bm kertas 1

2
Tajuk: Cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti Pada era globalisasi yang penuh dengan pancaroba, cuti semester adalah tempoh untuk semua strata masyarakat melepaskan tekanan selepas berhempas pulas dalam kerjaya masing-masing. Dengan kepelbagaian kaum, negara kita kaya dengan tempat percutian yang khas untuk setiap individu mengisi masa cuti dan beriadah. Secara tidak langsung, masa cuti ini dapat menjalinkan hubungan silaturahim dan seterusnya merangsangkan ekonomi Negara. Walau bagaimanapun, marilah kita renungkan cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti yang perdana adalah melawat pusat kebudayaan. Pusat kebudayaan, yakni Muzium Negara adalah tempat yang menganjurkan bengkel yang mempamerkan dokumen dan model yang melambangkan keunikan adat resam rakyat Malaysia. Secara mendalam, bengkel yang dianjurkan adalah meliputi semua aspek kebudayaan setiap etnik iaitu pemakanan, tarian, pakainan, musim perayaan dan sebagainya. Dengan ini, pelbagai bangsa di negara kita yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan sebagainya dapat mengetahui budaya berlainan dengan lebih mendalam sekali gus menwujudkan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat. Natijahnya, dengan aspirasi yang sama sudah pasti keharmonian dan kedaulatan negara dapat dikekalkan sehingga akhir zaman. Selain itu, pusat beli-belah juga merupakan tempat yang dikunjungi oleh rakyat Malaysia untuk mengisi masa cuti. 1 Utama, Mid Vallley, Pavillion dan KL Suria ialah gedung aneka yang tersohor dalam arena antarabangsa yakni duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. Menjelang musim perayaan atau cuti semester, sudah pasti rakyat Malaysia akan mengunjungi pusat beli belah kerana inilah tempoh pengusaha melancarkan promosi dan cabutan bertuah yang hebat. Selain membeli barangan domestik, pengunjung juga boleh melepaskan stress dengan mengunjungi pusat hiburan seperti pawagam dan tempat menjamu selera. Jelaslah bahawa, cara rakyat Malaysia mengisi masa terluang adalah berkunjung ke pusat beli belah.

Upload: leon-woh

Post on 18-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BM Kertas 1

Tajuk: Cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti

Pada era globalisasi yang penuh dengan pancaroba, cuti semester adalah tempoh untuk semua strata masyarakat melepaskan tekanan selepas berhempas pulas dalam kerjaya masing-masing. Dengan kepelbagaian kaum, negara kita kaya dengan tempat percutian yang khas untuk setiap individu mengisi masa cuti dan beriadah. Secara tidak langsung, masa cuti ini dapat menjalinkan hubungan silaturahim dan seterusnya merangsangkan ekonomi Negara. Walau bagaimanapun, marilah kita renungkan cara-cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti.

Cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti yang perdana adalah melawat pusat kebudayaan. Pusat kebudayaan, yakni Muzium Negara adalah tempat yang menganjurkan bengkel yang mempamerkan dokumen dan model yang melambangkan keunikan adat resam rakyat Malaysia. Secara mendalam, bengkel yang dianjurkan adalah meliputi semua aspek kebudayaan setiap etnik iaitu pemakanan, tarian, pakainan, musim perayaan dan sebagainya. Dengan ini, pelbagai bangsa di negara kita yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan sebagainya dapat mengetahui budaya berlainan dengan lebih mendalam sekali gus menwujudkan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat. Natijahnya, dengan aspirasi yang sama sudah pasti keharmonian dan kedaulatan negara dapat dikekalkan sehingga akhir zaman.

Selain itu, pusat beli-belah juga merupakan tempat yang dikunjungi oleh rakyat Malaysia untuk mengisi masa cuti. 1 Utama, Mid Vallley, Pavillion dan KL Suria ialah gedung aneka yang tersohor dalam arena antarabangsa yakni duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. Menjelang musim perayaan atau cuti semester, sudah pasti rakyat Malaysia akan mengunjungi pusat beli belah kerana inilah tempoh pengusaha melancarkan promosi dan cabutan bertuah yang hebat. Selain membeli barangan domestik, pengunjung juga boleh melepaskan stress dengan mengunjungi pusat hiburan seperti pawagam dan tempat menjamu selera. Jelaslah bahawa, cara rakyat Malaysia mengisi masa terluang adalah berkunjung ke pusat beli belah.

Selanjutnya, mengembara juga ialah cara rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Pada masa cuti semester, kebanyakan rakyat Malaysia akan ke luar bandar atau kawasan hutan untuk mengembara. Hal indemikian kerana, dengan mengembara kita mampu menambahkan ilmu pengetahuan tentang biodiversiti di samping menguatkan ketahanan fizikal dan mental. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan tempat yang popular untuk mengembara kerana suasana yang indah nian itu dapat menyuntik aura positif dalam jiwa dan naluri kita. Dengan ini, kita dapat mencari ketenangan jiwa dan fikiran untuk berfikir secara kritis dan rasional. Pendek kata, cara rakyat Malaysia mengisi masa senggang adalah mengembara kerana jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman.

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat seribu satu alternatif untuk mengisi masa cuti agar masa tidak disia-siakan. Dengan ini, marilah kita sama-sama doakan msa cuti kita dapat diisi dengan penuh bermakna dan terhindar daripada segala anasir negatif yang tidak diingin.