borang pengesahan status tesis - fp.utm.my€¦ · generic skills also high in spi's students....

32
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP AMALAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM PEMBELAJARAN. SESI PENGAJIAN : 2008 / 2009 Saya : MOHD FARIIQUL AMIN BIN MOHD ROSLI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 9 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh: _______________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 119, JALAN PUTRA, KG. BOHOR KARANG, AZMI SHAH BIN SURATMAN 06150 ALOR SETAR, Nama Penyelia KEDAH. Tarikh : 6 APRIL 2009 Tarikh : 6 APRIL 2009 , CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 14-Oct-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP AMALAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM PEMBELAJARAN.

SESI PENGAJIAN : 2008 / 2009

Saya : MOHD FARIIQUL AMIN BIN MOHD ROSLI

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh: _______________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : 119, JALAN PUTRA, KG. BOHOR KARANG, AZMI SHAH BIN SURATMAN 06150 ALOR SETAR, Nama Penyelia KEDAH.

Tarikh : 6 APRIL 2009 Tarikh : 6 APRIL 2009 , CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) ”.

Tandatangan : ............................................................ Nama Penyelia : USTAZ AZMI SHAH BIN SURATMAN Tarikh : ............................................................

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP AMALAN KEMAHIRAN

INSANIAH DALAM PEMBELAJARAN

MOHD FARIIQUL AMIN BIN MOHD ROSLI

851003 02 5971

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”.

Tandatangan : ...............................................................

Nama Penulis : MOHD FARIIQUL AMIN BIN MOHD ROSLI

Tarikh : ...............................................................

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

iii  

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ku panjatkan setinggi kesyukuran kepadaMu Ya Allah

Dengan rahmat dan KasihMu, Segala usaha hambaMu ini dapat diselesaikan.

Khas buat Abah dan Mak yang selalu mendoakan kejayaan anak-anak,

Mohd Rosli b. Yahaya & Nor Suriyani bt. Ismail Ku bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa seperti kalian.

Tiada kata yang mampu ku lafazkan untuk berterima kasih, Atas segala doa, jasa dan pengorbanan kalian sepanjang kalian membesarkanku,

Redhakan kehidupanku di dunia dan akhirat, Doakan semoga ku terus gagah berjuang mendaulatkan Islam yang tercinta.

Buat Kakak,

Arnifahayu bt. Mohd Rosli, Inilah bukti pengorbanan seorang kakak,

Jasamu telah membuka laluan kejayaan untukku.

Buat adik-adik yang tersayang, Mohd Farizul Azwan, Mohd Farizal Hakim, Atiqah Noreen, & Mohd Farith Aiman,

Kejayaan adalah bagi mereka yang berusaha keras, Sesungguhnya kejayaan ini tidak datang dengan mudah, Maka berusahalah sedaya upaya untuk meraih kejayaan,

Dan kejayaan itu milik Allah, Banyakkan berdoa…

Buat mereka yang ku sayangi dan menyayangiku, Teman seperjuanganku, teman usrahku,

JuGa kepada mereka yang telah mencurahkan ilmu kepadaku walau satu ayat… Moga rahmat dan berkat berserta dalam hidup kalian…

Allahu Rabbuna,

Allahu ghayatuna, Ar Rasul Quduwatuna, Al Quran Dusturuna, Al Jihadu sabiluna,

Al Mautu fi sabillah asmaamalina

Al faqir ila ar Rahman… Mohd Fariiqul Amin b. Mohd Rosli

-Cinta Agong-

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat

junjungan Rasulullah s.a.w. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini

dapat disiapkan hingga ke noktah terakhir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia

projek yang dihormati, al-Fadhil Ustaz Azmi Shah bin Suratman atas segala nasihat,

dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan

PSM ini.

Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu bapa yang sentiasa memberi

dorongan dalam segala kerja yang dilakukan. Kepada rakan-rakan seperjuangan,

kesudian anda dalam membantu serta berkongsi idea amat dihargai.

Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau

tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang

diberikan, diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada

semua pembaca.

Amin.........

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

v  

ABSTRAK

Dalam era globalisasi terkini, dengan hanya mempunyai pencapaian akademik sahaja

tidak akan mencukupi bagi graduan untuk diterima bekerja oleh mana-mana majikan. Mereka

perlu memiliki kemahiran-kemahiran tambahan yang dinamakan Kemahiran Insaniah. Justeru,

kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar SPI terhadap Kemahiran Insaniah.

Seramai 80 responden terpilih sebagai sampel kajian ini. Kajian deskriptif ini dijalankan dengan

menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik yang dibina dibahagikan kepada dua bahagian,

iaitu bahagian A dan bahagian B. Secara umumnya, bagahian A merangkumi item-item soal

selidik berkaitan latar belakang responden. Bahagian B pula mengandungi item-item soalan

berkaitan kefahaman pelajar terhadap Kemahiran Insaniah, pengamalan pelajar terhadap elemen

Kemahiran Insaniah dan kepentingan Kemahiran Insaniah dalam pembelajaran. Data kajian

dianalisis dengan berbantukan perisian Statistical Package For Social Science(SPSS) versi 12.0.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar SPI mempunyai kefahaman

yang tinggi terhadap Kemahiran Insaniah. Pengamalan elemen-elemen Kemahiran Insaniah juga

adalah tinggi dalam kalangan pelajar SPI. Mereka juga menyededari bahawa Kemahiran Insaniah

adalah penting dalam pembelajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah

dibuat bagi memantapkan lagi penguasaan dan pengamalan terhadap elemen-elemen Kemahiran

Insaniah supaya pelajar SPI lebih terampil serta dapat mengaplikasikan Kemahiran Insaniah

dalam setiap perkara yang dilakukan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

vi  

ABSTRACT

This study is carried out to find out SPI students' perception's level on Generic Skills. As

many as 80 selected respondents as this research sample. This descriptive study is conducted

with method used questionnaire. Questionnaire built divided into two parts, as part A and part B.

Generally, A's part include questionnaire items related respondent background. B's part contain

question items related students' perception on Generic Skills, student implementation on element

Generic Skills and essential of Generic Skills in learning. Study data analyzed with helping

Statistical Package For Social Science's software(SPSS) version 12.0. Retrieval research showed

that SPI's student having high comprehension on Generic Skills. Elements implementation of

Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in

learning. Based on this study findings, some suggestions has been made to stabilize more

mastery and implementation on elements Generic Skill so that SPI's student more efficient and

also able to apply The Generic Skills in every matter which carried out.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

viii

1.8.1 Persepsi 11

1.8.2 Amalan 11

1.8.3 Kemahiran Insaniah 12

1.8.4 Pembelajaran 12

1.8.5 Pelajar 13

1.8.6 SPI 13

1.8.7 Pelajar SPI 14

1.9 Kesimpulan 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Konsep Semahiran Insaniah 16

2.2.1 Latar Belakang Kemahiran Insaniah 16

2.2.2 Kemahiran Insaniah Menurut Perspektif

Ilmuwan dan Cendekiawan 18

2.2.3 Istilah Lain Bagi Kemahiran Insaniah 19

2.2.4 Pelaksanaan Kemahiran Insaniah 20

2.3 Elemen-Elemen Kemahiran Insaniah 21

2.3.1 Kemahiran Komunikasi 21

2.3.2 Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan 23

2.3.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 26

2.3.4 Kemahiran Fleksibel dan Mampu

Menyesuaikan Diri 30

2.3.5 Kemahiran Berkeyakinan Diri 31

2.3.6 Kemahiran Beretika dan Bermoral 34

2.3.7 Pembelajaran Sepanjang Hayat 37

2.4 Kemahiran Insaniah Dari Perspektif Islam 38

2.7 Kesimpulan 40

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Reka Bentuk Kajian 41

3.3 Tempat Kajian 42

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 43

3.4.1 Populasi Kajian 43

3.4.2 Sampel Kajian 44

3.5 Instrumen Kajian 44

3.6 Kajian Rintis 46

3.7 Prosedur Kajian 47

3.8 Analisis Data 49

3.9 Jangka Masa Kajian 51

3.10 Kesimpulan 51

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 52

4.1.1 Bahagian A 53

4.1.2 Bahagian B 53

4.2 Analisis Data Bahagian A – Latar Belakang

Responden 53

4.3 Analisis Data Bahagian B 56

4.3.1 Bahagian B1 - Kefahaman Pelajar

Terhadap Kemahiran Insaniah 51

4.3.2 Bahagian B2 – Pengamalan Elemen-

Elemen Kemahiran Insaniah Dalam

Pembelajaran 67

4.3.3 Bahagian B3 – Kepentingan Kemahiran

Insaniah Dalam Pembelajaran 81

4.4 Analisis Keseluruhan Item 89

4.5 Kesimpulan 98

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 99

5.2 Perbincangan 100

5.2.1 Latar Belakang Responden 100

5.2.2 Bahagian B 101

5.2.2.1 Kefahaman Responden Terhadap

Kemahiran Insaniah 101

5.2.2.2 Pengamalan Responden Terhadap

Elemen Kemahiran Insaniah 103

5.2.2.3 Kepentingan Kemahiran Insaniah

Dalam Pembelajaran 107

5.3 Rumusan 108

5.4 Cadangan 108

5.4.1 Pelajar 109

5.4.2 Pensyarah 110

5.4.3 Pihak Universiti 110

5.4.4 Persatuan Pelajar 110

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 111

5.6 Kesimpulan 112

BIBLIOGRAFI 113

LAMPIRAN 120

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 7 peringkat pemikiran kritikal dan penyelesaian

masalah oleh Kevin Sumrall(2000)

27

3.1 Skala Likert bagi soal selidik 46

3.2 Senarai item soalan 47

3.3 Ringkasan prosedur kajian 49

3.4 Skala Likert bagi soal selidik 50

3.5 Skala pengukuran keputusan Item 50

4.01 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan jantina

53

4.02 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan Umur

54

4.03 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan aliran pendidikan sebelum kemasukan

ke UTM

54

4.04 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan CPGA terakhir

55

4.05 Taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan status kemasukan ke UTM

55

4.06 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 56

4.07 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 57

4.08 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 57

4.09 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 58

4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 58

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

xiii

4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 59

4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 59

4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 60

4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 60

4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 61

4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 61

4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 62

4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 62

4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 63

4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 63

4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 64

4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 64

4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 65

4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 65

4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 66

4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 66

4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 67

4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 67

4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 68

4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 68

4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 69

4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 69

4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 70

4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 70

4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 71

4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 71

4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 72

4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 72

4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 73

4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 73

4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 74

4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 74

4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 75

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

xiv

4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 75

4.45 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40 76

4.46 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 41 76

4.47 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 42 77

4.48 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 43 77

4.49 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 44 78

4.50 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 45 78

4.51 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 46 79

4.52 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 47 79

4.53 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 48 80

4.54 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 49 80

4.55 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 50 81

4.56 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 51 81

4.57 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 52 82

4.58 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 53 82

4.59 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 54 83

4.60 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 55 83

4.61 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 56 84

4.62 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 57 84

4.63 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 58 85

4.64 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 59 85

4.65 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 60 86

4.66 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 61 86

4.67 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 62 87

4.68 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 63 87

4.69 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 64 88

4.70 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 65 88

4.71 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap

Pengetahuan Pelajar Mengenai Kemahiran Insaniah

89

4.72 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap

Pengetahuan Pelajar elemen Komunikasi yang

diamalkan oleh pelajar dalam pembelajaran

91

4.73 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap 92

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

xv

Pengamalan Pelajar elemen kemahiran bekerja dalam

kumpulan yang diamalkan oleh pelajar dalam

pembelajaran

4.74 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap

Pengamalan Pelajar elemen kemahiran

menyelesaikan masalah yang diamalkan oleh pelajar

dalam pembelajaran

92

4.75 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap

Pengamalan Pelajar elemen kemahiran

menyesuaikan diri mengikut keperluan situasi yang

diamalkan oleh pelajar dalam pembelajaran

93

4.76 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap

Pengamalan Pelajar elemen kemahiran pembelajaran

sepanjang hayat yang diamalkan oleh pelajar dalam

pembelajaran

94

4.77 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap

Pengamalan Pelajar elemen kemahiran berkeyakinan

diri yang diamalkan oleh pelajar dalam pembelajaran

95

4.78 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap

Pengetahuan Pelajar elemen kemahiran beretika yang

diamalkan oleh pelajar dalam pembelajaran

96

4.79 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap

Kepentingan Kemahiran Insaniah Dalam

Pembelajaran

96

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

xv

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

% Peratus

n Jumlah Bilangan

Bil. Bilangan

KS Kurang Setuju

No. Nombor

PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah

S Setuju

s.a.w. sallallahu ’alaihi wasallam

SBP Sekolah Berasrama Penuh

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SMA Sekolah Menengah Agama

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia

SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPSS Statistical Package for Social Science

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

SWT. Subhanahu Wa Ta’ala

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 121

B Nilai Alpha Bagi Kajian Rintis 128

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

1  

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam era globalisasi, pencapaian akademik semata-mata tidak akan menjamin

pelajar untuk diterima terus ke pasaran kerja. Majikan pada hari ini mengharapkan setiap

pelajar yang ingin memasuki pasaran kerja memiliki lebih daripada prestasi cemerlang

di dalam akademik. Elemen tambahan yang diinginkan oleh majikan ialah Kemahiran

Insaniah.

Isu Kemahiran Insaniah sedang hangat dibincangkan di peringkat IPT. Ini kerana

banyak majikan mengemukakan masalah dalam pengambilan para graduan untuk

bekerja. Mereka dikatakan tidak dapat melaksanakan tugasan dan kerja yang diberikan

mengikut spesifikasi kerja. Hal ini timbul kerana mereka kekurangan kemahiran-

kemahiran tambahan yang sepatutnya mereka miliki sebelum mereka diterima bekerja

oleh mana-mana majikan. Kekurangan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran

berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran menyelesaikan

sesuatu masalah menyebabkan banyak tugasan-tugasan yang diberikan tidak dapat

dilaksanakan dengan sempurna.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

2  

Untuk itu, Jabatan Pendidikan Tinggi (2003) telah meletakkan standard bagi

semua kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai reka bentuk

yang menerapkan Kemahiran Insaniah yang meliputi:

a) kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, penyelesai masalah dan membuat

keputusan

b) kemahiran interpersonal dan berkomunikasi

c) kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat

d) kemahiran kepimpinan

e) kemahiran keusahawanan

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap Kemahiran

Insaniah yang digarap dalam proses pembelajaran. Diharap kajian yang dijalankan ini

akan memberikan beberapa syor bagi meningkatkan kemahiran-kemahiran tertentu agar

dapat membantu setiap pelajar yang akan menamatkan pengajian tinggi mereka daripada

institusi pengajian masing-masing agar memiliki kualiti Kemahiran Insaniah dan mampu

bersaing di dalam pasaran kerja sama ada di peringkat nasional ataupun global. Adalah

diharapkan dengan kajian ini dapat membantu setiap pelajar menghayati dan

mengaplikasikan dengan sebaik mungkin. Kesediaan pelajar untuk mengaplikasikan

semua kemahiran yang dibincangkan ini akan menjadikan mereka lebih ‘marketable’

dan meningkatkan keyakinan diri mereka dalam menempuh alam pekerjaan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam era globalisasi terkini, dengan hanya mempunyai pencapaian akademik

sahaja sememangnya tidak cukup bagi graduan-graduan universiti tempatan atau luar

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

3  

Negara. Perlambakan graduan yang menganggur menunjukkan dengan jelas akan

senario yang berlaku pada hari ini. Rata-rata majikan berpendapat bahawa graduan-

graduan yang baru diambil kerja sejak akhir-akhir ini agak bermasalah. Mereka mungkin

mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, namun mereka agak lemah dalam

beberapa kemahiran yang dianggap sebagai sangat penting dalam dunia pekerjaan di era

globalisasi ini seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan,

kemahiran menyelesaikan sesuatu masalah dan kemahiran menyesuaikan diri dalam

suasana kerja.

Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia(2007) untuk tahun

2003 menyatakan terdapat kekosongan sebanyak 96,918 jawatan dari pelbagai sektor

industri. Namun jumlah mereka yang berdaftar untuk jawatan tersebut adalah sebanyak

136,553 pemohon. Namun kebanyakan daripada pemohon berjaya ditempatkan

mengikut kekosongan jawatan. Walau bagaimanapun, statistik terkini menunjukkan

pada tahun 2007, dilaporkan terdapat kekosongan sebanyak 825,182 jawatan dari

pelbagai sektor industri dengan jumlah permohonan baru berserta permohonan lama

yang belum mendapat penempatan adalah sebanyak 224,437 pemohon. Namun tidak

ramai yang berjaya ditempatkan mengikut sektor yang dipohon. Nisbah kekosongan

jawatan terhadap jumlah pemohon baru adalah 1:0.2.

Statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa ramai pemohon pekerjaan tidak

diterima bekerja walaupun terdapat kekosongan jawatan melebihi jumlah permohonan.

Hal ini menunjukkan pemohon-pemohon pekerjaan tidak memiliki dan menepati syarat

kelayakan pekerjaan semasa. Apatah lagi dengan suasana krisis ekonomi global yang

terkini pastinya mereka yang mempunyai kemahiran-kemahiran tambahan adalah

menjadi pilihan majikan.

Dalam dunia pekerjaan khususnya yang melibatkan syarikat-syarikat gergasi dan

multi-nasional, kebolehan untuk seseorang bekerja secara kumpulan sangat penting.

Bekerja dalam syarikat-syarikat seperti itu tidak mungkin dapat diselesaikan secara

individu. Ini kerana terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan termasuk urusan-

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

4  

urusan yang melibatkan pelanggan. Justeru, majikan perlu kepada pekerja-pekerja yang

dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain. Bukan sekadar untuk kepentingan

pelaburan dan keuntungan syarikat bahkan penting dalam menjaga kestabilan dan

hubungan antara majikan dan pekerja serta hubungan sesama pekerja.

Mantan Menteri Pengajian Tinggi menyatakan dalam satu pertemuan dengan

pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia ambilan baru 2007 bahawa kegagalan

siswazah mendapat kerja adalah disebabkan mereka tidak memiliki Kemahiran Insaniah

yang diperlukan majikan. Beliau berkata selain daripada lemah penguasaan Bahasa

Inggeris, siswazah didapati berfikiran sempit, tiada ciri kepimpinan, semangat kekitaan

dan tiada kemahiran berkomunikasi. Beliau akhirnya mengingatkan kepada para pelajar

bahawa pencapaian akademik sahaja tidak akan menjamin pekerjaan (BERNAMA, 14

Julai 2007).

Dalam satu sidang akhbar pada Mei 2008, mantan Menteri Pengajian Tinggi juga

menyatakan bahawa pihak kementerian sedang merangka dan merancang untuk

merombak kembali kurikulum di universiti. Ini bertujuan untuk menyediakan graduan

universiti yang kompetitif dengan pasaran pekerjaan. Beliau menyatakan bahawa

mahasiswa yang keluar daripada universiti hari ini agak kaku, dan boleh sahaja

dikatakan kurang berkemahiran. Mereka lebih suka untuk mencari hiburan sahaja,

walhal mereka sepatutnya mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran yang

diperlukan untuk kerjaya mereka akan datang (Utusan Malaysia, 5 Mei 2008).

Dalam hal ini, IPT perlu menjana graduan yang memiliki kemahiran yang

seimbang dan menyeluruh sama ada dari sudut kualiti intelektual mahupun keterampilan

insaniah yang merangkumi aspek sikap, akhlak dan sebagainya. Untuk menangani isu

ini, maka Kementerian Pengajian Tinggi berpendapat bahawa satu pendekatan yang

menyeluruh perlu dilakukan dengan memberi penekanan kepada modul Kemahiran

Insaniah (KI).

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

5  

Selain itu, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai (2008) juga turut

menyatakan bahawa para penjawat awam dalam bidang perubatan perlu mempunyai

Kemahiran Insaniah dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan

orang ramai. Kemahiran Insaniah itu penting bagi menangkis tanggapan negatif

masyarakat yang melabelkan kualiti perkhidmatan kesihatan masih berada pada tahap

tidak memuaskan. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat rungutan dan aduan

daripada pelanggan yang tidak berpuas hati terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan.

Keadaan ini kerap berlaku disebabkan sikap negatif anggota penjawat awam perubatan

yang tiada Kemahiran Insaniah contohnya termasuk kurang kemahiran komunikasi dan

kurang menghormati pesakit (Utusan Malaysia, 19 Ogos 2008).

Di sudut yang lain, Bank dunia melaporkan bahawa tahap pendidikan di

Malaysia berada pada tahap kritikal dan jauh lebih rendah berbanding negara-negara

jiran. Laporan ini seolah-olah memberikan gambaran keadaan sistem pendidikan tinggi

yang tidak menentu yang sekali gus menuntut tindakan yang drastik. Bagi mantan

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, beberapa perkara yang terkandung

dalam laporan itu sudah pun digariskan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

yang dilancarkan pada bulan Ogos 2008 (Utusan Malaysia, 5 September 2008).

Mengulas laporan tersebut, beliau menjelaskan terdapat beberapa perkara yang akan

dilaksanakan, termasuk memperkenalkan Kemahiran Insaniah di IPT.

Pencapaian akademik yang cemerlang bukanlah satu-satunya kriteria yang wajib,

tetapi majikan yang berhemat akan memilih calon yang mempunyai perwatakan atau

sahsiah yang menunjukkan kematangan berfikir, daya analisis yang tinggi, mudah

bergaul dengan orang, peramah, senang berkawan serta boleh bekerja dalam pasukan

sebagai ‘team player’. Kriteria seperti ini tidak tergambar pada sijil atau ijazah

melainkan pada perwatakan calon itu sendiri semasa ditemu duga atau setelah menjalani

ujian personaliti, kecerdasan berfikir dan ketepatan cara bertindak (Dr. Mohamed Ismail,

2008). Lantaran itu, dewasa ini terkadang kita dapat melihat seseorang pegawai bekerja

dalam bidang yang tiada kena mengena langsung dengan jurusan pengajian mereka.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

6  

Cemerlang dari segi akademik sebenarnya tidak memberikan jaminan graduan

itu berkualiti untuk diterima bekerja sama ada sektor kerajaan mahu pun swasta.

Siswazah perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan asas, kemahiran komunikasi,

penguasaan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris di samping penampilan fizikal (Berita

Harian, 13 Julai 2006).

Oleh itu, UTM telah menyenaraikan 7 atribut graduan UTM iaitu kemahiran

komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah, fleksibel atau mampu

menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri dan etika atau moral

(Baharuddin Aris et al., 2007). Pelajar perlu membiasakan diri mereka terhadap elemen

Kemahiran Insaniah dengan mengaplikasikan dalam pembelajaran. Melalui cara

sebegini ianya dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar sebelum menceburkan

diri dalam dunia pekerjaan yang penuh dengan cabaran.

1.3 Penyataan Masalah

Fenomena pengangguran yang berlaku pada hari ini menunjukkan kepada kita

bahawa masih terdapat kekurangan pada diri para graduan meskipun mereka mendapat

keputusan cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan yang mereka duduki. Untuk itu

mereka perlu mempersiapkan diri mereka dengan Kemahiran Insaniah. Mereka juga

dapat menggarap kemahiran-kemahiran ini sewaktu mereka menuntut di IPT. Kegagalan

mereka memiliki Kemahiran Insaniah dalam waktu pengajian mereka di IPT

mengakibatkan masalah-masalah yang telah dibincangkan sebelum ini.

Pada umumnya, mahasiswa rata-rata universiti inginkan graduan yang dilahirkan

telah dilengkapi dengan pelbagai kemahiran, khususnya Kemahiran Insaniah. Oleh yang

demikian, Universiti Teknologi Malaysia telah memperkenalkan Kemahiran Insaniah ini

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

7  

dan menyenaraikan 7 elemen yang perlu dikuasai daripada Kemahiran Insaniah dalam

Atribut UTM. Pihak universiti berharap mahasiswa berusaha untuk menguasai elemen-

elemen Kemahiran Insaniah tersebut.

Kemahiran Insaniah boleh dikuasai oleh mahasiswa melalui beberapa cara.

Secara umumnya, terdapat dua cara yang membolehkan mahasiswa menguasai

Kemahiran Insaniah, iaitu melalui pembelajaran langsung dan pembelajaran secara tidak

langsung. Pembelajaran langsung bermaksud mahasiswa diterapkan dengan Kemahiran

Insaniah dalam sukatan pengajian mereka di universiti, manakala pembelajaran tidak

langsung dapat difahami dengan penguasaan kemahiran-kemahiran tersebut melalui

aktiviti-aktiviti di luar bilik kuliah. Mereka dapat menguasainya dengan melakukan

aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sebagainya seperti berusaha niaga, berpersatuan,

melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Usai pengajian

mereka di universiti, mereka akan memiliki kemahiran-kemahiran tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir mahasiswa yang tidak prihatin dengan

isu yang dibincangkan ini. Mereka menganggap keputusan peperiksaan yang baik dan

segulung ijazah telah memadai untuk membuatkan mereka diterima bekerja. Terkadang

mereka lupa atau terlepas pandang dengan beberapa isu hangat terkini seperti masalah

lambakan graduan menganggur, masalah kegawatan ekonomi global dan sebagainya.

Masalah-masalah tersebut pastinya akan memberi pengaruh besar dalam pengambilan

pekerja baru.

Justeru, kajian ini diharap dapat memberikan beberapa syor kepada mahasiswa

supaya memperkemaskan diri mereka dengan Kemahiran Insaniah. Selain itu, juga

bertujuan untuk melihat secara khusus persepsi pelajar SPI terhadap kemahiran Insaniah.

Pengkaji berharap dapatan kajian dapat diadaptasi oleh para mahasiswa Pengajian Islam

umumnya, dan pelajar SPI khususnya dalam penyampaian dakwah dan penerapan Islam

dalam masyarakat supaya dakwah yang dilakukan lebih efektif dan berkesan.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

8  

1.4 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti kefahaman pelajar terhadap Kemahiran Insaniah.

2. Mengenal pasti pengamalan elemen-elemen Kemahiran Insaniah dalam

pembelajaran.

3. Mengenal pasti kepentingan Kemahiran Insaniah dalam pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi menjalankan kajian ini, beberapa perkara akan difokuskan bagi menjawab

beberapa persoalan penting. Persoalan tersebut ialah:

1. Sejauh manakah kefahaman pelajar terhadap Kemahiran Insaniah?

2. Apakah elemen-elemen Kemahiran Insaniah yang diamalkan oleh pelajar dalam

pembelajaran?

3. Apakah Kemahiran Insaniah yang penting dalam pembelajaran?

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

9  

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan dan kesinambungan kepada

pelbagai pihak khususnya kepada pelajar dan pensyarah. Pengkaji berharap kajian ini

akan dapat memberikan beberapa syor kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk

meningkatkan lagi penguasaan Kemahiran Insaniah dalam kalangan mahasiswa,

seterusnya melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik,

tetapi turut dilengkapi dengan pakej yang terbaik untuk membolehkan mereka diterima

bekerja.

Justeru, pengkaji berharap para pelajar dan pensyarah boleh melihat sejauh

manakah pengetahuan dan kefahaman para pelajar terhadap Kemahiran Insaniah ini.

Dengan ini diharap akan timbul kesedaran dalam diri pelajar akan kepentingan

Kemahiran Insaniah kepada mereka sebelum mereka bergerak melangkah ke dunia

pekerjaan.

Kajian ini juga penting kepada para pensyarah sebagai rujukan kepada mereka

dalam menjelaskan kepada pelajar akan kepentingan Kemahiran Insaniah. Para

pensyarah juga sangat berperanan terutamanya dalam memberi galakan kepada para

pelajar supaya mereka menceburkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh

meningkatkan kemahiran-kemahiran yang ada pada diri mereka. Sekiranya para pelajar

tidak diingatkan untuk berusaha mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai keperluan

dan kemahiran nescaya mereka hanya akan membuang masa tanpa melakukan sebarang

aktiviti yang berfaedah di bilik masing-masing. Malahan ada yang akan terus menerus

menghabiskan masa dengan permainan komputer atau berborak kosong.

Selain itu, diharapkan melalui kajian ini, para pelajar akan peka dengan isu yang

dibincangkan seterusnya akan cuba menggarap kemahiran-kemahiran yang diperlukan

semasa mereka berada di universiti. Mereka juga diharapkan dapat mengamalkan apa

yang telah diberikan oleh para pensyarah dalam proses pembelajaran agar dapat

meningkatkan Kemahiran Insaniah yang cuba diterapkan oleh pensyarah mereka

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

10  

Selain itu, kajian ini juga penting kepada pihak universiti. Pihak universiti juga

dapat merancang kurikulum baru untuk penerapan Kemahiran Insaniah dalam diri

pelajar. Kemahiran Insaniah biasanya diperoleh secara tidak langsung atau secara tidak

formal tetapi perkembangannya akan menjadi lebih sistematik dan berkesan jika

dirancang dan diterapkan dalam reka bentuk kurikulum program akademik ( Khairi

Izwan Abdullah et al. 2004).

Sehubungan itu, pihak universiti boleh melihat dan menilai kembali tahap

perlaksanaan kurikulum dan ko-kurikulum masing-masing sama ada kemahiran-

kemahiran penting ini diterapkan kepada para pelajar atau sebaliknya. Ini kerana

universiti dapat menerapkan elemen-elemen Kemahiran Insaniah yang telah ditetapkan

dalam diri pelajar melalui pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dapatan kajian ini juga penting kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

Mereka perlu melihat kembali perlaksanaan dan pembangunan Kemahiran Insaniah di

IPT secara menyeluruh. Dalam usaha untuk membentuk satu generasi masyarakat yang

cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pelbagai bidang, pihak kementerian perlu

merangka pelan strategik yang lebih baik berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang

disediakan ini serta kajian dan pemantauan lain yang dilaksanakan.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat amalan Kemahiran Insaniah dalam kalangan

pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam),

di Universiti Teknologi Malaysia. Untuk itu, perbincangan kajian adalah berkisar kepada

tujuh elemen kemahiran insaniah sepertimana kriteria Universiti Teknologi Malaysia

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

11  

iaitu kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah, fleksibel

atau mampu menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri serta

etika dan moral. Walau bagaimanapun, elemen yang disenaraikan ini adalah sedikit

berbeza dengan elemen Kemahiran Insaniah yang dinyatakan oleh Jabatan Pengurusan

IPT, Kementerian Pengajian Tinggi.

1.8 Definisi Istilah

Bahagian ini menjelaskan beberapa istilah yang digunakan di mana memerlukan

definisi yang terperinci iaitu:-

1.8.1 Persepsi

Persepsi ditakrifkan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) sebagai

gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tantang sesuatu. Istilah lain bagi

persepsi ialah tanggapan atau pandangan.

1.8.2 Amalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), amalan bermaksud sesuatu yang

dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu kebiasaan. Amalan

yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pelaksanaan terhadap elemen-elemen

Kemahiran Insaniah dalam pembelajaran yang menjadi suatu kebiasaan dalam

kehidupan di universiti.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

12  

1.8.3 Kemahiran Insaniah

Menurut Prof. Madya Dr. Mohammad Yusuf bin Hj. Arshad (2004), Kemahiran

Insaniah (atau telah diistilahkan sebagai kemahiran generik sebelum ini) adalah satu

kemahiran umum selain kemahiran teknikal yang diperlukan oleh seseorang itu untuk

bekerja dengan berkesan di tempat kerja dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi

secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu

menghadapi daya saing dan sebagainya.

Kemahiran Insaniah ialah kemahiran umum selain kemahiran teknikal yang

diperlukan oleh seseorang untuk belajar dengan lebih berkesan di universiti atau bekerja

dengan penuh komitmen di tempat kerja. Kemahiran Insaniah juga dikenali sebagai

“employability skills”, “core skills”, “key competencies” dan lain-lain (Khairi Izwan

Abdullah et al. 2004).

Terdapat pelbagai elemen Kemahiran Insaniah yang digariskan oleh sesebuah

organisasi. Kemahiran Insaniah yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah tertakluk

kepada tujuh elemen Kemahiran Insaniah yang digariskan oleh Universiti Teknologi

Malaysia. Elemennya terdiri daripada kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja secara

berkumpulan, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran fleksibel dan mampu

menyesuaikan diri, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran keyakinan diri

dan kemahiran beretika dan moral.

1.8.4 Pembelajaran

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pembelajaran bermaksud proses

(kegiatan) belajar. Pembelajaran juga adalah perubahan tingkah laku yang berlaku pada

pelajar akibat daripada berinteraksi dengan persekitaran (Baharuddin Aris et al. 2002).

Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Proses ini memerlukan pelajar

melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

13  

amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Driscoll (1995) menyebut bahawa

pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari

interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu

proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri

kekal terbentuk dari perubahan-perubahan ini.

Pembelajaran juga dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan,

penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.

Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan

perubahan tingkah laku yang agak kekal. Pembelajaran berlaku melalui tingkah laku

pelajar untuk memperoleh pengalaman baru. Perolehan daripada pembelajaran begini

membolehkan seseorang itu menggunakan pengalaman yang telah dikuasai dalam situasi

baru (Sulaiman Md. Yasin et al. 2002). Pembelajaran yang dimaksudkan dalam kajian

ini adalah kegiatan yang dilakukan untuk tujuan belajar bagi menguasai Kemahiran

Insaniah berlandaskan elemen-elemennya.

1.8.5 Pelajar

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan perkataan pelajar dengan

maksud orang yang belajar (seperti murid di sekolah, penuntut di maktab dan

sebagainya).

1.8.6 SPI

SPI adalah jurusan Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan(Pengajian Islam), yang

ditawarkan dan diajar di Universiti Teknologi Malaysia.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my€¦ · Generic Skills also high in SPI's students. They also realized that Generic Skills would be vital in learning. Based on this study

14  

1.8.7 Pelajar SPI

Pelajar SPI adalah mahasiswa UTM yang mengikuti pengajian dalam jurusan

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), yang ditawarkan dan diajar di

Universiti Teknologi Malaysia.

1.9 Kesimpulan

Masalah pengangguran semakin meluas dan membawa remaja kepada gejala

sosial yang meruncing. Masalah ini terjadi kerana mahasiswa mahasiswi kurang

berketerampilan dalam beberapa hal menyebabkan mereka tidak berkelayakan untuk

diterima bekerja oleh sesuatu institusi atau majikan. Mereka kekurangan kemahiran-

kemahiran penting yang dapat diklasifikasikan sebagai Kemahiran Insaniah. Lantaran

itu, mereka akhirnya membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah

bersama rakan dan sebagainya. Untuk itu pengalaman dalam Kemahiran Insaniah ini

amat bernilai untuk mahasiswa. Dengan kemahiran ini akan melahirkan graduan yang

lebih cekap dan mampu berdikari dalam kehidupan mereka.