bomba

30
PERATURAN PERDAGANGAN MOTOR 1 1.1 Comply to Fire Department Requirement 1.1.1 Peraturan Dan Undang – Undang Jabatan Bomba 1. Produk hendaklah dari pengeluar asal. 2. Pengeluar/pengedar bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan keselamatan penghuni tidak terjejas sekiranya sistem yang dipasang mengalami'accidental discharge'. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah: Sistem yang dipasang hendaklah mempunyai mekanisma pengesanan dan amaran awal yang disambungkan terus ke panel kawalan utama (Main Control Panel). Sistem tambahan perlu disediakan termasuk 'pre-discharge alarm' dan 'time delay', 'double-lntock mechanism' dan 'manual abort system'. Tanda-tanda amaran bagi tujuan keselamatan penghuni hendaklah diadakan dan ditempatkan di kawasan yang senang dilihat. Pemasangan sistem terdiri daripada silinder, njap (valve), nozzle, dan 'fittings' hendaklah dari pengeluar asal sistem sepertimana dinyatakan dalam laporan ujian. 3. Semua rekabentuk, pengiraan dan lukisan kejuruteraan/skematik hendaklah ditandatangani oleh Jurutera Bertauliah (Professional Engineer) yang dilantik oleh Pengedar/Pengeluar dan seterusnya dihantar ke Bahagian Keselamatan Kebakaran, JBPM untuk tujuan pengesahan.

Upload: pensel-kontot

Post on 30-Sep-2015

531 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pengenalan kepada cara2 dan proses mendapat sijil dpd pihak bomba

TRANSCRIPT

PERATURAN PERDAGANGAN MOTOR

22

1.1 Comply to Fire Department Requirement1.1.1 Peraturan Dan Undang Undang Jabatan Bomba1. Produk hendaklah dari pengeluar asal.2. Pengeluar/pengedar bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan keselamatan penghuni tidak terjejas sekiranya sistem yang dipasang mengalami'accidental discharge'. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah: Sistem yang dipasang hendaklah mempunyai mekanisma pengesanan dan amaran awal yang disambungkan terus ke panel kawalan utama (Main Control Panel). Sistem tambahan perlu disediakan termasuk 'pre-discharge alarm' dan 'time delay', 'double-lntock mechanism' dan 'manual abort system'. Tanda-tanda amaran bagi tujuan keselamatan penghuni hendaklah diadakan dan ditempatkan di kawasan yang senang dilihat. Pemasangan sistem terdiri daripada silinder, njap (valve), nozzle, dan 'fittings' hendaklah dari pengeluar asal sistem sepertimana dinyatakan dalam laporan ujian.3. Semua rekabentuk, pengiraan dan lukisan kejuruteraan/skematik hendaklah ditandatangani oleh Jurutera Bertauliah (Professional Engineer) yang dilantik oleh Pengedar/Pengeluar dan seterusnya dihantar ke Bahagian Keselamatan Kebakaran, JBPM untuk tujuan pengesahan.4. Kontraktor yang bertauliah hendaklah dilantik oleh pihak pengeluar setelah menjalani latihan kemahiran berkaitan dengan sistem terlibat.5. Setiap pemasangan dan penyelenggaraan hendaklah diawasi oleh Pengedar/Pernbekal secara berterusan.

SIJIL PERAKUAN BAHANSemua Pepasangan Keselamatan Kebakaran yang dipasang atau dibina di mana-mana premis hendaklah mempunyai Sijil Perakuan Bahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sebanyak 24 item yang terlibat iaitu:-

1.Pintu Rintangan Api / Fire Door2.Sesekat Api / Fire Damper3.Gelendung Api / Fire Roller Shutter4.Batu-bata / Bricks5.Bahan-bahan Kelas O / Class O6.Pengadang Api / Firestop7.Dinding Drywall / Drywall Construction8.Blok Konkrit Rongga / Hollow Concrete Block9.Pintu Pelantar Tahan Api / Fire Rated Lift Landing Door10.Saluran Tahan Api / Fire Rated Duct11.Tirai Asap / Smoke Curtain12.Lampu Tanda Keluar / KELUAR Sign13.Lampu Kecemasan / Emergency Light14.Alat Pengesan Asap / Smoke Detector15.Alat Pengesan haba / Heat Detector16.Penggera Kebakaran Manual / Manual Fire Alarm17.Loceng Penggera / Alarm Bell18.Kabel Rintangan Api / Fire Resistant Cable19.Salur Bantu Mula / Fire Hose Reel20.Kepala Springkler / Springkler Head21.Sistem Pengeluaran Asap / Smoke Extraction System22.Panel Penggera Kebakaran / Fire Alarm Panel23.Fire Suppression System / Halon Alternatif24.Alat Pemadam Api / Fire Extinguisher

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN SIJIL PERAKUAN BAHAN

Perakuan ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

1.Sijil Perakuan Bahan tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran Jabatan ini.

2.Pepasangan Keselamatan Kebakaran yang dikeluarkan hendaklah menepati spesifikasi sample dan seperti di dalam laporan ujian.

3.Sebarang perubahan/tambahan daripada spesifikasi komponen yang asal hanya boleh dilakukan dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

4.Dalam hal-hal tertentu pengeluaran dan mutu Pepasangan Keselamatan Kebakaran hendaklah menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh SIRIM atau Skim Kawalan Mutu yang diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

5.Apabila terdapat pindaan atau pembaharuan pada syarat/piawai, pengeluar/pengedar akan diberi tempoh masa yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia untuk meminda atau mengubah spesifikasi asal Pepasangan Keselamatan Kebakaran mengikut syarat-syarat piawaian yang baru tersebut.

6.Semua Pepasangan Keselamatan Kebakaran perlu mempunyai nama pengeluar, nombor siri, tarikh dikeluarkan dan tanda SIRIM atau lain-lain tanda skim diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia (jika berkaitan).

7.Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia adalah berhak untuk memilih mana-mana sample Pepasangan Keselamatan Kebakaran yang telah dikeluarkan ATAU dipasang untuk dikaji dan jika perlu diuji semula. Sebarang kos perbelanjaan adalah ditanggung oleh pengeluar.

8.Pengeluar/Pengedar hendaklah mengemukakan salinan sah surat perakuan ini bagi penggunaan pengedaran Pepasangan Keselamatan Kebakaran yang berkenaan kepada Jabatan ini.

9.Pengeluar/pengedar Pepasangan Keselamatan Kebakaran hendaklah mengemukakan surat pengesahan Lampiran C1/C2* ke Jabatan ini (kepada Pengarah Negeri dan salinan ke Ibu Pejabat JBPM) bahawa ia telah melaksanakan pengawasan/pemasangan/perbekalan* seperti piawaian yang disahkan oleh SIRIM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

10.Arkitek atau Jurutera Perunding Bertauliah hendaklah memastikan dan mengawasi semua kerja-kerja pemasangan yang dilakukan oleh kontraktor/pemasangan dan mengesahkannya dengan menghantar surat pengesahan Lampiran C3 ke Jabatan ini (Bahagian Keselamatan Kebakaran) sebelum atau semasa pemeriksaan bangunan.

11.Pemasangan Pepasangan Keselamatan Kebakaran hendaklah disahkan oleh pengeluar atau Jurutera Bertauliah/Arkitek bahawa telah mematuhi spesifikasi pengeluar atau kod-kod yang diiktiraf.

12.Jika terdapat apa-apa kejadian atau laporan munasabah yang menunjukkan kegagalan prestasi kepada Pepasangan Keselamatan Kebakaran atau tidak mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Uniform Building By-Law (UBBL 1984) serta Arahan Jabatan hendaklah segera dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia. Jabatan berhak menarik balik Sijil Perakuan Bahan dengan notis atau tanpa notis.

13.Pegawai Bomba juga boleh membuat pemeriksaan mengejut (random inspection/checking) ke atas kilang pembuat atau pepasangan untuk menentukan tiada penyelewengan dari segi mutu dan spesifikasi Pepasangan Keselamatan Kebakaran.

14.Sijil Perakuan Bahan, keseluruhan ATAU sebahagian daripadanya adalah tidak boleh diterbitkan ATAU digunakan untuk apa-apa tujuan promosi ATAU pengiklanan sama ada pada media cetak ATAU pada mana-mana tempat dengan apa-apa cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

SYARAT-SYARAT KELULUSAN HALON ALTERNATIF

1.Produk yang dibekal dan dipasang hendaklah dari pengeluar asal seperti Sijil Perakuan Bahan.

2.Pengedar bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan keselamatan penghuni tidak terjejas sekiranya sistem yang dipasang mengalami accidental discharge. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah:

2.1.Sistem yang dipasang hendaklah mempunyai mekanisma pengesanan dan amaran awal yang disambungkan terus ke panel kawalan utama (Main Control Panel).

2.2.Sistem tambahan perlu disediakan termasuk pre-discharge alarm dan time delay, double-knock mechanism dan manual abort system.

2.3.Tanda-tanda amaran bagi tujuan keselamatan penghuni hendaklah diadakan dan ditempatkan di kawasan yang senang dilihat.

2.4.Pemasangan sistem terdiri daripada silinder, injap (valve), nozzle, dan fittings hendaklah dari pengeluar asal sistem sepertimana dinyatakan dalam laporan ujian dan UL Listing.

3.Semua rekabentuk, pengiraan dan lukisan kejuruteraan/skematik hendaklah ditandatangani oleh Jurutera Bertauliah (Professional Engineer) yang dilantik oleh Pengedar/Pengeluar dan seterusnya dihantar ke Bahagian Pencegahan & Keselamatan Kebakaran, JBPM untuk tujuan pengesahan.

4.Kontraktor yang bertauliah hendaklah dilantik oleh pengeluar setelah menjalani latihan kemahiran berkaitan dengan sistem terlibat.

5.Setiap pemasangan dan penyelenggaraan hendaklah diawasi oleh Pengedar/Pembekal secara berterusan.

6.Pengesahan pemasangan hendaklah dibuat oleh Jurutera Bertauliah yang dilantik oleh Pengeluar/Pengedar.

Perhatian:Kegagalan mematuhi syarat-syarat di atas akan mengakibatkan Sijil Perakuan tuan digantung atau ditarik balik.

Di antara makmal pengujian yang di iktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi pengujian pepasangan keselamatan kebakaran adalah seperti jadual di bawah:-

PEMAKAIAN PIAWAIAN BAGI PEPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Semua Pepasangan Keselamatan Kebakaran hendaklah mematuhi edisi semasa piawaian-piawaian berikut :-BilPepasangan Keselamatan KebakaranPiawaian

1Pili Bomba (fire hydrants)PB 750:1977 danTAPB 402.101: 1052

2Gelung Hos Hidraulik (Hydraulic Hose Reels)PB 5306 Bahagian 1:1976

3Pemadam Api Mudalih(Portable Extinguisher)TAPB 402 Bahagian 3:1964

4Sesalur Pancur Kering Basah (Dry/Wet Raising Main)PB 3980 :1966, PB 5306 Bahagian 1:1976PB 750:1964

5Alir Masuk Busa (Foam Inlets)PB 3980:1966

6Semburan Automatik (Automatics Sprinklers)Kaedah JPB Edisi 29: 1973

7Sistem Penggera Kebakaran (Fire Alarms Systems)Kaedah JPB: 1973, TAPB 1019:1972, PB 3116 Bahagian 1:1970, PB 3116 Bahagian 4:1974, PB 5446 Bahagian 1:1977

8Sesekat Api (Fire Dampers)PA 1682: 1974

9Lif Bomba (Fire Lifts)PB 2655: Bahagian 1: Lampiran E

10Kawalan Asap (Smoke Control)PA 1668: Bahagian 1: 1974

1.1.2 Prosedur Untuk Mendapatkan Sijil Perakuan BombaPermohonan bagi perakuan bomba1. Suatu permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan premis ditetapkanhendaklah dibuat dalam Borang I Jadual A.Pengeluaran perakuan bomba2. a. Tiap-tiap perakuan bomba yang dikeluarkan berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan hendaklah dalam Borang II Jadual A. b.Sesuatu perakuan bomba yang dikeluarkan di bawah Akta tidak boleh dipindah milik. c.Fi yang kena dibayar bagi sesuatu perakuan bomba yang dikeluarkan di bawah Akta hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual B.

Pembaharuan perakuan bomba1. Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba hendaklah dibuat tidakkurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh habis tempoh perakuan itu.2. Seseorang pemohon bagi pembaharuan perakuan bomba hendaklah(a) membuat permohonan itu dalam Borang III Jadual A;(b) memberikan butir-butir tentang apa-apa perubahan pada premis itu;(c) memberikan butir-butir tentang apa-apa perubahan pada kemudahan keselamatan diri, pencegahan kebakaran, perlindungan kebakaran dan menentang kebakaran di premis itu; dan(d) memberikan butir-butir atau maklumat lain yang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.3. Fi yang kena dibayar bagi sesuatu perakuan bomba yang diperbaharui hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual B.

Kehilangan atau kemusnahan perakuan bomba1. Jika perakuan bomba hilang atau musnah, orang yang kepadanya perakuan bomba itu dikeluarkan hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh kehilangan atau kemusnahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis tentang kehilangan atau kemusnahan itu dan memohon perakuan gantian.2. Orang yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mengemukakan fi sebanyak lima puluh ringgit dan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.3. Mana-mana orang yang tidak memberitahu Ketua Pengarah di bawah subperaturan (1) atau tidak mengemukakan maklumat yang dikehendaki di bawah subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan.Pempameran perakuan bomba1. Orang yang kepadanya sesuatu perakuan bomba dikeluarkan hendaklah mempamerkan perakuan bomba itu pada setiap masa di tempat yang ketara di mana-mana bahagian premis yang dengannya perakuan itu ada kaitan dan perakuan itu hendaklah tersedia untuk diperiksa oleh pegawai diberi kuasa yang boleh meminta pengemukaan perakuan itu di premis yang berkenaan pada bila-bila masa.2. Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan.PenaltiMana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah peraturan 5 atau 6boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakanselama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL PERAKUAN BAHAN (Baru)Pemohon yang ingin mendapatkan Sijil Perakuan Bahan (Baru) hendaklah mengemukakan perkara-perkara asas seperti berikut;i.Surat permohonan rasmi syarikat.ii.Borang permohonan (Borang BKK-PKK 1)iii.Salinan surat lantikan pengedar (jika bukan pengeluar) - surat lantikan daripada luar negara hendaklah disahkan oleh pesuruhjaya sumpah tempatan (commissioner for oath)iv.Salinan laporan ujian terbaru - Mana-mana laporan ujian daripada luar negara hendaklah disahkan oleh pesuruhjaya sumpah tempatan (commissioner for oath)v.Profil syarikat (seperti carta organisasi, work flow dsb).vi.Brochure dan dokumen sokongan.vii.Mini sample bahan / sistem (bersama label syarikat, nama bahan)Bagi permohonan suppression system (halon alternative), pemohon hendaklah melengkap dokumen tambahan seperti berikut :viii.Borang Khas(Halon Alternative)ix.Laporan Ujian Toxicity

Semasa pemohon mengemukakan permohonan bagi mendapatkan Sijil Perakuan Bahan baru atau kali yang pertama, pemohon perlulah memulakan usaha untuk mendapatkan Sijil Kawalan Barangan SIRIM bagi kegunaan pengeluaran Sijil Perakuan Bahan (pembaharuan). Ini adalah kerana pengeluaran Sijil Kawalan Barangan SIRIM dikira semasa prose permohonan yang pertama. Senarai pepasangan Keselamatan kebakaran yang memerlukan Sijil Kawalan Barangan SIRIM adalh seperti berikut:-i.Lampu Tanda KELUAR (KELUAR Sign)ii.Lampu Kecemasan (Emergency Light)iii.Pintu Rintangan Api (Fire Door)iv.Gelendung Api (Fire Roller Shutter)v.Batu-Bata (Bricks) Clay, Cement Brick/Blockvi.Bahan-bahan Kelas O (Class O) Ceiling, Insulation Materialvii.Block Konkrit Rongga (Hollow Concrete Block)

viii.Panel Penggera Kebakaran (Fire Alarm Panel)ix.Alat Pemadam Api (Fire Extinguisher)

PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL PERAKUAN BAHAN (Pembaharuan)Pemohon yang ingin mendapatkan Sijil Perakuan Bahan (Pembaharuan) hendaklah mengemukakan perkara-perkara asas seperti berikut;i.Surat permohonan rasmi (pembaharuan)ii.Salinan Sijil Perakuan Bahan yang lepas (telah tamat tempoh).iii.Salinan Laporan Ujian terbaru dari SIRIM atau mana-mana makmal yang diiktiraf jika berkaitan. Tempoh sah laporan ujian pada sijil perakuan bahan (tidak melebihi 5 tahun). iv.Sijil Kawalan Barangan daripada SIRIM atau mana-mana makmal yang akreditasi (jika berkaitan).v.Senarai Lengkap projek sepanjang tempoh validity kelulusan tersebut.vi.Mengadakan kemudahan pemeriksaan bagi penilaian semula Pepasangan Keselamatan Kebakaran sekiranya diperlukan.vii.Jika semua perkara di atas tidak dipatuhi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berhak menarik balik surat perakuan ini sebelum tamat tempohnya

Garis Panduan Am Permohonan Lesen/Kelulusan/Permit melalui BLESS Permohonan lesen/kelulusan/permit melalui BLESS boleh dilakukan oleh pemohon daripada individu, syarikat, perniagaan, koperasi, pertubuhan persendirian, agensi kerajaan, perunding dan institusi. Pemohon mestilah terlebih dahulu mendaftar sebagai individu dalam BLESS dan seterusnya mendaftarkan entiti yang diwakilinya sama ada syarikat, perniagaan, koperasi, pertubuhan, agensi kerajaan, perunding atau institusi. Maklumat profil syarikat dan perniagaan dalam BLESS harus diperolehi melalui proses extraction daripada sistem e-Info di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terus ke dalam BLESS dan pemohon dikenakan bayaran sebanyak RM15.00 oleh SSM. Pemohon mesti memilih entiti yang diwakili sebelum meneruskan pemilihan lessen dan seterusnya mengisi borang atas talian bagi lesen tersebut. Sebarang pembayaran fi kepada agensi semasa proses permohonan boleh dibuat menggunakan fungsi e-Payment yang terdapat dalam BLESS (khusus bagi agensi yang telah mengaktifkan fungsi ini). Pembayaran juga boleh dibuat secara manual dan maklumat serta bukti pembayaran perlu dimaklumkan kepada agensi berkaitan. Bagi permohonan yang melibatkan upfront payment (pembayaran dibuat sebelum penghantaran permohonan), pembayaran perlu dibuat terlebih dahulu menggunakan fungsi e-payment (tiada pembayaran secara manual dibenarkan). Penyerahan permohonan tidak akan dibenarkan sehingga pembayaran tersebut dibuat. Pemohon dikehendaki untuk memuat naik dokumen-dokumen seperti yang disenaraikan di dalam garis panduan khusus bagi lesen berkaitan bersama boring permohonan yang lengkap bagi penyerahan melalui BLESS. Semua dokumen sokongan boleh dimuat naik melalui BLESS dalam semua jenis format dokumen (Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya) melalui kemudahan muat naik yang disediakan. Pemohon juga boleh mengimbas dokumen-dokumen asal dan imej yang berkaitan menggunakan format jpeg atau format-format lain yang relevan untuk dimuat naik ke dalam BLESS. Sekiranya pemohon tidak dapat memuat naik dokumen-dokumen tertentu (lukisanlukisan), sila serahkan dokumen tersebut secara manual (melalui pos atau datang sendiri ke kaunter) mengikut keperluan agensi berkenaan. Untuk sebarang penyerahan manual, pemohon mesti menyatakan nombor rujukan penyerahan BLESS di dalam setiap dokumen. Permohonan yang telah lengkap berserta dokumen sokongan boleh dihantar secara atas talian dalam BLESS dan notifikasi akan dihantar kepada pemohon melalui email.

1.1.3 Menyediakan Carta Alir/Pelan Tindakan Kecemasan (ERP)SYARAT AM TEMPAT PERHIMPUNANUNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984 UUK 110- Maka hendaklah tidak ada apa-apa halangan pada sesuatu tangga di antara yang paling tinggi sekali dengan tempat keluar di tingkat bawah. UUK 133- Lampu kecemasan mestilah berfungsi. Perlu memastikan tahap kebolehfungsian semasa terputusnya bekalan elektrik.(Jadual 10) UUK 172- Tanda Tempat Keluar Kecemasan- (1) Pintu keluar tingkat dan akses kepada pintu keluar tersebut hendaklah ditanda dengan tanda-tanda yang dapat dilihat dengan mudah dan hendaklah tidak dilindungi oleh apa-apa perhiasan, perabot atau kelengkapan lain.(2) Suatu tanda pembacaan "KELUAR" dengan anak panah yang menunjukkan arah, hendaklah diletakkan di tiap-tiap tempat dimana arah perjalanan menuju ke pintu keluar yang terdekat sekali tidak kelihatan dengan serta-merta. UUK 178- Tangga, koridor dan lorong tempat menuju keluar hendaklah diasingkan dari tempat perhimpunan tersebut atau terlindung(tidak dihalang oleh manamana objek). UUK 180- Beban pendudukan yang dibenarkan di manamana tempat perhimpunan hendaklah ditentukan dengan membahagikan keluasan bersih lantai atau ruang yang diuntukkan bagi kegunaan itu dengan meter persegi bagi seorang penduduk seperti berikut: (a) kawasan perhimpunan penggunaan tumpuan tanpa tempat duduk tetap seperti auditorium, tempat sembahyang, lantai tari-menari dan bilik inap-0.65 meter persegi bagi seorang;

Contoh Pelan Tindakan Kecemasan

1.1.4 Membuat Laporan Kebakaran (Contoh)FEARLESS WORKSHOP SDN. BHD , 39 JALAN ASTANA KUCHING SARAWAK

To: The Managing Director Ref: DMC/46/B9From: The Safety Engineer 05 MAC 2015

Sir,Sub: A report on the fire accident in our Workshop reg.,

With reference to your intimation dated 05 Mac 2015; a detailed study has been made on the fire accident that took place on the 3nd of this month in our factory.On the above mentioned date, a huge fire had broken out around 11 a.m. in our Service Department. It spread so quickly that it consumed fairly a large number of tools and spare parts. Above all, Mr.Abu Bakar, our chief servicer was also badly hurt. Luckily he was the only person working at that time as the other workers had gone for tea break. Immediately, fire men were summoned and they extinguished the fire after battling for about half-an-hour. Mr.Robin Sanggai was hospitalized and he is now recovering fast.Under investigation, it is found that the fire broke out because of a short circuit in the main line. As Mr.Abu Bakar had been servicing at that time, the fire had spread quickly. In addition, the wires had worn out and needed replacement. All these had resulted in the devastating fire. The total loss is estimated to be nearly RM100K.

To avoid such mishaps in the future, it is recommended that

i. Wiring should be replaced and be checked at regular intervalsii. Enough fire extinguishers must be kept handy.iii. Automatic fire extinguishing sprays can be installed.iv. Proper fuses should be used to avoid excess flow.v. Employees should be given proper training with regard to the use of electrical components and fire extinguishers.If all these measures are taken, definitely such accidents can be prevented in future and thereby, great loss to human as well other resources could be averted. Yours Faithfully

____________ (Abu Bakar) Safety Engineer

LampiranBorang Permohonan Perakuan Bomba (1)

Borang Permohonan Perakuan Bomba (2 & 3)

Borang Permohonan Perakuan Bomba (4 & 5)

Borang Permohonan Perakuan Bomba (6 & 7)

Pembaharuan Sijil Perakuan Bomba

Pembaharuan Sijil Perakuan Bahan Bomba

RujukanInternet1. Peraturan dan Undang-Undang Sijil Perakuan Bomba Dan Borang Perakuan Bomba http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/akta/Pua241y2001bm.pdf http://open.bless.gov.my/pv_obj_cache/pv_obj_id_07E5AE6EAAB10292A12CEE03B0C1B3BFD38300002. Prosedur Mendapatkan Sijil Perakuan Bomba http://www.bomba.gov.my/index.php/pages/view/282 http://www.pavision.com.my/pdf/bomba_fm_2012.pdf3. Pelan Tindakan Kebakaran https://www.google.com.my/search?q=contoh+pelan+kebakaran+bengkel&biw=1236&bih=545&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=9me7VPWQF83g8AXQs4GQCw&ved=0CAYQ_AUoAQ#tbm=isch&q=fire+escape+plan+&imgdii=_4. Report http://www.slideshare.net/raobabu07/report-on-the-fire-accident5. Tujuan & Pengenalan http://powerelectricaltechnology.blogspot.com/2012/11/peraturan-keselamatan-elektrik.html