bio solan 1 & 2

Upload: la-suerte-aiman

Post on 06-Oct-2015

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ddsd

TRANSCRIPT

1. kiskan rajah dan huraikan mekanisme biji benih yang sedang bercambah

Mekanisme biji benih

Faktor percambahan biji benih ialah kapanasan, kelembapan dan memerlukan oksigen. Embrio dan endosperma akan menyerap air, membengkak dan akhirnya terpecah. Ini akan membebaskan embrio dan membolehkan perkembangan biji benih diteruskan. Kebanyakkan biji benih tidak memerlukan zat makanan dari tanah untuk bercambah. Biji benih akan bercambah seperti biasa walaupun di atas kapas yabg lembap. Selepas percambahan, hipokotil akan memanjang dan muncul dari kulit biji benih. Kemudian, radikel tumbuh keluar dari hipokotil dan oleh sebab ia menunujukkan geotropisme positif, radikel akan tumbuh ke bawah ke dalam tanah. Manakala plumul bersama-sama dengan epikotil di mana ia menunujukkan geotropisme negatif tumbuh di atas tanah ke arah atas.

a. Peranan Gibberellic acid dan aleurone dalam merembeskan alfa amylase.

b. Perbezaan percambahan epigeal dan hypogeal

EpigealHypogeal

Percambahan epigeal berlaku disebabkan hipokotil memanjang dan melengkung ke atas mengakibatkan plumul dan kotiledon ditolak ke atas tanah.

Biji benih yang bercambah dengan cara epigeal akan biasanya mempunyai kotiledon yang kecil.

Apabila terdedah kepada cahaya matahari,biji benih akan melakukan proses fotosintesis.

Sebelum biji benih melakukan fotosintesis, biji benih mendapat makanan daripada tisu endosperma

Biasanya tisu endosperma bagi biji benih jenis ini adalah besar Percambahan hypogeal berlaku melalui pemanjangan epikotil yang menyebabkan plumul ditolak keluar ke atas tanah meninggalkan kotiledon yang masih terkandung dalam kulit biji benih di bawah tanah.

Biji benih yang bercambah dengan cara hypogeal, biasanya mempunyai makanan simpanan yang banyak di mana ia tersimpan dalam kotiledon.

Ini akan memberikan makanan yang cukup kepada embrio yang sedang berkembang sehingga daun hijau pertama terbentuk pada hujung plumul untuk melakukan fotosintesis.

Pada sesetengah tumbuhan seperti jagung dan gandum, plumulnya akan dilindungi oleh satu seludung atau koleoptil yang pecah untuk membebaskan daun pertamanya.

2. (a) Lengkapkan jadual bagi kadar pemanjangan dan kadar pemanjangan relatif.HariPanjang daun (mm)Kadar pemanjanganKadar pemanjangan relatif (%)

04.04.0100.00

523.019.082.60

752.029.055.77

1068.016.023.52

1274.06.08.10

1476.02.02.63

2076.00.00.00

(b) Plotkan graf tumbesaran sigmoid, graf kadar tumbesaran dan graf tumbesaran relatif

(c) Dari graf tersebut, cari nilai bagi fasa lag, fasa log, fasa nyah pecutan dan fasa plateau(d) Apakah maksud kadar tumbesaran dan kadar tumbesaran relatif bagi graf di atas

Kadar tumbesaran Jika kadar pertumbuhan melawan hari diplotkan, satu lengkung kadar tumbesaran mutlak berbentuk loceng diperoleh. Lengkung kadar tumbesaran diperoleh menunjukkan perubahan kadar pertumbuhan dengan masa. Oleh itu, kadar pertumbuhan sesuatu organisma atau populasi bertambah dengan masa sehingga mencapai tahap maksimum. Selepas itu, kadar pertumbuhan akan turun sehingga menjadi sifar.

Kadar tumbesaran relatif Ialah pertambahan saiz yang dinyatakan sebagai peratus saiz yang tercapai pada sesuatu masa. Mengikut lengkung tersebut, kadar pertumbuhan adalah maksimum pada permulaan dan berkurang beransur-ansur dengan masa.