bicara ozzy: definasi dunia tanpa...

Download BICARA OZZY: DEFINASI DUNIA TANPA SEMPADANozzy2u.blogspot.com/.../definasi-dunia-tanpa-sempadan.html2012-05-152012-05-15 · Selain itu penggunaan alat telekomunikasi turut dikaitkan

If you can't read please download the document

Upload: dangphuc

Post on 13-Feb-2018

216 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

BICARA OZZY: DEFINASI DUNIA TANPA SEMPADAN

BICARA OZZY

15 Mei 2012

DEFINASI DUNIA TANPA SEMPADAN

Seringkali kita dengar ramai yang menyebut tentang Dunia Tanpa Sempadan dan definasinya seringkali dikaitkan dengan sistem IT atau maklumat yang diperolehi melalui internet tanpa ada batasan walau di mana saja kita berada.

Selain itu penggunaan alat telekomunikasi turut dikaitkan dengan dunia tanpa sempadan iaitu kita boleh berhubung dengan sesiapa saja melalui alat digital ataupun elektronik mahupun komunikasi melalui sistem komputer atau ruangan cyber.Selama ini dua faktor inilah yang sering disebut dan dikaitkan dengan istilah Dunia Tanpa Sempadan dan ia didefinasikan oleh ramai diantara kita sebagai perhubungan tanpa batasan pada seluruh manusia di dunia.

Memang kedua-dua faktor tersebut adalah benar dan ia dilihat memberi banyak kelebihan atau advantage pada semua manusia termasuklah kita di sini.NAMUN berapa ramai diantara kita yang tahu tentang satu lagi definasi Dunia Tanpa Sempadan yang jarang kita dengar mahupun disebut? dan faktor inilah sebenarnya bakal menjadi cabaran pada kita semua kerana ia bakal mengundang bencana pada kita semua sekiranya kita tidak bersedia dan ia mungkin tidak lagi akan menjadi advantage pada kita sekiranya kita semua tidak bersedia untuk berhadapan dengannya.

Ramai diantara kita tidak tahu wujudnya perjanjian diantara negara kita dan juga beberapa negara Asian yang lain dengan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) pada tahun 1982 untuk menyekat berlakunya perkara sebenar dan definasi sebenarnya Dunia Tanpa Sempadan.Melalui perjanjian tersebut warga negara lain tidak boleh tinggal atau bekerja dengan negara yang lain tanpa kebenaran dari negara tersebut dan langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi dan menstabilkan rakyat dari negaranya sendiri serta memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Namun berapa ramai pula diantara kita yang sedar atau tahu bahawa perjanjian tersebut akan berakhir atau tamat pada tahun 2015 iaitu hanya tinggal 3 tahun saja lagi untuk kita semua berhadapan dengan erti sebenar Dunia Tanpa Sempadan?.Sekiranya ia berlaku bermakna sesiapa saja bebas keluar masuk ke mana-mana negara yang dia suka tanpa ada sekatan samada untuk bekerja ataupun menjalankan perniagaan dan ketika itulah baru kita faham definasi sebenar Dunia Tanpa Sempadan..sesiapapun bebas untuk pergi dan tinggal kemana-mana negara yang dia suka selagi mampu.

Kita lihat pada diri kita sendiri serta generasi kita yang akan datang apakah kita dan mereka semua mampu untuk berhadapan dengan 'kemungkinan' tersebut?.Bersediakah kita untuk bersaing dengan mereka yang bakal berhijrah dan merentasi sempadan kita ini?.Bagaimana untuk kukuhkan kedudukan kita di dalam sesebuah organisasi terutama dalam sektor swasta supaya tidak digugat oleh orang luar?dan bagaimana pula dengan perniagaan yang kita jalankan, apakah mampu untuk bersaing dengan mereka semua?..berapa ramai antara kita yang tahu atau memikirkan perkara tersebut menjelang tahun 2015 nanti? atau mungkin kita bakal saksikan kaum melayu kembali berhijrah pulang ke kampung halaman masing-masing...

Sebenarnya perkara ini telahpun berlaku di negara Eropah samada kita tidak tahu atau malas atau tak berminat nak ambil tahu dan antara yang mereka lakukan bagi menyelamatkan negara serta rakyat mereka adalah dengan membuat sekatan melalui standard yang mereka gubah dan luluskan.Kerana itu wujudnya standard seperti BS standard dan sebagainya bertujuan supaya negara lain yang ingin memasuki pasaran mereka perlu mengikut standard yang telah mereka tetapkan.Negara kita turut mengikut jejak langkah tersebut melalui standard yang dihasilkan iaitu MS standard yang hampir menyerupai BS Standard cuma ditukar dari BS kepada MS.

Bersediakah kita untuk menyahut cabaran ini?..hanya tinggal 3 tahun saja lagi untuk kita semua mengenali erti sebenar Dunia Tanpa Sempadan..

ozzy - baru tahu..

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Dicatat oleh

ozzy

di15.5.12

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

2 ulasan:

NISA KHAIRI17 Mei 2012 8:35 PTG

waa..dah lama x menulis,akhirnya kembali semula. Hehehe

Saya rasa masyarakat kita belum mampu bersedia utk menghadapi perubahan tu. Cukup saja yg datang masuk dr Indonesia,Thailand,Myanmar,Filippina dll. Mereka sangat cekal utk berani memulakan hidup baru,cari makan ditempat org,sanggup buat pelbg kerja. Tapi,org kita masih merangkak2 nak hidup di tempat sendiri,mengharapkan yg percuma,bila masalah buat aduan. Kalau yg dr negara lain datang tanpa sekatan,tanpa batasan,tak tahulah saya. Saingan memang bgus,tp soalnya msykt kita bersediakah?

BalasPadam

nasarudin sik abd kadir9 September 2017 2:24 PG

Wahhh...kini kita sudah di pos yang ke-19 iaitu teknologi dan dunia tanpa sempadan. Korang tahu ke apa tu dunia tanpa sempadan ? Pengertian belia dan teknologi awal-awal lagi dah dibincangkan kan...hehe harap-harap kalian dapat mengaplikasikan segala input yang telah kami kongsikan ya....

Okaylah...dunia tanpa sempadan ni ialah dunia yang segala maklumat ada di hujung jari. Seperti yang kita tahu, teknologi sekarang semakin moden. Sekarang semua benda menggunakan akses internet. Dibawah ini ada sedikit penerangan tentang dunia tanpa sempadan

BalasPadam

Tambah ulasan

Muatkan lagi...

Catatan Terbaru

Catatan Lama

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

Terdapat ralat dalam alat ini

ASSALAMUALAIKUM

ozzy

Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Lihat profil lengkap saya

Pengikut

Pesanan

Catatan Lama

2013

(17)

April

(1)

Mac

(10)

Februari

(2)

Januari

(4)

2012

(45)

November

(2)

Oktober

(4)

September

(9)

Julai

(8)

Jun

(4)

Mei

(1)DEFINASI DUNIA TANPA SEMPADAN

Februari

(3)

Januari

(14)

2011

(184)

November

(11)

Oktober

(13)

September

(17)

Ogos

(13)

Julai

(19)

Jun

(22)

Mei

(12)

April

(22)

Mac

(16)

Februari

(15)

Januari

(24)

2010

(120)

Disember

(21)

November

(22)

Oktober

(11)

September

(9)

Ogos

(21)

Julai

(11)

Jun

(13)

Mei

(7)

April

(3)

Mac

(1)

Januari

(1)

Twit

Tweet

Tema Mistik Bhd.. Imej tema oleh i-bob. Dikuasakan oleh Blogger.