bh pilih l9 24 (emel) kegiatan dbp di sana sini debat 100 ... · tingkatkan ukhuwah islamyah”...

1
BERITA HARIAN Rabu, 24 Januari 2007 Halaman Sembilan KEGIATAN DBP DI SANA SINI Oleh Hj. Abu Bakar Hj. Buyong K umpulan nasyid Rayyan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia telah terpilih mewakili Malaysia untuk mengadakan persembahan dalam Festival Seni Budaya Islam Pertemuan Tidak Rasmi Menteri- Menteri Agama Negara-Negara Anggota Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) pada 15 hingga 18 Disember 2006 di Jakarta, Indone- sia. Festival yang bertemakan “Kita Tingkatkan Ukhuwah Islamyah” yang disertai oleh kesemua negara anggota MABIMS dirasmikan oleh Menteri Agama Republik Indonesia, Bapak Haji Muhammad Maftuh Basyuni, bertempat di Hotel Sahid Jaya, Jakarta. Majlis ini turut dihadiri Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia, Ustaz Tuan Ismail Tuan Abdullah yang mewakili TYT Duta Besar Malaysia di Indonesia. Malam Gelar Seni Budaya Islam MABIMS yang merupakan acara kemuncak Festival berlangsung pada hari kedua di Auditorium Besar, Stesyen Utama Pusat Televisyen Republik Indonesia (TVRI). Majlis tersebut telah disiarkan secara langsung ke seluruh negara selama dua jam. Setiap negara anggota menghantar kumpulan nasyid masing-masing untuk membuat persembahan. Turut hadir pada malam terse- but ialah wakil Menteri Agama Republik Indonesia, wakil-wakil duta dan ketua delegasi negara anggota MABIMS. Majlis tersebut ternyata berupaya menyatukan citra budaya serumpun di sam- ping memartabatkan keindahan dan kehalusan seni budaya Islam melalui bait-bait puisi dan lirik lagu yang memuji keagungan dan keindahan Yang Maha Esa. Kumpulan Rayyan yang di- pimpin oleh Hj. Mahzan Manan dan diketuai oleh Hj. Abu Bakar Hj. Buyong pernah men- jadi Johan dan menerima hadiah kategori Persembahan Terbaik dalam Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 1427H/2006M anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pada malam itu, Rayyan telah menyampaikan dua buah lagu ciptaan Hj. Mahzan Manan, iaitu Ilmu Peradaban Ummah dan Perjalanan. Kumpulan Rayyan juga berkesempatan berkunjung ke Bahagian Agama, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan telah diberikan taklimat tentang peranan Bahagian Agama, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, khusus- nya yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan dalam usaha men- jalinkan hubungan baik antara kedua-dua negara. Rayyan Melakar Nama di Festival Seni Budaya Islam MABIMS Jakarta BH PILIH L9 24 (emel) DBP SETENGAH ABAD Oleh Rusdi Abd. Rahman B engkel Asas Penulisan Skrip Pementasan Monodrama yang berlangsung pada 9 Disember 2006 di Hotel Compact, Johor Bahru memberikan pen- dedahan awal mengenai teknik dan kaedah asas untuk menulis skrip berkenaan pementasan teater mini berkonsepkan monodrama kepada penulis dan penggiat teater negeri Johor. Monodrama yang bermak- sud karya drama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja tetapi melakonkan pelbagai perwatakan menekankan dua aspek penting, iaitu skrip yang mengandungi dialog dan aksi semasa pemen- tasan. Penulisan skripnya pula hanya untuk satu tempoh waktu antara 30 hingga 40 minit sahaja. Menariknya, pementasan mono- drama ini nyata menjimatkan masa, kos dan ruang kerana hanya melibatkan beberapa orang karya- wan, iaitu seorang penulis skrip, pengarah, penerbit dan pelakon. Selain memberikan pendedahan mengenai kaedah yang sesuai dalam penulisan skrip pementas- an monodrama, bengkel ini turut menguji kemampuan dan men- cungkil bakat baharu penulis dan penggiat teater negeri Johor. Sebanyak 30 orang peserta dalam kalangan penulis negeri Johor antaranya termasuklah Mohd. Kasim Mahmud, W.B. Rendra dan Rahimah Muda serta penggiat muda teater negeri Johor termasuklah Setiausaha Majlis Teater Negeri Johor (MTNJ), Mohd. Razif Adnan hadir dalam bengkel sehari ini. Bengkel yang dibimbing oleh Ketua 1 Persatuan Penulis Johor (PPJ), Encik Amiruddin Md. Ali Hanafiah ini diharap dapat menjadi lan- dasan dan bekal berharga kepada penulis skrip dan penggiat tea- ter di negeri Johor dalam usaha merealisasikan pertandingan teater mini, iaitu Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007 yang bakal berlangsung pada bulan Mac dan April 2007. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan mengan- jurkan bengkel dan pertanding- an yang jarang-jarang sekali diusahakan oleh mana-mana badan di Malaysia ini diharap dapat mengangkat mutu dan menggalakkan lebih banyak lagi karya monodrama dapat dihasil- kan di Malaysia. Borang penyer- taan pertandingan boleh didapati di Pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru. Bengkel Asas Penulisan Skrip Pementasan Monodrama PARA peserta sedang tekun mengikuti ceramah kursus. Oleh Mohd Azemir Mustafa S atu rekod bersejarah telah berjaya dicipta oleh para pen- debat berbahasa Melayu dari seluruh negara apabila berjaya menamatkan percubaan mencipta rekod Malaysia dan rekod dunia dalam percubaan “Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti” di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Program anjuran bersama DBP dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia telah bermula pada pukul 10.30 pagi, 19 Disember 2006 dan berakhir pada pukul 2.30 petang, 23 Disember 2006 dengan mendapat penyertaan lebih 200 pasukan debat dan lebih 500 para pendebat yang terdiri daripada pelajar universiti, sekolah, dan masyarakat awam yang memper- debatkan 100 tajuk perdebatan meliputi isu politik, ekonomi, sosial dan perlembagaan. Program ini diadakan sempena sambutan 50 tahun penubuhan UiTM dan DBP. Objektif program ini adalah untuk mencipta rekod Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti dalam Malaysia Book of Records dan Guinness World Records, demi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Rekod debat dalam bahasa Melayu ini diiktiraf secara rasmi oleh Cik Farida Hanim, wakil dari Malaysia Book of Records pada hari terakhir acara ini, yang disaksikan oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dan Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah. Penilaian oleh pihak Guinness World Records sedang dilakukan dan mengambil masa yang agak lama. Naib Canselor UiTM, dalam ucapan penutupan rasminya melahirkan rasa terharu atas usaha gigih para pendebat dan pihak urus setia dan berharap agar pendekatan yang sama diadakan bagi bidang lain yang berkaitan dengan pemerkasaan bahasa Melayu, seperti pidato, syarahan dan forum. Antara tajuk menarik daripada 100 tajuk yang diperdebatkan sepan- jang empat hari itu ialah ‘Tandas Jantina Ketiga Perlu Diwujudkan’, ‘PBB Perlukan Gambir Sarawak’, ‘Bahasa Melayu Kini Sekadar di Pinggiran’ dan ‘Sebenarnya Kita Tidak Bersedia ke Doha’. Acara Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti ini turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y. B. Datuk Noh Haji Omar yang datang meras- mikan Seminar Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Sistem Per- sekolahan di Dewan Seminar, DBP pada 19 Disember 2006 lalu. Debat 100 Jam Tanpa Henti WAKIL dari Malaysia Book of Records Cik Farida Hanim menyampaikan sijil kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah disaksikan oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah. KUMPULAN Rayyan mewakili Malaysia dalam Festival Seni Budaya Islam di Jakarta.

Upload: trinhtuyen

Post on 09-Mar-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BH PILIH L9 24 (emel) KEGIATAN DBP DI SANA SINI Debat 100 ... · Tingkatkan Ukhuwah Islamyah” yang disertai oleh kesemua negara ... dan kehalusan seni budaya Islam melalui bait-bait

BERITA HARIAN Rabu, 24 Januari 2007 Halaman Sembilan

KEGIATAN DBP DI SANA SINI

Oleh Hj. Abu Bakar Hj. Buyong

Kumpulan nasyid Rayyan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia

telah terpilih mewakili Malaysia untuk mengadakan persembahan dalam Festival Seni Budaya Islam Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara-Negara Anggota Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) pada 15 hingga 18 Disember 2006 di Jakarta, Indone-sia. Festival yang bertemakan “Kita Tingkatkan Ukhuwah Islamyah” yang disertai oleh kesemua negara anggota MABIMS dirasmikan oleh Menteri Agama Republik Indonesia, Bapak Haji Muhammad Maftuh

Basyuni, bertempat di Hotel Sahid Jaya, Jakarta. Majlis ini turut dihadiri Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia, Ustaz Tuan Ismail Tuan Abdullah yang mewakili TYT Duta Besar Malaysia di Indonesia.

Malam Gelar Seni Budaya Islam MABIMS yang merupakan acara kemuncak Festival berlangsung pada hari kedua di Auditorium Besar, Stesyen Utama Pusat Televisyen Republik Indonesia (TVRI). Majlis tersebut telah disiarkan secara langsung ke seluruh negara selama dua jam. Setiap negara anggota menghantar kumpulan nasyid masing-masing untuk membuat persembahan. Turut hadir pada malam terse-but ialah wakil Menteri Agama

Republik Indonesia, wakil-wakil duta dan ketua delegasi negara anggota MABIMS. Majlis tersebut ternyata berupaya menyatukan citra budaya serumpun di sam-ping memartabatkan keindahan dan kehalusan seni budaya Islam melalui bait-bait puisi dan lirik lagu yang memuji keagungan dan keindahan Yang Maha Esa.

Kumpulan Rayyan yang di-pimpin oleh Hj. Mahzan Manan dan diketuai oleh Hj. Abu Bakar Hj. Buyong pernah men-jadi Johan dan menerima hadiah kategori Persembahan Terbaik dalam Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 1427H/2006M anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pada malam itu, Rayyan

telah menyampaikan dua buah lagu ciptaan Hj. Mahzan Manan, iaitu Ilmu Peradaban Ummah dan Perjalanan. Kumpulan Rayyan juga berkesempatan berkunjung ke Bahagian Agama, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan telah

diberikan taklimat tentang peranan Bahagian Agama, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, khusus-nya yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan dalam usaha men-jalinkan hubungan baik antara kedua-dua negara.

Rayyan Melakar Nama di Festival Seni Budaya Islam MABIMS Jakarta

BH PILIH L9 24 (emel)

DBP SETENGAH ABAD

Oleh Rusdi Abd. Rahman

Bengkel Asas Penulisan Skrip Pementasan Monodrama yang berlangsung pada 9

Disember 2006 di Hotel Compact, Johor Bahru memberikan pen-dedahan awal mengenai teknik dan kaedah asas untuk menulis skrip berkenaan pementasan teater mini berkonsepkan monodrama kepada penulis dan penggiat teater negeri Johor. Monodrama yang bermak-sud karya drama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja tetapi melakonkan pelbagai perwatakan menekankan dua aspek penting, iaitu skrip yang mengandungi dialog dan aksi semasa pemen-tasan. Penulisan skripnya pula hanya untuk satu tempoh waktu

antara 30 hingga 40 minit sahaja. Menariknya, pementasan mono-drama ini nyata menjimatkan masa, kos dan ruang kerana hanya

melibatkan beberapa orang karya-wan, iaitu seorang penulis skrip, pengarah, penerbit dan pelakon. Selain memberikan pendedahan

mengenai kaedah yang sesuai dalam penulisan skrip pementas-an monodrama, bengkel ini turut menguji kemampuan dan men-cungkil bakat baharu penulis dan penggiat teater negeri Johor.

Sebanyak 30 orang peserta dalam kalangan penulis negeri Johor antaranya termasuklah Mohd. Kasim Mahmud, W.B. Rendra dan Rahimah Muda serta penggiat muda teater negeri Johor termasuklah Setiausaha Majlis Teater Negeri Johor (MTNJ), Mohd. Razif Adnan hadir dalam bengkel sehari ini. Bengkel yang dibimbing oleh Ketua 1 Persatuan Penulis Johor (PPJ), Encik Amiruddin Md. Ali Hanafiah ini diharap dapat menjadi lan-dasan dan bekal berharga kepada

penulis skrip dan penggiat tea-ter di negeri Johor dalam usaha merealisasikan pertandingan teater mini, iaitu Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007 yang bakal berlangsung pada bulan Mac dan April 2007. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan mengan-jurkan bengkel dan pertanding-an yang jarang-jarang sekali diusahakan oleh mana-mana badan di Malaysia ini diharap dapat mengangkat mutu dan menggalakkan lebih banyak lagi karya monodrama dapat dihasil-kan di Malaysia. Borang penyer-taan pertandingan boleh didapati di Pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru.

Bengkel Asas Penulisan Skrip Pementasan Monodrama

PARA peserta sedang tekun mengikuti ceramah kursus.

Oleh Mohd Azemir Mustafa

Satu rekod bersejarah telah berjaya dicipta oleh para pen-debat berbahasa Melayu dari

seluruh negara apabila berjaya menamatkan percubaan mencipta rekod Malaysia dan rekod dunia dalam percubaan “Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti” di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Program anjuran bersama DBP dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia telah bermula pada pukul 10.30 pagi, 19 Disember 2006 dan berakhir pada pukul 2.30 petang, 23 Disember 2006 dengan mendapat penyertaan lebih 200 pasukan debat dan lebih 500 para pendebat yang terdiri daripada pelajar universiti, sekolah, dan masyarakat awam yang memper-

debatkan 100 tajuk perdebatan meliputi isu politik, ekonomi, sosial dan perlembagaan.

Program ini diadakan sempena sambutan 50 tahun penubuhan UiTM dan DBP. Objektif program ini adalah untuk mencipta rekod Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti dalam Malaysia Book of Records dan Guinness World Records, demi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Rekod debat dalam bahasa Melayu ini diiktiraf secara rasmi oleh Cik Farida Hanim, wakil dari Malaysia Book of Records pada hari terakhir acara ini, yang disaksikan oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dan Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah. Penilaian oleh pihak Guinness World Records sedang dilakukan dan mengambil masa yang agak lama.

Naib Canselor UiTM, dalam

ucapan penutupan rasminya melahirkan rasa terharu atas usaha gigih para pendebat dan pihak urus setia dan berharap agar pendekatan yang sama diadakan bagi bidang lain yang berkaitan dengan pemerkasaan bahasa Melayu, seperti pidato, syarahan dan forum.

Antara tajuk menarik daripada 100 tajuk yang diperdebatkan sepan-jang empat hari itu ialah ‘Tandas Jantina Ketiga Perlu Diwujudkan’, ‘PBB Perlukan Gambir Sarawak’, ‘Bahasa Melayu Kini Sekadar di Pinggiran’ dan ‘Sebenarnya Kita Tidak Bersedia ke Doha’.

Acara Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti ini turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y. B. Datuk Noh Haji Omar yang datang meras-mikan Seminar Memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Sistem Per-sekolahan di Dewan Seminar, DBP pada 19 Disember 2006 lalu.

Debat 100 Jam Tanpa Henti

WAkil dari Malaysia Book of Records Cik Farida Hanim menyampaikan sijil kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof. Dr. ibrahim Abu Shah disaksikan oleh ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah.

kUMPUlAN Rayyan mewakili Malaysia dalam Festival Seni Budaya islam di Jakarta.