bolehkan kecermerlangan seperti kerajaan bani abbasiyah itu dilakukan di malaysia

3
Bolehkan kecermerlangan seperti Kerajaan Bani Abbasiyah itu dilakukan di Malaysia? Semasa pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah banyak kejayaan dan sumbangan yang berjaya dicapai terutamanya semasa zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (768-809). Semasa pemerintahan beliau bermulalah perkembangan ilmu pengetahuan yang mana banyak melahirkan sarjana-sarjana Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-Farabi dan sebagainya. Tambahan pula, kerajan Bani Abbasiyah jugalah yang telah menyebabkan berlakunya Renaissance di Eropah ketika Eropah dilanda Zaman Gelap. Dalam bidang perindustrian pula, hamper setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang khusus contohnya Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan, barangan tembikar, dan sutera, Morocco dalam penghasilan barangan kulit, Toledo di Sepanyol bagi penghasilan pedangnya yang terbaik. Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat. Jadi, apakah faktor yang membolehkan kecermelangan yang sedemikian dapat dicapai? Kecemerlangan dapat dicapai disebabkan beberapa faktor iaitu: 1. Pemimpin yang baik: Kerajaan Bani Abbasiyah telah mencapai zaman keemasan semasa pemerintahan Khalifah Harun al- Rashid. Era pemerintahan beliau dikenali sebagai zaman keemasan Islam (The Golden Age of Islam), yang mana Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia. Kebijaksaan beliau dalam memerintah kerajaan Islam yang menyebabkan Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai zaman kegemilangan. 2. Kecintaan terhadap ilmu pengetahuan:

Upload: muhammad-izzat-roslan

Post on 06-Feb-2016

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kerajaan Bani Abbasiyah

TRANSCRIPT

Page 1: Bolehkan Kecermerlangan Seperti Kerajaan Bani Abbasiyah Itu Dilakukan Di Malaysia

Bolehkan kecermerlangan seperti Kerajaan Bani Abbasiyah itu dilakukan di Malaysia?

Semasa pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah banyak kejayaan dan sumbangan yang berjaya dicapai terutamanya semasa zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (768-809). Semasa pemerintahan beliau bermulalah perkembangan ilmu pengetahuan yang mana banyak melahirkan sarjana-sarjana Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-Farabi dan sebagainya. Tambahan pula, kerajan Bani Abbasiyah jugalah yang telah menyebabkan berlakunya Renaissance di Eropah ketika Eropah dilanda Zaman Gelap.

Dalam bidang perindustrian pula, hamper setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang khusus contohnya Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan, barangan tembikar, dan sutera, Morocco dalam penghasilan barangan kulit, Toledo di Sepanyol bagi penghasilan pedangnya yang terbaik. Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat. Jadi, apakah faktor yang membolehkan kecermelangan yang sedemikian dapat dicapai?

Kecemerlangan dapat dicapai disebabkan beberapa faktor iaitu:

1. Pemimpin yang baik: Kerajaan Bani Abbasiyah telah mencapai zaman keemasan semasa

pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid. Era pemerintahan beliau dikenali sebagai zaman keemasan Islam (The Golden

Age of Islam), yang mana Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.

Kebijaksaan beliau dalam memerintah kerajaan Islam yang menyebabkan Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai zaman kegemilangan.

2. Kecintaan terhadap ilmu pengetahuan: Lahirnya saujana-saujana Islam yang terkenal. Dapat menyaksikan pencapaian Islam dalam ilmu perubatan, ilmu Naqli dan

ilmu Aqli, Ilmu falak, Ilmu Kimia dan sebagainya.

3. Kemajuan dalam bidang ekonomi: Memajukan sector pertanian dengan membina saliran air, melebarkam

empangan, membuka kawasan pertanian baru dan membuat penyelidikan dalam bidang pertanian.

Kerajaan Bani Abbasiyah juga terkenal sebagai sebuah Negara yang maju dlama industry pembuatan.

Akibat kepesatan bidang pembuatan dan pertanian telah mendorong kepada kemajuan dalam bidang perdagangan hingga ke peringkat antarabangsa.

Page 2: Bolehkan Kecermerlangan Seperti Kerajaan Bani Abbasiyah Itu Dilakukan Di Malaysia

Kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Bani Abbasiah boleh dilakukan di Malaysia dengan mengkaji sejarah dan mengambil pengajaran dari zaman Kerajan Bani Abbasiah dan mengimplementasikan dalam sistem pemerintahan di Malaysia.

Pemilihan pemimpin memainkan peranan yang penting dalam mentadbir sesuatu negara kerana merekalah yang menjadi tonggak kemajuan atau kemunduran sesuatu negara. Pemilihan pemimpin mestilah diteladani seperti Khalifah Harun al-Rasyid yang mempunyai budi pekerti yang baik, cintakan ilmu, alim dan menjaga kebajikan rakyat. Oleh itu, untuk mencapai kecemerlangan pemilihan pemimpin merupakan aspek yang terpenting. Selain itu, untuk mencapai kecemerlangan sikap cinta terhadap ilmu pengetahuan perlulah disemai kerana dengan ilmu pengetahuan dapat membolehkan negara Malaysia mencapai negara Islam yang maju dan Wawasan 2020 dapat dicapai. Tambahan lagi, negara Malaysia juga wajar mencontohi kerajan Bani Abbasiah yang memajukan sektor pertanian. Hal ini demikian kerana, pertanian dapat menjana pendapatan negara kerana Malaysia mempunyai tanah subur dan iklim yang sesuai.

Oleh itu, untuk mencapai kecemerlangan seperti Kerajaan Abbasiah perlulah meneladani Kerajaan Bani Abbasiah. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Rujukan:

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Bani_Abbasiyah 2. http://www.academia.edu/8224017/

SEJARAH_PERADABAN_ISLAM_DINASTI_BANI_ABBASIYAH3. http://www.slideshare.net/aimanbibob/perkermbangan-ekonomi-pada-zaman-

kerajaan-abbasiyah-33761755