bm2 2015

Upload: aredeqyana

Post on 08-Mar-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FORMAT LAMA

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) JALAN MERU, KLANGUJIAN SUMATIF 1

BAHASA MALAYSIA (PENULISAN) TAHUN 52015

1 JAM 15 MINIT

Nama :..

Kelas :Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. Kamu dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian. Bahagian A (20 markah)

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pengorbanan Nenek.Aku tidak tahu bagaimana harus aku balas setiap kasih yang dicurahkan oleh nenek. Menurut ceritanya, aku diserahkan kepada nenek semenjak ayah dan emak berpisah. Ketika itu, aku baru berusia tiga tahun. Emak telah berkahwin lagi dan menetap di Singapura. Semenjak itu, aku mendapat perhatian dan kasih sayang daripada datuk dan nenek.Emak jarang menjenguk aku. Tapi aku tidak kisah kerana bagiku nenek dan datuk adalah segala-galanya. Ketika aku di tahun satu dan dua, aku sering membonceng basikal datukku untuk ke sekolah walaupun sekolah cuma satu kilometer dari rumah. Tetapi semenjak datuk meninggal dunia ketika aku di tahun tiga, nenek pula yang mengambil alih tugas datuk.Ketika usiaku meningkat remaja, nenek sering berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh. Setiap hari dia sanggup bersengkang mata menemani aku belajar sehingga ke dinihari. Ketabahan nenek meresap ke dalam jiwaku dan membuatkan aku bersemangat menghadapi liku-liku hidup walaupun serba kekurangan.Semasa aku menghadapi UPSR, nenek menyediakan semua keperluanku. Nenek sering berkata hanya itu yang mampu dia berikan. Aku sering menitiskan air mata apabila aku teringat kata-katanya itu. Alangkah baiknya jika kata-kata itu keluar dari mulut emakku sendiri.Nenek, tidak akan dan tidak mungkin aku lupakan jasamu. Pengorbanan nenek terlalu luhur. Percayalah cucumu ini akan membela nasibmu.

1. Apakah yang terjadi kepada bapa dan ibu penulis?

2. Datuk penulis menghantarnya ke sekolah ke sekolah dengan menaiki apa?

3. Apakah pesanan nenek kepada penulis?

4. Mengapakah nenek sanggup bersengkang mata menemani penulis belajar?

5. Pada pendapat kamu, apakah azam penulis terhadap neneknya?

/10

Baca petikan dialog di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Nia Azalea :

Pak Cik Zul :

Nia Azalea :

Pak Cik Zul :

Nia Azalea :Pak Cik Zul :

Nia Azalea :Pak Cik Zul :

Nia Azalea :Pak Cik Zul :

Nia Azalea :

Pak Cik Zul :Asslamualaikum, pakcik. Saya Nia Azalea daripada Rancangan Keringat Bakti berhasrat menemu ramah pak cik. Harap pak cik tidak keberatan.Waalaikumsalam. Tidak menjadi halangan bagi pak cik. Silakan duduk.Siapakah yang mendorong pak cik terlibat secara serius dalam tanaman sayur-sayuran?Sebenarnya tidak ada sesiapa yang mendorong pak cik. Cuma, pak cik kagum melihat para petani di kampung seberang yang berusaha gigih. Hasilnya telah mengubah nasib mereka. Dari situlah pak cik cuba yakinkan diri. Jika mereka boleh, mengapa pak cik tidak boleh?Berapakah keluasan tanah pak cik ini?Lebih kurang lima hektar. Ini tanah pusaka. Sayang kalau tidak diusahakan.Luas tu pak cik. Pak cik usahakan sendiri?Isteri dan anak-anak pak cik menolong. Pak cik juga mempunyai tiga orang pekerja.Apa rancangan pak cik selepas ini?Pak cik mahu mempertingkatkan lagi usaha pak cik. Pak cik mahu membeli sebuah lori bagi memudahkan urusan pengangkutan. Pak cik yakin, untuk berjaya kita perlu bekerja keras.Terima kasih pak cik di atas kesudian untuk ditemu ramah dan semoga pak cik berjaya.Sama-sama.

6. Siapakah petani berjaya dalam dialog di atas ?

7. Siapakah yang membantu petani tersebut mengusahakan tanaman sayur-sayuran?

8. Mengapakah Pak Cik Zul terlibat secara serius dalam tanaman sayur-sayuran?

9. Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk petani tersebut?

10. Pada pendapat kamu, mengapakah Nia Azalea berhasrat menemu ramah Pak Cik Zul?

/10

Bahagian B (30 markah)Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 120 patah perkataan.1. Sekolah kamu mengadakan Hari 3K (Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan) pada peringkat sekolah dan rajah menunjukkan tindakan yang perlu diambil oleh murid-murid ketika menjalani latihan kebakaran. Ceritakan mengenai latihan kebakaran di sekolah.

atau

2. Kamu sedang bercuti di kampung sahabat kamu. Tuliskan sepucuk surat kepada keluarga kamu untuk menceritakan keadaan kamu disana.

/30

Disediakan oleh :

Cik Nur Liyana bt Noor Rashidi(Guru Bahasa Malaysia Tahun 5)

Disemak oleh :

Cik Lim Siew Tim(Ketua Panitia Bahasa Malaysia)