borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filelaman web ini lebih interaktif dan proses pengajaran...

21
Tarikh : 22 APRIL 2008 Tarikh : 22 APRIL 2008

Upload: duongdien

Post on 20-Jun-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Psz 19:16 (pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PEMBELAJARAN AUTENTIK BAGI TOPIK PEMFORMATAN LAMAN WEB, TAG HTML DAN

PENGGUNAAN JADUAL

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya GOH SZE WEI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_______________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 44,JALAN NB2 8/4, TMN. NUSA BISTARI 2 PN.NOOR AZEAN ATAN 81300 SKUDAI, Nama Penyelia JOHOR BAHRU, JOHOR Tarikh : 22 APRIL 2008 Tarikh : 22 APRIL 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ……………………...

Nama Penyelia : PN. NOOR AZEAN ATAN

Tarikh : 22 APRIL 2008

iii

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PEMBELAJARAN AUTENTIK BAGI TOPIK PEMFORMATAN LAMAN WEB, TAG HTML

DAN PENGGUNAAN JADUAL

GOH SZE WEI

Projek Sarjana ini dikemukakan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

Fakultif Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………

Nama Penulis : GOH SZE WEI

Tarikh : 22 APRIL 2008

v

Untuk ibu , suami dan adik-beradik yang tersayang,

yang sentiasa sabar dan memahami…

vi

PENGHARGAAN Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

yang tidak terhingga kepada penyelia projek, Pn. Noor Azean Binti Atan atas

bimbingan, tunjuk ajar, panduan, dorongan dan sokongan yang diberikan oleh beliau

dalam menyiapkan projek ini.

Penghargaan juga buat rakan-rakan yang membantu secara langsung atau tidak

langsung untuk menjayakan projek ini. Ucapan ribuan terima kasih kahs kepada ibu,

suami dan ahli keluarga tersayang. Sokongan, tiupan semangat serta iringan doa kalian

amat bererti bagi buat saya. Tanpa kalian, mustahil untuk saya menyiapkan projek saya.

vii

ABSTRAK

Dalam dunia pendidikan, penggunaan Internet adalah merupakan medium

penyampai sumber maklumat bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang

berkesan. Kini, terdapat banyak laman web yang dibangunkan untuk membantu proses

pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pengkaji mengambil inisiatif untuk

membangunkan laman web bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan Berasaskan Web untuk

tajuk Pemformatan Laman Web, Tag HTML dan Penggunaan Jadual dalam Laman

Web. Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa penghantar dalam laman web ini.

Laman web ini dibangunkan berdasarkan model ADDIE dan menggunakan kaedah

tutorial. Pendekatan pembelajaran autentik juga digunakan di mana ia menyediakan

konteks sebenar seperti mana pengguna belajar Microsoft Office Front Page 2003.

Laman web ini dibangunkan berdasarkan gabungan empat elemen multimedia iaitu teks,

grafik, animasi dan video. Gabungan keempat-empat elemen ini telah menjadikan

laman web ini lebih interaktif dan proses pengajaran dan pembelajaran pula menjadi

lebih efektif. Diharap laman web ini dapat membantu dari segi mempertingkat lagi

mutu P&P sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.

viii

ABSTRACT

In the world of education, the usage of internet has been a medium to deliver

source of information to determine an effective learning environment. Many education

websites have been developing to help in teaching and learning. Therefore, developer

takes initiative to build a web site of Programming Language Base on Web Site for the

title Editing and Formatting Web Site, HTML Tags and Working with Tables. The web

site built based on ADDIE model with tutorial method in English language. Developer

use authentic approach which prepare real context as the users are learning Microsoft

Office Front Page 2003. This web site was developed based on the combination of four

elements which are text, graphics, animations and videos. These elements make the web

site more interactive and the teaching and learning process more effective. Hope that

this web site can help to upgrade the quality of teaching and learning parallel with the

growth of technology nowadays.

ix

KANDUNGAN BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PENYELIDIKAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN

ii iii iv v vi vii viii ix

xiii xiv xv

BAB I PENGENALAN

1.1. Pendahuluan 1.2. Latar belakang masalah 1.3. Pernyataan masalah 1.4. Objektif Projek 1.5. Kepentingan Projek 1.6. Skop Projek 1.7. Definisi Istilah

1.7.1. Internet 1.7.2. Laman Web 1.7.3. Pendekatan 1.7.4. Pendekatan autentik 1.7.5. HTML(HyperText Markup

Language) 1.7.6. Tag HTML 1.7.7. Dinamik HTML

1.8. Penutup

1 3 5 6 7 8 9

BAB II SOROTAN KAJIAN

x

2.1. Pendahuluan 2.2. Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) 2.2.1. Klasifikasi PBK 2.2.2. Kelebihan Penggunaan

PBK Multimedia 2.2.3. Kelemahan PBK

Multimedia 2.3. Pembelajaran situasi

2.3.1. Ciri-ciri Pembelajaran berdasarkan situasi

2.3.2. Konteks Autentik 2.3.3. Aktiviti Autentik 2.3.4. Berkelakuan

Kepakaran(expert performance)

2.3.5. Pelbagai Perspektif 2.3.6. Kolaboratif 2.3.7. Refleksi 2.3.8. Artikulasi 2.3.9. Bimbingan secara

pengawasan (Coaching) dan Scaffolding

2.3.10. Penilaian Intergrasi 2.4. Perkembagan Penggunaan

Internet dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

2.5. Internet dan Laman Web dalam Pendidikan

2.6. Pembelajaran Autentik Online 2.7. Multimedia 2.8. Kajian Berkaitan 2.9. Model Reka Bentuk Laman Web

2.9.1. Model ASSURE 2.9.2. Model ARCS 2.9.3. Model Waterfall 2.9.4. Model ADDIE sebagai

model Pembangunan 2.10. Kesimpulan

10 11

12 13

15 16 17

19

20

21 21 22

23

24 28

29

30 31 35 37 38

39

41

BAB III REKA BENTUK LAMAN WEB

2.1. Pengenalan 2.2. Pendekatan Reka Bentuk Model

ADDIE 2.2.1. Fasa Analisis

1.2.1.1.Analisis Isi Kandungan

43 44

xi

1.2.1.2.Analisis Pengguna 1.2.1.3.Analisis Objektif 1.2.1.4.Analisis Keperluan

Perkakasan 1.2.1.5.Analisis Keperluan

Perisian 2.3. Reka Bentuk

2.3.1. Reka Bentuk Informasi 2.3.2. Reka Bentuk Interaktif 2.3.3. Reka Bentuk Antara Muka

2.4. Pembangunan dan Perlaksanaan 2.5. Penilaian 2.6. Penutup

45

46 47 48

49 50

51

BAB IV PEMBANGUNAN LAMAN WEB

4.1. Pengenalan 4.2. Ciri-ciri Laman Web 4.3. Paparan Laman Web

4.3.1. Laman Induk 4.3.2. Paparan Laman About PL3 4.3.3. Paparan Laman Tutorial 4.3.4. Paparan Pull Down Menu

dalam Tutorial 4.3.5. Paparan Forum 4.3.6. Paparan Peta Laman (Site

Map) 4.3.7. Paparan Hubungi Kami

(Contact Us)

52 53 54

56 58 59

62

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1. Pengenalan 5.2. Perbincangan 5.3. Kekangan yang Dihadapi Semasa

Pembangun Laman Web 5.3.1. Kekurangan Kepakaran 5.3.2. Kekurangan Masa 5.3.3. Kekurangan Sumber

Bahan 5.4. Kekuatan Laman Web 5.5. Kelemahan Laman Web 5.6. Cadangan

5.6.1. Peruntukan Tempoh Masa yang Lebih Panjang

5.6.2. Persembahan Video Tutorial

65 66

67

68

69 70

xii

5.6.3. Menyediakan Pengajaran dan Pembelajaran untuk Tajuk Lain

5.6.4. Pengubahsuaian Laman Web Berdasarkan Komen Penilai

5.7 Kesimpulan

71

71

RUJUKAN 73-78

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Struktur elemen-elemen reka bentuk

multimedia interaktif daripada pembelajaran situasi

19

2.2 Perkaitan antara fasa-fasa dalam Model ADDIE

41

4.1 Paparan Laman Induk

55

4.2 Paparan laman About us

56

4.3 Paparan Laman Tutorial (bahagian atas)

57

4.4 Paparan Laman Tutorial (bahagian bawah)

58

4.5 Paparan Pull Down Menu pada banner laman web

60

4.6 Paparan Forum

61

4.7 Paparan Peta Laman (Site Map)

63

4.8 Paparan Hubungi Kami (Contact Us)

64

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Ciri-ciri autentik dalam pembelajaran

situasi dan garis panduannya

27

2.2 Perbandingan di antara pembelajaran instruktif dan pembelajaran berpusatkan pelajar

36

xv

SENARAI SINGKATAN

CAI -Computer Aided Instruction

CAL -Computer Based Learning

CAT -Computer Assisted Testing

CBI -Computer Based Instruction

ICT -Information Communication and Technology

IT -Information Technology

HTML -Hypertext Markup Language

MSC -Multimedia Super Corridor

PBK -Pembelajaran Berbatukan Komputer

UiTM -Universiti Institusi Teknologi Mara

UTM -Universiti Teknologi Malaysia

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh

kesan globalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi

yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem

pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah

penambahan minat dan usaha untuk para pendidikan menggunakan teknologi maklumat

dan komunikasi dalam pendidikan. Gobalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia

tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep

perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Seiring dengan perkembangan

era globalisasi dan keperluan semasa dalam Abad ke-21, sekolah-sekolah atau institusi-

institusi pengajian perlu mempunyai hala tuju masing-masing dalam memberi cabaran

pendidikan kepada pelajar-pelajarnya supaya generasi yang akan datang dapat

menguasai kemahiran yang lebih kompleks dan terperinci selain perlu pengetahuan asas

dibidang bacaan, penulisan dan kira mengira.

Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor

(MSC) adalah satu langkah kerajaan membawa Malaysia ke mercu kejayaan dengan

Malaysia memiliki teknologi canggih dan setanding dengan negara-negara yang telah

mendahului dalam bidang IT. Kerajaan menggalakkan rakyat mengambil berat perkara

ini dan seterusnya mengambil bahagian dalam MSC, selaras dengan Wawasan 2020 di

mana menjelang tahun tersebut negara kita akan menjadi sebuah negara maju dan bukan

2

sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi sebagai penyumbang teknologi. Sehubungan

itu, kerajaan telah berusaha untuk menyerapkan ICT khususnya dalam bidang

pendidikan dengan menubuhkan Sekolah Bestari yang dilengkapi dengan perkakasan IT

dan multimedia. Ekoran kewujudan MSC, pelbagai teknologi dalam pendidikan telah

diimplementasikan di sekolah-sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Ini dapat

mendedahkan pelajar kepada cara belajar yang lebih bersikap kendiri.

Malaysia telah memperkenalkan komputer di sekolah-sekolah keseluruh negara

beberapa tahun lepas dan dijangka pada tahun 2010 semua sekolah di negara ini akan

menerapkan pembelajaran berkonsepkan Sekolah Bestari, di mana pengajaran dan

pembelajarannya berteraskan IT dan ICT.(MSC, 1997)

“Menjadikan “Sekolah Bistari” adalah merupakan perancangan yang telah

dirancang dalam sistem pendidikan negara kita. Sekolah Bistari akan

diperkenalkan keseluruh negara, bukan hanya untuk keperluan Multimedia Super

Corridor (MSC) atau Koridor Raya Multimedia, tetapi untuk keperluan generasi

Malaysia akan datang, supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif selaras dengan

perkembangan teknologi terkini dan mampu mngikuti perkembangan teknologi

globalisasi yang semakin pesat”

Dato’ Sri Najib Tun Hj. Abdul Razak selaku Menteri Pendidikan Malaysia pada

pada ketika itu (MSC, 1997)

Di Malaysia, Sekolah Bestari tidak hanya dikategorikan sebagai kaedah

pengenalan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran teknologi terkini yang dianggap

sebagai masih baru, tetapi ianya lebih kepada memperkenalkan bagaimana kaedah dan

system pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan secara optimum. Antara

matlamat Sekolah Bestari juga, ingin menjadikan salah sebuah sekolah sebagai

keperluan masyarakat yang boleh menjana minda tenaga kerja masa akan datang,

dengan berkonsepkan kaedah pembelajaran terkini yang berdaya saing.

3

Dalam pada itu, Mohamad Salmi Mohd. Sohod, merupakan pengarah projek KUB

Malaysia Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) - salah satu universiti swasta yang

terawal di Malaysia menggunakan kemudahan IT, pernah menyebut pembelajaran

sebenar berkonsepkan ICT yang diperkenalkan mungkin sebagai satu perubahan

pradigma bagi kebanyakan warganegara Malaysia, tetapi bagi sesebuah universiti yang

unggul yang mengamalkan konsep ini, ianya akan menjadi sumber kemahiran yang

diperlukan sealiran kemajuan pengetahuan semasa dan terkini (Computimes, 1998).

1.2 Latar belakang masalah Penggunaan Internet dalam bidang pendidikan bukanlah perkara yang baru. Sejak

ianya diperkenalkan lagi, Internet mula digunakan dalam pencarian sumber maklumat

dengan menggunakan pelbagai jenis enjin pencarian. Dalam pendidikan, penggunaan

Internet adalah merupakan medium penyampai sumber maklumat bagi menyediakan

persekitaran pembelajaran yang berkesan. Kemudahan yang disediakan adalah

merangkumi penyediaan bahan pengajaran secara talian terus dan akses maklumat yang

tidak terhad. Salah satu daripada aplikasi Internet dalam proses pengajaran dan

pembelajaran adalah Pembelajaran Menerusi Web. Bill Gates (1999), dalam bukunya

Business @ The Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah

kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada

pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri

pelajar. Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut

kapasiti masing-masing.

Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi maklumat membolehkan

pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam pembelajaran maya dengan

menggunakan internet, melayari laman web dan sebagainya. Namun demikian, tidak

ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang

menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan

4

bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran

elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah.

Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap

penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah

UiTM adalah sekitar 30 peratus.

Adalah menjadi agenda penting untuk meluaskan literasi komputer dalam

pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat

memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah menggubal matlamat utama

pendidikan bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer.

Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi,

pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya akan

memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Satu cabaran ialah menyediakan

kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak

terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa

mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya. Cabaran masa kini dan akan

datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap

untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut.

Sejak Sekolah Bestari diperkenalkan. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

turut digiatkan di sekolah-sekolah. Banyak bahan bantu mengajar berasaskan komputer

atau CD pendidikan boleh didapati di pasaran. Akan tetapi, kebanyakannya tidak

dibangunkan dengan mengikut pendekatan-pendekatan pembelajaran dan tidak

menggunakan strategi-strategi yang sesuai seperti CD pembelajaran yang mempunyai

paparan grafik yang berwarna-warni yang kurang sesuai rekabentuknya bukan dapat

menarik minat pelajar untuk belajar tetapi membebankan penglihatan dan tumpuan

pelajar untuk belajar. Selain itu, kurangnya tenaga pembangun di kalangan pendidik

untuk membangunkan PBK ini, menyebabkan perkembangan pengajaran secara

elektronik kurang kualiti dan hasilnya.

5

Memandangkan kepada kebaikan-kebaikan yang ditawarkan oleh internet,

pembangunan laman web yang berkualiti perlu dibangunkan bagi mengatasi masalah

pengajaran tanpa batas masa, jarak dan lebih fleksibel capaiannya.

1.3 Pernyataan Masalah Memandangkan penggunaan internet begitu meluas penggunaannya sehingga

pelajar di institusi pengajian tinggi diwajibkan secara langsung atau tidak langsung

mahir menggunakannya untuk menyiapkan kertas kerja atau tugasan mereka. Pada masa

kini tiada lagi laman web yang disediakan kepada para pelajar di Fakulti Pendidikan

untuk bahasa pengaturcaraan HTML dan Javascript menerusi web. Pengajaran dan

pembelajaran subjek ini hanya belaku di dalam kelas secara ceramah dan

mendemonstrasikan langkah-langkah pengaturcaraan di hadapan pelajar menerusi LCD

projektor. Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga diberi peluang membelajari teknik-

teknik penggunaan bahasa pengaturcaraan HTML dalam kelas amali tetapi didapati

masa tidak mencukupi bagi kebanyakan pelajar. Didapati dengan hanya belajar di dalam

bilik kuliah dan kelas amali adalah tidak cukup bagi memperolehi pengetahuan tentang

bahasa pengaturcaraan. Lebih-lebih lagi bagi pelajar yang lemah dan kurang kemahiran

komputer, mereka mungkin tidak dapat mengejar rentak pemberian kuliah yang laju

oleh sesetengah pensyarah yang ingin mendedahkan maklumat yang banyak dalam

waktu kuliah.

Oleh yang demikian, penyelidik ingin membangunkan sebuah laman web bagi

Bahasa Pengaturcaraan HTML yang berasaskan pendekatan pembelajaran autentik yang

dapat membanntu pensyarah dan juga para pelajar yang mengambil subjek ini.

6

1.4 Objektif Projek Objektif kajian adalah seperti berikut: 1.4.1 Membangunkan sebuah laman web bagi Subjek SPM3122 iaitu Bahasa

Pengaturcaraan III (Bahasa Pengaturcaraan Berasaskan Web). 1.4.2 Menghasilkan laman web pendidikan yang berdasarkan pembelajaran autentik. 1.4.3 Menghasilkan laman web yang mengandungi elemen-elemen multimedia. 1.5 Kepentingan projek Pembangunan laman web ini diharap dapat membantu para pendidik yang

mengajar bahasa pengaturcaraan berasaskan web. Dengan adanya laman web ini, para

pendidik dapat menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar untuk kuliahnya. Ia

juga dapat mengatasi masalah kesuntukan masa bagi menghabiskan silibus kurikulum

subjek ini.

Para pelajar juga berpeluang menggunakan laman web ini sebagai pengukuhan

kepada pembelajaran di kelas. Mereka boleh mencuba serta membelajarinya sendiri

mengikut tahap kemampuan masing-masing. Pautan-pautan yang disediakan memberi

peluang kepada pelajar meneroka topic ini melalui dunia tanpa sempadan ini dengan

lebih luas.

1.6 Skop Projek Laman web ini dikhususkan kepada tenaga pengajar dan pelajar-pelajar tahun dua

yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek SPM 3122 iaitu Bahasa

Pengaturcaraan Berasaskan Web di UTM. Disamping itu, laman web juga terbuka