manasik umrah module

17
KURSUS UMRAH Al Bayan Compound (22 – 02 – 2008)

Upload: vubao

Post on 18-Jan-2017

268 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manasik Umrah module

KURSUS UMRAH

Al Bayan Compound(22 – 02 – 2008)

Page 2: Manasik Umrah module

MANASIK UMRAH

• Berihram dari miqat • Berihram ialah niat dan talbiah.• Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih

tenang.

Apabila seseorang ingin berihram dia disunatkan:

• Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya sebelum itu.

• Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya. • Mandi dan berwuduk. • Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih,

bersih dan yang afdhal adalah yang baru. • Memakai wangi-wangian .• Shalat sunnah ihram dua raka’at

Page 3: Manasik Umrah module

• Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata:

/نـويت الـعمرة وأحرمت بـها لله تعالى•

لبيك اللهم عمرة •

لبيك اللهمـ لبيك، لبيك ال شريك لك لبيك، إن •الحمد والنعمة لك والملك،

. ال شريك لك

• Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.

• Para jemaah mengulangi talbiah setiap kali dia mendaki bukit, turun ke lembah bukit, menaiki kenderaan atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalan-kenalan serta selepas selesai sembahyang.

Page 4: Manasik Umrah module

Ihram

Page 5: Manasik Umrah module

Larangan Ihram1. Pakai pakaian bersarong (L)2. Menutup kepala (L)3. Tutup muka (P)4. Pakai sarung tangan (L/P)5. Pakai bau-bauan (L/P)6. Pakai minyak di kepala janggut/bulu7. Menanggal rambut atau bulu8. Mengerat atau memotong kuku

11. Pendahuluan persetubuhan12. Bersetuboh 13.Berkahwin

9. Memotong atau menebang pokok10. Memburu binatang

Page 6: Manasik Umrah module

• Memasuki Mekah:• Ketika hampir dengan Mekah jemaah Haji membaca:

ذا حرمك و أمنك، فحر• ني )اللهم ه مني على النار، وأممن عذابك يوم تبعث

عبادك, واجعلني من أوليآئك وأهل طاعتك(. • Apabila masuk ke Mekah jemaah Haji membaca:

اللهم إن هذا الحرم حرمك ، والبلد بلدك ، واألمن أمنك •، ،والعبد عبدك ، جئتك من بالد بعيدة بذنوب کثيرة ،

وأعمال سيئة ، أسألك مسألة المضطرين إليك ، المشفقين من عذابك ، أن تستقبلني بمحض عفوك

وأن تدخلني فسيح جنتك ، جنة النعيم .

• Kemudian dia berselawat kepada Nabi s.a.w.

Page 7: Manasik Umrah module

Memasuki Masjidilharam:

• Sunat masuk melalui Bab As-Salam.Ketika dia masuk dengan menggunakan kaki kanan sambil berselawat kepada Nabi s.a.w dia membaca:

الم على رسول • الة والس بسم الله والحمد لله والصالله اللهم افتح لي أبواب رحمتك

الم • الم فحينا ربنا بالس الم ومنك الس اللهم أنت السالم تبارکت وتعاليت يا ذا الجالل وأدخلنا الجنة دار الس

واإلکرامم لحمي • اللهم إن هذا حرمك وحرم رسولك ، فحر

وبشري ودمي وعظمي على النار .

• Ketika menyaksikan kaabah, dia bertahlil dan bertakbir sambil mengangkat tangannya ke langit dan berdoa kerana doa ketika melihat kaabah adalah mustajab,

Page 8: Manasik Umrah module

• Atau dia berdoa dengan apa sahaja yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala sambil berselawat kepada Nabi s.a.w. dan membaca:

الله• الله ،ال إله إال الله ،ال إله إال ، ال إله إال، الله اکبر ،الله اکبر ،الله اکبر• الله وحده ال شريك له ، له الملك وله الحمد • ال إله إال

وهو على کل شىء قدير . أعوذ برب البيت من الکفر در . وصلى الله على والفقر ومن عذاب القبر وضيق الص

د وعلى آله وصحبه وسلم . سيدنا محم•  اللهم زد بيتك تشريفا وتکريما وتعظيما ومهابة ورفعة •

ه ن حج مه وعظمه مم فه وکر وبرا وزد يارب ممن شرا .واعتمره تشريفا وتکريما وتعظيما ومهابة ورفعة وبر

Page 9: Manasik Umrah module

Thawaf

Page 10: Manasik Umrah module

Tawaf Umrah

• Disunatkan menghadap kaabah pada permulaan Tawaf iaitu secara menjadikan Hajarulaswad berada di kanannya kemudian dia berpindah pula untuk menghadap Hajarulaswad dan berniat tawaf (tawaf Umrah atau tawaf Qudum).

• Dia mulakan tawaf sambil membaca:

}بسم الله والله أكبر اللهم إيمانا بك وتصديقا •د صلى بکتابك ووفاء بعهدك واتباعا لسنة نبيك محم

الله عليه وسلم{• Dia melambai Hajarulaswad dan mengucupnya jika dapat berbuat demikian. • Tetapi jika tidak dapat mengucupnya, dia bolehlah menyentuhnya dengan

menggunakan tangan kanannya (istilam) kemudian mencium tangannya. • Jika dia masih juga tidak dapat berbuat demikian dia bolehlah berdiri

menghadap Hajarulaswad sambil mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan kedua belah tangannya sebanyak sekali sahaja sambil dia menyebut ( أكبر والله الله .kemudian dia memulakan tawaf (بسم

Page 11: Manasik Umrah module

• Tawaf adalah terdiri dari tujuh pusingan, disunatkan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama dan ittiba' (sopan).

• (Berlari-lari anak dan ittiba' (sopan) bagi lelaki sahaja), ia dilakukan di dalam tawaf yang disusuli dengan saie sahaja, apabila selesai dari tawaf dia menutup kedua bahunya.

• Dia disunatkan istilam rukun Yamani setiap kali dia melaluinya di dalam tawaf iaitu dengan menyentuh rukun ini dengan menggunakan dua belah tapak tangannya atau dengan menggunakan tangan kanannya. Sekiranya tidak dapat berbuat demikian dia cukup lalu saja tanpa mengisyaratkan dengan tangannya.

• Di antara rukun Yamani dan Hajarulaswad dia membaca:

ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا )•عذاب النار

• Banyak berdoa untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat. • Pada penutup tawaf, dia istilam Hajarulaswad atau dia mengisyaratkan

kepadanya dengan menggunakan dua belah tapak tangan dan pada setiap kali dia melalui di hadapannya ketika tawaf.

Page 12: Manasik Umrah module

• Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat:• Selepas selesai tawaf dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak

dua rakaat di belakang maqam Ibrahim walaupun di hujung Masjidilharam ataupun harus dilakukan di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam ketika keadaan penuh sesak.

• Pada rakaat pertama dia membaca: (قل يا أيها الكافرون) dan pada rakaat yang kedua pula dia membaca (قل هو الله أحد) selepas membaca Al-Fatihah.

• Allah s.w.t berfirman:

واتخذوا من مقام إبراهيم مصلى•

• Yang bermaksud:

• Jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang.• Selepas sembahyang dia berdoa dengan do’a apa saja yang dikehendaki.• Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, tawaf di baitullah adalah sembahyang

cuma Allah membolehkan bercakap, oleh yang demikian sesiapa yang ingin bercakap jangan dia bercakap melainkan perkara yang baik sahaja. Malah di dalam tawaf juga disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil serta menutup aurat.

• Di dalam keadaan terputus tawaf untuk sembahyang atau memperbaharui wuduk, tawaf hendaklah disempurnakan dari awal pusingan yang sedang dia berada.

Page 13: Manasik Umrah module

• Multazam:

• Kemudian selepas itu dia pergi ke Multazam dan dia berdoa di sana.

• Berdoa di Multazam adalah mustajab.

• AIR ZAMZAM

• Kemudian selepas itu dia disunatkan minum air zamzam sehingga rasa Tadhallu' sambil dia berdoa ketika meminumnya:

اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا واسعا وشفاء من •احمين کل داء وسقم برحمتك ياأرحم الر

• Setelah itu dia berdoa dengan doa yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala serta dia berselawat kepada Nabi s.a.w.

Page 14: Manasik Umrah module

• >> Saie Umrah

• Saie Di Antara Safa dan Marwah:• Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya sehingga dia dapat melihat Kaabah

sambil membaca:

فا والمروة من شعائر الله فمن حج البيت أو اعتمر (• إن الصع خيرا فإن الله فال جناح عليه أن يطوف بهما ومن تطو

(. شاكر عليم

• Kemudian dia membaca:

الله وحده )• الله أكبر الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد، ال إله إالال شريك له، له الملك وله الحمد

يحيي ويميت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، ال إله إال •الله وحده، صدق وعده،

ونصر عبده، وأعز جنده، و هزم األحزاب و حده، ال إله إال • إياه مخلصين له الله، وال نعبد إال

الدين ولو كره الكافرون•• Sebanyak tiga kali.

Page 15: Manasik Umrah module

• Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca:

بات رحمتك وعزائم مغفرتك )• اللهم إني أسألك موجالمة من كل إثم والغنيمة من كل بر والفوز بالجنة والس

(والنجاة من النار

• Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi lelaki sahaja).Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah:

ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب (•ا تعلم, م، وتجاوز عم النار، اللهم اغفر وارحم واعف وتكر

إنك أنت األعز األكرم ، اللهم إني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى، اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن

(.عبادتك

• Kemudian dia sampai ke bukit Marwah, dengan ini dia berjaya menyempurnakan satu pusingan saie di mana tujuh pusingan saie boleh dilakukan dengan bermula dari Safa dan berakhir dari Marwah.

• Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah:

فا والمروة من شعائر الله فمن حج البيت أو )• إن الصع خيرا فإن اعتمر فال جناح عليه أن يطوف بهما ومن تطو

(. الله شاكر عليم

• Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran yang mudah dibaca di dalam saie.

Page 16: Manasik Umrah module
Page 17: Manasik Umrah module

• >> Bercukur Atau Bergunting

• Tahallul Dari Umrah Untuk Tamattu':

• Iaitu secara bercukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (1 sm) kemudian dia bertahallul dari ihram dan ketika itu dia dihalalkan melakukan semua perkara termasuk bersetubuh dengan isteri kecuali berburu.