bm forum 3

Upload: zuraida-ariff

Post on 06-Apr-2018

274 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 BM FORUM 3

    1/3

    BM - KURIKULUM STANDARD BERTARAF DUNIA

    1) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula pada tahun 2011. Pelaksanaan

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada

    masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah

    pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang

    telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat

    umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses

    melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan

    sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,

    peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

    Transformasi kurikulumitu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: Standard

    Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui

    dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,

    kemahiran dan nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria

    atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard

    kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia

    ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.

    KSSR lebih luas berbanding KBSR. Jika KBSR, hanya 3 utama aspek diberi penekanan, iaitu

    Komunikasi, Perkembangan Diri Indivdu dan Manusia dengan alam sekelilingnya, tetapi

    kurikulum KSSR member penekanan kepada 6 elemen, iaitu: Komunikasi; Kerohanian, sikap &

    nilai; Kemanusiaan, Ketrampilan diri; Perkembangan Fizikal & Estetika; Sains & Teknologi;

    dari segi kandungan dan sistem penilaian: Isi kandungan pembelajaran memiliki standard

    tertentu yang perlu dicapai oleh setiap pelajar. Pencapaian itu boleh diukur menggunakan

    sistem penilaian yang juga disediakan bersama.. KSSR lebih melihat kepada kualiti pencapaian

    murid berdasarkan standard kandungan yang ditetapkan.

    Dari segi tumpuan/kandungan kurikulum: KSSR memberi tumpuan kepada penguasaan 4M

    Tahap satu (tahun 1 3) perlu menguasai kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira dan

    menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan

    sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Tahap dua (tahun 4 6) member

    tumpuan kepada pengukuhan dan aplikasi 4M juga kemahiran asas ICT, perkembangan

    sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Tumpuan pembelajaran Prasekolah melibatkan

    perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah

    serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul.

    http://kulanzsalleh.com/isu-masalah-dan-cabaran-dalam-merancang-transformasi-kurikulum/http://kulanzsalleh.com/isu-masalah-dan-cabaran-dalam-merancang-transformasi-kurikulum/http://kulanzsalleh.com/isu-masalah-dan-cabaran-dalam-merancang-transformasi-kurikulum/
  • 8/3/2019 BM FORUM 3

    2/3

    Secara keseluruhannya, pelaksanaan KSSR amat bersesuaian dengan matlamat Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan dimana pendidikan untuk semua tanpa mengira bangsa, keturunan,

    jantina dan sebagainya bagi membentuk insan atau rakyat Malaysia yang seimbang dari

    pelbagai aspek yang akan mencorak masa depan negara amnya. Dengan cara ini, maka lahirlah

    rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dalam bidnag pendidikan khususnya.

    2) Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan.Iamerupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akandatang.Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti,kurikulum itu sendiriperlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluanpada masa akan datang.Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu programpendidikan merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilaikebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorangmurid secara seimbang dari segi JERI.

    Bermula tahun 2011,semua sekolah menggunakan satu kurikulum baru yangdikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dijalankansecara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011.Kurikulum ini selarasdengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebihberkualiti sejajar dengan arus kemodenan sekarang ini.Membangunkan modal insanadalah merupakan teras kedua dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010

    Melalui KSSR ini, tahap satu sekolah rendah (1-3) akan tertumpu kepadapenguasaan 4M (membaca,menulis,mengira,menaakul) serta kemahiran asasteknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan

    sosioemosi,kerohanian,fizikal,kognitif,sikap dan nilai.Sementara bagi murid tahapdua(4-6) akan tertumpu kepada pengukuhan 4M,kemahiran asas ICT,perkembangansosioemosi,kerohanian,fizikal,sikap dan nilai.

    Kesimpulannya,KSSR yang diperkenalkan ini amat bersesuaian untukmembangunkan modal insan bertaraf dunia.

    3)Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Kurikulum standard merupakan satu transformasi atau perubahan yang berlaku dalam

    pendidikan di Malaysia.Kali terakhir kurikulum pendidikan mengalami perubahan

    adalah pada tahun 2003 iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

    yang telah dilaksanakan pada tahun 1993. Kurikulum Standard ini mula diperkenalkan

    pada tahun 2011 dan ia merupakan satu bentuk transformasi yang holistik kepada

    kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk organisasi,

    kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan

    kurikulum di sekolah.Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini mengalami

    transformasi mulai tahun ini dengan pelaksanaan kepada murid tahun 1.Ia dijalankan

  • 8/3/2019 BM FORUM 3

    3/3

    secara berperingkat-peringkat. Diharap perubahan Kurikulum Standard ini dapat

    memberi lebih banyak kebaikan kepada tahap pendidikan pelajar-pelajar. Oleh itu

    untuk menjayakan transformasi ini, semua pihak terutama ibubapa harus memainkan

    peranan penting dan tidak menyerahkan 100% kepada guru dan pihak sekolah dalam

    memberi pendidikan dan pelajaran kepada anak-anak mereka.4)Bermula tahun 2011, semua sekolah di negara kita akan menggunakan satu kurikulum baruyang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Kurikulum ini akandijalankan secara berperingkat-peringkat bermula tahun 1 (2011) .Kurikulum ini diselarasdengan perkembangan dan permintaan globalisasi semasa yang menuntut modal insan yangakan dilahirkan berkualiti dan bertaraf dunia selari dengan arus perdana yang serba maju danmencabar ini, Kurikulum Standard ini bertujuan meningkatkan penguasaan murid-murid sekolahrendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

    Bagi melahirkan modal insan yang bertaraf dunia ini seseorang individu mesti mempunyainilai-nilai murni dan moral yang tinggi , beretika, progresif, dan sentiasa berdaya saing serta

    memiliki personaliti yang unggul kerana mereka yang akan menentukan hala tuju negara padamasa hadapan .Bagaimana kurikulum standard ini dapat membangunkan modal insan yangbertaraf dunia adalah melalui bentuk kurikulum transformasi yang dicadangkan dalam kurikulumstandard ini. Nilai moral yang tinggi diterapkan melalui aspek kerohanian dan sikap yang manamurid didedahkan dengan nilai keagamaan serta pegangan terhadap norma- norma hidup yangpositif. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan nilai kerohanian ini dijelaskan melalui aspek"Rohani".Contohnya kurikulum standard mendidik murid-murid berakhlak mulia sertabersahsiah tinggi dalam membentuk nilai - nilai murni dan moral yang tinggi .

    Kurikulum Standard juga membentuk murid-murid supaya sentiasa beretika dan prograsif .Nilai ini diterapkan dalam transformasi keterampilan diri. Ketrampilan modal insan ini dapatditonjolkan melalui sikap keperihatinan serta bertanggungjawab membangunkan negara untuk

    kesejahteraan hidup. Contohnya melalui aktiviti bersukan dan kemasyarakatan yang lain. Muriddilatih sebagai pemimpin dan mereka bertanggungjawab terhadap tugas dan tanggungjawabsebagai ketua.Disebabkan mereka sudah dilatih menjadi pemimpin di peringkat rendah, makahala tuju negara kelak akan dapat dirancang dan tentukan dengan lebih progresif, kreative sertacemerlang dan membawa negara ke mata dunia. Inilah yang dikatakan kurikulum standard inimampu membangunkan modal insan yang bertaraf dunia dan seimbang sama ada aspek

    jasmani, rohani emosi, dan sosial.

    Melalui transformasi perkembangan fizikal dan nilai estetika, perkembangan potensi individuitu dapat dibangunkan dengan lebih kreative. Contohnya melalui PJK bakat serta potensi murid-murid dapat dicungkilkan dan dapat dikembangkan agar menjadi satu aset penting dalammelahirkan modal insan yang berdaya saing.

    Banyak lagi transformasi yang diterapkan dalam kurikulum standard ini bagi membangunkanmodal insan yang bertaraf dunia seperti dunia sains teknologi dan nilai komunikasi. Melaluitransformasi ini, modal insan yang dilahirkan adalah bersifat proaktif, berinovasi dan sentiasaberfikiran terbuka serta kritis.