borang pengesahan status tesis · 2005. 4. 20. · borang pengesahan status tesis ... segala puji...

21
PSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN. SESI PENGAJIAN : 2004/2005 SITI AIDA BINTI MAT RAZALI (HURUF BESAR) Saya : Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Fal safah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI Nama Penyelia (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: NO 324 LOT 319 BATU 7 3/4 , KG. SALOR, 15100, KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh : __21 OKTOBER 2004

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PSZ 19:16 (Pind 1/97)

    CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

    JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN.

    SESI PENGAJIAN : 2004/2005

    SITI AIDA BINTI MAT RAZALI

    (HURUF BESAR)

    Saya :

    Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

    pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

    institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

    (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

    SULIT

    TERHAD

    TIDAK TERHAD

    (TANDATANGAN PENYELIA)

    PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

    Nama Penyelia

    (TANDATANGAN PENULIS)

    Alamat Tetap: NO 324 LOT 319 BATU 7 3/4 , KG. SALOR, 15100, KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh : __21 OKTOBER 2004

  • ii

    “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

    Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains )”

    Tandatangan : …………………………..

    Nama Penyelia : PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD

    ZANZALI

    Tarikh : OKTOBER 2004

  • FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR DALAM

    MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KOTA BHARU,

    KELANTAN.

    SITI AIDA BINTI MAT RAZALI

    Laporan projek ini dikemukakan

    sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

    Serta Pendidikan (Sains)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    OKTOBER, 2004

  • iii

    “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

    Tandatangan : ………………………………

    Nama Penulis : SITI AIDA BINTI MAT RAZALI

    Tarikh : OKTOBER 2004

  • iv

    DEDIKASI

    Segala puji dan hanya untuk-Mu,

    Tuhan yang mentadbir seluruh alam,

    Yang mengatur segala kehidupan.

    Yang disanjungi,

    Khas untuk abah dan ma tercinta,

    Mat Razali bin Ajid dan Siti Fatimah binti Idris,

    Yang sentiasa berkorban untuk anak-anaknya,

    Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbananmu,

    Doa dan harapanmu tidak kan ku persiakan.

    Yang dikasihi,

    Kekanda-kekanda dan adinda-adinda ku sayang,

    Siti Noor, Mohd. Azhan, Suziana, Saadah,

    Suraya, Siti Hasiah, Mohd. Hafiz dan Mohd. Afnan,

    Pengorbananmu akan ku abadikan buat selamanya

    Dan tidak lupa kepada anak saudaraku yang disayangi,

    Nur Zulaikha, Nurul Ain Syafika, Mohd Firdaus Amani,

    Mohd Amin Nazrin dan Nur Insyirah Uzma.

    Buat teman-teman seperjuangan,

    Terima kasih di atas segala bantuan yang dihulurkan,

    Semoga Allah membalasnya dan memberkati kalian,

    Semoga berjaya mencapai cita-cita.

  • v

    PENGHARGAAN

    Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah

    S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

    Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya akhirnya projek

    sarjana muda ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.

    Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Noor Azlan bin

    Ahmad Zanzali di atas bimbingan dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh

    projek sarjana muda ini dilaksanakan. Ribuan terima kasih juga kepada pihak sekolah

    termasuk pengetua serta guru-guru, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Unit

    Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia di atas

    kerjasama yang diberikan untuk menyiapkan projek ini.

    Istimewa buat ma dan abah, kakak-kakak, abang dan adik-adik yang tersayang,

    terima kasih atas segala pengorbanan yang telah diberikan. Ribuan terima kasih juga

    buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam menyelesaikan projek

    sarjana muda ini.

    Akhir sekali, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat

    sama ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan projek ini.

    Wassalam.

  • vi

    ABSTRAK

    Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau faktor yang

    mempengaruhi pencapaian pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran sains di

    daerah Kota Bharu, Kelantan. Faktor yang dikaji dalam kajian ini adalah faktor

    minat, guru, kaedah pembelajaran dan rakan sebaya. Kaedah yang digunakan

    dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik.

    Kajian ini melibatkan 120 orang responden. Data-data yang diperolehi dikumpul

    dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for

    Social Science) for Windows versi 10.0 untuk mendapatkan kekerapan dan

    peratusan bagi menjawab setiap persoalan yang dikemukakan dalam kajian.

    Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan guru adalah faktor utama yang

    mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains diikuti kaedah

    pembelajaran, rakan sebaya dan faktor yang paling kurang mempengaruhi

    pencapaian pelajar ialah faktor minat. Akhir sekali cadangan dikemukakan untuk

    meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran sains.

  • vii

    ABSTRACT

    The main purpose of this research is to survey factors that influence students’

    grade in science subject for Form 4 students the district of Kota Bharu, Kelantan. The

    four main factors statical are student’s interest, teachers’ teaching approach, learning

    style and also peers’ influence. A survey method was used in the study. A total of 120

    respondents participated in this research. Data collected were analyzed using SPSS

    (Statistical Package for Social Science) for Windows versi 10.0 to obtain the

    frequencies and percentages in order to answer the research questions. From this study,

    it was concluded that the main factor contributing to grade of students in science subject

    is the teacher’s teaching approach following by learning style, peers’ influence and the

    lower factor that influence students is their interest. Suggestions were made to improve

    students grades in science.

  • viii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    BORANG PENGESAHAN TESIS i

    PENGAKUAN PENYELIA ii

    PENGAKUAN PENULIS iii

    DEDIKASI iv

    PENGHARGAAN v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    KANDUNGAN viii

    SENARAI JADUAL xii

    SENARAI SINGKATAN xiii

    SENARAI LAMPIRAN xiv

    BAB 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 2

    1.3 Penyataan Masalah 4

    1.4 Persoalan Kajian 5

    1.5 Objektif Kajian 5

    1.6 Kepentingan Kajian 6

  • ix

    1.7 Skop dan Batasan Kajian 7

    1.8 Definisi Istilah 7

    1.8.1 Faktor 7

    1.8.2 Mempengaruhi 8

    1.8.3 Pencapaian 8

    1.8.4 Pelajar 8

    1.8.5 Mata Pelajaran Sains 8

    1.9 Kesimpulan 9

    BAB II SOROTAN PENULISAN 10

    2.1 Pengenalan 10

    2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi

    Pencapaian Pelajar 12

    2.2.1 Faktor Minat 12

    2.2.2 Faktor Guru 13

    2.2.3 Faktor Kaedah Pembelajaran 15

    2.2.4 Faktor Rakan Sebaya 16

    2.3 Kesimpulan 17

    BAB III METODOLOGI KAJIAN 18

    3.1 Pengenalan 18

    3.2 Reka Bentuk Kajian 18

    3.3 Instrumen Kajian 19

    3.4 Populasi dan Sampel Kajian 20

  • x

    3.5 Kajian Rintis 21

    3.6 Tatacara Kajian 21

    3.7 Analisis Data 22

    3.8 Kesimpulan 22

    BAB IV ANALISIS DATA 24

    4.1 Pengenalan 23

    4.2 Profail Responden 24

    4.3 Analisis Demograf Responden 25

    4.3.1 Jantina Responden 25

    4.3.2 Bangsa Responden 26

    4.3.3 Keputusan Peperiksaan Penilaian 26

    Menengah Rendah (PMR)

    4.3.4 Keputusan Peperiksaan Pertengahan 27

    Tahun Tingkatan 4

    4.4 Analisis Faktor Minat 28

    4.5 Analisis Faktor Guru 31

    4.6 Analisis Faktor Kaedah Pembelajaran 34

    4.7 Analisis Faktor Rakan Sebaya 37

    4.8 Peratusan Keseluruhan Persoalan Kajian 40

    BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 41

    CADANGAN

    5.1 Pengenalan 41

    5.2 Ringkasan Kajian 42

  • xi

    5.3 Perbincangan 42

    5.3.1 Faktor minat terhadap sains 43

    mempengaruhi pencapaian pelajar

    dalam mata pelajaran sains tingkatan

    empat.

    5.3.2 Faktor guru mempengaruhi pencapaian 44

    pelajar dalam mata pelajaran sains

    tingkatan empat.

    5.3.3 Faktor kaedah pembelajaran pelajar 45

    mempengaruhi pencapaian pelajar

    dalam mata pelajaran sains tingkatan

    empat.

    5.3.4 Faktor rakan sebaya mempengaruhi 46

    pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

    sains tingkatan empat.

    5.3.5 Kesimpulan Kajian 47

    5.4 Cadangan Kajian 47

    5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 48

    5.6 Penutup 49

    RUJUKAN 50

    SENARAI LAMPIRAN

    Soal Selidik 54

    Surat Kebenaran Menjalankan Tugas 61

  • xii

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    3.1 Taburan item bagi setiap aspek kajian 19

    3.2 Senarai lima peringkat skala Likert 20

    4.1 Jadual pengembalian borang soal selidik 24

    4.2 Taburan jantina responden 25

    4.3 Taburan bangsa responden 26

    4.4 Taburan keputusan peperiksaan Penilaian 26

    Menengah Rendah (PMR) tahun 2003

    responden

    4.5 Taburan keputusan peperiksaan pertengahan 27

    tahun 2004

    4.6 Taburan analisis faktor minat 28

    4.7 Taburan analisis faktor guru 31

    4.8 Taburan analisis faktor kaedah pembelajaran 34

    4.9 Taburan analisis faktor rakan sebaya 37

    4.10 Taburan peratusan keseluruhan persoalan 40

    kajian

  • xiii

    SENARAI SINGKATAN

    KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

    KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    PMR - Penilaian Menengah Rendah

    JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

    KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

    SPSS - Statistical Package for Social Science

  • xiv

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik 54

    B Surat Kebenaran Kementerian 61

    Pendidikan Malaysia

    C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan 63

    Kelantan Darul Naim

    D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 64

    Universiti Teknologi Malaysia

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Pada tahun 1989, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah telah dilaksanakan

    secara berperingkat untuk menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Menengah yang

    dianggap tidak sesuai lagi untuk digunakan. Berikutan dari perkembangan itu,

    kurikulum sains turut berubah ianya dijadikan mata pelajaran teras bagi peringkat

    sekolah menengah dan sekolah rendah. KBSM dibina khusus untuk melahirkan warga

    negara yang mempunyai pengetahuan asas (sains dan matematik) dan kemahiran

    saintifik yang secukupnya. Secara khusus matlamat sains dan matematik KBSM adalah

    untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan matematik,

    mengembangkan daya pemikiran saintifik serta memupuk nilai murni, memahami dan

    menghargai sains dan matematik seterusnya menggunakannya dalam kehidupan seharian

    untuk pembangunan negara.

    Sains ialah mata pelajaran yang menjadi wadah untuk menjana individu yang

    berketrampilan dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab dalam mengurus alam dan

    sumbernya demi kesejahteraan manusia dan keharmonian alam (Lee, 1994). Sains

    diperkenalkan sebagai satu bidang keilmuan hasil usaha manusia untuk memperolehi

    kefahaman tentang peraturan dan hukum alam. Tumpuan diberikan kepada penguasaan

    ilmu pengetahuan, kemahiran pemikiran saintifik serta penerapan nilai-nilai murni yang

  • 2

    dapat menyumbang ke arah menimbulkan kesedaran akan peranan dan tanggungjawab

    seseorang individu dalam arus pembangunan dan pemodenan negara. Aplikasi sains

    melalui teknologi dan pelbagai aktiviti kehidupan dalam bidang pertanian,

    pengangkutan, perubatan, perindustrian dan komunikasi juga akan didedahkan untuk

    menimbulkan kesedaran terhadap sumbangan sains dan teknologi dalam

    mempertingkatkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia. Oleh itu dapat kita

    lihat di sini kepentingan mata pelajaran sains pada peringkat menengah rendah dan juga

    menengah atas.

    1.2 Latar belakang Masalah

    Kepentingan mata pelajaran sains terhadap kemajuan teknologi masa kini

    memang tidak dapat dinafikan. Ini dapat dilihat menerusi penggunaan teknologi canggih

    di dalam segala bidang. Oleh itu, pengetahuan dan pembangunan terhadap sains di

    kalangan pelajar amat perlu di ambil perhatian agar negara terus mempunyai ahli-ahli

    saintis dan teknologis yang berdaya maju di masa hadapan.

    Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains majoritinya adalah rendah.

    Keadaan ini membimbangkan banyak pihak. Oleh itu berbagai usaha telah dirancang

    dan dilaksanakan termasuk penggubalan dan penerapan KBSM dan KBSR bagi mata

    pelajaran sains.

    Keadaan kemerosotan bilangan pelajar dalam memilih efektif sains adalah

    disebabkan oleh fobia yang wujud di kalangan pelajar (Cheah, 1985). Kemerosotan ini

    mempunyai kaitan dengan pihak pengurusan sekolah yang tidak mengambil berat akan

    kepentingan pengajaran sains dalam kehidupan ataupun tidak mempunyai latar belakang

    pendidikan sains. Kebanyakkan pelajar menganggap mata pelajaran sains adalah satu

    mata pelajaran yang sukar dan terlalu kompleks untuk difahami. Fenomena ini perlu

  • 3

    dikikis supaya tanggapan negatif terhadap mata pelajaran sains tidak memberi kesan

    yang buruk kepada sistem pendidikan negara.

    Penguasaan konsep-konsep asas sains amat penting bagi pelajar sebelum mereka

    mengambil mata pelajaran sains di peringkat sekolah menengah dan seterusnya di

    institusi-institusi pengajian tinggi. Pelajar sepatutnya terlebih dahulu perlu memahami

    semua konsep baru yang dipelajari. Tindakan ini juga dapat mengelakkan pelajar

    menghadapi kesukaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran sains. Maka pelajar

    seharusnya diberi pendedahan yang meluas berkenaan dengan sains.

    Pelajar merupakan elemen penting dalam menentukan kejayaan sesuatu

    pembelajaran. Pada lazimnya kejayaan seseorang pelajar dinilai pada pencapaian mereka

    dalam peperiksaan. Minat dan kecenderungan memainkan peranan yang penting untuk

    mempengaruhi pencapaian pembelajaran seseorang pelajar (Abu Zahari, 1987).

    Tanggungjawab guru sains dalam menyampaikan ilmu dan mengurangkan

    tanggapan negatif terhadap mata pelajaran sains amat penting semasa proses pengajaran

    dan pembelajaran di dalam kelas. Pelajar merupakan generasi pewaris negara pada masa

    hadapan. Apa yang diharapkan guru-guru sains memainkan peranan yang penting dalam

    menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan.

    Menurut Ee Ah Meng (1997), sains diperkenalkan sebagai suatu bidang usaha

    manusia untuk memperolehi kefahaman tentang peraturan dan hukum alam. Tumpuan

    diberikan kepada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran pemikiran saintifik serta

    penerapan nilai-nilai murni yang dapat menyumbang ke arah menimbulkan kesedaran

    akan peranan dan tanggungjawab seseorang individu dalam arus pembangunan dan

    pemodenan negara. Aplikasi sains melalui teknologi dan pelbagai aktiviti kehidupan

    dalam bidang pertanian, perubatan, perindustrian, pengangkutan dan juga komunikasi

  • 4

    akan turut didedahkan untuk menimbulkan kesedaran terhadap sumbangan sains dan

    teknologi dalam mempertingkatkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia.

    Oleh itu dapat kita lihat di sini kepentingan mata pelajaran sains di peringkat

    menengah rendah dan juga menengah atas. Pelajar sewajarnya mendapat keputusan yang

    cemerlang bagi mata pelajaran sains pada peringkat PMR untuk membolehkan mereka

    memasuki aliran yang mereka minati bagi merealisasikan cita-cita mereka.

    1.3 Penyataan Masalah

    Kelemahan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains bukanlah perkara

    baru, ianya sudah berlaku sejak sistem pendidikan formal mula diperkenalkan di negara

    ini berlarutan sehinggalah ke hari ini. Masalah ini bukan sahaja berlaku di Malaysia

    malah berlaku di seluruh negara di dunia. Ramai pelajar yang tidak boleh menguasai

    mata pelajaran sains dengan baik.

    Berdasarkan kajian yang lepas, penyelidik dapat merumuskan bahawa

    pencapaian sains di kalangan pelajar di sekolah Malaysia berpunca dari faktor dalaman

    dan faktor luaran. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kelemahan

    pelajar untuk mendapatkan gred yang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Faktor-

    faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains adalah minat

    dan motivasi, pengaruh rakan sebaya, faktor guru dan gaya pembelajaran di kalangan

    pelajar, faktor persekitaran, prasana dan juga faktor ibubapa.

    Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi

    pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains iaitu faktor minat, faktor guru, faktor

    kaedah pembelajaran dan juga faktor rakan sebaya.

  • 5

    1.4 Persoalan Kajian

    Persoalan bagi kajian ini adalah :

    i) Adakah faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

    pelajaran sains tingkatan empat?

    ii) Adakah faktor guru mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata

    pelajaran sains tingkatan empat?

    iii) Adakah kaedah pembelajaran pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar

    dalam mata pelajaran sains tingkatan empat?

    iv) Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

    mata pelajaran sains tingkatan empat?

    1.5 Objektif Kajian

    Objektif kajian ini adalah untuk :

    i) Mengenal pasti sama ada faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar

    dalam mata pelajaran sains tingkatan empat.

    ii) Mengenal pasti sama ada faktor guru mempengaruhi pencapaian pelajar

    dalam mata pelajaran sains tingkatan empat.

  • 6

    iii) Mengenal pasti sama ada kaedah pembelajaran pelajar mempengaruhi

    pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains tingkatan empat.

    iv) Mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya mempengaruhi pencapaian

    pelajar dalam mata pelajaran sains tingkatan empat.

    v) Mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi pencapaian pelajar

    dalam mata pelajaran sains tingkatan empat.

    1.6 Kepentingan Kajian

    Kaji selidik ini akan menghasilkan dapatan di mana faktor-faktor yang

    mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains boleh dikenal pasti

    dengan sepenuhnya. Kajian ini adalah penting dalam mencari penyelesaian dan langkah-

    langkah yang terbaik yang dapat diambil untuk mengatasi faktor-faktor yang

    mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains. Setelah faktor-faktor

    utama dikenalpasti, maka dapatlah tindakan susulan dilakukan bagi mengatasi masalah

    yang sedang berlaku sekarang ini dengan lebih berkesan lagi oleh pihak-pihak yang

    bertanggungjawab atau pihak yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan di

    negara ini . Kajian ini wajar dijalankan untuk memberi gambaran yang jelas tentang

    faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar tingkatan empat dalam mata

    pelajaran sains.

    Dari rumusan dan cadangan yang dikemukakan diharapkan dapat membantu

    menangani faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan pelajar dalam mata pelajaran

    sains sekarang ini dan memberi manfaat yang berguna kepada semua pihak terutamanya

    Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan Malaysia serta guru-guru

    dalam merancang dan membuat perubahan agar pencapaian pelajar dalam sains dapat

    PSM 2.pdfSOROTAN KAJIAN

    PSM 3.pdfBAB IIIMETODOLOGI KAJIANJadual 3.2 Senarai lima peringkat skala Likert

    BAB IV.pdfItemSkalaItemSkalaItemSkalaItemSkalaPeratusanRakan sebaya

    Jumlah peratusan

    SOAL SELIDIK AIDA.pdfBAHAGIAN ABAHAGIAN B

    PENGAKUAN PENYELIA.pdfDEDIKASIKANDUNGANBAB PERKARAMUKA SURATPENGHARGAANvABSTRAKviSENARAI SINGKATANxiii

    BAB IISOROTAN PENULISAN10BAB IVANALISIS DATA24RUJUKAN 50SENARAI LAMPIRAN

    PENGAKUAN PENYELIA.pdfDEDIKASIKANDUNGANBAB PERKARAMUKA SURATPENGHARGAANvABSTRAKviSENARAI SINGKATANxiii

    BAB IISOROTAN PENULISAN10BAB IVANALISIS DATA24RUJUKAN 50SENARAI LAMPIRAN