bahagian a-kimia f5

Upload: sabrina-banks

Post on 07-Mar-2016

292 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KIMIA

TRANSCRIPT

  • SULIT 4541/1 Kimia Kertas 1 Mei 2003 1 1/4 jam

    SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KAJANG

    PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

    TINGKATAN 5

    KIMIA KERTAS 1

    SATU JAM LIMA BELAS MINIT

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah

    dibenarkan.

    KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 17 HALAMAN BERCETAK

    Arahan: Bagi soalan 1 hingga 50, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul atau terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

  • 1

    Semakin tinggi kepekatan ion hidrogen, semakin kecil nilai pH.

    Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan pemboleh ubah yang bergerak balas dalam hipotesis itu.

    A Kepekatan ion hidrogen. B Ion hidrogen C Nilai pH dan ion hidrogen D Nilai pH 2 Antara berikut perbezaan antara sel kering dengan sel alkali ialah A Bekas zink adalah terminal positif dalam sel kering, rod karbon adalah

    terminal positif dalam sel alkali. B Elektrolit dalam sel kering ialah ammonium klorida, elektrolit dalam sel

    alkali ialah kalium hidroksida. C Proses penyahkutuban berlaku dalam sel kering, tetapi tidak berlaku

    dalam sel alkali. D Sel kering boleh digunakan lebih lama daripada sel alkali. 3 Antara berikut, yang manakah persamaan tindak balas bagi penyediaan

    garam terlarutkan? A AgNO 3 + NaCI AgCI + NaNO 3

    B 2KI + Pb(NO 3 ) 2 Pbl 2 + 2KNO 3 C Zn+2HCI ZnCI2 + H 2 D 2Na + CI2 2NaCI

  • 4

    Rajah 1 Apakah nama bagi sebatian dalam Rajah 1

    A 4 etilpent 2 ena B 2 etilpent 3 ena C 4 metilheks 2 ena D 3 metilheks 2 ena 5 Antara penyiasatan berikut, yang manakah benar tentang pH suatu asid? A Asid mempunyai nilai pH lebih tinggi daripada tujuh. B Semakin tinggi darjah penceraian suatu asid, semakin tinggi nilai pHnya. C Asid lemah mempunyai nilai pH yang lebih rendah daripada asid kuat. D Asid kuat mempunyai darjah penceraian yang lebih tinggi daripada asid

    lemah. 6 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang sifat setiap kaca? Kaca Sifat kaca A Kaca plumbum Indeks bias yang rendah dan ketumpatan rendah B Kaca borosilikat Tidak tahan haba dan mudah pecah C Kaca soda kapur Tahan haba dan takat leburnya tinggi D Kaca silikat terlakur Penebat haba yang baik dan takat lebur tinggi. 7 Satu kegunaan seramik ialah A Sebagai waya elektrik. B Sebagai pengkonduksi haba. C Sebagai lapisan bahagian dalam bagi relau. D Sebagai bahan tambah dalam industri pembuatan getah tiruan.

  • 8 Antara sebatian organik berikut, yang manakah tindak balas penambahan? A Alkana B Alkena C Alkohol D Asid karboksilik 9

    Rajah 2 Antara berikut, yang manakah Tindak balas I dan Tindak balas II dalam Rajah 2?

    Tindak balas I Tindak balas II A Pengesteran Pendehidratan B Pengoksidaan Pendehidratan C Pengoksidaan Pengesteran D Pendehidratan Pengesteran 10 Isomer mempunyai kesamaan dari segi A Sifat fizik B Nama IUPAC C Formula struktur D Jisim molekul relatif 11 Antara bahan berikut, yang manakah merupakan sebatian tak organik? A Kanji B Hormon C Karbon dioksida D Warna pencelup 12 Asid sulfurik dihasilkan melalui Proses Sentuh. Dalam proses ini, sulfur

    frioksida yang dihasilkan harus A Dilarutkan dalam asid sulfurik pekat. B Dilarutkan dalam asid sulfurik cair. C Dicampurkan dengan air. D Dicampurkan dengan oleum.

  • 13.

    Rajah 3 Rajah 3 menunjukkan susunan atom dalam loyang yang diwakili oleh atom P dan Q. Antara berikut, pilih pasangan logam yang betul.

    P Q A Stanum Zink B Kuprum Zink C Zink Stanum D Zink Kuprum 14 Antara berikut, yang manakah perubahan sifat unsur kumpulan 17 apabila

    menuruni kumpulan? I Bilangan petala bertambah II Kereaktifan bertambah III Kecenderungan untuk menerima elektron berkurang IV Daya tarikan nukleus terhadap elektron valens semakin kuat. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV 15 Antara berikut, yang manakah benar tentang larutan ammonia dalam

    metilbenzena? I Mengubah warna kertas litmus merah ke biru. II Tidak mengalirkan arus elektrik III Mengion membentuk ion ammonium. IV Mempunyai nilai pH yang lebih besar daripada tujuh. A II sahaja B I dan III sahaja C I dan IV sahaja D III dan IV sahaja

  • 16 Antara garam berikut, yang manakah larut dalam air? I Kalium nitrat II Argentum klorida III Plumbum (II) klorida IV Natrium karbonat A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C II dan III sahaja D II danIV sahaja 17 Antara berikut yang manakah benar tentang aloi dan juzuk utama dalam aloi

    tersebut? Aloi Juzuk utama I Loyang Kuprum II Piuter Stanum III Gangsa Zink IV Duralumin nikel A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV 18 Serpihan marmar bertindak balas dengna asid hidroklorik cair berlebihan

    untuk membebaskan gas karbon dioksida. Antara berikut, yang manakah menerangkan mengapa kadar pembebasan gas karbon dioksida berkurangan dengan masa?

    I Jumlah luas permukaan marmar menjadi semakin kecil II Kepekatan asid hidroklorik cair semakin berkurang. III Kalsium klorida yang terbentuk menutup permukaan serpihan marmar. IV Serpihan marmar bertukar menjadi serbuk putih. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja 19 Sifat yang sama dipunyai oleh etana dan etana ialah I Tidak larut dalam air II Menyahwarnakan larutan kalium manganat (VII) berasid. III Wujud dalam keadaan gas pada suhu bilik. IV Terbakar lengkap dalam udara menghasilkan gas karbon dioksida dan

    air. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

  • 20 Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah adalah benar apabila

    elektrolisis plumbum (II) bromida lebur berlaku? I Gas warna perang terbentuk dianod. II Logam berwarna biru terhasil dikatod III Hanya ion-ion Pb +2 dan Br - hadir dalam elektrolit ini. IV Ion-ion Br - bergerak ke anod. A I, II dan III sahaja B I, III dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 21

    Rajah 4 Graf dalam rajah 4 menunjukkan lengkung penyejukan cecair asid stearik. Daripada graf ini dapat disimpulkan bahawa

    A Takat lebur asid stearik ialah 70C. B Semua zarah asid stearik berkeadaan cecair pada masa t 2 C Haba dibebaskan ke persekitaran pada t 2 hingga t 3 D Isipadu asid stearik bertambah pada t 3 hingga t 4

    22 Zn + 2HCI ZnCI2 + H 2

    Persamaan tindak balas di atas mewakili satu tindak balas di antara satu logam dengan asid. Berdasarkan teori perlanggaran, perlanggaran berkesan akan bertambah jika

    A Suhu campuran dinaikkan B Isipadu asid ditambahkan C Masa untuk tindak balas dipanjangkan D Jisim zink hendaklah berlebihan

  • 23 P merupakan satu gas lengai yang digunakan dalam lampu iklan. Q merupakan satu atom yang mempunyai susunan elektron 2.8.8

    Di antara pernyataan berikut, yang manakah benar bagi P dan Q

    A P dan Q boleh wujud sebagai molekul dwiatom. B P dan Q boleh bertindak balas membentuk sebatian kovalen. C P dan Q mempunyai susunan elektron oktet. D P dan Q boleh bertindak balas membentuk satu polimer. 24

    Unsur Susunan elektron

    E J

    2.8.2 2.8.7

    Antara formula dan jenis ikatan berikut, yang manakah boleh terbentuk antara kedua-dua unsur E dan J?

    Formula Jenis ikatan A EJ 2 Ikatan ion B E 2 J Ikatan ion C EJ 2 Ikatan kovalen

    D E 2 J 3 Ikatan kovalen

    25 Antara bahan-bahan berikut, yang manakah wujud sebagai cecair yang

    mudah meruap pada suhu bilik?

    Bahan Takat lebur ( C) Takat didih (C) A P 130 333 B Q 55 280 C R - 80 50 D S -121 -40

  • 26

    Rajah 5 Jarum ammeter dalam Rajah 5 terpesong apabila

    A Bekalan arus terus digantikan dengan bekalan arus ulang-alik B Tetraklorometana dicampurkan kepada asid etanoik tulen. C Elektrod karbon digantikan dengan elektrod platinum D Air dicampurkan kepada asid etanoik tulen. 27 Jisim molekul relatif MgYO 2 ialah 139. Tentukan jisim atom relatif unsur Y.

    [Jisim atom relatif: Mg, 24; 0, 16] A 20 B 83 C 90 D 111

  • 28

    Rajah 6 Apakah yang diperhatikan pada rod magnesium dalam Rajah 6?

    A Ketebalan berkurang B Gelembung gas terbentuk C Jisim bertambah D Warna larutan sekitar rod magnesium menjadi biru 29 Atom S berada di kala yang sama dengan unsur magnesium dan berada

    dalam kumpulan yang sama dengan unsur oksigen dalam Jadual Berkala. Antara berikut, yang manakah benar tentang S?

    A S ialah suatu pepejal logam. B S akan membentuk ion bercas 2. C Atom S boleh menderma dua elektron semasa bertindak balas D S boleh bergabung dengan hidrogen membentuk sebatian ion. 30

    Lilin Lemak lembu Petrol Gas asli Antara ciri berikut, yang manakah merupakan ciri sepunya semua bahan di atas?

    A Merupakan bahan api yang baik. B Pembakaran lengkapnya menghasilkan air dan karbon dioksida. C Mempunyai takat didih yang tinggi. D Terdiri daripada unsur-unsur karbon dan hidrogen sahaja

  • 31 Antara berikut yang manakah tidak benar tentang elektrolisis larutan kuprum

    (II) klorida pekat dengan menggunakan elektrod-elektrod karbon? A Jisim katod bertambah B Gas oksigen terbebas di katod C Keamatan warna biru larutan berkurangan D Gas klorin terbebas di anod 32

    Zarah Nombor proton Nombor nukleon Bilangan elektron E Q R T

    11 11 17 17

    23 23 35 37

    10 11 17 17

    Jadual 1

    Antara yang berikut, yang manakah benar tentang zarah E, Q, R dan T dalam Jadual 1?

    I E dan Q ialah zarah unsur yang sama II E ialah ion positif bagi atom Q III Q bertindak balas dengan R membentuk sebatian ion IV R dan T ialah isotop bagi unsur yang sama A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 33

    Rajah 7

  • Rajah 7 menunjukkan graf bagi jumlah isipadu gas karbon dioksida yang terbebas melawan masa bagi tindak balas antara kalsium karbonat dengan asid hidroklorik cair. Antara berikut, yang manakah akan memberi lengkungan yang ditunjukkan itu?

    I Kedua-dua eksperimen dilakukan pada suhu yang berlainan. II Ketulan kalsium karbonat yang lebih halus digunakan dalam

    eksperimen P III Eksperimen P dan Q dilakukan dengan menggunakan kepekatan asid

    yang berlainan tetapi isipadu yang sama IV Jisim kalsium karbonat yang digunakan dalam eksperimen P adalah

    lebih daripada yang digunakan dalam eksperimen Q A I dan II sahaja B I, II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 34

    Bahan P Q R Jisim Molar (gmol 1- ) 254 58 114

    P, Q, dan R ialah tiga jenis hidrokarbon tepu. Jadual 2 menunjukkan jisim molar ketiga-tiganya. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar bagi P, Q dan R?

    I P mempunyai takat didih yang lebih tinggi daripada Q dan R. II Q lebih mudah terbakar berbanding dengan P dan R III Urutan yang menunjukkan tertib menaik bagi ketumpatan ialah P, R dan

    Q. IV P, Q dan R tidak mengalirkan arus elektrik. A I dan IV sahaja B I, II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV

  • 35 Unsur J dan L masing-masing berada dalam kumpulan 2 dan 17 jadual berkala. Antara berikut, yang manakah benar tentang kedua-dua unsur J dan L?

    I Tindak balas antara J dan L melibatkan perkongsian elektron. II Sebatian yang terbentuk daripada J dan L larut dalam air. III Unsur J lebih elektropositif daripada unsur L. IV Tindak balas J dengan L menghasilkan sebatian berformula JL 2 . A I dan IV sahaja B II dan III sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja. 36 Bilangan neutron atom Y ialah 82. bilangan elektron ion Y +3 ialah 54.

    Berapakah jisim atom relatif Y?. A 121 B 133 C 136 D 139 37

    Rajah 8 Rajah 8 menunjukkan picagari mengandungi m g gas karbon dioksida pada keadaan suhu dan tekanan bilik. Berapakah nilai m? [Jisim atom relatif; C, 12; 0, 16; 1 mol sebarang gas menempati ruangan 24 dm 3 pada keadaan suhu dan tekanan bilik]

    A 0.11 g B 0.22 g C 0.33 g D 0.44 g 38 Berapakah bilangan mol kalsium yang mengandungi bilangan atom dua kali

    lebih banyak daripada yang terdapat dalam 7 g gas nitrogen? [jisim atom relatif nitrogen, 28]

    A 0.5 B 0.7 C 1.0 D 1.4

  • 39 2Q + CuSO 4 Q 2 SO 4 + Cu Berdasarkan persamaan tindak balas di atas, berapakah isipadu larutan kuprum (II) sulfat 1 mol dm 3- bertindak balas lengkap dengan 0.92 gm logam Q? [Jisim atom relatif: Q, 23]

    A 15 cm 3 B 20 cm 3 C 30 cm 3 D 60 cm 3 40 Unsur J dan unsur Q masing-masing mempunyai nombor proton 11 dan 8.

    Berapakah jisim molekul relatif sebatian yang terbentuk antara J dan Q? [Jisim atom relatif: J, 23, Q, 16]

    A 39 B 55 C 62 D 78 41 Atom X boleh membentuk ion dengan cas +2. Ion itu mengandungi 68

    neutron dan 48 elektron. Antara simbol berikut, yang manakah mewakili atom X itu?

    A

    50

    118X

    B

    50

    116X

    C

    48

    118X

    D

    48

    116X

  • 42

    Rajah 9 Antara rajah berikut yang manakah menunjukkan susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk daripada unsur E dan unsur R?

    A

    B

    C

    D

  • 43 H 2 SO 4 + 2NaOH Na 2 SO 4 + 2H 2 O

    Berapakah kepekatan asid sulfurik yang digunakan jika 10 cm 3 asid itu dapat meneutralkan 0.02 mol natrium hidroksida?

    A 0.1 mol dm 3- B 0.2 mol dm 3- C 1.0 mol dm 3- D 2.0 mol dm 3- 44 2C 2 H 6 (g) + 7O 2 (g) + 4CO 2 (g) + 6H 2 O(ce)

    Etana terbakar lengkap di udara mengikut persamaan di atas. Pada suhu dan tekanan bilik, berapakah isipadu minimum gas oksigen yang diperlukan untuk pembakaran lengkap 1 mol gas etana? [1 mol gas menempati 24 dm 3 pada keadaan suhu dan tekanan bilik]

    A 24 dm 3 B 48 dm 3 C 84 dm 3 D 168 dm 3 45 Antara asid berikut, yang manakah akan menghasilkan kadar awal tindak

    balas paling tinggi apabila 1 g serbuk kalsium karbonat dimasukkan ke dalamnya?

    A 50.0 cm 3 asid nitrik 1.0 mol dm 3- B 50.0 cm 3 asid sulfurik 1.0 mol dm 3- C 50.0 cm 3 asid etanoik 1.0 mol dm 3- D 100.0 cm 3 asid hidroklorik 1.0 mol dm 3- 46 Apabila satu titik minyak mempunyai isipadu 0.0033 cm 3 disentuh dengan

    satu tiub kapilari halus dan dipindahkan ke atas sekeping kertas turas, 100 tompok minyak kecil dihasilkan. Satu titik kecil minyak dipindahkan dari tiub kapilari ke tengah sebuah besen yang berisi air yang telah ditaburkan dengan serbuk likopodium. Bulatan yang berdiameter 15 cm terhasil. Tentukan saiz molekul minyak. (p=22/7)

    A 1.87 x 10 5- cm B 1.87 x 10 6- cm C 1.87 x 10 7- cm D 1.87 x 10 8- cm

  • 47 Jisim molekul relatif air ialah 18. Ini bererti 36g air mengandungi I 2 mol molekul air II 2 mol atom oksigen III 4 mol atom hidrogen IV 18x6x10 23 molekul air A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV 48 Antara formula berikut, yang manakah formula bagi sebatian hidrokarbon

    tepu? I CH 2 CHCH 2 CH 3

    II CH 3 CHCHCH3

    III CH 3 CH 2 CH 2 CH 2 CH 3 IV CH 3 CH(CH3 )CH3

    A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV 49 Satu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kesan kepekatan ke atas

    kadar tindak balas antara asid hidroklorik dengan zink. Antara faktor berikut, yang manakah tidak seharusnya diubah?

    I Jisim zink yang digunakan II Suhu asid yang digunakan III Isipadu asid yang digunakan IV Jumlah luas permukaan zink yang digunakan. A I, II dan III sahaja B I, III dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV. 50 Dalam proses Haber untuk menghasilkan ammonia I Vanadium (V) oksida digunakan untuk meningkatkan hasil ammonia. II Suhu optimum 500C digunakan. III Gas ammonia yang terhasil diasingkan daripada gas hidrogen dan gas

    nitrogen secara k ondensasi. IV Suhu yang rendah meningkatkan penghasilan ammonia. A I dan IV sahaja B II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I,III dan IV sahaja