bmi

20
PENDAHULUAN Gaya hidup masyarakat Malaysia kini berubah dan kebanjiran resipi, restoran makanan segera dan gajet yang memudahkan hidup manusia menyebabkan pergerakan dan tenaga digunakan pada tahap yang sangat maksimum. Ini menyebabkan rakyat malaysa sedari umur kanak-kanak berhadapan dengan risiko kegemukan, yang mana menjadi punca kepada ratusan penyakit yang boleh membunuh. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur. Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020. 1

Upload: radhi-shukri

Post on 08-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kesihatan

TRANSCRIPT

PENDAHULUANGaya hidup masyarakat Malaysia kini berubah dan kebanjiran resipi, restoran makanan segera dan gajet yang memudahkan hidup manusia menyebabkan pergerakan dan tenaga digunakan pada tahap yang sangat maksimum. Ini menyebabkan rakyat malaysa sedari umur kanak-kanak berhadapan dengan risiko kegemukan, yang mana menjadi punca kepada ratusan penyakit yang boleh membunuh. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

a)INDEKS JISIM BADANIndeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalammeter (m):BMI =berat(kg)------------------------------tinggi(m) x tinggi(m)Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta BMI bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

PROSEDUR TADBIRAN UJIAN INDEK JISIM BADAN (IJB/BMI)Sebagai panduan ringkas kepada guru dan juga murid untuk melihat dan mengkaji indeks jisim badan (IJB) atau body mass index (BMI), saya cadangkan satu prosedur ringkas dalam mengukur dan mencatat BMI murid seterusnya guru perlu mengambil tindakan yang seterusnya supaya murid yang sihat akan kekal sihat dan mampu merawat permasalahan murid yang mengalami obesiti.

Nama Ujian: Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)

Tujuan: Menilai komposisi badan

Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina: Lelaki dan Perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Pengukur tinggi 2. Penimbang berat 3. Borang skor

Pengurusan dan organisasi: Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedur: 1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter. 2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut: Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m)

Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.

Jadual bagi LelakiUmur (Tahun) Kurang berat Normal Berisiko Berat Berlebihan Berat berlebihan

9 18.6 - 21.0 >21.0

10 19.4 - 22.2 >22.2

11 20.2 - 23.2 >23.2

12 21.0 - 24.2 >24.2

13 21.8 - 25.2 >25.2

14 22.6 - 26.0 >26.0

15 23.4 - 26.8 >26.8

16 24.2 - 27.6 >27.6

17 24.8 - 28.2 >28.2

Jadual bagi PerempuanUmur (Tahun) Kurang berat Normal Berisiko Berat Berlebihan Berat berlebihan

9 19.2 - 21.8 >21.8

10 19.9 - 22.9 >22.9

11 20.8 - 24.0 >24.0

12 21.6 - 25.2 >25.2

13 22.5 - 26.2 >26.2

14 23.2 - 27.2 >27.2

15 24.0 - 28.0 >28.0

16 24.5 - 28.8 >28.8

17 25.2 - 29.6 >29.6

Dua jadual di atas adalah panduan untuk melihat skor dan indeks jisim badan bagi murid lelaki dan murid perempuan. Sebagai contohnya saya telah melakukan pengukuran untuk 10 orang murid tahun 3 di sekolah saya. Seramai 3 lelaki dan 7 perempuan yang saya pilih secara rawak dengan bantuan guru kelas mereka dan keputusan indeks adalah seperti berikut.

4

INDEK JISIM BADAN TAHUN 3

BILNAMA MURIDKELASUMURBERATTINGGIBMISTATUS

(TAHUN)

1MAJAD SUFI BIN MOHD SYAHIR3BIJAKSANA9241.3812.6Kurang

2ADRIANA AMIRAH BINTI SAIFUL AMIR3BIJAKSANA9351.2323.1Berlebihan

3TENGKU ALYSSA AMANDA BINTI TG ARIF ZULKAR3KREATIF9281.316.6Normal

4DANIA NUR KHADEEJA BINTI GHAZALI3BIJAKSANA9301.3117.5Normal

5NUR ADRIANNA ADLI BINTI JASLI3BIJAKSANA9321.2420.8Berisiko

6MUHAMMAD AMIRUL DANISH BIN AHMAD ZAMRUN3JUARA9251.1917.7Normal

7ZOFEA AISYA BINTI MOHD ZAWAWI3JUARA9321.222.2Berlebihan

8MOHAMMAD SHAZZWAN ISMAIL BIN SEHU SIDIQUE AHAMED3JUARA9251.1518.9Berisko

9NURAISYAH SUFFIYAH BINTI MOHD AZLEE3KREATIF9421.3423.4Berlebihan

10QASIH NURFARISYA BALQIS BINTI DOSTI3JUARA9281.2517.9Normal

6

b) SARANAN UNTUK BERAT BADAN UNGGUL

Hasil ujian dan pengukuran yang dijalankan ke atas 10 orang murid tersebut. Ia menunjukkan bahawa 1 atau 10 peratus daripadanya tidak mempunyai berat badan yang ideal, manakala 20 peratus murid mengalami gejala obesiti dan 30 peratus pula mengalami berat badan yang berlebihan, hanya 40 peratus dari murid yang diukur mempunyai berat badan yang normal.Sehubungan dengan itu, saya lebih suka untuk menumpukan perhatian kepada murid yang mengalami obesiti dahulu, saya akan cuba untuk memberikan saranan untuk mengurangkan berat badan murid ini ke berat badan yang unggul atau ideal.Saya juga di dalam perbincangan ini akan memberi panduan kepada murid yang mempunyai berat badan normal supaya mereka dapat mengekalkan berat badan yang ideal.Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah yang tertinggi di Asia.Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus. Ini mungkin bukan salah murid itu sendiri tetapi didikan dan masakan daripada ibu bapa yang menyebabkan murid ini mengalami berat badan yang berlebihan. Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan.Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.Seperti yang saya jelaskan di atas iaitu mengenai punca utama obesiti, maka beberapa langkah pencegahan atau langkah memulakan gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh murid sama ada yang mengalami masalah kegemukan atau yang mempunyai berat badan yang ideal supaya mereka akan terus sihat.Menjaga berat badan tidak sukar, dengan syarat anda haruslah menunjukkan disiplin sedikit, keazaman dan penjagaan. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang 10 cara mudah yang anda boleh anda cuba untuk mengekalkan berat badan anda! :)1. Kurangkan pengambilan gulaJika anda peminat makanan manis, nampaknya anda harus berubah. Cuba elakkan mengambil pemanis mulut selain buah selepas makan. Gula hanya menambah kalori dalam tubuh badan anda saja.2. Jangan makan sambil menonton TVPada masa ini terutama jika di hari cuti sekolah, banyak rancangan-rancangan yang menarik yang tentunya menarik minat murid untuk seharian berada di hadapan kaca televisyen. Elakkan makan popcorn, coklat dan snek lain semasa menonton TV. Anda akan sentiasa mengambil makanan lebih apabila anda sedap mengunyah sambil menonton program kegemaran anda / filem.

3. Kekalkan jurnal makanan andaIbu bapa perlu mengawal tabiat pemakanan anak mereka, jika perlu ibu bapa mestilah menyediakan jurnal makanan supaya anak kita akan sentiasa berwaspada dan dapat mengambil makanan secara seimbang dan menjadi sedar mengenai pengambilan kalori. Oleh itu, anda boleh mengawal pengambilan anak anda dengan berkesan dengan menulis jurnal pemakanan.

4. Jangan berlapar terlalu lamaJika anda suka berlapar dalam tempoh yang panjang ( selain berpuasa ), ia akan memberi impak yang buruk. Anda lebih cenderung untuk makan lebih banyak. Jadi makan pada masa yang betul dan dalam bahagian yang sesuai.

5. Minum banyak airAir adalah yang alat terbaik apabila anda cuba untuk menurunkan berat badan. Jadi menjaga diri daripada terhidrat dengan minum air yang banyak.

6. Kurangkan pengambilan jus dan smoothie.Jus dan Smoothie adalah sihat, tetapi jangan terlalu kerap minum smoothie dan jus. Ia adalah makanan mudah yang boleh berikan banyak kalori pada badan anda. Sebaliknya makan buah-buahan biasa.

7. Katakan selamat tinggal kepada makanan ringanUcapkan selamat tinggal kepada kentang goreng, burger, pizza dan semua makanan bergoreng yang sarat dengan lemak dan kalori.

8. Baca label sebelum membeliPilih makanan rendah lemak dan bukannya lemak penuh. Cari label makanan FAT FREE atau bebas lemak. Pilih makanan yang dibakar bukannya goreng semasa membeli makanan ringan.Membaca label akan membuat anda lebih sedar tentang kandungan kalori makanan yang anda bakal ambil. Ini membantu anda dalam mengekalkan tubuh badan yang ideal.

9. Jangan tinggalkan pengambilan sarapan anda!Ia adalah hidangan yang paling penting untuk manusia. Kalau boleh, minum air atau makan biskut kalau anda sudah tiada masa sangat. Pilih sarapan yang sihat dan berkhasiat untuk memulakan hari anda.10. BersenamJika anda tidak mempunyai masa untuk senaman secara rutin, maka pastikan bahawa anda mengekalkan rutin berjalan kaki 30 minit. Jika anda sedang cuba mengurangkan berat badan, anda mesti membuat senaman aktif. Ini akan meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu anda menurunkan atau mengekalkan berat badan anda

c)KAUM WANITA KURANG AKTIF BERBANDING KAUM LELAKIKajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2011 telah mendapati bahawa kaum wanita kurang aktif secara fizikal berbanding kaum lelaki. Melihat kepada kenyataan tersebut saya telah membuat pemerhatian terhadap pelajar lelaki dan pelajar di IPG, saya telah menjalankan pemerhatian di beberapa IPG sekitar Lembah Klang. Berikut ialah hasil pemerhatian saya.Pelajar IPG termasuk pelajar perempuan seharusnya lebih aktif dalam aktiviti sukan dan permainan kerana mereka bakal menjadi guru tetap di sekolah. Kebiasaannya apabila mereka ditempatkan ke sekolah nanti mereka akan ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani walaupun mereka bukan opsyen bidang Pendidikan Jasmani. Selain daripada itu mereka juga perlu terlibat dalam melaksanakan program kokurikulum termasuk aktiviti sukan dan permainan di sekolah. Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar IPG termasuk pelajar perempuan perlu menunjukkan minat dalam aktiviti bersukan sejak di IPG lagi. Walaubagaimanpun, di IPG didapati pelajar lelaki lebih aktif bersukan berbanding pelajar perempuan. Jika dilihat digelanggang-gelanggang permainan pada waktu petang, didapati bilangan pelajar lelaki lebih ramai daripada pelajar perempuan. Pelajar perempuan hanya kelihatan bermain pada waktu Pendidikan Jasmani atau aktiviti kokurikulum. Kebanyakan daripada mereka lebih suka mengulang kaji pelajaran di bilik asrama ataupun pergi berjalan-jalan sekadar untuk bersiar-siar di dalam kampus. Baker, Heinrich, and Miller (2000) dalam tinjauan terhadap 108 pelajar universiti, juga mendapati pelajar lelaki lebih ramai meminati aktiviti olahraga, kecergasan dan aktiviti permainan sukan berbanding dengan pelajar perempuan. Pelajar perempuan juga didapati tidak terlibat dalam aktiviti sukan walaupun mereka mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang faedah bersukan.Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin menjalankan satu kajian bagi meninjau sejauhmana minat pelajar perempuan di IPG terhadap aktiviti-aktiviti sukan dan permainan.Buat masa ini masih belum ada kajian yang khusus berkaitan dengan minat sukan dikalangan pelajar-pelajar perempuan di IPG. Pemerhatian juga melibatkan faktor-faktor yang menarik minat mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan. Selain daripada itu untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang mereka daripada melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan di IPG. Oleh yang demikian, melalui kajian ini sekurang-kurangnya dapat memberi maklumat yang penting kepada pihak IPG dalam usaha untuk meningkatkan minat sukan dikalangan pelajar perempuan di IPG.Apabila tahap minat sukan dapat ditingkatkan dikalangan pelajar perempuan di IPG diharapkan mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara aktif.Penglibatan secara aktif dalam aktiviti sukan sekurang-kurangnya dapat membantu mereka menguasai kemahiran dalam sesuatu permainan. Kajian Minat Perempuan Terhadap Sukan Terdapat beberapa kajian telah dijalankan bagi meninjau tentang minat sukan dikalangan perempuan.Raymond& John (2002) dalam kajian mereka di Manchester mendapati bahawa seramai 65% pelajar perempuan meminati sukan, 21% kurang meminati sukan dan 14% tidak meminati sukan.Berdasarkan kepada peratusan tersebut, didapati bilangan pelajar perempuan yang meminatai sukan masih ramai bebanding dengan bilangan pelajar perempuan yang kurang dan tidak meminati sukan. Manakala, Baker, Heinrich, & Miller (2000) dalam tinjauannya terhadap 382 orang pelajar perempuan di universiti mendapati majoriti pelajar perempuan tidak berminat melibatkan diri dalam sukan di Kolej.Ini juga menunjukkan ramai daripada pelajar perempuan yang dikaji tidak berminat kepada aktiviti sukan.Dalam kajian ke atas ibu-ibu yang mendapat pendapatan bulanan yang rendah di Midlands pula, Bostock (2001) mendapati merekajuga kurang berminat terhadap sukan. Menurut Nathalie (2005) pula, minat perempuan terhadap sukan berkurangan apabila meningkat dewasa iaitu apabila mereka mencapai umur 26 tahun dan ke atas. Ini disebabkan mereka fokus kepada kerjaya mereka. Ada diantara mereka juga yang tidak aktif disebabkan memberi penumpuan kepada anak masing-masing setelah melahirkan anak. Dalam Kajian Fox& Rickards (2002) juga menunjukkan perempuan kurang meminati sukan berbanding dengan lelaki.Seterusnya kajian yang dijalankan oleh Richards, Reeder Anthony & Darling, (2004) mendapati daripada 1730 perempuan yang dikaji hanya 41% sahaja yang meminati bola jaring , 47% meminati tarian, 46% lagi meminati bola keranjang, 37% lagi meminati bola sepak. Hasil daripada kajian tersebut juga didapati perempuan sangat tidak meminati aktiviti sukan seperti.Melalui tinjauan oleh Nadhratul Wardah (2000), ke atas perempuan berkaitan faktor yang menghalang mereka terlibat dalam aktiviti fizikal ialah di sebabkan oleh faktor kekurangan masa kerana terlalu sibuk bekerja atau belajar. Sejak kebelakangan ini kebanyakan perempuan berkerjaya. Selain itu kekurangan pengetahuan bersukan, minat yang kurang terhadap sukan dan pakaian yang tidak sesuai untuk bersukan menjadi penghalang wanita untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti tersebut. Dalam kajian Coakley dan White (1992) menegaskan pengalaman negatif bersukan ketika alam persekolahan adalah faktor minat remaja perempuan semakin berkurangan terhadap sukan.Zainun Ishak (1994), dalam kajiannya terhadap remaja di Malaysia mendapati bahawa perempuan kurang aktif dalam aktiviti fizikal yang melibatkan sukan kerana bimbang susuk tubuh mereka menjadi berotot seperti lelaki. Cox (1998) pula menegaskan bahawa perempuan berasa malu terlibat dalam aktiviti sukan yang tidak sesuai dengan mereka. Terdapat beberapa jenis sukan yang kurang sesuai dengan mereka. Terutamanya aktiviti sukan lasak seperti ragbi, bolasepak, sepaktakraw, hoki dan lain-lain lagi. Menurut Orme (1991), mereka merasa kecewa dan tidak selesa dengan sukan seperti bola sepak, ragbi atau hoki. Minat mereka semakin menurun apabila diarahkan supaya melakukan tunjukcara bagi sesuatu kemahiran sukan tersebut. Pada masa yang sama ada juga diantara mereka yang tidak mahu orang lain melihat mereka melakukan aktiviti sukan kerana malu (Bostock,2001). Jadi, jelas bahawa pelajar wanita yang bagi saya mewakili gender wanita kurang aktif berbanding dengan pelajar lelaki yang mewakili gender lelaki, sesuatu perlu dilakukan supaya perbezaan penglibatan ini dapat dikurangkan terutamanya di peringkat sekolah supaya setiap murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat di awal usia mereka, sepatutnya guru-guru atau bakal guru di IPG mengambil langkah yang serius untuk melibatkan diri dan menjadi contoh kepada bakal murid mereka.

RUJUKANComplications Of Obesity George A. Bray, M.D. Ann Intern Med. 1985;103(6_Part_2):1052-1062. Doi:10.7326/0003-4819-103-6-1052Prevalence of Overweight and Obesity in the United States, 1999-2004 Cynthia L. Ogden, PhD; Margaret D. Carroll, MSPH; Lester R. Curtin, PhD; Margaret A. McDowell, MPH, RD; Carolyn J. Tabak, MD, MPH; Katherine M. Flegal, PhD. JAMA. 2006;295(13):1549-1555. doi:10.1001/jama.295.13.1549.http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/1/18/nation/12591415&sec=nation http://jerryjournal.com/kesan-kesan-berbahaya-dan-punca-obesiti/

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/6359-obesiti-dan-pemakanan.html

http://www.jomdiet.com/tips-cegah-obesiti-kanak-kanak/13