borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · khas untuk abah dan ma tercinta, mat razali bin ajid...

21
PSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN. SESI PENGAJIAN : 2004/2005 SITI AIDA BINTI MAT RAZALI (HURUF BESAR) Saya : Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Fal safah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI Nama Penyelia (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: NO 324 LOT 319 BATU 7 3/4 , KG. SALOR, 15100, KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh : __21 OKTOBER 2004

Upload: ngodan

Post on 04-May-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN.

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

SITI AIDA BINTI MAT RAZALI

(HURUF BESAR)

Saya :

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Nama Penyelia

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: NO 324 LOT 319 BATU 7 3/4 , KG. SALOR, 15100, KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh : __21 OKTOBER 2004

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains )”

Tandatangan : …………………………..

Nama Penyelia : PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD

ZANZALI

Tarikh : OKTOBER 2004

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM

MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KOTA BHARU,

KELANTAN.

SITI AIDA BINTI MAT RAZALI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………

Nama Penulis : SITI AIDA BINTI MAT RAZALI

Tarikh : OKTOBER 2004

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

iv

DEDIKASI

Segala puji dan hanya untuk-Mu,

Tuhan yang mentadbir seluruh alam,

Yang mengatur segala kehidupan.

Yang disanjungi,

Khas untuk abah dan ma tercinta,

Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris,

Yang sentiasa berkorban untuk anak-anaknya,

Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbananmu,

Doa dan harapanmu tidak kan ku persiakan.

Yang dikasihi,

Kekanda-kekanda dan adinda-adinda ku sayang,

Siti Noor, Mohd. Azhan, Suziana, Saadah,

Suraya, Siti Hasiah, Mohd. Hafiz dan Mohd. Afnan,

Pengorbananmu akan ku abadikan buat selamanya

Dan tidak lupa kepada anak saudaraku yang disayangi,

Nur Zulaikha, Nurul Ain Syafika, Mohd Firdaus Amani,

Mohd Amin Nazrin dan Nur Insyirah Uzma.

Buat teman-teman seperjuangan,

Terima kasih di atas segala bantuan yang dihulurkan,

Semoga Allah membalasnya dan memberkati kalian,

Semoga berjaya mencapai cita-cita.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

v

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah

S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya akhirnya projek

sarjana muda ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Noor Azlan bin

Ahmad Zanzali di atas bimbingan dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh

projek sarjana muda ini dilaksanakan. Ribuan terima kasih juga kepada pihak sekolah

termasuk pengetua serta guru-guru, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Unit

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia di atas

kerjasama yang diberikan untuk menyiapkan projek ini.

Istimewa buat ma dan abah, kakak-kakak, abang dan adik-adik yang tersayang,

terima kasih atas segala pengorbanan yang telah diberikan. Ribuan terima kasih juga

buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam menyelesaikan projek

sarjana muda ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan projek ini.

Wassalam.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

vi

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran sains di

daerah Kota Bharu, Kelantan. Faktor yang dikaji dalam kajian ini adalah faktor

minat, guru, kaedah pembelajaran dan rakan sebaya. Kaedah yang digunakan

dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik.

Kajian ini melibatkan 120 orang responden. Data-data yang diperolehi dikumpul

dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for

Social Science) for Windows versi 10.0 untuk mendapatkan kekerapan dan

peratusan bagi menjawab setiap persoalan yang dikemukakan dalam kajian.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan guru adalah faktor utama yang

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains diikuti kaedah

pembelajaran, rakan sebaya dan faktor yang paling kurang mempengaruhi

pencapaian pelajar ialah faktor minat. Akhir sekali cadangan dikemukakan untuk

meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran sains.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

vii

ABSTRACT

The main purpose of this research is to survey factors that influence students’

grade in science subject for Form 4 students the district of Kota Bharu, Kelantan. The

four main factors statical are student’s interest, teachers’ teaching approach, learning

style and also peers’ influence. A survey method was used in the study. A total of 120

respondents participated in this research. Data collected were analyzed using SPSS

(Statistical Package for Social Science) for Windows versi 10.0 to obtain the

frequencies and percentages in order to answer the research questions. From this study,

it was concluded that the main factor contributing to grade of students in science subject

is the teacher’s teaching approach following by learning style, peers’ influence and the

lower factor that influence students is their interest. Suggestions were made to improve

students grades in science.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN TESIS i

PENGAKUAN PENYELIA ii

PENGAKUAN PENULIS iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

ix

1.7 Skop dan Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Faktor 7

1.8.2 Mempengaruhi 8

1.8.3 Pencapaian 8

1.8.4 Pelajar 8

1.8.5 Mata Pelajaran Sains 8

1.9 Kesimpulan 9

BAB II SOROTAN PENULISAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi

Pencapaian Pelajar 12

2.2.1 Faktor Minat 12

2.2.2 Faktor Guru 13

2.2.3 Faktor Kaedah Pembelajaran 15

2.2.4 Faktor Rakan Sebaya 16

2.3 Kesimpulan 17

BAB III METODOLOGI KAJIAN 18

3.1 Pengenalan 18

3.2 Reka Bentuk Kajian 18

3.3 Instrumen Kajian 19

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 20

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

x

3.5 Kajian Rintis 21

3.6 Tatacara Kajian 21

3.7 Analisis Data 22

3.8 Kesimpulan 22

BAB IV ANALISIS DATA 24

4.1 Pengenalan 23

4.2 Profail Responden 24

4.3 Analisis Demograf Responden 25

4.3.1 Jantina Responden 25

4.3.2 Bangsa Responden 26

4.3.3 Keputusan Peperiksaan Penilaian 26

Menengah Rendah (PMR)

4.3.4 Keputusan Peperiksaan Pertengahan 27

Tahun Tingkatan 4

4.4 Analisis Faktor Minat 28

4.5 Analisis Faktor Guru 31

4.6 Analisis Faktor Kaedah Pembelajaran 34

4.7 Analisis Faktor Rakan Sebaya 37

4.8 Peratusan Keseluruhan Persoalan Kajian 40

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 41

CADANGAN

5.1 Pengenalan 41

5.2 Ringkasan Kajian 42

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

xi

5.3 Perbincangan 42

5.3.1 Faktor minat terhadap sains 43

mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran sains tingkatan

empat.

5.3.2 Faktor guru mempengaruhi pencapaian 44

pelajar dalam mata pelajaran sains

tingkatan empat.

5.3.3 Faktor kaedah pembelajaran pelajar 45

mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran sains tingkatan

empat.

5.3.4 Faktor rakan sebaya mempengaruhi 46

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

sains tingkatan empat.

5.3.5 Kesimpulan Kajian 47

5.4 Cadangan Kajian 47

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 48

5.6 Penutup 49

RUJUKAN 50

SENARAI LAMPIRAN

Soal Selidik 54

Surat Kebenaran Menjalankan Tugas 61

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan item bagi setiap aspek kajian 19

3.2 Senarai lima peringkat skala Likert 20

4.1 Jadual pengembalian borang soal selidik 24

4.2 Taburan jantina responden 25

4.3 Taburan bangsa responden 26

4.4 Taburan keputusan peperiksaan Penilaian 26

Menengah Rendah (PMR) tahun 2003

responden

4.5 Taburan keputusan peperiksaan pertengahan 27

tahun 2004

4.6 Taburan analisis faktor minat 28

4.7 Taburan analisis faktor guru 31

4.8 Taburan analisis faktor kaedah pembelajaran 34

4.9 Taburan analisis faktor rakan sebaya 37

4.10 Taburan peratusan keseluruhan persoalan 40

kajian

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

SPSS - Statistical Package for Social Science

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik 54

B Surat Kebenaran Kementerian 61

Pendidikan Malaysia

C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan 63

Kelantan Darul Naim

D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 64

Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada tahun 1989, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah telah dilaksanakan

secara berperingkat untuk menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Menengah yang

dianggap tidak sesuai lagi untuk digunakan. Berikutan dari perkembangan itu,

kurikulum sains turut berubah ianya dijadikan mata pelajaran teras bagi peringkat

sekolah menengah dan sekolah rendah. KBSM dibina khusus untuk melahirkan warga

negara yang mempunyai pengetahuan asas (sains dan matematik) dan kemahiran

saintifik yang secukupnya. Secara khusus matlamat sains dan matematik KBSM adalah

untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan matematik,

mengembangkan daya pemikiran saintifik serta memupuk nilai murni, memahami dan

menghargai sains dan matematik seterusnya menggunakannya dalam kehidupan seharian

untuk pembangunan negara.

Sains ialah mata pelajaran yang menjadi wadah untuk menjana individu yang

berketrampilan dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab dalam mengurus alam dan

sumbernya demi kesejahteraan manusia dan keharmonian alam (Lee, 1994). Sains

diperkenalkan sebagai satu bidang keilmuan hasil usaha manusia untuk memperolehi

kefahaman tentang peraturan dan hukum alam. Tumpuan diberikan kepada penguasaan

ilmu pengetahuan, kemahiran pemikiran saintifik serta penerapan nilai-nilai murni yang

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

2

dapat menyumbang ke arah menimbulkan kesedaran akan peranan dan tanggungjawab

seseorang individu dalam arus pembangunan dan pemodenan negara. Aplikasi sains

melalui teknologi dan pelbagai aktiviti kehidupan dalam bidang pertanian,

pengangkutan, perubatan, perindustrian dan komunikasi juga akan didedahkan untuk

menimbulkan kesedaran terhadap sumbangan sains dan teknologi dalam

mempertingkatkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia. Oleh itu dapat kita

lihat di sini kepentingan mata pelajaran sains pada peringkat menengah rendah dan juga

menengah atas.

1.2 Latar belakang Masalah

Kepentingan mata pelajaran sains terhadap kemajuan teknologi masa kini

memang tidak dapat dinafikan. Ini dapat dilihat menerusi penggunaan teknologi canggih

di dalam segala bidang. Oleh itu, pengetahuan dan pembangunan terhadap sains di

kalangan pelajar amat perlu di ambil perhatian agar negara terus mempunyai ahli-ahli

saintis dan teknologis yang berdaya maju di masa hadapan.

Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains majoritinya adalah rendah.

Keadaan ini membimbangkan banyak pihak. Oleh itu berbagai usaha telah dirancang

dan dilaksanakan termasuk penggubalan dan penerapan KBSM dan KBSR bagi mata

pelajaran sains.

Keadaan kemerosotan bilangan pelajar dalam memilih efektif sains adalah

disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar (Cheah, 1985). Kemerosotan ini

mempunyai kaitan dengan pihak pengurusan sekolah yang tidak mengambil berat akan

kepentingan pengajaran sains dalam kehidupan ataupun tidak mempunyai latar belakang

pendidikan sains. Kebanyakkan pelajar menganggap mata pelajaran sains adalah satu

mata pelajaran yang sukar dan terlalu kompleks untuk difahami. Fenomena ini perlu

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

3

dikikis supaya tanggapan negatif terhadap mata pelajaran sains tidak memberi kesan

yang buruk kepada sistem pendidikan negara.

Penguasaan konsep-konsep asas sains amat penting bagi pelajar sebelum mereka

mengambil mata pelajaran sains di peringkat sekolah menengah dan seterusnya di

institusi-institusi pengajian tinggi. Pelajar sepatutnya terlebih dahulu perlu memahami

semua konsep baru yang dipelajari. Tindakan ini juga dapat mengelakkan pelajar

menghadapi kesukaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains. Maka pelajar

seharusnya diberi pendedahan yang meluas berkenaan dengan sains.

Pelajar merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan sesuatu

pembelajaran. Pada lazimnya kejayaan seseorang pelajar dinilai pada pencapaian mereka

dalam peperiksaan. Minat dan kecenderungan memainkan peranan yang penting untuk

mempengaruhi pencapaian pembelajaran seseorang pelajar (Abu Zahari, 1987).

Tanggungjawab guru sains dalam menyampaikan ilmu dan mengurangkan

tanggapan negatif terhadap mata pelajaran sains amat penting semasa proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas. Pelajar merupakan generasi pewaris negara pada masa

hadapan. Apa yang diharapkan guru-guru sains memainkan peranan yang penting dalam

menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan.

Menurut Ee Ah Meng (1997), sains diperkenalkan sebagai suatu bidang usaha

manusia untuk memperolehi kefahaman tentang peraturan dan hukum alam. Tumpuan

diberikan kepada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran pemikiran saintifik serta

penerapan nilai-nilai murni yang dapat menyumbang ke arah menimbulkan kesedaran

akan peranan dan tanggungjawab seseorang individu dalam arus pembangunan dan

pemodenan negara. Aplikasi sains melalui teknologi dan pelbagai aktiviti kehidupan

dalam bidang pertanian, perubatan, perindustrian, pengangkutan dan juga komunikasi

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

4

akan turut didedahkan untuk menimbulkan kesedaran terhadap sumbangan sains dan

teknologi dalam mempertingkatkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia.

Oleh itu dapat kita lihat di sini kepentingan mata pelajaran sains di peringkat

menengah rendah dan juga menengah atas. Pelajar sewajarnya mendapat keputusan yang

cemerlang bagi mata pelajaran sains pada peringkat PMR untuk membolehkan mereka

memasuki aliran yang mereka minati bagi merealisasikan cita-cita mereka.

1.3 Penyataan Masalah

Kelemahan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains bukanlah perkara

baru, ianya sudah berlaku sejak sistem pendidikan formal mula diperkenalkan di negara

ini berlarutan sehinggalah ke hari ini. Masalah ini bukan sahaja berlaku di Malaysia

malah berlaku di seluruh negara di dunia. Ramai pelajar yang tidak boleh menguasai

mata pelajaran sains dengan baik.

Berdasarkan kajian yang lepas, penyelidik dapat merumuskan bahawa

pencapaian sains di kalangan pelajar di sekolah Malaysia berpunca dari faktor dalaman

dan faktor luaran. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kelemahan

pelajar untuk mendapatkan gred yang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Faktor-

faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains adalah minat

dan motivasi, pengaruh rakan sebaya, faktor guru dan gaya pembelajaran di kalangan

pelajar, faktor persekitaran, prasana dan juga faktor ibubapa.

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains iaitu faktor minat, faktor guru, faktor

kaedah pembelajaran dan juga faktor rakan sebaya.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

5

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan bagi kajian ini adalah :

i) Adakah faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran sains tingkatan empat?

ii) Adakah faktor guru mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran sains tingkatan empat?

iii) Adakah kaedah pembelajaran pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran sains tingkatan empat?

iv) Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran sains tingkatan empat?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

i) Mengenal pasti sama ada faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran sains tingkatan empat.

ii) Mengenal pasti sama ada faktor guru mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran sains tingkatan empat.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Khas untuk abah dan ma tercinta, Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris, ... disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar

6

iii) Mengenal pasti sama ada kaedah pembelajaran pelajar mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains tingkatan empat.

iv) Mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran sains tingkatan empat.

v) Mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran sains tingkatan empat.

1.6 Kepentingan Kajian

Kaji selidik ini akan menghasilkan dapatan di mana faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains boleh dikenal pasti

dengan sepenuhnya. Kajian ini adalah penting dalam mencari penyelesaian dan langkah-

langkah yang terbaik yang dapat diambil untuk mengatasi faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains. Setelah faktor-faktor

utama dikenalpasti, maka dapatlah tindakan susulan dilakukan bagi mengatasi masalah

yang sedang berlaku sekarang ini dengan lebih berkesan lagi oleh pihak-pihak yang

bertanggungjawab atau pihak yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan di

negara ini . Kajian ini wajar dijalankan untuk memberi gambaran yang jelas tentang

faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar tingkatan empat dalam mata

pelajaran sains.

Dari rumusan dan cadangan yang dikemukakan diharapkan dapat membantu

menangani faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan pelajar dalam mata pelajaran

sains sekarang ini dan memberi manfaat yang berguna kepada semua pihak terutamanya

Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan Malaysia serta guru-guru

dalam merancang dan membuat perubahan agar pencapaian pelajar dalam sains dapat