sg. lang, 45100 sg. air tawar, selangor. faks : 03 · pdf filediploma seni bina dsb / bsb /...

19
i POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Tel: 03 3280 6255 / 6257 Faks : 03 3280 6402 http://www.psis.edu.my Buku ini terdiri daripada 4 (EMPAT) bahagian:- a) Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu b) Maklumat Tambahan c) Maklumat Am d) Lampiran ARAHAN: 1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini. Fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. Kegagalan mematuhi arahan akan mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK dan tidak dibenarkan MENDAFTAR. 2. Mematuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian / Yuran Asrama / Bayaran Pelbagai di Bank Islam (M) Berhad (BIMB). Pihak Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran semua yuran. BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Upload: lenhi

Post on 31-Jan-2018

255 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

i

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR.

Tel: 03 – 3280 6255 / 6257 Faks : 03 –3280 6402

http://www.psis.edu.my

Buku ini terdiri daripada 4 (EMPAT) bahagian:-

a) Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu

b) Maklumat Tambahan c) Maklumat Am

d) Lampiran

ARAHAN:

1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini.

Fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. Kegagalan mematuhi arahan akan mengakibatkan

pendaftaran anda DITOLAK dan tidak dibenarkan MENDAFTAR.

2. Mematuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian / Yuran Asrama / Bayaran Pelbagai di Bank Islam (M) Berhad

(BIMB). Pihak Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas

sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran semua

yuran.

BUKU PANDUAN

PENDAFTARAN PELAJAR

BAHARU

Page 2: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

ii

ISI KANDUNGAN

Mukasurat

A. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

1.0 Sebelum Pendaftaran 1.1 Penyediaan Dokumen 1

2.0 Hari Pendaftaran

2.1 Masa Pendaftaran 2

2.2 Carta Alir Proses Pendaftaran 2

B. MAKLUMAT TAMBAHAN

1.0 Program Pengajian 3 2.0 Rupa Diri dan Etika Pakaian 3 4.0 Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar 6

C. MAKLUMAT AM

1. Latar Belakang Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) 6

D. LAMPIRAN

1. Pelan Lokasi ke PSIS 7

2. Pelan Kampus di PSIS 8

3. Jadual Pembayaran dan Kaedah Membayar Yuran Pengajian, Yuran Asrama dan Bayaran Pelbagai di Bank Islam (M) Berhad 9

4. Borang Maklumat Penghuni Kolej Kediaman Pelajar 15

Page 3: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

iii

SENARAI SEMAK DOKUMEN

ARAHAN: 1. Semak dan tandakan ( ) pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara

berikut telah disediakan.

2. Susun dokumen-dokumen seperti senarai semakan di bawah.

3. Sila bawa borang ini pada hari pendaftaran.

Nama

(Gunakan HURUF BESAR seperti di KadPengenalan)

No. K/P

A. Senarai Dokumen Yang Perlu Dibawa

(Kegagalan membawa dokumen-dokumen akan mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK dan tidak dibenarkan MENDAFTAR)

Bil Senarai Dokumen Tandakan ( )

1. Slip bayaran Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

2. Borang HEP1 : Borang Maklumat Peribadi Pelajar

3. Borang HEP2 : Laporan Pemeriksaan Kesihatan

4. Borang HEP3 : Borang Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) Dan

Pembedahan

5. Borang HEP4 : Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung

6. Borang HEP5 : Akuan Pelajar dan Akuan Bapa/ Ibu/ Penjaga

7. Borang HEP6 : Akujanji Pelajar

8. Borang Maklumat Peribadi Penghuni Kolej Kediaman Pelajar

9. Gambar warna terbaharu 12 keping bersaiz pasport

10. Salinan Buku Bank atau inquiry Deposit yang mengandungi No Kad Pengenalan dan No Akaun Bank pelajar

Page 4: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

1

A. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Anda dinasihatkan membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari

pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara

yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1.0 SEBELUM PENDAFTARAN

1.1 PENYEDIAAN DOKUMEN

Semua calon pelajar dikehendaki melaksanakan perkara berikut:

a. Memuat turun dan mencetak semua Borang Pendaftaran Pelajar Baharu Politeknik KPM { (HEP1 – HEP6) } Sesi Jun 2015 di laman web : www.politeknik.edu.my

b. Mengisi SEMUA borang dengan lengkap { Borang HEP1 – HEP6 dan Borang Maklumat Peribadi Penghuni Kolej Kediaman Pelajar }. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah di bawa pada hari pendaftaran.

c. Membawa gambar berwarna terbaharu sebanyak 12 keping berukuran. Sila catatkan nama, no. kad pengenalan dan kod program anda di belakang setiap gambar (rujuk Rajah 1).

Peringatan

Pastikan semua dokumen yang dikehendaki dibawa pada hari pendaftaran untuk

tujuan semakan. Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda gagal

mengemukakan dokumen-dokumen tersebut.

Tawaran pengajian ini adalah tertakluk kepada kesahihan maklumat dalam borang

permohonan dengan dokumen asal yang dikemukakan. Jabatan Pengajian Politeknik

KPM berhak menarik balik tawaran atau memberhentikan pengajian anda di PSIS

pada bila-bila masa sekiranya didapati percanggahan maklumat dalam borang

permohonan dengan dokumen asal.

RAJAH 1 : Contoh gambar dan pakaian yang dibenarkan

Page 5: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

2

2.0 HARI PENDAFTARAN

2.1 Tarikh dan waktu pendaftaran di Politeknik Sultan Idris Shah adalah seperti yang dinyatakan dalam surat iringan daripada Politeknik Sultan Idris Shah.

2.2 Mematuhi rupadiri dan etika pakaian ( Rujuk Rupa Diri dan Etika Pakaian di m/s 3 – 5 di Bahagian B ) semasa mendaftar.

Untuk urusan pendaftaran, pelajar dikehendaki bergerak mengikut turutan berikut:

AKTIVITI PERKARA YANG PERLU DIBUAT OLEH

CALON PELAJAR

1. Penyusunan dokumen. 2. Penyerahan :

i. Borang Semak Dokumen

1. Menyusun dokumen berikut;

a) Borang-borang (BHEP 1 – 6) yang telah lengkap di isi.

b) Gambar (ukuran pasport 2 keping)

2. Menerima dokumen yang berkaitan.

1. Semak dokumen

2. Mengesahkan Borang Semakan Dokumen (sama ada dokumen lengkap atau tidak ) dan kepilkan bersama dokumen pendaftaran.

3. Mengutip semua dokumen

{Borang HEP 1 – 6, gambar} mengikut jabatan

4. Melaksanakan pendaftaran

1. Mengisi Borang Semak Dokumen semasa menunggu giliran.

2. Serahkan semua dokumen yang telah disusun untuk disemak

3. Menerima nombor pendaftaran

1. Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar (KKP)

i. Menyemak data pelajar ii. Mengesahkan bilik penginapan di KKP

2. Penyerahan kunci bilik KKP.

1. Tindakan yang diambil: i. Menyerahkan Borang Maklumat Peribadi

Kolej Kediaman Pelajar yang lengkap di isi.

2. Menerima kunci bilik KKP.

KAUNTER A

KAUNTER C

KAUNTER B

KELUAR – ke Blok Penginapan KKP

Page 6: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

3

B. MAKLUMAT TAMBAHAN 1.0 PROGRAM PENGAJIAN

Calon pelajar dinasihatkan untuk menyemak kod-kod program dan jabatan bagi memudahkan proses pendaftaran.

JABATAN (KOD) NAMA PROGRAM KOD PROGRAM

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (JKA)

Diploma Kejuruteraan Awam DKA

Diploma Seni Bina DSB / BSB / ESB

Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar

DAS / NAS

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)

DTK

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

DEP

JABATAN PERDAGANGAN (JP)

Diploma Sains Kesetiausahaan DSK

Diploma Kewangan dan Perbankan Islam

DIB

JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

(JPH)

Diploma Pengurusan Hotel dan Katering

DHK / BHK / EHK

Diploma Pengurusan Pelancongan DUP / BUP / EUP

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI (JTMK)

Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

DIP

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

DNS / BNS / ENS

JABATAN MATEMATIK,SAINS DAN

KOMPUTER (JMSK)

Pra Diploma Sains IPS

Nota : Kod Program :

D* & I* - program diploma untuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia B* & E* - program diploma untuk lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT Q* - program diploma untuk lulusan Sijil Politeknik KPT N* - program diploma untuk lulusan Sijil SKM

2.0 RUPA DIRI DAN ETIKA PAKAIAN

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di Politeknik KPM. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian menutup aurat (bagi pelajar Islam), kemas, bersih, dan sopan ketika menghadiri kuliah dan aktiviti-aktiviti di politeknik.

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

2.1 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki

a. Baju

i. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek yang sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in)

ii. Butang baju mestilah dikancing dengan sempurna.

Page 7: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

4

iii. Pemakaian baju Melayu dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang berserta dengan sampin dan songkok hitam.

iv. Dilarang memakai baju kemeja-T jenis berkolar yang mempunyai tulisan atau gambar berunsur liar atau negatif.

v. Dilarang memakai Baju kemeja-T tanpa kolar.

b. Seluar

i. Seluar panjang jenis cotton atau slack ii. Dilarang memakai seluar jeans.

c. Kasut

i. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstokin. Kasut sukan dibenarkan.

ii. Dilarang memakai selipar, terompah, capal dan seumpamanya. iii. Dilarang memakai kasut berladam logam yang berbunyi bising.

d. Rambut

i. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju,

aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi dahi. ii. Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama. iii. Rambut tidak dibenarkan gaya pacak atau berfesyen atau berwarna.

e. Perhiasan

Sebarang bentuk perhiasan dilarang.

2.2.1 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan

a. Baju

i. Pakaian yang tertib, bersih, kemas, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam)

ii. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.

iii. Dilarang memakai pakaian yang menjolok mata (contohnya pakaian yang ketat,

jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti

dada, bahu dan belakang).

iv. Dilarang bagi pelajar bukan Islam memakai skirt yang lebih pendek daripada paras

lutut.

v. Dilarang memakai Baju kemeja-T yang ketat atau tidak berkolar.

b. Sarung / Maxi

i. Labuh, longgar, tidak jarang dan tidak terbelah.

c. Seluar

i. Seluar panjang jenis cotton atau slack dan tidak ketat. ii. Seluar jeans dilarang.

d. Kasut

i. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat. Kasut sukan dibenarkan.

ii. Dilarang memakai selipar, terompah, capal dan seumpamanya.

iii. Dilarang memakai kasut berladam logam yang berbunyi bising.

e. Rambut

Hendaklah kemas, beridentitikan seorang pelajar perempuan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam)

f. Perhiasan

i. Tidak digalakkan memakai barang kemas. ii. Dilarang mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan .

Page 8: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

5

JENIS PAKAIAN YANG DIBENARKAN

(PAKAIAN HENDAKLAH SENTIASA KEMAS)

PELAJAR LELAKI

BAJU JENIS T-SHIRT BERKOLAR DAN

BERLENGAN PENDEK

PELAJAR PEREMPUAN

BAJU TRADISIONAL

BAJU JENIS KEMEJA BAJU UNTUK KE MAKMAL / BENGKEL

(T-SHIRT BERKOLAR)

BAJU MELAYU

BAJU KASUAL BAJU KEBAYA BAJU KURUNG

RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DAN PENDEK (BAGI PELAJAR LELAKI)

TIDAK MELEBIHI TELINGA DAN KOLAR BAJU

TIDAK MENUTUP DAHI

Page 9: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

6

3.0 KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

Semua pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman Pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Kolej Kediaman Pelajar dan politeknik. Sebarang perlanggaran peraturan Kolej Kediaman Pelajar boleh menyebabkan pelajar dikenakan tindakan disiplin dan ditarik kemudahan Kolej Kediaman Pelajar. 4.1 Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar

Tarikh dan waktu pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah adalah seperti yang dinyatakan dalam surat iringan daripada Politeknik Sultan Idris Shah.

Sila pastikan perkara berikut disediakan semasa pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar: i. Borang Maklumat Peribadi Penghuni Kolej Kediaman Pelajar telah di isi dengan

lengkap dan lekatkan gambar.

ii. Menyediakan pad lock almari baju dan pastikan ianya dari jenis yang bermutu dan sukar untuk dibuka. Ini adalah sebagai langkah keselamatan terhadap barangan berharga anda.

iii. Bantal, sarung bantal dan cadar untuk tilam bujang (bercorak atau berwarna kosong)

iv. Kain selimut (bercorak atau berwarna kosong)

v. Pakaian kuliah secukupnya (jeans dan kemeja-T tanpa kolar tidak dibenarkan untuk ke kuliah) (Rujuk Perkara B, Para 2.0: Rupa Diri dan Etika Pakaian, m/s 3 - 5)

vi. Barang – barang keperluan peribadi yang lain dan bekalan ubat (jika berkaitan).

4.2 Peralatan Elektrik

Hanya peralatan elektrik yang dibenarkan sahaja boleh dibawa ke Kolej Kediaman Pelajar.

Semua peralatan yang dibawa hendaklah didaftarkan di Pejabat Kolej Kediaman Pelajar.

Maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Kolej Kediaman Pelajar di talian : 03-32806284/6285

C. MAKLUMAT AM

1. LATARBELAKANG POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terletak di Sungai Lang, Sabak Bernam, Selangor, kira-kira 30

km dari pekan Sungai Besar dan 20 km dari Sabak Bernam. Politeknik ini mula beroperasi pada 16

Mei 2003 dengan kampus seluas 100.12 ekar serta dilengkapi dengan kemudahan infrasturktur dan

prasarana terkini yang menawarkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan kondusif. PSIS

merupakan politeknik ke 17 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan

menawarkan program-program sepenuh masa di peringkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan

Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Teknologi Maklumat & Komunikasi, Pengurusan Hotel

& Katering dan Pelancongan.

D. LAMPIRAN

Page 10: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

7

Sungai Air Tawar

(ke PSIS; 8 kM)

Pusat Rekreasi BNO

Pekan Sabak Bernam

Sekendi

Pekan Parit Baru

Bagan Nakhoda Omar (BNO)

Sek. Keb Teluk Rhu

Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

JPJ Sabak

Bernam

ILDAS

Jln Seri Jaya

Dari Tanjung Malim

(98 km)

Kolej Komuniti Sabak Bernam

Jln Masjid

Balai Polis

Sg. Air Tawar

Balai Polis Sabak Bernam

ke PSIS; 10 Km

Masjid Parit Baru

Jln

Pt

Hj. H

assa

n

Bengkel JKR

Bgn. Beting

Kepah

Jln Pekan

Dari Sungai Besar (ke Politeknik 27 kM)

IPN

Sek. Keb Simpang 4 BNO

Petunjuk:

Masjid Pekan Sabak

Stadium Mini Sabak Bernam

Simbol Keterangan

Lampu Isyarat

Arah ke PSIS

PELAN LOKASI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)

KAMI

DI SINI

ke PSIS ; 20 Km

ke PSIS; 22 Km

Dari Teluk Intan

(ke PSIS; 55 Km)

Dari Sungai Besar (ke PSIS ; 27 Km)

Page 11: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

8

Petunjuk;

No. Blok Nama Blok No. Blok Nama Blok

A Perpustakaan H Garaj / Stor Pusat

B Dewan Syarahan Utama I Pusat Sukan Indoor

C Jabatan Kejuruteraan Awam / Elektrik J Pondok Pengawal

D Bilik-Bilik Kuliah K Makmal / Bengkel Kejuruteraan

E Jabatan Perdagangan / Teknologi Mak. & Komunikasi /

Peng. Am / Sains & Matematik

L1 Rumah Pengarah

F Jabatan Pelancongan & Hospitaliti / Hotel Anjung Pesona L2 Kuarters Ketua Jabatan

G Pusat Islam / Surau L3 Kuaters Kakitangan

KAMPUS POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Tasik

Padang

Pintu

Utama Te

mp

at

me

leta

k

ke

nd

era

an

Tempat meletak

kenderaan (lelaki)

Tempat meletak

kenderaan

(perempuan)

Lokasi

Penginapan (Perempuan)

Lokasi

Pendaftaran

Tempat meletak kenderaan

Pergerakan kenderaan (masuk)

Lokasi Penginapan

(Lelaki)

Pergerakan kenderaan (keluar)

Page 12: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

9

JADUAL PEMBAYARAN PENDAFTARAN

PERINGATAN :

Semua pelajar hendaklah mematuhi arahan ketika membuat pembayaran yuran pengajian /

yuran asrama / bayaran pelbagai di Bank Islam (M) Berhad (BIMB). Pihak Politeknik KPM

tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses

pembayaran semua yuran.

a. Semua bayaran PERLU DIJELASKAN sebelum hari pendaftaran pada 15 Jun 2015.

b. SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda menarik diri atau berhenti daripada Politeknik Sultan Idris Shah.

c. Calon yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama semasa mendaftar salinan asal surat pengesahan penajaan. Calon tetap perlu menjelaskan semua pembayaran walaupun mendapat tajaan. Pihak PSIS akan membuat tuntutan kepada agensi berkenaan. Semua pembayaran yang telah dibuat oleh pelajar akan dikembalikan setelah pihak PSIS menerima pembayaran daripada agensi tersebut.

d. Bayaran melalui cek peribadi atau Money Order atau Postal Order dan TUNAI TIDAK DI TERIMA.

BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN :

Bil Butiran Jumlah

(RM) Kaedah Bayaran

1

Yuran Pengajin* (satu semester)

200.00

Sila Rujuk Kaedah Pembayaran

(No. Akaun BIMB : 16018-01-0017541)

(Atas nama : POLITEKNIK KPT)

2 Yuran Asrama* (satu semester dan bayaran tidak termasuk makan dan minum)

60.00

Sila Rujuk Kaedah Pembayaran

(No. Akaun BIMB : 16018-01-0017541)

(Atas nama : POLITEKNIK KPT)

3 Bayaran Pelbagai 150.00

Sila Rujuk Kaedah Pembayaran (No. Akaun BIMB : 12056-01-0027121) (Atas nama : KOPERASI – HEP PSIS)

Nota:

Pembayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama dikecualikan untuk pelajar yang ditawarkan program Pra Diploma Sains di bawah program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM)

Page 13: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

10

KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN, YURAN ASRAMA & BAYARAN PELBAGAI DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

_______________________________________________________________________________________

MAKLUMAT PENTING

i. Semua pelajar hendaklah mematuhi arahan ketika membuat pembayaran

yuran pengajian / yuran asrama / bayaran pelbagai di BIMB. Pihak Politeknik

KPM tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku

dalam proses pembayaran semua yuran.

ii. Semua pelajar hendaklah menyemak nombor akaun dan jumlah

pembayaran selepas membuat bayaran. Sebarang kesilapan perlu

dilaporkan ke BIMB dengan SEGERA.

KAEDAH PEMBAYARAN

Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut: a. Perkhidmatan Kaunter BIMB (hanya untuk Bayaran Pelbagai sahaja)

b. Perkhidmatan Perbankan Internet (bankislam.biz) (Semua Jenis Pembayaran)

c. Mesin ATM BIMB (Semua Jenis Pembayaran)

d. Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB (Semua Jenis Pembayaran)

A. PEMBAYARAN DI KAUNTER BIMB (HANYA UNTUK BAYARAN PELBAGAI SAHAJA)

Calon boleh membuat bayaran di mana-mana kaunter cawangan BIMB dengan melengkapkan Borang Slip Pembayaran Bil seperti berikut:

1. Nama Pelajar

2. No Akaun : 12056 – 01 – 0027121

3. Amaun : RM150.00

4. Bayar Kepada : KOPERASI – HEP PSIS

5. Jenis Bayaran : BAYARAN PELBAGAI

6. No. My KAD Pelajar

( Sila simpan salinan pendua Borang Slip Pembayaran Bil yang akan dikembalikan oleh pihak bank sebagai bukti pembayaran)

1

2

3

4 5 6

Page 14: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

11

B. PEMBAYARAN MELALUI PERBANKAN INTERNET (bankislam.biz)

Pembayar perlu mempunyai akaun BIMB dan ID untuk mengakses perbankan internet Bank Islam. Sila layari www.bankislam.com.my

a. Klik logo "Internet Banking Login" dan tekan butang "ok" pada "Security

Alerts".

b) Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.

c) Pilih "Bill Presentment" pada menu "Bill Payment".

d) Pilih “Politeknik KPT” (yuran pengajian dan asrama ) / “Koperasi – HEP PSIS” (bayaran pendaftaran) pada senarai payee corporation.

e) Masukkan “No Kad Pengenalan” pada ruang IC/Passport number dan klik "next".

f) Klik ‘select’ pada bill reference untuk paparan maklumat pembayaran

g)* Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih "source account" yang hendak di debitkan dan masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik "pay"

h) Maklumat bayaran dipamirkan untuk tujuan varifikasi. Klik ‘confirm’ untuk pengesahan pembayaran.

i) Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran.

Nota *:

*Pelajar PERLU melaksanakan proses pembayaran secara berasingan bagi setiap bayaran (yuran pengajian / yuran asrama / bayaran pelbagai) yang dibuat.

(Calon adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.)

Page 15: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

12

C. PEMBAYARAN DI MESIN ATM BIMB

Syarat : Pembayar mempunyai akaun BIMB

PILIHAN MENU:

1. LAIN - LAIN

2. PEMBAYARAN BIL & YURAN IPT

4. YURAN IPT

3. PENGESAHAN PEMILIK AKAUN

Page 16: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

13

Nota :

* Ulang Langkah 1-6 untuk melaksanakan proses pembayaran bagi setiap bayaran { yuran pengajian (RM200) / yuran asrama (RM60) / bayaran pelbagai (RM150) } yang dibuat. *Sekiranya amaun tidak dinyatakan; - no kp pelajar merujuk kepada bayaran pelbagai melalui Koperasi Politeknik Sabak Bernam Berhad - no pendaftaran pelajar merujuk kepada bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

(Sila simpan resit anda sebagai bukti pembayaran)

5. MASUKAN NO MYKAD PELAJAR

6. PILIH BIL BAYARAN YANG DIBUAT*

7. SAHKAN TRANSAKSI/PEMBAYARAN 8. TRANSAKSI SELESAI, AMBIL RESIT

No Pendaftaran Pelajar

Page 17: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

14

D. MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BIMB

PILIHAN MENU:

Nota :

* Ulang Langkah 1-3 untuk melaksanakan proses pembayaran bagi setiap bayaran { yuran pengajian (RM200) / yuran asrama (RM60) / bayaran pelbagai (RM150) } yang dibuat.

(Sila simpan resit anda sebagai bukti pembayaran)

1. YURAN IPT

2. MASUKAN NO MYKAD PELAJAR

3. PILIH BIL BAYARAN YANG DIBUAT*

4. MASUKKAN DUIT DI DALAM SLOT

5. TRANSAKSI SELESAI DAN AMBIL RESIT

Rujukan:

POSB : Bayaran Pelbagai

POLI : Yuran Pengajian

POLI : Yuran Asrama

Page 18: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

15

MAKLUMAT PERIBADI

Nama : ____________________________________________

Tarikh Lahir : ____________________

Umur : ____________________

Negeri Lahir : ____________________

Jantina : Lelaki / Perempuan

Bangsa : ____________________

Agama : ____________________

Status : Belum / Sudah Berkahwin

Tel. Bimbit : ____________________

E-mail : ____________________

MAKLUMAT ALAMAT PELAJAR

Alamat Tetap : ______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

Negeri : _____________________ Bandar : ______________________

Negara : _____________________ Poskod : ______________________

No. Telefon : _____________________

MAKLUMAT KAD PENGENALAN & NO PENDAFTARAN

No. KP ____________________

No. Pendaftaran ____________________

Kelas ____________________

MAKLUMAT IBU/BAPA

Nama Bapa : _______________________________________________

Pekerjaan : _________________________ Pendapatan bapa/bulan : RM_____________ No. telefon : ________________

Nama Ibu

:

_______________________________________________

Pekerjaan : _________________________ Pendapatan Ibu/bulan : RM_____________ No. telefon : _____________

BORANG MAKLUMAT PERIBADI PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Lekatkan

gambar terbaru

anda di sini

No. Blok No. Bilik:

Page 19: SG. LANG, 45100 SG. AIR TAWAR, SELANGOR. Faks : 03 · PDF fileDiploma Seni Bina DSB / BSB / ESB Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar DAS / NAS ... Jln Masjid Balai Polis Sg. Air Tawar

16

MAKLUMAT KELUARGA TERDEKAT

Hubungan : _________________________

Nama : ______________________________________________

Alamat : ______________________________________________

______________________________________________

No Telefon _________________________

MAKLUMAT TAMBAHAN

Hobi / minat : _________________________

Cita - Cita : _________________________

Idola : _________________________

MAKLUMAT HARTA DI POLITEKNIK/KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

Laptop : *ada / tiada (jenama:____________________)

Komputer peribadi Printer

: :

*ada / tiada (jenama:____________________) *ada / tiada (jenama:____________________)

Telefon bimbit : *ada / tiada (jenama:____________________)

Lain-lain (Nyatakan) : ____________________

: ____________________

* = SILA TANDAKAN

Peringatan

i. Pelajar yang ditawarkan kemudahan Kolej Kediaman Pelajar, TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan sendiri.

Borang yang telah lengkap di isi hendaklah diserahkan ketika mendaftar di Kolej Kediaman pelajar.