biodata

2
TOKOH: ABU BAKR MUHAMMAD BIN ZAKARIYA AL- RAZI (864 -930M) BIODATA AL-RAZI Abu Bakr Muhammad Bin Zakariya Al-Razi atau lebih dikenali dengan al-Razi merupakan seorang tokoh agung yang berasal dari Parsi dalam abad pertengahan. Beliau telah dilahirkan di Rayy berhampiran Tehran pada tahun 864M. Di awal kehidupannya, al-Razi begitu tertarik dalam bidang nyanyian dan muzik disamping bidang kerjaya yang lain. Tetapi disebabkan minat yang tinggi dalam ilmu pengetahuan maka masanya banyak dihabiskan dengan mengkaji ilmu-ilmu seperti kimia, falsafah, logik, matematik dan fizik. Walau bagaimanapun beliau lebih cenderung ke arah bidang perubatan yang sememangnya masa lapangnya banyak dihabiskan dengan mengkaji, belajar, berlatih dan menulis mengenai ilmu perubatan. Disebabkan namanya begitu masyhur dalam bidang perubatan, beliau telah dipilih sebagai ketua ahli fizik di Hospital Di Raja yang pertama di Rayy dan selepas 4

Upload: sha

Post on 25-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

al khawarizmi

TRANSCRIPT

TOKOH: ABU BAKR MUHAMMAD BIN ZAKARIYA AL- RAZI (864 -930M)

BIODATA AL-RAZI Abu Bakr Muhammad Bin Zakariya Al-Razi atau lebih dikenali dengan al-Razi merupakan seorang tokoh agung yang berasal dari Parsi dalam abad pertengahan. Beliau telah dilahirkan di Rayy berhampiran Tehran pada tahun 864M. Di awal kehidupannya, al-Razi begitu tertarik dalam bidang nyanyian dan muzik disamping bidang kerjaya yang lain. Tetapi disebabkan minat yang tinggi dalam ilmu pengetahuan maka masanya banyak dihabiskan dengan mengkaji ilmu-ilmu seperti kimia, falsafah, logik, matematik dan fizik. Walau bagaimanapun beliau lebih cenderung ke arah bidang perubatan yang sememangnya masa lapangnya banyak dihabiskan dengan mengkaji, belajar, berlatih dan menulis mengenai ilmu perubatan. Disebabkan namanya begitu masyhur dalam bidang perubatan, beliau telah dipilih sebagai ketua ahli fizik di Hospital Di Raja yang pertama di Rayy dan selepas itu, sewaktu pemerintahan Adhud - Daulah beliau telah ditukar pula ke Hospital Muqtadari di Baghdad dan dilantik sebagai pengarah hospital.Mengikut sejarah, Adhud - Daulah telah meminta beliau membina sebuah hospital baru. Oleh yang demikian maka beliau pun melakukan satu ujikaji iaitu dengan meletakkan kepingan-kepingan daging di beberapa tempat di bandar Baghdad dan kemudiannya mengukur tahap kerosakan daging tersebut. Beliau kemudian menentukan pula tapak hospital dengan memilih kawasan di mana kepingan daging tadi mengalami tahap kerosakan yang amat rendah. Pertukaran dari satu tempat ke satu tempat sering berlaku terutamanya antara Baghdad dengan Rayy, tetapi akhirnya beliau kembali berkhidmat di Rayy dimana beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sekitar 930M. Sewaktu hayatnya beliau pernah digelarkan sebagai Jalinus Arab (Galen of the Arab) dan merupakan guru kepada Ibn Sina. Namanya telah digunakan oleh sebuah institusi iaitu Institusi Razi berhampiran bandar Tehran sebagai memperingati jasa-jasanya.4