modul permata

111

Click here to load reader

Upload: kazha

Post on 03-Jan-2016

167 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

MODUL PERMATA

i tA+DISEDIAKAN OLEH :MIOR MUHAMMAD SAIFUL NIZAN BIN MUHD SAALITEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 1PENGENALANPenulisan karangan adalah Satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca/ pemeriksa. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca/ pemeriksa, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai .(Samsu Yaacob, Bahasa Melayu Kertas Satu, Masa Enterprise, Kajang 1995)BAHAGIAN A : KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGANPRAWACANAItemKarangan Bahagian A

Peruntukan masa45 minit

Bilangan perkataan200 hingga 250 pp

Bilangan muka surat2 halaman

Bilangan Perenggan5 perenggan

Bilangan isi3 isi

Jumlah markah30 markah

KRITERIA PENSKORAN KARANGAN BAHAGIAN APERINGKATMARKAHKRITERIA

Cemerlang26 30 (28 30) (26 27)Karangan menepati tema bahan rangsangan.Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat serta sesuai.Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik dan tepat serta sesuai.Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

Kepujian20 25 (23 - 25) (20 22)Karangan menepati tema bahan rangsangan.Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

15 19Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.

Memuaskan(17 - 19) (15 16)Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum.Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masihbervariasi.Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.

KurangMemuaskan10 14 (12 - 14) (10 11)Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan. Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad (Ayat yang pendek)Wacananya kurang lengkap. Unsur bahasa kurangbervariasi.Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas.

Pencapaian minimum01 09(06 - 09) (01 05)Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat. Idea kurang menepati tema bahan rangsangan.

CIRI-CIRI PENULISAN BERKESANTEMA : Menepati tema & tugasan bahan rangsanganBAHASA : Gramatis dari segi kata dan ayatTanda baca betul dan tepatEjaan mengikut Sistem Ejaan Rumi BaruKosa kata luas dan tepatWACANA : LengkapUnsur bahasa bervariasiGuna ungkapan yang menarikIDEA : Relevan dengan tema & tugasan bahan rangsangan Dihuraikan dengan jelas dan mataSKOP KARANGAN SPM MENGIKUT DIMENSI & JENIS / BIDANG:Jenis Bahan Rangsangan; Gambar FotoGambar rajahIlustrasi kartunPelan Iklan Petikan CatatanKAEDAH PENULISAN KARANGAN SECARA TERANCANGContoh SoalanLihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 perkataanIsi 1 : Kempen Cintai Bahasa Kita Isi 2 : Aktiviti KebahasaanIsi 3 : Penerbitan Bahan BacaanTugasan : cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaanTema : bahasa kebangsaanKata kunci : cara-cara (alternatif : langkah-langkah/usah-usaha/strategi/kaedah/mekanisme) PERENGGAN PENDAHULUANPERENGGAN ISI PERTAMAAyat topikRumusRumus Pada pendapat saya/Pada hemat saya/Pada pandangan saya, + Ayat Topik (KATA KUNCI -tanpa gandaan) + yang paling utama/efektif/dominan + ialah +(ISI PERTAMA YANG TELAH DITRANSFORMASI MENJADI KKAT)

Ayat 1Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah mengadakan Kempen Cintai Bahasa Kita.

Ayat huraianRumusHal ini dikatakan demikian kerana + Pasifkan Isi +pelaku + impak

Ayat 2Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai lambang jati diri rakyat Malaysia selaras dengan citra Bahasa JiwaBangsa.

Ayat contohRumusContohnya, + isi yang dipasifkan + bukti yangrelevan + kaitkan dengan tema

Ayat 3Contohnya, kempen yang diadakan seperti KempenPenggunaan Bahasa Baku, Kempen Pengucapan Bertatasusila, Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan dan sebagainya yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

Ayat penegasRumusTegasnya, + isi pertama + tugasan

Ayat 3Tegasnya, kempen Cintai Bahasa Kita merupakanstrategi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

PERENGGAN ISI KEDUAAyat topikRumusRumus Selain itu, + Isi Kedua yang telah ditransformasikan + Tugasan

Ayat 1Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga merupakan langkah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

Ayat huraianRumusSaya berpendapat demikian kerana + Pasifkan Isi +pelaku + impak

Ayat 2Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan.

RumusMisalnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan

Ayat contoh+ kaitkan dengan tema

Ayat 3Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti Pertandingan Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya mampu memperkasakan aspek keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar.

Ayat penegasRumusMemang tidak dapat dinafikan + tugasan + isi kedua

Ayat 3Memang tidak dapat dinafikan, langkahmemartabatkan bahasa kebangsaan menjadi lebih berkesan dengan menganjurkan aktivitikebahasaan di sekolah-sekolah.

PERENGGAN ISI KETIGAAyat topikRumusTugasan + yang berikutnya ialah + Isi 3

Ayat 1Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan

Ayat huraianRumusHal ini bermaksud + Pasifkan Isi + pelaku + impak

Ayat 2Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan dapat mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan.

Ayat contohRumusTamsilannya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema

Ayat 3Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya berupaya menarik minat masyarakat untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka.

Ayat penegasRumusSaya optimis + isi 3 + tugasan

Ayat 3Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran merupakan usaha murni untuk memartabatkan bahasa ini di negara kita.

PERENGGAN KESIMPULANSaranan + HarapanRumusKesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema+ Harapan

Ayat 1Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan supaya bahasa ini dapat diperkasakan di negara kita.

SeruanRumusSeruan (hafal dan ubah suai)

Ayat 2Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

CONTOH 1Belakangan ini, isu berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah caracara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah mengadakan Kempen Cintai Bahasa Kita. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Contohnya, kempen yang diadakan seperti Kempen Penggunaan Bahasa Baku, Kempen Pengucapan Bertatasusila, Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan dan sebagainya yang menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Tegasnya, kempen Cintai Bahasa Kita merupakan strategi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dinegara kita.Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga merupakan langkah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti Pertandingan Debat, Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya mampu memperkasakan aspek keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar. Memang tidak dapat dinafikan, langkah memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi lebih berkesan dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan di sekolah-sekolah.Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan. Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan dapat mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat dan hiburan. Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya berupaya menarik minat masyarakat untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran merupakan usaha murni untuk memartabatkan bahasa ini di negara kita.Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan supaya bahasa ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!CONTOH 2Mafhum daripada sepotong hadith Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud,Jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit. Hadith ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan. Kesihatan merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita mengurus kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Justeru itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.Asas kepada kehidupan yang sihat bermula daripada pemakanan. Oleh itu, untuk menjalani kehidupan yang sihat, pemakanan seimbang perlu diamalkan. Pematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan serta mengurangkan pengambilan gula, lemak dan makanan ringan. Sebaik- baiknya, makan di restoran atau kedai makan perlu dielakkan. Hal ini kerana, kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut tidak pasti asal usulnya. Berkemungkinan juga makanan tersebut datang daripada sumber yang kotor seterusnya meninggalkan impak yang tidak sihat kepada tubuh badan.Tubuh yang sihat juga mampu dizahirkan melalui aktiviti bersenam dan bersukan. Sebaik- baiknya, aktiviti bersukan dan bersenam dilakukan pada setiap petang. Namun jika tuntutan kerja tidak membenarkan bersukan pada setiap petang, apalah salahnya bersenam empat kali dalam seminggu. Janganlah kerja yang membukit dijadikan alasan. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Selain itu, ahli keluarga boleh dijadikan nukleus untuk bersama-sama melakukan senaman. Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan termasuklah berlari, tai-chi dan aerobik. Namun begitu, menanam pokok bunga juga merupakan senaman yang menyihatkan. Jika berkesempatan, senaman boleh dilakukan di taman atau gimnasium. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, hubungan kekeluargaan turut dipereratkan.Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan untuk melengkapkan grafik penjagaan kesihatan seharian. Meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu. Oleh itu, doktor boleh dijadikan medium yang penting bagi mendapatkan tahap kesihatan semasa diri. Dalam pada itu, kehadiran kita ke klinik atau hospital membolehkan kita menambah pengetahuan yang sedia ada. Apa tidaknya? Berjuta-jutamaklumat yang terdapat di hospital. Terdapat juga papan tanda yang bermaklumat dan berwarna-warni dihidangkan tanpa sedikit bayaran pun yang dikenakan untuk mendapatkan maklumat. Justeru itu, mengapakah wujud sikap malas untuk bertemu doktor? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.Kesimpulannya, kesihatan merupakan elemen terpenting dalam kehidupan. Tanpa kesihatan yang baik, tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah kesihatan seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada satu pun barang di dunia ini boleh menandungi nikmat kesihatan pemberian Allah. Jadilah manusia yang bersyukur ke atas kurniaan Allah. Kita boleh menjadikan mafhum sepotong hadith yang menyatakan bahawa Kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Hadith ini boleh menggambarkan bahawa kesihatan manusia memainkan perana penting dalam kehidupan. Jika tiada kesihatan yang baik, maka tempanglah kehidupan. Berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan kesihatan yang baik.CONTOH 3Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat di media massa seperti majalah- majalah kesihatan, radio dan juga di institusi-institusi perubatan seperti hospital dan klinik. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.Terdapat pelbagai cara untuk kita mengaplikasikan amalan gaya hidup sihat dalam rutin harian kita nataranya menjalani pemeriksaan kesihatan yang berkala di institusi perubatan seperti hospital. Perkara ini penting bagi menyedarkan kita tetang tahap kesihatan diri. Sekiranya kita menghidap penyakit seperti demam, selesema dan lain-lain segeralah mencari penawarnya dan pergilah ke hospital untuk mendapat rawatan. Hal ini penting bagi mengelakkan penyakit tersebut merebak kepada masyarakat yang lain. Kesimpulannya, amalan menjalani pemeriksaan secara berkala penting bagi menyedarkan kita tentang tahap kesihatan diri.Tidur dan rehat yang mencukupi juga merupakan salah satu prakarsa bagi melestarikan amalan gaya hidup sihat. Dengan tidur serta rehat yang mencukupi secara tidak langsung akan memberikan impak yang positif kepada tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana , tubuh dan anggota badan kita akan menjadi lebih segar dan bertenaga selepas menjalani ubat yang secukupnya. Sebagai contoh, pelajar yang tidur sekurang-kurangnya 6 jam akan mendapati badannya akan lebih segar dan ini memberikan semangat kepada pelajar tersebut ketika di sekolah. Tegasnya, tidur dan rehat yang mencukupi penting bagi seorang pelajar kerana melalui perkara tersebutlah lahirnya pelajar yang cemerlang.Amalan pengambilan makanan seimbang juga penting di samping bersenam dan bersukan untuk membentuk masyarakat yang sihat. Melalui pengambilan makanan yang seimbang seperti mengikut jadual piramid makanan dan diet seimbang, kita dapat menghindarkan diri daripada menghidap penyakit obesiti yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Situasi ini, perlulah ditangani dengan segera bak kata bidalan mencegah lebih baik daripada merubati. Kita perlulah mengambil makananyang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan kita tenaga yang secukupnya seperti nasi dan roti. Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan protein juga penting kerana protein membekalkan kandungan kalsium yang tinggi untuk tumbesaran anak-anak dan juga kekuatan tulang. Konklusinya, amalan makanan secara seimbang merupakan langkah yang bijak bagi mengatasi gejala obesiti dan melahirkan masyarakat yang sihat.Deduksinya, amalan gaya hidup sihat ini merupakan sesuatu yang signifikan bagi melahirkan masyarakat yan bebas daripada penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kegagalan buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Perkara ini penting bagi memanifestasikan masyarakat yang sihat serta remaja yang proaktif untuk menerajui legasi kepimpinan negara agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara metropolitan yang lain. Tegasnya, tanpa amalan gaya hidup sihat ini sudah semestinya masyarakat dan remaja kita mudah dihidapi penyakit yang akan merencatkan visi dan misi negara.CONTOH KARANGAN CEMERLANG (PENANDAAN) 1Pada era modenisasi ini, manusia sering mengejar kekayaan dan kebendaan serta kemewahan yang menyebabkan mereka alpa akan penjagaan kesihatan tubuh badan mereka sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Sebagai akibatnya, masyarakat kita sering menghidap penyakit yang berbahaya dan kronik seperti penyakit kardiovaskular, penyakit diabetes, tekanan darah tinggi serta pelbagai kanser organ dalaman kita. Kajian statistik telah meramalkan bahawa 70 peratuskes kematian yang berlaku pada sepuluh tahun akan datang berpunca daripada penyakit-penyakit kronik seperti kanser paru-paru, diabetes, penyakit buah pinggang serta penyakit kardiovaskularyang berpunca daripada cara pemakanan dan amalan hidup yang tidak sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting.Langkah pertama untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan yang seimbang lazimnya mengandungi kandungan serat atau fiber yang tinggi serta mampu memudahkan proses pencernaan dalam tubuh badan kita. Hal ini penting untuk mengelakkan kita daripada menghadapi masalah sembelit. Sesungguhnya, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan berpandukan piramid makanan. Piramid makanan menentukan kuantiti dan komposisi pelbagai kelas makanan yang perlu kita ambil. Makanan yang seimbang merangkumi tujuh kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang optimum. Misalnya, karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin, zat-zat yang berkhasiat seperti zat besi dan kandungan air yang mencukupi. Menurut pakar kesihatan, kita harus meminum sekurang- kurangnya lapan gelas air sehari untuk memastikan kesihatan tubuh badan kita terjamin. Kita juga harus mengelakkan makanan segera dan makanan makanan ringan yang tidak mengandungi nutrien serta memudaratkan kesihatan kita. Kita harus berpegang kepada prinsip makan untuk hidup dan bukannya untuk makan.Selain itu, kita harus menjalankan pemeriksaan badan atau kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Pada era moden ini, pakar- pakar perubatan dunia mahupun tempatan telah berjaya mencari penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Jikalau kita kerap menjalankan pemeriksaan kesihatan, kita mungkin dapat mengesan tanda- tanda awal sesuatu penyakit yang boleh diubati jika pemeriksaan dilakukan lebih awal. Selain itu, kita juga boleh berjumpa dengan pakar-pakar kesihatan untuk mengetahui pelbagai tip tentang gaya hidup sihat. Bukan itu sahaja, kita juga boleh neminta tunjuk ajar doktor wanita ataupun jururawat yang ada di klinik untuk melakukan pemeriksaan payu dara dengan sendiri. Hal ini mustahak kepadasemua kaum wanita kerana kanser payu dara dianggap sebagai pembunuh senyap kaum wanita dan telah mengorbankan banyak nyawa.Badan cergas, otak cerdas. Slogan ini jelas memberitahu kita bahawa peri pentingnya badan yang cergas untuk melahirkan minda yang cerdas. Oleh itu, masyarakat kita seharusnya menjaga kesihatan diri masing-masing dengan bersenam dan bersukan. Kita hendaklah melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Jikalau boleh, kita harus melakukan pelbagai bentuk senaman yang mampu mengerakkan otot-otot kita misalnya berjoging, berenang mahupun bermain badminton, bola sepak dan sebagainya. Bersenam sememang mampu meningkatkan sistem keimunan dan sistem peredaran darah kita. Namun, apa yang menyedihkan ialah pelbagai automasi yang wujud pada era moden ini menyebabkan manusia menjadi malas. Persoalannya ialah siapakah yang memulakan kehidupan harian dengan aktiviti senaman ringan? Tepuk dada, tanyalah selera. Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini hanya perlu menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan perkhidmatan transit aliran ringan serta memandu kereta sendiri untuk sampai di tempat kerja atau sekolah atau mana-mana sahaja. Masyarakat kini kurang bergerak atau berjalan dan amalan sebegini boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, masyarakat kita harus berusaha mengikis tabiat yang negatif.Akhir sekali, masyarakat harus tidur dan dan rehat yang cukup supaya dapat memulakan kehidupan harian dengan penuh bersemangat dan bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, kita dapat menjamin kesihatan kita yang baik di samping memastikan kecekapan kita semasa bekerja ataupun semasa bersekolah. Kita juga boleh meminum segelas susu sebelum tidur untuk memastikan kita tidur dengan lena. Selain itu, kita patut tidur awal dan bangun awal untuk mengelakkan keletihan yang berlebihan. Kita juga boleh meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga kita untuk berehat pada hari Ahad atau Sabtu dengan menjalankan aktiviti riadah. Hal ini boleh diibaratkan sebagai sambil menyelam minum air.Tuntasnya, kesibukan yang baik merupakan anugerah daripada Yang Maha Kuasa yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, kita harus menjaga kesihatan kita. Dengan kesihatan yang baik, barulah kita dapat membangunkan negara dengan cekap dan bijaksana. Rakyat yang sihat mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Rakyat Sihat, Negara Makmur . Semua pihak patut berusaha untuk mewujudkan rakyat yang cergas dan cerdas agar mampu bersaing dengan negara lain di persada dunia dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial.CONTOH KARANGAN MEMUASKAN (PENANDAAN) 2Kesihatan merupakan anugerah Tuahn yang telah diberikan kepada semua umat di muka bumi ini.Setiap individu seharusnya menjaga dan memantau tahap kesihatan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera tetapi ramai yang masih mengabaikan kesihatan mereka sehingga menghidapi penyakit kronik baru ingin bertindak.Antara cara menjalani kehidupan yang sihat ialah menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang terdekat. Pemeriksaan kesihatan ini hendaklah dilakukan tiga kali dalam setahun. Pemeriksaan ini amat penting bagi menguji tahap kesihatan supaya dapat mengelakkan daripada menghidapi penyakit kronik.Selain itu, kehidupan yang sihat dapat direalisasikan apabila setiap individu kerap bersenam dan bersukan untuk mengeluarkan peluh. Apabila berpeluh, toksin-toksin di dalam badan dapat dikeluarkan sekali gus membuat badan berasa sihat dan ringan.Seterusnya, tidur dan rehat yang mencukupi merupakan salah satu cara menjalani kehidupan yang sihat. Bagi individu yang telah bekerja, mereka sentiasa menginginkan tidur dan rehat yang cukup bagi menguatkan badan supaya dapat melakukan kerja dengan sempurna dan bersemangat. Bagi pelajar pula, mereka akan belajar dengan lebih tumpuan dan fokus apabila guru sedang mengajar. Hal ini kerana, tidur dan rehat mereka mencukupi.Di samping itu, mengamalkan pemakanan seimbang adalah langkah yang perlu dititikberatkan dalam menjalani kehidupan yang sihat. Bagi individu yang berikhtiar untuk mengurangkan lemak, amalan pemakanan seimbang seharusnya diamalkan.Akhirnya sekali, kita haruslah bersyukur atas nikmat kesihatan yang telah diberikan oleh-Nya. Selain itu, kita hendaklah mengamalkan penjagaan kesihatan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dana sejahtera dia atas muka bumi ini.CONTOH KARANGAN KURANG MEMUASKAN (PENANDAAN) 3Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak terhingga nilainya kepada manusia. Pada zaman moden kini, manusia sentiasa ingatkan kerja dan lupa kesihatan mereka.Kita ada banyak cara untuk menjalani kehidupan yang sihat. Dalam kehidupan kita, makanan adalah sangat penting. Jadi, mengamalkan pemakanan seimbang adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan kita. Makan secara sihat, orangnya juga akan sihat. Pada zaman yang moden kini, sudah ada banyak makanan segera(Fast food), sepert (KFC), (MCD) dan lain-lain. Banyak orang suka makan makanan segera, tapi makanan segera tersebut tidak baik kepada kesihatan kita. Makanan yang kita makan mestilah seimbang dengab tujuh bahan, iaitu karbohidrat, protein, garam, lemak,vitamin, mineral dan pelawas. Tetapi makanan segera kebanyakan adalah lemak. Jadi, untuk menjaga kesihatan kita, kita boelh mengikut makan piramid makanan.Selain itu, bersenam dan bersukan juga ialah cara untuk menjaga kesihatan kita. Ramai orang hanya pentingkan kerja mereka, tetapi bersenam dan bersukan juga adalah sangat penting. Kita perlu buat aktiviti untuk mencergaskan badan kita, seperti berjoging, bersenam dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut perlulah membuat sekurang-kurangnya tiga kali pada setiap minggu.Seterusnya, menjalani pemeriksaan kesihatan juga penting. Pemeriksaan kesihatan tersebut juga perlu dijalankan pada setiap tahun sekali.Tambahan pula, tidur dan rehat yang cukup adalah sangat penting juga. Kes-kes jalan raya semakin bertambah disebabkan oleh pemandu tidak cukup tidur dan rehat. Median masa juga selalu cakap, rehat dulu sebelum memandu. Tetapi banyak orang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mereka tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut. Perkara tersebut menimbulkan banyak tragedi berlaku.Akhir sekali, sayangkan badan kita, supaya tidak mencederakan orang yang sayang kita. Kita mestilah menjaga kesihatan diri sendiri untuk menjadikan seorang yang berguna dan bantu memajukan negara kita untuk mencapai wawasan 2020.SARANAN1. Karangan mestilah menepati tema bahan rangsangan/menepati arahan soalan.2. Karangan mestilah mempunyai isi-isi penting yang relevan dan tersusun.3. Isi-isi penting itu pula perlu dihuraikan dengan jelas dan disokong dengan contoh-contoh yang tepat dan menarik.4. Perenggan-perenggan pula harus seimbang.5. Karangan mestilah menggunakan bahasa yang gramatis, kosa kata luas dan tepat penggunaannya.6. Unsur bahasa yang digunakan mestilah bervariasi dan menggunakan ungkapan yangmenarik seperti peribahasa, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, hadis nabi, terjemahan ayat suci Al-Quran dan lain-lain.7. Karangan juga harus mempunyai idea yang relevan dengan tema rangsangan yang diberi dan dihuraikan dengan jelas.8. Keseluruhan karangan mestilah memperlihatkan kematangan calon.9. Karangan mestilah ditulis dengan tulisan yang kemas, bersih dan jelas.10. Jumlah perkataan seboleh-bolehnya dalam lingkungan 250 hingga 300 patah perkataan. Walaupun tiada pemotongan markah, namun peraturan dalam pemarkahan boleh berubahpada bila-bila masa.BAHAGIAN B : RESPONS TERBUKAPRAWACANAItemKarangan Bahagian B

Peruntukan masa90 minit

Bilangan perkataanLebih 350 pp

Bilangan muka surat4 halaman

Bilangan Perenggan7 perenggan

Bilangan isi5 isi

Jumlah markah100 markah

KRITERIA PENSKORAN KARANGAN BAHAGIAN BPERINGKATMARKAHKRITERIA

Cemerlang80 100 (90 100) (80 89)Penggunaan pelbagai jenis kata yang sangat luas dan tepat.Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis.Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat.Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Ada penegasan isi.Pengolahan sangat menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.Penggunaan unsur bahasa bervariasi.Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

Kepujian66 79 (73 - 79) (66 72)Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai.Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.Penggunaan unsur bahasa bervariasi.Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata

Baik51 65 (58 - 65) (51 57)Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.Penggunaan ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.Ejaan dan tanda baca masih betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata masih tepat.Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai..Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai.Wacana masih lengkap.Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan masih berkesan.

Memuaskan36 50 (43 - 50) (36 42)Penggunaan pelbagai jenis kata masih/kurang tepat. Ayat masih/kurang gramatis.Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum.Laras bahasa masih/kurang sesuai. Penggunaan kosa kata umum.Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurangjelas dan contoh kurang sesuai.. Pengolahan kurang menarik. Wacana masih/kurang lengkap.Penggunaan unsur bahasa masih/kurang bervariasi.Gaya bahasa masih/kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.

KurangMemuaskan21 35 (28 - 35) (21 27)Penggunaan kata kurang tepat.Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai. Pengolahan tidak menarik.Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang.Unsur bahasa tidak bervariasi.Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah.

PencapaianMinimum01 20 (11 - 20) (01 10)Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.

15

Pengolahan tidak menarik.Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai.Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik.Keseluruhan karangan sukar/tidak difahami.TAJUK KARANGAN BERDASARKAN KOMBINASI :BIDANG INTERPERSONAL (IP) BIDANG MAKLUMAT (M) BIDANG ESTETIKA (E)SKOP SOALAN MERANGKUMI 5 DIMENSI :DIRIKELUARGA & MASYARAKAT NEGARAANTARABANGSA UNSUR SASTERADIMENSI DIRI : CONTOH SOALAN1. Masalah kegemukan atau obesiti dalam karangan rakyat negara ini semakin serius. Menurut kajian yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta rakyat negara ini menghadapi masalah kegemukan. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas.2. Kempen Gaya Hidup Sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkanmasyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Bincangkan usahausaha yang boleh dilakukan untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.3. Pencapaian seseorang tokoh dalam sesuatu bidang seperti politik, sukan danbudaya telah memberikan inspirasi kepada diri anda. Jelaskan bagaimanakah kejayaan mereka itu membakar semangat anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup.4. Pelbagai salah laku disiplin berlaku dalam kalangan murid pada masa ini. Sebagaiseorang murid, huraikan peranan yang dapat anda sumbangkan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani salah laku disiplin murid-murid di sekolah anda.5. Anak-anak merupakan permata dalam sesebuah keluarga. Jelaskan tanggungjawab anak- anak terhadap ibu bapa bagi melahirkan keluarga bahagia.DIMENSI KELUARGA / MASYARAKAT : CONTOH SOALAN1. Anak-anak merupakan modal insan yang penting dalam sesebuah institusi keluarga. Olehitu, ibu bapa perlu memainkan peranan proaktif agar dapat melahirkan anak-anak yang bersahsiah terpuji .Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.2. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempenaHari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah Amalan Gaya Hidup sihat. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.DIMENSI NEGARA : CONTOH SOALAN1. Kepelbagaian kaum dan etnik serta budaya mampu menjadi aset untuk memajukan sektor pelancongan di negara ini.Berikan komen anda.2. Air bersih merupakan keperluan penting dalam kehidupan manusia. Malangnyakebanyakan sumber air bersih di negara ini telah tercemar. Huraikan langkah-langkah untuk mendidik masyarakat agar menghargai sumber air.i. BIDANG INTERPERSONALSurat RasmiSurat Tidak Rasmi Wawancara ForumSyarahanUcapan Ceramah* Perbahasanii. BIDANG MAKLUMATRencana Laporan Berita PendapatMengulas Pendapat Perbincangan Membahaskan Tajuk Ulasan BukuUlasan Cerpen/Novel/ Drama/ PuisiPeribahasa/ Cogan KataMenulis Minit Mesyuaratiii. BIDANG ESTETIKAGambaran/ KeperihalanMenulis CerpenMenulis Skrip DramaPANDUAN MENULIS KARANGAN1. TIP PENULISAN KARANGAN YANG BERKESANUntuk menulis, pelajar mestilah mempunyai strategi tertentu yang dapat menarik perhatian pemeriksa. Lima strategi tersebut ialah :I. Memilih Soalan Yang TepatIi. Mengenal Pasti Kata Kunci Soalan Iii. Menyediakan Rangka Karangan Iv. Menulis KaranganV. Menyemak Karangan2. MEMILIH SOALAN YANG TEPATPara pelajar perlu membaca kesemua soalan yang dikemukakan sambil menggarisi setiap kata kunci dalam soalan. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan anda untuk menjawabnya.3. MENGENAL PASTI KATA KUNCI SOALANPara pelajar perlu memahami setiap kata kunci yang terdapat dalam soalan peperiksaan. Setiap soalan peperiksaan mempunyai tiga perkara utama yang perlu dikesan oleh pelajar. Tiga perkara itu ialah TEMA (T), SKOP (S) dan FORMAT (F). Baca dan garisi ayat yang mengandungi tiga kata kunci tersebut.Contoh soalan:Sejak akhir-akhir ini, program televisyen realiti telah mendapat tempat dalam hati masyarakat. Program seperti ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada penontonBincangkan kesan buruk program tersebut dalam kalangan masyarakat. TEMA : persoalan yang dibincangkan - program televisyen realitiSKOP : kehendak soalan - kesan buruk kepada masyarakatFORMAT : jenis karangan - perbincangan/pendapat4. MERANGKA PENULISAN KARANGANSetelah mengenal pasti tema, skop, dan format pelajar perlu mula merangka untuk menulis karangan. Sama seperti manusia, karangan juga mempunyai anatomi yang terdiri daripada kepala, tubuh, dan kaki.5. PERENGGAN PENDAHULUANBahagian kepala sama maksud dengan perenggan pendahuluan. Perenggan ini melibatkan tema dan isu semasa. Jangan masukkan apa-apa contoh dalam perenggan ini. Ayat akhir dalam perenggan inisebaiknya menggunakan ayat tanya yang merujuk kepada skop soalan. Perenggan pendahuluan hendaklah mempunyai lima perkara yang ditulis dalam satu perenggan:I. II.AYAT TEMA : MERUJUK KEPADA TEMA KARANGAN ISU SEMASA

III.HURAIAN ISU

IV.PENDAPAT

V.PENDIRIAN PENULIS : MERUJUK KEPADA SKOP SOALAN

Contoh :

(Tema) Komuniti hari ini sering digembar-gemburkan dengan pelbagai rancangan televisyen realiti. (Isu semasa) Rancangan televisyen realiti kini semakin mendapat tempat dalam hati populasi di negara ini. (Huraian isu) Tambahan pula , setiap rumah di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah televisyen. Hal ini memudahkan penerbit untuk menerbitkan pelbagai rancangan televisyen realiti. Oleh sebab itu, pertambahan rancangan televisyen realiti semakin meningkat dari semasa ke semasa. Antara rancangan televisyen realiti yang sering dipaparkan melalui skrin televisyen sekarang termasuklah`Akademi Fantasia, `Mentor, `One In A Milion dan banyak lagi. (Pendapat) Penerbit rancangan- rancangan tersebut berpendapat bahawa dengan penerbitan rancangan tersebut dapat menyediakan ruang bagi mencungkil bakat-bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan melalui mekanisma yang betul. Walhal, mereka mengaut keuntungan yang besar daripada penonton dengan mengadakan undian melalui sistem pesanan ringkas. Hal ini dapat diibaratkan seperti pepatah Melayu sambil menyelam minum air. (Skop soalan) .Persoalannya apakah kesan-kesan rancangan televisyen realiti kepada komuniti di negara kita?Selangkan sebaris untuk menulis perenggan berikutnya iaitu perenggan isi.6. PERENGGAN ISISeterusnya ialah bahagian tubuh karangan atau juga dikenali sebagai perenggan isi karangan. Perenggan isi karangan juga mestilah dibina secara sekata bagi setiap perenggan. Penulisan isi karangan yang baik mesti mempunyai empat unsur/perkara. Unsur-unsur tertsebut terdiri daripada:I. AYAT FOKUS : ISI / IDEA UTAMA II. AYAT HURAIAN : 5W1H (MASB2D)III. AYAT CONTOH : RELEVAN DAN TERKINIIV. AYAT SIMPUL : KESIMPULAN PERENGGANAyat fokus mestilah dimulakan dengan pernyataan isi dalam satu ayat sahaja. Gunakan ayat penyata yang jelas dan berwibawa. Ini diikuti dengan ayat huraian daripada penyataan isi. Gunakan teknik penyoalan 5W1H. Jumlah ayat huraian tidak terhad tetapi bergantung pada kemampuan pelajar. Seterusnya, pelajar perlu mengemukakan contoh atau bukti bagi menyokong huraian di atas. Contoh / bukti yang diberikan mestilah relevan dan terkini. Gunakan sumber rujukan daripada majalah atau akhbar harian. Setiap isi karangan mesti diakhiri dengan ayat kesimpulan.Perenggan isi mesti terdiri sekurang-kurangnya lima isi yang ditulis dalam lima perenggan. Setiap perenggan mesti diselangkan dengan satu baris. Jangan dicampuradukkan beberapa isi dalam dalam satu perenggan.Contoh :(Ayat fokus) Rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat di negara kita. (Ayat huraian) Rancangan televisyen realiti ini menyebabkan berlakunya pembaziran sama ada masa atau wang. Rancangan ini melalaikan para penonton. Hal ini kerana penonton yang menggemari rancangan ini akan setia menanti di hadapan televisyen untuk menonton rancangan tersebut. (Ayat contoh) Selain itu, mereka sanggup juga membatalkan janji temu mereka dengansahabat handai semata-mata ingin menonton rancangan tersebut yang tidak membawa keuntungan kepada penonton. Para pelajar turut membuang masa dengan menonton rancangan tersebut dan menggadaikan masa ulang kaji mereka. Sehubungan dengan itu, rancangan televisyen realiti ini juga membazirkan wang para penontonnya. Hal ini kerana para penonton akan mengundi artis pilihan mereka. Walaupun satu undian hanya bernilai RM, tetapi para penonton perlu menghantar undian mereka beberapa kali untuk memastikan artis yang diminati mereka berjaya. (Ayat simpul) Jelaslah di sini bahawa rancangan televisyen realiti ini membazirkan masa dan wang.7. PERENGGAN PENUTUPAkhir sekali, sesebuah karangan perlu mempunyai kaki supaya boleh berdiri kukuh. Perenggan penutup ini tidak boleh diabaikan oleh pelajar kerana berperanan sebagai pelengkap sesebuah karangan. Unsur yang perlu ada dalam perenggan ini ialah:I. AYAT KESIMPULAN II. AYAT CADANGAN III. AYAT HARAPANIV. AYAT PENEGASANAyat pertama yang ditulis merumuskan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. Jangan masukkan isi baru dalam perenggan ini. Rumusan secara umum keseluruhan isi sudah memadai untuk menyimpulkan karangan. Kemudian, nyatakan cadangan dan harapan anda terhadap isu yang telah dibincang. Sebagai penutup ayat karangan anda, pelajar digalakkan menegaskan pendirian terhadap keseluruhan isi karangan.Contoh:(Ayat kesimpulan) Kesimpulannya, rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai kesan dan dapat memudaratkan masyarakat di negara kita. (Cadangan) Bagi penerbit yang ingin menerbitkan rancangan televisyen realiti ini haruslah semata-mata untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan masyarakat di negara kita. Pihak penerbit tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada rancangan yang diterbitkan. Selain itu, pihak penerbit perlu juga mengurangkan undian melalui sistem pesanan ringkas. Peserta-peserta haruslah dinilai berdasarkan bakat yang terpendam dalam diri mereka bukan kerana kecantikan rupa paras semata-mata. Rancangan televisyen realiti haruslah dikurangkan. Ini penting untuk mengelakkan pertambahan masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita. Pihak penerbit haruslah menggantikan rancangan televisyen realiti dengan rancangan-rancangan ilmiah yang lebih memberikan keuntungan sama ada kepada penerbit ataupun penonton. (Harapan) Dengan ini, masyarakat yang berilmu dapat dilahirkan di negara kita. (Penegasan) Saya yakin andainya cadangan ini dapat dilaksanakan sudah pasti akan dapat meningkatkan imej dan karier masyarakat di negara ini walaupun sebagai seniman dan seniwati dalam bidang seni nyanyian dan lakonan.8. MENULIS KARANGANi. Karangan yang ditulis mestilah mepunyai TUJUH perenggan yang terdiri daripada Pendahuluan (1 perenggan), Isi (5 perenggan) dan Penutup (1 perenggan)ii. Setiap perenggan terdiri daripada 12 baris yang sekata. Pastikan karangan berselang sebaris antara perenggan.iii. Isi utama merupakan ayat pertama dalam karangan. iv. Ayat huraian menggunakan teknik 5W1H (MASB2D) v. Setiap isi perlu ada kesimpulan.vi. Ungkapan menarik berupa peribahasa, cogan kata, kata-kata hikmat tokoh, pantun, dan seumpamanya mesti diselitkan dalam setiap perenggan.vii. Gunakan kosa kata yang luas seperti anjakan paradigma, kedangkalan ilmu dan seumpamanya. viii. Susun isi mengikut kepentingan, contohnya diri - keluarga - negara -global.ix. Setiap ayat yang ditulis mestilah mempunyai subjek dan predikat dengan jelas. Ayat mesti betul.x. Kertas karangan mesti bersih, kemas dan mudah dibaca. Setelah menulis karangan, pelajar perlu menyemak karangan yang telah siap. Pastikan ejaan, tanda baca, penanda wacana dan struktur ayat telah ditulis dengan betul. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan akan menyebabkan pemotongan markah.9. TIP-TIP LAINi. Pelajar MESTI membaca akhbar setiap hari. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum P&Pdengan membaca isu semasa.ii. Guru menggunakan akhbar untuk membina karangan di samping sebagai bahan rujukan.iii. Latihan menulis karangan perlu dilakukan pada setiap hari dalam tempoh yang ditetapkan.iv. Gunakan kertas berformat kertas jawapan LPM untuk latihan (boleh difotokopi). Ini untuk membiasakan pelajar dengan kertas peperiksaan sebenar.v. Semua pelajar menggunakan pena yang sama jenis semasa peperiksaan.vi. Pelajar boleh menyalin karangan contoh sekurang-kurangnya seminggu sekali.vii. Sebulan sekali perlu diadakan ujian masa menulis karangan. Patuhi masa peperiksaan sebenar.9. TEKNIK MEMBINA PERENGGAN YANG MATANGTEKNIK 1: Menggunalkana Lembaran Pengurusan Grafik Jadual (Sumber : Saudara Asmui Mustafa) Isi Pokok :1Isi Pokok

2Siapa?

3Bagaimana?

4Analogi

5Kesan/akibat

6Kesan lanjutan

7Peribahasa

8Penegasan

CONTOH APLIKASI TEKNIK 1 :Soalan: Negara kita merupakan salah sebuah negara di dunia yang mencatatkan kadar kemalangan jalan raya yang tinggi.Jelaskan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. Analisis Soalan: TEMA : Kemalangan Jalan RayaFORMAT : Perbincangan TUGASAN : Punca-Punca Kerangka isi :a) faktor kecuaian pemandu b) faktor jalan rayac) faktor cuacad) faktor kenderaane) kelemahan penguatkuasaan undang-undangContoh Olahan Isi : Kecuaian pemandu menjadi punca kemalangan1Isi PokokPemandu kenderaan yang cuai selalu menjadi punca berlakunyakemalangan.

2Siapa?Pemandu yang paling berisiko tinggi ialah penunggang motosikal.

3Bagaimana?Pemandu yang kurang sopan sewaktu di jalan raya selalunya memandu secara berbahaya, contohnya ialah pemandu yang terlibat dengan lumba haram, mabuk dan lain-lain.

4AnalogiKalau berjalan di jalan berduri, perlulah berhati-hati, begitulah jugadi jalan raya, umpama mulut harimau yang sentiasa ternganga menunggu mangsa.

5Kesan/AkibatDiri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain turut terdedah untuk mendapat kemalangan.Kadangkala orang yang tidak bersalah turut menjadi mangsa disebabkan oleh golongan cuai ini.

6Kesan lanjutanMangsa kemalangan akan merana sepanjang hayat.

7PeribahasaPemandu ini umpama apabila dibawa keranda barulah mereka bercucuran air mata atau sudah terhantuk baru tengadah. Setelah mereka terkena barulah mereka menyesal.

8PenegasanJusteru, sebelum roh meninggalkan jasad, sebelum nasi menjadi bubur,pemandu mestilah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Jadilah seorang pengguna yang berhemah tinggi.

CONTOH APLIKASI RUMUSTema : MenabungArah soalan : Langkah menghadapi kemelut ekonomiATMenabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.

AH 1ApaAktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara.

AH 2MengapaKita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai

AH 3Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada

Bagaimanapendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan.

AH 4BilaKita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi.

AH 5SiapaPelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan olehbank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.

AH 6SekiranyaSekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmenyang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi

ACDi manaSebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuksimpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu.

AS PeribahasaJadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.

TEKNIK 3 : TEKNIK MUDAH PERENGGAN (Sumber : Saudara Mohd Nazir Noh)A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN A1 = Idea utamaA2 = HuraianA3 = HuraianA4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik A5 = Kesimpulan perenggan* A ialah ayatPANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUANPelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut ;Akhir-akhir ini,... Kebelakangan ini,... ..

Belakangan ini... Mayapada,... .

Marcapada,... ..Dalam mengejar era modenisasi....

1. Pelajar tahu mengesan tema dan arah soalan dalam soalan yang diberi.2. Selepas mengesan tema dan arah soalan, pelajar mula menulis ayat 1 hingga ayat 5 mengikut kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di bawah.3. Pelajar tidak boleh memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan, kepentingan dan sebagainya dalam bahagian pendahuluan.4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat kesimpulan perenggan.Secara ringkasnya, perenggan pendahuluan mempunyai bentuk seperti berikut:Ayat 1Ayat penyataan tema(mayapada,marcapada..)

Ayat 2Definisi tema(Dari segi konsepsinya.....)

Ayat 3Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa)

Ayat 4Ayat contoh / tokoh(Menurut......)

Ayat 5Ayat arah soalan (Oleh itu,... arah soalan)

TEKNIK 4 :CONTOH HURAIAN PERENGGAN:Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk.bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk = TUGASANContoh Perenggan 4 UnsurSalah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga = ISI UTAMAelemen = KOSA KATA MENARIKSehubungan itu = PENANDA WACANAibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIKSelain itu = PENANDA WACANArumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIKPakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja = AYAT CONTOHSejajar dengan itu = PENANDA WACANAOleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. = AYAT PENEGASPANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEAMulakan ayat idea utama kata arah soalan seperti berikut;Punca/ cara / usaha / kepentingan yang perlu diperhalus ialah,1. Pelajar mengesan arah soalan dalam soalan yang diberi dan menyatakan isi.2. Pelajar boleh mula menulis isi mengikut kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di bawah.3. Pelajar memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan, kepentingan dan sebagainya.4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat kesimpulan perenggan.5. Pelajar perlu menjawab persoalan mengapa, bagaimana, dan siapa, bagi menjelaskan isi secara terperinci.Secara ringkasnya, perenggan isi TMP mempunyai bentuk seperti berikut:Ayat 1 Ayat arah soalan isiAyat 2 Ayat rangsangan ( mengapa, bagaimana, siapa) Ayat 3 Ayat rangsangan( mengapa, bagaimana, siapa) Ayat 4 Ayat contoh / tokoh( Menurut./ Hal ini) Ayat 5 Ayat kesimpulan perenggan (Sekiranya,...)PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut; Kesimpulannya,..... Secara tuntas,... Sebagai akhir kalam,... . Konklusinya,... Sebagai intiha,... .Ayat 1Ayat penyataan tema(Akhirulkalam.....)salin A1P1

Ayat 2Ayat rangsangan harapan (Semoga.)

Ayat 3Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....)

Ayat 4Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....)

Ayat 5Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....)

KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUITema = isu dalam soalanAyat Arah = ayat yang menjurus kepada kehendak soalanAyat Huraian = ayat yang menghurai ideaAyat Contoh = ayat yang menyatakan contoh (dimulakan dengan Menurut ...atau Sebagai contoh,..) Ayat Simpul = Ayat yang menggabungkan harapan,pandangan dan cadangan terhadap isuberdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat. Contoh :PENDAHULUANMayapada, ..[tema]..................................................................................................................................................................(AH=Apa).Dari segi konsepsinya, (tema ) ialah...... (AH)BAGAIMANA/MENGAPA/SIAPA.............................................................................................................. (AC)Menurut....(AA)Oleh itu, ..... (ARAH) .. ISILangkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan ialah ............................................................................................................................................................... (AC)Sebagai..(AH) Justeru, ................................................................................................................................................ contoh,.......................................................................................................................................................... (AH)Hal ini demikian, kerana ..................................................................................................................... (AS)Sekiranya,.............................................................................................................................................. (AC)Sebagai contoh,..................................................................................................................................... (AS)Sekiranya,...............................................................................................................................................KESIMPULANAkhirulkalam, . (Harapan)Semoga...........................................................................................................................................(Pandangan)Sememangnya........................................................................................................................... (Cadangan)Oleh itu, kita perlu ........................................................................................................................RUJUKAN BESTARIUNGKAPAN MENARIK : peribahasa (simpulan bahasa, bidalan, pepatah, petitih dan perumpamaan). cogan kata. frasa menarik. petikan ucapan. kata-kata hikmat. maksud hadis. maksud ayat Al-Quran.PERIBAHASA MELAYU ( JENIS DAN CIRI- CIRINYA) :Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.JENIS PERIBAHASA1 SIMPULAN BAHASARangkaian perkataan yang tersimpul dengan susunan yang khas.Terhasil daripada pemerhatian terhadap persekitaran, kepercayaan dan resam bahasa.Mempunyai makna yang tersirat.Terdiri daripada dua patah perkataan. Apabila perkataan dalam pasangan perkataan itu dipisahkan, perkataan yang berkenaan hanya membawa makna asalnya.Contoh : air muka, akal kancil, banyak mulut,batu api, bendera putih, cakar ayam, durian runtuh,cepat tangan.2 PERUMPAMAANMembandingkan dengan apa-apa yang ada di sekeliling.Didahului dengan kata-kata perbandingan, seperti umpama, bagai, seperti, laksana, ibarat dan bakMempunyai makna tersurat dan tersirat.Contoh : seperti anjing berebut tulang; bagai ayam disambar helang; umpama burung, mata terlepas badan terkurung; ibarat air di daun keladi; laksana katak diharung ular.3 PEPATAHMempunyai patah-patah perkataan yang disusun untuk menyampaikan maksud tertentu .Terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.Dibentuk berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalamkehidupan .Bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara .Mempunyai maksud yang jelas.Contoh : biar putih tulang, jangan putih mata; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; cubit paha kanan, paha kiri sakit juga; ditelan mati emak, diluah mati bapak.4 BIDALANSusunan kata-kata yang umum digunakan. Seakan-akan pepatah.Mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran.Merangkumi aspek kehidupan, pengajaran dan anutan atau fahaman sesebuah masyarakat .Mempunyai maksud selapis dan tidak mempunyai maksud tersembunyi .Contoh : air tenang jangan disangka tiada buaya; nasi sudah menjadi bubur; malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan; jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga; sambilmenyelam minum air; rumah sudah pahat berbunyi.PENERAPAN PERIBAHASA / UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGANCara menulis peribahasa dalam karangan adalah seperti berikut:1. Menggunakan satu tanda petik ... . Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan. Contoh:Peribahasa usaha tangga kejayaan perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sahaja yang inginmengecapi kejayaan dalam hidup ini.2. Menggunakan dua tanda petik ... . Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah`pepatah itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata. Contoh:(a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.(b) Orang tua-tua mengatakan, jauh perjalanan, luas pengalaman.(Tiada kata hubung `bahawa')3. Tanpa menggunakan tanda petikJika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan. Contoh:(a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan seseorang kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.(b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. (Ada kata hubung `bahawa')CONTOH PENERAPAN PERIBAHASA DALAM AYAT1. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa.2. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa...3. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa..4. Orang tua-tua pernah berkata5. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa6. Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa.7. Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.8. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh musuh bak kata pepatah biar putih tulang jangan putih mata.9. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan keranausaha tangga kejayaan.10. Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.11. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan, sebaliknya sikap ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni perlulah diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memperkukuh perpaduan.12. Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.13. Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam menyebabkan pihak asing cuba mencampuri urusan pentadbiran negara kita.14. Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini kerana seekor kerbau yang membawa lumpur semuanya akan terpalit, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seorang akan menyebabkan semua orang di sekelilingnya ditimpa kesusahan.15. Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit.SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 41. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.2. Darah dagingMaksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.4. meninggi diriMaksud : Sombong5. bermuka duaMaksud : Tidak jujur.6 baik hatiMaksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).7. tulang belakangMaksud : Punca kekuatan/ orang harapan8. bara yang digenggam biar sampai jadi arangMaksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.9. bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.10. melentur buluh biarlah dari rebungnyaMaksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggiMaksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat12. seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjingMaksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.15. terang hatiMaksud : Lekas pandai.16. rendah hatiMaksud : Tidak sombong17. murah hatiMaksud : Pemurah.18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.19. Tangan kosongMaksud : Hampa.SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 51. lintah daratMaksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.2. bagai aur dengan tebing (N-2010 )Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.3. anak dagangMaksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiMaksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah6. indah khabar daripada rupaMaksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah(n-2008) Maksud : Pengagihan yang sama banyak.8. bukit sama didaki, lurah sama dituruniMaksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.9. kacang lupakan kulitMaksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (n-2009)Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak (n-2009) Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuaMaksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..13. memerah otakMaksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaMaksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudianMaksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayangMaksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitMaksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.18. bak cendawan tumbuh selepas hujanMaksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciranMaksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.21. mencari jalanMaksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.22. biar mati anak, jangan mati adatMaksud : orang yang kuat perpegang pada adat.23.sediakan payung sebelum hujanMaksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.24. berbesar hatiMaksud : Gembira.25. anak buahMaksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.26. tuan rumahMaksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara27. yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.28. batu penghalangMaksud : Halangan29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikanMaksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.30. bagai ikan pulang ke lubukMaksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.PERIBAHASA PILIHAN1 Ada udang di sebalik batu.Berbuat baik kerana ada hajat terselindung2 Air dicencang tak akan putus.Perpecahan adik-beradik tidak berpanjangan.3 Air perabung mengalir ke cucur atap.Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak.4 Alang-alang mandi biar basah / alang-alang berdakwat biar hitam.Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya walaupun susah.5 Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu.Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya.6 Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul lumut.Orang yang selalu bertukar kerja (berubah pendirian) tidak akan berjaya.7 Beraja di mata bersultan di hati.Meletakkan hukum mengikut nafsu sendiri.8 Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu.Hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya.9 Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak.Sementara beroleh kerja yang kekal buatlah kerja-kerja sementara dahulu.10 Berpantang mati sebelum ajal.Jangan sengaja mencari nahas (maut).11 Besar periuk, besarlah keraknya.Semakin berada bertambah boros.12 Besar sendal daripada gelegar.Lebih berbelanja daripada pendapatan13 Biar putih tulang jangan putih mata.Rela mati demi mempertahankan hak.14 Biduk berlalu kiambang bertaut.Perbalahan akan selesai apabila tiada penghasut.15 Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.Mesti berhati-hati bercakap dalam perkara-perkara yang sulit dan rahsia.16 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum balik.Perpecahan sesama ahli keluarga lambat-laun berbaik semula.17 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga.Memberi malu kepada kaum keluarga sendiri akhirnya diri kita pun terasa.18 Dahan pokah (sekah) dedalu tumpang mati.Mendapat susah apabila hilang tempat bergantung.19 Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung).20 Di mana-mana air bertakung di situ ikan berkampung.Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu.21 Direndam tak basah direbus tak empuk.Sangat sukar ditewaskan / dilembutkan hatinya.22 Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah.Pertembungan antara kuasa besar, rakyat jelata menanggung susah.23 Harapkan pagar, pagar makan padi.Orang yang tidak memegang amanah.24 Harapkan sokong, sokong membawa rebah.Orang yang tidak memegang amanah.25 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.Rela mati demi mempertahankan hak.26 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri.27 Ibarat berdagang buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi.28 Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak.Selesaikan masalah secara baik dan tidak menimbulkan masalah sampingan.29 Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin runduk.Tidak sombong walaupun semakin berada.30 Jarak panggang dari api.Usaha yang tidak mendatangkan kejayaan.31 Jauh berjalan luas pandangan, lama hidup luas pengalaman.Ilmu dan pengalaman akan diperoleh apabila sentiasa belajar dan mengembara.32 Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang.Tidak timbul sesuatu perkara tanpa sebab.33 Jong pecah yu yang menang.Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada musuh.34 Kalah jadi abu, menang jadi arang.Tiada untung berperang sama ada yang kalah atau yang menang.35 Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni.Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu.36 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?Perwatakan ibu bapa akan dituruti oleh anak-anak.37 Keluar daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya.Tidak putus-putus dilanda bahaya (musibah).38 Kerana nila setitik habis susu sebelanga.Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang.39 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan.Sesuatu urusan tidak akan selesai jikalau selalu bertangguh.40 Keruh di muara kerana di hulu keruh juga.Rosak akhlak anak-anak akibat salah didikan ibu bapa.41 Lempar batu sembunyi tanganPerbuatan yang tidak bertanggungjawab.42 Lesung sama antan bertelingkah, ayam yang kenyang.Bergaduh sesama adik-beradik, musuh yang mendapat habuan.43 Ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri.Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga sendiri, akhirnya kita yang mendapat malu.44 Luka hilang parut tetap tinggal.Perasaan terluka tetap ada walaupun sudah berbaik-baik.45 Lunak gigi daripada lidah.Manis tutur kata apabila berhajatkan sesuatu.46 Macam mentimun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka.Orang berkuasa tetap mengatasi orang lemah sama ada benar ataupun salah.47 Macam melukut di tepi gantang.Terasing dan tidak dipedulikan.48 Menahan lukah di pergentingan.Mencari untung pada saat-saat kesusahan.49 Mencurah air ke daun keladi.Nasihat yang tidak berbekas.50 Mencurahkan garam ke laut.Berbudi kepada si kaya tiada berguna.51 Mendengar guruh di langit, air di dalam tempayan dicurahkan.Mengharapkan sesuatu untung yang belum pasti, harta yang ada diboroskan.52 Panas setahun basah bumi oleh hujan sehari.Selama-lama kebaikan musnah dek sekali tersalah langkah.53 Patah sayap bertongkat paruh.Gigih berusaha walaupun kudrat terhad.54 Patah tumbuh hilang berganti.Memperoleh ganti yang sama dengan yang sebelumnya.55 Pepat di luar rencong di dalam.Sikap yang tidak jujur.56 Pipit sama pipit, enggang sama enggang.Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan.57 Pisang berbuah dua kali.Mengulangi kesilapan yang sama.58 Pucuk dicita ulam mendatang / orang mengantuk disorongkan bantal.Memperoleh habuan serta merta atas perkara yang amat diingini.59 Pukul anak sindir menantu.Mengata-ngata orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain.60 Rosak bawang ditimpa jambak.Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa.61 Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.Walaupun dilakukan sedikit demi sedikit akhirnya selesai.62 Sekali air bah, sekali pantai berubah.Apabila bertukar pemimpin, berubahlah stail kepemimpinannya.63 Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri64 Sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor.Orang yang berfikiran tertutup dan tidak boleh menerima kemajuan.65 Serumpun bak serai, sesusun bak sirih.Hidup yang saling bermuafakat.66 Sudah jatuh ditimpa tangga.Bencana yang bertimpa-timpa67 Tak akan buaya menolak bangkai.Orang jahat tetap memilih kejahatan.68 Tak dapat tanduk telinga dipulas.Menggunakan pelbagai helah untuk memenuhi hajat.69 Tangan yang menghayun buaian memerintah dunia.Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak.70 Tepuk air di dulang percik ke muka sendiri. keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.71 Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.Keterlanjuran tutur kata amat buruk padahnya.72 Tidak Iari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah juga.Sikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat apa-apa faedah.73 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.Habuan atau nasib kadang-kadang bergantung kepada tuah.74 Telunjuk lurus kelengkeng berkait.Sikap yang bermuka-muka dan tidak jujur.KATA-KATA HIKMATAristotleTamadun sebenar sesuatu bangsa itu bukan terletak pada kesuburan tanahnya, tetapi kepada jiwa rakyatnya yang merdeka.Bill GatesSekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah. Charles FourierTinggi rendahnya darjat bangsa itu bergantung kepada ketinggian darjat kaum wanitanya. HamkaHairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya, digosok kasutnya tetapi tidak akalnya. Sesuatu kuasa apabila sudah berada terlalu tinggi, itulah petanda bahawa masa untuk jatuh sudah tiba.Wanita yang baik budi pekertinya adalah laksana matahari yang memancar pada waktu fajar bagi orang yang menunggu kedatangan siang.HukamaOrang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.Imam al GhazaliUntuk mengenal wajah lihatlah pada cermin, untuk mengenal peribadi bercerminlah pada wajah. Nabi MuhammadSebaik-baik umatku ialah mereka yang banyak manfaatnya. Berilah sesuatu walaupun sebuah senyuman sudah memadai daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.SocratesTerlalu banyak bercakap kerap kali membawa kekesalan, tetapi diam itu membawa keselamatan. SukarnoSekiranya aku diberikan 10 orang peria, aku mampu menggoncangkan dunia ini, tetapi jikalau diberikan 100 orang tua aku pasti jatuh (tewas).TaoJikalau kamu hendak hidup setahun tanamlah gandum, jikalau kamu hendak hidup sepuluh tahun tanamlah pokok, dan jikalau kamu hendak hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia.William ShakespeareBerhati-hatilah dengan cemburu. Cemburu ialah raksasa yang mengejikan daging yang dimakan sendiri olehnya.PENANDA WACANA(i) Fungsi :(a) Menyambungkan ayat dengan ayat,(b) Menghubungkan perenggan dengan perenggan, agar berlaku kesinambungan antara ayat dan perenggan serta ayat menjadi gramatis.(ii) Contoh Penanda Wacana Bahasa Melayu :A. Penanda wacana memulakan karangana. Pada era globalisasi ini b. Dewasa inic. Pada masa ini d. Dasawarsa ini e. Belakangan iniB. Penanda wacana untuk ayat pertama setiap perenggana. Sebagaimana yang kita ketahui b. Lazimnya dalam keadaanc. Umum mengetahui bahawad. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa e. Sementara ituf. Pada waktu yang samaC. Penanda wacana huraian isi karangana. Hal ini demikian keranab. Dalam konteks inic. Dengan berbuat demikian d. Bertitik tolak daripada itue. Hal ini bersangkut paut denganD. Penanda wacana bagi menerangkan huraian/pendapat yang berbezaa. Walau bagaimanapun b. Kontradiksinyac. Jika dilihat dari sudut laind. Di sebalik itue. Namun demikianE. Penanda wacana untuk menyatakan contoha. Sebagai contohnya b. Sebagai analoginya c. Misalnyad. Tamsilnyae. Biar kita ambil contohF. Penanda wacana untuk menunjukkan statistika. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyakb. Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh kementerian pada tahun menunjukkan bahawa sebanyakG. Penanda wacana menghuraikan contoha. Jelaslah bahawa b. Oleh ituc. Makad. Hal ini menyebabkan e. Hal ini menunjukkanH. Penanda wacana menutup isia. Kesannya b. Natijahnyac. Dengan berbuat demikian d. JusteruI. Penanda wacana untuk kesimpulan karangana. Sudah terang lagi bersuluh b. Intihanya (Sebagai intiha) c. Kesimpulannyad. Dengan ini diharapkan e. KonklusinyaPENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KARANGANTajuk : Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah. Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anakCONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN PENDAHULUANBelakangan ini, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah semakin luntur. Dari segi konsepsinya, semangat perpaduan boleh ditakrifkan sebagai kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Semangat perpaduan sememangnya cukup penting dalam mendepani dunia yang semakin mencabar pada hari ini sehinggakan masyarakat lebih suka membuat hal sendiri. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk mewujudkan masyarakat Hadhari, perpaduan antara kaum harus dipupuk terlebih dahulu pada peringkat akar umbi. Oleh itu, ibu bapa mestilah menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak supaya mereka menyedari kepentingan semangat perpaduan dalam konteks Satu Malaysia.CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN ISIAntara peranan ibu bapa ialah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui hubungan mereka dengan jiran tetangga. Dengan kata lain, perlakuan ibu bapa memberi pengaruh yang kuat terhadap sikap anak-anak mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang menyatakan, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Selain itu, tingkah laku ibu bapa merupakan elemen didikan tidak formal bagi mengukuhkan sikap positif dalam diri anak-anak. Menurut Datuk Dr.Fadzillah Kamsah, sebanyak 70 peratus masalah sosial dalam kalangan remaja berpunca daripada suri teladan tidak baik yang dipamerkan oleh ibu bapa di rumah. Di samping itu, ibu bapa boleh menunjukkan nilai perpaduan dengan jiran tetangga melalui amalan ziarah, tolong-menolong, bertoleransi dan menjaga kepentingan jiran. Secara tuntas, ibu bapa yang berjaya menunjukkan suri teladan yang baik kepada anak-anak mampu merapatkan dan mengukuhkan hubungan dengan jiran.CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN KESIMPULANAkhirul kalam, perpaduan kaum di Malaysia amat penting dalam membina impian masa depan yang gemilang. Semoga ibu bapa tidak memandang enteng keperluan semangat perpaduan dalam jiwa anak-anak. Sesungguhnya, generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu perlu dijana untuk melahirkan pemimpin pelapis pada masa akan datang. Sememangnya, perpaduan perlu menjadi cerucuk utama pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, kita perlu mengorak langkah dengan memberi sokongan dan dokongan kepada ibu bapa dalam usaha pembentukan masyarakat sakinah. Tegasnya, jika semua pihak bersinergi mewujudkan perpaduan kaum nescaya segala impian akan menjadi kenyataan.KARANGAN BERFORMAT BAHASA MELAYU SPM (1103/1)BILJENIS KARANGANFORMAT

1Surat Kiriman RasmiAlamat (di sebelah kiri) Menghadap surat Tarikh TajukPenutupTandatangan

2Surat Kiriman Tidak RasmiAlamat ( di sebelah kanan) Menghadap surat Tarikh PenutupTandatangan

3RencanaTajukNama Penulis

4Syarahan/ Ucapan/Ceramah/ PidatoTuan/puan di tengah-tengah(syarahan/ucapan/ ceramah/ pidato ) Penutup

5Ulasan BukuNama bukuNama pengarang Nama penerbit Nama pengulas

6DramaTajuk dramaWatak Latar Dialog

7CerpenTajuk CerpenNama Penulis

8Wawancara/ ForumPengenalan Wawancara/ ForumBentuk dialog

9LaporanTajukNama pelapor

10Bahas Ala ParlimenMenghadap majlis

Pembentangan kesKata sapaan (Yang berhormat) PenutupCONTOH KARANGAN CEMERLANG (PENANDAAN) 1Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan mereka semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan usaha- usaha kerajaan untuk menyuburkan semula semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin luntur .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara yang begitu syumul pada suatu masa dahulu.Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip bertolak ansur dalam kehidupan seharian. Dalam masyarakat majmuk ini, sikap toleransi amat diperlukan dalam mengukuhkan kesejahteraan negara. Integrasi nasional mampu dicetuskan sekiranya setiap rakyat dapat memahami satu sama lain tanpa mengira kekurangan dan kelebihan kaum lain. Hanya amalan bersatu teguh, bercerai roboh yang harus disematkan dalam sanubari setiap rakyat Malaysia.Kesepakatan yang utuh dalam masyarakat mampu menangani segala anasir subversif yang ingin mengucar-ngacirkan keamanan dan kesejahteraan negara. Pelbagai jenis perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia bolehlah bertindak mengunjungi rumah rakan yang berlainan kaum sewaktu musim perayaan. Lebih-lebih lagi, kerajaan juga melaksanakan program rumah terbuka pada setiap perayaan. Rakyat Malaysia boleh bertindak mengunjungi dan melibatkan diri dalam usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk nilai perpaduan. Hal ini kerana aktiviti sebegini dapat membuka mata dan memberi peluang kepada rakyat untuk memahami budaya dan adat resam kaum lain supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.Sementelahan, rakyat yang berminda murni dan berwatak mithali merupakan hasrat negara. Ibu bapa menjadi suri teladan dalam mendidik dan membentuk generasi pewaris yang mempunyai lahiriah dan rohaniah yang cukup ampuh dan jitu. Merujuk kepada Rukun Negara, hasrat pertama ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Hal ini menunjukkan masyarakat yang beragama mudah dibentuk oleh kerajaan. Dengan itu, ibu bapa berperanan memberikan didikan agama berbentuk pendidikan tidak formal untuk anak-anak. Kepatuhan kepada ajaran agama mampu melahirkan rasa kesyukuran dalam diri setiap rakyat Malaysia lantas memberi jaminan kepada kesejahteraan negara. Bertitik tolah daripada perkara di atas, setiap waris negara perlu berusaha melengkapkan diri dengan bekalan ilmu agama yang mencukupi agar dapat menangkis segala kepincangan sosial dan kemelut jiwa kerana hanya jauhari mengenal manikam. Kita tidak boleh memandang sebelah mata kesan kegoyahan institusi agama terhadap keamanan dan kesejahteraan negara. Setiap individu perlu sentiasa bersyukur kerana dapat menghirup udara di bumi merdeka ini hasil perjuangan paranasionalis negara. Tegasnya, walaupun kini dunia telah mencapai tahap dunia tanpa sempadan, namun kita mesti sedar akan kepentingan agama dalam usaha membangunkan negara.Tak kenal maka tak cinta. Generasi pewaris terutamanya pelajar yang bakal menerajui tampuk kepimpinan harus peka dan prihatin terhadap mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah. Dasar pendidikan ini bertindak sebagai serampang dua mata untuk mendidik modal insan yang berilmu dan memiliki semangat patriotik yang tinggi. Pelajar haruslah berusaha untuk memahami segala inti pati nilai-nilai murni yang cuba disampaikan oleh kedua-dua mata pelajaran ini. Pendidikan merupakan pendekatan terbaik untuk menerapkan erti kepentingan kesejahteraan negara. Tambahan pula, pelajar harus melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan bertujuan untuk memupuk semaangat kerjasama antara satu sama lain. Pelajar juga perlu berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keamanan negara supaya nostalgia dan memorabilia sewaktu kita dijajah dahulu, kekal dalam lipatan sejarah. Nilai taat setia kepada rakyat dan negara boleh dihayati melalui peristiwa-peristiwa lampau melalui pembacaan buku sejarah kerana sejarah bukan bertujuan untuk dihafal tetapi untuk diselami dan difahami.Izharnya, sesebuah negara tidak akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju tanpa kesepakatan dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap golongan dalam mengekalkan keamanan negara. Ingatlah bahawa air mata dan titik peluh yang menitis pada hari ini akan menjadi mutiara kejayaan pada hari esok. Usaha kita tidak sia-sia sekiranya kita berkolaborasi dengan setiap pihak untuk menjulang negara ke puncak jagat. Tiada pihak yang boleh berpeluk tubuh dalam impian negara untuk mashyur dan disegani di seantero dunia. Majukan negara berpaksikan visi dan misi serta kesejahteraan negara agar bangsa kita tidak dibelenggu kejahilan dalam mengejar aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 yang meletakkan negara di puncak kejayaan.CONTOH KARANGAN BAIK (PENANDAAN) 2Semangat patriotik merujuk kepada semangat kebangsaan dan sikap cinta akan negara. Negara Malaysia amat digeruni dan dihormati oleh negara-negara luar yang lain. Hal ini kerana, perpaduan yang dikecapi walaupun berlainan bangsa, warna kulit dan agama. Semangat cinta akan negara tetap utuh di dalam hati setiap rakyat Malaysia.Setiap rakyat Malaysia harus memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan negara seperti bertegur sapa dengan jiran walaupun jiran itu bukan sebangsa dengan kita. Hal ini kerana, hubungan yang erat dapat dibentuk dan dapat melahirkan bangsa yang menghormati bangsa lain.Selain itu, peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara iaitu tidak membuat kekecohan di dalam negara. Apabila kekecohan berlaku, ini mengakibatkan pergaduhan terjadi. Pelancong yang melancong di negara ini akan merasa takut dan mereka akan balik ke negara mereka dengan segera. Aktiviti pelancongan negara akan terjejas dan hasil pendapatan negara berkurangan akibat kekecohan yang berlaku.Seterusnya, setiap bangsa mestilah mengadakan rumah terbuka apabila perayaan utama setiap bangsa menjelang tiba. Apabila rumah terbuka diadakan, bangsa lain turut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Mereka akan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara mereka. Secara tidak langsung, perpaduan telah diwujudkan.Antara peranan lain ialah setiap rakyat Malaysia haruslah bersyukur atas nikmat yang telah dikecapi selama ini. Tanpa pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang yang sanggup menggadai nyawa mempertahankan tanah air, kehidupan kita akan menderita dan sengsara sehingga kini. Tetapi, dengan kebijaksanaan pemimpin kita telah bebas daripada penjajah sehingga ke hari ini. Di samping itu, subjek Sejarah yang kita pelajari di sekolah bertujuan mengenang jasa dan menyanjungi para pemimpin dan pejuang yang berjuang demi tanah air tercinta.Tambahan pula, setiap rakyat harus taat dan setia kepada raja dan negara. Hal ini kerana, apabila setiap rakyat taat setia kepada raja dan negara, perasaan cinta akan tanah air akan wujud. Setiap warganegara mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Apabila rakyat mematuhi undangundang, kesejahteraan negara terjaminAkhir seka