bmprausmkuh: delima perdagangan...

Download BMPRAUSMKUH: Delima Perdagangan Manusiabmprausmkuh.blogspot.com/.../delima-perdagangan-manusia.html2017-07-29Badan itu berkata antara masalah yang membataskan jumlah sabitan dalam

If you can't read please download the document

Upload: lamnhan

Post on 13-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

BMPRAUSMKUH: Delima Perdagangan Manusia

BMPRAUSMKUH

Informasi Terkini Mata Pelajaran Bahasa Melayu Pelajar Pra U SMK Ungku Husin, Endau

06 Ogos 2010

Delima Perdagangan Manusia

Isu semasa yang perlu diberi perhatian oleh pelajar

DILEMA PERDAGANGAN MANUSIAOleh MOHD. NA'EIM AJISPensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Antarabangsa, UUMUtusan Malaysia01.10.2009

AKTIVITI perdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3.5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun. Sementara itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun.

Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam banyak negara. AS telah menggubal undang-undang perdagangan manusia iaitu Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000. Akta itu telah memperluaskan konsep perdagangan manusia dan mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang terlibat. Malaysia juga telah meluluskan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP) bagi menangani isu tersebut. Kewujudan akta ini telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM500,000. Sejajar dengan pengenalan akta tersebut, kerajaan turut menubuhkan Majlis Antipemerdagangan Orang (MAO) yang berfungsi untuk menyelaraskan dasar dan melaksanakan ATIP.

Walaupun Laporan Antipemerdagangan Orang 2007 (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat meletakkan Malaysia sebagai antara 16 negara berprestasi buruk dalam menangani isu ini, kewujudan ATIP dan MAO akan membuktikan komitmen negara dalam usaha membanteras fenomena ini. Persidangan Serantau Mengenai Penyeludupan, Perdagangan Manusia dan Jenayah Antara Negara di Bali pada Februari 2002 telah menunjukkan komitmen bersepadu antara negara-negara Asia Pasifik. Persidangan itu sepakat untuk membentuk kerjasama terutama dalam aspek perkongsian maklumat, kepakaran dan undang-undang yang seragam bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dibendung di peringkat akar umbi. Mereka juga menganggap penyeludupan dan perdagangan manusia bukan sahaja melanggar hak sesebuah negara malah ia menimbulkan pelbagai masalah selain menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.

Namun begitu, dalam memperkatakan mengenai isu ini, ramai yang masih keliru di antara konsep penyeludupan dan perdagangan orang. Menurut UN Convention Transnational Organised Crime (2000), penyeludupan ialah apabila seseorang memasuki sesebuah negara secara haram dengan melakukan pembayaran dalam bentuk wang atau faedah lain kepada pihak-pihak tertentu. Sementara itu, Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 pula mendefinisikan perdagangan orang sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi.

Bagi pengertian eksploitasi pula Seksyen 2 telah mendefinisikan ia sebagai segala bentuk eksploitasi sama ada seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian atau aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. Daripada definisi di atas, terdapat beberapa perbezaan ketara antara perdagangan dan penyeludupan manusia. Hubungan antara penyeludup dan orang yang diseludup akan berakhir apabila seseorang itu dihantar ke destinasi yang dikehendaki oleh mangsa dan unsur pengeksploitasian tidak perlu dibuktikan sebagai sabitan kepada kesalahan tersebut. Apa yang pasti penyeludupan orang akan melibatkan rentas sempadan sesebuah negara secara haram. Kesanggupan mangsa untuk membayar sejumlah wang menunjukkan bahawa migrasi mereka adalah benar-benar terdesak dan mereka menjangka mendapat keuntungan berlipat kali ganda di negara destinasi.

Pada 1993, seramai 300 imigran dari China telah diseludup ke New York dengan menggunakan kapal Golden Venture. Setiap mereka membayar sebanyak AS$30,000 hingga AS$40,000 kepada ejen penyeludupan. Kebanyakan mereka telah berjaya mengaut keuntungan sehingga mampu membina rumah besar dan mewah di negara asal. Perdagangan orang pula tidak semestinya mereka yang terlibat perlu merentas sempadan sesebuah negara tetapi ia juga boleh berlaku secara domestik. Contohnya dalam isu kerja paksa. Ia tidak semestinya melibatkan pekerja asing sahaja tetapi boleh diambil kira nasib pekerja tempatan yang dieksploitasi oleh majikan. Status kemasukan mangsa perdagangan orang boleh berlaku sama ada secara sah atau tidak. Tetapi bagi aktiviti penyeludupan statusnya sudah tentu tidak sah. Apa yang penting dalam isu perdagangan orang ialah wujudnya unsur-unsur eksploitasi dan paksaan terhadap mangsa.

Oleh itu, jika dilihat dalam kes Siti Hajar Sadli, pembantu rumah Indonesia yang dikatakan telah didera oleh majikan bukan sahaja boleh menggunakan peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah (KAJ) tetapi juga peruntukan dalam Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP). Kesalahan perdagangan orang tidak melibatkan unsur-unsur sukarela antara mangsa dengan orang yang memperdagangkan. Ia juga tidak melibatkan sebarang bentuk ganjaran atau caj perkhidmatan seperti aktiviti penyeludupan. Untuk tujuan pendakwaan dan sabitan, mangsa perlu dibuktikan telah dipaksa dan dieksploitasi. Unsur-unsur paksaan dan pengeksploitasian boleh wujud sama ada sebelum, semasa atau selepas proses perdagangan orang itu berlaku. Dengan itu, adalah sukar pihak berkuasa untuk bertindak pada peringkat awal kerana ia perlu menentukan mangsa telah dieksploitasi atau sebaliknya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan aktiviti penyeludupan boleh menjadi proses awalan kepada aktiviti perdagangan manusia. Ini kerana selalunya kesalahan penyeludupan orang mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian aktiviti perdagangan manusia. Justeru itu, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu ini ialah komitmen jitu dan pelaksanaan strategik supaya ia tidak menjadi "tin kosong" dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan. Pelaksanaan perlu dilengkapi dan disokong dengan aspek perundangan yang tersusun, kakitangan yang komited dan kewangan yang mantap. Ini kerana tanpa elemen-elemen tersebut adalah sukar untuk kerajaan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam pelan induk mengenai antiperdagangan orang. Apa yang pasti mangsa-mangsa perlu diberikan perlindungan sebaik mungkin tanpa mengira agama, gender, bangsa dan negara asal.

Di samping itu, setiap negara juga perlu menandatangani memorandum perjanjian di bawah PBB supaya kos pemulihan dan penguatkuasaan boleh ditanggung bersama jika salah seorang - mangsa atau penjenayah - melibatkan rakyat mereka. Perjanjian itu akan membuatkan semua negara lebih serius untuk menangani isu ini. Oleh itu, aktiviti ini boleh disekat sejak dari negara sumber lagi dan mengurangkan beban kepada negara destinasi serta menggalakkan migrasi secara sah.

UNODC Tampil Manual Anti Pemerdagangan Manusia BaruBERNAMA29 Ogos 2009

DUBAI, 29 Ogos (Bernama) -- Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (Unodc) melancarkan manual baru yang disasar untuk menangani sebarang kelemahan yang terdapat di peringkat pengamal undang-undang jenayah, dalam usaha mencegah dan memerangi kegiatan pemerdagangan manusia. Manual baru itu dilihat muncul pada masa yang kritikal, ketika ekonomi dunia yang tidak menentu kini menyebabkan lebih ramai yang terdedah kepada kemungkinan menjadi mangsa jenayah pemerdagangan manusia ini, kata Pengarah Pejabat Untuk Memantau dan Memerangi Pemerdagangan Manusia, Jabatan Negara Amerika, Luis CdeBaca pada majlis pelancaran dokumen itu di Bangkok. "Manual Anti Pemerdagangan Manusia bagi Pengamal Undang-undang Jenayah" itu menerangkan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil di setiap fasa dalam tindak balas perundangan terhadap jenayah pemerdagangan manusia, di samping menjadi panduan praktikal serta bahan latihan buat pengamal undang-undang jenayah," kata Unodc.

Dengan merujuk kepada laporan pada bulan Februari 2009, badan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu berkata walaupun jumlah sabitan kes-kes jenayah pemerdagangan manusia semakin meningkat, namun ia tidak dapat menandingi jumlah peningkatan jenayah itu secara keseluruhan. Badan itu berkata antara masalah yang membataskan jumlah sabitan dalam kes-kes ini ialah kurangnya unudang-undang anti pemerdagangan manusia di sesetengah negara, ketidakupayaan menterjemah aspek perundangan jenayah ini kepada tindakan-tindakan tegas oleh pegawai penguatkuasa, tanggapan salah apabila menyamakan pemerdagangan manusia dengan migrasi haram, serta keengganan mangsa untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa akibat diugut. "Manual ini menampilkan respons kepada cabaran-cabaran ini dalam usaha menjayakan sabitan terhadap pesalah jenayah pemerdagangan manusia," kata Unodc. Antara lain ia menampilkan pengalaman sebenar lebih 45 hakim, pendakwa, penyiasat, ahli akademik dan wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh dunia, yang membentuk satu kumpulan pakar menghasilkan manual itu. CdeBaca dilantik sebagai Pengarah Pejabat Untuk Memantau dan Memerangi Pemerdagangan Manusia, Jabatan Negara Amerika oleh Presiden Barack Obama pada bulan Mei lepas

Seludup organ ibarat jual manusiaOleh Haika Khazi dan Rashidi KarimBERITA HARIAN3 MAC 2010

KDN siasat, hukum penjenayah ikut Akta Antipemerdagangan Orang. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkategorikan kesalahan penyeludupan organ manusia mengikut Akta Antipemerdagangan Orang 2007 walaupun jenayah berkenaan sukar dikesan kerana memerlukan siasatan menyeluruh. Bagaimanapun, Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata pihaknya tidak memandang ringan kes itu dan tetap mengawasinya dengan meletakkan kesalahan mengikut akta baru kerana hukumannya lebih berat. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Antipemerdagangan Orang peringkat Kebangsaan di Taman Kastam 3, di sini, semalam. Majlis anjuran bersama kerajaan Perlis, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Hadir sama Timbalan Yang Dipertua NCWO, Faridah Khalid. Mengulas kegiatan pemerdagangan orang, beliau berkata, dalam tempoh dua tahun sehingga 7 Februari lalu, pihak berkuasa menyelamatkan 231 orang daripada menjadi mangsa sindiket berkenaan. Daripada jumlah itu, 154 ialah wanita yang sebahagian besarnya dijadikan pelacur, selain 17 kanak-kanak dan 60 lelaki diselamatkan dalam tempoh berkenaan, katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata kegiatan penyeludupan organ manusia tidak berlaku di negara ini. Buat masa ini KDN tidak menerima apa-apa laporan berhubung kes itu, bagaimanapun pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa berhubung dakwaan itu, katanya ketika meninjau proses baik pulih mesin pengimbas pasport automatik di Lapangan Terbang Antara-bangsa Kuala Lumpur di Sepang, semalam. Dalam perkembangan sama, Md Isa menafikan sempadan darat Perlis-Thailand, terutama di Padang Besar menjadi laluan utama penyeludupan manusia ke negara ini.

Malaysia Sebagai Transit Pemerdagangan Manusia Masih Terkawal BERITA HARIAN20 Oktober 2009

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia oleh sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebenarnya tidak serius dan masih terkawal. Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat berkata ini kerana setiap tindakan pihak berkuasa bagi menangani kegiatan itu adalah yang terbaik dan berterusan sehingga masalah ini dapat diatasi sepenuhnya. Katanya, banyak faktor penyebab jenayah tersebut berlaku dan pihak berkuasa sendiri berdepan dengan pelbagai cabaran namun kerajaan percaya mereka berupaya menghadapinya dengan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang. "Masalah tersebut masih terkawal di negara ini bagaimanapun kita tidak pernah memejam mata malahan terus melipat gandakan usaha dalam memerangi jenayah merentasi sempadan ini," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Perisikan Imigresen Lembagan Pasifik 2009 ke-15 di sini Selasa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata tuduhan bahawa negara ini tidak serius dalam menangani kegiatan itu adalah tidak berasas kerana segala tindakan diambil berpandukan peruntukan kuasa dan undang-undang yang ada demi kebaikan negara. Beliau berkata dengan berkongsi maklumat risikan antara negara, mengawasi mereka yang diburu di peringkat antarabangsa dan menjalankan penguatkuasaan bersama, jenayah global terutamanya pemerdagangan manusia boleh ditangani. "PACRIM adalah satu usaha serius bagi memastikan status Malaysia yang diturunkan kepada Tahap 3 daripada Tahap 2 dalam Laporan Permerdagangan Orang 2009," katanya. Abdul Rahman berkata sebelum ini jabatan itu hanya melakukan penguatkuasaan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 tanpa disusuli usaha lain termasuk seminar dan persidangan seperti hari ini. Laporan Pemerdagangan Orang 2009 dikeluarkan pada 16 Jun oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, menyebut status Malaysia diturunkan kepada Tahap 3 daripada Tahap 2 kerana kegagalan negara mematuhi sepenuhnya standard bagi pembasmian pemerdagangan orang dan tidak melaksanakan usaha mencukupi untuk membendung gejala itu.

Antara 17 negara yang disenarai hitam bersama Malaysia ialah Zimbabwe, Sudan, Arab Saudi, Myanmar, Papua New Guinea, Fiji dan Korea Utara. Abdul Rahman berkata persidangan ini merupakan wadah bagi membolehkan perkongsian pintar strategi serta kaedah operasi dalam menangani isu tersebut. "Malaysia sebagai tuan rumah kepada persidangan PACRIM kali ini adalah bukti kesungguhan negara dalam membanteras penyeludupan dan pemerdagangan manusia," katanya. Persidangan ini bertujuan mengumpul, mentafsir dan menganalisis maklumat berhubung kawalan sempadan dan isu penyeludupan manusia.

Persidangan kali ini dengan tema 'Memastikan Perisikan Imigresen Relevan' akan lebih menumpukan kepada keperluan risikan dalam membanteras masalah dokumen palsu dan masalah penyeludupan dan pemerdagangan manusia. PACRIM dianggotai 13 negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Jepun, Hong Kong, Korea, Macau, Mexico, New Zealand, Peru, China, Singapura dan Malaysia.

Dicatat oleh

Baharudin bin Muda

di12:02 PG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru

Catatan Lama

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

BLOG BAHASA MELAYU SMKUH

google_language = "bm";

Halaman

Laman utama

Tugasan

Bank Soalan

Bahan Muat Turun

Nota

Galeri

Blog Archive

2012

(15)

September

(10)

Januari

(5)

2011

(8)

November

(7)

Mei

(1)

2010

(34)

November

(1)

Oktober

(2)

September

(1)

Ogos

(5)Selamat Menghadapi PeperiksaanModel Ekonomi BaruPembuangan BayiDelima Perdagangan ManusiaBahasa Rojak

Julai

(13)

Mei

(12)

About Me

Baharudin bin Muda

Endau, Johor, MalaysiaGuru Bahasa Melayu PraU SMK Ungku Husin, Endau, Johor

Lihat profil lengkap saya

My Blog List

Pengikut

Jom Sembang-sembang

Kolokium

Kolokium

Rakan Pautan

SMK UNGKU HUSIN

CATEGORY

Isu Semasa(6)

Karangan(3)

Pelajar(4)

Pelajar Baru PraU(2)

Rencana Ilmiah(4)

Selamat Datang(5)

Soalan STPM(9)

Masa

Online Status

Ingat STPM

STPM

Kalendar Islam

Get the Islamic Hijri Calendar - Glass Orb widget and many other great free widgets at Widgetbox! Not seeing a widget? (More info)

Anda Tetamu Ke

Dikuasakan oleh Blogger.