bmt 1

21
BBM 3203 TATABAHASA MELAYU KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Objektif 1.3 Kaedah 1.4 Batasan 1.5 Definisi Konsep 2.0 KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM AKHBAR ARUS PERDANA 1.2 Bahasa Rojak 1.3 Punca Penutur Menggunakan Bahasa Rojak 1.4 Bahasa SMS (Sistem Pesanan Ringkas) 3.0 PERISTILAHAN BAHASA LUAR MENGGANTIKAN BAHASA MELAYU. 3.1 Peristilahan Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu 3.2 Contoh Peristilahan Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu 3.3 MEDIA MASSA Pemangkin Penggunaan BAHASA MELAYU 4.0 PENUTUP 4.1 SARANAN MENGATASI MASALAH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM AKHBAR ARUS PERDANA. KESIMPULAN BIBLIOGRAFI BBM3203 TATABAHASA MELAYU 1

Upload: mohd-najib-towy

Post on 01-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BMT1

TRANSCRIPT

Page 1: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Objektif

1.3 Kaedah

1.4 Batasan

1.5 Definisi Konsep

2.0 KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM AKHBAR ARUS PERDANA

1.2 Bahasa Rojak

1.3 Punca Penutur Menggunakan Bahasa Rojak

1.4 Bahasa SMS (Sistem Pesanan Ringkas)

3.0 PERISTILAHAN BAHASA LUAR MENGGANTIKAN BAHASA MELAYU.

3.1 Peristilahan Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu

3.2 Contoh Peristilahan Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu

3.3 MEDIA MASSA Pemangkin Penggunaan BAHASA MELAYU

4.0 PENUTUP

4.1 SARANAN MENGATASI MASALAH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM AKHBAR ARUS PERDANA.

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 1

Page 2: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sesungguhnya bahasa amat penting dalam kehidupan manusia. Ia merupakan alat

komunikasi dan pertuturan bagi menyatakan sesuatu. Selain itu, bahasa juga mencerminkan

ketamadunan sesuatu bangsa. Jelaslah disini bahawa bahasa menunjukkan bangsa. “Bahasa

Melayu adalah satu bahasa yang sentiasa berubah dan berkembang. Pelbagai istilah dan konsep

telah diberikan kepada bahasa ini bagi mendukung peranan dan fungsinya yang juga turut

berkembang dan rencam” (Mhd Amin Arshad, Bahasa Melayu Tinggi, m.s 1). Beliau telah

menyatakan bahawa banyak istilah dan konsep baru diberikan untuk perkembangan bahasa

Melayu pada masa kini. Namun begitu, kita tidak mahu bahasa kebangsaan kita dicemari oleh

anasir-anasir luar yang menggugat identiti dan keaslian bahasa Melayu, yang menyumbang

kepada gejala kelunturannya. Hal ini turut berkait rapat dengan peranan penggunaan Bahasa

dalam akhbar arus perdana.

1.2 Objektif

Kertas kerja ini akan membincangkan Penggunaan Bahasa dalam akhbar arus perdana ,

penggunaan dan kesalahan bahasa yang menjadi pencemaran terhadap bahasa Melayu dan

kesannya dalam kehidupan harian.

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 2

Page 3: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

1.3 Kaedah

Kaedah yang akan digunakan ialah kajian teks. Rujukan yang dapat diambilkira ialah

beberapa buah buku daripada Perpustakaan Daerah Tawau, Carian di laman sesawang Dewan

Bahasa dan Pustaka dan sedikit paparan contoh yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang

diberikan.

1.4 Batasan

Batasan kertas kerja ini hanya membincangkan penggunaan Bahasa Melayu dalam

akhbar arus perdana , penggunaan dan kesalahan bahasa yang menjadi pencemaran terhadap

bahasa Melayu dan kesannya dalam kehidupan harian.

1.5 Definisi Konsep

Definisi konsep ‘Penggunaan Bahasa dalam Akhbar Arus Perdana’ boleh ditakrifkan

sebagai , Peranan akhbar di Negara kita dalam menerajui penggunaan bahasa yang betul dalam

kalangan masyarakat. Maksud penggunaan bahasa disini adalah , bahasa penyampaian yang

digunakan di dalam akhbar arus perdana iaitu Bahasa Melayu , penggunaan bahasa Melayu

baku , bahasa Melayu rojak , atau lain-lain bahasa lagi. Dalam konteks kajian tugasan ini , kita

akan meneliti bagaimana Penggunaan Bahasa dalam Akhbar Arus Perdana dapat mempengaruhi

masyarakat dalam pertuturan dan penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian mereka.

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 3

Page 4: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

2.0 Kesalahan Penggunaan Bahasa Dalam Akhbar Arus Perdana

2.1 Bahasa Rojak

Kini kita sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang disebutkan di atas. Penyakit

campur-aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya bahasa rojak. Bahasa rojak adalah

sebahagian daripada akibat langsung `penciptaan semula' bahasa Melayu yang dalam proses

perkembangannya yang pesat.

Jika dilihat pada kata-kata Pendeta Za’ba dalam buku klasiknya ‘Ilmu Mengarang

Melayu’ bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat banyak perkataan yang asalnya adalah dari

pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya, jelas

kita telah mencedok banyak perkataan asing untuk dimuatkan dalam sesuatu ayat bahasa

Melayu. Tetapi, kita tidak mahu bahasa Melayu dicampuradukkan seperti ungkapan-ungkapan

yang berbunyi:

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)

Kau memang terror (hebat) la! Tempat makan ni best (bagus) sangat!

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina)

Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)? Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!

Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 4

Page 5: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

Ungkapan sedemikian sering diperkatakan atau diungkapkan dalam kehidupan harian ,

dan di dalam akhar juga tidak terlepas daripada terus mempergunakan bahasa sedemikian.

Walaupun begitu, bukan sahaja golongan biasa yang menggunakan bahasa rojak, tetapi ahli

politik, golongan pelajar dan masyarakat sekitar di Malaysia, dalam urusan tidak formal.

2.2 Punca Penutur Menggunakan Bahasa Rojak

Punca utama berlaku kecelaruan itu ialah kegagalan orang Melayu yang bukan saja tidak

mempunyai kecekapan linguistik, tetapi juga ketiadaan kecekapan berkomunikasi dalam

masyarakat. Kecelaruan ini banyak dilakukan oleh orang Melayu yang menguasai bahasa

Inggeris sebagai bahasa kedua. Mereka mungkin secara sedar atau tidak, sering berfikir dalam

atau melalui bahasa Inggeris, lantas mereka melakukan kesalahan bahasa baik pada peringkat

sistem atau struktur bahasa mahupun pada peringkat leksikal dan bentuk kata.

Masalah kecelaruan ini lebih jelas apabila bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris digunakan

sebagai alat pemikiran yang utama. Pada waktu yang sama mereka menggunakan bahasa Melayu

sebagai `bahasa terjemahan.' Bahasa Melayu digunakan tidak lebih untuk `menterjemahkan

fikiran' yang dibentuk dalam bahasa Inggeris. Dalam keadaan itu, peraturan sistem bahasa

Inggeris yang mewakili cara berfikir dan budaya pengucap asli bahasa itu cuba digunakan atau

ditiru dalam bahasa Melayu.

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 5

Page 6: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

Apabila `sistem' bahasa Inggeris mempengaruhi pengguna bahasa, ayat dan kata-kata

bahasa Inggeris mulai bercampur-baur dengan ayat dan kata-kata bahasa Melayu. Apabila

mereka mula menggunakan sistem rojak ini, samada sedar atau tidak, mereka telah

mengamalkannya dan hal inilah yang menyebabkan bahasa rojak semakin berleluasa.

2.3 Bahasa SMS (Sistem Pesanan Ringkas)

Dalam kemajuan sains dan teknologi kini, ramai antara kita yang menggunakan telefon

bimbit, tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Bahasa baru ini wujud kononnya untuk

menjimatkan masa dan memudahkan pengguna menaip atau menulis pesanan yang ringkas

kepada penerima. Walaupun demikian, penggunaan seharian bahasa SMS ini telah menjadi trend

dan ianya turut mempengaruhi penggunaan bahasa di dalam akhbar arus perdana , jika digunakan

dalam konteks komunikasi rasmi. Antara contoh bahasa SMS yang dapat diperlihatkan ialah:

- Makan = mkn

- Pergi = pg

- Kelas = kls

- Selepas = lps

- Esok, lepas makan aku nak pergi kelas = Esok lps mkn aku nak pg kls.

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 6

Page 7: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

Budaya ini telah pun berleluasa dan menjadi ikutan terutamanya pada anak muda. Ada juga

yang menggunakan bahasa sedemikian untuk menulis karangan di dalam peperiksaan UPSR

mahupun PMR atau SPM. Hal ini amat membimbangkan dan perkara ini turut berlaku dalam

penggunaan bahasa di dalam akhbar seharian kita , jika kita melihat akhbar-akhbar seharian ,

pasti ada sahaja slot / muka surat yang memperuntukkan , dengan segmen “SMS” bersama

pembaca. Hal ini sekaligus turut memberikan impak terhadap pembaca , yang terpengaruh

dengan penggunaan bahasa SMS yang ringkas , hal ini secara tidak langsung mempengaruhi

penggunaan bahasa Melayu yang betul.

3.0 PERISTILAHAN BAHASA LUAR MENGGANTIKAN BAHASA MELAYU.

3.1 Peristilahan Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu

Seringkali dalam kehidupan harian, samada sedar atau tidak, kita menyebut “sms”

(sistem pesanan ringkas), “hardisk” (cakera keras) , “website” (laman sesawang) dan banyak

lagi. Selain itu, terdapat juga peristilahan Bahasa Inggeris yang menggantikan bahasa Melayu.

“Kerajaan hari ini mengambil keputusan membenarkan penggunaan bahasa Inggeris di institusi

pengajian tinggi bagi tujuan meningkatkan ilmu dalam bidang sains dan teknologi … Langkah

ini perlu bagi memastikan pencapaian dan penyertaan rakyat dalam pelbagai bidang dalam

proses menjayakan negara”             

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 7

Page 8: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

(Mingguan Malaysia 7 Mei 1995)     

Kenyataan di atas jelas menunjukkan ketidakyakinan terhadap kemampuan bahasa

Melayu sebagai bahasa penghantar ilmu, lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan teknologi.

Dalam hal ini Abdul Hamid Mahmood (1996) mengatakan bahawa persoalan mampu atau tidak

mampunya bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa akademik terletak pada pendukung atau

pengguna bahasa itu sendiri. Abdul Hamid Mahmood menambah bahawa selepas tiga belas

tahun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penghantar ilmu di universiti-universiti,

kesangsian terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa akademik mula dipersoalkan.

3.2 Contoh Peristilahan Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu

Berikut adalah beberapa contoh peristilahan bahasa Inggeris yang diterjemahkan dalam

Bahasa Melayu, walaupun telah ada terjemahan bahasa Melayu sendiri untuk perkataan berikut:

- Budget = Bajet

- Bachelor = Bacelor

- Career = Karier

- National = Nasional

- Track = Trek

- Client = Klien 

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 8

Page 9: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

Mengapa tidak kita menggunakan:

- Budget = Belanjawan

- Bachelor = Sarjana muda

- Career = Kerjaya

- National = Kebangsaan

- Track = Litar

- Client = Pelanggan

3.3 MEDIA MASSA Pemangkin Penggunaan BAHASA MELAYU

Media massa merupakan satu entiti penting dalam menyebarkan maklumat dan ilmu

pengetahuan. Penyalahgunaan bahasa Melayu oleh media massa akan memberi kesan yang buruk

pada interpretasi rakyat di seluruh negara. Jika kita lihat pada masa kini, banyak papan tanda

atau iklan yang menggunakan bahasa rojak dan perkataan bercampur aduk. Tidak ketinggalan

juga majalah dan komik yang turut menyumbang kepada masalah ini.

Sebagai contoh, TV3 pada satu masa dahulu pernah menggunakan istilah “Sureheboh”

bagi memberikan impak yang besar kepada masyarakat mengenai karnival besar-besaran

mereka. Akan tetapi, TV3 telah menukarkan nama tersebut kepada “Jomheboh” atas seruan

kerajaan yang tidak menggalakkan bahasa rojak. Selain itu, majalah dan komik sering

dipersalahkan atas penggunaan bahasa rojak yang meluas. Hal ini amat membimbangkan kerana

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 9

Page 10: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

ramai anak muda yang terikut-ikut dengan bahasa rojak, serta perlakuan yang kurang

menyenangkan dalam komik dan majalah.

Dalam pada itu, media elektronik turut menjadi perdebatan masalah bahasa rojak. Paling

ketara pada masa ini, banyak laman sosial yang menyediakan perkhidmatan “chat” percuma

kepada masyarakat, seperti Facebook, Twitter, Myspace, Friendster dan Tagged. Dalam ruangan

laman web tersebut, penggunaan bahasa rojak yang menjadi-jadi dapat diperlihatkan dengan

jelas.Peranan media massa juga penting bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu dalam

kalangan masyarakat di Negara kita adalah betul dan dapat mengelakkan bahasa rojak dan

bahasa singkatan mahupun bahasa selain daripada bahasa Melayu Baku yang standard perlulah

digunakan , di dalam setiap akhbar arus perdana di Negara kita. Kini,masyarakat amat

dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagigolongan remaja. Program television, filem dan

drama yang menggunakan bahasa rojak akan dipelajari oleh remaja.

Keadaan ini disebabkan mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk

mencuba sesuatu. Seharusnya, program-program television yang

mengandungi penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar.

Sebagai contohnya, program “Gengstarz”, “One In A Million” dan

“Akademi Fantasia” yang menggunakan bahasa rojak harus ditapis

terlebih dahulu sebelum disiarkan. Natijahnya, gejala ini dapat

diatasi melalui peranan yang dimainkan oleh pihak media massa.

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 10

Page 11: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

4.0 PENUTUP

4.1 SARANAN MENGATASI MASALAH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM

AKHBAR ARUS PERDANA.

Gejala kelunturan bahasa Melayu masih boleh dibendung ketika ini. Tanggungjawab

untuk mengatasi masalah ini ada pada kita semua. Pertama, Kerajaan, khasnya Dewan Bahasa

dan Pustaka perlu merperkasakan lagi undang-undang berkaitan penyalahgunaan bahasa Melayu.

Hukuman yang dikenakan keatas pesalah haruslah sewajarnya dengan tindakan, dan boleh

mendisiplinkan masyarakat. Tidak kira golongan tua atau muda, mereka harus disedarkan

tentang pentingnya memelihara bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kedua, masyarakat dan individu perlu memandang tinggi akan martabat bahasa Melayu.

Mereka tidak boleh mencemarkan bahasa Melayu sewenang-wenangnya. Penggunaan bahasa

Melayu perlu dijalankan secara lebih meluas dan mengutamakan aspek-aspek penting dalam

komponen bahasa Melayu, seperti tatabahasa dan kemahiran linguistik.

Selain itu, media juga berperanan untuk tidak mencemarkan bahasa Melayu. Mereka

menjadi sumber utama ilmu pengetahuan dan maklumat kepada masyarakat. Media seharusnya

memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu didalam karya mereka, dan menggunakan bahasa

Melayu dengan betul dalam penyampaian maklumat, serta perbualan harian.

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 11

Page 12: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

4.2 KESIMPULAN

Berdasarkan apa yang telah dikaji dan diperlihatkan, gejala kelunturan bahasa Melayu

kini semakin menjadi-jadi. Banyak pihak yang menyumbang kepada masalah tersebut. Namun,

kita sebagai rakyat Malaysia, perlu mengambil inisiatif untuk memelihara bahasa kebangsaan

kita. Kewujudan bahasa rojak, bahasa sms dan masalah pencemaran bahasa Melayu oleh pihak

tertentu haruslah diambil tindakan susulan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini.

Cogankata “Bahasa Jiwa Bangsa” tidak dapat diterapkan dalam diri masyarakat sekiranya

masalah ini berleluasa. Masyarakat dan individu, serta pihak swasta perlu memainkan peranan

dalam memartabatkan bahasa Melayu. Akhir kata, sama-samalah kita sebagai rakyat Malaysia

mempergiatkan lagi penggunaan bahasa Melayu selaras dengan perkembangan Malaysia kea rah

negara maju menjelang 2020.

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 12

Page 13: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

BIBLIOGRAFI

i. Abdul Hamid Mahmood 1996. “Kemampuan bahasa Melayu sebagai Bahasa Akademik

di Universiti” dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 40:8 Ogos hlm. 715-726.  

ii. Abdul Ghani Awang 1997. “Kewibawaan Bahasa Kebangsaan Berterusan dalam Akta

Pendidikan 1996” dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 41: 2 Feb. hlm. 175-179.  

iii. Abu Bakar Hj. Ibrahim dan Asma Yussof 1994. “Satu Model Pengajaran Bahasa Melayu

sebagai Bahasa Asing.” Kertas kerja Seminar Kebangsaan Fortram 94. Universiti

Kebangsaan Malaysia.     

iv. Awang Sariyan 1984. Isu-isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.    

v. Awang Sariyan 1995. “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Institusi Pengajian

Tinggi: Pengalaman UIAM.” Kertas kerja Kongres Bahasa Melayu Sedunia. Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 21-25 Ogos.  

vi. Azhar Ab. Wahab dan Noor Ida Ramli 1996. “Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa

Asing: Pengalaman Jabatan Bahasa Melayu, ITM.” Kertas kerja Seminar Pengajaran

Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur. 14-15 November.  

vii. Hashim Musa 1996. “Gelombang Kedua Hegemoni Bahasa Inggeris dan Kelunturan

Status bahasa Melayu: Cabaran dan Saranan.” dlm. Jurnal Dewan Bahasa . 40:2

Disember hlm. 1060-1070.     

viii. Ismail Hussein 1995. “Bahasa Melayu di Dunia Melayu.” Syarahan Raja Ali Haji

Kelima.     

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 13

Page 14: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

ix. Lichong Angkui dan Johary Indan 1997. “Kursus Baru Guna bahasa Melayu.” Berita

Harian, 2 Julai:27.     

LAMPIRAN

PENCEMARAN BAHASA MELAYU

Asal Usul Bahasa Rojak:

Perbualan Bahasa Rojak:

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 14

Page 15: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

Bahasa SMS:

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 15

Page 16: Bmt 1

BBM 3203 TATABAHASA MELAYU

BBM3203 TATABAHASA MELAYU 16