bicara karyawan bersama zaini bin ojea@ozea · pdf fileyang pelbagai tetapi seperti juga...

1
Halaman Tiga BERITA HARIAN Isnin, 14 November 2005 Apabila abjad ta [ ] digabungkan dengan ya [ ] menjadi ti [ ]. Gabungan dua abjad tersebut menghasilkan sebutan [ ti ]. Contoh: Tiga suku kata atau lebih Abjad ta [ ] pada posisi awal kata bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, tetap ditulis sebagai ta [ ] dan sebutannya menjadi [ ta ]. Lazimnya kata tersebut merupakan kata serapan daripada bahasa Arab. Contoh: BAHASA PENJANA MINDA BICARA KARYAWAN Bersama Zaini bin Ojea@Ozea GLOSARI TEKNOLOGI MAKLUMAT KOSA KATA BAHARU BAHASA SUKUAN SABAH Sandaran tokokan (incremental backup) Tatacara sandaran yang hanya menyalin fail yang berubah se- menjak sandaran penuh terak- hir atau sandaran tokokan ter- akhir. Arkitek maklumat (information architect) Individu yang bertugas mereka bentuk sebaran, pengendalian dan penyimpanan maklumat. Pembekal maklumat (information provider) Individu atau syarikat yang membekalkan maklumat dalam bentuk laman web atau pener- bitan dalam talian yang lain. Teknologi maklumat (information technology) Teknologi berkaitan perolehan, penyimpanan, pemprosesan, penjanaan, pengagihan dan pencapaian semula maklumat secara elektronik. Seni bina sepadu (integrated architecture) Binaan sistem yang sepadu tan- pa pembahagian antara kom- ponen yang jelas. [email protected] dimiti - Sejenis fabrik daripada kapas yang mempunyai corak berjalur-jalur dsb yang timbul, biasanya digunakan untuk membuat cadar, langsir dsb. geotekstil - Sejenis fabrik sin- tetik yang kukuh, biasanya di- gunakan untuk menguatkan benteng, tapak lebuh raya dsb. krep - Sejenis kain nipis da- ripada sutera, kapas atau be- nang bulu yang permukaannya berkedut-kedut. lame - Sejenis kain yang di- tenun berselang-seli dengan benang emas atau perak. [email protected] K osa kata bahasa suku kaum Sungai yang bermaksud ra- sa ubi yang sedap kerana empuk dan gebu. Kata tanud dieja t.a.n.u.d. se- bagai satu perkataan dan di- ucapkan dalam dua suku kata ta-nud. Contoh penggunaannya ada- lah seperti dalam ayat berikut: Dia berasa puas dapat makan ubi yang tanud. [email protected] PEDOMAN EJAAN JAWI Abjad Ta [ ] Kata dua suku kata Oleh Haji Abdul Jalil Anuar A PABILA abjad ta [ ] sebagai abjad tunggal, sebutannya ialah ta [ ta ]. Untuk abjad ta [ ] yang sebutannya [ ta ] pada posisi awal kata, bagi kata-kata yang bersuku kata dua, abjad tersebut mesti digabungkan dengan abjad alif [ ]. Contohnya: Abjad ta [ ] berubah sebutannya menjadi [ te ] pada posisi awal kata, bagi kata-kata yang bersuku kata dua atau lebih. Contoh: Apabila ta [ ] digabungkan dengan wau [ ] menjadi tu [ ]. Gabungan dua abjad itu menghasilkan sebutan [ tu ] atau bunyi [ to ]. Contoh: Tanud Penggunaan Bahasa Melayu di Sarawak B AHASA Melayu (BM) yang dimaksud- kan di sini ialah bahasa Melayu baku atau standard, yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam siaran radio dan televisyen, surat-menyurat, mesyuarat, takli- mat, seminar, pengacaraan dan pengumuman serta dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah. Di Sarawak, banyak bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu, antaranya bahasa Iban (yang homogen sifatnya), bahasa Melanau (ada sekitar 5 variasi), bahasa Bidayuh (juga ada sekitar 5 variasi), bahasa Kayan, Kenyah, Ke- labit, Lun Bawang, Kadayan, Bisaya, Kejaman, Sekapan, Miriek, Narom dan Bakong. Nam- paknya, dalam banyak bahasa itu, dialek Me- layu Sarawak (DMS) digunakan dengan meluas antara kaum. DMS juga mempunyai variasi yang pelbagai tetapi seperti juga bahasa Iban, agak homogen sifatnya di seluruh Sarawak, iaitu mempunyai kebolehfahaman yang tinggi. Seorang pemimpin politik di Sarawak pernah menyatakan bahawa bahasa Melayu masih belum benar-benar meresap ke dalam sebilangan besar jiwa orang Sarawak. Lantaran itu, masih banyak peranan yang perlu dimainkan oleh Dewan Ba- hasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak. Oleh itu, DBP Cawangan Sarawak dalam memainkan peranannya mengembangkan ba- hasa Melayu di Sarawak perlu berhemah su- paya tidak kelihatan untuk merendahkan mar- tabat bahasa-bahasa suku lain. Ketua Menteri Sarawak kini, yang pernah memperkenalkan ruangan sastera di radio, mencadangkan ke- giatan-kegiatan seni seperti drama pentas, yang dengan sendirinya boleh diterima dan meresap ke dalam jiwa mereka secara tidak langsung. Beliau memberikan contoh para pendatang di kampung-kampung yang menggunakan bahasa tempatan secara bersahaja, tanpa ganjaran dan paksaan. Dari segi geografinya, terdapat 9 bahagian pentadbiran di Sarawak, dan setiap bahagian itu diketuai oleh Residen. DBP Sarawak me- laksanakan pengembangan BM di setiap ba- hagian itu dengan bantuan dan kerjasama Ja- watankuasa Pelaksanaan Bahasa dan Sastera di bahagian-bahagian tersebut, yang dipenge- rusikan oleh Residen Bahagian. Semenjak Gerakan Cintai Bahasa Kita (GCBK) dahulu, yang bermula pada tahun 1987, DBP Sarawak setiap tahun mengadakan kem- pen yang berkenaan secara bertukar-tukar tem- pat (bahagian) hinggalah timbul konsep Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) kini yang memasukkan konsep GCBK tersebut dengan mengambil perhatian bahawa GCBK itu di- pengerusikan oleh Menteri Negeri. Dengan pemahaman kepelbagaian itulah DBP Sarawak kini masih terlibat dalam pe- ngumpulan glosari bahasa sukuan. Kini, ki- ra-kira 15 bahasa sukuan sudah dan sedang dilaksanakan pengumpulannya, baik dari segi senarai atau glosari bahasa sukuan atau istilah dalam bidang tertentu yang kami anggap amat berguna, khususnya dalam industri pelan- congan. Di samping untuk tujuan pendoku- mentasian, pengumpulan glosari bahasa su- kuan juga dapat memupuk rasa kekitaan ter- hadap bahasa Melayu. Antara bahasa sukuan yang kini terserap dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu baku ialah “merarau” (makan tengah hari), dan “jerayawara” (roadshow ). Secara umumnya, dalam situasi rasmi, peng- gunaan bahasa Melayu sudah terbukti berjaya. Namun, sektor swasta di Sarawak kadang-kadang masih menggunakan bahasa Inggeris walaupun majlis tersebut bersifat tempatan atau kebang- saan dan bukan antarabangsa. Bagaimanapun, ada juga pihak swasta yang mempunyai kese- daran tentang penggunaan bahasa kebangsaan, menggunakan BM dalam acara atau majlis rasmi mereka. Malah, di Sarawak sudah ada akhbar berbahasa Melayu yang bilangan edarannya ber- tambah, seperti Utusan Sarawak (38,000 naskhah) dan Utusan Borneo (18,000 naskhah). Dengan menghormati, memahami, serta menginsafi konsep pengetahuan pelbagai ba- hasa, DBP Sarawak kini dengan sebaik mung- kin menepati kehendak kerajaan negeri agar melaksanakan dasar bahasa kebangsaan secara berhemah. Dengan ini diharapkan masyarakat memahami akan peri pentingnya membina satu tamadun bangsa melalui bahasa kebangsaan kerana yang kita bina bukan sahaja negara tetapi sebuah negara bangsa. l Zaini bin Oje ialah Pengarah, DBP Ca- wangan Sarawak. Seorang pemimpin politik di Sarawak pernah menyatakan bahawa bahasa Melayu masih belum benar-benar meresap ke dalam sebilangan besar jiwa orang Sarawak. DBP Cawangan Sarawak dalam memainkan peranannya mengembangkan bahasa Melayu di Sarawak perlu berhemah supaya tidak kelihatan untuk merendahkan martabat bahasa-bahasa suku lain.

Upload: dangminh

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BICARA KARYAWAN Bersama Zaini bin Ojea@Ozea · PDF fileyang pelbagai tetapi seperti juga bahasa Iban, agak homogen sifatnya di seluruh Sarawak, iaitu mempunyai kebolehfahaman yang

Halaman Ti g aBERITA HARIAN Isnin, 14 November 2005

Apabila abjad ta [ ] digabungkan dengan ya [ ] menjadi ti [ ].Gabungan dua abjad tersebut menghasilkan sebutan [ ti ]. Contoh:

Tiga suku kata atau lebih

Abjad ta [ ] pada posisi awal kata bagi kata yang terdiri daripada tigasuku kata atau lebih, tetap ditulis sebagai ta [ ] dan sebutannyamenjadi [ ta ]. Lazimnya kata tersebut merupakan kata serapan daripadabahasa Arab. Contoh:

BAHASA PENJANA MINDA

BICARA KARYAWAN Bersama Zaini bin Ojea@OzeaGLOSARI TEKNOLOGI MAKLUMAT

KOSA KATA BAHARU

BAHASA SUKUAN SABAH

Sandaran tokokan(incremental backup)Tatacara sandaran yang hanyamenyalin fail yang berubah se-menjak sandaran penuh terak-hir atau sandaran tokokan ter-ak hir.

Arkitek maklumat(information architect)Individu yang bertugas merekabentuk sebaran, pengendaliandan penyimpanan maklumat.

Pembekal maklumat(information provider)Individu atau syarikat yangmembekalkan maklumat dalambentuk laman web atau pener-bitan dalam talian yang lain.

Teknologi maklumat(information technology)Teknologi berkaitan perolehan,penyimpanan, pemprosesan,penjanaan, pengagihan danpencapaian semula maklumatsecara elektronik.

Seni bina sepadu(integrated architecture)Binaan sistem yang sepadu tan-pa pembahagian antara kom-ponen yang jelas.

a z i z u l _ i @ d b p. g ov. my

dimiti - Sejenis fabrik daripadakapas yang mempunyai corakberjalur-jalur dsb yang timbul,biasanya digunakan untukmembuat cadar, langsir dsb.

g e o te k s t i l - Sejenis fabrik sin-tetik yang kukuh, biasanya di-gunakan untuk menguatkanbenteng, tapak lebuh raya dsb.

krep - Sejenis kain nipis da-ripada sutera, kapas atau be-nang bulu yang permukaannyaber kedut-kedut.

lame - Sejenis kain yang di-tenun berselang-seli denganbenang emas atau perak.

z a i to n 5 @ d b p. g ov. my

Kosa kata bahasa suku kaumSungai yang bermaksud ra-

sa ubi yang sedap kerana empukdan gebu.

Kata tanud dieja t.a.n.u.d. se-bagai satu perkataan dan di-ucapkan dalam dua suku katat a - n u d.

Contoh penggunaannya ada-lah seperti dalam ayat berikut:

Dia berasa puas dapat makanubi yang tanud.

n a n i _ k @ d b p. g ov. my

PEDOMAN EJAAN JAWI

Abjad Ta [ ]Kata dua suku kata

Oleh Haji Abdul Jalil Anuar

APABILA abjad ta [ ] sebagai abjad tunggal, sebutannya ialah ta[ ta ]. Untuk abjad ta [ ] yang sebutannya [ ta ] pada posisi awalkata, bagi kata-kata yang bersuku kata dua, abjad tersebut mesti

digabungkan dengan abjad alif [ ]. Contohnya:

Abjad ta [ ] berubah sebutannya menjadi [ te ] pada posisi awal kata,bagi kata-kata yang bersuku kata dua atau lebih. Contoh:

Apabila ta [ ] digabungkan dengan wau [ ] menjadi tu [ ].Gabungan dua abjad itu menghasilkan sebutan [ tu ] atau bunyi [ to ].Contoh:

Ta n u d

Penggunaan Bahasa Melayu di Sarawak

BAHASA Melayu (BM) yang dimaksud-kan di sini ialah bahasa Melayu bakuatau standard, yang digunakan dalam

situasi rasmi seperti dalam siaran radio dantelevisyen, surat-menyurat, mesyuarat, takli-mat, seminar, pengacaraan dan pengumumanserta dalam pembelajaran dan pengajaran dis e ko l a h - s e ko l a h .

Di Sarawak, banyak bahasa yang serumpundengan bahasa Melayu, antaranya bahasa Iban(yang homogen sifatnya), bahasa Melanau (adasekitar 5 variasi), bahasa Bidayuh (juga adasekitar 5 variasi), bahasa Kayan, Kenyah, Ke-labit, Lun Bawang, Kadayan, Bisaya, Kejaman,Sekapan, Miriek, Narom dan Bakong. Nam-paknya, dalam banyak bahasa itu, dialek Me-layu Sarawak (DMS) digunakan dengan meluasantara kaum. DMS juga mempunyai variasiyang pelbagai tetapi seperti juga bahasa Iban,agak homogen sifatnya di seluruh Sarawak,iaitu mempunyai kebolehfahaman yang tinggi.

Seorang pemimpin politik di Sarawak pernahmenyatakan bahawa bahasa Melayu masih belumbenar-benar meresap ke dalam sebilangan besarjiwa orang Sarawak. Lantaran itu, masih banyakperanan yang perlu dimainkan oleh Dewan Ba-hasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak.

Oleh itu, DBP Cawangan Sarawak dalammemainkan peranannya mengembangkan ba-hasa Melayu di Sarawak perlu berhemah su-paya tidak kelihatan untuk merendahkan mar-tabat bahasa-bahasa suku lain. Ketua MenteriSarawak kini, yang pernah memperkenalkanruangan sastera di radio, mencadangkan ke-giatan-kegiatan seni seperti drama pentas, yangdengan sendirinya boleh diterima dan meresapke dalam jiwa mereka secara tidak langsung.

Beliau memberikan contoh para pendatang dikampung-kampung yang menggunakan bahasatempatan secara bersahaja, tanpa ganjaran danpaksaan.

Dari segi geografinya, terdapat 9 bahagianpentadbiran di Sarawak, dan setiap bahagianitu diketuai oleh Residen. DBP Sarawak me-laksanakan pengembangan BM di setiap ba-hagian itu dengan bantuan dan kerjasama Ja-watankuasa Pelaksanaan Bahasa dan Sasteradi bahagian-bahagian tersebut, yang dipenge-rusikan oleh Residen Bahagian.

Semenjak Gerakan Cintai Bahasa Kita(GCBK) dahulu, yang bermula pada tahun 1987,DBP Sarawak setiap tahun mengadakan kem-pen yang berkenaan secara bertukar-tukar tem-pat (bahagian) hinggalah timbul konsep BulanBahasa dan Sastera Negara (BBSN) kini yangmemasukkan konsep GCBK tersebut denganmengambil perhatian bahawa GCBK itu di-pengerusikan oleh Menteri Negeri.

Dengan pemahaman kepelbagaian itulahDBP Sarawak kini masih terlibat dalam pe-ngumpulan glosari bahasa sukuan. Kini, ki-ra-kira 15 bahasa sukuan sudah dan sedang

dilaksanakan pengumpulannya, baik dari segisenarai atau glosari bahasa sukuan atau istilahdalam bidang tertentu yang kami anggap amatberguna, khususnya dalam industri pelan-cong an. Di samping untuk tujuan pendoku-mentasian, pengumpulan glosari bahasa su-kuan juga dapat memupuk rasa kekitaan ter-hadap bahasa Melayu. Antara bahasa sukuanyang kini terserap dalam perbendaharaan katabahasa Melayu baku ialah “merarau” (makantengah hari), dan “jerayawara” (ro a d s h o w ).

Secara umumnya, dalam situasi rasmi, peng-gunaan bahasa Melayu sudah terbukti berjaya.Namun, sektor swasta di Sarawak kadang-kadangmasih menggunakan bahasa Inggeris walaupunmajlis tersebut bersifat tempatan atau kebang-saan dan bukan antarabangsa. Bagaimanapun,ada juga pihak swasta yang mempunyai kese-daran tentang penggunaan bahasa kebangsaan,menggunakan BM dalam acara atau majlis rasmimereka. Malah, di Sarawak sudah ada akhbarberbahasa Melayu yang bilangan edarannya ber-tambah, seperti Utusan Sarawak (38,000 naskhah)dan Utusan Borneo (18,000 naskhah).

Dengan menghormati, memahami, sertamenginsafi konsep pengetahuan pelbagai ba-hasa, DBP Sarawak kini dengan sebaik mung-kin menepati kehendak kerajaan negeri agarmelaksanakan dasar bahasa kebangsaan secaraberhemah. Dengan ini diharapkan masyarakatmemahami akan peri pentingnya membina satutamadun bangsa melalui bahasa kebangsaankerana yang kita bina bukan sahaja negaratetapi sebuah negara bangsa.

l Zaini bin Oje ialah Pengarah, DBP Ca-wangan Sarawak.

Seorang pemimpin politik di Sarawakpernah menyatakan bahawa bahasa Melayumasih belum benar-benar meresap ke dalamsebilangan besar jiwa orang Sarawak.DBP Cawangan Sarawak dalam memainkanperanannya mengembangkan bahasaMelayu di Sarawak perlu berhemah supayatidak kelihatan untuk merendahkanmartabat bahasa-bahasa suku lain.