borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filerekacipta instrumen alat sensor untuk ujian...

92
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya, RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap No 96, DR ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN Jalan Bunga Kemudu, Perumahan Sepekan Jaya, 26600 Pekan Pahang Darul Makmur. Tarikh : 7 APRIL 2008 Tarikh : 2 MEI 2008 REKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: vanhanh

Post on 31-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya, RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT TERHAD TIDAK TERHAD

TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap No 96, DR ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN

Jalan Bunga Kemudu,

Perumahan Sepekan Jaya, 26600 Pekan

Pahang Darul Makmur. Tarikh : 7 APRIL 2008 Tarikh : 2 MEI 2008

REKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UJIAN

KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN

UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

i

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.

Tandatangan : …………………………………

Nama Penyelia : Dr Zainal Abidin Bin Zainuddin

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

ii

REKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN

KOMPUTER

RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Sains Sukan).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

iii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penulis : RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK

Tarikh : 7 APRIL, 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

iv

DEDIKASI

Buat Keluarga Tersayang

Ayahanda En A Malek Bin Md Lazim Bonda Pn Rahimah Bt Abd Manaf

Kekanda-kekanda

Rahimei Iskandar Rahimei Ikhwan

Adinda-adinda

Malisa Aini Noor Malisa Ainun Noor Rahimei Ibnor

Rahimei Mohd Izam Amir

Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan) yang banyak Membantu

Terutamanya kepada Dr Zainal Abidin Zainuddin dan Puan Halijah bt Ibrahim

Rakan-rakan seperjuangan seperjuangan

Pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)

Serta Insan Teristimewa

Cik Zuraidah Bt Abd Hamid

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah…………………….

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana telah melimpahkan kurniaNya dapat

penyelidik menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya sebagai syarat akhir

kursus sebelum menerima segulung ijazah.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah

Sains Sukan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terutamanya buat

pensyarah pembimbing Dr Zainal Abidin bin Zainuddin di atas bimbingan dan tunjuk

ajar tanpa rasa jemu sepanjang penyelidik menyiapkan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan dari Fakulti Elektronik

yang membantu dalam menyiapkan instrumen kajian. Selain itu, kepada pelajar-pelajar

Sains Sukan, UTM yang memberikan kerjasama dan komitmen kepada penyelidik

terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan kemasukan 2003/2004. Terutama kepada

Farhan, Salleh, Duan, Lan, Apis dan Preston South Vc. Terima kasih kawan..

Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu bapa dan adik beradik tersayang yang

sentiasa memberikan sokonngan kepada penyelidik. Tidak lupa pada insan teristimewa,

Cik Zuraidah kerana sentiasa disisi.

Moga Allah rahmati dan kurnia kebahagiaan buat anda semua. Sekian terima kasih

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

vi

ABSTRAK

Ujian ‘Bleep’ merupakan salah satu ujian yang digunakan untuk menilai daya

tahan kardiovaskular bagi seseorang atlit. Kajian ini merupakan satu projek merekacipta

alat iaitu menggunakan teknologi sensor ‘pijakkan kaki’ untuk digunakan dalam ujian

‘Bleep’. Alat ini direka bertujuan untuk melihat keberkesanan bagi menentukan

kesalahan semasa ujian ‘Bleep’ dijalankan dengan menggunakan sensor. Penyelidik

mendapatkan persepsi terhadap alat ini daripada 40 orang siswazah-siswazah Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia yang dipilih secara rawak melalui soal selidik yang diedarkan dan 10 orang

daripadanya dipilih untuk melakukan pengujian melihat keberkesanan sensor.

Penggunaan camera digital Canon 2400 digunakan bagi merakam gambaran lakuan yang

tepat dan betul. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft

Excel 2007 berdasarkan kekerapan dalam jawapan skala likert dan dirumuskan secara

peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan sensor berkesan dan

mendapat sambutan yang baik daripada responden yang dipilih. Hasil kajian

menunjukkan bahawa penggunaan alat sensor bagi ujian ‘Bleep’ memberikan ketepatan

dalam menentukan kesahan larian bagi seseorang subjek yang diuji. Alat ini amat

ringkas dan mudah alih bagi menjalankan ujian ‘Bleep’. Cadangan penyelidik supaya

alat ini dapat dibangukan semula dengan sumber yang tahan lebih lama, kalis air, dan

sumber tenaga yang relevan mendapatkan mutu hasil penyelidikan yang sempurna.

Kesimpulannya, penggunaan sensor yang dicadangkan mendapat sambutan yang baik

dan ketepatan menentukan kesahan larian dalam ujian ‘Bleep’ amat bertepatan. Sensor

yang digunakan perlu diperbaiki untuk kajian-kajian akan datang supaya lebih menarik

serta boleh digunakan untuk peringkat yang lebih tinggi.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

vii

ABSTRACT

Bleep Test is one of the test that being use by athletes to measure their

cardiovascular endurances. The purpose of this research was to determine the

effectiveness of using instrument sensor on doing Bleep Test to detect any fault in this

test. Researcher had obtained views of effectiveness of sensors in this equipment from

40 undergraduate students in Faculty of Education, University Technology Malaysia.

Subjects were chosen randomly through questionnaires and 10 of the subjects had

undergone the bleep test. Canon digital camera was used to record and capture error in

performing the running. Data were collected and analyzed using the Microsoft Excel

2007 based on frequency and translated to percentage. The results showed that using a

sensor to determine the fault in Bleep Test was effective. Positive feedbacks were

gathered from most of the respondent. From the results, instrument sensor of Bleep Test

showed accuracy in pointing errors in running. This research can be modified and

upgraded by using a better resource, waterproof and rechargeable power supply to

enhance the quality. As a conclusion, the usage of instruments sensor in Bleep Test

received positive feedback and able to detect a fault precisely. Sensors should be

upgraded in the future research so that it can be used in a higher stage.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

viii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN PENULIS iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI LAMPIRAN xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI JADUAL xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Persoalan Kajian 4

1.5 Kepentingan Kajian 5

1.6 Limitasi Kajian 6

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Definisi Operasional 8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

ix

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Kajian Berkaitan 10

2.3 Teori Rekabentuk 11

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 14

3.2 Kaedah Penyelidikan 15

3.3 Populasi dan Persampelan 15

3.4 Instrumen Kajian 16

3.5 Prosedur Kajian 17

3.6 Rekabentuk Kajian 18

3.6.1 Fasa Merekabentuk 18

3.6.2 Fasa Penghasilan 19

3.6.3 Fasa Simulasi Pengujian 19

3.7 Pengumpulan Data 22

3.8 Penganalisisan Data 23

3.9 Kajian Rintis 23

4 REKABENTUK INSTRUMEN

4.1 Pengenalan 24

4.2 Cadangan 24

4.2.1 Peringkat Awal 24

4.2.2 Peringkat Akhir 27

4.3 Instrumen Kajian 28

4.3.1 Rekabentuk Instrumen 28

4.3.2 Spesifikasi Instrumen 30

4.3.3 Prosedur Penggunaan 34

4.4 Pengukuran 35

4.5 Penutup 37

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

x

5 PENGANALISAAN DATA

5.1 Pengenalan 38

5.2 Analisis Data Ujian Kesahan Instrumen 39

5.3 Analisis Data Soal Selidik 40

5.3.1 Latar Belakang Responden 40

5.3.1.1 Jantina 40

5.3.1.2 Bangsa 41

5.3.1.3 Agama 42

5.3.1.4 Umur 43

5.3.1.5 Tahun Pengajian 44

5.3.1.6 Aktif Bersukan 45

5.3.1.7 Jenis Aktiviti Sukan 46

5.3.1.8 Kekerapan Aktiviti 47

5.3.1.9 Pengalaman Menjalani

Ujian ‘Bleep’ 48

5.3.1.10 Masa Terakhir Jalani

Ujian ‘Bleep’ 49

5.3.2 Persepsi Terhadap Penggunaan

Alat Sensor dalam Ujian Daya Tahan

Kardiovascular – Ujian ‘Bleep’ 50

6 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan 61

6.2 Ringkasan Kajian 61

6.3 Perbincangan 62

6.4 Cadangan 64

6.5 Kajian Akan Datang 65

6.6 Kesimpulan 65

6.7 Penutup 65

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

xi

BIBILIOGRAFI 66

LAMPIRAN 67-76

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik

Bahagian A : Latar Belakang Responden 68

B Borang Soal Selidik

Bahagian B : Skala Likert 70

C Surat Lantikan 72

D Surat Kontrak Persetujuan Subjek Ujian 74

E Borang Skor Ujian ‘Bleep’ 75

F Kos Pembelanjaan 76

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Lakaran Awal Papan Pijak 25

4.2 Lakaran Awal Isyarat Output 26

4.3 Anatomi Alat Sensor Ujian ‘Bleep’ 26

4.4 Litar Arus Alat Sensor Ujian ‘Bleep’ 27

4.5 Prototaip Alat Sensor Ujian ‘Bleep’ 29

4.6 (a) Bekalan Kuasa 30

(b) Penyimpanan 30

4.7.0 Papan Pijak Dalaman (Aluminium Foil) 31

4.7.1 Papan Pijak Permukaan Atas (Karpet) 31

4.7.2 Papan Pijak – Perintang Arus (Span) 32

4.7.3 Papan Pijak Permukaan Belakang (Getah) 32

4.8 Penyambung 33

4.9 Output Alat Sensor

Buzzer (Bunyi) 33

4.10 Output Alat Sensor

Lampu / Mentol (Cahaya) 34

5.1 Pijakkan Kaki Yang Sah 39

5.2 Pijakkan Kaki Yang Tidak Sah 39

5.3 Jantina Responden 40

5.4 Bangsa Responden 41

5.5 Agama Responden 42

5.6 Umur Responden 43

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

xiv

5.7 Tahun Pengajian Responden 44

5.8 Tahap Aktif Bersukan Responden 45

5.9 Jenis Aktiviti Sukan Responden 46

5.10 Jumlah Kekerapan Bersukan Responden 47

5.11 Pengalaman Menjalani Ujian ‘Bleep’ Responden 48

5.12 Kali Terakhir Jalani Ujian ‘Bleep’ Responden 49

5.13 Maklumbalas Menyokong Pembangunan Rekacipta

Membantu Meningkatkan Prestasi Seseorang Atlet 51

5.14 Maklumbalas Terhadap Keyakinan Dengan

Penggunaan Sensor Dalam Ujian ‘Bleep’ 52

5.15 Maklumbalas Suka Dengan Penggunaan Sensor

Bunyi dan Lampu Dalam Menentukan Kesahan Ujian

Dalam Ujian ‘Bleep’ 53

5.16 Maklumbalas Alat Ini Membantu Penyelidik

Menentukan Subjek Ujian Samada Prosedur Ujian

Dijalankan Dengan Tepat 54

5.17 Maklumbalas Alat Ini Selamat Untuk Digunakan

Bagi Menjalankan Ujian Kecergasan Kardiovascular

Iaitu Ujian ‘Bleep’ 55

5.18 Maklumbalas Alat Sensor Ini Dapat Membantu

Atlet Dalam Ujian ‘Bleep’ 56

5.19 Maklumbalas Alat Ini Dapat Mempengaruhi

Peningkatan Prestasi Ujian Bagi Seseorang Subjek 57

5.20 Maklumbalas Alat Ini Boleh Digunakan Pada

Sebarang Peringkat Kemahiran Seseorang

Penguji Dan Atlet 58

5.21 Maklumbalas Alat Sensor Ini Masih Boleh

Ditingkatkan Lagi Pada Masa Akan Datang 59

5.22 Maklumbalas Ujian ‘Bleep’ Lebih Mudah

Dijalankan Dengan Menggunakan Alat Sensor

Ini Sebagai Salah Satu Bahan Bantu Ujian 60

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Prosedur Ujian Pengesahan Instrumen 21

3.2 Prosedur Ujian Penilaian Instrumen 22

4.1 Spesifikasi Alat Sensor untuk Ujian ‘Bleep’ 29

4.2 Paparan Arahan Bagi Menggunakan

Alat Sensor Ujian ‘Bleep’ 35

4.3 Pengiraan Skor Ujian ‘Bleep’ 36

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kecergasan fizikal amat penting bagi seseorang manusia untuk melakukan

sebarang rutin kerja dalam kehidupan. Tanpa kecergasan fizikal yang mencukupi,

sesuatu kerja yang dijalankan atau yang diamanahkan akan terbengkalai sebegitu sahaja.

Maka dapatlah dinyatakan bahawa keperluan untuk menjaga kecergasan fizikal amat

penting apatah lagi bagi seseorang atlet dalam sesuatu sukan.

Cobin dan Linsey (1994), mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan

keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisen dan berkesan. Falls (1980),

menyatakan kecergasan fizikal untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan

dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai dapat memberi seseorang individu

perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokenetik (kekurangan pergerakan)

seperti penyakit jantung, kegemukkan dan pelbagai penyakit otot serta tulang.

Kecergasan prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang yang

membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga, berdaya

kuasa dan mempunyai daya tahan.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

2

Akademik Pendidikan Jasmani Amerika Syarikat (1979), menyatakan

kecergasan fizikal ialah kemampuan dan kebolehan individu melakukan aktiviti

seharian tanpa merasa lesu serta masih mempunyai lebihan tenaga untuk melakukan

aktiviti kesenggangan. Selain dari itu, ia masih mempunyai tenaga untuk menghadapi

kecemasan. Secara khusus kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan terdiri dari lima

komponen iaitu komposisi badan, kecergasan kardiovaskular, kelenturan, daya tahan

otot dan kekuatan otot. Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor pula

merangkumi komponen ketangkasan, imbangan, koordinasi, kuasa, masa tindakbalas

dan kepantasan.

Menurut Sheikh Kamaruddin bin Sheikh Ahmad (1987), terdapat beberapa

faktor yang mempengaruhi kecergasan fizikal individu iaitu baka, alam sekitar dan

tingkahlaku. Baka membezakan saiz tubuh, personaliti kendiri serta kepandaian

seseorang individu. Boleh dikatakan baka menentukan limitasi potensi individu.

Peningkatan kecergasan dapat dibentuk dan dipengaruhi oleh bidang sukan yang

diceburi. Contohnya sukan seperti futsal, bolasepak, olahraga balapan, serta sukan-

sukan yang memerlukan daya tahan kardiovaskular secara keseluruhannya. Otot

hamstring, otot quadriceps dan otot gastronemius adalah sebahagian daripada otot-otot

yang perlu diberikan penekanan khusus. Pada yang sama juga, penghasilan alatan

pengukuran prestasi sukan juga mula berkembang dan diterokai secara global. Pada

tahun 1960, peningkatan atau perkembangan serius dapat dilihat di dalam bidang

teknologi khususnya dalam penganalisisan gerak laku manusia.

Alatan seperti time measurement device, dynamometer, motion analysis, muscle

stimulator dan electromyography adalah antara instrumen yang membantu dalam

pengukuran kecergasan atlit kini. Secara tidak langsung alat ini menjadi batu loncatan

kepada pengkajian tentang aspek biomekanik yang meluas sebagai salah satu cabang

Sains Sukan. Alat-alat lain seperti alat latihan isokinetik, isometrik dan isotonik juga

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

3

banyak membantu atlet dalam meningkatkan daya fizikal mengikut keperluan masing-

masing (Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad 2000).

Kini sudah terdapat alat atau instrumen yang di komersilkan seluruh dunia.

Namun begitu, kekangan yang diperolehi adalah belanja yang amat tinggi bagi

mendapatkan produk di pasaran di samping kesesuaian penggunaan alatan bagi sukan

tertentu. Penyelerasan kesesuaian bagi instrumen yang terlibat dalam sesuatu ujian bagi

memudahkan sesuatu ujian dijalankan telah memberi idea kepada penyelidik

merekabentuk alatan sensor di dalam ujian kecergasan ‘Bleep’. Dengan adanya daya

usaha bagi penghasilan sistem kawalan sensor dalam ujian diharap dapat membantu

seseorang penyelidik dan penguji untuk menjayakan ujian ‘Bleep’ dengan mudah.

Diharapkan, di dalam menjalankan proses pembinaan alat rekacipta ujian ‘Bleep’

ini aspek-aspek keselamatan juga di titik beratkan untuk kumpulan subjek. Meskipun

penyelidik amat mementingkan kebolehpercayaan dan kesahan dalam ujian namun

keselamatan penguji semasa ujian dilakukan tetap diberi keutamaan.

1.2 Penyataan Masalah

Kebolehpercayaan yang tinggi juga amat dititikberatkan bagi mencapai matlamat

sesuatu ujian. Pastinya nilai kesahan yang diperolehi dapat membantu seseorang

penguji menilai mutu sesuatu ujian dengan dapatan kajian yang dijalankan. Kos

pembangunan bagi sesuatu alatan ujian yang rendah harganya adalah bertitik tolak

belanja yang perlu diperuntukkan bagi mengkaji dan menghasilkan instrumen ini.

Telah diketahui umum bahawa terdapat pelbagai jenis alatan ujian yang

dipasarkan di pasaran kini. Sehubungan itu, ciri-ciri seperti mudah dikendalikan dan

digunakan adalah salah satu keistimewaan bagi sesuatu produk alatan tersebut. Dengan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

4

kelebihan ini, yang ditambah dengan ciri keselamatan yang tinggi semasa menggunakan

alatan adalah keistimewaaan instrumen yang dibangunkan kini. Capaian maklumat yang

tepat dan jelas dapat diatur dengan adanya bantuan dari alatan yang dibangunkan. Ini

kerana, ujian ‘Bleep’ memiliki banyak tahap yang berbeza dan perlu dihadapai oleh

seseorang subjek. Semoga dengan adanya proses membangunkan produk sensor ujian

‘Bleep’ ini dapat mengatasi masalah yang timbul baik secara lansung atau tidak secara

langsung sebelum, semasa dan selepas ujian yang dijalankan.

1.3 Objektif Kajian

Kajian yang akan dijalankan mempunyai objektif seperti yang berikut:

1.3.1 Menghasilkan instrumen ujian daya tahan kardiovaskular iaitu ujian ‘Bleep’ yang

menggunakan teknologi sensor pijakkan kaki.

1.3.2 Menguji kebolehpercayaan instrumen ujian ‘Bleep’ yang menggunakan

teknologi sensor dengan menjalani ujian kardioavaskular iaitu Bleep Test melalui

ujian kecergasan dan borang soal selidik.

1.4 Persoalan Kajian

Di dalam kajian penghasilan instrumen alatan yang membantu dalan

penyelarasan data dan maklumat dengan menggunakan teknologi sensor dalam ujian

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

5

‘Bleep’ ini bagi mendapatkan maklum balas daripada pengguna tentang perkara seperti

di bawah :

1.4.1 Keberkesanan dan keupayaan alat ujian instrumen ujian ‘Bleep’ yang

menggunakan pengukuran berteknologi pengesan (sensor) jenis pijakkan.

1.4.2 Kebolehpercayaan instrumen ujian ‘Bleep’ yang dihasilkan.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah untuk menghasilkan instrumen ujian ‘Bleep’ yang bercorak

penggunaan teknologi sensor. Prosedur ujian sebelum ini adalah menggunakan kaedah

manual yang mana setiap catatan pencapaian ditentukan dan dicatatkan oleh penguji.

Berbekalkan borang skor tahap pencapaian (level), setiap ulangan larian dicatitkan ke

atas borang skor yang disediakan oleh penguji.

Pencapaian subjek yang diuji dikira setelah seseorang subjek itu tidak melakukan

larian pada tahap yang maksima berdasarkan keupayaan. Melalui kaedah sedia ada

berkemungkinan akan mewujudkan implikasi kekurangan penentu kesahihan larian

seseorang subjek itu.

Oleh itu, dengan wujudnya instrumen yang mementingkan nilai capaian yang

tepat sekaligus membantu penguji memperolehi nilai kebolehpercayaan yang tinggi.

Pembinaan instrumen ini diharap dapat memudahkan para penguji dan atlet terutamanya

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

6

dari segi pengendalian ujian. Ini kerana alat ujian ‘Bleep’ mudah dan cepat dijalankan

di samping kawalan dan pemerhatian daripada para penguji.

Akhir sekali, diharap alatan ini dapat memberikan kemudahan yang maksimum

kepada atlet, penguji serta jurulatih dalam menyediakan laporan kecergasan bagi subjek

mereka dengan lebih tepat dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

1.6 Limitasi Kajian

Di dalam kajian yang dijalankan dalam menghasilkan alat ujian ‘Bleep’ ini,

terdapat juga batasan atau limitasinya yang tersendiri. Kajian ini terbatas kepada

perkara-perkara seperti yang dinyatakan di bawah:

1.6.1 Alatan ini hanya menumpukan kepada ujian untuk menguji keberkesanan

penyelarasan data dan maklumat semasa ujian ‘Bleep’ dijalankan.

1.6.2 Prosedur ujian yang dijalankan ke atas subjek yang diuji.

1.6.3 Persoalan kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk

menguji kebolehpercayaan instrumen ujian ‘Bleep’ yang menggunakan teknologi

pengesan (sensor).

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

7

1.7 Skop Kajian

Penyelidikan ini adalah berkisar tentang penghasilan instrumen menggunakan

teknologi pengesan (sensor) dalam ujian ‘Bleep’. Di samping itu, instrumen berkenaan

akan diuji keupayaan mengikut prosedur ujian ‘Bleep’ terdahulu dan mencari nilai

kebolehpercayaan dan kesahan terhadap penghasilan instrumen kajian ini.

1.8 Definisi Operasional

1.8.1 Reka Bentuk

Penghasilan sesuatu alatan atau instrumen yang dibangunkan berdasarkan idea,

permasalahan semasa atau keperluan dalam sesuatu perkara.

1.8.2 Alat Ujian

Merupakan salah satu alat ujian ‘Bleep’ yang boleh digunakan mengikut

peraturan-peraturan yang tertentu.

1.8.3 Ujian Kecergasan

Ujian yang dijalankan terhadap penguji terdiri dari ujian kardiovaskular iaitu

ujian ’Bleep’.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

8

1.8.4 Kecergasan Fizikal

Kebolehan individu melakukan aktiviti fizikal. Data yang diperolehi dari ujian

akan di analisa.

1.8.5 Borang Soal Selidik

Suatu borang yang akan diisi oleh subjek bagi menilai instrumen sensor yang

dihasilkan.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

9

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Pada masa kini aktiviti kecergasan fizikal dilakukan untuk mendapatkan

kesihatan diri yang lebih baik.Selain dari itu aktiviti kecergasan fizikal dipraktikkan oleh

para atlit untuk mencapai prestasi yang baik. Terdapat banyak kajian telah dibuat untuk

meningkatkan kecergasan fizikal. Ujian-ujian kecergasan fizikal juga telah diwujudkan

sebagai penentu tahap kecergasan individu dan atlet.

Ujian dan pengukuran bermaksud pengumpulan data dan maklumat dari

pencapaian prestasi pelbagai kompenan bagi mencapai keputusan. Akan tetapi

berdasarkan analisis kajian yang dijalankan, seseorang penguji harus mengkaji faktor

yang mempengaruhi keputusan ujian tersebut.

Ujian yang dikenali sebagai "Beep Test" dan "Yo-Yo Test", telah dicipta oleh

Leger, L.A. & Lambert, J. (1982), "A maximal multistage 20m shuttle run test to predict

VO2 max", (European Journal of Applied Physiology, Vol 49, p1-5). Objektif kajian ini

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

10

dijalankan adalah untuk menilai tahap pencapaian para atlet dalam pengambilan oksigen

pada tahap yang maksima (VO2 max).

Oleh kerana itu, rekabentuk juga wujud hasil daripada kehendak dan keperluan

asas serta keinginan untuk membantu memenuhi citarasa manusia kini. Dengan

berbantukan rekabentuk yang bertujuan sebagai pemangkin dalam sesuatu ujian

kecergasan fizikal, penghasilan alatan bantuan dalam pengumpulan data dan maklumat

amat diperlukan bagi melancarkan lagi analisis yang hendak dijalankan. Gabungan

antara ujian dan instumen alatan sekaligus membantu dalam bidang rekabentuk untuk

terus maju ke depan selari dengan kepesatan teknologi kini.

2.2 Kajian Berkaitan

Sebelum sesuatu rekabentuk alatan dihasilkan, proses perkembangan idea amat

perlu selari dengan keperluan yang hendak dicipta. Menurut (Freider 1967), ciptaan

atau rekaan yang baik adalah dari hasil model yang dibentuk terlebih dahulu. Dari

imbasan model tersebut, para perekabentuk akan dapat mempercambahkan kreativiti

mereka terhadap penyusunan bahagian-bahagian, struktur bahan dan rekabentuk

barangan yang akan direka.

Ini dapat disokong oleh Hosking & Harlis (1991), rekabentuk merupakan satu

proses mencipta sesuatu peralatan yang bertujuan untuk memberi keselesaan kepada

manusia dalam membantu melaksanakan urusan kehidupan harian, ia juga merupakan

penghasilan sesuatu barangan baru atau inovasi yang dilakukan ke atas sesuatu barangan

dengan bertujuan untuk kegunaan pengguna.

Banyak kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidik untuk menguatkan teori

mereka tentang jenis-jenis ujian yang berkesan. Jenis-jenis ujian ini telah dibuat

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

11

berdasarkan ciri-ciri serta keadaan atlet sesuatu sukan yang hendak dibuat kajian.

Dengan berbantukan teknologi dan alatan kini, proses kajian bagi sesuatu ujian dapat

dipercepatkan dan dikemaskinikan.

Kajian-kajian yang telah dijalankan ini di buat dengan tujuan untuk mengukur

keupayaan atlet itu supaya dapat dijalankan latihan yang bersesuaian bagi meningkatkan

persembahan serta prestasi atlet tersebut.

Johnson dan Nelson (1986), telah menyarankan bahawa seseorang penyelidik

tidak seharusnya menggunakan satu ujian sahaja dan kemudian membuat kesimpulan

yang umum tentang kecergasan fizikal subjek yang diuji. Mereka telah mencadangkan

bahawa ujian-ujian mestilah saling berkaitan.

Sebagai contoh ujian kecergasan kardiovaskular juga boleh menguji komponen

daya tahan otot dan komponen kekuatan. Mereka mencadangkan untuk pelajar 14 tahun

keatas, komponen kecergasan fizikal yang dicadangkan untuk diuji ialah kekuatan dan

daya tahan otot, kelenturan dan kecergasan kardiovaskular. Penilaian kecergasan fizikal

yang dibuat akan menjadi penentu tahap kecergasan fizikal seseorang. Keputusan ujian

boleh digunakan oleh seseorang jurulatih atau penguji merancang latihan yang sesuai

untuk meningkatkan kecergasan atlet atau subjek yang terlibat.

2.3 Teori Rekabentuk

Dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk baik serta berkualiti, seseorang

perebentuk seharusnya menitikberatkan keperluan-keperluan seperti berikut :

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

12

2.3.1 Memenuhi keperluan

Menurut Maslow (1970), manusia akan mengambil masa untuk menerima

sesuatu pembaharuan yang mendadak. Dengan petikan ini, dapat diterangkan bahawa

sesuatu perubahan yang hendak dilakukan bukanlah secara mendadak atau drastik.

2.3.2 Ergonomik

Menurut International Labour Organization (ILO), ergonomik bermaksud

aplikasi sains biologi manusia berhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja

dengan persekitaran kerjaya. Pada peringkat antarabangsa, ergonomik dapat dipecahkan

kepada tiga bidang iaitu :

i ) Ergonomik Fizikal – mempersoalkan tentang tindakbalas tubuh terhadap

tekanan fizikal dan psikologikal.

ii ) Ergonomik Kognitif – kejuruteraan psikologi, keraguan tentang proses

mental seperti persepsi, perhatian, pengamatan, kawalan motor dan penyimpanan

memori.

iii ) Ergonomik Organisasi – juga dikenali sebagai Makroergonomik iaitu

mempersoalkan tentang keyakinan sistem teknikal sosio termasuk struktur

organisasi, polisi dan proses.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

13

2.3.3 Anthopometrik

Ia didefinasikan sebagai pengukuran tubuh manusia dan karektor

biomekanikalnya (Adam, 1989). Biomekanikal merujuk kepada kemampuan sistem otot

rangka manusia .

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

14

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Terdapat beberapa peringkat metodologi yang telah digunakan oleh penyelidik

bagi melaksanakan kajian ini. Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan dan

menghuraikan mengenai metodologi yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini.

Perkara-perkara yang akan dibincangkan ialah seperti berikut :

i. Kaedah penyelidikan

ii. Populasi dan pensampelan

iii. Instrumen kajian

iv. Prosedur kajian

v. Reka bentuk kajian

vi. Pengumpulan data

vii. Penganalisisan data

viii. Kajian rintis

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

15

3.2 Kaedah Penyelidikan

Dalam kajian ini penyelidik menghasilkan instrumen ujian kardiovaskular iaitu

ujian ‘Bleep’ yang menggunakan teknologi pengukuran digital (sensor) dan seterusnya

menguji keupayaan dan kebolehpercayaan instrumen ujian kardiovaskular ‘Bleep’.

Penyelidik melakukan pengujian ke atas 10 orang subjek yang terdiri dari pelajar dari

Fakulti Pendidikan (Sains Sukan) bagi ujian kecergasan kardiovascular iaitu ujian

‘Bleep’. Ujian ini bagi memastikan bahawa instrumen sensor yang dihasilkan mencapai

tahap yang ditetapkan oleh pengkaji. Disamping itu, borang soal selidik juga akan

diberikan kepada 40 orang subjek bagi menilai keupayaan instrumen yang dibangunkan.

Subjek dipilih secara rawak itu terdiri dari pelajar Fakulti Pendidikan.

3.3 Populasi dan Persampelan

Seramai 10 orang pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan) dipilih untuk menjadi

subjek ujian untuk memastikan instrumen yang dihasilkan berfungsi. Kesemua subjek

dikehendaki mengisi borang pengakuan rekod kesihatan bagi mengelakkan dari

berlakunya kejadian yang tidak diingini. Sekiranya subjek memenuhi kriteria yang

ditetapkan maka dia akan terpilih.

Pemilihan subjek adalah berdasarkan kepada kriteria bagi kategori A berdasarkan

panduan daripada American College of Sport Medicine (ACSM , 1980), iaitu :

i. Sihat tubuh badan dan tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit

ii. Bebas daripada penyakit

iii. Sederhana aktif dengan melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 3

hingga 5 hari dalam seminggu

iv. Tidak terhad kepada peringkat umur tertentu sahaja

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

16

v. Pemilihan subjek tidak terhad kepada perokok dan juga peminum minuman

keras.

Pemilihan 40 orang subjek bagi mengisi borang soal selidik adalah dipilih secara rawak

yang terdiri dari pelajar Fakulti Pendidikan.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam menjalani kajian ini adalah seperti berikut :

3.4.1 Instrumen ujian kardiovaskular yang menggunakan teknologi pengukuran

digital sensor ‘Bleep’.

3.4.2 Di fokuskan kepada keupayaan instrumen seperti :

3.4.2.1 Sensitiviti alatan kepada sentuhan subjek.

3.4.2.2 Mudah alih instrumen.

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

17

3.5 Prosedur Kajian

Terdiri dari dua bahagian iaitu peringkat pertama pengujian alat sensor yang

memerlukan ujian ke atas instrumen dan peringkat kedua pengesahan fungsi alat sensor

yang menggunakan borang soal selidik.

3.5.1 Pemilihan Subjek

(i) 10 orang pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan).

(ii) 40 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari Fakulti Pendidikan bagi

mengisi borang soal selidik.

3.5.2 Penyerahan surat lantikan

Seramai 10 orang subjek ujian diberikan surat perlantikan bagi menjalani ujian.

3.5.3 Surat persetujuan

Subjek yang terpilih diberikan surat persetujuan yang mengandungi syarat-syarat

pelepasan tanggungan yang perlu ditandatangani.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

18

3.5.4 Taklimat kajian

Penerangan tentang prosedur dan tujuan kajian kepada atlet.

Langkah-langkah penyerahan borang soal selidik :

i. 40 orang subjek dipilih secara rawak

ii. Subjek akan diberi penerangan tentang ujian ‘Bleep’

iii. Instrumen kajian akan dipamerkan pada subjek untuk diuji dan dinilai

3.6 Rekabentuk Kajian

Kajian yang dilaksanakan merangkumi beberapa fasa yang perlu di lalui oleh

penyelidik. Fasa-fasa tersebut terbahagi kepada tiga iaitu :

3.6.1 Fasa Merekabentuk Instrumen

Dalam fasa ini rekabentuk instrumen dibangunkan bagi memudahkan proses

penghasilan instrumen ujian daya tahan karviovaskular yang menggunakan teknologi

pengesan (sensor) ‘Bleep’. Antara faktor yang ditekankan adalah :

3.6.1.1 Rupabentuk instrumen.

3.6.1.2 Kebolehpercayaan instrumen.

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

19

3.6.1.3 Keistimewaan instrumen (mudah alih).

3.6.1.4 Keselamatan instrumen.

3.6.2 Fasa Penghasilan Instrumen

Dalam fasa ini penyelidik akan bekerjasama dengan pembimbing pensyarah dari

Fakulti Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia, pelajar Tahun 4 (Sains Sukan) dan

pensyarah pembimbing. Instrumen dihasilkan mengikut rekabentuk yang bersesuaian

dan memenuhi kehendak ujian ‘Bleep’.

3.6.3 Fasa Pengujian Instrumen

Dalam fasa ini instrumen ujian daya tahan kardiovaskular yang menggunakan

teknologi pengesan (sensor) ‘Bleep’ yang telah dihasilkan diuji kebolehpercayaannya

melibatkan 10 orang pelajar iaitu 5 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan

kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor yang dipilih untuk menjadi subjek dalam kajian ini dan 40

orang subjek dipilih secara rawak dari Fakulti Pendidikan bagi mengisi borang soal

selidik instrumen.

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

20

Ujian ini meliputi :

3.6.3.1 Ujian Pengesahan

10 orang subjek membuat aktiviti regangan sebelum menjalankan ujian ‘Bleep’

ke atas instrumen. Dapatan ujian akan direkodkan di dalam borang skor. Subjek diminta

memberikan cadangan, pandangan dan komen terhadap instrumen yang digunakan.

3.6.3.2 Prosedur Ujian Pengesahan

Satu taklimat ringkas mengenai penyelidikan akan diberi kepada subjek bagi

menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang kajian yang dijalankan, prosedur

pengujian dan alatan yang digunakan. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi subjek

satu pandangan asas tentang alat penyelidik. Jadual 3.1 di bawah menunjukkan prosedur

ujian kecergasan kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’ menggunakan alat sensor.

Ujian Pengujian bagi menilai tahap keupayaan alat sensor bagi Ujian

‘Bleep’ berasaskan ujian kecergasan fizikal daya tahan

kardiovascular.

Peralatan 1) Alat Sensor Ujian Bleep

2) Komputer peribadi

3) Borang skor ujian

4) Borang soal selidik

Prosedur 1) Subjek dikehendaki melakukan ujian daya tahan

kardiocascular dengan menggunakan alat sensor yang

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

21

dicipta oleh penyelidik.

2) Subjek dikehendaki mengisi borang kecergasan dan borang

skor ujian bagi ujian ‘Bleep’.

3) Setiap subjek masing-masing diperuntukkan masa 5 minit

untuk melakukan warm up.

4) Penyelidik akan member arahan apabila subjek sudah

bersedia.

5) Tahap peringkat ujian ‘Bleep’ akan dicatitkan. Pada masa

yang sama, penyelidik juga akan memastikan alat sensor

dipijak oleh subjek bagi memenuhi matlamat ujian.

6) Sesudah subjek menjalani ujian, subjek diberikan rehat dan

borang soal selidik akan diedarkan bagi mendapatkan

pandangan subjek terhadap alat sensor yang digunakan.

Jadual 3.1 Prosedur Ujian Simulasi Pengesahan Instrumen

3.6.3.3 Ujian Penilaian Alat Sensor

40 orang subjek akan dipilih secara rawak bagi menilai alat sensor yang

dibangunkan.

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

22

3.6.3.4 Prosedur Ujian Penilaian Instrumen

Satu taklimat ringkas mengenai penyelidikan akan diberi kepada subjek bagi

menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang kajian yang dijalankan, prosedur

pengujian dan alatan yang digunakan. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi subjek

satu pandangan asas tentang alat penyelidik. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan prosedur

ujian kecergasan kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’ menggunakan alat sensor.

Ujian Penilaian berpandukan borang soal selidik bagi menilai tahap

keupayaan alat sensor bagi Ujian ‘Bleep’ berasaskan ujian

kecergasan fizikal daya tahan kardiovascular.

Peralatan 1) Alat Sensor Ujian Bleep

2) Borang Soal Selidik

Prosedur 1) Subjek dipilih secara rawak dikalangan pelajar Fakulti

Pendidikan bagi mengisi borang soal selidik alat sensor.

2) Subjek diberikan taklimat yang menyeluruh tentang ujian

‘Bleep’ dan subjek dibenarkan untuk mencubakan alat

sensor itu sendiri.

3) Setiap subjek diminta mengisi boring soal selidik bagi

penilaian instrumen yang dinilai.

Jadual 3.2 Prosedur Ujian Penilaian Instrumen

3.7 Pengumpulan Data

Maklumat dan data dari borang soal selidik akan dimasukkan secara manual ke

dalam komputer bagi memudahkan pengiraan dan penilaian penyelidik.

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

23

3.8 Penganalisisan Data

Penggunaan perisian Microsoft Excel 2007 digunakan bagi memproses data yang

diperolehi.

3.9 Kajian Rintis

Penyelidik telah menjalankan kajian rintis terlebih dahulu sebelum melaksanakan

kajian yang sebenar. Kajian rintis ini dijalankan ke atas dua orang pelajar yang berumur

22 tahun dan 24 tahun dari kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains

Sukan), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Ujian dilakukan di Dewan Serba

Guna, Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian rintis ini dilakukan

adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang bakal timbul semasa melakukan

ujian yang sebenar, dapat memberikan idea kepada penyelidik dalam pembangunan

instrumen yang lebih baik berbanding instrumen yang sedia ada berdasarkan faktor

kebolehpercayaan instrumen.

Penyelidik juga telah menjalankan kajian rintis berkaitan dengan penggunaan

norma bagi menentukan di manakah tahap subjek apabila selepas menjalani pengujian.

Norma ini adalah berdasarkan kepada norma antarabangsa yang digunakan pada

instrumen ujian ‘Bleep’. Norma yang tersedia adalah bukan mengikut tahap fizikal

badan bagi subjek di Malaysia.

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

24

BAB 4

REKABENTUK INSTRUMEN

4.1 Pengenalan

Di dalam bab ini penyelidik membincangkan berkaitan dengan rekabentuk

instrumen secara lebih mendalam dan khusus berdasarkan kriteria yang digunakan.

Disamping itu juga, penyelidik akan membincangkan fasa-fasa yang terlibat dengan

lebih mendalam seperti dalam Bab 3 di bawah tajuk rekabentuk kajian. Ini secara

langsung membantu bakal penyelidik masa akan datang dalam merekabentuk instrumen

yang lebih baik dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

4.2 Cadangan

4.2.1 Peringkat Awal

Pada peringkat awal, penyelidik telah menjalankan kajian yang lebih mendalam

berkaitan ujian kecergasan fizikal iaitu daya tahan kardiovascular dalam ujian ‘Bleep’.

Melalui dapatan yang diperolehi, penyelidik telah membuat kesimpulan untuk

menghasilkan instrument sensor yang boleh membantu seseorang pengawas ujian

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

25

melicinkan lagi kaedah ujian ‘Bleep’ . Penggunaan papan pinjak yang menggunakan

litar sensor menjadi pilihan utama kerana ia antara pilihan yang terbaik.

Bagi membuat lakaran awal, pengkaji menitik berat beberapa perkara yang perlu

mengikut prosedur seperti berikut :

(i) Menetapkan saiz instrumen yang bersesuaian dengan keperluan ujian.

(ii) Memastikan tahap sensiviti instrumen tinggi.

(iii) Memilih jenis output isyarat yang bersesuaian dengan ujian.

(iv) Memahami keperluan dan prosedur ujian ’Bleep’.

(v) Menitikberatkan kaedah mudah alih dapat digunapakai.

(vi) Menilai tahap keselamatan instrumen yang dibangunkan.

Cadangan penyelidik untuk penghasilan instrumen sensor Ujian ’Bleep’ :

Rajah 4.1 : Lakaran Awal Papan Pijak

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

26

Rajah 4.2 : Lakaran Awal Isyarat Output

Rajah 4.3 : Anatomi Alat Sensor Ujian ‘Bleep’

Page 43: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

27

Rajah 4.4 : Litar Seramik Alat Sensor Ujian ‘Bleep’

4.2.2 Peringkat Akhir

Melalui kajian yang dijalankan penyelidik telah menetapkan bahawa instrumen

sensor yang menggunakan daya pijakkan pada papan sensor sesuai untuk dibangunkan.

Ini kerana ujian ‘Bleep’ menetapkan seseorang pelari mesti mencapai garisan yang

ditetapkan dalam ujian.

Di dalam merekabentuk instrumen sensor ini, penyelidik telah berkerjasama

dengan kakitangan dari Fakulti Elektrik UTM dan rakan-rakan tahun akhir dari Fakulti

Pendidikan (Sains Sukan). Keistimewaan instrumen ini adalah dapat memberikan hasil

kebolehpercayaan yang tinggi, mempunyai nilai di pasaran dan mesra pengguna.

Keistimewaan yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

(i) Berteknologi Sensor (papan pijak)

(ii) Kebolehpercayaan Yang Tinggi

(iii) Mudah Alih

Page 44: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

28

4.3 Instrumen Kajian

Bagi menghasilkan struktur alat ini, penyelidik terlebih dahulu bertanya

pandangan dari rakan-rakan yang pernah menjalani ujian ‘Bleep’ dan pensyarah dari

Fakulti Pendidikan (Sains Sukan . Ini kerana mereka mempunyai pengalaman dalam

menjalani ujian tersebut. Penyelidik mengambil masa 2 minggu bagi mendapatkan

lakaran yang bersesuaian dengan keperluan ujian ‘Bleep’.

Dalam bahagian ini penyelidik akan membincangkan tentang instrumen yang

telah terhasil secara terperinci. Perbincangan adalah berkisar tentang :

(i) Rekabentuk Instrumen Alat Sensor Ujian ‘Bleep’

(ii) Prosedur Ujian Menggunakan Instrumen Alat Sensor Ujian ‘Bleep’

(iii) Kompenan Terlibat Dalam Alat Sensor Ujian ‘Bleep’

4.3.1 Rekabentuk Instrumen Alat Sensor

Melalui perbincangan yang dijalankan oleh penyelidik dengan rakan dan

kakitangan Fakulti Elektrik, pelbagai kaedah telah dicadangkan. Namun pada

akhirnya, penyelidik memilih untuk merekabentuk satu alat yang memerlukan kaedah

pijakkan pada papan litar yang mempunyai arus elektrik bagi menghasilkan isyarat

yang bersesuaian. Pemilihan ini mendorong penyelidik merekabentuk alat sensor yang

mudah, fleksibel dan ringkas. Beberapa spesifikasi alat diperlukan bagi

membangunkan alat sensor Ujian ’Bleep’ ini. Sehubungan itu, penyelidik melakukan

pemilihan yang bersesuaian bagi mencipta instrumen yang terilham ini.

Page 45: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

29

Spesifikasi alat sensor untuk ujian ’Bleep’ yang dimaksudkan adalah seperti

berikut :

Jenis Butiran

Kuasa Bateri (Voltage) 1.5 volt + 1.5 volt

Kon Tinggi : 38cm Diameter : 18cm

Tempoh kegunaan > 45 Minit

Karpet kaki 10.5 inch X 30 inch

Piap penyambung 100cm

Getah Pelapik 10.5 inch X 30 inch

Buzzer 12 volt – Maximum

Mentol 3.8 volt / 0.3A

Aluminium foil 12 inch X 35 inch

Male and Female Connector -

Wayar Penyambung -

Jadual 4.1 Spesifikasi Alat Sensor Untuk Ujian ‘Bleep’

Rajah 4.5 : Prototaip Alat Sensor Ujian ‘Bleep’

Page 46: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

30

Rekabentuk alat sensor ujian ‘Bleep’ secara terperinci adalah seperti berikut :

4.3.2.1 Cara alat sensor berfungsi

Melalui kajian penyelidik telah menetapkan bahawa dengan menggenakan

tekanan pada papan pijak yang direkabentuk, tenaga elektrik akan dapat dialirkan bagi

menghasilkan isyarat bunyi dan nyalaan lampu yang berperanan memberi isyarat pada

pelari.

4.3.2.2 Kuasa digunakan

Kuasa bateri 3 volt digunakan sebagai kuasa yang minimum kepada instrumen

kajian yang di tempatkan di bahagian dalam kon bagi menjimatkan ruang penyimpanan

alat.

Rajah 4.6 : Bekalan Kuasa dan Penyimpanan

Page 47: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

31

4.3.2.3 Struktur Papan Pijak

Penyelidik telah memilih kedudukan penyambung arus dengan menggunakan

aluminium foil sebagai penyambung tenaga elektrik yang akan dialirkan. Aluminium

foil akan di tampalkan pada ‘card board’ di bahagian atas dan bawah. Bagi

mengelakkan arus mengalir secara berterusan span yang bertindak sebagai pelapik

diantara kedua-dua aluminium foil ditampal pada salah satu papan. Pada pemukaan atas,

karpet akan dilekatkan bagi memberi keselesaan pada pengguna. Penggunaan getah pada

bahagian bawah pula digunakan bagi mengelakkan alat sensor bergerak apabila

digunakan pada permukaan yang licin.

Bentuk Fizikal Papan Pijak :

Rajah 4.7.0 : Papan Pijak Dalaman (Aluminium Foil)

Rajah 4.7.1 : Papan Pijak Permukaan Atas (Karpet)

Page 48: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

32

Rajah 4.7.2 : Papan Pijak – Perintang Arus (Span)

Rajah 4.7.3 : Papan Pijak Permukaan Belakang (Getah)

4.3.2.4 Penyambung

Penyambung (female port) digunakan pada setiap papan pijak yang dihubungkan

terus ke aluminium foil yang dikepilkan pada papan pijak. Penyambung (male port)

digunakan bagi menyalurkan arus elektrik dari bekalan kuasa ke papan pijak bagi

memberi arus elektrik kepada buzzer dan lampu.

Page 49: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

33

Rajah 4.8 : Penyambung

4.3.2.5 Isyarat dan petunjuk

Pada bahagian ini, penyelidik telah memilih dua jenis output untuk membantu

dan melengkapkan keperluan ujian sensor yang dikaji. Penggunaan yang berbentuk

visual iaitu lampu dan output yang berbentuk audio iaitu penggunaan buzzer.

Rajah 4.9 : Output Alat Sensor

Buzzer (Bunyi)

Page 50: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

34

Rajah 4.10 : Output Alat Sensor

Lampu / Mentol (Cahaya)

4.3.3 Prosedur menggunakan alat sensor untuk ujian ’Bleep’.

Instrumen Berteknologi sensor yang digunakan berpandukan bunyi dari cakera

padat ujian ’Bleep’. Seseorang subjek perlu mengikuti tempo larian yang teratur dengan

memijak alat sensor yang disediakan di hujung setiap garisan 20 meter. Bagi membuat

dan menjalani ujian menggunakan alat sensor ini, prosedur berikut perlu dipatuhi.

Prosedur diilustrasikan seperti berikut pada Jadual 4.2.

Page 51: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

35

Jadual 4.2 : Paparan Arahan Bagi Menggunakan Alat Sensor Ujian ’Bleep’.

4.4 Pengukuran

Kesahan larian oleh seseorang subjek diukur dengan disiplin larian yang

dilakukan oleh subjek ketika memijak alat sensor. Penyelarasan isyarat alat sensor

mestilah sebelum atau sekata dengan bunyi yang dihasilkan dari cakera padat ujian

‘Bleep’. Kaedah capaian masa seseorang subjek dapat dikira dengan permulaan larian

dengan halaju yang standard iaitu 8.5km/jam. Pada rajah 4.7 dibawah dinyatakan masa

nilai larian yang ditetapkan dalam ujian ‘Bleep’ yang sebenar.

Subjek perlu memijak alat sensor bagi membolehkan isyarat dikeluarkan.

Subjek akan bersedia untuk meneruskan larian kearah garisan bertentangan dengan menunggu isyarata dari cakera padat ujian ’Bleep’

Subjek perlu bersedia di garisan permulaan bagi memulakan ujian ’Bleep’

Subjek akan mulakan larian sesudah isyarat dikeluarkan

Penyelidik / pemudahcara ujian akan menilai capaian larian subjek berdasarkan isyarat yang terhasil dari alat sensor ujian.

1. Fasa Mula 2. Fasa Larian 3. Fasa Ujian

4. Fasa Ulangan 5. Penilaian

Page 52: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

36

Formula Halaju :

HALAJU LEVEL

JARAK

(KM)

JARAK

/HALAJU JAM MIN

MASA

LAP

SELANG

MASA

8.5 1 0.02 0.002353 60 60 8.4705882 -

9.0 2 0.02 0.002222 60 60 8 0.470588

9.5 3 0.02 0.002105 60 60 7.5789474 0.421053

10.0 4 0.02 0.002 60 60 7.2 0.378947

10.5 5 0.02 0.001905 60 60 6.8571429 0.342857

11.0 6 0.02 0.001818 60 60 6.5454545 0.311688

11.5 7 0.02 0.001739 60 60 6.2608696 0.284585

12.0 8 0.02 0.001667 60 60 6 0.26087

12.5 9 0.02 0.0016 60 60 5.76 0.24

13.0 10 0.02 0.001538 60 60 5.5384615 0.221538

13.5 11 0.02 0.001481 60 60 5.3333333 0.205128

14.0 12 0.02 0.001429 60 60 5.1428571 0.190476

14.5 13 0.02 0.001379 60 60 4.9655172 0.17734

15.0 14 0.02 0.001333 60 60 4.8 0.165517

15.5 15 0.02 0.00129 60 60 4.6451613 0.154839

16.0 16 0.02 0.00125 60 60 4.5 0.145161

16.5 17 0.02 0.001212 60 60 4.3636364 0.136364

17.0 18 0.02 0.001176 60 60 4.2352941 0.128342

17.5 19 0.02 0.001143 60 60 4.1142857 0.121008

18.0 20 0.02 0.001111 60 60 4 0.114286

18.5 21 0.02 0.001081 60 60 3.8918919 0.108108

Jadual 4.3 : Pengiraan Skor Ujian Bleep

Halaju = Jarak (km) _________ Masa (jam)

Page 53: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

37

4.5 Penutup

Di dalam bab ini, di harap dapat membantu penyelidik dan subjek memahami

tentang instrumen sensor yang dibangunkan. Rekabentuk instrumen dan prosedur

diterangkan dengan jelas supaya memudahkan dan melicinkan proses menjalankan ujian

kecergasan daya tahan kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’ . Di samping itu, semoga dapat

memberi maklumat dan membantu penyelidik masa akan datang dalam membangunkan

instrumen yang lebih baik.

Page 54: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

38

BAB 5

PENGANALISISAN DATA

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bab yang penting di mana mengandungi penganalisisan data-

data yang telah diperolehi secara rawak daripada hasil borang soal selidik yang telah

diedarkan kepada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai, Johor mengenai pandangan dan pendapat mereka terhadap penggunaan alat

sensor dalam mencapai kesahan dalam ujian daya tahan kardiovascular iaitu ujian

‘Bleep’.

Analisis data yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah daripada boring soal

selidik yang telah diedarkan kepada empat puluh orang pelajar Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Data-data daripada soal selidik dianalisis

secara diskriptif menggunakan Microsoft Excel 2007 dan ianya dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang

responden manakala Bahagian B berkaitan dengan pandangan dan pendapat responden

terhadap penggunaan alat sensor dalam mencapai kesahan dalam ujian daya tahan

kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’.

Page 55: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

39

5.2 Analisis Data Ujian Kesahan Instrumen

Sepuluh orang subjek telah dipilih untuk melakukan pengujian terhadap alat

sensor yang digunakan untuk ujian ‘Bleep’. Penyelidik mendapati bahawa alat sensor

tersebut memberikan ketepatan dalam menentukan capaian larian seseorang subjek

larian bagi ujian ‘Bleep’. Larian yang sah dikira sekiranya subjek berlari dan memijak

papan sensor sebelum bunyi ‘Beepp!’ berbunyi dari cakera padat ujian ‘Bleep’. Lampu

akan menyala dan buzzer akan berbunyi menandakan papan sensor dipijak oleh subjek.

Larian tidak sah apabila seseorang subjek tidak mencapai papan yang diletakkan sebaris

dengan garisan 20 meter tersebut.

Rajah 5.1 : Pijakkan Kaki Yang Sah

Rajah 5.2 : Pijakkan Kaki Yang Tidak Sah

Page 56: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

40

5.3 Analisis Data Soal Selidik

5.3.1 Latar Belakang Responden

5.3.1.1 Jantina

Rajah 5.3 : Jantina Responden

Responden terdiri daripada 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Mereka

adalah mahasiswa-mahasiswa daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor.

Page 57: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

41

5.3.1.2 Bangsa

Rajah 5.4 : Bangsa Responden

Daripada graf di atas, menunjukkan bahawa majoriti bangsa adalah bangsa

Melayu seramai 33 orang dengan peratusan sebanyak 82%. Diikuti oleh bangsa Cina

seramai 3 orang dengan peratusan sebanyak 8%. Manakala India dan lain-lain diwakili 2

orang dengan peratusan masing-masing sebanyak 5%.

Page 58: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

42

5.3.1.3 Agama

Rajah 5.5 : Agama Responden

Rajah 5.5 menunjukkan majoriti responden terdiri daripada agama Islam dengan

peratusan sebanyak 85% iaitu 34 orang. Diikuti oleh agama Kristian, Hindu dan Buddha

sebanyak 5% masing-masing yang diwakili 2 orang responden sahaja. Secara

khususnya, responden beragama Islam adalah terdiri dari responden berbangsa melayu.

Page 59: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

43

5.3.1.4 Umur

Rajah 5.6 : Umur Responden

Dalam Rajah 5.6 ini menunjukkan, majoriti subjek adalah berumur dalam

lingkungan 23 hingga 25 tahun iaitu seramai 19 orang dengan peratusan sebanyak 47%.

Diikuti umur 20 hingga 22 tahun seramai 12 orang dengan peratusan sebanyak 30%.

Seterusnya umur 26 hingga 28 tahun seramai 7 orang dengan peratusan sebanyak 18%

dan seramai 2 orang dengan peratusan 5% dalam lingkungan umur 29 hingga 31 tahun.

Page 60: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

44

5.3.1.5 Tahun Pengajian

Rajah 5.7 : Tahun Pengajian Responden

Didapati bahawa peratusan subjek dari tahun/kursus yang diikuti di Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Subjek-subjek terdiri daripada mahasiswa-

mahasiswi dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Majoriti responden terdiri daripada tahun 4SPS seramai 23 orang dengan peratusan

sebanyak 57%. Disusuli tahun 1SPS iaitu seramai 9 orang dengan peratusan sebanyak

23%. Bagi responden dari tahun 2SPS adalah seramai 5 orang dengan peratusan

sebanyak 12%. Bagi tahun 3SPS hanya terdiri dari 2 orang dengan peratusan 5% dan

1SPH, yang diwakili seorang responden yang memiliki hanya 3%.

Page 61: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

45

5.3.1.6 Aktif Bersukan

Rajah 5.8 : Tahap Aktif Bersukan Responden

Rajah 5.8 menyatakan bahawa kesemua responden yang mengisi borang soal

selidik menjalani hidup yang sihat dengan bergiat aktif dalam aktiviti sukan. Kesemua

respondan iaitu 40 orang terdiri dari 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan

menyatakan YA bagi bahagian aktif bersukan. Ini sekaligus memenuhkan peratusan

sebanyak 100%.

Page 62: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

46

5.3.1.7 Jenis Aktiviti Sukan

Rajah 5.9 : Jenis Aktiviti Sukan responden

Daripada rajah di atas, dapat diketahui bahawa aktiviti sukan yang mencapai

nilai tertinggi adalah aktiviti riadah iaitu sebanyak 10 orang yang merangkumi 25%.

Sukan futsal dan jogging pula mencapai nilai masing-masing yang sama iaitu 8 orang

iaitu 20%. Aktiviti sukan bola tampar pula mendapat perhatian iaitu 5 orang menerusi

peratusan sebanyak 13%. Ia pula disusuli dengan sukan lain seperti bola rubgi 2 orang

(5%), badminton dan lawn ball memegang nilai sama 1 orang (3%), bola sepak dan bola

jaring masing-masing 1 orang (2%) dan silat sebanyak 3 orang (7%).

Page 63: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

47

5.3.1.8 Jumlah Kekerapan Bersukan

Rajah 5.10 : Jumlah Kekerapan Bersukan Responden

Melalui kajian yang dijalankan, jumlah kekerapan tertinggi adalah 3 kali

seminggu untuk 23 orang responden dengan peratusan 57%, sementara kekerapan setiap

hari bagi responden mencatatkan 14 orang dengan peratusan 35%. Hanya 2 orang iaitu

5% menjalani kekerapan sukan dalam 4 kali sebulan. Terdapat hanya 1 orang responden

yang hanya melakukan aktiviti dalam tempoh lebih dari 2 bulan iaitu memegang nilai

peratusan sebanyak 3%.

Page 64: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

48

5.3.1.9 Pengalaman menjalani ujian ‘Bleep’

Rajah 5.11 : Pengalaman Menjalani Ujian ‘Bleep’ Responden

Menurut dapatan kajian ini, didapati bahawa jumlah responden yang pernah

menjalani ujian ‘Bleep’ sangat tinggi iaitu 39 orang iaitu mencecah nilai peratusan 97%.

Ini kerana hampir semua responden adalah terdiri dari pelajar dari Fakulti Pendidikan

(Sains Sukan). Terdapat hanya 1 orang sahaja yang tidak pernah menjalani ujian

‘Bleep’.

Page 65: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

49

5.3.1.10 Masa terakhir jalani ujian ‘Bleep’

Rajah 5.12 : Kali Terakhir Jalani Ujian ‘Bleep’ Responden

Rajah 5.12 menerangkan tentang masa yang terakhir responden menjalani ujian

kecergasan fizikal bagi daya tahan kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’. Nilai tertinggi

mencatitkan 25 orang telah menjalani ujian pada masa 1 bulan yang lalu. Ini

menyebabkan dapatan peratusan adalah 64%. Kelompok kedua terbanyak ialah dalam

tempoh 3 bulan yang lalu iaitu seramai 5 orang (13%). Seramai 4 orang yang menjalani

ujian pada tempoh 6 bulan yang lalu dengan peratusan sebanyak 10%. Diikuti dengan 3

orang (8%) pada 1 tahun yang lalu. Akhir sekali adalah seramai 2 orang yang menjalani

ujian ‘Bleep’ pada tempoh seminggu yang terdekat dahulu.

Page 66: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

50

5.3.2 Persepsi Terhadap Penggunaan Alat Sensor dalam Ujian Daya Tahan

Kardiovascular – Ujian ‘Bleep’.

5.3.2.1 Skala Likert

Skala Likert digunakan untuk mendapatkan persepsi daripada mahasiswa-mahasiswa

Sains Sukan,Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor bagi menjawab soal selidik

yang diberikan.

Panduan Skala Likert:

Sangat Setuju (SS)

Setuju (S)

Kurang Setuju (KS)

Tidak Setuju (TS)

Sangat Tidak Setuju (STS)

Page 67: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

51

5.3.2.2 Saya menyokong pembangunan rekacipta teknologi sukan kini bagi

membantu meningkatkan prestasi seseorang atlit.

Rajah 5.13 : Maklumbalas menyokong pembangunan rekacipta

teknologi sukan kini bagi membantu meningkatkan prestasi seseorang

atlet.

Seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 5.13, boleh didapati disini bahawa

terdapat 22 orang responden ‘sangat setuju’ dalam menyokong pembangunan rekacipta

teknologi sukan kini, peratus yang diperolehi adalah sebanyak 55%. Sokongan

responden yang menyatakan ‘setuju’ seramai 16 orang iaitu 40%. Hanya 2 orang

responden sahaja yang menyatakan ‘kurang setuju’ dengan dapatan peratusan sebanyak

5%. Tiada dapatan dari responden bagi bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 68: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

52

5.3.2.3 Saya yakin dengan penggunaan sensor dalam ujian ‘Bleep’.

Rajah 5.14 : Maklumbalas terhadap keyakinan dengan penggunaan

sensor dalam ujian ‘Bleep’.

Dapatan yang diperolehi dari rajah di atas menyatakan bahawa 18 orang ‘sangat

setuju’ dengan pernyataan keyakinan dengan penggunaan sensor dalam ujian ‘Bleep’, ini

membolehkan jumlah peratus yang diperolehi adalah sebanyak 45%. Jumlah responden

yang memilih ‘setuju’ adalah seramai 16 orang dengan peratus 40%. Hanya 6 orang iaitu

15% sahaja yang ‘kurang setuju’ dengan pernyataan tersebut. Tiada dapatan diperolehi

dari bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 69: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

53

5.3.2.4 Saya suka dengan penggunaan sensor bunyi dan lampu dalam menentukan

kesahan ujian dalam ujian ‘Bleep’.

Rajah 5.15 : Maklumbalas suka dengan penggunaan sensor bunyi dan

lampu dalam menentukan kesahan ujian dalam ujian ‘Bleep’.

Merujuk kepada Rajah 5.15, terdapat 17 orang responden ‘sangat setuju’ dalam

penggunaan sensor bunyi dan lampu dalam menentukan kesahan ujian dalam ujian

‘Bleep’, peratus yang diperolehi adalah sebanyak 42.5%. Sokongan responden yang

menyatakan ‘setuju’ seramai 22 orang iaitu 55%. Hanya 1 orang responden sahaja yang

menyatakan ‘kurang setuju’ dengan dapatan peratusan sebanyak 2.5%. Tiada dapatan

dari responden bagi bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 70: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

54

5.3.2.5 Alat ini membantu penyelidik menentukan subjek ujian samada prosedur

ujian dijalankan dengan tepat.

Rajah 5.16 : Maklumbalas alat ini membantu penyelidik menentukan

subjek ujian samaada prosedur ujian dijalankan dengan tepat.

Jika dilihat dari Rajah 5.16 di atas menyatakan bahawa 16 orang ‘sangat setuju’

dengan pernyataan ‘alat ini membantu penyelidik menentukan subjek ujian samaada

prosedur ujian dijalankan dengan tepat’, dengan kutipan peratus yang diperolehi adalah

sebanyak 40%. Jumlah responden yang memilih ‘setuju’ adalah seramai 21 orang

dengan peratus 52.5%. Hanya 3 orang iaitu 7.5% sahaja yang ‘kurang setuju’ dengan

pernyataan tersebut. Tiada dapatan diperolehi dari bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat

tidak setuju’.

Page 71: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

55

5.3.2.6 Alat ini selamat untuk digunakan bagi menjalankan ujian kecergasan

kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’.

Rajah 5.17 : Maklumbalas alat ini selamat untuk digunakan bagi

menjalankan ujian kecergasan kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’.

Merujuk kepada Rajah 5.17, terdapat 15 orang dengan peratus sebanyak 37.5%

menyatakan ‘sangat setuju’ bahawa alat ini selamat untuk digunakan bagi menjalankan

ujian kecergasan kardiovascular iaitu ujian ‘Bleep’. Sokongan responden yang

menyatakan ‘setuju’ seramai 19 orang iaitu 47.5%. Manakala 6 orang responden sahaja

yang menyatakan ‘kurang setuju’ dengan dapatan peratusan sebanyak 15%. Tiada

dapatan dari responden bagi bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 72: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

56

5.3.2.7 Alat sensor ini dapat membantu atlet dalam ujian ‘Bleep’.

Rajah 5.18 : Maklumbalas alat sensor ini dapat membantu atlet dalam

ujian ‘Bleep’.

Seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 5.18, boleh didapati disini bahawa

terdapat 16 orang responden ‘sangat setuju’ alat sensor ini dapat membantu atlet dalam

ujian ‘Bleep’, peratus yang diperolehi adalah sebanyak 40%. Sokongan responden yang

menyatakan ‘setuju’ seramai 22 orang iaitu 55%. Hanya 2 orang responden sahaja yang

menyatakan ‘kurang setuju’ dengan dapatan peratusan sebanyak 5%. Tiada dapatan dari

responden bagi bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 73: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

57

5.3.2.8 Alat sensor ini dapat mempengaruhi peningkatan prestasi ujian bagi

seseorang subjek.

Rajah 5.19 : Maklumbalas alat ini dapat mempengaruhi peningkatan

prestasi ujian bagi seseorang subjek.

Jika dilihat dari Rajah 5.19 di atas, menyatakan bahawa 15 orang ‘sangat setuju’

dengan pernyataan ‘alat ini dapat mempengaruhi peningkatan prestasi ujian bagi

seseorang subjek’, dengan kutipan peratus yang diperolehi adalah sebanyak 37.5%.

Jumlah responden yang memilih ‘setuju’ adalah seramai 16 orang dengan peratus 40%.

Manakala terdapat 5 orang iaitu 12.5% sahaja yang ‘kurang setuju’ dengan pernyataan

tersebut. Terdapat juga 3 orang responden iaitu 7.5% yang ‘tidak setuju’ dengan

pernyataan berikut. Hanya terdapat 1 orang sahaja yang ‘sangat tidak setuju’ alat ini

dapat mempengaruhi peningkatan prestasi ujian bagi seseorang subjek. Peratusan yang

diperolehi hanya 2.5%

Page 74: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

58

5.3.2.9 Alat ini boleh digunakan pada sebarang peringkat kemahiran seseorang

penguji dan atlet.

Rajah 5.20 : Maklumbalas alat ini boleh digunakan pada sebarang

peringkat kemahiran seseorang penguji dan atlet.

Merujuk kepada Rajah 5.20, terdapat 11 orang dengan peratus sebanyak 27.5%

menyatakan ‘sangat setuju’ bahawa alat ini boleh digunakan pada sebarang peringkat

kemahiran seseorang penguji dan atlet. Sokongan responden yang menyatakan ‘setuju’

seramai 25 orang iaitu 62.5% iaitu nilai dapatan tertinggi yang diperolehi dari

responden. Manakala 4 orang responden sahaja yang menyatakan ‘kurang setuju’

dengan dapatan peratusan sebanyak 10%. Tiada dapatan dari responden bagi bahagian

‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 75: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

59

5.3.2.10 Keupayaan alat sensor ini masih boleh ditingkatkan lagi pada masa akan

datang.

Rajah 5.21 : Maklumbalas alat sensor ini masih boleh ditingkatkan lagi

pada masa akan datang.

Seperti yang dipaparkan di dalam Rajah 5.21, didapati disini bahawa terdapat 15

orang responden ‘sangat setuju’ alat sensor ini masih boleh ditingkatkan lagi pada masa

akan datang, peratus yang diperolehi adalah sebanyak 37.5%. Sokongan responden yang

menyatakan ‘setuju’ seramai 22 orang iaitu 55%. Hanya 3 orang responden sahaja yang

menyatakan ‘kurang setuju’ dengan dapatan peratusan sebanyak 7.5%. Tiada dapatan

dari responden bagi bahagian ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 76: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

60

5.3.2.11 Ujian ‘Bleep’ lebih mudah dijalankan dengan menggunakan alat sensor ini

sebagai salah satu bahan bantu ujian.

Rajah 5.22 : Maklumbalas ujian ‘Bleep’ lebih mudah dijalankan dengan

menggunakan alat sensor ini sebagai salah satu bahan bantu ujian.

Dapatan yang diperolehi dari Rajah 5.22 di atas menyatakan bahawa 18 orang

‘sangat setuju’ dengan pernyataan keyakinan dengan penggunaan sensor dalam ujian

‘Bleep’, dengan jumlah peratus sebanyak 45%. Jumlah responden yang memilih ‘setuju’

adalah seramai 22 orang dengan peratus 55%. Tiada dapatan diperolehi dari bahagian

‘kurang setuju’,‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’.

Page 77: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

61

BAB 6

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan membuat perbincangan, kesimpulan serta

cadangan secara keseluruhan berdasarkan keputusan daripada analisis data yang

diperolehi di dalam bab-bab sebelum ini. Ringkasan kajian yang meliputi perkara-

perkara seperti pernyataan masalah, metodologi kajian, instrumen kajian serta

penganalisaan data juga akan dimuatkan di dalam bahagian ini. Dalam bahagian

perbincangan akan membincangkan tentang dapatan-dapatan yang diperolehi daripada

kajian lepas manakala dalam bahagian cadangan pula mengandungi beberapa cadangan

daripada penyelidik bagi meningkatkan lagi mutu hasil penyelidikan.

6.2 Ringkasan Kajian

Seramai 10 orang subjek dipilih untuk ujian kesahan alat sensor ini iaitu 5 orang

lelaki dan 5 orang perempuan. Seramai 40 orang responden dipilih secara rawak dari

kalangan pelajar Fakulti Pendidikan. Responden yang terdiri dari 20 orang lelaki dan

20 orang perempuan diedarkan borang soal selidik berkaitan alat sensor ujian ‘Bleep’.

Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan

Page 78: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

62

dibincangkan secara deskriptif. Hasil daripada kajian ini kemudian dirumuskan untuk

menjawab persoalan kajian yang terkandung dalam Bab 1. Selain itu, kesimpulan juga

dibuat berdasarkan data-data yang diperolehi selepas analisis data dijalankan. Oleh yang

demikian kesimpulan yang menyeluruh bagi hasil dapatan kajian dapat dibuat.

6.3 Perbincangan

6.3.1 Alat Tekan Tubi Dwi-Sensor Yang Direka Cipta Oleh Penyelidik Ini

Mempunyai Keberkesanan Yang Tinggi

Melalui hasil analisis data daripada borang soal selidik yang telah dibuat,

didapati majoriti subjek telah bersetuju bahawa Alat Sensor Ujian ‘Bleep’ yang direka

cipta oleh penyelidik mempunyai keberkesanan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa

alat penyelidik berkesan dalam mengesan capaian langkah pelari semasa melakukan

larian ‘Bleep’ iaitu dengan mengenal pasti sama ada kaki pelari melepasi garisan 20

meter yang ditetapkan berdasarkan ujian ‘Bleep’ .

6.3.2 Maklum Balas Daripada Responden Yang Telah Mengetahui, Meneliti serta

Mencuba Menggunakan Alat Ini.

Melalui analisis yang dibuat, penyelidik mendapati kebanyakan responden

mempunyai pandangan yang positif terhadap alat sensor baru ini. Majoriti responden

telah menyatakan bahawa mereka suka pada alat penyelidik dan mereka mengakui

bahawa ini merupakan platform baru bagi meningkatkan lagi mutu ujian kecergasan

yang sedia ada. Para responden juga amat berpuas hati dengan alat sensor bagi Ujian

‘Bleep’ yang telah direka cipta oleh penyelidik.

Page 79: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

63

Kebanyakan responden merasa alat ini adalah sangat sesuai untuk dijadikan

bahan bantu dalam menjalankan ujian kecergasan terutama ujian ‘Bleep’. Ini adalah

kerana alat ini sesuai untuk digunakan dalam pelbagai umur dan saiz badan. Ini kerana

alat ini direka khas untuk menguji dan membantu dalam melancarkan lagi sistem Ujian

‘Bleep’ yang sedia ada kini. Selain itu, alat ini dapat membantu para penyelidik masa

akan datang untuk melakukan ujian ‘Bleep’ tepat, pantas dan yang terpenting kesahan

dan kebolehpercayaan ujian sukar untuk dipertikaikan.

Terdapat segelintir responden juga bersetuju bahawa alat sensor ini sesuai

digunakan sebagai alat pengukuran bagi mengelakkan “penipuan” dan ketidakadilan

dalam Ujian ‘Bleep’ yang dilakukan.

Walau bagaimanapun, alat sensor ini masih mempunyai kelemahan dan ianya

boleh diperbaiki lagi. Penyelidik telah menerima pandangan serta cadangan dari

responden secara positif. Antara cadangan yang diberikan ialah menaik taraf atau

memperbaiki alat supaya kelihatan lebih menarik lagi. Penggunaan ‘timer’ bagi

menyelaraskan bunyi ‘beep’ dalam ujian ‘Bleep’ amat dihargai penyelidik. Responden

juga berpendapat supaya mentol yang lebih besar dan baik kualiti dapat disediakan

berbanding prototaip yang ada kini.

Terdapat juga segelintir responden menyatakan untuk meningkatkan lagi bunyi

buzzer yang ada. Papan pijak yang lebih nipis dapat diwujudkan pada masa akan datang

bagi memudahkan ujian yang dijalankan. Pandangan sumber yang lain ialah supaya

menggunakan bahan yang mempunyai daya tahan lama untuk kegunaan jangka masa

panjang. Selain daripada itu, faktor masa juga penting kerana penyelidik terpaksa

mengambil masa yang agak lama untuk menyusun alat pengukuran.

Page 80: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

64

6.4 Cadangan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Terdapat beberapa kelemahan dikenal

pasti dan perlu diperbaiki bagi mendapatkan keputusan ujian yang lebih baik. Oleh yang

demikian antara cadangan bagi meningkatkan mutu kajian ini pada masa akan datang

adalah seperti berikut:

6.4.1 Penggunaan sensor yang lebih canggih

Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh penyelidik sepanjang proses

melakukan kajian, sensor merupakan instrumen yang terpenting dalam membentuk Alat

Sensor bagi Ujian ‘Bleep’. Oleh itu, pengkaji yang akan datang digalakkan mencari

sensor yang lebih baik dan dapat memberi bacaan yang lebih tepat. Sensor haruslah

tidak terlalu sensitif, mempunyai simpan rekod (library), mudah dipasang dan lebih

mesra pengguna. Selain itu, penyelidik mencadangkan agar pengkaji akan datang

mencipta sensor berserta program ujian untuk kemasukan maklumat supaya lebih

menjimat masa dan tenaga.

6.4.2 Menaikkan taraf sistem isyarat output

Penyelidik masa akan datang digalakkan untuk meningkatkan tahap sistem

isyarat output selain bunyi dan lampu. Penyelidik juga mencadangkan agar penggunaan

sensor jarak jauh digunakan supaya penyelidik dapat memantau tahap ujian semasa.

Page 81: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

65

6.5 Kajian akan datang

Walaupun penggunaan sensor eletrik dengan memijak adalah salah satu cara,

sensor seperti penggunaan ‘speed light’, infared dan GPRS masih belum diteroka

sepenuhnya. Dengan itu, keberkesanan alat ini dapat ditentukan dengan lebih tepat lagi.

6.6 Kesimpulan

Berdasarkan data yang diperolehi dari soal selidik yang dijalankan , penyelidik

ingin merumuskan bahawa Alat Sensor Ujian ‘Bleep’ yang direka cipta oleh penyelidik

mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor

6.5 Penutup

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan diharapkan akan dapat membantu

serba sedikit penyelidik pada masa akan datang yang ingin meneruskan kajian mengenai

alat sensor bagi Ujian ‘Bleep’.

Page 82: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

66

BIBLIOGRAFI

Ainon Abdullah (1994) . Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur. Utusan Publication

And Distributors Sdn. Bhd.

Australian Sports Commission (1999). 20 m shuttle run test: A progressive shuttle run

test for measuring ærobic fitness. Belconnen, ACT: Australian Coaching

Council.

Baharudin Rahim (2002). Kajian Rekabentuk Mesin Pengumpan Bola Takraw.

Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Francois Fortin (2000). Sports The Complete Visual Reference. -1st ed. Victoria.

Firefly Books Ltd.

Garreh J. (1995) . Design And Technology. Great Britain. Cambrigde University

Press.

Izwanuddin bin Yahaya (2006) Rekacipta Instrumen Ujian ‘Vertical Jump’

Berteknologi Digital (Sensor) Bagi Ujian Kecergasan Fizikal. Tesis Sarjana

Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Kasim A-Jalil dan Muta’ali Othman (1995) . Proses Dan Kaedah Rekabentuk Untuk

Kursus Diploma Dan Sarjana Muda. Ed. Pertama. Universiti Teknologi

Malaysia.

Page 83: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

67

Leger, L. and Gadoury, C, (1989) 'Validity of the 20m shuttle run test with 1 minute

stages to predict VO2max in adults. Canadian Journal of Sport Science, 14:1

21-26

Mohd Najib Ghaffar (1998). Penyelidikan Pendidikan . Universiti Teknologi Malaysia. Muthu kannu Veerappen. (2004). Kesan Latihan Bebanan Terhadap Kekuatan

Maksimum Otot Tangan Bawah(Palmaris Longus) Terhadap Pemain-Pemain

Pasukan Hoki Lelaki Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana

Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Olds, T, Tomkinson, G, Léger, L and Cazorla, G (2004). Worldwide variation in

children’s fitness: a meta-analysis of 109 studies on the 20m shuttle run from 37

countries, Journal of Sports Sciences Volume 24, Number 10/October 2006.

Sheikh Kamaruddin (2000). Buku Sumber Kecergasan Fizikal. 3rd ed.

Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia

dan Sukan Malaysia. Kuala Lumpur.

Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jamani di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur.

Heinememann Asia.

Tomkinson, G.R., Léger, L.A., Olds, T.S., & Cazorla, G. (2003). Secular trends in the

performance of children and adolescents (1980–2000): An analysis of 55

studies of the 20 m shuttle run in 11 countries. Sports Medicine, 33, 285–300.

Page 84: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

68

NO : LAMPIRAN A

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK KAJIAN:

REKACIPTA INSTRUMEN SENSOR – UJIAN DAYA TAHAN

KARDIOVASCULAR BERASASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN

KOMPUTER

DISEDIAKAN OLEH:

RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK

AP043021

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

(SAINS SUKAN)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Segala jawapan anda adalah dianggap SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan

akademik dan kajian semata-mata.

Kerjasama anda amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Page 85: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

69

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

Arahan:

Sila tandakan ( / ) dan isi tempat kosong pada ruangan jawapan yang disediakan bagi setiap pernyataan di bawah. 1. Jantina: ( ) Lelaki

( ) Perempuan

2. Bangsa: ( ) Melayu ( ) Cina ( ) India Lain-lain (sila nyatakan): __________________

3. Agama: ( ) Islam

( ) Kristian ( ) Hindu ( ) Buddha Lain-lain (sila nyatakan): __________________

4. Umur: ____ tahun 5. Tahun/Kursus: __________ 6. Adakah anda aktif dalam sebarang aktiviti sukan?

(YA) ( TIDAK ) 7. Jika YA, nyatakan aktiviti dan berapa kekerapan aktiviti yang dijalankan: Aktiviti : ______________ Kekerapan ( ) Setiap hari ( ) 3 kali seminggu ( ) 4 kali sebulan ( ) Lebih dari 2 bulan 6. Pernah mengambil menjalani ujian Bleep?

(YA) ( TIDAK )

7. Jika YA, bilakah ujian terakhir dijalankan: ( ) 1 minggu ( ) 1 bulan ( ) 3 bulan ( ) 6 bulan ( ) 1 tahun ke atas

Page 86: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

70

BAHAGIAN B :

Arahan:

Sila jawab semua soalan. Bulatkan nombor pada ruangan jawapan pilhan anda.

Panduan Skala Likert:

1. Sangat Tidak Setuju (STS)

2. Tidak Setuju (TS)

3. Kurang Setuju (KS)

4. Setuju (S)

5. Sangat Setuju (SS)

STS TS KS S SS

1. Saya menyokong pembangunan rekacipta teknologi sukan kini bagi membantu 1 2 3 4 5

meningkatkan prestasi seseorang atlet? 2. Saya yakin dengan penggunaan alat sensor 1 2 3 4 5

dalam ujian Bleep. 3. Saya suka dengan penggunaan sensor bunyi dan lampu dalam menentukan kesahan 1 2 3 4 5

ujian dalam ujian Bleep. 4. Alat ini membantu penguji / penkaji menentukan subjek ujian samada prosedur ujian dijalankan 1 2 3 4 5

dengan tepat. 5. Alat ini selamat untuk digunakan bagi menjalankan ujian kecergasan kardiovascular 1 2 3 4 5 iaitu ujian Bleep 6. Alat ini dapat membantu atlet dalam ujian Bleep. 1 2 3 4 5 7. Alat sensor ini dapat mempengaruhi peningkatan 1 2 3 4 5

prestasi ujian bagi seseorang subjek. 8. Alat ini boleh digunakan pada sebarang 1 2 3 4 5

peringkat kemahiran seseorang penguji dan atlet.

LAMPIRAN B

Page 87: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

71

9. Keupayaan alat sensor ini masih boleh 1 2 3 4 5 ditingkatkan lagi pada masa akan datang.

10.Ujian Bleep lebih mudah dijalankan dengan menggunakan alat sensor ini sebagai 1 2 3 4 5 salah satu bahan bantu ujian. 11. Berikan pendapat anda mengenai penggunaan sensor dalam ujian Bleep yang telah dijalankan. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ 12. Sebarang cadangan bagi penambahbaikkan alat sensor untuk masa akan datang. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________

“SEGALA KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI, TERIMA KASIH”

Page 88: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

72

LAMPIRAN C

RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan),

Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia,

81300 Skudai, Johor Bahru,

JOHOR

Kepada,

-------------------------------------

--------------------------------------

-------------------------------------- 1 MAC 2008

Tuan,

Perlantikan Sebagai Subjek Kajian Projek Sarjana Muda (PSM)

Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saudara telah terpilih

sebagai subjek bagi kajian PSM saya yang bertajuk “Rekacipta Instrumen Sensor – Ujian Daya

Tahan Kardiovascular Berasaskan Ujian Beep Berbantukan Komputer”.

2. Satu sesi taklimat bagi memberi penerangan tentang prosedur kajian dan perkara-perkara

yang perlu dilakukan oleh subjek. Maklumat tentang taklimat adalah seperti berikut :

Tarikh : 11 MAC 2008

Hari : SELASA

Masa : 5.00 Petang

Tempat: Makmal Penyelidikan Kecergasan Sains Sukan,

Fakulti Pendidikan, UTM.

Page 89: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

73

3. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh saudara, saya dahului dengan

ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Yang Benar,

-----------------------------------------

(RAHIMEI MOHD IQBAL BIN A MALEK)

Page 90: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

74

LAMPIRAN D

SURAT KONTRAK PERSETUJUAN SUBJEK UJIAN

Nama :_______________________________________________

No. KP :_________________________

No. Metrik :_______________________

Saya seperti nama dan no. kad pengenalan di atas, dengan ini akan bertanggungjawab

sepenuhnya jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan ke atas diri saya sepanjang

menjalani ujian ini. Saya juga tidak akan mengambil sebarang tindakan mahkamah serta

tatatertib terhadap pihak penyelidik di atas apa-apa kecelakaan dan kecederaan yang dialami

oleh diri saya sepanjang ujian dijalankan. Saya juga akan mematuhi segala arahan, peraturan dan

langkah-langkah yang yang telah ditetapkan oleh penyelidik semasa ujian ini dijalankan.

Saya mengaku bahawa segala-galanya adalah benar dan dipersetujui tanpa sebarang

paksaan dari mana-mana pihak. Segala maklumat dan juga data peribadi yang diambil tidak akan

di dedahkan kepada mana-mana pihak kecuali dalam bentuk data bernombor.

Sekian. Terima Kasih,

Yang Benar,

...................................................................

( )

Tarikh :

Page 91: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

75

LAMPIRAN E

BORANG SKOR UJIAN BLEEP

Stage Shuttles

L1 1 2 3 4 5 6 7

L2 1 2 3 4 5 6 7 8

L3 1 2 3 4 5 6 7 8

L4 1 2 3 4 5 6 7 8 9

L5 1 2 3 4 5 6 7 8 9

L6 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

L7 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

L8 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

L9 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

L10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

L11 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

L12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

L13 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

L14 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

L15 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

L16 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

L17 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

L18 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

L19 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

L20 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

L21 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Nama

:

Umur

: tahun

Kadar Nadi

Normal :

Kadar Nadi

Rehat :

Vo2Max

:

Stage

:

Shuttles

:

Page 92: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileREKACIPTA INSTRUMEN ALAT SENSOR UNTUK UJIAN KECERGASAN KARDIOVASCULAR BERLANDASKAN UJIAN BLEEP BERBANTUKAN KOMPUTER RAHIMEI MOHD IQBAL

76

LAMPIRAN F

KOS PERBELANJAAN INSTRUMEN SENSOR

BIL ITEM KUANTITI HARGA

SEUNIT JUMLAH

1 Fiber Pipe

( 1.5meter ) 1 RM 3.00 RM 3.00

2 White Wire

( 3 meter ) 1 RM 3.00 RM 3.00

3 Battery

( 3 Volt ) 2 RM 2.90 RM 5.80

4 Lampu

dan Soket 1 set RM 4.50 RM 4.50

5 Casing

Battery 1 RM 2.00 RM 2.00

6 Diamond Aluminium

Foil 1 RM 9.00 RM 9.00

7 Super

White Glue 1 RM 2.50 RM 2.50

8 Brush

Medium Size 1 RM 1.20 RM 1.20

9 Red Okata

Tape 2 RM 2.00 RM 2.00

10 Span

Medium Size 1 RM 0.50 RM 0.50

11 White Board

( 1.5m X 0.75m ) 1 RM 2.50 RM 2.50

12 Polisterine

Large Size 1 RM 3.50 RM 3.50

JUMLAH KESELURUHAN : RM 39.50