april 2011 amanat ketua pengarah ... fileada banyak contoh di mana perbelanjaan kerajaan berjaya...

6
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi- tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang dalam suasana aman dan sejahtera. Pembaca yang dihormati sekalian, Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd. Razak, dalam ucapannya di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kedua Belas (MAPPA XII) di Putrajaya baru-baru ini melahirkan rasa bangga kerana perkhidmatan awam Malaysia telah diakui sebagai antara yang terbaik di dunia. Beliau berkata, sejak negara mencapai kemerdekaan, pelbagai pembaharuan telah dilakukan untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih relevan dalam menjunjung peranan bagi meningkatkan kecemerlangan negara dan kesejahteraan rakyat. Formula tersebut telah berhasil membangunkan negara daripada ekonomi berasaskan komoditi kepada pembangunan berteraskan perindustrian. Namun begitu, memasuki era baharu dan berhadapan dengan putaran ganas globalisasi, kerajaan menyedari bahawa model pertumbuhan dan pembangunan terdahulu, tidak lagi mampu untuk memacu negara menjadi sebuah kuasa ekonomi maju, malah jika diteruskan juga akan hanya memerangkap negara kita dalam kelompok ekonomi berpendapatan sederhana. Realitinya, ia satu usaha berkesinambungan melalui dua Rancangan Malaya, 10 Rancangan Malaysia, tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang dan hari ini Model Baru Ekonomi, lapan Inisiatif Pembangunan Strategik, Program Transformasi Kerajaan dengan enam NKRA serta Program Transformasi Ekonomi (ETP) bersama NKEA dan 131 Projek Titik Permulaan. Kerajaan berharap agar ETP dapat meningkatkan daya saing ekonomi, sekaligus membantu negara mencapai pertumbuhan setinggi enam peratus setahun dan meningkatkan pendapatan purata penduduk kepada RM48,000 menjelang tahun 2020. Walaupun begitu, kerajaan penuh percaya bahawa usaha untuk mencapai aspirasi nasional ini hanya akan diperoleh menerusi perubahan dan pembaharuan secara lonjakan berganda, bukan lagi usaha secara berdikit-dikit. Justeru, transformasi ini memerlukan usaha bersepadu melibatkan sektor swasta, sektor awam dan masyarakat seluruhnya. Dalam aspek ini, sektor swasta perlu menjadi lokomotif yang deras memandu ke hadapan rantaian gerabak sektoral, melalui landasan pembangunan sosioekonomi yang telah dibina oleh kerajaan. Dalam konteks Jabatan contohnya, jika kita mahu Jabatan Perikanan mencapai visi, misi dan objektifnya, warga kerjanya haruslah mendokong dan melaksanakan transformasi berdasarkan peta panduan yang diatur mengikut jadual yang telah ditentukan. Justeru, saya menyeru supaya warga Jabatan menjalankan tadbir urus dengan rapi dan dapat menjadi pengurus yang mementingkan value management” atau pengurusan nilai. Kaedah pengurusan nilai ini perlulah diterapkan dalam semua pengurusan projek bermula dari peringkat awal lagi. Pengurusan nilai perlu menjadi alat pengurusan atau “management tool” bagi mencapai nilai untuk wang bagi mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan kerajaan. Ada banyak contoh di mana perbelanjaan kerajaan berjaya dijimatkan dengan pengurusan nilai. Ia seharusnya merangkumi pra dan pasca projek termasuklah pemilihan lokasi dan reka bentuk sehingga pemilihan bahan pembinaan yang bersesuaian. Pembaca yang dihormati sekalian, Di samping mempamerkan komitmen kerja padu, terdapat juga April 2011 http://www.dof.gov.my (bersambung ke muka surat 6) Amanat Ketua Pengarah Perikanan Amanat Ketua Pengarah Perikanan 1

Upload: vohuong

Post on 27-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-

tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan

limpah kurnia-Nya, kita dapat melaksanakan kerja-kerja yang telah

dirancang dalam suasana aman dan sejahtera.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd.

Razak, dalam ucapannya di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam

Kedua Belas (MAPPA XII) di Putrajaya baru-baru ini melahirkan

rasa bangga kerana perkhidmatan awam Malaysia telah diakui

sebagai antara yang terbaik di dunia. Beliau berkata, sejak negara

mencapai kemerdekaan, pelbagai pembaharuan telah dilakukan

untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih relevan dalam

menjunjung peranan bagi meningkatkan kecemerlangan negara

dan kesejahteraan rakyat.

Formula tersebut telah berhasil membangunkan negara daripada

ekonomi berasaskan komoditi kepada pembangunan berteraskan

perindustrian. Namun begitu, memasuki era baharu dan

berhadapan dengan putaran ganas globalisasi, kerajaan

menyedari bahawa model pertumbuhan dan pembangunan

terdahulu, tidak lagi mampu untuk memacu negara menjadi

sebuah kuasa ekonomi maju, malah jika diteruskan juga akan

hanya memerangkap negara kita dalam kelompok ekonomi

berpendapatan sederhana.

Realitinya, ia satu usaha berkesinambungan melalui dua

Rancangan Malaya, 10 Rancangan Malaysia, tiga Rangka

Rancangan Jangka Panjang dan hari ini Model Baru Ekonomi,

lapan Inisiatif Pembangunan Strategik, Program Transformasi

Kerajaan dengan enam NKRA serta Program Transformasi

Ekonomi (ETP) bersama NKEA dan 131 Projek Titik Permulaan.

Kerajaan berharap agar ETP dapat meningkatkan daya saing

ekonomi, sekaligus membantu negara mencapai pertumbuhan

setinggi enam peratus setahun dan meningkatkan pendapatan

purata penduduk kepada RM48,000 menjelang tahun 2020.

Walaupun begitu, kerajaan penuh percaya bahawa usaha untuk

mencapai aspirasi nasional ini hanya akan diperoleh menerusi

perubahan dan pembaharuan secara lonjakan berganda, bukan

lagi usaha secara berdikit-dikit. Justeru, transformasi ini

memerlukan usaha bersepadu melibatkan sektor swasta, sektor

awam dan masyarakat seluruhnya. Dalam aspek ini, sektor swasta

perlu menjadi lokomotif yang deras memandu ke hadapan rantaian

gerabak sektoral, melalui landasan pembangunan sosioekonomi

yang telah dibina oleh kerajaan.

Dalam konteks Jabatan contohnya, jika kita mahu Jabatan

Perikanan mencapai visi, misi dan objektifnya, warga kerjanya

haruslah mendokong dan melaksanakan transformasi berdasarkan

peta panduan yang diatur mengikut jadual yang telah ditentukan.

Justeru, saya menyeru supaya warga Jabatan menjalankan tadbir

urus dengan rapi dan dapat menjadi pengurus yang mementingkan

“value management” atau pengurusan nilai. Kaedah pengurusan

nilai ini perlulah diterapkan dalam semua pengurusan projek

bermula dari peringkat awal lagi. Pengurusan nilai perlu menjadi

alat pengurusan atau “management tool” bagi mencapai nilai untuk

wang bagi mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan

kerajaan. Ada banyak contoh di mana perbelanjaan kerajaan

berjaya dijimatkan dengan pengurusan nilai. Ia seharusnya

merangkumi pra dan pasca projek termasuklah pemilihan lokasi

dan reka bentuk sehingga pemilihan bahan pembinaan yang

bersesuaian.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Di samping mempamerkan komitmen kerja padu, terdapat juga

April 2011http://www.dof.gov.my

(bersambung ke muka surat 6)

Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan

1

11 Mac 2011Y.B. Datuk Haji Md.

Yunos Bin Husin,

Pemangku Pengerusi

Pembangunan Desa dan

Pertanian Negeri Melaka

melawat pameran

sempena Majlis

Perasmian Program

Kesedaran dan Pameran

Spesies Ikan Terancam

di Ayer Keroh, Melaka.

12 Mac 2011Y.B. Datuk Haji Md. Yunos Bin Husin, Pemangku Pengerusi

Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, menyampaikan

Sijil Penyertaan kepada peserta Projek Azam Tani sempena Karnival

Industri Asas Tani di Ayer Keroh, Melaka.

2

12 Mac 2011Majlis Pelancaran Program Kesedaran Perlindungan Spesies

Haiwan Marin Terancam Peringkat Negeri Kelantan telah

dirasmikan oleh Y.H. Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood,

Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia di Kompleks

LKIM Geting, Tumpat, Kelantan.

4 April 2011Y.Brs. Tn. Hj. Gulamsarwar Bin Jan Mohamad (dua dari

kanan) mewakili Ketua Pengarah Perikanan merasmikan

Bengkel Penyu dan Peranti Penyisih Penyu di

Kuala Terengganu, Terengganu.

4 April 2011Mesyuarat Majlis Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara Ke-43 telah dirasmikan

oleh Y.Bhg. Dato’ Mohd. Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian

dan Industri Asas Tani Malaysia di Melaka.

12 Mac 2011Majlis Ramah Mesra dan Dialog Antara Y.H. Dato’ Ahamad Sabki Bin

Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia dengan

Persatuan Pengusaha Industri Laut Dalam Negeri Kelantan (KELAUT) di

Kota Bharu, Kelantan .

29 Mac 2011Y.M. Raja Mohammad

Noordin Bin Raja

Omar Ainuddin,

Pengarah Penyelidik

Perikanan

merasmikan

“Kolokium Betta -

Khazanah Warisan,

Penjana Kekayaan” di

Institut Penyelidikan

Perikanan (FRI)Glami Lemi, Jelebu,

Negeri Sembilan.

12 Mac 2011Lawatan Kerja Y.H.

Dato’ Ahamad Sabki

Bin Mahmood, Ketua

Pengarah, Jabatan

Perikanan Malaysia

ke Projek

Pembenihan Ikan

Syarikat Ain

Aquaculture Sdn.

Bhd. di Kg. Pulau

Gajah, Sabak, Kota

Bharu, Kelantan.

6

i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011

Tajuk : Dasar dan Prosedur Pelantikan Bekas Tentera Ke Dalam

Perkhidmatan Awam.

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan

dasar dan prosedur bagi mengurusakan pelantikan bekas

tentera ke dalam perkhidmatan awam supaya

pelaksanaannya lebih teratur dan seragam.

Tarikh : 23 Feb 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

ii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2011

Tajuk : Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan

Harian.

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan dasar

dan prosedur pengambilan Pekerja Sambilan Harian bagi

menggantikan pengambilan Pekerja Sambilan dan

Pekerja Khidmat Singkat.

Tarikh : 6 Mac 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2011

Tajuk : Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis.

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan

keputusan Kerajaan berhubung pembekalan baju vest

kepada Penghantar Notis di Semua jabatan/agensi.

Tarikh : 17 Mac 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iv) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2011

Tajuk : Penurunan Kuasa Melulus Kelonggaran Syarat Had Umur

Maksimum Bagi Pelantikan Segera Kontrak Di Institusi

Pengajian Tinggi Awam.

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan

keputusan Kerajaan mengenai penurunan kuasa melulus

kelonggaran syarat had umur maksimum kepada

Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bagi pelantikan

secara kontrak di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Tarikh : 3 Mac 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

v) Surat Edaran

Tajuk : Garis Panduan Penubuhan Unit Pematuhan Di Jabatan

Peringkat Persekutuan dan Negeri.

Tujuan : Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai

Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) Siri 66 Bil. 2

Tahun 2010 pada 19 Ogos 2010 yang dipengerusikan oleh

Y.A.B. Perdana Menteri, secara dasarnya bersetuju

supaya Compliance Unit diwujudkan di semua jabatan

peringkat Persekutuan dan Peringkat Negeri.

Tarikh : 9 Mac 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

i) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk : 1. Syarat Kepada Kontraktor Kelas A Untuk Mengemukakan

Laporan Kewangan Syarikat Yang Telah Diaudit Bagi Tiga

Tahun Berturut-turut Bagi Perolehan Yang Dipelawa Oleh

Agensi,

2. Pembatalan Pengecualian Ganti Rugi Tertentu dan

Ditetapkan (Liquidated Ascertained Damages - LAD); dan

3. Keperluan Memasukkan Elemen Service LevelAgreement (SLA) Dalam Kontrak Bersama Pembekal

Utiliti.

Tujuan : Penambahbaikan dan pengukuhan terhadap syarat-syarat

tender dititikberatkan agar kontraktor yang layak sahaja

dipilih untuk melaksanakan projek-projek Kerajaan. Selain

itu, mesyuarat JKTN tersebut juga memutuskan supaya

tindakan penyelesaian mengenai kelewatan pembekalan

utiliti ditangani dan diambil perhatian.

Mesyuarat JKTN pada 10 Mac 2011 juga memutuskan agar

syarikat-syarikat yang gagal melaksanakan projek-projek

Kerajaan hendaklah disenaraihitamkan. Peraturan sedia ada

yang memberi pengecualian ganti rugi tertentu dan

ditetapkan (Liquidated Ascertained Damages – LAD) untuk

tempoh maksimum 90 hari hendaklah dimansuhkan.

Tarikh : 18 Mac 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2011

Tajuk : Sistem Panel Bagi Perolehan Bekalan dan Pengiriman Bas

Penumpang Berhawa Dingin Pelbagai Casis Di Seluruh

Semenanjung Malaysia.

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai sistem panel bagi perolehan

bekalan dan pengiriman bas penumpang berhawa dingin

pelbagai casis kepada semua Agensi Kerajaan di seluruh

Semenanjung Malaysia.

Tarikh : 17 Feb 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

iii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2011

Tajuk : Penyertaan Anak-Anak Syarikat Badan Berkanun, Koperasi-

Koperasi, Tabung Kakitangan Kerajaan dan Pihak Berkuasa

Kerajaan Tempatan Dalam Perolehan Badan Induk

Berkenaan.

Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk

memaklumkan kepada Kementerian, Jabatan, Badan

Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (Agensi) mengenai

penyertaan anak-anak syarikat badan berkanun, koperasi-

koperasi, tabung kakitangan kerajaan dan pihak berkuasa

kerajaan.

Tarikh : 23 Mac 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

DariPerbendaharaan

DariPerbendaharaan

3

Stonefish (Ikan Batu)

If you're ever snorkeling in

the Indian or Pacific

Ocean, look out for coral

reefs looking back at you.

You could be staring down

a stonefish, the most

venomous fish on earth.

This stonefish was pho-

tographed in Indonesia,

but its relatives live in shallow coastal waters from Egypt to

Australia. They blend in with a variety of reefs and rocks —

hence their name — and hide on the sea floor, waiting to

ambush prey. But as a defense, they also have 13 sharp dor-

sal spines packed with a potent neurotoxin, which reportedly

can kill a human within two hours. To avoid stepping on one,

experts recommend swimming instead of walking in the

ocean. If you must walk, shuffle your feet instead of taking

big steps.

Pygmy Sea-horse

(Kuda Laut)

Coral reefs are rough

places to live, so their

residents often use cam-

ouflage to stay safe. And

when it comes to living in-

cognito among coral, the

pygmy sea-horse wrote

the book less than an inch

long and studded with coral-like "tubercles," this sea-horse

has all its evolutionary chips on just two species of gorgon-

ian corals in the Pacific Ocean (with a matching color pattern

for each). It blends in so well, though, that it was only

discovered by humans after showing up with wild-caught

corals in an aquarium. It mates in pairs that may be

monogamous, according to the IUCN, but its conservation

status is unknown due to insufficient data.

Flounder (Ikan Sebelah)

As a type of "flat fish,"

flounder are ideally suited

to life on the ocean floor.

They huddle up to the

seabed, often aided by

speckled skin that helps

them blend in, such as this

pebble-dwelling flounder.

That offers safety from

predators, but also lets them ambush prey like shrimp,

worms, and fish larvae. Flounder begin life as larvae them-

selves, but undergo a dramatic metamorphosis as they

approach adulthood. One eye drifts to the other side of a

young flounder's head, letting it swim flat with both eyes

looking up. Despite their camouflage, though, many

flounder are at risk from overfishing, according to the

Monterey Bay Aquarium's Seafood Watch. If you're a

flounder fan, opt for Pacific rather than Atlantic varieties,

specifically avoiding Atlantic dab, sole, and hirame.

Dalam dunia perubatan seringkali kita dikaitkan dengan perubatan cara barat yang dikatakan

moden dan berkesan. Namun, kita juga mempunyai perubatan cara kita sendiri yang diamalkan

oleh orang tua-tua yang saya lihat mereka adalah jauh lebih sihat daripada kita hari ini. Mereka

tidak mempunyai peralatan moden tetapi masih mampu hidup sihat dan awet muda. Mereka

tidak mengalami kesan sampingan seperti yang dialami oleh perubatan moden. Sepatutnya

kita cuba belajar dari orang-orang tua kita ilmu kesihatan ini, bukan sekadar dijadikan jalan

terakhir andai perubatan moden tidak berkesan.

Telah jelas kepada kita, perubatan-perubatan tradisional mempunyai kesan yang mujarab

terhadap penyakit-penyakit, bukan sekadar menutup penyakit tersebut, tetapi menyembuhkan

mereka sama sekali. Contoh jelas, perubatan Cina (sensei), akupuntur, ayurveda dan

perubatan Melayu telah berjaya menyembuhkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh

perubatan moden, seperti darah tinggi dan kencing manis. Jadi jangan kita lepas pandang dan

melupakan ilmu yang ada pada orang-orang tua kita, kelak ia lenyap ditelan masa, kitalah juga

yang rugi.

Berikut merupakan serba sedikit petua-petua untuk dikongsikan:-

Buang Air Besar BerdarahAmbil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan dengan segelas

air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.

Lemah Rasa BadanAmbilkan daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika,

perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam

kampung dan sedikit madu. Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula.

Kelemumur• Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan

seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda

akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. Insya Allah.

• Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air dan sapukan di

atas kepala. Lakukan sekerap mungkin dan amalkan selepas anda bersyampu. Insya Allahia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.

• Ambil 10 biji belimbing buluh, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan.

Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan

tuala dan biarkan seketika. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali sihat.

Melicinkan Muka dan BetisAmbilkan limau nipis dan belah empat, kemudian gosokkan pada muka atau betis hingga airnya

kering (anda akan berasa pedih sedikit), tunggu hingga lima minit kemudian cuci muka atau

betis anda dengan air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebulan.

Demam SelsemaAmbil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas di dalam semangkuk air.

Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya.

Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya memuaskan.

Rawat Tumit RetakAmbil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga

keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk

melihat perubahannya. Insya Allah.

Kudis ApiAmbil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit

santan kelapa. Sapukan ramuan itu pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis

tersebut hilang.

Elakkan Tangan MelepuhHancurkan dua atau tiga biji bawang merah, bawang kecil atau besar. Setelah itu lumurkan

pada tapak tangan sebelum anda membuat kerja berat seperti mencangkul. Insya Allah, tangan

anda terelak dari melepuh.

Selamat mencuba dan jangan lupa berdoa!

PETUA KESIHATANTahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?

4

1. Tunku Abdul Rahman first announced the date of Malaya's

Independence at Padang Pahlawan in Bandar Hilir, Malacca, on

Feb 20, 1956.

2. Malaysia's first experiment with national service was in 1962,

during the Indonesian Confrontation. Youths between 21 and 28

were eligible for a two-year call-up.

3. Lembah Bujang in the foothills of Gunung Jerai is believed to be

the location of an old Malay Langkasuka empire, holding ruins

that may date back 1,500 years.

4. "Tun" is the most senior federal title and there can be no more

than 25 living recipients at any one time.

5. The village of Wang Kelian in Perlis is the only place in the world

where large-scale cave tin-mining was conducted.

6. The largest cave chamber in the world is the Sarawak Chamber

in Gunung Mulu National Park in Sarawak, which can easily

accommodate a Boeing 747-200.

7. Malaysia shares with Qatar the world's lowest death rate of

respiratory diseases, at 7.5 death per annum per 100 000

people.

8. Tanjung Piai in southern Johor is the southern most tip of

continental Asia.

9. Sabah is home to the Rafflesia, the lagest flower in the world.

10. The Malaysian flag was adopted on Sept 16,1963. The flag was

designed by Mohamed Hamzah, a 29-year old Public Works

Department architect in Johor Bahru who entered a design

competition with two designs.

11. Kuala Kangsar district office is the site of the last surviving

rubber tree from the original batch H. N. Ridley brought from

London's Kew Gardens in 1877.

12. Chinese documents written as far back as the 6th century refer

to Kelantan as "Ho Lan Tan" and other names like "Tan-Tan" or

"Chich Tu"

13. Malaysia has 65,877 km of highway. This is more than the

Earth's circumference of 40,075 km.

14. There are more than 60 sub-ethnic groups in Sabah and Sarawak.

15. Cinema came to Malaya in 1933 with the screening of Laila

Majnum, based on a Sanskrit play of two ill-fated loves, directed

by B.S. Rajhans and produced by the Singapore-based Motilal

Chemical Company.

16. Bursa Malaysia, formerly known as the Kuala Lumpur Stock

Exchange, dates back to 1930 when the Singapore

Stockbroker's Accociation was set up to deal in securities in

Malaya.

17. The Belum rainforest has more Malayan tigers per square

kilometer than any other animal sanctuary here.

18. The largest insect egg in Malaysia comes from the 15 cm

Malaysian Stick Insect (Heteopteryx dilitata), which lays eggs

that measure 1.3 cm, making them larger than a peanut.

19. Tun Abdul Razak Hussein and Tun Hussein Onn, Malaysia's

second and third prime ministers respectively, were among the

more well known students of Seni Silat Gayong.

20. Penang Free School is the oldest English school in Southeast

Asia, founded by Rev. Sparke Hutchings in 1816.

21. Nasi Kandar, a dish unique to Malaysia and brought my the

immigrating Indian Muslims, is the favourite food of many

Malaysians. The best is in Penang and everyone has their

favourite dishes. Among the top raned outlets are the Kampong

Melayu Flats in Air Hitam, Line Clear in Penang Road and

opposite the market in Jelutung.

22. The Bintagor trees, found only in Sarawak, is believed to contain

properties that could help fight the virus that causes AIDS.

23. Malaysia produces a meagre 15 feature films annually but

churns out 300 to 400 televsion dramas and serials. There are

250 movie theatres and cineplexes nationwide.

24. Only 0.85% of 218,004 people in Malaysia use broadband

services.

25. The largest undivided leaf in the world, Alocasia macrorrhiza,

comes from Sabah. A specimen found in 1966 was 3.02 metres

long and 1.92 metres wide.

26. The life expectancy of Malaysian men and women in 1957 was

55.8 years and 58.2 years respectively. Today, it is 71 for men

and 74 for women.

27. Malaysia is home to 14,500 species of flowering plants and

trees, more than 200 species of mammals, 600 species of bids,

140 species of snakes and 60 species of lizards.

28. Local time has been adjusted on several occasions. On Dec 31,

1932, clocks were advanced by 20 minutes to "lengthen"

daylight; Sept 1, 1941, sped up another 10 minutes; 1942, fast

forwarded two hours to follow Tokyo time; 1945, reverted to the

time observed in 1941, and on Jan 1, 1982, pushed forward 30

minutes so that Sabah, Sarawak and the peninsula followed

Malaysian Standard Time.

29. Sipadan Island off Sabah is one of the worlds top diving spots.

30. Malaysia has 18 ports : Bintulu, Kota Kinabalu, Kuantan,

Kuching, Kudat, Labuan, Lahad Datu, Lumut, Miri, Pasir

Gudang, Georgetown, Port Dickson, Port Klang, Sandakan,

Sibu, Tanjung Berhala, Tanjung Kidurong and Tawau.

(bersambung ke muka surat 6)

48 Interesting Facts About Malaysia

5

penjawat awam yang turut bergerak aktif dan melibatkan diri dalam

pelbagai aktiviti positif yang menyumbang ke arah kemajuan dan

pembangunan Jabatan, rakyat dan negara. Sehubungan itu, bermula

tahun 2011, selain daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,

kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu lagi anugerah khas

bagi menghargai pegawai awam. Untuk itu, selain berupaya

menunjukkan mutu kerja tinggi di pejabat, penjawat awam akan

dinilai tahap prestasi kerja berdasarkan penglibatan aktif dalam

aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan yang

boleh mengharumkan nama organisasi, rakyat dan negara.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kerajaan juga akan membuat perencanaan semula pembangunan

kompetensi anggota perkhidmatan awam akibat pemansuhan

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan digantikan dengan

satu penilaian baru yang lebih berfokus kepada elemen

pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan pegawai

serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk

memastikan penilaian ini relevan, menyeluruh dan sesuai dengan

kehendak penjawat awam, Ketua Jabatan diberi fleksibiliti dalam

menentukan kaedah penilaian di Jabatan berdasarkan garis

panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan

Awam.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Integriti dalam memelihara amanah, komitmen menjalankan

kewajiban dan ketegasan menegakkan keadilan sosial sewajibnya

menjadi tunjangan perkhidmatan awam. Pada hemah saya, mahu

tidak mahu, jati diri, falsafah dan aspirasi perkhidmatan awam

hendaklah diperteguhkan pada setiap masa. Ke arah itu,

“Berkhidmat Untuk Negara” bukan sekadar slogan yang dititipkan

tanpa roh menerusi surat-menyurat rasmi, tetapi ia perlu dihayati dan

dijelmakan dalam setiap tindakan penjawat awam.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Untuk menjayakan sebuah transformasi pastinya melibatkan

perubahan, pembaikan dan pengukuhan kepada tiang seri institusi

serta struktur perkhidmatan awam itu sendiri. Ertinya, pertama:

perubahan kepada mindset, kedua: pembaikan kepada sistem nilai

dan ketiga: pengukuhan kepada gerak kerja. Bagi memenuhi hasrat

tersebut, kajian semula Sistem Saraan Malaysia sedang dijalankan

untuk menjadikan perkhidmatan awam negara ini lebih produktif,

berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi. Untuk makluman, kajian

komprehensif ini bukan sahaja meneliti aspek saraan semata-mata,

tetapi juga bakal mewujudkan struktur dan sistem yang dinamis bagi

menterjemahkan agenda transformasi kerajaan serta ekonomi.

Pokoknya Perkhidmatan Awam negara ini mestilah mencapai tanda

aras global.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikumwarahmatullahi wabaratuh.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

(sambungan dari muka surat 1)

6

31. Kota Bharu was the landing point for the Japanese invasion of

Malaya during World War II in 1941. Riding bicyles, Japanese

soldiers took an amazing 45 days to reach Singapore.

32. At 421 metres high, the Kuala Lumpur Tower is the fourth tallest

in the world and tallest in Southeast Asia.

33. Penang's St. George Church, built in 1818, is the oldest

Anglican church in Southeast Asia.

34. Captain Tristram Speedy, who was acting British Resident for

Perak, was responsible for bringing in the first batch of 110

Sikhs to Malaya in 1873.

35. The first railroad in Malaya was between Port Weld (now Kuala

Sepetang) and Taiping, built by the British in 1885 and covering

a distance of 13.6 km.

36. Many global brands are produced in Malaysia, including Intel

Pentium chips and Brooks Brother's shirts.

37. Bank Negara (Malaysia's Central Bank) has been managed by

six governors since its establishment in 1959.

38. The spiritual pop group Raihan holds the record for the best-

selling local album, 700,000 units of their Puji-Pujian album in

1996.

39. The longest King Cobra in the world, measuring 5.54 metres,

was captured alive in Port Dickson in April 1937 but later grew

to 5.71 metres in captivity in London Zoo.

40. The Penang Bridge is the third longest in Asia at 13.7 km.

41. Dr. Mani Jegathesan became the first Malaysian to win the

Asian Games gold medal in the 1962 Games in Jakarta.

42. The country's only Jewish cemetery is in Penang, in Jalan

Zainal Abidin, with 120 graves.

43. The Sungai Besi airport (now an RMAF base) was the county's

first international airport.

44. The first five general elections after the Barisan Nasional's

formation were always held in a World Cup year: 1974

(Germany), 1978 (Argentina), 1982 (Spain), 1986 (Mexico) and

1990 (Italy). This tradition ended at the next polls/tournament.

45. The word ringgit means "jagged" in Malay, and originally

referred to the seperated edges of Spanish silver dollars widely

circulated in the region.

46. Kelantan holds the record for the largest number of flood

evacuees: 33,000 in 1982.

47. Seventeen-year-old Kok Shoo Yin became the first Malaysian

citizenship certificate holder when he received the document on

Nov 14, 1957.

48. The Mapping and Survey Department has been maintaining the

Sultan Abdul Samad Clock Tower for 108 years.

(sambungan dari muka surat 5)

6