bilangan jurnal 2

2
BILANGAN JURNAL : Kedua MINGGU PRAKTIKUM : Kedua TARIKH PERISTIWA : 25 Julai 2013 TAJUK JURNAL : Pengurusan Masa 1. Masalah Dalam minggu kedua, masalah kebersihan dapat diatasi. Masalah lain timbul apabila saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat seperti yang dirancang. Terdapat beberapa aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. 2. Analisis Daripada refleksi kendiri yang dijalankan terhadap diri saya, masalah ini timbul kerana berpunca daripada ketepatan diri saya untuk hadir ke kelas. Saya mengambil masa untuk ke kelas berikutnya kerana mengambil masa dari kelas yang pertama untuk ke kelas yang seterusnya. Selain itu, jarak antara kelas juga agak jauh menyebabkan saya terpaksa mengambil masa untuk sampai ke kelas tersebut. 3. Cadangan Tindakan Susulan Bagi memastikan perancangan dan aktiviti dapat dijlankan dengan baik, saya akan keluar dari kelas yang pertama lebih awal untuk kelas yang berikutnya. Keluar awal dalam dua minit dari kelas yang pertama mungkin memberi masa untuk saya bergerak ke kelas seterusnya. Selain itu, cadangan lain ialah dengan menukar kelas kedua ke tempat yang lebih dekat dengan kelas pertama. Contohnya, membuat kelas di perpustakaan yang berhampiran dengan kelas yang pertama. Ini akan memudahkan saya untuk mengurus masa. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Mendisiplinkan masa untuk tidak membuang masa. Pengurusan masa ini amat saya

Upload: sitifatimah92

Post on 14-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

daddede

TRANSCRIPT

BILANGAN JURNAL: KeduaMINGGU PRAKTIKUM: KeduaTARIKH PERISTIWA: 25 Julai 2013TAJUK JURNAL: Pengurusan Masa

1. Masalah

Dalam minggu kedua, masalah kebersihan dapat diatasi. Masalah lain timbul apabila saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat seperti yang dirancang. Terdapat beberapa aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa.

2. Analisis

Daripada refleksi kendiri yang dijalankan terhadap diri saya, masalah ini timbul kerana berpunca daripada ketepatan diri saya untuk hadir ke kelas. Saya mengambil masa untuk ke kelas berikutnya kerana mengambil masa dari kelas yang pertama untuk ke kelas yang seterusnya. Selain itu, jarak antara kelas juga agak jauh menyebabkan saya terpaksa mengambil masa untuk sampai ke kelas tersebut.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Bagi memastikan perancangan dan aktiviti dapat dijlankan dengan baik, saya akan keluar dari kelas yang pertama lebih awal untuk kelas yang berikutnya. Keluar awal dalam dua minit dari kelas yang pertama mungkin memberi masa untuk saya bergerak ke kelas seterusnya.

Selain itu, cadangan lain ialah dengan menukar kelas kedua ke tempat yang lebih dekat dengan kelas pertama. Contohnya, membuat kelas di perpustakaan yang berhampiran dengan kelas yang pertama. Ini akan memudahkan saya untuk mengurus masa.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Mendisiplinkan masa untuk tidak membuang masa. Pengurusan masa ini amat saya tekankan kerana ia merupakan nadi penting untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan.

5. Penilaian Kejayaan

Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian terhadap kejayaan saya disamping meminta pandangan dari rakan guru praktikum yang lain.

6. Tindakan Susulan

Saya akan keluar satu atau dua minit lebih awal dari kelas pertama dan mempunyai masa untuk saya bergerak ke kelas yang berikutnya. Saya juga akan refleksi kendiri supaya saya dapat mengurus masa dengan baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing :

Tandatangan :Nama :Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :Nama:Tarikh :