bka lesson 2 sebutan dan intonasi

Upload: heart-galaxy

Post on 09-Jan-2016

314 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

LAN 1001

LESSON 2

SEBUTAN DAN INTONASI1.0 Pengenalan

Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan sistem sebutan iaitu prinsip apa yang digunakan untuk membunyikan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu. 2.0 Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajian, pelajar akan:

2.1 Memahami prinsip-prinsip sebutan perkataan dalam bahasa Melayu.2.2 Boleh membunyikan perkataan-perkataan Melayu dengan betul mengikut prinsip-prinsip ejaan Bahasa Melayu.3.0 Senarai Tajuk

3.1 Prinsip sebutan3.2 Sebutan Huruf vokal3.3 Sebutan huruf konsonan

3.4 Sebutan gugus konsonan

3.5 Sebutan huruf diftong

4.0 Istilah

4.1 Vokal Vokal ialah bunyi. Huruf vokal ialah huruf yang mempunyai bunyi, dan boleh memberikan bunyi pada huruf konsonan.

4.2 KonsonanKonsonan ialah huruf lain yang bukan huruf vokal.

4.3 Diftong

Bunyi baru yang dihasilkan akibat dari geluncuran bunyi atau gabungan dua huruf vokal yang berbeza.

4.4 Gugus Konsonan

Gabungan dua huruf konsonan yang memberi bunyi baru yang berbeza.

4.5 Suku kata

Bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Ditandai oleh suatu vocal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

5.0 Tajuk

5.1 Prinsip Sebutan5.1.1Persembahan

Sebutan dalam bahasa Melayu adalah berasaskan sistem sebutan baku. Baku bermakna standard atau piawai. Sistem baku bermakna perkataan dibunyikan seperti mana ia dieja. Bagaimana sesuatu perkataan itu dieja, begitulah cara dia disebutkan (atau dibunyikan).Penggunaan system baku bermakna pemakaian bunyi ejaan adalah sama sahaja di mana-mana bahagian di seluruh negara.

Oleh kerana sebutan perkataan adalah berdasarkan ejaan, maka pelajar perlu tahu empat kumpulan asas huruf-huruf dalam bahasa Melayu supaya dapat membunyikan perkataan (atau menyebut perkataan) dengan betul.

Sistem ejaan bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu:

(i) Huruf vokal: a, e, , i, o, u

(ii) Huruf diftong: ai, au, oi

(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal

(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

5.1.2Aktiviti

Gunakan Google untuk mencari maklumat tentang system bahasa baku.

5.2Huruf vokal

5.2.1Persembahan

Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard iaitu

a, e, , i, o, uHuruf vokal ini juga disebut huruf hidup atau huruf saksi. Ini kerana huruf-huruf vokal ini mempunyai bunyi dan boleh juga member bunyi kepada huruf-huruf konsonan. Bunyi vokal dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi ini hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.Terdapat dua jenis e dalam kumpulan huruf vokal, iaitu e pepet (contoh: emak, peta, semak, lemak, ketuk, beruk) dan taling (contoh: teko, petak, sate).

HurufFonemDi depandi tengahdi belakang

a[a]a-pipa-diki-ta

e (pepet)[]e-makse-napris-me

e (taling)[e]e-nakpe-taktau-ge

i[i]i-tusim-pansi-ni

o[o]o-lehko-tapi-da-to

u[u]u-siktu-nassi-ku

Sesalahan sebutan sering berlaku dalam sebutan vokal /u/. Dalam perkataan unik misalnya kerap kali disebut yu-nik. Lihat contoh di bawah:

PerkataanSebutan salahSebutan betul

Unikyu-niku-nik

Unityu-niyu-nit

Universitiyu-ni-ver-si-tiu-ni-ver-si-ti

5.2.1 AktivitiSila hafal kesemua huruf vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu dan bezakan bunyi untuk setiap satu huruf vokal tersebut. 5.3Huruf Konsonan5.3.1 Persembahan

Huruf konsonan ialah semua huruf selain dari huruf vokal. Huruf konsonan berjumlah 21 huruf. Bunyi konsonan dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru menjadi terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut atau tongga hidung.Contoh: b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, z.

Terdapat tiga konsonan yang hanya digunakan untuk perkataan pinjaman iaitu konsonan q, konsonan v dan konsonan x. Tiada istilah asal bahasa Melayu yang menggunakan konsonan-konsonan ini.Bunyi konsonan /q/ hamper sama dengan bunyi konsonan/k/.

Bunyi konsonan /x/ hampir sama dengan bunyi konsonan /z/.

Perhatikan contoh-contoh di bawah:Contoh:

Konsonan QKonsonan VKonsonan X

bu-raq

qa-dak

qa-dar

qur-an

wu-qufver-si

vi-ta-min

vo-ka-si-o-nal

re-vo-lu-si

sub-ver-sifxe-no-lit

xe-no-mof

xi-lo-fon

xi-lo-faj

xe-ro-fit

Dalam bahasa Melayu ada 20 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 21 huruf, seperti rajah di bawah:

BunyiHurufdi depandi tengahdi belakang

/b/

/c/

/d/

/f/

/g/

/h/

/j/

/k/

/l/

/m/

/n/

/p/

/q/

/r/

/s/

/t/

/v/

/w/

/y/

/z/

b

c

d

f

g

h

j

k

l

m

n

p

q

r

s

t

v

w

y

(i) Z(ii) x

buka

cakap

dua

fakir

guna

hari

jalan

kami

lekas

maka

nama

pasang

Quran

raih

sampai

tali

vitamin

wanita

yang

zaman

xenonsebut

kaca

ada

tafsir

tiga

saham

manja

paksa

alas

kami

anak

apa

wuquf

bara

asli

mata

universiti

hawa

payung

lazat

-adab

Mac

abad

maaf

beg

tuah

kolej

katak

kesal

diam

daun

siap

buraq

putar

lemas

rapat

-

-

-

Lafaz

-

5.3.2AktivitiTuliskan sebanyak mungkin perkataan-perkataan yang menggunakan huruf konsonan V, X dan Q. Cuba fikirkan kenapakah tidak ada perkataan asal Melayu yang menggunakan huruf vokal V, X dan Q? Hantar jawapan anda melalui email.5.4Gugus konsonan (konsonan gabung)

5.4.1 Persembahan

Gugus konsonan ialah gabungan dua huruf konsonan yang melambangkan satu bunyi konsonan yang baru. Apabil digabungkan, konsonan pertama dan konsonan kedua akan kehilangan bunyi asalnya. Bunyi baru yang terhasil adalah bunyi baru.Contoh:

BunyiHurufDi depandi tengahdi belakang

//ghghaibmaghribMubaligh

/x/khkhususAkhirTarikh

//ngngiluanginPening

//nynyatahanya-

//sysyaratisytiharQuraisy

Dalam contoh di atas, bunyi perkataan khusus bukanlah disebut k-h-u-sus (4 suku kata) tetapi disebut khu-sus (dua suku kata).

5.4.2Aktiviti

Senaraikan 5 perkataan bagi setiap gugus konsonan //, /x/, //, // dan //. Bunyikan perkataan-perkataan tersebut.5.5Huruf Diftong

5.5.1 Persembahan

Huruf diftong ialah gabungan dua bunyi huruf vokal yang berbeza yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Gabungan dua huruf vokal yang berbeza itu akan menghasilkan bunyi baru yang ketiga.

Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:

BunyiHuruf diftongdi depandi tengahdi belakang

/ai/aiaisingghairah

pandaipetai

tirai

/au/auauratauto

auditsaudaragaulanaharimauatau

risau

/oi/oioidiumboikotamboisempoi

konvoi

Berdasarkan contoh di atas, perkataan auto disebut au-to (dua suku kata) dan bukannya a-u-to (tiga suku kata). Bunyi /a/ dan bunyi /u/ digabungkan menjadi bunyi /au/.

5.5.2 AktivitiSenaraikan lima perkataan lagi selain dari perkataan-perkataan dalam contoh di atas, yang mempunyai huruf difrong di akhir perkataan.

5.6 Suku kata

5.6.1 Persembahan

Suku kata ialah pembahagian unit bunyi dalam sebutan Melayu untuk setiap perkataan. Unit bunyi ini dihasilkan oleh sekurang-kurangnya satu huruf vokal, atau gabungan satu huruf vokal dengan satu huruf konsonan. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dari satu suku kata hingga enam suku kata.

Contoh:

PerkataanJumlah suku kataContoh suku kata

Eh 1(1)eh

Engkau2(1)eng (2)kau

Ketawa3(1)ke (2)ta (3)wa

Implikasi4(1)im (2)pli (3)ka (4)si

Keselarasan5(1)ke (2)se (3)la (4)ras (5)an

kebarangkalian6(1)ke (2)ba (3)rang (4)ka (5) li (6)an

Berdasarkan contoh di atas, perkataan engkau mempunyai dua unit bunyi iaitu /eng/ dan /kau/. Perkataan implikasi pula mempunyai empat unit bunyi iaitu /im/pli/ka/ dan /si/

5.6.2Aktiviti

Senaraikan perkataan-perkataan yang mempunyai 5 suku kata. Gunakan Google untuk mencari sekiranya ada perkataan Melayu yang mempunyai tujuh suku kata.6.0 Ringkasan

6.1 Sistem bunyi adalah perkara asas dalam pengajian bahasa Melayu.6.2 Bunyi dalam perkataan Melayu dihasilkan oleh empat jenis iaitu huruf vokal, huruf konsonan, huruf diftong dan gugus konsonan.6.3 Huruf vokal ialah huruf yang mempunyai bunyinya sendiri dan boleh memberi bunyi kepada huruf konsonan bila keduanya bergabung.6.4 Huruf konsonan ialah semua huruf yang bukan jenis huruf vokal.

6.5 Diftong ialah gabungan dua huruf vokal yang berbeza yang menghasilkan bunyi baru.

6.6 Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan yang menghasilkan bunyi yang tidak sama seperti konsonan asal.

6.7 Suku kata ialah unit bunyi dalam perkataan Melayu. Setiap perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai sekurang-kurangnya satu suku kata. Ada perkataan yang boleh mempunyai 6 suku kata.

7.0 Latihan Kendiri

1. Nyatakan enam huruf vokal beserta dengan contoh perkataan yang sesuai yang mempunyai huruf vokal yang berkenaan.Huruf vokalContoh perkataan

1

2

3

4

5

6

2. Berikan definisi huruf vokal.

..

3. Apakah huruf konsonan yang tidak terdapat dalam perkataan asal bahasa Melayu? Berikan contoh-contoh perkataan yang menggunakan huruf konsonan tersebut.

Huruf konsonanContoh perkataan

1

2

3

4. Huraikan maksud diftong.

..

..

..

5. Berikan contoh-contoh perkataan yang mempunyai huruf diftong berikut:

DiftongContoh perkataan

1/ai/1.

2.

3.

2/au/1.

2.

3.

3/oi/1.

2.

3.

6. Berikan contoh-contoh perkataan yang sesuai untuk pasangan vocal di bawah ini:

PolaPasangan vokalContoh perkataan

1a a

2a i

3a u

5e i

6e u

8 e

9 o

10i a

11i i

12i u

13o a

14o

15o o

16u a

17u i

18u u

8.0 Jawapan:

1. Nyatakan enam huruf vokal beserta dengan contoh perkataan yang sesuai yang mempunyai huruf vokal yang berkenaan.

Huruf vocalContoh perkataan

1[a]Baba

Apa

2[]Emak

Enak

Benak

3[e]Sepet

Belek

4[i]Sinar

Bina

Situ

5[o]Tolong

Lolong

Pokok

6[u]Tutup

Lutut

Susu

2. Berikan definisi huruf vokal.

Huruf vokal ialah huruf yang mempunyai bunyi dan boleh memberi bunyi kepada huruf konsonan bila digabungkan huruf-huruf tersebut. Huruf ini juga disebut huruf hidup. 3. Huruf konsonan yang tidak terdapat dalam perkataan asal bahasa Melayu. Huruf konsonanContoh perkataan

1QWuquf

2VVersi

3Xxenolit

4. Diftong ialah bunyi baru yang terhasil apabila dua huruf vokal yang berbeza digabungkan. Ada tiga jenis bunyi diftong iaitu /ai/, /au/, dan /oi/.

5. Contoh huruf diftong:

DiftongContoh perkataan

1/ai/1. tirai

2. birai

3. serai

2/au/1. surau

2. berderau

3. atau

3/oi/1. amboi

2. sempoi

3. peroi

6. Pasangan pola suku kata

PolaPasangan vokalContoh perkataan

1a aBaka

2a iBadi

3a uBatu

5e iKeli

6e uSeru

8 eBelek

9 oKelok

10i aBila

11i iBilik

12i uSitu

13o aBota

14o Toleh

15o oTokoh

16u aButa

17u iBudi

18u ususu