bm module form 2

18
Kata Bantu 1. Kata bantu digunakan untuk menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. 2. Kata bantu terbahagi kepada dua, iaitu : (a) kata bantu aspek yang digunakan untuk menimbulkan suasana berbezaan masa, iaitu pada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Contoh : akan, baru, belum, masih, pernah, sedang, sudah, telah. (b) kata bantu ragam yang digunakan untuk menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.Contoh: boleh, dapat, harus, mesti, hendak,mahu. Kata Penguat 1. Kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud kata adjektif. 2. Sebagai contoh; agak, paling, nian, sangat, sungguh, benar, amat, sekali Lengkapkan ayat-ayat dibawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Jika kamu hendak menyertai lawatan ini, kamu ____________________ menrima kebenaran daripada ibu bapa. 2. Tiupan angina di tepi pantai pada waktu ini nyaman ____________________ . 3. “ Lambat ____________________ ayah balik dari pejabat hari ini, ibu” kata Nabil. 4. Encik Lee ____________________ ke Jepun untuk membincangkan hal syarikatnya.

Upload: thiwagar-muniandy

Post on 13-Feb-2016

260 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

hb

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Module Form 2

Kata Bantu

1. Kata bantu digunakan untuk menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan.

2. Kata bantu terbahagi kepada dua, iaitu :(a) kata bantu aspek yang digunakan untuk menimbulkan suasana berbezaan masa,

iaitu pada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Contoh : akan, baru, belum, masih, pernah, sedang, sudah, telah.

(b) kata bantu ragam yang digunakan untuk menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.Contoh: boleh, dapat, harus, mesti, hendak,mahu.

Kata Penguat

1. Kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud kata adjektif.

2. Sebagai contoh; agak, paling, nian, sangat, sungguh, benar, amat, sekali

Lengkapkan ayat-ayat dibawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Jika kamu hendak menyertai lawatan ini, kamu ____________________ menrima kebenaran daripada ibu bapa.

2. Tiupan angina di tepi pantai pada waktu ini nyaman ____________________ .3. “ Lambat ____________________ ayah balik dari pejabat hari ini, ibu” kata Nabil.4. Encik Lee ____________________ ke Jepun untuk membincangkan hal syarikatnya.5. “Memang cantik ____________________ rumah baharu Puan Saadah,” kata Puan

Kamala kepada rakannya.6. Saya ____________________ mengikuti bengkel kraf tangan semasa cuti sekolah.

Page 2: Bm Module Form 2

Kata Penegas1. Kata penegas ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-

bahagian yang tertentu dalam ayat. Contoh : hanya, pun, juga,lagi, memang, sahaja, -kah, -lah, dan – tah.

2. Fahami penggunaan kata penegas dalam ayat contoh di bawah.(a) Dia memang tahu tentang perkara itu.(b) Budak itu lagi yang sering menimbulkan masalah di kelas Tingkatan Dua

Amanah

Kata Nafi

1. Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa predikat, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

2. Terbahagi kepada dua, iaitu:(a) kata nafi bukan yang digunakan untuk frasa nama dan kata bantu.Ayat

contoh:(i) Puan Farisa bukan guru Matematik.(ii) Saya bukan hendak ke perpustakaan.

(b) kata nafi tidak ialah unsur nafi bukan unsur kata kerja dan kata adjektif. Ayat contoh: (i) Kawasan rekreasi itu tidak begitu bersih.(ii) Cik Mona tidak menghadiri mesyuarat pagi tadi.

Kata Pemeri

1. Kata pemeri ialah perkatan yang memerikan atau menceritakan subjek dalam ayat.

2. Kata pemeri ada dua, iaitu :(a) kata pemeri ialahyang merupakan pemerihalan secara persamaan dan hadir

sebelum frasa nama. Ayat contoh :

- Farina ialah ketua pengawas yang bertanggungjawab.

(b) kata pemeri adalah merupakan pemerihalan secara huraian dan hadir sebelum

frasa sendi nama. Ayat contoh :

-Projek itu tidak dapat diteruskan adalah disebabkan masalah kewangan.

Page 3: Bm Module Form 2

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.

1. Wanita yang berbaju kurung biru itu ____________________ ibu Idzwan.2. Kami ____________________ dapat menyiapkan folio pada masa yang ditetapkan.3. Baju kebaya itu ____________________ cantik dan sesuai dengan kakak.4. Rantai yang ditempah oleh ibu ini ___________________ untuk kakak.5. Budak perempuan itu ___________________ adik Sundram.6. Apa ____________________ daya usaha untuk membantu Narina kerana kehidupan

saya agak susah.

Kata Sendi

1. Kata sendi nama digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.

2. Sebagai contoh; akan,di,untuk,dari,daripada,kepada,pada,dengan,hingga,sampai,oleh,sejak,sebagai,tentang dan sebagainya.

Kata Nama Arah

1. Kata arah bertugas untuk menunjukkan hala atau kedudukan sesuatu dan diletakkan selepas kata sendi nama.

2. Sebagai contoh : atas,belakang,dalam,bawah,tengah,sudut,luar,tepi,timur,utara,penjuru.

Tandakan (X) pada jawapan yang sesuai dan isikan di tempat kosong.

1. Budak-budak itu berteduh di ____________________ pokok yang rendang disebabkan panas matahari.[ ] bawah [ ] tepi

Page 4: Bm Module Form 2

2. Kain songket ini cantik kerana disulam _____________________ benang emas.[ ] dengan [ ] dari

3. Anak-anak Puan Hasnah sentiasa berada di ____________________ nya semasa dia sakit.[ ] sudut [ ] sisi

4. Laporan kewangan syarikat sudah diserahkan ____________________ lembaga pengarah.[ ] kepada [ ] pada

5. Setiap pasukan haruslah terdiri ____________________ empat orang peserta.[ ] dari [ ] daripada

6. Deera meletakkan pasu bunga itu di ____________________ ruang tamu rumahnya.[ ] sudut [ ] hujung

Kata Bilangan1. Kata bilangan digunakan untuk menghitung sesuatu.2. Sebagai contoh ;pertama,kedua,kedua-dua,beberapa,setengah-

setengah,masing-masing,setiap,para,segala,semua,tiga per empat.

Penjodoh Bilangan

1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

Page 5: Bm Module Form 2

2. Sebagai contoh; bilih,batang,cucuk,ekor,gugus,helai,keping,naskhah,pasang,jambangan,sisir

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.

1. Seseorang penduduk menemukan se_______________ meriam yang dipercayai peninggalan tentera Jepun. [ batang ; laras ]

2. _______________ peserta turut melawat ke kilang piuter pada hari kedua. [ para ; segala ]

3. Karina mengirim se_______________ poskad kepada saya semasa dia bercuti ke luar Negara. [ keping ; helai ]

4. _______________ pekebunkecil mendapat bantuan baja dan biji benih daripada Jabatan Pertanian. [ setengah ; setengah-setengah ]

5. Mereka menggunakan _______________ jenis bunga untuk membuat kereta berhias ini. [ pelbagai ; segala ]

6. Nenek memasukkan dua _______________ daun pandan ke dalam bubur kacang itu.[ keeping ; helai ]

Pengimbuhan

1. Pengimbuhan merupakan bentuk terikat yang ditambahkan pada kata yang lain sama ada sebagai awalan,akhiran,apitan, dan sisipan.

2. Pengimbuhan dapat mengubah dan menetapkan kelas pelbagai kata serta mengubah makna sesuatu perkataan.

3. Yang berikut merupakan imbuhan yang membentuk pelbagai kata, iaitu :(i) imbuhan yang membentuk kata nama ; ke- ,per- ,-an ,-man ,-wan ,-wati ,-

ita,ke….an, per…an, pen…an, Contoh : ketua, persatuan, manisan, seniman, seniwati, kegemaran, pertandingan.

(ii) imbuhan yang membentuk kata kerja ; ber-, men-, ter-,ber…an, ber…kan, men…an, men…kan, mem…i, memper…i, di…i, di…kan, contoh : berlari, melompat, terangkat, berdasarkan, menjalani, memperkebuni, dan sebagainya.

(iii) imbuhan yang membentuk kata adjektif; ter-; Contoh : terindah,tercantik.

Page 6: Bm Module Form 2

Berikan imbuhan yang sesuai pada kata dasar yang berikut dan isikan di tempat kosong.

1. _______________ itu telah disampaikan oleh _______________ pengarah kepada semua pegawai jabatannya. [ ucap ; menang ]

2. Kami _______________ tangan apabila diumumkan pasukan sekolah _______________ pertandingan itu. [ tepuk ; menang ]

3. Penduduk kampong sedang _______________ sungai untuk _______________ banjir kilat. [ dalam ; elak ]

4. ________________ bumiputera diminta agar bijak merebut peluang dalam bidang _______________ . [ usaha ; niaga ]

Penggandaan

1. Penggandaan penuh ialah kata ganda yang diulang atau digandakan seluruh kata dasarnya dan diberi tanda sempang (-). Contoh : guli-guli, gula-gula,kanak-kanak, buku-buku, wangi-wangi.

2. Penggandaan separa yang dibentuk dengan menyingkatkan bahagian pertama daripada kata ganda seluruh. Contoh : bola-bola => bebola; rama-rama => rerama; daun-daun => dedaun .

3. Penggandaan berimbuhan yang mempunyai tanda imbuhan yang mempunyai tanda imbuhan dan diberi tanda sempang (-). Contoh : adik-beradik, berkejar-kejaran,tolak-menolak, besar-besaran, terapung-apung.

4. Penggandaan berentak yang mengalami persesuaian bunyi atau perubahan bunyi dan diberi tanda sempang (-). Contoh: bengkang-bengkok, lintang-pukang, kucar-kacir, huru-hara.

Gandakan kata yang berhuruf tebal dalam ayat di bawah.Tulis di ruang yang disediakan.

Page 7: Bm Module Form 2

1. Kaki abang bengkak kerana disengat oleh lipan pagi tadi. [ _______________ ]2. Datuk dan ayah berehat di atas balai itu. [ _______________ ]3. Ibu picit tangannya yang lenguh selepas seharian bekerja.[ ________________ ]4. Sayur yang dijual di pasar tani memang segar. [ _______________ ]5. Kawasan rumah Tharanis terang terang dengan sinaran

lampu semasa majlis perkhawinan anaknya. [ _______________ ]Pemajmukan1. Pemajmuakan merupakan gabungan dua atau lebih daripada dua patah perkataan

untuk membentuk satu kata bahuru.2. Terbahagi kepada tiga aspek, iaitu :

(a) rangkai kata bebas, contoh :jalan raya, anak kunci, cakera padat, aman damai, kereta kuda, bola sepak.

(b) istilah khusus, contoh: sudut tepat, mogok umum, isi padu, titik buta, deria rasa, graf terarah

(c) kiasan, Contoh : hidung tinggi, mata air, ringan tulang, pilih kasih, lipas kudung.3. Terdapat juga sebilangan kecil kata majmuk yang sudah dianggap mantap sebagai

satu perkataan yang utuh walaupun bentuk kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan tersebut dieja sebagai satu perkataan.Contoh : antarabangsa, matahari, kakitangan, warganegara.

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan jawapan yang sesuai

1. Orang Tua itu _______________ kerana sudah berhari-hari tidak makan.2. Dia akan menghadiri _______________ untuk mendapat biasiswa.3. Ibu sedang mengambil _______________ badan Shanesh.4. Tindakan tegas akan diambil terhadap individu-individu yang hendak mengadakan

_______________.5. Ubat yang diberikan oleh doktor itu memberikan _______________ yang positif.6. Dua orang pelajar sekolah itu akan menyertai pertandingan robotic peringkat

_______________.

ukur kulit temu duga tindak balas kuruskering antarabangsa mogok umum

Page 8: Bm Module Form 2

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

1. Ayat aktif ialah subjek dalam sesuatu ayat menjadi pelaku manakala objeknya pula menjadi penderita.

2. Kata kerja dalam ayat aktif mestilah kata kerja transitif serta berawalan men- . Ayat contoh :(a) Kamu sudah menyidai kain-kain itu ?(b) Para pekerja sedang memperlebar jalan ke kawasan itu.(c) Saya akan menyiapkan kerja itu pada hari Isnin.

3. Ayat pasif pula ialah subjek dalam sesuatu ayat menjadi penderita. Terbahagi kepada beberapa aspek, iaitu :(a) ayat pasif diri pertama,iaitu subjeknya menjadi penderita, manakala kata kerjanya

tidak berawalan men- sebaliknya didahului kata ganti diri pertama, Contohnya : aku, saya, kami dan sebagainya. Ayat contoh :-Kerja itu akan saya siapkan pada hari Isnin.

(b) ayat pasif diri kedua, iaitu subjeknya menjadi penderita, manakala kata kerjayanya tidak berawalan men- sebaliknya kata kerjanya didahului kata ganti diri kedua iaitu kamu,anda,kau dan sebagainya.

Ayat contoh : -

-Baju-baju itu sudah kamu sidai ?

(c) ayat pasifdiri ketiga, iaitu subjeknya menjadi penderita, manakala kata kerjanya berawalan di- dan diikuti oleh frasa sendi nama oleh serta frasa nama sebagai objeknya. Ayat contoh :

- Jalan ke kawasan itu sedang diperlebar oleh para pekerja.

Tukarkan ayat aktif di bawah kepad ayat pasif

1. Penduduk kampong akan membaik pulih rimah yang usang itu._______________________________________________________________________

Page 9: Bm Module Form 2

2. Kamu sudah melipat baju-baju di dalam bakul itu?_______________________________________________________________________

3. Saya perlu menghantar borang penyertaan kepada pihak penganjur sebelum hari Isnin._______________________________________________________________________

4. Pasukan sekolah itu memenangi hadiah pertama dalam pertandingan catur._______________________________________________________________________

5. Para pelajar mengibarkan bendera kebangsaan selepas perasmian Bulan Kemerdekaan._______________________________________________________________________

Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif.

1. Laporan aktiviti kelab sudah saya serahkan kepada Cikgu Thang.________________________________________________________________________

2. Pelaksanaan Hari Bumi sudah saya bincangkan dengan Encik Malik.________________________________________________________________________

3. Program itu akan dimulakan oleh Persatuan Alam Sekitar pada minggu hadapan.________________________________________________________________________

4. Rumah yang rosak itu akan dibaiki oleh penduduk kampung.________________________________________________________________________

5. Masalah itu tidak perlulah kamu fikirkan.________________________________________________________________________

Ayat Tunggal1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.2. Ayat contoh ayat tunggal ialah :

(a) Adik sedang belajar.(b) Ayah membaca brosur Pulau Tioman.

Ayat Gabungan

1. Ayat gabungan ialah ayat tunggal yang digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan,atau,lalu,sambil, dan sebagainya.

Page 10: Bm Module Form 2

2. Ayat contoh :(a) Deera dan Tharanis sedang belajar.(b) Ayah mengambil brosur Pulau Tioman lalu membacanya.

Cerakinkan ayat di bawah kepada ayat tunggal.

1. Lina masuk ke dalam bilik lalu membuka tingkap.

(a)____________________________________________________________

(b)____________________________________________________________

2. Kakak mengemaskan ruang tamu sambil mendengar radio.

(a)_____________________________________________________________

(b)_____________________________________________________________

3. Lai Ling dan Yusna akan mewakili sekolah untuk pertandingan bercerita.

(a)_____________________________________________________________

(b)_____________________________________________________________

4. Kita dapat memperoleh kejayaan jika kita berusaha.

(a)______________________________________________________________

(b)______________________________________________________________

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk.

1. (a)Farah membantu ketua kelas menyusun buku di rak.(b)Leela membantu ketua kelas menyusun buku di rak.

________________________________________________________________________

2. (a)Hujan turun dengan lebatnya.

Page 11: Bm Module Form 2

(b)Budak-budak itu masih bermain di taman permainan.

________________________________________________________________________

2. (a)Adik masuk ke dalam rumah.(b)Adik pergi ke dapur.

________________________________________________________________________4.(a) Ayah sedang menggembur tanah. (b) Abang menyiram sayur-sayuran.

________________________________________________________________________

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

1. Ayat cakap ajuk ialah ayat yang ditulis dalam bentuk perbualan atau dialog. Ayat contoh:Contoh 1 (a) “Sarah sekeluarganya pulang ke kampung ,” kata Gina kepada rakannya.(b) “Wah, sungguh indah Pulau Redang,” kata Kamsul kepada abangnya.

Contoh 2

(a) Laila : Kamu hendak pergi ke sekolah pada petang ini untuk latihan bola jarring?(b) Abdullah : Jika saya tiada hal, saya akan pergi ke sekolah petang ini untuk latihan bola

baring.2. Ayat cakap pindah ialah sususan perkataan yang ditulis dalam bentuk prosa atau karangan

biasa berdasarkan dialog atau perbualan. Ayat Contoh :Contoh 1(a) Gina memberitahu rakannya bahawa Sarah dan keluarganya pulang ke kampung.(b) Kamsul memberitahu abangnya perasaan kagum akan keindahan Pulau Redang.

Contoh 2

(a) Laila bertanyakan Abidah sama ada dia hendak ke sekolah pada petang itu untuk latihan bola jarring.

Page 12: Bm Module Form 2

(b) Abidah menjelaskan bahawa dia akan pergi ke sekolah pada petang itu untuk latihan bola jarring sekiranya dia tiada hal.

Tukarkan ayat cakap pindah di bawah kepada ayat cakap ajuk.

1. Subha menjemput Tharanis datang ke majlis hari jadinya pada hari Ahad.________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Swee Lin memuji rendang ayam yang disediakan oleh ibu Subha.________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Amirul memberitahu rakannya bahawa latihan bola sepak pada petang itu dibatalkan.________________________________________________________________________________________________________________________________________

4. Amir mengajak Azmi ke balai raya.________________________________________________________________________________________________________________________________________

5. Shelina memberitahu ibunya bahawa dia tidak sihat pada hari itu.________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah di bawah.1. “Jangan berbuat bising di perpustakaan,” kata Lee Keat kepada rakan-rakannya.

___________________________________________________________________2. “ Rajesh, kamu harus minta kebenaran daripada ayah untuk ikuti ekspedisi itu,”

kata ibu.______________________________________________________________________________________________________________________________________

3. “Saya yakin bahawa kamu akan menjadi juara dalam pertandingan badminton in,” kata Cikgu Subha kepada Amrid dan Barun.

Page 13: Bm Module Form 2

______________________________________________________________________________________________________________________________________

4. “ Wah, hebatnya pertunjukkan kebudayaan ini!” kata Shelina.___________________________________________________________________

5. “Jika kamu ada masa, datanglah ke kampung saya nanti,” kata Wafi kepada Naim.______________________________________________________________________________________________________________________________________

Peribahasa 1. Peribahasa digunakan sebagai kiasan, teladan, dan pengajaran yang

mempunyai makna.2. Peribahasa terbahagi kepada :

(a) simpulan bahasa , contoh : ada hati, batu api, mulut tempayan, panjang tangan, rambang mata, untung sabut dan sebagainya.

(b) perumpamaan contoh; bagai bulan dipagari bintang, seperti duduk dalam duri, seperti pacat kenyang dan sebagainya.

(c) bidalan contoh; ada gula ada semut, bertanam tebu di bibir, ada gula ada semut, telur di hujung tanduk dan sebagainya.

(d) pepatah, contoh; asal sabut terapung, asal besi tenggelam, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung dan sebagainya.

Nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan yang berikut.

1. Puan Subha berasa gembira kerana anak-anaknya sudah berbaik semula.Pepatah-_______________________________________________

2. Semua rakan tahu tentang sikap Nora yang berbaik-baik dengan mereka apabila dia ingin meminta bantuan.Perumpamaan-____________________________________________

3. “Saya malas hendak menasihati Shanesh kerana semua nasihat saya tidak didengarnya,”Bidalan-____________________________________________________

4. Jasa baik Pak Cik John dan keluarganya akan saya ingati sepanjang hayat saya.Pepatah-__________________________________________________________

5. Kak Subha memujuk ibu agar membenarkannya menyertai latihan kadet tentera itu kerana bagi kakak semua pekerjaan ada cabarannya.

Page 14: Bm Module Form 2

6. Pepatah-__________________________________________________________