biologi tingkatan 5: bab 1-pengangkutan

2
1.3 Mekanisme Pembekuan Darah 1. Pembekuan darah – memberhentikan atau meminimakan kehilangan darah di tempat berlakunya kecederaan saluran darah. Pembekuan darah 1. Apabila salur darah tercedera, tisu penghububg di salur darah akan terdedah. 2. Ini menyebabkan platelet melekat dengan kolagen fiber pada tisu penghubung dan mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan platelet melekat. 3. Penggumpalan platelet membentuk plag platelet. 4. Plag platelet membolehkan kehilangan darah terhenti jika kecederaan pada salur darah adalah kecil. 5. Untuk kecederaan teruk, plag platelet dikuatkan dengan fibrin. 6. Gumpalan platelet, sel-sel yang cedera dan kator pembekuan dalam plasma membentuk activator. 7. Aktivator (thromboplastins), bersama-sama dengan bantuan ion kalsium ion dan vitamin K, mengubah prothrombin, satu plasma protein yang tidak aktif ke thrombin, satu plasma protein yang aktif. 8. Thrombin akan memangkinkan pengubahan protein terlarut (fibrinogen) kepada fibrin yang tak terlarut. 9. Fibrin adalah protein fibre yang membentuk satu lapisan di atas kecederaan yang membolehkan sel darah merah terperangkap dan menutup kecederaan. 10. Ini membentuk satu lapisan yang beku akibat pendedahan ke udara. Masalah yang berkaitan dengan pembekuan darah 1. Haemophilia a) Satu penyakit yang diwarisi disebabkan oleh kekurangan factor pembekuan dalam darah. b) Mangsa akan meninggal dunia disebabkan kehilangan darah yang banyakmeskipun disebabkan luka yang kecil.

Upload: gerard-selvaraj

Post on 27-Jun-2015

1.013 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

1.3 Mekanisme Pembekuan Darah

TRANSCRIPT

Page 1: Biologi Tingkatan 5: Bab 1-Pengangkutan

1.3 Mekanisme Pembekuan Darah

1. Pembekuan darah – memberhentikan atau meminimakan kehilangan darah di tempat berlakunya kecederaan saluran darah.

Pembekuan darah

1. Apabila salur darah tercedera, tisu penghububg di salur darah akan terdedah.2. Ini menyebabkan platelet melekat dengan kolagen fiber pada tisu penghubung dan mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan platelet melekat.3. Penggumpalan platelet membentuk plag platelet.4. Plag platelet membolehkan kehilangan darah terhenti jika kecederaan pada salur darah adalah kecil.5. Untuk kecederaan teruk, plag platelet dikuatkan dengan fibrin.6. Gumpalan platelet, sel-sel yang cedera dan kator pembekuan dalam plasma membentuk activator.7. Aktivator (thromboplastins), bersama-sama dengan bantuan ion kalsium ion dan vitamin K, mengubah prothrombin, satu plasma protein yang tidak aktif ke thrombin, satu plasma protein yang aktif.8. Thrombin akan memangkinkan pengubahan protein terlarut (fibrinogen) kepada fibrin yang tak terlarut.9. Fibrin adalah protein fibre yang membentuk satu lapisan di atas kecederaan yang membolehkan sel darah merah terperangkap dan menutup kecederaan.10. Ini membentuk satu lapisan yang beku akibat pendedahan ke udara. Masalah yang berkaitan dengan pembekuan darah

1. Haemophiliaa) Satu penyakit yang diwarisi disebabkan oleh kekurangan factor pembekuan dalam darah.b) Mangsa akan meninggal dunia disebabkan kehilangan darah yang banyakmeskipun disebabkan luka yang kecil.2. Beku (thrombus) terbentuk di dalam salur darah normal.3. Embolus - Trombus akan bergerak dalam saluran darah.4. Ebolus akan bergerak dalam saluran darah sehingga ia melalui satu arteri yang terlalu kecil.5. Apabila ini berlaku, pengaliran darah akan terhenti.6. Jika kejadian ini berlaku di arteri koronari, satu kawasan di jantung akan mati disebabkan kekurangan oksigen.7. Jika kejadian ini berlaku semasa pengaliran ke otak, mangsa akan mengalami ‘stroke’.