bijak menguruskan diri

7
BIJAK MENGURUSKAN DIRI 1. Kita mesti bijak menguruskan diri supaya diri kita sentiasa cergas dan cerdas. 2. Pengurusan diri yang bijak merangkumi aspek yang berikut : Melakukan riadah Makan makanan yang seimbang Bertutur dengan sopan Menjaga kesihatan diri Berehat secukupnya Mengemas tempat tidur Saya Bertutur dengan Sopan 1. Bertutur dengan sopan menggambarkan kita memiliki peribadi yang baik. 2. Kita mesti bertutur dengan sopan supaya disenangi dan dihormati oleh orang lain. 3. Kita mesti mengamalkan cara pertuturan yang sopan dalam semua situasi. 4. Antara contoh pertuturan yang sopan adalah seperti yang berikut : a) ketika ingin meminjam barang orang lain b) ketika ingin memberi pendapat c) memaafkan kesalahan orang lain d) memberi salam apabila bertemu orang lain e) meminta maaf ketika melakukan kesalahan yang tidak disengajakan Penampilan Diri yang Positif

Upload: mariena

Post on 16-Dec-2015

103 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pencapaian kendiri

TRANSCRIPT

BIJAK MENGURUSKAN DIRI1. Kita mesti bijak menguruskan diri supaya diri kita sentiasa cergas dan cerdas.

2. Pengurusan diri yang bijak merangkumi aspek yang berikut :

Melakukan riadah

Makan makanan yang seimbang

Bertutur dengan sopan

Menjaga kesihatan diri

Berehat secukupnya

Mengemas tempat tidur

Saya Bertutur dengan Sopan1. Bertutur dengan sopan menggambarkan kita memiliki peribadi yang baik.2. Kita mesti bertutur dengan sopan supaya disenangi dan dihormati oleh orang lain.3. Kita mesti mengamalkan cara pertuturan yang sopan dalam semua situasi.4. Antara contoh pertuturan yang sopan adalah seperti yang berikut :a) ketika ingin meminjam barang orang lainb) ketika ingin memberi pendapatc) memaafkan kesalahan orang laind) memberi salam apabila bertemu orang laine) meminta maaf ketika melakukan kesalahan yang tidak disengajakan

Penampilan Diri yang Positif1. Penampilan diri yang positif merangkumi cara kita menonjolkan diri di khalayak ramai.2. Kita juga perlu menjaga penampilan diri supaya dihormati.3. Berikut merupakan cara penampilan diri yang positif :a) berpakaian kemasb) tingkah laku yang sopanc) pertuturan yang sopand) menghormati orang yang lebih tuae) mematuhi peraturan yang ditetapkan

Beriadah Menjamin Kesihatan1. Riadah juga dapat menjamin kesihatan diri.2. Aktiviti riadah boleh menjadikan diri kita cergas.3. Berikut merupakan cara-cara melakukan aktiviti riadah dengan betul :a) memanaskan badanb) melakukan senaman yang dipilihc) melakukan aktiviti menyejukkan badan4. Gambar berikut merupakan contoh aktiviti-aktiviti riadah :

Jaga Kebersihan Diri1. Kita mestilah menjaga kesihatan diri supaya sentiasa sihat.2. Kita mestilah mengamalkan cara menjaga kesihatan diri dengan betul.3. Contoh penjagaan kesihatan diri adalah seperti berikut :

Makanan Seimbang

Tema 1

TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRIUNIT 1 : WAWASAN DIRI

HASIL PEMBELAJARAN :Pada akhir unit ini,murid dapat: -Menerangkan ciri-ciri wawasan diri. -Menghuraikan kepentingan wawasan diri. -Mengamalkan usaha yang gigih untuk mencapai wawasan diri. -Mempunyai sikap kesungguhan yang tinggi.

1) Setiap individu perlu mempunyai wawasan.

2) Wawasan diri bagi seseorang individu merupakan sesuatu pandangan jauh yang berkaitan dengan perkembangan masa depan individu tersebut untuk mencapai matlamat tertentu.

3) Pembentukan wawasan diri secara praktikalnya perlulah didasarkan kepada usaha individu pada masa lalu,pencapaian terkini dan sasaran yang diimpikannya pada masa akan datang.

4) Wawasan diri adalah prasyarat yang mesti diwujudkan oleh setiap individu yang menginginkan kejayaan.

5) Ciri-ciri wawasan diri:--Jelas dan mudah difahami.-Peka terhadap tuntutan dan peluang.-Asli dan lahir daripada keinsafan diri.-Semangat dan tekad yang kuat.-Benar-benar diperlukan.-Daya dorongan diri yang teguh.

6) Langkah-langkah Mencipta Wawasan Diri-Menggambarkan wawasan diri-Menetapkan hala tuju-Melakukan perancangan untuk mencapai hala tuju diri-Usaha yang cemerlang-Sikap yang berwawasan-Matlamat Wawasan Diri Tercapai

7) Kepentingan mempunyai wawasan diri:-Menjadi pendorong untuk kita mencapai cita-cita.-Menjadi panduan untuk mendisiplinkan diri.-Membantu kita merancang strategi atau langkah supaya lebih teratur dan berkesan.-Membantu merealisasikan wawasan negara iaitu Wawasan 2020.-Membantu kita mencapai kecemerlangan dalam hidup.IMBAS KEMBALIA. WAWASAN DIRI- Bermaksud pandangan jauh yang berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat penting untuk diri sendiri.

B. HALA TUJU- Merupakan matlamat hidup dan sesuatu sasaran yang ingin dicapai dalam hidup. Hala tuju yang ditetapkan perlulah seiring dengan minat, nilai diri, dan pencapaian diri.C. MERANCANG HALA TUJU DIRI- Memilih jurusan yang sesuai semasa di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.- Mengambil mata pelajaran yang sesuai.- Mendapatkan maklumat tentang bidang wawasan diri yang diinginkan- Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi di universiti.D. USAHA YANG CEMERLANG-Belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.-Mengurus masa dengan baik agar aktiviti yang berfaedah dapat diusahakan untuk menuju matlamat yang ditetapkan-Membuat jadual waktu diri dan mematuhi jadual tersebut dengan berdisiplin.

E. SIKAP YANG BERWAWASAN - Berilmu pengtahuan - Tidak mudah mengalah - berdaya saing- Berkemahiran tinggi- Dinamik dan proaktif- Berinovatif- Berkongsi ilmu- Beriltizam- bersemangat patriotisme

F. MENCAPAI WAWASAN DIRI

UNIT 2 : PERKEMBANGAN DIRI YANG SEIMBANG

HASIL PEMBELAJARANPada akhir unit ini , murid dapat :-Menghuraikan pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang-Menerangkan kepentingan perkembangan diri yang seimbang dalam pelbagai aspek-Mengamalkan pelbagai aspek perkembangan diri yang seimbang ke arah kehidupan yangsejahtera-Bersyukur dengan perkembangan diri yang seimbang

1) Perkembangan diri yang seimbang merujuk kepada usaha melahirkan individu yang seimbangdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

2) Individu yang seimbang merupakan individu yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran, berakhlak baik dan mulia, bertanggungjawab serta cergas tubuh badannya.3) Perkembangan diri yang seimbang ialah seimbang dari segi :INTELEK -Insan yang mempunyai unsur-unsur intelek dapat memberikan tumpuan yang lebih bermakna kepada daya fikirnya. -Insan yang berilmu dan cerdas mempunyai daya fikir yang tinggi serta mampu berfikir secara matang dan logik. -Ilmu yang dimiliki dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan diri,orang lain,rakan-rakan dan pembangunan masyarakat serta negara.

ROHANI -Insan yang sentiasa menyedari dan menginsafi kewujudan Tuhan sertamenghargai dan mensyukuri pemberian-Nya. -Membentuk insan yang sentiasa percaya dan berpegang teguh kepada ajaran Tuhan,sentiasa sedar tentang yang betul dan yang salah, berakhlak mulia, serta sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

EMOSI -Insan yang baik adalah insan yang mempunyai cinta dan dan kasih sayang serta pandai mengawal serta mengendalikan emosi dirinya ketika sedih,marah, takut, dan sebagainya. -Insan yang dapat mengawal emosi dirinya akan bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar.

JASMANI -Jasmani yang sihat dan cergas membolehkan individu menggunakan tenaga fizikal untuk kepentingan masyarakat dan berusaha meningkatkan daya pengeluaran. -Jasmani yang sihat dapat diperolehi dengan melakukan senaman,mengambil makanan yang berkhasiat dan melakukan pemeriksaan doktor secara berkala.

4) Perkembangan diri yang seimbang dapat membantu anda :- memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan- berakhlak mulia- mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan- mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram- berbudaya penyayang- memiliki tubuh badan yang sihat dan cergashttp://nadirahjumat4snspsksmpo13.blogspot.com/p/tema-1-pencapaian-kendiri-unit-1.html