biografi shah waliallah ad dihlawi

6
BIOGRAFI SHAH WALIULLAH AL-DIHLAWI Hari rabu 14 syawal tahun 1114 H. ad-Dahlawi kecil dilahirkan dengan nama Qutubuddin ahmad bin Abdurrahim bin Wajihuddin al-Umriy ad-Dahlawi di Delhi, India. Sang ayah, Abdurrahim, merupakan ulama terkemuka di dahliy (nama tempat) yang menguasai ilmu dhahir dan batin serta mempunyai derajat yang tinggi dalam thoriqoh sufi. Ayahnya, Syah Abdur Rahim, seorang sufi dan sarjana terkenal yang telah membantu menyusun Fatwa-i-Alamgiri, buku tebal mengenai Hukum Islam. Ia menolak undangan Istana dan tetap mengabdikan tenaganya untuk organisasi dan pengajaran pada Madrasah Rahimiah´, sebuah sekolah teologi. Sekolah ini yang kemudian memainkan peranan penting dan pembebasan agama Islam di India. Sekolah ini yang menjadi tempat pendidikan pembaharu dan ³alMujahid´ seperti Syah Waliyullah, Syah Abdul Aziz, Sayid Ahmad dari Bareli, Maulavi Abdul Haiy dan Syah Ismail Syahid. Syah Waliyullah Al-Dihlawi mendapat pendidikan awal daripada ayahnya yang merupakan seorang yang alim dalam bidang agama. Ketika berumur tujuh tahun, dengan daya ingatan yang kuat, beliau telah menghahaz al-Quran serta memahami isi kandungannnya. Beliau menyambung pelajaran dalam ilmu bahasa termasuk bahasa Arab dan Farsi, tafsir, hadis, fikih, tasawuf, matematik, perubatan dan lain-lain. Beliau dapat menguasai semua ilmu tersebut dengan baik pada usia lima belas tahun. Ketika beliau hampir berumur tujuh belas tahun, Syah Waliyullah sudah mula mengajar di Madrasah al-Rahimiah, dan menerusakan tugas mengambil alih tempat ayahnya sebagai guru setelah ayahnya meninggal dunia pada tahun 1719 Masihi (1131 Hijrah). Tugasnya ini menjadikan beliau terkenal dan ramai pelajar dari luar datang belajar dengannya. Syah Waliyullah dan juga Qutbuddin adalah dua nama gelaran bagi beliau. Hal ini kerana beliau telah mencapai taraf imam dalam tarekat sufiah di India. Pada tahun 1143 beliau pergi ke haramain untuk menunaikan ibadah haji bersama paman dari ibunya syeh Ubaidilah al-Barhuwi, sepupunya muhammad ‘Asyiq serta sahabat yang lainnya. Ad-Dhalawi berada di haramain selama dua tahun dan menjadi murid dari syeh Abi Thahir Muhammad bin Ibrahim dimadinah munawwarah, ad-Dahlawi berlajar kepadanya, sampai hatam, Shahih bukhari dengan cara qiraah dan sima’i. Beberapa dari shahih muslim, jami’ turmudi, sunan abi daud sunan ibn majah, muwatta` imam Malik, musnad imam Ahmad, ar-risalanya imam Syafi’i, jamiil kabir. Dan hanya mendengarkan (sima’i) dari syeh abi Thahir Muhammad kitab musnad al-Hafid ad-Darimidari mulai awal sampai akhir dalam sepuluh kali pertemuan didalam masjid nabawi disamping mihrab usmani mengahadap makam nabi. Ad-Dahlawi merupakan pelajar yang cerdas dan ulet sehingga tak ayal syehnya di madinah mengatakan bahwa “dia (ad-Dahlawi) mengambil sanad dari lafadz dan saya hanya menbenarkan maknanya” bermodal kepintarannya semasa belajar lahirlah

Upload: solehah-mohammad-rodze

Post on 29-Dec-2015

283 views

Category:

Documents

3 download

DESCRIPTION

tokoh ulama yang kurang terkenal tetapi mesti dibaca

TRANSCRIPT

Page 1: Biografi Shah Waliallah Ad Dihlawi

Page 2: Biografi Shah Waliallah Ad Dihlawi

bermacam-macam karya dari tangan beliau yang menunjukkan betapa luas ilmu yang dikuasainya. Berikut nama-nama kitab berdasarkan disiplin ilmunya. Dalam bidang Ulum al-Qur`an 1. Fathu ar-Rahman fi tarjamah al-Quran dengan bahasa prancis 2. Az-Zahrawin fi tafsir surah al-Baqarah wa al-Imran. 3. Al-fauzul Kabir fi ushul at-Tafsir. Menerangkan lima dasar al-quran dan ta’wil huruf muqatha’ah. 4. Ta`wil al-ahadits. Berbicara tentang kisah para nabi dan menerangkan dasar diutusnya bersama kehidupan sebelum kenabian bersama kabilah kaumnya, dan juga memaparkan hikmah ilahiyah di zaman mereka. 5. Al-fath al-Khabir. Sama dengan bagian kelima dari kitab al-fauzul Kabir fi ushul at-Tafsir dengan menitik beratkan kepada gharib al-Qur`an dan tafsirnya yang diriwayatkan dari Abdullah ibn Abbas R.A. 6. Qawanin at-Tarjamah. Menjelaskan metode terjemah al-Quran serta solusi problematika didalamnya. Dalam bidang Hadits wa Ulumihi 1. Al-Musthafa syarh al-Muwatha`. 2. Al-Maswa syarh al-Muwatha` ditulis dengan bahasa arab dengan disertai perbedaan madzhab dan penjelasan lafadz-lafadz yang gharib. 3. Syarh tarajim abwab al-bukhari. 4. An-nawadir min ahadits sayyid al-awail wa al-akhirin 5. Arbain. Kumpulan empat puluh hadits yang diriwayatkan dari gurunya abi thahir dengan sanad yang muttashil kepada ali bin abi thalib, R.A. 6. Ad-dar ats-tsamin fi mubasyarat an-nabi al-amien. 7. Al-irsyad ila muhimmat al-isnad. 8. Risalah basyithah fi al-asanid. Ditulis dengan bahasa prancis. Dalam bidang ushul ad-Din

Page 3: Biografi Shah Waliallah Ad Dihlawi

1. Hujjatullah al-Balighah. Kitab yang membahas ilmu asrar asy-syariah dan hukumnya. 2. Izalah al-khafa` an khilafah al-khulafa`. Dalam bahasa arab. 3. Husn al-Aqidah. 4. Al-Inshaf fi bayan asbab al-Ikhtilaf. 5. Aqd al-Jayyid fi ahkam al-ijtihad wa at-Taqlid. 6. Al-budur al-Bazighah. 7. Al-muqaddimat as-sunniyah fi intishar al-Firqah sunniyah. Bidang Ilmu Hakikat dan Behaviourisme. 1. Al-maktub al-Madani. 2. Althaf al-Quds fi abayan lathaif an-Nafs. 3. Al-Qawl al-Jamil fi Bayan sawa`i as-Sabil. 4. Al-Intibah fi Salasil Awliya`Illah. 5. Hama’at. 6. Lama’at. 7. Satha’at. 8. Hawami’. Syarah Hizb al-Bahr. 9. Syifa` al-Qulub. 10. Khair al-Katsir. 11. At-Tafhimat. Al-Ilahiyah. 12. Fuyud al-haramain. Bidang sejarah dan sastra. 1. Surur al-Mahzun. Dalam bahasa prancis. Ringkasa kitab Nur al-Uyun fi talkhis sir al-amien wa al-Ma`mun.

Page 4: Biografi Shah Waliallah Ad Dihlawi

2. Anfas al-Arifin. Kitab yang berisi biografi sesepuh beliau dan pembesar keluarganya. 3. Insan al-ain fi Masyayikh al-Haramain. 4. Diwan asy-syi’ri al-Arabi.l. Syah Waliyullah Al-Dihlawi meninggal dunia ketika berusia 62 tahun, pada tahun 1763 Masihi bersamaan dengan 1176 hijrah,29 Muharam. PEMIKIRAN DAN SUMBANGAN SYAH WALIYULLAH Beliau meneruskan perjuangan dalam bidang ilmu pengetahuan. Pada peringkat awalnya, pengajaran dilakukan di rumahnya dan juga di Madrasah al- Rahimiah. Tetapi setelah sambutan yang baik daripada masyarakat, maka beliau membuka sebuah pusat pengajian lagi yaitu, µDarul Ulum, yang berjaya melahirkan ramai tokoh ilmuan. Beliau bersama murid-muridnya memperjuangkan pemikiran pembaharuan dalam aspek-aspek tertentu. Maka antara peranan-peranan yang dimainkan oleh Syah. Waliyullah dalam gerakan Tajdid wa al-Islah yaitu gerakan menuju ke arah pembaharuan pada abad kedua belas mengenai aspek-aspek itu termasuklah : Akidah- membetulkan akidah masyarakat Islam: Beliau telah menjelaskan tentang pentingnya aqidah untuk membetulkan cara berfikir, beramal dan bertindak, serta kesilapan umat Islam kerana salah faham dalam aqidah yang perlu diperbetulkan semula. Pegangan al-Quran dan al-Sunnah: memahami dan mengkaji kandungan al-Quran; Ulum al-Quran dan Ulum al-Sunnah dipelajari secara mendalam untuk dapat memahami rahasia dan hikmah-hikmah dalam syariat Allah Ta'ala, seperti yang difahami oleh orang Islam zaman awal. Orang Islam hendaklah mengutamakan al-Quran dan al-Sunnah sebagi panduan hidup serta meninggalkan taqlid kepada pendapat-pendapat fuqaha melainkan setelah dibahas,dihalusi dan difahami hujjah mereka; Siasah dan Pemerintahan: Beliau mengajak umat Islam Mencontohi Khulafa al-Rasyidin al-Muhtadin dalam menegakkan syariat Allah Ta’ala melalui pemerintahan negara Islam. Menurut beliau kebanyakkan orang Islam tidak tahu berbahasa Arab. Ini menyebabkan mereka tidak dapat memahami al-Quran dan al-Sunnah secara langsung.

Page 5: Biografi Shah Waliallah Ad Dihlawi

Setiap orang Islam sepatutnya tahu bahasa Arab dan dapat memahami makna al-Quran sekurang-kurangnya secara umum apabila membacanya. Masa depan dunia Islam: Dalam perjuangan gerakan pembaharuannya, beliau melihat umat Islam perlu bersedia dengan kemampuan akal yang tinggi bagi menghadapi kemajuan dunia yang mencabar. Mereka perlu dibekalkan dengan ilmu dan kefahaman yang mendalam tentang hikmah-hikmah ajaran agama dan syariat Allah Taala. Beliau sendiri memberi sumbangan yang bermakna dalam aspek tersebut dengan mengarang beberapa buah buku, antaranya : Hujjatullah alBalighah dan Izalatul khafai an khilatil-khulafaa dan sebagainya. Sekiranya sesebuah negeri itu tidak dapat dibaiki lagi kerana terlalu rusak, satu angkatan jihad bagi menumbangkan pemerintahan itu hendaklah dibentuk supaya dapat dibentuk sebuah negara Islam yang baru dan melaksanakan syariat Allah Ta’ala. Kegiatannya tidak hanya terbatas pada bidang kerohanian dan intelektual sahaja. Ia hidup dalam zaman yang bergolak dan semasa hidupnya ia menyaksikan beberapa penguasa yang menduduki singgahsana Delhi. Diberkahi dengan pandangan politik yang tajam, ia melihat dengan kesedihan yang mendalam kehancuran di negeri itu, sehingga ia menulis surat kepada para penguasa politik seperti Ahmad Syah Abdali, Nizam al-Muluk dan Najib al-Daulah, agar mereka menghentikan kerosakan yang melekat pada kehidupan politik orang- orang Islam di India. KARYA-KARYA SYAH WALIYULLAH Syah Waliyullah juga adalah seorang penulis yang produktif. Ia menulis dalam dua bahasa, Arab dan Parsi. Sampai saat ini, beberapa di antara buku-bukunya itu tersimpan di seluruh wilayah literatur Islam dan belum diungguli oleh buku lain. Beliau telah meninggalkan beberapa karya dalam berbagai bidang seperti tafsir al-Quran, Hadis, Akidah, Syariah, tasawuf dan sejarah.Contohnya, antara lain: Al-Fauzul-Kabir mengenai tafsir al-Quran. Fathur-Rahman fi tarjamatil Quran -tafsir al-Quran dlm bahasa Farsi. Al-Zahrawaini -membicarakan tafsir surah al-Baqarah dan Ali-Imran. AlMusoffa syarah al-Muwattha. Hujjatul-Baalighah (membincangkan hikmah-hikmah Syariah). KESIMPULAN Syah Waliyullah merupakan seorang yang alim, bijak, berwibawa dan berkemampuan sebagai pemimpin. Sifat-sifat pribadi beliau antaranya mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan, bersifat rajin, tekun dan sabar dalam menimba ilmu pengetahuan, mempunyai daya ingatan yang kuat dan telah hafaz al-Quran ketika berusia tujuh tahun, menguasai berbagai-bagai bidang ilmu agama dan akademik, dan merupakan

Page 6: Biografi Shah Waliallah Ad Dihlawi

seorang guru yang terkenal dan pejuang yang gigih. Beliau kreatif dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi dalam pelbagai bidang ilmiah yang menjadi bahan rujukan kepada orang ramai. Beliau sangat berpegang teguh pada agama dan tidak mudah bertaklid tanpa usul periksa. Maka kesan daripada perjuangan beliau ini, lahirlah para ulama yang berwibawa yang meneruskan perjuangnya membangunkan masyarakat Islam: Berjaya merubah pemikiran masyarakat Ilsam di India kepada kemajuan dan pembaharuan mengikut peredaran zaman; berjaya merubah akidah dan cara pemikiran masyarakat Islam di India kepada akidah benar berdasarkan kebenaran yang hakiki.