bhgn2 bahasa (dila)

15

Upload: watak-bulat

Post on 08-Jul-2015

850 views

Category:

Technology


2 download

TRANSCRIPT

Bagi ahli-ahli bahasa, mereka

memberikan takrif yang lebih terperinci

atau lebih tepat, iaitu bahasa sebagai

sistem lambang-lambang sebagai alat

untuk berkomunikasi sesama mereka,

dan juga sebagai alat untuk

mengidentifikasikan diri mereka

(Harimurti 1984 : 19)

Istilah bahasa dalam BM, sama dengan taal

(Belanda), langue (Perancis), language

(Inggeris), sprache (Jerman), kokugo

(Jepun),lughatun (Arab), bhasa (Sanskrit).

Melalui bahasa, kita dapat:

* berkomunikasi

* meluahkan perasaan

* menyampaikan ilmu

* mengungkapkan keindahan dalam pelbagai

wahana (perantaraan)

* mewariskan ilmu, budaya, peradaban dan

agama

Melalui pengkajian bahasa, kita akan menemui

hakikat kemanusiaan dan dapat memberikan

sumbangan ke arah kebahagiaan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Bahasa

ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai

alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok

manusia (antara individu dengan individu yang

lain).

Secara rumusan, bahasa ialah satu sistem simbol

bunyi ucapan yang arbitrari, dan melaluinyalah

manusia berkomunikasi.

Bahagian-bahagian bahasa

Pengucapan Isi

Pengucapan merupakan penglahiran atau pertuturan atau

penyampaian maklumat atau makna yang terbit

daripada akal budi atau pemikiran mereka kepada

khalayak, sama ada khalayak pendengar atau pembaca,

dan membolehkan mereka menerima maklumat sama

ada dalam bentuk secara lisan ataupun bukan lisan.

Melalui pengucapan satu bahasa yang mudah difahami,

masyarakat dapat berinteraksi antara satu sama lain

dan menggunakan pengucapan bahasa sebagai wahana

komunikasi.

Pengucapan

Isi merupakan bahagian penting dalam bahasa.

Dengan kata lain, isi adalah sesuatu yang termuat

dalam sesuatu kandungan. Melalui bahagian

bahasa, isi yang disampaikan melalui pengucapan

hendaklah benar-benar menepati dan sampai

kepada pendengar serta dapat memahami

penerimaan maklumat dengan baik dan mudah.

Isi

Bahasa manusia adalah satu sistem perhubungan

utama yang bergantung kepada kebolehan manusia

untuk membentuk dan menggunakan simbol.

Dengan simbol dimaksudkan sebagai satuan

struktur yang mengandungi dua bahagian iaitu :

(a) Satu rentetan bunyi atau bunyi-bunyi yang diterima

oleh telinga

(b) Makna atau fikiran yang terkandung di dalam otak

manusia.

Kedua-duanya berkaitan antara satu sama lain oleh

apa yang dipanggil proses asosiasi iaitu berlakunya

perkaitan kedua-dua bahagian tersebut.

Oleh yang demikian, dalam bahasa Melayu, rentetan

bunyi [rusa] pada satu bahagian adalah berkaitan

dengan maknanya pada bahagian yang lain, dan tiap-

tiap satu bahagian itu berkaitan dengan bahagian yang

lain bagi menghasilkan simbol.

Simbol merupakan suatu tanda mewakili idea, fikiran,

perasaan, benda dan tindakan secara langsung dan

alamiah

Beberapa istilah telah diberikan bagi menentukan

kedua-dua bahagian simbol (sign) itu iaitu signifiant

atau bentuk pengucapan untuk bahagian yang

kedengaran, dan signifie, isi atau makna atau fikiran

untuk bahagian yang tidak mudah difahami.

Dengan kata lain, bahasa bertindak melalui

dua bahagian iaitu :

(a) bunyi-bunyi bahasa yang biasanya

diistilahkan sebagai exspression dan

(b) buah fikiran, situasi sosial atau makna

yang lebih dikenali dengan istilah content.

Perkaitan di antara bentuk pengucapan

(expression) dan makna (content) dalam

apa segi sekalipun adalah arbitrari dan

kovensional kewujudannya.

Bahasa sebagai lambang, tentulah ada yang

dilambangkannya.Yang dilambangkan itu ialah

pengertian, konsep, idea atau fikiran yang

disampaikan dalam bentuk wujud bunyi.

Oleh itu, bahasa tentulah mempunyai makna.

Contoh:

binatang besar yang

lehernya panjang (kuku

berbelah dan belakangnya

berbonggol)

ISI/MAKNAPENGUCAPAN

Unta

Lambangbentukwujudbunyi

Secara sosialnya, dikatakan bahawa lambang

bahasa dicipta sesuka hati. Oleh sebab sifat yang

arbitrari itu, maka bahasa mewujudkan perkataan

lain dalam pelbagai untuk menerangkan atau

melambangkan maksud yang sama.

Sebagai contoh :

BAHASA KATA NAMA

Bahasa Melayu Bulan

Bahasa Inggeris Moon

Bahasa Jerman Mond

Bahasa Greek Men

Bahasa Arab Al-Gamar

Bahasa bersifat arbitrari

Penggunaan lambang untuk sesuatu konsep

tertentu bersifat konvensional iaitu

sebagaimana

ditentukan. Ahli masyarakat mematuhi

persetujuan bahawa lambang tertentu mewakili

konsep tertentu. Jika persetujuan itu diubah,

komunikasi akan terganggu.

Bahasa bersifat konvensional

Terdapat tiga keadaan konvensi, iaitu:

Satu lambang dapat melambangkan konsep lebih

daripada satu: polisemi (bentuk kata yang mempunyai

lebih daripada satu makna yang berkaitan antara satu

sama lain)

kepala = ketua, lutut, kain…

Satu konsep dapat dilambangkan oleh lebih daripada

satu lambang: sinonim

(meninggal dunia, mati, mampus, korban…)

Satu lambang untuk satu konsep: Istilah baharudalam

bentuk akronim

(gasar (kasar), curat , pulihara…)