borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · orang subjek wanita yang mempunyai tekanan darah yang...

29
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERBANDINGAN ANTARA IMPLEMENTASI ‘PASSIVE HEAT’ DAN ‘RELAXATION’ TERHADAP TINDAKBALAS TUBUH BADAN (TEKANAN DARAH DAN KADAR NADI) SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya: NURHANANI HUSNA BINTI HARME_________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO. 519 JLN SERAI SETIA 2, DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN TAMAN SERAI SETIA, 09400 PADANG SERAI, KULIM, KEDAH DARUL AMAN. Tarikh : APRIL 2010 Tarikh: APRIL 2010 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERBANDINGAN ANTARA IMPLEMENTASI ‘PASSIVE HEAT’ DAN ‘RELAXATION’ TERHADAP TINDAKBALAS TUBUH BADAN (TEKANAN DARAH DAN KADAR NADI)

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya: NURHANANI HUSNA BINTI HARME_________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO. 519 JLN SERAI SETIA 2, DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN TAMAN SERAI SETIA, 09400 PADANG SERAI, KULIM, KEDAH DARUL AMAN. Tarikh : APRIL 2010 Tarikh: APRIL 2010 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“ Saya akui bahawa saya telah membaca laporan ini dan pada pandangan saya laporan

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Sains Sukan ). ”

Tandatangan : __________________________________

Nama Penyelia : DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN

Tarikh : APRIL 2010

 

 

PERBANDINGAN ANTARA IMPLEMENTASI ‘PASSIVE HEAT’ DAN

‘RELAXATION’ TERHADAP TINDAKBALAS TUBUH BADAN

(TEKANAN DARAH DAN KADAR NADI)

NURHANANI HUSNA BINTI HARME

Laporan ini dikemukakan sebahagian daripada memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

ii 

 

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ___________________________

Nama Penulis : NURHANANI HUSNA BINTI HARME

Tarikh : APRIL 2010

iii 

 

DEDIKASI

Mak dan Abah...

Tiada bicara yang bisa diungkap.. Tiada coretan yang mampu disingkap..

Kalian letaknya di aras martabat tertinggi dalam hati anakanda..

Terima kasih atas segalanya.

Keluarga yang tercinta...

Kalian adalah semangat dan telaga kasih sayang yang tidak pernah kontang..

Segala yang dicurahkan, pasti tidak ternilai dengan balasan

Teman-teman seperjuangan,

Teristimewa buat Faa,

Yang sentiasa ada di setiap saat yang sukar mahupun indah,

Yang tidak lekang memberikan inspirasi untuk terus melangkah,

Terima kasih.

Buat individu terpilih; Umi, Kak Ani, Kak Faridah,

Kak Hamisah, Ummi dan Atikah...

Terima kasih atas segalanya

Kenangan bersama kalian sememangnya amat berharga

To my ‘blackbird’..only God knows how much you’re meant to me...

Keep on ‘flying’...we got nothing to lose...have faith!

Apa jua yang diberikan

sememangnya tersemat kemas dalam memori di ingatan

Hanya Allah yang layak menilaikan kesemuanya.

Terima kasih.

iv 

 

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah saya tadahkan kerana dengan rahmat dan limpah

kurnianya dapat juga saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan memperoleh

seribu satu pengetahuan, pengalaman dan kenangan yang tidak ternilai harganya.

Jutaan penghargaan dan terima kasih saya kalungkan buat Dr. Zainal Abidin

bin Zainuddin yang sedaya upaya meluangkan masa, kudrat dan buah fikiran dalam

membantu anak didiknya melunaskan amanah yang dipertanggungjawabkan. Tidak

dilupakan Dr. Halijah dan En. Shahrul yang sudi melapangkan diri untuk berkongsi

dan berdiskusi ilmu pengetahuan dan idea dari pengalaman-pengalaman kalian.

Buat teman-teman seperjuangan, kalian adalah anugerah silaturrahim yang

tinggi martabatnya, tidak terucap dengan perkataan. Setiap saat yang dikongsi begitu

berharga untuk disia-siakan. Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal atas

pengorbanan yang kalian curahkan. Tidak juga dilupakan buat individu dan semua

pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Tanpa kalian

semua, tidak mungkin merasakan apa itu kemanisan dan kepahitan dalam erti

‘kehidupan’. Terima kasih.

 

ABSTRAK

Tekanan darah tinggi merupakan sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa

dan rata-rata penghidap penyakit ini adalah individu yang kurang memperuntukkan

masa untuk menjalani gaya hidup sihat seperti bersenam dan mengawal pemakanan.

Namun begitu, penyakit ini boleh dikesan dan boleh dikawal dengan mengubah gaya

hidup dan rawatan. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji kesan

implementasi passive heat dan relaxation yang berbentuk terapi menggunakan sauna

dan aromaterapi terhadap penurunan tekanan darah dan kadar nadi. Seramai enam

orang subjek wanita yang mempunyai tekanan darah yang tergolong dalam

kumpulan prehypertension dan hypertension (Stage 1) dan tidak pernah mengambil

sebarang ubat darah tinggi dipilih untuk menjalani terapi ini. Tiga jenis terapi yang

dijalankan adalah T1 iaitu terapi sauna yang digabungkan bersama aromaterapi, T2

yang memfokuskan kepada terapi sauna, dan T3 yang hanya memfokuskan kepada

aromaterapi. Setiap subjek hanya terlibat dalam satu jenis terapi sahaja yang

ditentukan secara rawak mudah. Terapi yang dilakukan melibatkan enam set terapi,

iaitu tiga kali seminggu selama dua minggu berturut-turut, selama 30 minit untuk

setiap sesi terapi. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Microsoft

Excel 2007 dan juga Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0. Hasil

kajian mendapati bahawa berlaku penurunan tekanan darah dan kadar nadi bagi

ketiga-tiga jenis kumpulan terapi. T1 menunjukkan penurunan yang paling tinggi

untuk ketiga-tiga parameter yang diukur, diikuti dengan T3 dan seterusnya T2.

Walau bagaimanapun, hanya satu parameter yang menunjukkan perbezaan yang

signifikan secara statistik. Hasil analisis ujian One-Way ANOVA menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan terapi bagi tekanan

sistolik dengan pada aras keertian p ≤ 0.05. Tiada perbezaan yang signifikan

direkodkan bagi kadar nadi dan tekanan diastolik. Kesimpulannya, sauna dan

aromaterapi boleh digunakan sebagai rawatan alternatif untuk mengawal tekanan

vi 

 

darah dan kadar nadi bagi individu yang mempunyai tekanan darah di peringkat

prehypertension dan hypertension (Stage 1). Walau bagaimanapun aspek keperluan

gaya hidup sihat seperti pengambilan diet seimbang, amalan cara hidup yang aktif

dan melakukan aktiviti fizikal dan senaman masih perlu diamalkan.

vii 

 

ABSTRACT High blood pressure has been known as one of the disease that can jeopardize lives

and most of the patients are individuals who spend less of their time on living a

healthy life such as involved with physical exercise and have dietary control.

However, this disease can be recognized and controlled by altering lifestyle and by

treatment. The purpose of this research is to investigate the differences of the

implementation of passive heat and relaxation in the form of therapy which consist

of sauna and aromatherapy in lowering blood pressure and pulse. Six female

subjects categorized as prehypertension and hypertension (Stage 1) and does not

take any medicine or diuretics related to high blood pressure were chosen. The three

therapies are T1 which is the combination of sauna therapy and aromatherapy, T2

which focusing only on sauna therapy, and T3 which focusing on aromatherapy.

Each subject involved only in one therapy which are randomly chosen. The process

of the therapy consists of six sets of therapy session, which are three times in a

week, in two weeks in a row, with 30 minutes duration for each session. The

collected data were analyzed using Microsoft Excel 2007 and Statistical Package

For Social Science (SPSS) 13.0. The research acknowledged that all these three

group of therapies had lowered the systolic blood pressure, diastolic blood pressure

and pulse. T1 showed the greatest changes, followed by T3 and last but not least,

T2. However, only one parameter showed that the difference was statistically

significant. Results from One-Way ANOVA analysis indicated there was a

significant difference in systolic blood pressure between the three therapies with the

significant level, p ≤ 0.05. However, no significant differences in diastolic blood

pressure and pulse were recorded. In conclusion, sauna and aromatherapy can be

engaged as an alternative treatment in lowering and controlling the blood pressure

and pulse for individual with prehypertension and hypertension (Stage 1). However

the necessity of a healthy lifestyle such as balance diet, implementing active

lifestyles and regular physical workout and exercises need to be applied.

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Sauna 1

1.1.2 Aromaterapi 2

1.1.3 Tekanan Darah dan

Kadar Nadi 3

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Hipotesis Kajian 7

ix

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Limitasi Kajian 9

1.8 Definisi Operasi 9

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kajian Berkaitan 12

2.2.1 Sauna 12

2.2.1.1 Sauna Far Infrared Ray (FIR) 13

2.2.2 Aromaterapi 15

2.2.2.1 Penyerapan Essential Oil 17

2.2.2.2 Kaedah Sedutan (Inhalation) 19

2.2.2.3 Penyedutan Aroma 20

2.2.3 Tekanan Darah 22

2.3 Kesimpulan 23

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Kaedah Penyelidikan 25

3.3 Rekabentuk Kajian 27

3.4 Lokasi Kajian 31

3.5 Subjek 31

3.6 Pembolehubah Kajian 32

3.6.1 Pembolehubah Bersandar 32

3.6.2 Pembolehubah Tidak Bersandar 32

3.7 Instrumen Kajian 32

3.7.1 Portable Intelligent Dry Heat Sauna

x

With Far Infrared Ray (FIR) 32

3.7.2 Aroma Jar Oil Burner 33

3.7.3 Essential Oil (Lavender) 33

3.7.4 Digital Blood Pressure Monitor Model UA-702) 33

3.8 Prosedur Kajian 33

3.8.1 Surat Perlantikan 34

3.8.2 Surat Perjanjian 34

3.8.3 Taklimat Kajian 34

3.8.4 Pemakaian Subjek 34

3.8.5 Komponen Peralatan Ujian

3.8.5.1 Portable Intelligent Dry Heat Sauna

With Far Infrared Ray (FIR) 35

3.8.5.2 Digital Blood Pressure Monitor

Model UA-702 35

3.8.6 Protokol Ujian 36

3.8.7 Prosedur Terapi

3.8.7.1 Terapi Sauna+Aromaterapi 39

3.8.7.2 Terapi Sauna 40

3.8.7.3 Aromaterapi 41

3.9 Kajian Rintis 42

3.10 Pentadbiran Kajian 43

3.11 Proses Pengumpulan Data 44

3.12 Analisis Data 44

3.13 Penutup 45

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 46

4.2 Analisis Deskriptif

xi

4.2.1 Maklumat Subjek 47

4.2.2 Data Sebelum dan Selepas

Berlangsungnya Sesi Terapi 48

4.2.3 Analisis Data Mengikut Kumpulan Terapi 52

4.3 Analisis Inferensi SPSS

(One-Way Anova) 55

4.3.1 Parameter 1 : Tekanan Sistolik 55

4.3.2 Parameter 2 : Tekanan Diastolik 57

4.3.3 Parameter 3 : Kadar Nadi 57

4.4 Penutup 58

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Perbincangan 60

5.2.1 Hipotesis 1 60

5.2.1.1 Tekanan Sistolik 61

5.2.2 Hipotesis 2 60

5.2.2.1 Tekanan Diastolik 64

5.2.3 Hipotesis 3 60

5.2.3.1 Kadar Nadi 64

5.3 Rumusan 67

5.4 Cadangan 67

5.4.1 Persampelan 68

5.4.2 Tempat Pengujian 68

5.4.3 Masa Terapi 69

5.5 Penutup 69

xii

RUJUKAN 70

LAMPIRAN (A – G) 74 - 82

viii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kategori Tekanan Darah 22

3.1 Komponen-komponen dalam

Portable Intelligent Dry Heat Sauna

with Far Infrared Ray (FIR) 33

3.2 Komponen-komponen Digital Blood Pressure

Monitor Model UA-702 34

3.3 Prosedur Menggunakan Portable Intelligent Dry

Heat Sauna with Far Infrared Ray (FIR) 34

3.4 Prosedur Menggunakan Digital Blood Pressure

Monitor Model UA-702 35

3.5 Prosedur Terapi Sauna 37

3.6 Prosedur Aromaterapi 38

3.7 Prosedur Sauna + Aromaterapi 39

4.1 Maklumat Peribadi, Kumpulan Terapi serta

Klasifikasi Kumpulan Hypertension Subjek 45

4.2 Data Pre dan Pos serta Perubahan yang

Berlaku terhadap Tekanan Sistolik, Tekanan

Diastolik dan Kadar Nadi Mengikut Subjek

dalam Kumpulan Terapi 46

4.3 Data Purata Perubahan Tekanan Sistolik,

Tekanan Diastolik dan Kadar Nadi Mengikut

Kumpulan Terapi 47

ix

4.4 Data Deskriptif bagi Tekanan Sistolik 53

4.5 Data One-Way ANOVA bagi Tekanan Sistolik 53

4.6 Ujian Post Hoc – Tukey bagi Tekanan Sistolik 54

4.7 Homogeneous Subsets 54

4.8 Data One-Way ANOVA bagi Tekanan Diastolik 55

4.9 Data One-Way ANOVA bagi Kadar Nadi 55

xiv

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Rekabentuk Kajian secara Keseluruhan 26

3.2 Rekabentuk Kajian untuk Sesi Sauna+Aromaterapi 27

3.3 Rekabentuk Kajian untuk Sesi Sauna 27

3.4 Rekabentuk Kajian untuk Sesi Aromaterapi 28

4.1 Perubahan Tekanan Sistolik, Tekanan Diastolik

dan Kadar Nadi Mengikut Subjek 48

4.2 Purata Perubahan Tekanan Sistolik, Tekanan Diastolik

dan Kadar Nadi Mengikut Kumpulan Terapi 49

4.3 Graf Pre dan Pos serta Graf Purata Tekanan

Sistolik/Diastolik dan Kadar Nadi bagi Subjek A

dan Subjek B bagi Kumpulan Terapi T1 50

4.4 Graf Pre dan Pos serta Graf Purata Tekanan

Sistolik/Diastolik dan Kadar Nadi bagi Subjek C

dan Subjek D bagi Kumpulan Terapi T2 51

4.5 Graf Pre dan Pos serta Graf Purata Tekanan

Sistolik/Diastolik dan Kadar Nadi bagi Subjek E

dan Subjek F bagi Kumpulan Terapi T3 52

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Permohonan untuk Melakukan Tinjauan

Pengunjung Pusat Kesihatan 69

B Surat Kebenaran Menggunakan Bilik Rehabilitasi

dan Bilik Terapi Sukan 71

C Surat Kebenaran Berada di Bangunan Fakulti

Pendidikan Selepas Waktu Pejabat 73

D Surat Perlantikan Sebagai Subjek Projek Sarjana Muda 74

E Surat Perjanjian Subjek 75

F Butir-butir Subjek 76

G Borang Skor 77

1

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Hipertensi (hypertension) atau lebih sinonim lagi dikenali sebagai tekanan

darah tinggi merupakan “pembunuh senyap” kerana menyerang tidak mengira usia

dan jantina dan tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal namun

menyebabkan bilangan kematian yang tinggi bukan sahaja di kalangan penduduk

negara ini malah di seluruh dunia. Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian

biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. 20% dari orang dewasa di seluruh

dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Darah

tinggi adalah penyebab utama penyakit serangan jantung (heart attack) lemah

jantung (heart failure), kegagalan buah pinggang dan buta. Terdapat beberapa

kategori dalam tekanan darah yang boleh dikelaskan sama ada berada dalam

keadaan yang normal, sederhana mahupun kritikal.

1.1.1 Sauna

Passive heat yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah merupakan satu

teknik atau kaedah yang diaplikasikan terhadap tubuh badan manusia yang

menggunakan haba yang bersuhu lebih tinggi. Ia berfungsi merangsang berlakunya

vasodilate (pengembangan salur darah) seterusnya membantu melancarkan proses

yang berlaku dalam peredaran darah. Terapi menggunakan passive heat

sememangnya terdiri daripada pelbagai jenis contohnya seperti.rawatan heat packs,

ultrasound, infrared, moist heat therapy dan sebagainya. Tidak terkecuali juga sauna

yang merupakan salah satu terapi yang dikelaskan dalam passive heat ini. Perkataan

2

‘sauna’ ini berasal daripada perkataan dari bahasa Scandinavia dan ia merupakan

bentuk terapi haba yang telah digunakan sejak zaman purba dan telah digunakan

dalam banyak budaya di serata dunia. Sauna begitu popular di negara-negara

beriklim sejuk dan Finland merupakan negara yang paling sinonim dengan

penggunaan sauna. Untuk beberapa dekad yang lepas, sauna juga telah dipraktikkan

dengan meluas di negara-negara Eropah. Kini konsep sauna telah mengalami

perubahan mengikut pemodenan teknologi serta sesuai dengan kehendak semasa dan

penggunaan ruang dapat diminimumkan (Braun & Simonson, 2008).

Penggunaan sauna yang pelbagai sebagai salah satu terapi holistik telah

dibuktikan keberkesanannya terhadap kesihatan oleh kajian-kajian terdahulu yang

telah dilaksanakan dan antara kesan-kesan positif yang dikenalpasti adalah kesan

terhadap sistem pertahanan badan, melancarkan peredaran darah, memperbaiki

sistem integumentari dan dapat mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui

proses detoksifikasi.

1.1.2 Aromaterapi

Relaxation therapy merupakan suatu proses yang tertumpu kepada

penggunaan gabungan antara pernafasan dan muscle relaxation untuk menghadapi

atau menguruskan tekanan. Pelbagai teknik boleh dipraktikkan untuk mengawal

tekanan fizikal dan juga emosi. Antara teknik-tekniknya adalah seperti deep

breathing, progressive muscle relaxatin, meditasi, visualisasi, terapi muzik, yoga dan

sebagainya. Aromaterapi juga merupakan salah satu terapi yang tergolong dalam

relaxation therapy ini dan dalam aromaterapi itu sendiri, terdapat pelbagai teknik

yang berbeza yang boleh dipraktikkan mengikut kesesuaian keadaan dan kehendak.

Aromaterapi telah lama dipraktikkan sejak 6000 tahun yang lalu dan telah

dipercayai telah digunakan oleh hampir seluruh peradaban dunia di zaman purba.

Terapi ini dipraktikkan dengan pelbagai cara seperti urutan, mandian, sedutan dan

sebagainya serta telah dibuktikan dapat memberikan kesan secara fisiologi dan

psikologi terhadap individu. Setiap essential oil yang digunakan dalam aromaterapi

mempunyai komponen kimianya yang tersendiri. Antara kesan-kesan yang biasanya

3

mendatangkan kebaikan terhadap tubuh badan manusia termasuklah menenangkan

(bersifat sedatif), merangsang, menyembuhkan luka, mengimbangkan hormon atau

sebagai diuretik.

1.1.3 Tekanan Darah dan Kadar Nadi

Tekanan darah dan kadar nadi merupakan elemen yang penting dalam sistem

kardiovaskular manusia. Tekanan darah boleh berubah-ubah bergantung kepada tiga

komponen ini iaitu kadar nadi, isipadu darah yang dapat dipam oleh jantung untuk

setiap degupan (stroke volume) dan rintangan periferi (peripheral resistance) yang

merujuk kepada luas atau sempit salur darah tersebut (Hongratanaworakit et al.,

2003)

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Kira-kira 90% pesakit darah tinggi tidak mempunyai penyebab yang khusus

dan hal ini digelar Essential atau Primanory Hypertension. Faktor seperti tabiat

pemakanan, aktiviti fizikal dan keadaan persekitaran mempunyai perkaitan yang

meluas dengan penyakit ini.

Namun begitu, kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak

tahu mengenainya. Ini disebabkan kurangnya kesedaran untuk melakukan

pemeriksaan tekanan darah yang berkala dan tidak mengamalkan cara hidup yang

sihat seperti malas bersenam dan enggan mengawal pemakanan. Pesakit yang

menghidap tekanan darah tinggi sebenarnya mempunyai risiko yang lebih besar

untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis

organ tertentu dalam badan.

Ramai yang tidak sedar bahawa langkah pencegahan di peringkat awal perlu

diambil untuk mengelakkannya menjadi lebih parah. Pencegahan darah tinggi adalah

amat penting disebabkan kerosakan organ boleh bermula apabila tekanan darah

melebihi 120/80 mm Hg dan sebelum dapat dikesan oleh doktor. Pencegahan juga

merupakan cara yang terbaik untuk mengelak komplikasi boleh mengelakkan

daripada keperluan menggunakan ubat kelak. Kaedah rawatan konvensional atau

perubatan moden untuk penghidap darah tinggi menawarkan pelbagai jenis ubat-

ubatan seperti diuretic, alpha-blocker, beta-blocker, angiotensin converting enzyme

(ACE) inhibitors dan sebagainya. Akan tetapi, kaedah ini dijangkakan seperti akan

menjadikan penghidap ini terlalu bergantung dengan ubat-ubatan dan mungkin

memberikan kesan sampingan yang lain pada masa akan datang.

Maka, langkah awal perlu diambil bagi mengawal tekanan darah agar tidak

melebihi paras 140/90 mm Hg. Salah satu rawatan atau terapi yang dilihat dapat

membuahkan hasil adalah dari terapi alternatif yang menawarkan pelbagai cara dan

kaedah bukan sahaja untuk mengawal tekanan darah malah menjadikan tubuh badan

5

seimbang dari pelbagai aspek. Terapi jenis ini juga mampu merawat dari dalam

secara menyeluruh dan telah terbukti tidak mempunyai kesan sampingan yang

membahayakan kesihatan berbanding dengan perubatan konvensional yang

bergantung dengan mengambilan dadah sebagai penawar.

Terapi holistik atau terapi alternatif yang dilakukan secara semulajadi

memperkenalkan pelbagai kaedah boleh dipraktikkan agar mendapat kesan

terapeutik yang lebih maksimum. Jadi, ada terapi yang digabungkan bersama-sama

contohnya seperti kaedah urutan badan yang digabungkan dengan aroma dari

minyak-minyak haruman bunga, sauna yang kemudiannya disertai dengan mandian

sejuk (cold bath) dan sebagainya mengikut keselesaan individu.

Di sebalik kelebihan yang boleh diperolehi melalui sauna, secara realitinya

lokasi-lokasi bersauna, rata-ratanya hanya terdapat di tempat-tempat eksklusif seperti

di resort, hotel, spa dan juga di kelab-kelab rekreasi (Braun & Simonson, 2008).

Majoriti para pengunjung sauna merupakan pula individu-individu dari golongan elit

yang mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi. Jadi keistimewaan yang ada pada

sauna ini tidak dipraktikkan secara menyeluruh oleh segenap lapisan masyarakat.

Masih terdapat ramai individu yang tidak menyedari bahawa dengan bersauna

mampu memberikan kesan yang positif terhadap individu yang mempunyai masalah

kesihatan. Terdapat pelbagai jenis portable sauna yang mudah alih telah diubahsuai

supaya dapat digunakan di rumah atau di mana sahaja.

Jadi, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti perbezaan terhadap tekanan

darah dan kadar nadi yang mungkin wujud selepas melakukan terapi sauna,

aromaterapi dan juga terapi sauna yang digabungkan bersama aromaterapi.

6

1.3 Pernyataan Masalah

Belum ada kajian yang spesifik menunjukkan perbezaan kesan terhadap

tekanan darah dan kadar nadi apabila sauna digabungkan bersama aromaterapi. Akan

tetapi, Jonathan V. Wright yang merupakan seorang doktor perubatan, dalam

artikelnya telah menyarankan agar sauna digabungkan bersama nitrik oksida

memandangkan secara teorinya nitrik oksida sememangnya merangsang vasodilation

dan mengurangkan tekanan darah, sama seperti kajian yang menyarankan agar

aromaterapi juga diterapkan dalam sesi sauna.

Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji benarkah

gabungan terapi ini dapat memaksimumkan penurunan kadar nadi dan tekanan darah

seterusnya memaksimumkan kesan terapeutik terhadap individu tersebut. Kajian ini

juga menjurus kepada mengenalpasti perbezaan terhadap tekanan darah dan kadar

nadi yang mungkin wujud selepas melakukan aromaterapi, terapi sauna dan juga

terapi sauna yang digabungkan bersama aromaterapi.

Sebenarnya, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaji kerana proses ini

melibatkan perubahan fisiologi tubuh badan manusia. Namun, pengkaji

menumpukan kepada usaha untuk mengembalikan tekanan darah yang tinggi ke

paras yang menghampiri normal. Pengkaji juga ingin mengetahui adakah

aromaterapi yang digabungkan bersama sauna ini dapat memberikan kesan terapeutik

yang lebih bermakna dalam membantu menurunkan tekanan darah dan kadar nadi.

1.4 Objektif Kajian

Berikut merupakan objektif untuk kajian ini :

1.4.1 Mengenalpasti perubahan yang berlaku terhadap tekanan darah sistolik

setelah melakukan terapi sauna+aromaterapi, terapi sauna dan aromaterapi.

7

1.4.2 Mengenalpasti perubahan yang berlaku terhadap tekanan darah diastolik

setelah melakukan terapi sauna+aromaterapi, terapi sauna dan aromaterapi.

1.4.3 Mengenalpasti perubahan yang berlaku terhadap kadar nadi setelah

melakukan terapi sauna+aromaterapi, terapi sauna dan aromaterapi.

1.4.4 Mengkaji perbezaan terhadap tekanan darah dan kadar nadi antara

sauna+aromaterapi, terapi sauna dan aromaterapi.

1.5 Hipotesis Kajian

1.5.1 Hipotesis Nol

Ho1 Tidak terdapat perbezaan kesan terhadap tekanan darah sistolik

antara terapi sauna+aromaterapi, terapi sauna dan aromaterapi.

Ho2 Tidak terdapat perbezaan kesan terhadap tekanan darah diastolik

antara terapi sauna+aromaterapi, terapi sauna dan aromaterapi.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan kesan terhadap kadar nadi antara terapi

sauna+aromaterapi, terapi sauna dan aromaterapi.

1.5.2 Hipotesis Alternatif

Ha1 Terdapat perbezaan kesan terhadap tekanan darah sistolik antara

terapi sauna+aromaterapi, terapi sauna dan aromaterapi.

Ha2 Terdapat perbezaan kesan terhadap tekanan darah diastolik antara

terapi sauna+aromaterapi, terapi sauna dan aromaterapi.

8

Ha3 Terdapat perbezaan kesan terhadap kadar nadi antara terapi

sauna+aromaterapi, terapi sauna dan aromaterapi.

1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan atas beberapa sebab :

1.6.1 Memberikan pengetahuan tentang salah satu kaedah terapi holistik atau terapi

alternatif yang mendatangkan kesan yang positif dalam aspek kesihatan.

1.6.1 Membantu golongan yang mungkin berpotensi menghidap hipertensi dengan

memperkenalkan langkah pencegahan awal.

1.6.2 Memperkenalkan sauna dan aromaterapi sebagai satu langkah alternatif yang

boleh digunakan sekiranya mempunyai kekangan yang tidak dapat dielakkan

untuk bersenam.

1.6.3 Kajian ini mungkin dapat dijadikan titik tolak untuk pelaksanaan kajian

seterusnya yang mungkin melibatkan lebih banyak gabungan terapi yang

dapat memberikan kesan terapeutik yang lebih baik.

1.6.4 Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan dan kesedaran terhadap

masyarakat tentang terapi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan

seharian. Ia tidak memerlukan kos yang begitu tinggi serta dapat dilakukan

sendiri di rumah, seterusnya dapat memberikan kebaikan dari sudut fizikal,

mental, emosi dan spiritual.

9

1.7 Limitasi kajian 1.7.1 Gabungan terapi yang digunakan hanyalah tertumpu kepada dua jenis, iaitu

sauna dan aromaterapi.

1.7.2 Hanya terdapat satu portable-sauna yang dapat disediakan untuk

menjalankan kajian terhadap subjek.

1.7.3 Kajian ini hanya tertumpu kepada subjek yang mempunyai tekanan darah

yang lebih tinggi daripada normal, iaitu melebihi 120/80 mmHg dan kurang

daripada 170/120 mmHg.

1.8 Definisi Operasi

Dalam penulisan ini, terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi

memudahkan pembaca memahami istilah dalam penyelidikan ini sebagai rujukan.

Berikut merupakan beberapa istilah yang digunakan:

1.8.1 Terapi

Terapi atau rawatan merupakan usaha atau langkah yang diambil kepada

penyembuhan untuk masalah kesihatan, yang selalunya disertai dengan

diagnosis.

1.8.2 T1

Istilah ringkas yang digunakan sepanjang penulisan kajian ini yang mewakili

jenis terapi yang pertama yang merupakan terapi gabungan iaitu

sauna+aromaterapi.

10

1.8.3 T2

Istilah ringkas yang digunakan sepanjang penulisan kajian ini yang mewakili

jenis terapi yang kedua iaitu terapi sauna.

1.8.4 T3

Istilah ringkas yang digunakan sepajang penulisan kajian ini yang mewakili

jenis terapi yang ketiga iaitu aromaterapi.

1.8.5 Kesan terapeutik

Kesan terapeutik merupakan kesinambungan daripada terapi khusus yang

yang dapat menganggarkan dan mengenalpasti keperluannya dan

keberkesanan sesuatu terapi yang telah dijalankan.

1.8.6 Aromaterapi

Rawatan yang menggunakan minyak daripada tumbuh-tumbuhan. Minyak

daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan ini dapat digunakan untuk mengurangkan

gangguan fizikal dan fisiologikal, selalunya melalui urutan dan penyedutan

(tarik nafas).

1.8.7 Essential oil

Minyak asas yang tidak berwarna, kekuningan atau hijau-kekuningan yang

mempunyai aroma yang manis dan rasa yang pahit, dihasilkan daripada

penyulingan bunga-bungaan segar daripada pelbagai spesis.

1.8.8 Tekanan darah sistolik

Merupakan tekanan yang mengukur daya yang dihasilkan oleh pengecutan

ventrikal dan dibantu oleh tekanan arteriol (diukur selepas jantung

mengecut).

11

1.8.9 Tekanan darah diastolik

Merupakan tekanan yang mengukur tekanan yang tinggal dalam sistem arteri

apabila ventrikal mengembang, atau dalam keadaan rehat dan dipenuhi oleh

darah (diukur sebelum jantung mengecut).

1.8.10 Kadar kadar nadi / denyutan jantung

Bilangan kekerapan jantung berdegup per unit masa, selalunya dalam unit

minit.