bincangkan peranan dan sumbanagan mahatma gandhi ( baru )

Upload: kseven-hv

Post on 04-Apr-2018

331 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Bincangkan Peranan Dan Sumbanagan Mahatma Gandhi ( Baru )

    1/10

    BINCANGKAN PERANAN DAN SUMBANAGAN MAHATMA GANDHI

    DALAM PERKEMBANGAN NASIONALISME INDIA

    Dalam gerakan nasionalisme sesebuah negara , seorang tokoh merupakan

    pengerak dalam mencapai matlamat nasionalisme. Dalam membincangkan peranan

    tokoh negara India , Mahatma Gandhi merupakan bintang yang paling bersinar antara

    tokoh tokoh nasionalisme India yang lain. Ini adalah kerana perjuangannya adalah

    sesuatu yang unik iaitu tanpa kekerasan

    Dalam membincangkan peranan beliau dalam nasionalisme India dasar-

    dasarnyalah yang menggerakkan nasionalisme .Sebelum kita membincangkan peranan

    Gandhi dalam nasionalisme India , adalah baiknya dibincangkan dahulu mengenai latar

    belakang dan pengalaman beliau .

    Mohandas Karamchand Gandhi ( 2 Oktober, 1869 - 30 Januari, 1948) juga

    dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sanskrit: "berjiwa hebat") adalah seorang pemimpin

    spiritual dan tokoh politik tersohor dari India. Pada masa kehidupan Gandhi, banyak

    negeri di India yang merupakan jajahan British. Penduduk di koloni-koloni tersebut

    mendambakan kemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri. Gandhi adalah

    salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India.

    Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan

    kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.

    Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah

    Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand,

    merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya

    bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi

    sumber inspirasi bagi beliau. Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk

    sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Disekolah beliau dianggap

    sebagai seorang pelajar yang "mediocre" atau sederhana dan merupakan seorang yang

    sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti.

    Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru

    kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya. Mengikut adat orang India pada waktu

    itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada

    http://ms.wikipedia.org/wiki/2_Oktoberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1869http://ms.wikipedia.org/wiki/30_Januarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1948http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Spiritual&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Politikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Jajahan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kemerdekaanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Aktivis&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kekerasan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Demonstrasi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/1869http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Porbandar&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gujarathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_kastahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menterihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pekanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_rendahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pelajar&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/2_Oktoberhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1869http://ms.wikipedia.org/wiki/30_Januarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1948http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Spiritual&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Politikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Jajahan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kemerdekaanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Aktivis&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kekerasan&action=edithttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Demonstrasi&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/1869http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Porbandar&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gujarathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_kastahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menterihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pekanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_rendahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pelajar&action=edit
  • 7/29/2019 Bincangkan Peranan Dan Sumbanagan Mahatma Gandhi ( Baru )

    2/10

    Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya. Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan

    pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Disamping

    mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan.

    Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam

    telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang

    ke India sebagai seorangpeguam.

    Setelah lulus, Gandhi kembali ke India . Beliau bertugas sebagai peguam di

    Bombay .Selepas itu beliau telah ke Afrika Selatan .Dalam tahun 1893 satu peristiwa

    perit yang berlaku semasa di dalam keretapi telah menjadikan jiwa Gandhi mula

    memberontak untuk mempertahankan hak-hak kemanusiaan yang kemudiannya menjadi

    tekad dan teras perjuangan dalam jiwanya.

    Setelah memperoleh pengalaman menentang British tanpa kekerasan selama 21

    tahun di Afrika Selatan , Gandhi pulang ke tanah air untuk membebaska India dari

    cengkaman British . Semasa di Afrika Selatan pun beliau berasa sifat perkauman dan

    penindasan banyak dilakukan ke atas kaum imigran dan pribumi. Seperti kata Mahatma

    Gandhi: " I discovered that as a man and as an Indian, I had no right . More correctly,

    I had no right because I was an lndian .Di Afrika Selatanlah beliau telah bergiat cergas

    menuntut keadilan untuk masyarakat India dengan menggunakan falsafah ' Satyagraha'

    yang bererti mempertahankan kebenaran tanpa kekerasan melalui kekuatan jiwa.

    Seperti yang telah saya katakan , memang sukar untuk melihat peranan Gandhi

    dalam pergerakkan nasionalisme India tanpa melihat dasar-dasar yang dibawanya dan

    tanpa meneliti maksud nasionalisme itu sendiri berasaskan tokoh ini. Dalam falsafah

    politiknya Gandhi dalam tahun 1925 telah mendifinisikan nasionalisme satu keadaan

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Southampton&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Englandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kristianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yahudihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1891http://ms.wikipedia.org/wiki/Peguamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Southampton&action=edithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Englandhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kristianhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yahudihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1891http://ms.wikipedia.org/wiki/Peguam
  • 7/29/2019 Bincangkan Peranan Dan Sumbanagan Mahatma Gandhi ( Baru )

    3/10

    yang akan memberikan sumber sumber negara kepada semua lapisan masyarakat .

    Berasaskan konteks ini , beliau amat mementingkan golongan bawahan yang hidup

    dengan titik peluh mereka dan merupakan golongan majoriti India .Disamping itu

    nasionalisme untuknya ialah melalui penentangan tanpa kekerasan sehingga mencapai

    kemerdekaan.Kemerdekaan bagi Gandhi ialah : when the masse feel that they can

    improve their lot by their own effort and can shape their destiny the way they like .

    Oleh itu berdasarkan tafsiran inilah , Gandhi menekankan perlunya penglibatan

    rakyat jelata atau' massa' dalam gerakan nasionalisme India. Bagi menjayakan cita-cita

    beliau, beliau mula bergiat dalam Kongres Kebangsaan India sebaik sahaja ditubuhkan

    pada 1885.'Sebagai pendatang baru , beliau telah memperluaskan pengaruhnya dengan

    dasar-dasar perjuanganya , di samping pengalamannya di Afrika Selatan menyebabkan

    beliau diterima sebaga pejuang kebangsaan. Dalam masa yang singkat beliau telah

    memegang tampuk pemerintahan Kongres.

    Jika dahulunya Kongres Kebangsaan India hanya dikuasai oleh saudagar-saudagar

    kaya , golongan pertengahan yang yang berpendidikan Inggeris , satu kelas yang kaya di

    Bengal , golongan peguam dan golongan-golongan saudagar yang berpengaruh , tetapi

    dengan pengambilalihan tampuk pemerintahan dengan beberapa pembaharuan

    penyertaan telah diperluaskan . Ini adalah kerana pada anggapan Gandhi gerakan

    nasionalisme tidak akan berjaya jika hanya sebilangan kecil golongan yang

    memperjuangkan tanpa sokongan majoriti ini .

    Bagi Gandhi penyertaan dan perpaduan adalah amat penting dan India adalah

    kepunyaan semua tanpa mengira kaum , kelas dan agama . Beliau pernah menyatakan :

    'Both Hindus and Muslims are sons of India , Hindustan belongs to all who are born and

    bred here .Therefore ,it belongs to Parsi , Beni, Israels , Indian Chritiana, Muslims and

    other non-Hindus as much as to Hindus

  • 7/29/2019 Bincangkan Peranan Dan Sumbanagan Mahatma Gandhi ( Baru )

    4/10

    Gandhi juga telah menggunakan bahasa Hindi dalam pertuturan dan juga didalam

    kongres . Ini kerana golongan bawahan adalah tidak berpelajaran dan tidak boleh

    berbahasa Inggeris . Jadi sukarlah bagi mereka untuk menyertai kongres . Dengan cara

    perubahan bahasa dalam kongres , maka lebih ramailah lagi orang yang menyertainya .

    Bagi mendapatkan sokongan mereka , seseorang itu perlu bertutur dalam bahasa mereka ,

    berpakaian seperti mereka dan memahami keperluan ekonomi serta harapan mereka .

    Gandhi yang sedar akan kehendak ini telah menukar tradisi lama kongres secara

    tidak langsung memberikan nafas baru kepada kongres . Selain daripada itu , Gandhi juga

    telah pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mendapatkan sokongan . Dengan

    itu , kongres menjadi satu pertubuhan demokratik yang besar dan mempunyai cawangan

    di seluruh negara . Meskipun dikampung-kampung kecil.

    Beliau telah menukarkan seluruh pergerakan nasionalisme dengan buat pertama

    kalinya pergerakan ini mempunyai pengikut dari golongan bawahan dan petani miskin .

    Sekarang Nasionalisme mula menjadi benar-benar nasional

    Ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa Gandhi memainkan peranan penting

    dalam nasionalisme India .Gandhi juga telah memastikan golongan petani miskin tidak

    ketinggalan dalam memperjuangkan nasionalisme India termasuk golongan kasta

    bawahan sekembalinya dari Afrika selatan , Gandhi telah menubuhkan sebuah Ashram

    Ashram ini didirikan di Sabarmati yang didiami oleh semua lapisan manusia tanpa

    mengira kasta atau kedudukan .Ini telah menjadikan beliau sangat disegani dan di terima

    oleh semua lapisan masyarakat

    Bagi golongan petani miskin , mereka dijadikan sebagai Daridranarayana atau

    kepunyaan Tuhan dan golongan kasta rendah dijadikan Harijans atau anak Tuhan .

    Perjuangan yang mementingkan Ahimsa dan kebenaran yang diamalkannya telah

    membawanya kepada penerimaan Gandhi sebagai ketua yang Karismatik . Selain itu ,

    Gandhi juga percaya dengan terhapusnya ketidaksamaan sosial akhirnya India akan

    mencapai Swaraj dan Swedish iaitu pemerintahan sendiri dan berdikari.

    Ghandi merasa bahawa beliau harus mendidik bangsanya untuk menghargai

    sesama manusia tanpa memandang kasta : Penubuhan Ashram telah merealisasikan

    cita-cita beliau dimana semua orang yang tinggal tidak dibahagikan mengikut kasta .

  • 7/29/2019 Bincangkan Peranan Dan Sumbanagan Mahatma Gandhi ( Baru )

    5/10

    mereka adalah sama , bercakap benar , tidak bermusuh musuhan , berpakaian

    sederhana , makan apa saja tanpa memilih dan melakukan pelbagai pekerjaan termasuk

    membersihkan tandas .

    Gandhi telah menunjukkan teladan yang baik dalam memerangi kasta dengan cara

    di mana beliau sendiri tinggal serumah , mlakukan suruhan agama dan melakukan

    pekerjaan buruh kasar bersama ahli Ashram untuk melihat dan seterusnya memberi

    penerangan . Usaha ini menyebabkan Gandhi ditangkap dan dan dibicarakan . Gandhi

    juga rela dihukum juka perbuatannya salah . Tetapi pihak mahkamah membebaskan

    tanpa syarat.

    Ini dapat dilihat dengan tindakantindakan dalam bentuk boikot dan kekacauan

    awam yang berkaitan dengan Akta garam ( 1930 ) . Ia bermula dengan penyertaan 78

    orang , telah membawa kepada pertambahan beribu-ribu orang dalam perjalanan ke laut .

    Dalam usaha ini hampir 60,000 rakyat India berada dipenjara termasuklah Gandhi dan

    hampir kesemua pemimpin Kongres.

    Penglibatan golongan massa ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa . James

    W.Michaels telah menyatakan:

    "Ghandi ,who knew how to sway simple peasants and rouse them to a sense of

    nationhood "

    Walaupun wujudnya pergerakan yang melibatkan semua golongan, namun masih

    wujud kesangsian di antara kaum-kaum utama di India. Ini adalah kerana adanya kaum-

    kaum yang jauh ketinggalan dalam kebanyakan aspek jika dibandingkan dengan kaum

    Hindu .Walaupun selepas penubuhan Kongres pada tahun 1885,telah wujud kerjasama di

    antara semua kaum , namun keadaan ini tidak dapat bertahan lama. Ini adalah disebabkan

    munculnya reformasi Islam oleh Sayyid Ahmad Khan dan juga sikap sesetengah

    pemimpin Kongres yang mengamalkan diskriminasi. Akibatnya ahli-ahli politik Muslim

    memulaukan Kongres yang dianggap oleh mereka sebagai alat kaum Hindu.

    Gandhi yang menyedari akan keadaan ini telah memainkan peranan sebagai

    penyatu diantara golongan Hindu ,Muslim, Sikh , Kristian dan Parsi terutamanya

    golongan H indu -Muslim . Bagi tujuan ini, Gandhi telah menggunakan rasa tidak puas

    hati orang Islam terhadap British di Turh.Gandhi telah berkata bahawa "Jika kerajaan

  • 7/29/2019 Bincangkan Peranan Dan Sumbanagan Mahatma Gandhi ( Baru )

    6/10

    British tidak menangani masalah khilafat , maka akan berlakulah Gerakan Tidak

    Kerjasama'.

    Beliau telah melancarkan resolusi ini , yang membawa kepada penyatuan kedua-

    dua kaum ini . Beliau juga telah berjaya berganding bahu dengan Liga Muslim semasa

    kempen ini dijalankan dari 1919 sehingga 1921.

    Sokongan ini telah membawa kepada persefahaman antara Liga Muslim dan

    Kongres di bawah pemerintahan Gandhi . Gandhi juga pernah berucap betapa pentingnya

    golongan ini semasa perhimpunan di Bombay. Antara kata-katanya ialah:

    They are two thing to which I am devoting my life-permanent unity between hindus and

    muslims and satyagraha.

    Tetapi apa yang diinginkan oleh Gandhi tidak mencapai matlamatnya. Dengan

    pembatalan" GerakanTidak Bekerjasama" dan " Gerakan Penentangan Awam', oleh

    Gandhi pada tahun 1930 telah merenggangkan tali persaudaraa Hinndu-Muslim. Ini

    bertambah buruk dengan termeterainya Pakatan Gandhi- Iriwin (1931) jugu telah

    menyebabkan pertelingkahan di antara kaum Hindu-Muslim.

    Selalunya jika ada permusuhan seperti ni, maka Gandhi yang berjuang tanpa

    kekerasan akan berpuasa sehingga wujudnya semula perpaduan. lni selalunya akan

    dilakukan di rumah orang Muslim yang merupakan sahabatnya. Ada pendapat

    menyatakan ini merupakan satu teknik Gandhi dalam membawa perpaduan antara kaum

    Hindu-Muslim bagi menuntut kemerdekaan.

    " The fasth became Ghandi's hand, the most potent of all ways an intergal part of a

    satyagraha armoury a fiery weapon and a last resort when all other avenue of

    redress have been explored and have failed. . Contohnya, pada bulan September

    1924,persengketaan komuniti telah memuncak ke tahap yang sukar dikawal dan Gandhi

    mengambil keputusan untuk berpuasa selama 21 hari bagi penyatupadukan semua

    komuniti . Puasa ini dijalankan dirumah kawanya tang beragama Islam.

    Setelah membincangkan bagaimana Gandhi membawa perpaduan, tidak penuh

    seandainya prinsip-prinsip utamanya yang merupakan taktik yang paling berkesan bagi

    semangat nasionalisme rakyat India dalam menamatkan imperialisme lnggeris.

  • 7/29/2019 Bincangkan Peranan Dan Sumbanagan Mahatma Gandhi ( Baru )

    7/10

    Keunikan Gandhi dalam perjuangan nasionalisme menentang pihak Brtitish ialah dengan

    mengelakkan sebarang kekerasan. Dengan konsep Ahimsa iaitu perjuangan tanpa

    keganasan yang lebih mengutamakan perasaan cinta sesama manusia telah menjadi asas

    kekuatan dan semangat membina masyarakat yang yakin dan berani terhadap pihak

    British.Cara ini telah digunakan dalam menangani Akta Rowlatt yang mana secara

    terang-terangan menghalang kebebasan rakyat India dalam pengeluaran akhbar,

    memenjara tanpa perbicaraan dan membuang negeri orang yang didapati bersalah

    menentang British. Gandhi telah menentang akta ini dengan mengadakan bantahan tanpa

    kekerasan dan secara pasif. Penentangan ini dengan cepat telah merebak sehingga ke

    beberapa daerah dan punjab telah menjadi nadi atau pusat perjuangan. Perjuangan jenis

    ini telah membawa kepada penyatuan rakayat dengan bertujuan supaya negara India

    mencapai swaraj iaitu pemerintahan sendiri oleh rakyat India.

    Penentangan seterusnya ialah pada tahun 1919 terhadap undang-undang awam

    yang telah digubal oleh pihak Brtish. Penentangan tanpa kekerasan kali ini telah

    menyebabkan lebih ramai rakyat di tangkap. Menurut Amaury De Riencourt:

    civil disobidience and passive resistance spread from one end of India to another, thirty

    thousand men were arrested on political ground including many memberis of Indias

    Intelegents elite

    Pada masa tersebut juga pihak British memonopolikan perusahan garam, Gandhi

    telah bertindak membantahkan dengan mengadakan perarakan garam dari sabarmati

    hingga kelaut untuk mengutip segenggam garam. Ini sebenarnya bertujuan menyindir

    pihak Brtish. Akibat tindak tanduk ini, beliau telah dipenjarakan bersama-sama

    sahabatnya Nehru atas kesalahan menghasut rakyat menentang Brtish.

    Lanjutan daripada tindakan itu, tunjuk perasaan telah berlaku di Kilang Garam Dharasana

    di mana ramai penunjuk perasaan hanya membiarkan sahaja diri mereka dipukul tanpa

    membalas balik. Kejadian ini telah disaksikan oleh WebbMiller, seorang pemberita

  • 7/29/2019 Bincangkan Peranan Dan Sumbanagan Mahatma Gandhi ( Baru )

    8/10

    Amerika dan laporkan tetang kekejaman ini telah menyentuh sanibari rakyat Britain dan

    dunia. Ini merupkan kejayaan bagi rakyat yang menyertai satyagraha.

    Satu lagi kejayaan satyagraha dan ahimsa Gandhi ialah apabila beliau bersama-sama

    dengan Saddar Vallabhai Patel telah merancang bagi membela saudagar kaya yang telah

    dikenakan cukai sebanyak 22% dan mereka tidak mampu membayarnya. Akibatbat

    daripda itu, Gandhi menyeru supaya mereka tidak membayar dan lebih 87 000 saudagar

    kaya tersebut tidak membayar cukai yang dikenakan oleh pihak British. Setelah itu, harta

    benada saudagar-saudagar kaya tersebut di rampas. Gandhi sebaliknya telah menyeru

    rakyat India untuk memutuskan hubungan pentadbiran dalam hal ehwal India, tidak

    berkerjasama dalam pentadbiran taupun pengangkutan. Ini menyebabkan perhubungan di

    India menjadi lumpuh. Ini dapay dibuktikan dengan penyataan:

    Again as once before, India was completely paralyzed, nobody went to work and no

    public or commercial enterprise could function

    Akhirnya kerajaan pusat mengaku kalah dan menyerahkan semula segala harta benda

    golongan kaya. Dalam kes ini juga, jika kita tinjau dengan lebih lanjut lagi apabila

    pemogokan berlaku maka kita dapat melihat yang India memperolehi perhatian bukan

    sahaja daripada penduduk setempat bahkan juga daripada luar Negara. Ramai orang kaya

    luar Negara yang telah menolong penduduk yang terpaksa mengalami kesulitan.

    Million of rupees were contributed by the rich Indian living aboard

    Semangant nasionalisme tidak pernah luntur walupun telah beberapa kali keluar masuk

    penjara. Pada tahun1930 pergerakan melanggar undang-undang awal telah dilaksanakan

    yang ternyata berbeza sekali dari sikap tidak bekerjasama pada tahun l92l dan pergerakan

    Garam. Ghandi telah mendapat simpati dari pihak Muslim India. Dengan kerjasama

    semua pihak Ghandi telah mengesyorkan supaya memboikot barangan buatan Britisb,

    terutamanya kain. Ghandi sendiri telah menenum kain pakaiannya untr:k dicontohi oleh

    pengikutnya. Akibat daripada boikot itu terah menjejaskan industri Britain.

  • 7/29/2019 Bincangkan Peranan Dan Sumbanagan Mahatma Gandhi ( Baru )

    9/10

    Penentangan terhadap barangan British dan Perarakan Garam, adalah disebabkan

    Oleh penentangan terhadap Pesuruhjaya Simon yang menilai semula perjalanan

    pembaharuan Montagu-Chelmford. Suruhanjaya ini tidak mendapat sokongan Kongres ,

    malahan Kongres telah memulaukan suruhanjaya lni. Ini adalah kerana tidak terdapat

    seorang pun bangsa lndia di daiam suruhanjaya itu . Walaupun tidak mendapat sambutan,

    namun suruhanjaya ini telah bejaya juga di dalam mengenal pasti masalah politik india.

    Akibatnya pihak British terpaksa juga mengadakansatu Persidangan meja Bulat yang

    diadakan di Lonodon pada penghujung 1930. Persidangan ini telah dihadiri oleh semua

    wakil-wakil parti di India dan juga raja-raja negeri tanpa Gandhi keranan beliau tidak

    dijemput. Ini adalah kerana pihak kongres tidak bersetuju menghadiri selagi pihak British

    masih mengamalkan dasar Dominannya di India. Ini telah membawa kepada bantahan

    pihak awam yang mana telah menyebabkan berlakunya rusuhan di merata-rata tempat.

    Lanjutan daripda itu, pihak British telah menghantar Lor Irwin Vicroy untuk berunding

    dengan Gandhi. Rundingan ini dikenali sebgai perjanjian Gandhi-Irwin. Berikutan

    dengan peristiwa ini, pada tahun 1931, persidangan meja Bulat Kedua diadakan di

    London dan Gandhi merupakan wakil tunggal Kongres India yang mengahdair

    persidangan tersebut. Ghandi pula menyatakan bahawa beliau mewakili semua kumpulan

    , parti dan negeri di India tetapi tiada kata putus yang diperolehi. Ini adalah kerana British

    masih berpegang kepada Prinsip Negara Dominan.

    Gandhi masih tidak puas hati lagi dan apabila pulang ke India pada penghujung tahun

    1931, kempen bantahan awam disambung semula dan mengakibatkan penangkapan

    gandhi dan beberapa pemimpin kongres yang lain. Persidangan Meja Bulat Ketiga pada

    tahun 1932 membawa kepada Parlimen Brtish meluluskan Rang Undang-undang

    kerajaan Indiapada tahun 1935 yang mengandungi beberapa saranan. Antara sarananya

    ialah:

    1. Menyatukan semua wilayah

    2. pemimpin berkuaa di semua peringkat

  • 7/29/2019 Bincangkan Peranan Dan Sumbanagan Mahatma Gandhi ( Baru )

    10/10

    Walaubagaimanapun, undnag-undang ini hanya dapat dilaksanakan pada tahun 1937

    akibat tentangan daripda pihak kongres. Pencetusan perang dunia membawa satu nafas

    baru bagi Gandhi. Jawatankuasa kongres di bawah pimpinan Gandhi tidak mampu

    mempertahankan kedaulatan India. Ini kerana pada tanggapan mereka, negara mereka

    belum lagi merdeka. Pihak British memberikan kemerdekaan penuh sebagai syarakt

    mempertahankan India da serangan musuh.

    Ini membawa kepada pihak British berjanji memberi kemerdekaan secara perlahanlahan

    yang merupakan satu helah baru. Pihak Gandhi menyedarinya tetapi pihat Brtish

    menyatakan ia merupakan omongan sahajadan apabila perang tamat, Brtish toidak lagi

    mengotakanya. Oleh itu gandhi mengugut untuk mengadakan pemberontakan secara

    terbuka jka british enggan meninggalkan India. Kerajaan India pula masih mengharapkan

    rundingan tetapi pihak kongres secara rasminya menerima saranan Gandhi dan

    mengadakan pemberontkan secara aman. Ini mengakibatkan pihak British

    mengisytiharkan Kongres sebagai pertubuhan haram dan Gandhi bersama-sama

    pemimpin lain telah ditangkap dan dipenjarakan.

    Kemenangan Parti Buruh di parlimen brtish dan kekalahan Jepun dalam perang dunia

    kedua menyedarkan British tentang kelalaian mereka terhadap india. Kerajaan Buruh

    British telah menghantar Sir Stamford Cripps untuk menyakinkan dan memulihkan

    keadaan serta memberi harapan bahawa India adalah untuk orang India. Akhirnya segala

    pengorbanan serta tindak tanduk dan penat jerih Ghandi terbalas apabila India berjaya

    mencapai kemerdekaan pada 15 Ogos 1947.