bm kertas 1 tahun4

18
SULIT 1 011 Soalan 1 hingga 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Ay am jantan pel ih araan Pak Mail diberi nama ……………………. . A Si Galak  B Si Tompok  C Sang Bedal D Sang Kancil Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini. 2 Sy af iq te rp aksa …………………. be g yang ag ak bera t ke se kola h se ti ap h ar i. A mengelek  B menjinjing C membimbit D menggalas 011 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Upload: norzila-adan

Post on 30-May-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 1/18

SULIT 1 011

Soalan 1 hingga 20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Ayam jantan peliharaan Pak Mail diberi nama ……………………. .

A Si Galak  

B Si Tompok  

C Sang Bedal

D Sang Kancil

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2 Syafiq terpaksa ………………….beg yang agak berat ke sekolah setiap hari.

A mengelek  

B menjinjing

C membimbit

D menggalas

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 2: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 2/18

SULIT 2 011

3 Gadis itu tersipu-sipu ……………………apabila diusik oleh beberapa orang

 pemuda.

A marah

B geram

C malu

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini.

4 Hani memungut baju-baju kotor itu ………………..merendamnya di dalam

 besen.

A dan

B atau

C maka

D lalu

5 …………………….., malang sungguh nasibku ini!

A Wah

B Cis

C Amboi

D Aduhai

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 3: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 3/18

SULIT 3 011

6 Baju yang baru dibeli oleh Nabila ada ………………..kakaknya.

A pada

B akan

C dengan

7 Zamri berjaya mendapat tempat ……………..dalam pertandingan mencipta logo

Sukan Asia.

A kedua-dua

B pertama

C satu

D separuh

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah ini.

8 Hanif berdiri di …………………….kakaknya ketika menunggu bas sekolah.

A sisi

B depan

C bawah

D di belakang

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 4: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 4/18

SULIT 4 011

9 Pokok bunga yang ditanam oleh kakak telahpun ………………….

A berbuah

B berbunga

C berputik  

D bertangkai

10 “Tolong …………………saya sepotong kuih,” kata Cikgu Kadir kepada Azman.

A buatkan

B carikan

C belikan

D hantarkan

11 Puan Diana berasa kesal kerana ……………….anaknya tanpa usul periksa.

A kemarahan

B memarahi

C memarahkan

D marahkan

12 Zulhelmi telah menimang ………………..yang pertama pada bulan Julai yang

lalu.

A cahaya mata

B anak emas

C anak bongsu

D anak angkat

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 5: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 5/18

Page 6: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 6/18

SULIT 6 011

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15 Sungguhpun Mak Leha cacat penglihatan, namun dia cekap menganyam bakul

rotan ………………….menggunakan tangannya.

A hingga

B untuk  

C dengan

D pada

16 “Cantik ……………….lukisan pemandangan yang awak lukis ini,” kata Elysha

kepada Amira.

A sungguh

B sangat

C amat

D paling

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 7: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 7/18

SULIT 7 011

17 Ayah melarang kami mandi-manda di sungai. ………………., ketika musim

tengkujuh.

A Lebih-lebih lagi

B Walau bagaimanapun

C Tambahan pula

D Di samping itu

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18 Adik makan sekeping roti sebagai …………………… sebelum pergi ke sekolah.

A ikat perut

B alas perut

C makan suap

D pencuci mulut

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 8: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 8/18

SULIT 8 011

19 Murid yang paling bijak di kelas saya ialah Rosnah.

Perkataan seerti bagi bijak ialah

A pintar  

B bagus

C baik  

D lembab

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20 Rumah usang itu sering menjadi buah mulut orang kampung kerana dipercayai

 berhantu.

Perkataan berlawan bagi usang ialah

A tua

B baru

C lama

D buruk  

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 9: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 9/18

SULIT 9 011

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

21 Saya mula menceburi bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi.

A Mengapakah saudara meminati bidang perniagaan?

B Bilakah saudara akan menceburi bidang perniagaan?

C Adakah saudara berminat menceburi bidang perniagaan?

D Sejak bilakah saudara mula menceburi bidang perniagaan?

Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.

22 Apakah yang sedang dilakukan oleh anggota polis trafik itu?

A Anggota polis trafik itu sedang mengawal kesesakan lalu lintas.

B Anggota polis trafik itu sedang menahan pesalah-pesalah trafik.

C Anggota polis trafik itu sedang menyaman seorang pemandu kereta.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 10: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 10/18

SULIT 10 011

Soalan 23 dan soalan 24.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

23 “ Adik, Cikgu Yusri sedang menunggu kamu di bilik guru,” kata Fadilah kepada

Irwan.

A Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sedang menunggunya di

 bilik guru.

B Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sudah ada di bilik guru.

C Fadilah memberitahu Cikgu Yusri, Irwan sedang menunggu.

24. Ibu tidak suka akan perbuatan abang yang suka menghabiskan masanya dengan

menonton televisyen sehingga larut malam.

A Abang tidak disukai oleh ibu yang suka menonton televisyen sehingga

larut malam.

B Sikap abang yang suka menonton televisyen tidak disenangi oleh ibu.

C Perbuatan abang yang suka menonton televisyen sehingga larut malam

tidak disenangi oleh ibu.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 11: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 11/18

SULIT 11 011

Soalan 25 hingga soalan 27.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25 I Pokok rambutan itu berbuah lebat kerana sering dibaja.

II Hujan turun dengan lebat pada petang itu.

III Rambut adik sangat lebat walaupun baru berusia dua tahun.

IV Pendapatannya semakin lebat sejak dia berniaga sendiri.

A I sahaja

B I dan II sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, II, III dan IV

26 I Lepas kejadian itu, Ali tidak mahu ke sana lagi.

II Peristiwa yang lepas jangan dikenang.

III Semenjak minggu yang lepas, kecederaannya semakin pulih.

IV Kami tidak lepas peluang menyaksikan perlawanan akhir itu.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I dan III sahaja

27 I Bilik itu kacau sekali apabila diselongkar oleh adik.

II Keadaan kacau di pekan akibat amukan seorang lelaki gila.

III Fikiran Zaidi kacau apabila mengenangkan kegagalannya dalam

 peperiksaan.

IV “Kacau kuah kacang itu sehingga pekat,” kata ibu.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C III dan IV sahaja

D I, II dan III sahaja.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 12: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 12/18

SULIT 12 011

Soalan 28 hingga soalan 30.

Pilih ayat yang betul.

28 A Azman sukar memilih antara kedua-dua orang kawannya.

B Kamarul lebih tampan dari abangnya.

C Fendi memberi ibunya segelas air.

D Suria ialah adik kepada Mamat.

29 A Guru itu memarahkan muridnya kerana membuat bising.

B Sikap saling memahami dalam kalangan masyarakat dapat memupuk 

 perpaduan.

C Udara di Kota Melati yang terletak di atas bukit itu sungguh tenang.

D Adik bukan terangkat kotak yang berat itu.

30 I Majlis pernikahan Fauziah diadakan secara besar-besaran.

II Pemain cakera padat abang rosak kerana memasuki air.

III Cik Aisyah mula menetap di situ kira-kira sedekad yang lalu.

IV Ustazah Roziah tercungap-cungap ketika memanjat tangga yang tinggi itu.

A I dan IV sahaja

B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja

D I, III dan IV sahaja.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 13: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 13/18

Page 14: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 14/18

SULIT 14 011

31 Pada hari apakah majlis perkahwinan Shakila diadakan?

A Sabtu

B Ahad

C Isnin

D Selasa

32 Apakah tujuan Encik Kamal memanggil orang kampung bermesyuarat di

rumahnya?

A untuk mengumumkan berita perkahwinan anaknya

B untuk menyuruh orang kampung memulakan tugas mereka

C untuk membahagi-bahagikan tugas yang patut dilakukan

D untuk mengeratkan perhubungan sesama mereka

33 Siapakah sibuk melayan tetamu semasa berlangsungnya majlis

perkahwinan itu?

A Encik Kamal

B Encik Ibrahim

C Shakila

D Orang kampung

34 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud…

A barang yang berat hendaklah diangkat bersama-sama.

B segala kesusahan dan kesenangan sama-sama ditanggung.

C sesuatu kerja mestilah dilakukan mengikut perancangan yang betul.

D bertolak-ansur dalam membuat sesuatu pekerjaan.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 15: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 15/18

Page 16: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 16/18

SULIT 16 011

antaranya ialah aktiviti pertolongan cemas, sukan dan rekreasi. Semua aktiviti ini

adinda ikuti dengan penuh semangat.

Pada hari terakhir, adinda dan rakan-rakan berpeluang meredah hutan.

Aktiviti ini dijalankan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta di

dalam menempuh rintangan dan cabaran. Walaupun kepenatan, adinda berasa

sungguh seronok mengikuti aktiviti perkhemahan ini.

Adinda berharap agar program ini dapat diteruskan kerana banyak manfaat

yang akan diperoleh oleh setiap peserta yang mengikuti perkhemahan ini.

Adinda rasa cukuplah sampai di sini bicara adinda pada kali ini. Adinda akan

menulis lagi untuk kakanda apabila ada kelapangan kelak. Akhir kata, sambutlah

salam rindu daripada adinda, bonda dan ayahanda serta keluarga.

Adindamu,

Suraya

36 Bilakah penulis menerima surat dari Kota Kinabalu?

A 11 Januari 2009

B 12 Januari 2009

C 13 Januari 2009

D 15 Januari 2009

37 Apakah keistimewaan Taman Negara Kinabalu yang menarik perhatian penulis?

A Kedudukannya yang terletak di kawasan tanah tinggi.

B Keindahan dan kehijauan alam semulajadinya.

C Jumlah pelancong asing yang mengunjunginya pada setiap tahun.

D Kemudahan awam yang disediakan untuk menjamin keselesaan para

pengunjung.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 17: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 17/18

SULIT 17 011

38 Siapakah yang telah menganjurkan perkhemahan di Hutan Lipur Galah?

A Persatuan Pengakap

B Setiausaha Sukan

C Murid-murid Tahun 6

D Pihak sekolah

39 Penulis bercadang untuk mengirimkan berita kepada kakaknya

A setelah selesai menduduki peperiksaan UPSR.

B apabila mendapat balasan daripada kakaknya.

C apabila dia mempunyai masa terluang.

D setelah selesai mengikuti aktiviti perkhemahan.

40 Pernyataan berikut benar tentang tujuan perkhemahan itu dijalankan kecuali

A menyemai sikap berdikari dalam kalangan pelajar.

B memupuk sikap cintakan alam sekitar.

C mencungkil kreativiti pelajar.

D menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dan murid-murid.

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K.Langat SULIT

Page 18: Bm Kertas 1 Tahun4

8/14/2019 Bm Kertas 1 Tahun4

http://slidepdf.com/reader/full/bm-kertas-1-tahun4 18/18

SULIT 18 011

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

BAHASA MELAYU TAHUN 4

 No.

soalan Jawapan

 No.

soalan Jawapan

 No.

soalan Jawapan

 No.

soalan Jawapan

1 B 11 B 21 B 31 B

2 D 12 A 22 C 32 C

3 C 13 D 23 A 33 A

4 D 14 A 24 C 34 B

5 D 15 C 25 C 35 A

6 A 16 A 26 B 36 C

7 B 17 A 27 C 37 B

8 A 18 B 28 D 38 D

9 B 19 A 29 B 39 C

10 C 20 D 30 D 40 D

011 – 2009 Hak cipta Panitia Bahasa Melayu PPD K Langat SULIT