bincangkan secara operasional teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut situasi dan teori...

Upload: losinin-johalin

Post on 29-May-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Bincangkan secara operasional teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut situasi dan teori mengurus

    1/9

    1

    Subjek :

    TT1013 Teori dan Prinsip Pengurusan Pendidikan

    Ahli Kumpulan:

    1. Losinin Johalin (GT2010-2045)

    2. Abd. Rauf Noh (GT2010-2029)

    3. Ashmar Labadu (GT2010-2025)

    4. Pariseh Ampuli (GT2010 -2026)

    Nama Pensyarah :

    Cik Crispina Gregory K.Han

    Soalan:

    Bincangkan secara operasional teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut

    situasi dan teori mengurus perubahan dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah

    (20 markah)

  • 8/8/2019 Bincangkan secara operasional teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut situasi dan teori mengurus

    2/9

  • 8/8/2019 Bincangkan secara operasional teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut situasi dan teori mengurus

    3/9

    3

    lagi. Pakar teori perhubungan manusia percaya bahawa perubahan organisasi adalah serupa

    dengan pembangunan psikologi individu ia diperlukan untuk kita berfungsi dengan sihat

    Menurut teori ini, perubahan yang sangat berkesan harus berpunca atau datang daripada

    peringkat individu dan kumpulan dan bukannya daripada pihak atasan/atas ke bawah (up

    bottom). Bagaimanapun kedua-dua belah pihak, iaitu atasan dan bawahan boleh saling

    mempengaruhi antara satu sama lain untuk mencapai kepentingan dan kejayaan sesuatu

    organisasi.

    Teori ini mempunyai kaitan yang rapat dengan aspek pengurusan dan pentadbiran di

    sekolah, di mana persekitaran kerja memerlukan perhubungan dua hala yang berkesan

    untuk mencapai matlamat sekolah. Perhubungan yang baik serta kerjasama yang padu di

    antara Guru Besar dan guru-guru boleh mendatangkan kesan yang positif terhadap budaya

    kerja di sekolah.

    Masyarakat sekolah perlu mewujudkan persekitaran budaya perhubungan sumber manusia

    hendaklah sentiasa erat, harmoni dan saling memahami akan keperluan kakitangan lain.

    Masyarakat sekolah perlu bantu membantu di antara satau sama lain untuk mencapai misi

    dan visi organisasi.

    Jika hubungan antara kakitangan sekolah dalam keadaan yang tidak baik akan

    menyebabkan gangguan yang boleh menghalang kepada proses pencapaian matlamat

    bersama.

    Melalui teori ini juga, setiap kakitangan perlu mempunyai kefahaman dalam bidang tugas

    masing-masing secara individu atau kumpulan. Kefahaman dalam setiap bidang tugas yang

    diberi akan memudahkannya melaksanakan proses untuk mencapai objek yang ditentukan.

    Terdapat banyak amalan pengurusan dan pentadbiran di sekolah yang telah dipraktikkan

    mempunyai kaitan dengan teori ini. Berdasarkan pengalaman serta pemerhatian semasa

    bertugas di sekolah, perkara-perkara berikut sering diamalkan:-

    (i) Guru-guru menjalankan tugas mereka berdasarkan kepada hala tuju yang ditetapkansecara bersama dan diputuskan dalam satu mesyuarat.

    (ii) Guru Besar memberikan penekanan terhadap penetapan tugas yang perlu dicapaioleh pihak sekolah seperti mencapai visi, misi, matlamat dan objektif

    (iii) Guru Besar memberi penekanan kepada individu secara interpersonal untukmencapai tugas masing-masing seperti yang telah ditetapkan

  • 8/8/2019 Bincangkan secara operasional teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut situasi dan teori mengurus

    4/9

    4

    (iv) Guru Besar mencadangkan visi dan misi sekolah serta dibincangkan secara kolektif dikalangan staf

    (v) Guru diberikan bimbingan untuk memahami visi dan misi tersebut dalam satu kursusdalaman

    (vi) Semua staf menterjemahkan setiap tindakan profesionalisme mereka ke arahmencapai visi dan misi yang telah ditetapkan

    (vii) Pada setiap awal tahun Guru Besar telah menentukan senarai tugas guru(viii) Guru Besar menentukan tugas guru berdasarkan kepada kepakaran serta kemahiran

    masing-masing

    (ix) Guru Besar mengulangi beberapa perkara yang sama semasa mesyuarat staf supayasetiap daripada staf memahami kehendak pentadbir

    (x) Guru-guru memahami perbezaan di antara kehendak dan keperluan pihak pentadbir(xi) Setiap masalah diselesaikan melalui mesyuarat dan mementingkan keputusan

    bersama

    (xii) Guru Besar mengadakan sesi pertemuan secara 4 mata di antara guru untukmenentukan fokus kerja yang hendak dicapai secara individu Mengadakan aktiviti

    silaturrahim untuk mengukuhkan hubungan di antara staf

    (xiii) Mengadakan kursus dalaman untuk memberikan kefahaman dalam bidang tugasmasing-masing untuk meningkatkan kemahiran

    2. Teori Kepimpinan Mengikut Situasi

    Teori ini mengandaikan gaya kepimpinan, dan model kepimpinan yang berbeza itu adalah

    lebih baik di situasi-situasi berbeza, dan pemimpin-pemimpin itu mesti mudah berubah

    untuk memilih gaya yang sesuai dengan situasi yang wujud. Pemimpin mempelbagaikan

    stail kepimpinan mengikut kemahiran atau kemampuan dan kesungguhan pengikut dalam

    organisasi. Ia juga mengambil kira kontingensi situasi seperti kematangan pengikut.

    Kematangan merujuk kepada tahap keupayaan dan persediaan seseorang pengikutmenyempurnakan sesuatu tugas iaitu meliputi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran

    teknikal, keyakinan diri, komitmen, motivasi dan harga diri berhubung dengan sesuatu

    tugas.

  • 8/8/2019 Bincangkan secara operasional teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut situasi dan teori mengurus

    5/9

    5

    Mengikut teori kepimpinan situasi, semakin matang tahap perkembangan pengikut,

    semakin tinggi tahap penguasaan kemahiran dan pengetahuan di dalam sesuatu tugasan,

    semakin tinggi tahap komitmen pengikutnya, pemimpin seharusnya mengurangkan stail

    kepimpinan yang berteraskan arahan tugasan dan penyeliaan yang ketat kepada stail

    yang berorientasikan hubungan dengan pengikut iaitu memberi sokongan (supporting) .Akhirnya apabila tahap perkembangan pengikutnya sangat tinggi dan matang bukan sahaja

    dalam disiplin tugasnya bahkan dalam aspek psikologi pemimpin haruslah mendelegasi .

    Kesimpulannya dapatlah ditegaskan bahawa kepimpinan mengikut situasiialah suatu proses

    mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan supaya dapat mencapai matlamat dalam

    sesuatu situasi tertentu.

    Seorang pemimpin yang berkesan adalah seorang pemimpin yang dapat mengubah

    gaya kepimpinannnya mengikut situasi yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

    Guru Besar yang berkesan telah mengamalkan stail kepimpinan situasi apabila

    menguruskan sekolah dan stail utama ialah stail membimbing diikuti oleh stail

    menyokong, mengarah dan mendelegasi . Stail mengarah selalunya digunakan

    terhadap guru-guru baru, stail membimbing terhadap guru-guru yang kurang

    berpengalaman dan stail mendelegasi terhadap guru-guru kanan.

    Seorang pemimpin situasi itu perlu meneliti keseluruhan orang bawahannya,

    mendekati pekerjanya dalam setiap tugasan yang diberi, memilih stail kepimpinan,

    berbincang dengan orang bawahannya dalam situasi yang berbeza dan kemudiannya

    melaksanakan perancangan secara bersama.

    Dalam tahun 1969 Paul Hersay dan Ken Blanchard, telah membangunkan model

    kepimpinan mengikut situasi berteraskan kepada dua konsep iaitu gaya atau stail

    kepimpinan dan tahap perkembangan pengikut.. Stail kepimpinan yang diutarakan dalam

    model ini ialah Telling (Directing), Selling (Coaching), Participating (Supporting), dan

    Delegating

    Guru Besar memainkan peranan membimbing, menyokong di samping mengarah dan

    mendelegasi. Natijahnya hubungan yang baik, hubungan komuni kasi dua hala dapat

    diwujudkan. Guru Besar memberikan penekanan tentang apa, dan bagaimana

    melaksanakan sesuatu tugas dan bila patut diselesaikan. Buah fikiran guru diambil kira

    walaupun keputusan mutlak tetap berada di tangan Guru Besar.

  • 8/8/2019 Bincangkan secara operasional teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut situasi dan teori mengurus

    6/9

    6

    Stail mengarah selalunya kepada guru baru atau guru prestasi rendah dan sering

    mengelak tugas. Melalui pengamatan yang teliti guru-guru yang tahap komitmennya rendah

    dibekalkan dengan suatu senarai tugasan yang konkrit, meliputi objektif atau apa yang

    hendak dicapai, jangka masa pelaksanaan dan strategi atau plan operasi yang lengkap.

    Guru Besar akan terus memantau perkembangan pelaksanaan tugasnya dan menegur sertamengarah untuk membaiki atau menambahbaik bahagian-bahagian tertentu dalam tugasan

    yang ditetapkan.

    Stail membimbing pula diberikan khusus kepada guru kurang berpengalaman dan

    pengetahuan tentang tugas. Mereka ini selalunya mempunyai tahap komitmen yang rendah

    dengan tahap kompetensi yang sederhana. Mereka ini perlu kepada arahan dan juga

    bimbingan yang berterusan. Di sini Guru Besar perlu pula ada kemahiran komunikasi dua

    hala dalam menentukan target atau sasaran kerja bersama dengan mereka disamping

    menunjuk ajar pada perkara-perkara tertentu yang mereka tidak mempunyai kemahiran.

    Sebagai contoh bagaimana Guru Besar merangsang dan membimbing guru-guru ini dalam

    meningkatkan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Guru Besar membimbing mereka bagaimana membuat persembahan melalui

    aplikasi power point . Akhirnya setelah mereka mempunyai kemahiran dengan bimbingan

    dan arahan yang semakin berkurangan arasnya, mereka menjadi lebih baik dengan

    komitmen dan kompetensi yang tinggi.

    Dalam situasi dimana guru-guru berpengalaman akan dibawa berbincang dan

    meminta pendapat, menentukan objektif atau matlamat. Sifat kepimpinan Guru Besar

    banyak menyokong mereka disamping mengurangkan stail mengarah. Dalam menyelesaikan

    sesuatu tugasan, guru-guru seperti ini diberi peluang membina modul -modul tersendiri

    dengan mengambil kira kompetensi yang mereka miliki. Lazimnya, Guru Besar tidak

    menentukan cara atau kaedah yang digunakan tetapi matlamatnya mestilah dapat dicapai

    dengan tepat. Sokongan yang diberi kepada mereka ada kalanya berbentuk moral begitu

    juga material. Stail menyokong biasanya digunakan dalam pengurusan kokurikulum.

    Seorang guru yang melatih pasukan bola jaring diberi kebebasan untuk mengekploitasi apakaedah sekalipun asalkan pasukan mereka menjadi johan dalam pertandingan tersebut.

  • 8/8/2019 Bincangkan secara operasional teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut situasi dan teori mengurus

    7/9

  • 8/8/2019 Bincangkan secara operasional teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut situasi dan teori mengurus

    8/9

    8

    - Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab

    & sistem ganjaran.

    (iii) Perubahan reaktifPerubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan pihakberkepentingan (stakeholders) . Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap

    isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.

    Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah

    dilakukan.

    (iv) Perubahan diakibatkan oleh jangkaanPerubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana

    terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan

    perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif.

    Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:

    - Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.

    - Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas

    kehendak pelanggan.

    - Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.

    - Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.

    - Perubahan dalam trend tenaga kerja.

    Amalan-amalan pengurusan dan pentadbiran di sekolah yang menjurus kepada teori

    mengurus perubahan di antaranya ialah:-

    (i) Pembahagian tugasan dan menyusun semula struktur organisasi(ii) Latihan dalaman secara berkala dan berfokus seperti kursus perkembangan

    staf

    (iii) Teamwork building untuk membina kumpulan kerja yang bermutu.Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti

    matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut

    (Barrot & Raybould 1998).

  • 8/8/2019 Bincangkan secara operasional teori perhubungan manusia, teori kepimpinan mengikut situasi dan teori mengurus

    9/9

    9

    (iv) Memberikan penekanan perubahan kepada perkara utama di sekolah sepertiperubahan :

    i. Individu.

    ii. Kumpulan / Pasukan.

    iii. Jabatan.iv. Organisasi.

    v. Sistem Organisasi.

    vi. Komuniti.

    (v) Guru besar perlu menentukan perubahan yang dilakukan hendaklah dari satuunit yang kecil (individu guru) kepada kumpulan besar.

    Kesimpulan:

    Teori-teori pengurusan banyak membantu Guru-guru Besar atau pengetua di sekolah

    untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan subordinat. Guru Besar mempunyai

    pelbagai pilihan stail kepimpinan berdasarkan keadaan dan keperluan.

    Rujukan:

    1. Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan (2008) Abdul Ghani Abdullah Phd,

    Abd.Rahman Abd. Aziz, Mohammed Zahir Ahmad

    2. Visi ke Realiti: Pengalaman Sekolah Menengah Teknik Tawau oleh Pn. Mary Yap Kain

    Ching.

    3. Teori dan Teknik Kepimpinan (2003) Ainon Mohamad ,Abdullah Hassan,

    4. Journal IAB

    5. Internet Scribd, http://www.chimaeraconsulting.com/sitleader.htm

    6. http://www.12manage.com/methods_blanchard_situational_leadership.html