borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya...

30
i UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : GAYA HIDUP REMAJA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT, PASIR GUDANG, JOHOR. SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya THILAGAWATHY A/P LOGANATHAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO 87 JALAN 3, TAMAN BUKIT DINDING, 28600 KARAK, PAHANG. Tarikh : __________________________ _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) DR FAIZAH ABD GHANI NAMA PENYELIA Tarikh : ______________________

Upload: trinhnga

Post on 07-Mar-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

i

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : GAYA HIDUP REMAJA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT, PASIR GUDANG, JOHOR.

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya THILAGAWATHY A/P LOGANATHAN

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

 

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

 

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

 

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : NO 87 JALAN 3, TAMAN BUKIT DINDING, 28600 KARAK, PAHANG. Tarikh : __________________________

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

DR FAIZAH ABD GHANI

NAMA PENYELIA Tarikh : ______________________

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

ii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Teknologi Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) ”

Tanda tangan : …………………………………….

Nama Penyelia : DR FAIZAH ABDUL GHANI

Tarikh : ……………………………………..

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

iii

GAYA HIDUP REMAJA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PETERI RESORT, PASIR GUDANG, JOHOR.

THILAGAWATHY A/P LOGANATHAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................................

Nama Penulis : THILAGAWATHY A/P LOGANATHAN

Tarikh : .............................................

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

v

DEDIKASI

Kepada Ibu Bapaku Tersayang dan Dihormati,:

MR & MRS LOGANATHAN KALIAMAH

Pengorbanan, sokongan, segala pertolongan dan dorongan yang diberikan sehingga

anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya.

Kepada adik beradik yang aku kasihi,

GUNALAN LOGANATHAN

SURENDARAN LOGANATHAN

Dan juga

VARJANTHY MALA

KAVIARASU

Segala bantuan dan dorongan yang dihulurkan selama ini sangat aku hargai.

Kepada semua sahabat handai:

SUE, HEMA, THERESA, SHALU

Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat yang

diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

vi

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia

projek sarjana muda, DR Faizah Abd Ghani di atas bimbingan dan dorongan yang

diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga.

Kerjasama daripada guru-guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Tanjung

Puteri Resort di sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik amatlah dihargai.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea

dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pola kecenderungan gaya hidup remaja

di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort. Objektif kajian adalah untuk

mengenalpasti kecenderungan gaya hidup remaja, faktor yang mempengaruhi pola gaya

hidup remaja dan hubungan di antara pola kecenderungan dengan faktor yang

mempengaruhi gaya hidup remaja. Seramai 140 pelajar daripada 220 pelajar Tingkatan

4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor Bahru

dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Soal selidik pola kecenderungan

remaja yang dibina oleh penyelidik digunakan dalam kajian ini. Soal selidik ini

mempunyai nilai cronbach alpha 0.785. Selain itu, soal selidik faktor yang dibina oleh

Mustafa Kamal yang mempunyai kebolehpercayaan cronbach alpha 0.8 digunakan

dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan remaja di Sekolah Menengah

Kebangsaan Tanjung Puteri Resort lebih cenderung kepada agama, diikuti dengan

akademik dan hiburan manakala tidak cenderung kepada seksual. Analisis deskriptif

menunjukkan bahawa faktor utama yang mempengaruhi gaya hidup remaja adalah

faktor keluarga diikuti oleh rakan sebaya dan media massa. Analisis infrensi kolerasi

Pearson ‘r’ digunakan untuk melihat hubungan antara kecenderungan pola gaya hidup

remaja dengan faktor yang mempengaruhinya. Dapatan kajian menunjukkan terdapat

hubungan yang signifikan dalam keadaan positif antara faktor keluarga dengan

kecenderungan akademik dan agama manakala hubungan yang signifikan dalam

keadaan negatif terhadap faktor keluarga dengan kecenderungan seksual. Dari segi

faktor rakan sebaya pula, terdapat hubungan yang signifikan dalam keadaan positif

terhadap kecenderungan seksual dan hiburan, manakala hubungan yang signifikan dalam

keadaan negatif terhadap kecenderungan akademik dan agama. Dapatan kajian juga

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor media massa dengan

kecenderungan hiburan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

viii

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify tendency pattern teenager's life style at

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort. Objective of the study was to

identify teenagers lifestyle tendency, factor which influenced teenages lifestyle pattern

and relationship between tendency pattern with factor which influenced teenager's life

style. As many as 140 student of 220 Form 4 student in Sekolah Menengah Kebangsaan

Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor Bahru choosed as a research respondent.

Pattern questionnaire tendency are built by researcher applies in this study. This

questionnaire has value alpha cronbach 0.785.Apart from that, questionnaire factor are

built by Mustafa Kamal that value credibility cronbach alpha 0.8 applies in this study.

Research showed in Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort more to

religion, followed by academic and entertainment while no biased to sexual. Descriptive

analysis show that major factor which influenced a teenage lifestyle is families factor

followed by peer group and mass media. Analysis inference colerasion Pearson 'r' used

to be looking interrelationship pattern tendency teenager's life style with factor which

influenced its.Research showed found significant relationship in positive condition

between factor family with academic and religion tendency while significant

relationship in the event negative on factor family with sexual proclivities. From aspect

factor peer group also, found significant relationship in positive condition on sexual

proclivities and entertainment, while significant relationship in the event negative on

academic and religion tendency. Also indicative study findings found significant

relationship on mass media with entertainment tendency.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

TAJUK KAJIAN iii

HALAMAN PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xviii

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

x

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4. Objektif Kajian 6

1.5. Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Kepentingan Kajian 9

1.9 Definisi Operasi 11

1.10 Penutup 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kerangka Teorikal 14

2.3 Kajian-Kajian Lepas 25

2.3.1 Kajian Dalam Negara 25

2.3.1.1 Kajian Mengenai Seksual 25

2.3.1.2 Kajian Mengenai Akademik 27

2.3.1.3 Kajian Mengenai Hiburan 31

2.3.1.4 Kajian Mengenai Agama 32

2.3.2 Kajian Luar Negara 32

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

xi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Rekabentuk Kajian 34

3.3 Populasi dan Sampel Kajiant 35

3.4 Instrumen Kajian 36

3.5 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 38

3.6 Kajian Rintis 39

3.7 Penganalisisan Data 40

3.8 Penutup 43

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Bahagian A 45

4.3 Analisis Bahagian B 52

4.3.1 Taburan min keseluruhan pola kecenderungan

gaya hidup remaja 52

4.4 Analisis Bahagian C 63

4.4.1 Taburan min keseluruhan setiap factor yang

mempengaruhi gaya hidup remaja 63

4.5 Hubungan Pola Hidup Remaja Dengan Faktor

Yang Mempengaruhinya 73

4.5.1 Hubungan antara faktor keluarga terhadap

kecenderungan gaya hidup remaja 73

4.5.2 Hubungan antara faktor rakan sebaya terhadap

kecenderungan gaya hidup remaja 77

4.5.3 Hubungan antara faktor media massa terhadap

kecenderungan gaya hidup remaja 81

4.6 Kesimpulan 85

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

xii

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 87

5.2 Perbincangan Kajian 89

5.2.1 Pola Kecenderungan Gaya Hidup Remaja Secara

Keseluruhan 89

5.2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Gaya hidup Remaja 91

5.2.3 Hubungan antara kecenderungan dan faktor yang

mempengaruhi pola gaya hidup remaja 93

5.2.3.1 Faktor Keluarga 93

5.2.3.2 Faktor Rakan Sebaya 95

5.2.3.3 Faktor Media Massa 97

5.3 Cadangan Kajian 99

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 100

5.5 Kesimpulan 101

Biblografi 102

Lampiran A - D 106- 115

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Tahap Perkembangan Manusia berdasarkan Teori Erikson 23

3.1 Pembahagian item berdasarkan Pola Kecenderungan

gaya hidup remaja 37

3.2 Pembahagian item berdasarkan faktor yang mempengaruhi

gaya hidup remaja 38

3.3 Jadual skala jawapan item soalan bahagian B dan bahagian C 38

3.4 Dapatan kajian rintis 39

3.5 Jadual Nilai pekali Korelasi 40

3.6 Kaedah penentuan hipotesis bagi proses penganalisisan data 41

4.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45

4.2 Taburan Responden Mengikut Jumlah Adik beradik 45

4.3 Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan Bapa 46

4.4 Taburan Responden Mengikut Jumlah Pendapatan Bapa 47

4.5 Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan Ibu 48

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

xiv

4.6 Taburan Responden Mengikut Jumlah Pendapatan Ibu 48

4.7 Taburan Responden Mengikut Hubungan Antara Penjaga 49

4.8 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 50

4.9 Taburan Responden Mengikut Jenis Pengangkutan ke Sekolah 50

4.10 Taburan Responden Mengikut Jumlah Wang saku 51

4.11 Taburan Min Keseluruhan Pola Kecenderungan 52

4.12 Taburan Pola Kecenderungan Agama 53

4.13 Taburan Pola Kecenderungan Akademik 55

4.14 Taburan Pola Kecenderungan Hiburan 58

4.15 Taburan Pola Kecenderungan Seksual 60

4.16 Taburan Min Keseluruhan Setiap Faktor 63

4.17 Faktor Keluarga Yang Mempengaruhi Gaya Hidup Remaja 64

4.18 Faktor Media Massa Yang Mempengaruhi Gaya Hidup Remaja 67

4.19 Faktor Rakan Sebaya Yang Mempengaruhi Gaya Hidup Remaja 70

4.20 Hubungan antara pengaruh keluarga dengan gaya hidup remaja

terhadap akademik 73

4.21 Hubungan antara pengaruh keluarga dengan gaya hidup remaja

terhadap Seksual 74

4.22 Hubungan antara pengaruh keluarga dengan gaya hidup remaja

terhadap Hiburan 75

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

xv

4.23 Hubungan antara pengaruh keluarga dengan gaya hidup remaja

terhadap Agama 76

4.24 Hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan gaya hidup remaja

terhadap akademik 77

4.25 Hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan gaya hidup remaja

terhadap Seksual 78

4.26 Hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan gaya hidup remaja

terhadap Hiburan 79

4.27 Hubungan antara pengaruh rakan sebaya dengan gaya hidup remaja

terhadap Agama 80

4.28 Hubungan antara pengaruh media massa dengan gaya hidup remaja

terhadap akademik 81

4.29 Hubungan antara pengaruh media massa dengan gaya hidup remaja

terhadap seksual 82

4.30 Hubungan antara pengaruh media massa dengan gaya hidup remaja

terhadap hiburan 83

4.31 Hubungan antara pengaruh media massa dengan gaya hidup remaja

terhadap agama 84

4.32 Dapatan hipotesis kajian 85

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

xvi

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

r - Nilai Pekali Pearson

p - Hubungan Yang Signifikan

% - Peratus

N - Jumlah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistical Package of Social Science.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Jadual Krejcie, R.V and Morgan D. W. 107

B Surat Kebenaran 108

C Pengesahan Soal Selidik 109

D Soal Selidik 110

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

1

 

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Alam remaja adalah zaman perkembangan seseorang individu daripada alam

kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering

dianggap sebagai masa yang paling mencabar dalam proses kehidupan ini. Remaja

adalah masa peralihan dari kanak-kanak ke dewasa. Para ahli pendidikan berpendapat

bahawa remaja adalah mereka yang berusia antara 13 tahun hingga 18 tahun. Seorang

remaja sudah tidak lagi dapat dikatakan sebagai kanak-kanak,namun masih belum cukup

matang untuk dapat dikatakan dewasa. (Y.M. Uttamo Thera –Dhammadesana Buddhist

Online).

Ada banyak pengertian yang dapat dihuraikan apabila perkataan remaja

dibincangkan. Menurut G.Stanley Heal (1924) remaja adalah peringkat di mana

seseorang itu mengalami konflik dan tekanan. Remaja sering kecewa dan emosi mereka

tidak stabil. Hal ini kerana remaja mengalami faktor biologi dan psikologi yang

berubah. Pandangan ini dikukuhkan dengan pendapat Havighurst (1972) yang

mengatakan remaja akan mengalami beberapa tugas perkembangan yang melibatkan

kebolehan, pengetahuan, fungsi dan sikap yang mempengaruhi remaja tersebut.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

2

 

Dari segi psikologi, remaja adalah mereka yang sedang melalui proses perubahan

pemikiran. Mereka boleh memikirkan mengenai apa yang mungkin berlaku. Mereka

berfikiran seolah-olah mereka berada di atas pentas dan mereka adalah pelakon. Mereka

ingin menjadi wira dan wirawati. Remaja mereka adalah individu yang sedang mencari

identiti sendiri yang kadangkala dikatakan sedang berada di dalam krisis identiti. Pada

ketika itu akibat daripada perubahan fizikal yang amat pesat, emosi mereka turut

berubah. Perubahan pemikiran menyebabkan berlakunya pertelingkahan pendapat di

antara remaja dengan ibu bapa. Remaja sering mencari “role model” yang sesuai

untuknya tetapi tidak ditemui (DR AB Rahim Bakar, Berita Harian Online 03.04.1997).

Remaja sama ada lelaki ataupun perempuan semuanya merupakan aset negara.

Mereka sama penting sebagai sumber tenaga manusia yang akan merencana dan

menggerakkan pembangunan Negara. Bezanya hanyalah dari segi keperluan dan

keupayaan fizikal masing-masing. Remaja hari ini bakal mewarnai pentas pembangunan

Negara dan penentu kepada jatuh bangunnya generasi akan datang. Remaja hari ini

adalah insan-insan yang bertanggungjawab untuk mengisi keperluan Negara di masa

hadapan.

Di Malaysia, bilangan remaja adalah sebanyak 9.85 juta pada tahun 2000 dan

meningkat kepada 11.10 juta pada tahun 2005. Dijangka pada tahun 2010, bilangan

remaja akan meningkat kepada 11.65 juta. Peningkatan ini adalah anggaran daripada

kadar pertumbuhan penduduk sebanyak 1.6% iaitu jangkaan daripada tahun 2006 hingga

2010. Pada tahun 2000, remaja lelaki adalah seramai 4.86 juta. Pada tahun 2005 pula,

daripada 11.10 juta remaja sebanyak 5.6 juta adalah lelaki manakala 5.5 juta adalah

perempuan (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization,

2006:Commonwealth Youth Program, Strategic Plan 2003- 2006: Dasar Pembangunan

Belia Negara, 1997).

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

3

 

Walaubagaimanapun, remaja pada masa kini sedang tenggelam dalam arus

keruntuhan akhlak dan moral lantaran tidak memiliki daya tahan spiritual yang kuat.

Menurut Statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sebanyak 76403 kes jenayah yang

dilaporkan pada tahun 2005 di seluruh Malaysia iaitu kes yang melibatkan golongan

remaja. Penglibatan remaja dalam gejala sosial boleh memberi implikasi negatif kepada

pembangunan masyarakat yang merupakan kes-kes seperti jenayah, penyalahgunaan

dadah, merokok,lumba haram boleh membantut pembinaan modal insan jika tidak

dibendung.

1.2 Latar Belakang Masalah Kepentingan remaja yang mempunyai jati diri dan modal insan adalah syarat

yang diperlukan bagi menjamin keharmonian negara. Walaubagaimanapun, kebanyakan

data dan statistik menunjukkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini

adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman antara tahun

1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta

benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja

dan di kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan

kepada jenayah kekerasan dan harta benda. (Berita Harian, 22 September 1993)

Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang sering dilakukan oleh

remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, dan

mencuri basikal atau motosikal. Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan saja berlaku

di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di

seluruh pelosok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah

berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar

sekolah. Mengikut pembahagian kaum, sebanyak 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54

remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India. (Utusan Malaysia, Januari 1992)

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

4

 

Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990

dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun

1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah

hilang atau lari dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes dan meningkat kepada

1981 kes pada tahun berikutnya. Pada tahun 1992 jumlah kes meningkat kepada 2221

kes dan menurun pada tahun berikutnya kepada 1485 kes.

Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca

mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut

Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita

Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklaknya masih tinggi. Pada

tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada

tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.

Menurut sumber daripada Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Oktober

1999 terdapat 13 jenis salah laku jenayah yang sering melibatkan pelajar kumpulan

gengsterisme mengikut respon pengetua dan guru di sekolah iaitu berjudi, mencuri,

melawan guru, melawan pengawas, peras ugut, buli, pelacuran, salah guna dadah, bawa

senjata, cabul kehormatan, mengancam pelajar lain, mengancam dan ceroboh.

Tambahan pula, sebanyak 5 salah laku lucah yang sering melibatkan kumpulan gengster

di sekolah mengikut respon Pengetua dan Guru sebagaimana senarai berikut berkhalwat,

mengintai murid perempuan, membawa bahan lucah, mengguna kata lucah dan melukis

gambar lucah. Sementara itu bilangan kes pelajar yang terlibat dengan perlakuan

gengster dan membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga 1999 menurut sumber

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

5

 

Akhbar-akhbar tempatan juga sering melaporkan tentang kejadian jenayah dan

gengsterisme di kalangan pelajar sekolah. Berita Harian pada 13 Julai 2000

mengutarakan isu gengsterisme berlaku berpunca kejahilan agama di kalangan remaja

dan pelajar sekolah. Hal ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran

yang banyak mendorong kepada keruntuhan moral dan kemusnahan jati diri dan akhlak.

Berdasarkan laporan di atas dapat disimpulkan bahawa aktiviti kumpulan

gengster di sekolah agak menyeluruh dalam pelbagai kegiatan. Ini merupakan satu

fenomena yang kurang sihat terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolah-

sekolah di negara kita. Hanya dengan satu kes, ianya boleh menjejaskan iklim

persekolahan dan mengganggu pelbagai peringkat proses pengajaran dan pembelajaran

di sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Keterlibatan remaja dalam salah laku jenayah semakin membimbangkan di

Malaysia. Kajian-kajian yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), 2005

menunjukkan sebanyak 76403 kes jenayah dilaporkan pada tahun 2005 yang melibatkan

gejala sosial di kalangan 11.10 juta jumlah remaja. Isu ini merupakan satu tamparan

hebat dalam membina satu lapisan remaja yang maju. Data-data dan kes-kes

penglibatan remaja di dalam jenayah turut merupakan satu fenomena yang member

implikasi negative terhadap gaya hidup remaja.

Gaya hidup remaja yang cenderung kea rah jenayah boleh merencatkan

pembangunan modal insan. Statistik PDRM menunjukkan kecenderungan remaja kea

rah jenayah semakin kritikal dan jika tidak dibendung, boleh menjejaskan pembentukan

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

6

 

modal insan. Kerana remaja adalah pewaris Negara dan masa depan Negara adalah

bergantung kepada golongan remaja masa kini.

Oleh sebab remaja merupakan asset dan tulang belakang negara, maka, kajian ini

sangat penting dilakukan untuk mengenalpasti gaya hidup remaja.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti gaya hidup remaja. beberapa

kemusykilan yang berlaku terhadap gaya hidup remaja seperti:

i) Mengenalpasti pola kecenderungan gaya hidup remaja secara keseluruhan

ii) Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi gaya hidup remaja

iii) Mengenalpasti hubungan pola hidup remaja dengan faktor yang

mempengaruhinya

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian yang dikemukakan,beberapa persoalan kajian yang

boleh diacukan seperti:

i) Apakah pola kecenderungan gaya hidup remaja secara keseluruhan?

ii) Apakah faktor yang mempengaruhi gaya hidup remaja?

iii) Apakah hubungan pola hidup remaja dengan faktor yang mempengaruhinya?

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

7

 

1.6 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, terdapat 16 hipotesis kajian yang

dibentuk. Iaitu:

1.6.1 Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya hidup remaja dengan

faktor keluarga

H1 :Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh keluarga terhadap gaya hidup

remaja dengan akademik

H2: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh keluarga terhadap gaya hidup

remaja dengan seksual

H3:Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh keluarga terhadap gaya hidup

remaja dengan hiburan

H4: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh keluarga terhadap gaya hidup

remaja dengan agama

1.6.2 Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya hidup remaja dengan

faktor rakan sebaya

H5: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya terhadap gaya

hidup remaja dengan akademik

H6: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya terhadap gaya

hidup remaja dengan seksual

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

8

 

H7: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya terhadap gaya

hidup remaja dengan hiburan

H8: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya terhadap gaya

hidup remaja dengan agama

1.6.3 Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya hidup remaja dengan

faktor media massa

H9: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh media massa terhadap gaya

hidup remaja dengan akademik

H10: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh media massa terhadap gaya

hidup remaja dengan seksual

H11: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh media massa terhadap gaya

hidup remaja dengan hiburan

H12: Terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh media massa terhadap gaya

hidup remaja dengan agama

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang dilakukan hanya terbatas kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat

daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor.

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui pola gaya hidup di kalangan remaja masa kini.

Ianya dikaji dari empat perspektif, iaitu akademik, hiburan, agama dan seksual.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

9

 

1.8 Kepentingan Kajian

Melalui kajian yang dilakukan ini, pihak-pihak yang berkaitan akan memperolehi

faedahnya. Antara pihak yang terlibat adalah seperti;

1.8.1 Pihak Ibu Bapa

Melalui kajian ini, diharapkan dapat memberi informasi tentang gaya hidup

remaja, sebagai satu langkah dan ibu bapa dalam membentuk dan menunjukkan gaya

hidup yang sesuai pada remaja. Para ibu bapa dapat memahami masalah dan keperluan

anak mereka. Ini akan membantu mereka memenuhi kehendak anak mereka dan dapat

membendung penglibatan remaja terhadap gejala-gejala yang negatif. Untuk menangani

masalah yang berbangkit di kalangan remaja, ibu bapa boleh memantau gerak geri anak

mereka.

1.8.2 Pihak Sekolah

Menerusi kajian ini, adalah diharapkan pihak sekolah dapat mengenalpasti gaya

kecenderungan pelajar dan merancang pelajaran yang bersesuaian.

1.8.3 Jabatan Pendidikan Negeri

Kajian ini diharapkan dapat memberi sumber rujukan kepada Jabatan Pendidikan

Negeri dalam mewujudkan program-program yang bersesuaian. Selain itu, Jabatan

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

10

 

Pendidikan Negeri dapat mengawal dan membendung pembabitan pelajar dalam

sebarang kegiatan berbentuk negatif dengan membuat pendekatan-pendekatan untuk

melahirkan suasana kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran tehadap mereka.

1.8.4 Kementerian Pendidikan Malaysia

Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi sumber rujukan dan bantuan dalam

mengenalpasti pola gaya hidup pelajar. Menerusi kajian ini, diharapkan pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia, boleh menghasilkan modul yang sesuai.

Kementerian Pendidikan dapat memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

tuhan.

1.8.5 Institusi Pendidikan Tinggi

Kajian ini juga dapat membantu pihak IPT sebagai satu platform rujukan ilmu.

Boleh dijadikan sebagai kerangka bagi kajian-kajian yang akan datang.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

11

 

1.9 Definisi Operasi

1.9.1 Remaja

Berdasarkan Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, remaja pada

umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur di antara 12 hingga 21

tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat

perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan

peringkat dewasa. Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami

pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan

bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil,

dan sentiasa "bermasalah".

Dalam kajian ini, remaja dihadkan kepada remaja yang berada di Tingkatan

empat sahaja.

1.9.2 Gaya hidup

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat (2005), gaya hidup bermaksud sikap,

kesukaan, ketidaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang,

menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yang tertentu manakala hidup bermaksud

seseorang itu hidup atau berada dalam keadaan tertentu.

Dalam kajian ini, gaya hidup dikategorikan kepada empat perspektif. Iaitu:

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

12

 

1.9.2.1 Agama

Berdasarkan wikipedia bahasa melayu agama pada lazimnya bermakna

kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan

juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan

kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai

makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif,

dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

1.9.2.2 Akademik

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat (2005), akademik adalah mengenai atau

berkaitan dengan akademik (pusat Pengajian Tinggi), bersifat atau mengandungi ilmu

pengetahuan yang tinggi atau mendalam. Dalam kajian ini, remaja yang digunakan

sebagai respondan adalah yang berada di tingkatan empat iaitu yang berumur antara 15

hingga 17 tahun.

1.9.2.3 Seksual

Berdasarkan wikipedia bahasa melayu, seks adalah cara genetis untuk

menciptakan dan mewariskan ciri individu dalam suatu populasi. Seks menjadi

reproduksi seksual, dimana seks digunakan secara rutin dalam proses reproduksi. Dalam

kajian ini, seksual dikaji dari segi minat dan dorongan pelajar terhadap seks.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · kanak-kanak memasuki ke alam dewasa dan seterusnya tua. Zaman remaja sering Zaman remaja sering dianggap sebagai masa yang paling mencabar

13

 

1.9.2.4 Hiburan

Berdasarkan wikipedia bahasa melayu, hiburan ialah peristiwa, persembahan,

atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberii nikmat kepada penonton, sebagai

contohnya untuk permainan komputer, "penonton" mungkin hanya seorang sahaja. Para

penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera, atau

secara aktif seperti dalam permainan komputer. Pada umumnya, bermain dan membaca,

serta penghargaan seni, tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi

kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton,

kecuali dalam permainan komputer.

1.10 Penutup

Dalam bab ini, pengkaji telah membincangkan tentang latar belakang masalah,

pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, definisi

konsep serta operasional dalam kajian. Dengan ini, jelaslah bahawa kajian ini bertujuan

untuk mengkaji pola kecenderungan gaya hidup remaja secara keseluruhan,

mengenalpasti faktor yang mempengaruhi gaya hidup remaja dan mengenalpasti

hubungan pola kecenderungan hidup remaja dengan faktor yang mempengaruhinya.