pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/modul/konten...

67
1 Pada akhir unit pelajar dapat : 1. Konsep dan jenis-jenis tingkah laku bermasalah. 2. Punca tingkah laku bermasalah. 3. Cara-cara mengenal pasti yang murid yang bermasalah tingkah laku. 4. Halangan dalam menguruskan tingkah laku bermasalah 5. Pengurusan tingkah laku bermasalah UNIT 1 PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH Hasil Pembelajaran Unit Sinopsis Dalam unit ini anda akan didedahkan tentang jenis-jenis dan punca tingkah laku bermasalah, tindakan guru dalam menguruskan tingkah laku bermasalah serta halangan-halangan dalam menguruskan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Pengetahuan tentang pengurusan masalah tingkah laku perlu difahami oleh semua guru kerana mendisiplinkan pelajar adalah tanggungjawab semua guru dan bukannya terletak dibawah tanggungjawab guru besar/pengetua atau guru disiplin sahaja. Kenyataan ini telah ditegaskan dalam Surat Pekeliling Iktihsas Bil 10/2001, menyatakan semua guru bertanggungjawab mendisplinkan murid mengikut pertimbangan yang releven. 1.1 Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah. Definisi tingkah laku bermasalah Tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap oleh guru sebagai disruptif atau mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan

Upload: vohanh

Post on 17-May-2018

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

1

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Konsep dan jenis-jenis tingkah laku bermasalah.

1. 2. Punca tingkah laku bermasalah.

3. Cara-cara mengenal pasti yang murid yang bermasalah tingkah laku.

2. 4. Halangan dalam menguruskan tingkah laku bermasalah

3. 5. Pengurusan tingkah laku bermasalah

UNIT 1 PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM

BILIK DARJAH

Hasil Pembelajaran Unit

Sinopsis

Dalam unit ini anda akan didedahkan tentang jenis-jenis dan punca

tingkah laku bermasalah, tindakan guru dalam menguruskan tingkah laku

bermasalah serta halangan-halangan dalam menguruskan tingkah laku

bermasalah dalam bilik darjah. Pengetahuan tentang pengurusan

masalah tingkah laku perlu difahami oleh semua guru kerana

mendisiplinkan pelajar adalah tanggungjawab semua guru dan bukannya

terletak dibawah tanggungjawab guru besar/pengetua atau guru disiplin

sahaja. Kenyataan ini telah ditegaskan dalam Surat Pekeliling Iktihsas Bil

10/2001, menyatakan semua guru bertanggungjawab mendisplinkan

murid mengikut pertimbangan yang releven.

1.1 Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah.

Definisi tingkah laku bermasalah

Tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang

dianggap oleh guru sebagai disruptif atau mengganggu kerana ia

menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan

Page 2: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

2

pembelajaran. Tingkah laku bermasalah juga boleh merujuk kepada

sebarang tindakan yang menjurus kepada tingkah laku agresif. Justeru

itu, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang

menghalang guru dan murid-murid lain daripada mencapai pembelajaran

optima.Jenis-jenis tingkah laku yang berlaku di dalam bilik darjah

ditunjukkan dalam Rajah 6.1.

Rajah 1 : Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada tingkah laku distruktif,

tingkah laku disruptif, tingkah laku bergantung, tingkah laku hiperaktif,

tingkah laku bimbang, tingkah laku murung, pengunduran diri dan

pengasingan diri .

1. Tingkah Laku Distruktif

Tingkah laku destruktif paling kerap terjadi di kalangan pelajar yang

berumur di antara 10 hingga 14 tahun. Sikap agresif mereka akan

kelihatan dalam bentuk tingkah laku destruktif. Jenis-jenis tingkahlaku

destruktif termasuk permusuhan nyata, vandalisme iaitu merosakkan

kerusi, meja, peralatan, telefon awam dan sebagainya, aktiviti kumpulan

Page 3: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

3

liar, amalan tumbuk menumbuk, mengugut, mencalar kereta atau

motosikal guru, menconteng dan melukis lakaran lucah pada dinding

bangunan sekolah.

Permusuhan Nyata (Overt hostility)

Permusuhan nyata boleh difahamkan sebagai keadaan di mana wujud

tingkah laku fizikal atau lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai

sesorang. Antara situasi yang boleh menimbulkan permusuhan nyata

ialah apabila seseorang itu mengalami kekecewaan, tersinggung dan

mendapat penilaian yang negatif.

2. Tingkah Laku Disruptif

Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang boleh menjejaskan

kelicinan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Jenis-jenis

tingkah laku disruptif termasuk tingkah laku hiperaktif, perubahan yang

melampau, kebisingan, pergerakan pelajar yang tidak perlu, mengganggu

rakan sedarjah, gelak ketawa yang amat kuat dan kelakuan agresif fizikal

seperti tolak-menolak atau tumbuk- menumbuk di dalam kelas.

3. Tingkah Laku Bergantung

Tingkah laku bergantung merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu

bergantung kepada orang lain, sama ada guru atau rakannya untuk

menjalankan sesuatu tugasan atau membuat sesuatu keputusan. Individu-

individu yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk mereka yang

menunjukkan sifat pergantungan berlebihan, kebimbangan dan

pengunduran diri.

Page 4: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

4

Tingkah Laku Bermasalah Positif

Tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada tingkah laku ingin tahu,

cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif (Ee Ah Meng, 2002).

1. Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu

Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal,

kanak-kanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di

atas meja. Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan

tersebut untuk melihat barang yang terdapat di dalamnya. Perbuatan

seperti ini akan menyebabkan murid bertindak dengan cepat tanpa

menerima arahan daripada guru. Tingkah laku seperti ini boleh

menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalam makmal.

2. Tingkah Laku Murid Cepat Belajar

Murid-murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatu

konsep dengan cepat. Oleh itu, jika guru mengulangi penerangannya,

murid-murid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan

memberi penumpuan lagi. Lantaran itu, mereka mula menimbulkan

pelbagai jenis gangguan seperti mengusik rakan yang duduk di sebelah

yang tentunya akan menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

3. Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas

Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti

intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan dan

mempunyai daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini

adalah tinggi. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas

Page 5: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

5

dalam matematik, sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan

hubungan manusia.

4. Tingkah Laku Murid Proaktif

Murid-murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak dengan penuh

semangat. Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu.

Contohnya, selepas sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam

makmal, mereka akan ingin menjalankan uji kaji tersebut dengan serta

merta. Tingkah laku ini boleh menimbulkan masalah kerana tanpa arahan

yang jelas, kemalangan boleh berlaku.

1.2 Punca Tingkah Laku Bermasalah.

Sebagai seorang guru, anda perlu memahami punca-punca masalah

tingkah laku murid supaya menjadi panduan dalam merangka program

pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Punca-punca tingkah laku

bermasalah adalah berdasarkan faktor-faktor persekitaran, tekanan

psikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai,

kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad, kesukaran membuat

tugasan, aktiviti dan tahap rangsangan, kesihatan dan perubatan serta

faktor jangkaan tingkah laku.

Faktor Persekitaran.

Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti

bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan

ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan

teruk, autisme, dan lain-lain.

Page 6: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

6

Faktor Tekanan Psikologi.

Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku

yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku

tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu

diganggu atau dihalang.

Faktor Ketakutan Dan Fobia.

Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia

termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau

ketinggian yang melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut.

Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepada individu tersebut

seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing.

Faktor Peneguhan Yang Kurang Sesuai.

Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja.

Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku

tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai

contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk

serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh

itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan

perhatian daripada ibu bapanya.

Faktor Kemahiran Komunikasi Dan Sosial Yang Terhad.

Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku

bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang

Page 7: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

7

berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi

dengan baik.

Faktor Kesukaran Membuat Tugasan.

Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan

kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait

rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Faktor Aktiviti Dan Tahap Rangsangan.

Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya

masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat

memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid

tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Faktor Kesihatan Dan Perubatan.

Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan

kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh

menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.

Faktor Jangkaan Tingkah Laku.

Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-

kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan

bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan

terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang

sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan

bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi.

Page 8: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

8

1.3 Cara-cara Mengenal Pasti Murid Yang Bermasalah Tingkah Laku

Anda mesti cukup sensitif untuk mengenal pasti murid-murid yang

bermasalah tingkah laku supaya langkah pencegahan dan pembetulan

dapat diambil pada masa yang tepat. Namum apakah cara untuk

mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku? Melalui

pemerhatian langsung dan tidak langsung, anda mungkin dapat melihat

beberapa tanda-tanda kesukaran emosi atau tingkah laku yang tidak

diingini dalam diri murid anda. Ini termasuk perubahan ketara dalam

perasaan atau emosi serta tingkah laku yang tidak normal dalam kalangan

rakan sebaya. Anda juga boleh melihat bahawa murid-murid ini

menunjukkan tanda-tanda tertentu dari masalah emosi seperti penarikan

diri, kegelisahan atau mudah marah dan komunikasi personal.

Penarikan Diri

Mungkin terdapat ketidakhadiran yang tinggi, kurang penyertaan dalam

aktiviti pdp, keresahan yang berterusan, kerap mengantuk, tindak balas

yang tidak disengajakan, sukar memberi perhatian, tidak mengikut arahan

dan penampilan yang tidak kemas.

Kegelisahan Atau Mudah Marah

Sesetengah murid juga menunjukkan tingkah laku yang mengganggu

proses pdp dalam bilik darjah dengan percakapan yang tidak berfaedah,

kerap menentang guru, mengamuk, suka menyindir dan bergaduh dengan

rakan.

Komunikasi Personal

Anda juga boleh melihat tingkah laku bermasalah murid melalui hasil kerja

murid dan interaksi antara rakan-rakan mereka. Kadang-kadang, anda

boleh terus bercakap dengan mereka dan memahami kebimbangan

mereka dan masalah luaran atau konflik dalaman. Apabila anda

Page 9: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

9

mendapati bahawa murid mungkin mempunyai masalah tingkah laku,

cuba perhatikan murid tersebut dalam pelbagai aktiviti yang berbeza dan

pada waktu yang juga berbeza. Tulis rekod anekdot mengenai masalah

atau tingkah laku apabila ia berlaku dan cuba dapatkan maklumat

tambahan tentang keadaan kesihatan dan keluarga murid.

1.4 Halangan Dalam Menguruskan Tingkah Laku Bermasalah.

Tahukah anda bahawa terdapat halangan-halangan semasa

melaksanakan tindakan dalam menangani masalah tingkahlaku. Halangan

tersebut ialah:

Personaliti Pelajar

Setiap pelajar mempunyai personaliti yang berbeza misalnya pelajar yang

bersifat ekstravert jarang boleh duduk diam. Pelajar ini lebih gemar

berbincang dan berinteraksi dengan rakan-rakan lain. kebisingan yang

ditimbulkan ini mungkin menganggu pengajaran dan pembelajaran.

Bagi pelajar yang bersifat agresif lazimnya mempunyai personaliti cepat

naik darah dan akan menggangu pengajaran guru. Pelajar ini adakalanya

akan merosakkan perabot kelas seperti kerusi dan meja. Ada juga pelajar

sengaja melakukan tingkah laku yang tidak diingini seperti mengacau

rakannya belajar, ketawa dengan kuat, berbual-bual semasa guru

mengajar demi untuk mendapatkan perhatian guru.

Terdapat juga pelajar yang tidak mementing kekemasan diri. Mereka

pergi ke sekolah dengan keadan yang tidak kemas seperti rambut yang

tidak disikat, kuku yang panjang dan sebagainya. Oleh itu personaliti

pelajar turut menjadi panghalang dalam melaksanakan pengurusan

tingkah laku bermasalah.

Page 10: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

10

Masalah Perkembangan Murid

Guru perlu mengetahui perkembangan pelajar-pelajarnya seperti latar

belakang dan perkembangan akademik, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan

kendiri. Bagi guru yang tidak menguasai dan mengikuti perkembangan

pelajarnya akan menghadapi masalah pengawalan tingkah laku dalam

bilik darjah. Misalnya pelajar yang mengalami masalah perkembangan

fizikal seperti berat badan berlebihan, terlalu rendah akan merasa rendah

diri dan dipinggirkan oleh rakan-rakan lain. Manakala pelajar yang

mengalami masalah kognitif seperti kurang cerdas, tidak dapat

menguasai kemahiran akdemik akan ketinggalan berbanding dengan

rakan-rakannya. Mereka akan cuba menutup kelemahan dengan

melanggar peraturan sekolah seperti meniru, bersolek dan pelbagai

pelanggaran peraturan. Kesemua masalah ini adalah penyumbang

kepada tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Justeru guru haruslah

mempunyai kemahiran untuk mengesan masalah itu pada peringkat awal

sebelum menjadi lebih berat.

Salah Laku Yang Tidak Dijangka

Adakalanya guru telah membuat persiapan yang rapi sebelum memulakan

sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya membuat perancangan

tentang objektif, memilih bahan bantu mengajar yang sesuai dengan

perkembangan kognitif, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kaedah

penilaian dan sebagainya. Walau baimanapun terdapat juga pelajar yang

mempunyai masalah emosi dan disiplin diluar jangkaan. Guru hendaklah

bersabar dan jangan mengambil tindakan yang terburu-buru. Guru

haruslah bijak mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang telah

ditetapkan oleh pihak atasan.

Page 11: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

11

Komunikasi Antara Pelajar Dengan Guru

Komunikasi antara pelajar dengan guru terjejas disebabkan suasana

kelas yang bising menyebabkan mereka sukar memahami pelajaran yang

disampaikan. Terdapat juga pelajar yang secara semulajadi kurang

berminat terhadap sesuatu subjek. Situasi ini telah menyebabkan pelajar

tersebut tidak berminat mendengar pengajaran guru. Pembelajaran dan

pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya

terdapat masalah interaksi dalam bilik darjah. Selain itu guru tidak

mempunyai berkebolehan memadankan bahan – bahan pelajaran yang

sesuai dengan tahap kognitif pelajar. Guru juga terlalu mengikut sukatan

pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Aras bahan

pembelajaran terlalu sukar turut menyebabkan, pelajar tidak dapat

menyertai dalam proses interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran

dan pengajaran.

Hubungan Ibu Bapa

Terdapat segelintir ibu bapa menyerahkan sepenuhnya pendidikan anak-

anak kepada pihak sekolah. Mereka beranggapan tugas guru bukan

sahaja memberi pengetahuan tetapi mendisiplinkan anak mereka.

Penglibatan ibu bapa dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak

sekolah seperti Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

serta Majlis Keibu Bapaan amat mengecewakan. Ibu bapa pada masa

kini hanya mementingkan kerjaya dan sukar meluangkan masa untuk

menyertai program-program sekolah. Kurangnya sambutan ibu bapa

menyebabkan guru tidak dapat berbincang dengan ibu bapa dalam

menyelesaikan masalah anak-anak mereka.

Pengaruh Rakan Sebaya

Ahli-ahli dalam kumpulan kecil ini saling bergantung dan mudah

terpengaruh di antara satu sama lain serta mempunyai kod kelakuan

Page 12: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

12

yang hampir sama. Seandainya rakan sebaya yang digauli itu

mempunyai pengaruh negatif, maka pelajar tersebut akan terikut-ikut

dengan perlakuan negatif tersebut. Murid-murid yang telah diterima

sebagai ahli kumpulan akan berusaha memastikan mereka akan terus

kekal berada dalam kumpulan tersebut.

Faktor Bilik Darjah Dan Guru

Kegagalan guru menggunakan kaedah pengajaran yang menarik serta

dapat mengekalkan minat murid akan menyebabkan mereka berasa

bosan serta hilang tumpuan. Fenomena ini akan diakhiri dengan

pelanggaran disiplin seperti menganggu rakan yang sedang belajar,

ponteng kelas, membuat bising dan sebagainya.

Kelas yang tidak kondusif lazimnya mempunyai ciri-ciri seperti susun

atur kerusi dan meja yang tidak mengambil kira sahsiah serta keperluan

murid. Di samping itu keadaan fizikal kelas yang tidak terurus turut

menimbulkan ketidakselesaan dan kegelisahan terhadap pelajar-

pelajarnya. Mereka akan kehilangan tumpuan terhadap pengajaran guru

dan mula melakukan tindakan pelanggaran disiplin bagi mengurangkan

kegelisahan mereka.

Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang

mendorong kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak dapat

mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan pelajar terlalu ramai

lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada

pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa

yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar

di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau tidak berminat

mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang

mengganggu pengajaran dan pembelajaran seperti membuat bising,

mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.

Page 13: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

13

Suasana sosioemosi yang kurang sihat

Corak kepimpinan guru turut mempengaruhi emosi pelajar. Misalnya

seorang guru yang autokratik dan dominan akan menyebabkan pelajar-

pelajarnya sentiasa berada dalam keadaan emosi tertekan seperti

bimbang serta takut terhadap gurunya. Keadaan yang tertekan akan

menjejaskan keupayaan pelajar untuk memahami pelajaran yang

disampaikan oleh gurunya. Suasana ini akan menimbulkan corak

persahabatan dalam kalangan pelajar yang tidak sihat. Maka wujudlah

beberapa kelompok pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti pengasingan,

pelajar yang tersingkir, kelompok tertutup dan sebagainya. Kelompok-

kelompok pelajar ini biasanya akan bergaul dengan mengikut kelompok

masing-masing dan tidak memperdulikan kelompok lain. Situasi ini

menyebabkan timbul konflik antara pelajar yang akan menghalang

tindakan pengurusan tingkah laku berkesan.

Kesihatan Pelajar

Kesihatan pelajar yang tidak sihat akan menyebabkan mereka tidak dapat

menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Keadan ini mungkin disebabkan tidak mendapat tidur dan

rehat yang cukup. Seterusnya emosi pelajar akan terganggu dan mereka

akan sentiasa berada dalam keadaan tidak tenteram di kelas. Adakala

gangguan emosi turut disebabkan oleh masalah keluarga yang tidak

harmonis. Kurangnya perhatian ibu bapa menyebabkan pelajar ini

mengalami kesukaran untuk mengekalkan kesihatan pada tahap yang

baik.

1.4 Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah

Secara umumnya anda perlu ketahui pengurusan masalah disiplin bilik

darjah adalah suatu prosuder tindakan guru mengawal dan mengurus

masalah tingkahlaku pelajar sama ada semasa atau di luar proses

Page 14: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

14

pengajaran dan pembelajaran. Tindakan guru ini merangkumi aktiviti rutin

harian seperti mengambil kedatangan pelajar, memastikan pelajar

menjalankan tugas kebersihan dan kecerian hinggalah kepada

pengurusan tingkah laku yang bermasalah seperti yang dinyatakan dalam

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 iaitu datang lewat ke kelas, biadap

terhadap guru, bergaduh, berpakaian tidak kemas dan sebagainya.

Tingkah laku bermasalah ini perlu ditangani kerana akan mengganggu,

menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan

pembelajaran. Tahukah anda langkah-langkah yang telah dicadangkan

oleh Myint Swee Khine (2005) dalam Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar

Samuel (2014) dalam menangani masalah bilik darjah? Langkah-langkah

tersebut adalah seperti ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

Rajah 1.1 : Langkah-langkah Menangani Disiplin Bilik Darjah

Sumber: Myint Swee Khine (2005) dalam Haliza Hamzah et al (2014).

Pelajar yang

bermasalah

Ditangani

oleh guru

GURU

KAUNSELING

Kes ditutup – ditutup

dan disimpan oleh guru

Jawatankuasa

Displin

GURU

BESAR/PENOLONG

KANAN

Kes

ditutup/Selesai

Tindakan lanjutan oleh

badan luar(Polis dan

sebagainya)

BERJAYA

YA TIDAK

BERJAYA

TIDAK YA

BERJAYA

TIDAK

Page 15: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

15

Berdasarkan rajah 1.1 anda dapati pelajar yang menunjukkan tingkah laku

bermasalah dalam bilik darjah akan cuba diselesaikan oleh guru kelas

menggunakan peruntukan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak

sekolah. Anda juga boleh bersemuka dengan pelajar untuk mengenal

pasti punca masalah dan merangka jalan penyelesaiannya. Seandainya

guru berjaya mengawal tingkah laku pelajar yang bermasalah kes akan

ditutup dan guru perlu merekodkan laporan pengurusan yang dibuat.

Tetapi seandainya guru gagal mengawal tingkah laku tersebut, kes

tersebut akan dirujuk kepada guru Kaunseling dan guru kelas perlu

memantau perkembangan pelajar tersebut.

Seandainya kes pelajar dapat diselesaikan oleh guru kaunseling maka

kes akan ditutup dan laporan tindakan akan direkodkan oleh guru

kaunseling dan guru kelas. Namun sekiranya masih gagal menyelesaikan

maka kes akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin. Guru disiplin akan

melaksanakan tindakan-tindakan yang relevan untuk menyelesaikan kes

tersebut. Manakala kes yang lebih berat akan dirujuk kepada Guru Besar.

Seterusnya guru besar akan membuat keputusan sama ada kes tersebut

perlu dirujuk kepada pihak luar seperti polis, hospital dan sebagainya

(Myint Swee Khine, 2005 dalam Haliza Hamzah et al.,2014).

Seterusnya setelah anda mengetahui langkah-langkah menangani

masalah tingkah laku dalam bilik darjah, anda juga perlu mempunyai

pengetahuan tentang peranan yang boleh diambil untuk memantapkan

pengurusan masalah tingkah laku dalam bilik darjah. Tahukan anda

bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Surat Pekeliling

Iktihsas Bil 10/2001 telah mencadangkan beberapa tindakan yang boleh

anda apalikasikan untuk mengatasi masalah ini iaitu pencegahan,

penghapusan, didikan, pembetulan, hukuman dan sebagainya.

Page 16: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

16

Pencegahan

Apakah yang anda faham tentang pencegahan. Lazimnya ketegangan

boleh berlaku antara pelajar dan guru jika terdapat tingkah laku

bermasalah dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun dengan mengambil

tindakan menghindari ketegangan ini daripada berlaku akan dapat

meningkatkan kualiti persekitaran psikosoaial dan pembelajaran dalam

bilik darjah. Beberapa tindakan yang boleh anda ambil berdasarkan

cadangan berikut:

mewujudkan iklim positif dalam bilik darjah bagi merangsang dan

menggalakan tingkah laku yang baik.

mewujudkan hubungan yang baik antara guru dengan pelajar

seperti empati, bersikap peramah, sentiasa memberi penghargaan

kepada pelajar dan mengambil berat.

kekalkan persekitaran psikososial dan persekitaran fizikal yang

terurus dan kondusif.

pastikan pelajar mematuhi peraturan rutin bilik darjah yang telah

disepakati antara guru misalnya memberi salam atau ucapan salam

sejahtera bila memasuki bilik darjah.

bina peraturan dalam bilik darjah serta jelaskan kepada pelajar

perlakuan yang diterima dan perlauan yang tidak di terima.

Sentiasa Ingatkan pelajar tentang akibat salah laku.

bina hubungan yang baik serta sihat sesama rakan sebaya melalui

aktiviti kolaboratif dalam dan luar bilik darjah.

bina persekitaran pembelajaran yang dapat memberi sokongan dan

pertimbangan terhadap kewujudan perbezaan individu pelajar

dalam situasi pengajaran dan pembelajaran

Page 17: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

17

Pembetulan

Tindakan seterusnya yang boleh anda aplikasikan ialah pembetulan.

Pembetulan bertujuan untuk menangani masalah tingkah laku pelajar

secara spontan dan juga untuk menghentikan perlakuan tersebut dengan

cara yang baik tanpa menjatuhkan maruah pelajar. Tindakan ini juga

dapat menambahbaik keadaan persekitaran psikososial bilik darjah.

Terdapat beberapa tindakan pembetulan yang dicadangkan seperti:

Laksanakan hukuman yang telah diketahui oleh pelajar sekiranya

pelanggaran berlaku dan pastikan hukuman tersebut relevan

dengan kesalahan tersebut.

Memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini dengan cara

menukarkan tempat duduk .

Bimbing pelajar yang bertingkah laku negatif kepada tingkah laku

yang diingini. Pelajar yang kerap didedahkan dengan tingkah laku

baik akan mendorongnya untuk berkelakuan baik.

Sentiasa ingatkan pelajar sekiranya mereka mula menunjukkan

tingkah laku bermasalah. Mereka perlu diterangkan tentang hak-

hak di dalam bilik darjah

Didikan

Apakah peranan anda sebagai guru?. Selain mengajar guru juga

mendidik, menbentuk sikap, nilai dan akhlak melalui perlaksanaan

disiplin. Sebagai guru mata pelajaran haruslah merancang pengajaran

dan pembelajaran dengan sistematik serta tersusun, menggunakan

kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik minat belajar.

Penggunaan bahan bantuan mengajar juga dapat merangsang minat

murid terhadap pembelajaran. Guru haruslah memantau aktiviti/kerja

pelajar secara menyeluruh bagi mengesan kelemahan dan kesilapan.

Maklumkan kepada pelajar tentang pencapaian mereka serta

Page 18: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

18

mewujudkan komunikasi berkesan supaya mesej yang disampaikan oleh

guru difahami oleh murid. Antara contoh-contoh didikan yang

dicadangkan ialah:

guru hendaklah menunjukkan contoh pengamalan disiplin yang

baik seperti bertutur dengan bahasa yang sopan, bertatatertib,

menepati masa, berdedikasi, rajin, berpakaian kemas dan

sebagainya.

guru hendaklah sentiasa menyedarkan pelajar tentang kesalahan

yang telah dilakukan. Namun sekiranya usaha untuk mengubah

kelakuannya tidak berjaya, bantuan guru kaunseling diperlukan.

berikan tanggungajwab yang mempunyai unsur-unsur kepimpinan

kepada pelajar yang kerap menunjukkan tingkah laku bermasalah

seperti menjadi ketua kumpulan atau ketua kelas, menjaga

kebersihan kelas, menolong guru mengangkat buku latihan dan

sebagainya.

Tindakan ini akan menyebabkan pelajar tersebut merasa dirinya

dihargai dan mendidik sifat bertanggungjawab dalam dirinya

guru hendaklah meluangkan masa mendengar masalah pelajar

serta sentiasa memberi dorongan dan motivasi agar pesepsi diri

mereka meningkat

pelajar yang kerap bertingkah laku tidak diingini hendaklah diberi

pendedahan mengikuti program-program peningkatan diri,

Hukuman

Apakah tujuan hukuman dikenakan keatas tingkah laku yang tidak

diiingini? Hukuman digunakan untuk menghentikan tingkah laku negatif

dengan mengaitkan dengan ransangan yang menyakitkan. Semua

hukuman perlu dimaklumkan kepada pelajar dan pihak sekolah perlu

memastikan bahawa sesuatu hukuman dilaksanakan mengikut prosedur

yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa hukuman yang boleh

dilaksanakan di dalam bilik darjah seperti :

Page 19: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

19

Pembuangan adalah hukuman yang boleh dikenakan terhadap

pelajar yang melakukan kesalahan berat mengamcam

keselamatan nyawa, membinasakan herta sekolah dan

sebagainya.

Penggantungan adalah satu arahan di mana seorang pelajar

dilarang daripada memasuki kawasan sekolah atau menikmati

kemudahan di sekolah.

Hukuman dera/rotan berkesan diaplikasikan sebaik sahaja

sesuatu tingkah laku dijalankan.

Denda ialah hukuman yang dijalankan berdasarkan pembayaran

wang.

Amaran dikenakan apabila salah laku murid adalah kesalahan

ringan. Amaran boleh dikenakan sama ada secara lisan atau bukan

llisan.

Penyelidikan : penerokaan pelbagai media

Setelah mengetahui dan memahami jenis-jenis dan punca tingkah laku

bermasalah serta tindakan guru juga halangan-halangan yang berlaku,

anda dicadangkan membaca artikel berwasit tentang pengurusan bilik

darjah yang berkesan. Berdasarkan pembacaan tersebut huraikan

bagaimana guru dapat menangani tingkah laku bermasalah di dalam bilik

darjah.

Carian perlu meliputi latar belakang, konsep, tokoh, aplikasi

teori dan isu semasa pendidikan yang berkait dengan

tingkah laku bermasalah.

Page 20: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

20

Pengalaman

AKTIVITI 1 :

AKTIVITI 2 :

Refleksi :

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada pelbagai

sumber, pilih satu tingkah laku bermasalah berdasarkan pengalaman

anda di sekolah. Huraikan dan kaitkan masalah tersebut dengan

pembelajaran abad 21.

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan

kefahaman anda terhadap tingkah laku bermasalah

Bincangkan contoh masalah disiplin yang boleh dan tak

boleh diselesaikan oleh guru di dalam bilik darjah

Page 21: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

21

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Konsep asas bimbingan dan kaunseling

2. Matlamat dan prinsip bimbingan dan kaunseling

3. Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling

4. Bimbingan individu dan bimbingan kelompok

5. Jenis-jenis terapi dalam bimbingan dan kaunseling

6. Peranan guru biasa sebagai guru pembimbing

UNIT 2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING(12 Jam)

Hasil Pembelajaran Unit

Sinopsis

Dalam unit ini anda akan didedahkan tentang konsep asas bimbingan dan

kaunseling, matlamat serta prinsip bimbingan dan kaunseling. Di samping

itu pelajar juga akan didedahkan tentang kemahiran asas bimbingan dan

kaunseling. Seterusnya modul ini juga akan menghuraikan bimbingan

individu dan bimbingan kelompok serta jenis-jenis terapi dalam bimbingan

dan kaunseling. Di akhir modul pelajar turut mendapat pengetahuan

tentang peranan guru biasa sebagai guru pembimbing.

2.1 Konsep asas bimbingan dan kaunseling

Shertzer & Stone (1992) menyatakan bahawa bimbingan merupakan

suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia

mereka. Ini bererti individu akan diberi bimbingan untuk mengenali diri

individu dalam pelbagai aspek. Individu yang memahami kekuatan dan

kelemahan diri akan menjadikan individu lebih menerima dirinya sendiri.

Ini akan menghindarkan individu tersebut mengalami konflik diri. Ia juga

akan membantu individu untuk berinteraksi dengan persekitaran dengan

Page 22: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

22

lebih harmoni. Selain itu, bimbingan juga melibatkan proses yang

melibatkan tindakan-tindakan atau langkah-langkah untuk mencapai

matlamat klien. Kaunselor akan memainkan peranan seperti yang

sepatutnya dimulai dengan langkah pembentukan atau penjelasan

matlamat klien. Klien juga dibantu untuk mencari jalan bagaimana

menentukan tindakan yang sepatutnya diambilnya pada masa sekarang

dan masa hadapan.

Manakala, kaunseling adalah satu proses pertolongan yang profesional

bertujuan membantu individu untuk memahami diri dan dunia

persekitarannya. Kaunselor adalah individu yang akan mengendalikan

proses kaunseling. Kaunselor ini adalah profesional dan mempunyai

kelayakan dalam bidang kaunseling. Individu yang bakal dibantu dikenali

sebagai klien. Proses kaunseling akan menggunakan kaedah perbualan

secara bersemuka di antara kaunselor dengan klien.

Perbualan ini mempunyai struktur dan juga bermatlamat. Kaunselor akan

menggunakan kemahiran-kemahiran asas kaunseling akan di dalam

perbualan berstruktur ini. Sesi perbualan ini pada kebiasaannya berlaku

lebih daripada sekali atau bersiri. Kekerapan ini bergantung dengan isu

atau masalah yang dikongsi oleh klien bersama dengan kaunselor.

Tahap-tahap tertentu akan dilalui di dalam perbualan ini di dalam proses

kaunseling. Masalah klien dijangka dapat diselesaikan melalui temubual

bersiri ini.

2.2 Matlamat dan prinsip bimbingan dan kaunseling

Matlamat bimbingan dan kaunseling

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang ditawarkan mempunyai

matlamat yang pelbagai bergantung kepada bidang atau disiplin

kaunseling. Perkhidmatan ini bergantung juga kepada kategori

perkhidmatan seperti perkhidmatan pencegahan atau menangani krisis.

Page 23: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

23

Namun secara umumnya matlamat Bimbingan dan Kaunseling dapat

diringkaskan kepada lima matlamat iaitu:

a) Menjana tingkah laku positif ; Kaunselor dijangka dapat mengenalpasti

tingkahlaku klien yang negatif. Sekiranya ini berlaku, kaunselor dapat

mencari alternatif penyelesaian agar tingkahlaku negatif klien dapat

ditukar kepada tingkahlaku yang positif. Kaunselor akan berbincang dan

sama-sama mencari alternatif yang sesuai dan dipersetujui oleh klien

untuk melakukan perubahan tersebut. Klien akan bertanggungjawab

terhadap pilihan tersebut walaupun dipersetujui bersama-sama.

b) Menjana hubungan yang positif ;Melalui proses kaunseling, klien

diharap menguasai kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk

membina hubungan yang positif dengan persekitaran. Halangan

komunikasi biasanya mendatangkan masalah yang besar kepada klien

apabila berinteraksi dengan orang lain. Justeru itu, halangan-halangan ini

akan diminimakan agar klien dapat membina hubungan yang lebih baik

dan berkesan.

c) Menjana kendiri efektif ; Konsep kendiri yang tinggi akan membuatkan

individu lebih berfungsi dengan positif di dalam masyarakat. Interaksi

dengan ahli masyarakat dengan boleh menjadikan individu ahli

masyarakat yang positif. Penyelesaian masalah peribadi dan

menyesuaikan diri dengan keperluan persekitaran adalah matlamat dalam

perkhidmatan kaunseling kepada kliennya.

d) Membuat keputusan rasional ; Individu terdedah untuk membuat

keputusan pada setiap masa. Setiap keputusan akan mendedahkan

dengan risiko. Justeru itu, proses bimbingan dan kaunseling dijangka

akan dapat membantu seseorang itu dalam membuat keputusan yang

rasional dan bermakna. Keputusan tersebut dijangka akan memberi

manfaat dan kelebihan yang lebih baik kepada individu tersebut.

e) Pencapaian potensi diri ; Melalui proses kaunseling, klien dijangkakan

akan mendapat menyedari kekuatan, kebolehan, bakat dan minat diri

Page 24: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

24

yang boleh diperkembangkan untuk membina potensi diri ke tahap

optima. Kesedaran ini dijangkakan akan diperolehi oleh klien hasil

daripada temubual dan perkongsian maklumat oleh klien bersama

kaunselor.

Prinsip-Prinsip Bimbingan Dan Kaunseling

a) Tiap-tiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang

perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status

sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaannya.

b) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama,

iaitu kerjasama harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar

yang memerlukan bimbingan, tetapi juga di antara kaunselor dengan

pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa yang berkenaan.

c) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut

prosedur dan peraturan atau tata cara yang ditetapkan. Ia menjadi

berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.

d) Kaunseling ialah interaksi di antara kaunselor dengan pelajar berdasarkan

perhubungan mesra dan kepercayaan.

e) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diberi kepada

pelajar yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk

memilih tempat perbincangan.

f) Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan di antara kaunselor dan kliennya

di dalam bilik yang disediakan khas.

g) Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi

memelihara hak pelajar. Segala maklumat pelajar adalah dianggap sulit

dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya

sahaja.

h) Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi

bersendirian di antara kaunselor dan pelajar sahaja. Segala perkara yang

dibincangkan haruslah dirahsiakan.

Page 25: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

25

i) Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi,

sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan timbul semula.

j) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh

kaunselor yang bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih, iaitu orang

yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan

masalah akademik ataupun masalah peribadi.

2.3 Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

Kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan kaunseling biasa digunakan

oleh seseorang kaunselor untuk melancarkan proses sesi kaunseling.

Anda sebagai seorang guru juga boleh menggunakan kemahiran-

kemahiran tersebut dalam intervensi untuk membantu menangani tingkah

laku bermasalah. Berikut adalah kemahiran-kemahiran asas bimbingan

dan kaunseling :

Kemahiran Membina Hubungan

Kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi perangsang

kepada klien supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Anda mesti

berusaha membina suasana persekitaran yang kondusif lagi meyakinkan

dan menunjukkan kemesraan kepada klien. Sesuatu perhubungan yang

baik boleh diperhatikan melalui beberapa perlakuan iaitu kemesraan

perhubungan dalam pertemuan, murid berkongsi masalah tanpa rasa ragu

dan murid melahirkan kepercayaan disebabkan penerimaan tanpa syarat

oleh guru.

Page 26: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

26

Ruang Untuk Berkomunikasi

Anda perlu memahami beberapa pertunjuk berhubung masalah ruang ini

seperti peraturan agama, perbezaan jantina, umur, budaya , latar

belakang etnik dan isu yang dibincangkan. Ketika berkomunikasi, anda

haruslah tidak terlalu hampir atau terlalu jauh sehingga boleh

menyukarkan interaksi kedua-dua pihak.

Kemahiran Berkomunikasi

Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai

seorang guru. Sebagai seorang guru, anda hendaklah menggunakan

perkataan-perkataan yang mudah difahami oleh murid. lni adalah kerana

bukan semua murid adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai

pengetahuan yang sama. Di samping itu, anda hendaklah mengelakkan

penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit kerana

mengelakkan murid daripada keliru dan tidak faham apa yang telah anda

dikatakan. Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak

mata seperti mengangguk kepala dan duduk mencodong ke hadapan

sedikit sebagai tanda menunjukkan minat dan lain-lain gerak balas.

Kemahiran Menyoal

Satu lagi kemahiran asas yang penting dalam proses intervensi adalah

kemahiran menyoal. Menyoal di sini bermaksud keupayaan guru untuk

mengemukakan sesuatu soalan yang bertujuan memudahkan kefahaman

klien terhadap tajuk atau isu yang sedang dibincangkan. Kesesuaian

soalan yang dikemukakan amat penting agar maklum balas yang

diperoleh boleh membantu proses intervensi. Kemahiran menyoal ini

dapat dipraktikkan melalui dua bentuk soalan, iaitu soalan terbuka dan

soalan tertutup.

Page 27: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

27

Contoh soalan terbuka :

“Cuba anda terangkan apakah peristiwa yang telah berlaku.”

Contoh soalan tertutup :

“Siapakah yang melakukannya?”

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan perkara asas yang perlu dikuasai

dengan baik oleh seseorang guru. Secara amnya mendengar adalah satu

proses yang dinamik dimana anda mencuba sedaya upaya memberi

sepenuh tumpuan dari segi jasmani, emosi dan perasaan untuk

memahami dan mendapatkan mesej yang hendak disampaikan secara

berkesan.

Biasanya dalam proses komunikasi, individu akan memberi tumpuan

kepada dua bentuk penyampaian yang berbeza, iaitu yang melibatkan

lisan dan bukan lisan. Penumpuan terhadap bentuk lisan melibatkan

usaha anda untuk memahami mesej yang disampaikan secara pertuturan,

sebutan ataupun ucapan. Biasanya mesej secara lisan lebih mudah

difahami melalui nada, kata-kata, bahasa, gaya, sebutan dan sebagainya.

Tumpuan bukan lisan pula memerlukan anda mendapatkan mesej secara

tidak langsung melalui penggunaan bahasa isyarat yang mana ia

dipersembahkan melalui pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan cara

memberi tumpuan kepada gerak geri badan (contoh: cara duduk), mimik

muka (contoh: senyum) ataupun pergerakan anggota badan (contoh :

mendakap tangan). Mesej yang tersirat ini sebenarnya membantu anda

untuk memahami dengan lebih jelas tentang apa yang disampaikan

secara lisan.

Page 28: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

28

Parafrasa atau Menyatakan Semula

Dalam keadaan-keadaan tertentu, guru perlu membuat penegasan

tentang sesuatu perkara yang sedang dibincangkan. Ketika ini guru

bolehlah membuat parafrasa, iaitu menyatakan semula isi cerita secara

ringkas supaya mudah difahami.

Contoh :

Murid : “Saya memang begitu serius sekali dengan semua rakan-rakan

saya.”

Guru : “Jadi anda begitu serius sekali dengan rakan-rakan anda.” “Ya,

saya memang serius.”

Kemahiran Berempati

Empati bermaksud “memahami orang lain melalui kendiri dalaman orang

itu (rangka rujukan) yang dijadikan sebagai asas bagi memahaminya dan

untuk berkomunikasi dengannya” (Kurpius, 1986). Sebagai guru,

kemahiran berempati amat penting untuk menunjukkan bahawa anda

betul-betul berada di sisi murid. Maksudnya murid tersebut boleh

merasakan bahawa dia betul-betul sedang dibantu dari segi jasmani,

emosi, perasaan serta mental ketika itu.

Kemahiran Refleksi

Kemahiran ini memperlihatkan sejauh mana anda boleh membaca mesej

atau maklumat yang hendak disampaikan oleh murid. Pada waktu yang

sama anda cuba menyatakan kembali mesej tersebut kepada murid itu.

Dengan cara ini, kita boleh membuktikan kepada klien bahawa kaunselor

sedang berusaha menerokai serta melihat alam klien sebagaimana apa

Page 29: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

29

yang sedang dilihat oleh klien sendiri ketika itu. Kemahiran refleksi boleh

dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu refleksi perasaan, refleksi

pengalaman dan refleksi isi.

Kemahiran Melakukan Dorongan Minimum

Dorongan minima sangat diperlukan sebagai tanda sokongan dan

dorongan kepada murid untuk meneruskan perbincangan. Dorongan

minima merupakan respon dalam bentuk ungkapan ringkas ataupun

pergerakan positif yang mengalakkan klien untuk terus bercakap dan

memberikan penjelasan. Antara contoh dorongan minima dalam bentuk

perkataan adalah seperti bagus, teruskan, selepas itu, jadi, terangkan lagi,

oh, dan dalam bentuk anggota seperti sentuhan, angguk kepala, kerutan

di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi. Tujuan dorongan minima adalah

untuk memberikan rangsangan kepada klien untuk terus bercerita. Di

samping ia menunjukkan kaunselor mendengar dan faham apa yang

sedang diperkatakan oleh klien.

Kemahiran Mengendali Kesenyapan

Anda perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi

intervensi. Anda perlu tahu masa yang sesuai untuk mengalakkan murid

terus bercakap atau mengekalkan kesenyapan untuk beberapa ketika.

Kesenyapan ini memberikan peluang kepada guru dan murid untuk

memikirkan tindakan yang sewajarnya diambil seterusnya. Selain itu, ia

juga memberikan peluang kepada murid untuk berfikir kembali dengan

tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang

barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya.

Page 30: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

30

Kemahiran Konfrontasi

Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik

antara guru dengan murid. Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan,

guru menggunakan nada yang lembut yang mengandungi unsur- unsur

ambil berat agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh murid.

Biasanya kemahiran konfrontasi akan digunakan oleh guru kepada murid

dalam keadaan –keadaan berikutnya :

a) Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang

dirinya dengan apa yang dilakukannya.

b) Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada satu

masa apa yang dikatakan pada masa yang lain.

c) Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan.

d) Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang

dikatakan oleh klien mengenai dirinya .

Contoh l

"Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung

tiada persediaan untuk berjaya".

Contoh 2

"Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan guru itu, tapi dalam masa

yang sarna, anda rasa takut berhadapan dengan guru itu untuk

mengetahui isu yang sebenar".

Kemahiran Merumus

Merumus boleh difahami sebagai penyataan atau pengikatan semula

bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh murid dalam

sesi intervensi tersebut. Kemahiran merumus bertujuan untuk

Page 31: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

31

menyedarkan murid serta mengimbas kembali apa yang telah

dibincangkan semasa sesi intervensi itu. Sesuatu rumusan boleh

dilakukan di permulaan, di tengah atau di akhir sesi intervensi. Rumusan

yang dibuat pada hujung sesi biasanya merupakan rumusan keseluruhan

bagi sesuatu sesi intervensi.

2.4 Bimbingan Individu Dan Bimbingan Kelompok

Bidang pendidikan memerlukan peranan guru untuk membimbing semua

murid di bawah jagaannya secara efektif. Bimbingan penting dalam

pendidikan kerana dapat membantu murid-murid yang menghadapi

masalah ketika proses pembelajaran. Aspek bimbingan memerlukan guru

mengenalpasti murid-murid yang bermasalah seperti lemah akademik

dengan cara mencadangkan murid-murid ini mengikuti kelas pemulihan

bagi meningkatkan tahap pencapaian kendiri dalam melaksanakan

tugasan pembelajaran. Selain itu melalui perkhidmatan bimbingan ia juga

membantu murid yang cemerlang, pandai, berbakat, lembap serta cacat.

Proses bimbingan pendidikan meliputi tujuh aktiviti asas yang

dilaksanakan iaitu memaklumkan, menasihati, kaunseling, menilai,

membolehkan, mengesyorkan dan memberi maklum balas.

Kebiasaannya, murid-murid yang menjalani proses bimbingan mempunyai

masalah seperti berkaitan dengan kandungan kurikulum matapelajaran

yang dipelajari tidak berseuaian dengan tahap perkembangan kognitif

murid tersebut, masalah teknik-teknik pengajaran guru yang tidak

Huraikan apakah matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling?

Page 32: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

32

difahami dan tidak berkesan, motivasi, konsep kendiri dan perhubungan

social yang rendah menyukarkan murid tersebut membina hubungan di

antara guru atau rakan sebaya, masalah kemiskinan yang dihadapi murid

berkenaan, krisis yang berkaitan dengan perkembangan mental seperti

mudah lupa atau susah untuk mengingati konsep atau formula yang diajar

guru di dalam kelas.

Justeru, para guru perlu bersedia menghadapi semua krisis yang

berkaitan dengan akademik. Krisis ini memberi pengaruh yang kuat

terhadap pembelajaran murid di dalam kelas. Oleh itu, perkhidmatan

bimbingan perlu kepada semua peringkat umur murid-murid termasuk

juga perkembangan kerjaya mereka. Masalah-masalah lain yang turut

dihadapi oleh murid-murid di sekolah dan perlu diberi perhatian ialah

berkaitan dengan kejutan budaya, krisis keluarga, konflik persahabatan

dan masalah dalam pembelajaran. Murid-murid yang menghadapi krisis

kendiri dan kerjaya perlu diberi keutamaan dalam memberi perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling. Terdapat dua jenis bimbingan dan kaunseling

yang dilakukan iaitu bimbingan individu yang memberi fokus terhadap

satu masalah spesifik atau bimbingan kelompok yang lebih menumpukan

kepada isu-isu generik perkembangan sosial.

2.4.1 Bimbingan Individu

Berdasarkan takrifan Shertzer dan Stone (1981), berpendapat

bahawakaunseling individu merupakan satu proses interaksi yang

menyediakan hubungan bermakna mengenai diri dan persekitaran yang

akan menghasilkan matlamat dan nilai untuk perubahan tingkah laku pada

masa hadapan.Manakala menurut Blackma (1977) menakrifkan maksud

kaunseling individu sebagai hubungan tolong-menolong yang unik apabila

klien berpeluang belajar, menghayati, berfikir dan berubah mengikut apa

yang difikirkan yang memberi faedah atau manfaat kepada dirinya.

Mengikut pendapat Holland dalam Gibson Mitchell (1981), seseorang

individu akan mendapat kepuasan yang lebih apabila persekitaran kerja

Page 33: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

33

menepati minat mereka dan kerja yang bersesuaian dengan minat

mereka. Oleh itu, penting bagi seseorang murid itu didedahkan dengan

kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan akademik mereka.

Pada masa sama juga sebagai ingatan kepada klien kepentingan

merancang kerjaya. Dari segi kaunseling peribadi pula, seseorang individu

itu perlu bersikap aktif dalam kehidupan seharian bagi menyara

kehidupannya sama ada dari aspek fizikal, mental dan psikologikal. Selain

itu ia merupakan penerokaan pertumbuhan dan perkembangan diri klien,

klien dibantu untuk memahami pelbagai masalah dan keperluan yang

berkaitan.

Bimbingan individu melibatkan interaksi di antara dua individu iaitu

kaunselor dan klien. Kaunselor bersama-sama klien cuba menyelesaikan

konflik kendiri yang dihadapi, masalah perhubungan dengan orang lain,

masalah psikologikal dan masalah akademik. Hubungan terapeutik perlu

dibina dalam sesi bimbingan individu untuk memberi galakan kepada

seseorang individu untuk mendalami kesusahan yang dialami. Pada masa

sama, kaunselor perlu mengambil kira perkembangan keperluan khas

murid seperti kematangan, bermasalah, kemurungan, kemiskinan dan

sebagainya.

Masalah yang perlu diberi perhatian ketika mengendalikan sesi bimbingan

individu ialah masalah penyesuaiann diri dari satu tahap ke tahap yang

lain, masalah perhubungan dengan keluarga, kematian, kebimbangan,

kemurungan, masalah pemakanan, penderaan seksual, identiti seksual,

pemikiran untuk membunuh diri, masalah akademik dan imej dan masalah

konsep kendiri. Konsep bimbingan individu menjadikan seseorang guru

seharusnya berperanan menolong murid-murid menguasai diri sendiri dan

bukan sekadar memberi nasihat. Bagi masalah murid yang mempunyai

konsep kendiri yang rendah atau sangat pemalu, guru harus memberi

perhatian dan bimbingan. Cara menangani murid yang mempunyai

masalah ini ialah dengan menggalakkan murid memberi penerangan

mengenai sesuatu situasi semasa dan perasaan yang mereka rasai.

Murid mesti mengalami dan meluahkan semua emosi yang dirasai secara

Page 34: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

34

eksplisit serta murid harus menyauarakan secara eksplisit tentang

keperluan-keperluan semasa dan masa depan mereka.

2.4.2 Bimbingan Kelompok

Persekitaran dan budaya banyak mempengaruhi corak kehidupan sesuatu

kelompok. Pada asasnya kelompok membawa makna ahli-ahli yang

berada dalam kumpulan kecil atau individu-individu yang dihimpunkan

dalam satu kumpulan. Bagi Rogers (1967), kaunseling kelompok adalah

merujuk kepada orientasi masalah dan proses memulihkan seseorang

mengikut kehendak ramai atau keputusan secara umum. Kaunseling ini

amat bersesuaian dengan individu yang mengalami kesukaran, tidak puas

hati atau bermasalah dalam tingkahlakunya. Manakala menurut Gibson

dan Mitchell (1981), kaunseling kelompok membawa maksud satu proses

dalam membantu klien menyesuaikan diri dengan perkara-perkara

seharian yang berkaitan perkembangan dan bagaimana memperbaiki

perkembangan itu. Pembaikan ini meliputi aspek tingkahlaku, hubungan

peribadi, mengambil perhatian berkaitan hal-hal jantina, nilai-nilai, sikap

serta cara memilih kerjaya dan kemahiran yang dibina.

Matlamat utama bimbingan kelompok adalah murid dibantu untuk

peningkatan akademik dan interaksi diwujudkan di kalangan individu

secara positif dan berkesan. Pengurangan krisis dalam diri dan masalah-

masalah disiplin yang timbul melalui program pencegahan peringkat awal

yang diwujudkan. Suasana yang ceria dan seronok diwujudkan, budaya

ilmu dijadikan sebahagian amalan harian murid-murid, memberi

kesedaran bahawa setiap murid adalah insan yang bersifat sosial. Mereka

perlu berganding bahu antara satu sama lain untuk membangunkan

sesebuah Negara.

Bimbingan kelompok juga lebih mementingkan suara majoriti, namun

demikian ada juga individu yang berani menyuarakan ideanya dan

dipersetujui semua orang dalam kumpulan. Individu-individu dalam

kumpulan kelompok ini lebih mempercayai rakan-rakannya daripada

Page 35: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

35

kaunselor (Cartwright dan Zander, 1953). Hal ini kerana adanya jalinan

perhubungan yang baik di antara mereka. Pelaksanaan bimbingan

kelompok di peringkat sekolah rendah memerlukan kematangan fikiran

dalam menjana idea. Peringkat umur yang sesuai adalah dalam

lingkungan antara 10 hingga 12 tahun atau murid yang berada di tahap

dua. Pemilihan umur dalam lingkungan demikian adalah kerana kanak-

kanak di peringkat umur ini dikira sudah matang. Malah dari segi aspek

perkembangan emosi, murid-murid ini dianggap boleh memahami

perasaan orang lain berdasarkan apa yang telah dilalui atau komunikasi di

antara rakan serta masyarakat sekeliling. Hasil pemahaman ini, murid-

murid ini akan lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang

lain.

Seseorang kaunselor perlu menguasai kemahiran profesional dengan

lengkap untuk menangani sesi bimbingan kelompok. Bimbingan kelompok

adalah satu bentuk kaunseling yang mencabar dan bersifat dinamik.

Kumpulan bimbingan ini terdiri dari lima hingga lapan orang di bawah

bimbingan guru kaunselor. Dalam bimbingan kelompok ini murid

berkongsi masalah yang sama, berinteraksi dengan orang lain secara

konsisten dan mengenali satu sama lain. Interaksi ini meliputi

perbincangan masalah yang dihadapi dan berkongsi pengalaman. Melalui

interaksi, perbincangan dan kemudahan atau bantuan dari kaunselor

masalah dihadapi dapat diselesaikan oleh murid berkenaan. Bimbingan

kelompok ini sangat berguna untuk pembelajaran kendiri dan memberi

pendedahan kepada murid berkongsi cara-cara yang berlainan dan

tindakan yang diambil oleh rakan-rakan dalam kumpulan.

Kebaikan yang didapati dalam bimbingan kelompok terhadap murid ialah

memberi kekuatan dan bersifat lebih terbuka serta lebih kuat dan

berkeyakinan, menolong memahami diri sendiri sebagai individu dan

memperkembangkan tahap kesedaran emosi. Selain itu, kebaikan

bimbingan kelompok ini juga dapat mengatasi manfaat yang diperolehi

semasa sesi kaunseling individu seperti murid-murid dapat mendengar

dan belajar daripada pengalaman dan idea rakan-rakan sebaya. Secara

Page 36: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

36

tidak langsung akan mewujudkan komitmen dan semangat kekitaan

terhadap kumpulan hasil perkongsian pengalaman, masalah dan idea-

idea yang hamper sama. Seterusnya, memberi manfaat kepada murid

membantu diri dan rakan sebaya dengan pembinaan hubungan dalam

kumpulan. Membentuk kefahaman mengenai individu-individu lain dalam

kumpulan dan memahami serta membantu diri sendiri. Hal ini dilakukan

melalui proses memberi dan menerima maklum balas juga merupakan

faedah yang diperolehi hasil dari sesi bimbingan kelompok.

Bimbingan kelompok ini mendapat perhatian kerana di kalangan para

guru pembimbing dan kaunselor kerana pelaksanaannya yang amat

berkesan dalam memberi kesedaran kendiri, mewujudkan rasa lebih

bertanggungjawab bagi seseorang individu. Selain itu, melalui bimbingan

kelompok ini, dapat meningkatkan keyakinan diri, menonjolkan potensi

diri, malah dapat memajukan diri dan memberi bantuan kepada individu

lain yang memerlukan. Bimbingan kelompok ini juga dapat menjadikan

seseorang individu itu berjaya mengubah sikap atau tingkahlaku diri

sendiri serta individu lain dengan mengaplikasikan kemahiran, keyakinan

dan bakat yang ada pada dirinya sendiri. Justeru, bimbingan kelompok ini

juga dilihat bagaimana sesuatu masalah ditonjolkan dan setiap individu

yang berada dalam kelompok ini bekerjasama untuk cuba menyelesaikan

masalah dengan perbincangan dan percambahan idea-idea kumpulan.

Bimbingan kelompok ini meliputi perkhidmatan bagaimana sesuatu aktiviti

bimbingan kelompok dan tunjuk ajar dirancang dan diselaraskan. Tujuan

aktiviti ini dirancang dan diselaraskan adalah untuk memperkembangkan

dan menyuburkan konsep kendiri yang bersifat kognitif, afektif,

psikososial, jasmani, vokasional dan pengetahuan dan penghayatan

agama. Tujuan bimbingan kelompok ini disediakan untuk menyesuaikan

murid-murid dengan masalah disiplin yang dihadapi, pelajaran dan sosial

hasil dari cadangan murid-murid dari semasa ke semasa. Selain itu

bimbingan kelompok juga dapat membantu murid-murid menghadapi

peperiksaan seperti SRP, SPM dan STPM. Perkhidmatan ini adalah untuk

Page 37: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

37

membimbing murid-murid yang bermasalah mempelajari subjek-subjek

tertentu yang diambil untuk peperiksaan.

2.5 Jenis-jenis terapi dalam bimbingan dan kaunseling

Terdapat pelbagai jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam sesi

bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah tingkah laku

bermasalah di dalam bilik darjah. Antaranya ialah:

Terapi Bermain

Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang

bermaksud satu perkhidmatan. Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan

yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah

untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.

Konsep

Bermain adalah aktiviti yang menyeronokkan, menaikkan semangat dan

meluaskan pandangan kita terhadap kehidupan. Ia mengembangkan

ekspresi, pengetahuan, keperluan dan keberkesanan diri. Main

melegakan perasaan, tekanan dan kebosanan, menghubungkan kita

dengan orang lain melalui cara yang positif. Main juga mampu

merangsang pemikiran kreatif, penerokaan dan mengawal emosi.

Terapi bermain adalah teknik semula jadi yang digunakan secara

terapeutik bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah stress,

keganasan dan masalah emosi. Landreth (2001) berpendapat bahawa

Amir menghadapi masalah malas membuat kerja rumah yang diarahkan ole h guru . Huraikan jenis kaunseling yang diperlukan olehnya

Page 38: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

38

bermain sebagai terapi merupakan salah satu sarana yang digunakan

dalam membantu kanak –kanak mengatasi masalahnya, kerana bagi

kanak-kanak, bermain adalah simbol verbalisasi.Dari aspek psikologi,

terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi

perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu mereka

berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu kanak-kanak

menunjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti

yang dijalankan.

Kepentingan Terapi Bermain

Mengurangkan Masalah Komunikasi

Apabila bermain bersama rakan, anda akan lihat secara tidak langsung

kanak-kanak berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan ini, kanak-

kanak dapat meningkatkan perbendaharaan kata, tatabahasa, cara

menggunakan bahasa yang betul, dapat meningkatkan kemahiran

komunikasi serta berani untuk berkomunikasi. Terapi permainan dapat

membantu kanak-kanak meluahkan pemikiran, perasaan dan apa yang

merisaukan mereka kerana dalam keadaan biasa, mereka tidak pandai

meluahkan dengan bahasa lisan.Melalui terapi bermain juga, kanak-kanak

belajar untuk berkomunikasi dengan orang lain, meluahkan perasaan ,

mengubah suai tingkah laku, membangunkan kemahiran menyelesaikan

masalah dan belajar pelbagai cara untuk berhubung dengan orang lain.

Meningkatkan Keyakinan Diri

Terapi bermain juga adalah satu cara untuk menghilangkan estim kendiri

yang rendah, masalah tidak dapat mengekalkan tumpuan,

kebergantungan berlebihan, masalah penarikan diri (withdrawl),

ketidakcekapan dalam pembelajaran dan masalah lain yang sukar diatasi

dengan cara yang lebih formal. Selain itu terapi bermain memberi

Page 39: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

39

peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri tanpa

bergantung kepada orang lain. Misalnya semasa bermain mereka

membuat keputusan sendiri untuk memilih permainan yang disukai. Terapi

bermain dapat membantu kanak-kanak menilai diri sendiri, menilai

kelebihan untuk memperbaiki kelemahannya, meningkatkan kemampuan

dan keberkesanan diri dan akhirnya lebih yakin tentang kebolehan

mereka.

Meningkatkan Kepercayaan Terhadap Orang Lain

Terapi bermain dapat memupuk empati, meningkatkan keupayaan

mempercayai, menghormati fikiran dan perasaan orang lain. Kanak-

kanak akan berkongsi masalah seperti “tidak suka matapelajaran

Matematik”, sebab berasa sedih, gementar dan sebagainya. Terapi

bermain membina cara semula jadi bagaimana kanak-kanak belajar

tentang diri mereka dan hubungan mereka dalam dunia di sekeliling

mereka.

Meningkatkan Perkembangan Fizikal

Terapi bermain juga dapat meningkatkan perkembangan fizikal melalui

gerakan anggota tubuh badan. Semasa bermain, kanak-kanak dapat

menyalurkan tenaga (energy) yang berlebihan, sehingga ia tidak merasa

gelisah. Dengan demikian otot-otot tubuh akan tumbuh menjadi kuat.

Perkembangan motor kasar dan halus juga dapat dirangsang dengan

baik.

Mengurangkan Masalah Sosioemosi

Perkembangan sosioemosi juga dapat ditingkatkan dengan aktiviti

bermain. Anda akan lihat bagaimana kanak-kanak belajar tentang

Page 40: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

40

kemahiran sosial dan kemahiran baru dalam hubungan dengan keluarga,

sistem nilai, kebiasaan-kebiasaan dan standard moral yang dianut oleh

masyarakat. Semasa bermain, kanak-kanak mendapat kesempatan untuk

melepaskan ketegangan yang dialami, belajar untuk mengalami dan

meluahkan emosi dan akan membuat kanak-kanak lebih relaks.

Hubungan positif antara guru dan kanak-kanak semasa sesi terapi

bermain boleh memberikan pengalaman emosi yang betul untuk

mengatasi masalah tingkah laku. Melalui bermain , guru boleh membantu

kanak-kanak belajar tentang tingkah laku penyesuaian apabila terdapat

kemahiran emosi atau sosial yang defisit.

Meningkatkan Perkembangan Kognitif

Perkembangan aspek kognitif juga dapat ditingkatkan kerana semasa

bermain, kanak-kanak akan belajar konsep umum, mengembangkan daya

cipta dan memberi gambaran tentang penyelesaian konflik dalaman serta

penyelesaian yang baru dan kreatif untuk masalah yang dihadapi.

Apabila seorang kanak-kanak bermain, mereka akan berinteraksi dan ini

secara langsung membolehkan mereka memahami kata-kata yang

diucapkan oleh rakan-rakannya, mengasah ketajaman pancaindera,

menjadikannya lebih kreatif, kritis dan bukannya kanak-kanak yang acuh

tak acuh terhadap kejadian disekelilingnya.

Proses Pelaksanaan Sesi Terapi Bermain

Setiap sesi terapi permainan berbeza panjang tetapi biasanya

berlangsung kira-kira 30 hingga 50 minit. Masalah yang tidak rumit

mengambil masa yang singkat, manakala masalah yang lebih serius akan

mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Pelaksanaan sesi terapi bermain dimulai dengan langkah-langkah seperti

berikut:-

Page 41: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

41

a. Merancang Sesi Terapi

Perancangan sesi terapi atau rawatan boleh dibuat setelah segala

maklumat mengenai kanak-kanak tersebut, latar belakang keluarga dan

masalah tingkah laku telah dikumpul. Hubungan yang baik/ rapport antara

guru dengan kanak-kanak perlu dibina dahulu agar kanak-kanak dapat

mengeksplorasi secara optimum semasa bermain. Setelah semua

maklumat disediakan, ia perlu dimaklumkan kepada ibu bapa untuk

mendapat persetujuan dan sokongan.

b. Pelaksanaan Sesi Terapi

Pada sesi ini, guru akan melaksanakan rancangan yang sudah dirangka

dengan mengambilkira sikap profesional, kejujuran dan kerahsiaan. Selain

itu guru juga perlu mewujudkan rasa aman dan kebebasan pada diri

kanak-kanak untuk menentukan pilihan dan mengekspresikan diri.

Seringkali kanak-kanak dapat memulakan permainan dengan spontan,

namun ada juga beberapa kanak-kanak yang hanya diam saja di ruang

terapi bermain. Oleh sebab itu guru perlu mempunyai kemahiran agar

mampu membuat kanak-kanak tidak berasa kekok untuk memulakan

permainan.

Menurut Mc. Mahon (2001), ada beberapa cara untuk menggalakkan

kanak-kanak terlibat aktif dalam bermain. Guru boleh memainkan boneka

tangan, bermain Teddy Bear atau boneka lain, atau membuat lawak

jenaka. Ada beberapa batasan yang perlu ditangani dalam pelaksanaan

sesi terapi iaitu memastikan bahwa alat-alat permainan selamat

digunakan. Apabila didapati kanak-kanak marah, merosakkan mainan

atau bertindak agresif, guru perlu menghentikan mainan, menggantikan

mainan yang lain atau menghentikan sesi terapi. Hasil pemerhatian harus

dicatat sebaik sahaja selesai terapi. Guru boleh menggunakan alat

Page 42: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

42

perakam suara atau video agar mudah untuk meneruskan sesi terapi

seterusnya.

c. Penilaian Sesi Terapi

Pada sesi ini, guru akan membuat penilaian apakah terapi efektif atau

kurang efektif? Apakah sesi terapi perlu diteruskan atau dihentikan?

Terapi bermain kurang efektif jika dilakukan pada kanak-kanak yang

pendiam atau pasif kerana mereka akan sangat sukar untuk diajak

bermain oleh guru. Proses dan tempoh sesi terapi berbeza, bergantung

kepada masalah dan kerjasama kanak-kanak itu sendiri, dari beberapa

minggu hingga 1 atau 2 tahun. Guru juga boleh memberikan hadiah atau

cenderahati kenangan hasil dari sesi terapi seperti gambar semasa sesi

terapi.

Teknik Terapi Bermain

Terdapat beberapa teknik terapi bermain yang biasa digunakan oleh guru.

Antaranya ialah bermain dengan anak patung, boneka dan main pasir.

Bermain Anak Patung

Semasa bermain dengan anak patung, kanak-kanak tidak rasa terancam.

Mereka selalunya dapat melahirkan perasaan dan pemikiran, membentuk

identiti diri dengan anak patung dan dapat menunjukkan perasaan dan

menyalurkan konflik kepada anak patung tersebut. Guru harus

pelbagaikan anak patung dari segi saiz dan jenis. Anak patung dari kaum

etnik yang berbeza, mewakili peranan ahli keluarga yang berlainan dan

mewakili masyarakat juga elok digunakan semasa sesi terapi.

Page 43: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

43

Bermain Boneka

Terapi bermain dengan boneka membolehkan anda melihat dengan jelas

bagaimana kanak-kanak akan menunjukkan emosi yang kuat seperti

marah kepada boneka tanpa berasa serba salah, serta meluahkan

perasaan secara selamat dan sihat. Guru boleh menyediakan boneka

yang pelbagai jenis agar kanak-kanak boleh membuat pilihan yang

menepati kesukaan mereka seperti boneka tangan, boneka jari, boneka

kadbod dan lain-lain.

Main Pasir

Anda tentu pernah melihat betapa gembiranya apabila kanak-kanak

bermain pasir di tepi pantai. Mereka seronok menyodok, mengorek dan

membuat pelbagai bentuk untuk menghasilkan satu hasilan yang kreatif.

Aktiviti di tepi pantai yang menyeronokkan ini juga boleh dibawa ke bilik

terapi main pasir asal sahaja guru kreatif. Semasa main pasir, kanak-

kanak akan bercerita dan jika guru pandai berbual, kanak-kanak akan

melakonkan peristiwa atau trauma yang telah berlaku dalam hidup

mereka, pemikiran dan perasaan dalaman yang selama ini terpendam

dalam diri mereka.

Terapi Bercerita

Konsep

Apakah cerita yang anda dengar pada zaman kanak-kanak yang masih

diingati hingga sekarang? Kenapa cerita tersebut begitu terkesan di hati

anda? Cerita sebenarnya sangat disukai oleh kanak-kanak kerana

biasanya ia berasaskan rekaan sendiri dan berunsurkan fantasi. Nilai-nilai

moral yang terkandung dalam cerita selalunya bertindak sebagai motivasi

instrinsik kepada kanak-kanak dan terapi bercerita merupakan

pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang

mempunyai tingkah laku bermasalah.

Page 44: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

44

Terapi bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo

serta mengenali kanak-kanak dengan lebih rapat. Semasa

menyampaikan cerita, kanak-kanak secara tidak langsung akan berkongsi

maklumat mengenai diri serta keluarga mereka. Dengan cara ini, guru

akan lebih memahami konflik yang dialami oleh kanak-kanak.

Kepentingan Terapi Bercerita

Cerita merangkumi pengalaman emosi dan terapi bercerita memberi

kanak-kanak perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan

konteks untuk mereka memahami perasaan tersebut. Dengan mendengar

cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu

menghadapi masalah harian.

Selain itu, cerita dapat membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah

secara kreatif. Lazimnya, cerita mengandungi masalah atau konflik yang

harus diselesaikan. Cerita membawa kanak-kanak menghayati setiap

langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Cara ini mengajar

kanak-kanak lebih kreatif, pintar akal dan ketabahan.

Cerita juga menunjukkan tindakan dan akibat serta contoh kegagalan dan

kejayaan, kesedihan dan kegembiraan. Ini memberi tunjuk ajar kepada

kanak-kanak cara membuat keputusan positif pada masa hadapan kelak.

Cerita selalunya mencerminkan keadaan manusia yang universal. Melalui

peristiwa yang distruktur secara emosi, cerita memberi kefahaman

bahawa walaupun wujud perbezaan antara satu sama lain, semua

manusia menghadapi rintangan hidup yang sama.

Proses Pelaksanaan Terapi Bercerita

Guru boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu pendekatan terapi

kepada murid-murid dengan cara cuba mendekati murid bermasalah.

Page 45: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

45

Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk meluahkan perasaan

mereka secara terbuka kepada guru atau kaunselor. Oleh itu, guru perlu

mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang sedang dihadapi

atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut.

Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta jalan

cerita yang sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang

dihadapi. Guru hendaklah bijak membuat pemilihan jalan cerita supaya

kanak-kanak dapat dipupuk dengan nilai-nilai yang positif. Jalan cerita

yang baik untuk kanak-kanak adalah cerita yang ringkas, mudah difahami,

menarik, menggunakan bahasa yang sesuai dan mempunyai nilai moral

yang tinggi supaya kanak-kanak dapat menghayati pengajaran yang ingin

disampaikan pada akhir sesi bercerita.

Namun begitu, guru harus kreatif agar kanak-kanak itu lupa dia

mempunyai perasaan sedih atau dalam keadaan kesakitan. Apabila

murid mendengar cerita tersebut dia akan terdorong untuk mendengar

lantas meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi secara tidak

langsung. Malah, jika murid masih malu atau tiada keyakinan untuk

bercerita kepada kaunselor, guru perlulah menyatakan pengakhiran cerita

yang baik dan boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada murid

tersebut. Cerita boleh diakhiri secara positif dengan watak-watak dalam

cerita dapat menyelesaikan masalah. Hal ini supaya murid dapat

membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berpandukan penutup

cerita yang disediakan oleh guru.

Apabila mendengar cerita, kanak-kanak dapat menyediakan pengalaman

untuk masa hadapan. Guru yang dapat bercerita dengan teknik yang

berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi

kanak-kanak, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu.

Kesannya, kanak-kanak lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang

serupa dalam kehidupannya.

Page 46: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

46

Kanak-kanak juga boleh diminta untuk bercerita kerana mereka akan

berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di

samping melahirkan perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru lebih

memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka.

Semasa kanak-kanak bercerita, guru harus peka kepada watak, peristiwa

penting dan mesej dari cerita. Guru perlu mahir menggabungkan

maklumat verbal dan non-verbal dalam mengenali kanak-kanak dan

mentafsir mesej yang dikemukakan secara simbolik melalui cerita agar

dapat mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapinya. Guru boleh

mengemukakan alternatif tentang cara-cara penyelesaian yang sihat

terhadap konflik dalam versi kanak-kanak tadi. Semasa bercerita kanak-

kanak boleh menggunakan props seperti boneka, krayon, dan bahan-

bahan lain yang sesuai.

Terapi Seni

Konsep terapi seni

Menurut American Art Therapy Association, terapi seni adalah suatu

profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam

lukisan untuk menambahbaik dan menyempurnakan fizikal, mental dan

emosi individu dibawah semua peringkat umur. Terapi seni diterima

sebagai satu unsur teraputik atau rawatan tanpa ubatan dan umpama

proses pembedahan untuk penyelesian sesuatu masalah. Dengan

melakukan aktiviti seni, murid yang mengalami tekanan atau stress dapat

meluahkan perasaannya dalam pelbagai bentuk karya seni. Kaedah ini

menggalakkan klien berkongsi perasaan dan pemikirannya yang sukar

untuk dizahirkan melalui kata-kata atau tulisan; tetapi boleh melalui

lukisan dan kerja seni.

Page 47: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

47

Kepentingan Terapi Seni

Didalam sesi terapi seni, aspek yang difokuskan ialah pengalaman

dalaman iaitu yang melibatkan peasaan, persepsi dan imaginasi cuba

dipancarkan dalam bentuk imej, fikiran dan idea dibawah pengalaman

klien. Murid yang datang dari latar belakang yang berbeza sama ada dari

segi genetik, keluarga, bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama;

boleh menjadikan terapi seni sebagai medim untuk merungkai komleksiti

peribadi dan interpersonal. Oleh hal yang demikian, terapi seni penting

untuk :

Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran

Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri

Meningkatkan kemahiran pengrusan hidup

Menguatkan motor kasar dan motor halus

Membina kesedaran untuk bersosial

Dan sebagainya.

Langkah-langkah pelaksanaan terapi seni

Terapi seni boleh dilaksanakan dengan mengggunakan bahan seni

melalui pendekatan yang menarik dan berbeza. Pendekatan gabungjalin

seni dalam proses pembelajaran akan membuatkan murid-murid berasa

seronok. Antara bidang seni visual yang sesuai untuk terapi ialah :

Menggambar

Membuat corak dan rekaan

Membentuk dan membuat binaan

Mengenal kraf Tradisional

Semua murid mempunyai potensi diri yang perlu digilap. Mereka sentiasa

memerlukan didikan dan bimbingan yang baik dari para guru agar niali

Page 48: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

48

kreativiti dapat dicungkil dan dikembangkan serta dizahirkan dalam bentuk

karya yang menarik. Peranan guru penting dalam mencetuskan idea-idea

kreatif dan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Pelbagai jenis aktiviti seni boleh dijadikan terapi kepada murid-murid

mengikut keperluan, kebolehan dan kemahiran mereka. Fokus aktiviit

terapi seni adalah untuk mengembangkan perkembangan psikomotor,

kodnitif , emosi, bakat, komunikasi dan sosial mereka. Cadangan aktiviti

terapi seni untuk teknik menggambar adalah seperti berikut:

1. Lukisan

Lukisan adalah seni menggambar objek atau pelan dengan garisan di

atas permukaan rata dengan menggunakan media kering seperti pensil

warna dan krayon. Karya yang dihasilkan secara sepontan adalah

mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu.

2. Cetakan

Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan pada

permukaan blok atau plat ke atas permukaan rata. Permukaan blok

ditoreh untuk menimbulkan gambar atau kesan corak. Kemudian blok

disapu dengan dakwat dan dicetak pada medium lukisan secara mono

atau berulang -ulang.

3. Stensilan

Hasil seni ini menggunakan rupa bentuk gambar yang dilarik dan

dikeluarkan daripada alat stensil, dan meninggalkan ruang kosong pada

stensil tersebut.

Kemudian stensil diletakkan di atas kertas atau fabrik kosong, lalu disapu

di atasnya dengan warna. Warna akan melalui ruang kosong atau lubang

dan meresap ke atas kertas atau fabrik. Garis luar pada lubang itu akan

memberi kesan garis luar kepada rupa bentuk yang ingin dihasilkan.

Page 49: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

49

4. Capan

Kaedah capan sangat seronok dilakukan oleh kanak-kanak. Banyak

benda disekeliling kita yang boleh dijadikan bahan mengecap. Bahan-

bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang

bendi, pelepah pisang dan pelepah betik boleh dijadikan motif.

Permukaan potongan atau motif itu disapu warna lalu dicap pada

permukaan kertas atau fabrik. Hasil capan boleh di jadikan binaan lain,

seperti penanda buku, kipas dan sebagainya.

5. Kolaj

Aktiviti menghasilkan kolaj adalah dengan menggunakan kaedah

tampalan keatas lakaran atau lukisan kosong yang telah disediakan lebih

awal. Bahan tampalan yang sesuai seperti kertas, fabrik, kekacang, dan

sebagainya. Bahan-bahan ini akan dipotong, dikoyak, digunting kemudian

disusun untuk menghasilkan sebuah gambar yang sempurna.

6. Titisan

Karya ini dihasilkan dengan teknik titisan, percikan atau renjisan warna ke

atas kertas lembap tu kering. Ia akan menghasilkan corak tidak terancang

mengikut kreativiti cara titisan dilakukan. Caranya ialah cairkan lilin dan

titiskan pada permukaan kertas. Bahan yang digunakan seperti lilin, kanji,

krayon dan warna air.

Terapi Muzik

Sharol (2008) menyatakan terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan

moden dan merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik

untuk tujuan pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf mental dan

fizikal. Terapi muzik telah dikenalpasti sebagai alternatif dalam rawatan

moden dan menjadi satu bidang profesional yang menggunakan muzik

Page 50: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

50

untuk tujuan pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan saraf kesihatan

mental dan fizikal.

Keberkesanan terapi muzik

Secara umum, terapi muzik dapat memberi kesan segera kepada klien

apabila diamalkan dengan terancang. Klien dapat mengambil bahagian

dalam aktiviti muzik, berkomunikasi dan belajar mengikut arahan. Mental

akan menjadi rileks dan tekanan atau stres beransur hilang. Sistem otak

akan terangsang menjadi aktif dan kreatif semasa memainkan alat muzik

yang diselang seli dengan lantunan suara dan bahasa. Dalam masa yang

sama, sistem pernafasan bertambah lancar kerana berlakunya proses

keluar masuk oksigen dan karbon dioksida. Klien tampil lebih yakin dan

berani dalam sesuatu aktiviti muzik serta berpeluang membina hubungan

sosial dalam masyarakat. Dalam kalangan murid pula, keberkesanan

terapi muzik dapat diperinci kepada beberapa bahagian berdasarkan

keperluan kumpulan murid tertentu. Apabila melakaukan terapi muzik

akan dapat membantu :-

2.6 Peranan guru biasa sebagai guru pembimbing

Proses bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah bukan hanya

digalas oleh guru kaunseling sahaja namun semua pihak termasuk guru

biasa juga terlibat secara langsung dalam proses bimbingan dan

kaunseling pelajar. Selain itu, bukan semua sekolah yang mempunyai

seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru, kadang-

kadang guru biasa juga menjalankan fungsi-fungsi sebagai guru

bimbingan dan seorang kaunselor. Peranan guru-guru biasa adalah

sangat penting kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik darjah

dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan

tingkah laku bermasalah semua murid-murid mereka. Menurut A. Ghani

Abdullah dan Abd. Rahman Abd. Aziz (2009), guru perlu mempunyai

sikap dan keperibadian sebagai kaunselor ataupun pembimbing kepada

Page 51: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

51

para pelajar memandangkan gurulah yang memainkan peranan yang

besar dan penting alam membentuk pelajar yang baik dan

berketerampilan. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan

sebagai kaunselor atau pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam

mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan

masalah harian yang dihadapinya.

Antara peranan guru biasa sebagai kaunselor atau pembimbing ialah

membantu dan membimbing pelajar mengatasi masalah yang dihadapi

seperti masalah berkaitan dengan pembelajaran, sosioekonomi dan

keluarga. Sebagai contoh, guru membimbing sekumpulan pelajar

melaksanakan tugasan yang diberi sukar seperti latihan matematik dan

akan memudahkan pelajar memahami dan menyelesaikan latihan

tersebut. Dalam masalah sosial emosi seperti kecewa, bosan, dan

sebagainya, guru perlu membimbing pelajar-pelajar berkenaan supaya

dapat membina keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran

secara aktif. Terdapat juga sesetengah kes pelajar menghadapi masalah

keluarga seperti perceraian. Dalam hal ini, peranan guru diperlukan untuk

menasihati dan berbincang dengan pelajar untuk mencari punca

berlakunya masalah keluarga. Guru juga boleh membimbing pelajar

sekiranya pelajar tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri. Dalam

konteks ini, guru harus peka dan mengambil berat tentang setiap

pergerakan dan tingkah laku pelajar. Sekiranya mendapati muri-murid

menghadapi masalah, guru perlu membimbing mencari cara

menyelesaikan maslah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah

tidak wujud seperti tidak menumpukan perhatian semasa pengajaran dan

pembelajaran dijalankan, tidur dan sebagainya.

Selain itu, peranan guru biasa sebagai kaunselor adalah membantu

mengembangkan kebolehan pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar-

pelajar di sekolah mempunyai tahap kebolehan yang berlainan sama ada

pelajar pintar, sederhana dan lemah. Menurut Ramlah Jantan dan

Mahami Razali ( 2002 ) telah membahagikan aspek-aspek perbezaan

individu kepada sebelas aspek yang berlainan, iaitu fizikal, emosi,

Page 52: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

52

kecerdasan, sosial, budaya , personaliti, bakat, minat, latar belakang dan

lain-lain. Justeru, guru memainkan peranan dalam membimbing dengan

menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran

mental mereka. Hal ini akan menggalakkan pelajar lebih terlibat secara

aktif dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, guru haruslah memberi

peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri

dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayangi

dan akan melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran dijalankan. Di

dalam kelas, guru boleh menggunakan teknik atau kaedah menyoal,

teknik peneguhan, serta memberi dorongan kepada para pelajar supaya

kebolehan dapat dikembangkan. Kebolehan murid mestilah

dikembangkan dengan seimbang dari semua aspek iaitu jasmani, rohani,

emosi, intelek dan sosial.

Di samping itu, peranan guru biasa sebagai kaunselor ialah menolong

pelajar membuat penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu

pelajar-pelajarnya menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek seperti fizikal,

mental, emosi, persekitaran dan sebagainya. Penyesuaian ini berlaku

secara langsung atau tidak langsung sama ada di dalam bilik darjah atau

di luar bilik darjah. Hal ini demikian kerana supaya pelajar dapat

menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan situasi baru yang

mereka hadapi. Hal ini disebabkan semua pelajar mempunyai latar

belakang yang berbeza sama ada dari segi budaya, agama, kaum dan

keluarga. Justeru, guru perlu memainkan peranan dalam membimbing

pelajar dengan membiasakan mereka menghadapi situasi sebenar

dengan memberi nasihat, motivasi serta kata-kata yang boleh meningkat

semangat pelajar. Dalam konteks ini, guru perlu lebih memahami

pelajarnya melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap sikap dan

keadaan pelajar-pelajar di dalam bilik darjah. Jika terdapat pelajar yang

kelihatan murung, guru perlu mengambil tindakan dengan mengadakan

perjumpaan dengan pelajar tersebut dan mengambil langkah-langkah

yang sesuai.

Page 53: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

53

Peranan guru biasa sebagai kaunselor seterusnya membimbing pelajar

membuat keputusan. Pengalaman yang dimiliki oleh guru berbanding

dengan pelajar membolehkan guru lebih bijak dalam membuat sesuatu

keputusan. Justeru, guru perlu membimbing murid untuk membuat

keputusan yang bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam

kehidupan mereka supaya mereka tidak kehilangan jalan dalam

kehidupan. Dalam konteks ini, guru hanya memberi cadangan kepada

murid, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah berada di tangan

pelajar tersebut. Selain itu, guru juga perlu memastikan keputusan yang

dibuat oleh murid adalah berpandukan nilai-nilai moral, agama, terminal

dan juga instrumental. Hal Ini disebabkan nilai-nilai adalah penting dalam

memberikan panduan dalam kehidupan manusia. Guru-guru biasa juga

boleh membantu murid-murid untuk memilih mata pelajaran yang mereka

ingin belajar dan berkomunikasi dengan mereka secara kerap untuk

berfikir tentang bidang-bidang kerjaya yang mereka akan ceburi pada

masa depan kelak.

Seterusnya, peranan guru biasa sebagai seorang kaunselor ialah

membentuk tabiat kerja murid. Pembentukan tabiat positif mampu

memberi kesan yang positif ke arah peningkatan prestasi dalam

pembelajaran. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk ialah seperti

positif terhadap kesukaran yang dihadapi, peka terhadap masa, yakin

terhadap kebolehan diri, berani mencuba untuk kebaikan dan lain-lain lagi.

Pembentukan tabiat positif ini haruslah diberi penekanan oleh guru di awal

tahun lagi agar segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan

sebagai iktibar dalam menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita

dalam usaha mencapai kejayaan. Oleh itu, dapat dirumuskan guru biasa

juga mempunyai peranan yang hampir sama dengan seorang kaunseling

iaitu sikap pembimbing. Sememangnya sifat pembimbing ini dimiliki oleh

seorang dalam membantu pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru biasa juga harus memiliki kemahiran-kemahiran

dalam proses membimbing agar dapat menyelesaikan masalah-masalah

yang dihadapi oleh pelajar dan memudahkan pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Page 54: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

54

Penyelidikan : penerokaan pelbagai media

Anda boleh meluaskan pengetahuan tentang aplikasi terapi bermain, terapi

bercerita, terapi seni dan terapi muzik dalam pendidikan dengan melayari

internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan

serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.

Pengalaman

AKTIVITI 1

Refleksi :

Carian perlu meliputi latar belakang, konsep, tokoh,

kreativiti seni kanak-kanak dan kaitan pedagogi

terapi-terapi tersebut dalam pendidikan.

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan

kefahaman anda terhadap jenis-jenis aktiviti bermain,

bercerita, seni dan muzik yang sesuai untuk

kanak-kanak.

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat

daripada pelbagai sumber, pilih satu teori di atas

dan perjelaskan sejauh manakah teori tersebut

adalah paling sesuai dengan murid – murid abad

ke-21.

Page 55: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

55

Pada akhir unit, pelajar dapat :

1. Mereka bentuk pelan pengurusan bilik darjah yang kreatif,

inovasi dan berkesan.

4. 2. Menghuraikan kekangan-kekangan dalam pengurusan bilik darjah.

5.

UNIT 3 PELAN PENGURUSAN

BILIK DARJAH (1Jam)

Hasil Pembelajaran Unit

SInopsis

Dalam unit ini, anda akan diberi peluang untuk mereka bentuk pelan

pengurusan bilik darjah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang

telah dipelajari dalam unit-unit sebelum. Aplikasi pengetahuan anda

kepada model pengurusan disiplin bilik darjah seperti konsep interaksi dan

komunikasi di dalam bilik darjah bagi mereka bentuk pelan pengurusan bilik

darjah yang kreatif, inovasi dan berkesan. Bincang kekangan-kekangan

yang akan anda hadapi dalam mereka bentuk dan melaksanakan pelan

pengurusan bilik darjah.

3.1 Mereka Bentuk Pelan Pengurusan Bilik Darjah

Pelan pengurusan bilik darjah direka bagi tujuan mewujudkan persekitaran

psikososial dan fizikal yang kondusif untuk pembelajaran murid. Anda

boleh melayari laman web pendidikan atau laman blog guru-guru lain bagi

mendapatkan idea-idea yang dapat membantu anda. Terdapat pelbagai

bentuk pelan pengurusan bilik darjah yang boleh anda muat turun melalui

internet. Rajah 1 menunjukkan satu contoh pelan pengurusan bilik darjah di

sebuah sekolah tinggi. Bincangkan kesesuaian dan perkaitan pelan

tersebut dalam bilik darjah.

Page 56: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

56

.

Rajah 3.1: Contoh Pelan Pengurusan Bilik Darjah

Page 57: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

57

(Source: https://www.teachers.net/wong/AUG14/)

3.2 Kekangan-kekangan dalam Pengurusan Bilik Darjah.

Bila anda mereka bentuk pelan pengurusan bilik darjah, anda akan

menghadapi beberapa kekangan dalam merealisasikannya. Apakah

kemungkinan kekangan-kekangan tersebut?

Kekangan Masa

Anda mungkin kekurangan masa untuk melaksanakan pelan tersebut

walaupun anda mempunyai pelbagai idea dan strategi yang sangat

menarik. Faktor ini adalah disebabkan bebanan kerja yang banyak.

Saiz Kelas Yang Besar

Bilangan murid yang ramai menyebabkan anda sukar untuk menyusun atur

bilik darjah dan memenuhi semua keperluan murid. Justeru itu, interaksi

berkesan sukar dilaksanakan.

Perbezaan sosiobudaya

Bukan mudah untuk mengendalikan kelas yang mempunyai pelbagai

tingkah laku dan latar belakang sosiobudaya yang berbeza. Setiap kelas,

Sekarang, anda dikehendaki mereka bentuk pelan

pengurusan bilik darjah. Pertimbangkan faktor kefungsian, kesesuaian

dan praktikal pada pelan tersebut. Bentang pelan pengurusan bilik

darjah tersebut dalam interaksi bersemuka dan bincang bagaimana

pelan tersebut dapat dilaksanakan.

Sekarang, anda dikehendaki mereka bentuk pelan

pengurusan bilik darjah. Pertimbangkan faktor kefungsian, kesesuaian

dan praktikal pada pelan tersebut. Bentang pelan pengurusan bilik

darjah tersebut dalam interaksi bersemuka dan bincang bagaimana

pelan tersebut dapat dilaksanakan.

Page 58: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

58

setiap murid dan setiap situasi mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh

itu, pendekatan yang berbeza diperlukan untuk sosiobudaya yang berbeza.

Kekurangan Motivasi Murid

Murid mungkin tidak memberi kerjesama sepenuhnya dan kurang motivasi

untuk menyertai pelaksanaan pelan tersebut. Anda boleh menyedarkan

dan merasionalkan murid tentang kepentingan pelan pengurusan bilik

darjah sebelum mendapat kejasama dari mereka.

Kompitensi Guru

Guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan

pelan dan mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan pelan tersebut.

Kekurangan Sokongan Dari Pihak Pengurusan Sekolah

Anda memerlukan sokongan daripada pihak pengurusan sekolah seperti

peraturan dan garis panduan dalam pelaksanaan pelan.

Bincang dalam kumpulan, kekangan-kekangan lain yang mungkin akan

dihadapi dan bentang perbincangan tersebut semasa interaksi di dalam

kelas.

Page 59: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

59

Kajian: Penerokaan Multimedia

Teroka laman web untuk mendapatkan pelbagai variasi pelan pengurusan

bilik darjah yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah.

Refleksi:

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada

pelbagai sumber, pilih satu teori di atas dan

perjelaskan sejauh manakah teori tersebut adalah

paling sesuai dengan murid – murid abad ke-21.

Buat refleksi sejauhmana pengetahuan dan

kemahiran yang dipelajari dalam unit ini dapat mengubah persepsi

anda dalam pengurusan bilik darjah.

Page 60: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

60

RUJUKAN

Abdul Rashid Mohamad. 2000. Bimbingan dan Kaunseling 1. Petaling Jaya : Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.

Azura Ab Rasid (2005). Permasalahan Yang Dialami Dalam Pelaksanaan Pentaksiran On-line bagi kurikulum Bestari Di Sebuah Sekolah Menengah Di Kuala Lumpur Serta Pendekatan Awal Untuk Mengatasinya. Laporan Kajian Pendidikan Ijazah Sarjana Muda, UTM, Skudai.

Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Quantum Books.

Chase, C. I. (1984). Elementary Statistical Procedures 3 rd ed. Toronto: Mc Graw-Hill. Gay, L. R. (1981). Education Research, 2nd Edition. London: A Bell & Howell Company.

Definisi Bimbingan dan Kaunseling (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012, daripada http://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27.

Definisi Kaunseling Individu (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012, daripada http://mas-himpunan1001.blogspot.com/2010/02.

Dr. Maznah Baba & Zainal Madon. (2003) Kaunseling Individu. Kuala Lumpur.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012) Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Hildebrand, D. K. (1986). Statistical Thinking For Behavioral Scientist. Boston: BWS.http://belajarbarengrizalyuk.blogspot.com/2013/10/terapi-bermain-mewarnai.html.

Ibrahim Ahmad. (2002) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah Individu. Shah Alam; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ibrahim Ahmad. 2002. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Page 61: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

61

Ibrahim Mamat (1998). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepemimpinan.Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Jamil Adimin (2008). Pengetua Dan Guru Besar Sebagai Pemimpin Pentaksiran Di Sekolah. Ehwal Pendidikan. Bil 17/2008.

Kamien, R. (2008). Music: An appreciation. (9th ed). New York: McGraw Hill

Kaunseling Individu & Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2012, daripada http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01

Kaunseling Individu (t.t & t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2012, daripada http://kaunselingsktdh2.blogspot.com/2010/11.

Kaunseling Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 21 Ogos 2012, daripada http://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06. Kaunseling Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 22 Ogos 2012, daripada http://www.oocities.org/asia/kaunseling4u/kaunselingkelompok.htm

Kebimbangan Bersosial. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2015). Modul Seni Dalam Pendidikan.

Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Khodori et al. (2006). Pentaksiran Berasaskan Sekolah – Cara Australia. Utusan Malaysia (Sisipan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia), 26 Oktober 2006.Kuala Lumpur; Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Lembaga Peperiksaan Malysia (2007). Modul Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Kementerian Pelajaran Malaysia.

Linn, R., and Gronland, N. E. (1995). Measurementt and Assessment in Teaching (7th Ed.) Eaglewood Cliff, N.J: Merrill/Prentice Hall, 6 – 7.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (1995) Kaunseling. Petaling Jaya; Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Page 62: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

62

Mohd Najib Abdul Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mosley, (2001). http.//www.kids.candiscover.com/therapy-and-special education.

Na’imah Ishak.(2011). School based assessment as transformation in educational assessment. Keynote dalam international Seminar On Measurement and Evaluation (ICMEE 4) USM, Pulau Pinang, 9-12 Oktober.

Ramlah Hamzah & Lily Mastura Harun. (2006) Bimbingan dan Kaunseling.Kuala Lumpur.

Sulaiman Rashid (2003). Pentaksiran Kerja Amali Sains Berdasarkan Sekolah: Satu Tinjauan Di Beberapa Sekolah Menengah Di Daerah Segamat. Laporan Kajian Pendidikan Ijazah Sarjana, UTM, Skudai.

Suzana dan Jamil(2012). Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif Dalam Subjek Bahasa Melayu Darjah Satu: Kajian Kes , Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Perpustakaan Sultanah Zanariah Wiersma, W. (2000). Research Methods In Education: An Introduction 7 th . Ed. Boston: Allyn & Bacon.

Wolf, R. M. (1988). Questionnaires dalam Keeves, J.P (Ed). Educational Research Methodology and Measurement : An International Hand Book. Oxford: Pergamon Press.

Yasmin Hussain dan Noorlian Ishak, (2013). Gerak Kerja Kreatif Peringkat Awal Kanak-Kanak. Ampang, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

Yasmin Hussain dan Zainal Ariffin Ab. Gani, (2013). Asas Terapi Muzik. Ampang, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

Yasmin Hussain, (2013). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Ampang, Selangor: Pekan. Ilmu Publications Sdn. Bhd.

Zaidatun Tasir Dan Mohd Salleh Abu (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 for Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing (M) Sdn Bhd

Page 63: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

63

Zainuriyah Abdul Khatab.(2013). Panduan Guru : Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur : Pearson(M) Sdn Bhd.

Page 64: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

64

PANEL PENGGUBALAN MODUL

PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA (TFM)

(PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU)

NAMA KELAYAKAN

PUAN ROSNAH BINTI A RAJAK

Pensyarah

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Johor

( 2002- hingga kini)

Kelulusan:

Sarjana Pendidikan (Teknik dan

Vokasional) UTM

Sarjana Muda Kesusasteraan (Kepujian)

USM

Sijil Perguruan

Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan

dan Nilai Pemakanan, Kuala Trengganu.

Pengalaman:

Guru Ekonomi Rumah Tangga (20 tahun)

Pensyarah Ekonomi Rumah Tangga (5

tahun)

Pensyarah Ilmu Pendidikan (10 tahun)

PUAN MASZURIA BINTI A.GHANI

Pensyarah

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Kelulusan:

Ijazah Sarjana

(Pendidikan Keusahawanan)

UKM

Ijazah Sarjana Muda

Page 65: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

65

NAMA KELAYAKAN

Johor

(2007- hingga kini)

(Pengurusan Perniagaan)

UUM

Diploma Pendidikan

(Perdagangan dan Prinsip Akaun)

Maktab Perguruan Persekutuan Pulau

Pinang,

Pulau Pinang

Pengalaman:

Sekolah Menengah (15 tahun)

Pensyarah di IPG (10 tahun)

PUAN SITI MISLIA BT SELAMAT

Pensyarah

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Johor

(2002- hingga kini)

Kelulusan:

Ijazah Sarjana

(Psikologi Pendidikan)

UTM

Ijazah Sarjana Muda

(Pendidikan Awal Kanak-Kanak)

UM

Sijil Perguruan

(Pendidikan Awal Kanak-Kanak)

Maktab Perguruan Raja Melewar,

Negeri Sembilan

Pengalaman:

Sekolah Rendah (3 tahun)

Sekolah Menengah (2 tahun)

Pejabat Pendidikan Daerah ( 2 tahun)

Page 66: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

66

NAMA KELAYAKAN

Pensyarah di IPG (15 tahun)

PUAN NOFAZILAH BINTI MOHD

SAJAT

Pensyarah

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Johor

(20012- hingga kini)

Kelulusan:

Ijazah Sarjana

(Psikologi Pendidikan)

UTM

Ijazah Sarjana Muda

(Bimbinagan Dan Kaunseling)

UPM

Pengalaman:

Sekolah Menengah (3 tahun)

Kaunselor Pentadbiran IPG (2 tahun)

Pensyarah Akademik di IPG (5 tahun)

Page 67: Pada akhir unit pelajar dapat - ipgkpt.edu.myipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2034.pdfpsikologikal, ketakutan dan fobia, peneguhan yang kurang sesuai, kemahiran

67

PANEL PERMURNI MODUL

PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA (TFM)

(PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU)

NAMA KELAYAKAN

PUAN MASZURIA BINTI A.GHANI

Pensyarah

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Johor

(2007- hingga kini)

Kelulusan:

Ijazah Sarjana

(Pendidikan Keusahawanan)

UKM

Ijazah Sarjana Muda

(Pengurusan Perniagaan)

UUM

Diploma Pendidikan

(Perdagangan dan Prinsip Akaun)

Maktab Perguruan Persekutuan Pulau

Pinang,

Pulau Pinang

Pengalaman:

Sekolah Menengah (15 tahun)

Pensyarah di IPG (10 tahun)