1980 - 1992;

(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk menghapuskannya .

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.14.12.92 - 25 -

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua:

(a) Semenjak tahun 1980 hingga 1992 jenis-jenis lesen

perjudian yang dilesenkan oleh Kerajaan Pusat adalah

seperti berikut:-

(i) Lesen Pertaruhan Empat Nombor Ekor - tiap-

tiap negeri melainkan Kelantan mulai Ihb

Januari 1991;

(ii) Lesen Pertaruhan Sports TOTO - melainkan

Kelantan mulai Ihb Januari, 1991;

(iii) Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan

Kebajikan - yang mana telah ditutup pada

tahun 1990;

(iv) Lesen Pertaruhan Nombor Ramalan 3D, 1+3D

dan Loteri Sweepstakes - yang hanya ber-

operasi di Seraenanjung sahaja mulai 1989;

(v) Lesen pengendalian Mesin Slot kepada Kelab-

kelab Syarikat dan Kelab-kelab persatuan di

Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Perak,

Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

sahaja;

(vi) Lesen Kasino di Genting Highlands;

(vii) Lesen Pertaruhan Norabor Ramalan 4D, 3D dan

Lotto di Sabah;

(viii) Lesen Pertaruhan Nombor Kuda - yang di-

jalankan hanya di Kelab Lumba Kuda, Pulau

Pinang, Perak dan Selangor.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.14.12.92 - 26 -

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada

masa ini iaitu pada tahun 1992, tidak terdapat Lesen ataupun

keraudahan baru yang diluluskan. Aktiviti-aktiviti ataupun jenis-

jenis perjudian yang disebutkan tadi telah dikurangkan. Antaranya:

(i) Pada tahun 1989, Kerajaan telah menamatkan lesen•

pertaruhan Ascot Sports Sdn. Bhd., dan pada

tahun 1990 Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan

Kebajikan pula ditamatkan operasinya;

(ii) Di antara tahun 1989 hingga tahun 1990, lesen

pengendalian Mesin Slot oleh Kelab-kelab

Syarikat telah dikurangkan daripada 106 kepada

34 sahaja, manakala lesen untuk Kelab Persatuan

pula dikurangkan daripada 222 kepada 48 sahaja.

Tuan Yang di-Pertua , Kerajaan telah mengambil 1angkah dan

tindakan bagi mengawal dan mengurangkan aktiviti-aktiviti tersebut .

Kerajaan juga tldak lagi mengeluarkan lesen-lesen baru bagi mengen-

dalikan mana-mana aktiviti perjudian. Kawalan ke atas aktiviti-

aktiviti perjudian juga telah dipertingkatkan dan pengawasan yang

rapi di buat dari masa kesemasa dan di samping itu Pihak Polis telah

meningkatkan penyerbuan dan tindakan terhadap perjudian tidak

berlesen.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.14.12 .92 - 27 -

Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-pertua,

soalan tambahan. Adakah satu kaj Lan dibuat oleh pihak Kerajaan sama

ada penglibatan rakyat dengan aktiviti perjudian ini semakin ber-

tambah atau berkurangan. Dan berapakah peratusan bertambah dan

berkurangnya?

Kedua, oleh kerana pengharaman judi adaLah diterima oleh semua

agama dan menjadi pegangan kepada semua agama pada dasarnya, adakah

Kerajaan bercadang untuk mengharamkan seluruhnya?

Dato' Loke Tuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab

soalan pertama, tidak ada kajian official yang dibuat oleh pihak

Kerajaan. Tetapi kita tahu melalui, feedback, dengan izin, daripada

semua pihak, bahawa penglibatan rakyat dalam aktiviti perjudian

telah berkurangan.

Untuk menjawab soalan yang kedua, jawapannya adalah tidak.

Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim: Tuan Yang

di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut jawapan- jawapan yang telah

diberi pada masa yang lalu, bahawa pihak Kerajaan telah melesenkan

perjudian ini oleh kerana untuk mencegah perjudian-perjudian haram.

Jadi, saya ingin tahu adakah perjudian haram ini masih.......

Seorang Ahli: Semua judi haram.

Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim: ....maksudnya

perjudian yang tidak berlesenlah. Adakah perjudian yang tidak

berlesen ini masih berleluasa ataupun sudah berkurangan melalui

dasar Kerajaan ini.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.14.12.92 - 28 -

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang kedua, kita dapati juga ada

perjudian-perjudian telah berlaku di kelab-kelab, khasnya di

kelab-kelab sukan, kelab-kelab golf dan sebagainya, yang tidak

memerlukan lesen daripada pihak Kementerian. Jadi, oleh sebab dasar

Kerajaan talah untuk mengawal perjudian, adakah pihak Kerajaan akan

mencadangkan supaya kelab-kelab seperti itu memerlukan lesen untuk

perjudian yang diamalkan oleh ahli-ahli kelab.

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15 .12 .92 - 29 -

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, seperti apa yang

saya jawab tadi, Kerajaan telah mengurangkan Lesen-lesen yang telah

diberikan dahulu. Jumlah lesen-lesen yang ada sekarang di dalam

negara kita ini telah dikurangkan dan tidak ada Lesen-lesen baru

ataupun kemudahan-kemudahan baru diberikan.

Berkenaan dengan perjudian yang tidak berlesen, walaupun pihak

Polis telahpun meningkatkan tahap tindakan mereka supaya aktiviti-

aktiviti yang tidak sihat ini tidak dijalankan, tetapi nampaknya di

dalam negeri-negeri di mana langsung tidak ada lesen dikeluarkan

oleh pihak Keraj aan, aktiviti perjudian tidak berlesen itu adalah

yang tinggi sekali di dalam negeri-negeri yang berkenaan. Jadi,

oleh kerana itulah, Kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan

perjudian tetapi memberikan beberapa legal outlets supaya orang yang

suka berjudi boleh pergi ke legal outlets walaupun mereka selalu

digalakkan supaya jangan berjudi,

Berkenaan dengan soalan yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, tidak

ada mana-mana pihak atau tempat-tempat di dalam negara kita ini

boleh menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen dan sama ada di

kelab sukankah atau golf, ini adalah satu polisi yang terang.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat Tuan Taimin bin Lumaing.

[Soalan No.12 - Y.B. Tuan Taimin bin Lumaing tidak hadir]

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

D R . 1 5 . 1 2 . 9 2 - 30 -

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat Tuan Robert Lau Hoi Chew.

[Soalan Nb.13 - Y.B. Tuan Robert Lau Hoi Chew tidak hadir]

LESEN BOT - SYARAT-SYARAT YANG KETAT

14. Tuan Gooi Hock Seng minta MenCeri Pengangkutan menyatakar:-

(a) sama ada Kerajaan menyedari bahawa akibat daripadasyarat-syarat yang ketat untuk memperolehi lesen bot,terdapatnya kekurangan bot pelancongan yang kecilatau sederhana di negara ini terutamanya di PulauPinang;

(b) sama ada Kerajaan akan mengulangkaji syarat yangketat ini untuk melonggarkan di mana yang mungkinbagi menaikkan industri bot penumpang dan;

(c) apakah kemudahan dan syarat-syarat yang ada bagimereka yang berminat untuk diperiksa bagi pengemudidan lesen pemandu enjin .

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,•

(a) syarat-syarat yang dikenakan oleh Kerajaan bagi

mendapatkan lesen-lesen bot tidaklah ketat. Syarat-

syarat yang dikenakan adalah syarat-syarat minima

bagi menjarain bot-bot berkenaan boleh membawa

penumpang dengan selamat;

(b) Kerajaan tidak bercadang untuk mengkajt semula

syarat-syarat yang dikenakan untuk bot-bot penumpang

ini demi menentukan keselamatan penumpang yang

menggunakan bot-bot tersebut;

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15 .12 .92 - 31 -

(c) bagi seseorang yang inein mengambil Peperiksaan

Jurumudi , m e r e k a mestilah rakyat Malaysia yang

berumur tidak kurang dari 18 tahun dan telah

berkhidmat sekurang-kurangnya 24 bulan di atas kapal

pelayaran atau 36 bulan di atas kapal yang panj ang

sekurang-kurangnya 10 meter.

Bagi Sijil Pemandu Enjin pula ianya boleh dibahagikan

kepada tiga kelas iaitu Sijil Pemandu Enjin Kelas 1,

Kelas 2 dan Kelas 3. Syarat-syarat bagi mengarabil

Sijil Pemandu Enj in Kelas 3 iaLah:-

(i) pemohon mestilah berumur cidak kurang dari 18

tahun;

(ii) menamatkan latihan awal yang boleh dijalankan di

Akademi Laut Malaysia;

(iii) menamatkan 18 bulan perkhidmatan laut di atas

kapal yang mempunyai kuasa tidak kurang daripada

175 kilowatt.

Syarat-syarat bagi mengambil Sijil Peraandu Enjin

Kelas 2 ialah:-

(i) memegang Sijil Pemandu Enjin Kelas 3;

(ii) menamatkan kursus persediaan yang boleh dijalan-

kan di Akademi Laut Malaysia;

(iii) menamatkan 12 bulan perkhidmatan laut di atas

kapal yang mempunyai kuasa tidak kurang daripada

350 kilowatt.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

D R . 1 5 . 1 2 . 9 2 - 32 -

Syarat-syarat bagi m e n g a m b i l S i j i l Pemandu Enjin

Kelas I :-

(i) memegang Sijil Pemandu Enjin Kelas 2;

(ii) menamatkan kursus persediaan yang boleh dijalan-

kan di Akademi Laut Malaysia;

(iii) menamatkan 12 bulan perkhidmatan laut di atas

kapal yang mempunyai kuasa tidak kurang dari 750

kilowatt,

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak

bertanya, apakah speed limit yang diterimapakai untuk raereka yang

mengendalikan bot penumpang ataupun yang terlibat dengan pengang-

kutan laut? Apakah etika ataupun syarat-syarat yang harus diterima-

pakai untuk mereka memperlahan ataupun melajukan bot?

Saya lihat oleh kerana tidak ada peraturan ini menyebabkan

kadang-kadang mereka tidak sedar ada bot-bot kecil yang berlalu

berhampiran dan mereka mungkin tidak sempat untuk memperlahan dan

sebagainya. Ini memberi gangguan dan ada kes-kes di Langkawi yang

menyebabkan bot-bot kecil tenggelam oleh kerana bot penumpang inl

terlampau laju.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua

had laju bukan kepada pemandunya tetapi mengikut kawasan perairannya

seperti juga di jalan-jalan raya. Jadi, kalau ada bot yang laju,

kalau pada masa itu penguatkuasaan dijalankan, sudah tentulah ianya

akan diambil tindakan dan kalau ada incidents, dengan izin, atau

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 33-

kejadian-kejadian yang berlaku seperti kata Yang Berhormat tadi,

wajarlah dilaporkan kepada'pihak Polis dan juga kapada Jabatan Laut .

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Raya ingin tahu sama ada Kementerian mengenakan syarat-

syarat tambang untuk menaiki bot-bot pelancongan ini. Kerana saya

kira, tambang yang dikenakan pada hari ini pelancong-pelancong

melawat Pulau Langkawi, khasnya, agak begitu tinggi dari orang-orang

yang berpendapatan rendah agak sukar untuk melancong di Pulau

Langkawi.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,

tambang-tambang tidaklah ditetapkan sewenang-uenangnya dan ianya

juga bergantung kepada permintaan pada satu-satu masa dan memang

tambang ada had ceilingnya. Apa juga bayaran di bawah ceilingnya

itu, ianya adalah dibenarkan.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan mengenai syarat-syarat untuk mengeluarkan lesen untuk

perahu ataupun kapal penumpang, Soalan saya ialah berlandaskan

1atarbelakang yang mana kemalangan berlaku di Sarawak dalam masa 20

tahun tidak kurang dari 300 orang mati dalam bot-bot yang berlanggar

dan terus tenggelam di Sarawak. Jadi, soalan saya, adakah Kerajaan

bercadang untuk mengkajl semula syarat-syarat pelesenan untuk bot-

bot penambang atau bot-bot ekspress terutama sekali di sungai-sungai

Sarawak yang mana ciri-ciri keselamatan dan keselesaan duduk di

dalam bot itu jarang diambil kira. Kalau diambil kira pun, tidak

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 34 -

dLtekankan sangat. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji. semula

agar ciri keselamatan dan ciri kesenangan ditekankan?

Yang kedua, adakah Kerajaan bercadang untuk membuat satu syor

agar bot-bot laju sebagaimana yang digunakan di Sarawak menggunakan

bahan-bahan pembinaan bot yang tidak cepat tenggelam sebagaimana

yang ditunjukkan bot-bot yang canggih di luar negara. Bot itu bila

berlanggar ia tidak terus tenggelam, tidak seperti bot besi yang

digunakan di Sarawak, bila terlanggar sahaja ia terus tenggelam.

Itulah orang mati bukan sahaja oleh kerana perlanggaran tetapi oleh

kerana tenggelam bot itu, masuk ke dasar sungai.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua,

sebenarnya apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat itu telah saya

jawab semasa menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di peringkat

Jawatankuasa dan mengenai tempat duduk itu, saya telah ceritakan

syarat-syaratnya.

Untuk melesenkan bot, memang sudah ada syarat-syaratnya dan

ianya berkaitan juga dengan keselamatan iaitu seslapa juga ingin

memohon melesenkan bot, mereka hendaklah membuatnya di Pejabat

Syahbandar di mana-raana tempat yang berkenaan dan dokumen-dokumen

serta maklumat yang diperlukan adalah jenis dan tujuan menggunakan

bot itu. Hendak bot apa, hendak bawa barangkah atau penurapang?

Dokumen pembelian dan juga hakmilik perlu diberikan serta

jenis, jumlah dan kuasa injinnya. Maklumat peribadi pemilik bot pun

dikehendaki. Bot-bot yang hendak diiesenkan akan diperiksa

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 35 -

terlebih dahulu oleh Pegawai Pelabuhan atau wakilnya dari Pejabat

Syahbandar di mana bot tersebut hendaklah dilesenkan bagi menentukan

kesesuaian penggunaannya dan tahap keselamatan minimum yang ada

padanya. Tarikh dan masa pemeriksaan itu akan ditetapkan semasa

serta kelulusan diperolehi, iaitu melalui Borang Merin 206, Pejabat•

Syahbandar akan mengeluarkan nombor tetap bot serta nombor plet

tahunan bot yang berkenaan dan buku lesen akan dikeluarkan untuk

simpanan pemilik bot. Tempoh sah lesen adalah hanya 12 bulan.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -36-

Jadi, sekiranya lesen itu hendak dibaharui, maka pemeriksaan

terpaksa dibuat lagi, iaitu melihatkan syarat-syarat keselamatannya

itu tadi yang dikatakan cepat tenggelam atau tidaknya dan

sebagaianya itu, Bayaran pelesenan dikenakan mengikut berat dan

jenis botnya. Jadi, itulah beberapa syarat untuk melesenkan bot dan

prosedur untuk mendapatkan sijil penumpang untuk bot pula - ia ada

pula sijil penumpang. Permohonan untuk mendapatkankan sijil

penumpang dibuat melalui Pejabat Laut yang berdekatan atau terus

kepada Ibu Pejabat Laut dengan menyatakan jenis pelayaran yang

dipohon beserta dengan dua salinan pelan pembinaan bot itu. Pelan-

pelan disemak untuk memastikan kesesuaian dan tahap keselamatan

minima seperci yang diperlukan. Segala komen dan keperluan tambahan

akan dinyatakan dan disampaikan kepada pemohon.

Kalau ada yang tak sesuai mesti dibina atau dipinda semula,

ianya akan diberitahu sebelum ianya dapat diluluskan. Pemobon

membuat pindaan ke atas pelan yang berdasarkan yang dikomen itu tadi

dan pelan yang dipinda itu baru diserahkan semula pula kepada Ibu

Pejabat Laut untuk disahkan. Selepas pengesahan diberi, pemohon

bolehlah membuat pembinaan - baru boleh bina bot itu. Selepas

sudah disahkah pelan dan sebagainya itu tadi dengan diawasi oleh

pemeriksa kapal untuk memastikan bahawa pembinaan mengikut pelan

yang disahkan dan tatacara pembinaan mengikut norma-norma yang

baik. Selepas bot siap, ujian kecondongan - itu yang dikatakan

tadi; kalau mungkin agaknya ia tidak tegak, ia akan senget pula,

ujian kecondongan dan pemeriksaan akhir peralatan keselamatan

dijalankan. Kemudian baru sijil penumpang diberi kepada pemohon.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -37-

SEKRETARIAT APEC/EAEC - PENUBOHAN

15. Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri menyatakan meagapakah Malaysia tidakbegitu ghairah di dalam usaha menubuh sebuah sekretariat APEC.Adakah usaha dibuat untuk menubuhkan suatu sekretariat EAECdilakukan dan jika ia, adakah ianya mendapat sokongan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri [Tuan S.S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, pada masa

APEC dilancarkan di Canberra tahun 1990, negara-negara yang

menganjurnya telah menyatakan bahawa APEC adalah satu forum yang

bersifat perundingan di kalangan negara-negara Asia Pasifik. Mereka

juga telah menyatakan yang APEC tidak akan menjadi satu blok

perdagangan atau organisasi yang formal. Oleh itu, apabila

sekretariat APEC dicadangkan, Malaysia tidak begitu ghairah untuk

menyokongnya kerana bimbang APEC akan menyimpang daripada tujuan

asalnya. Namun demikian, pada mesyuarat APEC di Bangkok pada lOhb

September 1992, Malaysia tiada halangan satu sekretariat yang kecil

ditubuhkan di Singapura untuk membantu menyelaras projek-projek yang

akan dilaksanakan.

Mengenai EAEC pula, oleh kerana ia adalah satu forum

perundingan sahaja, maka satu sekretariat tetap adalah tidak perlu

pada masa kini.

Tuan Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen,

apakah perkembangan yang terbaru mengenai cadangan negara-negara

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -38-

di rantau ini tentang penubuhan EAEC khususnya dari segi sikap

negara-negara yang masih "duduk atas pagar".

Tuan S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, Berkaitan dengan

EAEC, pihak Kerajaan-kerajaan yang berkaitan dengan FAEC sedang

mengkaji dengan memdalam sistem untuk menubuhkan dan juga untuk

menguruskan EAEC dan kita sedang menunggu laporan daripada pihak ini

untuk Menteri-menteri mengambil satu keputusan di atas penubuhan dan

juga perjalanan EAEC ini.

Berkaitan dengan negara-negara yang tidak menyokong EAEC - saya

rasa itulah tujuan soalan yang kedua - saya rasa tidak ada mana-mana

pihak yang bertentangan dengan EAEC, hanya kita sedang menunggu masa

untuk menubuhkan dengan berkesan EAEC ini.

Timbalan Yang di-Pertua, [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Masa untuk soal jawab sudah cukup.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan

Jawapan bagi Pertanyaan No. 3, 7, 12, 13, dan 16 hingga 27 akan

dimasukkan dalam naskhah bercetak kelak]

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -39-

RANG UNDANG-UNDANG DI3AWA KE DALAW MESYUARAT

RANG UHDANG-UNDANG PERINDUSTRIAN SEKORITI (PINDAAN)Bacaan Kali Yang Pertama

Pang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta

Perindustrian Sekuriti 1983; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan

Menteri Kewangan; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang

kedua pada Mesyuarat ini.

RANG UNDANG-UNDANG PETROLEM- (LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN) (PINDAAN)

Bacaan Kali Tang PertamaRang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta

Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984; dibawa ke dalam

Mesyuarat oleh Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri;dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada

Mesyuarat ini.

RANG UNDANG-UNDANG KEMAJUAN PETROLEUM (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang pertamaRang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta

Kemajuan Petroleum 1974; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh SetiausahaParlimen di Jabatan Perdana Menteri; dibaca kali yang pertama; akan

dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

RANG UNDANG-UNDANG BEKALAN GAS

Bacaan Kali Yang PertamaRang Undang-undang bernama suatu Akta untuk mengadakan

peruntukan bagi perlantikan dan fungsi-fungsi Ketua Pengarah BekatanGas, pelesenan pembekalan gas kepada pengguna melalui talian paip

dan perkara-perkara yang berkaitan pembekalan gas kepada harga yang

munasabah, kawalan talian paip, pepasangan dan perkakas bekalan gas

berkenaan dengan keselamatan orang-orang dan bagi maksud-maksud yangberkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Setiausaha

Parlimen di Jabatan Perdana Menteri; dibaca kali yang pertama; akandibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -40-

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1993

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 1993

Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula

pertimbangan atas "Rang Undang-undang Perbekalan 1993 dan Anggaran

Pembangunan 1993" dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis. [Hari

Keempatbelas]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud B.50 [Jadual] -Maksud P.50 [Anggaran Pembangunan, 1993] -

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekali lagi saya mengemukakan Kepala

Bekalan B.50 dan Kepala Pembangunan P.50 di bawah Kementerian

Perusahaan Awam terbuka untuk dibahas. Arau sudah habis ya?

Mengikut Hansard itu, Yang Berhormat sudah habis.

Tuan Shahidan bin Kassim; Masa habis itu semalam, saya 5 tninit

lagi.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ya.

Tuan Shahidan bin Kassim: Boleh?

Tuan Pengerusi [Tuan Hajl Juhar bin Haji Mahiruddin]: 2 minit

ya?

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -41-

3.37 ptg.Tuan Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya tak mahu tipu, mungkin

dua atau tiga minit. Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh sedikit

sahaja, Di bawah ini, setnalam oleh kerana saya dicabar menyentuh

fasal MARA, tak sempat. Kalau sempat saya akan sentuh, tetapi

mengambil masa sarapai satu jam.

Jadi saya hendak sentuh ini, di bawah Maksud Majlis Amanah

Rakyat, 060000, kemudian dalam buku ini ditutup jumlah MARA RM70

juta. Okay, selepas itu dimulakan di bawah tajuk baru 010000 dan

140000. Yang saya hendak sentuh ini 015000; saya kurang pasti sama

ada di bawah MARA ataupun di bawah Kementerian sendiri. Yang saya

hendak persoalkan di sini, Tabung Pembangunan Projek Perusahaan

Kecil bagi usahawan baru telah diperuntukkan sebanyak RM6 juta.

Tahun 1991 telah diperuntukkan sebanyak RMl juta; 1992 telah

diperuntukkan sebanyak RMl juta, tetapi tidak ada peruntukan diberi

bagi tahun 1993. Jadi, saya ingin bertanya mengapa terjadi

demikian. Di mana wang RW4 juta yang sepatutnya disalurkan pada

tahun 1993 dan sehingga 1995 sebagaimana yang telah dicatitkan di

sini?

Kemudian saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, sejauh mana

kita telah capai untuk membangunkan pengusaha-pengusaha kecil

terutamanya di bawah usahawan baru? Oleh kerana tabung usahawan

baru yang sekarang ini dimasukkan ataupun dicorvertkan dengan iain,

di bawah PUNB, kita lihat kita menghadapi masalah mengenai tabung

ini oleh kerana Menteri Kewangan setelah dua tahun dilancarkan, baru

dua projek diluluskan. Saya dimaklumkan selepas itu walaupun telah

diluluskan dua projek, tetapi sampai sekarang wang belum

dikeluarkan. Jadi saya menganggap buat masa kini, sehingga ini,

sehingga saat ini, PUNB masih lagi tidak dapat memberi perhatian dan

juga tumpuan ke arah tabung usahawan baru.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -42-

Tetapi ini ialah Tabung Perusahaan Kecil bagi usahawan baru.

Ini bukan, secnua pihak menyokong. Kelmarin DAP pun menyokong supaya

kita beri perhatian tentang usaha—usaha untuk meningkatkan usahawan-

usahawan baru di peringkat projek kecil dan juga mungkin sederhana.

Saya hendak tanya pencapaian yang telah dibuat sehingga kini dan

mengapa peruntukan untuk membantu begini kecil? Kita sedia maklum

Yang Berhormat, dalam usaha kita untuk membantu usahawan-usahawan

kecil ini, apa yang dimaksudkan perusahaan kecil di sini. Saya

ingin bertanya. Sebab kadang-kadang dia bertindih dengan mungkin

kulitkraf, mungkin juga projek-projek di bawah Kementerian Luar

Bandar. Adakah peruntukan ini dipindah kepada Kementerian Luar

Bandar? Tetapi saya hendak persoalkan oleh kerana benda ini telah

ada dan follow-up oleh agensi yang berkenaan untuk memastikan bahawa

perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana ini dapat diteruskan..

Kita tahu bahawa konsep payung lebih bermakna dalam usaha kita

untuk membangunkan usahawan kecil dan sederhana. Oleh kerana dalam

keadaan pertandingan terbuka yang ada sekarang kita dapati amat

sukar untuk perusahaan-perusahaan kecil untuk menembusi pasaran dan

juga memasuki pasaran yang saya rasa cukup tercabar dan canggih

ini. Kita sedia maklum masyarakat Malaysia dalam kedudukan gross

yang tinggi dan inflasi yang rendah ini, dia lebih suka kepada

barangan-barangan yang berjenama. Malah banyak Ahli-ahli Parlimen

di sinipun suka pakai barangan yang berjenama.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -43-

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]; Yang

Berhormat..,.

Tuan Shahidan bin Kassim; ....Kepong pun suka pakai barangan

yang berjenama.

Tuan Pengerusi Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Masa sudah

cukup Yang Berhormat.*

Tuan Shahidan bin Kassim: Ya?

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Masa

cukup.

Tuan Shahidan bin Kassim: Lima minit, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Dah

lebih. Dah lebih dah!

Tuan Shahidan bin Kassim: Tak apa, sat lagi Jerai akan

sambung. Saya hendak gulung. Keraudian 02000 - sebagat

penggulungannya. Infrastruktur Kawasan Perindustrian. Saya hendak

minta MARA supaya pendekatan baru sekarang diambil supaya MARA

memilih kawasankawasan yang strategik. Kita tidak mahu MARA hanya

dibenarkan kawasan-kawasan yang kononnya hendak bangunkan kawasan

luar bandar tetapi sebenarnya tidak dapat dibangun. Kalau kita

hendak bangunkan orang-orang di luar bandar, mereka harus

dibangunkan di kawasan-kawasan yang strategik di luar bandar. Kalau

kita hendak bangunkan kawasan luar bandar kita kena dapat orang di

bandar untuk bangun orang luar bandar. Itu baru betul sebab dia

sudah tahu apa yang ada pasaran di bandar. Dia patut bertukar-kalih

macam itu. Tetapi kalau orang luar bandar hendak bangun luar bandar

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -44-

Tuan Pengerusi, saya ingat amat sukar sebab kita hanya terkongkong,

information kita hanya terkongkong dalam kawasan luar bandar. Jadi,

sudah sampai masanya walaupun terpaksa membelanja sedikit dalam

usaha untuk membaharui imej MARA supaya sentiasa mara, supaya

pendekatan kita pendekatan yang lebih agresif, supaya kita memilih

tempat-tempat yang lebih strategik walaupun agak mahal sedikit -

walaupun agak mahal sedikit. Dengan itu saya percaya kita dapat

bangunkan usahawan bumiputera sehingga ke tahap yang boleh disukai

oleh semua pihak termasuk DAP. Terima kasih.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun]

Dr Tan Seng Giaw: [Bangun]

Tuan Tan Kok Wai: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Mana

satu? Saya kena beri seorang Ahli, selepas ini Menteri menjawab.

Tidak ada masa. Ya Jerai.

3.43 ptg.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih, Tuan

Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin membahaskan Butiran 030100 -

Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri. Seperti yang. kita semua

sedia maklum, perbadanan ini adalah diwujudkan untuk menjadi satu

badan amanah membimbing ekonomi bumiputera di dalam mencapai tahap

dasar ekonorai tersebut. Dan kita dapat lihat pada hari ini konsep

payung yang diwujudkan oleh Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri

ini kadangkala tidak begitu raenyeluruh dan mendatangkan manfaat

kepada masyarakat bumiputera terutama sekali yang bergiat di dalam

bidang ekonomi.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -45-

Tuan Pengerusi, kita tidak dapat menafikan bahawa setengah

Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri telah mencapat kejayaan. Saya

mengucapkan syabas kepada Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri

Johor yang pada masa kini telah dapat disenaraikan di dalam BSKL dan

menyenaraikan sahara-sahamnya di pasaran orang awam, Ini menunjukkan

bahawa perbadanan tersebut telah berjaya untuk mencapai tahap dan

mencapai matlamat yang diwujudkan. Apa yang mendukacitakan kita dan

saya kira Kementerian Perusahaan Awam perlu mengambil tindakan yang

sewajarnya ialah apabila kita melihat auak-anak syarikat perbadanan-

perbadanan ini yang ditubuhkan itu kadangkala bersaing dengan

syarikat-syarikat bumiputera.

Saya mengesyorkan kepada Kementerian Perusahaan Awam supaya

apabila sebuah anak-anak syarikat itu hendak ditubuhkan mestilah

kita mengkaji dengan sedalam-dalamnya. Mengkaji supaya anak

syarikat yang ditubuhkan ini tidak akan bersaing dengan syarikat

bumiputera yang saya kira tidak begitu kuat dan tidak begitu kukuh.

Terdapat di sebuah negeri hinggakan anak-anak syarikat ini

ditubuhkan untuk melibatkan diri di dalam insuran di mana begitu

banyak syarikat-syarikat bumiputera dan terpaksa kita compete.

Jadi, semua projek yang akan dijalankan oleh perbadanan itu

diberikan kepada anak syarikat tersebut. Jadi, di raanakah tempat

syarikat-syarikat bumiputera yang melibatkan diri di dalam bidang

insuran ini untuk mendapat perniagaan. Jadi, saya kira kalaulah

anak-anak syarikat ini diwujudkan dan diusahasamakan dengan

syarikat-syarikat bumiputera seperti mewujudkan supporting industry

kepada industri-industri besar yang dibawa masuk oleh Kerajaan

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -46-

ataupun oleh Perbadanan-perbadanan Kemajuan Megeri itu sendiri.

Maka ini akan menolong untuk membanyakkan lagi orang-orang Melayu di

dalam bidang manufacturing.

Saya ingin menarik satu contoh di mana anak syarikat Perbadanan

Kemajuan Negeri Kedah sendiri bergiat di dalam teksi - membawa orang

daripada kaki Gunung Jerai naik ke Gunung Jerai sedangkan ada sebuah

lagi syarikat bumiputera yang telah dilesenkan. Jadi ini adalah

satu kerja yang saya kira bukan menjadi konsep payung. Tetapi

konsep menindih balik syarikat-syarikat bumiputera. Kalau boleh

saya hendak Kementerian Perusahaan Awam ini menguasai terus

Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri. Setakat hari ini mereka

tidak mempunyai satu, hanya dapat menasihati dan membimbing, tetapi

tidak dapat menguasai terus ataupun memberi arahan secara terus

kepada Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri ini. Saya kira

kalaulah benar perkara seperti ini wujud, m.ika kita akan dapat lihat

Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri ini akan diperalatkan oleh

segolongan-segolongan masyarakat yang berniaga yang memperalatkan

Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri ini untuk manfaat mereka

sendiri, Kita kadang-kadang dapat dilihat anak-anak syarikat joint

venture yang diwujudkan oleh perbadanan int sendiri akhirnya

dicontrol dan dimonopoli oleh usahawan-usahawan luar.

Jadi, inilah perkara-perkara yang saya kira perlu

dipertingkatkan oleh Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri kerana

kita tidak mahu perbadanan ini menjadi ataupun dikatakan orang

sebagai hanya broker untuk meminta tanah daripada Kerajaan Negeri,

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -47-

dlubah taraf dan akhirnya diberi kepada syarikat-syarikat ataupun

diswastakan kepada syarikat-syarikat yang akhirnya menguntungkan

segelintir masyarakat perniagaan - tidak menyeluruh.

Jadi, Tuan Pengerusi, berbalik saya kepada Butiran 070600

berkenaan dengan Pusat Khidraat Kontraktor. Saya ingin memberitahu

kepada Timbalan Menteri bahawa wujud seorang taukeh yang dipanggil

'Hai Ee di- negeri Kedah dan mereka ini atau taukeh ini memonopoli

lebih kurang 100 lesen Kelas "F" Bumiputera di negeri ' Kedah' di

beberapa daerah. Saya berharap Kementerian akan dapat mengarahkan

Pusat Khidmat Kontraktor menyiasat perkara ini. Kerana kalau

perkara ini masih kita biarkan berlaku berleluasa begini maka ini

akan merugikan dasar yang diwujudkan oleh Kerajaan dan matlamat ini

tidak akan tercapai.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 48 -

Jadi, 'Hai Ee' ini akan pegang lesen-lesen kelas F ini di

tiap-tiap daerah dan dia ada orang yang berada di Pejabat-pejabat

Daerah dan semua projek-projek kecil di dalam kelas F ini akan

dimonopolikan oleh beliau. Siapa sahaja yang dapat, beliau yang

membuatnya sehinggakan beliau membuka akaun di bank di Alor Setar

dan akaun ini dioperate atas nama syarikat tersebut dan beliau

sendiri yang menandatangani cek-cek tersebut. Jadif saya berharap

perkara ini akan dapat diambil tindakan keras oleh pihak Pusat

Khidmat Kontraktor. Kalau kita perlu membatalkan lesen-lesen yang

telah dialibabakan ini, kita perlu bertindak sedemikian dan kita

wujudkan kembali kontraktor-kontraktor bumiputera yang lain, kerana

kelas F inilah kelas yang terendah di mana kontraktor-kontraktor

bumiputera boleh belajar untuk mencapai hingga ke kelas A. Tetapi

kalau sudah sampai ke kelas F itu sendiri"mereka ini dapat mengali-

babakan lesen-lesen ini, maka bilakah mereka ini boleh dapat mempe-

lajari di dalam bidang kontraktor.

Tuan Pengerusi, Butiran 040000 -Perbadanan Pembangunan

Bandar. Saya kira UDA telah mematnkan peranan yang baik dt dalam

membangunkan bangunan-bangunan, merailiki bangunan-bangunan di

bandar-bandar yang besar. Saya kira kini sampailah masanya UDA

untuk memasuki raerabina bangunan-bangunan kedai ataupun rumah-rumah

kedai di kawasan bandar-bandar yang sedang membangun. Kerana kita

dapat melihat di bandar itu bangunannya akan bangun dengan

tersendiri, tetapi apabila kita pergi ke kawasan-kawasan, di

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 49 -

daerah-daerah, kita dapati banyak lagi daerah-daerah yang mempunyai

bangunan-bangunan rumah kedai yang lama, bangunan-bangunan rumah

kedai yang dibina zaman Jepun dahulu. Di daerah saya sendiri,

daerah Yan, bangunan rutnah kedai tersebut dibina sebelum tok wan

saya dilahirkan, jadi begitu lama. Sedangkan orang-orang tuan tanah

miliki tanah tersebut tidak mampu untuk membangun atau membina

bangunan baru. Jadi, inilah peranan UDA hari ini, melangkah kaki

masuk ke daerah-daerah dan merabangunkan bangunan-bangunan ini,

selain daripada yang kita harapkan MARA, selain daripada yang kita

harapkan Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Jadi,

inilah peranan saya kira Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi

Negeri, UDA dan sebagainya memainkan peranan untuk memegang aset-

aset hak bumiputera supaya apabila bumiputera yang mampu untuk

memiliki bangunan-bangunan tersebut, maka bangunan ini dijual kepada

raereka.

Kadang-kadang orang-orang Melayu yang baru sahaja belajar

budaya berniaga ini, raemang kita tidak dapat nafikan budaya niaga

bagi orang-orang Melayu adalah baru. Kita masih, orang Melayu kata

'baru dapat kaki1, baru belajar nak berjalan. Kadang-kadang

berjalan, berjalan, jatuh; bangun, berjalan, berjalan, jatuh. Jadi,

kalau kita tidak dapat memberi sokongan yang sepenuhnya, kalau kita

hendak tolong, kita tolong sepenuhnya, jangan kita tolong separuh

jalan, kemudian kita akhirnya menyalahkan balik kepada orang-orang

Melayu yang dia tak erti berniaga. Sebenarnya orang-orang Melayu

ini boleh berniaga, sudah erti berniaga, sudah faham cara berniaga,.

tetapi kadang-kadang peluang yang diberikan itu tidak secukupnya dan

opportunities, dengan izin, tidak diberi dengan sepenuhnya, maka

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 50 -

mereka tidak dapat mencapai kehendak dan keperluan yang mereka

hendak di dalam bidang perniagaan.

Tuan Pengerusi, saya mengharapkan UDA apabila dapat masuk ke

daerah-daerah dan membuat bangunan-bangunan, walaupun kita kata

'Urban Development Authority' maksudnya itu 'Pembangunan Bandar',

tetapi bukanlah dimaksudkan pada fikiran saya, bandar-bandar yang

besar sahaja. Jadi, masuklah ke bandar-bandar yang berada di

daerah-daerah di seluruh negara ini dan kita bangunkan daerah-daerah

ini. Kita telah mencapai kemerdekaan begitu lama dan kita perlu

melihat bangunan-bangunan yang baru, walaupun tidak besar tetapi

sekadar di dalam daerah tersebut, sekadar kemampuan pembeli-perabeli

di dalam daerah-daerah yang ada di dalam negara kita ini.

Tuan Pengerusi, saya ingin pergi kepada Butiran 030300 -

Pembangunan Usahawan. Saya kira ini adalah satu perkara yang perlu•dipertingkatkan oleh Kementerian Perusahaan Awam, iaitu mewujudkan

banyak lagi usahawan-usahawan dari peringkat sekolah rendah dan

sekolah menengah. Kita dapat lihat hari ini banyak anak-anak yang

telah keluar daripada Pusat Giat MARA, yang telah keluar daripada

IKM, akhirnya tidak memasuki bidang yang telah mereka pelajari itu

disebabkan oleh tidak ada bimbingan. Mereka ini mempunyai

kemahiran, raereka ini mempunyai kebolehan, tetapi tidak ada

bimbingan untuk membangunkan mereka ini di dalam bidang keusaha-

wanan. Jadi, saya kira kalau Kementerian boleh wujudkan Sekolah•

Pembangunan Usahawan, kerana sekarang ini zaman kita menuju ke zaman

2020, jadi vision kita hanyalah ke hadapan sedikit dan kita wujudkan

Sekolah Pembangunan Usahawan supaya anak-anak kita bangsa.

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 51 -

Malaysia yang mempunyai semangat atau harapan untuk menjejak kaki di

dalam bidang perniagaan ini memasuki sekolah ini dan diberi

birabingan yang sewajarnya.

Tuan Pengerusi, saya kira setakat itulah sahaja pandangan saya.

Saya berharap Kementerian Perusahaan Awam akan mengambil tindakan

yang sewajarnya, kerana saya kira inilah nadi ekonomi orang-orang

Melayu di bawah Kementerian Perusahaan Awam. Saya kira di sinilah

bimbingan untuk orang-orang Melayu menjejakkan kaki di dalam bidang

perniagaan dan di ainilah di mana Perbadanan-perbadanan Kemajuan

Ekonomi Negeri boleh memainkan peranan yang penting untuk menjadi

'lend bank', untuk menjadi satu badan yang benar-benar diwujudkan

menolong orang-orang Melayu di dalam bidang perniagaan.

Satu lagi, sebelum saya terlupa, saya ingin memperingatkan

kalau boleh biarlah Ahli-ahli Lembaga Perbadanan-perbadanan Kemajuan

ini datang daripada anak-anak negeri tersebut yang berkhidmat di

dalam negeri tersebut. Kalau boleh, letakkanlah ahli-ahli daripada

Dewan Perniagaan Melayu raewakili orang-orang Melayu di dalara sektor

ekonomi dan perniagaan menjadi Ahli-ahli Lembaga Pengarah Perbadanan

Kemajuan Ekonomi Negeri. Kerana saya dapat lihat, contohpya negeri

Kedah, 3/4 daripada Ahli-ahli Lembaga Pengarah ini duduk di Kuala

Lumpur dan memegang jawatan-jawatan yang besar, mereka tidak ada

masa kadang-kadang untuk menghadiri mesyuarat. Jadi, ini akan

menggugat prestasi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah itu

sendiri. Jadi, saya berharap Kementerian akan mengambil satu

tindakan yang sewajarnya dan dapat meraberi bimbingan kepada

Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri yang belum aktif, yang

belum mencapai tahap yang kita kehendakkan.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 52 -

Dengan itu, Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih dan saya

menyokong.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat Timbalan Menteri, minta jawab.

3.58 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam [Dato' Dr Siti Zaharah binti

Haji Sulaiman]: Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan berbanyak

terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi

sumbangan dan pandangan-pandangan terhadap perbahasan yang bersabit

dengan Kementerian Perusahaan Awam.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Berkenaan dengan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-

ahli Yang Berhormat dari Bayan Baru, Arau dan Jerai yang telah,

pertamanya, menyentuh berkenaan dengan persoalan PKEN yang dikatakan

bersaing dengan usahawan bumiputera. Yang Berhormat-Yang Berhormat

juga mendakwa bahawa PKEN memberi tumpuan hanya kepada golongan-

golongan tertentu dan tidak raeningkatkan secara menyeluruh peranan

pengusaha-pengusaha bumiputera selaras dengan matlamat mewujudkan

masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Secara keseluruhannya saya ingin maklumkan bahawa PKEN di dalam

melaksanakan peranan dan aktivitinya, memberi tumpuan kepada bidang-

bidang perniagaan dan pelaburan yang kurang diceburi oleh usahawan-

usahawan bumiputera, terutamanya di dalam bidang-bidang perusahaan

yang memerlukan pelaburan modal dan kepakaran pengurusan yang

tinggt. Dalam usaha-usahanya untuk menerokai bidang-bidang baru

yang berteknologi tinggi, PKEN perlulah mengadakan usahasama dengan

pelabur-pelabur asing, khususnya untuk mendapatkan pemindahan

teknologi moden, kepakaran pengurusan dan kemasukan modal.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -53-

Namun demikian, PKEN tidak mengabaikan peranannya untuk membantu

usahawan-usahawan bumiputera, khasusnya dalam konteks mewujudkan

masyarakat perdagangan dan perindustrian dan langkah-langkah yang

diambil adalah seperti berikut:

(i) Membantu dan merabolehkan bumiputera mendapat tempat dan

keraudahan untuk berniaga di kawasan-kawasan yang sesuai

dan strategik;

(ii) Menawarkan kerja-kerja kontrak kepada kontraktor-

kontraktor bumiputera;

(iii) Melaksanakan konsep venture-capital di mana melalui konsep

ini, agensi-agensi di bawah Kementerian akan melabur dalam

sesebuah perniagaan baru yang berpotensi secara

berkongsian dengan usahawan-usahawan bumiputera;

(iv) Melaksanakan program bimbingan dan bantaan kepada

usahawan-usahawan bumiputera;

(v) Membekalkan bahan-bahan binaan kepada kontraktor

bumiputera; dan

(vi) Mewujudkan kumpulan eksekutif bumiputera di dalam pelbagai

bidang perniagaan dan perusahaan yang diceburi oleh

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92

agensi-agensi Kementerian secara langsung dan melalui

syarikat-syarikatnya sendiri kerana ada kalanya melalui

pengalaman ini, mereka ini kadangkala telah keluar dan

melalui cara penswastaan telah juga turut menyumbang

kepada pengwujudan masyarakat kumpulan bumiputera.

Mengenai dakwaan bahawa ada setengah-setengah syarikat PKEN

yang dikatakan telah diwujudkan atas dari tidak peka kepada

masalah-masalah bumiputera yang ada, saya kira ini telah menjadi

satu perkara yang telah diteliti oleh pihak PKEN yang telah mula

membuat perancangan-perancangan berasaskan kepada perancangan-

perancangan induknya dan telah memberi panduan-panduan tertentu

kepada semua PKEN-PKEN di seluruh negeri supaya memberi tumpuan

kepada bidang-bidang yang memang kurang diceburi dan tidak mempunyai

kemampuan oleh usahawan-usahawan bumiputera. Jadi, perkara ini

diharap akan terus menentukan supaya PKEN di dalam usahanya untuk

meningkatkan peranan, agensi-agensi amanah akan juga terus memainkan

peranan bagi menentukan supaya penguasaan kurapulan usahawan

bumiputera itu, kalau pun belura lagi mencapai tahap yang memuaskan

tetapi masih lagi boleh dibuktikan melalui usaha-usaha agensi-agensi

amanah.

Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat

berkenaan dengan soal perlantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang

dikatakan terdiri daripada kalangan politik. Sebenarnya, soal

perlantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah sama ada dalam agensi-agensi

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -55-

tertentu di dalam Kerajaan, di bawah Kementerian Perusahaan Awam ini

bukanlah terdiri hanya di kalangan ahli-ahli politik. Mungkin itu

secara kebetulan. Tetapi merangkumi berbagai golongan .di kalangan

ahli-ahli profesional, malah wakil-wakil dari Kerajaan Negeri dan

Kerajaan Pusat turut, seperti Perbendaharaan dan agensi-agensi pusat

yang lain juga turut dilantik.

Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat dari Arau dan juga Jerai mengenai peranan. PKK, inginlah

saya menerangkan, memanglah pada suatu ketika dulu, pada peringkat

awalnya, PKK ada memainkan peranan membimbing dan menolong

kontraktor bumiputera menyelesaikan masalah-masalah yang mereka

hadapi. Tetapi oleh sebab golongan jumlah pendaftaran kontraktor

itu begitu besar dan adalah lebih penting untuk meneliti pelaksanaan

projek yang dijalankan oleh kontraktor-kontraktor berdaftar

berasaskan kepada prosedur ataupun arahan-arahan baru, khususnya,

daripada Perbendaharaan yang telah minta supaya PKK mengambil

tindakan berasaskan kepada Arahan Pekeliling Perbendaharaan kepada

projek-projek yang tidak dapat dijalankan oleh kontraktor-kontraktor

yang berdaftar ini.

Oleh yang demikian, tugas dalam hal ini, iaitu untuk menumpu

kepada urusan-urusan dan hal ehwal yang berkaitan dengan pendaftaran

dan juga untuk menentukan monitoring ke arah pelaksanaan prestasi

kontraktor-kontraktor ini adalah jauh lebih penting, teratamanya,

memandangkan bahawa jumlah bilangan mereka ini adalah besar seperti,

kalau mengambil contoh, tadi Yang Berhormat dari Jerai ada

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

D R . 1 5 . 1 2 . 9 2 -56-

menyebutkati tentang kes yang berlaku di Kedah dan saya harap perkara

ini dapat dilaporkan secara rasmi dan bertulis untuk siasatan lanjut

di jalankan.

Dalam kategori F sahaja, jumlah bumiputera yang mendaftar

secara aktif adalah sebanyak 10,175 dan bukan bumiputera adalah

sebanyak 10, 175. Tetapi mengikut keseluruhan jumlah kontraktor

bumiputera daripada Kelas A sarapailah ke bawah, kita ada sejumlah

sebanyak 13,353 yang semuanya harus mematuhi kepada syarst-syarat

mereka berdaftar. Dan oleh kerana walaupun rasanya pihak PKK tidak

mengambil tindakan secara melulu kerana dikarakan bahawa mesti

memahami dan sebagainya, tetapi urusan-urusan utituk memberi bantuan

dan juga memberi pertolongan ataupun khidmat nasihat kepada

kontraktor-kontraktor bumiputera ini sebenarnya dilaksanakan oleh

bahagian ataupun agensi-agensi lain di dalam Kementerian Perusahaan

Awam.

Namun demikian, untuk maklumaa Ahli-ahli Yang Berhormat,

sebenarnya tindakan yang diambil oleh PKK selepaa raendapat laporan

daripada agensi pelaksana, biasanya menghantar 'show-cause letter'

untuk mendapat penjelasan tentang aduan-aduan yang dibuat biasanya

oleh agensi pelaksana. Jadi, sekiranya PKK menerima' jawapan, PKK

akan merujuk balik kepada agensi-agensi pelaksana dan jika tidak

menerima jawapan, sebab itulah Seksyen Kontrak dan Penguatkuasaan

akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk keputusan.

Jangka masa biasanya lama dan sebab-sebab biasanya jumlah kontraktor

bumiputera ini disenarai-hitamkan adalah salah satunya memajakkan

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -57-

ataupun menyalahgunakan peluang ataupun meng"Ali-Baba'kan yang cuba

kita atasi. Tetapi yang biasanya kita ingin menghintari ialah

masalah-masalah kelewatan projek, terutamanya dalam keadaan. projek

itu penting untuk disiapkan, tidak mencukupi modal pusingan, itu

sudah menjadi asas pertimbangan untuk syarat-syarat' pendaftar

sebagai kontraktor. Tiada mempunyai pekerja mahir dan profesional,

walaupun kadang-kadang pada asalnya, dalara permohonan untuk

dipertimbangkan sebagai kontraktor pendattar, sudah tersenarai

pekerja-pekerja raahir dati profesional. Tetapi kadangkala selepas

siasatan, tidak tulen maklumat itu ataupun mengakibatkan kepada

penjejasan pelaksanaan projek-projek.

Jadi, perkara-perkara ini sudah menjadi tanggungjawab PKK dan

terpaksalah PKK melakukannya walaupun dalam usaha kita menggalakkan

jumlah jurubina ataupun koutraktor-kontraktor ini menjadi salah satu

matlamat untuk turut menyumbang kepada matlamat mewujudkan

masyarakat perdagangan dan perindustrian tetapi tidaklah untuk

menjejaskan prestasi dan atas nama pengusaha bumiputera itu sendiri.

Berkenaan dengan program usahawan kecil, inginlah saya jelaskan

bahawa sebenarnya RM5 juta yang disediakan itu adalah untuk

pembangunan ruang-ruang bagi peniaga-peniaga kecil seluruh negara

ataupun untuk melengkapi keperluan-keperluan peniaga mendapat

tempat-tempat perniagaan. Dan program-program yang dirancang akan.

melibatkan golongan-golongan seperti usahawan-usahawan yang

dikenalpasti berpotensi ataupun prausahawan belum hendak menjadi

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -58-

usahawan tetapi kita rasa besarlah kemungkinan akan menjadi usahawan

yang berdaya-maju ataupun. di kalangan golongan usahawan yang akan

mula berniaga serta termasuk usahawan-usahawan yang wanita.Juga

program ini ataupun program yang dikatakan Program Pembangunan

Usahawan ini, Kementerian telah juga turut mengendalikan Program

Usahawan Muda di 29 buah sekolah di seluruh Malaysia dengan bilangan

penuntut yang terlibat seramai 2,320 orang penuntut. Dan bagi tahun

1993 nanti, 19 buah sekolah MRSM dalam Kementerian akan turut

terlibat dalam program ini.

Dalam program usahawan siswa pula, Kementerian juga telah

mengadakan program-program di universiti-universiti dan pusat-pusat

pengajian tinggi sehingga kini sebanyak 7 buah utiiversiti yang

terlibat dengan jumlah peserta sebanyak 2,084 peserta.

Kementerian akan juga mewujudkan program yang sama dalam tahun 1993.

Bagi Pinjaman Dsahawan Kecil, program ini diwujudkan bagi

membiayai program siswazah menganggur dan disertai sebanyak RM55,000

setiap peserta. Tetapi memandangkan bahawa program siswazah

menganggur ini telah tidak mendapat sambutan yang diharapkan, maka

program ini terpaksa ditangguhkan tetapi akan diwujudkan balik

apabila dapat diselaraskan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -59-

Berkenaan dengan perkara yang dibangkickan mengenai kawasan

perindustrian tadi, memanglah tujuan MARA melibat-serta dalam usaha

untuk menyediakan kawasan-kawasan kecil industri ini adalah untuk

memberi peluang kepada peringkat pengusaha-pengusaha pertengahan,

stnall scale industries (SMl). Kawasan-kawasan ini telah juga

dikenatpasti di tempat-tempat yang strategik seperti contohnya, di

Mukim Batu, Batu Caves. 'MARA juga sedang merancang kawasan-kawasan

yang sedemikian di tempat-tempat lain seperti di negeri Kelantan,

Terengganu, Pahang dan Perak dengan tujuan untuk menjadikan pusat

kawasan KIK ini bukan hanya sekadar memberi peluang kepada

pengusaha-pengusaha pertengahan tetapi untuk dijadikan rangkaian

mereka berusaha-sama dengan pengusaha-pengusaha kecil yang lain

dalam sekitaran industri ringan ataupun di dalam sekitarannya

perkembangan kawasan-kawasan industri ringan.

Berkenaan dengan perkara mengenai UDA yang telah dibangkitkan

oleh Ahli Yang Berhormat dari Arau dan juga Jerai, pertanyaan Yang

Berhormat dari Arau mengenai Kompleks Pertama..,,...

Tuan Ahraad bin Nor: [Bangunl

Tuan Pengerusi: Ya, Bayan Baru bangun, Yang Berhormat.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Ya.

Tuan Pengerusi: Hendak beri jalan atau tidak?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Berkenaan dengan

apa itu?

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR. 15.12.92 -60- -

Tuan Pengerusi: Nanti boleh tanyalah.

Tuan Ahmad bin Nor: Berkenaan dengan MARA,

Dato' Dr.Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: MARA

Tuan Ahmad bin Nor: Sebelum melangkah ke UDA.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman:Ya, boleh saya

pergi ke MARA dahulu.

Tuan Ahmad bin Nor: Tuan Pengerusi, bolehkah saya diberi

jalan? [Ketawa] Tuan Pengerusi, saya ingin tahu tentang perkara

yang telah saya bangkitkan berhubung dengan VARA dan satu perkara

yang penting yang telah saya bincang dengan panjang lebar berhubung

dengan pembelian 450 keahlian Kelab Golf Rahman Putra. Jadi, saya

ingin tahu bagaimanakah Yang Berhormat Menteri Perusahaan Awam telah

bersetuju dengan pembelian keahlian kelab itu dengan harga RM62,500

bagi setiap ahli yang jumlahnya bernilai PMl.25 juta.. Saya hendak

tahu setakat manakah pihak BPB telah menyiasat kes ini? Siapakah

yang telah dipanggil untuk disoalsiasat? Apakah pendirian

Kementerian berhubung dengan MARA membenarkan Syarikat MARA Holdings

Sdn. Bhd. menyalahgunakan wang yang telah diperuntukkan oleh

tujuan-tujuan mengikut objektif MARA sendiri yang telah dijelaskan

oleh Timbalan Menteri? Terima kasih.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Pengerusi,

mengenai perkara keahlian Kelab Golf, saya difahamkan urus-jualan

keahlian kelab golf oleh MARA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) dijangka

dapat diselesaikan pada bulan Mac, 1993. Walau bagaimanapun,

mengenai pendakwaan berlakunya penyelewengan menjual-beli ini,

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -61-

Kementerian difahamkan bahawa BPR sedang membuat penyiasatan

mengenai kes pembelian keahlian kelab golf dan pihak Kementerian

bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam sebarang

siasatan yang diperlukan. Jadi, cukuplah yang itu, Yang Berhormat.

Kita benarkan supaya perkara siasatan dijalankan.

Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan semalam oleh Yang

Berhormat dari Arau berkenaan dengan Kompleks Pertama. Ingin saya

maklumkan bahawa pada masa kini UDA memiliki 29% harta di blok

podium dan Syarikat Pertama Enterprise 4% dan bakinya dimiliki oleh

pemilik-pemilik individu. Sebenarnya harta UDA di blok podium

adalah terletak di tingkat bawah dan di tingkat satu dipanggil Bazar

Pertama; dan di tingkat tiga yang mana kesemuanya adalah menghadap

Jalan Raja Laut. Kesemua ruang niaga di Bazar Pertama telah

disewakan kepada penyewa-penyewa bumiputera kecualinya kepada hanya

dua penyewa bukan bumiputera. Jumlah penyewa ialah seramai 52 orang

penyewa. Oleh yang deraikian, UDA tidak memiliki sebarang ruang

niaga yang terletak berhadapan dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan

pemiliknya adalah dimiliki oleh individu-individu.

Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan mengenai UDA yang

diminta supaya tidak hanya meneruskan fungsinya untuk menyusun

semula masyarakat di bandar. Sebenarnya, Rancangan Pembangunan

Bandar dan Pembangunan Semula Bandar bukanlah setakat di

bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Sebenarnya, ada

peruntukan yang disediakan sebanyak RM56 juta secara pinjaman bagi

membiayai projek-projek yang sudahpun diberi keutamaan untuk

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

---·-·------

DR.LS.l2.92 -62-

dilaksanakan dalam tempoh Rancan6an Malaysia Keenam. Ada di

antaranya di Bandar Baru Green, Ip oh; di Pulau Pinan6 dan ju6a di

tap.-ik bekas ~ • .rnpita l di Kuan tan se lain darip-11.'1 yang ada di Ja lan

Tun H. S. Lee di Kuala· Lumpur ini. Peruntuk.'.!-: terscbut hanyalah

untuk membiayai sebaha6ian daripada keperluan p-=mbangunan UDA oleh

kerana Ul)A cuba menampung sebahagian daripada keperluan

perbelanjaannya melalui kewangan dalamannya.

Namun demikian, projek-projek yang akan dilaksanakan sebenarnya

adalah bersif at sosio-ekonomi di mana UDA terpaksa memastikan dahulu

bahawa projek-projek yan6 berkenaan akan memberi faedah kepada

bumiputera. Sungguhpun demikian, seberapa yang boleh UDA akan

menentukan bahawa projek-projek yang diban6unkan itu akan mendapat

sedikit keuntungan di samping dapat juga melaksanakan matlamat

sosialnya. •

Saya ingat. itulah sahaja yang dapat saya memberi penjelasan

berkenaan dengan perkara-perkara yang diban6kitkan. Saya ingin

mengucapkan berbanyak terima kasih dan juga beberapa pandangan yang

telah diberikan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan ingatan-ingatan

ten tang beberapa perkara akan diambil perhatian dan tindakan o leh

Kementerian. Terima kasih.

Tuan Peugerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah

bahawa wang sejumlah RM90,741,700 untuk Maksud B.50 di bawah

Kementerian Perusahaan Awam j adi sebahagian daripada Jadual

hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM90,741,700 untuk Maksud B.50 diperintahkan jadi

sebahagian daripada Jadual.

...

e

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -63-

Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak

RM26l,587,020 yang disebutkan untuk Waksud P.50 dalam Anggaran

Pembangunan bagi tahun 1993 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.

Wang sebanyak RM261,587,020 untuk Maksud P.50 diluluskan jadi

sebahagian daripada Anggaran Pembangunan, 1993.

Maksud B.51 [Jadual] -Maksud P.51 [Anggaran Pembangunan, 1993]-

Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.51 dan P.51 di bawah

Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas. Ya, Padang Terap.

4.17 ptg.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar [Padang Terap]: Terima

kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 di

bawah tajuk Politik dan Penerangan. Seterusnya, Butiran 030200 di

bawah tajuk Ekonomi Antarabangsa sekaligus kerana ianya ada kaitan

dengan apa yang hendak saya hujahkan.

Tuan Pengerusi, pertama sekali ingin menyentuh mengenai dengan

EAEC yang mana di dalam jawapan kepada Soalan Mulut yang saya buat

tadi yang diberi jawapannya oleh Setiausaha Parlimen Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengatakan bahawa EAEC tidak

akan cuba menubuhkan sekretariatnya di atas alasan bahawa ianya

hanya satu kumpulan perundingan. Tetapi dalam jawaparmya juga

beliau mengatakan bahawa APEC adalah satu perkumpulan sebegitiu iaitu

satu perkumpulan perundingan dan ditubuh sekretariat. Oleh itu,

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR. l5.12.92 -64-

kalau mengikut logiknya, jikalau APEC sebagai satu kumpulan

perundingan boleh tubuh sekretariat, mengapa tidak EAEC menubuhkan

sekretariat.

supaya mengambil inisiatif untuk menubuhkan sekretariat EAEC kerana

ini akan, dengan izin, mengconcretizekan kedudukan EAEC sebagai satu

wawasan daripada aegara kita yang mana tanpa sekretariat walau

sekecil mana sekalipun, ianya tidak akan berkesan di dalam usaha

untuk mengadakan caucus ini.

Tuan Pengerusi, perlu diingat bahawa di dalaa hal ini kita tahu

mahu tidak mahu EAEC akan menjelma sebagai satu blok. Mahu tidak

mahu jikalau mengikut trend perdagangan dan trend pembaaguaan

ekonomi dunia sekarang ini, dalam masa lima tahun kemungkinan EAEC

terpaksa dijadikan economic bloc memandangkan bahawa NAFTA dan

lain-lain. lagi usaha-usaha untuk mewujudkan institusi perlindungan

perdagangan oleh negara-negara yang sedang berlumba untuk

mendapat pengaruh perdagangan di dunia ini.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -65-

Tuan Peagerusi, kita mesti ingat bahawa zaman ini adalah zaman

peperangan perdagangan. Tidak ada lagi 'cold-war' tetapi yang

menjelma ialah satu senario peperangan perdagangan antarabangsa yang

habis-habisan yang akan dilakukan khususnya selepas pencapaian

Perjanjian GATT - Uruguay Round yang pada masa ini sedang di dalara

proses peringkat terakhir selepas Amerika dan EEC bersetuju dalam

hal subsidi pertanian.

Tuan Pengerusi, lagi sekali dalam hal ini mengenai EAEC, saya

ingin pihak Keraenterian memberikan penerangan yang lebih lanjut

mengenai pendirian Jepun terhadap EAEC. Walaupun Yaag Berhormat

Menteri Luar telahpun menjawab mengatakan bahawa pihak Jepun tidak

menyokong EAEC di dalam satu Kertas Putih yang dikeluarkan baru-baru

ini, tetapi saya sebagai seorang pemerhati perkembangan ekonomi

antarabangsa, saya dapati bahawa apa yang berlaku sekarang ialah

dalam keadaan, dengan izin, a state of ambiguity yang mana pada satu

pihak, satu Kertas Putih yang merupakan kertas dasar oleh Kerajaan

Jepun tidak menyokong EAEC tetapi di satu pihak lagi, iaitu pihak

Menteri Luar Jepun mengatakan beliau raenyokong EAEC. Bolehkah pihak

Kementerian mengulas lebih lanjut kerana pada masa ini keadaan

ambiguity ini membawa banyak kekeliruan kepada pemerhati-pemerhati

dalam negara.

Saya tahu bahawa pihak Jepun pada masa ini sedang mengambil

pendirian yang berhati-hati, cautious, dengan izin. Tetapi

sekurang-kurangnya ' kita perlu mendapatkan satu pendirian yang

tidak akan menahan proses concretisation, dengan izin, EAEC ini

diadakan.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.t~.12.92 ·-66-

Tuan Pengerusi, satu lagi perkara di bawah dua Butiran ini,

s.:1ya ingin merujuk kepada soal Jawatac\..lasa Pengkaj ian Sempadan di

an:ara Malaysia/Thailand yang baru-bar·_, i.ni mer.;.;a<lakan pers idangan- • ny1.1 Ji Langkawi, iaitu supa.ya m~:<:iJ,ambL ~ira per.-.i:· anguna.n-pembangunan

• ekonomi di kedua-<lua belah sempad::.:., Malaysia/Thailand. Sa tu

perkara spesifik yang saya ingin mec·v1.sukkan di dalam perbincangan • •

ini ialah ·pembangunan di sebelah perh;i::asan di antara Thailand dan

Malaysia, di kawasan Durian Burung iaitu di kawasan Padang Terap,

kawasan saya.

Kawasan Durian Burang adalat; satu kawasan yang dahulunya

merupakan kawasan perhubungan traditional di antara Kedah dengan

Pattani. Orang-orang Kedah dan Pattani datang berdagang melalui

pusat ini, iaitu yang dipanggil nama tempatnya Durian Burung, Mukim

Tunggal Kiri, kaJau saya tidak salah, daerah Padang Terap yang pada

tahun 1955 keseluruhan kawasan itu dikosongkan melalui satu strategi

Hamlet yang dibuat oleh Templer di zaman darurat di dalam mengatasi

ancaman komunis militan dalam tahun 1955 yang mana rumah-rumah,

jelapang padi orang-orang kampung dibakar ha.bis oleh tentera British

dan orang-orang kampung di situ dibawa untuk ditempatkan semula di

kawasan a.pa yang dipanggil sekarang Padang Sanai, dekat dengan Kuala

Nerang.

Pada masa sekarang dengan terhapusnya ancaman komunis, perlulah

pihak Kerajaan khususnya Kementerian Luar dan juga Kementerian Dalam • I

Negeri mengambilkira supaya kawasan ini dapat dibuka semula kerana

pada masa ini penggunaan entry point ini digunakan secara ha.ram -

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -67-

wujud smuggling, dengan izin, dan juga pelarian-pelarian daripada

proses undang-undang menggunakan jalan itu. Yang pentingnya ialah,

kawasan yang tepian dan jiran di serapadan Durian Burung di sebelah

Thailand telahpun d i b a n g u n k a n , infrastruktur-infrastruktur

telahpun diwujudkan. Pada hal kawasan di sebelah Malaysia masih

lagi hutan dan juga masih digunakan sebagai pengkalan tentera kita

patrol ataupun berjaga-jaga di situ. Andainya kawasan Durian Burung

di Padang Terap ini dibuka, saya pasti kos perbelanjaan untuk kita

menjaga negara daripada kegunaan penyeludupan dan juga pelarian

daripada proses undang-undang akan lebih rendah kerana kita boleh

menggunakan pembangunan di situ sebagai penapis terhadap

kejadian-kejadian ini.

Tuan Pengerusi, akhir sekali saya ingin membangkitkan khususnya

dalam Program 030200 - Ekonomi Negara, iaitu peranan Kementerian

khususnya melalui kedutaan-kedutaan kita di luar negeri di dalam

hal-hal mempertahankan usaha-usaha untuk mensabotaj ekonomi negara

kita, khususnya di dalam kempen anti kayu tropika dan juga kempen

anti barang-barang keluaran kita. Di dalam ucapan menyentuh

Kementerian lain dahulu, ada saya sebutkan iaitu apabila pihak

Parlimen Austria meluluskan bil tnengenai eco labelling, boleh

dikatakan seraua delegasi-delegasi kita di Eropah 'were taken by

surprise', dengan izin, kerana kemungkinan maklumat-maklumat yang

penuh tidak diberikan kepada mereka.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -68-

Di dalam hal ini saya ingin mencadangkan kepada Kementerian

Luar Negeri supaya mewujudkan satu unit khas khusus untuk

bekerjasama dengan MPIDC yang ditubuhkan di bawah Kementerian

Perusahaan Utama untuk mewujudkan kumpulan-kumpulan yang berasal

dari negara ini ataupun kumpulan-kumpulamdari negara-negara itu

sendiri untuk menjalankan, kalau boleh, overt dan covert action di

dalara usaha kita untuk membanteras sabotaj-sabotaj yang dibuat

secara halus oleh negara-negara Barat yang ingin mempertahankan

barang-barang pengeluaran mereka.

Kalaulah ini dilakukan, kemungkinan besar perkara-perkara yang

saya katakan tadi, iaitu kadang-kadang kita sendiri tidak tahu apa

yang berlaku di sana dan kita sendiri lebih bertindak sebagai

reactive, bukan proactive. Dengan adanya badan ataupun unit ini ,

kemungkinan besar kita dapat bertindak proactive dan kemungkinan

besar kita boleh raewujudkan persepsi-persepsi yang betul mengenai

usaha-usaha ekonomi kita untuk membangunkan negara melalui produk-

produk yang saya katakan tadi.

Dengan itu, saya menyokong, terima kasih.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 69 -

Tuan Pengerusi: Kepong.

4.30 ptg.

Dr Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, saya hendak

menyentuh 030000 - Ekonorai dan Kerjasama Serantau, termasuk 030100,

030200 dan 020000 dengaa sekaligus.

Tuan Pengerusi, yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang

Terap tadi mengenai EAEC adalah satu point yang relevant mengenai

keperluan untuk mengadakan Kumpulan Ekonomi Perunding yang disyaki

oleh Amerika Syarikat sebagai satu blok ekonomi. Sampai sekarang

pihak Amerika Syarikat belum lagi menerima hakihat bahawa EAEC akan

dilaksanakan di rantau Asia. Walau bagaimanapun, adalah perlu bagi

pihak Kementerian untuk mempertingkatkan usaha bagi memujuk, bagi

mengkaji dan menggalakkan pihak Amerika Syarikat untuk menerima hal

ini, kerana kalau kita meninjau, meneliti keadaan NAFTA (North

American Free Trade Area), kita dapati ini merupakan satu blok -

memang satu blok ekonomi.

Walaupun pihak Amerika Syarikat telah berkali-kali mengatakan

bahawa NAFTA bukan satu blok, hanya satu persatuan di mana free

trade, perdagangan bebas akan digalakkan dengan sepenuhnya. Tetapi

kalau kita meneliti dalara perjanjian, mungkin kita boleh dapati

bahawa ada syarat-syarat dalam NAPTA di mana syarikat-syarikat di

Malaysia misalnya di luar daripada Amerika, kalau hendak menyertai

aktiviti perdagangan mesti memenuhi syarat-syaratnya. Misalnya,

kalau kita buka kilang di Mexico, komponennya mestt didapati mungkin

50%, 60%, 70% daripada Amerika Syarikat, dan inilah yang dimakna

yang disebutkan sebagai free trade, perdagangan bebas.

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR 15.12.92 - 70 -

Jadi, adalah perlu bagi pihak Kementerian Luar Negeri untuk

mengkaji dengan lebih teliti apakah yang disebutkan sebagai NAFTA.

Dan bagaimana NAFTA akan menjejaskan perdagangan Malaysia dengan

negara-negara di dalam NAFTA, Ini satu keperluan yang saya tidak

pernah dengar di dalam Dewan yang mulia ini, penjelasan daripada

Kementerian Luar Negeri ataupun Kementerian Perdangan Antarabangsa

dan Industri mengenai NAFTA. Ini perlulah bagi pihak Kementerian

berbuat demikian supaya untuk kepentingan perdagangan Malaysia akan

dipelihara dengan tepat,

Tuan Pengerusi, mengenai satu perkara lagi iaitu AFTA (Asian

Free Trade Area). Kalau tidak silap, minggu lepas ada satu

mesyuarat di Jakarta mengenainya. Saya bimbangnya, Tuan Pengerusi,

perdagangan di antara negara-negara ASEAN jumlah tak sampai 20% -

mungkin 18% sahaja, jumlah perdagangan negara-negara ASEAN. Ini

merupakan satu peratusan yang rendah. Pada tahun 1985 peratusannya

20% jumlah perdagangan ASEAN. Tetapi sekarang turun 2%, 3%. Ini

menunjukkan aktiviti yang dimainkan oleh Kementerian Luar Negeri di

rantau ASEAN ini adalah tidak,memuaskan dari segi memujuk dan tneng-

galakkan dan mempertingkatkan perdagangan di antara ASEAN.

Walaupun ada CEPT dan ada usaha untuk mengurangkan tarif di

antara negara-negara ASEAN. Malaysia tarifnya bukan tertinggi.

Yang tertinggi itu misalnya di Filipina, di Thailand, di Indonesia

- yang sangat tinggi, Dan disebutkan bahawa pada 2008 diharapkan

peratusan tarif akan dikurangkan kepada 5%. Kalau inilah tujuannya,

saya nampak setakat ini belura lagi diumumkan satu senarai keluaran

yang komprehensif, comprehensive product list, tidak diumumkan. Ini

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 71 -

merupakan satu keleraahan. Bagaimanakah hendak kita capaikan

matlamatnya kalau senarai seperti ini belum lagi diumumkan? Dan

yang kedua, satu jadual untuk mengurangkan tarif ini pun tidak

diumumkan. Kedua-dua ini merupakan satu kelemahan di dalam usaha

untuk mengadakan satu CEPT yang efektif dan juga untuk mencapai

matlamat menjadikan rantau ini sebagai AFTA.

Saya berharap pihak Kementerian mengambil perhatian mengenai

kelemahan-kelemahan yang telah sentuh tadi. Bolehkah Yang Berhormat

terangkan satu jadual bagi Malaysia kerana saya nampaknya sejak

Belanjawan pada 30hb Oktober, ada usaha-usaha untuk mengurangkan

berapa item, berapa barang tarif dan cukainya terraasuk lebih 600

barang dikurangkan cukainya? Ini satu langkah yang betul dari pihak

Malaysia, tetapi di negara-negara lain di ASEAN itu tidak nampak

lagt.

Tuan Pengerusi, memandangkan masa yang begitu singkat, saya ada

satu perkara di mana saya berharap pihak Kementerian dapat memainkan

peranan yang lebih positif. Setakat ini saya tidak narapak ada peng-

umuman untuk meraberi bantuan kepada pihak Indonesia kerana gempa

bumi dan ombak raksasa yang memusnahkan beberapa kawasan di Pulau

Flores . Ini merupakan satu letupan gunung berapi yang besar juga,

tidak sebesar Gunung Berapi Krakatua.

Beberapa Ahli: Gempa.

Dr Tan Seng Giaw: Gempa ya.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat. . .

Dr Tan Seng Giaw: Satu gempa bumi.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, sila teruskan.

Dr Tan Seng Giaw: Dia hendak celah sinilah.

Tuan Pengerusi: Jikalau dia celah pun janganlah beri perhatian.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92

Dr Tan Seng Giaw: Saya tak beri perhatian. Cuma....

Tuan Pengerusi: Sila teruskan.

Dr Tan Seng Giaw: .....untuk menjaga kesopanan Dewan Rakyat

ini, saya [Ketawa] .....Kementerian Luar Negeri mesti memainkan

peranan yang lebih positif, Kita mungkin memperuntukkan beberapa

juta untuk membantu mangsa gempa bumi dan ombak raksasa di Pulau

Flores menunjukkan sikap pendirian kerjasama negara Malaysia

terhadap Indonesia untuk membantu mangsa-mangsa rakyat Indonesia

menghadapi kesusahan bencana alam.

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 73 -

Ini menunjukkan satu sikap yang sihat, yang positif, yang

sungguh baik untuk menunjukkan begitu bersedianya untuk memberi

pertolongan dan kerjasama kepada negara jiran kita di dalam hal-hal

memelihara kepentingan rakyat.

Itulah sahaja yang hendak saya ucapkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Maran.

4.41 ptg.

Dato' Haji Mohamad bin Abdullah [Maran]: Tuan Pengerusi, saya

ingin merujuk kepada Butiran 010000, Prograra 010100 - Pentadbiran

dan Kewangan,

Di Kementerian Luar Negeri sudah barang tentu mempunyai

beberapa bahagian di dalam pentadbiran Kementerian itu sendiri bagi

menentukan urusan perjalanan Kementerian berjalan dengan baLk.

Tetapi, ada satu perkara yang penting, yang perlu Kementerian

yang berkenaan mengambil perhatian ialah mengenai Jabatan ataupun

Bahagian Undang-undang. Sebab, Kementerian Luar Negeri ini adalah

menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan luar negara, yang mahu

tidak mahu kadangkala terlibat terus dengan undang-undang. Undang-

undang ini adalah undang-undang antarabangsa. Jadi, kalau sekiranya

perkara-perkara yang berlaku dengan undang-undang, di mana-mana

sahaja dan juga di Bangsa-bangsa Bersatu, sudah barang tentu kita

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 74 -

perlu merujuk kepada undang-undang sama ada keputusan yang kita

hendak buat itu betul dengan kehendak undang-undang itu sendiri.

Jadi, kalau sekiranya kita tidak ada Pegawai Undang-undang yang

tertentu, bagaimana kita hendak memutuskan perkara itu dengan cepat.

Jadi, buat masa ini sebagaimana saya difahamkan terpaksa merujuk

kepada Jabatan Peguam Negara yangmana Peguam Negara juga menjalankan

tugas yang begitu sibuk. Kadangkala terpaksa pihak Pegawai yang

kurang mahir dengan undang-undang mengambll keputusan yang

tersendiri dan tidak menepati yang dikehendaki oleh undang-undang

itu sendiri.

Jadi, pada pendapat saya memang elok sekali sekiranya

Keraenterian ini mengwujudkan Jabatan Undang-undang tersendiri

ataupun Bahagian Undang-undang supaya boleh melicinkan lagi

perjalanan Kementerian ini dari masa ke semasa.

Tuan Pengerusi, perkara yang kedua, yang hendak saya bangkitkan

ialah kalau merujuk kepada Buku Prestasi ini, kita kedapatan bahawa

lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana

Menteri serta juga Menteri Luar Negeri dan Timbalan Menteri Luar

Negeri ada dinyatakan. Contohnya, Anggaran Belanjawan tahun 1992

ialah 6 lawatan bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, 4 lawatan

Timbalan bagi Perdana Menteri dan 21 lawatan Menteri bagi

Luar Negeri dan Timbalan Menteri Luar Negeri.

Saya ingin penjelasan daripada enam ini bagi Perdana Menteri

dan empat bagi Timbalan Perdana Menteri dan 21 bagi Menteri Luar

Negeri, adakah telah membuat lawatan-lawatan tersebut dan ke

negara-negara mana. Bagi Anggaran Be1anjawan tahun 1993,

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 75 -

lawatan mereka ini ialah:

Perdana Menteri - 8;

Timbalan Perdana Menteri - 35;

Menteri Luar Negeri dan timbalan Menteri Luar Negert - 35;

Bolehkah pihak Menceri memberikan gambaran ataupun jangkaan•

negara-negara mana yang akan dilawati?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 00100

mengenai Pejabat-pejabat dan Bangunan-bangunan di Seberang Laut.

Kebanyakan Pejabat-pejabat Kedutaan dan sebagainya bagi negara kita

menyewa bangunan-bangunan tertentu di negara yang kita mempunyai

kedutaan dan sebagainya. Dalam jangka panjang, apabila kita menyewa

sudah tentu kita akan raenggunakan kewangan yang banyak, kalau

beberapa tahun sekiranya kita akan membelanjakan berjuta-juta

ringgit wang. Jadi, adakah Kerajaan bercadang supaya membeli

bangunan-bangunan tertentu bagi kegunaan Kedutaan? Kalau sudah

membeli setakat ini, berapa banyakkah kedutaan-kedutaan kita telah

membeli bangunan pejabat sendiri di luar negara?

Begitu juga di Malaysian Consulate ataupun di Pajabat

Perwakilan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang mana

kita menyewa sebuah bangunan telah beberapa lama. Walaupun, ura-

uranya kita hendak membeli sebuah bangunan yang lain untuk kegunaan

seterusnya, tetapi saya difahamkan sehingga sekarang kita belum mem-

beli lagi bangunan itu. Bunyi-bunyinya telah ada rundingan untuk

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.13.12.92 - 76 -

membeli sebuah bangunan untuk dijadikan Psjabat.

Jadi, saya ingin tahu daripada Kementerian yang berkenaan,ada

kah benar kita akan membeli

pejabat kita di New York dan bilakah bangunan ini akan dibeli.

Selain daripada itu, saya juga mengambil kesempatan untuk mem-

beritahu bahawa pekerja-pekerja di Pejabat Perwakilan, Malaysia di

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun kakitangannya amat kurang.

Pada masa-masa tertentu mereka terpaksa bekerja labih siang dan

malam. Ini kita perlu beri perhatian supaya kita menambah lagi

kakitangan kita supaya mereka jangan sampai ketika mana mereka talah

terlalu penat sehinggakan tidak dapat menghasilkan kerja yang baik.

Jadi, kalau. kita menambah kakitangan itu, kita berdasarkan

kepada pengeluaran hasil daripada yang dilakukan oleh pegawai itu.

Jadi, kalau sekiranya kerja itu terlalu banyak, sudah barang tentu

hasil dan mutu pekerjaan mereka akan menurun. Sebab itulah kita

perlu menambah kakitangan di tempat ini bagi menentukan kerja-kerja

kita di masa yang akan datang berterusan.

Di Bangsa-bangsa Bersatu, memanglah pegawal-pegawai kita

sentiasa berurus dengan negara-negara lain, melobi bermacam-macam,

Jadi, kadangkala kita tidak menentukan masa, bukan masa pejabat

sahaja kita berjumpa dengan pegawai-pegawai atau kedutaan-kedutaan

lain, tetapi kita perlu di luar masa pejabat bagi menemui mereka,

bagi menentukan hasrat negara kita untuk melobi sesuatu perkara itu

boleh berhasil, Sebab itu elok sekalilah Kementerian ini menambah-

kan kakitangan kita di Pejabat Perwakilan Malaysia di Pertubuhan

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15 .12 .92 - 77 -

Bangsa-bangsa Bersatu. Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Batang Lupar.

4.49 ptg.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Tuan Pengerusi,

saya ingin bercakap di bawah Maksud Bekalan 51, di bawah Butiran

010000, Program 010200 - Perhubungan dan Keselamatan.

Tuan Pengerusi, kalau kita pandang keadaan dunia pada raasa

sekarang ini, walaupun perang d ingin telah tamat, tetapi apa yang

kita pandang, pertelingkahan sempadan masih berleluasa. Kita nampak

peperangan di negeri-negeri CIS selepas negara Soviet Union. Kita

nampak pertelingkahan di Indo-China, di Cambodia, pertelingkahan di

Palestine, pertelingkahan Iran/Iraq dahulu dan banyak lagi per-

telingkahan di antara negara-negara di dunia ini berlaku..

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.14.12.92 -78-

Tetapi, tidak dapat dinafikan apabila pertelingkahan berlaku, ada

negara-negara yang besar, terutama nagara-nagara penjual senjata,

umpamanya negara Amerika,United Kingdom dan negara-negara Eropah,

yang meraih keuntungan yang begitu banyak sekali. Umpamanya, di

dapat peperangan Gulf Conflict,satu perbincangan di antara Menteri

Great Britain dengan Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Puan

Margaret Thatcher, kalau Gulf war tidak berlaku, kemungkinan

penjualan senjata yang berjumlah $20 bilion ke Gulf, mungkin tidak

berlaku juga. Bahkan pihak-pihak yang tertentu, seperti Amerika

telah menafikan tentang pengetahuan mereka bahawa perselisihan

sempadan di antara Iraq dengan Kuwait akan menjadi satu peperangan

yang besar. Ini juga telah memberi keuntungan yang begitu besar,

iaitu sehingga RM45 bilion kepada pihak Amerika. Ini bermakna,

peperangan yang berlaku di sana-sini, sepertt di Gulf, di Timur Jauh

dan di mana-mana sahaja, adalah menjadi satu keuntungan yang amat

sangat kepada negara penjual senjata.

Jadi, berlandaskan ini, pada suatu ketika dahulu, Malaysia

telah mengajukan satu cadangan untuk pendaftaran senjata dan pen-

daftaran pembinaan senjata di dunia. Jadi, persoalan yang saya

hendak bangkitkan di sini ialah macam manakah penerimaan negara-

negara peugeluar senjaca di atas cadangan Malaysia untuk mendaftar-

kan semua pembinaan-pembinaan senjata dan pengeluaranpengeluaran

senjata di seluruh dunia? Itu soalan yang pertama saya bangkitkan.

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.14.12.92 -79-

Saya ingin berpindah kepada Butiran 02000 - Politik dan

Penerangan. Sebagaimana yang kita ketahui, Kepulauan Spratly telah

menjadi satu rebutan atau tuntutan kepada enam buah negara iaitu

negara China, Vietnam, Taiwan, Filipina, Brunai, Singapura dan

negara kita. Kepulauan yang berkenaan adalah berdekatan dengan

kepulauan Paracel yang mempunyai tidak kurang daripada 200

kepulauan-kepulauan kecil dan batu karang yang dipercayai kaya

dengan sutnber alam semulajadi. Pada satu ketika dahulu, pihak

Vietnam telah menghantar orang untuk mencari minyak di kawasan yang

tertentu, walaupun saya mendengar bahawa cerita ini adalah tidak

materialise, dan pihak China, semenjak tahan 1974 lagi telah tnembuat

serangan-serangan yang tertentu kepada pihak Vietnam iaitu pada

tahun 1974 - satu serangan dan pada tahun 1988 - satu lagi serangan

yang melibatkan kematian dan tenggelamnya kapal-kapal perang

Vietnam, daa di kebelakangan ini, iaitu pada bulan Mac, 1992 - kalau

tidak salah saya, pihak China celah membuat satu undang-undang yang

merangkumi semua Kepulauan Spratly dan Pulau Paracel, menjadi salah

satu daripada kejayaan China. Ini dengan sendirinya China tidak

menghirau sama sekali tuntutan-tuntutan oleh negara kita dan

negara-negara yang berkenaan seumpamanya, Filipina, Singapura,

Vietnam, Brunei dan sebagainya.

Dalam ketika yang sama, pihak Barat telah menjual satu pertiga

senjata-senjata kepada negara-negara yang pada masa sekarang

nampaknya telah mendapat satu masalah, iaitu masalah tuntutan kepada

kepulauan Spratly. Kalau tidak salah saya, kita menduduki 3

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.14.12.92 -80-

daripada Kepulauan Spratly, Vietnam - 8, China - 6 dan beberapa buah

untuk negara lzin - saya ingat,,. Brunei tidak ada. Jadi, kita ada

satu pertelingkahan sempadan dan pihak Barat menjual pula senjata

yang canggih, yang moden dan bulan membunuh beribu-ribu rakyat.

Jadi, dengan sendirinya kita nampak bahawa ada "the brokers of war"

di dunia ini di mana tujuannya tidak ada lain, ialah untuk "trade"

•dengan menjualkan senjata kepada pihak yang bertelingkah. Malaysia

juga bersetuju, bahkan saya sendiri ada membuat statement, yang

mengatakan kita mestilah menggunakan Pertubuhan Serantau untuk

mengatasi masalah serantau. Jadi, berdasarkan ini, persoalan saya

ialah, apakah formula-formula tertentu yang telah dibuat oleh pihak

Kerajaan kita kepada negara-negara ASEAN ,yang mana terlibat juga

dalam pertelingkahan. sempadan atau tuntutan Pulau Spratly ini?

Soalan yang kedua, saya dengar pihak Indonesia hendak menjadi

Area Manager, di kawasan Timur Jauh supaya jangan berlaku

pertelingkahan. Jadi, persoalannya, macam manakah penerimaan pihak

ASEAN dan pihak Vietnam dan China serta pihak lain yang tidak ada

terlibat dalam ASEAN terhadap cadangan-cadangan dan rumusan-rumusan

yang d ibuat oleh p ihak Indones ia dan apakah t indakan-t indakan

Indonesia pada ketika ini sudah tnendatangkan kesan? Supaya apa yang

berlaku di Barat, di Timur Tengah dan di negara-negara CIS, tidak

berlaku di Pulau Spratly, yang mana mungkin mendatangkan akibat yang

buruk kepada negara yang terdekat sekali, seperti Malaysia yang

jaraknya hanya 170 kra daripada sempadan Spratly dengan kepulauan

yang kita tuntut itu. Jadi, 'spill-over' daripada satu perteling-

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.14.12.92 -81-

kahan itu memang ada, terutama sekali dengan adanya strategi moden

(the current), yang kita anggap sebagai satu strategi militari yang

baik sekali iaitu 'pre-eraptive action', iaitu dengan memecahkan

kemudahan peperangan di negara-negara tertentu jauh keluar dari

kawasan pertempuran hendak diselamatkan. Itu soalan yang kedua.

Soalan yang ketiga yang saya ingin tanya ialah apakah peranan

ASEAN untuk membawa semua negara yang bertelingkah, berhubung dengan.

Kepulauan Spratly ini, supaya persoalan Kepulauan Spratly ini boleh

diselesaikan di atas meja perundingan dan ti-iak menerusi senjata.

Kita mesti ingat, undang-undang yang diluluskan oleh pihak China

pada bulan Mac, 1992 telah memastikan bahawa pihak China boleh

menguatkuasakan undang-undang itu dengan menggunakan senjata. Oleh

itu, dengan sendirinya Pulau Layang-layang yang kita duduki pada

masa sekarang juga sudah termasuk dalam sempadan negeri China, makna

kata ia adalah kepunyaan negeri China - iaitu di kawasan Nanyang,

Southeast Asia. Jadi, kita telah dengar iaitu Perdaaa Menteri

China, Li Peng, telah melawat ke Vietnam baru-baru ini dan melalui

percakapan-percakapan. yang dilaporkan, yang disebut oleh Perdana

Menteri China tersebut telah mempertunjukkan satu canda baik, yang

mana mereka mungkin bersedia untuk berunding. Kerana, jika berlaku

peperangan, ia adalah di antara China dengan Vietnatn dan kita

mungkin mendapat effectnya sahaja,

Jadi, dalam keadaan yang sedemikian, 'to strike while the iron

is still hot', saya ingat, apakah tindakan Kerajaan kita, ASEAN dan

pihak-pihak yang tertentti untuk mengatasi masalah ini supaya pihak

China boleh bersetuju dan pertelingkahan di antara China dengan

Vietnam boleh reda sedikit supaya persoalan Spratly ini boleh

diatasi. Dengan itu, Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Tuan Pengerusi: Tumpat. Selepas Arau, Menteri menjawab.

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -82-

5.00 ptg.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood [Tumpat]: Tuan

Pengerusi, Maksud Bekalan 51 iaitu 3.51 Kementerian Luar,mukasurat

259, Program 010000, 020000 dan 030000, saya mohon menyentuh secara

sekaligus.

Tuan Pengerusi, sepatutnya Malaysia akan memainkan peranan yang

penting di arena antarabangsa bagi mempengaruhi negara-negara

anggota terutama di kalangan negara-negara Islam yang menghadapi

masalah seperti di Somalia dan juga di Bosnia-Herzegovina dan

sebagainya. Tetapi apa yang saya lihat dan saya difahamkan bahawa

baru-baru ini di dalam Sidang OIC yang baru lalu, ternyata pihak

Yang Berhormat Menteri kita tidak menghadirkan diri ke sana. Bagi

saya ketidakhadiran Yang Berhormat Menteri Luar Malaysia ke Sidang

OIC yang baru lalu memberikan garabaran bahawa betapa tidak seriusnya

Malaysia dalam menangani isu-isu negara-negara umat Islam sekarang

ini, sedangkan Sidang OIC yang diadakan baru-baru ini adalah

merupakan satu sidang yang amat penting dan mustahak kerana banyak

isu-isu masalah umat Islam dengan negara Islam telah dipersoalkan.

Ketidakseriusan dalam isu ini dapatlah kita lihat misalnya

daripada sumbangan bantuan kita kepada negara-negara yang terlibat

atau umat-umat lslam yang terlibat misalnya bantuan kepada mangsa-

mangsa kebuluran yang sedang melanda di Somalia. Kerajaan kita

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -33-

hanyalah telah menyumbang sebanyak RM62,397.6l diberi di atas asas-

asas kemanusiaan.

Yang kedua, begitu juga bantuan yang diberi kepada Bosnia-

Herzegovina sebanyak RMl,284,550 bermakna US$0.5 juta, juga di atas

dasar kemanusiaan. Jika dibandingkan dengan bantuan itu, jauh lebih

kecil daripada bantuan yang pernah Malaysia beri kepada ANC sebanyak

sejumlah US$5 juta bersamaan dengan PM40 juta pada tahun 1990.

Selain daripada itu, Kerajaan telah juga membiayai sebahagian

daripada kos perbelanjaan pengurusan pejabat dan rumah Wakil ANC di

Kuala Lumpur sebanyak RM60,000 setahun sejak tahun 1991.

Tuan Pengerusi, di sini juga bukanlah bermakna saya menafikan

sama sekali peranan yang dimainkan oleh Walaysia dalam isu-isu Islam

di peringkat antarabangsa. Tidak salah kalau saya katakan bahawa

menangani isu-isu antarabangsa yang dialami oleh negara dan umat

Islam tidak lebih daripada sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja

dan semata-mata untuk menarik perhatian orang-orang Melayu dan umat

Islam dalam negara ini untuk memberi sokongan kepada Parti UMNO.

Bantuan kepada Bosnia tidak cukup hanya sekadar menampung beberapa

puluh orang Bosnia di negara ini dan bantuan sejumlah tidak sampai

RMl juta....

Tuan Shahidan bin Kassin: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya, Arau bangun Yang Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Saya hendak tanya berapa banyak PAS

bagi kepada orang Bosnia? Adakah tentera PAS telah dihantar untuk

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -84-

membantu orang Bosnia sebagaimana yang telah dimomok-momokkan oleh

Ketua Pemuda PAS?

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Terima kasih

atas soalan dan .

Tuan Pengerusi, saya ingin mengetahui juga wang sumbangan

sebanyak US$0.5 juta itu disalurkan kepada agensi mana untuk Bosnia-

Herzegovina? Sebab saya difaharkan, tidak kesemua wang yang

disumbangkan oleh negara kita sampai kepada sasarannya. Kalau

negara kita boleh mengirimkan tentera di Cambodia, apakah Malaysia

tidak berkeberatan untuk mengirim sejumlah tentera kita ke Bosnia?

Sebab bagi pandangan saya, apa yang berlaku di Bosnia jauh lebih

dahsyat daripada apa yang berlaku di Cambodia.

Kalau boleh, pihak Kerajaan Malaysia melatih sukarelawan-

sukarelawan kita untuk kita kirim ke sana.

Tuan Pengerusi: Kalau melatih itu bukan sukarelawan. [Ketawa]

Kalau Kerajaan melatih, itu bukan sukarelawan.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Terima kasih, Tuan

Pengerusi. Jadi, bererti Tuan Pengerusi sokong pandangan saya

dengan menambah. [Disampuk]

Sebelum Bosnia menjadi padang jarak padang tekukur, sebelum

Bosnia hancur, sebelum umat Islam di Bosnia hancur atau bertukar

agama, maka sangat perlu bukan sahaja Malaysia, bahkan seluruh

negara-negara yang menganggotai OIC mengambil langkah-langkah yarig

lebih positif sebagaimana yang ditunjukkan di dalam isu Masjid Babri

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DB.15.12.92 -85-

di Ayodhya, India sehingga memaksa Kerajaan India memberi pengakuan

untuk membangunkan semula masjid tersebut walaupun pada peringkat

awal, Kerajaan India cuba bermain sandiwara dalatn isu ini.

Tuan Pengerusi, saya rasa terkilan kerana soal Masjid Babri

ini, kenapa setakat ini pihak Parti MIC tidakpun pernah mengeluarkan

apa-apa statement atau bantahan dalam soal-soal ini? Begitu juga

Majlis Kuil Hindu di Malaysia.

Di sini juga, saya ingin menyentuh sedikit tentang Somalia.

Dalam isu Somalia, Tuan Pengerusi, kenapa nainpaknya Amerika bernafsu

sangat untuk mengirim tenteranya di Somalia dan tenteranya pun telah

dikirimkan. Nampaknya banyak isu-isu telah timbul, masalah telah

timbul di sana di mana pengiriman tentera Amerika di sana dengan

berbagai-bagai alasan yang diada-adakan juga, sebagaimana sikapnya

terhadap pengiriman tenteranya ke Kuwait dan Saudi Arabia pada

tempoh hari. Kenapa dalam isu Bosnia, Araerika hanya' melihaC sebelah

mata sahaja? Sepatutnya Bangsa-Bangsa Bersatu tidak menghantar

tentera-tentera Amerika ke Somalia, sebaiiknya menghantar tentera-

tentera di kalangan negara-negara yang berkecuali seperti Australia,

Kanada dan sebagainya ataupun tentera-tentera daripada negara-

negara umat Islam, Malaysia, Tndonesia dan sebagainya. Sebab negara

tersebut tidak bercita-cita untuk menjadi "polis dunia" atau

menjajah dunia.

Malaysia sepatutnya dapat mempengaruhi Bangsa-Bangsa Bersatu

supaya dapat menentukan tempoh peralihan bagi menggantikan Tentera

Page 87: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -86-

Amerika dengan pihak yang lain di Somalia. Amerika boleh meneruskan

bantuannya di bidang kewangan, kita tidak bantah. Kita sokong.

Anmerika sepatutnya, dapat menumpukan untak memulihkan negaranya

daripada bencana alam yang menimpa negaranya baru-baru ini, sampai

di New York sendiri telah dibanjiri oleh arus air yang begitu

dahsyat.

Amerika mungkin akan menjadikan Somalia sebagai pangkalannya-

yang baru selepas daripada Kuwait dan Saudi Arabia. Walaupun

Amerika mengelak daripada pergi ke Bosnia tetapi Amerika telah

membantu dan membiayai Rusia dalam bidang ekonomi. Tetapi yang

paling mendukacitakan saya ialah kenapa dalam soal Bosnia ini, pihak

Rusia telah merupakan negara pembekal senjata yang terbesar untuk

Serbia bagi menentang Bosnia. Kita tidak faham kenapakah Rusia

telah mengambil sikap-sikap yang demikian.

Page 88: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR. 15.12.92 - 87 -

Yang ketiga, Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh sedikit masalah

peruntukan yang begitu banyak yang telah diperuntukkan kepada Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri untuk lawatan ke luar negeri, sampai

RM10juta setahun, saya rasa banyak. Apakah pihak Kementerian Luar

tidak berhasrat untuk sesuai dengan pandangan dan pendapat Yang Amae

Berhormat Perdana Menteri sendiri dalam forum televisyen baru-baru

ini yang menganjurkan supaya rakyat berhemat? Saya rasa tidak

keberatan pihak kita juga, Perdana Menteri juga mesti menunjukkan

contoh-contoh yang baik dalam berhemat ini. Jangan menjadi ketara,

hendak suruh anak berjalan betul, tetapi bapa ketara itu sendiri tak

jalan betul.

Tuan Pengerusi, di sini sukalah saya minta penjelasan sedikit

berapa banyakkah kewangan yang digdnakan oleh Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri dalam satu-satu lawatan ke luar negeri? Berapa

banyak yang dihabiskan? Apakah peruntukan yang diperuntukan

sebanyak RMIO juta setahun itu telah dihabiskan ataupun masih banyak

berbaki, yang saya rasa perlu diketahui oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat sekalian termasuk saya juga.

Tuan Pengerusi, yang terakhir sekali saya hendak tanya masalah

apa yang ditanya oleh Yang Berhormat sebelum daripada saya, iaitu

masalah Spratly ini. Masalah Spratly tak perlu saya sentuh, saya

hendak tahu sedikit masalah Kepulauan Sipadan dan Ligitan yang

melibatkan Malaysia dan Indonesia. Apa yang saya tahu masalah

Kepulauan Sipadan dan Ligitan sehingga sekarang ini belum lagi

diselesaikan. Apakah hendak selesai secara perang ataupun secara

Page 89: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 88 -

secara damai? Juga masalah Malaysia dengan Singapura, iaitu masalah

isu Pulau Batu Putih dan Pulau Pisang. Saya rasa masalah Pulau Batu

Putih baru-bara ini telah pun dijelaskan dalam Parlimen ini, tetapi

bagi. saya tidak begitu jelas dan bagaimana dengan masalah Pulau

Pisang ini?

Saya rasa itulah sahaja yang ingin saya sentuh. Kalau ada

silap, saya mohon maaf dan saya mengucapkan terima kasih.

Tuan Pengerusi: Arau.

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Mohd. Tajol

Rosli bin Dato' Mohd. Ghazali]:[Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya, nanti sekejap Yang Berhormat - sekejap.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN DARIPADAPERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Mohd. Tajol

Rosli bin Dato' Mohd. Ghazali]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

mencadangkan;

Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 12(1), Dewan ini

tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga pukul 8.45

malam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Peter

Tinggom anak Kamarau]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Page 90: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 89 -

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, usul berbunyi

bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan sehingga 8.45 malam ini,

hendaklah dipersetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 12(1), Dewan ini

tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga pukul 8.45

malam.

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1993

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 1993

Jawatankuasa

Perbahasan disambung semula.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud B.51 [Jadual] -Maksud P.51 [Anggaran Pembangunan, 1993] -

Tuan Pengerusi: Arau. Selepas ini Menteri menjawab.

5.14 ptg.

Tuan Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Pengerusi, saya hendak

bercakap di bawah tajuk Bekalan B.51 dan P.51 sekaligus.

Yang pertama, saya hendak bercakap fasal aktiviti politik.

Objektifnya cukup terang, iaitu bagi mencapai matlamat seperti

menegak dan mempertahankan kedaulatan negara, memelihara keutuhan

Page 91: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

D R . 1 5 . 1 2 . 9 2 - 90 -

wilayah, menentukan kepentingan negara di bidang ekonomi, politik.

dan sosial sentiasi terjaga, dipertahankan dan seterusnya dikembang-

kan, dan menentukan, ketahanan negara kita di dalam keadaan politik

dan ekonomi dunia yang bertukar dengan pesatnya.

Yang pertama saya hendak sentuh fasal OIC,ataupun dalam bahasa

momok politik antarabangsa sekarang, dia mengatakan "oh,I see".

Jadi, Yang Berhormat sebelum itu saya hendak ucap tahniah kerana

Kementerian Luar Negeri telah berjaya bersama-sama untuk menegakkan

imej negara dari segi aktiviti politiknya, terutama yang juga

penerangan luar negeri sampai ke tahap yang cukup membanggakan.

Saya ucap tahniah kepada Menteri dan Timbalan Menteri. Kalau tak

cukup, kalau kerja terlampau banyak, kita boleh lantik seorang

Setiausaha Parlimen. Banyak orang qualified di sini.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Jadi, kejayaan tni harus dipertahankan. OIC baru-baru ini,

kalau mengikut laporan akhbar yang Yang Berhormat telah sebutkan

bahawa kita bersetuju untuk menyertai dalam apa bentuk sekalipun

termasuk ketenteraan, dengan syarat ianya diluluskan oleh Jawatan-

kuasa Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu. Jadi, di sini Yang

Berhormat, saya ingin bertanya sejauh mana yang boleh kita buat,

yang mampu kita buat untuk membolehkan perkara ini ditekankan tiap-

tiap hari sebab sekarang ini saya tengok selepas kutipan derma yang

mencurah-curah berhubung dengan mangsa-mangsa di Bosnia, kita nampak

ada nada-nada yang perlahan sedikit. Kita kena ingat penderitaan

mereka semakin teruk.

Walaupun PAS mengkritik dengan hebat, tetapi PAS tak berani

menjawab berapa sumbangan dan apakah sumbangan PAS yang telah

diberikan untuk membantu mangsa-mangsa di Bosnia, termasuk sampai

Page 92: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 91 -

bersemangat hendak hancar sukarelawan dan sebagainya. Berapa orang

sudah pergi? Tak ada.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Tumpat

bangun.

Tuan Shahidan bin Kassim: Dan Yang Berhormat. Tumpat tak berani

menjawab soalan saya kerana dia tak beri bantu apa-apa.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, dia bangun. Hendak

beri jalan?

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Tuan Pengerusi,

saya sengaja tak mahu jawab. Sekarang saya hendak jawablah.

Sumbangan yang telah PAS beri kepada.....

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keatl: Yang Berhormat, hendak

jawabkah ataupun hendak soal?

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Minta hendak jawab-

lah soalannya.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Penjelasan.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Adakah Arau sedar,

terima kasih Padang Terap, tolong ajar saya. Adakah Arau sedar

bahawasanya PAS telah menyumbang kepada Bosnia lebih banyak daripada

sumbangan yang telah diberi oleh Kerajaan Malaysia?

Tuan Shahidan bin Kassim: Berapa? Soalannya berapa? Tetapi,

dia tak hendak jawab sebab dia takut kita tanya dia duit ini dia

ambil dari mana? Tetapi walau bagairaanapun, kita ucapkan tahniah

oleh kerana dalam hal ini, saya tak raahu mempolitikkan isu ini.

Saya ingat Yang Berhormat, kita hendak minta kepada Kerajaan, kita

Page 93: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 92 -

juga tak mahu mempolitikkan isu ini. Kita hendk minta supaya pihak

Kerajaan dan kita bersama, secara bersungguh-sungguh dan Kerajaan

kita nampak bersungguh-sungguh, Cumanya Kerajaan tak mampu, macam

kuasa-kuasa besar yang lain untuk menekan lebih daripada itu. Saya

tahu kemampuan kita ada batasnya dan sekarang yang kita buat pun di

luar batasan kita oleh kerana benda ini berlaku.Walaupun dari segi

kemampuan Malaysia dilihat sebagai negara yang kecil ini, saya ingat

di peringkat antarabangsa memang kita tak boleh pergi ke tahap itu,

tetapi kita sudah mampu lebih ke hadapan. Ini di antara sebab-

sebabnya oleh kerana kepimpinan yang mulia yang telah dibawa oleh

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang. RMIO juta tak

bermakna.

Jadi, saya kesal Yang Berhormat, Yang Berhormat menyebutkan

soal lawatan Perdana Menteri ke luar negeri. Yang Berhormat tak

pernah bertanya, mungkin Yang Berhormat tak pernah ambil metamatik

ataupun ekonomi; saya hendak beritahu, RMIO juta ini yang telah

disumbangkan oleh Kerajaan dengan begitu kecil tetapi hasil yang

kita dapat mungkin sejuta kali ganda, mungkin satu juta kali ganda,

mungkin RMIO bilion. Tetapi itu dari segi hasil. Yang itu saya

rasa nombor dua, tetapi yang nombor satu dan ini merupakan

investment ataupun tanaman modal jangka panjang ialah maruah negara

dan juga maruah bangsa Malaysia yang telah dipertegakkan oleh Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya rasa tak cukup, RMIO juta

masih kecil kalau dibandingkan dengan apa yang telah dibuat dan apa

yang telah disumbangkan kepada negara kerana negara majulah yang PAS

boleh beri sumbangan lebih daripada Kerajaan tadi. Kalau negara tak

maju, kalau semua orang miskin di Malaysia, PAS jangan harap. Orang

PAS mari kutip derma untuk Bosnia, saya beri; Barisan kutip derma,

saya beri; DAP kutip derma saya beri.

Page 94: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -93-

Ini kerana Malaysia sekarang barada di tahap yang cukup kukuh.

Siapa yang buat? Tidak lain tidak bukai, kepimpinan Barisan

Nasional. Jadi, saya ucap tahniahlah kepimpinan Barisan Nasional

dan PAS, DAP semua pihak hari itu telah bersetuju bahawa kita telah

bawa banyak perubahan. Jadi OIC, "Oh, I see" - ini saya hendak

tanya sejauh mana yang boleh kita buat untuk memberi tekanan,

pressure atau lain-lain lagi untuk membolehkan supaya tindakan

segera diambil. Kita bersetuju, cadangan PAS yang baik kita

bersetuju, bagaimana boleh mereka menghantar tentera begitu cepat ke

Somalia tetapi tidak boleh menghantar begitu cepat ke Bosnia.

Berapakah sumbangan yang kita telah beri kepada OIC?

Apakah boleh, di sini sebab saya tidak tahu dia ambil angka

daripada mana, saya cuma angka saya berdasarkan kepada prestasi dan

juga Belanjawan yang diberi di dapan saya. Dia dapat angka yang

lebih lagi saya dok cari kat mana tidak jumpa. Bagus. Makna kata

infomation dia lebih cepat daripada saya. Tetapi saya hendak

tengok dt sini sumbangan yang diberi dia campur sekali. Sumbangan

kepada UN, OIC, Sekretariat Komanwel dan juga Badan-badan Pertubuhan

Antarabangsa. Saya minta supaya sumbangan kita kepada OIC

dilebihkan .

Saya hendak sebut di sini dia ada hubungkait dengan yang

pertama berhubung dengan duta-duta yang kita hantar ke luar negeri.

Saya sudah ulang-ulang sebut, saya akan berulang terus sehingga saya

harap suatu perubahan besar dibuat. Kalau sekiranya keperluan bagi

negara yang kita hendak hantar duta itu, keperluan yang berbentuk,

lebih kepada corak ekonomi maka orang yang berlatarbelakang yang

demikian kita hantar. Kalau negeri yang berlatarbelakangkan politik

Page 95: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

SR.15.12.92 -94-

kita hantar orang yang lebih berlatarbelakangkan politik. Kita

pandang sayalah, ini sabab kawan-kawan banyak yang jadi duta-duta,

mereka sendiri yang cadang kepada saya, saya bukan cakap kosong di

sini.

Dia cadangkan sudah sampai masanya supaya kita mengikut arus

peredaran ancarabangsa sebagaimana yang telah disebutkan di bawah

aktiviti politik tadi, keadaan politik dan ekonomi dunia yang

bertukar dengan pesatnya. Kita jangan bagi kerana kenaikan pangkat,

ini maaf cakap saudara-saudara dari Kementerian Luar Negeri .

Mungkin setengah daripada orang-orang Kementerian Luar Negeri

mungkin kerana berada terlampau laraa di Kementerian Luar Negeri

mungkin dia hendak berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri pula

ataupun Kementerian Perdagangan. Jadi, kita ambil orang-orang yang

minat dalam perdagangan untuk jadi duta bagi melibatkan parkara-

perkara yang berhubungkait dengan aktiviti ekonomi.

Kalau sekiranya negara-negara Russia, sebab Russia dia punya

market, pasarannya 170 juta - kalau saya tarsilap angka, saya minta

maaf - tapi kalau saya tidak silap 170 juta lebih kurang. Ini

merupakan pasaran yang cukup besar. Dia masuk McDonald, McDonaldkah

baru-baru ini masuk. Dia masuk McDonaldkah, Coca-Cola, saya kurang

pasti. Ha McDonald! Dia masuk McDonald sebab dia hendak buat cara

American, jadi dia ini sekarang dalam proses perubahan. Orang yang

mencari rezeki ataupun yang terlibat dalam perniagaan, dalam proses

peralihan ini ialahproaes untuk kita masuk dulu - kita akan mendapat

tempat. Kalau orang sudah established kita hendak pargi bertanding,

kita susah.

Page 96: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -95-

Jadi, itu sebab ssya kata dalu, Menteri Kanan Singapura apabila

berlaku sahaja perpecahan di Soviet Union, dia hantar Menteri Kanan

dia pergi dulu melawat negara-negera yang berpecah kerana dia

mengambil kssempatan daripada perubahan yang sedang berlaku dan

pasaran di sana ialah pasaran yang besar walaupun orang masih

miskin tetapi pasarannya cukup besar untuk membolehkan kita

bertapak. Jadi, kita harap duta-duta yang dihantar duta-duta yang

bersesuaian dengan keadaan perkembangan yang pesat, bukan karana

kita hendak naikkan pangkat pegawai tetapi mengikut kesesuaian

negeri.

Yang keduanya, kemampuan suatu-suatu badan perniagaan atau

negara itu dia bergantung kepada dua. Yang pertama, badan Itu

sendiri ataupun negara icu sendiri. Yang keduanya, personaliti atau

individu yang terlibat. Malaysia pada masa sekarang saya rasa

Malaysia sebagai satu badan yang cukup kuat sebagai sebuah negara

tetapi individu yang memimpin - Dr Mahathir Mohamad itu juga

terkenal, individu yang kuat, yang dikenali dan gambar-gambarnya

disimpan. Gambar-gambarnya disimpan sebagai tokoh antarabangsa yang

dihormati. Saya tengok di beberapa tempat yang orang menyimpan

gambar-gambar Dr Mahathir sebagai tokoh antarabangsa yang di-

hormati. Gambar-gambar Tumpat tidak adalah termasuk gambar saya.

Jadi, kita hendak tunjukkan bahawa individu dan juga badan itu

sendiri termasuk juga orang yang memimpin badan perniagaan, Yang

pertama sekali syarikat itu sendiri kuat, yang keduanya orang yang

memimpin. Kalau sekiranya orang yang memimpin syarikat yang kuat

orang itu tidak nampak satu individu yang menonjol, tokoh yang

menonjol jadi dia tidak berapa menjadi - sahamnya akan jatuh.

Tetapi kalau tokoh yang menonjol memimpin pula syarikat yang kuat

Page 97: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -95-

dan besar, sahamnya akan meningkat. Demikian juga duta-duta. Jadi

duta-duta harus memainkan peranan di samping, contohnya saya beri

contoh yang baiklah, saya tidak tahu duta-duta yang lain kecuali

kawan saya di Kuwait, seorang lagi ia1ah Wakil Tetap kita di.

Bangsa-bangsa Bersatu. Ini merupakan di samping dia mewakili

Malaysia yang kuat dia merupakan tokoh yang menonjol.

Jadi, dia mesti mengambil daya usaha sendiri mempastikan bahawa

dengan ketokohannya juga dia dihomati. ltu sebab bila kita hantar

student kita ke luar negeri, kita kata, "kamu ini duta-duta kecil

yang patut mewakili Malaysia". Duta-duta besar ini sepatutnya yang

sebenarnya sudah mewakili Malaysia mesti merupakan tokoh-cokoh yang

boleh menonjol, yang boleh sebenarnya disegani dan juga dihormati

sebagaimana kuatnya negara Malaysia.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, saya tertarik hati

dengan Kementerian Luar Negeri yang sentiasa mendapat publisiti yang

baik dalam akhbar tempatan. Sejauh mana publisiti dan juga usaha

gigih Kementerian ini didengar di peringkat antarabangsa? Kita

semua bacalah, kita semua baca, kita faham di dalam negeri. Tetapi

katalah macam isu Pulau Batu Putih, sejauh mana didengar di negara

jiran? Sejauh mana usaha Malaysia yang begitu gigih didengar di

masyarakat antarabangsa? Mungkindalam persidangan itu didengar,

tapi akhbar mereka didengar ataupun tidak.

Maka di bawah penerangan dan aktiviti di luar negeri, saya

cadangkan kalau sekiranya kita perlu mengiklan, kita iklan

dalam akhbar yang berkenaan. Yang Berhormat boleh minta peruntukan

yang lebih untuk ini. Kita akan menyokong. Kalau perlu iklan, kita

iklan. Kalau perlu kita berpakat dengan pengarang-pengarang, kita

terpaksa berpakat untuk membolehkan supaya apa yang telah mendapat

Page 98: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15 .12 .92 -97-

publisiti dalam akhbar-akhbar dalam negari juga mendapat pandangan

dari mereka di luar negeri. Dengan demikian saya percaya kita akan

sentiasa mengikuti perkembangan dunia yang barubah dengan begitu

pesat .

Kemudian pasal tokoh menonjol dan akhbar ini, kita bukan hendak

minta suatu perubahan struktur yang besar, cuma kita minta supaya

ianya sesuai. Kita harap kalau sekarang ini kita sedang bergerak ke

arah Wawasan 2020, duta-duta kita kita panggil balik dan beri kursus

supaya dia selaras dan sama dan msraka merupakan orang-orang

penampan utama di luar negeri dan sentiasa memarhatikan terutamanya

tokoh-tokoh politik yang ingin pergi memburukkan negara Malaysia. ka

luar negeri. Bagaimana mereka hendak pastikan bahawa mereka

mengetahui pergerakan tokoh-tokoh ini. Kita lihat ramai mereka ini

yang kadang-kadang bukan dia hadir seminar atau perjumpaan.

Kadang-kadang dia hadir memberi ceramah di universiti-univarsiti

tertentu. Bagaimana kita hendak pastikan supaya selepas itu kita

kena perbetulkan balik keadaan.

Kita dapati terdapat tokoh-tokoh politik terutamanya

pembangkang yang pergi ke luar negeri, dia pun cerdik kadang-kadang

dia pun tidak pergi seminar dan sebagainya tetapi dia beri ceramah

di universiti-universiti dan masa itulah usaha-usaha meraburukkan

kepimpinan dan juga negara dibua-t. Bagaiinana boleh kita dapat

barbuat sesuatu untuk membolehkan kita membetulkan kaadaan pemikiran

duta-duta kacil supaya tidak rosak? Hendak pastikan supaya

pembangkang juga - ini oleh kerana maruah negara sudah sampai ke

peringkat yang duit tidak boleh beli lagi - memastikan supaya imej

ini senciasa dijaga.

Page 99: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 93 -

Kementerian Luar Negeri dengar. Menterinya yang cukup hebat,

saya rasa pasti boleh berbuat demikian, memberitahu bahawa kalau

sekiranya hendak bangkang beberapa isu tentang polisi-polisi yang

mereka tak puashati, mereka boleh bangkang tetapi. bukan ianya men-

garnbarkan satu keburukan yang boleh melibatkan negara secara

keseluruhan. Contohnya macam isu pembalakan. Kalau isu pembalakan

kita beri sentuhan kepada soal pembalakan, jangan ianya melibatkan

negara keseluruhan. Sebagaimana yang pernah dibuat oleh Ahli dari

Puchung dahulu, dia bukan sahaja memberi penekanan kepada kesatuan

sekerja, tetapi dia telah mengugut negara, menggunakan ugutan yang

boleh mengancam negara, Kita mahu sebab negeri ini negeri terbuka,

negara Malaysia adalah negara demokrasi yang paling demokratik, kita

mahu supaya benda ini dibuka, kita tak mahu tahan, tetapi yang boleh

Kementerian Luar Negeri buat, beri sedikit garispanduan supaya

mereka tidak bercakap yang boleh merosakkan negara.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, sila

gulung.

Tuan Shahidan bin Kassim: Jadi, ke arah itu, Tuan Pengerusi,

saya menyokong. Akhir sekali, saya ingin bertanya, ada beberapa

polisi yang kita buat dahulu, terutamanya ' Look East Policy' .

Melalui Look East Policy kita telah berjaya meningkatkan prestasi

pekerja-pekerja kita dan juga ekonomi kita ks tahap yang baik. Saya

ingin bertanya, bagaimana kedudukan polisi ini yang ada sekarang?

Apakah kita kaji semula? Sejauh mana negara mendapat keuntungan,

Page 100: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 99 -

terutamanya dari sokongan yang telah diberi oleh negara-negara yang

demikian. Saya ingin bertanya kenapa, sebagaimana Ahli dari Padang

Terap telah sebutkan, kita mengharapkan oleh karana kita memberi

sokongan kepada Jepun, sebagai contohnya, kadang-kadaag dia bertukar

pendapat; sekali dia menyokong, sekali dia tak menyokong dan

sebagainya. Sejauh mana Look East Policy ini sebenarnya bersama-

sama digerakkan dengan Kerajaan itu sendiri. Sejauh mana orang-

orang Jepun faham tentang Look East Policy dan sebagainya. Jadi,

sejauh mana ataupun setakat mana perkara ini dipastikan supaya ianya

berterusan dan sentiasa panas isu-isu ini. Saya menyokong.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Kementerian diminta

jawab.

5.32 ptg.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che

Wan]: Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya bagi pihak Kementerian

Luar Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di peringkat

Jawatankuasa berkenaan dengan Kementerian Luar Negeri. Pada umumnya

saya menerima baik pandangan-pandangan dan teguran-teguran yang

telahpun disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, kecuali Ahli

Yang Berhormat dari Turapat yang saya nampak begitu sempit pemikiran-

nya dan begitu songsang pendapatnya sehinggakan boleh mengeluarkan

kata-kata yang pada hemat saya amat cetek sekali, yang saya kira

akan kita perjawabkan satu-parsatu. Ini menunjukkan tentang betapa

sempit dan ceteknya pemikiran mereka sehinggakan boleh mengeluarkan

soalan-soalan ataupun kata-kata, yang agak pada hemat saya, amat

mendukacitakan.

Page 101: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 100 -

Kepada Yang Berhormat dari Padang Terap, saya ingin memberi

jawapan kepada tiga persoalan yang talahpun diucarakan oleh beliau.

Pertamanya berkenaan dengan konsep EAEC yang begitu hangat

diperbincangkan sejak akhir tahur. 1990 hingga kini. EAEC masih lagi

di peringkat rundingan, walaupun pada dasarnya ASEAN telahpun

bersetuju untuk ditubuhkan. Maka buat masa kini untuk kita

mempertimbangkan mewujudkan sebuah sekretariat adalah terlampau awal

sangat.

Berkenaan dengan pendirian Jepun, ingin saya perjelaskan

bahawasanya walaupun kita dengar berbagai-bagai tohmahan tentang

sikap Kerajaan Jepun, tetapi ingin saya nyatakan bahawasanya pihak

Jepun sebenarnya faham konsep EAEC ini, tetapi oleh sebab tertentu

tidak lagi mampu membuat satu pendirian menyokong penubuhan konsep

EAEC, sekadar menyatakan bahawasanya mereka ingin melihat dahulu

ASEAN membuat satu kata sepakat dan mendapat persetujuan yang lebih

mantap lagi.

Berkenaan dengan kontrovesi ataupun salah faham tentang Kertas

Putih yang telahpun dikeluarkan oleh Kerajaan Jepun pada Ihb

Disember baru-baru ini, pada dasarnya ianya mengandungi analisa dan

pandangan terhadap ekonomi Jepun, ekonomi dunia serta arah aliran

ekonomi serantau. Tiada langsung rujukan yang dibuat terhadap EAEC

secara khusus, hanya sakadar untuk menekankan bahawasanya rantau

Asia Timur ini umumnya hendaklah tidak menuju ke arah berasingan

dalam usaha-usaha untuk menyatukan negara-negara di Asia Timur.

Dengan lain-lain kata, ia tidak ingin melihat ada wujudnya blok

Page 102: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 101 -

ataupun dasar ' protectionistn' , dengan izin, di kalangan negara-

negara di Asia Timur, oleh kerana kita semua menyokong dan ingin

terus memperluaskan dasar ekonomi terbuka seperti yang kita alami

kini, Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan bahawasanya ramai

pihak-pihak akademik mahupun pihak swasta Jepun secara terang-

terang, tak segan-silu menyokong konsep EAEC, cuma Kerajaan sahaja

lagi belum membuat apa-apa keputusan secara muktamad.

Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar: Tuan Pengerusi, saya ingin

mendapat penjelasan yang lanjut. Yang Berhormat Timbalan Menteri

kata dalam Kertas Putihnya itu Jepun tidak sebut langsung EAEC.

Boleh saya dapat kepastian, kerana dalam laporan ada disebut bahawa

Jepun menentang EAEC, iaitu conclusion yang dibuat daripada Kertas

Putih ini. Kalau tidak disebut langsung EAEC, maksudnya pentafsiran

Kertas Putih itu adalah salah dibuat oleh media massa.

Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Pengerusi, boleh

kita berikan kepada Yang Berhormat tentang apa yang telah sebenarnya

ditulis dalam Kertas Putih ini,

Soalan yang kedua, iaitu adalah berkenaan dengan Jawatankuasa

Pengajian Malaysia-Thailand. Saya sambut baik cadangan Ahli Yang

Berhormat dari Padang Terap supaya kawasan Durian Burung di Mukira

Tunggal Kiri, bahagian Padang Terap itu dibuka semula untuk menge-

lakkan kejadian-kejadian seperti 'smuggling', dengan izin, dan

sebagainya terus berleluasa di situ, apatah lagi kawasan yang di

sebelah Thailand telahpun dimajukan. Saya percaya dan yakin pihak

Kerajaan sedang menimbang untuk membangunkan kawasan tersebut oleh

kerana keadaan kini telah berubah jika dibandingkan dengan tahun-

Page 103: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 102 -

tahun zaman 1955 bila kes itu dikosongkan apabila ada masalah

'militant communists' di sempadan Malaysia-Thailand.

Bagi yang ketiga itu, ialah berkenaan dengan sabotaj ekonomi,

khususnya tentang 'eco labelling' kayu tropika yang dibuat oleh

pihak Kerajaan Austria baru-batu ini yang mana pihak negara kita

mengecam dan menentang hebat apa yang telahpun diura-urakan hendak

dibuat oleh pihak Kerajaan Austria. Di sini saya ingin menyatakan

bahawasanya sebuah pasukan petugas telahpun ditubuhkan yang dipenge-

rusikan oleh Yang Berhormat Menteri Perusahaan Utama dan ahli-ahli-

nya termasuklah daripada Kementerian Luar Negeri, Keraenterian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan juga MTITC. Tugas utama

pasukan petugas ini ialah untuk membanteras kempen 'anti tropical

timber' ini. Baru-baru ini juga Kerajaan Austria telah menghantar

seorang perutusan khasnya ke Malaysia pada 11 hingga 14 November

yang lepas, khususnya untuk mengetahui keadaan serta pandangan

Malaysia mengenai undang-undang tersebut secara lebih dekat lagi,

Setahu kita bahawasanya di peringkat ini undang-undang ita masih

lagi belum dilaksanakan.

Menyentuh tentang komen yang dibuat oleh Yang Berhormat dari

Kepong, terutamanya berkenaan dengan NAPTA (North America Free Trade

Area). Saya ingin menyatakan bahawasanya tentang NAPTA ini telahpun

banyak kali kita perjelaskan di Dewan yang mulia ini, khususnya oleh

Kementerian saya dan juga Kementerian Perd-agangan Antarabangsa dan

Industri. Pihak Kerajaan telahpun membuat berbagai kajian mengenai

implikasi perdagangan terhadap penubuhan NAFTA ini.

Page 104: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -103-

Kerajaan juga telah mengadakan berbagai dialog dengan pihak sektor

swasta dan telah menjelaskan tentang apakah kesannya akan berlaku

sekiranya NAFTA ini diwujudkan secara rasminya pada Ihb Januari,

1994. Malah kita menyarankan bahawasanya untuk mengambil

kepentingan perdagangan di rantau NAFTA itu, kita mengesyorkan agar

pihak swasta negara kita pergi membuka kilang di Mexico dengan

keadaan pelaburan yang baik, dengan harga buruh mungkin kompetitif,

untuk mereka mengilang barang-barang mereka di Mexico supaya mudah

bagi mereka untuk hendak eksport ataupun menghantar ke Amerika

Utara, Kanada dan sebagaiaya,

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, Yang Berhormat dari

Kepong bangun.

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Sudah tentu dengan

adanya NAFTA akan kuranglah tarif dan cukai yang dikenakan di antara

negara-negara yang termasuk dalam perjanjian NAFTA itu.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, bolehkah Yang Berhormat

menjelaskan bagaimanakah dengan mengadakan kilang-kilang Malaysia di

Mexico akan menguntungkan negara ini, walhal komponen-koraponen yang

disyaratkan oleh NAFTA itu ialah kita hendak membeli mungkin 50%

atau 70% komponen untuk kilang-kilang kita? Bagaimana tni akan

menguntungkan Malaysia? Itu satu cara. Dan walaupun Kementerian

Yang Berhormat dan juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri pernah menyebutkan mengenai NAFTA tetapi bukan mengenai

Page 105: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -104-

sekatan NAFTA ke atas perdagangan itu, bukan dari segi itu, bukan

menyebutkan ini merupakan satu. bloc ekonomi yang mempunyai tarif

yang tertentu.

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Sudah tentu. Mangkin

berat bagi negara-negara la.ln untuk hendak mengeksport barangan

mereka ke kawasan-kawasan NAFTA setelah mereka mewujudkan satu

konsep yang kita anggap akan merupakan satu perlindungan juga.

Walaupun pihak NAFTA, terutamanya Amerika Syarikat mengatakan mereka

tidak akan wujudkan konsep protectionism ini, tetapi semua orang

tahu dan kita pun tahu sedikit-sebanyak perlindungan ini akan juga

wujud. Itulah sebab kita sarankan kepada pihak swasta kita agar

mana-mana kilang yang boleh dibuat di Mexico, sebagai contoh,

perlu kita buat, agar dapat kita menggunakan faedah dan kepentingan

Mexico itu untuk membolehkan kita aksport pula ke , North America

ataupun Canada sebab katika itu Mexico akan dapat satu

keistimewaan yang barangan dibuat oleh Mexico. Walaupun ada local

component yang perlu ditentukan oleh Mexico tetapi, umumnya, kita

boleh memastikan pasaran yang besar lagi. Kita semua tahu bahawasanya

North America dan Canada tnerupakan satu pasaran yang paling besar

dengan keupayaan pembeli yang begitu kuat sekali. Itu satu cadangan

daripada kita memperluaskan lagi, mempalbagaikan lagi, market dan

pasaran kita selain daripada Amerika Syarikat dan kawasan di sana,

di Latin Amerika, di Afrika dan lain-lain negara di Pasifik dan juga

Page 106: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -105-

negara-negara Selatan kita berbuat juga untuk kita mengelak daripada

terperangkap sekiranya eksport kita ini terhad untuk masuk ke

negara-negara di kawasan NAFTA.

Tentang AFTA (ASEAN Free Trade Area) pula, ingin saya

mengatakan bahawasanya Menteri-menteri Ekonomi ASEAN baru-baru ini

telahpun bersidang di Jakarta yang telahpun membincangkan

pelaksanaan CEPT yang telah Yang Berhormat dari Kepong bangkitkan

sebentar tadi. Pada umumnya, mesyuarat itu. telah diadakan pada llhb

Disember yang lalu, baru beberapa hari yang sudah, dan kita telahpun

diberitahu bahawasanya pihak Manteri-menteri Ekonomi tslahpun

mencapai persetujuan bagi menetapkan tarif di bawah CEPT itu serta

jadual pelaksanaannya. Adalah ditahamkan bahawa senarai CEPT ini

serta jadual pelaksanaannya akan diumumkan tidak lama lagi oleh

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Tentang perkara yang ketiga, kita memang amat sedih dan

bersimpati dengan apa yang berlaku di Indonesia baru-baru ini di

Pulau Flores yang telahpun berlaku gempa bumi yang besar pada hari

Sabtu, 12hb Disember baru-baru ini. Di dalam kita bersimpati dengan

jiran tetangga kita, kita juga tidak lupa untuk membuat sesuatu

bagi menunjukkan perasaan simpati kita dan Kerajaan sedang menimbang

tentang apakah bantuan yang perlu dan akan diberikan oleh pihak

Karajaan. Cuma saya ingin tanya berapa pula DAP hendak menyumbang?

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari

Maran yang yang pada umumnya telah banyak memberi galakan dan

kata-kata perangsang kepada Kementerian Luar Negeri dengan

mencadangkan beberapa perkara demi kepentingan dan prestasi

Kementerian yang saya wakili ini.

Page 107: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -106-

Tentang cadangan Yang Berhorraat untuk diadakan satu Bahagian

Undang-undang Khas dalam Kementerian Luar Negeri, sukacita saya

menyatakan bahawasanya walaupun sudah lama diminta olsh Kementerian,

alhamdulillah, akhir-akhir ini baru sahaja, tidak lama dulu, pihak

Kerajaan telahpun meluluskan supaya diwujudkan sebuah Jabatan

Undang-undang khusus untak Kementerian Luar Negeri, Dan kini kita

telahpun berbincang dengan pihak Peguam Negara untuk mendapatkan

seorang peguam yang agak bersesuaian untuk diletakkan secara tetap

di Jabatan Perundangan, Kementerian Luar Negeri.

Tentang lawatan-lawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana

Menteri dan Menteri Luar Negeri serta Timbalan Menteri Luar Negeri

pada tahun ini dan pada tahun sudah, saya kira amat panjang untuk

saya hendak jawab di sini, kerana masa tidak mengizinkan, lagi pun

kita telah jawab beberapa kali dalam sidang Dewan Rakyat sepanjang

masa. Kalau sekiranya Yang Berhormat ingin juga tahu dengan lebih

jelas, pihak kami akan memberinya secara bertulis,

Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat supaya Kerajaan

membeli lebih banyak bangunan-bangunan canseri di luar negeri,

memang itulah cadangan kita juga, tetapi kita terikat dengan jumlah

peruntukan yang kita dapat perolehi daripada Kementerian Kewangan

mahupun Kerajaan. Pada dasarnya, kalau boleh, kita mahu mempunyai

atau memiliki keseraua pejabat-pejabat, canseri-canseri mahapun

kediaman-kediaman kita di luar negeri. Tetapi kita mestilah

mengikut keadaan dan kemampuan kita. Kita hanya mampu membeli

sekiranya dapat peruntukan daripada pihak Kerajaan. Walau

Page 108: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -107-

bagaimanapun, setakat ini pihak Kerajaan kita merailiki tidak kurang

daripada 22 buah canseri kita di seluruh dunia dan ini telahpun

kita jawab pada satu masa dahulu, saya ingat.

Di New York, seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi

untuk kita membeli sebuah canseri, kita sedang berbincang dengan

pihak swasta yang mana kita bercadang untuk meminta . pihak swasta

yang tertentu membelikan bangunan tersebut dt New York, untuk disewa

oleh kita buat sementara sebelum kita beli pejabat itu pada masa

yang sesuai. Nampaknya itulah satu cara yang baru untuk kita buat

di peringkat New York supaya dapatlah kita sedikit demi sedikit

memiliki lebih banyak bangunan-bangunan demi untuk kepentingan

jangka tnasa panjang ekonomi negara kita.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah

menyaraukan agar dipertambahkan kakitangan, ini juga memang sentiasa

dipinta oleh pihak Kementerian dan juga ianya tertakluk kepada

kelulusan oleh Kerajaan teatang penambahan kakitangan di Kementerian

dan juga di pejabat-pejabat kedutaan di seluruh dunia.

Page 109: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 108 -

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Batang Lupar bertanyakan tentang

cadangan Malaysia untuk mewujudkan satu pendaftaran senjata ataupan

keperluan senjata dunia dan apakah keadaan dengan cadangan Malaysia

itu. Perkara ini saya akan berbincang dan bertanya dengan pihak

Kementerian Pertahanan sebab ini ada kaitan dengan Kementerian

Pertahanan dan saya perlu notis untuk menjawab pertanyaan yang

begitu spesifik daripada Yang Berhormat sebentar tadi.

Berkenaan dengan kontroversi di Kepulauan Spratlys yang

sesungguhnya menjadi perhatian umum kini, pada dasarnya seperti Yang

Berhormat sedia maklum bahawasanya Kerajaan kita mengamalkan sikap

dan dasar berbincang untuk mengatasi masalah tuntutan bertindih

kepulauan batu-batu karang yang wujud di kalangan Kepulauan

Spratlys.

Di sini juga saya ingin menyatakan bahawasanya walaupun pada

mulanya kita lihat ada sesetengah negara yang mengambil tindakan

sendiri untuk menunjukkan tuntutan mereka tetapi akhir-akhir ini,

dalam masa beberapa bulan yang larapau ini, apa lagi selepas satu

Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN di Manila diadakan pada

pertengahan tahun ini, selain daripada negara ASEAN, negara-negara

seperti China dan Vietnam pun telah menunjukkan satu sikap yang

lebih baik untuk menyelesaikan masalah tuntutan bertindih ini secara

dialog.

Kita akan terus berusaha untuk berbuat demikian agar masalah

Spratlys ini walaupun rumit dan memang kita nampak berat untuk

diselesaikan dengan cepat tetapi sekurang-kurangnya semua negara

Page 110: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 109 -

yang menuntut Kepulauan Spratlys ini telahpun bersetuju untuk

berbincang dan berdialog bagi menyelesaikan masalah itu. Setakat

ini. belum ada formula yang tertentu dapat kita lihat ianya perlu

dibincangkan dari masa ke semasa. Oleh kerana ia melibatkan enam

buah negara, sudah tentu ianya perlu masa jua.

Tentang cadangan Indonesia sebagai orang tengah, kita memang

menyarabut baik cadangan ataupun hasrat Indonesia untuk menjadi orang

tengah untuk menyelesaikan tnasalah tuntutan bertindih Kepulauan

Spratlys. Tetapi buat masa kini, negara-negara yang berkenaan lebih

menumpukan tentang perbincangan di antara sesama mereka dahulu.

Mungkin kalau ianya tidak berhasil, sudah tentu cadangan Indonesia

itu akan diambilkira.

Itulah sahaja Yang Berhormat dan Tuan Pengerusi yang dapat saya

javab. Selepas ini saya pohon izin daripada Yang Berhormat Tuan

Pengerusi untuk meminta Yang Berhormat Menteri Luar menjawab dengan

lebih tepat lagi soalan-soalan yang telahpun dibangkitkan oleh lain-

lain Yang Berhormat semasa tibanya Yang Berhormat Menteri Luar ke

Dewan ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Silakan.

5.53 ptg.

Menteri Luar Negeri [Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]:

Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih di atas keizinan

memberi penghormatan kepada saya untuk menjawab soalan-soalan yang

ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa berdebat mengenai

belanjawan Kementerian Luar Negeri. Saya minta maaflah kepada

rakan-rakan saya Ahli Yang Berhormat yang sebelum ini telah bercakap

Page 111: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 110 -

dan kebetulannya pada waktu itu saya tidak ada di sini kerana pada

waktu yang sama kebetulannya saya mengadakan perjumpaan dengan

Duta-duta Negara-negara OIC di Kuala Lumpur ini.

Saya mengharapkan Budget Kementerian Luar Neieri ini, dibahas-

kan semalam tetapi tidak jadi dan mengharapkan pada hari ini bermula

jam 5.00 tetapi lebih awal daripada yang saya jangkakan. Jadi, saya

minta maaf tetapi perkara yang saya bincangkan semasa bertemu dengan

Duta-duta Negara OIC yang berada di Kuala Lumpur ini adalah khusus

mengenai tindakan-tindakan yang akan diambil berkaitan dengan Bosnia

dan Somalia.

Tuan Pengerusi, tadi Yang Berhormat dari Tumpat dalam ucapannya

telah menimbulkan satu perkara tentang saya tidak hadir atas naraa

Menteri Luar di Persidangan OIC di Jeddah. Maka sebab itulah, saya

mengambil kesempatan untuk memberi jawapan kepada perkara ini.

Sebenarnya, Tuan Pengerusi, kehadiran Timbalan Menteri Luar

Negeri di Persidangan OTC di Jeddah itu adalah kehadiran yang

membawa mandat yang penuh daripada Kerajaan kita dengan arahan-

arahan yang tertentu untuk mengambil keputuaaa-keputusan berkaitan

dengan apa juga perbincangan yang berlaku di Jeddah. Jadi, dengan

kehadiran Timbalan Menteri dengan membawa mandat yang penuh

berkaitan dengan dasar dan pendirian negara Malaysia berkaitan

dengan isu Bosnia-Herzegovina itu, maka kehadiran Timbalan Menteri

tidaklah boleh dianggap sebagai satu kehadiran yang merendahkan

martabat OIC ataupun yang difikirkan kehadiran yang kurang berkesan

di dalam hal ini. Kalaulah Timbalan Menteri menghadiri mesyuarat

Page 112: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 111 -

itu tanpa ada mandat dan tidak pula boleh mengambil dan memberi

keputusan dalam apa-apa perbincangan yang berlaku, maka tentulah ada

penjejasan. Tetapi atas isu Bosnia-Herzegovina ini, Kerajaan kita

memang sudah ada dasar-dasar yang tertentu dan pendirian-pendirian

yang tetap yang sentiasa kita perjuangkan dan alhamdulillah selama

ini dapat juga kejayaan mengenainya.

Berkaitan dengan isu Bosnia-Herzegovina ini juga, sebenarnya

tindakan-tindakan yang kita ambil itu bukanlah berupa tindakan-

tindakan yang kecil ataupun tindakan yang boleh dianggap sebagai

memandang ringan atas isu Bosnia-Herzegovina. Kita memandang berat

dan kita mengambil peranan yang paling aktif dalam bidang antara-

bangsa mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Bosnia-Hezregovina

bukan sahaja terhad kepada ataupun sewaktu OIC mengadakan persi-

dangan bahkan di dalam mana-mana juga persidangan yang lain, kita

mengambil pendirian yang sama.

Kerajaan kita bukan sahaja telah memberi bantuan kewangan

setakat ini, lebih banyak daripada Yang Berhormat jangkakan tetapi

yang pentingnya ialah kita paling menghargai sumbangan yang telah

diberikan oleh rakyat Malaysia melalui tabung-tabung yang dikelola-

kan oleh media dan akhbar-akhbar tempatan yang sekarang ini kalau

dijumlahkan semuanya sudah hampir RM5i juta banyaknya. Kementerian

Luar Negeri sendiripun telah berusaha untuk mengumpul sumbangan-

sumbangan yang boleh diberikan oleh rakyat Malaysia khususnya pihak

swasta dan telah berjaya mengumpul RM653,000 untuk kita sampaikan

kepada pihak Bosnia. Segala wang yang telah kita kumpulkan itu

disampaikan melalui saluran Kerajaan Bosnia yang ada sekarang.

Page 113: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 112 -

Kita memang berhati-hati di dalam kita menyalurkan bantuan-bantuan

kita kepada pihak Bosnia. Kita takut nanti kalau-kalau bantuan itu

disalahgunakan. Kita ada saluran yang tertentu iaitu melalui

Kerajaan yang ada sekarang dan Kerajaan Bosnia sekarang inipun ada

wakilnya yang ditempatkan di Kuala Lumpur dan segala kemudahan kita

telah beri dari segi mengadakan tempat pejabatnya dan kemudahan-

kemudahan pejabatnya itu semuanya adalah ditanggung oleh Kerajaan

Malaysia.

Semasa Menteri Luar Bosnia datang baru-baru ini, beliau telah

mengumumkan bahawa Kerajaan Bosnia akan menetapkan seorang Duta di

Kuala Lumpur. Ini bermakna selama ini Bosnia hanya ada dua Duta

yang telah ditempatkan iaitu satu di Eropah di Germany dan satu lagi

di Kuala Lumpur. Belum ada lagi mana-mana Duta yang ditempatkan

oleh Bosnia melainkan Kuala Lumpur dan Bonn. [Tepuk] Kita akan

menggunakan khidmat bantuan dan kerjasama Kedutaan Bosnia di Kuala

Lumpur ini untuk menyalurkan segala bantuan.

Baru-baru inipun pihak Menteri Luar Bosnia telah meminta kepada

saya supaya diusahakan bantuan yang segera untuk keperluan makanan

seperti tepung, minyak masak dan berbagai lagi keperluan yang

dikehendakinya. Maka ini adalah sacu daripadanya yang menyebabkan

saya memanggil Duta-duta OIC di Kuala Lumpur untuk membincangkan

perkara ini supaya kita mengadakan rancangan segera bagi menyampai-

kan bantuan-bantuan yang diperlukan seperti tepung, rainyak masak dan

lain-lain lagi.

Page 114: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 113 -

Kita juga tslah membuat keputusan untuk mengambil alih khemah

orang-orang pelarian Bosnia yang ada dalam negara yang berjiran

dengan Boania, kerana kita menganggap bahawa ini adalah satu cara

yang paling praktik, yang mudah daripada segi logistiknya, lebih

mudah daripada membawa mereka ke sini. Kalau tadi Yang Berhormat

kata, yang kita bawa ke sini itu adalah bilangan yang kecil, memang

kecil pada waktu ini. Kita pun memang berhajat untuk menambah lagi,

tetapi yang sebaiknya, biarlah kita menguruskan mereka yang menjadi

orang pelarian di mana-mana negara yang berjiran dengan Bosnia-

Herzegovina, umpamanya, dengan negara Slovania kerana Menteri Luar-

nya pun telah melahirkan minat untuk mendapatkan bantuan kita bagi

membantu orang-orang pelarian yang ada di dalam banyak khemah orang-

orang pelarian di negara tersebut.

Saya telah membincang kan perkara ini dengan beberapa Men teri-

menteri Luar OIC supaya mereka juga sama-sama mengambil tindakan

ini. Di mesyuarat saya dengan Duta-duta OIC tadi, adalah juga untuk

menerangkan kepada mereka rancangan yang kita laksanakan ini dan

meminta supaya raereka juga turut serta untuk mengurangkan bebanan

negara-negara jiran yang hari ini terpaksa memberi tempat teduh

kepada begitu ramai orang-orang pelarian Bosnia. Usaha kita itu

sebenarnya adalah di dalam berbagai bentuk dan tidak semestinya

diukur dengan hanya sekali dua kita menghulurkan bantuan kewangan.

Fasal Somalia, kita telah memberikan bantuan lebih daripada

RM62,000 yang Ahli Yang Berhormat maksudkan itu. Sebenarnya kita

Page 115: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 114 -

telah memberikan sebanyak US5150,000 sebagai bantuan kepada Somalia

dan kita adalah mengambil sikap terbuka untuk memberi apa jua

bantuan kemudiannya. Kita telah membuat keputusan untuk menghantar

satu pasukan tentera ke Somalia untuk mengambil bahagian dalam

"Peacekeeping Operations", dalam gerakan-gerakan untuk menjamin

keamanan, memberi bekalan dan menjaga keselamatan serta menyampaikan

apa juga keperluan-keperluan kepada orang-orang Somalia. Ini adalah

satu keputusan yang telah kita ambil dan kita telahpun memberitahu

kepada Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu tentang keputusan kita

dan kita hanya menunggu masanya untuk dijemput oleh pihak Bangsa-

bangsa Bersatu untuk kita mengambil bahagian. Kita tidak boleh

pargi bersendirian, kita mesti menunggu dahulu jemputan itu. Walau-

pun kita sudah beritahu kesediaan kita, bila-bila masa sahaja

dijemput maka sampailah kita nanti ke Somalta.

Begitu juga halnya dengan Bosnia, kita telahpun memberitahu

pihak Bangsa-bangaa Bersatu dan kita bersedia pergi ke sana untuk

gerakan-gerakan Operasi Damai yang diadakan di Bosnia itu bagi

membantu mengedarkan bantuan-bantuan kepada orang-orang Bosnia.

Tetapi pada waktu ini kita memahami bahawa bilangan askar yang ada

di sana, tenaga yang membantu gerakan-gerakan damai yang ada disana

sudah mencapai 221,000 orang ramainya dan mereka belum lagi memerlu-

kan tenaga tambahan. Sebaik sahaja mereka memerlukan tenaga

tambahan itu, maka kita akan menghantar askar-askar kita ke sana.

Yang Berhormat telah menimbulkan juga beberapa perkara yang

lain dan izinkanlah saya mengarabil kesempatan untuk menjawabnya di

samping saya memberi jawapan ke atas perkara OIC yang dihubungkait-

Page 116: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 115 -

kan dengan kehadiran saya di Jeddah.

Yang Berhormat telah menimbulkan perkara yang berkaitan dengan

fasal Pulau Sepadan dan Pulau Ligitan. Ini adalah masalah kita

dengan Indonesia. Kita telahpun bertukar-tukar dokumen mengenai

kedudukan Pulau Sepadati dan Pulau Ligitan. Kita telahpun menyerah-

kan dokumen-dokumen kepada pihak Indonesia dengan hujah-hujah yang

membuktikan bahawa pulau ini adalah hak wilayah kita. Merekapun

berbuat demikian. Jadi ksdua-duanya membuat hujah-hujah untuk

menegakkan yang masing-masing memiliki kedua—dua palau ini. Jadi

kita perlulah mengadakan rundingan untuk mencari penyelesaian dan

isu yaag berkaitan dengan Pulau Sepadan dan Ligican ini akan kita

bincangkan nanti dalam mesyuarat Suruhanjaya Bersama Indonesia/

Malaysia yang dicadangkan diadakan di Indonesia pada akhir bulan

Januari ini. Jadi perkara ini akan dibincangkan lagi. Tahun sudah

ianya dibincangkan di sini dan tahun depan akan dibincangkan di

Jakarta dan sama ada dalam perundingan itu kita akan mencapai

penyelesaian atau tidak, ini sama-samalah kita tunggu. Begitulah

juga halnya dengan Pulau Batu Putih. Kita telahpun mengadakan

pertukaran dokumen mengenai pulau Batu Putih ini dan sedikit masa

lagi satu perbincangan akan diadakan pada peringkat pegawai

Singapura dan pegawai kita. Perbincangan int akan diadakan di Kuala

Lurapur. Ertinya, kita bukanlah cidak akcif, bukanlah berdiam diri

bahkan terus aktif kerana ini ...

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat] : Yang Berhormat, Larut

bangun .

Page 117: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR. 15.12. 92 - 116 -

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Tuan Pengerusi,

bolehkah saya tahu daripada Yang Berhormat Menteri, apakah kesan

tindakan perauda PAS atas Pulau Batu Putih atau "Hitam", saya pun

tidak tahulah?

Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi: Sebenarnya, itu adalah

satu tindakan yang pada hemat saya tidak akan dapat membantu

menyelesaikan masalah. Walau apapun kita lakukan, tidak bermakna

dengan tindakan kita itu maka tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu

Putih itu sudah selesai ataupun tamat. Yang pentingnya ialah

perkara ini mesti dirundingkan dengan pihak Singapura. Tidak

bermakna kalau dengan tindakan yang dicadangkan oleh pemuda PAS itu,

maka Singapura akan kata, "Yalah, itu karau punya dan kami tidak akan

membuat tuntutan lagi". Itu bukan satu penyelasian. Itu saya fikir

curaa hendak mencari publisiti untung policik semata-matalah.

Tuan Pengerusi, berkaitan dengan lawatan Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri keluar negeri dan peruntukan yang dibuat iaitu RMIO

juta, sebenarnya, RMIO juta ini adalah sacu peruntukan yang kecil,

bukan besar, kerana lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu

bukan melancong tetapi adalah lawatan yang bertujuan untuk

menggalakkan perdagangan, pelaburan, menggalakkan kerj asama ekonomi

yang lebih luas. Ini penting kepada kita. RMIO juca ini kalau

hendak dibandingkan dengan syarikac rokok yang mengiklankan rokoknya

dengan belanja RM200 juta setahun, RMlO juta ini untuk perbelanjaan

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri keluar negeri bagi menggalakkan

kerjasama ekonomi, pelaburan dan perniagaan adalah sata peruntukan

yang amat kecil. Sebenarnya kita perlukan lebih banyak daripada itu

Page 118: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 117 -

lagi. Tetapi kita memahami tentang keadaan kewangan kita, jadi RMIO

juta ini boleh dikatakan sudah mencukupi dan berpatutan. Hasil

daripada lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini telah

menunjukkan bukti-bukti yang perdagangan antara negara Malaysia

dengan negara-negara yang telah dibuat lawatan dan yang telah

diadakan perjanjian-perjanjian perdaganan, pelaburan dan sebagainya,

menunjukkan perdagangan yang lebih banyak telah dapat diadakan di

antara negara kita dengan negara-negara yang dilawati itu. Jelaslah

manfaat memang banyak yang telah diperolehi oleh negara kita dan

negara sahabat yang kita telah jalingkan hubungan, terutamanya

hasil daripada lawacan Yang Aniat Berhormat Perdana Menteri .

Berhubung dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli

Yang Berhormat dari Arau, sebenarnya Ahli Yang Berhormat dari Arau

menumpukan debatnya itu ke atas perkara yang berkaitan dengan

penempatan Duta-duta dan kesesuaian Duta-duta untuk berkhidmat di

negara-negara di mana mereka dihantar bertugas. Perkara ini adalah

perkara yang penting, sebenarnya. Kita mahukan Duta kita mempunyai

bukan sahaja tahap pengetahuan-pengetahuan yang baik tetapi juga

tahap profesionalisma yang tinggi, kerana Duta-duta kita mempunyai

peranan yang besar di luar negeri. Peranan mereka bukan sekadar

untuk menjalinkan hubungan antara negara kita dengan negara di mana

mereka berkhidmat, tetapi juga untuk menggalakkan kerjasama dalam

bidang ekonomi dan pembangunan. Mereka perlu memputiyai maklumat-

maklumat yang terkini mengenai negara-negara itu, dan mereka perlu

juga mengetahui segala selok-belok kerja mereka, perlu memahami

benar segala isu-isu yang ada hubung-kait ataupun yang mempengaruhi

hubungan antara negara Malaysia dan nagara sahabat.

Page 119: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR. 15.12.92 - 118 -

Kemahiran perlu dipunyai oleh seseorang duta-duta. Memang apabila

kita memilih seorang itu untak bertugas di suatu tempat, kita

melihat dari segi kesesuaiannya. Kesesuaiannya dengan tempat

kedutaan di tnana beliau akan dihantar. Itu adalah menjadi satu

pertimbangan yang utama, yang tidak kita ketepikan. Sanioritynya,

kekananannya, kebolehan, kemampuannya itu adalah yang kita

fikirkan.

Secara umum untuk dalam usaha untuk kita meningkatkan lagi

profesionaliama duta-duta kita, Kerajaan telah menubuhkan IDFR, atau

pun (Institut Diplomasi dan Hubungan Luar). Institut ini baru

sahaja ditubuhkan. Umurnya baru setahun lebih, belum pun dua

tahun. Institut ini memang diberi peranan untuk memberi latihan,

sebaik-baik latihan kepada bakal-bakal diplomat kita. Dan juga

memberi latihan kspada pegawai-pegawai diplomatik dartpada negara-

negara lain, daripada negara-negara sahabat seperti hari ini baru

kica raulakan satu kursus untuk ahli-ahli diplomat dari negara-negara

Asia Tengah, Central Asia Republik. Kita juga memberi latihan nanti

kepada para diplomat daripada negara-negara lain, negara-negara yang

sedang membangun yang ingin mendapat bantuan ataupun khidmat latihan

yang boleh kita berikan kepada mereka .

Jadi, ini adalah satu perkara yang memang pandang "berat kerana

kecekapan duta-duta kitalah yang akan menjadi faktor yang penting

untuk menjamin, untuk mempastikan yang hubungan kita dengan negara-

negara aaing itu berada dalam keadaan baik yang paling menguntung-

kan. Terima kasih.

Page 120: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 119 -

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahLi Yang Berhormat,

masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM191,361,000 untuk Maksud

B.51 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada

Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikerauka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak SM191,361,000 untuk Maksud B.51 diperintahkan jadi.

sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Masalahnya ialah bahawa

perbelanjaan sebanyak RM15,665,000 yang disebutkan untuk Maksud P. 51

dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 1993 hendaklah diluluskan.

Masalah dikerauka bagi diputuskan dan disetujukan.

Wang sebanyak RM15,665,000 untuk Maksud P.51 diluluskan jadi

sebahagian daripada Anggaran Pembangunan, 1993.

Maksud B.52 [Jadual] -Maksud P.52 [Anggaran Pembangunan, 1993] -

Tuan Pengerusi [Tuan Oag Tee Keat]: Kepala Bekalan B.52 dan

Kepala Pembangunan P. 52 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka

untuk dibahas sekarang. Bagan.

6.13 ptg.

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya

ingin mengambil sedikit masa untuk membahas Maksud B. 52 Butiran

010500, 020400, dan P.52, 0200, 0300 sekaligus.

Tuan Pengerusi, Kerajaan celah memperuncukkan sejumlah RM40

juta kepada sebuah syarikat swasta iaitu Doloraice Sdn. Bhd. untuk

menaikkan taraf Jalan Persekutuan Satu, atau Federal Road One, iaitu

Page 121: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR. 15.12,92

dari Nibong Tabal sehingga Bumbung Lima di Seberang Perai. Kerja

sedang berjalan dengan lancar mulai awal tahun ini. Rakyat berte-

rima kasih kepada Kerajaan-kerajaan mengambil berat tentang keadaan

Federal Road Ont di Seberang Perai ini. Akan tetapi karja-kerja

memulih telah menyebabkan banyak kesulitan kepada pengguna-pengguna

jalan di sepanjang jalan ini. Saya suka menarik perhatian pihak

yang berkenaan supaya diacurkan kerja-karja pemulihan ini dengan

lebih berkesan dan mengurangkan kesalitan kepada pengguna-pengguna

jalan. Antara satu cara ialah diminca Syarikat Dolomite ini menja-

lankan kerja-kerja pada waktu malam. Dan kini Dolomita membuat

kerja di semua peringkat jalan ini, tetapi Dolonite tidak menyiapkan

kerja-kerja bersambungan iaitu kontraktor ini membuat kerja-kerja

dengan melompat-lompat peringkatnya. Ini mengakibatkan jalanraya

adalah setengah tinggi dan setengah rendah. Dan kemalangan se1alu

berlaku pada waktu apabila pengguna menggunakan jalan ini kerana

kaadaan jaLan yang cidak rata. Lagipun jadual kerja untuk membaik-

pulih Federal Road One ini telah terlambat mengikut jadualnya.

Diharap pihak yang berkenaan boleh menyusun semula agar kerja-kerja

pemulihan ini tidak membawa kesulitan dan boleh dipercepatkan.

Tuan Pengerusi, saya suka menyentuh juga tentang skim mengatasi

keseaakan lalulintas di Pulau Pinang, mukasurat 270. Tuan

Pengerusi, sistem trafik di BuCterworth kini dalara keadaan yang

sangat sesak. Antara cadangan-cadangan yang telah saya buat dalam

Dewan yang mulia ini pada tahun yang lepas ialah untuk membina

sebatang jambatan dari Bagan Dalam hingga ke Pekan Perai. Ini boleh

Page 122: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 121 -

mengalirkan lalulintas, tidak payah memasuki jalan bandar di Butter-

worth. Akan tetapi, sehingga ini tidak nampak apa-apa kesan dapat

dijalankan untuk mengatasi kesesakan jalan lalulintas di Butter-

worth.

Terdapac juga projek-projek jalan lingkaran luar Butterworth

dan P 1 au Pinang te1ah di1uluskan.Sejak pe1acaran Rancangan

Malaysia Keenam dua tahun yang lepas projek jalan lingkaran luar

Butterworth dan Palau Pinang ini pun belum nampak ada apa-apa kerja

permulaannya. Di sini saya ingin tahu dalara menjimat perbelanjaan

Kerajaan Persekutuan, sama ada projek jalan lingkaran luar Butter-

worth ini akan dimansuh atau ditangguhkan. Saya berharap projek ini

adalah sangat mustahak untuk mengatasi jalan lalulintas di Butter-

worth. Diharap projek ini janganlah diraansuh atau dicangguhkan.

Tuan Pengerusi, juga saya ingin sentuh di sini ialah mengenai

Jambatan Pulau Pinang. Kawan saya dari Bukit Mertajam seringkali

membangkitkan kadar tol di Jarabatan Pulau Pinang, Kadar Col kini

ialah RM7 untuk sebuah kereta, berbanding dengan 5 sen sahaja untuk

Lebuhraya di darat Semenanjung Malaysia ialah 5 sen untuk 1 km. dan

Jambatan Pulau Pinang hanya 13 kra. Jikalau dihitung ia hanya patut

dikenakan kadar 65 sen sahaja. Tetapi kadar tol Jambatan Pulau

Pinang kini ialah RM7, dekat 10 kali ganda.

Page 123: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.I5.12.92 - 122-

Dan bekas Menteri Kerja Raya telah berjanji hendak menurunkan

kadar tol di Jambatan Pulau Pinang. Beliau juga berkata, ini telah

dipcrsetujui oleh Kabinet. Tseapi, sehingga kin;. tol Jambatan Pulau

Pinang masih kekal dan. tidak nampak ada apa-apa kesan hendak

diturunkan. Sebagai seorang anak Pulau Pinang, Kerajaan Parsekutuan

telah mengambil sebahagian besar darat dan laut Pulau Pinang untuk

projek Jambatan Pulau Pinang ini dan tidak ada apa-apa pampasan

atau apa-apa jua puti di segi kewangan untuk Kerajaan Pulau Pinang.

Sekiranya kadar tol diturunkan kepada satu kadar yaag memuaskan, ini

adalah satu ganti rugi atau sagu hati bagi anak-anak Pulau Pinang.

Tuan Pengerusi, motosikal yang menggunakan lebuhraya di

Semenanjung tidak perlu membayar apa-apa Col, tetapi di Jambatan

Pulau Pinang, motosikal dikenakan RML.60 sen kadar tol. Kawan kami

di sini selalu meraitita kepada Kerajaan supaya kadar tol untuk

motosikal boleh dimansuhkan semua sekali. Ini adalah kerana

kebanyakan penunggang-penunggang motosikal adalah dari kalangan

pekerja dan orang-orang yang miskin dan patut dikecualikan daripada

merabayar tol.

Satu lagi perkara berkenaan Jambatan Pulau Pinang, ialah

kebersihan jambatan. Saya ada dengar, ada pihak swasta telah diberi

kontrak untuk menyelenggara dan membersihkan jambatan. Tetapi,

keadaan jambatan ini nampaknya kotor, sehingga bangkai-bangkai

Page 124: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 123 -

binatang juga selalu ternampak di tepi-tepi jalan, tanpa ada orang

yang membersihkannya. Pasir dan debu yang jatuh dari lori-lori juga

tiada orang yang membersihkannya.

Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat tahu di sini, sama ada

syarikat swasta ini wujud tetapi tidak bekerja dan sebaliknya

dibayar dengan wang ringgit yang telah diperuntukkan.

Tuan Pengerusi, kenaikan kadar tol untuk lebuhraya di

Semenanjung Malaysia. Kami semua tahu bahawa mulai tahun hadapan

iaitu sedikit masa lagi, dua minggu lagi, kadar tol di Semenanjung

Malaysia akan dinaikkan 50% iaitu 5 sen dinaikkan sehingga 7 1/2 sen

sekilometer. Dan selepas 1995 iaitu raulai dari tahun 1996 kadar tol

akan dinaikkan sekali lagi pula dari 7 1/2 sen hingga 10 sen satu

kilometer. Kami semua faham bahawa Kerajaan telah menandatangani

satu perjanjian atau kontrak dengan PLUS atau UEM di mana pihak

swasta ini boleh raeningkatkan kutipan tol. Tetapi, saya anggap 50%

kenaikan kadar tol ini adalah terlebih. Bolehkah Kerajaan

Persekutuan mengkaji semula berkenaan dengan isi kandungan kontrak

ini.

Tuan Pengerusi, akhir sekali saya ingin sentuh berkenaan dengan

Butiran 010500 iaitu Pemberian Kontrak. Banyak keriyataan telah

dikeluarkan oleh Menteri Kerja Raya di mana terdapat tender-tender

diberi kepada kontraktor-kontraktor dan akhirnya kerja tidak

disempurnakan tetapi terbengkalai atau ditangguh pada tempohnya.

Page 125: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

Walaupun satu garispanduan untuk tender telah diumumkan oleh Menteri

berkenaan pada bulan Mac tahun ini, nampaknya int tidak berkesan.

Terdapat lebih kurang 16 kontrak di Pulau Pinang, kebanyakar.

bangunan-bangunan Kerajaan,sekolah-sekolah baik pun jambatan-

jarnbatau telah terbengkalai atau ditangguh. Dan ini telah menyebab-

kan kesulitan di segi kewangan baik pun disegi masa untuk kemudahan-

kemudahan rakyat Pulau Pinang. Banyak telah diperkatakan oleh

Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan ini bahawa apabila menawarkan tender

mesti meneliti latar belakang, pengalaman, dari segi kewangan, semua

diambil pertimbangan dan bukan dipilih bulu sahaja, diberi kepada

sesiapa yang ada pengaruh politik yang diberikan tender.

Saya haraplah kerja-kerja atau projek-projek yang telah

terbengkalai atau tertangguh di Pulau Pinang ini dirumus semula dan

kerja-kerja dijalankan seawal mungkin supaya tidak membawa apa-apa

kerugian kepada rakyat. Sekian sahaja, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Parit Sulong.

6.28 ptg.•

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong]: Tuan Pengerusi, di

dalam membahaskan perkara ini saya ingin merujuk kepada Maksud

Bekalan B. 52, Butiran 020000 iaitu mengenai Jalan dan Jambatan;

Butiran 030000 mengenai Bekalan Air; dan akhir sekali adalah

mengenai P.52 - Butiran 00900 dan 01900 serta 02300 sekaligus.

Tuan Pengerusi, saya akan menyebut perkara-perkara yang

Page 126: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 125 -

spesifik di mana sekiranya pihak Kementerian tidak mahu raenjawab

pun, perkara ini harus diambil tindakan sewajarnya.

Pertama sekali adalah mengenai Jambatan Parit Sulong, Jambatan

Parit Sulong adalah satu jambatan yang historical, jambatan yang

lama, apabila hendak dibangunkan jambatan yang baru, perkara ini

telah pun mendatangkan satu protes ataupun bantahan yang agak

'mild', dengan izin, daripada masyarakat setempat supaya rekabentuk-

nya yang ada sekarang ini dipelihara. Tetapi, walau bagaimanapun,

nampaknya suara kami agak terketepi dan projek itu akan dijalankan

dengan rekabentuk yang baru. Dalam pada itu kerja-kerja pembinaan

jambatan yang telah pun dimulakan lebih kurang awal tahun lalu

hingga sekarang tergendala.

Page 127: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -126-

Ini menyebabkan satu fenomena baru di kawasan Parit Sulong,

iaitu kekerapannya berlaku kemalangan jalanraya yang menyebabkan

maut di kawasan sebelum dan sesudah jambatan, oleh kerana

kerja-kerja yang terbengkalai telahpun menyebabkan beberapa jalan

menjadi sempit dan sebagainya. Jadi, menerusi Dewan ini saya ingin

tahu bila agaknya kerja-kerja yang tergendala itu akan bermula

semula dan kenapa pula kerja-kerja itu tergendala dan kalau boleh

diberi 'time frame', bilakah jarabatan Parit Sulong dengan rekabentuk

yang baru itu akan siap?

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Keduanya, adalah mengenai jalan daripada pekan Semerah hingga

ke Bandar Penggaram, Batu Pahat, yang juga melintasi kawasan saya.

Jalan ini juga adalah satu jalan yang bersejarah, jalan yang dibina

secara konkrit - berraakna jalan simen. Kalau orang dahulu, zaman

datuk nenek saya, -iaitu zaman jalan simen, mereka panggil jalan

kompeni - jalan orang putih. Tidak panggll jalan gomen, tetapi

jalan kompeni - British East India Company, dengan izin, dan jalan

ini sebenarnya adalah melalui kawasan paya yang mungkin sewaktu di

bina, dari segi kejuruteraannya (engineering), tidak mengambil kira

raasalah foundation jalan itu, Jadi, jalan simen ini adalah dibuat

mengikut compartment, yang bermakna dia ikut sekian-sekian kaki,

macam highway yang dibuat sekarang daripada Air Kroh bawa ke Tangkak

- macam itulah. Jadi f sekarang ini kalau kenderaan berat lalu di

jalan itu, jalan itu akan bergegar. Itu tidak apalah, kerana orang

dari Semerah hingga ke Peserai meraang selalu digegarkan, tetapi

apabila jalan ini rosak, dia main tampong sahaja, main tampal,

tampal, tampal, sehingga jalan ini tidak ada rupa jalan dah. Dan

jalan inilah juga yang mencatatkan jumlah kemalangan jalanraya yang

Page 128: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -127-

amat berat dan juga menyebabkan rungutan yang amat berat kepada

Wakil-wakil Rakyat daripada dahulu hingga sekarang "since time in

memory" - orang kata, kerana sudah lama sangat rungutan di bawa ke

Dewan Sakyat ini tetapi tidak ada pun diambil pusing - kata orang

kampung. Kenapa tidak ambil pusing? Kenapa tidak di bauah Kepala

Banci Jalan Lalulintas dan Penyelesaian Jalan ataupun di bawah

perkara-perkara sama ada jalan ini selamat ataupun tidak, di ambil

kira mengenai jalan ini.

Saya pula mendapat tahu daripada Jabatan Kerjaraya negeri Johor

bahawa kononnya sudah ada peruntukkan yang hendak di keluarkan untuk

repair jalan ini. Tetapi sampai sekarang pun tidak ada juga.

Janganlah bila hendak pilihanraya beritahu rakyat, tetapi selepaa.

pilihanraya, tidak ada Wakil Rakyat yang kena lanyak. Jadi, saya

tidak mahu perkara-perkara macam ini dan kita tidak mahu Kerajaan

Barisan Nasional yang memang bertanggungjawab, akan dijadikan satu

perkara yang dipersenda-sendakan di kampung-kampung. Jadi, saya

harap pihak Kementerian Kerjaraya mengambil satu pandangan yang

tegas, iaitu mengapa kalau dari Muar hingga ke sempadan Sungai

Sarang Buaya, jalan kompeni ini boleh di buat balik, tetapi mengapa

pula jalan dari Semerah masuk ke kawasan Parit Sulong hingga ke

bandar tidak dibuat balik. Apakah perbezaan-perbezaannya? Apakah

sebab-sebabnya perkara ini tidak dilakukan. Oleh kerana, saya rasa,

aspirasi rakyat, harapan rakyat dan janji Kerajaan kepada rakyat

adalah sama di mana-mana di seluruh negara. Jadi, diharap janganlah

beza-bezakan kami.

Page 129: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -128-

Tuan Pengerusi, yang ketiganya saya hendak tersebut mengenai

Lembaga Lebuhraya Malaysia.Sekali lagi saya hendak sebutkan bahawa

Lebuhraya daripada Sektor Pagoh ke Yong Peng telahpun dibuka dua

bulan yang lalu dan sekali lagi ianya merentasi kawasan Parlimen

Parit Sulong dan kawasan ini juga adalah kawaaan paya. Kawasan di

mana Kerajaan terpaksa membuat ubah-suai kepada beberapa anak

sungai, terpaksa menambak lembah dan sebagainya. Telahpun saya

sebutkan di dalam Dewan yang lalu, di dalam Jawatankuasa juga

mengenai dengan bagaimanakah pembinaan jalan raya ini, yang akan

memudahkan laluan, mempercepatkan laluan kenderaan dan sebagainya,

tetapi menimbulkan kesusahan kepada rakyat, khususnya, pada musim

tengkujuh seperti pada masa sekarang. Kalau sekarang ini kita take

a slow drive daripada Pagoh menuju ke Yong Peng, di kanan kiri

jalan kita tengok bagaimana Lebuhraya Utara - Selatan telahpun

menyebabkan banjir. Bagaimana kebun-kebun koko, kebun-kebun kelapa

sawit dan kebun-kebun getah ditenggelami banjir.

Kita memang tidak mahu menyekat lebuhraya, kita suka. Bukan

macam orang Semangat 46 atau orang PAS - mereka politikkan

lebuhraya, tidak! Kita cuma mahu, dari segi kejuruteraannya

(engineering), apabila lalu, seperti yang saya katakan dahulu, kalau

lalu di kawasan lembah, tolonglah cari jalan, janganlan sampai

tersekat pengaliran air. Wakil Rakyat telah mendapat surat siap

dengan gambar 'colour' iaitu gambar sebelum banjir, gambar sedang

banjir dan gambar sesudah banjir. Sedang banjir pokok di naiki air

sedalam tiga kaki dan sesudah banjir pokok semua mati.Macam mana

Page 130: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -129-

kami hendak memberi pembelaan? Bagaimana kami hendak mengeluarkan

peruntukkan? Saya sudah suarakan dalam Parlimen, tetapi tidak ada

tindakan pun.

Tahun lalu, di kampung yang dilalui oleh Lebuhraya yang ada

sekarang ini, sektor dari Yong Peng ke Air Hitam, kalau tidak silap

saya, ataupun ke Renggam - banjirnya sampai ke paras pusat dan kali

ini banjir lagi. Saya sudah kata bagairaana aungai yang tidak pernah

berlaku banjir sedalam itu iaitu sampai atas pusat, tetapi apabila

bina lebuh raya berlaku banjir setinggi macam itu. Jadi, semua

tuduh lebuhraya - dia kata Lembaga Lebuhraya (LLM), apabila di tuduh

LLM, berbangkit pula soal yang panjang sampai kononnya, kompeninya

orang UPNO tetapi tidak ada pembelaan, dan sebagainya. Jadi, saya

mintalah supaya perkara ini di atasi. Tolonglah, suara beribu-ribu

rakyat, berbagai bangsa di Parit Sulong yang menghadapi kesusahan

akibat banjir dan sekarang ini saya minta siasatlah di mana sekarang

ini sedang berlaku perkara ini. Tolonglah siasat betul-betul dan

tengok betul atau tidak wakil rakyat ini cakap.

Seterusnya, oleh kerana sektor Yong Peng pergi ke Renggam,

kalau tidak silap saya, masih lagi melalui kawasan Parit Sulong,

maka saya ingin bertanya, benar atau tidak pembinaan Lebuhraya untuk

sektor Yong Peng dan seterusnya itu adalah terbengkalai oleh kerana

kononnya ia berkait dengan personaliti di dalam mereka yang

menjalankan kontrak dan sebagainya. Saya widak mahu mencari

kepastian, tetapi inilah suara-suara rakyat setempat, kononnya

kerja-kerja yang dibuat sekarang ini adalah kurang cekap sehingga

Page 131: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -130-

mereka terpaksa menghadapi banjir. Apabila banjir implikasi kosnya

adalah besar - anak-anak terpaksa terganggu sekolahnys, orartg-orang

terpaksa di pindahkan dan ini melibatkan Jabatan Kebajikan

Masyarakat dan sebagainya. Mengapa perkara yang tidak pasrah ada

danulu, tetapi apabila ada projek Lebuhraya ini, maka perkara ini

tiba-tiba ada. Saya tidak mahu perkara ini berlaku lebih kritikal

daripada apa yang saya suarakan dan saya berharap pihak Kementerian

akan mengambil tindakan.

Seterusnya mengenai bekalan air - ini juga perkara yang agak

magic kepada saya dan agak tidak logik terus. Tiga tahun yang lalu,

satu kawasan penempatan semula - mana otang DAP, mereka ini selalu

menjerit mengenai penempatan semula orang-orang Tioaghua. Kampung

ini menempatkan lebih kurang 3,000 orang Tionghua yang duduk di situ

dan mereka ini penyokong kuat Barisan Nasional dan DAP tidak boleh

penetrate. Tiga tahun yang lalu sudah dimasukkan bekalan air dan

sudah pasang meter, tetapi sampai sekarang air tidak keluar.

Tuan Pengerusi, ini cerita lama, tetapi apakah implikasi kepada

perkara ini? Satu inefficiency. Saya boleh cakap, kalau saya

hendak menuduh, tetapi saya tidak mahu. Keduanya, mungkin ada sikap

ambil lewa, ambil endah tidak endah. Orang sudah bercakap dalam

Tindakan Daerah, sudah sebut dalam Dewan Undangan Negeri dan

sekarang ini hendak bawa ke Parlimen, baru hendak bertindak?

Page 132: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -131-

Perkara ini sudah 3 tahun. Pilihanraya akan datang bila-bila

masa. Jangan perkara ini, saya selalu mengingatkan, dijadikan bahan

melemahkan Kerajaan Barisan Nasional sedangkan Kerajaan Barisan

Nasional adalah Kerajaan yang membela rakyat. Apa saya hendak cakap

kepada rakyat? Minggu lalu saya pergi ke kawasan ini. Dia tunjuk

dan mengatakan bahawa major problem kawasan ini tidak ada lain.

Tengok sendiri, Saya check sendiri dari rumah ke rumah, memang

betul. Masing-masing sudah marah. Meter masing-masing sudah

dicabut. 3 tahun bekalan air patut sudah masuk, sekarang ini tidak

ada air pun. Excuse apa? Apa alasan? Paip terlalu kecil? Ini

kalau paip terlalu kecil, apa kesannya kepada engineering design?

Tidakkah diambil fikir? Kalau kawasan itu umpamanya kawasan tinggi,

tidak adakah mereka memerlukan pam? Mengapa bila sudah pasang paip

baru kata pam itu tidak kuat dan sebagainya? Siapa punya kepala-

kita hendak para sekarang? Wakil Rakyat punya kepala yang kena pam

sekarang!

Tuan Pengerusi, mungkin kepada kita ini perkara trivial tetapi

kepada rakyat, beribu-ribu penyokong Barisan Nasional dari kalangan

Tionghua, ini penting. Perkara ini saya rasa tidak diberi

pembelaan oleh kerana yang bertanggungjawab ialah Wakil Rakyat.

Kita terpaksa menyuarakan. Banyak kali dah kita suara. Mengapa

tidak ada tindakan? 3 tahun aampai sekarang. Mengapa perkara ini

harus terus-menerus diizinkan berlaku dan tanpa pembelaan?

Page 133: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 132-

Paling akhir, Tuan Pengerusi ,juga mengenai Lembaga Lebuhraya.

Apabila Lembaga Lebuhraya membina jalan raya daripada sektor Pagoh

ke Yong Peng, menjejaskan dan melanggar satu kampung. Tidak apa.

Orang kampung boleh pindah, masjid pun kena. Di sini pagar

lebuhraya, di situ masjid. Dilanggar juga. Kita minta ubahlah

sedikit. Tidak mahu juga. Sekarang hendak suruh-ganti, minta derma

pun hendak buat masjid baru, tidak ada juga. Hendak kena perah juga

Kerajaan.

Saya harap, let's have some goodwill. Kita ada tolak-ansur.

Kita ada muhibah. Di dalam kiia menjalankan projek-projek yang

besar, projek-projek yang implikasi dan kesan dan manfaatnya adalah

besar kepada rakyat, let's not forget to have some goodwill,

mempunyai muhibah kepada rakyat marhain, rakyat yang miskin, rakyat

yang memang sentiasa bergantung kepada seluruh kepimpinan mereka

yang mereka ketengahkan menerusi pilihanraya.

Oleh kerana saya rasa amat sedih, terlalu sedih dan terlalu

hairan mengapa apabila lebuhraya membuat sesuatu design sehingga

melanggar masjid pun, tidak hendak berganjak sekalipun, seinci pun

tidak mahu. Saya dengar di kawasan Timbalan Menteri Pembangunan

Luar Bandar, sekolah pun terjejas. Betul Yang Berhormat? Saya

tahu, kawasan dia dengan saya sempadan. Why? Mengapa? Kenapa

tidak ada sikap tolak-ansur di sini? Mereka menjalankan kerja bagi

pihak Kerajaan. Sekolah dibangunkan oleh Kerajaan. Masjid datang

dari peruntukan Kerajaan. Rakyat yang diketengahkan untuk menyokong

Page 134: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -133-

Kerajaan. Mengapa mereka tidak mahu toe the line, dengan izin?

Tidak mahu menghayati semangat rakyat yang menjulang Kerajaan?

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Minta

gulung Yang Berhormat.

Tuan Ruhanie bin Raji Ahmad: Jadi, itu sahaja Tuan Pengerusi.

Saya memang amat menyokong seluruh projek-projek yang dijalankan

oleh Kementerian, tetapi saya agak kesal sedikit apabila masalah-

masalah yang dianggap kecil ini kurang diberi perhatian dan dengan

itu saya menyokong sepenuh-penuhnya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Jubar bin Haji Mahiruddin]: Sungai

Petani.

6.44 ptg.

Che Ibrahim bia Mustafa [Sungai Petani]: Tuan Pengerusi, saya

akan bercakap tentang Butiran 020000 dan sedikit tentang Butiran

030000.

Saya ingin meminta perhatian dan tindakan daripada Kementerian

yang berkenaan tentang pembangunan pesat di bandar Sungai Petani.

Kepesatan bandar Sungai Petani adalah amat pesat dan. kadang-kadang

akibat daripada kepesatannya itu kadangkala menimbulkan kesan-kesan

sampingan yang menyusahkan penduduk-penduduknya.

Yang pertama, berkait dcngan pendirian kilang PERWAJA di

Gurun. Kilang PERWAJA, salah sebuah kilang yang besar di Gurun

telah didirikan dan dijangka akan beroperasi pada awal tahun

hadapan dan dalam proses perancangan kilang PERWAJA tersebut,

Page 135: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -134-

masalah-masalah infrastruktur sebenarnya tidak mendapat perhatian

yang sewajarnya dari pihak perancangan dan saya ingin meminta pihak

Kementerian supaya mengkaji kemungkinan kesulitan-kesulitan yang

bakal dirasai oleh masyarakat tempatan apabila kilang ini beroperasi

sepenuhnya terutama dari segi laluan lalulintas dan pengangkutan.

Apabila lori-lori yang bakal membawa besi-besi yang sudah siap

daripada kilang-kilang ini untuk dieksport maka kesesakan jalan raya

yang sudahpun sesak sekarang akan bertambah sesak. Jadi, sewajarnya

perancangan diambilkira terhadap jalan-jalan untuk lori-lori ini

melaluinya sama ada dari kilang ke pelabuhan ataupun dari pelabuhan

ke kilang, yang pertama untuk mengelakkan kesesakan supaya lori-lori

ini tidak melalui jalan-jalan yang sudahpun sesak itu. Kalau boleh,

perlu dirancang supaya laluan jalan susur khas untuk lori-lori yang

berkait an ini dibuat untuk mengelakkan kesesakan dan berkaitan

dengan ini ialah had muatan yang perlu kita fikirkan apabila lori

ini memuat besi-besi tadi. Akibat daripada muatan yang padat dan

berat, sudah pasti jalan-jalan yang sedia ada di situ akan mengalami

kerosakan yang segera dan akibatnya akan menimbulkan gangguan kepada

lalulintas.

Kemudian, masalah yang kedua, saya ingin menarik perhatian

pihak Kementerian tentang jalan daripada Sungai Petani ke Tikam

Batu. Saya telah difahamkan bahawa sebenarnya ada peruntukan untuk

menambah, melebarluaskan jalan daripada Sungai Petani ke Tikam Batu

yang jalan ini sebenarnya adalah jalan yang selalunya membawa maut.

Page 136: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -135-

Jalan yang seringkali mencetuskan kemalangan. Saban minggu, boleh

dikatakan ada sahaja jiwa yang melayang akibat daripada kemalangan

antara jalan dari Sungai Petani ke Tikam Batu akibat daripada jalan

yang berliku-liku dan kesesakan jalan raya. Sewajarnya,

tindakan-tindakan segera perlu dilakukan - untuk mengatasi masalah

ini.

Berkaitan dengan kepesatan pembangunan bandar itu sendiri dan

akibat daripada terdirinya kilang PERWAJA di Gurun tadi, rnaka saya

difahamkan bahawa Kerajaan telah meluluskan hampir RM30 juta untuk

raenyediakan bekalan air untuk keperluan kilang PERWAJA. Inilah apa

yang berlaku sebenarnya. Bertahun-tahun rakyat telah menunggu untuk

menanti bekalan air tetapi apabila kilang besi itu didirikan, maka

secara spontan RM30 juta itu diluluskan untuk mendahului besi

daripada rakyat.

Jadi, apa yang saya harapkan supaya peruntukan RM30 juta itu

bukan sahaja diperuntukkan untuk keperluan -kilang PERWAJA itu

sahaja. Sewajarnya, peruntukan itu juga wajar disalurkan kepada

kampung-kampung yang berdekatan dengan bandar Sungai Petani dan juga

kawasan-kawasan yang di sekitarnya supaya masalah-masalah bekalan

air dapat diselesaikan segera. -Misalnya, kampung-kampung di

sepanjang kawasan Bewan Undangan Negeri Pantai Merdeka dan d£

kawasan-kawasan yang di sekitarnya, telah bertahun-tahun tidak

mendapat air. Walaupun ada kepala paip tetapi tidak mempunyai

bekalan air kecuali pada waktu raalam sahaja, pukul 3, pukul 4 pagi

air keluar.

Page 137: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -136-

Jadi, ini sebenarnya saya minta perhatian Kementerian supaya

masalah-masalah ini diatasi. Kita perlukan pembangunan, kita

perlukan kemajuan dan saya sokong kemajuan,sokong pembangunan,

tetapi janganlah rakyat jelata dikorbankan demi pembangunan dan

kemajuan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Jerai,

6.51 ptg.

Tuan Haji Badruddin bin Haji Amiruldin [Jerai]: Tuan

Pengerusi, saya bangun untuk menyokong perbelanjaan bagi Kementerian

Kerja Raya.

Tuan Pengerusi, seringkali kita menyalahkan pengguna jalanraya

apabila sesuatu kemalangan itu berlaku. Kita juga tidak nafikan

bahawa kelemahan daripada pihak Jabatan Kerja Raya untuk

memperbaiki, menyelenggarakan jalan-jalan yang sedia ada agak begitu

lembab dan lemah. Mungkin pengguna itu berjaga-jaga, tetapi diatas

jalan yang kadangkala berlopak-lopak, jalan yang kadangkala

mempunyai selekoh yang begitu tajam, jalan yang kadangkala tidak

mempunyai tanda isyarat yang memuaskan, maka itulah yang menyebabkan

kadangkala kemalangan itu berlaku.

Jadi, saya kira tidaklah begitu adil apabila seseorang itu

tidak terpaksa membayar cukai jalan, tetapi jalan yang mereka

nikmati itu tidak setandig dengan cukai jalan yang telah mereka

keluarkan. Apatah lagi kita terpaksa juga membayar tol apabila kita

menggunakan lebuhraya. Di sini juga saya ingin mengesyorkan kepada

Kementerian Kerja Raya supaya memperbaiki jalan yang sedia ada

Page 138: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -137-

daripada Sungai Petani hingga ke Taiping kerana jalan-jalan ini

telah saya katakan dahulu, mempunyai lopak lebih kurang 253 lopak,

kalau tak silap saya, lubang daripada Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Saya kira 200 lebih lubang. Itu tak kira lubang kecil, Tuan

Pengerusi, ini lubang besar-besar ini. Jadi, kadang-kadang kita

terpaksa mengelak lubang itu, kita terpaksa berhadapan dengan

trailer. Saya sendiri biasa, rim tayar saya terpaksa diganti kerana

jatuh lopak. Nasib baiklah saya cermat, kalau tidak - pilihanraya

kecil, Tirabalan Menteri, duit belanja banyak hendak buat pilihanraya

kacil - jangan main-main.

Jadi, inilah, kita kena bersikap adil sedikit kepada pengguna

jalan. Kita selalu, bila saya tanya Yang Berhormat Menteri

Pengangkutan, kenapa kemalangan? Dia dok salahkan pengguna.

Memanglah, kadang-kadang pengguna pun cuai, tetapi tak semua yang

cuai. Jadi, disebabkan. oleh keadaan jalanraya itu sendiri yang

menyebabkan pengguna jalanraya itu kadang-kadang berada di dalam

keadaan yang tersepit dan menghadapi kemalangan jalanraya.

Tuan Pengerusi, berkenaan dengan lebuhraya, saya kurang faham

apabila kita dapat melihat lebuhraya-lebuhraya baru dibina itu

kadang-kadang dalam masa dua atau tiga tahun terpaksa diperbaiki

semula. Lebuhraya dari Bukit Kayu Hitam ke Sungai Petani, terutama

sekali di persimpangan untuk memasuki jalan Langgar di Kedah, dekat

dengan titi itu sudah berkali-kali diperbaiki. Jadi, saya kira, di

manakah kesilapannya, mungkin kita tidak membuat kajian yang

sebenamya ataupun dari kesilapan dari pihak kontraktor yang membina

jalan tersebut. Ataupun, kajitanah yang sebenarnya tidak kita

Page 139: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR-15.12.92 -138-

dapat. Jadi, di sinilah yang menyebabkan kadang-kadang jalan itu

meridak dan turun dan berlopak-lopak. Jadi, saya kira ini kalau kita

seringkali memperbaiki atau kita seringkali resurfaca sahaja, tidak

memperbaiki struktur di bawah itu, maka saya kira kita membazirkan

wang. Jadi, saya ingat, kalau boleh saya syorkan kepada Kementerian

Kerja Raya ini supaya memastikan setiap lebuhraya yang akan dibina

atau yang sedang dibina ini dipastikan tanah-tanah tersebut memang

sesuai untuk dtjadikan lebuhraya. Saya faham kerana di kawasan

Kedah ini kebanyakan lebuhraya melalui bendang, ataupun sawah, orang

Kuala Lumpur kata, dan mungkin tanah-tanah itu mendap dan turun.

Tetapi mungkin cara lain boleh kita lakukan supaya keadaan ini tidak

berlaku.

Saya kira planning untuk kita buat lebuhraya ini janganlah ktta

hanya buat planning untuk jangkamasa yang pendek. Kita tengok

lebuhraya dari Kuala Lumpur ke Seremban; siap sahaja lebuhraya itu,

terpaksa kita buat expansion another dua lane, sedangkan kalau kita

plan daripada awal, mungkin perbelanjaan yang kita perlukan untuk

memperbesarkan lebuhraya itu tidak seperti yang sekarang ini.

Sekarang ini mungkin double daripaa peruntukan yang kita perlukan

untuk merabuat lebuhraya empat lane " sehala. Jadi ini kita kena

kaji; biarlah kita sakit dahulu, tetapi kita senang kemudian.

Jangan kita senang dahulu, sakit kemudian, kerana ini wang rakyat.

Rakyat di kampung ini, saya ini asal orang kampung, dan saya ini

Wakil Rakyat kampung, terpaksa cakap fasal kampung Tuan Pengerusi.

Masalah ayak ini, dengan izin, big problem - very big problem.

Kadang-kadang kita pun naik susah hati. Dekat kawasan saya, Tuan

Page 140: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -139-

Pengerusi, ada kawasan perairan MADA. Bila air tak ada depa mandi

di tepi jalan, Tuan Pengerusi. Kita lalu, "Hai Yang Berhormat, apa

habak? Mailah tengok sama!", sambil dok jirus air. Jirus itu

siramlah. Jadi kadang-kadang, yang panggil kita itu kalau yang

elok-elok sedikit, yang ranum panggil, kita hendak berhenti pun•

segan. Susah hati, Tuan Pengerusi. Saya sudah habak berkali-

kali. Jadi, bila orang kampung curi air, JKR tangkap, denda sampai

RM500 atau RM600. Dia kata air hendak minum pun tak ada. Dan saya

biasa pergi. rasmikan satu mesyuarat, dia bubuh air lebih kurang

macam teh tarik dekat saya, dan satu gelas lagi air dartpada paip,

Dia kata apa yang saya dok minum, inilah dia air teh tarik ini,

tetapi tak ada buihlah air itu, Hak Yang Berhormat dok minum, ini

dia, dia kata yang bersih ini.

Jadi kita kena kasihanlah kepada orang luar bandar ini. Macam

saya katakan tadi, tiga per empat daripada Wakil Rakyat yang duduk

dalam Parlimen yang mulia ini berasal daripada kampung. DAP tak

apalah depa duduk di pekan macam Kepong. Sua lengan, RM5, cucuk

sekali RMIO, dia raba kulit orang, naik kudis sedikit, RM15, RM20,

senang, tak apa. Macam kita ini mai dari karapung. Jadi, orang

kampung ini dia bukan banyak sangat masalah, dia kata beri air

cukup, beri api cukup, jadilah. Makan, dia boleh pergi cari. Dia

tak ada lauk dia pergi mengail ikan di sawah, padi dia boleh dapat

beras. Dia hendak merasa sayur tak ada, sayur di belakang rumah

ada, tetapi kalau atr tak ada, api tak ada, memanglah masalah besar

bagi orang kampung. Jadi setakat mana? Setakat mana kita sebagai

Wakil Rakyat dapat memberi-tahu, "Hangpa sabarlah, sabar sat".

Page 141: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -140-

Okaylah, kita sabar dua tahun. Mai dua tahun lagi, "Sabar sat".

Dia kata Yang Berhormat kata Yang Berhormat, memanglah rumah kita

ini duduk dalam pekan sedikit, adalah lampu, depa duduk di sebelah•

kampung sedikit tak ada lampu. Jadi, depa kata "Yang Berhormat, tak

apalah, tengok filem P. Ramlee pun tak apa; kami sedang tengok

tilem p. Ramlee dia kata, lup, api padam. Di kawasan saya, api

terpadam seminggu lima enam kali. Kemudian saya bersetuju dengan

sahabat saya di Sungai Petani; bila naik kilang PERWAJA, api terang

benderang akan masuk; bila kita minta peruntukan untuk air, dia kata

duit tak ada. Tetapi bila naik kilang PERWAJA, paip besar pokok

kayu balak itu! Air mai mana yang kita dahulu tak ada? Dia keluar

ikut mana? Saya pun tak faham!

Kawasan saya di kawasan luar sedikit, Tuan Pengerusi, - saya

ini kalau kalut sedikit, pergi loghat Kedah, minta maaf, Tuan

Pengerusi. Mintalah yang mana tak faham cuba-cuba fahamlah.

Pemberita pun macam itu jugalah, Kena tulis sedikit, orang kampung

dok komplen dengan saya. Dia kata saya tak cakap fasal luar

bandar.

Jadi, Tuan Pengerusi, macam kawan saya kata, masuk paip, masuk.

meter, depa bayar duit meter, bayar dutt, kemudian tiap-tiap bulan

di kampung ini dia pukul rata, kena bayar duit air; buka-buka air,

air tak keluar, angin sahaja keluar! Dia kata "Saya bayar duit air,

fasal apa mai angin?" Kita hendak terangkan macam mana Tuan

Pengerusi? Jadi kita hendak beri reason macam mana? Bila dia kata

PERWAJA itu airnya hendak masuk mai, sedangkan dl kawasan yang

berhampiran dengan kilang PERWAJA itu tak ada air. Jadi, tolonglah

Page 142: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -141-

kalau boleh Timbalan Menteri, di Sarawak pun macam itu juga saya

kira. Tetapi di sebelah Kedah int pun macam itulah juga. Fasal

orang Kedah kalau dia naik angin, tak tanam padi, Tuan Pengerusi,

kacau negeri kita. Majoriti beras datang daripada Kedah. Saya

hendak tolong habak sahaja, sebab takut depa bebal.

Jadi, kenalah beri. Yang ini kita kenalah beri. Orang kampung

ini Tuan Pengerusi, depa bukan banyak cerita; depa tak pergi Coffee

House, dia duduk kedai pondok, makan nasi lemak sebungkus, teh

secawan, lima enam kupang, selesai masalah. Dia tak duduk di Coffee

House, dia tak pergi Karaoke, tetapi kalau air tak ada, api tak

ada, kita hendak masuk kawasan pun tak boleh! Sepenggal saya boleh,

dia boleh marah, mai dua penggal, dia kata "Apa Yang Berhormat,

pakai kot sakan sangat, air tak ada?" Jadi susah..

Page 143: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR,15.12.92 -142-

Parit Sulong tadi pun sampai naik perasaan, keluar pergi minum

teh dah. Marahlah tu! Saya nasib baiklah, saya belah-belah Maghrib

saya tidak berapa marah. Lepas Isya, tiga empat hari tak balik

kampung - marah.

Lagi satu, Tuan Pengerusi, jalan. Jalan dari Guar Chempedak

masuk ke kawasan saya di Yan. Jalan itu dibina semasa Perang Dunia

Kedua. Jalan itu Tuan Pengerusi, kalau siisteri itu mengandung

sembilan bulan hendak lahirkan anak, naik kereta nak pergi ke

hospital dia beranak tengah jalan. Dia punya hayun jalan itu,

berendoi, hak yang sihat pun naik pening kepala. Jadi, kesianlah

hak yang duduk belah pekan ini kadang-kadang lubang kecilpun

ditampung. Hak yang di luar bandar itu sampai berayun jalan -

bila berayun itu - berorabak. Absorber kereta saya enam bulan tukar

sekali, ha itu bukan kata saya melawak tu. Enam bulan Cukar

sekali. Jadi, mintalah - saya dah minta - berapa kali dah, depa

kata, "tak apa Yang Berhormat, jangan susah hati. Kita la ni negara

sedang membangun, ekonomi bagus, kita bagi jalan." Jadi orang

tua-tua mengadu kat saya, dia kata daripada Tok Wan hang sampai- ke

hang, hang ini, - youlah - tapi cara orang kampung dia kata jalan

dok macam itu. Ini kita hendak tengok Yang Berhormat baru ini,

boleh buat tak boleli buat. Kalau saya tidak boleh buat Tuan

Pengerusi, Yang Berhormat ini dok pi kawasan saya dia serang. Mai

Page 144: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -143-

pilihanraya tersungkorlah saya pula. Itu, Yang Berhormat PAS, Mat

Sabu, tapi tak apalah, dia nak pi dia habak kat kita. Ha Nilam

Puri, dia pi ceramah, dia kata, "ha ni dia jalan tak ada, jalan

berayun. Bagi kat kita, kita buat jalan tak berayun". Berayun lagi

teruk lagi, tapi tak apalah depa kata, depa pembangkang. Yang kita

memerintah tak boleh buat jalan elok. Jadi, saya mintalah, saya

segan dah, tahun depan saya tak mahu bercakap dah pasal ini - pasal

saya kira tahun ini Yang Berhormat Timbalan Menteri akan buat. Yang

pertama air, kedua api, ketiga jalan. Hak itulah mustahak - orang

kampung. Jadi, kita duduk di bandar ini lain. Jadi, di bandar ini

terhentak sikitpun kadang-kadang, kira di bandar kita duduk dalam

motokar boleh baca suratkhabar, boleh baca majalah. Hak yang parti

PAS dia baca Harakah , S46 dia tak ada apalah, dia dok baca hak

oranglah. Tak apalah tu, nak buat macam mana. Hak DAP dia baca

Rocket, macam hak Kepong tu dia bacalah macam-macam kan. Biar pi

lah kat dia! Jadi di luar bandar, pegang suratkhabar pun terketar,

bila kita naik motokar, punya susahnya jalan. Saya ingat Timbalan

Menteri pan mai dari Sarawak, faham jalan Sarawak.

Jadi, saya mintalah sangat-sangat, saya pun tak mahu cerita

panjang dah, setakat inilah: Air, api, jalan, jambatan. Satu lagi

jambatan. Jambatan ini biasa lori dengan lori selisih terlekat

tengah-tengah jalan - tak lepas. Ini bukan saya melawak, jalan dia

lebar, mai tang titi kecil. Dia"selisih dari jauh terlekat - hendak

keluar tak boleh. Yang ini saya mintalah ini, ini di Yan ini -

Page 145: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -144-

kawasan sayalah. Terlekat sungguh sayapun hari itu tak bawa karaera,

kalau tidak saya hendak ambil gambar hantar kat Datuk Leo Moggie

dan Timbalan Menteri Kerja Raya - hendak tunjuk lori terlekat di

atas jambatan. Cerita kat orang, orang tak percaya tapi benda itu

berlaku. Jadi, tiga inilah saya ingat Tuan Pengerusi, dah habis dah

cerita. Jadi, saya menyokonglah dan saya harap tolonglah, bagilah

peruntukan yang sewajarnya kepada orang-orang luar bandar ini.

Kesianlah sikit kat oraug luar bandar, kita dah merdeka banyak tahun

dah. Masalah asas air itu cukup mustahak dan saya kira kalau tak

ada duit sangat, bagi air tu dulu, api itu kemudian sikit tak apa.

Itupun kalau api tak bagi kadang-kadang tidor, tidor tengah malam

dia mai-mai terajang lampu, terbakar sebuah rumah. Jadi

[Disampuk] saya menyokonglah, Tuan Pengerusi.•

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Nilam

Puri. Yang lain kena sabar - masih ada masa lagi.

7.05 ptg.

Tuan Mohamad bin Sabu: [Nilam Puri] Tuan Pengerusi, terima

kasih kerana memberi peluang. Terutamanya saya mengucapkan terima

kasih sebelum mulakan ucapan iaitu pembinaan jalan-jalan raya di

Kelantan yang dibiayai oleh Persekutuan setakat ini berjalan dengan

lancar. Kita harap kerjasama pihak Persekutuan dan Kerajaan Negeri

akan berjalan terus lancar dan pembinaan jalan raya mengikut jadual

dan setakat ini kami mengucapkan terima kasih kepada pihak

Persekutuan kerana pembinaan jalan raya yang dijanjikan ataupun yang

termasuk dalam perbelanjaan tahun lalu berjalan dengan lancar.

Page 146: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -145-

Yang pertama saya ingin sentuh 03100 - iaitu jalan antara

Genting Highland, Bukit Fraser dan Cameron Highland. Satu perkara

kita ingatkan bahawa jalan ini kalau kita lihat sudah tentulah ia

akan dipertemukan antara kemuncak gunung dengan kemuncak gunung.

Tadi telah disebut oleh Yang Berhorraat dari Jerai, Parit Sulong dan

kami seraua daripada luar bandar. Betapa peruntukan-peruntukan

diperlukan untuk membina jalan, air dan elektrik. Jalan antara

Genting Highland, Bukit Fraser dan juga Cameron Highland, apakah

perlu ia disegerakan, kerana di sini bukan ada penduduk yang ramai.

Kemudian sekarang ini Malaysia menghadapi tuduhan tidak menghormati

penebangan hutan dan sebagainya dan kita juga menjadi juara dalam

memperjuangkan tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman yang hijau, sedangkan

kalau berlaku pembinaan jalan raya ini sudah tentulah banyak kawasan

hutan yang akan ditebang. Yang pentingnya apakah perlu ia

disegerakan sehingga peruntukan RM2 juta lebih. Kerana jalan ini

bukan melintasi di kawasan penduduk yang ramai. Memang kita boleh

berhujah untuk kepentingan pelancongan tapi setakat yang ada ini

kita boleh pergi ke Fraser's Hill dengan mudah, kita boleh pergi ke

Cameron Highlands dengan mudah, kita dapat pergi ke Genting Highland

dengan mudah, apa perlu pula dihubungkan tiga bukit ini sedangkan

pembinaan jalan-jalan raya di kampung yang memerlukan wang segera

tidak diutamakan. Oleh itu, kalau boleh kita harap kaji semula

projek ini sebelum kita dikritik lebih hebat ataupun sebelum kita

dikatakan mengutamakan pelancong daripada rakyat sendiri.

Page 147: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -146-

Yang kedua jalan yang akan dibina antara Lojing, Gua Wusang dan

Kuala Berang. Jalan ini juga sudah tentu akan tembus ke Sungai.

Siput yang peruntukannya RM40 juta. Jalan ini memang baik untuk

kepentingan orang ramai tetapi saya ingatkan lagi sekali bahawa bila

hendak membina jalan ini, kalau hendak tebang hutan, tebang hutan

sekadar untuk luas jalan itu sahaja. Tapi kadangkala kita melihat

yang diperlukan untuk buat jalan misalnya dalam 100 kaki atau 200

kaki, tapi yang ditebang kiri kanan jalan itu terlalu luas. Ada

tujuan mengambil balak dan sebagainya. Kita harap Kementerian Kerja

Raya memastikan bila jalan dilalui nanti, ditebang betul-betul

mengikut peraturan dan keluasan jalan yang dikehendaki sebab jalan

ini akan merintasi hutan yang tebal dan soal ekologi, soal ini perlu

kita jaga sungguh-sungguh kerana kita lihat sekarang ini terutama

sekali di Cameron Highlands cuacanya telah naik 3°C. Jadi bagi

orang yang hendak melancong ke Cameron Highland untuk menikmati

cuaca sejuk, sekarang sudah tidak sejuk lagi dah. Sebab 3°C telah

naik di Cameron Highland. Jadi kalau hutan menuju ke arah itu

ditebang lagi, dibuang lagi dengan tidak mengikut

peraturan-peraturan, maka tempat-tempat sejuk di Malaysia akan

hilang.

Seterusnya 01100 - Jalan raya Timur Barat yang peruntukannya

RM30 juta. Saya hairan jalan raya ini sejak ia dibuka daripada

zaman Allahyarham Tun Fazak sampai sekarang kal.au kita lalui tidak

ada tempat yang tidak diperbaiki. Hari-hari diperbaiki. Diperbaiki

ini adakah menurut kajian ataupun mereka kaji dengan teliti

bagaimana hendak memperbaikinya - buat sekaligus.

Page 148: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 147 -

Yang saya bimbang, sengaja dia buat tak kukuh supaya bila

runtuh, maka boleh dapat kontrak lain, boleh dapat sign kontrak yang

baru. Ini anggapan saya, sebab saya tengok kadang-kadang tempat

yang sama diperbaiki 3-4 kali, takkan tak cukup jurutera (engineer)

untuk mengkaji bagaimana hendak memperbaiki sekaligus? Tetapi kita

lihat jalan ini tiap-tiap tahun ada peruntukan, tetapi runtuh hampir

sepanjang jalan. Bahkan kalau musim hujan kita hendak melintasi

Lebuhraya Timur-Barat ini, daripada Gerik untuk sampai ke Jeli

memang kita gerun, takut dia runtuh di mana-mana. Oleh itu, kita

harap pihak kerja raya siasat betul-betul keruntuhan. itn, apakah

benar-benar ia runtuh kerana kesan. ekologinya ataupun pihak

engineers ataupun pihak yang mendapat kontrak itu tidak mengikut

peraturan-peraturan yang ditentukan.

Kemudian, Butiran 03000 - Jalan Alternatif bagi Lebuhraya

Persekutuan. Saya sendiri tidak tahu jalan mana yang dianggap

alternatif ini, peruntukannya RM20 juta. Tetapi jalan antara Klang

ke Sitiawan, Sitiawan ke Beruas, Sitiawan ke Pantai Remis, Pantai

Remis ke Taiping, jalan ini hendaklah diupgred dengan segera, sebab

sekarang ini memang jalan ini seolah-olah menjadi jalan alternatif

untuk orang di sebelah Shah Alam, Klang untuk balik ke Utara, mereka

tidak melintasi lagi Kuala Lumpnr. Tetapi jalan ini seperti Yang

Berhormat dari Jerai kata tadi, kalau kita naik daripada Klang

hendak sampai ke Teluk Intan, kita tak lapar pun jadi lapar,

jalannya berayun, berayun teruk sungguh jalan ini. Jadi, kita harap

Page 149: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 148 -

dapat diperbaiki segera. Jalan Teluk Intan ke Sitiawan, sekarang

ini alhamdulillah, dia telah baik dan kita boleh menjimatkan masa.

Tetapi jalan-jalan ini telahpun menjadi jalan alternatif sekarang

ini dan. kita harap pihak Kementerian ini dapat memperbaiki segera

jalan itu, kerana ia menjadi pilihan utama sekarang ini.

Seterusnya, Kerajaan juga hendak membina lapangan terbang baru,

iaitu Lapangan Terbang Sepang. Saya ingin bertanya apakah kemudahan

lalulintas yang akan dibuat untuk menuju ke lapangan terbang baru

yang akan dibina di Sepang nanti. Kemudian, jalan ini adakah akan

dikenakan tol? Sebab selama ini jalati Kuala Lumpur ke Subang tidak

dikenakan tol, walaupun diupgred beberapa kali, diperbaiki beberapa

kali, tetapi tidak dikenakan tol. Saya ingin bertanya, jalan Kuala

Lumpur menuju ke lapangan terbang baru nanti adakah akan dikenakan

tol? Kalau dikenalan tol, kadar sebanyak mana?

Seterusnya, berhubung dengan laluan kedua Johor-Singapura.

Sekarang ini orang ramai masih tidak puashati, terutama bayaran

pampasan kepada pemilik-pemilik tanah di situ masih lagi mereka

tidak puashati. Oleh itu, saya harap pihak Kementerian dapat

selesaikan dengan segera pampasan itu, kerana setelah tanah mereka

diambil, mereka mahukan pampasan itu dengan segera untuk mereka

memulakan kehidupan baru. Oleh kerana Singapura juga turut terlibat

dalam laluan kedua ini, berapa kos yang Singapura keluarkan? Dan

jumlah wang yang dikeluarkan oleh pihak Singapura itu, adakab

bersepadanan dengan nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat

Singapura dengan laluan kedua nanti? Kita bimbang merekalah yang

dapat nikmat lebih dalam laluan kedua ini, tetapi perbelaajaan yang

Page 150: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 149 -

dikeluarkan oleh Kerajaan Singapura tidak sepadan dengan yang

dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Sekian.

Tuau Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Batang

Lupar.

7.14 mlm.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Bataag Lupar]: Tuan Pengerusi,•

saya ingin bercakap sedikit berhubung dengan Kementerian Kerja Raya,

Maksud Pembangunan 52 di mukasurat 271, Projek/Butiran 04000 -

Pembinaan Jalan Raya Besar di Sarawak. Kita sudah dengar tadi Yang

Berhormat dari Parit Sulong bagaimana sedih sekali oleh kerana tak

ada jalan di kampung mereka. Begitu juga Jerai bagaimana sedih

mereka oleh kerana jalan yang tidak begitu baik dan selesa. Tetapi

kalau Yang Berhormat Yang Berhormat ini datang ke Sarawak, mungkin

dia terpaksa bawa kain tuala untuk mengelapkan airmata mereka kerana

menangis, kerana keadaan di Sarawak seratus kali ganda lebih dahsyat

apa yang kita nampak. Jalan raya yang 30 tahun lalu dirancang oleh

pihak British pada tahun 50an dan dibina sejak tahun 60an sampai

sekarang masih belum siap lagi, tak panjang, 973 kilometer sahaja

dari Sematan pergi ke Mirt. Jadi, yang sedihnya sekali - Menteri

kita dari Sarawak dan Timbalan Menteri kita pun. dari Sarawak -

orang kata "apa Menteri ini buat, duduk di rumah tinggi Sarawak,

jauh sangat, tak nampak lagikah?" Jadi, saya tak payahlah bersedih

sangat. Kalau saya sedih sangat, baju pun nanti basah pula, saya

hendak balik selepas ini.

Saya ingin bertanya, 'Jalan Besar Utama' disebut di sini yang

diberi peruntukan RMl.2 billion dan pada tahun ini diberi

Page 151: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 150 -

RM74,500,030. Jadi, Jalan Besar Utama di Sarawak itu tak ubahlah-

jalan estet yang ada di Semenanjung ini. Hanya satu kereta boleh

pergi dan satu boleh balik, itupun kadang-kadang adakala macam di

Jerai juga, macam mana Yang Berhormat dari Jerai sebutkan tadi, ada

tempat yang sempit. Kawan saya dahulu hampir patah kepala kerana

terjatuh ke dalam gaung yang begitu dalam oleh kerana tak dapat

mengelak 'road table" yang lembik, jadi dia jatuh dengan keretanya

sekali. Jadi, inilah keadaan di Sarawak.

Kalau kita pergi ke Miri, di antara Miri dan Sarikei sekarang,

tak berapa panjang, saya dengar hanya 30 kilometer, belum siap lagi.

Kalau gunakan Pajero ataupun apa-apa bangsa kereta, sukar hendak

jalan. Mungkin kereta kayu-balak boleh jalan. Tetapi apa yang

dikatakan Jalan Besar Utama Sarawak ini masih tak boleh dilalui oleh

Trooper pun yang tak boleh jalan pada masa sekarang oleh kerana

hujan.

Jadi, saya hendak tanya kepada pihak Kementerian apakah

tindakan Kementerian dan bilakah jalan ini boleh siap? Perlukah

kita tunggu tahun 2020 baru kita orang Sarawak boleh tengok jalan

daripada Kuching ke Miri itu boleh disiapkan.Ini jalan utama

Sarawak.

Saya pun baru balik daripada Sabah, bahkan Sabah pun saya

nampak, alhamdulillah, lebih baik daripada Sarawak. Tak payahlah

saya sebut Semenanjung. Di Kuala Lumpur ini dahulu saya sudah

berjalan 50 batu dengan motor, hanya di Kelantan sahaja saya belum

datang menggunakan kereta, tempat lain setnua sudah. Saya baru balik

daripada Marudi. Naik kapal terbang daripada Miri ke Marudi, 15

minit naik kapal terbang, naik dan turun 15 minit tetapi tak ada

Page 152: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 151 -

jalan. Naik bot 2 1/2 jam, Inilah masalah komunikasi berada di

Sarawak. Itu kita tak kisah sangat. Orang Sarawak memaug berjalan

dalam hutan, Pihak NGO luar negara hendak simpan orang Penan untuk

menjadikan 'show case' untuk distudy, Sudah adakah orang Sarawak

juga keseluruhannya digunakan jadi satu show case 'the most•

undeveloped state' daripada segi infrastructure. Dan Menteri kita

ialah Menteri dari Sarawak, alhamdulillah, tahniah daripada saya.

Satu lagi, kalau kita tak nampak Butiran 02 Lebuhraya

Pan-Borneo, wah, nampak nama bukan main lagi canggih dan indah,

tetapi Pan-Borneo yang kita idam-idamkan itu hanya 180 kilometer

sahaja, sampai sekarang pun belum siap lagi. Tak payah menangis.

Kalau menangis, Batang Lupar pun diflooded nanti! Pihak DAP tak

hendak jambatan Pulau Pinang itu, suruh hantar menyeberang ke Batang

Lupar, kita suka lagi di sana. Tetapi jangan katakan jambatan macam

Pulau Pinang itu hendak dihantar ke Batang Lupar atau ke Sarawak,

jalan raya utama inipun hanya 6 kaki sebelah dan 6 kaki sebelah,

jalan 12 kaki sahaja, dikatakan Jalan Raya Utama dan Pan-Borneo,

tetapi sekarang pun belum siap, 30 tahun merdeka.

Tuan Pengerusi, bayangkanlah kesedihan tak payah disebut lagi.

Kita dengar bila kita pergi ke kawasan, kita kata negara Malaysia

sudah termaju sekali, yang kaya sekali. Bukan saya hendak bantah.

Mana-mana projek besar macam Sepang, macam triangular luxury road

yang menghubungi 3 tempat tadi Cameron Highlands dan Fraser's

Hills - itupun bina juga, tetapi jalan di Sarawak itu belum dibina,

Page 153: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -152-

Jadi, ttdak payahlah saya sebutkan yang lain. Kalau saya

sebutkan latn, itu tidak payahlah. Panjang sangat. Jalan daripada

Kuching ke Sematan umpamanya, sampai sekarang. Saya daripada

Primary IV dulu sudah tengok jalan macam itu, sampai sekarang pun

masih macam itu juga. Saya tidak berani menggunakan kereta sebab

saya tidak ada cukup duit hendak untuk ganti 'spare-parts' tiap-tiap

bulan macam mana Yang Berhormat dari Jerai bercakap. Jadi, daripada

Kuching ke Sematang, lebih 30 kilometer pun belum siap lagi. Jangan

dikatakan yang lebih indah, lebih aneh dan lebih baik daripada ini.

Jadi, saya haraplah pthak Kementerian menumpukan perhatian dan saya

ingin bertanya bila anggarannya? Sebelum itu, saya katakan terima

kasih.

Jalan di pedalaman kawasan saya yang sepanjang 10 kilometer

sudah siap, Terima kasih ke atas pembinaan jalan ita. 10

kilometer, sekurang-kurangnya kita tunggu lebih kurang daripada

lebih 29 tahun 'sudah siap. Jadi, ini mendatangkan rahmat juga

kepada masyarakat di Kampung Pusa, di Kampung Sepauh dan Seri Aman,

umpamanya. Tetapi apa yang berlaku di Julau dan di Mukah itu, jalan

itu belum siap lagi. Serupa juga tidak boleh jalan.

Pindah kepada tajuk 04000 - Lain-lain Jalan Raya Besar. Ini

jalan raya besar, kalau kita sebutkan "terminology", orang Sarawak

ini, inilah cerita yang saya dengar dahula, Bila Nabi Sulaiman

panggilkan semua binatang-binatang datang ke mesyuarat, jadi Sang

Semut yang kecil tidak datang. Ia terlambat. Bila ditanya "kenapa

lambat datang?" "Tuanku", katanya, "saya kena luka, panjang

sejengkal." Nabi Salaiman ketawa. "Badan kamu yang pendek macam

Page 154: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -153-

itu, macam mana luka panjang sejengkal?" "Tuanku, luka patek ialah

sejengkal patek sendiri", kata dia. Jadi, yang besar kita sebutkan di

Sarawak itu. besar kepada orang Sarawak tetapi di sini hanyalah

"feeder road" ataupun jalan estet.

Jadi, haraplah jalan raya di kawasan saya, Sebangan, tidak

panjang - 10 kilometer, gunakan pasir dari sungai masuk atas jalan,

siap dalam masa 2 tahun - 4 kilometer daripada Sebangan sampai ke

Tebedu. Orang Tebedu kata "Yang Berhormat, kita memang tidak

pandang lagi "position", kata dia. Sekarang jalanraya telah siap,

kita hendak beli kereta. 4 kilometer - macam mana orang di sana

menerima hakikat pertolongan Kerajaan itu begitu baik sekali.

Tetapi sekarang, kenapa pula yang 5 kilometer lagi dari Tebedu

sarapai Sebuya tidak siap? Jadi, saya bertanya kenapa tidak siap dan

bila hendak disiapkan yang 9 kilorneter itu, tidak panjang. Tidak

payahlah jambatan, macam yang dikatakan oleh DAP itu.

Jadi, saya berpindah kepada Butiran 04200 - Penyiasatan dan

Penyelidikan Jalanraya di Sarawak. lni, kalau tahu 'terminology'

penyiasatan, ianya hendak mencari jalan baru. Saya hendak bertanya

Yang Berhormat Menteri, pendek sahaja. Di manakah jalan itu, apakah

jalan yang diselidikkan itu dan menghubungkan pekan-pekan mana dan

bandar-bandar mana?

Saya pindah kepada mukasurat 273, Butirau 11500 - Bekalan Air

Luar Bandar - Rancangan Khas. Kita juga terdengar di Dewan ini

macam mana sedihnya Ahli Parlimen, macam mana pembangunan luar

bandar ada juga hubungkait dengan politik. Orang kampung bertanya

Page 155: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -154-

apa yang berlaku? Jadi, di Sarawak, kalau orang hendak minum air,

dia takung air hujan. Sekarang pihak JKR beri tanki plastik untuk

menyalurkan air hujan.

Pada suatu ketika dahulu, apabila gunung Pinatubo menyemburkan

habuknya ke udara, ada dikatakan habuk-habuk ini akan sarapai ke

Sarawak. Saya memang berasa curiga kerana orang di kawasan saya

akan minum air hujan bercampur dengan habuk-habuk yang dihambun

keluar oleh gunung Pinatubo.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Oleh kerana di Sarawak, api dan

air ini di bawah 50% pengeluar yang ada menikmati api dan air.

Tetapi air di Batang Lupar banyak. Mana-mana batang sungai ini di

Sarawak adalah banyak sungai sekali - Batang Sadong pun air boleh

diminum semua ini.Tetapi oleh 'kerana air' tidak disalurkan kepada

kampung-kampung tertentu, jadi masih orang di sana, kalau musim

kekeringan, musim panas, orang tidak ada air. Kalau musim hujan

ini, adalah air, alhamdulillah, kerana tangki-tangki getah yang

diberi boleh disimpan sampai 2 tahun. Lepas 2 tahun Kerajaan

terpaksa beli baru untuk diagih-agihkan kepada pihak orang kampung.

Ini kita berterima kasih kepada Kerajaan kerana telah memberikan

keselesaan sedikit sekurang-kurangnya kepada pihak masyarakat di

kampung-kampung di luar bandar. Tetapi apa yang berlaku, oleh

kerana pada tiap-tiap tahun kita menggunakan mungkin berjuta-juta

duit, membeli getah-getah tangki-tangki air ini. Bahkan membazir

wang Kerajaan, kalau kita gunakan, mungkin kita selidikkan air yang

berpatutan dan salur kepada satu tempat daripada tiap-tiap kampung

Page 156: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -155-

dan rumah-rumah yang tertentu. Walaupun kita belanja dengan lebih

sedikit dengan sekaligus tetapi sekurang-kurangnya tindakan kita itu

mungkin boleh tahan begitu lama lagi. Itulah kadang-kadang Ahlt

Parlimen, kalau orang di sini tidak faham. Ahli Parlimen di sana,

orang minta jambatan, minta tangki air, minta generator untuk api di

rumah panjang di kampung-kampung.

Oleh kerana masalah kemudahan asas itu masih dibawah 50?.

Jadi, saya berharaplah orang luar baadar jangan mendengar sahaja

kekayaan negara. Jangan mendengar sahaja hasil negara. Jangan

mendengar sahaja kemajuan negara. Pandang-pandanglah rumah yang

tinggi-tinggi supaya kita dapat melihat Batang Lupar, Batang Sadong,

Batang Rejang, Batang Baram itu nampakkan sedikit. Mungkin dengan

itu, nanti dapat jalan dihubungkan supaya jangan orang menanya

Menteri dari mana tetapi dari negara kita. Tetapi hasilnya belum

lagi nampak. Bukanlah saya hendak menghina, bukanlah saya .,.

tetapi ini adalah satu kenyataan. Jadi, saya berharap tekanan

patutlah diberi agar orang Sarawak dengan merasa, bukan

kedaerahan , kerana dengan keadaan yang begini, kerana mendapat

kemudahan asas yang sama, barulah kita merasa kita diterima

sebagaimana "masyarakat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi."

Kalau tidak, perasaan itu mungkin terjejas sedikit. Saya mungkin

tidak ter jejas oleh kerana macam mana saudara saya dari Jerai

bercakap saya diam di Kuching, duduk di Kuching, api ada, air ada,

televisyen pun ada. Jadi, yang di kampung itu mungkin berperasaan

begitu.

Dengan itu, Tuan Pengerusi, saya menyokong. Terima kasih.

Page 157: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -156-

Tuan Pengerusi: Padang Terap.

7.28 ptg.

Dato' Dr. Affifudin b i n Haji Omar [Padang Terap]: Tuan

Pengerusi, saya hanya hendak mengambil masa sedikit sahaja iaitu

kepada makasurat 266, Butiran 020300 Pembinaan, Penyeliaan dan

Penyelarasan Pembinaan dan 020400 iaitu Perkhidmatan Penyelenggaran.

Saya hanya ingin memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kerja

Raya mengenai dengan peruntukan pembinaan jalan-jalan di kawasan

FELDA di dalam rancangan-rancangan FELDA, iaitu dengan lebih

spesifik, "the internal reticulation system". Jadi, Yang Berhormat

Timbalan Menteri Kerja Raya itu dekat dengan Yang Berhormat Timbalan

Menteri Pembangunan Luar Bandar boleh buat consultation nanci.

Dua tahun lalu, Tuan Pengerusi, saya bangkitkan soal ini dan

pada masa itu telah diselesaikan dengan satu peruntukan yang

disalurkan kepada Kementerian Kerja Raya. Masa ttu, Wakil dari

Sungei Siput menjadi Menteri Ker ja Raya dan beliau telah membuat

selepas Sidang Parlimen - beliau telah membuat satu pengisytiharan

dalam akhbar bahawa peruntukan untuk yang saya katakan ini sebanyak

RM30 juta telahpun disediakan dan akan diagih-agihkan kepada

rancangan-rancangan FELD seluruh negara. Saya ingin bertanya ke

manakah wang RM30 juta diagihkan kerana satu daripada rancangan

FELDA yang awal adalah di kawasaa saya di tempat yang bernama Lubok

Merbau .

Page 158: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -157-

Di kawasan ini boleh dikatakan rancangan pembangunan PELDA di

situ telahpun mencapai tahap kematangan. Penduduk-penduduknya

telahpun mencapai tahap standard of living ataupun level of living,

dengan izin, pada peringkat yang tinggi. Mereka telahpun berupaya

membeli motokar dan motosikal. Jadi, apa yang malangnya ialah jalan

yang dahulu dibina dengan tanah merah masih lagi wujud dan apa yang

mereka beli tadi tidak dapat menikmati infrastruktur-infrastruktur

yang sesuai.

Pada saya dari segi pembangunan luar bandar, kawasan-kawasan

inilah yang mesti didahulukan pembinaan infrastruktur sebegini

kerana rakyat telahpun dapat mengatasi ataupun telah mendapat kuasa

membeli. Jadi, apabila mereka mendapat kuasa membeli, dengan izin,

expectation mereka terhadap infrastruktur yang akan diberi 'oleh

Kerajaan melambung tinggi. Oleh kerana semenj ak tahun 1968 lagi,

jalan-jalan ini belura lagi ditarkan. Pada hal di kawasan-kawasan

FELDA yang lain, yang lebih muda dan yang lebih terakhir dibina

telahpun disediakan dengan jalan-jalan tar yang cukup di dalam

internal reticulation system mereka.

Tuan Pengerusi, saya bangkitkan soal ini kerana di dalam buku

ini saya tidak dapat lihat langsung peruntukan-peruntukan untuk

ini. Di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Padang Terap, Pegawai

Daerah (D.O.) telah memberitahu bahawa peruntukan ini tidak ada

langsung di dalam Rancangan Malaysia Keenam. Jadi, pada saya ini

Page 159: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -158-

adalah mungkin satu perkara yang tidak sengaja, yang tertinggal dan

saya harap pihak JKR ataupun Kementerian Pembangunan Luar Bandar

dapat mengatasi masalah ini.

Andaikata, Tuan Pengerusi, bukan saya hendak mengajar Timbalan

Menteri - tidak - andaikata peruntukan tidak ada di dalam FELDA,

mungkin FELDA tidak akan dilayan lagi di dalatn Rancangan Malaysia

Keenam untuk mendapatkan peruntukan ini, saya ingin mencadangkan

kepada Menteri Kerja Raya ataupun Timbalan Menteri Pembangunan Luar

Bandar, supaya mensifatkan pembinaan jalan-jalan di dalam Raacangan

FELDA ini, khususnya di Rancangan FELDA Lubuk Merbau, di Padang

Terap sebagai pembinaan jalan kampung, jangan taruh nama FELDA dt

situ. Dimasukkan di dalam peruntukan pembinaan Jalan-Jalan Kecil

Desa.

Saya harap dengan dimasukkan sebegitu kemungkinan ttdak berlaku

masalah-masalah di dalatn peruntukan Rancangan Malaysia Keenam kerana

saya bimbang oleh sebab kawasan itu adalah kawasan yang telah

matang. Apabila kita sudah bina, dengan izin, expectation yang

terlalu tinggt, apabila kita tidak dapat memberi apa yang raereka

harap sebagai keraudahan asas, maka frustrationnya pun akan

meninggi. Akhirnya, akan gagallah usaha-usaha kita untuk membina

satu masyarakat desa yang berpuas hati dan yang akan memberi

produktiviti yang lebih tinggi di hari muka.

Saya harap kedua-dua Kementerian ini dapat mengambil tindakan

yang sepatutnya dan jalan yang saya maksudkan itu hanya berharga

RM2.2 juta sahaja iaitu 7 km internal reticulation yang perlu dibina

segera kerana apa yang saya kata tadi semenjak tahun 1968 lagi

penduduk-penduduk di situ mengharapkan pembinaannya. Sekian, terima

kasih.

Page 160: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -159-

Tuan Pengerusi: Maran.

7.34 ptg.

Dato' Haji Mohamad bin Abdullah [Maran]: Terima kasih, Tuan

Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 00700, muka surat 270

iaitu mengenai Perabinaan Lain-lain Jalan Persekutuan dan

Jambatan-jambatan. Peruntukan yang dikehendaki di sini ialah RM74.5

juta.

Saya ingin bertanya kepada Kementerian yang berkenaan apakah

jalan-jalan Persekutuan dan jambatan-jambatan yang dibina bagi

peruntukan yang sedemikian rupa. Adakah Kementerian Kerja Raya

memasukkan cadangan untuk membina sebuah jarabatan yang menyambungkan

di antara Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka dengan DARA yang

menyeberang Sungai Pahang? Kerana dahulu saya dengar ada ura-ura

Kerajaan hendak membina jambatan ini dan pernah saya bangkitkan

pada dahulu lagi mengenai jambatan ini. Jadi, saya minta penjelasan

daripada Menteri yang berkenaan adakah termasuk rancangan ataupun

bilakah rancangan itu hendak dilaksanakan bagi mengadakan jambatan

bagi menghubungkan di antara Lembaga Kemajuan Wilayah Jeagka dengan

DARA yang menyeberangi Sungai Pahang melalut Kampung Chenor.

Kedua, saya ingin merujuk kepada Butiran 03100 Jalan Genting

Highlands, Bukit Fraser dan Cameron Highlands. Saya menyokong dan

bersetuju dengan Kerajaan mengadakan jalan sedemtkian rupa.

Walaupun ada di antara beberapa pihak yang tidak menyukainya tetapi

Page 161: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -160-

ini adalah merupakan pandangan jauh daripada Kerajaan kerana

faedahnya amat baik. Selain daripada pelancongan, kita boleh

mengeluarkan berbagai-bagai. hasil daripada tempat-tempat ini

terutama sekali mengenai tanaman, sayur-sayuran dan juga

bunga-bungaan yang sekarang ini juga mendapatkan hasil yang banyak

kepada negara kita.

Jadi,di samping Kerajaan membuat jalan-jalan yang lain dan

sebagainya, ttndakan Kerajaan sekarang untuk tnerabina jalan ini

adalah amat munasabah sekali. Memanglah Kerajaan tidak mampu

mungkin untuk membuat perkara iai serentak tetapi perkara yang

dijalankan ini adalah amat baik sekali.

Tuan Pengerusi, saya juga mengambil kesempatan bersetuju dengan

Padang Terap mengenai jalan-jalan di dalam rancangan tanah. Saya

menggambarkan bahawa satu masa nanti masalah raucangan tanah kita

tidak akan memanggil lagi rancangan tanah. Ini merupakan kampung

sebab memang keseluruhan rancangan tanah ini adalah penduduk di luar

bandar. Jadi, mungkin kita akan memanggil kampung-kampung

tertentu. Kita tidak memanggilnya rancangan. Mungkin kita

menggunakan Ketua Kampung dan sebagainya. Jadi, kalau kita

menggunakan peruntukan sebagaimana yang dinyatakan tadi, ini amat

menepati untuk menyempurnakan semua kemudahan asas termasuk

jalan-jalan di dalam rancangan itu merupakan daripada

Kementerian-kementerian yang berkenaan merupakan jalan luar

bandar. Saya percaya apabila ini akan berlaku maka keseluruhan

kemudahan asas jalan-jalan raya di dalam rancangan ini dapat

diselesaikan.

Page 162: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -161-

Tuan Pengerasi, saya ingin juga merujuk kepada Buttran 02300,

Tajuk 03 - Projek Baru Lebuhraya Kuala Lumpur/Karak. Saya

mengucapkan syabas kepada Kerajaan kerana ada merancang untuk

membuat projek baru Lebuhraya Kuala Lumpur/Karak sebab jalan yang

ada sekarang amat-amat merbahaya. Selain daripada merbahaya ialah

kereta terlalu banyak, kadangkala menyukarkan untuk perjalanan yang

cepat. Tambahan pula ada setengah-setengah tempat itu memang selalu

berlaku kemalangan. Jadi, usaha Keraja-an untuk mengadakan projek

baru Lebuhraya Kuala Lumpur/Karak adalah amat munasabah sekali.

Kerana pada mulanya dahulu semasa kita merancangkan Lebuhraya Kuala

Lumpur/Karak kita meraikirkan bahawa jalan itu adalah di antara jalan

yang terbesar di negara kita. Tetapi apabila sampai di zaman ini,

jalan itu telah tidak sesuai lagi. Sepatutnya kita membuat jalan

yang lebih besar kerana boleh digunakan dengan selamat.

Jadi, walau bagaimanapun tindakan Kerajaan untuk mengadakan

projek baru Lebuhraya Kuala Lumpur/Karak adalah amat munasabah.

Saya hanya ingin penjelasan daripada Kementerian dengan RM5 juta

ini, apakah rancangan yang hendak dibuat, bilakah jalan ini akan

dilaksanakan dan bilakah jalan ini dijangka siap untuk memudahkan

perjalanan menyambung di antara Barat ke Timur iaitu melalui

Lebuhraya Kuala Lumpur/Karak yang dirancangkan ini. Sekian, terima

kasih.

Page 163: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 . - 162 -

Tuan Pengerusi: Bagan Serai.

7.40 ptg.

Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismai1 [Bagan Serai]: Tuan

Pengerusi, saya suka membangkitkan satu dua perkara di bawah

Butiran 020000 - Jalan dan Jambatan di mukasurat 265. Saya ingin

bertanya kepada Timbalan Menteri Kerja Raya berkenaan dengan suatu

kampung di mana-lebuhraya sekarang sedang dibina iaitu dari Changkat

Jering pergi ke Alor Pongsu. Sampai di Alor Pongsu ia menemui satu

kampung yang bernama Kampung Jalan Baru di Alor Pongsu dan karapung

ini telah terbelah dua oleh lebuhraya ini. Pihak Ketua Kampung itu

telahpun mengemukakan sebab-sebab yang mana mereka menghendakkan

supaya satu terowong patut diadakan untuk memudahkan anak-anak pergi

ke sekolah pada masa hadapan, untuk mengadakan kenduri-kenduri

kampung dan seterusnya untuk membawa orang yang meninggal dunia

yang tidak terpaksa melalui satu jalan yang terlalu jauh. Kalau

tidak dibuat satu terowong untuk membolehkan laluan masyarakat

kampung ini, maka kampung ini akan terus-menerus berpecah kepada dua

dan ini akan mendatangkan banyak kesusahan. Jadi harapan orang-

orang kampung di sLtu ialah supaya dibuat satu cerowong untuk laluan

kereta kecil, basikal ataupun motosikal melalui lebuhraya ini,

ataupun sebagai gantiannya, mengadakan sebuah jejambat yang boleh

dilalui oleh motosikal untuk menyeberangi melalui jalan atas dari

sebeLah ke menyebelah kampung ini.

Satu perkara lagi ialah berkenaan dengan jambatan. Dalam

pertanyaan bagi Jawab Mulut dahulu, saya telah mengemukakan

Page 164: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 163 -

satu cadangan bagi mengadakan jambatan di antara Kuala Kurau dengan

Kampung Kuala Gula. Pada masa itu saya telah mendapat jawapan

bahawa perkara inL akan dimasukkan ke dalam Mid-term Review. Saya

ingin tahulah, apakah kedudukannya sekarang dari segi priority dan

juga dari segi kemungkinan jambatan ini dibuat, oleh kerana

memandangkan bahawa tempat ini memanglah satu tempat yang belum lagi

terbongkar potensinya sebagai satu tempat pelancongan yang sangat

baik.

Perkara yang akhirnya ialah bekalan air. Di kawasan saya ini

ada cerdapat sebuah loj i air yang di.ambi.1 daripada kolam Bukit

Merah, dipam naik ke atas sebuah bukit dl tempat yang tinggi.

Caranya lalah dengan menggunakan bekalan api elektrik untuk

menjalankan jentera pam. Oleh kerana selalu sangat berlaku bekalan

elektrik terputus, maka bekalan air juga selalu mendapat gangguan.

Kalau tidak ada elektrik, maka air juga tidak ada. Oleh sebab itu,

apa salahnya Kementerian ini memiktrkan supaya ditambah dengan

memasang sebuah jenerator untuk menggantikan bekalan api elektrik

ini apabila ada gangguan. Ini sebagai satu suggestion yang saya

rasa practical untuk mengatasi masalah gangguan yang selalu sangat

berlaku dan menimbulkan banyak masalah di hari-hari yang tertentu,

kadang-kadang biia dekat hari raya bekalan elektrik Lnl terputus.

Orang-orang kampung gaduh sangatlah kerana tiadanya bekalan air di

kawasan ini. Apabila tiada bekalan air, maka susahlah untuk menda-

patkan bekalan air kerana kawasan ini jauh daripada tempat yang ada

punca air. Jadi, sekadar itu sahajalah dan saya menyokong, terima

kasih.

Tuan Pengerusi: Kuala Langat.

Page 165: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 164 -

7.45 mlm.

Datuk Basri bin Bajuri [Kuala Langat]: Tuan Pengerusi, saya

ingin mengambl bahagian dalam perbahasan ini. Saya ingin menyentuh

B.52, Butiran 020000 dan 030000 masing-masing mengenai Jalan Raya

dan Jambatan dan Bekalan Air.

Bagaimana yang umum telah tahu bahawa hampir separuh daripada

kegiatan ekonomi negara ini berkisar di Lembah Klang dan umum juga

sudah tahu bahawa hari ini Lembah Klang hampir sudah tidak ada

langsung tanah yang dapat dimajukan dan mahu atau tidak mahu, kerana

pembangunan akan terus berjalan, keadaan ini akan terus melimpah.

Pembangunan akan melimpah kelaur daripada Lembah Klang dan limpahan

ini akan berlaku ke arah utara Lembah Klang iaitu Hulu Selangor dan

Kuala Selangor dan ke selatan Lembah Klang iaitu Daerah Sepang dan

Kuala Langat. Apa yang paling nampak menonjol sekarang ialah

pembangunan di Kuala Langat kesan daripada limpahan pembangunan di

Lembah Klang.

Hasil daripada pembangunan yang begitu pesat, jalan raya yang

menyambungkan di antara bandar Klang dengan bandar Banting telah

menjadi begitu sesak dan ini menyebabkan jalan itu bukan lagi

merupakan jalan yang selamat untuk digunakan walaupun oleh pejalan

kaki. Boleh dikaktakan setiap hari ada berlaku kemalangan sama ada

kecil ataupun besar. Begitu juga boleh dikatakan setiap minggu ada

berlaku kemalangan yang membawa kepada kehilangan nyawa dan perkara

ini telahpun dibangkitkan dalam mesyuarat Tindakan Daerah dan

beberapa cadangan telah dibuat.

Saya telah dimaklumkan bahawa tahun depan akan diperbesarkan

jalan itu, iaitu Jalan Lima daripada 20 kaki kepada 40 kaki. Saya

Page 166: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 165 -

bagi pihak penduduk Kuala Langat merakamkan ucapan setinggi-tinggi

terima kasih kepada Kementerian. Walaupun begitu, kami berpendapat

bahawa dengan pembesaran jalan daripada 20 kaki kepada 40 kakl itu

belum lagi dapat mengatasi masalah lalulintas di situ kerana jalan

itu sekarang menjadi jalan utama pengangkutan daripada selatan,

khususnya daripada Negeri Sembilan ke Pelabuhan Klang, lebih-lebih

lagi dengan wujudnya jalan rentas yang menyambungkan di antara

Kampung Bukit Changgang ke Bandar Baru Salak Tinggi. Boleh dikata-

kan semua lori-lori sama ada lori roda 4 ataupun roda 20 melalui

jalan itu kerana jalan itu jalan yang terpendek di antara Seremban

dengan Pelabuhan Klang.

Saya suka mencadangkan, selain daripada jalan itu dibesarkan,

Kerajaan harus memikirkan satu jalan pilihan yang saya rasa boleh

dilakukan bukan dengan cara membina satu jalan baru tetapi memadai

dengan meng'upgrade'kan jalan yang ada yang boleh menyambungkan di

antara Daerah Sepang ke Klang melalui Kuala Langat. Saya rasa jika

jalan ini dapat diadakan, kesesakan lalulintas dapat dikurangkan dan

kemalangan-kemalangan juga dapat dikurangkan. Dalam usaha kita

hendak mencapai perkembangan ekonomi yang pesat, klta memerlukan

efficiency di atas jalan raya kerana banyak masa akan terbuang jika

jalan raya tidak cukup sempurna.

Selain daripada itu, saya ingin juga menyentuh satu perkara

yang saya rasa perlu Kerajaan acau Kementerian mengambil perhatian.

Untuk mengatasi. kesesakan ini, satu atau dua jambatan patut difikir-

kan dan cadangan telahpun kami bawa ke peringkat negeri dan

peringkat negeri telah membawanya ke peringkat Pusat, tetapi

Page 167: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 166 -

malangnya dalam Rancangan Malaysia Keenam, cadangan untuk mewujudkan

sebuah jambatan yang menyambungkan di antara Kampung Sawah dengan

Kampung Telok Panglima Garang telah tidak ada di dalam Rancangan•

Malaysia Keenam. Saya mohon kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri

supaya dapat memasukkan projek ini di dalam kajian semula Rancangan

Malaysia Keenam, Jambatan ini, jika diwujudkan, sebenarnya dapat

memendekkan perjalanan di antara 12 hingga 16 batu dan akan dapat

mengurangkan masa perjalanan di antara setengah jam hingga ke satu

jam. Ini pentingnya.

Page 168: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 167 -

Dan dari segi ekonominya juga, saya rasa ini tidak merugikan kerana

banyak hasil-mahsul yang dikeluarkan di sana. Saya percaya dengan

adanya jamhatan itu kelak, sepanjang pantai Kuala Langat, satu masa

nanti akan menjadi tumpuan pelabur-pelabur, sama ada pelabur dalam

atau luar negeri akan dapat dibangunkan. Jadi, Yang Berhormat

Timbalan Menteri, saya mengharapkan supaya projek jambatan yang akan

menghubungkan di antara Kampung Teluk dan Kampung Sawah yang akan

memendekkan masa perjalanan dan menjimatkan juga masa pembinaan akan

dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Keenam ini.

Mengenai interchange di Sungai Besi, saya nampak sudah wujud,

dibangunkan sebuah petrol station yang saya nampak begitu hampir

dengan jalan. Kadang-kadang saya tertanya-tanya bagaimana Kerajaan

boleh meluluskan sebuah petrol station berhampiran dengan jalan raya

yang cuma mempunyai dua lorong tiap-tiap sebelah, sedangkan di

sebelah sana jalan diperluaskan, diperbesarkan dari dua lorong

kepada tiga lorong. Tetapi apabila ianya sampai berhampiran dengan

Bandaraya, benda ini disekat. Jadi, apa maknanya kita membesarkan

jalan di sana, kalau jalan di sebelah sini kita sekat - ada bottle

neck di situ. Jadi, ini saya rasa boleh menimbulkan masalah dan

tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, khusus-

nya daripada Seremban ke- Kuala Lumpur. Jadi, saya mintalah diberi

perhatian dan diberi jawapan.

Yang akhir sekali ialah mengenai bekalan air, Saya ingin

menyentuh di tempat saya sahaja. Di Kuala Langat hari ini merupakan

Page 169: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 168 -

tempat yang menjadi tumpuan kepada pelabur-pelabur, dan projek

perurnahan bertambah begitu banyak, lebih-lebih lagi apabila wujud

Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur di Sepang nanti, raahu atau

tidak mahu Kuala Langat akan menjadi tumpuan peniaga-peniaga dan

usahawan-usahawan kerana tidak ada pilihan lain. 01eh itu, saya

suka mencadangkan supaya persiapan Jabatan Bekalan Air dimulakan

daripada sekarang, kerana kami tidak mahu apabila pembangunan besok

datang ke situ, orang-orang kampung, rakyat di luar bandar akan

mengalami nasib seperti yang dialami oleh kawan-kawan kita barang-

kali di Batu Pahat yang kekurangan air atau tekanan air yang

rendah. Jadi, saya minta supaya pihak Kementerian memberi perhatian

terhadap perkara ini. Jadi, dengan itu saya menyokong.

Tuan Pengerusi: Arau.

7.53 ptg.

Tuan Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Pengerusi, saya hendak

bercakap di bawah tajuk Bekalan B.52 dan P.52 sekaligus. Yang

pertama, pasal -Penyelenggaraan Bangunan. Saya mencari-cari sebab

kita hanya dibekalkan benda yang ada di depan mata ini, mencari-cari

di mana peruntukan penyelenggaraan, maintenance bangunan-bangunan

Kerajaan. Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai tinggi JKR, tidak

ada peruntukan khas, malah harapir kosong yang diberikan untuk menye-

lenggarakan bangunan. Malah bangunan Kementerian Dalam Negeri,

Polis di Bukit Aman yang terbakar itu sepatutnya di bawah kawalan

JKR, tetapi tidak ada wang peruntukan yang diberikan untuk tujuan

maintenance. Jadi, yang saya hendak tanya di sini kepada

Page 170: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 169 -

Kementerian yang berkenaan sejauh manakah Kementerian Kerja Raya

dapat memaklumkan kepada mereka yang terlibat untuk memberi

kelulusan ini, yang mana maintenance ini cukup penting dikelolakan

oleh JKR. Kalau sekiranya Jabatan itu sendiri ingin mengambilalih

penyelenggaraan, maka pegawai-pegawainya harus mendapat penyeliaan

terus daripada Jabatan Kerja Raya. Sebab kita sedia maklum, dalam

Malaysia ini jabatan teknikal yang besar untuk pengurusan bangunan,

jalan dan lain-lain infrastruktur yang besar ialah JKR. Kalau

sekiranya Jabatan ingin berdikari, cuma dapatkan seorang teknisyen

ataupun seorang jurutera, ia tidak cukupi untuk menyelenggarakan

bangunan. Saya lebih suka perkara ini dibalikkan kepada JKR dari

segi penyelenggaraan, sebab pegawai-pegawai yang membuat supervision

di peringkat Kementerian ataupun Jabatan adalah pegawai-pegawai yang

bukan pakar dalam bahagian teknikal.

Jadi, saya ingin bertanya Yang Berhormat di mana peruntukan

yang diberi untuk penyelenggaraan bangunan-bangunan Kerajaan supaya

perkara-perkara yang berhubung ataupun tragedi yang berlaku tidak

lagi berulang, sebagaimana kebakaran yang berlaku di Kementerian

Dalam Negeri di Bukit Aman baru-baru ini. Saya pasti kalau sekira-

nya JKR membuat maintenance dan perhatikan supaya benda itu dicek

tiap-tiap tahu, saya ingat ia boleh beri kepastian. Kalau JKR tak

buat kerja, saya tak tahulah. Tetapi pada masa sekarang oleh kerana

maintenance mungkin setengahnya diambil oleh jabatan ataupun pihak

EPU menganggap jabatan yang patut menjaga. Kita ingat cara berbuat

demikian, maknanya kita di dalam masa yang sama di pihak agensi

pusat iaitu JKR sendiri - kita tak tengok kedudukan manpowernya,

Page 171: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 170 -

tiba-tiba kita wujudkan manpower di peringkat Kementerian yang

supervisionnya tidak mendapat terus dartpada JKR.Jadi, saya minta

supaya perkara ini diperhatikan. Jangan kita menunggu tragedi,

Sebab ada satu dilemma yang berlaku dalam negara ini, Tuan

Pengerusi, kita menunggu tragedi berlaku baru kita ambil tindakan.

Tak boleh macam itu, tak elok sangat. Kita menunggu yang paraquat

itu cukup merbahaya untuk penduduk Malaysia. Itu pun masih kata

kita masih boleh benarkan. Pada hal benda yang paling saya takut

sekali racun rumput ini. Kalau saya tengok orang racun rumput, saya

hendak pergi dekat pun saya tak berani, Kadang-kadang sekali-sekala

dia hendak minta jabat tangan, saya kata minta ampunlah, basuh

tangan dahulu. Saya cukup takut benda ini. Kita tahu benda itu

cukup bahaya, dari baru-baru ini ada orang mati, ini contohlah,

Banyak petani-petani yang terlibat dengan paraquat yang mati - dalam

kes saya sendiri empat orang di kampung saya yang terlibat dengan

racun rumput. Jadi, kita tak mahu benda-benda ini berterusan. Yang

Berhormat tak payah jawab sebab ini Kementerian Kesihatan. Tetapi

sebagai contoh sahaja, sebab saya tak bangun, Kementerian Kesihatan

tak dapat cakap.

Kemudian yang keduanya fasal jalan. Saya tak bersetuju dengan

Yang Berhormat fasal JKR korek banyak kali. JKR tak korek - yang

korek Jabatan Telekora dan sebagainya, selepas itu Tenaga Nasional

masuk. JKR tak korek. JK.R jadi tandil, mandore, Tetapi yang saya

hendak tanya Yang Berhormat, saya ingat dalam pemerhatian saya

sekurang-kurangnya 10 kemalangan berlaku di kampung beliau, Jejawi,

depan rumah saya. Sebab kita buat jalan baru - kontaktor ini, dia

pasang tanda, sebagai contohnya, "jalan ini jalan sehala", tetapi

bila dia pasang untuk pergi jalan sehala itu, kadang-kadang bila

papan itu jatuh, jalan itu jadi dua hala. Jadi, orang bertembung.

Kalau saya tak stlap tiga kematian. Saya hendak tanya, kalau hal

ini terjadi, siapakah yang hendak bertanggungjawab. Siapa yang

hendak pastikan.

Page 172: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -171-

Saya ucap tahniah sebab di lebuhraya tanda-tanda yang memberi

amaran tentang kerja-kerja sedang dibuat itu, dibuat tanda-tanda

kekal. Kalau kita pergi ke Pahang, dia bubuh gambar Polis pula beri

tangan di kiri kanan, itu sudah cantik. Bermakna benda-benda kekal

yang dia tidak boleh jatuh oleh angin dan sebagainya. Kemalangan

ini siapa hendak bertanggungjawab? Kita belum pernah mencuba kes

ini secara khusus di mahkamah. Tetapi di mahkamah di England, benda

ini telah dicuba dan didapati yang salah ialah Kerajaan. Sebab

sebatang pokok menghempap semasa kereta sedang berjalan, oleh kerana

pokok ini berada dalam reserve Kerajaan. Kes ini - sebab saya buat

undang-undang ini dahulu semasa di Tahun I dahulu. Kes ini oleh

sebab tanah ini berada dalam reserve Kerajaan, pokok itu. dianggap

pokok Kerajaan, bila dihempap di atas kereta, Kerajaan kena bayar.

Jadi, sekarang ini keraalangan ini berlaku oleh kerana jalan

raya ini sedang dibaiki oleh JKR, disupervise oleh JKR. Siapa yang

hendak bertanggungjawab di atas kemalangan yang begini besar, yang

berlaku, yang melibatkan kematian. Contohnya apa yang berlaku di

jalan dua hala, yang berlaku di Jejawi, di depan rumah mertua Ahli

Yang Berhormat dari Nilam Puri.

Kemudian, yang berikutnya ialah fasal projek turnkey. Apa

makna turnkey Yang Berhormat? Bagi saya, yang saya tahu, projek

turnkey ini, bila projek siap beri kunci. Tetapi, ada pula dia kata

Page 173: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -172-

turnkey JKR. Turnkey JKR ini sampai ke tahap kita menyediakan

pelan, lepas itu bila mulakan projek, pembayaran progress yang

pertama dibayar. Cuma yang tidak diikut, dahulu kalau ikut proses

biasa, dia bayar pendahuluan 15%. Tetapi Curnkey JKR ini, dia tidak

bayar 15%, dia bayar progress yang pertama dan seterusnya. Apakah

beza di antara turnkey JKR dengan turnkey-turnkey yang dibuat oleh

ICU ataupun turnkey-turnkey yang lain.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Sebab ini perlu diberi penerangan yang jelas, sebab kita hendak

dapat penerangan tentang turnkey, VOT dan sebagainya, supaya JKR ada

satu turnkey, ICU ada satu turnkey, PAS satu turnkey. Jadi, kita

pun ada banyaklah turnkey. Saya hendak tanya supaya khusus, sebab

bila orang bertanya, kita boleh menjawab.

Kemudian yang berikutnya, yang terakhir sekali, sebab saya

ingat masa sudah hampir lewat, kita perlu pulang segera. Ini fasal

penyertaan bumiputera. Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga unit

iaitu unit kontrak, unit penyenggaraan dan unit bumiputera. Boleh

atau tidak unit bumiputera ini ditukar nama? Unit bumiputera dan

rakan kongsi. Saya tidak bersetuju sebab sekarang ini kal.au kita

lihat, saya dalam MAPEN, DAP masuk sekerat, sebab Wakil daripada

Kepong itu dia masuk tidak sampai sebulan, dua bulan, dia pun lari,

sebab dia tidak sanggup menghadapi saya dan rakan-rakan yang boleh

berhujah dengan lebih baik. DAP keluar, tetapi dia masuk separuh

jalan.

Betul atau tidak you lari semasa kita bertengkar dahulu?

Kemudian dia keluar, tidak masuk lagi dalam MPEN.

Page 174: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -173-

Dalam MPEN, walaupun ini dipertikaikan angkanya, bumiputera

katalah diberi kontrak katakan RM17 juta. Dia masuk dalam angka

RM17 juta. Tetapi bumiputera yang sebenarnya tidak adalah Yang

Berhormat. Kebanyakan bumiputera 3% ataupun kalau projek besar 2%.

Kalau RM100 juta - 1%. Itu bumiputera. Jadi, sebab Kerajaan telah

mengiktiraf bahawa bumiputera rakan kongsi, ini adalah sah. Bukan

Ali-Baba - rakan kongsi. Kita bubuh tajuk rakan kongsilah. Sebab

saya tidak nampak, kita tahu bahawa memang banyak bumiputera yang

mampu untuk mengendalikan projek.

Saya di antara bumiputera yang mampu. Tetapi, sebab ini kita

kena declare kita punya interest tidak payah sebut, tidak pernah

dapat pun. Bagus pun tidak payah beri pun. Kalau beri pun nanti

DAP kata saya dapat sebab saya baik dengan orang Kerajaan. Bagus!

Tidak payah beri kepada saya apa pun tidak mengapa. Tetapi, saya

kata lebih baik setengahnya dibuat bumiputera dan rakan kongsi,

sebabnya yang dapat itu akhirnya atas nama rakan kongsi. tni

seperti yang disebut semasa perjumpaan Ahli Yang Berhormat, ada

seorang di Kedah, dia control 40 Kelas 'F', Jadi, siapa yang dapat

daripada Kelas 'F' ini, yang 40 ini yang dapat, pasti sudah dia akan

mendapat. Nama dia, OBkah atau apa saya tidak tahu; jadi, dia beli

Mercedes yang cukup besar sekali, lebih besar dartpada Mercedes

Menteri Besar Kedah. Orang paciggil Mercedes kelas 'S'kah atau apa,

saya pun kurang pasti, lebih kurang macam itulah, 'geng' Kedah 'dok'

khabar.

Page 175: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -174-

Jadi, ini diubah tajuk, Kadang-kadang Yang Berhormat kata,

saya ini berjenaka. Ini serius! Saya cukup marah ini. Kalau

sekiranya benda ini berterusan, kita tidak ke mana-mana. Kerajaan

menekankan bahawa supaya bumiputera dengan bukan bumiputera, ini

ialah satu rupa bangsa Malaysia baru yang hendak diwujudkan, tetapi

masih lagi konsep 3% ini berjalan. Sejauh mana supervision yang di-

buat oleh JKR? Untuk hendak pastikan perkataan bumiputera ini, se-

benarnya bumiputera, saya rela kalau di mana ada kawan-kawan saya

dalam bumiputera.

Walaupun saya bukan orang nombor satu, hanya orang nombor dua

dalam Dewan Perniagaan, tetapi saya masih Ketua di Perlis. Saya

hendak beritahu saya rela, kalau sekiranya dia beri kepada bumi-

putera, tetapi sebenarnya dia ambil commission, saya rela benda itu

tidak payah diberilah. Sebab benda itu boleh membodohkan orang.

Sebab orang ini dia akan bodoh kalau dia ada duit terlampau banyak.

Maaflah kepada orang kaya. Sebab kalau dia dapat duit banyak ter-

lampau cepat, dia akan bodoh. Kalau dia ada duit banyak steady

lama-lama - okaylah. Sebab tiba-tiba 'phap!' RMl juta mari di

depannya, dia terbodoh sekejap. Maaf terbodoh sekejap, bukan lama.

Selepas itu dia cerdik baliklah, dia boleh berpoya-poya.

Jadi, saya minta supaya perhatian khusus diberikan. Kemudian

unit ini, saya hendak tanya Yang Berhormat, walaupun Yang Berhormat

mungkin, tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat saya ini,

dia cukup arif tentang perkara ini - unit ini dengan unit

Kementerian Perusahaan Awam, dahulu dipanggil Pusaka Bumi, sekarang

dipanggil apa? Unit Khidmat Kontraktor? Apa habungannya pula?

Dahulu Unit Khidmat Kontraktor, dia ada hubungan dengan Unit JKR,

malah dalam keadaan-keadaan tertentu dia bertelagah. Dia kata:

Page 176: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -175-

"Kami lebih berhak untuk menolong bumiputera". Semua orang berhak

tolong bumiputera. Akhirnya, siapa pun tidak boleh tolong. Jadi,

saya minta supaya unit ini betul-betul memberi pengkhususan.

Sekarang kita mestilah buat secara terbuka. 'Sok-sik, sok-sik' -

dia payah hendak tulis. Berbisik-bisik! Tidak payah lagi, buat

cara terbuka. Kalau hendak beri, beri bumiputera, supervise

elok-elok Yang Berhormat. Kalau bumiputera dengan rakan kongsi,

bumiputera dengan rakan kongsi. Bumiputera yang dapat 3% jangan

beri lagi. Saya bersetuju, mengarut cerita ini. Ssebab kita tidak

rela melihat orang-orang yang demikian rupa. Sebab dia boleh

memalukan unit bumiputera dan bumiputera sendiri, sebab dia dapat

commission, kerja tidak dibuat dan sebagainya. Kita tidak rela

melihat orang yang tidak bekerja dengan teruk tetapi dapat habuan

dengan cepat menawan.

Yang kedua terakhir, dalam di bawah ini Yang Berhormat ada

sebut .....

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]; Yang Berhormat, sila

gulung.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Pengerusi, selalu suruh saya

gulung, fasal apa? Saya bercakap tidak sampai sepuluh minit.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Sadah cukup masa Yang

Berhormat.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tidak mengapa. Kita kawan baik.

Projek Penswastaan. Saya lihat ini, Lebuhraya Shah Alam/Lingkaran

Tengah dan Lebuhraya Hubungan Utara/Selatan.

Page 177: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -176-

Apa maknanya ini Yang Berhormat. Apa dia Hubungan

Utara/SeLatan? Sebab saya mendengar khabar, berita daripada sahabat

dari Labuan, orang Labuan pula yang bercerita kepada saya, dia kata:

"Ada Bukit Kayu Hitam ke Kuala Perlis". Sebabnya kita hendak tolong

orang Kedah, sebab sepatutnya lebuhraya dahulu Lebuhraya Padang

Besar/ke Johor Bahru. Tetapi sekarang dia tukar Bukit Kayu Hitam.

Tetapi oleh kerana Pengkalan Kuala Perlis penting untuk pembangunan

Langkawi, adakah ini termasuk lebuhraya di antara Bukit Kayu Hitam

sehingga ke Kuala Perlis. Sebab di sini tidak dimasukkan, jadi saya

hendak tanya macam mana hendak dimasukkan. Dan apa makna hubungan

tentang Utara/Selatan.

Tuan Pengerusi, yang akhir sekali, saya hendak gulung, selama

seminit sebab Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka dapat seminit,

Tan Sri beri tadi. Demi keadilan, sebab kita perlu mempertahankan

keadilan, saya perlu seminit.

Ini berkenaan tol. Saya ingat tol di Malaysia adalah yang

terbaik. Kalau tuan-tuan pernah pergi ke Itali, Yang Berhormat

Dato' Mohd. Tajol Rosli pernah pergi, seraua Timbalan Menteri dan

semua Setiausaha Parlimen pernah pergi ke Itali, dia setiap dua batu

ada satu tol. Bukan berbata-batu macam kita, dua batu.

Kadang-kadang setengah tempat sebatu, satu kilometer, satu tol.

Jadi, disebabkan kita yang terbaik, kita jaraknya berbatu-batu,

walaupun harganya mahal. Kita bersetuju. Saya hendak cadangkan

kepada Yang Berhormat, oleh kerana inilah masanya untuk membolehkan

- sebab dalam masa ekonomi kita sedang meningkat ini, inilah masa

untuk kita membina sebanyak-banyak jalan. Dalam masa orang-orang

Malaysia mampu untuk melaburkan sumber kewangannya dengan begitu

banyak, inilah masa untuk kita beri peluang, untuk kita mendapatkan

lebih banyak lebuhraya-lebuhraya, walaupun terpaksa menggunakan tol.

Page 178: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 177 -

Saya mencadangkan ini sebab rakyat Malaysia mesti menerima

hakikat. Ada seorang, orang Perlis, dia daripada Lembah Bilut dan

emaknya mati di Perlis. Dia ini orang PAS, namanya Mek Assabah -

tukang gunting rambut. Dia kata, "Yang Berhormat, biarlah saya

bayar RM18.00 - tidak apa, kalau tidak kerana lebuhraya saya tak

sempat tengok emak saya dikebumikan". la seorang PAS yang cukup

fanatik dengan PAS dan apabila dia pergi ke Lerabah Bilut pun dia

terus memperjuangkan PAS dan saya ingat kini dia menjadi Ketua

Cawangan Lembah Bilut, tetapi dia ada bercakap "kalau tidak kerana

lebuhraya ini, pasti dia tidak dapat melihat emaknya dikebumikan".

Begitulah tingginya penghargaan rakyat Malaysia kepada lebuhraya tol

yang ditentang oleh DAP dan PAS. Jadi, saya menyokong supaya

dibanyakkan lebuhraya walaupun terpaksa mengenakan tol. Terima

kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang Berhormat,

oleh kerana kesuntukan masa, saya terpaksa mengizinkan seorang

sahaja lagi untuk berucap. Ya,Yang Berhormat dari Sarawak.

8.07 mlm.

Tuan Michael Lisa Kaya [Bukit Mas]: Terima kasih, Tuan

Pengerusi. Oleh kerana kesempatan yang diberikan kepada saya, saya

ingin merujuk kepada P.52 mukasurat 271, dalam Butiran 040000 -

Pembinaan Jalanraya-jalanraya Besar di Sarawak dan juga merangkumi

jalan besar utama, Lebahraya Pan-Borneo, jalan ke projek elektrik

hidro dan lain-lain jalanraya besar.

Page 179: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 178 -

TUan Pengerusi, dalam butiran ini, kita ketahui bahawa anggaran

untuk talmn 1993 iaitu jumlah yang diperuntukkan untuk empat bidang

ini hanya RM145,300,050. Dari pandangan saya, oleh kerana Negeri

Sarawak adalah salah satu negeri yang mundur sekali di dalam

pembangunan jalanraya ataapun infrastruktur, maka saya merasa

anggaran sebanyak RM145 juta ini tidak munasabah dan mencukupi,

Saya berharap oleh kerana kedua-dua Menteri Kerjaraya adalah berasal

dari Sarawak, kadang-kadang mungkin juga susah ataupun sulit sekali

untuk kedua-dua Yang Berhormat ini memohon banyak peruntukkan bagt

negeri Sarawak, tetapi saya sekali ini menyarankan supaya sekiranya

ada ' review' pada tahun yang akan datang, tolonglah tambah sedikit

lagi, oleh kerana kalau kita ikut perbandingan tafsiran yang diberi

kepada kita melalui JabaCan Kerja Raya - mereka menafsirkan dalam

satu kilometer, anggaran perbelanjaannya adalah RMl.2 juta dan kalau

sekiranya RM145 juta ini diperuntukkan untuk negeri Sarawak, saya

merasa tiap-tiap tahun hanya 121 kilometer jalanraya yang akan

dibina. Bukan sahaja jalanraya besar atau jalanraya utama, tetapi

di sini termasuk juga Lebuhraya Pan-Borneo dan lain-lain jalanraya

besar.

Saya ingin menegaskan mengenai Lebuhraya Pan-Borneo yang

diperuntukkan sebanyak RM16,000,900, dan saya merasa sedikit sedih

oleh kerana peruntukan itu adalah tidak mencukupi dan saya berharap

dan menyarankan sekali lagi, oleh kerana tiap-tiap kali kita meng-

adakan persidangan Parlimen, Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak selalu

membangkitkan isu-isu mengenai kemunduran pembinaan jalanraya di

negeri Sarawak dan saya berharap Timbalan Menteri Kerja Raya yang

Page 180: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 179 -

ada sekarang ini, tolonglah meminta banyak sedikit peruntukan untuk

negeri Sarawak. Sekiranya kita hanya bergantung kepada peruntukan

dari satu cara sahaja, maka saya ingin bertanya kepada Kementerian

Kerjaraya ataupun Timbalan Menteri Kerjaraya: Apakah cadangan

Kerajaan Persekutuan untuk masa hadapan bagt mengatasi masalah-

masalah seperti tidak cukup wang untuk pembinaan jalanraya-jalan-

raya, khususnya untuk negeri Sarawak? Adakah Kerajaan Persekutuan

Ingin berbincang dengan Kerajaan negeri Sarawak untuk mencari satu

cara yang baik? Sekiranya kita dapat menubuhkan satu badan sepertt

PLUS di Semenanjung, apakah salahnya kita membuat satu kajian iaitu

bolehlah juga satu badan seperti itu ditubuhkan di negeri Sarawak,

khas untuk mengkaji bagaimana kita dapat mempercepatkan pembinaan

jalanraya-jalanraya, khususnya di negeri Sarawak?

Tuan Pengerusi, oleh kerana saya sendiri merasa bahawa negeri

Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya raya dari segi bahan-bahan

mentah, maka kita perlu membuka jalanraya ini dengan secepat mungkin

supaya banyak tanah-tanah di sekitar jalanraya dapat kita terokai.

Ini juga, pada pandangan saya, sekiranya pada masa sekarang banyak

kompeni-kompeni yang besar-besar dan firma-firma gergasi dari

Seraenanjung datang melabur di negeri Sarawak seperti Island &

Peninsular dan ada tiga empat kompeni yang saya kenal, maka ini akan

mendorong banyak lagi syarikat-syarikat gergasi seperti. Island &

Peninsular untuk datang ke Sarawak. Apabila mereka melabur di

negeri Sarawak dan membuka tanah untuk kelapa sawit, maka ini juga

dapat merapatkan hubungan kita dari segi perhubungan di antara

penduduk di Sarawak atau pekerja-pekerja di sana dengan ahli-ahli

Page 181: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 180 -

syarikat ataupun bidan-badan syarikat yang besar. Selain daripada

itu negeri Sarawak juga akan mendapat manfaat daripada pelabur-

pelabur dari Semenanjung Malaysia dan sekiranya tiap-tiap tahun

hanya $100 juta lebih diperuntukkan untuk Sarawak, saya percaya

mungkin apabila sampai tahun 2020 pun, kita masih lagi membincangkan

mengenai jalanraya ini.

Tuan Pengerusi, kadang-kadang saya tidak merasa senang, iaitu

sewaktu kita berbahas di dalam Persidangan seperti ini, tidak ada

perkara yang lain, dan kalau kita tidak bangkitkan mengenai jalan-

raya-jalanraya yang kadang-kadang tergendala pembinaannya, raaka apa

lagi perkara yang hendak kita ucapkan? Kadang-kadang kita Ahli-

ahli dari Sarawak sama-sama mahu berucap dan membincangkan hal-hal

yang mengenai apa yang berlaku di seluruh negara kita, tetapi oleh

kerana ada perkara sulit yang perlu kita bangkitkan dalam Dewan ini,

maka kerana itulah banyak kalt timbulnya cerita mengenai jalan

raya. Saya berharaplah " supaya Timbalan Menteri Kerjaraya dapat

mencari jalan yang baik bagaimana kita dapat mempercepatkan

pembinaan jalanraya-jalanraya di negeri Sarawak.

Keduanya, saya difahamkan bahawa banyak jalan raya besar di

Sarawak, yang sebetulnya Lebuhraya Pan-Borneo, ada dua atau Eiga

package, dengan izin, yang mungkin terjadi kelewatan di dalam

pembinaannya sekarang. Saya baru pulang dari Sarawak, dan saya

difahamkan bahawa pembinaan jalanraya dari Lundu/Sematan ke Serian/

Tebedu, sekarang ini tidak mempunyai wang yang cukup, .walaupun

tender ttu sudah lama dijalankan. Dan saya difahamkan bahawa

mereka juga telah menyuarakan perkara ini di dalam menjalankan

projek ini, tetapi sampai sekarang mereka masih menungga dan ini

telah menimbulkan s.itu masalah kepada kontraktor-kontraktor, oleh

kerana sekiranya projek yang diberi kepada kontraktor-kontraktor,

yang berharga RMl juta kita itu memerlukan, misalnya machinery-

machinery.

Page 182: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15 .12 .92 - 181 -

Kita perlu menyediakan dari segi kewangan dan apabila kita sudah

menyediakan perkara seperti ini, kelewatan meluluskan tender itu

juga menjadi satu masalah dan saya berharap Timbalan Menteri Kerja

Raya dapat mencari jalan untuk mengatasi masalah separti ini dan

aaya ingin tahu dengan cara terperinci oleh kerana saya boleh

dikacakan diarah untuk bertanya dan dalam Dewan yang mulia ini

adalah cara yang baik.

Bagaimanakah kedudukan kontrak ataupun pembinaan

Serian-Tembedu dan jalanraya (highway) Lundu-Sematan? Sehubungan

dengan ini, saya ingin merujuk kepada Butiran 04300 - Jalan-jalan

Pembangunan di Sarawak yang diperuntukkan untuk masa hadapan hanya

RM39,180,000. Saya ingin tahu secara terperinci sekiranya Timbalan

Menteri Kerja Raya ada butir-butir yang berkenaan, sama ada tahu

peruntukan ini dikhaskan untuk mana-mana jalan raya dan sekiranya

tidak ada butir yang terperinci sekarang, saya ingin cahu supaya ia

dapat diberi kepada saya secara bertulis.

Inilah sedikit-sebanyak perkara penting yang saya bangkitkan

tadi. dan saya ingin tegaskan sekali lagi, Tuan Pengerusi, dan saya

berharap Kementerian Kerja Raya betul-betul mencari satu jalan

bagaimana dapat mempercepatkan pembinaan jalan raya di negeri

Sarawak.

Baru-baru ini, kita baca laporan dalam suratkhabar, di mana

Menteri Tenaga, TeLekom dan Pos banyak berkata, "Oh, negeri Sarawak,

dengan izin, ada banyak potentlal for hydropower; kita boleh jual

Page 183: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15. 12.92 - 182 -

ke Indonesia, kita boleh jual ke negara Brunei Darussalam dan ke

negara-negara sekitar negeri Sarawak". Saya rasa sendiri, apabila

saya baca suratkhabar itu, ini seolah-olah memang baik, memang

betul, tetapi kalau kita kaji dengan secara mendalam, saya percaya

sekiranya pembinaan jalan raya ini tidak dipercepatkan, misalnya,

projek hidro di Bakun akan terjejas. Tuan Pengerusi, kalau kita

hendak pergi ke Bakun, kalau tidak melalui helikopter, susah pergt

ke sana. Kalau ikut betul-betul jalan pergi ke Bakun, mungkin kita

hendak gunakan, orang Sarawak kata "perahu panjang". Kadang-kadang

kita kena tarik perahu panjang itu, dan mungkin dalam 4, 5 hari

baru sampai Bakun. Dengan izin, where is the potential? Susah

sekali. Saya berharap kedua-dua Menteri yang duduk di dalam

Kementerian Kerja Raya akan betul-betul cari cara yang lain.

Misalnya, Sarawak Economic Developraent Corporation (SEDC) di

Sarawak ada sebuah anak syarikat iaitu PPES. Apa salahnya kita

bincang sama PPES dari Kerajaan Negeri Sarawak dengan Kerajaan

Persekutuan dan sekiranya SEDC ada cukup wang, mereka boleh bantu

sedikit secara gerentikah ataupun dengan bayaran tiap-tiap tahun.

Oleh kerana kita ingin bersaraa-sama untuk memajukan negeri

Sarawak,bukan hanya untuk orang-orang di Sarawak tetapi untuk kita

di Malaysia, saya berharap Timbalan Menceri Kerja Raya dapat

menitikberatkan hal-hal khas yang saya tegaskan tadi dan. mencari

jalan bagaimana kita dapat mempercepatkan pembinaan jalan-jalan raya

di negeri Sarawak. Sekian, saya menyokong. Terima kasih.

Page 184: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR. 15.12.92 - 183 -

Tuan pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat Timbalan

Menteri diminta jawab.

8.24 mlm.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Peter Tinggom anak

Kamarau]: Tuan Pengerusi, pertamanya saya suka mengucapkan terlma

kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh dan

memberi cadangan dan mengenalpasti masalah-masalah berkaLtan dengan

bidang tugas Kementerian Kerja Raya, iaitu Yang Berhormat dari

Bagan, Yang Berhormat dari Parit Sulong, Yang Berhormat dari Sungai

Petani, Yang Berhormat dari Jerai, Yang Berhormat dari Nilam Puri,

Yang Berhormat dart Batang Lupar, Yang Berhormat dari Padang Terap,

Yang Berhormat dari Maran, Yang Berhormat dari Bagan Serai, Yang

Berhormat dari Kuala Langat, Yang Berhormat dari Arau dan, yang

akhir sekali, Yang Berhormat dari Bukit Mas.

Tuan Pengerusi, perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat-Yang

Berhormat sekalian ialah bukan semata-mata berkenaan dengan jalan

raya tetapi ada juga menyentuh berkenaan dengan bekalan air. Jadi,

di sini sebelum saya memberi penjelasan ataupun mana-mana yang saya

ada di depan saya ini, suka saya memberi penjelasan berkenaan dengan

bekalan air.

Bekalan air mengikut bidang tugas adalah di bawah bidang tugas

Kerajaan Negeri. Sungguhpun di bawah bidang tugas Kerajaan Negeri,

Kerajaan Pusat ada memberi bantuan dari segi pinjaman. Selain dari

itu, Kementerian Kerja Raya menerusi Jabatan Kerja Raya Persekutuan

Page 185: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 - 184 -

pun memberi bantuan dari segi teknikal serta bantuan-bantuan yang

lain supaya Kerajaan Negeri dapat menjalankan tugas mengikut

kehendak-kehendak negeri-negeri masing-masing.

jadi , yang kedua, apabila saya mendengar bekalan air yang

disentuh oleh dua, tiga orang Yang Berhormat tadi , saya rasa bekalan

air ini sungguhpun dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri,

misalnya di Sarawak, di Sabah ataupun di Semenanjung, tetapi

peruntukan bekalan air di luar bandar adalah di bawah tugas

Kementerian Perabangunan Luar Bandar. Jadi, oleh kerana itu,

Kementerian Kerja Raya memang seboleh-bolehnya akan membantu dan

menolong apa yang dikehendaki oleh Kerajaan Negeri ataupun bagi

pihak orang di luar bandar, kalau peruntukan datangnya dari

Kementerian Perabangunan Luar Bandar. Jadi, itu berkenaan dengan

bekalan air.

Berkenaan dengan segaLa peruntukan dan pelaksanaan yang telah

diberi oleh Kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya dan Jabatan

Kerja Raya, memang telah dijalankan dari setahun ke setahun, dan

apa yang telah kita ketahui, Yang Berhormat pun telah ketahui.

Page 186: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -185-

Tiap-tiap tahun ataupun tiap-tiap di Pancangan Malaysia yang

kita ada, pada masa ini. kita sedang dalam Rancangan Malaysia Keenam,

permintaan dari Kerajaan Negeri mernang tidak semua dapat diluluskan

oleh Kerajaan Pusat kerana permintaan ini memang banyak. Jadi oleh

kerana itu, tiap-tiap tahun Kerajaan akan meluluskan satu

peruntukan. Nengikut yang sedia ada yang telah kita bincangkan

sekarang, inilah yang telah diatur oleh Kerajaan Pusat untuk

membantu, bukannya satu tempat ataupun satu negeri - seluruh

negara. Jadi, oleh kerana peruntukan wang yang terhad, sunggubpun

kita mahu lebih lagi, perkara ini memang kebiasaannya kita selalu

dengar. Mengikut yang kita dengar tadi, walaupun lebuhraya, kalau

sudah satu tahun, dua tahun, ada juga lebuhraya itu "pandai"

berubah. Apa lagi kalau kita memikirkan jalan persekutuan yang

lain, ataupun jalan negeri yang lain.

Jadi, oleh kerana itu memang banyak masalah yang timbul. Jadi,

oleh kerana masalah yang timbul ini, jadi banyak perkara

ditimbulkan, yang disentuh oleh Yang Berhormat sekalian. Dengan

itu, saya cuba memberi segala penjelasan yang ada pada saya, saya

mulai dari yang pertama, iaitu Yang Berhormat dari Bagan.

Bagi pihak LLM, berkenaan dengan jambatan Pulau Pinang, telah

menawarkan kontrak kepada syarikat swasta untuk menyelenggarakan

jambatan Pulau Pinang untuk tempoh dua tahun. Pihak LLM sememangnya

mengambil berat tentang kebersihan di atas jambatan tersebut.

Pengawasan dan penyeliaan yang rapi sentiasa diadakan di atas

jambatan. Sekiranya terdapat sebarang kekotoran, tindakan serta-

Page 187: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DP.15.12.92 -186-

merta diambi1 untuk membersihkannya, Jadi, pembayaran kepada pihak

kontraktor dibuat berdasarkan kepada kerja-kerja yang mereka laku-

kan. Ini berkenaan dengan pembersihan jambatan Pulau Pinang.

Berkenaan dengan tol jambatan Pulau Pinang yang sedang dijalan-

kan sekarang dikenakan bayaran RM7.00 untuk kereta, tetapi lebuhraya

cuma kita bayar 5 sen satu kilometer. Kadar tol ini dianggap ber-

patutan kerana jika kadar tol dikurangkan dan untuk motorsikal pula

tidak dikenakan tol, ianya akan memberikan kesan negatif terhadap

perkhidmatan feri Pulau Pinang. Jadi, di sini kita telah mengetahui

iaitau kos pembinaan jambatan Pulau Pinang memang besar. Jadi, tol

yang dikenakan itu telah ditetapkan, jadi itulah keadaannya.

Jadi, berkenaan dengan tol di lebuhraya, Kerajaan telah

menandatangani perjanjian dengan UEM untuk membina Lebuhraya Utara-

Selatan di mana syarikat swasta perlu memperolehi sumber kewangan

sendiri dan pinjaman institusi kewangan untuk membina lebuhraya

tersebut. Oleh yang demikian, syarat-syarat perjanjian perlulah

dipatuhi memandangkan kos pekerjaan pembinaan lebuhraya itu adalah

tinggi.

Page 188: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -187-

Berkenaan dengan kerja-kerja membaiki jalan di Seberang

Perai menyebabkan kesulitan kepada lalua-lintas dan projek berkenaan

tidakmengikut jadual, saya telah ditahamkan pihak JKR senantiasa

mengarahkan pihak kontraktor supaya meminimumkan, ertinya mengurang-

kan kesulitan lalu-lintas kepada pengguna jalan berkenaan. Walau

bagaimanapun, memang sukar untuk mengatasi masalah sepenuhnya.

Untuk menjalankan kerja di waktu malam sahaja, ini akanmembebankan

kepada kontraktor kerana upahnya tentulah tinggi.

Mengenai kelewatan projek, JKP akan cuba sedaya upaya supaya

kontraktor berkenaan meningkatkan prestasi. Kemajuannya sekarang

lebih kurang 28%, tetapi jadual 42%. Jadi, ini betul memang ada

terlewat.

Jadi, perkara pemberian kontrak kepada kontraktor-kontraktor

yang kurang berkeupayaan terutamanya di Pulau Pinang, saya telah

difahamkan bahawa Kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya telahpun

melaksanakan sistem penilaian tender baru bagi projek-projek yang

bernilai RM5 juta ke atas.

Page 189: PENYATA RASMI PARLIMEN filemembeli dan membayar gaji pemain-pemain import tersebut sejak 1989 hingga Ogos 1992; (c) bagaimanakah dengan mutu bolasepak tempatan hasil dari kedatangan

DR.15.12.92 -188-

Di ,bawah sistem penilaian baru ini perkara-perkara yang dititik-

beratkan ialah keupayaan teknikal dan keupayaan kewangan

kontraktor. Bagi penender yang tidak mencapai markah minimum yang

diperlukan tiada akan dipertimbangkan. Adalah diharapkan dengan

pelaksanaan sistem baru ini dapat membantu mengurangkan bilangan

projek sakit ataupun terbengkalai.

Bagi projek yang disebut "Butterworth Outer-Ring Road",

peruntukan Rancangan Malaysia Keenam RH41.7 juta, mengikut yang saya

telah difahamkan juru perunding telah dilantik untuk menjalankan

penyiasatan kerja-kerja ukur dan rekabentuk kedua-dua projek ini.

Peruntukan yang diluluskan hanya mencukupi untuk tujuan rekabentuk

sahaja dan ianya dijangka siap pada pertengahan tahun 1995.

Kerja-kerja binaan mungkin akan bermula pada masa Rancangan Malaysia

Ketujuh jika peruntukan diluluskan oleh Kerajaan.

Jadi, saya beralih kepada perkara yang disentuh oleh Yang

Berhormat dari Parit Sulong. Tuan Pengerusi, yang pertama...

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, masa sudah

suntuk.

Datuk Peter Tinggom anak Kamarau: Oh!

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat diminta

sambung esok.

Datuk Peter Tinggom anak Kamarau: Baik. Terima kasih.

Majlis Mesyuarat bersidang semula,

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang

Berhormat, Majlis Mesyuarat ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang

esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.45 malam.