bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - tips power …versi penuh) tips...dan saya yakin anda jarang...

42

Upload: phungminh

Post on 04-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas
Page 2: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

Bismillahirrahmanirrahim...

Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui teknik ringkas

tapi POWER yang saya gunakan untuk mudah mendapat

pinjaman perumahan. Kaedah ini terbukti 100% menjadi dan

sangat sesuai untuk digunapakai oleh seorang usahawan internet

ataupun usahawan ada kedai macam kita ini..

Bagi anda yang masih baru dalam bisnes, mungkin anda tak

nampak sangat apa yang saya akan beritahu. Tapi percayalah

bila anda dah mula lama dalam bisnes, boleh ikut teknik yang

saya beritahu dan panduan ini pasti berguna untuk anda di masa

hadapan.

Sebenarnya saya rasa terpanggil untuk ‘share’ tips ni kepada

anda kerana saya sendiri dah gunakan teknik ini dan

Alhamdulillah sekarang saya dah mempunyai 3 unit rumah teres

2 tingkat dan 1 unit kedai 2 tingkat di sekitar Shah Alam, Klang

dan Puncak Alam. Jadi, saya harap anda serius membaca tips ini

Page 3: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain

tempat..

Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas dan sepadat

yang mungkin. Kerana saya percaya, anda pun tak suka panduan

yang meleret-leret.. tapi point pentingnya tak nampak pun..

betul tak?. Jadi, saya akan pastikan anda boleh habiskan ebook

panduan ini dalam masa 20-40 minit sahaja dan apa yang

Disclaimer: Saya bukan merupakan pakar dalam bidang hartanah..dan

saya juga bukan pakar dalam bidang perbankan / pinjaman perumahan.

Tapi apa yang saya kongsikan di bawah ini adalah teknik yang saya

gunakan sendiri, berdasarkan pengalaman saya sendiri.. Result kita

mungkin berbeza. Bergantung kepada jumlah penilaian pihak bank

kepada prestasi kewangan anda.

[TIDAK BOLEH] Anda DILARANG untuk menyebarkan ebook ini atau

sebahagian dalam ebook ini kepada orang lain tanpa pengetahuan saya.

[TIDAK BOLEH] Anda DILARANG menjual atau memberi secara percuma

panduan ini kepada orang lain.

Page 4: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

penting ialah anda boleh tangkap point penting dan terus

bertindak dari awal.

Jadi, tarik nafas panjang-panjang.. dan baca panduan ini dengan

hati yang tenang... =)

PERSEDIAAN AWAL

Untuk teknik lulus loan rumah yang saya bakal bagitau ini, anda

perlulah mempunyai perkara berikut:-

1. Perniagaan Sendiri Berdaftar dengan SSM. (Milikan

Tunggal / Perkongsian / Sendirian Berhad)

2. Akaun Semasa Syarikat. (saya cadangkan Maybank /

CIMB)

3. Akaun Semasa Personal. (Untuk Tips Power #3 dan

Tips Power #9.

4. KWSP dan Slip Gaji (Untuk Tips Power #3 dan Tips

Power #9.

Page 5: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

Dah ada semua?? Bagus.. Jom mula baca...

Belum daftar dengan SSM? Belum buka akaun Semasa?? Jangan

risau, saya ada sertakan panduan di bahagian BONUS.

TIPS POWER #1

[CARA BANK KIRA KELAYAKAN ANDA]

Orait, pertamanya kita kena tahu macamana sebenarnya Bank

buat pengiraan untuk mengetahui berapakah jumlah pinjaman

yang kita layak..

1) Bank akan minta statement 6 bulan akaun bank syarikat

kita. Bank akan jumlahkan di bahagian Credit (duit masuk)

untuk semua 6 bulan. Daripada 6 bulan itu, bank akan

dapatkan average sebulan berapa.

Sebagai contoh: Total duit masuk untuk 6bulan ialah

RM120,000.

Page 6: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

2) Daripada jumlah RM120,000 itu, bank akan dapatkan

average per month berapa. Jadi, RM120,000/6bulan =

RM20,000.

3) Daripada RM20,000 itu, bank akan darabkan dengan 20%.

Percentage ini adalah bank buat anggaran keuntungan

bisnes kita. Jadi, RM20,000 x 20% = RM4,000.

4) Daripada jumlah RM4,000 itu, bank akan mengambil kira

65% sahaja dari situ. Percentage ini adalah mungkin

berbeza mengikut amount dan bank. Jadi, RM4,000 x 65%

= RM2,600.

5) Ini bermakna, komitmen yang kita kena bayar bulanan

adalah tak boleh lebih dari RM2,600.

Page 7: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

6) Sekiranya kita dah ada kena bayar Kereta yang bayaran

bulanannya RM800, jadi kita kena tolak dengan RM2,600

tadi. Jadi, komitmen yang layak tinggal RM1,800.

7) Anggaran rumah yang kita boleh buat loan adalah bernilai

RM300,000 - RM350,000 ke bawah. (Ini adalah anggaran

kasar berdasarkan pengalaman saya beli rumah.)

Sekiranya anda nak tahu berapakah anggaran bayaran bulanan

bagi rumah yang anda nak beli, boleh buat pengiraan di link ini:-

http://www.hartanahdisini.com/kalkulator-pinjaman/

(itu adalah anggaran sahaja.. sekiranya nak yang tepat, anda

boleh terus jumpa dengan pegawai bank yang menguruskan

permohonan loan anda.)

Okay, sudah faham kan dengan permintaan dari bank?

Page 8: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

Orait, sekarang ni saya bagi tips lebih hebat untuk lebih

memudahkan kita buat loan rumah..

Page 9: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

TIPS POWER #2

[POINT PENTING CARA URUSKAN AKAUN]

Daripada pengiraan di atas, anda sudah nampak tak apa yang

bank ambil kira sebenarnya..

Point paling penting –> JUMLAH DUIT MASUK.

Jadi, apa yang paling penting di sini ialah kita perlu

memperbanyakkan jumlah duit masuk di akaun bank kita supaya

bank statement lebih ‘cantik’.

Ohh.. bagaimana caranya??

Nota: Untuk tips power #2 ini, anda mestilah mendaftar

perniagaan dengan SSM dan membuka akaun semasa bagi

syarikat di mana-mana bank pilihan anda. Bagi saya, untuk

permulaan, daftar syarikat milikan tunggal pun dah cukup

kerana anda tak perlu sediakan Audit Report setiap tahun.

Page 10: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

Sekiranya kita ada banyak akaun lain (personal) dan pelanggan

masukkan duit ke akaun lain, make sure transfer kan ke satu

akaun yang utama (akaun syarikat). Sekiranya ada customer

yang bayar secara tunai kepada kita, make sure kita pergi bank

in duit tersebut walaupun jumlahnya hanyalah RM50. Kalau nak

guna balik duit tu, just keluarkan saja semula. Bank tidak akan

mengambil kira berapa jumlah yang kita keluarkan. Apa yang

penting ialah jumlah yang kita masukkan ke dalam akaun.

Akan tetapi, anda harus maintainkan Balance akhir bulan

mestilah dalam amount yang banyak.

Boleh terangkan tak Hafizi??

Make sure setiap hujung bulan, anda Bank in kan / transfer

semua duit yang anda ada di tangan anda ke dalam akaun

syarikat tersebut. Supaya bila statement bank keluar pada tarikh

31 haribulan nanti, amount yang tercatat ialah bernilai yang

tinggi. Jangan pula tinggalkan RM50 hengget saja balance. Mana

Page 11: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

la bank nak approve.. hehe.. Seeloknya make sure balance

maintain 5 angka di hujung setiap bulan.

Nota: Galakkan pelanggan anda untuk Bank in / Transfer terus

ke akaun syarikat anda.Sekiranya anda minta pelanggan

masukkan ke akaun personal, pastikan transfer semula ke

akaun syarikat anda.

Page 12: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

TIPS POWER #3

[RAHSIA DI SEBALIK KWSP DAN SLIP GAJI]

Tips ketiga ini tidak kurang hebatnya.. Anda perlu buat pay

slip/slip gaji dan KWSP bagi anda sendiri..

Hahh? Kena buat jugak ke??

Baiklah, sebenarnya ramai yang tak kisah pasal ni.. Dalam

bisnes, walaupun kita buat bisnes sendiri, kita WAJIB untuk buat

satu tetapan gaji per month untuk kita. Dan gaji tersebut

hendaklah dilakukan secara BERDISIPLIN dan PROPER.

Maksud saya, gaji tersebut perlulah direkod dengan jujur dan

cara pembayaran yang betul.

Macamana caranya Hafizi??

Orait, macam ni caranya.. Anda perlu tetapkan gaji tetap untuk

anda sendiri. Sebagai contoh, anda tetapkan RM5,000 sebulan

untuk gaji anda. Jadi, tiap-tiap awal bulan make sure anda buka

cek atas nama anda dan bank in ke akaun personal anda. (Make

Page 13: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

sure akaun personal pun guna Current Account ya..) Anda perlu

maintainkan bayaran gaji sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum

anda buat permohonan loan. Jadi, dalam statement personal

anda akan tercatit gaji RM5,000.. Itu yang penting.

Apa lagi yang anda perlu lakukan ialah.. Bayar KWSP. Jumlah

yang anda perlu bayar ialah 13% (syarikat bayar) + 11% (Dari

anda sendiri). Jadi, kalau gaji RM5,000 tadi, jumlah KWSP per

month yang anda perlu bayar ialah RM1,200.

Mesti anda ingat ianya membebankan kan.. betul tak?

Sebenarnya tidak.. Walaupun anda bayar KWSP per month

RM1,200, anda tidak rugi kerana ianya adalah duit anda juga..

Duit tersebut anda boleh keluarkan semula pada umur anda

55tahun nanti. Masa tu, baki wang KWSP anda mungkin dah

mencecah 6 angka. Jadi, memang tak rugi pun.. =)

Sekiranya anda dah mempunyai PAYSLIP sendiri dan KWSP, ini

pasti akan menguatkan permohonan anda...

Page 14: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

TIPS POWER #4

[MASA SESUAI UNTUK APPLY LOAN]

Untuk tips keempat ni, saya nak bagitau berkenaan dengan

tempoh masa yang sesuai untuk kita buat permohonan pinjaman

perumahan. Baiklah, saya bagitau berdasarkan try & error saya

sendiri. Bagi saya, tempoh masa yang sesuai untuk kita buat

permohonan loan rumah ini ialah dalam masa 6-12bulan iaitu

sebelum syarikat kita cukup setahun.

Aikk? Kenapa pulak macam tu Hafizi??

Ini adalah kerana, sekiranya account syarikat kita belum cukup

1tahun lagi, kita tak perlu bayar tax (cukai).

Saya ulang. Sekiranya account syarikat kita belum cukup 1tahun

lagi, kita tak perlu bayar tax (cukai). Jadi, ambillah peluang

sebaik mungkin pada tempoh ini, anda terus buat permohonan

loan rumah. Ini adalah kerana, sekiranya account syarikat kita

lebih dari 1 tahun, kita perlu bayar cukai kepada kerajaan.

Page 15: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

Habis tu, macamana sekiranya syarikat saya dah lebih satu

tahun tapi belum bayar cukai?

Untuk kes macam ni, ada 2 pilihan... Pilihan Pertama, anda bayar

saja cukai untuk tahun sebelum tu.. untuk buat pengiraan cukai

pendapatan, boleh rujuk melalui link ini:-

http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/BP_B2012_1.pdf

Cukai adalah penting bagi pihak bank kerana ini akan

menguatkan permohonan loan anda.

Untuk pilihan kedua, anda tidak perlu bayar cukai.. boleh terus

cuba buat permohonan loan macam biasa.. Tapi make sure anda

ada gunakan teknik seperti di TIPS POWER #3 di atas. Ini adalah

kerana tidak semua bank memerlukan anda bayar cukai. Ada

juga bank yang tak perlukan bayar cukai.. Contohnya, CIMB

BANK. Jadi, anda boleh try apply je dulu.. kalau bank tak lepas,

ianya mungkin disebabkan oleh supportive document anda yang

tak cukup power. Jadi, bayar dulu cukai dan apply sekali lagi.

Page 16: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

Orait, selesai tips #4, sekarang kita ke tips power #5 pula..

TIPS POWER #5

[DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN]

Tips yang kelima ini adalah berkenaan dengan senarai dokumen

penting yang anda perlu sediakan awal-awal lagi..

UNTUK PEMILIK PERNIAGAAN.

1) Bank Statement 6 Bulan

- Untuk bank statement ini, anda perlu sediakan salinan

penyata bank bagi akaun semasa syarikat anda.

Sekiranya anda ada dua akaun semasa untuk syarikat,

sediakan untuk kedua-dua bank tersebut. 6 bulan tu

adalah merujuk kepada 6 bulan terakhir. Sebagai contoh,

sekarang anda berada di bulan Julai 2013. Jadi, anda

perlu sediakan penyata bank bermula Januari, Februari,

Mac, April, Mei dan June.

Page 17: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

2) Salinan I/C Pemohon

3) Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM)

4) Dokumen perjanjian jual beli / Resit pembayaran

deposit / Surat Tawaran daripada Pemaju.

5) Supportive Document – Personal Bank Statement,

Saving, ASB, Fix Deposit

6) Penyata Cukai Pendapatan Terkini (Borang B) –

sekiranya ada.

UNTUK KERJA MAKAN GAJI

1) Bank Statement 3 Bulan

2) Slip Gaji 3 Bulan

3) Penyata KWSP (Yang terkini)

Page 18: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

4) Dokumen perjanjian jual beli / Resit pembayaran

deposit / Surat Tawaran daripada Pemaju.

5) Supportive Document – Personal Bank Statement,

Saving, ASB, Fix Deposit

6) Penyata Cukai Pendapatan Terkini (Borang B) –

sekiranya ada.

Page 19: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

TIPS POWER #6

[CARA NAK PILIH BANK]

Saya percaya soalan yang akan bermain di minda anda ialah:-

Nak pilih bank mana satu nak apply loan ni ya?

Baiklah, setiap bank mempunyai kriteria tersendiri bagi

meluluskan loan anda. Biasanya kriteria ini diberikan dalam

bentuk merit atau “point”. Sekiranya permohonan di peringkat

cawangan anda dah melepasi minimum merit / “point” yang

diperlukan, barulah permohonan tersebut dihantar ke

Headquarters (HQ) untuk kelulusan oleh Credit Committee. Bagi

saya, apa yang anda perlu lakukan ialah menghantar

permohonan loan kepada 3 jenis bank SERENTAK.

Maksudnya, setiap dokumen yang diperlukan mestilah anda buat

3 salinan setiap satu. Ini adalah kerana, sekiranya 3 bank

dihantar serentak, salah satu bank tidak akan dapat nota yang

menyatakan kita pernah kena reject loan. Jadi, point permohonan

kita akan meningkat. Berbanding anda hantar satu bank sahaja..

Page 20: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

Bila bank pertama tak lulus, dan barulah anda pergi ke bank

kedua, diorang akan dapat detect yang kita pernah tak lulus

permohonan pertama.. Jadi, point untuk kita akan berkurang.

Saya berharap anda tidak cepat berputus asa sekiranya untuk

permulaan, pinjaman kita tak lulus.. apa yang kita perlu lakukan

sekiranya permohonan kita kena reject ialah, kita tanya bank apa

reason utama loan kita tak lulus.. dan kita cuba perbaikinya

untuk permohonan masa depan pula.

Bagi saya, antara bank yang saya pernah apply untuk pinjaman

perumahan ialah: Maybank, RHB, CIMB dan Public Bank.

Page 21: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

TIPS POWER #6

[PENTINGNYA LAPORAN CCRIS DAN CTOS]

Orait, untuk tips yang ke enam, saya tak pasti ramai yang sudah

tahu ke belum. Tapi saya anggap anda belum tahu la yer.. Ianya

berkaitan dengan CCRIS dan CTOS

Apa itu CCRIS yer Hafizi?

CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah

sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat

yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan. Setiap

Laporan CCRIS akan menunjukkan jumlah Pinjaman dan caj-caj

tertunggak yang anda telah buat sebelum ini seperti Pinjaman

Perumahan, Pinjaman Peribadi, kad kredit, overdraft bank dan

perjanjian sewa beli. Dalam Laporan CCRIS juga ada menyatakan

berapa jumlah pinjaman yang anda perlu lakukan setiap bulan

kepada bank untuk tempoh 12 bulan.

Page 22: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

Melalui Laporan CCRIS ini, bank akan menilai tahap kredit anda

dengan menganalisa setiap loan yang anda telah lakukan

sebelum ni, baki loan, serta rekod pembayaran loan anda. Sama

ada cantik atau tidak. Sekiranya anda tidak pernah mempunyai

apa-apa loan sebelum ini dan tidak pernah memiliki kredit kad,

maka Laporan CCRIS anda masih lagi KOSONG. Rekod anda

masih lagi bersih la tu.. =)

POINT PENTING: Bank akan reject permohonan anda sekiranya

laporan CCRIS menunjukkan anda ada 2 bulan tertunggak

bayaran loan anda sebelum ini.

POINT PENTING JUGA: Melalui laporan CCRIS inilah bank akan

membuat pengiraan berapakah jumlah komitmen bulanan anda

dan maklumat ini akan digunakan oleh bank untuk mengira DSR

(debt service ratio) anda setiap bulan. Sekiranya DSR anda

berada pada tahap 50% atau lebih, kemungkinan besar

Page 23: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

permohonan anda akan ditolak. Tapi bukan semua bank macam

tu la.. depend pada syarat-syarat setiap bank.

Maklumat lanjut berkenaan dengan CCRIS anda boleh rujuk di

http://creditbureau.bnm.gov.my

Apakah pula CTOS yer Hafizi?

CTOS adalah satu organisasi (CTOS Sdn Bhd) yang mendapat

dan mengumpul maklumat sekiranya terdapat bankrupsi dan

saman terhadap individu atau syarikat dan maklumat tersebut

direkod dan didaftarkan dalam pengkalan data elektronik mereka.

Jadi, CTOS merekodkan maklumat yang tidak berkaitan dengan

institusi kewangan (Bank).

Maklumat lanjut mengenai CTOS boleh rujuk di

http://www.ctos.com.my

Jadi, apakah kesimpulan dari CCRIS dan CTOS ni ya?

Kalau anda nak tahu, proses awal bank selepas menerima

permohonan anda ialah membuat analisa terhadap laporan CCRIS

Page 24: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

dan CTOS anda sebelum menghantarnya ke bahagian kelulusan.

Sekiranya ada kelewatan bayaran pinjaman yang memberi

petunjuk Negatif di CCRIS dan CTOS, pegawai bank akan

bertanya kepada anda terlebih dahulu untuk pengesahan. Jadi,

apa yang anda perlu INGAT betul-betul ialah JANGAN ROSAKKAN

LAPORAN CCRIS & CTOS anda. Pastikan anda membuat bayaran

pinjaman setiap bulan TANPA GAGAL sepanjang 12 bulan. Secara

logiknya, pihak bank nak lihat anda boleh dan telah jelaskan

bayaran pinjaman dengan baik terlebih dahulu sebelum mereka

memberikan pinjaman baru.

Cadangan saya: Anda boleh semak sendiri dahulu rekod CCRIS

dan CTOS anda.. tengok betul-betul ada rekod buruk atau tidak.

Sekiranya ada rekod buruk, better anda tidak meneruskan

permohonan kerana tindakan anda itu akan membuang masa,

tenaga dan wang ringgit sahaja.. Jadi, anda perlu tunggu 12

bulan yang berikutnya pula..

Page 25: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

INFO PENTING!! : Sekiranya anda mempunyai KREDIT KAD, sila

pastikan 2 perkara berikut:-

1) Bayaran bulanan mestilah dijelaskan sebelum due date yang

diberikan.

2) Pastikan penggunaan kad kredit tak lebih dari 50% dari

Limit.

Page 26: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

TIPS POWER #7

[GUNA DUIT KWSP UNTUK BELI RUMAH]

Alhamdulillah sudah sampai ke Tips Power Ketujuh. Tips ini

bukannya tips untuk mudah dapat loan. Tapi ialah adalah

berkenaan dengan Cara Untuk Menggunakan KWSP untuk

membeli rumah anda. Tips ini adalah khas untuk mereka yang

ada mencarum dalam KWSP sahaja. Dengan cara ini, modal yang

kita perlu keluarkan untuk beli rumah dapat dikurangkan..

Tips ini hanya boleh digunakan pakai untuk:-

1) Mereka yang mempunyai akaun KWSP dan jumlah minimum

di Akaun II ialah RM500.

2) Untuk pinjaman rumah pertama sahaja. Kalau nak beli

untuk rumah kedua, pastikan rumah pertama dijual terlebih

dahulu.

Page 27: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

(NOTA: Untuk makluman, setiap caruman yang dibuat oleh

anda dan majikan, 30% dari jumlah itu akan dibahagikan

pada Akaun II.)

Tidak kiralah jika anda ingin membeli rumah terus dari pemaju

atau dari individu, anda boleh menggunakan baki Akaun II anda

untuk dijadikan downpayment bagi rumah yang anda nak beli.

Tak kiralah juga apa jenis rumah yang anda nak beli sama ada

Banglo, Teres, Apartment, Condo, Studio Apartment, Townhouse,

SOHO semuanya layak untuk memohon pengeluaran wang KWSP.

Apa yang menariknya, pengeluaran wang KWSP ini juga boleh

digunakan untuk pembelian rumah lelong.

Bagaimanakah caranya Hafizi?

Begini caranya.. Anda harus memastikan terlebih dahulu

berapakah jumlah baki akaun II anda. Sekiranya mencukupi,

anda boleh gunakan duit tersebut untuk membayar baki belian

atau downpayment rumah anda. Selain itu, pengeluaran KWSP

Page 28: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

juga boleh digunakan untuk membayar bil guaman dan

pengurusan pemindahan hak milik. Selain itu juga, bermula 1

Januari 2008, setiap pencarum KWSP yang memiliki loan rumah

boleh mengeluarkan wang di dalam akaun II untuk tujuan

bayaran bulanan baki pinjaman perumahan. Jumlah minimum

bulanan yang dibenarkan ialah RM100. Jadi, caranya ialah

dengan kunjungi cawangan KWSP berdekatan dan mengisi

Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)

Siapa yang tak layak untuk keluarkan wang KWSP?

1) Mereka yang membeli tanah atau lot tapak bungalow.

2) Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja “renovasi”

kepada rumah yang sedia ada.

3) Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.

4) Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.

5) Membeli rumah ketiga.

6) Membeli rumah di luar negara.

Penerangan lanjut boleh rujuk melalui link ini:-

Page 29: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/717786/Risal

ah_Membeli_Rumah_Jun_2013.pdf

Page 30: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

TIPS POWER #8

[BACK UP DOCUMENT]

Baiklah, untuk tips yang kelapan ini, ianya adalah berkenaan

dengan cara untuk perkuatkan permohonan pinjaman perumahan

kita dengan BACK UP DOCUMENT.

Back up document diperlukan oleh setiap bank untuk

menguatkan ‘point’ bagi mendapat kelulusan di peringkat atasan.

Ini adalah sebahagian dari Bank Guidelines dan tidak ada cara

pengiraan khusus untuk mengira jumlah wang backup yang

kita ada. Ianya adalah dokumen yang menyokong sumber

pendapatan anda.

Contoh Back up adalah seperti:-

1) Savings

- Savings ialah jumlah wang simpanan yang kita ada di

mana-mana bank. Sekiranya savings kita tinggi, jadi

kemungkinan untuk dapat lulus loan itu tinggi.

Page 31: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

2) ASB

- ASB adalah merujuk kepada Amanah Saham Bumiputra.

Adakah anda ada menyimpan wang di ASB? Sekiranya

ada, sertakan sekali latest statement kepada pihak bank.

3) Fixed Deposit.

- Fixed Deposit adalah jumlah simpanan tetap yang kita

ada di bank. Sekiranya anda tidak ada simpanan Fixed

Deposit, abaikan saja part ini.

Jadi, bagaimanakah caranya sekiranya saya belum ada

back up??

Orait, macam ni.. back up documents ini bukanlah dokumen

wajib yang diminta oleh bank. Ianya hanya untuk menguatkan

dan menyokong pendapatan kita nanti.. Sekiranya kita ada,

sertakan saja lah.. Kemungkinan besar untuk lulus itu tinggi.

Tapi, jika tak ada.. Tak mengapa.. Akan tetapi, sekiranya anda

ada simpanan cash di tangan ataupun di bawah bantal

sebanyak RM30,000, maka lebih baik anda masukkan ke dalam

Page 32: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

bank sama ada ke dalam akaun ASB ataupun Savings anda

cepat-cepat. Nanti boleh dijadikan backup kepada permohonan

loan anda..

NOTA PENTING: Sekiranya anda ada emas ‘fizikal’ bernilai

RMXX,XXX, maka itu bukanlah dikira sebagai backup anda. Bank

tidak akan dapat menilai jumlah emas ‘fizikal’. Apa yang anda

boleh buat ialah membuat simpanan emas tersebut di bank

ataupun cairkan dulu emas tersebut kepada tunai dan masukkan

ke dalam bank.

Page 33: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

TIPS POWER #9

[TIPS SIMPLE TAPI POWER KALAU LOAN TAK

LEPAS JUGA]

Tinggal 2 lagi tips terakhir. Untuk Tips Power #9 ini, saya nak

berkongsi dengan anda tentang satu cara paling MUDAH untuk

LULUS loan rumah sekiranya anda tak lulus loan semasa

menggunakan nama syarikat atau anda tak yakin dengan

kepoweran bank statement syarikat anda..

Orait, ianya adalah dengan cara buat seperti anda kerja tetap.

Hah? Macamana tu yer Hafizi?

Okay, macam ni.. anda buat seperti anda sedang kerja makan

gaji, mempunyai gaji tetap dan KWSP tetap setiap bulan selama

minimum 3-6 bulan.

Saya bagi contoh:- Anda nak letak gaji anda RM4,000 sebulan.

Jadi, masukkan duit ke dalam akaun bank anda (Kalau boleh

Page 34: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

Personal Current Account) sebanyak RM4,000 tiap-tiap awal

bulan selama 3-6 bulan. Kalau boleh gunakan CEK. Dalam masa

yang sama, masukkan juga ke dalam akaun KWSP anda seolah-

olah anda mencarum KWSP sebanyak RM920 (11% + 12%).

Selepas itu, bila dah cukup 3 bulan atau 6 bulan, minta tolong

syarikat saudara / kawan anda untuk sediakan payslip & surat

pengesahan jawatan di syarikat beliau. (ini bermakna anda

mengandaikan anda bekerja di tempat mereka). Dan pastikan

Human Resource department mereka tahu pasal ini. Ini adalah

kerana kemungkinan besar bank akan call untuk buat

pengesahan pekerjaan.

Dalam masa yang sama, hantarkan juga Bank Statement

perniagaan anda dan mengandaikan bahawa anda ada buat

bisnes secara ‘part time’.

Dengan cara ini, bank akan anggap anda BEKERJA TETAP dan

MEMPUNYAI BISNES PART TIME. Jadi, permohonan anda pasti

kuat dan kemungkinan untuk lulus itu tinggi.

Page 35: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

NOTA: Sebenarnya tak rugi anda masukkan RM4,000 sebulan ke

akaun personal anda. Ini kerana anda boleh transfer semula duit

tersebut untuk masuk semula ke akaun syarikat.. Tapi better

transfer sikit-sikit jer la yer.. Untuk KWSP pula, ianya juga tak

rugi sebab wang kwsp adalah wang anda juga.. Bila umur cukup

55 tahun, anda boleh keluarkannya semula.

Page 36: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

TIPS POWER #10

[TEKNIK ADA BINI..]

Untuk tips kesepuluh ini, saya namakannya sebagai......

“TEKNIK ADA BINI”. Hehehe.. Sebenarnya saya dah banyak

ajar kawan-kawan saya untuk menggunakan teknik ini dan

kebanyakannya berkesan dan loan lulus dengan mudah.

Alhamdulillah.. Teknik ini sesuai untuk SUAMI dan ISTERI dua-

dua buat bisnes sendiri.

Cuba terangkan lebih lanjut pasal ni Hafizi...

Orait, macam ni.. sebagai suami, anda perlu tetapkan berapakah

gaji bulanan yang anda nak bagi atas nama ISTERI anda.

CONTOH, anda tetapkan RM3,000 gaji bulanan dan anda

bayarkan sekali KWSP untuknya berdasarkan gaji RM3,000 tadi..

Jadi, cukup saja 3 bulan, anda boleh terus apply loan dan

nyatakan kepada bank yang isteri anda bekerja makan gaji di

tempat anda. Sekiranya isteri anda masih belum ada komitmen

bulanan apa-apa, pasti senang saja untuk LULUS.. Nak tahu

Page 37: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

berapa banyak loan yang boleh lulus, boleh rujuk kepada TIPS

POWER #1.

Namun, sekiranya anda nak beli rumah dengan harga yang tinggi

dan gaji isteri anda tidak lepas untuk apply loan, anda boleh

apply sekali lagi dan jadikan diri anda sebagai Penjamin

(Guarantor) kepada loan isteri anda. Sekiranya loan tak lepas

juga, maka anda Joint Venture (JV) dengan isteri anda untuk

buat loan. Ini bermakna anda buat dua nama untuk rumah

tersebut.

Menarik tak? Jadi, kepada yang masih belum kahwin lagi tu..

Boleh lah kawin cepat-cepat yer. Nanti boleh cepat korang

kumpul aset.. Lepas kawen nanti insya-Allah rezeki akan

bertambah murah..

Page 38: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

TIPS POWER TAMBAHAN

[KHAS UNTUK INCOME TERLALU POWER]

Orait, tips tambahan ini saya tujukan khas untuk anda yang

mempunyai jualan yang terlalu ‘power’ di internet. Melalui teknik

ini, anda boleh mendapat jumlah loan yang sangat tinggi dan

boleh beli rumah yang lagi besar.. =)

Baiklah, bagi mereka yang mempunyai income banyak, (iaitu

hasil jualan RM500k- RM1Million setahun) Saya cadangkan agar

anda membayar Cukai dan Zakat Perniagaan. Ini adalah kerana

bila anda membayar cukai, bank akan lebih mudah mengira

berapakah pendapatan anda dan ini memudahkan loan anda nak

lulus. Kalau anda tak mahu bayar cukai tinggi, lebih baik anda

bayar saja ZAKAT PERNIAGAAN. Nanti zakat tersebut boleh

ditolak saja dengan Cukai Pendapatan anda. Zakat Perniagaan

ialah zakat yang WAJIB dikeluarkan hasil daripada harta

Page 39: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

perniagaan dan kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah

pendapatan yang wajib dizakatkan pada tarikh cukup haul

(tempoh).

Risau Kena Bayar Zakat tinggi??

Oh! Jangan risaulah kerana bisnes kita dah maju, apalah

salahnya kalau bayar zakat perniagaan anda.. Dengan cara ini,

kita dapat menyucikan harta kita di jalan Allah s.w.t.

Macamana nak kira cukai pendapatan ya Hafizi?

Tak perlulah rasanya untuk saya explain secara meleret-leret

tentang cara nak kira cukai sebab ada jalan mudah untuk

mengira cukai. Selain dari merujuk kepada www.hasil.gov.my,

anda juga boleh upah saja Tax Consultant untuk mengira cukai

bagi syarikat anda. Dengan cara ini, masa dan tenaga anda dapat

dijimatkan. Walaupun ada sedikit fee yang kena bayar, tapi servis

yang disediakan oleh Tax Consultant ini berbaloi sebab dia akan

kira dan tolong kurangkan jumlah cukai untuk syarikat kita. Kalau

Page 40: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

saya, memang tiap-tiap tahun saya akan panggil Tax Consultant

yang tolong isikan borang dan kirakan paling minimum untuk

kita. Jimat masa saya!

Lagipun, sekiranya pengiraan cukai dikira oleh mereka,

pengiraannya lebih tepat dan kita akan mudah untuk mendapat

loan rumah..

Page 41: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

PENUTUP

Sekian sahaja perkongsian dari saya.

Diharapkan anda mendapat manfaat dari panduan ringkas ini.

Sekiranya tak keberatan, sila tinggalkan testimonial / review

ringkas tentang panduan yang saya berikan ini.. Harap anda

dapat beri pendapat yang jujur ya.. Insya-Allah nanti saya akan

bagi lagi update tips-tips tambahan yang menambah perisa

kepada permohonan pinjaman perumahan anda. Pasti bank tidak

akan berfikir panjang untuk meluluskan permohonan anda..

Insya-Allah...

Oh ya! Jangan lupa masukkan nama dan email sebagai pembeli

ebook ya! Sebab kalau saya ada update tentang ebook ini atau

ada tips-tips tambahan, saya akan emailkan terus kepada anda.

Terima kasih.

Page 42: Bismillahirrahmanirrahim 100% menjadi - Tips Power …VERSI PENUH) TIPS...dan saya yakin anda jarang jumpa tips sebegini di lain-lain tempat.. Baiklah, saya akan membuat huraian seringkas

Salam Bisnes,

Hafizi Zain www.hafizizain.com Email Support: [email protected]