assyment gagasan 1 mataysia

24
1 PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah Negara kecil dipeta dunia, namun Malaysia merupakan Negara yang mempunyai banyak keunikan tersendiri.Kedudukan geografinya yang strtegik dari dulu hingga kini menjadi penghubung antara dunia Barat dan dunia Timur dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain menambahkan keunikan yang ada.Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan yang harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar. Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang terbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan dengan bendera Malaysia. Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. Pemimpin perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum.

Upload: zoljoey

Post on 13-Jul-2015

775 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assyment gagasan 1 mataysia

1

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah Negara kecil dipeta dunia, namun Malaysia

merupakan Negara yang mempunyai banyak keunikan tersendiri.Kedudukan

geografinya yang strtegik dari dulu hingga kini menjadi penghubung antara dunia Barat

dan dunia Timur dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan

sosial dunia.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang

keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain

menambahkan keunikan yang ada.Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan yang

harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada

setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar.

Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua

pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang

terbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu

negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua

kaum dan penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu

disayangi oleh rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang

dimasukkan dengan bendera Malaysia.

Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu

memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan

dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. Pemimpin

perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa

mementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu

memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan

kaum.

Page 2: Assyment gagasan 1 mataysia

2

1. GAGASAN 1MALAYSIA SEBAGAI WADAH PEMBINAAN NEGARA BANGSA

YANG BERSATU PADU

1.1 Apa itu Gagasan 1Malaysia ?

Gagasan 1Malaysia diperkenalkan pada 3hb April 2009 oleh Perdana Menteri

Malaysia ke-enam, Dato‟ Seri Najib Tun Abd.Razak. 1Malaysia digagaskan sebagai

satu formula untuk memastikan aspirasi negara iaitu “Wawasan 2020” dapat dicapai.

Gagasan 1Malaysia berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan. Pencapaian

Diutamakan” bertujuan melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dan

mampu menghadapi cabaran globalisasi yang melanda dunia ini.

1.2 Objektif Utama Gagasan 1Malaysia

1. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi mewujudkan perpaduan dalam

kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai

penting yang seharusnya menjadi amalan setiapa rakyat Malaysia.

2. 1Malaysia adalah penerusan agenda pembinaan negara menerusi

perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

1.3 Dua Aspek Utama Dalam 1malaysia

Gagasan 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti yang berikut ;

1.3.1. Aspek Pertama : Penerapan Teras Teras Perpaduan

Teras perpaduan akan menguatkan semangat bersatu padu dalam

kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukung oleh nilai-

nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

1.3.2. Aspek Kedua : Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

Teras Nilai-nilai Aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja

yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan

seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap

yang lebih kukuh dan matang.

Page 3: Assyment gagasan 1 mataysia

3

1.4 Tiga Prinsip – Teras Perpaduan

1Malaysia disandarkan kepada tiga prinsip Teras Perpaduan dalam

memperkukuhkan perpaduan nasional seperti yang berikut ;

1.4.1 Penerimaan

Menerima hakikat bahwa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang

mempunyai kepelbagaian dari segi cara hidup, amalan dan kebudayaan. Rakyat

harus menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia.

` 1.4.2 Kenegaraan

Konsep perpaduan semangat nasionalisme dan cinta akan negara menjadi asas

pembentukkan 1Malaysia.

` 1.4.3 Keadilan Sosial

Memberikan kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting secara adil tanpa

mengira latar belakang atau agama. Setiap wakil rakyat bertindak melepasi

sempadan kaum masing-masing dan melebarkan perkhidmatan kepada kaum-

kaum lain.

Page 4: Assyment gagasan 1 mataysia

4

1.5 NILAI-NILAI GAGASAN 1MALAYSIA

Budaya

Kecemerlanga

n

Ketabahan

Pendidikan

Integriti

Meritokrasi

Rendah

Hati

Kesetiaan

Penerimaan

Page 5: Assyment gagasan 1 mataysia

5

1.5.1 Budaya Kecemerlangan

Di sini saya akan jelaskan secara ringkas berkenaan nilai yang pertama

Gagasan 1Malaysia. Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan

membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan

dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya

kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya berprestasi tinggi memastikan setiap

perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil

lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi

sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan.

Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan

penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.

Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi

menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur

pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja

keras. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan

kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia

yang berteraskan eksport.

1.5.2 Ketabahan

Sedikit pengetahuan berkenaan nilai kedua Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai

ketabahan. Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan

ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat

memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan

Negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi

segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi

memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu. Kejatuhan

atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah

Page 6: Assyment gagasan 1 mataysia

6

memperbaikinya secara positif. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan

kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan,

pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang

lebih besar dan menakjubkan. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh

perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

1.5.3 Rendah Hati

Berjumpa lagi kita dalam ruangan diskusi bagi berkongsi tentang nilai Gagasan 1

Malaysia yang seterusnya iaitu nilai rendah hati. Rasa rendah hati adalah satu sifat

yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam

begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang

merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup

kita. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan

orang lain. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan

dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia. Kejatuhan atau

kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah memperbaikinya

secara positif. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu

dikikis jika ingin maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang

berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan

menakjubkan. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi

mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri

tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu

prinsip. Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di

mana kita berada. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat

luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan

kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan

penindasan.

Page 7: Assyment gagasan 1 mataysia

7

1.5.4 Penerimaan

Kali ini, sedikit penjelasan tentang nilai keempat Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai

penerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama

ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan

perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas

tanpa ada unsur paksaan. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau

secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada

pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan

mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan

yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara

yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta

mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. Semua program dan

peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan

saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama

dan fahaman politik. Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan

kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1Malaysia.

Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya

ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

1.5.5 Kesetiaan

Tiba juga kita pada nilai yang kelima Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai kesetiaan.

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan

Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini

tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan

kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan

kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada

kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Pengikut perlu menunjukkan

kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia

kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. Kesetiaan akan membina

Page 8: Assyment gagasan 1 mataysia

8

kepercayaan dan menjalin satu ikatan antara dua pihak. Perhubungan dan ikatan yang

kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan

sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi

menjamin kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan

adalah lambang setia kawan. Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan

dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan

dapat dibaiki untuk kebaikan bersama. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu

menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. Kesetiaan perlu disertai

dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan,

pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan. Kesetiaan

atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.

Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak

disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

1.5.6 Meritokrasi

Sebagai sambungan, mari kita jelajahi berkenaan nilai meritokrasi. Meritokrasi

merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi

memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu

pembangunan negara. Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib

baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-

estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk

membantu golongan tersebut.

Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria

yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak

dipilih. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan

budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak

dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-

kriteria yang ditetapkan.

Page 9: Assyment gagasan 1 mataysia

9

Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan

sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap

pihak yang bersaing membuktikan potensi masing-masing dan memberi tawaran terbaik

merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina atau Sekolah Tamil

hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran

globalisasi/ liberalisasi.

1.5.7 Pendidikan

Ini merupakan nilai yang ketujuh bagi Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai pendidikan.

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara

mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat

yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Negara

perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari

segala-galanya.

Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda

yang sentiasa terbuka.

Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah

vernakular.

Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan

nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia.

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya

memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk

sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu

sepanjang hayat.

1.5.8 Integriti

Nilai yang terakhir bagi Gagasan 1 Malaysia iaitu yang kelapan adalah integriti.

Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan

rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua

peringkat tanpa mengira kedudukan.

Page 10: Assyment gagasan 1 mataysia

10

Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.

Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah

perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut semua agama.

Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini

sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar

dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Kelayakan

dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui

saluran tidak sah.

Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan

negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan

diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmat

yang diberi.

2. HUBUNGAN DAN CABARAN ETNIK

2.1 Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Ekonomi

Salah satu cabaran hubungan etnik dalam aspek ekonomi ialah pemisahan

fizikal. Pemisahan fizikal ini wujud kesan daripada dasar „pecah dan perintah' yang

diamalkan oleh penjajah British pada masa dahulu. Pemisahan fizikal ini menyebabkan

menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk

berinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang berbeza. Hal ini

merenggangkan perhubungan perhubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagi

perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota setiap etnik. Keadaan

ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan

dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Page 11: Assyment gagasan 1 mataysia

11

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan masih

menggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. Pelajar

Melayu belajar di sekolah Melayudan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula

bersekolah di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar

Cina, mereka bersekolah di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin.

Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan

etnik yang sama.

Selain itu, kontrak sosial juga juga kerap dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam

merangka perlembagaan. Antara isu yang sering ditimbulkan ialah kedudukan istimewa

orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan sebagainya. Sebarang isu

atau kontrak sosial yang dibangkitkan boleh membawa kepada kerenggangan hubungn

etnik di Malaysia.

Terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Kebanyakan orang

Melayu menguasai sektor pertanian yang agak mundur. Orang Cina umumnya

menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan. Manakala

orang India pula menguasai sektor ekonomi yang berasaskan ladang. Kesannya, wujud

jurang pendapatan yang berbeza antara etnik.

Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan kepada pekerjaan

menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Orang

Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat

sebagai penjawat awam. Kebanyakan orang Cina pula terlibat dalam sektor

perniagaan dan perlombongan. Manakala sebahagian besar orang India pula

merupakan buruh di estet. Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam

kalangan etnik tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini memperkukuhkan lagi

semangat perkauman.

2.2 Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Politik

Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan

setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.

Page 12: Assyment gagasan 1 mataysia

12

Politok perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan

mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat

tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa,

kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan

ini tidak akan menyumbang kearah masyarakat yang bersatu padu.

2.3 Cabaran Nilai Antara Etnik

Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Oleh itu,

terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalam

masyarakat di Malaysia. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat

resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap

kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih

mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat,

mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik.

Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan

kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-

masing. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih

besar jika fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.

2.4 Cabaran Globalisasi Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan

menjadi semakin pintas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan

pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi

membawa masuk pengaruh dari Barat dari segi ideology, budaya hedonism dan nilai

negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan system politik

yang dianggap terbaik bagi semua manusia.

Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang

merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber

manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhar dan

pemikiran Barat diterima secara ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu

Page 13: Assyment gagasan 1 mataysia

13

oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah

baik dan moden.

Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi, perpaduan,

mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Secara tidak

langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan etnik di Malaysia.

3. PERANAN KERAJAAN DALAM MENINGKATKAN HUBUNGAN PERPADUAN

DAN INTEGRASI KAUM DI MALAYSIA

3.1 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak

tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam mengurus

perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti

Malaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah

ditubuhkan. Pada 1Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah

MAGERAN telah diwujudkan bagi menanggani isu-isu berhubung pembinaan semula

perpaduan masyarakat di negara kita pada waktu itu (Jabatan Perpaduan Negara dan

Integrasi Nasional,2006).

Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah

ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. tanggungjawab bagi memupuk dan

memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah

tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Antara 1990-2004, Jabatan Perpaduan

Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Bermula daripada kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka dan

memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang

menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta

integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan

Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar

Page 14: Assyment gagasan 1 mataysia

14

tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenal Rukun Negara sebagai ideologi

kebangsaan. Bagi mengurangkan tindak tanduk politik yang boleh memecahbelahkan

rakyat, usaha telah diambil untuk membentuk Barisan Nasional. Sebagai tindakan

susulan dalam memperlengkap dan memperkukuh usaha pembentukan bangsa

Malaysia., beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan

Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar sosial Negara. Pendirian kerajaan telah

menegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020.

JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010, telah

merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan

integrasi nasional iaitu:

Page 15: Assyment gagasan 1 mataysia

15

ANTARA USAHA JPNIN UNTUK MEMUPUK

PERPADUAN INTEGRASI NASIONAL:

Strategi politik –persefahaman

Strategi ekonomi

Strategi pendidikan

Strategi penggunaan bahasa Kebangsaan

Strategi keagamaan

Strategi Kebudayaan

Strategi Integrasi Wilayah

Strategi Keselamatan

Strategi Pembangunan Kawasan

Strategi Penggunaan Tenaga Manusia

Strategi Media Massa

Strategi Kesukanan

Strategi Pemasyarakatan Perpaduan

Strategi program aktiviti Perpaduan

Latihan Komunikasi antara budaya

Penerbitan bahan bacaan secara meluas

Mengenai kaum-kaum di Malaysia.

Page 16: Assyment gagasan 1 mataysia

16

3.2 Memperkasakan Sekolah Wawasan

Sistem pendidikan pebagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang

boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu . sistem pendidikan

pelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa pelajar memilih

aliran mengikut kaum masing-masing. Usaha memupuk perpaduan haruslah dimulakan

sejak awal lagi dengan mambabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama.

Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat

perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. .

Maka, usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan

dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah

menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa mengetepikan sekolah

rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah

kontrak sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah

kebangsaan. Jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, maka

tidak ada sesiapa yang boleh menghalang mereka.

Namun begitu, sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi

anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah

Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu

menanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada palbagai

kaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua

warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.

Bagi memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah

satu aliran, sekolah kebangsaan perlu dijadikan lebih menarik untuk menarik minat

orang bukan Melayu. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi menjadikan

sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan

akan diperingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus

guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun

2010. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar bukan sahaja perlu dipupuk oleh

pihak sekolah tetapi juga institusi pendidikan tinggi.

Page 17: Assyment gagasan 1 mataysia

17

3.3 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan pada tahun

2004 merupakan khusus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan

berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. PLKN dilaksanakan

berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi

empat modul iaitu modul fizikal (merangkumi antara lain aktiviti kawad, merempuh

halangan, merentas desa dan kembara hutan); modul kenegaraan (pengetahuan

tentang pembinaan Negara atau nation-building); Modul Pembinaan Karakter

(penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal) dan Modul Khidmat Komuniti

(merangkumi antara lain aktiviti gotong- royong seperti membersihkan, mengindahkan

dan menceriakan kawasan sekitar). PLKN tidak bersifat kerahan tenaga atau mengikut

trend yang diamalkan oleh negara lain.

Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara, PLKN bertujuan

untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda , memupuk

perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-

nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan, dan melahirkan generasi muda

yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan.

PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum,

terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang dijalankan

menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara peserta tidak mengira

kaum atau agama. Modul kenegaraan dapat menyemai semangat cinta akan tanah air

di samping membolehkan para peserta mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum.

Apabila wujudnya rasa cintakan negara dalam diri peserta, perpaduan kaum dan

integrasi nasional serta saling kerjasama antara kaum di Malaysia dapat diwujudkan

kerana masing-masing mempunyai satu matlamat, iaitu untuk melihat Malaysia sebagai

negara yang aman dan harmonis. Hal ini akhirnya dapat melahirkan remaja yang

sanggup berkorban demi perpaduan bangsa.

Page 18: Assyment gagasan 1 mataysia

18

3.4 Rukun Tetangga

Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan

kuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga 1975). Pada peringkat

awal, Rukun Tetanggga membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan

kediaman masing-masing.

Dengan tumpuan diberi kepada tugas rondaan yang diwajibkan kepada

masyarakat setempat yang berumur antara 18 hingga 55 tahun. Mulai 1 Januari 1983

kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan pada

konsep kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat

kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.

Visi Rukun Tetangga ialah membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia

yang bersatu padu dalam konteks pencapaian Wawasan 2020. Manakala misinya ialah

memupuk kesefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia

yang bersatu padu serta beridentiti sendiri dan motonya pula ialah Bersatu Terus Maju.

Objektif Rukun Tetangga, iaitu memelihara, meningkat dan mengukuhkan

perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan

negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.Bagi memastikan

matlamat Rukun Tetangga tercapai, beberapa aktiviti dilakukan oleh komuniti Rukun

Tetangga yang boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk aktiviti seperti:

Page 19: Assyment gagasan 1 mataysia

19

Page 20: Assyment gagasan 1 mataysia

20

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah

membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman

mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan

dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan

negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluas lagi dengan

pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian

hubungan dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3228 kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan

di seluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan pelbagai

aktiviti dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006, Jawatankuasa

Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36029 aktiviti. Aktiviti

ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu

dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan pada

peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai

keturunan, adat dan budaya (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional).

4. CADANGAN BAHARU KEARAH MENCAPAI PERPADUAN KAUM DI

MALAYSIA BERDASARKAN SITUASI NEGARA HARI INI.

1. Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing

dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil.

2. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara

golongan etnik.

3. Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik

4. Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-

unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran

berinteraksi dengan golongan etnik lain.

Page 21: Assyment gagasan 1 mataysia

21

5. Mengadakan perjumpaan antara kaum dalam beberapa aktiviti-aktiviti

yang dianjurkan samada peringkat kampong, daerah atau kebangsaan ,

demi mengeratkan hubungan etnik.

6. Adanya badan induk sebagai faktor pemangkin kepada semua program

hunbungan etnik dan integrasi , misalnya peranan Jabatan Perpaduan

Nasional dan Integrasi Nasional.

RUMUSAN / PENUTUP

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan

hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih

erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan

dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling

mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala

tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di

mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana

tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati

pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan

fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui

konsep „1 Malaysia‟ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-

mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang

mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia

adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran

secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga

sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina

Page 22: Assyment gagasan 1 mataysia

22

negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan

kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1

Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi

menjayakan konsep ini.

Page 23: Assyment gagasan 1 mataysia

23

Rujukan

www.btn.gov.my/.../artikel%209%20-%20n.

www.kpkk.gov.my/index.php?...8-nilai...1-...

fasihahabdkadir.blogspot.com/.../nilai8-gag..

peopleagainstopposition.blogspot.com/.../ap...

Page 24: Assyment gagasan 1 mataysia

24